SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 10
Descargar para leer sin conexión
PENDAHULUAN

perkataan tasawwuf sebenarnya muncul seiringan kemunculan islam. Kesahihan ini
terbukti apabila munculnya para tokoh ahli tasawwuf      yang terkenal sehingga
dewasa kini, antaranya ialah Hasan al-Basri, Hatim al asamm, Abdul al-Wahid Zayd
dan ramai lagi. Ilmu Tasawwuf memberi keberkesanan kepada Tazkiyah al-Nafs.
Namun ada juga golongan yang mengatakan Tasawwuf adalah satu amalan yang
Bid’ah. Hujah golongan yang menentang Tasawwuf mengatakan bahawa amalan ini
merupakan amalan yang baru dan tidak pernah wujud di zaman Rasulullah. Hujah
mereka dikuatkan lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan di dalam kitab amal al-
qulub bayna al-sufiyyah wa ulama ahl-sunnah yang mengkritik bahawa nama
Tasawwuf tidak pernah wujud di dalam al-Quran       mahupun as-Sunnah. Namun
kenyataan ini dibidas kembali oleh kitab al-Tasawwuf al-shar’i allahdi yajhaluhu
kathir min Mudda’ihi’ wa Munqidih menyatakan bahawa selepas kewafatan
Rasulullah penjanaan iman mulai merosot sehinggakan ada diantaranya yang
murtad. Kemudian, golongan umat Islam yang berbaki pada waktu itu berasa gusar
akan keadaan yang berlaku sehingga akhinya wujudlah sekumpulan ahli-ahli
tasawwuf cuba untuk merangka metod yang sesuai digunakan bagi menyalakan
semula keimanan ( makanan rohani ). Metod ilmu + amal = ihsan menjadi formula
yang tepat untuk menjana iman secara efektif. Salah sebuah kitab yang mana turut
mempertikaikan penambahan yang dilakukan oleh ahli-ahli sufi yang mana
kebanyakannya adalah bercampur aduk antara Islam dan unsur-unsur luar. Tetapi
menurut penulis, ianya tidak menjadi masalah selagi ia masih berpaksikan al-Quran
dan al-Sunnah. Situasi ini bukan hanya diutarakan di negara-negara timur tengah
tetapi ianya juga berlaku di Malaysia, seperti contoh Dr. Fatah Haron, mengecam
golongan ahli sufi yang dikatakan mencampur adukkan Tasawwuf dengan kebatinan.
Jika melihat jalan tengah, golongan pengkritik haruslah membezakan antara
golongan ahli sufi dengan mereka yang sekadar mendakwa diri sebagai ahli sufi
tetapi sebenarnya hanya membawa bid’ah. Kita dapat melihat sendiri sebenarnya isu
yang paling diperdebatkan dalam Tasawwuf ialah Tasawwuf Falsafi bukanlah dari
sudut Tasawwuf Akhlaki. Kerana, jika di lihat di dalam al-Quran terkandung begitu
banyak perkara yang membincangkan tentang sikap zuhud, wara’ dan banyak lagi
yang mana kesemua ini ada dalam Tasawwuf Akhlaqi.



                                                                                1
TASAWWUF: sejarah dan perkembangan nya sehingga ke hari ini
Che Zarrina Sa’ari


                                    Abstrak
Pengkajian tentang sejarah perkembangan Tasawwuf mengikut kronologi bermula
seawal Islam sehinggalah ianya berkembang ke Malaysia. Walaupun tidak dapat
diberikan secara tepat akan tarikh bermulanya Tasawwuf namun, apa yang diterima
umum sebenarnya Tasawwuf telah muncul sejak zaman Rasulullah lagi. Harapan
penulis agar para pembaca dapat menerima segala usul yang diutarakan dalam
ulasan sejarah perkembangan Tasawwuf sehingga ke hari ini.




Sejarah perkembangan Tasawwuf

Bermula seawal zaman Rasulullah dan para sahabat. Walaupun kebanyakan sumber
mengatakan bahawa Tasawwuf dan Tarekat tidak pernah wujud pada zaman
Rasulullah, namun merujuk fakta sejarah sebenarnya cara hidup kerohanian tersebut
telah mula dipraktikkan oleh baginda sendiri kemudian diikuti oleh golongan para
sahabat. Banyak sikap dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah adalah menjadi
amalan utama bagi golongan ahli sufi seperti zuhud, khalwah, tafakkur dan banyak
lagi menjadi tapak kepada para sufi dalam membentuk doktrin Tasawwuf mereka.
Kemudian disusuli oleh golongan para sahabat, mereka masih mencontohi apa yang
diamalkan oleh Rasulullah. Salahh satu daripadanya ialah sifat Tawakkal, apabila
Saidina Abu Bakar yang mana sanggup untuk menyerahkan seluruh hartanya untuk
islam. Kemudian dia bertawakkal Kepada Allah kerana berasa sangat yakin bahawa
Allah ada untuk membantunya. Gelombang kedua, bermula pada kurun ke dua
hijrah. Cara hidup rohaniah ini semakin berkembang. Pada Zaman Khulafa’ al
Rasyidin sangat dikenali sebagai zaman pengekalan amalan-amalan Rasulullah.
Pada waktu ini keintelektualan dipandu dengan keimanan sehingga melahirkan
tamadun yang begitu mantap menurut pandangan seantero dunia. Walau
bagaimanapun pada peringkat ini, kaedah am untuk beribadah yang dilakukan oleh
ahli ibadah masih belum diperluaskan. Kebanyakkan masih mengamalkan cara
ibadat tersendiri namun memiliki matlamat yang sama iaitu ingin menyucikan jiwa
dari kekotoran dunia.
                                                                                2
Pada peringkat pertama ilmu Tasawwuf dikenali sebagai zaman Zuhud pada kurun
pertama dan kurun ke dua hijrah. Ini kerana sewaktu pada zaman Rasulullah
perkataan Tasawwuf masih belum lagi kedengaran, pada zaman Rasulullah
golongan-golongan seperti ini disebut sebagai ahli ibadah atau zuhud. pada
peringkat ini, ramai tokoh-tokoh berkaitan kesufian yang mucul. Walaupun pada
ketika itu ianya tidak dikenali sebagai Tasawwuf tetapi cara dan metod yang mereka
gunakan seolah-oleh itu adalah perbuatan yang dilakukan ahli sufi. Tokoh yang
banyak meninggalkan kesan kepada Tasawwuf ialah Hassan al-Basri yang juga
dikenali kerana kewarakan yang dimiliki serta zuhud. Serta beberapa lagi para
zuhhad yang masih kedengaran nama-nama mereka sehingga ke hari ini. Perkataan
zuhud, dan perasaan hubb kepada Allah adalah sangat ditekankan dalam tarbiyah
tasawwuf. Rasa takut atau disebut sebagai al-Khawf juga merupakan salah satu
landasan dalam pentarbiyahan jiwa manusia. perasaan takut yang dimaksudkan di
sini ialah takut melakukan kemudaratan serta takut akan kemurkaan Allah s.w.t.
secara umumnya para sahabat pada ketika itu kuat berpegang kepada hukum syara’
dalam masa yang sama mereka juga mengisi jiwa dengan makanan-makanan
rohani. Pada perkembangan awal, kelihatan corak kehidupan seperti bersifat
bersendirian. namun, perkembangan berlaku sehingga tertubuhnya beberapa
kumpulan yang sepakat untuk melakukan ibadah secara berjemaah.

Kemudian, selari dengan peredaran zaman, munculnya pelbagai aliran yang lebih
tersusun dalam melahirkan umat yang cinta akan Allah seperti kufah dan basrah.
Pada abad yang ke tiga dan ke empat, selepas kejatuhan empayar bani umayyah,
pemerintahan bani Abassiyah mengambil alih tampuk pimpinan. Perkembangan
Tasawwuf semakin pesan membangun. Dalam masa perkembangan Tasawwuf ini
diperkenalkan 3 lagi fenomena yang menjadi tapak pengukuh kepada ilmu Tasawwuf
antaranya ialah akhlak Tasawwuf, penyatuan atau Wadah dan kaum Qawn. Pada
peringkat seterusnya, bermula abad ke enam sehingga abad ke tujuh, suatu perkara
yang jelas dalam peringkat perkembangan Tasawwuf ialah istilah tarekat mula
diperkenalkan dan digunakan oleh kumpulan ahli-ahli sufi. Seterusnya, kemudian
berkembangnya penulisan kitab-kitab yang berkaitan dengan tasawwuf sehinggakan
ilmu-ilmu ini tersebar hampir ke seluruh dunia sehingga ianya sampai ke alam
melayu. Banyak pendapat bagaimana cara kedatangan Islam di Malaysia, dan

                                                                                 3
pendapat yang diterima sehingga ke hari ini, mula datngnya Islam ke alam melayu
ialah pada 7H/13M, masyarakat samada pemerintah atau dari golongan rakyat
setempat mula memeluk agama Islam. Pemelukan ini bermula dikalangan para
pemerintah. Kemudian pada kurun ke 16M, penduduk di Melaka, Borneo dan Filipina
turut serta memeluk Islam. Berkaitan dengan perkembangan Tasawwuf di tanah
melayu, lebih kurang pada kurun ke 9H/15M, pengaruh Tasawwuf mula tersebar di
Melaka apabila kitab al-Durr al-Manzum karangan maulana Abu Ishaq al-Shirazi
diajarkan kepada orang ramai. kemudian berkembanglah pula ilmu tarekah hampir
dikebanyakan gugusan kepulauan melayu. Dianggarkan tarikh kemasukan tarekah
ke alam melayu ialah pada 10H/16M. Dapatlah disimpulkan disini bahawa
kerohanian islam bermula sejak zaman Rasulullah lagi, pada ketika itu ianya dikenali
sebagai Zuhhad.kemudian selepas itu, amalan pada akhir abad ke 2H/8M lahirnya
istilah-istilah sufi hasil daripada perpindahan cara hidup ahli ibadah. Selari dengan
itu, gelaran mula diberikan Zuhhad khas untuk para ahli ibadah pada kurun ke
2H/8M.




TASAWUF: Pengajian dan kesarjanaan tasawwuf sepanjang zaman

Muhammad Zainiy uthman

Tasawwuf, merupakan suatu cabang ilmu Islam yang sangat tinggi dan besar
manfaatnya. Ulama dan amalan yang berkaitan dengannya seringkali diserang
dengan pelbagai tomahan secara melulu. Ianya diserang bukan saja dari golongan
kafir namun seringkali di pandang serong oleh golongan umat islam sendiri. Ini
kerana kefahaman mereka berkenaan Tasawwuf adalah tidak secara mendalam. Di
kalangan umat islam, Tasawwuf, para Auliya’ dan ulama serta cabang-cabang ilmu
yang berkaitan dengannya kerap kali menjadi mangsa ketegangan ilmu dan
kejahilan. Kadangkala ilmu dan kejahilan ini juga menyebabkan ramai yang
tergelincir ke jurang Ilhad,zindiq dan kufur dalam aqidah dan amalan.

Sesungguhnya untuk mempelajari ilmu-ilmu ini kenalah dengan adanya persediaan
ilmu yang mantap, supaya tidak tersalah dalam meneliti dan memahami segala apa
yang diperkatakan. Persediaan ini merangkumi persediaan ilmiah akliah dan ilmiah

                                                                                   4
amaliah. Persedian ilmiah akliah disini membawa maksud ialah kita berkemampuan
untuk memahami perbincangan yang kebanyakkannya rumit dan sulit bermula
dengan ilmu-ilmu asas sehingga ilmu-ilmu tambahan. Apa yang penting disini ialah
kesarjanaan dan kewibawaan seseorang itu sebelum dia diiktiraf sebagai telah
menguasai sesuatu aliran pemikiran dan amalan Tasawwuf. Kesarjanaan tasawwuf
yang dimaksudkan disini ialah seseorang yang mengamalkan amalan rohani dengan
menguasai dan mendalami makna-makna ilmiah tentang Islam secara terperinci.

Tarekat, menjadi ahli tarekat bukan bermaksud seseorang itu telah sampai ke
peringkat tinggi bukan juga menjadi lesen bahawa segala ibadah yang dilakukan
diterima oleh Allah s.w.t akan tetapi ianya adalah salah satu penjana agar iman kita
bertambah kepada Allah s.w.t. Para auliya’ pernah menyebut bahawa setiap maqam
dan hal akan menjadi hijab yang akan mendinding seseorang dari terus meningkat
melalui suluk pada tarekat sebenar. Keilmuan atau kesrjanaan seseorang yang wajar
diiktiraf ialah apabila seseorang itu sangat memperincikan ilmu, perencanaan dan
pengolahan yang dilakukan olehnya keatas sumber-sumber Islam. Penghormatan
yang diberikan kenalah berdasarkan kepada ketepatan tinjauan akal, perencanaan
kata dan faham serta tumbuh dalam pandangan uyang dizahirkan oleh alam
semesta. Segalanya kenalah merujuk semula kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Dalam beberapa senarai nama-nama Ulama’ , ada beberapa ilama’ yang memiliki
pengetahuan bersesuaian dengan cerbisan ledakan ilmu dewasa kini. Merujuk
kepada bidang-bidang ilmu yang berkaitan dengan tasawwwuf, ianya kembali
semula melalui pentadabburan terhadap          al-Quran dan as-Sunnah. Kaedah
pengajian dan kesarjanaan islam adalah bersusur galurkan ketokohan para auliya’
dan ulama agug sebagai sendih untuk memperkukuh asas pengajian yang teguh
pada peringkat awal sehinggalah penghasilan karya-karya yang bermutu dari ulama-
ulama.




                                                                                   5
TASAWWUF: Tasawwuf dan pembangunan hakiki ummah

Zakaria Stapa




                                     Abstrak

Pembangunan ummah sehingga kini masih laagi terus dijana agar ianya lebih
bersifat kukuh. Ianya memberi impak yang besar keatas sesebuah negara. Potensi
yang dimiliki oleh diri manusia adalah berbeza-beza. Apabila potensi-potensi ini
salng digabung jalin sudahh pasti akan melahirkan satu ummah yang yang bukan
saja terbangun dari segi ukhwah dan pemikiran ia juga melempiaskan kepada
pembangunan sesebuah negara. Di dalam tajuk kali ini, terdapat 3 benda yang
menjadi persoalan iaitu, konsep pembangunan hakiki ummah menurut pandangan
Islam, hakikat dan kehebatan diri manusia da hakikat dan peranan ilmu Tassawuf
dalam secara yang hakiki.




Konsep pembangunan Ummah menurut pandangan islam

Islam mempunnyai pandanngan tersendiri berkenaan dengan pembanggunan
ummah, sebelum itu penulis ingin menerangkan berkaitan dengan ummah menurut
pandangan Islam. Apabila di dalam sekumpulan manusia itu mengamalkan amal
ma’aruf nahi mungkar itu dimaksudkan dengan ummah. Ianya juga dipandu dengan
perasaan taat kepada Allah s.w.t. bagi mereka yang tidak menepati ciri-ciri ini,
mereka juga merupakan ummah tetapi dengan sedikit penambahan ummah
kehilangan jati diri. Hakikat sebenar haruus diketahui dan dihayati akan kejadian
manusia di muka bumi ini adalah sebagaii khalifah, memurnikan alam. Namun rama
yang sengaja melarikan diri, tidak mengakui bahawa sebenarnya ada taklif yang
diberikan oleh Allah s.w.t dibuktikan dengan penganugerahan akal fikiran berbanding
dengan makhluk-makhluk lain.




                                                                                  6
Pembangunan Ummah : Definisi dan Kepentingan

Pembangunan Ummah yang dimaksuudkan disini ialah usaha secara berterusan
sepanjnag hayat untuk memupuk potensi-potensi yang ada dalam diri dan individu
agar sumbur, dan dipandu dengan rukun-rukun dan syariat dalam islam itu sendiri.
Dalam pandangan islam sendiri sememangnya ada menyebutkan tentang kejadian
manusia ke muka bumi adalah sebagai khalifah . Allah sebenarnya sangat melarang
manusia yang diberikan akal fikiran ini terhasuut oleh dorongan nafsu yang mana
kebanyakannya hanya menipu dan mempermainkan. Golongan yang hanya
terpedaya oleh hawa nafsu ini tentu sekali tidak akan dapat memberi sumbangan
yang positif dan bernilai kepada kesejahteraan ummah. Yang ada hanya
kepentingan untuk diri mereka sahaja.




Hala tuju pembangunan

Seperti yang kita bincangkan berkenaan dengan pembangunan ummah ianya
sebenarnya merujuk kepada Tazkiyat al-Nafs iaitu pembersihan diri. Konsep ini
diwarisi sejak zaman kenabian lagi untuk sekelian manusia. ianya bertujuan untuk
membatalkan    segala   sifat-sifat   mazmumah    yang   ada   pada   diri   manusia.
pembangunan ummah ini adalah usaha untuk mengangkat sifat-sifat manusia
daripada yang buruk kepada yang baik. Ianya bertujuan untuk melahirkan ummah
yang maju dan beridentiti jelas serta mantap serta memiliki akhlak mulia. Ini menjadi
matlamat utama yang sering dibangkitkan dan cuba disemarakan oleh Rasulullah
s.a.w sejak dulu lagi. Jika kita terokai berkenaan dengan sejarah berkaitan dengan
pembangunan ummah, kita akan temui beberapa fakta yang berkaitan dengan usaha
yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. di awal kebangkitan baginda di kota mekah,
baginda cuba untuk memupuk dan membangunkan potensi diri manusia yang
sememangnya menjadi satu tugas utama baginda s.a.w.

Manusia sebenarnya memiliki hakikat dan kehebatan tersendiri. Kesemua ini dapat
diijana dengan usaha membangunkan ummah dengan niat ikhlas kerana Allah serta
dalaman seseorang individu tersebut yang memainkan peranan dalam proses
pembangunan setiap individu ummah. Jika kita melihat dari pandangan al-Quran
dalam surah al-Hijr ayat 15:28-9 ada menyebutkan bahawa manusia itu dicipta oleh


                                                                                    7
Allah s.w.t daripada 2 unsur iaitu fizikal yang berbentuk jisiim dan abstrak yang
merujuk kepada sifat-sifat yang hanya terzahir daripada perlakuan. Kehebatan yang
di anugerahkan kepada manusia sangat istimewa berbanding dengan makhluk-
makhluk lain. Ianya ada dicatatkan di dalam al-Quran yang mana kisah berkaitan
dengan Nabi Sulaiman a.s dan puteri Balqis dalam surah an-Naml 27:38-40.
Daripada kisah yang diceritakan di dalam surah ini, ternyata Allah telah memberikan
kelebihan kepada manusia, bukan saja dari fizikal malahan ianya juga meliputi rohani
itu sendiri.




Hakikat dan peranan ilmu Tasawwuf

Jika kita lihat, terdapat 2 kelompok kumpulan disifatkan sebagai penulis yang terdiri
daripada para aahli sufi yang cuba untuk mengambarkan sejelas mungkin berkenaan
dengan pengalaman kerohanian yang mereka alami. Manakala sekumpulan lagi
pula, ialaah para pengkaji ilmu tasawwuf. Kelompok pertama ini ialah golongan yang
melihat tasawwuf sebagai satu daerah ilmu yang wajar dan mempunyai kedudukan
yang tersendiri dalam keseluruuhan kerangka agama. Manakala sekumpulan lagi,
melihat ilmu tasawwuf sebagai sesuatu yang tidak wajar dan tidak sesuai dengan
keseluruhan semangat dan pembawaan agama Islam sebagai agama yang dinamik
dan progresif. Walaubagaimanapun, tasawwuf sebenarnya ialah satu disiplin ilmu
yang telah mula mencapai tahap kematangan dewasa kini menurut pandangan
penulis. Walaupun marcapada kini, ramai golongan para orentialis yang cuba
menyantuni ilmu tasawwuf dengan sumber-sumber tradisi kerohanian dari peradaban
timur ataupun barat. Walaupun ianya diperbahhaskan namun kini hampir di seluruh
dunia ilmu tasawwuf mula berkembang. Merujuk konteks aqidah pula, ilmu tasawwuf
dianggap sebagai pelengkap dalam menyempurnakan akidah seseorang muslim.

Kesimpulan yang dapat dirumuskan disimpulkan berkenaan dengan tasawwuf dalam
pembangunan hakiki ummah ialah. Pembangunan ummah menurut perspektif Islam
adalah    ianya   difokuskan   kepada   dalaman   individu   itu   sendiri,   selain   itu
pembangunan individu yang berteraskan pembangunan dalaman adalah amat
sesuai dan hakikat dan peranan tasawwuf adalah selaras dengan pandangan Islam
bagi membina ummah yang mantap.


                                                                                        8
TASAWWUF: Peringatan al-Ghazali terhadap kekeliruan sufi

Wan Suhaimi Wan Abdullah

Tasawwuf merupakan salah satu bidang dari ilmu manakala sufi pula ialah suatu
kelompok manusia, ianya seringkali mendapat perhatian daripada masyarakat,
samada masyarakat awam ataupun dikalangan ilmuan. Golongan ini seringkali
menghadapi tentangan dan kritikan. Dan ada juga dikalangan mayarakat yang
menyetujui dan menghargai segala usaha yang dilakukan oleh golongan ahli
tasawwuf. Untuk memberi kefahaman yang lebih kepada masyarakat, al-Ghazali
telah menghasilkan sebuah karya yang bertajuk “ kitab Dhamm al-Ghurur dan
Risalah al-Kashf wa al-Tabyin Fi Ghurur al-Khalq Ajma’in. Ianya merupakan kitab
yang menerangkan tentang jenis dan bentuk jalan atau jenis jalan dan landasan
yang boleh membawa manusia kepada manusia ke arah kekeliruan. Ia juga
bertujuan untuk memperingatkan umat islam tentang golongan yang terkeliru,
samada dari para Qadi, ulama mahupun orang yang soleh. Yang mana menurut
beliau, mereka ini tertipu dan terpedaya dengan dasar-dasar tertentu kerana telah
dikaburi dengan sesuatu yang kelihatan baik pada zahirnya tetapi tidak pada
hakikatnya. Manusia secara zahirnya tidak akan terlepas daripada Pedaya atau
terkeliru   sumber-sumber   yang   mengelirukan.   Terdapat   10   golongan   yang
diperkatakan oleh al-Ghazali dalam kitab ini yang mana 10 golongan ini adalah
berdasarkan 10 bentuk “kekeliruan”yang dirasakan oleh golongan para salik.
Sepuluh golongan yang dimaksudkan di atas adalah golongan yang disifatkan
sebagai golongan yang hanya meniru –niru keterampilan zahir seorang sufi tanpa
memahami hakikat dan rahsia di sebalik keterampilan tersebut. Malangnya, golongan
ini hanya mencontohi keterampilan zahir sahaja dan tidak menghiraukan amalan dan
mujahadah lain yang diusahakan oleh para ahli sufi. Golongan ke-2 pula ialah “yang
paling dungu” dilabelkan oleh al-Ghazali. Golongan ini menampilkan dengan zahir
keterampilan para sufi untuk menipu masyarakat. Golongan ini menurut al-Ghazali
adalah golongan yang boleh mampu untuk menipu dan menyesatkan masyarakat.
Seterusnya golongan yang ke-3 ialah golongan yang mendakwa mencapai tahap
ilmu tertinggi dalam kesufian walhal hanya mengetahui lafaz dan ungkapan semata-
mata. Golongan ke-4 pula ialah golongan ini lebih jelas kesesatannya. Mereka
melibatkan secara langsung dengan fenomena dan dakwaan penguguran taklif yang
beranggapan bahawa segala hukum syara’ yang zahir adalaah tidak penting.

                                                                                 9
Seterusnya golongan yang ke-5 pula ialah mereka yang meninggalkan amalan dan
mengabaikan halal atau haram serta mendakwa mereka telah mencapai maqam
zuhud, tawakkal, redha dan cinta. Seterusnya golongan yang ke-6 ialah golongan
yang perihatin terhadap sesetengah aspek. Seperti contoh, mereka tegas dalam
pakaian dan makanan tetapi mengabaikan aspek amalan. Seterusnya aspek yang
ke-7 ialah golongan yang suka bermuka-muka atau mungkin boleh bersifat munafik.
Manakala golongan yang ke-8 pula ialah golongan yang serius dalam bermujahadah
tetapi mereka asyik dan tenggelam di dalam proses pencarian hakekat yang
sebenar. Golongan yang ke sembilan pula ialah golongan yang asyik dengan
perbincangan teologikal. Dan yang terakhir ialah golongan yang orang yang
merasakan telah mencapai hakikat yang sebenar kemudian berhenti dari
bermujahadah. Berdasarkan 10 golongan ini, dapatlah difahami bahawa isu
penyelewengan yang bertopengkan tasawwuf amat banyak sekali.




Penutup

Oleh yang demikian jelaslah bahawa konsep tasawwuf dan sufi mampu memberi
impak positif pada yang memahami dan negetif kepada golongan yang tidak
memahami. Oleh yang demikian, adalah menjadi satu kemestian kepada masyarakat
untuk memahami apa yang diperkatakan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh
golongan sufi ini agar dapat diharmonikan dalam kehidupan ummah.




                                                                             10

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Mohd Syahir Ismail
 
Kemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahKemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidah
akhmal ali
 
Kewafatan rasulullah
Kewafatan rasulullahKewafatan rasulullah
Kewafatan rasulullah
ikaasanii
 
18.9.2012 hadis qudsi complete
18.9.2012   hadis qudsi complete18.9.2012   hadis qudsi complete
18.9.2012 hadis qudsi complete
Angah Rahim
 
Pengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittahPengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittah
Amin El Amin
 
7. Al Sunnah
7. Al Sunnah7. Al Sunnah
7. Al Sunnah
WanBK Leo
 
Kepentingan iman
Kepentingan imanKepentingan iman
Kepentingan iman
zulhilmi94
 

La actualidad más candente (20)

Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )
Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )
Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
 
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
 
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAHMETADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
 
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
 
Kemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahKemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidah
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
 
Kewafatan rasulullah
Kewafatan rasulullahKewafatan rasulullah
Kewafatan rasulullah
 
18.9.2012 hadis qudsi complete
18.9.2012   hadis qudsi complete18.9.2012   hadis qudsi complete
18.9.2012 hadis qudsi complete
 
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadith
 
Perang Jamal dan Perang Siffin
Perang Jamal dan Perang SiffinPerang Jamal dan Perang Siffin
Perang Jamal dan Perang Siffin
 
Sebab nuzul
Sebab nuzulSebab nuzul
Sebab nuzul
 
Syiah
SyiahSyiah
Syiah
 
Pengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittahPengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittah
 
7. Al Sunnah
7. Al Sunnah7. Al Sunnah
7. Al Sunnah
 
Kepentingan iman
Kepentingan imanKepentingan iman
Kepentingan iman
 
Am & khas
Am & khasAm & khas
Am & khas
 
usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah
usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah
usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah
 
SEJARAH DAKWAH RASULULLAH SAW
SEJARAH DAKWAH RASULULLAH SAWSEJARAH DAKWAH RASULULLAH SAW
SEJARAH DAKWAH RASULULLAH SAW
 

Similar a tasawwuf dan ummah

Tasawuf
TasawufTasawuf
Tasawuf
atiyu
 
Makalah sejarah perkembangan tasawuf salafi
Makalah sejarah perkembangan tasawuf salafiMakalah sejarah perkembangan tasawuf salafi
Makalah sejarah perkembangan tasawuf salafi
Asep Anwar Musadad
 
Ilmu Kalam & Pemikiran Islam
Ilmu Kalam & Pemikiran IslamIlmu Kalam & Pemikiran Islam
Ilmu Kalam & Pemikiran Islam
dr2200s
 
Makalah tasawwuf dan tarekat di indonesia
Makalah tasawwuf dan tarekat di indonesiaMakalah tasawwuf dan tarekat di indonesia
Makalah tasawwuf dan tarekat di indonesia
HaubibBro
 
Aswajasbgmanhajulfikr 131106015409-phpapp01
Aswajasbgmanhajulfikr 131106015409-phpapp01Aswajasbgmanhajulfikr 131106015409-phpapp01
Aswajasbgmanhajulfikr 131106015409-phpapp01
Rahman Ghifari
 

Similar a tasawwuf dan ummah (20)

STUDI TASAWUF-MISTISME ISLAM.ppt
STUDI TASAWUF-MISTISME ISLAM.pptSTUDI TASAWUF-MISTISME ISLAM.ppt
STUDI TASAWUF-MISTISME ISLAM.ppt
 
Tasawuf
TasawufTasawuf
Tasawuf
 
Dr. Hj munifah Sejarah tasawuf.ppt
Dr. Hj munifah Sejarah tasawuf.pptDr. Hj munifah Sejarah tasawuf.ppt
Dr. Hj munifah Sejarah tasawuf.ppt
 
ARTIKEL_PERKEMBANGAN ILMU TASAWUF DARI KLASIK SAMPAI MODERN_DAHLAN SYUKUR.pdf
ARTIKEL_PERKEMBANGAN ILMU TASAWUF DARI KLASIK SAMPAI MODERN_DAHLAN SYUKUR.pdfARTIKEL_PERKEMBANGAN ILMU TASAWUF DARI KLASIK SAMPAI MODERN_DAHLAN SYUKUR.pdf
ARTIKEL_PERKEMBANGAN ILMU TASAWUF DARI KLASIK SAMPAI MODERN_DAHLAN SYUKUR.pdf
 
Pengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.pdf
Pengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.pdfPengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.pdf
Pengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.pdf
 
Pengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.docx
Pengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.docxPengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.docx
Pengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.docx
 
Makalah sejarah perkembangan tasawuf salafi
Makalah sejarah perkembangan tasawuf salafiMakalah sejarah perkembangan tasawuf salafi
Makalah sejarah perkembangan tasawuf salafi
 
Ilmu Kalam & Pemikiran Islam
Ilmu Kalam & Pemikiran IslamIlmu Kalam & Pemikiran Islam
Ilmu Kalam & Pemikiran Islam
 
Sejarah Singkat Perkembangan Tasawuf
Sejarah Singkat Perkembangan TasawufSejarah Singkat Perkembangan Tasawuf
Sejarah Singkat Perkembangan Tasawuf
 
PENGARUH SOSIAL-POLITIK DAN INTELEKTUAL DALAM PEMBENTUKAN NEO-SUFISME IMAM AL...
PENGARUH SOSIAL-POLITIK DAN INTELEKTUAL DALAM PEMBENTUKAN NEO-SUFISME IMAM AL...PENGARUH SOSIAL-POLITIK DAN INTELEKTUAL DALAM PEMBENTUKAN NEO-SUFISME IMAM AL...
PENGARUH SOSIAL-POLITIK DAN INTELEKTUAL DALAM PEMBENTUKAN NEO-SUFISME IMAM AL...
 
Ahlaq tasawuf
Ahlaq tasawufAhlaq tasawuf
Ahlaq tasawuf
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdfTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdf
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docxTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
 
Makalah tasawuf
Makalah tasawufMakalah tasawuf
Makalah tasawuf
 
Makalah tasawwuf dan tarekat di indonesia
Makalah tasawwuf dan tarekat di indonesiaMakalah tasawwuf dan tarekat di indonesia
Makalah tasawwuf dan tarekat di indonesia
 
Makalah Ilmu Tasawuf.docx
Makalah Ilmu Tasawuf.docxMakalah Ilmu Tasawuf.docx
Makalah Ilmu Tasawuf.docx
 
tasawuf smt 1.pptx
tasawuf smt 1.pptxtasawuf smt 1.pptx
tasawuf smt 1.pptx
 
Aswajasbgmanhajulfikr 131106015409-phpapp01
Aswajasbgmanhajulfikr 131106015409-phpapp01Aswajasbgmanhajulfikr 131106015409-phpapp01
Aswajasbgmanhajulfikr 131106015409-phpapp01
 
RPS Akhlaq Tasawuf Klasik dan Modern.docx
RPS Akhlaq Tasawuf Klasik dan Modern.docxRPS Akhlaq Tasawuf Klasik dan Modern.docx
RPS Akhlaq Tasawuf Klasik dan Modern.docx
 
Aswaja sbg manhajul fikr
Aswaja sbg manhajul fikrAswaja sbg manhajul fikr
Aswaja sbg manhajul fikr
 

Último

Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 

Último (20)

Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 

tasawwuf dan ummah

  • 1. PENDAHULUAN perkataan tasawwuf sebenarnya muncul seiringan kemunculan islam. Kesahihan ini terbukti apabila munculnya para tokoh ahli tasawwuf yang terkenal sehingga dewasa kini, antaranya ialah Hasan al-Basri, Hatim al asamm, Abdul al-Wahid Zayd dan ramai lagi. Ilmu Tasawwuf memberi keberkesanan kepada Tazkiyah al-Nafs. Namun ada juga golongan yang mengatakan Tasawwuf adalah satu amalan yang Bid’ah. Hujah golongan yang menentang Tasawwuf mengatakan bahawa amalan ini merupakan amalan yang baru dan tidak pernah wujud di zaman Rasulullah. Hujah mereka dikuatkan lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan di dalam kitab amal al- qulub bayna al-sufiyyah wa ulama ahl-sunnah yang mengkritik bahawa nama Tasawwuf tidak pernah wujud di dalam al-Quran mahupun as-Sunnah. Namun kenyataan ini dibidas kembali oleh kitab al-Tasawwuf al-shar’i allahdi yajhaluhu kathir min Mudda’ihi’ wa Munqidih menyatakan bahawa selepas kewafatan Rasulullah penjanaan iman mulai merosot sehinggakan ada diantaranya yang murtad. Kemudian, golongan umat Islam yang berbaki pada waktu itu berasa gusar akan keadaan yang berlaku sehingga akhinya wujudlah sekumpulan ahli-ahli tasawwuf cuba untuk merangka metod yang sesuai digunakan bagi menyalakan semula keimanan ( makanan rohani ). Metod ilmu + amal = ihsan menjadi formula yang tepat untuk menjana iman secara efektif. Salah sebuah kitab yang mana turut mempertikaikan penambahan yang dilakukan oleh ahli-ahli sufi yang mana kebanyakannya adalah bercampur aduk antara Islam dan unsur-unsur luar. Tetapi menurut penulis, ianya tidak menjadi masalah selagi ia masih berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah. Situasi ini bukan hanya diutarakan di negara-negara timur tengah tetapi ianya juga berlaku di Malaysia, seperti contoh Dr. Fatah Haron, mengecam golongan ahli sufi yang dikatakan mencampur adukkan Tasawwuf dengan kebatinan. Jika melihat jalan tengah, golongan pengkritik haruslah membezakan antara golongan ahli sufi dengan mereka yang sekadar mendakwa diri sebagai ahli sufi tetapi sebenarnya hanya membawa bid’ah. Kita dapat melihat sendiri sebenarnya isu yang paling diperdebatkan dalam Tasawwuf ialah Tasawwuf Falsafi bukanlah dari sudut Tasawwuf Akhlaki. Kerana, jika di lihat di dalam al-Quran terkandung begitu banyak perkara yang membincangkan tentang sikap zuhud, wara’ dan banyak lagi yang mana kesemua ini ada dalam Tasawwuf Akhlaqi. 1
  • 2. TASAWWUF: sejarah dan perkembangan nya sehingga ke hari ini Che Zarrina Sa’ari Abstrak Pengkajian tentang sejarah perkembangan Tasawwuf mengikut kronologi bermula seawal Islam sehinggalah ianya berkembang ke Malaysia. Walaupun tidak dapat diberikan secara tepat akan tarikh bermulanya Tasawwuf namun, apa yang diterima umum sebenarnya Tasawwuf telah muncul sejak zaman Rasulullah lagi. Harapan penulis agar para pembaca dapat menerima segala usul yang diutarakan dalam ulasan sejarah perkembangan Tasawwuf sehingga ke hari ini. Sejarah perkembangan Tasawwuf Bermula seawal zaman Rasulullah dan para sahabat. Walaupun kebanyakan sumber mengatakan bahawa Tasawwuf dan Tarekat tidak pernah wujud pada zaman Rasulullah, namun merujuk fakta sejarah sebenarnya cara hidup kerohanian tersebut telah mula dipraktikkan oleh baginda sendiri kemudian diikuti oleh golongan para sahabat. Banyak sikap dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah adalah menjadi amalan utama bagi golongan ahli sufi seperti zuhud, khalwah, tafakkur dan banyak lagi menjadi tapak kepada para sufi dalam membentuk doktrin Tasawwuf mereka. Kemudian disusuli oleh golongan para sahabat, mereka masih mencontohi apa yang diamalkan oleh Rasulullah. Salahh satu daripadanya ialah sifat Tawakkal, apabila Saidina Abu Bakar yang mana sanggup untuk menyerahkan seluruh hartanya untuk islam. Kemudian dia bertawakkal Kepada Allah kerana berasa sangat yakin bahawa Allah ada untuk membantunya. Gelombang kedua, bermula pada kurun ke dua hijrah. Cara hidup rohaniah ini semakin berkembang. Pada Zaman Khulafa’ al Rasyidin sangat dikenali sebagai zaman pengekalan amalan-amalan Rasulullah. Pada waktu ini keintelektualan dipandu dengan keimanan sehingga melahirkan tamadun yang begitu mantap menurut pandangan seantero dunia. Walau bagaimanapun pada peringkat ini, kaedah am untuk beribadah yang dilakukan oleh ahli ibadah masih belum diperluaskan. Kebanyakkan masih mengamalkan cara ibadat tersendiri namun memiliki matlamat yang sama iaitu ingin menyucikan jiwa dari kekotoran dunia. 2
  • 3. Pada peringkat pertama ilmu Tasawwuf dikenali sebagai zaman Zuhud pada kurun pertama dan kurun ke dua hijrah. Ini kerana sewaktu pada zaman Rasulullah perkataan Tasawwuf masih belum lagi kedengaran, pada zaman Rasulullah golongan-golongan seperti ini disebut sebagai ahli ibadah atau zuhud. pada peringkat ini, ramai tokoh-tokoh berkaitan kesufian yang mucul. Walaupun pada ketika itu ianya tidak dikenali sebagai Tasawwuf tetapi cara dan metod yang mereka gunakan seolah-oleh itu adalah perbuatan yang dilakukan ahli sufi. Tokoh yang banyak meninggalkan kesan kepada Tasawwuf ialah Hassan al-Basri yang juga dikenali kerana kewarakan yang dimiliki serta zuhud. Serta beberapa lagi para zuhhad yang masih kedengaran nama-nama mereka sehingga ke hari ini. Perkataan zuhud, dan perasaan hubb kepada Allah adalah sangat ditekankan dalam tarbiyah tasawwuf. Rasa takut atau disebut sebagai al-Khawf juga merupakan salah satu landasan dalam pentarbiyahan jiwa manusia. perasaan takut yang dimaksudkan di sini ialah takut melakukan kemudaratan serta takut akan kemurkaan Allah s.w.t. secara umumnya para sahabat pada ketika itu kuat berpegang kepada hukum syara’ dalam masa yang sama mereka juga mengisi jiwa dengan makanan-makanan rohani. Pada perkembangan awal, kelihatan corak kehidupan seperti bersifat bersendirian. namun, perkembangan berlaku sehingga tertubuhnya beberapa kumpulan yang sepakat untuk melakukan ibadah secara berjemaah. Kemudian, selari dengan peredaran zaman, munculnya pelbagai aliran yang lebih tersusun dalam melahirkan umat yang cinta akan Allah seperti kufah dan basrah. Pada abad yang ke tiga dan ke empat, selepas kejatuhan empayar bani umayyah, pemerintahan bani Abassiyah mengambil alih tampuk pimpinan. Perkembangan Tasawwuf semakin pesan membangun. Dalam masa perkembangan Tasawwuf ini diperkenalkan 3 lagi fenomena yang menjadi tapak pengukuh kepada ilmu Tasawwuf antaranya ialah akhlak Tasawwuf, penyatuan atau Wadah dan kaum Qawn. Pada peringkat seterusnya, bermula abad ke enam sehingga abad ke tujuh, suatu perkara yang jelas dalam peringkat perkembangan Tasawwuf ialah istilah tarekat mula diperkenalkan dan digunakan oleh kumpulan ahli-ahli sufi. Seterusnya, kemudian berkembangnya penulisan kitab-kitab yang berkaitan dengan tasawwuf sehinggakan ilmu-ilmu ini tersebar hampir ke seluruh dunia sehingga ianya sampai ke alam melayu. Banyak pendapat bagaimana cara kedatangan Islam di Malaysia, dan 3
  • 4. pendapat yang diterima sehingga ke hari ini, mula datngnya Islam ke alam melayu ialah pada 7H/13M, masyarakat samada pemerintah atau dari golongan rakyat setempat mula memeluk agama Islam. Pemelukan ini bermula dikalangan para pemerintah. Kemudian pada kurun ke 16M, penduduk di Melaka, Borneo dan Filipina turut serta memeluk Islam. Berkaitan dengan perkembangan Tasawwuf di tanah melayu, lebih kurang pada kurun ke 9H/15M, pengaruh Tasawwuf mula tersebar di Melaka apabila kitab al-Durr al-Manzum karangan maulana Abu Ishaq al-Shirazi diajarkan kepada orang ramai. kemudian berkembanglah pula ilmu tarekah hampir dikebanyakan gugusan kepulauan melayu. Dianggarkan tarikh kemasukan tarekah ke alam melayu ialah pada 10H/16M. Dapatlah disimpulkan disini bahawa kerohanian islam bermula sejak zaman Rasulullah lagi, pada ketika itu ianya dikenali sebagai Zuhhad.kemudian selepas itu, amalan pada akhir abad ke 2H/8M lahirnya istilah-istilah sufi hasil daripada perpindahan cara hidup ahli ibadah. Selari dengan itu, gelaran mula diberikan Zuhhad khas untuk para ahli ibadah pada kurun ke 2H/8M. TASAWUF: Pengajian dan kesarjanaan tasawwuf sepanjang zaman Muhammad Zainiy uthman Tasawwuf, merupakan suatu cabang ilmu Islam yang sangat tinggi dan besar manfaatnya. Ulama dan amalan yang berkaitan dengannya seringkali diserang dengan pelbagai tomahan secara melulu. Ianya diserang bukan saja dari golongan kafir namun seringkali di pandang serong oleh golongan umat islam sendiri. Ini kerana kefahaman mereka berkenaan Tasawwuf adalah tidak secara mendalam. Di kalangan umat islam, Tasawwuf, para Auliya’ dan ulama serta cabang-cabang ilmu yang berkaitan dengannya kerap kali menjadi mangsa ketegangan ilmu dan kejahilan. Kadangkala ilmu dan kejahilan ini juga menyebabkan ramai yang tergelincir ke jurang Ilhad,zindiq dan kufur dalam aqidah dan amalan. Sesungguhnya untuk mempelajari ilmu-ilmu ini kenalah dengan adanya persediaan ilmu yang mantap, supaya tidak tersalah dalam meneliti dan memahami segala apa yang diperkatakan. Persediaan ini merangkumi persediaan ilmiah akliah dan ilmiah 4
  • 5. amaliah. Persedian ilmiah akliah disini membawa maksud ialah kita berkemampuan untuk memahami perbincangan yang kebanyakkannya rumit dan sulit bermula dengan ilmu-ilmu asas sehingga ilmu-ilmu tambahan. Apa yang penting disini ialah kesarjanaan dan kewibawaan seseorang itu sebelum dia diiktiraf sebagai telah menguasai sesuatu aliran pemikiran dan amalan Tasawwuf. Kesarjanaan tasawwuf yang dimaksudkan disini ialah seseorang yang mengamalkan amalan rohani dengan menguasai dan mendalami makna-makna ilmiah tentang Islam secara terperinci. Tarekat, menjadi ahli tarekat bukan bermaksud seseorang itu telah sampai ke peringkat tinggi bukan juga menjadi lesen bahawa segala ibadah yang dilakukan diterima oleh Allah s.w.t akan tetapi ianya adalah salah satu penjana agar iman kita bertambah kepada Allah s.w.t. Para auliya’ pernah menyebut bahawa setiap maqam dan hal akan menjadi hijab yang akan mendinding seseorang dari terus meningkat melalui suluk pada tarekat sebenar. Keilmuan atau kesrjanaan seseorang yang wajar diiktiraf ialah apabila seseorang itu sangat memperincikan ilmu, perencanaan dan pengolahan yang dilakukan olehnya keatas sumber-sumber Islam. Penghormatan yang diberikan kenalah berdasarkan kepada ketepatan tinjauan akal, perencanaan kata dan faham serta tumbuh dalam pandangan uyang dizahirkan oleh alam semesta. Segalanya kenalah merujuk semula kepada al-Quran dan as-Sunnah. Dalam beberapa senarai nama-nama Ulama’ , ada beberapa ilama’ yang memiliki pengetahuan bersesuaian dengan cerbisan ledakan ilmu dewasa kini. Merujuk kepada bidang-bidang ilmu yang berkaitan dengan tasawwwuf, ianya kembali semula melalui pentadabburan terhadap al-Quran dan as-Sunnah. Kaedah pengajian dan kesarjanaan islam adalah bersusur galurkan ketokohan para auliya’ dan ulama agug sebagai sendih untuk memperkukuh asas pengajian yang teguh pada peringkat awal sehinggalah penghasilan karya-karya yang bermutu dari ulama- ulama. 5
  • 6. TASAWWUF: Tasawwuf dan pembangunan hakiki ummah Zakaria Stapa Abstrak Pembangunan ummah sehingga kini masih laagi terus dijana agar ianya lebih bersifat kukuh. Ianya memberi impak yang besar keatas sesebuah negara. Potensi yang dimiliki oleh diri manusia adalah berbeza-beza. Apabila potensi-potensi ini salng digabung jalin sudahh pasti akan melahirkan satu ummah yang yang bukan saja terbangun dari segi ukhwah dan pemikiran ia juga melempiaskan kepada pembangunan sesebuah negara. Di dalam tajuk kali ini, terdapat 3 benda yang menjadi persoalan iaitu, konsep pembangunan hakiki ummah menurut pandangan Islam, hakikat dan kehebatan diri manusia da hakikat dan peranan ilmu Tassawuf dalam secara yang hakiki. Konsep pembangunan Ummah menurut pandangan islam Islam mempunnyai pandanngan tersendiri berkenaan dengan pembanggunan ummah, sebelum itu penulis ingin menerangkan berkaitan dengan ummah menurut pandangan Islam. Apabila di dalam sekumpulan manusia itu mengamalkan amal ma’aruf nahi mungkar itu dimaksudkan dengan ummah. Ianya juga dipandu dengan perasaan taat kepada Allah s.w.t. bagi mereka yang tidak menepati ciri-ciri ini, mereka juga merupakan ummah tetapi dengan sedikit penambahan ummah kehilangan jati diri. Hakikat sebenar haruus diketahui dan dihayati akan kejadian manusia di muka bumi ini adalah sebagaii khalifah, memurnikan alam. Namun rama yang sengaja melarikan diri, tidak mengakui bahawa sebenarnya ada taklif yang diberikan oleh Allah s.w.t dibuktikan dengan penganugerahan akal fikiran berbanding dengan makhluk-makhluk lain. 6
  • 7. Pembangunan Ummah : Definisi dan Kepentingan Pembangunan Ummah yang dimaksuudkan disini ialah usaha secara berterusan sepanjnag hayat untuk memupuk potensi-potensi yang ada dalam diri dan individu agar sumbur, dan dipandu dengan rukun-rukun dan syariat dalam islam itu sendiri. Dalam pandangan islam sendiri sememangnya ada menyebutkan tentang kejadian manusia ke muka bumi adalah sebagai khalifah . Allah sebenarnya sangat melarang manusia yang diberikan akal fikiran ini terhasuut oleh dorongan nafsu yang mana kebanyakannya hanya menipu dan mempermainkan. Golongan yang hanya terpedaya oleh hawa nafsu ini tentu sekali tidak akan dapat memberi sumbangan yang positif dan bernilai kepada kesejahteraan ummah. Yang ada hanya kepentingan untuk diri mereka sahaja. Hala tuju pembangunan Seperti yang kita bincangkan berkenaan dengan pembangunan ummah ianya sebenarnya merujuk kepada Tazkiyat al-Nafs iaitu pembersihan diri. Konsep ini diwarisi sejak zaman kenabian lagi untuk sekelian manusia. ianya bertujuan untuk membatalkan segala sifat-sifat mazmumah yang ada pada diri manusia. pembangunan ummah ini adalah usaha untuk mengangkat sifat-sifat manusia daripada yang buruk kepada yang baik. Ianya bertujuan untuk melahirkan ummah yang maju dan beridentiti jelas serta mantap serta memiliki akhlak mulia. Ini menjadi matlamat utama yang sering dibangkitkan dan cuba disemarakan oleh Rasulullah s.a.w sejak dulu lagi. Jika kita terokai berkenaan dengan sejarah berkaitan dengan pembangunan ummah, kita akan temui beberapa fakta yang berkaitan dengan usaha yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. di awal kebangkitan baginda di kota mekah, baginda cuba untuk memupuk dan membangunkan potensi diri manusia yang sememangnya menjadi satu tugas utama baginda s.a.w. Manusia sebenarnya memiliki hakikat dan kehebatan tersendiri. Kesemua ini dapat diijana dengan usaha membangunkan ummah dengan niat ikhlas kerana Allah serta dalaman seseorang individu tersebut yang memainkan peranan dalam proses pembangunan setiap individu ummah. Jika kita melihat dari pandangan al-Quran dalam surah al-Hijr ayat 15:28-9 ada menyebutkan bahawa manusia itu dicipta oleh 7
  • 8. Allah s.w.t daripada 2 unsur iaitu fizikal yang berbentuk jisiim dan abstrak yang merujuk kepada sifat-sifat yang hanya terzahir daripada perlakuan. Kehebatan yang di anugerahkan kepada manusia sangat istimewa berbanding dengan makhluk- makhluk lain. Ianya ada dicatatkan di dalam al-Quran yang mana kisah berkaitan dengan Nabi Sulaiman a.s dan puteri Balqis dalam surah an-Naml 27:38-40. Daripada kisah yang diceritakan di dalam surah ini, ternyata Allah telah memberikan kelebihan kepada manusia, bukan saja dari fizikal malahan ianya juga meliputi rohani itu sendiri. Hakikat dan peranan ilmu Tasawwuf Jika kita lihat, terdapat 2 kelompok kumpulan disifatkan sebagai penulis yang terdiri daripada para aahli sufi yang cuba untuk mengambarkan sejelas mungkin berkenaan dengan pengalaman kerohanian yang mereka alami. Manakala sekumpulan lagi pula, ialaah para pengkaji ilmu tasawwuf. Kelompok pertama ini ialah golongan yang melihat tasawwuf sebagai satu daerah ilmu yang wajar dan mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam keseluruuhan kerangka agama. Manakala sekumpulan lagi, melihat ilmu tasawwuf sebagai sesuatu yang tidak wajar dan tidak sesuai dengan keseluruhan semangat dan pembawaan agama Islam sebagai agama yang dinamik dan progresif. Walaubagaimanapun, tasawwuf sebenarnya ialah satu disiplin ilmu yang telah mula mencapai tahap kematangan dewasa kini menurut pandangan penulis. Walaupun marcapada kini, ramai golongan para orentialis yang cuba menyantuni ilmu tasawwuf dengan sumber-sumber tradisi kerohanian dari peradaban timur ataupun barat. Walaupun ianya diperbahhaskan namun kini hampir di seluruh dunia ilmu tasawwuf mula berkembang. Merujuk konteks aqidah pula, ilmu tasawwuf dianggap sebagai pelengkap dalam menyempurnakan akidah seseorang muslim. Kesimpulan yang dapat dirumuskan disimpulkan berkenaan dengan tasawwuf dalam pembangunan hakiki ummah ialah. Pembangunan ummah menurut perspektif Islam adalah ianya difokuskan kepada dalaman individu itu sendiri, selain itu pembangunan individu yang berteraskan pembangunan dalaman adalah amat sesuai dan hakikat dan peranan tasawwuf adalah selaras dengan pandangan Islam bagi membina ummah yang mantap. 8
  • 9. TASAWWUF: Peringatan al-Ghazali terhadap kekeliruan sufi Wan Suhaimi Wan Abdullah Tasawwuf merupakan salah satu bidang dari ilmu manakala sufi pula ialah suatu kelompok manusia, ianya seringkali mendapat perhatian daripada masyarakat, samada masyarakat awam ataupun dikalangan ilmuan. Golongan ini seringkali menghadapi tentangan dan kritikan. Dan ada juga dikalangan mayarakat yang menyetujui dan menghargai segala usaha yang dilakukan oleh golongan ahli tasawwuf. Untuk memberi kefahaman yang lebih kepada masyarakat, al-Ghazali telah menghasilkan sebuah karya yang bertajuk “ kitab Dhamm al-Ghurur dan Risalah al-Kashf wa al-Tabyin Fi Ghurur al-Khalq Ajma’in. Ianya merupakan kitab yang menerangkan tentang jenis dan bentuk jalan atau jenis jalan dan landasan yang boleh membawa manusia kepada manusia ke arah kekeliruan. Ia juga bertujuan untuk memperingatkan umat islam tentang golongan yang terkeliru, samada dari para Qadi, ulama mahupun orang yang soleh. Yang mana menurut beliau, mereka ini tertipu dan terpedaya dengan dasar-dasar tertentu kerana telah dikaburi dengan sesuatu yang kelihatan baik pada zahirnya tetapi tidak pada hakikatnya. Manusia secara zahirnya tidak akan terlepas daripada Pedaya atau terkeliru sumber-sumber yang mengelirukan. Terdapat 10 golongan yang diperkatakan oleh al-Ghazali dalam kitab ini yang mana 10 golongan ini adalah berdasarkan 10 bentuk “kekeliruan”yang dirasakan oleh golongan para salik. Sepuluh golongan yang dimaksudkan di atas adalah golongan yang disifatkan sebagai golongan yang hanya meniru –niru keterampilan zahir seorang sufi tanpa memahami hakikat dan rahsia di sebalik keterampilan tersebut. Malangnya, golongan ini hanya mencontohi keterampilan zahir sahaja dan tidak menghiraukan amalan dan mujahadah lain yang diusahakan oleh para ahli sufi. Golongan ke-2 pula ialah “yang paling dungu” dilabelkan oleh al-Ghazali. Golongan ini menampilkan dengan zahir keterampilan para sufi untuk menipu masyarakat. Golongan ini menurut al-Ghazali adalah golongan yang boleh mampu untuk menipu dan menyesatkan masyarakat. Seterusnya golongan yang ke-3 ialah golongan yang mendakwa mencapai tahap ilmu tertinggi dalam kesufian walhal hanya mengetahui lafaz dan ungkapan semata- mata. Golongan ke-4 pula ialah golongan ini lebih jelas kesesatannya. Mereka melibatkan secara langsung dengan fenomena dan dakwaan penguguran taklif yang beranggapan bahawa segala hukum syara’ yang zahir adalaah tidak penting. 9
  • 10. Seterusnya golongan yang ke-5 pula ialah mereka yang meninggalkan amalan dan mengabaikan halal atau haram serta mendakwa mereka telah mencapai maqam zuhud, tawakkal, redha dan cinta. Seterusnya golongan yang ke-6 ialah golongan yang perihatin terhadap sesetengah aspek. Seperti contoh, mereka tegas dalam pakaian dan makanan tetapi mengabaikan aspek amalan. Seterusnya aspek yang ke-7 ialah golongan yang suka bermuka-muka atau mungkin boleh bersifat munafik. Manakala golongan yang ke-8 pula ialah golongan yang serius dalam bermujahadah tetapi mereka asyik dan tenggelam di dalam proses pencarian hakekat yang sebenar. Golongan yang ke sembilan pula ialah golongan yang asyik dengan perbincangan teologikal. Dan yang terakhir ialah golongan yang orang yang merasakan telah mencapai hakikat yang sebenar kemudian berhenti dari bermujahadah. Berdasarkan 10 golongan ini, dapatlah difahami bahawa isu penyelewengan yang bertopengkan tasawwuf amat banyak sekali. Penutup Oleh yang demikian jelaslah bahawa konsep tasawwuf dan sufi mampu memberi impak positif pada yang memahami dan negetif kepada golongan yang tidak memahami. Oleh yang demikian, adalah menjadi satu kemestian kepada masyarakat untuk memahami apa yang diperkatakan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh golongan sufi ini agar dapat diharmonikan dalam kehidupan ummah. 10