1. Ungku Aziz
Prof. Diraja Dr. Ungku Aziz
YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (28 Januari 1922 -
) merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan
dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan
negara. Ia juga memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV 1993.
[sunting] Keluarga
Beliau dilahirkan di London pada 28 Januari 1922, merupakan keturunan diraja Johor.
Bapanya Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid merupakan seorang Leftenan
dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JVC). Ibunya bernama Hamidah bte
Abdullah.
Beliau telah berkahwin dengan Sharifah Azah Aziz dan telah dikurniakan seorang anak
perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar, Gabenor Bank Negara Malaysia
sekarang.
[sunting] Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian
menyambung pengajiannya di Raffles College kemudiannya Universiti Malaya Singapura
dan mendapat ijazah pada 1951. Kemudian pada 1964, beliau mendapat Ijazah Doktor
Falsafah dalam bidang ekonomi di Waseda University, Tokyo, Jepun.
2. [sunting] Perkhidmatan
Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951, kemudian sebagai
Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura (1952-1961). Pada tahun 1961-1965,
beliau telah dilantik sebagai Professor dan Dekan di Fakulti Ekonomi di Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988.
Beliau merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan
universiti tersebut kira-kira 20 tahun.
[sunting] Anugerah
Beliau yang dianugerahkan gelaran Professor Diraja pada 17 Jun 1978, juga merupakan
pengasas gerakan koperasi dan Yang Dipertua ANGKASA sejak ditubuhkan pada 1971.
Pada 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong. Beliau juga merupakan Pengerusi Cosmopoint.
Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama ‘Anugerah
Melayu Terbilang’ sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) 11 Mei 2005.
[sunting] Sumbangan
Antara sumbangan utama Ungku Aziz kepada negara ialah:-
• Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati
agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II.
• Pencetus idea penubuhan
o Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH)
o Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
o Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa)
o Universiti Malaya
Akademi Islam
Pusat Asasi Sains
Pekanbuku.
3. bidang pendidikan dan seorang
ahli ekonomi yang banyak
menyumbang idea kepada agama,
bangsa dan negara.
Beliau dilahirkan di London pada
28 Januari 1922, merupakan
keturunan Diraja Johor. Beliau
berkahwin dengan Pn. Azah Aziz
dan dikurniakan seorang anak
perempuan iaitu Y.M. Tan Sri
Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz,
Gabenor Bank Negara Malaysia
sekarang.
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor
Bahru, kemudian di Sekolah Bukit Zahrah dan seterusnya di English
College, Johor Bahru. Beliau menyambung pengajiannya di Raffles
College, Singapura. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang
Ekonomi (Kepujian Kelas Pertama) di Universiti Malaya Singapura pada
1951. Kemudian mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang
Ekonomi di Waseda University, Tokyo 1964.
Perkhidmatan
Beliau pernah menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) dan kemudian
sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura (1949-1960).
Pada tahun 1960-1965, beliau dilantik sebagai Pensyarah Kanan dan
Ketua Jabatan Ekonomi, Fakulti Sastera, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur. Kemudian dilantik sebagai Dekan Fakulti Ekonomi dan
Pentadbiran, Universiti Malaya (1965-1968), seterusnya dilantik sebagai
Naib Canselor, Universiti Malaya dari tahun 1969-1988.
Anugerah
Y.M Ungku Aziz telah dianugerahkan gelaran Profesor Diraja
Ekonomi (Pembangunan Luar Bandar) oleh DYMM Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong pada 17 Jun 1978. Beliau pernah
memenangi Hadiah International Academic Prize of The 4th Fukuoka
Asian Cultural Prizes 1993 by the City of Fukuoka. Pada 1997 beliau
telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh DYMM Seri Paduka
Baginda Yang DiPertuan Agong. Pada 21 Julai 2002 beliau telah
dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara.
Beliau telah menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama
Anugerah Melayu Terbilang sempena sambutan ulang tahun Ke-59
UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 11 Mei 2005
oleh Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.
4. Seterusnya pada 25 Jun 2005 beliau telah dianugerahkan Tokoh
Ekonomi Melayu oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
Anugerah terbaru yang diterima oleh YM Profesor Diraja Ungku A.
Aziz ialah Anugerah Akademik Negara 2006 sempena Majlis
Pengisytiharan Universiti Penyelidikan dan Anugerah Akademik Negara
2006 pada 2 Ogos 2007 oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Aktiviti Semasa
Antara penglibatan beliau dalam Institusi Kebangsaan
a) Yang Dipertua, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
(ANGKASA) (Mac 1971-)
b) Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya
Berhad (KKUM) (1968-)
c) Fellow Kehormat, Institut Sosial Malaysia, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (1.10.2005-
30.9.2008)
d) Ahli Majlis Tadbir Urus, Pusat Pengajian Kewangan Islam
Antarabangsa, Bank Negara Malaysia (INCEIF Governing
Council) (2006-2009)
Antara penglibatan beliau dalam Syarikat Korporat
a) Pengarah PLUS Berhad (9.9.1988-)
b) Pengerusi, Cosmopoint Sdn Bhd (25.9.1995-)
c) Pengarah PLUS Expressways Berhad (11.3.2002-)