Publicidad
Publicidad

Más contenido relacionado

Publicidad

LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR- Modul 2 Laporan bandar anda ( A171687)

  1. LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR MODUL 2 : LAPORAN BANDAR ANDA PENSYARAH : PROF DR. RIZA ATIQ BIN ORANG KAYA RAHMAT MOGANESWARY A/P RENGANATHAN (A171687)
  2. LAPORAN BANDAR PETALING JAYA • Bandar yang akan diperbincangkan dalam laporan ini adalah bandar yang saya telah biasa dengan iaitu Petaling Jaya yang merupakan sebuah bandar terbesar di negeri Selangor. Bandar Petaling Jaya telah wujud sejak tahun 1952 sebagai sebuah bandar satelit kepada bandaraya Kuala Lumpur. • Petaling Jaya telah diberikan status sebagai bandar pada 20 Jun 2006. Ia mempunyai keluasan sekitar 97.2 kilometer persegi iaitu 37.5 batu persegi. Petaling Jaya dikelilingi oleh Kuala Lumpur di timur, Sungai Buloh di utara, Shah Alam iaitu ibu negeri Selangor, dan Subang Jaya di barat dan Bandar Kinrara , Puchong di selatan. • Peningkatan populasi masyarakat serta kedudukannya yang strategik antara Bandar seperti Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang telah menyebabkan Petaling Jaya telah makmur dengan kemudahan prasarana dan juga kegiatan ekonomi.
  3. PETA KAWASAN BANDAR PETALING JAYA
  4. PENGANGKUTAN BANDAR DI PETALING JAYA Kemajuan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar telah menjadi tarikan kerajaan dan masyarakat untuk membina pelbagai kompleks membeli-belah, institusi Pendidikan, pusat kesihatan, kawasan industri dan pejabat pentadbiran. Kewujudan segala kemudahan pembangunan ini dapat diutilasikan dengan pembinaan dan penggunaan kemudahan pengangkutan bandar yang telah dibangunkan secara giat di bandar Petaling Jaya bagi kegunaan rakyat untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. CONTOH PENGANGKUTAN BANDAR YANG DISEDIKAN DI PETALNG JAYA: Kemudahan Komuter/MRT Bas Awam Teksi/Grabcar Laluan Pejalan Kaki Kemudahan Laluan Basikal
  5. • KTM Komuter ataupun Mass Rapid Transit (MRT) merupakan sistem rel yang digunakan di Malaysia oleh pengguna awam untuk bergerak di antara lokasi tertentu di kawasan bandar. • KTM dan juga MRT berperanan yang penting untuk membawa para penumpang dalam jumlah yang agak besar dan dalam masa yang singkat. Ini telah membantu dalam pengurangan kesesakan jalan raya yang penuh dengan kenderaan beroda. • Penggunaan KTM atau MRT amat berkesan kerana wujud di kawasan kediaman. Oleh itu, ia agak mudah untuk pengguna awam bergerak ke tempat yang sering dikunjungi seperti kompleks membeli belah iaitu Mid Valley melalui KTM, stesen Mid Valley dan juga Stesen MRT bandar utama Kompleks One Utama. Kemudahan Komuter/MRT JUPITE NEPTUE Stesen KTM Mid Valley Laluan Stesen MRT Bandar Utama
  6. Laluan MRT & KTM Laluan MRT Sg.Buloh-Kajang Laluan KTM Batu Caves-Sg.Gadut & Tg.Malim- Pel.Klang
  7. Terdapat pelbagai kemudahan Bas Awam di bandar Petaling Jaya. Antaranya adalah perkhidmatan bas awam Rapid KL, Smart Selangor ,Metro Bus dan juga PJ City Bus. Kebanyakan bas ini melalui pusat membeli-belah, pusat kesihatan dan juga kawasan perindustrian yang membantu pengguna yang bekerja. Bas Smart Selangor dan PJ City Bus merupakan percuma bagi warganegara Malaysia dan perkara ini amat memudahkan kos kenderaan selaras dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas. BAS AWAM TEKSI/ GRAB CAR Penggunaan teksi dan juga Grab Car amat kerap di Petaling Jaya untuk pergi ke destinasi yang diingini. Teksi atau Grab Car ini digunakan sebagai kenderaan alternatif jika pengguna telah terlepas perkhidmatan awam seperti bas atau KTM serta untuk bergerak ke lokasi dalam masa yang singkat dan secara berindividu kerana tidak ada gangguan kesempitan seperti di dalam Bas atau MRT yang mungkin sesak dengan banyak penumpang pada masa tertentu.
  8. Laluan pejalan kaki telah disediakan khasnya untuk para pejalan kaki untuk melintas jalan raya. Lintasan ini diwujudkan dengan cara yang ada tumpuan oleh pemandu kenderaan di jalan raya dan supaya dapat melintas dengan selamat menyeberangi laluan. Petaling jaya menyediakan laluan pejalan kaki yang berbumbung di stesen menunggu bas, KTM, MRT dan juga di kawasan sekolah khasnya untuk pejalan kaki. Laluan Pejalan Kaki Kemudahan laluan basikal merupakan lintasan di dalam kawasan bandar yang dikhaskan bagi kegunaan penunggang basikal sahaja. Laluan basikal di bandar Petaling Jaya agak jarang dapat dikenal pasti disebabkan penduduk yang kurang menggunakan basikal sebagai medium pengangkutan dalam jalan raya. Kemudahan Laluan Basikal
  9. MASALAH PENGANGKUTAN BANDAR DI PETALING JAYA Pengangkutan awam yang terhad dan tidak menepati masa . Kesesakan lalu lintas yang berterusan dan memeningkan. Pencemaran udara, haba dan bunyi yang berterusan disebabkan kesesakan lalu lintas. Kurangnya kesedaran tentang kepentingan menggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dalam kalangan orang awam. Kekurangan laluan yang lengkap untuk pejalan kaki dan basikal dengan selamat. Kecuaian pengguna jalan raya yang tidak berhemah dalam memandu menyebabkan kemalangan dan kesesakan lalu lintas yang banyak.
  10. CARA MENGATASI MASALAH PENGANGKUTAN BANDAR DI PETALING JAYA Pengguna pengangkutan sentiasa perlu mencadang awal perjalanan melalui aplikasi seperti moovit dan bergerak awal ke destinasi sebelum tibanya waktu puncak kesesakan jalan raya. Kerajaan perlu meningkatkan jumlah pengangkutan awam dan pihak bertanggungjawab perlu memantau serius pergerakan bas/KTM/MRT untuk tiba pada masa yang tepat. Kerajaan perlu menggalakkan pengguna awam untuk menggunakan kenderaan awam secara maksimum untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Pihak industri automobil yang mencipta kenderaan beroda perlulah mencipta berdasarkan sumber eko- mesra iaitu menggunakan filter ekzos dan sumber bukan hidrokarbon. Undang-undang perlu diperketatkan bagi mendenda dengan berat pemandu yang tidak berhemah serta pihak JKR perlu juga mengutamakan pembinaan lalu lintas yang selamat dalam jumlah yang banyak bagi pejalan kaki serta pemandu basikal.
  11. Sekian, Terima Kasih.
Publicidad