SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 5
Janjang atau dikenali sebagai Progressions dalam bahasa Inggeris, merupakan satu jujukan
nombor yang memenuhi syarat tertentu. Terdapat dua jenis janjang yang akan kita pelajari :
1. Janjang Aritmetik - Arithmetic Progressions (AP)
2. Janjang Geometri - Geometric Progressions (GP)
Janjang arithmetik merupakan suatu jujukan nombor yang mempunyai beza yang sepunya
Sebagai contoh : 1, 3, 5, 7, ... merupakan satu jujukan nombor dengan beza sepunya 2.
GP pula ialah satu jujukan nombor yang mempunyai nisbah yang sepunya (common ratio).
Contoh : 4, 16, 64, 256, ... merupakan satu jujukan nombor dengan nisbah sepunya 4.
Jom kita teruskan kepada Janjang Aritmetik.
Terdapat dua keadaan bagi Janjang Aritmetik :
1. Jika beza sepunya positif, sebutan akan berterusan hingga ketakterhinggan yang positif
2. Jika beza sepunya negatif, sebutan akan berterusan hingga ketakterhinggan yang negatif.
Contoh : Jika beza sepunya negatif ..
Biarkan beza sepunya -3. Mulakan dengan nombor 1.
= 1, -2 , -5, -8, ...
Nampak tak? Sebutan bagi janjang ini menjadi semakin negatif.
Sebutan bagi janjang aritmetik diperoleh dengan menambah sebutan sebelumnya dengan beza
sepunya.
= 1 + (-3) = -2 + (-3) = -5 ...
Jadi, untuk mencari beza sepunya, terbalikkan proses penambahan menjadi proses penolakan.
Sebutan yang diperoleh ialah,
= 1, -2, -5, ...
Maka, beza sepunya = -2 - 1 = -5 - (-2) = -3
Rumus asasnya ialah, dengan d sebagai beza sepunya.

Ini hanya rumus, cara paling mudah ialah hanya ambil sebutan kedua tolak sebutan pertama.
Jika ambil sebutan ketiga, maka tolak sebutan kedua. Ambil yang depan tolak yang belakang,
dengan syarat, dua sebutan itu mestilah berjujukan.
Contoh :
Tentukan sama ada sebutan berikut merupakan janjang aritmetik.
a) -10, -6, -2, ...
b) 4q, 5q, 7q, 10q, ...
Penyelesaian :
a) Ambil sebutan yang depan tolak belakang.
-6 - (-10) = 4
-2 - (-6) = 4
Kedua-duanya mendapat nilai yang sama, maka -10, -6, -2, ... merupakan janjang aritmetik.
b) Depan tolak belakang.
5q - 4q = q
7q - 5q = 2q
10q - 7q = 3q
Nilai yang diperoleh tidak sama, maka 4q, 5q, 7q, ... bukan satu janjang aritmetik.
Ok, begitu mudah bukan? Jom teruskan kepada subtopik seterusnya.
Sebutan ke-n dalam satu Janjang Aritmetik.

Ok, untuk mencari sebutan ke-n, 2 perkara penting yang perlu kita ada, iaitu a dan d. a ialah
sebutan pertama bagi satu-satu janjang. Terus kepada contoh.
Diberi, 3 sebutan pertama dalam satu janjang ialah 2, 10, 18, ... Cari sebutan ke-19
Penyelesaian :
Kaedah Pertama : Menggunakan rumus (Lebih cepat dan lebih cool, haha)
Dalam kes ini, n = 19. Perlu dicari dahulu a dan d. a = sebutan pertama, a = 2.
d = beza sepunya. d = T3 - T2 = T2 - T1
d = 18 - 10 = 10 - 2
d=8
Ok, maklumat sudah diperoleh. Jom cari sebutan ke-19!
a = 2, d = 8, n = 19.
T19 = 2 + (19 - 1)(8)
= 2 +144
= 146
Kaedah Kedua : Kaedah Manual (Sememangnya lambat)
Kaedah ini lebih sesuai untuk penyemakan. Apa yang perlu ialah d. d = 8.
Maka, campurkan satu persatu sehingga anda memperoleh sebutan ke-19.
2 + 8 = 10 + 8 = 18 + 8 = 26 + 8 = 34 + 8 = 42 + 8 = 50 + 8 = 58 + 8 = 66 + 8 = 74 + 8 = 82 + 8
= 90 + 8 = 98 + 8 = 106 + 8 = 114 + 8 = 122 + 8 = 130 + 8 = 138 + 8 = 146.
Agak lambat bukan? Jadi, sila gunakan rumus yang telah dicipta. Jangan risau! Rumus
disediakan dalam exam.
Saya akan tunjukkan soalan yang kerap ditanya dalam exam.
SPM 2007 : Kertas 1 : Soalan 10
Tiga sebutan berturut-turut bagi suatu janjang aritmetik ialah 5 - x, 8, 2x.
Cari beza sepunya janjang itu.
Penyelesaian :
Masih ingat lagi rumus mencari beza sepunya? Depan tolak belakang.
8 - (5 - x) = 2x - 8 .... Pastikan letak kurungan untuk mengelakkan kesilapan
8 - 5 + x = 2x - 8
3 + x = 2x - 8
-x = -11
x = 11
Masih bukan jawapannya lagi. Anda perlu menggantikan nilai x untuk mendapatkan sebutan
sebutan bagi janjang tersebut.
5 - (11), 8, 2(11) = -6 , 8, 22
Ok, ini sebutan yang sebenar. Hanya ambil yang depan tolak belakang. Salah satu sahaja.
22 - 8 = 14
8 - (-6) = 14
d = 14
Hasil Tambah bagi sebutan n pertama Janjang Aritmetik.

Ingin tahu bagaiman formula ini diperoleh? Boleh cek di Wikipedia. Saya suka 'tanya' Uncle
Wikipedia. Taip sahaja di ruangan kosong pada Pak Cik Google, insya-Allah, jumpa. Hehe.
Ini merupakan kaedah penggunaan rumus. Jika anda terlebih rajin, maka kaedah manual juga
boleh digunakan.
1. Cari dahulu 10 sebutan pertama. Tambahkan sahajas setiap persamaan dengan 5.
Sebutan yang akan diperoleh ialah : 3, 8, 13, 18, 23, 28, 33, 38, 43, 48.
Hasil tambah 10 sebutan pertama = 3 + 8 + 13 + 18 + 23 + 28 + 33 + 38 + 43 + 48
= 255
Dan jika anda tidak reti menggunakan rumus, sila gunakan kaedah manual. Juga diterima dalam
skema pemarkahan. Cuma agak melambatkan masa.
Jika sebutan terakhir diberi, maka rumusnya ialah :

Contoh :
Janjang aritmetik 78, 73, 68, ..., -42 mempunyai 25 sebutan. Cari hasil tambah 25 sebutan
tersebut.
Penyelesaian :
1. Hanya cari nilai a dan l.
a = 78, l = -42, n = 25
S25 = 25/2 (78 - 42)
= 25/2 (36)
= 450
Bagi kaedah ini, jangan guna kaedah manual. Betul-betul membazirkan masa. 25 sebutan?
Perghh! Banyak tuu.
Itu sahaja untuk bab Janjang Aritmetik. Jika ada soalan, sila tanya. Tajuk ini merupakan bab
pertama Tingkatan 5. Selepas ini, Janjang Geometri.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

La actualidad más candente (18)

Konsep darab
Konsep darabKonsep darab
Konsep darab
 
Konsep Tambah T1
Konsep Tambah T1Konsep Tambah T1
Konsep Tambah T1
 
Modul 1 : Asas Nombor
Modul 1 : Asas NomborModul 1 : Asas Nombor
Modul 1 : Asas Nombor
 
Modul 2 : Persamaan linear
Modul 2 : Persamaan linearModul 2 : Persamaan linear
Modul 2 : Persamaan linear
 
Modul 3 : Persamaan Kuadratik
Modul 3 : Persamaan Kuadratik Modul 3 : Persamaan Kuadratik
Modul 3 : Persamaan Kuadratik
 
Modul 2 : Set
Modul 2 : SetModul 2 : Set
Modul 2 : Set
 
Bab 4 Penaakulan Matematik
Bab 4 Penaakulan MatematikBab 4 Penaakulan Matematik
Bab 4 Penaakulan Matematik
 
M07 persamaan linear_ppt_2
M07 persamaan linear_ppt_2M07 persamaan linear_ppt_2
M07 persamaan linear_ppt_2
 
Modul 1: Algebra
Modul 1: AlgebraModul 1: Algebra
Modul 1: Algebra
 
M07 persamaan linear_pentaksiran
M07 persamaan linear_pentaksiranM07 persamaan linear_pentaksiran
M07 persamaan linear_pentaksiran
 
Linear equation
Linear equationLinear equation
Linear equation
 
Kartu soal nopliyanti sma 1 tebo
Kartu soal nopliyanti sma 1 teboKartu soal nopliyanti sma 1 tebo
Kartu soal nopliyanti sma 1 tebo
 
Bab 4 Penaakulan Matematik Cikgu Harnish Skor Impian
Bab 4 Penaakulan Matematik Cikgu Harnish Skor ImpianBab 4 Penaakulan Matematik Cikgu Harnish Skor Impian
Bab 4 Penaakulan Matematik Cikgu Harnish Skor Impian
 
Modul 2 persamaan linear
Modul 2 persamaan linearModul 2 persamaan linear
Modul 2 persamaan linear
 
Uji kompetensi fpb
Uji kompetensi fpbUji kompetensi fpb
Uji kompetensi fpb
 
Modul 3 matriks
Modul 3 matriksModul 3 matriks
Modul 3 matriks
 
2 operasi dan pengiraan
2 operasi dan pengiraan2 operasi dan pengiraan
2 operasi dan pengiraan
 
30736135 teknik-menjawab-matematik-upsr
30736135 teknik-menjawab-matematik-upsr30736135 teknik-menjawab-matematik-upsr
30736135 teknik-menjawab-matematik-upsr
 

Similar a Janjang atau dikenali sebagai progressions

Nota pengamiran (Matematik Tambahan T5)
Nota pengamiran (Matematik Tambahan T5)Nota pengamiran (Matematik Tambahan T5)
Nota pengamiran (Matematik Tambahan T5)Beela Sensei
 
Peningkatan Prestasi UPSR - Matematik
Peningkatan Prestasi UPSR - MatematikPeningkatan Prestasi UPSR - Matematik
Peningkatan Prestasi UPSR - Matematiksealih
 
Konsep Tambah Tahun 1
Konsep Tambah Tahun 1Konsep Tambah Tahun 1
Konsep Tambah Tahun 1rizarina84
 
Konseptambah 111203093950-phpapp01
Konseptambah 111203093950-phpapp01Konseptambah 111203093950-phpapp01
Konseptambah 111203093950-phpapp01norlizam65
 
Konseptolak 111203094159-phpapp01
Konseptolak 111203094159-phpapp01Konseptolak 111203094159-phpapp01
Konseptolak 111203094159-phpapp01norlizam65
 
Spm 2014 add math modul sbp super score [lemah] k1 set 3 dan skema
Spm 2014 add math modul sbp super score [lemah] k1 set 3 dan skemaSpm 2014 add math modul sbp super score [lemah] k1 set 3 dan skema
Spm 2014 add math modul sbp super score [lemah] k1 set 3 dan skemaCikgu Pejal
 

Similar a Janjang atau dikenali sebagai progressions (11)

Nota pengamiran (Matematik Tambahan T5)
Nota pengamiran (Matematik Tambahan T5)Nota pengamiran (Matematik Tambahan T5)
Nota pengamiran (Matematik Tambahan T5)
 
Peningkatan Prestasi UPSR - Matematik
Peningkatan Prestasi UPSR - MatematikPeningkatan Prestasi UPSR - Matematik
Peningkatan Prestasi UPSR - Matematik
 
Konsep Tambah Tahun 1
Konsep Tambah Tahun 1Konsep Tambah Tahun 1
Konsep Tambah Tahun 1
 
kalkulus 2 bab 8
kalkulus 2 bab 8kalkulus 2 bab 8
kalkulus 2 bab 8
 
basic math
basic mathbasic math
basic math
 
Konseptambah 111203093950-phpapp01
Konseptambah 111203093950-phpapp01Konseptambah 111203093950-phpapp01
Konseptambah 111203093950-phpapp01
 
Konseptolak 111203094159-phpapp01
Konseptolak 111203094159-phpapp01Konseptolak 111203094159-phpapp01
Konseptolak 111203094159-phpapp01
 
Operasi tolak
Operasi tolakOperasi tolak
Operasi tolak
 
Penmbhanpecahan
PenmbhanpecahanPenmbhanpecahan
Penmbhanpecahan
 
Spm 2014 add math modul sbp super score [lemah] k1 set 3 dan skema
Spm 2014 add math modul sbp super score [lemah] k1 set 3 dan skemaSpm 2014 add math modul sbp super score [lemah] k1 set 3 dan skema
Spm 2014 add math modul sbp super score [lemah] k1 set 3 dan skema
 
Modul 1 algebra
Modul 1 algebraModul 1 algebra
Modul 1 algebra
 

Janjang atau dikenali sebagai progressions

  • 1. Janjang atau dikenali sebagai Progressions dalam bahasa Inggeris, merupakan satu jujukan nombor yang memenuhi syarat tertentu. Terdapat dua jenis janjang yang akan kita pelajari : 1. Janjang Aritmetik - Arithmetic Progressions (AP) 2. Janjang Geometri - Geometric Progressions (GP) Janjang arithmetik merupakan suatu jujukan nombor yang mempunyai beza yang sepunya Sebagai contoh : 1, 3, 5, 7, ... merupakan satu jujukan nombor dengan beza sepunya 2. GP pula ialah satu jujukan nombor yang mempunyai nisbah yang sepunya (common ratio). Contoh : 4, 16, 64, 256, ... merupakan satu jujukan nombor dengan nisbah sepunya 4. Jom kita teruskan kepada Janjang Aritmetik. Terdapat dua keadaan bagi Janjang Aritmetik : 1. Jika beza sepunya positif, sebutan akan berterusan hingga ketakterhinggan yang positif 2. Jika beza sepunya negatif, sebutan akan berterusan hingga ketakterhinggan yang negatif. Contoh : Jika beza sepunya negatif .. Biarkan beza sepunya -3. Mulakan dengan nombor 1. = 1, -2 , -5, -8, ... Nampak tak? Sebutan bagi janjang ini menjadi semakin negatif. Sebutan bagi janjang aritmetik diperoleh dengan menambah sebutan sebelumnya dengan beza sepunya. = 1 + (-3) = -2 + (-3) = -5 ... Jadi, untuk mencari beza sepunya, terbalikkan proses penambahan menjadi proses penolakan. Sebutan yang diperoleh ialah, = 1, -2, -5, ... Maka, beza sepunya = -2 - 1 = -5 - (-2) = -3 Rumus asasnya ialah, dengan d sebagai beza sepunya. Ini hanya rumus, cara paling mudah ialah hanya ambil sebutan kedua tolak sebutan pertama. Jika ambil sebutan ketiga, maka tolak sebutan kedua. Ambil yang depan tolak yang belakang, dengan syarat, dua sebutan itu mestilah berjujukan. Contoh : Tentukan sama ada sebutan berikut merupakan janjang aritmetik. a) -10, -6, -2, ...
  • 2. b) 4q, 5q, 7q, 10q, ... Penyelesaian : a) Ambil sebutan yang depan tolak belakang. -6 - (-10) = 4 -2 - (-6) = 4 Kedua-duanya mendapat nilai yang sama, maka -10, -6, -2, ... merupakan janjang aritmetik. b) Depan tolak belakang. 5q - 4q = q 7q - 5q = 2q 10q - 7q = 3q Nilai yang diperoleh tidak sama, maka 4q, 5q, 7q, ... bukan satu janjang aritmetik. Ok, begitu mudah bukan? Jom teruskan kepada subtopik seterusnya. Sebutan ke-n dalam satu Janjang Aritmetik. Ok, untuk mencari sebutan ke-n, 2 perkara penting yang perlu kita ada, iaitu a dan d. a ialah sebutan pertama bagi satu-satu janjang. Terus kepada contoh. Diberi, 3 sebutan pertama dalam satu janjang ialah 2, 10, 18, ... Cari sebutan ke-19 Penyelesaian : Kaedah Pertama : Menggunakan rumus (Lebih cepat dan lebih cool, haha) Dalam kes ini, n = 19. Perlu dicari dahulu a dan d. a = sebutan pertama, a = 2. d = beza sepunya. d = T3 - T2 = T2 - T1 d = 18 - 10 = 10 - 2 d=8 Ok, maklumat sudah diperoleh. Jom cari sebutan ke-19! a = 2, d = 8, n = 19. T19 = 2 + (19 - 1)(8) = 2 +144 = 146 Kaedah Kedua : Kaedah Manual (Sememangnya lambat)
  • 3. Kaedah ini lebih sesuai untuk penyemakan. Apa yang perlu ialah d. d = 8. Maka, campurkan satu persatu sehingga anda memperoleh sebutan ke-19. 2 + 8 = 10 + 8 = 18 + 8 = 26 + 8 = 34 + 8 = 42 + 8 = 50 + 8 = 58 + 8 = 66 + 8 = 74 + 8 = 82 + 8 = 90 + 8 = 98 + 8 = 106 + 8 = 114 + 8 = 122 + 8 = 130 + 8 = 138 + 8 = 146. Agak lambat bukan? Jadi, sila gunakan rumus yang telah dicipta. Jangan risau! Rumus disediakan dalam exam. Saya akan tunjukkan soalan yang kerap ditanya dalam exam. SPM 2007 : Kertas 1 : Soalan 10 Tiga sebutan berturut-turut bagi suatu janjang aritmetik ialah 5 - x, 8, 2x. Cari beza sepunya janjang itu. Penyelesaian : Masih ingat lagi rumus mencari beza sepunya? Depan tolak belakang. 8 - (5 - x) = 2x - 8 .... Pastikan letak kurungan untuk mengelakkan kesilapan 8 - 5 + x = 2x - 8 3 + x = 2x - 8 -x = -11 x = 11 Masih bukan jawapannya lagi. Anda perlu menggantikan nilai x untuk mendapatkan sebutan sebutan bagi janjang tersebut. 5 - (11), 8, 2(11) = -6 , 8, 22 Ok, ini sebutan yang sebenar. Hanya ambil yang depan tolak belakang. Salah satu sahaja. 22 - 8 = 14 8 - (-6) = 14 d = 14 Hasil Tambah bagi sebutan n pertama Janjang Aritmetik. Ingin tahu bagaiman formula ini diperoleh? Boleh cek di Wikipedia. Saya suka 'tanya' Uncle Wikipedia. Taip sahaja di ruangan kosong pada Pak Cik Google, insya-Allah, jumpa. Hehe.
  • 4. Ini merupakan kaedah penggunaan rumus. Jika anda terlebih rajin, maka kaedah manual juga boleh digunakan. 1. Cari dahulu 10 sebutan pertama. Tambahkan sahajas setiap persamaan dengan 5. Sebutan yang akan diperoleh ialah : 3, 8, 13, 18, 23, 28, 33, 38, 43, 48. Hasil tambah 10 sebutan pertama = 3 + 8 + 13 + 18 + 23 + 28 + 33 + 38 + 43 + 48 = 255 Dan jika anda tidak reti menggunakan rumus, sila gunakan kaedah manual. Juga diterima dalam skema pemarkahan. Cuma agak melambatkan masa. Jika sebutan terakhir diberi, maka rumusnya ialah : Contoh : Janjang aritmetik 78, 73, 68, ..., -42 mempunyai 25 sebutan. Cari hasil tambah 25 sebutan tersebut. Penyelesaian : 1. Hanya cari nilai a dan l. a = 78, l = -42, n = 25 S25 = 25/2 (78 - 42) = 25/2 (36) = 450
  • 5. Bagi kaedah ini, jangan guna kaedah manual. Betul-betul membazirkan masa. 25 sebutan? Perghh! Banyak tuu. Itu sahaja untuk bab Janjang Aritmetik. Jika ada soalan, sila tanya. Tajuk ini merupakan bab pertama Tingkatan 5. Selepas ini, Janjang Geometri.