SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 11
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
PENGGUNAAN MEDIA BARU DALAM PEMBELAJARAN
BAHASA ARAB

FAWWAZ FATHANAH BINTI MADZLAN
D20101039056
PENSYARAH:
PROF. DATO’ DR. HASSAN BASRI BIN AWANG MAT DAHAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KUNDANG
48020 RAWANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
BAB 1
PENGENALAN
1.0

Pendahuluan
Penguasaan bahasa Arab sebagai pembelajaran bahasa asing telah menjadi isu sejak
sekian lama. Masalah yang berlaku bukan hanya di sekolah, malah kajian yang
dilakukan di universiti juga mendapati pelajar tidak dapat menguasai bahasa Arab
dengan baik terutama kemahiran mendengar (Rahimi, 2003).
Persepsi dalam kalangan murid berhubung dengan mata pelajaran bahasa Arab
adalah persepsi yang negatif. Mereka menganggap bahasa Arab sebagai satu mata
pelajaran yang susah dan membebankan. Selain itu sikap murid terhadap mata
pelajaran bahasa Arab sebagai waktu pengajaran dan pembelajaran yang sungguh
membosankan. Stevens (1990) merumuskan bahawa masalah pembelajaran bahasa
antaranya ialah disebabkan ketiadaan atau kekurangan minat untuk belajar.
Mempelajari bahasa Arab masih lagi dianggap sukar oleh kebanyakan pelajar.
Hal ini mungkin disebabkan kerumitan bahasa itu sendiri untuk dikuasai atau kerana
metode pengajaran dan pembelajaran yang kurang efektif (Prof. Dato’ Dr. Mohamed
Asin 2007). Bahasa Arab merupakan bahasa asing yang merangkumi empat proses
pembelajaran kemahiran iaitu kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur.
Bahasa Arab yang bukan merupakan bahasa komunikasi mereka dan ini menjadikan
sesi pembelajaran bahasa arab menjadi susah dan mereka menjadi kurang berminat
dan tidak dapat memahami keseluruhan pembelajaran tersebut.
Kerumitan masalah yang dihadapi dalam pengajaran bahasa Arab sebagai
bahasa kedua jelas dapat dilihat daripada dapatan-dapatan kajian yang telah
dijalankan dalam program bahasa Arab di Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1993 ( Haji Ismail, A.R. 1993). Kajian
tersebut menunjukkan bahawa terdapat pertentangan yang jelas antara setiap
kompenan kurikulum bahasa Arab dengan matlamat yang digariskan. Masalah yang
dihadapi dalam Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua jelasnya adalah rumit
dan merentasi semua aspek yang berkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa.
Antara punca atau permasalahan yang dihadapi ialah pengajaran bahasa arab
ini tidak mengikuti arus perkembangan semasa. Pengajaran dan pembelajaran bahasa
Arab

kelihatan

sentiasa

meminggir

dan

memencilkan

diri

daripada

arus

perkembangan dan kemajuan dalam pencapaian penyelidikan dan kajian arena
pengajaran dan pembelajaran bahasa sebagai bahasa kedua. Ini seolah-olah tidak
memberi sebarang pengaruh atau sumbangan terhadap pembelajaran bahasa Arab (
Abdul Rahim 1994:123).
Penguasaan bahasa Arab bukanlah sesuatu yang mustahil dilaksanakan.
Dengan mengetahui strategi dan pendekatan yang efektif adalah langkah yang paling
bijak. Di dalam kertas kerja yang ringkas ini, penulis cuba meninjau pendekatan
terkini untuk mempelajari bahasa Arab dengan menggunakan media terkini. Terdapat
pelbagai cara bagi meningkatkan tahap penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar
antaranya adalah dengan menggunakan media baru seperti internet. Justeru, apa yang
diharapkan melalui perancangan kajian ini supaya dapat memaksimumkan maklumat
dan dapat mempertingkatkan kefahaman serta minat pelajar dalam mempelajari
bahasa arab dengan menggunakan media baru sebagai bantuan pengajaran.

1.1

Masalah / Fokus Kajian
Pelajar sering menghadapi masalah untuk memahami pembelajaran bahasa Arab di
dalam kelas. Mereka juga kurang berminat dalam mempelajari bahasa arab kerana
bahasa arab merupakan bahasa asing dan susah untuk difahami. Kajian ini
memfokuskan kepada permasalahan pelajar terutamanya dalam menunjukkan minat
dan menambahkan kefahaman kepada mereka.
Teknik pengajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan penguasaan
sesuatu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan pelajar ( Jamaludin & Zaidatun,
2003). Justeru guru perlu memilih teknik pengajaran yang baik dan sesuai untuk
menyampai isi pengetahuan atau melatih kemahiran, kerana teknik yang baik dan
sesuai boleh menjadi pemangkin kepada penguasaan ilmu dan kemahiran dalam
kalangan pelajar.
Dengan mengadakan aktiviti interaktif menggunakan media baru seperti
internet, facebook, blog, youtube dan lain-lain, saya berharap dapat meningkatkan
tahap penguasaan kemahiran dan menambahkan keyakinan serta meningkatkan minat
murid terhadap pelajaran mereka.

1.2

Rasional Kajian
Rasional kajian ini dijalankan kerana pelajar kurang berminat serta kurang memahami
pembelajaran dalam bahasa Arab semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).

1.4

Objektif Kajian/ Tujuan Kajian
i. Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk

meningkatkan penguasaan kemahiran-kemahiran asas

bahasa Arab dengan menggunakan persembahan media yang mudah, ringkas dan
menarik dan untuk meningkatkan penbendaharaan kata, serta dapat menguasai
kemahiran menyebut, menulis, mendengar dan membaca perkataan di dalam bahasa
Arab di kalangan pelajar. Oleh itu,murid akan dapat memahami dengan lebih baik
penggunaan kaedah tersebut dan lebih berminat untuk belajar.

ii. Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah supaya :
• Mengenal pasti tahap penguasaan asas bahasa Arab
• Murid dapat memahami dengan mudah .
• Minat untuk mempelajari bahasa Arab.
• Meningkatkan tahap murid dalam kemahiran menggunakan media.
• Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid.
1.5

Soalan Kajian
Secara khusus, kajian ini diharapkan dapat menjawab soalan-soalan kajian tersebut :
1. Apakah tahap penggunaan media baru dalam pengajaran Bahasa Arab di
sekolah?
2. Bagaimanakah

tahap

pelajar

dalam

meminati

kaedah

pembelajaran

menggunakan media baru.
3. Apakah tahap pencapaian kemahiran 4P dengan menggunakan kaedah media
baru dalam pembelajaran bahasa Arab?
4. Adakah wujud perbezaan pencapaian antara kumpulan yang menggunakan
media

baru

dengan

kumpulan

yang

tidak

menggunakannya

dalam

pembelajaran?

1.6

Signifikan Kajian
Kajian ini sangat penting khususnya kepada para guru bahasa arab dan para pelajar
yang mengambil matapelajaran bahasa arab. Secara khususnya, kajian ini bertujuan
membantu para guru dan pelajar di semua peringkat pengajian termasuklah sekolah
rendah, sekolah menengah dan universiti.
Kajian ini menyediakan para guru dengan teknik dan kaedah yang lebih kreatif
untuk memastikan tahap pencapaian pelajar dalam mempelajari bahasa arab dengan
lebih menarik dan tidak membosankan serta menambah penguasaan pelajar terhadap
kemahiran asas bahasa arab supaya menjadi lebih baik. Selain itu, kajian ini dapat
memberikan penambaikan dalam kaedah pengajaran guru khususnya, selain
mendedahkan pelajar dengan kaedah penggunaan media baru yang betul.
Kajian ini juga bertujuan menarik perhatian para guru khususnya menitikberat
akan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif untuk menarik pelajar
belajar bahasa arab dengan mudah dan tidak membosankan. Penulis beranggapan
bahawa dengan meningkatnya pengusaan para pelajar dalam kemahiran 4P melalui
media baru ini akan turut meningkatkan penguasaan para pelajar dalam penambahan
pembendaharaan kata juga memastikan mereka dapat bertutur dengan lebih baik dan
yakin.
BAB 2

2.0

KAJIAN LITERATUR
Kejayaan program pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab tidak terhenti pada
kecekapan para guru dan kemantapan kurikulum semata-mata, tetapi sikap dan
kepedulian pelajar terhadap bahasa yang dipelajari memainkan peranan yang paling
penting (Ab. Halim & Wan Mohamad, 2006). Pelajar yang mempunyai sikap yang
positif terhadap bahasa sasar atau yang bersikap negatif terhadap semua itu, sedikit
sebanyak akan mempengaruhi hasil pembelajaran dan kecekapan berbahasa. Ini
bertepatan dengan pandangan Mansoer Pateda (1990) yang menyatakan bahawa sikap
merupakan aplikasi daripada minat seseorang terhadap sesuatu. Ia juga merupakan
faktor dalaman yang mempengaruhi pelajar dalam proses pembelajaran bahasa.
Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks. Ia
meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati
fakta serta membuat interpretasi secara bijak dan analisis. Ketika seseorang itu
membaca, ia sebenarnya sedang berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan
bahan bacaannya. Dia mencuba menyelami pemikiran dan idea yang cuba
disampaikan oleh pengarang. Seseorang yang berjaya menguasai kemahiran membaca
bermakna dia telah berjaya merobohkan sebuah tembok pemisah yang maha besar
antara dirinya dengan lautan ilmu yang wujud dalam pelbagai bentuk karya (Zulkifley
Hamid, 1994).
Abdul Ghani (1996) menegaskan faktor bahan memberi kesan dalam
meningkatkan minat pelajar untuk terus menguasai sesuatu kemahiran berbahasa dan
berinteraksi dengan lebih berkesan. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai bahan
media yang sesuai dan menarik supaya boleh menukar suasana pembelajaran yang
kaku kepada pembelajaran yang melibatkan pelajar. Aplikasi dan manipulasi
pengajaran bahasa melalui media elektronik, pengisian komputer, grafik dan
sebagainya dapat mengekalkan minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Guru perlu kreatif dan inovatif serta menguasai kemahiran
teknologi maklumat seiring dengan arus perkembangan pendidikan semasa. Kejayaan
guru memilih bahan dan media sesuai dengan dapatan kajian Nadzeri (1985).
Menurut Omardin (1999), sumber dan bahan pengajaran yang digunakan oleh
guru perlu menarik, dapat mengekalkan minat pelajar, mengembangkan minat pelajar
terhadap pelajaran dan menjadikan pembelajaran lebih menarik. Melalui bantuan
media baru akan dapat membentuk daya pemikiran, kreatif dan memperkukuhkan
persepsi pelajar.
Sini et al. (1983) menyarankan kepada guru-guru bahasa Arab yang
menggunakan buku al-Arabiyyah li-na-shi-n sebagai buku teks untuk pengajaran dan
pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua, supaya menggunakan ABM untuk
memperdengarkan teks-teks petikan dialog. Ini kerana penggunaan ABM, antaranya
media internet, pita rakaman audio atau makmal bahasa, dapat meningkat minat
pelajar untuk mendengar teks petikan, berbanding penggunaan suara guru. Secara
tidak langsung, penggunaan ABM akan meningkatkan kefahaman pelajar apabila
mendengar teks petikan. Jamaludin dan Zaidaton (2003) mendapati penggunaan ICT
multimedia, termasuk teknologi pendidikan, termasuk pita rakaman audio, dapat
merangsang indera pendengaran pelajar.
BAB 3

3.0

METODOLOGI KAJIAN
Bagi mendapatkan data, kajian ini menggunakan beberapa instrumen seperti tinjauan,
temu bual dan borang soal selidik. Tinjauan digunakan bagi melihat laman web yang
boleh diguna pakai untuk tujuan pembelajaran bahasa Arab . Carian dilakukan ke
dalam pelbagai laman web bahasa Arab melalui internet bagi melihat web-web yang
sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran.
Temu bual turut dijalankan kepada tenaga pengajar dan pelajar bahasa Arab
bagi mengetahui web yang mereka layari dalam bidang tersebut dan mendapatkan
pandangan dan maklum balas berhubung bidang ini. Borang soal selidik juga turut
diedarkan kepada responden yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar bahasa Arab
bagi melihat kekerapan penggunaan bahan dalam bidang ini dan sejauh manakah ia
dapat membantu mereka. Turut diperolehi melalui borang ini pandangan dan ulasan
mereka terhadap bahan-bahan melalui internet.
Melalui penggunaan instrumen di atas data dapat diperolehi bagi menjawab
persoalan yang dikemuka. Melalui kajian ini diharapkan banyak dapat membantu
pelajar-pelajar untuk lebih mudah memahami apa yang dipelajari dan lebih berminat
untuk mempelajari bahasa Arab serta membantu pelajar untuk menambahkan
penbendaharaan kata dan meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi,
membaca dan menulis kerana telah dapat mengatasi masalah yang dihadapi.

3.1

Instrumen Kajian.
Instrumen yang digunakan selain dari temubual dan tinjauan untuk kajian ini adalah
berbentuk soal selidik. Kelebihan menggunakan kaedah ini adalah responden tidak
memerlukan masa yang banyak untuk

menjawab soal selidik dan mengganggu

responden yang mempunyai tugas-tugas tertentu. Selain daripada itu kaedah ini
menjimatkan masa, kos, lebih senang mendapat kerjasama responden dan dapat
menghasilkan item-item yang konsistan serta boleh dipercayai. Soal selidik ini
dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu :
Bahagian A
Soalan-soalan mengenai maklumat latar belakang guru dan murid dimuatkan dalam
ruangan ini. Soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan jantina, umur,
pengalaman mengajar, kelulusan, jumlah waktu mengajar, tingkatan yang diajar dan
kursus komputer yang dihadiri.
Bahagian B
Bahagian B, memuatkan soalan yang direka bentuk bagi mendapatkan maklumat dari
responden mengenai penggunaan komputer dan internet serta masalah-masalah dalam
penggunaan komputer dan internet dalam membantu proses pengajaran.
Bahagian C
Soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan jenis-jenis perisian komputer yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.2

Kumpulan Sasaran/ Batasan Kajian
Kumpulan sasaran ialah pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri
Kundang dalam pengkhususan bahasa Arab. Pengkaji menggunakan soal selidik,
tinjauan dan temubual untuk memungut data. Aspek yang dikaji oleh pengkaji adalah
tertumpu kepada beberapa pembolehubah tertentu seperti kesediaan belajar,
kemahiran bertutur, membaca dan menulis bertujuan mendapat gambaran tentang
penguasaan asas bahasa Arab responden.

3.3

Kaedah Kajian
a) Pemerhatian
Daripada pemerhatian didapati pelajar sering bermasalah untuk memahami dan
kurang berminat untuk mempelajari serta mempunyai penbendaharaan kata yang
terhad semasa berinteraksi dengan guru di dalam kelas.
b) Tindakbalas Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Pelajar sering kali menghadapi kesukaran untuk menyebut perkataan dan
menghadapi masalah membuat ayat pertuturan serta tidak menunjukkan minat
dan semangat untuk mempelajari bahasa Arab.
c) Ujian Pencapaian
Di dalam ujian oral yang dijalankan pelajar tidak dapat menyebut perkataan dan
berinteraksi dengan baik semasa sesi soal jawab dijalankan.
d) Perancangan

Bagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah dibuat dengan
menggunakan keadah video ‘hiwar’ dari youtube.

e) Tindakan
Pelajar disediakan video kanak-kanak melakukan perbualan ‘hiwar’ dalam bahasa
Arab. Setiap pelajar diberi kertas dialog dan diminta untuk membaca dan
menyebut bersama-sama guru. Guru akan membahagikan kumpulan pelajar
kepada 2 orang setiap kumpulan. Pelajar-pelajar tersebut akan melakonkan watak
tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa.
f) Pemerhatian
Daripada pemerhatian, para pelajar kelihatan lebih semangat, berminat dan
memberi respon yang memberangsangkan di dalam bilik darjah. Ini kerana
mereka secara sukarela dan bersedia menyertai aktiviti tersebut.
g) Refleksi

Kaedah ini diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar untuk lebih mudah
memahami apa yang dipelajari dan lebih berminat untuk mempelajari bahasa
Arab serta membantu pelajar untuk menambahkan penbendaharaan kata dan
meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi, membaca dan menulis
kerana telah dapat mengatasi masalah yang dihadapi.
3.4

Jadual Cadangan Pelaksanaan Kajian
BIL.

CADANGAN AKTIVITI

TEMPOH

1.

Mengenal pasti dan mengumpul data awal

1 minggu

2.

Merancang tindakan – individu

1 minggu

3.

Melaksanakan tindakan – aktiviti

2 minggu

4.

Mengenal pasti masalah yang timbul dalam aktiviti

1 minggu

5.

Melaksanakan tindakan – aktiviti

1minggu

6.

Refleksi kajian

1 hari

7.

Menulis laporan kajian

1 hari

8.

Pembentangan dapatan kajian

1 hari

RUJUKAN
Ab. Halim Mohamad & Wan Mohamad Wan Sulong. 2006. Antara Minat Dan Sikap Pelajar
Terhadap Bahasa Arab: Satu Kajian Ke Atas Pelajar Bacelor Bahasa Arab di IPTA
Malaysia. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 5). Bangi: Pusat Penerbitan dan
Percetakan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asma Abdul Rahman dan Maimun Aqsha Lubis. 2009. Kaedah Pengajaran Bahasa Arab
untuk Kanak-kanak Pintar. Nilai: Penerbit USIM.
Haji Ismail, A.R. 1993. The Teaching of Arabic in the Faculty of Islamic Studies: The
Problem of Compatibility. Kertas Kerja Seminar Bulanan Fakulti Pendidikan Bangi:
UKM.
Jamaludin Harun dan Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS
Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Mat Nor Hussin dan Ab. Rahman Ab. Rashid. 1987. Alat Bantu Mengajar dalam Pengajaran
Bahasa. Pulau Pinang: Pusat Teknologi Pendidikan dan Media, Universiti Sains
Malaysia.
Mohd Rosdi Ismail dan Mat Taib Pa. 2006. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di
Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Rahimi Said. 2003. Penggunaan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran kemahiran
membaca dan menulis bahasa Arab disebuah Universiti. Kuala Lumpur: Projek
Sarjana yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, UM.
Rosni Samah. 2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Nilai: Penerbit USIM.
Wan Azura Wan Ahmad [et al.]. 2007. Pendekatan dan Strategi Efektif dalam Penguasaan
Bahasa Arab. Nilai : Penerbit USIM.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKcwanrzzwt
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahLittle Butterfly
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018NANAPOYO
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Pp pend islam penataran
Pp pend islam  penataran Pp pend islam  penataran
Pp pend islam penataran nasuha792
 
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi Is Fakarizam
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
Kajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nomborKajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nomborkhairulnizam107
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksiSohib AlQuran
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanZarina Selamat
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANIeta Sa'ad
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...Mohd Suhaimin Isnen
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)JOLIN TAIMIN
 
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIKAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIAiniNazihah
 

La actualidad más candente (20)

Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Pp pend islam penataran
Pp pend islam  penataran Pp pend islam  penataran
Pp pend islam penataran
 
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Kajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nomborKajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nombor
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksi
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
 
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIKAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
 

Destacado

Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanSuzi Suziyana
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakanmurshidyzila
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuJunaidah Jusoh
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR) CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakanFormat penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakanChon Seong Hoo
 
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifKertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifBujangpauzan
 
Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanProposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanHamidah Samsiah
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Amir Aiman Akashah
 
Kajian tindakan bahasa arab membuat ayat
Kajian tindakan bahasa arab membuat ayatKajian tindakan bahasa arab membuat ayat
Kajian tindakan bahasa arab membuat ayatSam Pasir Panjang
 
Proposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adamProposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adamAdam Kamaludin
 
50084546 proposal-kajian-tindakan
50084546 proposal-kajian-tindakan50084546 proposal-kajian-tindakan
50084546 proposal-kajian-tindakanN Dingz Ups
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Zack Chepa
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdIzudin Hasan
 
Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal ptShila Daly
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamabu_ayyub
 
Tujuan dan kepentingan kajian tindakan
Tujuan dan kepentingan kajian tindakanTujuan dan kepentingan kajian tindakan
Tujuan dan kepentingan kajian tindakanLinda Salleh
 
Kajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikKajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikTeacher Nasrah
 

Destacado (20)

Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
 
Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
 
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakanFormat penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
 
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifKertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
 
Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanProposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian Tindakan
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
 
Kajian tindakan bahasa arab membuat ayat
Kajian tindakan bahasa arab membuat ayatKajian tindakan bahasa arab membuat ayat
Kajian tindakan bahasa arab membuat ayat
 
Proposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adamProposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adam
 
50084546 proposal-kajian-tindakan
50084546 proposal-kajian-tindakan50084546 proposal-kajian-tindakan
50084546 proposal-kajian-tindakan
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpd
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal pt
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
 
Tujuan dan kepentingan kajian tindakan
Tujuan dan kepentingan kajian tindakanTujuan dan kepentingan kajian tindakan
Tujuan dan kepentingan kajian tindakan
 
Kajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikKajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematik
 

Similar a Proposal kajian tindakan

Jurnal Pengantar Pendidikan.pdf
Jurnal Pengantar Pendidikan.pdfJurnal Pengantar Pendidikan.pdf
Jurnal Pengantar Pendidikan.pdfWindaRosyidah
 
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdfjumN
 
Teaching indonesian language using audio
Teaching indonesian language using audioTeaching indonesian language using audio
Teaching indonesian language using audiobalqishusin
 
Teaching indonesian language_using_audio (1)
Teaching indonesian language_using_audio (1)Teaching indonesian language_using_audio (1)
Teaching indonesian language_using_audio (1)noviyulianti
 
Kajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburKajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburEda Muryanti
 
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwallUpaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall921920
 
pengabdian masyarakat
pengabdian masyarakatpengabdian masyarakat
pengabdian masyarakatOscar Ririn
 
Permasalahan pertuturan bahasa arab sebafai bahasa kedua
Permasalahan pertuturan bahasa arab sebafai bahasa keduaPermasalahan pertuturan bahasa arab sebafai bahasa kedua
Permasalahan pertuturan bahasa arab sebafai bahasa keduaabmustafa
 
Tingkatkan Pembelajaran Bahasa Inggris Berbasis Aplikasi Wordwall.
Tingkatkan Pembelajaran Bahasa Inggris Berbasis Aplikasi Wordwall.Tingkatkan Pembelajaran Bahasa Inggris Berbasis Aplikasi Wordwall.
Tingkatkan Pembelajaran Bahasa Inggris Berbasis Aplikasi Wordwall.triwahyuniblitar1
 
Makalah metode ceramah
Makalah metode ceramahMakalah metode ceramah
Makalah metode ceramahjentapanani
 
Kumpulan karya ilmiah populer mgmp bahasa ingggris kubu raya 2012 pdf
Kumpulan karya ilmiah populer mgmp bahasa ingggris kubu raya 2012 pdfKumpulan karya ilmiah populer mgmp bahasa ingggris kubu raya 2012 pdf
Kumpulan karya ilmiah populer mgmp bahasa ingggris kubu raya 2012 pdfRitma Ariesha
 
vita_ppt_semprouinradenintanlampung.pptx
vita_ppt_semprouinradenintanlampung.pptxvita_ppt_semprouinradenintanlampung.pptx
vita_ppt_semprouinradenintanlampung.pptximamarif22
 
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...Irma Nurmayanti
 
presentasi bahasa arab syalbiah.docx
presentasi bahasa arab syalbiah.docxpresentasi bahasa arab syalbiah.docx
presentasi bahasa arab syalbiah.docxYairusHondro
 
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)Rini Adiani
 

Similar a Proposal kajian tindakan (20)

Jurnal Pengantar Pendidikan.pdf
Jurnal Pengantar Pendidikan.pdfJurnal Pengantar Pendidikan.pdf
Jurnal Pengantar Pendidikan.pdf
 
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
 
Teaching indonesian language using audio
Teaching indonesian language using audioTeaching indonesian language using audio
Teaching indonesian language using audio
 
Teaching indonesian language_using_audio (1)
Teaching indonesian language_using_audio (1)Teaching indonesian language_using_audio (1)
Teaching indonesian language_using_audio (1)
 
Kajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburKajian mini didik hibur
Kajian mini didik hibur
 
Komputer ajar b.arab
Komputer ajar b.arabKomputer ajar b.arab
Komputer ajar b.arab
 
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwallUpaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
 
Pendekatan kaedah mnemonik
Pendekatan kaedah mnemonikPendekatan kaedah mnemonik
Pendekatan kaedah mnemonik
 
pengabdian masyarakat
pengabdian masyarakatpengabdian masyarakat
pengabdian masyarakat
 
Permasalahan pertuturan bahasa arab sebafai bahasa kedua
Permasalahan pertuturan bahasa arab sebafai bahasa keduaPermasalahan pertuturan bahasa arab sebafai bahasa kedua
Permasalahan pertuturan bahasa arab sebafai bahasa kedua
 
B 3
B 3B 3
B 3
 
Proposal ptk kholil
Proposal ptk kholilProposal ptk kholil
Proposal ptk kholil
 
Tingkatkan Pembelajaran Bahasa Inggris Berbasis Aplikasi Wordwall.
Tingkatkan Pembelajaran Bahasa Inggris Berbasis Aplikasi Wordwall.Tingkatkan Pembelajaran Bahasa Inggris Berbasis Aplikasi Wordwall.
Tingkatkan Pembelajaran Bahasa Inggris Berbasis Aplikasi Wordwall.
 
Makalah metode ceramah
Makalah metode ceramahMakalah metode ceramah
Makalah metode ceramah
 
Kumpulan karya ilmiah populer mgmp bahasa ingggris kubu raya 2012 pdf
Kumpulan karya ilmiah populer mgmp bahasa ingggris kubu raya 2012 pdfKumpulan karya ilmiah populer mgmp bahasa ingggris kubu raya 2012 pdf
Kumpulan karya ilmiah populer mgmp bahasa ingggris kubu raya 2012 pdf
 
Essay Bahasa Indonesia
Essay Bahasa IndonesiaEssay Bahasa Indonesia
Essay Bahasa Indonesia
 
vita_ppt_semprouinradenintanlampung.pptx
vita_ppt_semprouinradenintanlampung.pptxvita_ppt_semprouinradenintanlampung.pptx
vita_ppt_semprouinradenintanlampung.pptx
 
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
 
presentasi bahasa arab syalbiah.docx
presentasi bahasa arab syalbiah.docxpresentasi bahasa arab syalbiah.docx
presentasi bahasa arab syalbiah.docx
 
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
 

Proposal kajian tindakan

  • 1. PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN PENGGUNAAN MEDIA BARU DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB FAWWAZ FATHANAH BINTI MADZLAN D20101039056 PENSYARAH: PROF. DATO’ DR. HASSAN BASRI BIN AWANG MAT DAHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KUNDANG 48020 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
  • 2. BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Penguasaan bahasa Arab sebagai pembelajaran bahasa asing telah menjadi isu sejak sekian lama. Masalah yang berlaku bukan hanya di sekolah, malah kajian yang dilakukan di universiti juga mendapati pelajar tidak dapat menguasai bahasa Arab dengan baik terutama kemahiran mendengar (Rahimi, 2003). Persepsi dalam kalangan murid berhubung dengan mata pelajaran bahasa Arab adalah persepsi yang negatif. Mereka menganggap bahasa Arab sebagai satu mata pelajaran yang susah dan membebankan. Selain itu sikap murid terhadap mata pelajaran bahasa Arab sebagai waktu pengajaran dan pembelajaran yang sungguh membosankan. Stevens (1990) merumuskan bahawa masalah pembelajaran bahasa antaranya ialah disebabkan ketiadaan atau kekurangan minat untuk belajar. Mempelajari bahasa Arab masih lagi dianggap sukar oleh kebanyakan pelajar. Hal ini mungkin disebabkan kerumitan bahasa itu sendiri untuk dikuasai atau kerana metode pengajaran dan pembelajaran yang kurang efektif (Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin 2007). Bahasa Arab merupakan bahasa asing yang merangkumi empat proses pembelajaran kemahiran iaitu kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Bahasa Arab yang bukan merupakan bahasa komunikasi mereka dan ini menjadikan sesi pembelajaran bahasa arab menjadi susah dan mereka menjadi kurang berminat dan tidak dapat memahami keseluruhan pembelajaran tersebut. Kerumitan masalah yang dihadapi dalam pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua jelas dapat dilihat daripada dapatan-dapatan kajian yang telah dijalankan dalam program bahasa Arab di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1993 ( Haji Ismail, A.R. 1993). Kajian tersebut menunjukkan bahawa terdapat pertentangan yang jelas antara setiap kompenan kurikulum bahasa Arab dengan matlamat yang digariskan. Masalah yang dihadapi dalam Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua jelasnya adalah rumit dan merentasi semua aspek yang berkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
  • 3. Antara punca atau permasalahan yang dihadapi ialah pengajaran bahasa arab ini tidak mengikuti arus perkembangan semasa. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab kelihatan sentiasa meminggir dan memencilkan diri daripada arus perkembangan dan kemajuan dalam pencapaian penyelidikan dan kajian arena pengajaran dan pembelajaran bahasa sebagai bahasa kedua. Ini seolah-olah tidak memberi sebarang pengaruh atau sumbangan terhadap pembelajaran bahasa Arab ( Abdul Rahim 1994:123). Penguasaan bahasa Arab bukanlah sesuatu yang mustahil dilaksanakan. Dengan mengetahui strategi dan pendekatan yang efektif adalah langkah yang paling bijak. Di dalam kertas kerja yang ringkas ini, penulis cuba meninjau pendekatan terkini untuk mempelajari bahasa Arab dengan menggunakan media terkini. Terdapat pelbagai cara bagi meningkatkan tahap penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar antaranya adalah dengan menggunakan media baru seperti internet. Justeru, apa yang diharapkan melalui perancangan kajian ini supaya dapat memaksimumkan maklumat dan dapat mempertingkatkan kefahaman serta minat pelajar dalam mempelajari bahasa arab dengan menggunakan media baru sebagai bantuan pengajaran. 1.1 Masalah / Fokus Kajian Pelajar sering menghadapi masalah untuk memahami pembelajaran bahasa Arab di dalam kelas. Mereka juga kurang berminat dalam mempelajari bahasa arab kerana bahasa arab merupakan bahasa asing dan susah untuk difahami. Kajian ini memfokuskan kepada permasalahan pelajar terutamanya dalam menunjukkan minat dan menambahkan kefahaman kepada mereka. Teknik pengajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan penguasaan sesuatu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan pelajar ( Jamaludin & Zaidatun, 2003). Justeru guru perlu memilih teknik pengajaran yang baik dan sesuai untuk menyampai isi pengetahuan atau melatih kemahiran, kerana teknik yang baik dan sesuai boleh menjadi pemangkin kepada penguasaan ilmu dan kemahiran dalam kalangan pelajar.
  • 4. Dengan mengadakan aktiviti interaktif menggunakan media baru seperti internet, facebook, blog, youtube dan lain-lain, saya berharap dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran dan menambahkan keyakinan serta meningkatkan minat murid terhadap pelajaran mereka. 1.2 Rasional Kajian Rasional kajian ini dijalankan kerana pelajar kurang berminat serta kurang memahami pembelajaran dalam bahasa Arab semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). 1.4 Objektif Kajian/ Tujuan Kajian i. Objektif Am Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran-kemahiran asas bahasa Arab dengan menggunakan persembahan media yang mudah, ringkas dan menarik dan untuk meningkatkan penbendaharaan kata, serta dapat menguasai kemahiran menyebut, menulis, mendengar dan membaca perkataan di dalam bahasa Arab di kalangan pelajar. Oleh itu,murid akan dapat memahami dengan lebih baik penggunaan kaedah tersebut dan lebih berminat untuk belajar. ii. Objektif Khusus Objektif khusus kajian ini adalah supaya : • Mengenal pasti tahap penguasaan asas bahasa Arab • Murid dapat memahami dengan mudah . • Minat untuk mempelajari bahasa Arab. • Meningkatkan tahap murid dalam kemahiran menggunakan media. • Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid.
  • 5. 1.5 Soalan Kajian Secara khusus, kajian ini diharapkan dapat menjawab soalan-soalan kajian tersebut : 1. Apakah tahap penggunaan media baru dalam pengajaran Bahasa Arab di sekolah? 2. Bagaimanakah tahap pelajar dalam meminati kaedah pembelajaran menggunakan media baru. 3. Apakah tahap pencapaian kemahiran 4P dengan menggunakan kaedah media baru dalam pembelajaran bahasa Arab? 4. Adakah wujud perbezaan pencapaian antara kumpulan yang menggunakan media baru dengan kumpulan yang tidak menggunakannya dalam pembelajaran? 1.6 Signifikan Kajian Kajian ini sangat penting khususnya kepada para guru bahasa arab dan para pelajar yang mengambil matapelajaran bahasa arab. Secara khususnya, kajian ini bertujuan membantu para guru dan pelajar di semua peringkat pengajian termasuklah sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Kajian ini menyediakan para guru dengan teknik dan kaedah yang lebih kreatif untuk memastikan tahap pencapaian pelajar dalam mempelajari bahasa arab dengan lebih menarik dan tidak membosankan serta menambah penguasaan pelajar terhadap kemahiran asas bahasa arab supaya menjadi lebih baik. Selain itu, kajian ini dapat memberikan penambaikan dalam kaedah pengajaran guru khususnya, selain mendedahkan pelajar dengan kaedah penggunaan media baru yang betul. Kajian ini juga bertujuan menarik perhatian para guru khususnya menitikberat akan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif untuk menarik pelajar belajar bahasa arab dengan mudah dan tidak membosankan. Penulis beranggapan bahawa dengan meningkatnya pengusaan para pelajar dalam kemahiran 4P melalui media baru ini akan turut meningkatkan penguasaan para pelajar dalam penambahan pembendaharaan kata juga memastikan mereka dapat bertutur dengan lebih baik dan yakin.
  • 6. BAB 2 2.0 KAJIAN LITERATUR Kejayaan program pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab tidak terhenti pada kecekapan para guru dan kemantapan kurikulum semata-mata, tetapi sikap dan kepedulian pelajar terhadap bahasa yang dipelajari memainkan peranan yang paling penting (Ab. Halim & Wan Mohamad, 2006). Pelajar yang mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa sasar atau yang bersikap negatif terhadap semua itu, sedikit sebanyak akan mempengaruhi hasil pembelajaran dan kecekapan berbahasa. Ini bertepatan dengan pandangan Mansoer Pateda (1990) yang menyatakan bahawa sikap merupakan aplikasi daripada minat seseorang terhadap sesuatu. Ia juga merupakan faktor dalaman yang mempengaruhi pelajar dalam proses pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks. Ia meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta membuat interpretasi secara bijak dan analisis. Ketika seseorang itu membaca, ia sebenarnya sedang berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan bahan bacaannya. Dia mencuba menyelami pemikiran dan idea yang cuba disampaikan oleh pengarang. Seseorang yang berjaya menguasai kemahiran membaca bermakna dia telah berjaya merobohkan sebuah tembok pemisah yang maha besar antara dirinya dengan lautan ilmu yang wujud dalam pelbagai bentuk karya (Zulkifley Hamid, 1994). Abdul Ghani (1996) menegaskan faktor bahan memberi kesan dalam meningkatkan minat pelajar untuk terus menguasai sesuatu kemahiran berbahasa dan berinteraksi dengan lebih berkesan. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai bahan media yang sesuai dan menarik supaya boleh menukar suasana pembelajaran yang kaku kepada pembelajaran yang melibatkan pelajar. Aplikasi dan manipulasi pengajaran bahasa melalui media elektronik, pengisian komputer, grafik dan sebagainya dapat mengekalkan minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa. Guru perlu kreatif dan inovatif serta menguasai kemahiran teknologi maklumat seiring dengan arus perkembangan pendidikan semasa. Kejayaan guru memilih bahan dan media sesuai dengan dapatan kajian Nadzeri (1985).
  • 7. Menurut Omardin (1999), sumber dan bahan pengajaran yang digunakan oleh guru perlu menarik, dapat mengekalkan minat pelajar, mengembangkan minat pelajar terhadap pelajaran dan menjadikan pembelajaran lebih menarik. Melalui bantuan media baru akan dapat membentuk daya pemikiran, kreatif dan memperkukuhkan persepsi pelajar. Sini et al. (1983) menyarankan kepada guru-guru bahasa Arab yang menggunakan buku al-Arabiyyah li-na-shi-n sebagai buku teks untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua, supaya menggunakan ABM untuk memperdengarkan teks-teks petikan dialog. Ini kerana penggunaan ABM, antaranya media internet, pita rakaman audio atau makmal bahasa, dapat meningkat minat pelajar untuk mendengar teks petikan, berbanding penggunaan suara guru. Secara tidak langsung, penggunaan ABM akan meningkatkan kefahaman pelajar apabila mendengar teks petikan. Jamaludin dan Zaidaton (2003) mendapati penggunaan ICT multimedia, termasuk teknologi pendidikan, termasuk pita rakaman audio, dapat merangsang indera pendengaran pelajar.
  • 8. BAB 3 3.0 METODOLOGI KAJIAN Bagi mendapatkan data, kajian ini menggunakan beberapa instrumen seperti tinjauan, temu bual dan borang soal selidik. Tinjauan digunakan bagi melihat laman web yang boleh diguna pakai untuk tujuan pembelajaran bahasa Arab . Carian dilakukan ke dalam pelbagai laman web bahasa Arab melalui internet bagi melihat web-web yang sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran. Temu bual turut dijalankan kepada tenaga pengajar dan pelajar bahasa Arab bagi mengetahui web yang mereka layari dalam bidang tersebut dan mendapatkan pandangan dan maklum balas berhubung bidang ini. Borang soal selidik juga turut diedarkan kepada responden yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar bahasa Arab bagi melihat kekerapan penggunaan bahan dalam bidang ini dan sejauh manakah ia dapat membantu mereka. Turut diperolehi melalui borang ini pandangan dan ulasan mereka terhadap bahan-bahan melalui internet. Melalui penggunaan instrumen di atas data dapat diperolehi bagi menjawab persoalan yang dikemuka. Melalui kajian ini diharapkan banyak dapat membantu pelajar-pelajar untuk lebih mudah memahami apa yang dipelajari dan lebih berminat untuk mempelajari bahasa Arab serta membantu pelajar untuk menambahkan penbendaharaan kata dan meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi, membaca dan menulis kerana telah dapat mengatasi masalah yang dihadapi. 3.1 Instrumen Kajian. Instrumen yang digunakan selain dari temubual dan tinjauan untuk kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Kelebihan menggunakan kaedah ini adalah responden tidak memerlukan masa yang banyak untuk menjawab soal selidik dan mengganggu responden yang mempunyai tugas-tugas tertentu. Selain daripada itu kaedah ini menjimatkan masa, kos, lebih senang mendapat kerjasama responden dan dapat menghasilkan item-item yang konsistan serta boleh dipercayai. Soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu :
  • 9. Bahagian A Soalan-soalan mengenai maklumat latar belakang guru dan murid dimuatkan dalam ruangan ini. Soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan jantina, umur, pengalaman mengajar, kelulusan, jumlah waktu mengajar, tingkatan yang diajar dan kursus komputer yang dihadiri. Bahagian B Bahagian B, memuatkan soalan yang direka bentuk bagi mendapatkan maklumat dari responden mengenai penggunaan komputer dan internet serta masalah-masalah dalam penggunaan komputer dan internet dalam membantu proses pengajaran. Bahagian C Soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan jenis-jenis perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3.2 Kumpulan Sasaran/ Batasan Kajian Kumpulan sasaran ialah pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kundang dalam pengkhususan bahasa Arab. Pengkaji menggunakan soal selidik, tinjauan dan temubual untuk memungut data. Aspek yang dikaji oleh pengkaji adalah tertumpu kepada beberapa pembolehubah tertentu seperti kesediaan belajar, kemahiran bertutur, membaca dan menulis bertujuan mendapat gambaran tentang penguasaan asas bahasa Arab responden. 3.3 Kaedah Kajian a) Pemerhatian Daripada pemerhatian didapati pelajar sering bermasalah untuk memahami dan kurang berminat untuk mempelajari serta mempunyai penbendaharaan kata yang terhad semasa berinteraksi dengan guru di dalam kelas.
  • 10. b) Tindakbalas Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Pelajar sering kali menghadapi kesukaran untuk menyebut perkataan dan menghadapi masalah membuat ayat pertuturan serta tidak menunjukkan minat dan semangat untuk mempelajari bahasa Arab. c) Ujian Pencapaian Di dalam ujian oral yang dijalankan pelajar tidak dapat menyebut perkataan dan berinteraksi dengan baik semasa sesi soal jawab dijalankan. d) Perancangan Bagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah dibuat dengan menggunakan keadah video ‘hiwar’ dari youtube. e) Tindakan Pelajar disediakan video kanak-kanak melakukan perbualan ‘hiwar’ dalam bahasa Arab. Setiap pelajar diberi kertas dialog dan diminta untuk membaca dan menyebut bersama-sama guru. Guru akan membahagikan kumpulan pelajar kepada 2 orang setiap kumpulan. Pelajar-pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa. f) Pemerhatian Daripada pemerhatian, para pelajar kelihatan lebih semangat, berminat dan memberi respon yang memberangsangkan di dalam bilik darjah. Ini kerana mereka secara sukarela dan bersedia menyertai aktiviti tersebut. g) Refleksi Kaedah ini diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar untuk lebih mudah memahami apa yang dipelajari dan lebih berminat untuk mempelajari bahasa Arab serta membantu pelajar untuk menambahkan penbendaharaan kata dan meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi, membaca dan menulis kerana telah dapat mengatasi masalah yang dihadapi.
  • 11. 3.4 Jadual Cadangan Pelaksanaan Kajian BIL. CADANGAN AKTIVITI TEMPOH 1. Mengenal pasti dan mengumpul data awal 1 minggu 2. Merancang tindakan – individu 1 minggu 3. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 minggu 4. Mengenal pasti masalah yang timbul dalam aktiviti 1 minggu 5. Melaksanakan tindakan – aktiviti 1minggu 6. Refleksi kajian 1 hari 7. Menulis laporan kajian 1 hari 8. Pembentangan dapatan kajian 1 hari RUJUKAN Ab. Halim Mohamad & Wan Mohamad Wan Sulong. 2006. Antara Minat Dan Sikap Pelajar Terhadap Bahasa Arab: Satu Kajian Ke Atas Pelajar Bacelor Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 5). Bangi: Pusat Penerbitan dan Percetakan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Asma Abdul Rahman dan Maimun Aqsha Lubis. 2009. Kaedah Pengajaran Bahasa Arab untuk Kanak-kanak Pintar. Nilai: Penerbit USIM. Haji Ismail, A.R. 1993. The Teaching of Arabic in the Faculty of Islamic Studies: The Problem of Compatibility. Kertas Kerja Seminar Bulanan Fakulti Pendidikan Bangi: UKM. Jamaludin Harun dan Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. Mat Nor Hussin dan Ab. Rahman Ab. Rashid. 1987. Alat Bantu Mengajar dalam Pengajaran Bahasa. Pulau Pinang: Pusat Teknologi Pendidikan dan Media, Universiti Sains Malaysia. Mohd Rosdi Ismail dan Mat Taib Pa. 2006. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Rahimi Said. 2003. Penggunaan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca dan menulis bahasa Arab disebuah Universiti. Kuala Lumpur: Projek Sarjana yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, UM. Rosni Samah. 2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Nilai: Penerbit USIM. Wan Azura Wan Ahmad [et al.]. 2007. Pendekatan dan Strategi Efektif dalam Penguasaan Bahasa Arab. Nilai : Penerbit USIM.