SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 12
Descargar para leer sin conexión
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 79
_______________________________________________________________________________



                                           UNIT 6

                  INTEGRASI DALAM KURIKULUM
                       SEKOLAH RENDAH


  HASIL PEMBELAJARAN
  Di akhir unit ini anda akan dapat:

  1.     menerangkan konsep kurikulum bersepadu yang dilaksanakan di sekolah
         rendah.
  2.     menjelaskan konsep pengintegrasian dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah
         rendah.
  3.     menjelaskan bagaimana kesepaduan terdapat dalam KBSR/KSSR dapat
         dilaksanakan.




  PETA KONSEP TAJUK


                                       Kurikulum Bersepadu
                                         Sekolah Rendah




                        Kurikulum                       Pengintegrasian
                        Bersepadu                       dalam Kurikulum
                                                        dan pengajaran




           Kesepaduan Dalam                                  Kesepaduan Dalam
                KBSR                                              KSSR
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 80
_______________________________________________________________________________


  PENGENALAN
  Sebagai yang telah dimaklumi pengertian serta matlamat pendidikan boleh dilihat
  daripada pelbagai perspektif. Dari satu sudut, pendidikan boleh dilihat sebagai proses
  sosialisasi dan pembudayaan ahli atau bakal ahli masyarakat. Pendidikan juga boleh
  dilihat sebagai satu pelaburan yang membolehkan seseorang mendapat kedudukan dari
  sudut kewangan mahupun status sosial. Dari sudut kenegaraan pula, melalui pendidikan
  akan terbina warga negara yang mempunyai sikap dan nilai patriotisme, tahu tentang
  hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. Di negara ini, sektor pendidikan adalah
  dianggap sebagai wahana bagi pembangunan insan dan pembangunan negara.
  Sehubungan itu, pelaksanaan pendidikan dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu
  bagi mencapai tujuan tersebut. Usaha yang dilakukan ialah bagi mencungkil, memupuk,
  mengembang dan meningkatkan bakat serta potensi murid secara menyeluruh daripada
  aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, kurikulum perlu dibentuk
  dan disusun berteraskan beberapa objektif seperti memperkembangkan potensi kanak-
  kanak secara harmonis, menyeluruh dan bersepadu; membina suasana pembelajaran
  yang baik bagi meningkatkan daya fikir; mencari kebenaran; dan menyelesaikan
  masalah. Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di Malaysia
  adalah bagi mendukung dan menjayakan konsep kurikulum bersepadu ke arah
  merealisasikan hasrat yang terkandung dalam FPK. Sebelum pelaksanaan KBSR,
  kurikulum di sekolah rendah telah dikenal pasti tidak relevan dengan kehendak dan
  matlamat sistem pendidikan negara. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula
  di bangunkan berasaskan kepada prinsip-prinsip KBSR.




  ISI KANDUNGAN
  Asas berkaitan pengertian kurikulum
  Mengikut pengertian umum kurikulum ialah pelajaran ataupun mata pelajaran yang
  disediakan oleh sekolah. Walau bagaimanapun ada yang lebih perseptif dengan melihat
  kurikulum sebagai program pendidikan bagi mencapai sesuatu matlamat tertentu.
  Kurikulum juga boleh bererti apa yang guru hendak mengajar dan apa yang murid perlu
  belajar (Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2008). The International Encyclopedia of
  Curriculum pula telah mengaitkan hubungan antara kurikulum dan pendidikan dengan
  menyatakan bahawa proses pendidikan tidak dapat dijelaskan sepenuhnya tanpa
  merujuk kepada komponen kurikulumnya. Ia itu saling pentingnya antara kurikulum
  dengan pendidikan.




  Apakah konsep kurikulum bersepadu?
  Konsep kurikulum bersepadu dikenalpasti dilaksanakan di sekolah-sekolah di Amerika
  Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia. Rakyat di negara tersebut
  menganggap kesepaduan dalam kurikulum ialah sebagai usaha yang bersifat futuristik
  (Passe, 1999). Contohnya di Amerika Syarikat, unsur-unsur sains adalah dianggap
  sebagai unsur-unsur yang penting dan perlu disepadukan dalam semua mata pelajaran
  di sekolah-sekolah secara merentas kurikulum (Wiles & Bondi, 1998). Contoh lain ialah
  konsep pembelajaran berasaskan minda (brain based learning), yang kini banyak
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 81
_______________________________________________________________________________


  diintegrasikan ke dalam kurikulum hingga kurikulum dan pengajaran bersifat sepadu;
  diperkaya (enriched) serta mantap; seterusnya menjadi laluan ke arah pembelajaran
  seumur hidup (Forgaty, 2002; Passe, 1999). Secara amnya pelaksanaan konsep
  kurikulum bersepadu telah dipraktikkan secara meluas dalam sistem pendidikan di Barat
  bagi memberi manfaat kepada perkembangan potensi murid.

  Pelaksanaan konsep kurikulum bersepadu mempunyai banyak implikasi positif kepada
  murid. Menurut Passe (1999), kebaikan pelaksanaan konsep kurikulum bersepadu
  dilihat dari sudut ‘the whole is greater than the sum of its parts’ selain daripada melihat
  bahawa ‘no subject is sufficient by itself’. Secara amnya dalam sesuatu proses
  pembelajaran, kepelbagaian pengetahuan; kemahiran atau pengalaman; dan nilai-nilai
  daripada perspektif yang pelbagai, saling berhubung kait antara satu dengan lain di
  dalam minda bagi menghasilkan sesuatu yang bermakna untuk kegunaan ketika
  menghadapi situasi atau menangani masalah yang sedang dihadapi (Caine & Caine,
  1991; Fogarty, 2002; Weber, 2005). Sehubungan itu, proses pengajaran dan
  pembelajaran di dalam bilik darjah seharusnya bergerak di bawah konsep kurikulum
  bersepadu seperti tersebut dengan mengambil kira kepelbagaian perkara daripada
  pelbagai aspek atau dimensi.




    AKTIVITI 6.1

        Menurut Passe (1999), kebaikan konsep kurikulum bersepadu dilihat dari
        sudut ‘the whole is greater than the sum of its parts’ selain melihat ‘no subject
        is sufficient by itself’. Kaitkan rasional tersebut dengan perubahan daripada
        Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Bersepadu
        Sekolah Rendah.

        _____________________________________________________________

        _____________________________________________________________

        _____________________________________________________________

        _____________________________________________________________

        _____________________________________________________________

        _____________________________________________________________

        _____________________________________________________________

        _____________________________________________________________



        _____________________________________________________________

        _____________________________________________________________
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 82
_______________________________________________________________________________


  Integrasi kurikulum dan pengajaran dalam kurikulum
  bersepadu?

  Proses pengajaran dan pembelajaran yang melaksanakan kurikulum bersepadu ialah
  laluan untuk berlakunya konsep pembelajaran berasaskan minda. Mengikut konsep
  pembelajaran berasaskan minda, proses pembelajaran akan lebih berkesan jika berlaku
  sinaps di dalam otak manusia; iaitu pelbagai sel neuron dalam otak saling berhubung
  antara satu dengan yang lain di bahagian dendrit; terutama apabila impuls dihantar dan
  diterima oleh sel-sel neuron. Ingatan seseorang akan sentiasa diperkukuh melalui
  pembinaan sinaps yang baru. Sehubungan itu jika impuls terhasil daripada persekitaran
  yang kaya dengan pelbagai rangsangan, maka pembelajaran akan menjadi lebih mudah
  serta bermakna kerana sinaps akan sering berlaku. Sebaliknya jika murid tidak
  terangsang oleh sebarang rangsangan, maka dendritnya juga tidak akan terangsang dan
  sinaps tidak berlaku; akibatnya pembelajaran menjadi kurang berkesan atau tidak
  berlaku langsung. Oleh yang demikian, persekitaran pembelajaran harus diperkayai
  dengan pelbagai rangsangan agar pembelajaran menjadi lebih berkesan. Integrasikan
  pelbagai elemen dalam kurikulum dan pengajaran dalam kurikulum bersepadu boleh
  mewujudkan pelbagai rangsangan yang dimaksudkan seterusnya menjadikan proses
  pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan.

  Beberapa pendekatan boleh diambil dalam usaha untuk mengintegrasikan sesuatu
  elemen, ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Passe (1999) mencadangkan
  pendekatan adaptasi ke dalam kurikulum yang sedia ada; iaitu mengadaptasikan
  sesuatu elemen kemahiran atau elemen nilai ke dalam mata pelajaran yang sedia ada.
  Sesuatu elemen contohnya kemahiran berfikir boleh diadaptasikan ke dalam pengajaran
  sesuatu mata pelajaran yang sedia ada. Fogarty (2002) pula mencadangkan
  pengintegrasian secara nested. Dalam pengintegrasian secara nested, guru
  mensasarkan beberapa isi pelajaran; atau beberapa kemahiran, contohnya kemahiran
  sosial atau kemahiran berfikir, ke dalam sesuatu mata pelajaran. Melalui pendekatan
  adaptasi mahupun pendekatan nested, sesuatu kurikulum bersepadu mempunyai sifat
  kaya dengan pengetahuan, kemahiran, nilai dan elemen berguna yang diperlukan oleh
  murid bagi tujuan perkembangan semua potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani
  secara harmonis, menyeluruh dan bersepadu.

  Pengintegrasian ialah cara yang diguna dalam kurikulum bersepadu untuk
  mengintegrasikan sesuatu elemen tertentu ke dalam kurikulum yang sedia ada.
  Pengintegrasian dalam pengajaran dapat menyepadukan sesuatu elemen tertentu,
  contohnya elemen kemahiran berfikir ke dalam sesuatu mata pelajaran. Bagi
  melaksanakannya, elemen tertentu akan diintegrasikan dalam proses pengajaran dan
  pembelajaran, di samping menyampaikan isi kandungan dan mencapai objektif sesuatu
  proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya, pengintegrasian ialah salah
  satu cara yang diguna pakai oleh guru bagi menyepadukan elemen seperti kemahiran
  berfikir, kemahiran multilingual, nilai murni dan nilai patriotisme   dalam proses
  pengajaran dan pembelajaran. Menurut Armstrong (2000), elemen kecerdasan pelbagai
  juga boleh diintegrasikan ke dalam kurikulum yang bersifat sepadu. Sehubungan itu, di
  bawah konsep kurikulum bersepadu, sesuatu kurikulum berkeupayaan untuk
  memperkembangkan semua potensi murid secara seimbang, harmonis dan menyeluruh
  selain daripada membina suasana pembelajaran yang kondusif ke arah
  mempertingkatkan daya fikir; mencari kebenaran; dan menyelesaikan masalah.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 83
_______________________________________________________________________________


  Apakah konsep integrasi terdapat dalam KBSR?
  Dalam KBSR, konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan. Konsep kesepaduan
  dalam KBSR membawa maksud penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa
  dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu. Ini kerana
  dalam KBSR, pendidikan adalah bagi pembangunan individu insan yang seimbang dan
  harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. KBSR dirancang untuk
  membolehkan setiap orang murid memperoleh kemahiran, mengembangkan bakat, nilai,
  pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki. Bagi tujuan ini, pelaksanaan KBSR
  perlulah mengintegrasikan perkara-perkara berikut:

      •   Teori dengan amali
      •   Pengetahuan dengan kemahiran
      •   Pengetahuan dan kemahiran dengan nilai
      •   Pengalaman dalam bilik darjah dengan pengalaman luar bilik darjah
      •   Pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam sesuatu mata pelajaran dengan
          pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran lain.
      •   Bahasa merentas kurikulum




                                       Kesepaduan
                                      Unsur Intelek,
                                      Rohani, Emosi
                                       dan Jasmani
             Penekanan
                                                                 Pendidikan
            Kepada Nilai
                                                                Untuk Semua
               Murni

                                      Konsep
                                      Integrasi
                                    Dalam KBSR
                                                                 Penggunaan
             Pendidikan
                                                                 Pengetahuan
             Sepanjang
                                                                dan Kemahiran
               Hayat
                                      Meningkatkan                Sedia Ada
                                      Penggunaan
                                    Bahasa Melayu &
                                    Bahasa Inggeris
                                      serta bahasa
                                     pengantar yang
                                          lain.


                                     Rajah 6.1
                           Konsep Kesepaduan Dalam KBSR
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 84
_______________________________________________________________________________


  Dari segi prosesnya pula, pelaksanaan KBSR meliputi konsep-konsep berikut:

      •   Pendekatan bersepadu
      •   Perkembangan individu secara holistik
      •   Pendidikan untuk semua
      •   Pendidikan sepanjang hayat



      Pendekatan Bersepadu
  Dalam pendekatan ini elemen ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai adalah dilihat
  secara bersepadu bagi perkembangan individu yang seimbang dan harmonis dari segi
  intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
  Tuhan. John Dewey, Maria Montessori, Franklin Bobbit, Ralf Tyler dan lain-lain ialah
  antara mereka yang melihat murid-murid sebagai sumber utama kepada sesuatu
  kurikulum yang digubal. Apa yang difikir tentang kurikulum perlulah ada kaitan dengan
  pengalaman yang dilalui oleh murid-murid. Dewey juga percaya adalah tidak wajar
  mengasingkan (compartmentalise) antara ilmu pengetahuan dengan pengalaman serta
  lain-lain elemen yang berkaitan.



      Perkembangan Individu Secara Holistik
  Konsep perkembangan individu secara holistik adalah selaras dengan kehendak FPK.
  Dalam FPK, pendidikan negara adalah sebagai usaha yang komprehensif dan
  berterusan untuk melahirkan individu yang bersahsiah baik, berketrampilan seterusnya
  seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum dan
  pengajaran juga tidak mengenepikan kepercayaan dan kepatuhan kepada perintah
  Tuhan. Individu insan yang dilahirkan melalui proses pendidikan perlu mempunyai ilmu
  pengetahuan; mempunyai kemahiran; mempunyai pemikiran kreatif; rasional;
  mempunyai akhlak yang mulia; dan seterusnya mampu memberi sumbangan ke arah
  kesejahteraan diri, keluarga dan kemakmuran masyarakat dan negara.



      Pendidikan Untuk Semua
  Setiap insan telah dijanjikan rezeki masing-masing oleh Yang Maha Pencipta.
  Sehubungan itu juga kita sering mendengar ungkapan seperti berikut:

          Yang pekak membakar meriam
          Yang buta menghembus lesung
          Yang lumpuh menghalau ayam
          Yang pekung menjemur jemuran
          Yang kurap memikul buluh

  Ungkapan tersebut memberi gambaran kepada kita bahawa setiap individu mempunyai
  potensi yang tersendiri dan mampu memainkan peranan masing-masing untuk
  kepentingan diri dan memberi sumbangan kepada orang lain. Oleh yang demikian hak
  setiap individu tidaklah boleh dinafikan sama sekali walau apa pun keadaan mereka.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 85
_______________________________________________________________________________


  Sehubungan itu pendidikan perlu diberi kepada setiap individu mengikut kapasiti masing-
  masing.

  Dalam kelas-kelas KBSR yang biasa murid-murid perlu diberi peluang untuk menimba
  pengetahuan dan kemahiran secara adil dan saksama. Sehubungan itu murid-murid
  biasanya akan diagihkan mengikut kumpulan berasaskan keupayaan mereka. Kepada
  kumpulan murid yang cerdas aktiviti pengayaan akan dilakukan. Manakala bagi murid-
  murid yang lemah aktiviti pemulihan pula akan diberi.



      Pendidikan Sepanjang Hayat
  Sebagai yang dihasratkan dalam FPK, secara prosesnya pendidikan adalah usaha yang
  berterusan, sehubungan itu pendidikan perlu berlangsung sepanjang hayat. Manusia
  mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan. Proses pertumbuhan dan
  perkembangan akan menyebabkan perubahan terus berlaku pada individu dari semasa
  ke semasa. Oleh yang demikian adaptasi kepada perubahan tersebut memerlukan
  latihan kemahiran baru mahupun pendidikan yang berterusan. Selain itu, persekitaran
  yang terus berubah dari semasa ke semasa juga menuntut kepada keterampilan yang
  perlu sentiasa dipertingkatkan. Melalui konsep pendidikan sepanjang hayat,
  kesinambungan dalam kehidupan dapat berlangsung dengan lancar. Pendidikan adalah
  bersifat wajib dan berterusan iaitu dari buaian hingga ke liang lahat. Konsep berkaitan
  dengan perkara ini memang terkandung dalam Al-Quran dan hadis. Pendidikan
  sepanjang hayat telah dikenal pasti perlu dalam usaha membangunkan modal insan
  selain daripada memperkembangkan minat, bakat serta domain afektif individu. Ini juga
  diakui oleh pendidik barat seperti Jean Jacques Rousseau yang mana beliau pernah
  mengatakan pendidikan adalah usaha yang terus menerus sejak dari alam kanak-kanak
  lagi. Sehubungan itu dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah, pelajar-pelajar perlu
  disemai dengan sikap dan semangat untuk terus menuntut secara berterusan.



  Apakah maksud penggabungjalinan dan penyerapan?

  Bagi melaksakanan pengajaran yang berasaskan kepada kurikulum bersepadu,
  pelaksanaan KBSR menggunakan pula konsep penggabungjalinan, penyerapan dan
  penerapan.


          Penggabungjalinan

  Penggabungjalinan yang dimaksudkan dalam KBSR ialah sebagai proses
  menggabungkan pelbagai kemahiran yang relevan ke arah pembelajaran murid yang
  integratif dan menyeluruh bagi sesuatu mata pelajaran. Penggabungjalinan kemahiran
  boleh dilihat daripada tiga sudut seperti berikut :
      •   Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 86
_______________________________________________________________________________


          (contoh: Kemahiran kira dharab dan kira tolak dalam pengajaran kira
                   bahagi; kemahiran membina ayat dalam kemahiran menulis
                   karangan pendek; dan sebagainya)


      •   Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam
          sesuatu mata pelajaran.

          (contoh: Kemahiran melukis bulatan, segitiga, segiempat dll. daripada mata
                   pelajaran Seni Visual dalam pembelajaran Matematik dan
                   sebagainya)


      •   Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum.

          (contoh:   Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK), kemahiran
                     menaakul,   kemahiran     menyelesai     masalah,    kemahiran
                     berkomunikasi, kemahiran ICT dan sebagainya seboleh mungkin
                     dalam pengajaran semua mata pelajaran)



          Penyerapan
  Dalam penyerapan, berlaku proses mengintegrasi atau menyatupadukan
  pengetahuan am atau pengetahuan daripada mata pelajaran lain ke dalam
  pengajaran sesuatu mata pelajaran. Sebagai contoh, guru mengambil petikan atau
  artikel sains daripada mata pelajaran Sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman
  dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Maklumat atau pengetahuan am juga boleh
  disentuh dan dihubungkaitkan dalam pengajaran guru. Melalui cara ini aktiviti
  pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik selain penguasaan ilmu
  pengetahuan yang menjadi lebih luas oleh murid. Konsep penerapan dalam hal ini
  membawa maksud proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan
  gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang diterapkan adalah termasuk nilai-nilai
  murni KBSR, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai
  kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya.




  Apakah konsep integrasi terdapat dalam KSSR?
  Konsep integrasi seperti yang terdapat dalam KBSR terus berlangsung walaupun
  KBSR telah ditransformasikan kepada KSSR. Elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai
  yang disepadukan dalam KBSR seperti nilai murni, patriotisme, nilai alam sekitar,
  kesihatan sosial, keselamatan jalan raya, sains dan teknologi, KBKK dan lain-lain akan
  terus diberi penekanan dalam KSSR selain elemen merentas kurikulum (EMK).
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 87
_______________________________________________________________________________



                                 Penekanan Konsep 5P

             Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam
             Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan konsep
             penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan
             penilaian. Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep
             bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

                                     … Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. 2011




          Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
  EMK diperkenalkan dalam KSSR sebagai tambahan kepada aspek-aspek yang
  disepadukan dalam KBSR dan sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti
  pelaksanaan KSSR.




             Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang
             diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain
             yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini
             diterapkan    bertujuan   mengukuhkan     kemahiran   dan
             keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat
             menangani cabaran semasa dan masa hadapan.

            http://www.moe.gov.my/bpk/




  EMK dalam KSSR merujuk kepada penyepaduan tiga elemen iaitu:

      •   kreativiti dan inovatif
      •   keusahawanan
      •   teknologi maklumat dan komunikasi

  Dalam pelaksanaan KSSR, EMK perlu disepadukan di dalam semua disiplin ilmu. KPM
  (2010) telah memberi rasional tentang kepentingan EMK iaitu, ketiga-tiga elemen dalam
  EMK tersebut sebagai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Selain itu, EMK
  dikatakan penting untuk pembangunan negara, iaitu daripada Perspektif Wawasan 2020
  yang mana Malaysia akan menjadi sebuah negara perindustrian. EMK juga dikatakan
  selaras dengan pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE) iaitu memperkembangkan
  budaya keusahawanan dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui konsep
  EMK juga, ICT akan dijadikan sebagai pengupaya dalam pelaksanaan proses
  pengajaran dan pembelajaran, selain ICT dipelajari sebagai mata pelajaran.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 88
_______________________________________________________________________________


  RUMUSAN
  Unit ini telah menerangkan konsep tentang kurikulum bersepadu secara umumya. Unit
  juga seterusnya menjelaskan tentang pengajaran yang mengintegrasikan elemen-
  elemen yang dikenal pasti penting dalam perkembangan pelajar di peringkat sekolah
  rendah selaras dengan perkembangan potensi secara menyeluruh, harmonis, seimbang
  dan bersepadu. Unit ini juga telah menjelaskan bagaimana pengintegrasian tersebut
  dapat berlangsung dalam KBSR/KSSR.




  KATA KUNCI
  Kurikulum bersepadu            -   Kurikulum yang secara eksplisitnya tidak hanya
                                     menjurus kepada sesuatu domain, bidang atau aspek
                                     tertentu sahaja, sebaliknya lebih menyeluruh dengan
                                     mengintegrasikan pelbagai domain, bidang atau aspek
                                     yang bersangkutan yang dikenalpasti relevan atau
                                     selaras dengan perkembangan seimbang murid-murid.

  Elemen merentas kurikulum -        EMK ialah elemen yang disepadukan dalam KSSR
  (EMK)                              secara merentas kurikululm melibatkan tiga elemen
                                     iaitu kreativiti dan inovatif; keusahawanan; serta
                                     teknologi maklumat dan komunikasi selain elemen-
                                     elemen yang diberi penegasan dalam KBSR.

  Pendidikan secara holistik -       Selaras dengan FPK pendidikan sebagai usaha yang
                                     komprehensif dan berterusan untuk melahirkan individu
                                     yang bersahsiah baik, berketrampilan seterusnya
                                     seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani,
                                     emosi dan jasmani serta tidak mengenepikan
                                     kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.




  PENILAIAN KENDIRI

  Jawab semua soalan berikut.

  1.     Selain daripada yang terkandung dalam sukatan pelajaran, aspek-aspek lain juga
         diberi penegasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti
         kekemasan, kebersihan, ketepatan masa dan lain-lain. Penegasan guru kepada
         perkara tersebut dalam kurikulum dan pengajaran adalah ________________

         A.     bagi mengurangkan beban dan tugas guru disiplin di sekolah.
         B.     untuk menampung lompang yang ada dalam sesuatu mata pelajaran.
         C.     untuk mengisi masa senggang yang terdapat dalam sesi pembelajaran.
         D.     selaras dengan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 89
_______________________________________________________________________________


  2.     Apakah implikasi konsep       kesepaduan   dalam   proses   pengajaran   dan
         pembelajaran KBSR?

               I.     Penerapan nilai murni
               II.    Pemerolehan ilmu pengetahuan
               III.   Pertambahan bilangan tajuk pelajaran
               IV.    Pertambahan peruntukan masa pembelajaran

         A.    I dan II sahaja
         B.    III dan IV sahaja
         C.    I, II dan III sahaja
         D.    I, II, III dan IV


  3.     Manakah antara berikut boleh diklasifikasikan sebagai kebaikan pelaksanaan
         konsep kesepaduan dalam KBSR?

         A.    Banyak lagi mata pelajaran baru boleh diajar di sekolah.
         B.    Buku teks dapat dijadikan sebagai satu-satunya bahan pembelajaran.
         C.    Perkara yang tidak boleh dijadikan mata pelajaran boleh digabung dalam
               mata pelajaran yang ada.
         D.    Dapat menetapkan secara spesifik sesuatu tujuan mata pelajaran supaya
               tidak berlaku pertindanan


  4.     Terdapat pelbagai pendekatan bagi mengintegrasikan sesuatu aspek atau
         elemen ke dalam kurikulum. Manakah antara berikut ialah pendekatan yang
         boleh dicadangkan?

               I.     membina kurikulum yang baru.
               II.    meninggalkan aspek lama untuk memasukkan yang baru.
               III.   mengadaptasi sesuatu aspek ke dalam kurikulum yang ada.
               IV.    mencampuradukkan aspek yang baru dalam kurikulum yang lama.

         A.    I dan II sahaja
         B.    I dan III sahaja
         C.    III dan IV sahaja
         D.    II, III dan IV sahaja


  5.     Pelaksanaan kurikulum bersepadu mempunyai kebaikan tertentu. Apakah
         kebaikan?

               I.      Dapat dikaitkan dengan kehidupan harian.
               II.     Suasana dinamik dan interaktif dapat diwujudkan.
               III.    Kebergantungan kepada buku teks dapat dikurangkan.
               IV.     Mata pelajaran yang kurang diberi penekanan dapat disepadukan.

         A.    I dan II sahaja
         B.    III dan IV sahaja
         C.    I, II dan III sahaja
         D.    I, II, III dan IV
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 90
_______________________________________________________________________________


  CADANGAN JAWAPAN:            1. D; 2. A; 3. C; 4. B; 5. B



  RUJUKAN

  http://www.moe.gov.my/bpk/

  Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2008). Falsafah pendidikan dan kurikulum (edisi
        kedua). Tanjong Malim: Quantum Books.

  Armstrong, T. (2000). Multiple intelligences. Diperoleh Mei 28, 2004 daripada
         http://www.thomasarmstrong.com

  Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah
        Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

  Caine, R. & Caine, G. (1991). Making connections: Teaching and human brain.
         Alexandria VA: Association for Supervision and Curriculum Development.

  Fogarty, R. (2002). How to integrate the curricula (2nd ed.). Illinois: Pearson Skyligt
         Publication.

  Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah:
         Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.

  Passe, J. (1999). Elementary school curriculum (2nd Edition). Boston : McGraw Hill.

  Weber, E. (2005). MI strategies in the classroom and beyond using roundtable learning.
        Boston: Pearson Allyn & Bacon.

  Wiles, J. & Bondi, J. (1998). Curriculum development: A guide to practice (5th ed.). New
         Jersey: Merrill.

  Wyse, D. (2002). Becoming a primary school teacher. New York: Routledge.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabMohamad Yusof
 
Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8khaidiny
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
Teori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumTeori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumchenta miamor
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)naassyura
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiashaatis
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovNahzatul Akma
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranamalinajohari94
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaaminnafek
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahQamariah sabariah
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Inovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiInovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiShamsul Amir
 
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) - Pengenalan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) - PengenalanStandard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) - Pengenalan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) - PengenalanMohd Suhaimin Isnen
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategiazirah azizul
 

La actualidad más candente (20)

Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
 
Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Teori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumTeori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulum
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Falsafah Pendidikan
Falsafah PendidikanFalsafah Pendidikan
Falsafah Pendidikan
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Jenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulumJenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulum
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Inovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiInovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawi
 
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) - Pengenalan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) - PengenalanStandard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) - Pengenalan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) - Pengenalan
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 

Destacado

Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaMegala Silva Raju
 
68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rphWei Fen Chua
 
sukatan pelajaran KH Tahun 6
sukatan pelajaran KH Tahun 6sukatan pelajaran KH Tahun 6
sukatan pelajaran KH Tahun 6Herney Aqilah Kay
 
Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan  Bilik DarjahPengurusan  Bilik Darjah
Pengurusan Bilik Darjahshockgadof
 
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-502347941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023Nurul Cahaya Mata
 
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruShuk Ri
 
Rancangan mengajar sains tahun 4 ( aniamals and plants protect themselves 2)
Rancangan mengajar sains tahun 4 ( aniamals and plants protect themselves 2)Rancangan mengajar sains tahun 4 ( aniamals and plants protect themselves 2)
Rancangan mengajar sains tahun 4 ( aniamals and plants protect themselves 2)Lee Chin
 
Teori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan MaklumatTeori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan MaklumatWan Farid Nazrin
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Pentaksiran Pembelajaran
Pentaksiran PembelajaranPentaksiran Pembelajaran
Pentaksiran PembelajaranRadzi A Rashid
 

Destacado (20)

13 unit 9
13 unit 913 unit 9
13 unit 9
 
14 unit 10
14 unit 1014 unit 10
14 unit 10
 
12 unit 8
12 unit 812 unit 8
12 unit 8
 
16 unit 12
16 unit 1216 unit 12
16 unit 12
 
9 unit 5
9 unit 59 unit 5
9 unit 5
 
15 unit 11
15 unit 1115 unit 11
15 unit 11
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph
 
Pengurusan bilik-darjah
Pengurusan bilik-darjahPengurusan bilik-darjah
Pengurusan bilik-darjah
 
6 unit 2
6 unit 26 unit 2
6 unit 2
 
sukatan pelajaran KH Tahun 6
sukatan pelajaran KH Tahun 6sukatan pelajaran KH Tahun 6
sukatan pelajaran KH Tahun 6
 
Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan  Bilik DarjahPengurusan  Bilik Darjah
Pengurusan Bilik Darjah
 
Tahun 5
Tahun 5Tahun 5
Tahun 5
 
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-502347941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
 
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
 
Rancangan mengajar sains tahun 4 ( aniamals and plants protect themselves 2)
Rancangan mengajar sains tahun 4 ( aniamals and plants protect themselves 2)Rancangan mengajar sains tahun 4 ( aniamals and plants protect themselves 2)
Rancangan mengajar sains tahun 4 ( aniamals and plants protect themselves 2)
 
Teori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan MaklumatTeori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan Maklumat
 
Mbmmbi
MbmmbiMbmmbi
Mbmmbi
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
 
Pentaksiran Pembelajaran
Pentaksiran PembelajaranPentaksiran Pembelajaran
Pentaksiran Pembelajaran
 

Similar a 10 unit 6

Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahenab dan kesum
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsrMohd Ridzuan
 
6 perlaksanaan kurikulum khsr
6  perlaksanaan kurikulum khsr6  perlaksanaan kurikulum khsr
6 perlaksanaan kurikulum khsrHerney Aqilah Kay
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktVijaen Cool
 
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 2808201815 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018lieytech
 
Kolaboratif tpk
Kolaboratif tpkKolaboratif tpk
Kolaboratif tpkTham Mee
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasMarina Masdar
 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdfModul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdfHALIZAHBINTIRAMTHANM1
 
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp022 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02Umantiq Smakt
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)Norabza Abdullah
 
Prakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menPrakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menrosmizai
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmamirSKKT
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmikashafiqah
 

Similar a 10 unit 6 (20)

Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendah
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsr
 
6 perlaksanaan kurikulum khsr
6  perlaksanaan kurikulum khsr6  perlaksanaan kurikulum khsr
6 perlaksanaan kurikulum khsr
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
 
6 unit 2
6 unit 26 unit 2
6 unit 2
 
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 2808201815 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
 
Kolaboratif tpk
Kolaboratif tpkKolaboratif tpk
Kolaboratif tpk
 
Presentation Unit 8
Presentation Unit 8Presentation Unit 8
Presentation Unit 8
 
11 unit 7
11 unit 711 unit 7
11 unit 7
 
Tajuk 4
Tajuk 4Tajuk 4
Tajuk 4
 
Modul dst t3
Modul dst t3Modul dst t3
Modul dst t3
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdfModul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
 
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp022 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
 
Prakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menPrakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-men
 
Bentuk kurikulum
Bentuk kurikulumBentuk kurikulum
Bentuk kurikulum
 
Buletin Bulanan KPM
Buletin Bulanan KPMBuletin Bulanan KPM
Buletin Bulanan KPM
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 

Más de Liching Ching

Unit 1 konsep abm pdf
Unit 1 konsep abm pdfUnit 1 konsep abm pdf
Unit 1 konsep abm pdfLiching Ching
 
Jadual exam untuk paparan student
Jadual exam untuk paparan studentJadual exam untuk paparan student
Jadual exam untuk paparan studentLiching Ching
 
Fomat tugasan KRP 3013
Fomat tugasan KRP 3013Fomat tugasan KRP 3013
Fomat tugasan KRP 3013Liching Ching
 
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakEdit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakLiching Ching
 
Copy of rpt numerasi thn 2
Copy of rpt numerasi thn 2Copy of rpt numerasi thn 2
Copy of rpt numerasi thn 2Liching Ching
 
Contoh ranc pel harian (09)
Contoh ranc pel harian   (09)Contoh ranc pel harian   (09)
Contoh ranc pel harian (09)Liching Ching
 
Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2
Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2
Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2Liching Ching
 
Rpt tahap 1 literasi pemulihan khas
Rpt tahap 1 literasi  pemulihan khasRpt tahap 1 literasi  pemulihan khas
Rpt tahap 1 literasi pemulihan khasLiching Ching
 
Surat siaran senat muet
Surat siaran senat muetSurat siaran senat muet
Surat siaran senat muetLiching Ching
 
Salah-silah pengasas Kampung Sebat Dayak
Salah-silah pengasas Kampung Sebat DayakSalah-silah pengasas Kampung Sebat Dayak
Salah-silah pengasas Kampung Sebat DayakLiching Ching
 
Jadual perlaksanaan assignment sem 2
Jadual perlaksanaan assignment sem 2Jadual perlaksanaan assignment sem 2
Jadual perlaksanaan assignment sem 2Liching Ching
 

Más de Liching Ching (20)

KRAFTANGAN A.pptx
KRAFTANGAN A.pptxKRAFTANGAN A.pptx
KRAFTANGAN A.pptx
 
Pjj pindaan 12
Pjj pindaan 12Pjj pindaan 12
Pjj pindaan 12
 
Unit 1 konsep abm pdf
Unit 1 konsep abm pdfUnit 1 konsep abm pdf
Unit 1 konsep abm pdf
 
Jadual exam untuk paparan student
Jadual exam untuk paparan studentJadual exam untuk paparan student
Jadual exam untuk paparan student
 
Fomat tugasan KRP 3013
Fomat tugasan KRP 3013Fomat tugasan KRP 3013
Fomat tugasan KRP 3013
 
8 unit 4
8 unit 48 unit 4
8 unit 4
 
7 unit 3
7 unit 37 unit 3
7 unit 3
 
5 unit 1
5 unit 15 unit 1
5 unit 1
 
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakEdit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
 
Rpt numerasi thn 1
Rpt numerasi thn 1Rpt numerasi thn 1
Rpt numerasi thn 1
 
Copy of rpt numerasi thn 2
Copy of rpt numerasi thn 2Copy of rpt numerasi thn 2
Copy of rpt numerasi thn 2
 
Contoh ranc pel harian (09)
Contoh ranc pel harian   (09)Contoh ranc pel harian   (09)
Contoh ranc pel harian (09)
 
Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2
Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2
Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2
 
Rpt tahap 1 literasi pemulihan khas
Rpt tahap 1 literasi  pemulihan khasRpt tahap 1 literasi  pemulihan khas
Rpt tahap 1 literasi pemulihan khas
 
Surat siaran senat muet
Surat siaran senat muetSurat siaran senat muet
Surat siaran senat muet
 
Salah-silah pengasas Kampung Sebat Dayak
Salah-silah pengasas Kampung Sebat DayakSalah-silah pengasas Kampung Sebat Dayak
Salah-silah pengasas Kampung Sebat Dayak
 
Jadual perlaksanaan assignment sem 2
Jadual perlaksanaan assignment sem 2Jadual perlaksanaan assignment sem 2
Jadual perlaksanaan assignment sem 2
 
WAKTU
WAKTUWAKTU
WAKTU
 
Alat alat muzik
Alat alat muzikAlat alat muzik
Alat alat muzik
 
Kvk 1
Kvk 1Kvk 1
Kvk 1
 

10 unit 6

  • 1. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 79 _______________________________________________________________________________ UNIT 6 INTEGRASI DALAM KURIKULUM SEKOLAH RENDAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menerangkan konsep kurikulum bersepadu yang dilaksanakan di sekolah rendah. 2. menjelaskan konsep pengintegrasian dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah rendah. 3. menjelaskan bagaimana kesepaduan terdapat dalam KBSR/KSSR dapat dilaksanakan. PETA KONSEP TAJUK Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Kurikulum Pengintegrasian Bersepadu dalam Kurikulum dan pengajaran Kesepaduan Dalam Kesepaduan Dalam KBSR KSSR
  • 2. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 80 _______________________________________________________________________________ PENGENALAN Sebagai yang telah dimaklumi pengertian serta matlamat pendidikan boleh dilihat daripada pelbagai perspektif. Dari satu sudut, pendidikan boleh dilihat sebagai proses sosialisasi dan pembudayaan ahli atau bakal ahli masyarakat. Pendidikan juga boleh dilihat sebagai satu pelaburan yang membolehkan seseorang mendapat kedudukan dari sudut kewangan mahupun status sosial. Dari sudut kenegaraan pula, melalui pendidikan akan terbina warga negara yang mempunyai sikap dan nilai patriotisme, tahu tentang hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. Di negara ini, sektor pendidikan adalah dianggap sebagai wahana bagi pembangunan insan dan pembangunan negara. Sehubungan itu, pelaksanaan pendidikan dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu bagi mencapai tujuan tersebut. Usaha yang dilakukan ialah bagi mencungkil, memupuk, mengembang dan meningkatkan bakat serta potensi murid secara menyeluruh daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, kurikulum perlu dibentuk dan disusun berteraskan beberapa objektif seperti memperkembangkan potensi kanak- kanak secara harmonis, menyeluruh dan bersepadu; membina suasana pembelajaran yang baik bagi meningkatkan daya fikir; mencari kebenaran; dan menyelesaikan masalah. Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di Malaysia adalah bagi mendukung dan menjayakan konsep kurikulum bersepadu ke arah merealisasikan hasrat yang terkandung dalam FPK. Sebelum pelaksanaan KBSR, kurikulum di sekolah rendah telah dikenal pasti tidak relevan dengan kehendak dan matlamat sistem pendidikan negara. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula di bangunkan berasaskan kepada prinsip-prinsip KBSR. ISI KANDUNGAN Asas berkaitan pengertian kurikulum Mengikut pengertian umum kurikulum ialah pelajaran ataupun mata pelajaran yang disediakan oleh sekolah. Walau bagaimanapun ada yang lebih perseptif dengan melihat kurikulum sebagai program pendidikan bagi mencapai sesuatu matlamat tertentu. Kurikulum juga boleh bererti apa yang guru hendak mengajar dan apa yang murid perlu belajar (Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2008). The International Encyclopedia of Curriculum pula telah mengaitkan hubungan antara kurikulum dan pendidikan dengan menyatakan bahawa proses pendidikan tidak dapat dijelaskan sepenuhnya tanpa merujuk kepada komponen kurikulumnya. Ia itu saling pentingnya antara kurikulum dengan pendidikan. Apakah konsep kurikulum bersepadu? Konsep kurikulum bersepadu dikenalpasti dilaksanakan di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia. Rakyat di negara tersebut menganggap kesepaduan dalam kurikulum ialah sebagai usaha yang bersifat futuristik (Passe, 1999). Contohnya di Amerika Syarikat, unsur-unsur sains adalah dianggap sebagai unsur-unsur yang penting dan perlu disepadukan dalam semua mata pelajaran di sekolah-sekolah secara merentas kurikulum (Wiles & Bondi, 1998). Contoh lain ialah konsep pembelajaran berasaskan minda (brain based learning), yang kini banyak
  • 3. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 81 _______________________________________________________________________________ diintegrasikan ke dalam kurikulum hingga kurikulum dan pengajaran bersifat sepadu; diperkaya (enriched) serta mantap; seterusnya menjadi laluan ke arah pembelajaran seumur hidup (Forgaty, 2002; Passe, 1999). Secara amnya pelaksanaan konsep kurikulum bersepadu telah dipraktikkan secara meluas dalam sistem pendidikan di Barat bagi memberi manfaat kepada perkembangan potensi murid. Pelaksanaan konsep kurikulum bersepadu mempunyai banyak implikasi positif kepada murid. Menurut Passe (1999), kebaikan pelaksanaan konsep kurikulum bersepadu dilihat dari sudut ‘the whole is greater than the sum of its parts’ selain daripada melihat bahawa ‘no subject is sufficient by itself’. Secara amnya dalam sesuatu proses pembelajaran, kepelbagaian pengetahuan; kemahiran atau pengalaman; dan nilai-nilai daripada perspektif yang pelbagai, saling berhubung kait antara satu dengan lain di dalam minda bagi menghasilkan sesuatu yang bermakna untuk kegunaan ketika menghadapi situasi atau menangani masalah yang sedang dihadapi (Caine & Caine, 1991; Fogarty, 2002; Weber, 2005). Sehubungan itu, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seharusnya bergerak di bawah konsep kurikulum bersepadu seperti tersebut dengan mengambil kira kepelbagaian perkara daripada pelbagai aspek atau dimensi. AKTIVITI 6.1 Menurut Passe (1999), kebaikan konsep kurikulum bersepadu dilihat dari sudut ‘the whole is greater than the sum of its parts’ selain melihat ‘no subject is sufficient by itself’. Kaitkan rasional tersebut dengan perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________
  • 4. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 82 _______________________________________________________________________________ Integrasi kurikulum dan pengajaran dalam kurikulum bersepadu? Proses pengajaran dan pembelajaran yang melaksanakan kurikulum bersepadu ialah laluan untuk berlakunya konsep pembelajaran berasaskan minda. Mengikut konsep pembelajaran berasaskan minda, proses pembelajaran akan lebih berkesan jika berlaku sinaps di dalam otak manusia; iaitu pelbagai sel neuron dalam otak saling berhubung antara satu dengan yang lain di bahagian dendrit; terutama apabila impuls dihantar dan diterima oleh sel-sel neuron. Ingatan seseorang akan sentiasa diperkukuh melalui pembinaan sinaps yang baru. Sehubungan itu jika impuls terhasil daripada persekitaran yang kaya dengan pelbagai rangsangan, maka pembelajaran akan menjadi lebih mudah serta bermakna kerana sinaps akan sering berlaku. Sebaliknya jika murid tidak terangsang oleh sebarang rangsangan, maka dendritnya juga tidak akan terangsang dan sinaps tidak berlaku; akibatnya pembelajaran menjadi kurang berkesan atau tidak berlaku langsung. Oleh yang demikian, persekitaran pembelajaran harus diperkayai dengan pelbagai rangsangan agar pembelajaran menjadi lebih berkesan. Integrasikan pelbagai elemen dalam kurikulum dan pengajaran dalam kurikulum bersepadu boleh mewujudkan pelbagai rangsangan yang dimaksudkan seterusnya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Beberapa pendekatan boleh diambil dalam usaha untuk mengintegrasikan sesuatu elemen, ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Passe (1999) mencadangkan pendekatan adaptasi ke dalam kurikulum yang sedia ada; iaitu mengadaptasikan sesuatu elemen kemahiran atau elemen nilai ke dalam mata pelajaran yang sedia ada. Sesuatu elemen contohnya kemahiran berfikir boleh diadaptasikan ke dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran yang sedia ada. Fogarty (2002) pula mencadangkan pengintegrasian secara nested. Dalam pengintegrasian secara nested, guru mensasarkan beberapa isi pelajaran; atau beberapa kemahiran, contohnya kemahiran sosial atau kemahiran berfikir, ke dalam sesuatu mata pelajaran. Melalui pendekatan adaptasi mahupun pendekatan nested, sesuatu kurikulum bersepadu mempunyai sifat kaya dengan pengetahuan, kemahiran, nilai dan elemen berguna yang diperlukan oleh murid bagi tujuan perkembangan semua potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara harmonis, menyeluruh dan bersepadu. Pengintegrasian ialah cara yang diguna dalam kurikulum bersepadu untuk mengintegrasikan sesuatu elemen tertentu ke dalam kurikulum yang sedia ada. Pengintegrasian dalam pengajaran dapat menyepadukan sesuatu elemen tertentu, contohnya elemen kemahiran berfikir ke dalam sesuatu mata pelajaran. Bagi melaksanakannya, elemen tertentu akan diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, di samping menyampaikan isi kandungan dan mencapai objektif sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya, pengintegrasian ialah salah satu cara yang diguna pakai oleh guru bagi menyepadukan elemen seperti kemahiran berfikir, kemahiran multilingual, nilai murni dan nilai patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Armstrong (2000), elemen kecerdasan pelbagai juga boleh diintegrasikan ke dalam kurikulum yang bersifat sepadu. Sehubungan itu, di bawah konsep kurikulum bersepadu, sesuatu kurikulum berkeupayaan untuk memperkembangkan semua potensi murid secara seimbang, harmonis dan menyeluruh selain daripada membina suasana pembelajaran yang kondusif ke arah mempertingkatkan daya fikir; mencari kebenaran; dan menyelesaikan masalah.
  • 5. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 83 _______________________________________________________________________________ Apakah konsep integrasi terdapat dalam KBSR? Dalam KBSR, konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan. Konsep kesepaduan dalam KBSR membawa maksud penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu. Ini kerana dalam KBSR, pendidikan adalah bagi pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. KBSR dirancang untuk membolehkan setiap orang murid memperoleh kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki. Bagi tujuan ini, pelaksanaan KBSR perlulah mengintegrasikan perkara-perkara berikut: • Teori dengan amali • Pengetahuan dengan kemahiran • Pengetahuan dan kemahiran dengan nilai • Pengalaman dalam bilik darjah dengan pengalaman luar bilik darjah • Pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam sesuatu mata pelajaran dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran lain. • Bahasa merentas kurikulum Kesepaduan Unsur Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani Penekanan Pendidikan Kepada Nilai Untuk Semua Murni Konsep Integrasi Dalam KBSR Penggunaan Pendidikan Pengetahuan Sepanjang dan Kemahiran Hayat Meningkatkan Sedia Ada Penggunaan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris serta bahasa pengantar yang lain. Rajah 6.1 Konsep Kesepaduan Dalam KBSR
  • 6. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 84 _______________________________________________________________________________ Dari segi prosesnya pula, pelaksanaan KBSR meliputi konsep-konsep berikut: • Pendekatan bersepadu • Perkembangan individu secara holistik • Pendidikan untuk semua • Pendidikan sepanjang hayat Pendekatan Bersepadu Dalam pendekatan ini elemen ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai adalah dilihat secara bersepadu bagi perkembangan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. John Dewey, Maria Montessori, Franklin Bobbit, Ralf Tyler dan lain-lain ialah antara mereka yang melihat murid-murid sebagai sumber utama kepada sesuatu kurikulum yang digubal. Apa yang difikir tentang kurikulum perlulah ada kaitan dengan pengalaman yang dilalui oleh murid-murid. Dewey juga percaya adalah tidak wajar mengasingkan (compartmentalise) antara ilmu pengetahuan dengan pengalaman serta lain-lain elemen yang berkaitan. Perkembangan Individu Secara Holistik Konsep perkembangan individu secara holistik adalah selaras dengan kehendak FPK. Dalam FPK, pendidikan negara adalah sebagai usaha yang komprehensif dan berterusan untuk melahirkan individu yang bersahsiah baik, berketrampilan seterusnya seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum dan pengajaran juga tidak mengenepikan kepercayaan dan kepatuhan kepada perintah Tuhan. Individu insan yang dilahirkan melalui proses pendidikan perlu mempunyai ilmu pengetahuan; mempunyai kemahiran; mempunyai pemikiran kreatif; rasional; mempunyai akhlak yang mulia; dan seterusnya mampu memberi sumbangan ke arah kesejahteraan diri, keluarga dan kemakmuran masyarakat dan negara. Pendidikan Untuk Semua Setiap insan telah dijanjikan rezeki masing-masing oleh Yang Maha Pencipta. Sehubungan itu juga kita sering mendengar ungkapan seperti berikut: Yang pekak membakar meriam Yang buta menghembus lesung Yang lumpuh menghalau ayam Yang pekung menjemur jemuran Yang kurap memikul buluh Ungkapan tersebut memberi gambaran kepada kita bahawa setiap individu mempunyai potensi yang tersendiri dan mampu memainkan peranan masing-masing untuk kepentingan diri dan memberi sumbangan kepada orang lain. Oleh yang demikian hak setiap individu tidaklah boleh dinafikan sama sekali walau apa pun keadaan mereka.
  • 7. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 85 _______________________________________________________________________________ Sehubungan itu pendidikan perlu diberi kepada setiap individu mengikut kapasiti masing- masing. Dalam kelas-kelas KBSR yang biasa murid-murid perlu diberi peluang untuk menimba pengetahuan dan kemahiran secara adil dan saksama. Sehubungan itu murid-murid biasanya akan diagihkan mengikut kumpulan berasaskan keupayaan mereka. Kepada kumpulan murid yang cerdas aktiviti pengayaan akan dilakukan. Manakala bagi murid- murid yang lemah aktiviti pemulihan pula akan diberi. Pendidikan Sepanjang Hayat Sebagai yang dihasratkan dalam FPK, secara prosesnya pendidikan adalah usaha yang berterusan, sehubungan itu pendidikan perlu berlangsung sepanjang hayat. Manusia mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan. Proses pertumbuhan dan perkembangan akan menyebabkan perubahan terus berlaku pada individu dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian adaptasi kepada perubahan tersebut memerlukan latihan kemahiran baru mahupun pendidikan yang berterusan. Selain itu, persekitaran yang terus berubah dari semasa ke semasa juga menuntut kepada keterampilan yang perlu sentiasa dipertingkatkan. Melalui konsep pendidikan sepanjang hayat, kesinambungan dalam kehidupan dapat berlangsung dengan lancar. Pendidikan adalah bersifat wajib dan berterusan iaitu dari buaian hingga ke liang lahat. Konsep berkaitan dengan perkara ini memang terkandung dalam Al-Quran dan hadis. Pendidikan sepanjang hayat telah dikenal pasti perlu dalam usaha membangunkan modal insan selain daripada memperkembangkan minat, bakat serta domain afektif individu. Ini juga diakui oleh pendidik barat seperti Jean Jacques Rousseau yang mana beliau pernah mengatakan pendidikan adalah usaha yang terus menerus sejak dari alam kanak-kanak lagi. Sehubungan itu dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah, pelajar-pelajar perlu disemai dengan sikap dan semangat untuk terus menuntut secara berterusan. Apakah maksud penggabungjalinan dan penyerapan? Bagi melaksakanan pengajaran yang berasaskan kepada kurikulum bersepadu, pelaksanaan KBSR menggunakan pula konsep penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan. Penggabungjalinan Penggabungjalinan yang dimaksudkan dalam KBSR ialah sebagai proses menggabungkan pelbagai kemahiran yang relevan ke arah pembelajaran murid yang integratif dan menyeluruh bagi sesuatu mata pelajaran. Penggabungjalinan kemahiran boleh dilihat daripada tiga sudut seperti berikut : • Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran.
  • 8. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 86 _______________________________________________________________________________ (contoh: Kemahiran kira dharab dan kira tolak dalam pengajaran kira bahagi; kemahiran membina ayat dalam kemahiran menulis karangan pendek; dan sebagainya) • Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata pelajaran. (contoh: Kemahiran melukis bulatan, segitiga, segiempat dll. daripada mata pelajaran Seni Visual dalam pembelajaran Matematik dan sebagainya) • Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum. (contoh: Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK), kemahiran menaakul, kemahiran menyelesai masalah, kemahiran berkomunikasi, kemahiran ICT dan sebagainya seboleh mungkin dalam pengajaran semua mata pelajaran) Penyerapan Dalam penyerapan, berlaku proses mengintegrasi atau menyatupadukan pengetahuan am atau pengetahuan daripada mata pelajaran lain ke dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran. Sebagai contoh, guru mengambil petikan atau artikel sains daripada mata pelajaran Sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Maklumat atau pengetahuan am juga boleh disentuh dan dihubungkaitkan dalam pengajaran guru. Melalui cara ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik selain penguasaan ilmu pengetahuan yang menjadi lebih luas oleh murid. Konsep penerapan dalam hal ini membawa maksud proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang diterapkan adalah termasuk nilai-nilai murni KBSR, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya. Apakah konsep integrasi terdapat dalam KSSR? Konsep integrasi seperti yang terdapat dalam KBSR terus berlangsung walaupun KBSR telah ditransformasikan kepada KSSR. Elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan dalam KBSR seperti nilai murni, patriotisme, nilai alam sekitar, kesihatan sosial, keselamatan jalan raya, sains dan teknologi, KBKK dan lain-lain akan terus diberi penekanan dalam KSSR selain elemen merentas kurikulum (EMK).
  • 9. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 87 _______________________________________________________________________________ Penekanan Konsep 5P Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. … Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. 2011 Elemen Merentas Kurikulum (EMK) EMK diperkenalkan dalam KSSR sebagai tambahan kepada aspek-aspek yang disepadukan dalam KBSR dan sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. http://www.moe.gov.my/bpk/ EMK dalam KSSR merujuk kepada penyepaduan tiga elemen iaitu: • kreativiti dan inovatif • keusahawanan • teknologi maklumat dan komunikasi Dalam pelaksanaan KSSR, EMK perlu disepadukan di dalam semua disiplin ilmu. KPM (2010) telah memberi rasional tentang kepentingan EMK iaitu, ketiga-tiga elemen dalam EMK tersebut sebagai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Selain itu, EMK dikatakan penting untuk pembangunan negara, iaitu daripada Perspektif Wawasan 2020 yang mana Malaysia akan menjadi sebuah negara perindustrian. EMK juga dikatakan selaras dengan pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE) iaitu memperkembangkan budaya keusahawanan dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui konsep EMK juga, ICT akan dijadikan sebagai pengupaya dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, selain ICT dipelajari sebagai mata pelajaran.
  • 10. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 88 _______________________________________________________________________________ RUMUSAN Unit ini telah menerangkan konsep tentang kurikulum bersepadu secara umumya. Unit juga seterusnya menjelaskan tentang pengajaran yang mengintegrasikan elemen- elemen yang dikenal pasti penting dalam perkembangan pelajar di peringkat sekolah rendah selaras dengan perkembangan potensi secara menyeluruh, harmonis, seimbang dan bersepadu. Unit ini juga telah menjelaskan bagaimana pengintegrasian tersebut dapat berlangsung dalam KBSR/KSSR. KATA KUNCI Kurikulum bersepadu - Kurikulum yang secara eksplisitnya tidak hanya menjurus kepada sesuatu domain, bidang atau aspek tertentu sahaja, sebaliknya lebih menyeluruh dengan mengintegrasikan pelbagai domain, bidang atau aspek yang bersangkutan yang dikenalpasti relevan atau selaras dengan perkembangan seimbang murid-murid. Elemen merentas kurikulum - EMK ialah elemen yang disepadukan dalam KSSR (EMK) secara merentas kurikululm melibatkan tiga elemen iaitu kreativiti dan inovatif; keusahawanan; serta teknologi maklumat dan komunikasi selain elemen- elemen yang diberi penegasan dalam KBSR. Pendidikan secara holistik - Selaras dengan FPK pendidikan sebagai usaha yang komprehensif dan berterusan untuk melahirkan individu yang bersahsiah baik, berketrampilan seterusnya seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta tidak mengenepikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan berikut. 1. Selain daripada yang terkandung dalam sukatan pelajaran, aspek-aspek lain juga diberi penegasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti kekemasan, kebersihan, ketepatan masa dan lain-lain. Penegasan guru kepada perkara tersebut dalam kurikulum dan pengajaran adalah ________________ A. bagi mengurangkan beban dan tugas guru disiplin di sekolah. B. untuk menampung lompang yang ada dalam sesuatu mata pelajaran. C. untuk mengisi masa senggang yang terdapat dalam sesi pembelajaran. D. selaras dengan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh.
  • 11. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 89 _______________________________________________________________________________ 2. Apakah implikasi konsep kesepaduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KBSR? I. Penerapan nilai murni II. Pemerolehan ilmu pengetahuan III. Pertambahan bilangan tajuk pelajaran IV. Pertambahan peruntukan masa pembelajaran A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV 3. Manakah antara berikut boleh diklasifikasikan sebagai kebaikan pelaksanaan konsep kesepaduan dalam KBSR? A. Banyak lagi mata pelajaran baru boleh diajar di sekolah. B. Buku teks dapat dijadikan sebagai satu-satunya bahan pembelajaran. C. Perkara yang tidak boleh dijadikan mata pelajaran boleh digabung dalam mata pelajaran yang ada. D. Dapat menetapkan secara spesifik sesuatu tujuan mata pelajaran supaya tidak berlaku pertindanan 4. Terdapat pelbagai pendekatan bagi mengintegrasikan sesuatu aspek atau elemen ke dalam kurikulum. Manakah antara berikut ialah pendekatan yang boleh dicadangkan? I. membina kurikulum yang baru. II. meninggalkan aspek lama untuk memasukkan yang baru. III. mengadaptasi sesuatu aspek ke dalam kurikulum yang ada. IV. mencampuradukkan aspek yang baru dalam kurikulum yang lama. A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja 5. Pelaksanaan kurikulum bersepadu mempunyai kebaikan tertentu. Apakah kebaikan? I. Dapat dikaitkan dengan kehidupan harian. II. Suasana dinamik dan interaktif dapat diwujudkan. III. Kebergantungan kepada buku teks dapat dikurangkan. IV. Mata pelajaran yang kurang diberi penekanan dapat disepadukan. A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV
  • 12. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 90 _______________________________________________________________________________ CADANGAN JAWAPAN: 1. D; 2. A; 3. C; 4. B; 5. B RUJUKAN http://www.moe.gov.my/bpk/ Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2008). Falsafah pendidikan dan kurikulum (edisi kedua). Tanjong Malim: Quantum Books. Armstrong, T. (2000). Multiple intelligences. Diperoleh Mei 28, 2004 daripada http://www.thomasarmstrong.com Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Caine, R. & Caine, G. (1991). Making connections: Teaching and human brain. Alexandria VA: Association for Supervision and Curriculum Development. Fogarty, R. (2002). How to integrate the curricula (2nd ed.). Illinois: Pearson Skyligt Publication. Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Passe, J. (1999). Elementary school curriculum (2nd Edition). Boston : McGraw Hill. Weber, E. (2005). MI strategies in the classroom and beyond using roundtable learning. Boston: Pearson Allyn & Bacon. Wiles, J. & Bondi, J. (1998). Curriculum development: A guide to practice (5th ed.). New Jersey: Merrill. Wyse, D. (2002). Becoming a primary school teacher. New York: Routledge.