Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian Sekolah
1. Peranan
Pusat Sumber Sekolah
dalam
Pembestarian Sekolah
FADZLIATON BINTI ZAINUDIN
Menjalankan Tugas Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pembestarian Sekolah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Emel: fadzliaton@moe.gov.my
2. Wawasan 2020: Membina Masyarakat Saintifik dan
Progresif
Mewujudkan masyarakat
saintifik dan progresif,
masyarakat yang
mempunyai daya
perubahan tinggi dan
berpandangan ke depan,
yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi
juga penyumbang kepada
tamadun sains dan
teknologi masa depan.
4. Perkembangan Sekolah Bestari & Pembestarian Sekolah
Pelaksanaan di 88
Sekolah Bestari
Pemantapan 88
Sekolah Bestari
Konsep Sekolah
Bestari ke semua
sekolah di Malaysia
dengan
memanfaatkan
semua inisiatif ICT
sedia ada
Teknologi sebagai
pengupaya dalam
pelaksanaan
pengajaran dan
pembelajaran
Fasa 1
Rintis
(1999-2002)
Fasa 2
Pascarintis
(2003-2005)
Fasa 3
Pembestarian Sekolah
(2006-2010)
Fasa 4
Penstabilan dan Kelestarian
(2011-2020)
5. Ekosistem Pembestarian Sekolah
Ekosistem
Pembestarian
Sekolah
Penggunaan
ICT
Modal Insan
Aplikasi
Infrastruktur
ICT
Pusat
Sumber
Sekolah
KEBERHASILAN
Murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan
Kemahiran Abad Ke-21 melalui pembelajaran secara akses kendiri, terarah
kendiri, dan kadar kendiri
Kreatif dan inovatif
Cekap menggunakan teknologi
baru
Mahir menguruskan maklumat
secara beretika dan selamat
Berkomunikasi dengan
berkesan
6. Ciri-ciri Sekolah Bestari
Guru
berperanan
sebagai pemudah
cara atau
fasilitator
Murid
belajar secara
akses kendiri,
terarah kendiri,
dan kadar kendiri
menjurus kepada
pembelajaran
sepanjang hayat
Pengajaran dan
pembelajaran
PDP menarik,
berkesan dan
berpusatkan
murid
Penggunaan
ICT
Sekolah
membudayakan
penggunaan ICT
dalam PdT dan
PDP
Perkongsian
Pintar
Sekolah
mewujudkan
rangkaian dan
perkongsian
pintar dengan
pelbagai pihak
7.
8. 7Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
• 2013 – 2015
• Melaksanakan
1BestariNet ke semua
sekolah untuk
mengintegrasi ICT
dalam pembelajaran
harian
Gelombang 1
• 2016 – 2020
• Memacu inovasi ICT
khususnya untuk
pembelajaran jarak
jauh dan pembelajaran
terarah kendiri
Gelombang 2
• 2021 – 2025
• Melaksanakan
program dan inovasi
ICT bagi kumpulan
berkeperluan khusus
di seluruh negara bagi
meningkatkan
standard pembelajaran
secara berterusan
Gelombang 3
9. Digital Tech @ Schools
Digital Tech @ Schools
Merapatkan jurang
literasi digital
Menggalakkan
kreativiti dan
inovasi melalui
penggunaan
teknologi digital
Memupuk
penggunaan
peralatan dan
teknologi digital
secara selamat dan
beretika
memacu negara sebagai sebuah
ekonomi digital yang maju
menjelang 2020
10. Standard Kompetensi Digital (DCS)
DOMAIN 1 DOMAIN 2 DOMAIN 3
TECHNOLOGY
Student demonstrates a sound understanding of
technology concepts and operations
DIGITAL CITIZENSHIP
Student demonstrates competent use of information
and technology effectively, responsibly and legally
COGNITIVE
Students demonstrates ability to formulate issues,
identify problems, provide solutions and make decisions
through creative and critical thinking skills to construct
knowledge; plan, conduct and manage projects; using
appropriate digital tools and resources
PARAMETERS and SUBPARAMETERS
Technology concepts and operations
Understand and apply technology concepts
and operations
Digital Information Literacy
Access and search for online information
Information evaluation
Organize, store, retrieve and present
information
Organize and illustrate date in appropriate
formats
Store information and content for retrieve
Communication, Collaboration and Sharing
Use technologies and shared resources for
team work , and collaborative process
Assess and use information and technology
responsibly
Identify, evaluate and select reliable online
sources prior to using or sharing
Assess and use information and technology
safely
Recognize and manage risks arising form
the use of technology (identity theft, cyber
bullying, etc)
Assess and use information and technology
ethically and legally
Understand ethical behaviour and legal
implications in the use of in
Creating and developing content
Express creatively through digital media
and technologies
Restructure and review content that s/he
has created or others have created fit for
purpose
Problem solving and decision making
Series of order steps taken to solve a
problem or achieve some end (Algorithms
and Procedures)
Break down tasks into smaller manageable
parts (Problem Decomposition)
Organize resources to simultaneously carry
out tasks to reach a common goal
(Parallelization)
11. Memastikan infrastruktur TMK sekolah boleh beroperasi dalam
keadaan terbaik bagi menyokong program pembestarian sekolah.
Meningkatkan tahap pembestarian sekolah secara berterusan
berdasarkan Smart School Qualification Standards (SSQS).
Memastikan Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD)
yang mantap untuk meningkatkan keberkesanan dalam PdP serta PdT.
Memastikan Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran (DSKP)
mengutamakan kemahiran maklumat, komunikasi, kolaborasi serta
pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid melalui penggunaan
TMK sebagai pengupaya.
Memantapkan perkhidmatan sokongan pembestarian sekolah melalui
agen perubahan yang dikenalpasti.Dasar Pendidikan Kebangsaan Edisi-4
12. Meningkatkan usaha Communities of Practice (COP) dan User
Generated Content (UGC) melalui program perkongsian pintar.
Menjadikan Sekolah Bestari sedia ada sebagai sekolah penanda aras
kepada pembestarian sekolah.
Membangun dan menyebar luas sumber pendidikan berdasarkan
kurikulum kebangsaan.
Menguatkuasakan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2005- Penyelarasan
Waktu Mengajar Bagi Guru Penyelaras Bestari serta Guru
Perpustakaan dan Media.
Memantap dan menambahbaik peranan pusat sumber sekolah
dalam meningkatkan kemahiran murid abad ke 21 khususnya dalam
literasi maklumat dan program bacaan.
Dasar Pendidikan Kebangsaan Edisi-4
13. Perkongsian pintar
Aplikasi
• Portal PSS bagi
penyebaran maklumat
• VLE
Pembangunan Modal Insan
• Kursus berkaitan
pengintegrasian
teknologi pendidikan
Pusat Sumber Bestari
Literasi Maklumat dan Media
• Kemahiran maklumat
• Komunikasi
• Kolaborasi
• Pemikiran kritis dan kreatif
Infrastruktur
• Koleksi bahan bacaan
• Perkakasan ICT
• Capaian Internet Perkhidmatan sokongan pedagogi
Sumber pendidikan
pelbagai media
Perkhidmatan Ubiquitous (di mana
jua pada bila-bila masa) bagi
Pembelajaran Ubiquitous
14. Peranan Guru Perpustakaan dan Media
Pemimpin
Kurikulum
Pakar
Maklumat
Pengurus
Perkhidmatan
Maklumat
16. Hala Tuju PSS dalam Pembestarian Sekolah
Dengan itu, kelestarian Pembestarian Sekolah amat bergantung kepada usaha-usaha
berikut:
• Menyediakan infrastruktur ICT yang terkini dan sesuai dengan tujuan PdP
• Memastikan capaian internet tersedia untuk semua sekolah
• Bahan sumber pembelajaran tersedia untuk guru dan murid
• Pembelajaran sepanjang hayat dan ubiquitous diutamakan dalam sekolah dan luar
sekolah
• Membangun modal insan yang holistik, berpengetahuan serta berfikiran, kreatif,
kritis dan berinovatif
• Menanda aras amalan terbaik peringkat antarabangsa untuk melonjak
kecemerlangan pembestarian sekolah
17. Penutup
• Pembestarian Sekolah ialah satu usaha berterusan KPM untuk
menyediakan generasi muda dengan kemahiran abad ke-21
supaya mereka dapat bersaing dalam dunia tanpa sempadan
dan seterusnya menyediakan k-workers bagi menjana ekonomi
berasaskan pengetahuan. Kelestarian (sustainability)
Pembestarian Sekolah amat bergantung kepada sokongan,
sumbangan serta komitmen semua pihak.
Bismillahir rahmanir Rahim.
YBhg. Datin, tuan-tuan dan puan-puan,
Assalamualaikum wawahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera. Salam Sehati Sejiwa.
Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya, dapat juga saya bersama-sama YBhg. Datin, tuan-tuan dan puan-puan dalam Majlis Ilmu ini. Walaupun saya tidak dapat hadir atas kepentingan organisasi kerana ketika ini saya Menjalankan Tugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembestarian Sekolah, namun saya tetap mahu mengambil peluang untuk bersama-sama YBhg. Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor dan Persatuan Perpustakaan Awam Negeri Johor kerana berjaya menganjurkan Seminar berkaitan Pusat Sumber Sekolah, yang sudah pastinya terdapat banyak ilmu dan maklumat-maklumat terkini yang disampaikan oleh para pembentang sekalian.
Kini, tibalah giliran saya untuk membentangkan Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian Sekolah, satu tajuk yang menggabung jalinkan pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah dan Pembestarian Sekolah.
Seperti yang YBhg. Datin, tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, Malaysia berhasrat untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 menggariskan hala tuju untuk mencapai status negara maju dengan mensasarkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 7 peratus setahun sehingga tahun 2020. Salah satu daripada sembilan cabaran utama Wawasan 2020 adalah “Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.” Matlamat inilah yang menjadi teras utama pelaksanaan Pembestarian Sekolah.
Kini, dalam tempoh lima tahun terakhir menjelang 2020, strategi perlu disusun rapi bagi melaksanakan lonjakan terakhir dalam usaha melahirkan generasi bestari yang kompeten dalam Kemahiran Abad Ke-21 serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
Antara usaha-usaha untuk menjadi negara maju, Malaysia mempelopori Sekolah Bestari, salah satu daripada tujuh aplikasi utama dalam Koridor Raya Multimedia (MSC). Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa konsep Pembestarian Sekolah bermula dengan Sekolah Bestari yang merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PDP) serta pengurusan sekolah melalui penggunaan teknologi pendidikan termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sesuai dengan perkembangan semasa yang bertujuan meningkatkan minat, kreativiti, pengetahuan dan kemahiran murid.
Pada tahun 2006, konsep Sekolah Bestari yang sebelum ini dirintis di 88 sekolah diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara melalui konsep Pembestarian Sekolah. Semua inisiatif ICT yang sedang dilaksanakan oleh KPM dimanfaatkan (leveraged). Proses ini dijalankan secara berterusan untuk meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengurusan sekolah (PdT) secara interaktif berasaskan ICT.
Matlamat Pembestarian Sekolah adalah seperti berikut:
Meningkatkan kadar pembelajaran berpusatkan murid
Membangunkan modal insan yang berkemahiran ICT untuk memenuhi keperluan masa hadapan; dan
Menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Sekolah Bestari dilaksanakan secara berperingkat-peringkat seperti berikut:
Fasa 1 – Rintis (1999-2002) - Pelaksanaan di 88 Sekolah Bestari
Fasa 2 – Pascarintis (2003-2005) - Pemantapan 88 Sekolah Bestari
Fasa 3 – Pembestarian Sekolah (2006-2010) - Konsep Sekolah Bestari ke semua sekolah di Malaysia dengan memanfaatkan semua inisiatif ICT sedia ada
Fasa 4 – Penstabilan dan Kelestarian (2011-2020) – Teknologi sebagai pengupaya dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
Kini, kita berada di Fasa 4 iaitu Penstabilan dan Kelestarian dan bagi Lonjakan 5 tahun yang yang Terakhir (2016 – 2020), Pembestarian Sekolah akan memberikan tupuan dan focus kepada Keberhasilan Murid atau Students’ Outcome.
Pencapaian Tahap Bestari di sekolah diukur melalui Smart School Qualification Standards (SSQS). Mulai tahun 2013, ekosistem Pembestarian Sekolah melibatkan lima domain utama iaitu Modal Insan, Penggunaan ICT, Aplikasi, Infrastruktur ICT dan Pusat Sumber Sekolah. Untuk makluman semua, Domain PSS diberi pemberatan sebanyak 20% dalam SSQS.
Penilaian yang dilaksanakan secara kendiri oleh empat kategori responden iaitu Pentadbir, Guru, Murid dan Guru Perpustakaan dan Media, bertujuan untuk mencapai Keberhasilan Murid iaitu Murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Kemahiran Abad Ke-21 melalui pembelajaran secara akses kendiri, terarah kendiri, dan kadar kendiri.
Dengan adanya kemahiran dan kompetensi tersebut, adalah diharapkan murid yang dilahirkan oleh sistem pendidikan kita adalah murid yang kreatif dan inovatif, cekap menggunakan teknologi baru, mahir menguruskan maklumata secara beretika dan selamat dan boleh berkomunikasi dengan berkesan. Ini adalah antara ciri-ciri tenaga kerja abad ke-21.
Ybhg. Datin, tuan-tuan dan puan-puan,
Adakah sekolah tuan-tuan dan puan-puan telah mencapai tahap bestari? Sebenarnya terdapat lima kualiti utama yang menjadikan sekolah tuan-tuan dan puan-puan sekolah bestari atau pun tidak.
Ciri-ciri Sekolah Bestari adalah seperti berikut:
Guru berperanan sebagai pemudah cara atau fasilitator
Murid belajar secara akses kendiri, terarah kendiri, dan kadar kendiri menjurus kepada pembelajaran sepanjang hayat
Pengajaran dan pembelajaran (PDP) menarik, berkesan dan berpusatkan murid
Sekolah membudayakan penggunaan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran (PdT) dan pengajaran dan pembelajaran (PDP)
Sekolah mewujudkan rangkaian dan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak
Jika kita lihat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 turut menekankan kepentingan Pembestarian Sekolah melalui Anjakan 7, iaitu Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
Kini, potensi besar ICT dimanfaatkan dalam dan luar bilik darjah, pada bila-bila masa, di mana jua, melalui platform Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment – VLE) yang boleh dicapai melalui 1BestariNet. Kesemua inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh KPM, yang menelan belanja berbilion-bilion ringgit seharusnya dimanfaatkan oleh semua warga pendidik supaya mendapat pulangan pelaburan seperti yang diharapkan oleh negara.
Gelombang 1
2013 – 2015
Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah untuk mengintegrasi ICT dalam pembelajaran harian
Gelombang 2
2016 – 2020
Memacu inovasi ICT khususnya untuk pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran terarah kendiri
Gelombang 3
2021 – 2025
Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus di seluruh negara bagi meningkatkan standard pembelajaran secara berterusan
Inisiatif Digital Tech @ Schools merupakan kesinambungan pelaksanaan program Pembestarian Sekolah dalam Fasa 4 - Penstabilan dan Kelestarian yang bertujuan memberi fokus kepada keberhasilan murid dengan membangunkan dan mengukur tahap kompetensi digital murid di Malaysia melalui tiga aspek iaitu teknologi, kognitif dan digital citizenship. Program ini merupakan program yang dilaksanakan secara bersama oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) dan KPM.
Keberhasilan (Outcome) daripada inisiatif ini adalah untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran digital dan berpemikiran komputasional bagi memenuhi keperluan ekonomi negara.
Program ini memberi fokus kepada sekolah-sekolah yang telah bersedia dari segi pembudayaan pembestarian sekolah dengan mencapai tahap pembestarian 4-bintang dan 5-bintang dalam Smart Schools Qualification Standards - SSQS.
Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards) untuk murid telah dibangunkan berdasarkan piawaian antarabangsa seperti International Society for Technology in Education (ISTE), Media and Information Literacy Standards oleh UNESCO dan ICT Skill Set KPM.
Pada pertengahan bulan November yang lalu, Bahagian Teknologi Pendidikan telah membuat semakan semula ke atas Dasar Pembestarian Sekolah yang dimuatkan dalam Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan Edisi Ke-4.
Antara strategi pelaksanaan yang dicadangkan adalah seperti berikut:
Memastikan infrastruktur TMK sekolah boleh beroperasi dalam keadaan terbaik bagi menyokong program pembestarian sekolah.
Meningkatkan tahap pembestarian sekolah secara berterusan berdasarkan Smart School Qualification Standards (SSQS).
Memastikan Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) yang mantap untuk meningkatkan keberkesanan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta Pengurusan dan Pentadbiran (PdT).
Memastikan Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran (DSKP) mengutamakan kemahiran maklumat, komunikasi, kolaborasi serta pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid melalui penggunaan TMK sebagai pengupaya.
Memantapkan perkhidmatan sokongan pembestarian sekolah melalui agen perubahan yang dikenalpasti.
Meningkatkan usaha Communities of Practice (COP) dan User Generated Content (UGC) melalui program perkongsian pintar.
Menjadikan Sekolah Bestari sedia ada sebagai sekolah penanda aras kepada pembestarian sekolah.
Membangun dan menyebar luas sumber pendidikan berdasarkan kurikulum kebangsaan.
Menguatkuasakan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2005- Penyelarasan Waktu Mengajar Bagi Guru Penyelaras Bestari serta Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah).
Memantap dan menambahbaik peranan pusat sumber sekolah dalam meningkatkan kemahiran murid abad ke 21 khususnya dalam literasi maklumat dan program bacaan.
Peranan Guru Perpustakaan dan Media:
Sebagai Pemimpin Kurikulum
Bekerjasama dengan Pengetua / Guru Besar dan pengurusan sekolah untuk memastikan Keberhasilan Literasi Maklumat sebagai fokus utama
Terlibat dalam perancangan kurikulum
Meningkatkan kesedaran guru-guru berkaitan keperluan murid untuk memperolehi kemahiran maklumat dan kepentingan pembelajaran berasaskan sumber
Menggalakkan penggunaan proses maklumat sebagai satu rangka kerja bagi pembangunan kemahiran maklumat dan sebagai asas bagi pemantauan perkembangan murid sebagai pengguna maklumat secara sistematik
Merancang, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta menilai secara kolaboratif bersama guru-guru mata pelajaran, untuk memastikan keberkesanan integrasi sumber maklumat dan teknologi dalam pembelajaran murid;
Memastikan literasi kekal sebagai prioriti utama dengan cara melibatkan pelajar dalam pembacaan dan dari segi audio dan visual bagi meningkatkan kemahiran melihat dan mendengar murid
Menyediakan bantuan tambahan kepada murid-murid berkeperluan khas
Melibatkan murid dalam operasi pusat sumber sekolah untuk menyumbang kepada pemahaman mereka berhubung peranan perkhidmatan maklumat pendidikan dalam pembelajaran sepanjang hayat
Sebagai Pakar Maklumat
Menyediakan akses kepada sumber maklumat melalui satu sistem yang cekap dan terarah dalam pengurusan maklumat
menyediakan latihan dan bantuan kepada murid dan guru untuk memastikan keberkesanan dalam penggunaan sistem ini;
Menyediakan perkhidmatan bantuan kepada murid dalam penggunaan teknologi dan sumber maklumat untuk pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek atau kajian samada semasa atau selepas waktu persekolahan
mentafsir sistem maklumat dan teknologi untuk pelajar dan guru dalam konteks program kurikulum;
menyediakan bantuan pakar kepada pelajar menggunakan kemudahan perkhidmatan maklumat sekolah untuk bacaan bebas , melihat dan mendengar.
Sebagai Pengurus Maklumat
membangunkan dan melaksanakan strategi untuk menilai koleksi sumber pendidikan dan untuk menentukan kurikulum dan keperluan murid berdasarkan sasaran sekolah
membangunkan dasar, prosedur dan kriteria untuk memilih sumber yang memenuhi kurikulum , bermaklumat dan memenuhi keperluan rekreasi murid;
membangunkan sistem maklumat dan perkhidmatan yang responsif kepada keperluan murid dan guru;
memastikan bahawa pengurusan harian perkhimatan pusat maklumat sekolah adalah diselenggara dengan baik ;
membuat anggaran belanjawan untuk memastikan keperluan pengajaran dan pembelajaran dipenuhi;
menyediakan persekitaran yang merangsang minda yang menitik beratkan pencapaian pembelajaran murid
menggalakkan penggunaan sumber pendidikan dan maklumat, sistem serta perkhidmatan yang berkesan di dalam dan luar sekolah.
Pakar pendidikan di kebanyakan negara menyedari hakikat bahawa kanak-kanak memerlukan kemahiran yang lebih daripada 3M (menulis, membaca, mengira) setelah mereka menamatkan alam persekolahan. Dalam dunia globalisasi pada abad ke-21, keperluan untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi menjadi semakin penting.
Di Malaysia, Kementerian telah mengenal pasti kemahiran abad ke-21 yang sesuai dengan konteks tempatan dan dapat menyediakan warga Malaysia untuk bersaing pada peringkat antarabangsa. Untuk itu, kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik, serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi, dan bekerja secara berpasukan. Kurikulum sekolah rendah dan menengah yang dikaji semula akan memastikan keseimbangan pengetahuan yang penting dengan kemahiran berfikir, dan nilai untuk memastikan kejayaan murid pada masa akan datang.
Bagi menghadapi pembelajaran abad ke-21, kemahiran spesifik perlu dikuasai melalui PdP berteraskan pengetahuan kandungan, kepakaran dan literasi ICT dengan sokongan sistem inovatif. Justeru, Pembestarian Sekolah ialah satu usaha berterusan KPM untuk melengkapkan generasi muda dengan kemahiran abad ke-21 supaya mereka dapat bersaing dalam dunia tanpa sempadan, dan berfungsi sebagai k-workers bagi menjana ekonomi berasaskan pengetahuan.
Dengan itu, kelestarian Pembestarian Sekolah amat bergantung kepada usaha-usaha berikut:
Menyediakan infrastruktur ICT yang terkini dan sesuai dengan tujuan PdP
Memastikan capaian internet tersedia untuk semua sekolah
Bahan sumber pembelajaran tersedia untuk guru dan murid
Pembelajaran sepanjang hayat dan ubiquitous diutamakan dalam sekolah dan luar sekolah
Membangun modal insan yang holistik, berpengetahuan serta berfikiran, kreatif, kritis dan berinovatif
Menanda aras amalan terbaik peringkat antarabangsa untuk melonjak kecemerlangan pembestarian sekolah
Justeru, PSS perlu memainkan peranan dalam memastikan hala tuju PSS adalah seiring dengan Pembestarian Sekolah.