SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 5
Apakah dia Nilam ?
Nilam ialah singkatan bagi Nadi Ilmu Amalan Membaca. Ia adalah satu program yang dirangka khas
bagi sekolah-sekolah menjalankan program bacaan dikalangan pelajar-pelajar.




1. LATAR BELAKANG

Terdapat beberapa kajian dan dapatan mengenai tabiat membaca di negara ini. Kajian tersebut
mendapati taraf membaca rakyat Malaysia masih rendah.

1.1. Kajian terkini mengenai tabiat membaca Yang dijalankan oleh FrankSmall & Associates bagi pihak
Perpustakaan Negara Malaysia tahun 1996 menunjukkan adanya perbezaan ketara antara kadar
literasi dan tabiat membaca. Kadar literasi negara mencapai 93% manakala kadar mereka yang
membaca buku hanya mencapai 87% sahaja. Kajian tersebut juga mendapati rakyat Malaysia
membaca dua buah buku setahun.

1.2 Pihak UNESCO yang membuat anggaran tahap literasi setiap 5 tahun menganggarkan tahap literasi
rakyat Malaysia bagi tahun1995 ialah 84%.

2. RASIONAL

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu.
Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca
yang berterusan. Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di
sekolah-sekolah.
Walau bagaimanapun, kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang
dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pendidikan perlu mencari pendekatan baru bagi
melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara
berterusan.

3. PENDEKATAN

Pendekatan yang wajar diambil dalam pembinaan tabiat membaca mesti berupa paksaan yang
berterusan. Oleh itu, program ini adalah program yang berterusan, bermula dari tahun 1999.

3.1 Kumpulan Sasar
Usaha membentuk budaya suka membaca di kalangan generasi kini perlu dimulakan dari peringkat
kanak-kanak lagi. Dalam konteks institusi pendidikan, kanak-kanak di peringkat sekolah rendah diberi
tumpuan utama. Pada masa yang sama, aktiviti ini juga dilaksanakan di kalangan murid sekolah
menengah. Pelaksanaan program yang dicadangkan, adalah secara berterusan bermula dengan Tahun
1.

3.2 Aktiviti Galakan Membaca
Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dengan jayanya di sekolah-sekolah perlu diterus dan
diperluaskan. Bagi sekolah-sekolah yang belum mempunyai program bacaan perlulah memulakannya.
Dalam konteks ini, pihak sekolah hendaklah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai, praktis dan
berkesan dalam menyemai, memupuk dan mengembangkan tabiat suka membaca.

3.3 Bahan Bacaan
Bahan bacaan yang wajar digunakan ialah koleksi buku-buku Pusat Sumber yang sedia ada. Selain
daripada Pusat Sumber Sekolah, bahan bacaan boleh diperolehi daripada Perpustakaan Awam,
Perpustakaan Bergerak, Perpustakaan Desa dan lain-lain. Pihak sekolah boleh mendapatkan khidmat
agensi-agensi yang berkenaan bagi kemudahan pinjaman bahan.

3.4 Masa
Menurut Kajian Tabiat Membaca ( UPM,1997 ) kira-kira 15% sahaja pembelajaran yang melibatkan
pembacaan. Kebanyakan latihan membaca itu dilakukan dalam masa yang singkat dan tidak
berterusan. Oleh itu, masa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlu juga dimanfaatkan
untuk memperkukuhkan kemahiran dan minat membaca.
Disarankan supaya cadangan-cadangan dibawah ini dapat dilaksanakan :-

a. Dimasukkan aktiviti membaca dalam jadual waktu umpamanya satu waktu dalam pelajaran
bahasa. Jumlah waktu yang diperuntukan bagi pelajaran bahasa membolehkan aktiviti membaca
dijalankan.

b. Diberi masa khas untuk semua warga sekolah terlibat dengan membaca. Contohnya, 10 minit
sebelum dan selepas waktu sekolah dan waktu rehat.

c. Diperuntukkan waktu untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahira membaca.

d. Menggunakan waktu pengajaran bahasa di kelas peralihan seperti yang terkandung dalam
Pekeliling Bil. 17/1998.

e. Ditekan dan digalakkan penggunaan masa senggang untuk membaca. Contohnya: semasa
menunggu bas, waktu rehat, waktu sebelum mula belajar dan waktu lapang sama ada di dalam dan di
luar sekolah, murid-murid membaca buku.

d. Diteruskan pelbagai aktiviti membaca seperti ulasan buku oleh murid dan guru semasa
perhimpunan mingguan dan waktu-waktu lain yang bersesuaian.

3.4 Pusat Sumber Sekolah ( PSS )
Kejayaan sesuatu program bacaan banyak bergantung kepada pengurusan Pusat Sumber yang cekap.
Di samping Pengetua dan Guru Besar, peranan guru PSS amat penting untuk menerajui pengurusan
PSS sebagai nadi penggerak aktiviti membaca. Pusat Sumber Sekolah adalah pusat ilmu, pusat
penemuan, pusat pengajaran dan pembelajaran, pusat profesional serta pusat hubungan sosial. Ia
memerlukan prasarana yang dibangunkan dengan menitik beratkan dari segi keselesaan dan bahan
bacaan yang sesuai dan mencukupi. Aktiviti meningkatkan keberkesanan juga harus dijalankan seperti
pertandingan Pusat Sumber, kemahiran penggunaan Pusat Sumber Sekolah dan lain-lain.

3.5 Penglibatan Ibu Bapa
Aktiviti membaca di sekolah akan menjadi lebih aktif dan berkesan sekiranya ada kesinambungan di
rumah. Dengan demikian, para ibu bapa seharusnya menggunakan peluang ini untuk menanam minat
membaca dari peringkat awal lagi. Ibu bapa seharusnya menjadi model dan sumber inspirasi kepada
anak-anak. Di samping memberi galakan dan dorongan secara berterusan, ibu bapa juga perlu
meluangkan masa membaca bersama anak-anak dalam persekitaran rumah yang berorientasikan
bacaan.

4. CADANGAN PROGRAM

Pelbagai program dan aktiviti membaca telah dan sedang dijalankan di sekolah-sekolah sehingga kini,
maka dicadangkan agar dilaksanakan satu program yang menggabungkan kesemua aktiviti membaca
tersebut. Program ini dinamai NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca ). NILAM merupakan
penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah
dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.

4.1 Matlamat
Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca buku di kalangan murid-murid.

4.2 Objektif
Pelaksanaan program membina tabiat membaca ialah untuk :-

a. Menjadikan murid banyak membaca buku.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif untuk diserapkan ke dalam program
ini.

4.3 Program NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan
menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap
kedua pula membantu percambahan penyertaan murid dan pencambahan penggunaan bahan dalam
gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA ( RP ).

a. Tahap Pertama
Tahap ini dinamakan JAUHARI. Di tahap ini semua murid diwajibkan mengikuti aktiviti galakan
membaca yang dirancang dan dijalankan oleh PSS sepanjang tahun.
• Murid mula mengikuti aktiviti sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran asas membaca (
Pertengahan Tahun 1 ). Aktivti ini akan bermula pada bulan Jun 1999 bagi Sekolah Rendah.
• Murid diberi kemudahan meminjam buku melalui PSS untuk aktiviti galakan membaca yang
dijalankan. Pada kebiasaannya, murid meminjam pada kadar sebuah buku dalam dua minggu. Dengan
pengiraan tersebut, kemampuan murid membaca sepanjang tahun dapat diklasifikasikan seperti
dalam SR 1 dan SM 1.

Nota: Murid Tahun 6, Tingkatan 3 & Tingkatan 5 dianggap mempunyai peluang pada 6 bulan pertama
untuk menyertai program ini dengan aktiviti diperlahankan pada 6 bulan kedua.

Sistem GanjaranJAUHARI

Berdasarkan kadar bacaan tersebut setelah tamat persekolahan rendah dan menengah, murid diberi
ganjaran atau pengiktirafan sejajar dengan tahap pencapaian mereka. Pengiktirafan ini diterakan
dalam Buku Rekod Kemajuan Murid, Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah. Cadangan
pengiktirafan ialah seperti berikut, dengan mengambil kira kemampuan purata murid setelah
bersekolah 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah.

SEKOLAH RENDAH

JUMLAH BACAAN / BUKU PENGIKTIRAFAN
135 – 233 Gangsa
234 - 332 Perak
333 – 431 Emas
432 – Ke atas NILAM

JADUAL SR 2

SEKOLAH MENENGAH
JUMLAH BACAAN / BUKU PENGIKTIRAFAN
144 – 233 Gangsa
234 – 323 Perak
324 – 413 Emas
414 – Ke atas NILAM

JADUAL SM 2



b. Tahap Kedua

Ciri-ciri tahap kedua NILAM ialah mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Tahap
ini dinamakan RAKAN PEMBACA ( RP ). Tahap ini dilakukan sekiranya tahap pertama telah dapat
disempurnakan. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik
minat orang lain supaya suka membaca.

Murid yang mencapai tahap ini bolehlah diberi lencana sebagai pengiktirafan mereka memasuki
Tahap Ke-II (Rakan Pembaca).

Guru-guru Pusat Sumber Sekolah,Guru-guru Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris boleh mengambil
murid ini untuk sessi bercerita dengan murid-murid lain secara formal / tidak formal. Contoh -
Semasa rehat, ada kelompok-kelompok kecil Rakan Pembaca akan bercerita / mereka bercerita
semasa waktu Pusat Sumber Sekolah. Rakan Pembaca ini boleh disifatkan sebagai "Ambassador Pusat
Sumber Sekolah" kerana dengan bercerita kepada rakan-rakan sebaya / adik-adik ditahap I, mereka
dapat menarik murid-murid lain suka membaca.

4.4 Jenis bahan bacaan adalah tertumpu kepada BUKU sahaja. Buku yang perlu dibaca mestilah dalam
Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Hsp bm sk_y4
Hsp bm sk_y4Hsp bm sk_y4
Hsp bm sk_y4
cikguwati
 
Hsp bm f4
Hsp bm f4Hsp bm f4
Hsp bm f4
Eli Za
 
FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN MEMBACA
FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN MEMBACAFAKTOR DALAMAN DAN LUARAN MEMBACA
FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN MEMBACA
Effy Haridth
 
Inovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiInovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawi
Shamsul Amir
 
Proposal pak edy siap print
Proposal pak edy   siap printProposal pak edy   siap print
Proposal pak edy siap print
dhesiasri
 
Hsp bm y4all
Hsp bm y4allHsp bm y4all
Hsp bm y4all
nabihah95
 
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
Faris Rusli
 
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
Tamilaarasi Jagan
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4
jamilputehsik
 

La actualidad más candente (19)

Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhe
Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -RheMinat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhe
Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhe
 
Hsp bm sk_y4
Hsp bm sk_y4Hsp bm sk_y4
Hsp bm sk_y4
 
Sp bm kbsm
Sp bm kbsmSp bm kbsm
Sp bm kbsm
 
Hsp bm f4
Hsp bm f4Hsp bm f4
Hsp bm f4
 
CONTOH KERTAS CADANGAN
CONTOH KERTAS CADANGANCONTOH KERTAS CADANGAN
CONTOH KERTAS CADANGAN
 
FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN MEMBACA
FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN MEMBACAFAKTOR DALAMAN DAN LUARAN MEMBACA
FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN MEMBACA
 
Panduan Gerakan Literasi SMK
Panduan Gerakan Literasi SMKPanduan Gerakan Literasi SMK
Panduan Gerakan Literasi SMK
 
Sp bm ku
Sp bm kuSp bm ku
Sp bm ku
 
Inovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiInovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawi
 
Proposal kualitatif
Proposal kualitatifProposal kualitatif
Proposal kualitatif
 
Proposal pak edy siap print
Proposal pak edy   siap printProposal pak edy   siap print
Proposal pak edy siap print
 
Ptk propos
Ptk proposPtk propos
Ptk propos
 
Hsp bm sk_y4a
Hsp bm sk_y4aHsp bm sk_y4a
Hsp bm sk_y4a
 
Hsp bm y4all
Hsp bm y4allHsp bm y4all
Hsp bm y4all
 
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
 
Kerja kursus bm sem.6
Kerja kursus bm sem.6Kerja kursus bm sem.6
Kerja kursus bm sem.6
 
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4
 
Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
Falsafah Ilmu : Ulasan JurnalFalsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
 

Destacado (16)

Apakah dia nilam
Apakah dia nilamApakah dia nilam
Apakah dia nilam
 
Panduandoa
PanduandoaPanduandoa
Panduandoa
 
Year 7: My Journey, My Beliefs
Year 7:  My Journey, My BeliefsYear 7:  My Journey, My Beliefs
Year 7: My Journey, My Beliefs
 
Evaluation
EvaluationEvaluation
Evaluation
 
Magic 1920
Magic 1920Magic 1920
Magic 1920
 
Camels ratings---lori-buerger---march-2012
Camels ratings---lori-buerger---march-2012Camels ratings---lori-buerger---march-2012
Camels ratings---lori-buerger---march-2012
 
Is
IsIs
Is
 
S102-22台南一中試題
S102-22台南一中試題S102-22台南一中試題
S102-22台南一中試題
 
Fiecare dimineata
Fiecare dimineataFiecare dimineata
Fiecare dimineata
 
Switch case and looping statement
Switch case and looping statementSwitch case and looping statement
Switch case and looping statement
 
The power of poster design
The power of poster design The power of poster design
The power of poster design
 
Himpunan
HimpunanHimpunan
Himpunan
 
Perkembangan agama hindu di bali
Perkembangan agama hindu di baliPerkembangan agama hindu di bali
Perkembangan agama hindu di bali
 
พฤติกรรมสัตว์
พฤติกรรมสัตว์พฤติกรรมสัตว์
พฤติกรรมสัตว์
 
Persamaan tigonometri
Persamaan tigonometriPersamaan tigonometri
Persamaan tigonometri
 
Nuovo presentazione di microsoft power point
Nuovo presentazione di microsoft power pointNuovo presentazione di microsoft power point
Nuovo presentazione di microsoft power point
 

Similar a Apakah dia nilam

TOPIK 7 DEDAH.pdf
TOPIK 7 DEDAH.pdfTOPIK 7 DEDAH.pdf
TOPIK 7 DEDAH.pdf
dedah2
 
Bab, i, ii, iii, iv, v copy
Bab, i, ii, iii, iv, v copyBab, i, ii, iii, iv, v copy
Bab, i, ii, iii, iv, v copy
Nona Mere
 
Buku pegangan-guru-sd-kelas-2-tema-5-hidup-bersih-dan-sehat
Buku pegangan-guru-sd-kelas-2-tema-5-hidup-bersih-dan-sehatBuku pegangan-guru-sd-kelas-2-tema-5-hidup-bersih-dan-sehat
Buku pegangan-guru-sd-kelas-2-tema-5-hidup-bersih-dan-sehat
12670026nim
 
Buku pegangan guru sd kelas 4 tema 4 berbagi pekerjaan
Buku pegangan guru sd kelas 4 tema 4 berbagi pekerjaan Buku pegangan guru sd kelas 4 tema 4 berbagi pekerjaan
Buku pegangan guru sd kelas 4 tema 4 berbagi pekerjaan
Ahmad Zaen
 
Contoh laporan aktiviti pendidikan islam 14
Contoh laporan aktiviti pendidikan islam 14Contoh laporan aktiviti pendidikan islam 14
Contoh laporan aktiviti pendidikan islam 14
Fard80
 

Similar a Apakah dia nilam (20)

TOPIK 7 DEDAH.pdf
TOPIK 7 DEDAH.pdfTOPIK 7 DEDAH.pdf
TOPIK 7 DEDAH.pdf
 
PENULISAN AKADEMIK.pptx
PENULISAN AKADEMIK.pptxPENULISAN AKADEMIK.pptx
PENULISAN AKADEMIK.pptx
 
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 4 keluargaku guru 2017
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 4 keluargaku guru 2017Buku BSE Kelas 01 sd tematik 4 keluargaku guru 2017
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 4 keluargaku guru 2017
 
Buku guru kelas 1 tema 6
Buku guru kelas 1 tema 6Buku guru kelas 1 tema 6
Buku guru kelas 1 tema 6
 
Bab, i, ii, iii, iv, v copy
Bab, i, ii, iii, iv, v copyBab, i, ii, iii, iv, v copy
Bab, i, ii, iii, iv, v copy
 
Tugas pbk
Tugas pbkTugas pbk
Tugas pbk
 
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 6 lingkungan bersih sehat_dan_asri_guru_2016
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 6 lingkungan bersih sehat_dan_asri_guru_2016Buku BSE Kelas 01 sd tematik 6 lingkungan bersih sehat_dan_asri_guru_2016
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 6 lingkungan bersih sehat_dan_asri_guru_2016
 
Buku pegangan-guru-sd-kelas-2-tema-5-hidup-bersih-dan-sehat
Buku pegangan-guru-sd-kelas-2-tema-5-hidup-bersih-dan-sehatBuku pegangan-guru-sd-kelas-2-tema-5-hidup-bersih-dan-sehat
Buku pegangan-guru-sd-kelas-2-tema-5-hidup-bersih-dan-sehat
 
kegemaranku olah raga
 kegemaranku  olah raga kegemaranku  olah raga
kegemaranku olah raga
 
Kelas 1 tema 4 buku guru
Kelas 1 tema 4 buku guruKelas 1 tema 4 buku guru
Kelas 1 tema 4 buku guru
 
Modul 3.3 Pengelolaan Program yg berpihak pada murid Tugas Rukol II .pptx
Modul 3.3 Pengelolaan Program yg berpihak pada murid Tugas Rukol II .pptxModul 3.3 Pengelolaan Program yg berpihak pada murid Tugas Rukol II .pptx
Modul 3.3 Pengelolaan Program yg berpihak pada murid Tugas Rukol II .pptx
 
Penulisan peringkatpertamadrafbab123
Penulisan peringkatpertamadrafbab123Penulisan peringkatpertamadrafbab123
Penulisan peringkatpertamadrafbab123
 
Amazing Botanical Slides · SlidesCarnival.pptx
Amazing Botanical Slides · SlidesCarnival.pptxAmazing Botanical Slides · SlidesCarnival.pptx
Amazing Botanical Slides · SlidesCarnival.pptx
 
Buku pegangan guru sd kelas 4 tema 4 berbagi pekerjaan
Buku pegangan guru sd kelas 4 tema 4 berbagi pekerjaan Buku pegangan guru sd kelas 4 tema 4 berbagi pekerjaan
Buku pegangan guru sd kelas 4 tema 4 berbagi pekerjaan
 
Proposal penelitian penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...
Proposal penelitian  penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...Proposal penelitian  penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...
Proposal penelitian penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...
 
Kelas 05 sd_tematik_4_sehat_itu_penting_guru
Kelas 05 sd_tematik_4_sehat_itu_penting_guruKelas 05 sd_tematik_4_sehat_itu_penting_guru
Kelas 05 sd_tematik_4_sehat_itu_penting_guru
 
Contoh laporan aktiviti pendidikan islam 14
Contoh laporan aktiviti pendidikan islam 14Contoh laporan aktiviti pendidikan islam 14
Contoh laporan aktiviti pendidikan islam 14
 
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 2 kegemaranku guru 2017
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 2 kegemaranku guru 2017Buku BSE Kelas 01 sd tematik 2 kegemaranku guru 2017
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 2 kegemaranku guru 2017
 
Kelas i tema 6 bg
Kelas i tema 6 bgKelas i tema 6 bg
Kelas i tema 6 bg
 
Kelas i tema 1 bg
Kelas i tema 1 bgKelas i tema 1 bg
Kelas i tema 1 bg
 

Apakah dia nilam

  • 1. Apakah dia Nilam ? Nilam ialah singkatan bagi Nadi Ilmu Amalan Membaca. Ia adalah satu program yang dirangka khas bagi sekolah-sekolah menjalankan program bacaan dikalangan pelajar-pelajar. 1. LATAR BELAKANG Terdapat beberapa kajian dan dapatan mengenai tabiat membaca di negara ini. Kajian tersebut mendapati taraf membaca rakyat Malaysia masih rendah. 1.1. Kajian terkini mengenai tabiat membaca Yang dijalankan oleh FrankSmall & Associates bagi pihak Perpustakaan Negara Malaysia tahun 1996 menunjukkan adanya perbezaan ketara antara kadar literasi dan tabiat membaca. Kadar literasi negara mencapai 93% manakala kadar mereka yang membaca buku hanya mencapai 87% sahaja. Kajian tersebut juga mendapati rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun. 1.2 Pihak UNESCO yang membuat anggaran tahap literasi setiap 5 tahun menganggarkan tahap literasi rakyat Malaysia bagi tahun1995 ialah 84%. 2. RASIONAL Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun, kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pendidikan perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan. 3. PENDEKATAN Pendekatan yang wajar diambil dalam pembinaan tabiat membaca mesti berupa paksaan yang berterusan. Oleh itu, program ini adalah program yang berterusan, bermula dari tahun 1999. 3.1 Kumpulan Sasar Usaha membentuk budaya suka membaca di kalangan generasi kini perlu dimulakan dari peringkat kanak-kanak lagi. Dalam konteks institusi pendidikan, kanak-kanak di peringkat sekolah rendah diberi tumpuan utama. Pada masa yang sama, aktiviti ini juga dilaksanakan di kalangan murid sekolah
  • 2. menengah. Pelaksanaan program yang dicadangkan, adalah secara berterusan bermula dengan Tahun 1. 3.2 Aktiviti Galakan Membaca Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dengan jayanya di sekolah-sekolah perlu diterus dan diperluaskan. Bagi sekolah-sekolah yang belum mempunyai program bacaan perlulah memulakannya. Dalam konteks ini, pihak sekolah hendaklah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai, praktis dan berkesan dalam menyemai, memupuk dan mengembangkan tabiat suka membaca. 3.3 Bahan Bacaan Bahan bacaan yang wajar digunakan ialah koleksi buku-buku Pusat Sumber yang sedia ada. Selain daripada Pusat Sumber Sekolah, bahan bacaan boleh diperolehi daripada Perpustakaan Awam, Perpustakaan Bergerak, Perpustakaan Desa dan lain-lain. Pihak sekolah boleh mendapatkan khidmat agensi-agensi yang berkenaan bagi kemudahan pinjaman bahan. 3.4 Masa Menurut Kajian Tabiat Membaca ( UPM,1997 ) kira-kira 15% sahaja pembelajaran yang melibatkan pembacaan. Kebanyakan latihan membaca itu dilakukan dalam masa yang singkat dan tidak berterusan. Oleh itu, masa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlu juga dimanfaatkan untuk memperkukuhkan kemahiran dan minat membaca. Disarankan supaya cadangan-cadangan dibawah ini dapat dilaksanakan :- a. Dimasukkan aktiviti membaca dalam jadual waktu umpamanya satu waktu dalam pelajaran bahasa. Jumlah waktu yang diperuntukan bagi pelajaran bahasa membolehkan aktiviti membaca dijalankan. b. Diberi masa khas untuk semua warga sekolah terlibat dengan membaca. Contohnya, 10 minit sebelum dan selepas waktu sekolah dan waktu rehat. c. Diperuntukkan waktu untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahira membaca. d. Menggunakan waktu pengajaran bahasa di kelas peralihan seperti yang terkandung dalam Pekeliling Bil. 17/1998. e. Ditekan dan digalakkan penggunaan masa senggang untuk membaca. Contohnya: semasa menunggu bas, waktu rehat, waktu sebelum mula belajar dan waktu lapang sama ada di dalam dan di luar sekolah, murid-murid membaca buku. d. Diteruskan pelbagai aktiviti membaca seperti ulasan buku oleh murid dan guru semasa perhimpunan mingguan dan waktu-waktu lain yang bersesuaian. 3.4 Pusat Sumber Sekolah ( PSS )
  • 3. Kejayaan sesuatu program bacaan banyak bergantung kepada pengurusan Pusat Sumber yang cekap. Di samping Pengetua dan Guru Besar, peranan guru PSS amat penting untuk menerajui pengurusan PSS sebagai nadi penggerak aktiviti membaca. Pusat Sumber Sekolah adalah pusat ilmu, pusat penemuan, pusat pengajaran dan pembelajaran, pusat profesional serta pusat hubungan sosial. Ia memerlukan prasarana yang dibangunkan dengan menitik beratkan dari segi keselesaan dan bahan bacaan yang sesuai dan mencukupi. Aktiviti meningkatkan keberkesanan juga harus dijalankan seperti pertandingan Pusat Sumber, kemahiran penggunaan Pusat Sumber Sekolah dan lain-lain. 3.5 Penglibatan Ibu Bapa Aktiviti membaca di sekolah akan menjadi lebih aktif dan berkesan sekiranya ada kesinambungan di rumah. Dengan demikian, para ibu bapa seharusnya menggunakan peluang ini untuk menanam minat membaca dari peringkat awal lagi. Ibu bapa seharusnya menjadi model dan sumber inspirasi kepada anak-anak. Di samping memberi galakan dan dorongan secara berterusan, ibu bapa juga perlu meluangkan masa membaca bersama anak-anak dalam persekitaran rumah yang berorientasikan bacaan. 4. CADANGAN PROGRAM Pelbagai program dan aktiviti membaca telah dan sedang dijalankan di sekolah-sekolah sehingga kini, maka dicadangkan agar dilaksanakan satu program yang menggabungkan kesemua aktiviti membaca tersebut. Program ini dinamai NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca ). NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. 4.1 Matlamat Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca buku di kalangan murid-murid. 4.2 Objektif Pelaksanaan program membina tabiat membaca ialah untuk :- a. Menjadikan murid banyak membaca buku. b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif untuk diserapkan ke dalam program ini. 4.3 Program NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu percambahan penyertaan murid dan pencambahan penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA ( RP ). a. Tahap Pertama Tahap ini dinamakan JAUHARI. Di tahap ini semua murid diwajibkan mengikuti aktiviti galakan membaca yang dirancang dan dijalankan oleh PSS sepanjang tahun.
  • 4. • Murid mula mengikuti aktiviti sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran asas membaca ( Pertengahan Tahun 1 ). Aktivti ini akan bermula pada bulan Jun 1999 bagi Sekolah Rendah. • Murid diberi kemudahan meminjam buku melalui PSS untuk aktiviti galakan membaca yang dijalankan. Pada kebiasaannya, murid meminjam pada kadar sebuah buku dalam dua minggu. Dengan pengiraan tersebut, kemampuan murid membaca sepanjang tahun dapat diklasifikasikan seperti dalam SR 1 dan SM 1. Nota: Murid Tahun 6, Tingkatan 3 & Tingkatan 5 dianggap mempunyai peluang pada 6 bulan pertama untuk menyertai program ini dengan aktiviti diperlahankan pada 6 bulan kedua. Sistem GanjaranJAUHARI Berdasarkan kadar bacaan tersebut setelah tamat persekolahan rendah dan menengah, murid diberi ganjaran atau pengiktirafan sejajar dengan tahap pencapaian mereka. Pengiktirafan ini diterakan dalam Buku Rekod Kemajuan Murid, Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah. Cadangan pengiktirafan ialah seperti berikut, dengan mengambil kira kemampuan purata murid setelah bersekolah 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah. SEKOLAH RENDAH JUMLAH BACAAN / BUKU PENGIKTIRAFAN 135 – 233 Gangsa 234 - 332 Perak 333 – 431 Emas 432 – Ke atas NILAM JADUAL SR 2 SEKOLAH MENENGAH JUMLAH BACAAN / BUKU PENGIKTIRAFAN 144 – 233 Gangsa 234 – 323 Perak 324 – 413 Emas 414 – Ke atas NILAM JADUAL SM 2 b. Tahap Kedua Ciri-ciri tahap kedua NILAM ialah mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Tahap
  • 5. ini dinamakan RAKAN PEMBACA ( RP ). Tahap ini dilakukan sekiranya tahap pertama telah dapat disempurnakan. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Murid yang mencapai tahap ini bolehlah diberi lencana sebagai pengiktirafan mereka memasuki Tahap Ke-II (Rakan Pembaca). Guru-guru Pusat Sumber Sekolah,Guru-guru Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris boleh mengambil murid ini untuk sessi bercerita dengan murid-murid lain secara formal / tidak formal. Contoh - Semasa rehat, ada kelompok-kelompok kecil Rakan Pembaca akan bercerita / mereka bercerita semasa waktu Pusat Sumber Sekolah. Rakan Pembaca ini boleh disifatkan sebagai "Ambassador Pusat Sumber Sekolah" kerana dengan bercerita kepada rakan-rakan sebaya / adik-adik ditahap I, mereka dapat menarik murid-murid lain suka membaca. 4.4 Jenis bahan bacaan adalah tertumpu kepada BUKU sahaja. Buku yang perlu dibaca mestilah dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris