1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
KUALA TERENGGANU
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
PISMP SEMESTER 4
AMBILAN JANUARI 2010
AMALI 4
~SCE 3107~
EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
-MENGUKUR KEPELBAGAIAN SPESIES-
NAMA PENSYARAH:
ENCIK HASHIM BIN SALLEH
NAMA NO. I/C NO.
MATRIK
Nurul Asma Bt. Ibrahim 900217115794 123394
2. Praktikal 4
Tajuk : Mengukur Kepelbagaian Spesies.
Objektif : Mengukur dan membandingkan kepelbagaian spesies.
Pengenalan/Teori :
Biokepelbagaian merupakan kepelbagaian benda hidup di muka bumi sama ada flora atau
fauna. Ia merangkumi semua hidupan dalam ekosistem atau seluruh bumi termasuk hidupan
laut. Biokepelbagaian selalu digunakan untuk mengukur keadaan sistem biologi yang sihat.
Kepelbagaian hidupan di bumi hari ini terdiri daripada berjuta-juta spesies biologi yang
tersendiri hasil daripada evolusi 3.5 juta tahun lalu.
Gambar 4.1: Kepelbagaian spesies rama-rama.
Kita memang sedia maklum bahawa masyarakat setempat kebanyakannya masih belum
memahami akan kepentingan memulihara kepelbagaian hidupan dan ekosistem, malahan
istilah kepelbagaian hidupan atau dalam bahasa Inggerisnya Biodiversity itu sendiri masih
terlalu asing bagi mereka. Maka dengan itu mereka kurang menghargai usaha-usaha berbagai
pihak untuk memulihara kepelbagaian hidupan ini kerana mereka tidak dapat melihat apa
manafaat disebalik usaha-usaha sedemikian.
Istilah Biodiversity dan Pemuliharaan.
Biodiversity atau Kepelbagaian Hidupan: Bermaksud kepelbagaian organisma hidup
termasuklah daratan, laut, ekosistem akuatik atau diperantaraannya. Kepelbagaian hidupan
juga termasuklah kepelbagaian dalam kalangan spesies, di antara spesies and ekosistem yang
sama atau berbeza.
3. Pemuliharaan: Cara manusia mengurus alam semulajadi untuk mendapat hasil yang terbaik
untuk generasi sekarang sambil mengekalkan potensinya untuk keperluan generasi akan
datang. Oleh itu pemuliharaan ialah satu usaha positif, merangkumi pemeliharaan, sokongan,
penggunaan lestari, pemulihan dan penambahbaikan kepada alam semulajadi.
(Unit of Science & Technology, 2003)
Tujuan aktiviti ini di jalankan adalah untuk bagi membolehkan anda berlatih membandingkan
dan menilai tumbuhan yang berlainan atau komuniti haiwan dengan menggunakan alat
analisis statistik yang sama.
"Indeks Kepelbagaian Simpson ialah ukuran kepelbagaian spesies. Dalam ekologi, ia sering
digunakan untuk mengukur biodiversiti habitat. Ia mengambil kira bilangan spesies yang
hadir, serta kelimpahan spesies masing-masing. "
"Indeks kepelbagaian Simpson mengambil kira bilangan spesies, jumlah individu, dan
sebahagian daripada jumlah yang dijumpai dalam setiap spesies. Jika indeks digunakan untuk
membandingkan kepelbagaian dalam kalangan komuniti, saiz sampel mestilah sama. Jika
data banci lengkap digunakan, kawasan sampel mestilah mempunyai saiz yang sama.
Masyarakat yang mengandungi hanya satu spesies akan mempunyai nilai 1.0. Nilai-nilai akan
meningkat/bertambah kepada infiniti, di mana setiap individu kepunyaan satu spesies yang
berbeza."
D = N(N-1) / ni (ni – 1)
D = indeks kepelbagaian
N = jumlah bilangan individu daripada semua spesies
n = bilangan individu dalam satu spesies
i = subskrip untuk mewakili bilangan spesies yang berbeza
Kekayaan dan Keseragaman/Kesamarataan Spesies.
Kita boleh bahagikan kepelbagaian spesies kepada dua komponen: kekayaan spesies, yang
mana bilangan spesies dalam himpunan, dan keseragaman/kesamarataan spesies, iaitu yang
bilangan relatif individu yang sama rata dalam kalangan spesies. Sebagai contoh, bayangkan
dua komuniti, masing-masing dengan 10 spesies dan 100 individu. Masyarakat pertama
mempunyai keserasian yang maksimum dengan setiap spesies yang diwakili oleh 10 orang
individu. Masyarakat kedua mempunyai keserasian yang minimum, dengan 91 individu yang
1 spesies dan 1 setiap individu daripada 9 spesies yang baki. Kebanyakan ahli ekologi akan
mengatakan bahawa masyarakat yang pertama adalah lebih pelbagai kerana ia lebih sama
rata.
(Kesey-Bear and Acquired Intelligence, Inc.; 2000)
Alat dan radas : Krayon pelbagai warna, kertas A4 dan set “Moths of SE Asia”.
4. Keputusan/Hasil kajian :
Gambar 4.1: Haiwan diklasifikasikan ke dalam taxa atau spesies yang berlainan mengikut
ciri-ciri yang terdapat pada mereka menggunakan sifat morfologi mereka dan ditanda dengan
menggunakan warna yang berlainan.
Gambar 4.2: Setiap pengelasan dicatatkan secara kasar/draf seperti gambar di atas.
Jadual 4.1 di bawah menunjukkan bilangan spesies dan bilangan individu spesies untuk 3
pulau di Malaysia.
D = Indeks kepelbagaian Simpson
P = Urutan Keutamaan untuk pemuliharaan (1 – Paling segera, 3 – Kurang segera)
Spesies Pulau Sipadan Pulau Talang- Pulau Redang
5. Talang
A – Merah jambu 16 23 23
B – Hijau 10 0 11
C – Biru gelap 5 12 4
D – Biru muda 3 15 0
E – Kuning 0 0 18
F – Coklat 3 33 0
G – Hitam 0 5 0
H – Hijau muda 9 0 0
I – Kuning (Neon) 30 4 0
J – Ungu 0 0 8
K – Putih 2 0 3
L – Merah 0 0 7
M – Oren (Jingga) 4 2 0
N – Peach 34 4 0
Jumlah Bilangan 116 98 74
Kekayaan Spesies 10 8 7
Kesamarataan Kurang Sederhana Tinggi
Spesies kesamarataan kesamarataan kesamarataan
Indeks Simpson (D) 5.26 4.69 4.92
Keutamaan untuk
3 2 1
Pemuliharaan
Jadual 4.1
6. Pengiraan bagi indeks Simpson
Indeks yang digunakan adalah seperti berikut:
D = 1/Ʃ pi2
Dimana pi = pecahan kelimpahan untuk ith spesies pada setiap pulau.
Pulau Sipadan
D = 1/ (16/116)² + (10/116)² + (5/116)² + (3/116)² + (9/116)²
+ (30/116)² + (2/116)² + (4/116)² + (34/116)²
=1/0.189
= 5.26
Pulau Talang-talang
D = 1/(23/98)² + (12/98)² + (15/98)² + (33/98)² + (5/98)² + (4/98)² +
(2/98)² + (4/98)²
= 1/ 0.213
= 4.69
Pulau Redang
D = 1/( 23/74)² + (11/74)² + (4/74)² + (18/74)² + (8/74)² + (3/74)²
+ (7/74)²
= 1/0.203
= 4.92
Perbincangan :
1) Apakah yang dimaksudkan dengan binaaan asas atau unit operasi
taksonomi bagi kepelbagaian alam?
7. Biodiversiti merangkumi kesemua organisma hidup yang dijumpai di atas
tanah dan juga di dalam air. Semua spesies mempunyai peranan dan
menyediakan 'kepentingan' di mana kita bergantung kepadanya: daripada
sekecil bakteria di dalam tanah, sehingga ikan paus yang terbesar di lautan.
Empat binaan asas bagi biodiversiti ialah gen, spesies, habitat dan ekosistem.
Gen. Gen adalah binaan asas kehidupan. Mereka menentukan ciri-ciri
kesemua hidupan organisma. Ianya mengekalkan kepelbagaian genetik
dengan memulihara spesies dan kepelbagaiannya adalah merupakan
kekuatannya dalam pemuliharaan alam.
Spesies. Hampir dua juta spesies telah dikenal pasti di seluruh dunia dan ia
dianggarkan bahawa ini boleh mewakili hanya 20% daripada jumlah yang
sedia ada di Bumi. Tanah sahaja menjadi tuan rumah lebih daripada satu
perempat daripada segala jenis. Selain daripada mikro-organisma, serangga
kumpulan yang terbesar dan paling pelbagai termasuklah kulat, tumbuh-
tumbuhan, lichens dan lumut. Berbanding dengan benua lain, Eropah dan
Kesatuan Eropah (EU) mempunyai spesies yang relatif sedikit, walaupun
ramai yang hanya hadir di rantau ini (iaitu endemik).
Habitat. Jenis spesis tumbuhan dan haiwan ini berkumpul untuk membentuk
komuniti ekologi dalam satu kawasan atau alam semula jadi yang dikenali
sebagai habitat. Habitat termasuklah faktor-faktor fizikal seperti tanah,
kelembapan, suhu dan cahaya. Habitat terbentuk sebagai tindak balas
kepada keadaan alam sekitar tempatan seperti jenis tanah dan iklim. Di
Eropah, aktiviti manusia telah memainkan peranan penting dalam membentuk
dan mewujudkan habitat yang mempunyai nilai biodiversiti yang tinggi
(contohnya padang rumput).
Ekosistem. Suatu ekosistem yang boleh terdiri daripada satu atau banyak
habitat yang berlainan. Ekosistem yang sihat membantu mengekalkan spesis
dan habitat serta menyediakan kritikal barangan dan perkhidmatan kepada
manusia.
(European Environment Agency, 2010)
2) Terangkan apa yang dikatakan kekayaan spesies dan kesamarataan
spesies?
8. Kekayaan spesies bilangan spesies yang berbeza di kawasan tertentu. Ia
diwakili dalam bentuk persamaan sebagai S. Kekayaan spesies adalah unit
asas untuk menilai keseragaman alam sekitar. Biasanya, kekayaan spesies
digunakan dalam kajian pemuliharaan untuk menentukan sensitiviti ekosistem
dan spesies pemastautin mereka. Bilangan sebenar spesies dikira secara
individu adalah sebahagian besarnya adalah nombor yang sewenang-
wenangnya.
Kesamarataan spesies merujuk kepada sejauh mana perbezaan bilangan
setiap spesis di dalam persekitaran yang sama. Secara matematik, ianya
ditakrifkan sebagai indeks kepelbagaian, ukuran kuantiti biodiversiti yang
sama bilangan komunitinya. Jadi, jika terdapat 40 musang, dan 1000 anjing,
komuniti adalah kurang sama rata. Tetapi jika terdapat 40 musang dan 42
anjing, komunitinya cukup kesamarataan.
(Wikipedia, 2011)
3) Apakah susunan untuk pulau daripada diversiti yang tertinggi kepada
diversiti yang paling rendah?
Susunan bagi diversiti tertinggi ke terendah ialah Pulau Sipadan, Pulau
Redang dan Pulau Talang-Talang iaitu masing-masing 5.26, 4.92 dan 4.69.
selain itu, kekayaan spesies juga dimonopoli oleh Pulau Sipadan, iaitu
sebanyak 10 spesies, Pulau Talang-Talang dan Pulau Redang, masing-
masing dengan 8 dan 7 spesies. Jika dirujuk kepada jumlah individu bagi
setiap pulau pula, mengikut susunan Pulau Sipadan, Pulau Redang dan
Pulau Talang-Talang, masing-masing berjumlah 116, 74 dan 98.
4) Bagaimana kamu meletakkan sesuatu pulau-pulau tersebut untuk
pemuliharaan? Adakah ini mengikuti nilai kepelbagaian? Apakah faktor
lain yang ingin dijadikan rujukan apabila menyatakan kepelbagaian
keutamaan?
Kami menyusun pulau yang perlu dipulihara mengikut kekayaan spesies dan
bilangan individu. Pulau yang paling kurang perlu dipulihara ialah Pulau
Redang. Ini kerana pulau itu mempunyai kekayaan spesies yang sedikit; iaitu
sebanyak 7 dan bilangan individu yang paling sedikit iaitu sebanyak 74.
Manakala, pulau kedua yang perlu dipulihara ialah Pulau Talang-Talang yang
9. mempunyai kekayaan spesies sebanyak 8 dan bilangan individu sebanyak
98. Bagi pulau yang paling perlu dipulihara ialah Pulau Sipadan yang
mempunyai kekayaan spesies yang paling banyak iaitu sebanyak 10 dan
bilangan individu sebanyak 116. Kekayaan spesies memainkan peranan yang
penting kepada pemilihan pulau untuk pemuliharaan. Hal ini kerana kita perlu
memulihara pulau yang mempunyai kekayaan spesies yang paling banyak
agar nilai kepelbagaian itu tidak kurang. Faktor lain yang mempengaruhi
pemilihan untuk pemuliharaan ialah kesamarataan spesies. Kesamarataan
spesies bergantung kepada kekayaan spesies; yang mana semakin banyak
kekayaan spesies, semakin kurang kesamarataan spesies. Oleh itu,
sekiranya kesamarataan spesies telah stabil/tinggi (kekayaan spesies yang
paling sedikit: Pulau Redang), maka tidak perlulah lagi untuk dipulihara.
5) Jika kita tidak mempunyai sumber untuk melindungi kesemua spesies,
apakah kriteria yang harus kita gunakan untuk menumpu usaha
pemuliharaan?
Kriteria yang harus kita titik beratkan ialah spesies yang hampir pupus dan
spesies yang terancam oleh aktiviti manusia. Spesies lain yang tidak
mempunyai sebarang masalah tidak perlulah diberikan perhatian.
Cara yang boleh digunakan untuk menumpu usaha pemuliharaan ialah
menggunakan kaedah in-situ dan ex-situ. Bagi spesies yang hampir pupus,
kita boleh gunakan kaedah ex-situ, manakala bagi spesies yang terancam,
kita boleh gunakan kaedah in-situ.
Kesimpulan :
Kepelbagaian spesies bergantung kepada bilangan individu. Bilangan individu yang berbeza
membawa kepada kekayaan spesies dan kesamarataan spesies yang berlainan. Setiap pulau
mempunyai bilangan individu yang berbeza. Oleh itu, setiap pulau mempunyai kekayaan dan
kesamarataan spesies dan juga Indeks Simpson yang berbeza dan boleh dibuat bandingan
antara ketiga-tiga pulau tersebut. Indeks Simpson digunakan untuk mengukur kepelbagaian
spesies. Susunan bagi kepelbagaian tertinggi ke terendah mengikut Indeks Simpson
ialah Pulau Sipadan, Pulau Redang dan Pulau Talang-Talang iaitu masing-masing
5.26, 4.92 dan 4.69.
11. 1. Dr. Shakinaz Desa & Co. (2007). College Matriculation Biology. Dikeluarkan
oleh IPTA Publications; Subang Jaya, Selangor.
2. Foo Yuen Kooi (2004). STPM Biology Volume 2. Dikeluarkan oleh Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd; Johor Bharu, Johor.
3. Raven/ Johnson (1995). Understanding Biology. Dikeluarkan oleh Wm. C.
Brown Publisher; Dubuque, United States Of America.
Laman Sesawang :
4. Cikgu Jumali (2011). Biodiversiti Dan Peranannya. Diakses pada 8
September 2011, daripada laman
http://fastnote.wordpress.com/2011/05/17/biodiversiti-dan-peranannya/
5. Tiada nama penulis dinyatakan. Diversity. Diakses pada 8 September 2011,
daripada laman
http://www.cnr.uidaho.edu/range357/notes/Diversity.pdf
6. Tiada nama penulis dinyatakan. Simpson Index. Diakses pada 8 September
2011, daripada laman
http://www.countrysideinfo.co.uk/simpsons.htm
7. Tiada nama penulis (Februari 2009). Species Richness. Diterbitkan oleh
Wikipedia. Diakses pada 9 September 2011, daripada laman
http://en.wikipedia.org/wiki/Species_richness
8. Tiada nama penulis (Desember 2009). Spesies Evenness. Diterbitkan oleh
Wkipedia. Diakses pada 9 September 2011, daripada laman
http://en.wikipedia.org/wiki/Species_evenness
9. Unit of Science & Technology. (2002). Temuramah Mengenai "Public Awareness
Component”. Diakses pada 6 September 2011, daripada laman
http://www.bbec.sabah.gov.my/PublicAwareness/PACinterviewBM.htm.
10. Kesey-Bear and Acquired Intelligence, Inc. (2000). Species Diversity. Diakses pada 8
September 2011, daripada laman
12. http://www.esapubs.org/archive/ecol/E081/022/EcoSim%20Help/Species/Species%20
Diversity.htm
Keratan Akhbar :
11. (t.p.). (11 November 2009). Kepelbagaian Spesies Tempatan. Ruangan: Mega Fokus.
Utusan Malaysia, pp. M4.
Laporan :
12. European Environment Agency. (2010). Biodiversity Baseline: Biodiversity Policy.
Denmark, Europe: (t.p)
Bibliografi :
Buku
13. Burgman M.A. & Lindenmayer D.B (1998) Conservation Biology for the Australian
Environment. Surrey Beatty & Sons. Chapter 2 What should be conserved?
G. W. Yeat. (2007). Biology SPM. Oxford Fajar Sdn Bhd : Selangor. Chapter 8
Dynamic Ecosystem – Biodiversity.
Peter H.Raven. (2005). Biology for Matriculation. Malaysia: The McGraw- Hill
Companies
Internet :
Cikgu Jumali (2011). Biodiversiti Dan Peranannya. Diakses pada 27 Ogos 2012,
daripada laman http://fastnote.wordpress.com/2011/05/17/biodiversiti-dan-
peranannya/
Tiada nama penulis dinyatakan. Simpson Index. Diakses pada 27 Ogos 2012,
daripada laman http://www.countrysideinfo.co.uk/simpsons.htm
Tiada nama penulis (Februari 2009). Species Richness. Diterbitkan oleh Wikipedia.
Diakses pada 29 Ogos 2012, daripada laman
http://en.wikipedia.org/wiki/Species_richness
Tiada nama penulis (Desember 2009). Spesies Evenness. Diterbitkan oleh
Wkipedia. Diakses pada 9 September 2011, daripada laman
http://en.wikipedia.org/wiki/Species_evenness
Kesey-Bear and Acquired Intelligence, Inc. (2000). Species Diversity. Diakses pada
31 Ogos 2012, daripada laman
http://www.esapubs.org/archive/ecol/E081/022/EcoSim%20Help/Species/Spe
cies%20Diversity.htm
Azml Bee . (April 5, 2008). Kepelbagaian Haiwan. Diakses pada 1 September 2012
daripada laman