SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 25
Tajuk : Laporan Amali Ujian Makanan
Tujuan : Untuk menguji kandungan makanan yang mengandungi protein, kanji, gula
penurun, gula bukan penurun dan lemak.
Hipotesis :
Susu mengandungi protein, gula penurun dan lemak. Kaya mengandungi protein,
kanji dan lemak. Albumin mengandungi protein dan lemak. Roti mengandungi protein,
kanji dan lemak. Susu kacang soya mengandungi protein, kanji dan lemak. Yogurt
mengandungi protein dan lemak. Kentang mengandungi protein dan kanji. Nasi
mengandungi protein dan kanji. Mayonis mengandungi gula penurun dan lemak.
Pengenalan :
Semua benda hidup memerlukan makanan. Tumbuh-tumbuhan dapat
menghasilkan makanan mereka melalui fotosintesis manakala haiwan termasuklah
manusia perlu makan makanan daripada benda hidup lain. Benda hidup makan
makanan untuk mendapat nutrien, tenaga, pertumbuhan dan pembaharuan sel
badan. Nutrien makanan seperti karbohidrat, protein dan lemak mempunyai fungsi
masing-masing untuk kepentingan badan kita.
Karbohidrat merupakan sebatian organik yang mengandungi unsur karbon,
hidrogen dan oksigen. Gula penurun dan gula bukan penurun merupakan contoh
karbohidrat. Karbohidrat terbahagi kepada monosakarida, disakarida dan
polisakarida. Monosakarida merupakan gula tersingkat dan monomer untuk
membentuk disakarida dan polisakarida. Contoh monosakarida ialah glukosa,
fruktosa dan galaktosa. Disakarida terdiri daripada pergabungan dua monosakarida
melalui kondensasi. Contoh disakarida ialah maltosa, sukrosa dan laktosa.
Polisakarida merupakan polimer yang dibentuk daripada pergabungan monosakarida
dengan kuantiti yang banyak. Contoh polisakarida ialah kanji, selulosa dan glikogen.
Glukosa, fruktosa, galaktosa, maltosa dan laktosa merupakan gula penurun,
manakala sukrosa merupakan gula bukan penurun. Karbohidrat merupakan sumber
tenaga utama bagi sel. Kanji merupakan sumber tenaga dalam sel tumbuhan
manakala glikogen merupakan sumber tenaga dalam sel haiwan. Selulosa
merupakan komponen penting dalam pembentukan dinding sel.
Protein merupakan sebatian organik kompleks yang mengandungi unsur
karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Kebanyakan protein juga mengandungi
unsur sulfur dan fosforus. Protein terdiri daripada polipeptida dan polipeptida terdiri
daripada asid amino. Asid amino ialah unit asas protein. Terdapat 9 jenis asid amino
yang perlu diambil dari makanan dan 11 jenis asid amino boleh disintesis oleh badan.
Terdapat banyak jenis polipeptida boleh dibentuk dari 20 jenis asid amino. Protein
boleh dibahagikan kepada 4 tahap mengikut strukturnya. Protein diperlukan untuk
pertumbuhan dan pembaharuan sel badan.
Lemak merupakan sejenis lipid. Lipid merupakan sebatian organik yang juga
mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen seperti karbohidrat. Unsur
fosforus dan nitrogen juga wujud dalam beberapa lipid. Terdapat 4 kategori lipid, iaitu
lemak dan minyak, wax, fosfolipid dan steroid. Terdapat 2 jenis lemak iaitu lemak
tepu dan lemak tak tepu. Lemak tepu tidak mempunyai ikatan karbon-karbon
manakala lemak tak tepu ada. Lemak membekalkan tenaga yang lebih banyak
kepada badan berbanding dengan karbohidrat. Lemak juga dapat melindungi organ
dalam badan dan mengekalkan suhu badan.
Kandungan nutrien dalam makanan boleh dikenalpastikan dengan
menjalankan ujian makanan. Melalui ujian makanan, kita dapat mengetahui apa
makanan yang mengandungi lebih banyak nutrien tertentu.
Bahan :
Susu, kaya, albumin dalam telur, roti, susu kacang soya, yogurt, kentang, nasi,
mayonis, larutan iodin, larutan Benedict, etanol, asid hidroklorik, reagen Millon,
kertas turas dan air suling
Alat radas :
tabung uji, rak tabung uji, penyepit, tabung didih, penunu Bunsen, pemetik api,
tungku kaki tiga dengan kasa dawai, bikar dan penitis
Prosedur :
A. Ujian kanji
1. Susu dituangkan sedikit ke dalam tabung uji untuk dijadikan sebagai sampel
ujian.
2. Tiga titik larutan iodin dititiskan dengan menggunakan penitis ke dalam
tabung uji tersebut.
3. Perubahan warna campuran diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual di
bawah.
4. Susu sebagai sampel ujian digantikan kepada kaya, albumin dalam telur, roti,
susu kacang soya, yogurt, kentang, nasi dan mayonis. Prosedur 2 dan 3
diulangi untuk sampel ujian makanan yang lain.
B. Ujian gula penurun
1. Susu dituangkan sedikit ke dalam tabung uji untuk dijadikan sebagai sampel
ujian.
2. Tiga titik larutan Benedict dititiskan dengan menggunakan penitis ke dalam
tabung uji tersebut.
3. Campuran sampel ujian makanan dengan larutan Benedict digoncang dan
dipanaskan di dalam kukus air sehingga berubah warna.
4. Perubahan warna campuran diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual di
bawah.
5. Susu sebagai sampel ujian digantikan kepada kaya, albumin dalam telur, roti,
susu kacang soya, yogurt, kentang, nasi dan mayonis. Prosedur 2 hingga 4
diulangi untuk sampel ujian makanan yang lain.
C. Ujian gula bukan penurun
1. Susu dituangkan sedikit ke dalam tabung didih untuk dijadikan sebagai
sampel ujian.
2. Tiga titik cairan asid hidroklorik dititiskan dengan menggunakan penitis ke
dalam tabung didih tersebut.
3. Campuran tersebut dipanaskan selama 5 minit sehingga didih dan
seterusnya dibiarkan sejuk pada keadaan suhu bilik.
4. Tiga titik larutan natrium hidroksida ditambahkan untuk meneutralkan
campuran sampel ujian makanan dengan asid hidroklorik.
5. Tiga titik larutan Benedict dititiskan dengan menggunakan penitis ke dalam
tabung didih tersebut.
6. Tabung didih tersebut digoncang dengan perlahan sehingga campuran
menjadi sebati.
7. Tabung didih direndam di dalam kukus air sehingga perubahan warna dapat
dikesan.
8. Perubahan warna campuran diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual di
bawah.
9. Susu sebagai sampel ujian digantikan kepada kaya, albumin dalam telur, roti,
susu kacang soya, yogurt, kentang, nasi dan mayonis. Prosedur 2 hingga 8
diulangi untuk sampel ujian makanan yang lain.
D. Ujian protein
1. Susu dituangkan sedikit ke dalam tabung uji untuk dijadikan sebagai sampel
ujian.
2. Tiga titik reagen Millon dititiskan dengan menggunakan penitis ke dalam
tabung uji tersebut.
3. Campuran tersebut dipanaskan di dalam kukus air sehingga berubah warna.
4. Perubahan warna campuran diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual di
bawah.
5. Susu sebagai sampel ujian digantikan kepada kaya, albumin dalam telur, roti,
susu kacang soya, yogurt, kentang, nasi dan mayonis. Prosedur 2 hingga 4
diulangi untuk sampel ujian makanan yang lain.
E. Ujian lemak
Ujian menggunakan larutan Sudan lll
1. Susu dituangkan sedikit ke dalam tabung uji untuk dijadikan sebagai sampel
ujian.
2. Tiga titik larutan Sudan lll dititiskan dengan menggunakan penitis ke dalam
tabung uji tersebut.
3. Perubahan warna campuran diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual di
bawah.
4. Susu sebagai sampel ujian digantikan kepada kaya, albumin dalam telur, roti,
susu kacang soya, yogurt, kentang, nasi dan mayonis. Prosedur 2 dan 3
diulangi untuk sampel ujian makanan yang lain.
Ujian menggunakan kertas turas
1. Tiga titik susu diambil untuk dititis ke atas kertas turas.
2. Kertas turas tersebut diletakkan di bawah kipas untuk mempercepatkan
pengeringan sampel ujian makanan.
3. Perubahan pada kertas turas diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual di
bawah.
Ujian menggunakan etanol
1. Susu dituangkan sedikit ke dalam tabung uji untuk dijadikan sebagai sampel
ujian.
2. Tiga titik larutan etanol dititiskan dengan menggunakan penitis ke dalam
tabung uji tersebut.
3. Perubahan warna campuran diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual di
bawah.
4. Susu sebagai sampel ujian digantikan kepada kaya, albumin dalam telur, roti,
susu kacang soya, yogurt, kentang, nasi dan mayonis. Prosedur 2 dan 3
diulangi untuk sampel ujian makanan yang lain.
Keputusan :
Reagen/
Bahan uji
Sampel
ujian
makanan
Reagen
Millon
Larutan
iodin
Larutan
Benedict
Asid
hidroklorik
+ natrium
hidroksida
+ larutan
Benedict
Etanol Larutan
Sudan lll
Kertas
turas
Susu Mendakan
merah bata
terbentuk
Tiada
perubahan
warna
Mendakan
warna
jingga
terbentuk
Tiada
perubahan
warna
Berlaku
sedikit
emulasi
lemak
Warna
merah
jambu
terbentuk
Lutsinar
berlaku
Kaya Mendakan
merah bata
terbentuk
Warna biru
gelap
wujud
Tiada
perubahan
warna
Tiada
perubahan
warna
Emulasi
lemak
berlaku
Warna
merah
jambu
terbentuk
Lutsinar
berlaku
Albumin Mendakan
merah bata
terbentuk
Tiada
perubahan
warna
Tiada
perubahan
warna
Tiada
perubahan
warna
Emulasi
lemak
beraku
Warna
merah
jambu
terbentuk
Lutsinar
berlaku
Roti Sedikit
warna
merah
jambu
Warna biru
gelap
wujud
Tiada
perubahan
warna
Tiada
perubahan
warna
Warna
merah
jambu
terbentuk
Susu kacang
soya
Sedikit
warna
merah
jambu
Tiada
perubahan
warna
Mendakan
warna hijau
terbentuk
Tiada
perubahan
warna
Warna
merah
jambu
terbentuk
Yogurt Warna
merah
jambu
terbentuk
Tiada
perubahan
warna
Mendakan
warna hijau
terbentuk
Tiada
perubahan
warna
Warna
merah
jambu
terbentuk
Kentang Warna
merah
jambu
terbentuk
Warna biru
gelap
wujud
Tiada
perubahan
warna
Mendakan
warna
merah
jambu
terbentuk
Tiada
perubahan
warna
Nasi Sedikit
merah
perang
Warna biru
gelap
wujud
Tiada
perubahan
warna
Tiada
perubahan
warna
Tiada
kesan
perubahan
Mayonis Sedikit
merah
perang
Tiada
perubahan
warna
Mendakan
warna
jingga
terbentuk
Tiada
perubahan
warna
Lutsinar
berlaku
Tanda bermaksud tidak dijalankan dalam eksperimen.
Perbincangan :
Kandungan nutrien makanan boleh diuji dengan reagen atau bahan menguji
tertentu. Reagen Millon digunakan untuk menguji kehadiran protein dalam sampel
ujian makanan. Reagen Millon yang tidak berwarna menunjukkan keputusan positif
apabila bertukar warna kepada merah bata dan mendakan terbentuk. Larutan iodin
digunakan untuk menguji kehadiran kanji dalam sampel ujian makanan. Larutan iodin
menunjukkan keputusan positif apabila bertukar warna dari kuning keperangan
kepada biru gelap. Larutan Benedict digunakan untuk menguji kehadiran gula
penurun dalam sampel ujian makanan. Asid hidroklorik, natrium hidroksida dan
larutan Benedict digunakan untuk menguji kehadiran gula bukan penurun dalam
sampel ujian makanan. Larutan Benedict menunjukkan keputusan positif apabila
warna biru pada asalnya bertukar kepada warna merah bata dan mendakan
terbentuk. Perubahan warna larutan Benedict kepada warna hijau, kuning dan merah
bata bergantung kepada tahap mengandungi gula penurun. Larutan Sudan lll, etanol
dan kertas turas digunakan untuk menguji kehadiran lemak dalam sampel ujian
makanan. Larutan Sudan lll yang berwarna merah menunjukkan keputusan positif
apabila bertukar kepada warna merah jambu. Etanol akan menghasilkan emulasi
lemak manakala lutsinar berlaku pada kertas turas jika sampel ujian makanan
mengandungi lemak.
Dalam eksperimen ini, kita boleh mendapati bahawa susu mengandungi
protein, gula penurun dan lemak. Hal ini kerana reagen Millon dan larutan Benedict
mengalami perubahan warna untuk menunjukkan keputusan positif bahawa
kehadiran protein dan gula penurun dalam susu. Reagen Millon yang tidak berwarna
bertukar warna kepada merah bata dan mendakan terbentuk. Larutan Benedict
bertukar warna dari biru gelap kepada jingga dan mendakan terbentuk. Bagi ujian
lemak, etanol, larutan Sudan lll dan kertas turas menunjukkan keputusan positif
bahawa kehadiran lemak dalam susu. Sedikit emulasi lemak berlaku dalam ujian
etanol, perubahan warna dari oren merah kepada merah jambu berlaku dalam ujian
larutan Sudan lll dan kertas turas menjadi lutsinar. Ujian lemak dengan
menggunakan etanol menunjukkan susu mengandungi sedikit kandungan lemak.
Kaya mengandungi protein, kanji dan lemak. Hal ini kerana reagen Millon dan
larutan iodin mengalami perubahan warna untuk menunjukkan keputusan positif
bahawa kehadiran protein dan kanji dalam kaya. Reagen Millon yang tidak berwarna
bertukar warna kepada merah bata dan mendakan terbentuk. Larutan iodin bertukar
warna dari kuning keperangan kepada biru gelap. Bagi ujian lemak, etanol, larutan
Sudan lll dan kertas turas menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran lemak
dalam kaya. Emulasi lemak berlaku dalam ujian etanol, perubahan warna dari oren
merah kepada merah jambu berlaku dalam ujian larutan Sudan lll dan kertas turas
menjadi lutsinar.
Albumin mengandungi protein dan lemak. Hal ini kerana reagen Millon
mengalami perubahan warna untuk menunjukkan keputusan positif bahawa
kehadiran protein dalam albumin. Reagen Millon yang tidak berwarna bertukar warna
kepada merah bata dan mendakan terbentuk. Bagi ujian lemak, etanol, larutan
Sudan lll dan kertas turas menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran lemak
dalam albumin. Emulasi lemak berlaku dalam ujian etanol, perubahan warna dari
merah kepada merah jambu berlaku dalam ujian larutan Sudan lll dan kertas turas
menjadi lutsinar.
Roti mengandungi protein, kanji dan lemak. Hal ini kerana reagen Millon dan
larutan iodin mengalami perubahan warna untuk menunjukkan keputusan positif
bahawa kehadiran protein dan kanji dalam roti. Reagen Millon yang tidak berwarna
bertukar warna kepada merah bata dan mendakan terbentuk. Larutan iodin bertukar
warna dari kuning keperangan kepada biru gelap. Bagi ujian lemak, larutan Sudan lll
menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran lemak dalam roti. Perubahan
warna dari warna merah kepada merah jambu berlaku dalam ujian larutan Sudan lll.
Susu kacang soya mengandungi protein, gula penurun dan lemak. Hal ini
kerana reagen Millon dan larutan Benedict mengalami perubahan warna untuk
menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran protein dan gula penurun dalam
susu kacang soya. Reagen Millon yang tidak berwarna bertukar warna kepada
merah bata dan mendakan terbentuk. Larutan Benedict bertukar warna dari biru
gelap kepada jingga dan mendakan terbentuk. Bagi ujian lemak, larutan Sudan lll
menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran lemak dalam susu kacang soya.
Perubahan warna dari warna merah kepada merah jambu berlaku dalam ujian
larutan Sudan lll.
Yogurt mengandungi protein, gula penurun dan lemak. Hal ini kerana reagen
Millon dan larutan Benedict mengalami perubahan warna untuk menunjukkan
keputusan positif bahawa kehadiran protein dan gula penurun dalam yogurt. Reagen
Millon yang tidak berwarna bertukar warna kepada merah bata dan mendakan
terbentuk. Larutan Benedict bertukar warna dari biru gelap kepada hijau dan
mendakan terbentuk. Hal ini kerana yogurt hanya mempunyai kandungan gula
penurun yang sangat sedikit.Bagi ujian lemak, larutan Sudan lll menunjukkan
keputusan positif bahawa kehadiran lemak dalam roti. Perubahan warna dari tidak
berwarna kepada merah jambu berlaku dalam ujian larutan Sudan lll.
Kentang mengandungi protein, kanji dan gula bukan penurun. Hal ini kerana
reagen Millon dan larutan iodin mengalami perubahan warna untuk menunjukkan
keputusan positif bahawa kehadiran protein dan kanji dalam kentang. Reagen Millon
yang tidak berwarna bertukar warna kepada merah bata dan mendakan terbentuk.
Larutan iodin bertukar warna dari kuning keperangan kepada biru gelap. Ujian
kehadiran gula bukan penurun dengan menggunakan asid hidroklorik, natrium
hidroksida dan larutan Benedict telah menunjukkan keputusan positif. Larutan
Benedict bertukar warna dari biru gelap kepada jingga dan mendakan terbentuk.
Nasi mengandungi protein dan kanji. Hal ini kerana reagen Millon dan larutan
iodin mengalami perubahan warna untuk menunjukkan keputusan positif bahawa
kehadiran protein dan kanji dalam nasi. Reagen Millon yang tidak berwarna bertukar
warna kepada merah bata dan mendakan terbentuk. Larutan iodin bertukar warna
dari kuning keperangan kepada biru gelap.
Mayonis mengandungi gula penurun dan lemak. Hal ini kerana larutan
Benedict mengalami perubahan warna untuk menunjukkan keputusan positif bahawa
kehadiran gula penurun dalam mayonis. Larutan Benedict bertukar warna dari biru
gelap kepada jingga dan mendakan terbentuk. Bagi ujian lemak, kertas turas
menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran lemak dalam mayonis.
Kesimpulan :
Susu mengandungi protein, gula penurun dan lemak. Kaya mengandungi protein,
kanji dan lemak. Albumin mengandungi protein dan lemak. Roti mengandungi protein,
kanji dan lemak. Susu kacang soya mengandungi protein, kanji dan lemak. Yogurt
mengandungi protein dan lemak. Kentang mengandungi protein dan kanji. Nasi
mengandungi protein dan kanji. Mayonis mengandungi gula penurun dan lemak.
Lampiran
Dalam ujian protein, ujian gula
penurun dan ujian gula bukan
penurun, campuran sampel
ujian makanan dan reagen
dikehendaki dipanaskan
dalam kukus air.
Pelbagai jenis reagen atau
bahan menguji disediakan
sebelum memulakan
eksperimen.
Susu
Susu menjadi warna merah
jambu apabila larutan Sudan
lll yang berwarna merah
dititiskan masuk dalam ujian
lemak.
Mendakan warna jingga
terbentuk dalam susu apabila
larutan Benedict dititiskan
masuk dalam ujian gula
penurun.
Albumin
Emulasi lemak berlaku dalam
ujian etanol untuk menguji
kehadiran lemak dalam
albumin.
Albumin menyebabkan
reagen Millon yang tidak
berwarna bertukar warna
kepada merah bata dan
mendakan terbentuk dalam
ujian protein.
Kaya
Kaya menyebabkan larutan
iodin bertukar warna dari
kuning keperangan kepada
biru gelap dalam ujian kanji.
Emulasi lemak berlaku dalam
ujian etanol untuk menguji
kehadiran lemak dalam kaya.
Roti
Roti menyebabkan larutan
iodin yang berwarna kuning
keperangan bertukar warna
ke biru gelap dalam ujian
kanji.
Warna merah larutan Sudan lll
bertukar menjadi warna
merah jambu dalam ujian
lemak roti.
Susu kacangsoya
Susu kacang soya menjadi
warna merah jambu apabila
larutan Sudan lll yang
berwarna merah dititiskan
masuk dalam ujian lemak.
Dalam ujian gula penurun
susu kacang soya, larutan
Benedict yang bewarna biru
gelap bertukar kepada warna
hijau.
Yogurt
Warna larutan iodin yang
kuning keperangan tidak
berubah dalam ujian kanji
untuk yogurt.
Dalam ujian gula penurun,
larutan Benedict yang
berwarna biru bertukar
kepada warna hijau dan
mendakan terbentuk dalam
yogurt.
Kentang
Reagen Millon yang tidak
berwarna bertukar warna
kepada merah bata dan
mendakan terbentuk dalam
ujian protein kentang.
Larutan Benedict yang
berwarna biru gelap bertukar
warna kepada warna merah
jambu dan mendakan
terbentuk dalam ujian gula
bukan penurun kentang.
Nasi
Nasi tidak meninggalkan
kesan lutsinar pada kertas
turas dalam ujian lemak.
Nasi menukarkan warna
larutan iodin dari kuning
keperangan kepada biru gelap
dalam ujian kanji.
Nasi mengekalkan warna biru
gelap larutan Benedict dalam
ujian gula penurun.
Millon reagen yang tidak
berwarna bertukar warna
kepada sedikit merah jambu
dalam ujian protein nasi.
Mayonis
Larutan Benedict tidak
berubah warna dalam ujian
kehadiran gula bukan penurun
dalam mayonis.
Mayonis meninggalkan kesan
lutsinar pada kertas turas
dalam ujian lemak.
Larutan Benedict berubah
warna dari biru ke jingga
dalam ujian kehadiran gula
penurun dalam mayonis.
Rujukan
Atifah Ruzana Abd Wahab. (2015). Laporan Amali Biologi: Ujian Makanan. Diambil
daripada http://www.slideshare.net/eepapoppins/laporan-amali-biologi-ujian-
makanan?from_action=save.
Gan, W. Y. (2012). Success Biology SPM. Selangor, Malaysia: Oxford Fajar.
Lee, C. (2008). Complete text guide spm bilingual biology Form 4. Selangor,
Malaysia: Arah Pendidikan.
Bio laporan amali   ujian makanan
Bio laporan amali   ujian makanan
Bio laporan amali   ujian makanan
Bio laporan amali   ujian makanan

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

3.0 daya dan tekanan
3.0 daya dan tekanan3.0 daya dan tekanan
3.0 daya dan tekananMrHan Physics
 
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotopNombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotopleucosolonia
 
1.0 pengenalan kepada fizik
1.0 pengenalan kepada fizik1.0 pengenalan kepada fizik
1.0 pengenalan kepada fizikMrHan Physics
 
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premiumMM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premiumNoor Syamila Mohd
 
FIZIK TG 5 KANTA
FIZIK TG 5 KANTAFIZIK TG 5 KANTA
FIZIK TG 5 KANTARamli Rem
 
1.5 interferens gelombang
1.5 interferens gelombang1.5 interferens gelombang
1.5 interferens gelombangAmb Jerome
 
Bab 2 struktur sel dan fungsi
Bab 2  struktur sel dan fungsiBab 2  struktur sel dan fungsi
Bab 2 struktur sel dan fungsiHajar Len
 
1.4 pembelauan gelombang
1.4 pembelauan gelombang1.4 pembelauan gelombang
1.4 pembelauan gelombangAmb Jerome
 
Organisasi sel paramesium (azali)
Organisasi sel  paramesium (azali)Organisasi sel  paramesium (azali)
Organisasi sel paramesium (azali)Nurul Azuwin
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKKZhang Ewe
 
1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan
1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan
1.kuantiti asas dan kuantiti terbitanAtiqah Azmi
 

La actualidad más candente (20)

Bab 6.3
Bab 6.3Bab 6.3
Bab 6.3
 
3.0 daya dan tekanan
3.0 daya dan tekanan3.0 daya dan tekanan
3.0 daya dan tekanan
 
5.1 Mitosis tingkatan 4
5.1 Mitosis tingkatan 45.1 Mitosis tingkatan 4
5.1 Mitosis tingkatan 4
 
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotopNombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
1.0 pengenalan kepada fizik
1.0 pengenalan kepada fizik1.0 pengenalan kepada fizik
1.0 pengenalan kepada fizik
 
Tindak balas redoks
Tindak balas redoksTindak balas redoks
Tindak balas redoks
 
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premiumMM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
 
FIZIK TG 5 KANTA
FIZIK TG 5 KANTAFIZIK TG 5 KANTA
FIZIK TG 5 KANTA
 
1.5 interferens gelombang
1.5 interferens gelombang1.5 interferens gelombang
1.5 interferens gelombang
 
Asid dan alkali
Asid dan alkaliAsid dan alkali
Asid dan alkali
 
Bab 2 struktur sel dan fungsi
Bab 2  struktur sel dan fungsiBab 2  struktur sel dan fungsi
Bab 2 struktur sel dan fungsi
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Nota daya graviti
Nota daya gravitiNota daya graviti
Nota daya graviti
 
22.kekenyalan
22.kekenyalan22.kekenyalan
22.kekenyalan
 
1.4 pembelauan gelombang
1.4 pembelauan gelombang1.4 pembelauan gelombang
1.4 pembelauan gelombang
 
Organisasi sel paramesium (azali)
Organisasi sel  paramesium (azali)Organisasi sel  paramesium (azali)
Organisasi sel paramesium (azali)
 
skala pH
skala pHskala pH
skala pH
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
 
1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan
1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan
1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan
 

Similar a Bio laporan amali ujian makanan

SCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian MakananSCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian Makananrosedainty
 
Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01
Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01
Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01Miz Mia
 
2 160105154755
2 1601051547552 160105154755
2 160105154755Miz Mia
 
Nutrien.ppt
Nutrien.pptNutrien.ppt
Nutrien.pptfoazi
 
sains sukan penggsal 1 4.3 & 4.4
sains sukan penggsal 1 4.3 &  4.4sains sukan penggsal 1 4.3 &  4.4
sains sukan penggsal 1 4.3 & 4.4AsmidahIsdal
 
Amali 2 gula penurun
Amali 2 gula penurunAmali 2 gula penurun
Amali 2 gula penurunAminah Rahmat
 
Unit 1 piramid makanan malaysia
Unit 1 piramid makanan malaysiaUnit 1 piramid makanan malaysia
Unit 1 piramid makanan malaysianur fahimah
 
Garis Panduan menu taska KKM
Garis Panduan menu taska KKM Garis Panduan menu taska KKM
Garis Panduan menu taska KKM JessWongHuiJuan1
 
Refleksi sebelum memulakan tugasan
Refleksi sebelum memulakan tugasanRefleksi sebelum memulakan tugasan
Refleksi sebelum memulakan tugasanPensil Dan Pemadam
 

Similar a Bio laporan amali ujian makanan (20)

SCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian MakananSCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
 
BIOTEKNOLOGI.pptx
BIOTEKNOLOGI.pptxBIOTEKNOLOGI.pptx
BIOTEKNOLOGI.pptx
 
Bab 2 nutrisi
Bab 2 nutrisiBab 2 nutrisi
Bab 2 nutrisi
 
Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01
Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01
Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01
 
2.2 gizi seimbang
2.2 gizi seimbang2.2 gizi seimbang
2.2 gizi seimbang
 
2 160105154755
2 1601051547552 160105154755
2 160105154755
 
Nutrien.ppt
Nutrien.pptNutrien.ppt
Nutrien.ppt
 
Pemakanan asas
Pemakanan asasPemakanan asas
Pemakanan asas
 
sains sukan penggsal 1 4.3 & 4.4
sains sukan penggsal 1 4.3 &  4.4sains sukan penggsal 1 4.3 &  4.4
sains sukan penggsal 1 4.3 & 4.4
 
Amali 2 gula penurun
Amali 2 gula penurunAmali 2 gula penurun
Amali 2 gula penurun
 
Unit 1 piramid makanan malaysia
Unit 1 piramid makanan malaysiaUnit 1 piramid makanan malaysia
Unit 1 piramid makanan malaysia
 
Bab 2 Nutrisi
Bab 2 NutrisiBab 2 Nutrisi
Bab 2 Nutrisi
 
4 pemakanan-sukan-tingkatan-4-140517054020-phpapp01
4 pemakanan-sukan-tingkatan-4-140517054020-phpapp014 pemakanan-sukan-tingkatan-4-140517054020-phpapp01
4 pemakanan-sukan-tingkatan-4-140517054020-phpapp01
 
4 pemakanan-sukan-tingkatan-4
4 pemakanan-sukan-tingkatan-44 pemakanan-sukan-tingkatan-4
4 pemakanan-sukan-tingkatan-4
 
Garis Panduan menu taska KKM
Garis Panduan menu taska KKM Garis Panduan menu taska KKM
Garis Panduan menu taska KKM
 
Refleksi sebelum memulakan tugasan
Refleksi sebelum memulakan tugasanRefleksi sebelum memulakan tugasan
Refleksi sebelum memulakan tugasan
 
Bab 2 nutrisi
Bab 2 nutrisiBab 2 nutrisi
Bab 2 nutrisi
 
Img 0001
Img 0001Img 0001
Img 0001
 
Protein
ProteinProtein
Protein
 
Pemakanan sukan
Pemakanan sukanPemakanan sukan
Pemakanan sukan
 

Bio laporan amali ujian makanan

  • 1. Tajuk : Laporan Amali Ujian Makanan Tujuan : Untuk menguji kandungan makanan yang mengandungi protein, kanji, gula penurun, gula bukan penurun dan lemak. Hipotesis : Susu mengandungi protein, gula penurun dan lemak. Kaya mengandungi protein, kanji dan lemak. Albumin mengandungi protein dan lemak. Roti mengandungi protein, kanji dan lemak. Susu kacang soya mengandungi protein, kanji dan lemak. Yogurt mengandungi protein dan lemak. Kentang mengandungi protein dan kanji. Nasi mengandungi protein dan kanji. Mayonis mengandungi gula penurun dan lemak. Pengenalan : Semua benda hidup memerlukan makanan. Tumbuh-tumbuhan dapat menghasilkan makanan mereka melalui fotosintesis manakala haiwan termasuklah manusia perlu makan makanan daripada benda hidup lain. Benda hidup makan makanan untuk mendapat nutrien, tenaga, pertumbuhan dan pembaharuan sel badan. Nutrien makanan seperti karbohidrat, protein dan lemak mempunyai fungsi masing-masing untuk kepentingan badan kita. Karbohidrat merupakan sebatian organik yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen. Gula penurun dan gula bukan penurun merupakan contoh karbohidrat. Karbohidrat terbahagi kepada monosakarida, disakarida dan polisakarida. Monosakarida merupakan gula tersingkat dan monomer untuk membentuk disakarida dan polisakarida. Contoh monosakarida ialah glukosa, fruktosa dan galaktosa. Disakarida terdiri daripada pergabungan dua monosakarida melalui kondensasi. Contoh disakarida ialah maltosa, sukrosa dan laktosa. Polisakarida merupakan polimer yang dibentuk daripada pergabungan monosakarida dengan kuantiti yang banyak. Contoh polisakarida ialah kanji, selulosa dan glikogen. Glukosa, fruktosa, galaktosa, maltosa dan laktosa merupakan gula penurun, manakala sukrosa merupakan gula bukan penurun. Karbohidrat merupakan sumber tenaga utama bagi sel. Kanji merupakan sumber tenaga dalam sel tumbuhan manakala glikogen merupakan sumber tenaga dalam sel haiwan. Selulosa merupakan komponen penting dalam pembentukan dinding sel. Protein merupakan sebatian organik kompleks yang mengandungi unsur karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Kebanyakan protein juga mengandungi unsur sulfur dan fosforus. Protein terdiri daripada polipeptida dan polipeptida terdiri daripada asid amino. Asid amino ialah unit asas protein. Terdapat 9 jenis asid amino yang perlu diambil dari makanan dan 11 jenis asid amino boleh disintesis oleh badan. Terdapat banyak jenis polipeptida boleh dibentuk dari 20 jenis asid amino. Protein boleh dibahagikan kepada 4 tahap mengikut strukturnya. Protein diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaharuan sel badan. Lemak merupakan sejenis lipid. Lipid merupakan sebatian organik yang juga mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen seperti karbohidrat. Unsur fosforus dan nitrogen juga wujud dalam beberapa lipid. Terdapat 4 kategori lipid, iaitu lemak dan minyak, wax, fosfolipid dan steroid. Terdapat 2 jenis lemak iaitu lemak
  • 2. tepu dan lemak tak tepu. Lemak tepu tidak mempunyai ikatan karbon-karbon manakala lemak tak tepu ada. Lemak membekalkan tenaga yang lebih banyak kepada badan berbanding dengan karbohidrat. Lemak juga dapat melindungi organ dalam badan dan mengekalkan suhu badan. Kandungan nutrien dalam makanan boleh dikenalpastikan dengan menjalankan ujian makanan. Melalui ujian makanan, kita dapat mengetahui apa makanan yang mengandungi lebih banyak nutrien tertentu. Bahan : Susu, kaya, albumin dalam telur, roti, susu kacang soya, yogurt, kentang, nasi, mayonis, larutan iodin, larutan Benedict, etanol, asid hidroklorik, reagen Millon, kertas turas dan air suling Alat radas : tabung uji, rak tabung uji, penyepit, tabung didih, penunu Bunsen, pemetik api, tungku kaki tiga dengan kasa dawai, bikar dan penitis Prosedur : A. Ujian kanji 1. Susu dituangkan sedikit ke dalam tabung uji untuk dijadikan sebagai sampel ujian. 2. Tiga titik larutan iodin dititiskan dengan menggunakan penitis ke dalam tabung uji tersebut. 3. Perubahan warna campuran diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual di bawah. 4. Susu sebagai sampel ujian digantikan kepada kaya, albumin dalam telur, roti, susu kacang soya, yogurt, kentang, nasi dan mayonis. Prosedur 2 dan 3 diulangi untuk sampel ujian makanan yang lain. B. Ujian gula penurun 1. Susu dituangkan sedikit ke dalam tabung uji untuk dijadikan sebagai sampel ujian. 2. Tiga titik larutan Benedict dititiskan dengan menggunakan penitis ke dalam tabung uji tersebut. 3. Campuran sampel ujian makanan dengan larutan Benedict digoncang dan dipanaskan di dalam kukus air sehingga berubah warna. 4. Perubahan warna campuran diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual di bawah. 5. Susu sebagai sampel ujian digantikan kepada kaya, albumin dalam telur, roti, susu kacang soya, yogurt, kentang, nasi dan mayonis. Prosedur 2 hingga 4 diulangi untuk sampel ujian makanan yang lain. C. Ujian gula bukan penurun
  • 3. 1. Susu dituangkan sedikit ke dalam tabung didih untuk dijadikan sebagai sampel ujian. 2. Tiga titik cairan asid hidroklorik dititiskan dengan menggunakan penitis ke dalam tabung didih tersebut. 3. Campuran tersebut dipanaskan selama 5 minit sehingga didih dan seterusnya dibiarkan sejuk pada keadaan suhu bilik. 4. Tiga titik larutan natrium hidroksida ditambahkan untuk meneutralkan campuran sampel ujian makanan dengan asid hidroklorik. 5. Tiga titik larutan Benedict dititiskan dengan menggunakan penitis ke dalam tabung didih tersebut. 6. Tabung didih tersebut digoncang dengan perlahan sehingga campuran menjadi sebati. 7. Tabung didih direndam di dalam kukus air sehingga perubahan warna dapat dikesan. 8. Perubahan warna campuran diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual di bawah. 9. Susu sebagai sampel ujian digantikan kepada kaya, albumin dalam telur, roti, susu kacang soya, yogurt, kentang, nasi dan mayonis. Prosedur 2 hingga 8 diulangi untuk sampel ujian makanan yang lain. D. Ujian protein 1. Susu dituangkan sedikit ke dalam tabung uji untuk dijadikan sebagai sampel ujian. 2. Tiga titik reagen Millon dititiskan dengan menggunakan penitis ke dalam tabung uji tersebut. 3. Campuran tersebut dipanaskan di dalam kukus air sehingga berubah warna. 4. Perubahan warna campuran diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual di bawah. 5. Susu sebagai sampel ujian digantikan kepada kaya, albumin dalam telur, roti, susu kacang soya, yogurt, kentang, nasi dan mayonis. Prosedur 2 hingga 4 diulangi untuk sampel ujian makanan yang lain. E. Ujian lemak Ujian menggunakan larutan Sudan lll 1. Susu dituangkan sedikit ke dalam tabung uji untuk dijadikan sebagai sampel ujian. 2. Tiga titik larutan Sudan lll dititiskan dengan menggunakan penitis ke dalam tabung uji tersebut. 3. Perubahan warna campuran diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual di bawah. 4. Susu sebagai sampel ujian digantikan kepada kaya, albumin dalam telur, roti, susu kacang soya, yogurt, kentang, nasi dan mayonis. Prosedur 2 dan 3 diulangi untuk sampel ujian makanan yang lain. Ujian menggunakan kertas turas 1. Tiga titik susu diambil untuk dititis ke atas kertas turas.
  • 4. 2. Kertas turas tersebut diletakkan di bawah kipas untuk mempercepatkan pengeringan sampel ujian makanan. 3. Perubahan pada kertas turas diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual di bawah. Ujian menggunakan etanol 1. Susu dituangkan sedikit ke dalam tabung uji untuk dijadikan sebagai sampel ujian. 2. Tiga titik larutan etanol dititiskan dengan menggunakan penitis ke dalam tabung uji tersebut. 3. Perubahan warna campuran diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual di bawah. 4. Susu sebagai sampel ujian digantikan kepada kaya, albumin dalam telur, roti, susu kacang soya, yogurt, kentang, nasi dan mayonis. Prosedur 2 dan 3 diulangi untuk sampel ujian makanan yang lain.
  • 5. Keputusan : Reagen/ Bahan uji Sampel ujian makanan Reagen Millon Larutan iodin Larutan Benedict Asid hidroklorik + natrium hidroksida + larutan Benedict Etanol Larutan Sudan lll Kertas turas Susu Mendakan merah bata terbentuk Tiada perubahan warna Mendakan warna jingga terbentuk Tiada perubahan warna Berlaku sedikit emulasi lemak Warna merah jambu terbentuk Lutsinar berlaku Kaya Mendakan merah bata terbentuk Warna biru gelap wujud Tiada perubahan warna Tiada perubahan warna Emulasi lemak berlaku Warna merah jambu terbentuk Lutsinar berlaku Albumin Mendakan merah bata terbentuk Tiada perubahan warna Tiada perubahan warna Tiada perubahan warna Emulasi lemak beraku Warna merah jambu terbentuk Lutsinar berlaku Roti Sedikit warna merah jambu Warna biru gelap wujud Tiada perubahan warna Tiada perubahan warna Warna merah jambu terbentuk Susu kacang soya Sedikit warna merah jambu Tiada perubahan warna Mendakan warna hijau terbentuk Tiada perubahan warna Warna merah jambu terbentuk Yogurt Warna merah jambu terbentuk Tiada perubahan warna Mendakan warna hijau terbentuk Tiada perubahan warna Warna merah jambu terbentuk Kentang Warna merah jambu terbentuk Warna biru gelap wujud Tiada perubahan warna Mendakan warna merah jambu terbentuk Tiada perubahan warna Nasi Sedikit merah perang Warna biru gelap wujud Tiada perubahan warna Tiada perubahan warna Tiada kesan perubahan Mayonis Sedikit merah perang Tiada perubahan warna Mendakan warna jingga terbentuk Tiada perubahan warna Lutsinar berlaku Tanda bermaksud tidak dijalankan dalam eksperimen.
  • 6. Perbincangan : Kandungan nutrien makanan boleh diuji dengan reagen atau bahan menguji tertentu. Reagen Millon digunakan untuk menguji kehadiran protein dalam sampel ujian makanan. Reagen Millon yang tidak berwarna menunjukkan keputusan positif apabila bertukar warna kepada merah bata dan mendakan terbentuk. Larutan iodin digunakan untuk menguji kehadiran kanji dalam sampel ujian makanan. Larutan iodin menunjukkan keputusan positif apabila bertukar warna dari kuning keperangan kepada biru gelap. Larutan Benedict digunakan untuk menguji kehadiran gula penurun dalam sampel ujian makanan. Asid hidroklorik, natrium hidroksida dan larutan Benedict digunakan untuk menguji kehadiran gula bukan penurun dalam sampel ujian makanan. Larutan Benedict menunjukkan keputusan positif apabila warna biru pada asalnya bertukar kepada warna merah bata dan mendakan terbentuk. Perubahan warna larutan Benedict kepada warna hijau, kuning dan merah bata bergantung kepada tahap mengandungi gula penurun. Larutan Sudan lll, etanol dan kertas turas digunakan untuk menguji kehadiran lemak dalam sampel ujian makanan. Larutan Sudan lll yang berwarna merah menunjukkan keputusan positif apabila bertukar kepada warna merah jambu. Etanol akan menghasilkan emulasi lemak manakala lutsinar berlaku pada kertas turas jika sampel ujian makanan mengandungi lemak. Dalam eksperimen ini, kita boleh mendapati bahawa susu mengandungi protein, gula penurun dan lemak. Hal ini kerana reagen Millon dan larutan Benedict mengalami perubahan warna untuk menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran protein dan gula penurun dalam susu. Reagen Millon yang tidak berwarna bertukar warna kepada merah bata dan mendakan terbentuk. Larutan Benedict bertukar warna dari biru gelap kepada jingga dan mendakan terbentuk. Bagi ujian lemak, etanol, larutan Sudan lll dan kertas turas menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran lemak dalam susu. Sedikit emulasi lemak berlaku dalam ujian etanol, perubahan warna dari oren merah kepada merah jambu berlaku dalam ujian larutan Sudan lll dan kertas turas menjadi lutsinar. Ujian lemak dengan menggunakan etanol menunjukkan susu mengandungi sedikit kandungan lemak. Kaya mengandungi protein, kanji dan lemak. Hal ini kerana reagen Millon dan larutan iodin mengalami perubahan warna untuk menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran protein dan kanji dalam kaya. Reagen Millon yang tidak berwarna bertukar warna kepada merah bata dan mendakan terbentuk. Larutan iodin bertukar warna dari kuning keperangan kepada biru gelap. Bagi ujian lemak, etanol, larutan Sudan lll dan kertas turas menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran lemak dalam kaya. Emulasi lemak berlaku dalam ujian etanol, perubahan warna dari oren merah kepada merah jambu berlaku dalam ujian larutan Sudan lll dan kertas turas menjadi lutsinar. Albumin mengandungi protein dan lemak. Hal ini kerana reagen Millon mengalami perubahan warna untuk menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran protein dalam albumin. Reagen Millon yang tidak berwarna bertukar warna kepada merah bata dan mendakan terbentuk. Bagi ujian lemak, etanol, larutan Sudan lll dan kertas turas menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran lemak dalam albumin. Emulasi lemak berlaku dalam ujian etanol, perubahan warna dari
  • 7. merah kepada merah jambu berlaku dalam ujian larutan Sudan lll dan kertas turas menjadi lutsinar. Roti mengandungi protein, kanji dan lemak. Hal ini kerana reagen Millon dan larutan iodin mengalami perubahan warna untuk menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran protein dan kanji dalam roti. Reagen Millon yang tidak berwarna bertukar warna kepada merah bata dan mendakan terbentuk. Larutan iodin bertukar warna dari kuning keperangan kepada biru gelap. Bagi ujian lemak, larutan Sudan lll menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran lemak dalam roti. Perubahan warna dari warna merah kepada merah jambu berlaku dalam ujian larutan Sudan lll. Susu kacang soya mengandungi protein, gula penurun dan lemak. Hal ini kerana reagen Millon dan larutan Benedict mengalami perubahan warna untuk menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran protein dan gula penurun dalam susu kacang soya. Reagen Millon yang tidak berwarna bertukar warna kepada merah bata dan mendakan terbentuk. Larutan Benedict bertukar warna dari biru gelap kepada jingga dan mendakan terbentuk. Bagi ujian lemak, larutan Sudan lll menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran lemak dalam susu kacang soya. Perubahan warna dari warna merah kepada merah jambu berlaku dalam ujian larutan Sudan lll. Yogurt mengandungi protein, gula penurun dan lemak. Hal ini kerana reagen Millon dan larutan Benedict mengalami perubahan warna untuk menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran protein dan gula penurun dalam yogurt. Reagen Millon yang tidak berwarna bertukar warna kepada merah bata dan mendakan terbentuk. Larutan Benedict bertukar warna dari biru gelap kepada hijau dan mendakan terbentuk. Hal ini kerana yogurt hanya mempunyai kandungan gula penurun yang sangat sedikit.Bagi ujian lemak, larutan Sudan lll menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran lemak dalam roti. Perubahan warna dari tidak berwarna kepada merah jambu berlaku dalam ujian larutan Sudan lll. Kentang mengandungi protein, kanji dan gula bukan penurun. Hal ini kerana reagen Millon dan larutan iodin mengalami perubahan warna untuk menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran protein dan kanji dalam kentang. Reagen Millon yang tidak berwarna bertukar warna kepada merah bata dan mendakan terbentuk. Larutan iodin bertukar warna dari kuning keperangan kepada biru gelap. Ujian kehadiran gula bukan penurun dengan menggunakan asid hidroklorik, natrium hidroksida dan larutan Benedict telah menunjukkan keputusan positif. Larutan Benedict bertukar warna dari biru gelap kepada jingga dan mendakan terbentuk. Nasi mengandungi protein dan kanji. Hal ini kerana reagen Millon dan larutan iodin mengalami perubahan warna untuk menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran protein dan kanji dalam nasi. Reagen Millon yang tidak berwarna bertukar warna kepada merah bata dan mendakan terbentuk. Larutan iodin bertukar warna dari kuning keperangan kepada biru gelap. Mayonis mengandungi gula penurun dan lemak. Hal ini kerana larutan Benedict mengalami perubahan warna untuk menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran gula penurun dalam mayonis. Larutan Benedict bertukar warna dari biru
  • 8. gelap kepada jingga dan mendakan terbentuk. Bagi ujian lemak, kertas turas menunjukkan keputusan positif bahawa kehadiran lemak dalam mayonis. Kesimpulan : Susu mengandungi protein, gula penurun dan lemak. Kaya mengandungi protein, kanji dan lemak. Albumin mengandungi protein dan lemak. Roti mengandungi protein, kanji dan lemak. Susu kacang soya mengandungi protein, kanji dan lemak. Yogurt mengandungi protein dan lemak. Kentang mengandungi protein dan kanji. Nasi mengandungi protein dan kanji. Mayonis mengandungi gula penurun dan lemak.
  • 9. Lampiran Dalam ujian protein, ujian gula penurun dan ujian gula bukan penurun, campuran sampel ujian makanan dan reagen dikehendaki dipanaskan dalam kukus air. Pelbagai jenis reagen atau bahan menguji disediakan sebelum memulakan eksperimen.
  • 10. Susu Susu menjadi warna merah jambu apabila larutan Sudan lll yang berwarna merah dititiskan masuk dalam ujian lemak. Mendakan warna jingga terbentuk dalam susu apabila larutan Benedict dititiskan masuk dalam ujian gula penurun.
  • 11. Albumin Emulasi lemak berlaku dalam ujian etanol untuk menguji kehadiran lemak dalam albumin. Albumin menyebabkan reagen Millon yang tidak berwarna bertukar warna kepada merah bata dan mendakan terbentuk dalam ujian protein.
  • 12. Kaya Kaya menyebabkan larutan iodin bertukar warna dari kuning keperangan kepada biru gelap dalam ujian kanji. Emulasi lemak berlaku dalam ujian etanol untuk menguji kehadiran lemak dalam kaya.
  • 13. Roti Roti menyebabkan larutan iodin yang berwarna kuning keperangan bertukar warna ke biru gelap dalam ujian kanji. Warna merah larutan Sudan lll bertukar menjadi warna merah jambu dalam ujian lemak roti.
  • 14. Susu kacangsoya Susu kacang soya menjadi warna merah jambu apabila larutan Sudan lll yang berwarna merah dititiskan masuk dalam ujian lemak. Dalam ujian gula penurun susu kacang soya, larutan Benedict yang bewarna biru gelap bertukar kepada warna hijau.
  • 15. Yogurt Warna larutan iodin yang kuning keperangan tidak berubah dalam ujian kanji untuk yogurt. Dalam ujian gula penurun, larutan Benedict yang berwarna biru bertukar kepada warna hijau dan mendakan terbentuk dalam yogurt.
  • 16. Kentang Reagen Millon yang tidak berwarna bertukar warna kepada merah bata dan mendakan terbentuk dalam ujian protein kentang. Larutan Benedict yang berwarna biru gelap bertukar warna kepada warna merah jambu dan mendakan terbentuk dalam ujian gula bukan penurun kentang.
  • 17. Nasi Nasi tidak meninggalkan kesan lutsinar pada kertas turas dalam ujian lemak. Nasi menukarkan warna larutan iodin dari kuning keperangan kepada biru gelap dalam ujian kanji.
  • 18. Nasi mengekalkan warna biru gelap larutan Benedict dalam ujian gula penurun. Millon reagen yang tidak berwarna bertukar warna kepada sedikit merah jambu dalam ujian protein nasi.
  • 19. Mayonis Larutan Benedict tidak berubah warna dalam ujian kehadiran gula bukan penurun dalam mayonis. Mayonis meninggalkan kesan lutsinar pada kertas turas dalam ujian lemak.
  • 20. Larutan Benedict berubah warna dari biru ke jingga dalam ujian kehadiran gula penurun dalam mayonis.
  • 21. Rujukan Atifah Ruzana Abd Wahab. (2015). Laporan Amali Biologi: Ujian Makanan. Diambil daripada http://www.slideshare.net/eepapoppins/laporan-amali-biologi-ujian- makanan?from_action=save. Gan, W. Y. (2012). Success Biology SPM. Selangor, Malaysia: Oxford Fajar. Lee, C. (2008). Complete text guide spm bilingual biology Form 4. Selangor, Malaysia: Arah Pendidikan.