SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 9
Tajuk: Integrasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pendidikan
Penulis: Thulasimani Munohsamy
PENDAHULUAN
Artikel tulisan Thulasimani Munohsamy menerangkan tentang “Integrasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan”. Dalam artikel ini integrasi teknologi maklumat
dan komunikasi dalam bidang pendidikan telah dibincangkan. Antara isu-isu yang telah
dibincangkan adalah keperluan penggunaaan teknologi maklumat dalam bidang pedidikan,
strategi mengintegrasi teknologi maklumat dalam pendidikan serta masalah yang dihadapi
dalam mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi.
Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat
pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran
seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan
menyeronokkan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer telah mula
diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin
pesat, ianya semakin mendapat perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat
dan negara terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kini menjadi suatu keperluan dan
kepentingan sistem pendidikan negara. Integrasi ICT dalam pengurusan dan kepimpinan
pendidikan turut menyumbang kepada peningkatan kecemerlangan institusi pendidikan di
samping meningkatkan kompetensi dan prestasi pengurus dan pemimpin pendidikan.
Pengintegrasian ICT dalam PdP amat penting supaya proses menimba ilmu pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang positif dapat dipermudahkan.
SINOPSIS
Daripada penulisan artikel ini, penulis menyatakan bahawa kewujudan ICT telah
membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pelajar mendapatkan
maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di
sekolah. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang
celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh.
Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan celik
Informasi Teknologi tidak disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai
cendekiawan (A.Razak Ahmad, 2011). Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan
pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus
daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran yang berpusatkan pelajar. Dalam
hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses
penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme (Rusmini Ku Ahmad,
2012). Oleh itu dalam artikel ini integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang
pendidikan dibincangkan. Untuk mendalami topik ini, antara isu-isu yang telah dibincangkan
adalah maksud teknologi maklumat serta integrasi, keperluan penggunaan teknologi
maklumat dalam bidang pendidikan, strategi mengintegrasi teknologi maklumat dalam
pendidikan serta masalah yang dihadapi dalam mengintegrasi teknologi maklumat dan
komunikasi dibincangkan. Pada akhir penulisan artikel ini, penulis menyatakan bahawa
teknologi maklumat dan komunikasi adalah amat penting untuk dipelajari oleh setiap orang
dalam era teknologi ini. Bidang pendidikan juga tidak ketinggalan dalam penggunaan
teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajarannya supaya dapat melahirkan
pelajar yang lebih berkemampuan. Dengan itu, teknologi maklumat dan komunikasi telah
diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak kelebihan yang
dicapai dengan berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun, setiap apa yang dilakukan pasti
ada cabaran-cabarannya yang perlu dilalui.
ULASAN/ KRITIKAN/ KEKUATAN/ KELEMAHAN
Pada pandangan saya, kandungan artikel ini sangatlah berinformasi kepada para
pelajar dan memberi pengetahuan ICT dalam pendidikan. Daripada artikel ini, penulis telah
mengatakan bahawa integrasi teknologi maklumat dalam pendidikan membawa banyak
faedah dalam pembentukan seseorang pelajar yang cerdik serta berpengetahuan yang
secara langsung menyumbang sesebuah negara. Dalam artikel ini perbincangan dimulakan
dengan maksud teknologi maklumat. Penulis telah menerangkan dengan lebih teliti iaitu
Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan pemprosesan apa jua data, menyimpan
serta menyampaikan data bersama bunyi,serta imej yang amat berguna untuk mendalami
semuabidang kerja yang wujud kini. Setelah menjelaskan maksud teknologi maklumat, dalam
bahagian seterusnya membincangkan maksud integrasi. Integrasi ICT dalam pendidikan
adalah menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran (PDP) kerana ia dapat menghasilkan pelajar yang lebih berpengetahuan dan
juga dapat mewujudkan proses pembelajaran yang lebih menarik.
Terdapat beberapa keperluan untuk mengintegrasi teknologi maklumat dalam
pendidikan yang dinyakatan oleh penulis. Antaranya ialah, ICT dalam pendidikan dapat
menggalakkan pelajar untuk meneroka dan menambah pengetahuan dan ilmu baru melalui
penggunaan elektronik,net meeting, chatroom serta pemahaman mereka melaui bahan-
bahan di dalam portal pendidikan dan juga melalui bahan-bahan multimedia. Selain itu, ICT
dalam PDP memberi peluang kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara
konstekstual yang memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar dan
meletakkan pelajar sebagai penyelesaian masalah. Di samping itu, pelajar juga boleh
menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan,
pengkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi untuk
menyampaikan kerja yang telah diberikan oleh pelajar dengan lebih berani dan menyerlah.
Penulis juga telah membincangkan bagaimana kita dapat mengintegrasi dan
penggunaaan teknologi maklumat dalam pendidikan dengan memasuki data yang diambil
daripada kajian-kajian lepas seperti kajian yang dilakukan oleh US National Foundation dalam
Thomas (2000) di Amerika Syarikat dan kajian yang dijalankan oleh MCI (1998) di Amerika
Syarikat . Kedua-dua kajian tersebut menunjukkan penggunaan internet dan multimedia dapat
meningkatkan prestasi pencapaian pelajar di sekolah dan dapat menyediakan pelajar kepada
kejayaan di masa hadapan dan juga internet dapat mengurangkan kos yang guru perlu
gunakan dalam PDP. Tambahan pula, kajian yang dijanlankan oleh Becker (1999), pula
menyatakan bahawa majoriti guru menggunakan internet atas daya usaha sendiri untuk
mencari maklumat bagi PDP. Ini adalah salah satu bukti yang digunakan oleh penulis artikel
ini bagi menunjukkan bagaimana mengintergrasi ICT dapat mewujudkan pelajar yang
cemerlang di pendidikan.
Dalam artikel ini, saya sangat bersetuju dengan strategi-strategi yang dibincangkan
oleh penulis. Antaranya adalah guru-guru harus memainkan peranan mereka sebagai
fasilitator, pengurus kaunselor dan pakar motivasi bagi membantu pelajar mencari maklumat
dari pelbagai sumber. Selain daripada guru memainkan peranan, kurikulum juga perlu
diubahsuai untuk era internet seperti penawaran subjek komputer di peribgkat sekolah
rendah, menengah dan di institusi pengajian tinggi. Di samping itu, Pihak sekolah harus atau
menghalang segala laman-laman web yang tidak berkenaan bagi unsur pembelajaran dan
pengajaran kerana ia boleh dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif yang menjurus kepada
banyak gejala sosial yang tidak patut diamalkan. Bagi meningkatkan penggunaan komputer
di sekolah, penyediaan kemudahan komputer di sekolah juga perlu di ambil kira seperti bilik
guru dilengkapi dengan komputer yang ada kemudahan untuk akses ke internet. Selain itu,
untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekolah harus
menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik,
komersial serta komuniti setempat.
Saya juga bersetuju dengan isu-isu yang dikemukakan oleh penulis tentang masalah
yang timbul berhubung dengan mengintegrasi teknologi maklumat dalam pedidikan untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran telah dibincangkan dalam artikel ini. Antaranya ialah
kepakaran guru yang terhad, kekurangan khidmat sokongan, masalah isi kandungan iaitu
maklumat yang tidak sesuai dalam internet seperti maklumat seks, keganasan, hasutan,
khabar angin, diskriminasi, dadah, promosi keganasan dan penderaan, perjudian dan
sebagainya, pelajar tidak dapat membezakan maklumat yang betul dan maklumat yang salah
masalah hak cipta seperti plagiarisme, tidak mencukupi kemudahan mengakses internet di
dalam kelas dan sikap pasif pelajar oleh sebab tertarik untuk duduk di hadapan komputer
tanpa memikirkan kehidupan sosial samada keluarga dan masyarakat.
Antara kekuatan yang terdapat dalam artikel ini ialah penulis artikel telah
mendedahkan kepada pembaca tentang kegunaan ICT dalam pendidikan dalam negara kita
Malaysia. Pembaca juga dapat mengetahui dan memahami isu-isu dan cabaran-cabaran
mengintegrasikan ICT dalam pendidikan melalui artikel ini dengan baik. Daripada artikel ini,
kita juga boleh mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perkembangan ICT dalam
sistem kurikulum di Malaysia. Selain itu, kekuatan yang ada pada artikel ini ialah penulis telah
mendalami isu dan masalah mengintegrasi ICT dalam pendidikan di Malaysia dan
mengupasnya dengan baik. Ini menunjukkan bahawa penulis artikel ini amat peka terhadap
masalah-masalahtersebut. Penulis mempunyai pengetahuan dan fikiran yang tersendiri untuk
mengemukakan pendapat beliau. Dari situ, penulis dapat mengolah isu-isu yang terdapat
dalam pendidikan negara Malaysia dan cabaran yang berlaku. Contohnya, penulis dilengkapi
dengan pengetahuan tentang masalah mengintegrasi ICT dalam pendidikan. Cara susunan
fakta dan maklumat penulis juga merupakan salah satu kekuatan dalam artikel ini. Penulis
menyusun maklumat beliau dengan menarik di mana tajuk utama dan sub topik dipisahkan.
Perenggan fakta juga penting dalam sesuatu artikel dan penulis telah membuat yang terbaik
dalam memudahkan ayat-ayat dan idea supaya lebih senang difahami oleh pembaca.
Dari segi kelemahan pula, penulis tidak menyediakan kenyataan untuk menyokong
hujah beliau. Pembaca mungkin sangsi dengan olahan penulis kerana tiada sokongan
daripada bahan bacaan atau kajian yang lain. Rujukan penulis juga didapati tidak mencukupi.
Dengan memasukkan jurnal atau artikel dan kajian yang lebih banyak sebagai rujukan, artikel
ini akan menjadi lebih menyakinkan. Selain itu, penulis tidak menggunakan sebarang bentuk
grafik atau jadual bagi menerangkan statistik yang telah huraikan dalam bahagian
penggunaan teknologi maklumat dalam pendidkan. Para pembacaakan tertarik jika cartaatau
rajah bagi menerangkan bahagian statistik.
PERKAITAN DENGAN FALSAFAH ILMU
Falsafah adalah satu bidang yang telah lama diperkatakan dan diaplikasikan dalam
sesuatu penyelidikan. Ia merangkumi pendekatan bagaimana sesuatu persoalan dalam
penyelidikan ditanggani. Falsafah melibatkan aspek kritis dalam pemikiran, menghuraikan
persoalan serta membentuk teori. Bidang falsafah wujud dalam hampir semua aspek
penyelidikan seperti Sains, Sains Komputer,Teknologi, Pengetahuan, Kejuruteraan dan
Sastera. Falsafah dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) berkembang
serentak dengan kepesatan pembangunan ICT. ICT terdiri daripada pengetahuan yang unik,
persoalan-persoalan, metodologi, teori-teori, model-model termasuk aspek etika. Bidang ICT
memiliki falsafah yang tersendiri yang sukar dihuraikan melalui falsafah dalam bidang sains
komputer atau kejuruteraan.
Sains, teknologi dan ICT merupakan tiga bidang yang sangat penting dalam
kehidupan manusia zaman ini. Dalam falsafah ilmu Islam, ilmu yang mampu membimbing
manusia mengenali dan mendekati Allah s.w.t. Oleh itu, sains dan teknologi perlu
dimanfaatkan dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat tersebut. Contohnya,
menggunakan sains dan teknologi untuk kebaikan manusia sebagai satu cara untuk
mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Hubungan ilmu uhkrawi dengan pembangunan
sains,teknologi dan ICT boleh diterjemahkandalam bentuk falsafah. Terdapat beberapa
falsafah untuk pembentukan falsafah tersebut. Salah satunya ialah diasaskan oleh Tauhid
atau teologi. Falsafah sains,teknologi dan ICT boleh dikaitkan dengan ayat (51:56) iaitu
kejadian manusia dan makhluk jin bertujuan ibadat atau khidmat kepada Allah SWT. Dasar
dan objektif yang terkandung dalam falsafah sains,teknologi danICT tidak melewati larangan
Allah SWT. Artikel ini mempunyai kaitan dengan prinsip tauhid hal ini kerana penerokaan
dalam bidang sains, teknologi dan ICT hendaklah berasaskan falsafah tauhid.
Antara perkara paling utama yang menjadi teras dalam Islam adalah tauhid. Tauhid
menurut bahasa adalah meyakini keesaan Allah S.W.T atau menganggap Tuhan hanya ada
satu dan tiada yang lain. Menurut istilah pula, tauhid bermaksud di dunia hanya terdapat satu
Tuhan, iaitu Tuhan Pencipta Seluruh Alam. Konsep ketauhidan meletakkan manusia sebagai
hamba yang bertanggungjawab melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala
larangan Allah S.W.T dengan meyakini sepenuh hati bahawa tiada tuhan selain Allah.
Ketauhidan ini semestinya diaplikasikan dalam apa jua ruang lingkup aktiviti manusia
termasuklah dalam aktiviti teknologi. Sains dan teknologi dalam Islam amat berkait rapat
dengan keimanan seseorang yang melakukan reka cipta dan penghasilan teknologi tersebut.
Teknologi yang berteraskan tauhid mengarahkan teknologi diguna dan disalurkan pada jalan
yang benar dan tidak menyalahi apa jua perintah yang termaktub dalam nas dan dalil-dalil al-
Quran juga hadis. Teknologi dan hasilnya seharusnya mengingatkan serta mendekatkan
manusia kepada Allah selain mengingatkan bahawa manusia memegang amanah untuk
memakmurkan alam ini. Dengan itu, teknologi tersebut membolehkan manusia melihat
memikirkan betapa ajaib dan Maha Hebatnya kuasa Allah yang merupakan penciptaNya.
Oleh itu, teknologi atau ICT seharusnya berlandaskan tauhid agar hasilnya membuahkan lagi
kecintaan dan ketundukan manusia kepada Allah.
Selain daripda itu, artikel ini juga berkaitan dengan kesepaduan antara ilmu Aqli (Sains
Tabii, Sosial dan Kemanusian). Kehidupan manusia sangat kompleks, setiap perkara dalam
kehidupan seharian saling kait mengait antara satu samalain. Lebih-lebih lagi, perkembangan
sains dan teknologi menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan mudah tetapi
dengan gaya kehidupan yang kompleks. Ilmu berkembang dengan sangat laju.
Perkembangan ini menyebabkan disiplin ilmu berkembang luas dan mendalam menjadi
cabang ilmu yang lebih spesifik. Subdisiplin ilmu tersebut berkembang lagi menjadi
pengkhususan tertentu yang lebih kecil dan mendalam. Perkaran ini tidak akan galakkkan
seseorang individu pada masa kini dapat menguasai beberapa bidang ilmu bahkan juga satu
bidang ilmu tertentu dengan sempurna. Masalah yang dihadapi oleh setiap individu juga tidak
lagi mudah dan ringkas dan bersifat pelbagai dimensi atau multisektor yang saling
bertumpang tindih. Setiap isu melibatkan pelbagai bidang dan mempunyai pecahnya yang
tersendiri. Oleh itu, para ilmuwan daripada bidang berlainan perlu berkerjasama untuk
menyelesaikan sesuatu permasalahan yang dihadapi oleh umat manusia. Akhirnya, ilmu
sains dan segala cabangnya (Sains Tabii, Sosial dan Kemanusian) seharusnya dimanfaatkan
secara bersepadu untuk menyelesaikan masalah hidup manusia yang semakin kompleks.
Semua ilmu adalah satu kesatuan yang saling melengkapi antara satu sama lain untuk
memberikan khidmat yang terbaik kepada semua bangsa manusia di Malaysia. Konsep ilmu
dalam Islam terbina berasaskan paradigma tauhid (mengesakan Allah SWT.), yang
menekankan beberapa perkara utama iaitu menekankan kepatuhan kepada sumber asal ilmu
pengetahuan daripada Tuhan yang Maha Mengetahui, cara mendapatkan ilmu pengetahuan,
perbezaan nilai ilmu pengetahuan, serta faedah mempelajari ilmu pengetahuan untuk
kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.
KESIMPULAN
Integrasi ICT dalam PDP merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan
serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua
pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerimaperubahan dan fenomena ICT serta
guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai
satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh yang demikian, pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal
perkembangan kanak-kanak. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam sistem
pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini
untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh
menghalang mereka dariapda menuntut ilmu. Pembinaan generasi dan bangsa yang hebat
memerlukan ilmu yang bersepadu, keseimbangan antara ilmu aqli dan naqli membuatkan
umat Islam menjadi kuat dan disegani seperti tokoh-tokoh saintis Andalus. Ringkasnya, hidup
tanpa ilmu buta dan hidup tanpa agama lumpuh.
RUJUKAN
Munohsamy, Thulasimani. (2014). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
Pendidikan. Jurnal IPA Bil.23, 2014. 23. 1.
Afandi, Mohd & Md Amin, Mohd Afandi & Kastam, Jabatan. (2019). FALSAFAH TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT).
l5Ramli Abdullah, "Etika Dalam Bioteknologi Pembiakan". Dewan Kosmik, Febmari,1994, h.4
Basri, Mokmin. (2004). Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan perubahan nilai
masyarakat.
Mydin, S. A. (n.d.). Pressbook. Retrieved from FALSAFAH SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM:
https://pengajianislam.pressbooks.com/front-matter/profil-penulis-kursus/

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Mohd Fadzil Ambok
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
BynaNie MaiRa
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
Izny Atikah
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apa
Norlasbtintah
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
naninami
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatisme
Siti Zulaikha
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Huiping Lu
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafah
Kathal Paiya
 

La actualidad más candente (20)

Definisi usahawan dan keusahawanan
Definisi usahawan dan keusahawananDefinisi usahawan dan keusahawanan
Definisi usahawan dan keusahawanan
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)
 
Analisis data kualitatif
Analisis data kualitatifAnalisis data kualitatif
Analisis data kualitatif
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apa
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatif
 
Pernyataan masalah
Pernyataan masalahPernyataan masalah
Pernyataan masalah
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatisme
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Pengucapan awam
Pengucapan awamPengucapan awam
Pengucapan awam
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafah
 
Contoh refleksi
Contoh refleksiContoh refleksi
Contoh refleksi
 
Tajuk 3 Logik dan Metodologi
Tajuk 3 Logik dan MetodologiTajuk 3 Logik dan Metodologi
Tajuk 3 Logik dan Metodologi
 
Pensampelan Dr. Kamarul
Pensampelan Dr. KamarulPensampelan Dr. Kamarul
Pensampelan Dr. Kamarul
 
Temu bual
Temu bualTemu bual
Temu bual
 
Tajuk 6 Epistemologi
Tajuk 6 EpistemologiTajuk 6 Epistemologi
Tajuk 6 Epistemologi
 

Similar a Ulasan artikel (20)

Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaranPemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
 
Peranan ICT dalam dunia Pendidikan
Peranan ICT dalam dunia PendidikanPeranan ICT dalam dunia Pendidikan
Peranan ICT dalam dunia Pendidikan
 
Asimen hbef233
Asimen hbef233Asimen hbef233
Asimen hbef233
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
Peranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranPeranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaran
 
Revitalisasi Teknologi Pendidikan Indonesia
Revitalisasi Teknologi Pendidikan IndonesiaRevitalisasi Teknologi Pendidikan Indonesia
Revitalisasi Teknologi Pendidikan Indonesia
 
Jurnal latif
Jurnal latifJurnal latif
Jurnal latif
 
ICT for education
ICT for educationICT for education
ICT for education
 
Doc to be uploaded
Doc to be uploadedDoc to be uploaded
Doc to be uploaded
 
Print out 02
Print out 02Print out 02
Print out 02
 
ICT
ICTICT
ICT
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
 
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&P
 
K4 globalisasi
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasi
 
Integrasi TIK dalam Pembelajaran
Integrasi TIK dalam Pembelajaran Integrasi TIK dalam Pembelajaran
Integrasi TIK dalam Pembelajaran
 

Más de Ker0

Más de Ker0 (6)

Ulasan jurnal
Ulasan jurnal Ulasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Ulasan artikel
Ulasan artikel Ulasan artikel
Ulasan artikel
 
Artikel
Artikel Artikel
Artikel
 
Hnf 3012 falsafah ilmu
Hnf 3012 falsafah ilmuHnf 3012 falsafah ilmu
Hnf 3012 falsafah ilmu
 
Assignment calculus (repaired)
Assignment calculus (repaired)Assignment calculus (repaired)
Assignment calculus (repaired)
 
Ulasan artikel jurnal
Ulasan artikel jurnalUlasan artikel jurnal
Ulasan artikel jurnal
 

Último

Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 

Último (20)

MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 

Ulasan artikel

  • 1. Tajuk: Integrasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pendidikan Penulis: Thulasimani Munohsamy PENDAHULUAN Artikel tulisan Thulasimani Munohsamy menerangkan tentang “Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan”. Dalam artikel ini integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan telah dibincangkan. Antara isu-isu yang telah dibincangkan adalah keperluan penggunaaan teknologi maklumat dalam bidang pedidikan, strategi mengintegrasi teknologi maklumat dalam pendidikan serta masalah yang dihadapi dalam mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi. Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kini menjadi suatu keperluan dan kepentingan sistem pendidikan negara. Integrasi ICT dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan turut menyumbang kepada peningkatan kecemerlangan institusi pendidikan di samping meningkatkan kompetensi dan prestasi pengurus dan pemimpin pendidikan. Pengintegrasian ICT dalam PdP amat penting supaya proses menimba ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif dapat dipermudahkan. SINOPSIS
  • 2. Daripada penulisan artikel ini, penulis menyatakan bahawa kewujudan ICT telah membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan celik Informasi Teknologi tidak disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai cendekiawan (A.Razak Ahmad, 2011). Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran yang berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme (Rusmini Ku Ahmad, 2012). Oleh itu dalam artikel ini integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan dibincangkan. Untuk mendalami topik ini, antara isu-isu yang telah dibincangkan adalah maksud teknologi maklumat serta integrasi, keperluan penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan, strategi mengintegrasi teknologi maklumat dalam pendidikan serta masalah yang dihadapi dalam mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dibincangkan. Pada akhir penulisan artikel ini, penulis menyatakan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi adalah amat penting untuk dipelajari oleh setiap orang dalam era teknologi ini. Bidang pendidikan juga tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajarannya supaya dapat melahirkan pelajar yang lebih berkemampuan. Dengan itu, teknologi maklumat dan komunikasi telah diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak kelebihan yang dicapai dengan berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun, setiap apa yang dilakukan pasti ada cabaran-cabarannya yang perlu dilalui. ULASAN/ KRITIKAN/ KEKUATAN/ KELEMAHAN
  • 3. Pada pandangan saya, kandungan artikel ini sangatlah berinformasi kepada para pelajar dan memberi pengetahuan ICT dalam pendidikan. Daripada artikel ini, penulis telah mengatakan bahawa integrasi teknologi maklumat dalam pendidikan membawa banyak faedah dalam pembentukan seseorang pelajar yang cerdik serta berpengetahuan yang secara langsung menyumbang sesebuah negara. Dalam artikel ini perbincangan dimulakan dengan maksud teknologi maklumat. Penulis telah menerangkan dengan lebih teliti iaitu Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan pemprosesan apa jua data, menyimpan serta menyampaikan data bersama bunyi,serta imej yang amat berguna untuk mendalami semuabidang kerja yang wujud kini. Setelah menjelaskan maksud teknologi maklumat, dalam bahagian seterusnya membincangkan maksud integrasi. Integrasi ICT dalam pendidikan adalah menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) kerana ia dapat menghasilkan pelajar yang lebih berpengetahuan dan juga dapat mewujudkan proses pembelajaran yang lebih menarik. Terdapat beberapa keperluan untuk mengintegrasi teknologi maklumat dalam pendidikan yang dinyakatan oleh penulis. Antaranya ialah, ICT dalam pendidikan dapat menggalakkan pelajar untuk meneroka dan menambah pengetahuan dan ilmu baru melalui penggunaan elektronik,net meeting, chatroom serta pemahaman mereka melaui bahan- bahan di dalam portal pendidikan dan juga melalui bahan-bahan multimedia. Selain itu, ICT dalam PDP memberi peluang kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara konstekstual yang memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesaian masalah. Di samping itu, pelajar juga boleh menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pengkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi untuk menyampaikan kerja yang telah diberikan oleh pelajar dengan lebih berani dan menyerlah. Penulis juga telah membincangkan bagaimana kita dapat mengintegrasi dan penggunaaan teknologi maklumat dalam pendidikan dengan memasuki data yang diambil daripada kajian-kajian lepas seperti kajian yang dilakukan oleh US National Foundation dalam
  • 4. Thomas (2000) di Amerika Syarikat dan kajian yang dijalankan oleh MCI (1998) di Amerika Syarikat . Kedua-dua kajian tersebut menunjukkan penggunaan internet dan multimedia dapat meningkatkan prestasi pencapaian pelajar di sekolah dan dapat menyediakan pelajar kepada kejayaan di masa hadapan dan juga internet dapat mengurangkan kos yang guru perlu gunakan dalam PDP. Tambahan pula, kajian yang dijanlankan oleh Becker (1999), pula menyatakan bahawa majoriti guru menggunakan internet atas daya usaha sendiri untuk mencari maklumat bagi PDP. Ini adalah salah satu bukti yang digunakan oleh penulis artikel ini bagi menunjukkan bagaimana mengintergrasi ICT dapat mewujudkan pelajar yang cemerlang di pendidikan. Dalam artikel ini, saya sangat bersetuju dengan strategi-strategi yang dibincangkan oleh penulis. Antaranya adalah guru-guru harus memainkan peranan mereka sebagai fasilitator, pengurus kaunselor dan pakar motivasi bagi membantu pelajar mencari maklumat dari pelbagai sumber. Selain daripada guru memainkan peranan, kurikulum juga perlu diubahsuai untuk era internet seperti penawaran subjek komputer di peribgkat sekolah rendah, menengah dan di institusi pengajian tinggi. Di samping itu, Pihak sekolah harus atau menghalang segala laman-laman web yang tidak berkenaan bagi unsur pembelajaran dan pengajaran kerana ia boleh dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif yang menjurus kepada banyak gejala sosial yang tidak patut diamalkan. Bagi meningkatkan penggunaan komputer di sekolah, penyediaan kemudahan komputer di sekolah juga perlu di ambil kira seperti bilik guru dilengkapi dengan komputer yang ada kemudahan untuk akses ke internet. Selain itu, untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekolah harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti setempat. Saya juga bersetuju dengan isu-isu yang dikemukakan oleh penulis tentang masalah yang timbul berhubung dengan mengintegrasi teknologi maklumat dalam pedidikan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran telah dibincangkan dalam artikel ini. Antaranya ialah kepakaran guru yang terhad, kekurangan khidmat sokongan, masalah isi kandungan iaitu
  • 5. maklumat yang tidak sesuai dalam internet seperti maklumat seks, keganasan, hasutan, khabar angin, diskriminasi, dadah, promosi keganasan dan penderaan, perjudian dan sebagainya, pelajar tidak dapat membezakan maklumat yang betul dan maklumat yang salah masalah hak cipta seperti plagiarisme, tidak mencukupi kemudahan mengakses internet di dalam kelas dan sikap pasif pelajar oleh sebab tertarik untuk duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial samada keluarga dan masyarakat. Antara kekuatan yang terdapat dalam artikel ini ialah penulis artikel telah mendedahkan kepada pembaca tentang kegunaan ICT dalam pendidikan dalam negara kita Malaysia. Pembaca juga dapat mengetahui dan memahami isu-isu dan cabaran-cabaran mengintegrasikan ICT dalam pendidikan melalui artikel ini dengan baik. Daripada artikel ini, kita juga boleh mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perkembangan ICT dalam sistem kurikulum di Malaysia. Selain itu, kekuatan yang ada pada artikel ini ialah penulis telah mendalami isu dan masalah mengintegrasi ICT dalam pendidikan di Malaysia dan mengupasnya dengan baik. Ini menunjukkan bahawa penulis artikel ini amat peka terhadap masalah-masalahtersebut. Penulis mempunyai pengetahuan dan fikiran yang tersendiri untuk mengemukakan pendapat beliau. Dari situ, penulis dapat mengolah isu-isu yang terdapat dalam pendidikan negara Malaysia dan cabaran yang berlaku. Contohnya, penulis dilengkapi dengan pengetahuan tentang masalah mengintegrasi ICT dalam pendidikan. Cara susunan fakta dan maklumat penulis juga merupakan salah satu kekuatan dalam artikel ini. Penulis menyusun maklumat beliau dengan menarik di mana tajuk utama dan sub topik dipisahkan. Perenggan fakta juga penting dalam sesuatu artikel dan penulis telah membuat yang terbaik dalam memudahkan ayat-ayat dan idea supaya lebih senang difahami oleh pembaca. Dari segi kelemahan pula, penulis tidak menyediakan kenyataan untuk menyokong hujah beliau. Pembaca mungkin sangsi dengan olahan penulis kerana tiada sokongan daripada bahan bacaan atau kajian yang lain. Rujukan penulis juga didapati tidak mencukupi. Dengan memasukkan jurnal atau artikel dan kajian yang lebih banyak sebagai rujukan, artikel ini akan menjadi lebih menyakinkan. Selain itu, penulis tidak menggunakan sebarang bentuk
  • 6. grafik atau jadual bagi menerangkan statistik yang telah huraikan dalam bahagian penggunaan teknologi maklumat dalam pendidkan. Para pembacaakan tertarik jika cartaatau rajah bagi menerangkan bahagian statistik. PERKAITAN DENGAN FALSAFAH ILMU Falsafah adalah satu bidang yang telah lama diperkatakan dan diaplikasikan dalam sesuatu penyelidikan. Ia merangkumi pendekatan bagaimana sesuatu persoalan dalam penyelidikan ditanggani. Falsafah melibatkan aspek kritis dalam pemikiran, menghuraikan persoalan serta membentuk teori. Bidang falsafah wujud dalam hampir semua aspek penyelidikan seperti Sains, Sains Komputer,Teknologi, Pengetahuan, Kejuruteraan dan Sastera. Falsafah dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) berkembang serentak dengan kepesatan pembangunan ICT. ICT terdiri daripada pengetahuan yang unik, persoalan-persoalan, metodologi, teori-teori, model-model termasuk aspek etika. Bidang ICT memiliki falsafah yang tersendiri yang sukar dihuraikan melalui falsafah dalam bidang sains komputer atau kejuruteraan. Sains, teknologi dan ICT merupakan tiga bidang yang sangat penting dalam kehidupan manusia zaman ini. Dalam falsafah ilmu Islam, ilmu yang mampu membimbing manusia mengenali dan mendekati Allah s.w.t. Oleh itu, sains dan teknologi perlu dimanfaatkan dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat tersebut. Contohnya, menggunakan sains dan teknologi untuk kebaikan manusia sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Hubungan ilmu uhkrawi dengan pembangunan sains,teknologi dan ICT boleh diterjemahkandalam bentuk falsafah. Terdapat beberapa falsafah untuk pembentukan falsafah tersebut. Salah satunya ialah diasaskan oleh Tauhid atau teologi. Falsafah sains,teknologi dan ICT boleh dikaitkan dengan ayat (51:56) iaitu kejadian manusia dan makhluk jin bertujuan ibadat atau khidmat kepada Allah SWT. Dasar dan objektif yang terkandung dalam falsafah sains,teknologi danICT tidak melewati larangan Allah SWT. Artikel ini mempunyai kaitan dengan prinsip tauhid hal ini kerana penerokaan dalam bidang sains, teknologi dan ICT hendaklah berasaskan falsafah tauhid.
  • 7. Antara perkara paling utama yang menjadi teras dalam Islam adalah tauhid. Tauhid menurut bahasa adalah meyakini keesaan Allah S.W.T atau menganggap Tuhan hanya ada satu dan tiada yang lain. Menurut istilah pula, tauhid bermaksud di dunia hanya terdapat satu Tuhan, iaitu Tuhan Pencipta Seluruh Alam. Konsep ketauhidan meletakkan manusia sebagai hamba yang bertanggungjawab melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah S.W.T dengan meyakini sepenuh hati bahawa tiada tuhan selain Allah. Ketauhidan ini semestinya diaplikasikan dalam apa jua ruang lingkup aktiviti manusia termasuklah dalam aktiviti teknologi. Sains dan teknologi dalam Islam amat berkait rapat dengan keimanan seseorang yang melakukan reka cipta dan penghasilan teknologi tersebut. Teknologi yang berteraskan tauhid mengarahkan teknologi diguna dan disalurkan pada jalan yang benar dan tidak menyalahi apa jua perintah yang termaktub dalam nas dan dalil-dalil al- Quran juga hadis. Teknologi dan hasilnya seharusnya mengingatkan serta mendekatkan manusia kepada Allah selain mengingatkan bahawa manusia memegang amanah untuk memakmurkan alam ini. Dengan itu, teknologi tersebut membolehkan manusia melihat memikirkan betapa ajaib dan Maha Hebatnya kuasa Allah yang merupakan penciptaNya. Oleh itu, teknologi atau ICT seharusnya berlandaskan tauhid agar hasilnya membuahkan lagi kecintaan dan ketundukan manusia kepada Allah. Selain daripda itu, artikel ini juga berkaitan dengan kesepaduan antara ilmu Aqli (Sains Tabii, Sosial dan Kemanusian). Kehidupan manusia sangat kompleks, setiap perkara dalam kehidupan seharian saling kait mengait antara satu samalain. Lebih-lebih lagi, perkembangan sains dan teknologi menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan mudah tetapi dengan gaya kehidupan yang kompleks. Ilmu berkembang dengan sangat laju. Perkembangan ini menyebabkan disiplin ilmu berkembang luas dan mendalam menjadi cabang ilmu yang lebih spesifik. Subdisiplin ilmu tersebut berkembang lagi menjadi pengkhususan tertentu yang lebih kecil dan mendalam. Perkaran ini tidak akan galakkkan seseorang individu pada masa kini dapat menguasai beberapa bidang ilmu bahkan juga satu bidang ilmu tertentu dengan sempurna. Masalah yang dihadapi oleh setiap individu juga tidak
  • 8. lagi mudah dan ringkas dan bersifat pelbagai dimensi atau multisektor yang saling bertumpang tindih. Setiap isu melibatkan pelbagai bidang dan mempunyai pecahnya yang tersendiri. Oleh itu, para ilmuwan daripada bidang berlainan perlu berkerjasama untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang dihadapi oleh umat manusia. Akhirnya, ilmu sains dan segala cabangnya (Sains Tabii, Sosial dan Kemanusian) seharusnya dimanfaatkan secara bersepadu untuk menyelesaikan masalah hidup manusia yang semakin kompleks. Semua ilmu adalah satu kesatuan yang saling melengkapi antara satu sama lain untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada semua bangsa manusia di Malaysia. Konsep ilmu dalam Islam terbina berasaskan paradigma tauhid (mengesakan Allah SWT.), yang menekankan beberapa perkara utama iaitu menekankan kepatuhan kepada sumber asal ilmu pengetahuan daripada Tuhan yang Maha Mengetahui, cara mendapatkan ilmu pengetahuan, perbezaan nilai ilmu pengetahuan, serta faedah mempelajari ilmu pengetahuan untuk kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. KESIMPULAN Integrasi ICT dalam PDP merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerimaperubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh menghalang mereka dariapda menuntut ilmu. Pembinaan generasi dan bangsa yang hebat memerlukan ilmu yang bersepadu, keseimbangan antara ilmu aqli dan naqli membuatkan
  • 9. umat Islam menjadi kuat dan disegani seperti tokoh-tokoh saintis Andalus. Ringkasnya, hidup tanpa ilmu buta dan hidup tanpa agama lumpuh. RUJUKAN Munohsamy, Thulasimani. (2014). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan. Jurnal IPA Bil.23, 2014. 23. 1. Afandi, Mohd & Md Amin, Mohd Afandi & Kastam, Jabatan. (2019). FALSAFAH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT). l5Ramli Abdullah, "Etika Dalam Bioteknologi Pembiakan". Dewan Kosmik, Febmari,1994, h.4 Basri, Mokmin. (2004). Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan perubahan nilai masyarakat. Mydin, S. A. (n.d.). Pressbook. Retrieved from FALSAFAH SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM: https://pengajianislam.pressbooks.com/front-matter/profil-penulis-kursus/