1. LAPORAN KEJOHANAN BADMINTON BAWAH 12 MSSD KLANG 2019
Kejohanan Badminton Bawah 12 MSSD Klang 2019 telah dijalankan pada 15 Februari
2019. Kejohanan pada tahun ini dikelolakan oleh dan dijalankan di Dewan Badminton Sri
Andalas, Klang. SK Bukit Kemuning 2 telah menghantar neorang pemain dan neorang guru
pengiring untuk berhadapan dengan sekolah-sekolah Daerah Klang lain yang turut serta pada
kejohanan pada tahun ini. Peserta tersebut :
• Mohd Razin Aqif Bin B. Doni
Peserta Badminton SK Bukit Kemuning 2 telah mempamerkan mutu permainan yang
membanggakan dalam setiap perlawanan dan melayakkannya mara ke suku akhir. Semasa di
peringkat suku akhir, pasukan SK Bukit Kemuning 2 telah menewaskan peserta SK Sungai
Serdang untuk mara ke peringkat separuh akhir. SK Bukit Kemuning 2 meneruskan
kecemerlangan dengan menewaskan SK Abdul Samat dan mara ke peringkat akhir. Pada
perlawanan akhir, SK Bukit Kemuning 2 bertemu sekali lagi dengan SK Sungai Serdang.
Ternyata kehebatan SK Bukit Kemuning 2 tiada tolok bandingnya apabila menewaskan SK
Sungai Serdang dan muncul johan kategori Bawah 12 Tahun Kejohanan Badminton MSSD
Klang 2019.
Kejayaan yang diraih ini merupakan hasil usaha dan kerja keras pemain, bimbingan
guru-guru penasihat dan sokongan yang tidak putus daripada para pentadbir dan warga sekolah.
Semoga kejayaan ini menjadi pendorong buat semua untuk mencapai kejayaan yang lebih
cemerlang pada masa hadapan.
Disediakan oleh Disemak oleh
2. Norazman Bin Mohamad Noor Puan Zurina Dasuki
Pengurus Peserta Badminton Penolong Kanan Kokurikulum
SK Bukit Kemuning 2 SK Bukit Kemuning 2
Diluluskan oleh
Hjh. Huzaimah bt Mokhtar
Guru Besar
SK Bukit Kemuning 2