SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 5
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
~ 1 ~
BIL. JURNAL : MINGGU PERTAMA
TARIKH : 21 JANUARI-25 JANUARI 2013
MASALAH / PERISTIWA :
1. Penyesuaian di sekolah baru
2. Mengenal pasti murid yang mempunyai masalah tingkah laku
Penyesuaian diri.
Sepanjang satu minggu berada di sekolah ini, saya cuba untuk menyesuaikan diri
dengan sebaiknya dari sehari ke sehari. Ini penting supaya saya dapat bergaul baik
dengan masyarakat di sekolah sepanjang tiga bulan menjalani praktikum di sini. Selain
pentadbir, guru dan kakitangan sekolah saya juga telah menjalankan proses suai kenal
dengan murid-murid yang akan saya ambil alih sepanjang tiga bulan menjalani latihan.
Saya bakal mengambil satu kelas aliran perdana bagi subjek Bahasa Melayu
dan satu kelas pendidikan khas bagi subjek Matematik, Bahasa Melayu, Pendidikan
Seni dan Kemahiran Hidup. Saya akan mengajar selama dua waktu di kelas 3 Arif dan
sepuluh waktu di kelas PPKI Pintar. Ini adalah pengalaman kali kedua saya mengajar
murid-murid aliran perdana memandangkan pada semester sebelumnya saya pernah
mengajar subjek Pendidikan Jasmani. Namun keadaan sedikit berbeza kerana jika
sebelum ini saya telah mengajar sepenuhnya di padang manakala kali ini saya akan
mengajar di dalam kelas. Bagi kelas PPKI pula, jumlah kesemua murid adalah seramai
11 orang namun bilangan murid yang akan saya ajar pula ialah hanya seramai empat
orang sahaja.
Mengenal pasti murid yang mempunyai masalah tingkah laku dan subjek kajian
tindakan.
Sepanjang satu minggu berada di kelas pendidikan khas, saya telah dapat
mengenal pasti beberapa orang murid yang telah saya senarai pendekkan untuk
dijadikan kajian kes masalah tingkah laku dan subjek kajian tindakan. Namun setelah
membuat pemerhatian dengan lebih menyeluruh, saya telah memilih seorang kanak-
kanak ADHD sebagai subjek kes masalah tingkah laku dan seorang murid sindrom
down sebagai subjek kajian tindakan. Kes masalah tingkah laku tersebut adalah
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
~ 2 ~
bertujuan bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) pengurusan tingkah
laku. Sementara itu murid sindrom down tersebut adalah bagi perancangan dan
pelaksanaan kajian tindakan yang akan saya jalankan kerana saya telah memilih untuk
menjalankan kajian berteraskan akademik.
Subjek masalah pengurusan tingkah laku yang telah saya pilih adalah seorang
murid ADHD yang mempunyai masalah tumpuan serta hiperaktif tahap minima. Subjek
merupakan seorang murid lelaki berumur 9 tahun yang tinggal bersama datuk dan
neneknya. Subjek mempunyai masalah untuk duduk diam pada satu-satu masa, tidak
boleh dibiarkan sendirian kerana akan keluar dari kelas dan mengganggu orang lain,
tidak mampu makan sendiri kerana tidak dilatih, dan sukakan perhatian. Subjek adalah
murid baru dan guru-guru di situ telah mengenal pasti bahawa subjek sangat sukakan
muzik. Saya telah memilih untuk melatih murid makan sendiri pada setiap waktu rehat.
Subjek yang telah saya pilih untuk kajian tindakan pula adalah seorang murid
berumur 13 tahun yang telah mampu untuk berdikari, mempunyai minat untuk belajar
tetapi masih gagal menguasai kesemua abjad dan mempunyai masalah daya ingatan.
Saya telah menjalankan ujian diagnostik Bahasa Melayu ke atas murid berkenaan dan
saya telah memutuskan untuk meningkatkan kemahiran mengenal abjad yang masih
lemah.
ANALISIS
Penyesuaian di sekolah baru.
Oleh kerana ini adalah praktikum fasa ke-3 bagi saya, maka proses penyesuaian
diri berlaku dengan lebih baik berbanding sebelum ini. Kerjasama yang baik dari semua
pihak juga melancarkan lagi pelbagai urusan yang perlu saya selesaikan pada minggu
pertama ini. Saya juga mendapati bahawa ini adalah sekolah yang paling saya selesa
setakat ini baik dari segi persekitaran mahupun warga sekolah. Saya berasa sangat
gembira kerana terasa seperti disambut dengan baik oleh warga sekolah yang
keseluruhannya sangat mesra dan sentiasa cuba membantu sebaik mungkin.
Mengenal pasti murid yang mempunyai masalah tingkah laku.
Masih tidak ramai yang tahu bahawa masalah ADHD adalah satu masalah yang
boleh mengganggu hidup penghidapnya jika mereka tidak dibantu seawal yang
mungkin. Bagi individu yang tidak sedar tentang kewujudan ADHD sebagai satu
masalah semulajadi yang tidak semua orang menghidapinya, mereka akan cenderung
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
~ 3 ~
untuk mengatakan individu ADHD sebagai malas, nakal dan jahat serta menyusahkan
orang lain.
Persatuan Psikologi Amerika (APA) telah mendefinisikan ADHD sebagai
kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya dapat dikesan sebelum umur 7
tahun. ADHD merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulsif dan hiperaktif-
impulsif yang terlalu kerap dan teruk berbanding kebiasaan yang dilihat pada individu
pada tahap-tahap perkembangannya.
Definisi ADHD yang diberikan oleh Persatuan Psikologi Amerika di atas
dikategorikan kepada 3 ( Marilyn Friend, 2005) iaitu ADHD kurang tumpuan, ADHD
Hiperaktif-Impulsif, dan ADHD gabungan.
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat selama satu minggu, saya dapati subjek
kajian saya mempunyai masalah ketiga iaitu ADHD gabungan yang mana murid ini
tidak boleh memberi tumpuan dan hiperaktif sekaligus. Subjek memahami apa yang
diperkatakan oleh orang lain tetapi tidak akan memberi respons dan akan meneruskan
aktivitinya sendiri sahaja. Subjek juga perlu dijaga rapi oleh pembantu pengurusan
murid kerana jika dibiarkan sendiri, subjek akan merayau-rayau ke luar kelas dan
mengganggu murid-murid kelas lain. Menurut guru di situ juga, murid pernah cuba
membuka semua pintu kereta guru-guru menyebabkan satu sekolah hingar bingar
dengan bunyi alat penggera kereta.
Apabila tiba waktu rehat, subjek akan makan makanan yang dibawa dari rumah
tetapi terpaksa disuap oleh pembantu pengurusan murid kerana tidak tahu makan
sendiri. Semasa makan juga, subjek tidak boleh duduk diam pada satu-satu masa dan
harus sentiasa dipanggil untuk disuap.
CADANGAN/ TINDAKAN SUSULAN
Murid bermasalah ADHD (masalah tumpuan dan hiperaktif)
Guru-guru pendidikan khas yang telah lama berkhidmat adalah merupakan
sumber terbaik di sekolah bagi mendapatkan panduan bagaimana untuk mengatasi
masalah murid-murid istimewa ini kerana mereka mempunyai lebih banyak pengalaman
bersama murid-murid ini.
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
~ 4 ~
Oleh itu, saya akan banyak belajar dan merujuk kepada guru-guru di sekolah ini
bagi mendapatkan panduan bagi menguba tingkah laku subjek yang telah dipilih. Saya
telah meminta kebenaran penyelaras Pendidikan Khas, Puan Rosnani Ibrahim untuk
cuba melatih subjek makan sendiri.
Rata-rata mengatakan bahawa yang diperlukan adalah kesabaran dan masa.
Kita juga perlu sentiasa mengulang-ulang banyak kali apa yang di ajar supaya
sekurang-kurangnya mereka dapat ingat walau hanya satu perkara yang diajar.
Sepertimana yang terkandung di dalam teori Thorndike, hukum pembelajarannya
yang kedua iaitu hukum latihan. Menurut Thorndike, persepsi perhubungan antara
ransangan dengan gerak balas adalah mewakili konsep pembelajaran. Hal yang
demikian, untuk meningkatkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas,
seseorang murid hendaklah diberi latihan yang banyak untuk mendapat kesan yang
baik. Kesimpulannya, semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuh ikatan antara
ransangan dengan gerak balas seseorang murid.
Contohnya jika dalam pengurusan tingkah laku yang bakal saya jalankan ini,
saya menjangkakan untuk sentiasa duduk bersama subjek pada setiap hari waktu rehat
untuk melatihnya makan sendiri secara perlahan-lahan. Langkah pertama yang saya
telah rangkakan ialah memperkenalkan sudu kepada subjek terlebih dahulu. Subjek
perlu belajar memegang sudu dengan baik jika hendak belajar makan secara sendiri.
Makan adalah merupakan satu kemahiran asas yang paling utama di dalam bidang
pengurusan diri dan sesiapa sahaja wajar diajar untuk berdikari untuk memudahkan
urusan kehidupannya serta orang lain.
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
~ 5 ~
KESIMPULAN
Kanak-kanak dengan ADHD boleh dibantu dalam pelajaran mereka melalui
intervensi pengajaran yang berkesan. Di antara intervensi pengajaran yang berkesan
ialah :
- Guru perlu memberi arahan yang jelas, ringkas dan tepat
- Apabila memberi arahan, guru perlu meminta murid mengulang semula
arahan tersebut
- Pecahkan tugasan yang kompleks dan besar kepada bahagian-bahagian
yang lebih kecil
- Gunakan banyak tindak balas aktif sepanjang pengajaran
- Gunakan kaedah pelbagai sensori dalam pengajaran
- Libatkan murid dalam aktiviti pembelajaran
Mengikut statistik, murid dapat mengekalkan ;
10% daripada apa yang dibaca
26% daripada apa yang didengar
30% daripada apa yang dilihat
50% daripada apa yang mereka lihat dan dengar
70% daripada apa yang mereka kata dan;
90% daripada apa yang mereka kata dan buat.
Kanak-kanak bermasalah ADHD adalah kanak-kanak istimewa yang perlu dididik
dengan cara dan kaedah yang sesuai. Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan
dan keistimewaan tersendiri. Sebagai guru, kita perlu yakin bahawa setiap daripada
murid yang kita didik boleh berjaya dari pelbagai segi dan juga mampu membanggakan
kita.
Sebagai guru pelatih yang sedang bertatih untuk menjadi guru sebenar pada
masa akan datang, saya perlu berusaha keras untuk membantu setiap murid yang
diajar kerana mereka adalah tanggungjawab yang tidak boleh disia-siakan.
Berdasarkan keseluruhan penulisan jurnal ini, saya merumuskan bahawa setiap tingkah
laku sama ada yang bermasalah mahupun yang kurang memuaskan boleh ditingkatkan
dengan adanya usaha dan bantuan yang tepat. Saya juga akan mula melaksanakan
pengubahsuaian tingkah laku subjek ini bermula pada minggu kedua praktikum.
Tandatangan pelajar, Disahkan oleh,
……………………… ……………….

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahshafidaosman
 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)En Asyraf
 
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)Mawar Pink
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifHanim Hanisha
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolahali ahmad
 
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 -   Laporan pentaksiran ujianEdup3063 -   Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujianSakilah96
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualNor Hamizah Sahari
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMESigmund Fai
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROkeryman313
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 

La actualidad más candente (20)

Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
 
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatif
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 
Rubrik slaid
Rubrik slaidRubrik slaid
Rubrik slaid
 
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 -   Laporan pentaksiran ujianEdup3063 -   Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujian
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
RPH WUDHUK
RPH WUDHUKRPH WUDHUK
RPH WUDHUK
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Prinsip penggunaan bbm
Prinsip penggunaan bbmPrinsip penggunaan bbm
Prinsip penggunaan bbm
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISME
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 

Destacado

CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMJanet Jouti
 
Cth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCoordy Nation
 
Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Cekgu Kay
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiRozhan Zakaria
 
Panduan menulis jurnal refleksi
Panduan menulis jurnal refleksiPanduan menulis jurnal refleksi
Panduan menulis jurnal refleksiCitizen Logen
 
12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajian12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajianShafie Athiah
 
Refleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan MengajarRefleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan MengajarIyQa GaNi
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
Isi kandungan portfolio praktikum
Isi kandungan portfolio praktikumIsi kandungan portfolio praktikum
Isi kandungan portfolio praktikumsetmee9890
 
Contoh penulisan refleksi
Contoh penulisan refleksiContoh penulisan refleksi
Contoh penulisan refleksiwanita25
 
Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2
Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2
Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2Naque BloodyBranch
 

Destacado (20)

CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
 
Cth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabila
 
Jurnal refleksi praktikal
Jurnal refleksi praktikalJurnal refleksi praktikal
Jurnal refleksi praktikal
 
Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6
 
REFLEKSI
REFLEKSIREFLEKSI
REFLEKSI
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksi
 
Jurnal minggu 12
Jurnal minggu 12Jurnal minggu 12
Jurnal minggu 12
 
Panduan menulis jurnal refleksi
Panduan menulis jurnal refleksiPanduan menulis jurnal refleksi
Panduan menulis jurnal refleksi
 
12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajian12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajian
 
Refleksi Diri
Refleksi DiriRefleksi Diri
Refleksi Diri
 
Jurnal minggu 11
Jurnal minggu 11Jurnal minggu 11
Jurnal minggu 11
 
Refleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan MengajarRefleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan Mengajar
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Jurnal 7
Jurnal 7Jurnal 7
Jurnal 7
 
Isi kandungan portfolio praktikum
Isi kandungan portfolio praktikumIsi kandungan portfolio praktikum
Isi kandungan portfolio praktikum
 
Contoh penulisan refleksi
Contoh penulisan refleksiContoh penulisan refleksi
Contoh penulisan refleksi
 
Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2
Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2
Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2
 
Seminar refleksi
Seminar refleksiSeminar refleksi
Seminar refleksi
 
Jurnal minggu 3
Jurnal minggu 3Jurnal minggu 3
Jurnal minggu 3
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 

Similar a MENINGKATKAN KEMAHIRAN

Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)Ruslan Mauliady
 
Study kasus pendidikan inklusi .pptx
Study kasus pendidikan inklusi .pptxStudy kasus pendidikan inklusi .pptx
Study kasus pendidikan inklusi .pptxFathamAkbar
 
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4saiful_7304
 
Kanak2 berkeperluan khas
Kanak2 berkeperluan khasKanak2 berkeperluan khas
Kanak2 berkeperluan khasRasLamia Othman
 
Pendidikan Inklusi
Pendidikan InklusiPendidikan Inklusi
Pendidikan InklusiMOH. SHOFI'I
 
Individual differences
Individual differencesIndividual differences
Individual differencesAlfonsus Sam
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
Nota pemulihan nie
Nota pemulihan nieNota pemulihan nie
Nota pemulihan nieniekay
 
Makalah hasil observasi sekolah SLB-C
Makalah hasil observasi sekolah SLB-CMakalah hasil observasi sekolah SLB-C
Makalah hasil observasi sekolah SLB-Ceviy ana
 
54403496 jurnal
54403496 jurnal54403496 jurnal
54403496 jurnalsuthasha
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranKazirul Latif
 
Angket gaya belajar
Angket gaya belajarAngket gaya belajar
Angket gaya belajarthearif1971
 

Similar a MENINGKATKAN KEMAHIRAN (20)

Jurnal minggu 2
Jurnal minggu 2Jurnal minggu 2
Jurnal minggu 2
 
Jurnal minggu 5
Jurnal minggu 5Jurnal minggu 5
Jurnal minggu 5
 
KELOMPOK 3.pptx
KELOMPOK 3.pptxKELOMPOK 3.pptx
KELOMPOK 3.pptx
 
Jurnal minggu 7
Jurnal minggu 7Jurnal minggu 7
Jurnal minggu 7
 
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)
 
Study kasus pendidikan inklusi .pptx
Study kasus pendidikan inklusi .pptxStudy kasus pendidikan inklusi .pptx
Study kasus pendidikan inklusi .pptx
 
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
 
Kanak2 berkeperluan khas
Kanak2 berkeperluan khasKanak2 berkeperluan khas
Kanak2 berkeperluan khas
 
Pendidikan Inklusi
Pendidikan InklusiPendidikan Inklusi
Pendidikan Inklusi
 
Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6
 
Individual differences
Individual differencesIndividual differences
Individual differences
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
Nota pemulihan nie
Nota pemulihan nieNota pemulihan nie
Nota pemulihan nie
 
Makalah hasil observasi sekolah SLB-C
Makalah hasil observasi sekolah SLB-CMakalah hasil observasi sekolah SLB-C
Makalah hasil observasi sekolah SLB-C
 
PPT FEBRI.pptx
PPT FEBRI.pptxPPT FEBRI.pptx
PPT FEBRI.pptx
 
54403496 jurnal
54403496 jurnal54403496 jurnal
54403496 jurnal
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
SLIDE ISU MURID.pptx
SLIDE ISU MURID.pptxSLIDE ISU MURID.pptx
SLIDE ISU MURID.pptx
 
Angket gaya belajar
Angket gaya belajarAngket gaya belajar
Angket gaya belajar
 
Kemahiran belajar
Kemahiran belajarKemahiran belajar
Kemahiran belajar
 

Más de Azliza Mohamed

Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pkDsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkDsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pendidikan moral thn 4 pk
Dsk pendidikan moral thn 4 pkDsk pendidikan moral thn 4 pk
Dsk pendidikan moral thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkDsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pkDsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkDsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk matematik thn 4 pk
Dsk matematik thn 4 pkDsk matematik thn 4 pk
Dsk matematik thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk kemahiran hidup thn 4 pk
Dsk kemahiran hidup thn 4 pkDsk kemahiran hidup thn 4 pk
Dsk kemahiran hidup thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pkDsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk bahasa inggeris thn 4 pk
Dsk bahasa inggeris thn 4 pkDsk bahasa inggeris thn 4 pk
Dsk bahasa inggeris thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Latihan tulis nama sayuran
Latihan tulis nama sayuranLatihan tulis nama sayuran
Latihan tulis nama sayuranAzliza Mohamed
 
Laporan perancangan rpi
Laporan perancangan rpiLaporan perancangan rpi
Laporan perancangan rpiAzliza Mohamed
 
Kertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlighted
Kertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlightedKertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlighted
Kertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlightedAzliza Mohamed
 

Más de Azliza Mohamed (20)

Dsk tmk thn 4 pk
Dsk tmk thn 4 pkDsk tmk thn 4 pk
Dsk tmk thn 4 pk
 
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pkDsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
 
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkDsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
 
Dsk pendidikan moral thn 4 pk
Dsk pendidikan moral thn 4 pkDsk pendidikan moral thn 4 pk
Dsk pendidikan moral thn 4 pk
 
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkDsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
 
Dsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pkDsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pk
 
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkDsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
 
Dsk matematik thn 4 pk
Dsk matematik thn 4 pkDsk matematik thn 4 pk
Dsk matematik thn 4 pk
 
Dsk kemahiran hidup thn 4 pk
Dsk kemahiran hidup thn 4 pkDsk kemahiran hidup thn 4 pk
Dsk kemahiran hidup thn 4 pk
 
Dsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pkDsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pk
 
Dsk bahasa inggeris thn 4 pk
Dsk bahasa inggeris thn 4 pkDsk bahasa inggeris thn 4 pk
Dsk bahasa inggeris thn 4 pk
 
Latihan tulis nama sayuran
Latihan tulis nama sayuranLatihan tulis nama sayuran
Latihan tulis nama sayuran
 
Jurnal minggu 10
Jurnal minggu 10Jurnal minggu 10
Jurnal minggu 10
 
Jurnal minggu 9
Jurnal minggu 9Jurnal minggu 9
Jurnal minggu 9
 
Maksud pengujian
Maksud pengujianMaksud pengujian
Maksud pengujian
 
Rpi ptl m2
Rpi ptl m2Rpi ptl m2
Rpi ptl m2
 
Laporan perancangan rpi
Laporan perancangan rpiLaporan perancangan rpi
Laporan perancangan rpi
 
Kertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlighted
Kertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlightedKertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlighted
Kertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlighted
 
Iep week 3
Iep week 3Iep week 3
Iep week 3
 

Último

Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 

Último (20)

Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 

MENINGKATKAN KEMAHIRAN

  • 1. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 ~ 1 ~ BIL. JURNAL : MINGGU PERTAMA TARIKH : 21 JANUARI-25 JANUARI 2013 MASALAH / PERISTIWA : 1. Penyesuaian di sekolah baru 2. Mengenal pasti murid yang mempunyai masalah tingkah laku Penyesuaian diri. Sepanjang satu minggu berada di sekolah ini, saya cuba untuk menyesuaikan diri dengan sebaiknya dari sehari ke sehari. Ini penting supaya saya dapat bergaul baik dengan masyarakat di sekolah sepanjang tiga bulan menjalani praktikum di sini. Selain pentadbir, guru dan kakitangan sekolah saya juga telah menjalankan proses suai kenal dengan murid-murid yang akan saya ambil alih sepanjang tiga bulan menjalani latihan. Saya bakal mengambil satu kelas aliran perdana bagi subjek Bahasa Melayu dan satu kelas pendidikan khas bagi subjek Matematik, Bahasa Melayu, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup. Saya akan mengajar selama dua waktu di kelas 3 Arif dan sepuluh waktu di kelas PPKI Pintar. Ini adalah pengalaman kali kedua saya mengajar murid-murid aliran perdana memandangkan pada semester sebelumnya saya pernah mengajar subjek Pendidikan Jasmani. Namun keadaan sedikit berbeza kerana jika sebelum ini saya telah mengajar sepenuhnya di padang manakala kali ini saya akan mengajar di dalam kelas. Bagi kelas PPKI pula, jumlah kesemua murid adalah seramai 11 orang namun bilangan murid yang akan saya ajar pula ialah hanya seramai empat orang sahaja. Mengenal pasti murid yang mempunyai masalah tingkah laku dan subjek kajian tindakan. Sepanjang satu minggu berada di kelas pendidikan khas, saya telah dapat mengenal pasti beberapa orang murid yang telah saya senarai pendekkan untuk dijadikan kajian kes masalah tingkah laku dan subjek kajian tindakan. Namun setelah membuat pemerhatian dengan lebih menyeluruh, saya telah memilih seorang kanak- kanak ADHD sebagai subjek kes masalah tingkah laku dan seorang murid sindrom down sebagai subjek kajian tindakan. Kes masalah tingkah laku tersebut adalah
  • 2. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 ~ 2 ~ bertujuan bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) pengurusan tingkah laku. Sementara itu murid sindrom down tersebut adalah bagi perancangan dan pelaksanaan kajian tindakan yang akan saya jalankan kerana saya telah memilih untuk menjalankan kajian berteraskan akademik. Subjek masalah pengurusan tingkah laku yang telah saya pilih adalah seorang murid ADHD yang mempunyai masalah tumpuan serta hiperaktif tahap minima. Subjek merupakan seorang murid lelaki berumur 9 tahun yang tinggal bersama datuk dan neneknya. Subjek mempunyai masalah untuk duduk diam pada satu-satu masa, tidak boleh dibiarkan sendirian kerana akan keluar dari kelas dan mengganggu orang lain, tidak mampu makan sendiri kerana tidak dilatih, dan sukakan perhatian. Subjek adalah murid baru dan guru-guru di situ telah mengenal pasti bahawa subjek sangat sukakan muzik. Saya telah memilih untuk melatih murid makan sendiri pada setiap waktu rehat. Subjek yang telah saya pilih untuk kajian tindakan pula adalah seorang murid berumur 13 tahun yang telah mampu untuk berdikari, mempunyai minat untuk belajar tetapi masih gagal menguasai kesemua abjad dan mempunyai masalah daya ingatan. Saya telah menjalankan ujian diagnostik Bahasa Melayu ke atas murid berkenaan dan saya telah memutuskan untuk meningkatkan kemahiran mengenal abjad yang masih lemah. ANALISIS Penyesuaian di sekolah baru. Oleh kerana ini adalah praktikum fasa ke-3 bagi saya, maka proses penyesuaian diri berlaku dengan lebih baik berbanding sebelum ini. Kerjasama yang baik dari semua pihak juga melancarkan lagi pelbagai urusan yang perlu saya selesaikan pada minggu pertama ini. Saya juga mendapati bahawa ini adalah sekolah yang paling saya selesa setakat ini baik dari segi persekitaran mahupun warga sekolah. Saya berasa sangat gembira kerana terasa seperti disambut dengan baik oleh warga sekolah yang keseluruhannya sangat mesra dan sentiasa cuba membantu sebaik mungkin. Mengenal pasti murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Masih tidak ramai yang tahu bahawa masalah ADHD adalah satu masalah yang boleh mengganggu hidup penghidapnya jika mereka tidak dibantu seawal yang mungkin. Bagi individu yang tidak sedar tentang kewujudan ADHD sebagai satu masalah semulajadi yang tidak semua orang menghidapinya, mereka akan cenderung
  • 3. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 ~ 3 ~ untuk mengatakan individu ADHD sebagai malas, nakal dan jahat serta menyusahkan orang lain. Persatuan Psikologi Amerika (APA) telah mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya dapat dikesan sebelum umur 7 tahun. ADHD merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulsif dan hiperaktif- impulsif yang terlalu kerap dan teruk berbanding kebiasaan yang dilihat pada individu pada tahap-tahap perkembangannya. Definisi ADHD yang diberikan oleh Persatuan Psikologi Amerika di atas dikategorikan kepada 3 ( Marilyn Friend, 2005) iaitu ADHD kurang tumpuan, ADHD Hiperaktif-Impulsif, dan ADHD gabungan. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat selama satu minggu, saya dapati subjek kajian saya mempunyai masalah ketiga iaitu ADHD gabungan yang mana murid ini tidak boleh memberi tumpuan dan hiperaktif sekaligus. Subjek memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain tetapi tidak akan memberi respons dan akan meneruskan aktivitinya sendiri sahaja. Subjek juga perlu dijaga rapi oleh pembantu pengurusan murid kerana jika dibiarkan sendiri, subjek akan merayau-rayau ke luar kelas dan mengganggu murid-murid kelas lain. Menurut guru di situ juga, murid pernah cuba membuka semua pintu kereta guru-guru menyebabkan satu sekolah hingar bingar dengan bunyi alat penggera kereta. Apabila tiba waktu rehat, subjek akan makan makanan yang dibawa dari rumah tetapi terpaksa disuap oleh pembantu pengurusan murid kerana tidak tahu makan sendiri. Semasa makan juga, subjek tidak boleh duduk diam pada satu-satu masa dan harus sentiasa dipanggil untuk disuap. CADANGAN/ TINDAKAN SUSULAN Murid bermasalah ADHD (masalah tumpuan dan hiperaktif) Guru-guru pendidikan khas yang telah lama berkhidmat adalah merupakan sumber terbaik di sekolah bagi mendapatkan panduan bagaimana untuk mengatasi masalah murid-murid istimewa ini kerana mereka mempunyai lebih banyak pengalaman bersama murid-murid ini.
  • 4. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 ~ 4 ~ Oleh itu, saya akan banyak belajar dan merujuk kepada guru-guru di sekolah ini bagi mendapatkan panduan bagi menguba tingkah laku subjek yang telah dipilih. Saya telah meminta kebenaran penyelaras Pendidikan Khas, Puan Rosnani Ibrahim untuk cuba melatih subjek makan sendiri. Rata-rata mengatakan bahawa yang diperlukan adalah kesabaran dan masa. Kita juga perlu sentiasa mengulang-ulang banyak kali apa yang di ajar supaya sekurang-kurangnya mereka dapat ingat walau hanya satu perkara yang diajar. Sepertimana yang terkandung di dalam teori Thorndike, hukum pembelajarannya yang kedua iaitu hukum latihan. Menurut Thorndike, persepsi perhubungan antara ransangan dengan gerak balas adalah mewakili konsep pembelajaran. Hal yang demikian, untuk meningkatkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas, seseorang murid hendaklah diberi latihan yang banyak untuk mendapat kesan yang baik. Kesimpulannya, semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuh ikatan antara ransangan dengan gerak balas seseorang murid. Contohnya jika dalam pengurusan tingkah laku yang bakal saya jalankan ini, saya menjangkakan untuk sentiasa duduk bersama subjek pada setiap hari waktu rehat untuk melatihnya makan sendiri secara perlahan-lahan. Langkah pertama yang saya telah rangkakan ialah memperkenalkan sudu kepada subjek terlebih dahulu. Subjek perlu belajar memegang sudu dengan baik jika hendak belajar makan secara sendiri. Makan adalah merupakan satu kemahiran asas yang paling utama di dalam bidang pengurusan diri dan sesiapa sahaja wajar diajar untuk berdikari untuk memudahkan urusan kehidupannya serta orang lain.
  • 5. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 ~ 5 ~ KESIMPULAN Kanak-kanak dengan ADHD boleh dibantu dalam pelajaran mereka melalui intervensi pengajaran yang berkesan. Di antara intervensi pengajaran yang berkesan ialah : - Guru perlu memberi arahan yang jelas, ringkas dan tepat - Apabila memberi arahan, guru perlu meminta murid mengulang semula arahan tersebut - Pecahkan tugasan yang kompleks dan besar kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil - Gunakan banyak tindak balas aktif sepanjang pengajaran - Gunakan kaedah pelbagai sensori dalam pengajaran - Libatkan murid dalam aktiviti pembelajaran Mengikut statistik, murid dapat mengekalkan ; 10% daripada apa yang dibaca 26% daripada apa yang didengar 30% daripada apa yang dilihat 50% daripada apa yang mereka lihat dan dengar 70% daripada apa yang mereka kata dan; 90% daripada apa yang mereka kata dan buat. Kanak-kanak bermasalah ADHD adalah kanak-kanak istimewa yang perlu dididik dengan cara dan kaedah yang sesuai. Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Sebagai guru, kita perlu yakin bahawa setiap daripada murid yang kita didik boleh berjaya dari pelbagai segi dan juga mampu membanggakan kita. Sebagai guru pelatih yang sedang bertatih untuk menjadi guru sebenar pada masa akan datang, saya perlu berusaha keras untuk membantu setiap murid yang diajar kerana mereka adalah tanggungjawab yang tidak boleh disia-siakan. Berdasarkan keseluruhan penulisan jurnal ini, saya merumuskan bahawa setiap tingkah laku sama ada yang bermasalah mahupun yang kurang memuaskan boleh ditingkatkan dengan adanya usaha dan bantuan yang tepat. Saya juga akan mula melaksanakan pengubahsuaian tingkah laku subjek ini bermula pada minggu kedua praktikum. Tandatangan pelajar, Disahkan oleh, ……………………… ……………….