SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 25
SKSP1033
EVOLUSI POLITIK MALAYSIA




                 Soalan 10

Bersandarkan prinsip-prinsip asas demokrasi,

huraikan sejauh mana demokrasi di Malaysia

 berjalan sesuai dengan cirri-ciri demokrasi.




   NURUL AFIFAH BINTI RIDZUAN

                  A140686

                 JAM 10-11
KANDUNGAN                        HALAMAN

  1. Definisi
  2. Prinsip-prinsip Demokrasi
  3. Demokrasi di Malaysia
  4. Rujukan
  5. Lampiran
1.0 Definisi


Istilah demokrasi berasal daripada bahasa Yunani, iaitu δημοκρατία – (dēmokratía), yang

bermaksud “kekuatan rakyat”. Istilah ini dibentuk daripada dua perkataan berlainan, iaitu

δῆ μος (dêmos) “rakyat” dan κράτος (Kratos) “kekuasaan” (Rapar 1988, 50).

       “Democracy means popular power, rule by the demos.”

                                                                                    (Ake, 1992)

       Negara yang mengamalkan sistem demokrasi dikenali sebagai negara demokratik.

Pemerintahan yang dimaksudkan ialah pemerintahan yang menggariskan bahawa kekuasaan

berada di tangan rakyat. Kekuasaan tertinggi dalam sistem demokrasi terletak di tangan

rakyat, kerana rakyat mempunyai hak dan suara yang sama dalam mengatur pemerintahan

sesebuah negara. Dalam Ucapan Gettysburg (Gettysburg Address) pada tahun 1863,

Abraham Lincoln mendefinisikan demokrasi sebagai;

       “...and that government of the people, by the people, for the people...”

William Godwin dalam bukunya, An Enquiry Concerning Democracy menyatakan bahawa;

       “Democracy is a system of government according to which every member of a society

is considered as a man and nothing more.”

                                                                                  (Pickles 1970)

       Melalui demokrasi, keputusan yang diambil adalah berdasarkan suara terbanyak.

Sistem demokrasi memberikan kebebasan bersuara kepada rakyat sesebuah negara

demokratik. Namun pada awal terbentuknya sistem ini di Athens, hanya lelaki sahaja yang

dibenarkan mengambil bahagian untuk bersuara di dewan.

Demokrasi merupakan sebuah bentuk kerajaan di mana kuasa tertinggi dilaburkan pada

rakyat dan dilaksanakan oleh mereka secara langsung atau tidak langsung melalui sistem
perwakilan yang biasanya melibatkan pilihanraya yang bebas secara berkala. Dalam

demokrasi langsung, orang ramai mengambil bahagian dalam kerajaan secara langsung.

Contohnya, seperti yang dipraktikkan oleh beberapa buah Bandar Yunani kuno dan

mesyuarat bandar di New England. Namun, kebanyakan demokrasi hari ini diamalkan secara

tidak langsung, iaitu secara perwakilan. Konsep demokrasi secara perwakilan wujud

sebahagian besarnya dari idea dan institusi yang dibangunkan semasa Zaman Pertengahan

Eropah dan Zaman Pencerahannya dan dalam Revolusi Amerika dan Perancis. Demokrasi

melambangkan kesejagatan, persaingan untuk jawatan, kebebasan bersuara dan akhbar, dan

kedaulatan undang-undang. Contoh negara yang mengamalkan sistem demokrasi adalah

seperti Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia, India, dan negara kita sendiri, Malaysia.
2.0 Prinsip-prinsip Demokrasi

  2.1 Perlembagaan


Perlembagaan    bermaksud    prinsip   asas   yang   mengasaskan    sesebuah    negara   dan

memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-

undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang

mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan.


       Patrick J. Dalton dan Robina S. Dexter dalam bukunya yang berjudul Constitutional

Law pula mentafsirkan bahawa perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi

kepada prinsip-prinsip bahagian tertentu sesebuah negara di mana ia mengawal kerajaan atau

badan yang dikenali sebagai rakyat. Robert A. Dahl dalam bukunya Modern Political

Analysis pula menyatakan bahawa sistem politik sesebuah negara itu kompleks dan

seimbang, peranan politik dengan sendiri terbentuk. Peranan ini ditadbir oleh koleksi-koleksi

pentadbiran dalam satu sistem politik akan memberi perlembagaan kepada kerajaan untuk

menggunakan sistem ini.

       Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar

penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diistiharkan, sama ada

dibentuk dalam undang-undang adat kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian. Demikian

pandangan yang dinyatakan oleh C.A. Leeds dalam bukunya bertajuk, Politics.
2.2 Pengasingan kuasa


Perlembagaan merupakan medium yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal

kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya,

Perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan satu cabang

kerajaan itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.

    Struktur pemerintahan di Malaysia telah diasingkan kepada tiga badan bagi menjamin

pemerintahan yang cekap dan telus. Badan tersebut ialah Badan Perundangan (Legislatif),

Badan Pemerintahan (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari). Pengasingan kuasa dalam

sesebuah pemerintahan ini dikenali sebagai “Doktrin Pengasingan Kuasa1”. Doktrin ini mula

diperkenalkan oleh Montesquieu, pemikir daripada Perancis pada abad ke-18 ketika negara

Perancis diperintah oleh Louis XIV, yang mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahannya.

Montesquieu berusaha untuk merangka satu doktrin supaya rakyat dapat menjalani kehidupan

yang lebih terjamin dan selamat daripada kezaliman pemerintah. Pengasingan kuasa ini

bertujuan untuk mengelakkan kewujudan sebarang permuafakatan atau komplot antara badan

perundangan, badan pemerintahan dan badan kehakiman. Selain itu, menjadi kepentingan

kuasa-kuasa ini diasingkan supaya tidak berlaku pemusatan kuasa antara ketiga-tiga badan

tersebut, di samping memainkan peranan sebagai “Sistem Semak dan Seimbang2” (check and

balance) dalam pemerintahan negara.




1
  Doktrin pengasingan kuasa bermaksud setiap badan memiliki bidang kuasa, fungsi dan tanggungjawab khusus
serta tidak bertindih di antara satu sama lain.
2
  Sistem Semak dan Seimbang bermaksud setiap cabang kerajaan diberi kuasa untuk menghadkan kuasa cabang
kerajaan yang lain. Secara teorinya, tiada cabang kerajaan yang boleh mempunyai kuasa yang mutlak dalam
pentadbiran sesebuah negara.
2.3 Pilihan Raya Bebas / Pemerintahan mengikut majoriti


Menurut D. Robertson, pilihan raya merupakan satu kaedah untuk memilih calon bagi

jawatan atau kerusi tertentu (Asnarulkhadi 1997, 92). Pilihan raya juga merupakan satu

kaedah berwibawa bagi memilih pemimpin-pemimpin politik dan ketua negara di seluruh

dunia. Malah, negara yang dipimpin oleh dictator atau rejim tentera juga kerap menggunakan

pilihan raya yang penuh dengan tipu muslihat dalam usaha melindungi mekanisme pemilihan

politik mereka yang sebenar (Asnarulkhadi 1997, 92). Ini kerana, pilihan raya boleh diadakan

dengan pelbagai kaedah. Prosedur mengundi adalah rahsia, direkod dan diterbitkan seperti

dalam kebanyakan pilihan raya yang diadakan di seluruh dunia (Asnarulkhadi 1997, 92).


       A. Rashid Rahaman pula menghuraikan dengan lebih lanjut definisi pilihan raya, iaitu

pemilihan umum ke atas seseorang untuk sesuatu jawatan dan pemilihan tersebut dibuat

menerusi undi sesebuah perkumpulan (Asnarulkhadi 1997, 92). Dalam pilihan raya,

pemilihan mestilah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang. Maka dalam pilihan

raya terdapat dua objek yang terlibat, iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya.

Tujuan mengadakan pilihan raya adalah untuk memilih orang atau orang-orang yang akan

mewakili kepentingan pemilih-pemilih dalam hal yang terletak di bawah bidang kuasa

organisasi tertentu, di mana orang atau individu-individu berkenaan dipilih untuk bertugas

(Asnarulkhadi 1997, 92).
2.4 Kebebasan bersuara


Kebebasan bersuara merujuk kepada hak seseorang individu untuk mengekspresikan idea-

ideanya tanpa campurtangan kerajaan. Hak kepada kebebasan bersuara adalah, sebenarnya,

suatu kesinambungan kepada hak terhadap kebebasan. Jika seorang manusia itu mempunyai

hak berfikir untuk dirinya sendiri dan untuk menggunakan mindanya semahunya, maka dia

juga haruslah mempunyai hak untuk mengekspresikan buah fikirannya dan idea-idea dalam

bentuk yang konkrit, samada dalam bentuk penulisan ataupun lisan. Seperti dikatakan oleh

Onkar Ghate: “Kebebasan berfikir adalah aspek kerohanian (mental) kepada hak terhadap

kebebasan, kebebasan bersuara ialah aspek fizikalnya; satu mewakili minda, satu lagi

mewakili jasad”.
2.5 Perwakilan Berinstitusi / Politik Kepartian


Parti adalah mana-mana kumpulan, walaupun tidak tersusun rapi, yang berusaha untuk

memilih pemegang-pemegang jawatan kerajaan di bawah sesuatu label tertentu. Parti politik

pula ialah satu pertubuhan politik di mana ahlinya mempunyai ideologi serta agendanya yang

tersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentuk kerajaan, supaya ideologi mereka dapat

dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh rakyat jelata. Oleh itu, ahli-ahli politik biasanya

akan bertanding di adalam pilihan raya. Sebahagian parti yang lemah atau tidak berpengaruh

akan bergabung dengan parti kerajaan atau parti yang lebih besar dan menjadi sebuah barisan

parti politik. Bermula dengan penubuhan dewan perwakilan, penubuhan parti telah

berkembang akibat ketidakmampuan dewan perwakilan menampung jumlah keahlian yang

semakin bertambah. Maka wujudlah perkumpulan parti-parti politik yang semakin besar dan

mampu menampung jumlah ahli yang lebih ramai. Di Malaysia, parti-parti politik dapat

dibahagikan kepada dua yang utama iaitu parti pencadang (Barisan Nasional), yang

menyokong penuh kerajaan dan juga parti pembangkang (BarisanAlternatif iaitu PAS, DAP

dan keADILan). K. Ramanathan (1992) pula menyatakan bahawa secara umumnya, parti

politik boleh didefinisikan sebagai kumpulan dalam negeri yang ahli-ahlinya bergabung

untuk menguasai teraju pemerintahan dan memerintah sesebuah negara.
2.6 Kebebasan Mengkritik (media massa dan elektronik)


Kebebasan memungut dan menyiarkan berita sering dikaitkan dengan kebebasan akhbar.

Definisi kebebasan adalah berbeza dari suatu negara dengan negara yang lain mengikut

keadaan setempat. Sebenarnya tidak ada kebebasan akhbar secara mutlak. Kebebasan akhbar

di Malaysia ialah kebebasan yang disertai dengan tanggungjawab terhadap negara dan

masyarakat, sesuai dengan prinsip dan semangat Rukun Negara.


       Muammar Al-Qathafi menyifatkan media sebagai;


       “The press is a means of expression of the society and is not a means of expression of

a natural or coporate person. Logically and democratically, the press, therefore, cannot be

owned by either of these. Any newspaper owned by an individual is his own and expresses

only his point of view. Any claim that a newspaper represents public opinion is groundless

because it actually expresses the viewpoints of a natural person... The democratic press is that

which is issued by a popular committee comprising all the various categories of society. In

this case only, and not otherwise, will the press or any information medium be an expression

of the whole society and a bearer of the viewpoint of its categories and thereby the press or

information medium will be indeed democratic”.


                                                                                   (Al-Qathafi)
2.7 Persamaan dan keadilan dalam semua aspek


Sistem demokrasi akan lebih berjaya jika masyarakat dapat disatukan walaupun terdiri

daripada pelbagai latarbelakang agama, bangsa, warna kulit dan sebagainya. Sistem

demokrasi tidak mungkin akan berjalan dengan lancar jika terdapat perselisihan dalam

masyarakat majmuk, yang kemudian mampu melahirkan golongan yang suka menimbulkan

masalah. Malah, lebih teruk lagi jika terdapat golongan yang ingin meruntuhkan sistem

demokrasi dalam sesebuah negara. Justeru, menjadi kepentingan kepada sesebuah kerajaan

untuk memberi kesamaan dan keadilan kepada rakyat agar sesebuah negara demokratik itu

sentiasa aman dan sejahtera.
2.8 Hak asasi manusia terjamin


Perhatian sepatutnya direka untuk menyediakan satu media berkesan di mana kehendak

rakyat boleh diambil perhatian. Rakyat mempunyai kehendak dan keupayaan untuk

menjayakan demokrasi, perlembagaan yang lemah masih dapat dikuatkan dengan

pembaharuan dan ditingkatkan kelengkapannya. Perlembagaan sesebuah negara haruslah

mengubah sistem demokrasi yang menyediakan keperluan-keperluan sebagai sebuah

perlembagaan demokrasi.
3.0 Demokrasi di Malaysia


Malaysia telah mengamalkan sistem demokrasi berparlimen semenjak dari permulaan

kemerdekaan lagi sehinggalah sekarang. Menurut D. Robertson, kerajaan berparlimen ialah

satu sistem kerajaan dengan eksekutif bertanggungjawab kepada Parlimen yang wujud hasil

dari satu pilihan raya umum, ataupun satu sistem kerajaan yang diwujudkan oleh satu badan

yang lebih luas (Asnarulkhadi 1997, 91). Parlimen berfungsi untuk membuat undang-undang

atau akta, dan juga mengawasi serta mengawal perbelanjaan awam atau kerajaan

(Asnarulkhadi 1997,91).


       Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ini di bawah pentadbiran Raja

Berperlemabagaan. Raja Berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut peraturan

perlembagaan iaitu Perlembagaan Malaysia (Asnarulkhadi 1997, 81). Yang di-Pertuan Agong

sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada.

Gelaran rasminya dari segi kedudukan dan jawatan, seperti yang disebut di dalam

Perlembagaan Malaysia ialah Ketua Utama Negara. Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga

merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, dan mempunyai kuasa ke atas

sistem perundangan, ketenteraan, agama Islam, pentadbiran, kehakiman dan sebagainya.

Peruntukan ini adalah seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan sejak ia

mula diperkenalkan setelah Malaysia mendapat kemerdekaan dari kerajaan British.
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan

Sebelum kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, di kawasan Tanah Melayu telah adanya

sistem kerajaan beraja yang dijalankan. Sultan ataupun raja di Tanah Melayu diberi

sepenuhnya taat setia dan dianggap golongan yang mulia. Namun setelah kedatangan dan

campurtangan British di dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu, raja ataupun sultan bagi

negeri-negeri tanah melayu hanya dijadikan boneka pihak British sahaja. Raja dan sultan

hanya berperanan di dalam aspek adat istiadat dan agama islam sahaja dan tidak lebih dari

hal-hal ini. Walaupun terdapat beberapa perjanjian yang ditandatangani yang kelihatan

menguntungkan kerajaan tanah melayu, namun pada hakikat sebenarnya sultan ataupun raja

terikat dengan perjanjian dan harus mendengar nasihat dari penasihat ataupun residen

Inggeris. Selepas peperangan dunia kedua yang menyaksikan kerajaan Jepun mengalami

kekalahan, kerajaan British telah berusaha untuk melaksanakan pemerintahan secara berpusat

iaitu kesemua kerajaan Melayu disatukan di bawah satu kesatuan yang dikenali sebagai

Malayan Union pada tahun 1946. Namun disebabkan penubuhan persekutuan itu kelihatan

sebagai usaha berterusan pihak British untuk menguasai Tanah Melayu, rakyat Tanah Melayu

yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa telah bersatu untuk membantah keputusan

penubuhan persekutuan tersebut. Dan setelah dua tahun dilancarkan, persekutuan Malayan

Union ini telah dimansuhkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun

1948. Persekutuan ini sedikit sebanyak telah mengembalikan semula kuasa raja-raja Melayu

kepada kedudukan asal mereka. Setelah mendapat kemerdekaan, institusi beraja telah

mendapat kuasa yang sepatutnya namun masih terbatas dengan perlembagaan yang

dipersetujui secara bersama. Sewaktu zaman penjajahan British, raja ataupun sultan harus

menerima nasihat dari residen ataupun penasihat British. Berbeza dengan zaman sekarang,

sultan atau raja harus menerima nasihat dari menteri besar ataupun perdana menteri mengenai

sesuatu dasar yang ingin dilaksanakan. Di peringkat persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
harus menerima nasihat dari jemaah menteri dan perdana menteri Malaysia. Institusi beraja

kini menjadi satu daripada unsur penting dalam Perlembagaan Persekutuan dengan raja diberi

beberapa peranan penting yang perlu dilaksanakan dalam bentuk dan struktur kerajaan yang

ada. Terdapat tiga asas institusi raja sebagai raja berperlembagaan iaitu: i) Sistem beraja

diwujudkan oleh perlembagaan dan cara bagaimana seseorang raja bagi sesuatu negeri dipilih

telah diperuntukkan dengan jelas dalam perlembagaan, ii) Dalam perlaksanaannya di dalam

fungsi di bawah Perlembagaan Persekutuan atau sebarang undang-undang Persekutuan, Yang

di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat jemaah kabinet atau sebarang

menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Kabinet. Yang di-Pertuan Agong hanya boleh

bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam hal perlantikan Perdana Menteri dan

pembubaran Parlimen, dan iii) Yang Dipertuan Agong bersama-sama dengan dua Majlis

Parlimen menjadi badan perundangan Persekutuan.
Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia, yang dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi

183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen

undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah

melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas

kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

       Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London 18

Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada

Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu Ketua Menteri

Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya

Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya. Untuk meminda perlembagaan, satu

majoriti dua pertiga dewan (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan

pada kedua-kedua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem

Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun sejak kemerdekaan

sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau

menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650 kali. Beliau

menjelaskan bahawa „semangat dokumen sebenar telah dicairkan‟. Sidang parlimen dan

sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) juga berada di bawah daripada ketinggian

perlembagaan itu sendiri. Ini bermakna dewan parlimen dan dewan rakyat tidak boleh

membuat undangundang mengenai sesuatu kes yang mungkin bertentangan dengan

perlembagaan Malaysia.
Sesebuah negara demokratik mempunyai perlembagaan mereka sendiri dalam

menentukan undang-undang dan keputusan kehakiman serta untuk mengetahui halatuju

sesebuah Negara. Malahan, perlembagaan secara tidak langsung dapat menjamin hak asasi

manusia, yang merupakan salah satu lagi ciri negara demokratik. Elemen pertama yang akan

dibincangkan ialah agama. Menurut Perkara 3 (1) Perlembagaan, Islam ialah agama bagi

Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-

mana Bahagian Persekutuan. Islam diiktiraf oleh Perlembagaan sebagai agama tertinggi

negara bukan sahaja berfaktor dari fakta sejarah, yang mana Islam menjadi agama yang

dominan di Semenanjung Tanah Melayu sejak kurun ke 12 lagi, tetapi juga sebagai

mengiktiraf tonggak dan kekuasaan Raja-Raja yang semuanya adalah beragama Islam

sewaktu negara ini dibentuk. Agama Islam merupakan satu unsur penting dalam

Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai hubungan rapat dengan perkembangan sejarah

konsep pemerintahan beraja. Sehinggakan takrif „Melayu‟ mempunyai kaitan rapat dengan

„Islam‟. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang yang

ditakrifkan sebagai „Melayu‟ ialah seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam

bahasa melayu dan mengamalkan adat istiadat melayu dan, i) Lahir sebelum Hari Merdeka, di

Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di

Singapura, atau pada hari Merdeka itu, adalah berdomisil3 di Persekutuan atau di Singapura ;

atau ii) Dia adalah keturunan seorang yang tersebut. Agama Islam telah menjadi agama

anutan orang Melayu semenjak 500 tahun dahulu. Walaupun pernah dijajah oleh 3 buah

kuasa besar bukan beragama Islam, masyarakat Melayu masih mengekalkan dan berpegang

teguh kepada ajaran Islam. Ini kerana dari sudut hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu

telah berada di bawah pemerintahan dan bidang kuasa raja ataupun sultan. Selepas

kemerdekaan, agama Islam masih terpelihara.


3
    Berdomisil bermaksud tempat tinggal yang sah dari seseorang atau tempat kediaman rasmi.
Isu yang dibangkitkan berkaitan perkara ini ialah tuntutan penganut Kristian terhadap

penggunaan kalimah Allah. Presiden Pertubuhan Pembela Islam, Yusri Mohamad berkata,

“Adalah jelas, cara agresif dan konfrontasi masyarakat Kristian yang membawa kes-kes ke

mahkamah, laporan polis mereka di seluruh negara dan kenyataan media (mereka) sama ada

penggunaan kalimah Allah ataupun isu al-Kitab dalam bahasa Melayu.” (Rahim 2011). Kata

Yusri lagi, usaha halus untuk memurtadkan umat Islam bermula dengan „mengelirukan‟

mereka dengan menggunakan istilah-istilah yang dipinjam dari Islam (Rahim 2011). Yusri

juga menerangkan bahawa tuntutan penganut Kristian ini mempunyai agenda tersendiri,

“Dalam resolusi hari ini, mereka ada satu strategi untuk menyebarkan dan menjinakkan umat

umat Islam dengan agama Kristian dengan menggunakan istilah yang biasa dan selesa

digunakan orang Islam,” (Rahim 2011). “Ini semua boleh dikaitkan dengan gerakan untuk

menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam,” (Rahim 2011).

       Bukan itu sahaja, Perwakilan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACCA), Ann Wan

Seng juga bersetuju bahawa terdapat usaha halus oleh masyarakat Kristian untuk

memurtadkan umat Islam di negara ini. Kata Ann Wan Seng lagi,

       “Ia cukup halus umpama garam di makanan anda. Awak tidak boleh melihatnya,

rasanya tidak terlalu masin tetapi awak akan tahu ia ada di situ. Dan ia cukup berkesan,”

                                                                                (Rahim 2011)

       Kenyataan beliau disokong dengan maklumat yang diberi Mufti Perak, bahawasanya

bilangan umat Islam yang telah murtad mencecah lebih 200 ribu orang dan beliau berani

bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuatnya itu(Rahim 2011). Menurutnya, angka

tersebut diperolehi daripada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang memberitahunya

maklumat tersebut diperolehi dari sumber yang sahih(Rahim 2011). Menurut beliau lagi,

angka itu mungkin bertambah kerana angka yang diberikan merupakan maklumat tiga tahun
yang lalu. (Rahim 2011). Keputusan tuntutan penganut Kristian ini, nyata tidak memihak

kepada mereka. Keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),

       “Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam

       Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 telah membincangkan Isu

       Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah

       memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama

       dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama

       bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang

       terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap

       kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang

       telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal

Ugama Islam Malaysia bukan secara semberono. Malah, mereka mengambil kira faktor

sensitiviti keagamaan dan dalam pada masa yang sama menghormati Perlembagaan

Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia. Walaupun terdapat kebebasan

beragama di Malaysia namun, ia tidaklah bermaksud agama-agama bukan Islam boleh

menyebarkan agama mereka kepada penganut agama Islam, menurut Perkara 11 (4)

Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama

tertinggi dalam negara. Di sini dapat kita lihat, Malaysia berjaya mengamalkan salah satu

prinsip sebuah negara demokratik di mana perlembagaan menjadi tonggak sebagai undang-

undang tertinggi di Malaysia.

       Walaupun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan, tetapi secara harmoninya,

penganut-penganut agama lain masih bebas untuk menganut dan mengamalkan agama

mereka. Ini bukan sahaja diperuntukkan dalam Perkara 3 (1) di atas, malah ditekankan lagi

dalam Perkara 11 (1) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa, Tiap-tiap orang adalah
berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4),

mengembangkan agamanya. Malah, Perkara 11 (3) Perlembagaan memberikan hak kepada

penganut agama-agama ini termasuk agama Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanya

sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan untuk tujuan agama masing-masing dan

khairat, memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut

undang-undang (Musa Awang, 2011).

        Selain daripada itu, elemen kedua yang akan dibincangkan ialah bahasa. Perkara 152

Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.

Walau bagaimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan

bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi4. Tulisan rasmi bahasa melayu juga

dinyatakan di dalam artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun,

penggunaan jawi tidak dilarang. Menelusuri sejarah, bahasa melayu telah digunakan sebagai

bahasa pengantara di gugusan kepulauan melayu sejak berabad lamanya. Bahasa melayu

telah digunakan oleh kerajaan Srivijaya sejak abad ke-7 sebagai bahasa kebangsaan dan

empayar kerajaan Srivijaya telah berkembang dengan pesatnya dan menjadi empayar terbesar

pertama di serantau nusantara. Sebelum perang dunia kedua, bahasa melayu telah digunakan

secara meluas di dalam segala urusan pentadbiran dan surat menyurat pegawai Inggeris yang

ingin berkhidmat di sini haruslah pandai bertutur bahasa Melayu. Namun selepas perang

dunia kedua, dasar penggunaan bahasa melayu di dalam urusan pentadbiran semakin

dilupuskan dan digantikan dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara urusan rasmi.

Namun masih terdapat di sesetengah perkara yang masih menggunakan bahasa melayu

sebagai bahasa rasmi. Contohnya, hal-hal berkaitan dengan urusan istana, maka bahasa

melayu boleh digunakan sebagai menghormati raja dan sultan melayu sebagai ketua adat

istiadat melayu. Namun setelah pemansuhan Malayan Union dan digantikan dengan

4
 Tujuan-tujuan rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, sama ada negara atau semua prosiding
mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen dan mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan dalam bahasa Melayu.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, bahasa Melayu kembali mendapat mandat yang

sebenarnya dan dijadikan bahasa kebangsaan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Di

bawah perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut:

       “Bahasa kebangsaan ialah bahasa melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan

sebagaimana yang diperuntukkan dengan Undang-undang oleh Parlimen pemberian taraf

„kebangsaan‟ kepada bahasa melayu memberi impak yang besar kepada bahasa melayu dan

secara automatik manjadi bahasa perantara kepada segala urusan yang melibatkan urusan

rasmi kerajaan.”

       Isu yang dibangkitkan berkaitan perkara di atas ialah pengenalan Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), yang telah termaktub

sebagai keputusan Dasar Kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri

pada 19 Julai 2002 (Anon). Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada

sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat

Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah

Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah

Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008 (Anon). Namun, dasar

ini dikecam hebat oleh pejuang-pejuang bahasa Melayu. Kontroversi yang menyelubungi isu

penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik, mencerminkan

bahawa Umno telah 'tergelincir' daripada matlamat parti itu yang selama ini berjuang untuk

mengutamakan penggunaan bahasa Melayu, kata Ahli Majlis Tertinggi Keadilan, Khalid

Jaafar (Anon, 2002). Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus

penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua

subjek tersebut (Jimadie 2009). Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap

5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian
pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam (Jimadie

2009). Memetik ucapan seorang sasterawan yang tersohor, Dr. Anwar Ridhwan,


       “Adalah suatu ironi dan tragedi apabila bangsa yang sedang berkuasa di sesebuah

negara, tidak menggariskan wawasan yang besar dan realistik tentang masa depan bahasanya,

sebaliknya meminggirkan bahasanya ke sudut pentas kehidupan utama bangsa dan negara,”


                                                                          (Jimadie 2009)


       Memetik kata-kata seorang lagi sasterawan negara, Datuk A. Samad Said, “Jika

demonstrasi besar membantah dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

Mac ini masih gagal menarik perhatian kerajaan, pilihanraya umum akan datang boleh

dijadikan penentuan akhirnya,” (Jimadie 2009). Katanya lagi, “Jika masih gagal, ia perlu

diterjemahkan dalam pilihanraya, sebagai kuasa yang terakhir. Gunalah undi secara

bijaksana.” (Jimadie 2009).


       Isu ini akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila bekas Perdana Menteri Tun

Abdullah Ahmad Badawi berharap pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dapat diterima dengan baik oleh semua pihak

agar tidak mengundang masalah di kemudian hari (Anon 2011). Pengumuman pemansuhan

PPSMI dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin

Yassin selepas mengambil kira hasil kajian bahawa sebahagian besar sekolah tidak

melaksanakan PPSMI, sebaliknya menggunakan dwi bahasa dalam proses pembelajaran dua

subjek itu (Anon 2011). Keputusan ini adalah berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan

Persekutuan, yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.
Keputusan yang diambil kerajaan untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran

Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ini dapat mencerminkan bahawa

Malaysia sekali lagi berjaya mengamalkan prinsip demokrasi bertunjangkan Perlembagaan

negara ini sendiri. Walaupun terdapat „ketergelinciran‟ kerana dasar PPSMI ini diluluskan

pada awalnya, namun isu ini dapat diselesaikan apabila kita selidiki dan menjadikan

perlembagaan sebagai fokus utama dan panduan selaku undang-undang tertinggi negara.


       Kesimpulannya, Malaysia berjalan sesuai dengan ciri-ciri demokrasi, berdasarkan isu-

isu serta penyelesaian yang telah dijalankan dalam menentukan sesuatu keputusan.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai satu garis panduan untuk pemerintahan

negara. Tanpa perlembagaan, sistem pemerintahan dan kawalan sukar dilaksanakan.

Perlembagaan, sebagai salah satu ciri-ciri sebuah negara yang mengamalkan sistem

demokrasi, berjaya mengawal rakyat Malaysia walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan

bangsa.
4.0 Rujukan

Anon. 2002. Umno didakwa tergelincir dalam memperjuangkan bahasa Melayu.


       Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/12572. [8 Disember 2012].


Anon. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Ingggeris (PPSMI).


       http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/36-mengenai-

       pendidikan/4255-pengajaran-dan-pembelajaran-sains-dan-matematik-dalam-bahasa-

       inggeris-ppsmi-.html [8 Disember 2012].


Anon. Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Portal Rasmi


       Fatwa Malaysia. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-

       penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-allah [8 Disember 2012].


Anon. 2011. Pak Lah harap pemansuhan PPSMI diterima semua. Malaysiakini.


       http://www.malaysiakini.com/news/180651 [8 Disember 2012].


Abdul Rahim Sabri. 2011. PEMBELA: Agama Kristian ancaman terbesar Islam.


       Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/163512 [8 Disember 2012].


Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan (pnys.). 1997. Kenegaraan Malaysia. Serdang:


   Penerbit Universiti Putra Malaysia.


James W. Prothro and Charles M. Grigg. 1960. Fundamental Principles of Democracy: Bases


   of Agreement and Disagreement. The Journal of Politics, 22, pp 276-294

   doi:10.2307/2127359


Dahl, R. A. Modern Political Analysis. 1963. Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall.
Dalton, P. J. & Dexter, R. S. Constitutional Law. 1976.


Diamond, L. & Plattner, M. F. 1992. Capitalism, Socialism and Democracy Revisited.


       Baltimore and London:The John Hopkins University Press.


Hasnah Hussiin & Dr Seri Lanang Jaya Hj Rohani. 2010. Pengajian Malaysia. Open


       University Malaysia: Pearson Prentice Hall.


Intan. Malaysia Kita. t.th. Kuala Lumpur: International Law Book Services


Jefferson, T. 1969. Democracy. New York: Greenwood Press, Publishers.


Jimadie Shah Othman. 2009. Kajian: Hanya 4% kuasai BI melalui PPSMI. Malaysiakini.


       http://www.malaysiakini.com/news/100432 [8 Disember 2012].


Jimadie Shah Othman. 2009. Samad Said: Jika demo gagal, undi protes PPSMI.


       Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/97289 [8 Disember 2012].


Jimadie Shah Othman. 2009. Lagi tokoh sastera tolak PPSMI. Malaysiakini.


       http://www.malaysiakini.com/news/104965 [8 Disember 2012].


Muammar Al-Qathafi. t.th. The Green Book. t.tp.: Biro Rakyat Jamahiriya Rakyat Sosialis


   Arab Libya.


Pickles, D. 1970. Democracy. London: Methuen & Co Ltd.


Rapar, J. H. 1988. Filsafat Politik: Aristoteles. Jakarta: Rajawali Pers.

Perlembagaan. Federal Constitution 2010.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Dasar awam
Dasar awamDasar awam
Dasar awamNur Az
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Amirul Ezuan
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanXiiao Irene
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysiaNur Az
 
Konsep perlembagaan
Konsep perlembagaanKonsep perlembagaan
Konsep perlembagaanross
 
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanUnsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanSyaza Yasmin
 
3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan DaruratMohd Sofian
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA5006
 
Ciri ciri Negara Malaysia
Ciri ciri  Negara MalaysiaCiri ciri  Negara Malaysia
Ciri ciri Negara Malaysiamunnianwar
 
BADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIFBADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIFShaff Fx
 
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMuhammad Annuar
 
Bab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakimanBab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakimannasywah79
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraZoul Omar
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanShila Sim Rin
 
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMADTOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMADAsri Mohad
 

La actualidad más candente (20)

Dasar awam
Dasar awamDasar awam
Dasar awam
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuan
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
 
Konsep perlembagaan
Konsep perlembagaanKonsep perlembagaan
Konsep perlembagaan
 
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanUnsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
 
3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat
 
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5   kerajaan tempatanPengajian am topik 5   kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
 
Ciri ciri Negara Malaysia
Ciri ciri  Negara MalaysiaCiri ciri  Negara Malaysia
Ciri ciri Negara Malaysia
 
BADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIFBADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIF
 
Dasar dasar awam di malaysia
Dasar dasar awam di malaysiaDasar dasar awam di malaysia
Dasar dasar awam di malaysia
 
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
 
Bab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakimanBab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakiman
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negara
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur Pemerintahan
 
Pengajian Am Konsep Negara
Pengajian Am Konsep NegaraPengajian Am Konsep Negara
Pengajian Am Konsep Negara
 
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMADTOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
 

Similar a Demokrasi di Malaysia

3 kerajaan & pemerintahan
3  kerajaan & pemerintahan3  kerajaan & pemerintahan
3 kerajaan & pemerintahanNur Az
 
Tamadun Islam 31032019
Tamadun Islam 31032019Tamadun Islam 31032019
Tamadun Islam 31032019TheCikguSha
 
Kerajaan Demokrasi: Prinsip-prinsip Utama & Pembentukan Kerajaan Demokrasi
Kerajaan Demokrasi: Prinsip-prinsip Utama & Pembentukan Kerajaan DemokrasiKerajaan Demokrasi: Prinsip-prinsip Utama & Pembentukan Kerajaan Demokrasi
Kerajaan Demokrasi: Prinsip-prinsip Utama & Pembentukan Kerajaan Demokrasiasam jeruk
 
Tema 5: Kerajaan Demokrasi
Tema 5: Kerajaan DemokrasiTema 5: Kerajaan Demokrasi
Tema 5: Kerajaan Demokrasiasam jeruk
 
6 sistem-sistem politik
6  sistem-sistem politik6  sistem-sistem politik
6 sistem-sistem politikNur Az
 
Presentation titas
Presentation titasPresentation titas
Presentation titasfnasfea
 
7 penyertaan politik
7  penyertaan politik7  penyertaan politik
7 penyertaan politikNur Az
 
Demokrasi di malaysia
Demokrasi di malaysia Demokrasi di malaysia
Demokrasi di malaysia Johnny Makarov
 
9 pemerintahan & politik islam
9  pemerintahan & politik islam9  pemerintahan & politik islam
9 pemerintahan & politik islamNur Az
 
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi BerparlimenRaja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimenmayanggsari
 
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanSpm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanjinixa
 
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Tuisyen Geliga
 
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014ciklaili. com
 
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantanCadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantanMohd Muzlimi Junoh
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzetaGuru Sejarah
 

Similar a Demokrasi di Malaysia (20)

10 Politik
10 Politik10 Politik
10 Politik
 
3 kerajaan & pemerintahan
3  kerajaan & pemerintahan3  kerajaan & pemerintahan
3 kerajaan & pemerintahan
 
Tamadun Islam 31032019
Tamadun Islam 31032019Tamadun Islam 31032019
Tamadun Islam 31032019
 
Kerajaan Demokrasi: Prinsip-prinsip Utama & Pembentukan Kerajaan Demokrasi
Kerajaan Demokrasi: Prinsip-prinsip Utama & Pembentukan Kerajaan DemokrasiKerajaan Demokrasi: Prinsip-prinsip Utama & Pembentukan Kerajaan Demokrasi
Kerajaan Demokrasi: Prinsip-prinsip Utama & Pembentukan Kerajaan Demokrasi
 
Tema 5: Kerajaan Demokrasi
Tema 5: Kerajaan DemokrasiTema 5: Kerajaan Demokrasi
Tema 5: Kerajaan Demokrasi
 
6 sistem-sistem politik
6  sistem-sistem politik6  sistem-sistem politik
6 sistem-sistem politik
 
Presentation titas
Presentation titasPresentation titas
Presentation titas
 
7 penyertaan politik
7  penyertaan politik7  penyertaan politik
7 penyertaan politik
 
Report ctu 553
Report ctu 553Report ctu 553
Report ctu 553
 
Demokrasi di malaysia
Demokrasi di malaysia Demokrasi di malaysia
Demokrasi di malaysia
 
9 pemerintahan & politik islam
9  pemerintahan & politik islam9  pemerintahan & politik islam
9 pemerintahan & politik islam
 
Has asasi
Has asasiHas asasi
Has asasi
 
Undang undang bertulis
Undang undang bertulisUndang undang bertulis
Undang undang bertulis
 
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi BerparlimenRaja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
 
Ppwp 2014 kertas 3 putrajaya
Ppwp 2014 kertas 3 putrajayaPpwp 2014 kertas 3 putrajaya
Ppwp 2014 kertas 3 putrajaya
 
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanSpm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
 
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantanCadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
 

Demokrasi di Malaysia

  • 1. SKSP1033 EVOLUSI POLITIK MALAYSIA Soalan 10 Bersandarkan prinsip-prinsip asas demokrasi, huraikan sejauh mana demokrasi di Malaysia berjalan sesuai dengan cirri-ciri demokrasi. NURUL AFIFAH BINTI RIDZUAN A140686 JAM 10-11
  • 2. KANDUNGAN HALAMAN 1. Definisi 2. Prinsip-prinsip Demokrasi 3. Demokrasi di Malaysia 4. Rujukan 5. Lampiran
  • 3. 1.0 Definisi Istilah demokrasi berasal daripada bahasa Yunani, iaitu δημοκρατία – (dēmokratía), yang bermaksud “kekuatan rakyat”. Istilah ini dibentuk daripada dua perkataan berlainan, iaitu δῆ μος (dêmos) “rakyat” dan κράτος (Kratos) “kekuasaan” (Rapar 1988, 50). “Democracy means popular power, rule by the demos.” (Ake, 1992) Negara yang mengamalkan sistem demokrasi dikenali sebagai negara demokratik. Pemerintahan yang dimaksudkan ialah pemerintahan yang menggariskan bahawa kekuasaan berada di tangan rakyat. Kekuasaan tertinggi dalam sistem demokrasi terletak di tangan rakyat, kerana rakyat mempunyai hak dan suara yang sama dalam mengatur pemerintahan sesebuah negara. Dalam Ucapan Gettysburg (Gettysburg Address) pada tahun 1863, Abraham Lincoln mendefinisikan demokrasi sebagai; “...and that government of the people, by the people, for the people...” William Godwin dalam bukunya, An Enquiry Concerning Democracy menyatakan bahawa; “Democracy is a system of government according to which every member of a society is considered as a man and nothing more.” (Pickles 1970) Melalui demokrasi, keputusan yang diambil adalah berdasarkan suara terbanyak. Sistem demokrasi memberikan kebebasan bersuara kepada rakyat sesebuah negara demokratik. Namun pada awal terbentuknya sistem ini di Athens, hanya lelaki sahaja yang dibenarkan mengambil bahagian untuk bersuara di dewan. Demokrasi merupakan sebuah bentuk kerajaan di mana kuasa tertinggi dilaburkan pada rakyat dan dilaksanakan oleh mereka secara langsung atau tidak langsung melalui sistem
  • 4. perwakilan yang biasanya melibatkan pilihanraya yang bebas secara berkala. Dalam demokrasi langsung, orang ramai mengambil bahagian dalam kerajaan secara langsung. Contohnya, seperti yang dipraktikkan oleh beberapa buah Bandar Yunani kuno dan mesyuarat bandar di New England. Namun, kebanyakan demokrasi hari ini diamalkan secara tidak langsung, iaitu secara perwakilan. Konsep demokrasi secara perwakilan wujud sebahagian besarnya dari idea dan institusi yang dibangunkan semasa Zaman Pertengahan Eropah dan Zaman Pencerahannya dan dalam Revolusi Amerika dan Perancis. Demokrasi melambangkan kesejagatan, persaingan untuk jawatan, kebebasan bersuara dan akhbar, dan kedaulatan undang-undang. Contoh negara yang mengamalkan sistem demokrasi adalah seperti Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia, India, dan negara kita sendiri, Malaysia.
  • 5. 2.0 Prinsip-prinsip Demokrasi 2.1 Perlembagaan Perlembagaan bermaksud prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang- undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Patrick J. Dalton dan Robina S. Dexter dalam bukunya yang berjudul Constitutional Law pula mentafsirkan bahawa perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip-prinsip bahagian tertentu sesebuah negara di mana ia mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat. Robert A. Dahl dalam bukunya Modern Political Analysis pula menyatakan bahawa sistem politik sesebuah negara itu kompleks dan seimbang, peranan politik dengan sendiri terbentuk. Peranan ini ditadbir oleh koleksi-koleksi pentadbiran dalam satu sistem politik akan memberi perlembagaan kepada kerajaan untuk menggunakan sistem ini. Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diistiharkan, sama ada dibentuk dalam undang-undang adat kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian. Demikian pandangan yang dinyatakan oleh C.A. Leeds dalam bukunya bertajuk, Politics.
  • 6. 2.2 Pengasingan kuasa Perlembagaan merupakan medium yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya, Perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan satu cabang kerajaan itu tidak diberi lebih dari satu kuasa. Struktur pemerintahan di Malaysia telah diasingkan kepada tiga badan bagi menjamin pemerintahan yang cekap dan telus. Badan tersebut ialah Badan Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintahan (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari). Pengasingan kuasa dalam sesebuah pemerintahan ini dikenali sebagai “Doktrin Pengasingan Kuasa1”. Doktrin ini mula diperkenalkan oleh Montesquieu, pemikir daripada Perancis pada abad ke-18 ketika negara Perancis diperintah oleh Louis XIV, yang mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahannya. Montesquieu berusaha untuk merangka satu doktrin supaya rakyat dapat menjalani kehidupan yang lebih terjamin dan selamat daripada kezaliman pemerintah. Pengasingan kuasa ini bertujuan untuk mengelakkan kewujudan sebarang permuafakatan atau komplot antara badan perundangan, badan pemerintahan dan badan kehakiman. Selain itu, menjadi kepentingan kuasa-kuasa ini diasingkan supaya tidak berlaku pemusatan kuasa antara ketiga-tiga badan tersebut, di samping memainkan peranan sebagai “Sistem Semak dan Seimbang2” (check and balance) dalam pemerintahan negara. 1 Doktrin pengasingan kuasa bermaksud setiap badan memiliki bidang kuasa, fungsi dan tanggungjawab khusus serta tidak bertindih di antara satu sama lain. 2 Sistem Semak dan Seimbang bermaksud setiap cabang kerajaan diberi kuasa untuk menghadkan kuasa cabang kerajaan yang lain. Secara teorinya, tiada cabang kerajaan yang boleh mempunyai kuasa yang mutlak dalam pentadbiran sesebuah negara.
  • 7. 2.3 Pilihan Raya Bebas / Pemerintahan mengikut majoriti Menurut D. Robertson, pilihan raya merupakan satu kaedah untuk memilih calon bagi jawatan atau kerusi tertentu (Asnarulkhadi 1997, 92). Pilihan raya juga merupakan satu kaedah berwibawa bagi memilih pemimpin-pemimpin politik dan ketua negara di seluruh dunia. Malah, negara yang dipimpin oleh dictator atau rejim tentera juga kerap menggunakan pilihan raya yang penuh dengan tipu muslihat dalam usaha melindungi mekanisme pemilihan politik mereka yang sebenar (Asnarulkhadi 1997, 92). Ini kerana, pilihan raya boleh diadakan dengan pelbagai kaedah. Prosedur mengundi adalah rahsia, direkod dan diterbitkan seperti dalam kebanyakan pilihan raya yang diadakan di seluruh dunia (Asnarulkhadi 1997, 92). A. Rashid Rahaman pula menghuraikan dengan lebih lanjut definisi pilihan raya, iaitu pemilihan umum ke atas seseorang untuk sesuatu jawatan dan pemilihan tersebut dibuat menerusi undi sesebuah perkumpulan (Asnarulkhadi 1997, 92). Dalam pilihan raya, pemilihan mestilah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang. Maka dalam pilihan raya terdapat dua objek yang terlibat, iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya. Tujuan mengadakan pilihan raya adalah untuk memilih orang atau orang-orang yang akan mewakili kepentingan pemilih-pemilih dalam hal yang terletak di bawah bidang kuasa organisasi tertentu, di mana orang atau individu-individu berkenaan dipilih untuk bertugas (Asnarulkhadi 1997, 92).
  • 8. 2.4 Kebebasan bersuara Kebebasan bersuara merujuk kepada hak seseorang individu untuk mengekspresikan idea- ideanya tanpa campurtangan kerajaan. Hak kepada kebebasan bersuara adalah, sebenarnya, suatu kesinambungan kepada hak terhadap kebebasan. Jika seorang manusia itu mempunyai hak berfikir untuk dirinya sendiri dan untuk menggunakan mindanya semahunya, maka dia juga haruslah mempunyai hak untuk mengekspresikan buah fikirannya dan idea-idea dalam bentuk yang konkrit, samada dalam bentuk penulisan ataupun lisan. Seperti dikatakan oleh Onkar Ghate: “Kebebasan berfikir adalah aspek kerohanian (mental) kepada hak terhadap kebebasan, kebebasan bersuara ialah aspek fizikalnya; satu mewakili minda, satu lagi mewakili jasad”.
  • 9. 2.5 Perwakilan Berinstitusi / Politik Kepartian Parti adalah mana-mana kumpulan, walaupun tidak tersusun rapi, yang berusaha untuk memilih pemegang-pemegang jawatan kerajaan di bawah sesuatu label tertentu. Parti politik pula ialah satu pertubuhan politik di mana ahlinya mempunyai ideologi serta agendanya yang tersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentuk kerajaan, supaya ideologi mereka dapat dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh rakyat jelata. Oleh itu, ahli-ahli politik biasanya akan bertanding di adalam pilihan raya. Sebahagian parti yang lemah atau tidak berpengaruh akan bergabung dengan parti kerajaan atau parti yang lebih besar dan menjadi sebuah barisan parti politik. Bermula dengan penubuhan dewan perwakilan, penubuhan parti telah berkembang akibat ketidakmampuan dewan perwakilan menampung jumlah keahlian yang semakin bertambah. Maka wujudlah perkumpulan parti-parti politik yang semakin besar dan mampu menampung jumlah ahli yang lebih ramai. Di Malaysia, parti-parti politik dapat dibahagikan kepada dua yang utama iaitu parti pencadang (Barisan Nasional), yang menyokong penuh kerajaan dan juga parti pembangkang (BarisanAlternatif iaitu PAS, DAP dan keADILan). K. Ramanathan (1992) pula menyatakan bahawa secara umumnya, parti politik boleh didefinisikan sebagai kumpulan dalam negeri yang ahli-ahlinya bergabung untuk menguasai teraju pemerintahan dan memerintah sesebuah negara.
  • 10. 2.6 Kebebasan Mengkritik (media massa dan elektronik) Kebebasan memungut dan menyiarkan berita sering dikaitkan dengan kebebasan akhbar. Definisi kebebasan adalah berbeza dari suatu negara dengan negara yang lain mengikut keadaan setempat. Sebenarnya tidak ada kebebasan akhbar secara mutlak. Kebebasan akhbar di Malaysia ialah kebebasan yang disertai dengan tanggungjawab terhadap negara dan masyarakat, sesuai dengan prinsip dan semangat Rukun Negara. Muammar Al-Qathafi menyifatkan media sebagai; “The press is a means of expression of the society and is not a means of expression of a natural or coporate person. Logically and democratically, the press, therefore, cannot be owned by either of these. Any newspaper owned by an individual is his own and expresses only his point of view. Any claim that a newspaper represents public opinion is groundless because it actually expresses the viewpoints of a natural person... The democratic press is that which is issued by a popular committee comprising all the various categories of society. In this case only, and not otherwise, will the press or any information medium be an expression of the whole society and a bearer of the viewpoint of its categories and thereby the press or information medium will be indeed democratic”. (Al-Qathafi)
  • 11. 2.7 Persamaan dan keadilan dalam semua aspek Sistem demokrasi akan lebih berjaya jika masyarakat dapat disatukan walaupun terdiri daripada pelbagai latarbelakang agama, bangsa, warna kulit dan sebagainya. Sistem demokrasi tidak mungkin akan berjalan dengan lancar jika terdapat perselisihan dalam masyarakat majmuk, yang kemudian mampu melahirkan golongan yang suka menimbulkan masalah. Malah, lebih teruk lagi jika terdapat golongan yang ingin meruntuhkan sistem demokrasi dalam sesebuah negara. Justeru, menjadi kepentingan kepada sesebuah kerajaan untuk memberi kesamaan dan keadilan kepada rakyat agar sesebuah negara demokratik itu sentiasa aman dan sejahtera.
  • 12. 2.8 Hak asasi manusia terjamin Perhatian sepatutnya direka untuk menyediakan satu media berkesan di mana kehendak rakyat boleh diambil perhatian. Rakyat mempunyai kehendak dan keupayaan untuk menjayakan demokrasi, perlembagaan yang lemah masih dapat dikuatkan dengan pembaharuan dan ditingkatkan kelengkapannya. Perlembagaan sesebuah negara haruslah mengubah sistem demokrasi yang menyediakan keperluan-keperluan sebagai sebuah perlembagaan demokrasi.
  • 13. 3.0 Demokrasi di Malaysia Malaysia telah mengamalkan sistem demokrasi berparlimen semenjak dari permulaan kemerdekaan lagi sehinggalah sekarang. Menurut D. Robertson, kerajaan berparlimen ialah satu sistem kerajaan dengan eksekutif bertanggungjawab kepada Parlimen yang wujud hasil dari satu pilihan raya umum, ataupun satu sistem kerajaan yang diwujudkan oleh satu badan yang lebih luas (Asnarulkhadi 1997, 91). Parlimen berfungsi untuk membuat undang-undang atau akta, dan juga mengawasi serta mengawal perbelanjaan awam atau kerajaan (Asnarulkhadi 1997,91). Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ini di bawah pentadbiran Raja Berperlemabagaan. Raja Berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu Perlembagaan Malaysia (Asnarulkhadi 1997, 81). Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada. Gelaran rasminya dari segi kedudukan dan jawatan, seperti yang disebut di dalam Perlembagaan Malaysia ialah Ketua Utama Negara. Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, dan mempunyai kuasa ke atas sistem perundangan, ketenteraan, agama Islam, pentadbiran, kehakiman dan sebagainya. Peruntukan ini adalah seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan sejak ia mula diperkenalkan setelah Malaysia mendapat kemerdekaan dari kerajaan British.
  • 14. Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebelum kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, di kawasan Tanah Melayu telah adanya sistem kerajaan beraja yang dijalankan. Sultan ataupun raja di Tanah Melayu diberi sepenuhnya taat setia dan dianggap golongan yang mulia. Namun setelah kedatangan dan campurtangan British di dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu, raja ataupun sultan bagi negeri-negeri tanah melayu hanya dijadikan boneka pihak British sahaja. Raja dan sultan hanya berperanan di dalam aspek adat istiadat dan agama islam sahaja dan tidak lebih dari hal-hal ini. Walaupun terdapat beberapa perjanjian yang ditandatangani yang kelihatan menguntungkan kerajaan tanah melayu, namun pada hakikat sebenarnya sultan ataupun raja terikat dengan perjanjian dan harus mendengar nasihat dari penasihat ataupun residen Inggeris. Selepas peperangan dunia kedua yang menyaksikan kerajaan Jepun mengalami kekalahan, kerajaan British telah berusaha untuk melaksanakan pemerintahan secara berpusat iaitu kesemua kerajaan Melayu disatukan di bawah satu kesatuan yang dikenali sebagai Malayan Union pada tahun 1946. Namun disebabkan penubuhan persekutuan itu kelihatan sebagai usaha berterusan pihak British untuk menguasai Tanah Melayu, rakyat Tanah Melayu yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa telah bersatu untuk membantah keputusan penubuhan persekutuan tersebut. Dan setelah dua tahun dilancarkan, persekutuan Malayan Union ini telah dimansuhkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan ini sedikit sebanyak telah mengembalikan semula kuasa raja-raja Melayu kepada kedudukan asal mereka. Setelah mendapat kemerdekaan, institusi beraja telah mendapat kuasa yang sepatutnya namun masih terbatas dengan perlembagaan yang dipersetujui secara bersama. Sewaktu zaman penjajahan British, raja ataupun sultan harus menerima nasihat dari residen ataupun penasihat British. Berbeza dengan zaman sekarang, sultan atau raja harus menerima nasihat dari menteri besar ataupun perdana menteri mengenai sesuatu dasar yang ingin dilaksanakan. Di peringkat persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
  • 15. harus menerima nasihat dari jemaah menteri dan perdana menteri Malaysia. Institusi beraja kini menjadi satu daripada unsur penting dalam Perlembagaan Persekutuan dengan raja diberi beberapa peranan penting yang perlu dilaksanakan dalam bentuk dan struktur kerajaan yang ada. Terdapat tiga asas institusi raja sebagai raja berperlembagaan iaitu: i) Sistem beraja diwujudkan oleh perlembagaan dan cara bagaimana seseorang raja bagi sesuatu negeri dipilih telah diperuntukkan dengan jelas dalam perlembagaan, ii) Dalam perlaksanaannya di dalam fungsi di bawah Perlembagaan Persekutuan atau sebarang undang-undang Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat jemaah kabinet atau sebarang menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Kabinet. Yang di-Pertuan Agong hanya boleh bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam hal perlantikan Perdana Menteri dan pembubaran Parlimen, dan iii) Yang Dipertuan Agong bersama-sama dengan dua Majlis Parlimen menjadi badan perundangan Persekutuan.
  • 16. Perlembagaan Malaysia Perlembagaan Malaysia, yang dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu Ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya. Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga dewan (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-kedua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun sejak kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650 kali. Beliau menjelaskan bahawa „semangat dokumen sebenar telah dicairkan‟. Sidang parlimen dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) juga berada di bawah daripada ketinggian perlembagaan itu sendiri. Ini bermakna dewan parlimen dan dewan rakyat tidak boleh membuat undangundang mengenai sesuatu kes yang mungkin bertentangan dengan perlembagaan Malaysia.
  • 17. Sesebuah negara demokratik mempunyai perlembagaan mereka sendiri dalam menentukan undang-undang dan keputusan kehakiman serta untuk mengetahui halatuju sesebuah Negara. Malahan, perlembagaan secara tidak langsung dapat menjamin hak asasi manusia, yang merupakan salah satu lagi ciri negara demokratik. Elemen pertama yang akan dibincangkan ialah agama. Menurut Perkara 3 (1) Perlembagaan, Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana- mana Bahagian Persekutuan. Islam diiktiraf oleh Perlembagaan sebagai agama tertinggi negara bukan sahaja berfaktor dari fakta sejarah, yang mana Islam menjadi agama yang dominan di Semenanjung Tanah Melayu sejak kurun ke 12 lagi, tetapi juga sebagai mengiktiraf tonggak dan kekuasaan Raja-Raja yang semuanya adalah beragama Islam sewaktu negara ini dibentuk. Agama Islam merupakan satu unsur penting dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai hubungan rapat dengan perkembangan sejarah konsep pemerintahan beraja. Sehinggakan takrif „Melayu‟ mempunyai kaitan rapat dengan „Islam‟. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang yang ditakrifkan sebagai „Melayu‟ ialah seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa melayu dan mengamalkan adat istiadat melayu dan, i) Lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka itu, adalah berdomisil3 di Persekutuan atau di Singapura ; atau ii) Dia adalah keturunan seorang yang tersebut. Agama Islam telah menjadi agama anutan orang Melayu semenjak 500 tahun dahulu. Walaupun pernah dijajah oleh 3 buah kuasa besar bukan beragama Islam, masyarakat Melayu masih mengekalkan dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Ini kerana dari sudut hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu telah berada di bawah pemerintahan dan bidang kuasa raja ataupun sultan. Selepas kemerdekaan, agama Islam masih terpelihara. 3 Berdomisil bermaksud tempat tinggal yang sah dari seseorang atau tempat kediaman rasmi.
  • 18. Isu yang dibangkitkan berkaitan perkara ini ialah tuntutan penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah Allah. Presiden Pertubuhan Pembela Islam, Yusri Mohamad berkata, “Adalah jelas, cara agresif dan konfrontasi masyarakat Kristian yang membawa kes-kes ke mahkamah, laporan polis mereka di seluruh negara dan kenyataan media (mereka) sama ada penggunaan kalimah Allah ataupun isu al-Kitab dalam bahasa Melayu.” (Rahim 2011). Kata Yusri lagi, usaha halus untuk memurtadkan umat Islam bermula dengan „mengelirukan‟ mereka dengan menggunakan istilah-istilah yang dipinjam dari Islam (Rahim 2011). Yusri juga menerangkan bahawa tuntutan penganut Kristian ini mempunyai agenda tersendiri, “Dalam resolusi hari ini, mereka ada satu strategi untuk menyebarkan dan menjinakkan umat umat Islam dengan agama Kristian dengan menggunakan istilah yang biasa dan selesa digunakan orang Islam,” (Rahim 2011). “Ini semua boleh dikaitkan dengan gerakan untuk menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam,” (Rahim 2011). Bukan itu sahaja, Perwakilan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACCA), Ann Wan Seng juga bersetuju bahawa terdapat usaha halus oleh masyarakat Kristian untuk memurtadkan umat Islam di negara ini. Kata Ann Wan Seng lagi, “Ia cukup halus umpama garam di makanan anda. Awak tidak boleh melihatnya, rasanya tidak terlalu masin tetapi awak akan tahu ia ada di situ. Dan ia cukup berkesan,” (Rahim 2011) Kenyataan beliau disokong dengan maklumat yang diberi Mufti Perak, bahawasanya bilangan umat Islam yang telah murtad mencecah lebih 200 ribu orang dan beliau berani bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuatnya itu(Rahim 2011). Menurutnya, angka tersebut diperolehi daripada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang memberitahunya maklumat tersebut diperolehi dari sumber yang sahih(Rahim 2011). Menurut beliau lagi, angka itu mungkin bertambah kerana angka yang diberikan merupakan maklumat tiga tahun
  • 19. yang lalu. (Rahim 2011). Keputusan tuntutan penganut Kristian ini, nyata tidak memihak kepada mereka. Keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), “Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.” Keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia bukan secara semberono. Malah, mereka mengambil kira faktor sensitiviti keagamaan dan dalam pada masa yang sama menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia. Walaupun terdapat kebebasan beragama di Malaysia namun, ia tidaklah bermaksud agama-agama bukan Islam boleh menyebarkan agama mereka kepada penganut agama Islam, menurut Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama tertinggi dalam negara. Di sini dapat kita lihat, Malaysia berjaya mengamalkan salah satu prinsip sebuah negara demokratik di mana perlembagaan menjadi tonggak sebagai undang- undang tertinggi di Malaysia. Walaupun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan, tetapi secara harmoninya, penganut-penganut agama lain masih bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka. Ini bukan sahaja diperuntukkan dalam Perkara 3 (1) di atas, malah ditekankan lagi dalam Perkara 11 (1) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa, Tiap-tiap orang adalah
  • 20. berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya. Malah, Perkara 11 (3) Perlembagaan memberikan hak kepada penganut agama-agama ini termasuk agama Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan untuk tujuan agama masing-masing dan khairat, memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang (Musa Awang, 2011). Selain daripada itu, elemen kedua yang akan dibincangkan ialah bahasa. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi4. Tulisan rasmi bahasa melayu juga dinyatakan di dalam artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan jawi tidak dilarang. Menelusuri sejarah, bahasa melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantara di gugusan kepulauan melayu sejak berabad lamanya. Bahasa melayu telah digunakan oleh kerajaan Srivijaya sejak abad ke-7 sebagai bahasa kebangsaan dan empayar kerajaan Srivijaya telah berkembang dengan pesatnya dan menjadi empayar terbesar pertama di serantau nusantara. Sebelum perang dunia kedua, bahasa melayu telah digunakan secara meluas di dalam segala urusan pentadbiran dan surat menyurat pegawai Inggeris yang ingin berkhidmat di sini haruslah pandai bertutur bahasa Melayu. Namun selepas perang dunia kedua, dasar penggunaan bahasa melayu di dalam urusan pentadbiran semakin dilupuskan dan digantikan dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara urusan rasmi. Namun masih terdapat di sesetengah perkara yang masih menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi. Contohnya, hal-hal berkaitan dengan urusan istana, maka bahasa melayu boleh digunakan sebagai menghormati raja dan sultan melayu sebagai ketua adat istiadat melayu. Namun setelah pemansuhan Malayan Union dan digantikan dengan 4 Tujuan-tujuan rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, sama ada negara atau semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen dan mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan dalam bahasa Melayu.
  • 21. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, bahasa Melayu kembali mendapat mandat yang sebenarnya dan dijadikan bahasa kebangsaan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Di bawah perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut: “Bahasa kebangsaan ialah bahasa melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan Undang-undang oleh Parlimen pemberian taraf „kebangsaan‟ kepada bahasa melayu memberi impak yang besar kepada bahasa melayu dan secara automatik manjadi bahasa perantara kepada segala urusan yang melibatkan urusan rasmi kerajaan.” Isu yang dibangkitkan berkaitan perkara di atas ialah pengenalan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), yang telah termaktub sebagai keputusan Dasar Kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 (Anon). Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008 (Anon). Namun, dasar ini dikecam hebat oleh pejuang-pejuang bahasa Melayu. Kontroversi yang menyelubungi isu penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik, mencerminkan bahawa Umno telah 'tergelincir' daripada matlamat parti itu yang selama ini berjuang untuk mengutamakan penggunaan bahasa Melayu, kata Ahli Majlis Tertinggi Keadilan, Khalid Jaafar (Anon, 2002). Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua subjek tersebut (Jimadie 2009). Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian
  • 22. pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam (Jimadie 2009). Memetik ucapan seorang sasterawan yang tersohor, Dr. Anwar Ridhwan, “Adalah suatu ironi dan tragedi apabila bangsa yang sedang berkuasa di sesebuah negara, tidak menggariskan wawasan yang besar dan realistik tentang masa depan bahasanya, sebaliknya meminggirkan bahasanya ke sudut pentas kehidupan utama bangsa dan negara,” (Jimadie 2009) Memetik kata-kata seorang lagi sasterawan negara, Datuk A. Samad Said, “Jika demonstrasi besar membantah dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris Mac ini masih gagal menarik perhatian kerajaan, pilihanraya umum akan datang boleh dijadikan penentuan akhirnya,” (Jimadie 2009). Katanya lagi, “Jika masih gagal, ia perlu diterjemahkan dalam pilihanraya, sebagai kuasa yang terakhir. Gunalah undi secara bijaksana.” (Jimadie 2009). Isu ini akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berharap pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dapat diterima dengan baik oleh semua pihak agar tidak mengundang masalah di kemudian hari (Anon 2011). Pengumuman pemansuhan PPSMI dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengambil kira hasil kajian bahawa sebahagian besar sekolah tidak melaksanakan PPSMI, sebaliknya menggunakan dwi bahasa dalam proses pembelajaran dua subjek itu (Anon 2011). Keputusan ini adalah berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.
  • 23. Keputusan yang diambil kerajaan untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ini dapat mencerminkan bahawa Malaysia sekali lagi berjaya mengamalkan prinsip demokrasi bertunjangkan Perlembagaan negara ini sendiri. Walaupun terdapat „ketergelinciran‟ kerana dasar PPSMI ini diluluskan pada awalnya, namun isu ini dapat diselesaikan apabila kita selidiki dan menjadikan perlembagaan sebagai fokus utama dan panduan selaku undang-undang tertinggi negara. Kesimpulannya, Malaysia berjalan sesuai dengan ciri-ciri demokrasi, berdasarkan isu- isu serta penyelesaian yang telah dijalankan dalam menentukan sesuatu keputusan. Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai satu garis panduan untuk pemerintahan negara. Tanpa perlembagaan, sistem pemerintahan dan kawalan sukar dilaksanakan. Perlembagaan, sebagai salah satu ciri-ciri sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, berjaya mengawal rakyat Malaysia walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa.
  • 24. 4.0 Rujukan Anon. 2002. Umno didakwa tergelincir dalam memperjuangkan bahasa Melayu. Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/12572. [8 Disember 2012]. Anon. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Ingggeris (PPSMI). http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/36-mengenai- pendidikan/4255-pengajaran-dan-pembelajaran-sains-dan-matematik-dalam-bahasa- inggeris-ppsmi-.html [8 Disember 2012]. Anon. Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Portal Rasmi Fatwa Malaysia. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan- penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-allah [8 Disember 2012]. Anon. 2011. Pak Lah harap pemansuhan PPSMI diterima semua. Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/180651 [8 Disember 2012]. Abdul Rahim Sabri. 2011. PEMBELA: Agama Kristian ancaman terbesar Islam. Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/163512 [8 Disember 2012]. Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan (pnys.). 1997. Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. James W. Prothro and Charles M. Grigg. 1960. Fundamental Principles of Democracy: Bases of Agreement and Disagreement. The Journal of Politics, 22, pp 276-294 doi:10.2307/2127359 Dahl, R. A. Modern Political Analysis. 1963. Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall.
  • 25. Dalton, P. J. & Dexter, R. S. Constitutional Law. 1976. Diamond, L. & Plattner, M. F. 1992. Capitalism, Socialism and Democracy Revisited. Baltimore and London:The John Hopkins University Press. Hasnah Hussiin & Dr Seri Lanang Jaya Hj Rohani. 2010. Pengajian Malaysia. Open University Malaysia: Pearson Prentice Hall. Intan. Malaysia Kita. t.th. Kuala Lumpur: International Law Book Services Jefferson, T. 1969. Democracy. New York: Greenwood Press, Publishers. Jimadie Shah Othman. 2009. Kajian: Hanya 4% kuasai BI melalui PPSMI. Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/100432 [8 Disember 2012]. Jimadie Shah Othman. 2009. Samad Said: Jika demo gagal, undi protes PPSMI. Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/97289 [8 Disember 2012]. Jimadie Shah Othman. 2009. Lagi tokoh sastera tolak PPSMI. Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/104965 [8 Disember 2012]. Muammar Al-Qathafi. t.th. The Green Book. t.tp.: Biro Rakyat Jamahiriya Rakyat Sosialis Arab Libya. Pickles, D. 1970. Democracy. London: Methuen & Co Ltd. Rapar, J. H. 1988. Filsafat Politik: Aristoteles. Jakarta: Rajawali Pers. Perlembagaan. Federal Constitution 2010.