SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 9
TAFSIR SURAH QURAISY
Seperti yang kita sudah tahu, tanah Mekah itu dari segi tumbuhan tidak ada apa tapi
Allah beri kelebihan kepada penduduk Mekah itu kerana mereka ada Ka’bah.
Ada beberapa kaitan antara surah ini dan surah sebelumnya, Surah Feel. Terutama
sekali pada ayat terakhir surah ini: ‫لا‬َّ‫ذ‬‫ي‬ ‫أ‬َ‫ط‬‫ع‬َ‫ع‬َ‫ه‬‫ع‬‫م‬ ‫م‬َِ ‫ج‬
‫و‬‫ع‬ ٍ ‫أ‬َ‫ط‬‫ع‬َ‫ع‬َ‫ه‬ ‫ع‬ ‫م‬َِ ‫ووج‬ ‫ع‬ٍ [Yang telah memberi
makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka
dari ketakutan.] Ini adalah ayat utama surah ini. Allah telah memberi mereka: ‫أ‬َ‫ط‬‫ع‬َ‫ع‬َ‫ه‬ ‫م‬َِ
‫ووج‬ ‫ع‬ٍ [keselamatan dari takut].
Keselamatan dari ketakutan ini telah disentuh dalam Surah Feel. Jadi ada perkaitan
yang amat rapat antara dua surah ini. Sampaikan ada riwayat yang mengatakan
bagaimana Saidina Umar membaca Surah Feel dan Quraish di dalam satu rakaat
tanpa meletakkan bismillah antara keduanya. Ini adalah kerana walaupun dua surah
itu memang surah yang berlainan, tapi ia amat rapat antara satu sama lain.
Pemberian dari Allah ada dua jenis utama:
Menjauhkan dari bahaya, menyelesaikan masalah. Ini telah disentuh dalam Surah
Feel.
Memberi pemberian yang diperlukan oleh manusia. Dan inilah yang disentuh dalam
Surah Quraish ini.
Apabila kita sedar dan menghargai pemberian-pemberian dari Allah dalam dua jenis
di atas, kita akan jadi rela untuk menjadi hambaNya dan menunjukkan kesyukuran
kita. Inilah juga yang kita lakukan dalam Surah Fatihah apabila kita sebut ‫ج‬
َ‫ح‬َ‫ع‬‫د‬‫يذ‬ ‫ج‬
ِ َّ ِ
ِ ‫َج‬ِ ‫ع‬ِّ
‫َامعج‬‫ع‬‫ذ‬‫يذَي‬ – waktu itu kita mengucap syukur kepada Allah dan kita mengaku yang Allah
itu adalah Rabb kita.
Ianya adalah tindakan yang semulajadi sahaja, tidak perlu dipaksa sebenarnya. Tapi
ada manusia yang ada masalah dengan perkara ini kerana mereka tidak dapat terima
yang mereka itu status hamba sahaja. Tapi Allah ingatkan kepada Quraish tentang
nikmat-nikmat yang telah diberikan kepada mereka, maka Allah ingatkan mereka,
kenalah menghambakan diri kepadaNya: ‫ي‬ ‫َح‬ََ‫ع‬‫ا‬‫د‬‫ع‬‫ا‬ ‫َّج‬ ‫ع‬ِّ ‫ي‬‫ع‬‫ل‬َ‫ا‬ ‫ج‬ِ‫ب‬‫ا‬‫ع‬َ‫يذ‬ [Maka hendaklah mereka
menyembah Tuhan Pemilik rumah ini (Ka’bah).]
Salah satu tempat yang Quraish pergi berniaga adalah di Yaman. Kalaulah Abrahah
berjaya menghancurkan Ka’bah, tentulah Quraish sudah tidak dapat pergi ke sana
lagi. Pertama kerana Ka’bah telah dimusnahkan dan kedua, tentu Abrahah tidak
membenarkan mereka pergi ke sana lagi kerana dia tidak suka kepada Quraish
Mekah.
Tetapi kerana Ka’bah masih tegak berdiri, Quraish bebas mengembara dalam rihlah
perniagaan mereka kerana puak-puak Arab yang lain takut untuk menyerang mereka
kerana mereka dihormati sebagai penjaga Ka’bah dan kerana mereka takut berhala-
berhala mereka yang berada di Ka’bah itu akan diapa-apakan pula oleh Quraish. Kita
telah bincangkan perkara ini di dalam Surah al-Feel.
Keselamatan dan nikmat yang diberikan oleh Allah kepada Quraish ini adalah kerana
doa Nabi Ibrahim a.s. seperti yang disebut dalam Baqarah:126
‫ل‬ِ‫إ‬ ‫ع‬ ‫ج‬‫ع‬‫ل‬‫َي‬ ‫ج‬
َ‫أ‬‫َِّياا‬ِ‫إ‬ ‫َج‬ِ ‫ع‬ِّ ‫ل‬‫ع‬ٍَ‫ي‬ ‫لي‬َ‫ا‬ ‫َي‬‫ح‬‫ع‬‫د‬‫ع‬َ ‫ي‬َََِ‫ه‬ ‫و‬َ‫يِّا‬ ‫ع‬ ‫ج‬
َ‫ه‬‫ع‬‫د‬‫ا‬‫ع‬‫م‬ ‫معج‬َِ ‫ج‬ِ‫ب‬‫ِّي‬‫ع‬ََّ‫ت‬‫يذ‬ ‫م‬‫ع‬َ ‫معج‬‫ع‬َ‫ه‬ ‫أ‬َ‫ط‬ََِ ‫ج‬
ِ َّ
ِ‫ي‬َِ ‫ج‬ِ‫أ‬ ‫ع‬‫ا‬‫يذ‬ ‫ع‬ ‫ج‬ِ
ِّ ٍِ ‫ي‬ ‫ج‬ ‫ج‬‫ع‬‫ل‬‫َي‬ ‫م‬‫ع‬َ ‫ع‬ ‫ج‬‫ع‬ِّ‫ع‬‫ر‬‫ع‬َ ‫ج‬
ََََِ‫ع‬ََ‫ع‬‫ع‬‫ا‬‫ج‬
َ‫ه‬
‫ج‬َ
‫دال‬‫ع‬َ ‫ج‬
َّ‫أ‬َ‫ت‬ ‫ج‬
َ‫ض‬‫ط‬ِّ‫ع‬‫ه‬‫ه‬‫ع‬‫م‬ ‫ج‬َ
‫ذل‬ِ‫إ‬ ‫ج‬
ِ ‫لي‬‫ع‬ِ ‫ج‬ِ
ِّ‫ي‬ََ‫يذ‬ ‫ج‬ ‫ج‬‫ع‬
‫ِب‬َِ ‫ع‬ ‫ج‬َِّ‫صا‬‫ع‬َ‫يذ‬
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang
aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang
beriman diantara mereka kepada Allah dan hari kemudian. Allah berfirman: “Dan
kepada orang yang kafir pun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa
dia menjalani seksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”.
Dalam ayat ini, kedua-dua perkara utama itu telah diminta oleh Nabi Ibrahim a.s.
1. ‫َي‬‫ح‬‫ع‬‫د‬‫ع‬َ ‫ي‬َََِ‫ه‬ (negeri yang aman)
2. ‫و‬َ‫يِّا‬ ‫ع‬ ‫ج‬
َ‫ه‬‫ع‬‫د‬‫ا‬‫ع‬‫م‬ (berilah rezeki kepada ahlinya)
Seperti yang kita telah sebut sebelum ini dalam Surah Feel, dua-dua perkara ini
diperlukan untuk satu-satu tamadun dan negara itu maju. Dan Allah telah sentuh
tentang keselamatan dalam Surah Feel dan sekarang dalam Surah Quraish ini
disentuh tentang rezeki.
Ayat 1: Surah ini boleh dibahagikan kepada perenggan makro. Ayat 1 – 2 adalah
Perenggan Makro Pertama. Allah memberitahu yang Kaum Quraish dan usaha
dagang mereka dihormati kerana kedudukan mereka sebagai penjaga Ka’bah.
Mereka menumpukan usaha dagang kerana tidak punya tanah pertanian yang subur.
Tetapi mereka terkenal juga dengan sikap tamak dan bakhil.
‫ج‬ِ‫الو‬ ِ
ِ ‫ج‬‫و‬
‫ار‬‫ع‬ََِّ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Quraysh: (The tribe of) Quraysh.
For the accustomed security of the Quraysh¹ –
i.e., the honor and reputation Allāh had given them as guardians of the Holy Ka‘bah,
which allowed them to travel without fear of being harmed.
(MALAY)
Kerana kebiasaan orang-orang Quraisy,
Huruf ‫ل‬ bermaksud: ‘untuk’
Kalimah ‫ج‬ِ‫إالو‬ diambil dari katadasar ‫م‬ ‫ل‬ ‫و‬ yang bermaksud mempunyai hati yang
lembut terhadap seseorang. Dari katadasar yang sama, ada digunakan kalimah ‫ج‬‫ع‬‫و‬َّ‫ذ‬‫ع‬‫م‬
dalam Ali Imran:103
‫ي‬ ََِّ‫يل‬ ‫ع‬ ‫بعج‬‫ع‬َََِ ‫ج‬
ِ َّ
ِ ‫أ‬ََ‫ا‬‫ع‬‫د‬‫ع‬ِ ‫ل‬ِ‫إ‬ ‫أ‬َََََ ‫ج‬
َ‫ع‬‫ِحي‬‫ع‬‫م‬ ‫ج‬
َّ‫ذ‬‫ع‬‫ع‬‫ع‬‫ا‬‫ج‬‫ع‬‫و‬ ‫امعج‬‫ع‬َ ‫أ‬َََِ ‫د‬ََ ‫أ‬ََ‫د‬‫ع‬َ‫ص‬‫ع‬‫ع‬‫ع‬‫ا‬ ‫ج‬
ِ‫ه‬َِ‫ع‬ََََِِ ‫ي‬ََ‫ي‬ ٍِ‫إ‬
dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah)
bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu
kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara;
Allah mempersatukan hati-hati mereka dengan memasukkan rasa kasih hati antara
mereka. Ini adalah tentang Arab Madinah (Aus dan Khazraj)
yang akhirnya digelar sebagai golongan Ansar. Asalnya mereka itu bermusuhan akan
tetapi apabila Allah memberikan kasih antara mereka, maka tidaklah ada
permusuhan lagi dan mereka telah bersatu hati menyokong Rasulullah dalam
perjuangan baginda.
Dalam surah Ali Imran itu, digunakan kalimah ‫ج‬‫ع‬‫و‬َّ‫ذ‬‫ع‬‫م‬ sedangkan di dalam Surah Quraish
digunakan kalimah ‫ج‬ِ‫إالو‬. Kalimah ‫ج‬ِ‫إالو‬ tidak sama dengan ‫ج‬‫ع‬‫و‬َّ‫ذ‬‫ع‬‫م‬ kerana ‫ج‬‫ع‬‫و‬َّ‫ذ‬‫ع‬‫م‬ mengambil
masa yang lama sedangkan kalau ‫ج‬ِ‫إالو‬, ianya berlaku serta merta. Tidaklah suku Aus
dan Khazraj itu terus menyayangi antara satu sama lain sebaik sahaja mereka
mengucap syahadah kerana mereka telah lama bermusuhan dan berperang.
Tentunya mengambil masa untuk mereka berbaik.
Akan tetapi, untuk Quraish, mereka tidak memerlukan masa yang lama untuk lembut
hati mereka. Kerana apa yang Allah telah berikan kepada mereka itu amat banyak
sekali. Antara yang sudah disebut dalam Surah Feel adalah mereka diselamatkan dari
Tentera Abrahah. Itu adalah satu nikmat yang amat besar yang Allah berikan khusus
kepada mereka.
Maka sebenarnya tidak ada alasan untuk mereka tidak kembali kepada Allah.
Bayangkan kalau kita dapat sesuatu nikmat yang kita amat suka, kita akan terus
bersyukur. Sampaikan kalau orang tidak kuat agama pun secara automatik akan
berkata: “Thank God!”. Maka sepatutnya mereka tidak perlu masa yang lama pun
untuk lembut hati taat kepada arahan Allah.
Sekarang kita kembali membincang tentang ‫ل‬ (untuk). Ulama’ bincang panjang
tentang perkara ini. Ada perbezaan pendapat tentang apakah maksudnya kalimah ‫ل‬
ini.
1. Pendapat pertama mengaitkan ‫ل‬ ini terus dengan kisah dari Surah Al-Feel. Allah
memusnahkan Tentera Abrahah itu itu sebagai nikmat untuk mereka yang tinggal
berdekatan Ka’bah itu.
Sepatutnya segala apa yang Allah sebut dalam Surah Feel itu menjadikan hati puak
Quraish itu jadi lembut. Kejadian itu sepatutnya menyebabkan mereka berusaha
untuk mencari kebenaran, supaya mereka kembali kepada ajaran Nabi Ibrahim a.s.
2. Pendapat yang kedua mengatakan bahawa Allah hendak menakjubkan Rasulullah;
jadi ‫ل‬ dalam ayat ini adalah ‘lam ta’jub‘:
a. lihatlah bagaimana Allah masih lagi boleh melembutkan hati golongan Quraish itu
walaupun mereka telah lama bergelumang dalam dosa syirik (dan dosa-dosa lain
seperti bunuh anak perempuan dan banyak lagi). Allah masih lagi beri peluang
kepada mereka.
Bayangkan teruk sekali mereka itu sampaikan mereka sanggup meletak berhala di
sekeliling Ka’bah itu. Ini adalah kerana Sifat Rahmat Allah yang amat besar.
Menakjubkan sekali Rahmat Allah itu – walaupun mereka sudah buat dosa-dosa yang
teruk dan banyak, Allah masih lagi mahu melembutkan hati mereka.
b. juga bermaksud, amat menakjubkan sekali Quraish itu. Walaupun Allah sudah beri
banyak nikmat kepada mereka, mereka masih lagi tidak kembali kepada agama
tauhid yang benar. Memang manusia jenis apa mereka itu!?
3. Ada pula yang mengatakan, ayat ini tidak ada kaitan dengan surah sebelum ini.
Mereka mengatakan ‫ل‬ dalam ayat ini adalah hendak memberitahu tujuan Allah
memberikan nikmat-nikmat yang disebut dalam ayat ini kepada mereka adalah
supaya mereka bersyukur kepada Allah.
Dan hati Quraish itu memang telah patut lembut terhadap Ka’bah itu. Nabi Ibrahim
sudah berdoa kepada Allah supaya Allah lembutkan hati manusia terhadap Ka’bah
itu. Ini disebut dalam Ibrahim:37
‫ََّي‬َ‫ع‬ِّ ‫إ‬ََِ‫إ‬ ‫عَبَج‬َ‫ت‬‫ع‬‫م‬ ‫م‬َِ ‫ََّإ‬‫ا‬َِ
َِّ‫ل‬ ‫ج‬
‫و‬‫ح‬‫ي‬ َِ ‫ج‬ِ
ِّ‫عا‬ِ ‫لا‬ ‫ج‬
‫و‬‫ِّع‬ ‫اع‬ ‫ج‬
‫ع‬‫ح‬َِِ ‫يعج‬َِ‫ا‬‫ع‬َ ‫ج‬ِ‫أ‬َِّّ‫ع‬‫د‬ََ‫يذ‬ ‫ََّي‬َ‫ع‬ِّ ‫ي‬ ََ‫َيا‬‫ا‬ِ‫ذ‬ ‫ج‬
‫ع‬‫ص‬‫ل‬َّ‫ص‬‫يذ‬ ‫ي‬‫ع‬‫ا‬‫ل‬‫ع‬ٍَ ‫ج‬
َ‫ص‬‫ع‬‫ح‬ِِ‫ا‬‫ع‬‫م‬ ‫معج‬َِ ‫ي‬ََ‫جيذ‬ِ
‫ب‬ ‫ا‬ ‫عط‬َ ‫أ‬ِ‫ط‬‫ا‬‫ع‬‫ذ‬ِ‫إ‬
‫أ‬َ‫ط‬ََ‫يِّا‬ ‫ع‬ ‫معج‬َِ ‫ج‬ِ‫ب‬‫ِّي‬‫ع‬ََّ‫ت‬‫يذ‬ ‫أ‬َ‫ط‬َّ‫د‬‫ع‬َ‫ع‬‫ذ‬ ‫معج‬ ََِّ‫ن‬‫ع‬‫ا‬
Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di
lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah)
yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat,
maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri
rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.
Nabi Ibrahim a.s. telah berdoa kepada Allah untuk menjadikan manusia lembut hati
kepada Ka’bah dan mereka yang tinggal berdekatan dengannya. Dan kita pun tahu
bagaimana orang Islam memang lembut hati mereka terhadap Ka’bah itu dan
hormat kepada mereka yang tinggal di Mekah. Sentiasa sahaja kita simpan hasrat
untuk ke sana dan sesiapa yang telah ke sana akan terus teringat-ingat kepadanya.
Kalau orang lain pun sudah lembut hati terhadap Ka’bah dan mereka yang tinggal
berdekatannya dengannya, mereka yang menjaga Ka’bah itu sendiri sepatutnya lebih
lagilah lembut terhadap Ka’bah itu. Mereka kenalah menjaganya dengan baik sekali.
Dan kerana itulah Allah telah memudahkan hidup mereka, supaya mereka dapat
beribadat kepada Allah dan menjaga Ka’bah dan tidak perlu risau sangat tentang
mencari rezeki.
Dan Allah telah memudahkan sangat hidup mereka, sedangkan penduduk di tempat
lain hidup dalam kesusahan, penduduk Mekah hidup dalam kesenangan. Ini adalah
kerana Allah nak biarkan mereka hidup senang dan boleh tumpukan perhatian buat
ibadat dan jaga Ka’bah sahaja.
Quraish itu walaupun tinggal di tempat yang tidak ada tumbuh-tumbuhan dan
sumber ekonomi (minyak belum dijumpai lagi), tapi kehidupan mereka itu mewah
sahaja. Kerana ramai yang datang berniaga ke Mekah kerana melawat Ka’bah. Dan
mereka akan bawa berbagai jenis makanan dan buah-buahan.
Sampaikan penduduk Mekah itu walaupun mereka tidak pergi ke mana-mana pun,
mereka tidak kebuluran. Tapi Quraish masih juga lagi menyibukkan diri mereka
dengan perniagaan. Ini kerana ada orang yang sudah kaya pun masih lagi nak kaya
lagi banyak dan mereka sibuk menggunakan harta mereka.
Begitulah manusia ini, ramai yang masih rasa tidak cukup dengan apa yang ada.
Akan tetapi, ada juga orang yang sudah rasa cukup, mereka akan gunakan masa
untuk buat ibadat. Sebagai contoh, ada orang yang boleh buat duit banyak, tapi
mereka tidak sibuk mencari harta kerana mereka rasa cukup dengan apa yang
mereka ada. Mereka tahu kalau mereka sibuk kejar harta, mereka akan kurang masa
untuk beribadat kepada Allah. Maka mereka kerja setakat cukup sahaja, dan masa
luang mereka gunakan untuk belajar, untuk beribadat dan untuk bersama dengan
keluarga mereka.
Lihatlah, kalau seseorang itu banyak habiskan masa mencari duit, ketahuilah yang
selalunya keluarga mereka yang jadi mangsa. Ini perkara yang kita biasa lihat.
Mereka kata mereka nak luangkan masa dengan keluarga tapi mereka tak buat pun.
Ini adalah kerana mereka sibuk nak cari duit. Anak-anak pun tidak rapat dengan
mereka.
Dan lihatlah nanti bila sudah tua, anak-anak pun tidak mahu bercakap dengan
mereka lagi. Kerana anak-anak tidak rapat dengan ayah mereka sejak dari kecil lagi.
Waktu itulah mereka akan mengadu dengan orang lain (dengan ustaz) yang anak-
anak mereka tidak hormatkan mereka. Padahal, masalah itu dimulai oleh mereka.
Mereka yang jauhkan diri dari anak-anak. Maka jangan salahkan anak kalau begitu.
Oleh itu, Puak Quraish itu sebenarnya sudah cukup harta dan senang, segala
keperluan mereka sudah ada disediakan oleh Allah. Mereka sepatutnya tidak
menghabiskan masa mereka untuk menambah kekayaan dunia. Mereka sepatutnya
meluangkan banyak masa mereka untuk melembutkan hati mereka dan
mendekatkan diri mereka kepada Allah.
Kalimah ‫ج‬‫و‬
‫ار‬‫ع‬ََِّ dari ‫ر‬ َِّ‫َي‬ yang bermaksud mengumpulkan orang dari banyak tempat.
Ini berasal dari kisah seorang lelaki yang bernama al Muj’im yang mengumpulkan
manusia yang duduk berpisah di padang pasir untuk tinggal di Mekah (ini disebut
dalam Surah al Feel).
Pendapat yang kedua mengatakan ‫ِّر‬ َ bermaksud binatang besar di laut seperti
ikan paus atau sotong besar yang boleh merosakkan kapal di lautan. Apabila
digunakan kalimah ‫ج‬‫و‬
‫ار‬‫ع‬ََِّ, ianya adalah versi kecil dari binatang yang dimaksudkan itu.
Sebagai contoh, hasan yang kecil dipanggil husain. Kalimah ini dikatakan untuk
memberi isyarat kepada kedudukan puak Quraish yang kuat.
Itu adalah sebahagian dari pendapat-pendapat yang mengkaji dari manakah asalnya
datangnya perkataan ‫ج‬‫و‬
‫ار‬‫ع‬ََِّ itu. Allahu a’lam.
Ada kebenarannya kerana selepas Tentera Abrahah dimusnahkan kerana hendak
menyerang Ka’bah, ianya menguatkan lagi kedudukan Quraish di mata orang Arab.
Ia meneruskan kedudukan Quraish sebagai kuasa ekonomi di Tanah Arab dan
meneruskan kedudukan mereka yang tinggi di mata orang Arab.
Orang Arab sekitar melihat peristiwa kebinasaan Abrahah dan tenteranya itu sebagai
dalil bahawa Allah melindungi Quraish dan tempat mereka dari ancaman musuh.
Kalau sebelum itu ada yang tidak berapa percaya dengan kedudukan Quraish, maka
kejadian pada Tahun Gajah itu telah menjadi ‘dalil’ bagi mereka.
Dan sepatutnya dengan pertolongan Allah itu, sepatutnya menjadikan Quraish
lembut hatinya terhadap Allah. Allah telah memuliakan mereka sebagai penjaga
Ka’bah yang mulia itu. Mereka sepatutnya menjadi pemudah bagi manusia lain untuk
menyembah Allah dengan cara yang betul. Tapi ini tidak mereka lakukan. Dan kerana
itu Allah murka kepada mereka.
Lihatlah bagaimana dalam ayat ini, Allah menyebut tentang Quraish itu dalam
kataganti ketiga (gha’ibah). Ini memberi isyarat yang Allah murka dengan mereka.
Ia juga adalah tindakan menjauhkan diri dari mereka (tab’eed) kerana mereka pun
mendengar juga, tapi Allah tidak bercakap terus dengan mereka. Bayangkan kalau
kita bercakap tentang seseorang yang ada di situ, tapi kita bercakap dengan orang
lain, tak cakap pun dengan orang itu. Tentu kita sendiri sudah dapat rasa yang orang
yang bercakap itu tidak suka, bukan? Begitulah, dalam ayat ini, Allah bercakap
dengan Rasulullah, ‘tentang’ Quraish yang tentunya sedang mendengar, bukan?

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

3.2 sifat2 rasul
3.2 sifat2 rasul3.2 sifat2 rasul
3.2 sifat2 rasulwk_aiman
 
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAHMETADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAHWanMohamadZulhilmi1
 
Beriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada MalaikatBeriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada Malaikatfarahmohammat
 
Perjanjian hudaibiyah
Perjanjian hudaibiyahPerjanjian hudaibiyah
Perjanjian hudaibiyahhudhud321
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.jimoh370
 
usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah
usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah
usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah shun
 
7 hikmah di sebalik peristiwa israk mikraj
7 hikmah di sebalik peristiwa israk mikraj7 hikmah di sebalik peristiwa israk mikraj
7 hikmah di sebalik peristiwa israk mikrajmohamadamirmohdisa1
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamEzad Azraai Jamsari
 
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...Shazwan Zafran
 
Hadis jihad dalam Islam
Hadis jihad dalam IslamHadis jihad dalam Islam
Hadis jihad dalam Islamabu qat
 
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMSEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMAina Zambry
 
Hijrah & piagam madinah
Hijrah & piagam madinahHijrah & piagam madinah
Hijrah & piagam madinahNur Fauzi
 
Perkembangan tamadun islam zaman umaiyyah
Perkembangan tamadun islam zaman umaiyyahPerkembangan tamadun islam zaman umaiyyah
Perkembangan tamadun islam zaman umaiyyahSya Rosyada II
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHGuru Sejarah PraU
 
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumالعادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumAimiRasyidaJunedi
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaInteger
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 
Pel. 14 beriman dengan kitab kitab suci
Pel. 14 beriman dengan kitab kitab suciPel. 14 beriman dengan kitab kitab suci
Pel. 14 beriman dengan kitab kitab suciZuraihi Razali
 
Perang badar n perang uhud
Perang  badar n perang uhudPerang  badar n perang uhud
Perang badar n perang uhudaqilahaishah
 

La actualidad más candente (20)

BIMS1023 Akidah Islam - Bahagian 14 (Sifat-Sifat Wajib Bagi Rasul)
BIMS1023 Akidah Islam - Bahagian 14 (Sifat-Sifat Wajib Bagi Rasul)BIMS1023 Akidah Islam - Bahagian 14 (Sifat-Sifat Wajib Bagi Rasul)
BIMS1023 Akidah Islam - Bahagian 14 (Sifat-Sifat Wajib Bagi Rasul)
 
3.2 sifat2 rasul
3.2 sifat2 rasul3.2 sifat2 rasul
3.2 sifat2 rasul
 
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAHMETADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
 
Beriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada MalaikatBeriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada Malaikat
 
Perjanjian hudaibiyah
Perjanjian hudaibiyahPerjanjian hudaibiyah
Perjanjian hudaibiyah
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah
usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah
usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah
 
7 hikmah di sebalik peristiwa israk mikraj
7 hikmah di sebalik peristiwa israk mikraj7 hikmah di sebalik peristiwa israk mikraj
7 hikmah di sebalik peristiwa israk mikraj
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
 
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...
 
Hadis jihad dalam Islam
Hadis jihad dalam IslamHadis jihad dalam Islam
Hadis jihad dalam Islam
 
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMSEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
 
Hijrah & piagam madinah
Hijrah & piagam madinahHijrah & piagam madinah
Hijrah & piagam madinah
 
Perkembangan tamadun islam zaman umaiyyah
Perkembangan tamadun islam zaman umaiyyahPerkembangan tamadun islam zaman umaiyyah
Perkembangan tamadun islam zaman umaiyyah
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
 
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumالعادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Pel. 14 beriman dengan kitab kitab suci
Pel. 14 beriman dengan kitab kitab suciPel. 14 beriman dengan kitab kitab suci
Pel. 14 beriman dengan kitab kitab suci
 
Perang badar n perang uhud
Perang  badar n perang uhudPerang  badar n perang uhud
Perang badar n perang uhud
 

Similar a KESELAMATAN KAUM QURAISH

Similar a KESELAMATAN KAUM QURAISH (8)

Kultum.docx
Kultum.docxKultum.docx
Kultum.docx
 
Keutamaan Sabar
Keutamaan SabarKeutamaan Sabar
Keutamaan Sabar
 
QURDIS MI_SALASATI_SEMESTER 3.pdf
QURDIS MI_SALASATI_SEMESTER 3.pdfQURDIS MI_SALASATI_SEMESTER 3.pdf
QURDIS MI_SALASATI_SEMESTER 3.pdf
 
Doa Lengkap 3
Doa Lengkap 3Doa Lengkap 3
Doa Lengkap 3
 
Tafsir qs al fill
Tafsir qs al fillTafsir qs al fill
Tafsir qs al fill
 
QV 11 ELVIERA KARTINI AGA 6.pdf
QV 11 ELVIERA KARTINI AGA 6.pdfQV 11 ELVIERA KARTINI AGA 6.pdf
QV 11 ELVIERA KARTINI AGA 6.pdf
 
Rezeki dari Allah
Rezeki dari AllahRezeki dari Allah
Rezeki dari Allah
 
PAI: Wakaf
PAI: WakafPAI: Wakaf
PAI: Wakaf
 

KESELAMATAN KAUM QURAISH

  • 1. TAFSIR SURAH QURAISY Seperti yang kita sudah tahu, tanah Mekah itu dari segi tumbuhan tidak ada apa tapi Allah beri kelebihan kepada penduduk Mekah itu kerana mereka ada Ka’bah. Ada beberapa kaitan antara surah ini dan surah sebelumnya, Surah Feel. Terutama sekali pada ayat terakhir surah ini: ‫لا‬َّ‫ذ‬‫ي‬ ‫أ‬َ‫ط‬‫ع‬َ‫ع‬َ‫ه‬‫ع‬‫م‬ ‫م‬َِ ‫ج‬ ‫و‬‫ع‬ ٍ ‫أ‬َ‫ط‬‫ع‬َ‫ع‬َ‫ه‬ ‫ع‬ ‫م‬َِ ‫ووج‬ ‫ع‬ٍ [Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.] Ini adalah ayat utama surah ini. Allah telah memberi mereka: ‫أ‬َ‫ط‬‫ع‬َ‫ع‬َ‫ه‬ ‫م‬َِ ‫ووج‬ ‫ع‬ٍ [keselamatan dari takut]. Keselamatan dari ketakutan ini telah disentuh dalam Surah Feel. Jadi ada perkaitan yang amat rapat antara dua surah ini. Sampaikan ada riwayat yang mengatakan bagaimana Saidina Umar membaca Surah Feel dan Quraish di dalam satu rakaat tanpa meletakkan bismillah antara keduanya. Ini adalah kerana walaupun dua surah itu memang surah yang berlainan, tapi ia amat rapat antara satu sama lain. Pemberian dari Allah ada dua jenis utama: Menjauhkan dari bahaya, menyelesaikan masalah. Ini telah disentuh dalam Surah Feel. Memberi pemberian yang diperlukan oleh manusia. Dan inilah yang disentuh dalam Surah Quraish ini. Apabila kita sedar dan menghargai pemberian-pemberian dari Allah dalam dua jenis di atas, kita akan jadi rela untuk menjadi hambaNya dan menunjukkan kesyukuran kita. Inilah juga yang kita lakukan dalam Surah Fatihah apabila kita sebut ‫ج‬ َ‫ح‬َ‫ع‬‫د‬‫يذ‬ ‫ج‬ ِ َّ ِ ِ ‫َج‬ِ ‫ع‬ِّ ‫َامعج‬‫ع‬‫ذ‬‫يذَي‬ – waktu itu kita mengucap syukur kepada Allah dan kita mengaku yang Allah itu adalah Rabb kita. Ianya adalah tindakan yang semulajadi sahaja, tidak perlu dipaksa sebenarnya. Tapi ada manusia yang ada masalah dengan perkara ini kerana mereka tidak dapat terima yang mereka itu status hamba sahaja. Tapi Allah ingatkan kepada Quraish tentang nikmat-nikmat yang telah diberikan kepada mereka, maka Allah ingatkan mereka,
  • 2. kenalah menghambakan diri kepadaNya: ‫ي‬ ‫َح‬ََ‫ع‬‫ا‬‫د‬‫ع‬‫ا‬ ‫َّج‬ ‫ع‬ِّ ‫ي‬‫ع‬‫ل‬َ‫ا‬ ‫ج‬ِ‫ب‬‫ا‬‫ع‬َ‫يذ‬ [Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini (Ka’bah).] Salah satu tempat yang Quraish pergi berniaga adalah di Yaman. Kalaulah Abrahah berjaya menghancurkan Ka’bah, tentulah Quraish sudah tidak dapat pergi ke sana lagi. Pertama kerana Ka’bah telah dimusnahkan dan kedua, tentu Abrahah tidak membenarkan mereka pergi ke sana lagi kerana dia tidak suka kepada Quraish Mekah. Tetapi kerana Ka’bah masih tegak berdiri, Quraish bebas mengembara dalam rihlah perniagaan mereka kerana puak-puak Arab yang lain takut untuk menyerang mereka kerana mereka dihormati sebagai penjaga Ka’bah dan kerana mereka takut berhala- berhala mereka yang berada di Ka’bah itu akan diapa-apakan pula oleh Quraish. Kita telah bincangkan perkara ini di dalam Surah al-Feel. Keselamatan dan nikmat yang diberikan oleh Allah kepada Quraish ini adalah kerana doa Nabi Ibrahim a.s. seperti yang disebut dalam Baqarah:126 ‫ل‬ِ‫إ‬ ‫ع‬ ‫ج‬‫ع‬‫ل‬‫َي‬ ‫ج‬ َ‫أ‬‫َِّياا‬ِ‫إ‬ ‫َج‬ِ ‫ع‬ِّ ‫ل‬‫ع‬ٍَ‫ي‬ ‫لي‬َ‫ا‬ ‫َي‬‫ح‬‫ع‬‫د‬‫ع‬َ ‫ي‬َََِ‫ه‬ ‫و‬َ‫يِّا‬ ‫ع‬ ‫ج‬ َ‫ه‬‫ع‬‫د‬‫ا‬‫ع‬‫م‬ ‫معج‬َِ ‫ج‬ِ‫ب‬‫ِّي‬‫ع‬ََّ‫ت‬‫يذ‬ ‫م‬‫ع‬َ ‫معج‬‫ع‬َ‫ه‬ ‫أ‬َ‫ط‬ََِ ‫ج‬ ِ َّ ِ‫ي‬َِ ‫ج‬ِ‫أ‬ ‫ع‬‫ا‬‫يذ‬ ‫ع‬ ‫ج‬ِ ِّ ٍِ ‫ي‬ ‫ج‬ ‫ج‬‫ع‬‫ل‬‫َي‬ ‫م‬‫ع‬َ ‫ع‬ ‫ج‬‫ع‬ِّ‫ع‬‫ر‬‫ع‬َ ‫ج‬ ََََِ‫ع‬ََ‫ع‬‫ع‬‫ا‬‫ج‬ َ‫ه‬ ‫ج‬َ ‫دال‬‫ع‬َ ‫ج‬ َّ‫أ‬َ‫ت‬ ‫ج‬ َ‫ض‬‫ط‬ِّ‫ع‬‫ه‬‫ه‬‫ع‬‫م‬ ‫ج‬َ ‫ذل‬ِ‫إ‬ ‫ج‬ ِ ‫لي‬‫ع‬ِ ‫ج‬ِ ِّ‫ي‬ََ‫يذ‬ ‫ج‬ ‫ج‬‫ع‬ ‫ِب‬َِ ‫ع‬ ‫ج‬َِّ‫صا‬‫ع‬َ‫يذ‬ Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman diantara mereka kepada Allah dan hari kemudian. Allah berfirman: “Dan kepada orang yang kafir pun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa dia menjalani seksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”. Dalam ayat ini, kedua-dua perkara utama itu telah diminta oleh Nabi Ibrahim a.s. 1. ‫َي‬‫ح‬‫ع‬‫د‬‫ع‬َ ‫ي‬َََِ‫ه‬ (negeri yang aman) 2. ‫و‬َ‫يِّا‬ ‫ع‬ ‫ج‬ َ‫ه‬‫ع‬‫د‬‫ا‬‫ع‬‫م‬ (berilah rezeki kepada ahlinya)
  • 3. Seperti yang kita telah sebut sebelum ini dalam Surah Feel, dua-dua perkara ini diperlukan untuk satu-satu tamadun dan negara itu maju. Dan Allah telah sentuh tentang keselamatan dalam Surah Feel dan sekarang dalam Surah Quraish ini disentuh tentang rezeki. Ayat 1: Surah ini boleh dibahagikan kepada perenggan makro. Ayat 1 – 2 adalah Perenggan Makro Pertama. Allah memberitahu yang Kaum Quraish dan usaha dagang mereka dihormati kerana kedudukan mereka sebagai penjaga Ka’bah. Mereka menumpukan usaha dagang kerana tidak punya tanah pertanian yang subur. Tetapi mereka terkenal juga dengan sikap tamak dan bakhil. ‫ج‬ِ‫الو‬ ِ ِ ‫ج‬‫و‬ ‫ار‬‫ع‬ََِّ (SAHEEH INTERNATIONAL) Quraysh: (The tribe of) Quraysh. For the accustomed security of the Quraysh¹ – i.e., the honor and reputation Allāh had given them as guardians of the Holy Ka‘bah, which allowed them to travel without fear of being harmed. (MALAY) Kerana kebiasaan orang-orang Quraisy, Huruf ‫ل‬ bermaksud: ‘untuk’ Kalimah ‫ج‬ِ‫إالو‬ diambil dari katadasar ‫م‬ ‫ل‬ ‫و‬ yang bermaksud mempunyai hati yang lembut terhadap seseorang. Dari katadasar yang sama, ada digunakan kalimah ‫ج‬‫ع‬‫و‬َّ‫ذ‬‫ع‬‫م‬ dalam Ali Imran:103
  • 4. ‫ي‬ ََِّ‫يل‬ ‫ع‬ ‫بعج‬‫ع‬َََِ ‫ج‬ ِ َّ ِ ‫أ‬ََ‫ا‬‫ع‬‫د‬‫ع‬ِ ‫ل‬ِ‫إ‬ ‫أ‬َََََ ‫ج‬ َ‫ع‬‫ِحي‬‫ع‬‫م‬ ‫ج‬ َّ‫ذ‬‫ع‬‫ع‬‫ع‬‫ا‬‫ج‬‫ع‬‫و‬ ‫امعج‬‫ع‬َ ‫أ‬َََِ ‫د‬ََ ‫أ‬ََ‫د‬‫ع‬َ‫ص‬‫ع‬‫ع‬‫ع‬‫ا‬ ‫ج‬ ِ‫ه‬َِ‫ع‬ََََِِ ‫ي‬ََ‫ي‬ ٍِ‫إ‬ dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; Allah mempersatukan hati-hati mereka dengan memasukkan rasa kasih hati antara mereka. Ini adalah tentang Arab Madinah (Aus dan Khazraj) yang akhirnya digelar sebagai golongan Ansar. Asalnya mereka itu bermusuhan akan tetapi apabila Allah memberikan kasih antara mereka, maka tidaklah ada permusuhan lagi dan mereka telah bersatu hati menyokong Rasulullah dalam perjuangan baginda. Dalam surah Ali Imran itu, digunakan kalimah ‫ج‬‫ع‬‫و‬َّ‫ذ‬‫ع‬‫م‬ sedangkan di dalam Surah Quraish digunakan kalimah ‫ج‬ِ‫إالو‬. Kalimah ‫ج‬ِ‫إالو‬ tidak sama dengan ‫ج‬‫ع‬‫و‬َّ‫ذ‬‫ع‬‫م‬ kerana ‫ج‬‫ع‬‫و‬َّ‫ذ‬‫ع‬‫م‬ mengambil masa yang lama sedangkan kalau ‫ج‬ِ‫إالو‬, ianya berlaku serta merta. Tidaklah suku Aus dan Khazraj itu terus menyayangi antara satu sama lain sebaik sahaja mereka mengucap syahadah kerana mereka telah lama bermusuhan dan berperang. Tentunya mengambil masa untuk mereka berbaik. Akan tetapi, untuk Quraish, mereka tidak memerlukan masa yang lama untuk lembut hati mereka. Kerana apa yang Allah telah berikan kepada mereka itu amat banyak sekali. Antara yang sudah disebut dalam Surah Feel adalah mereka diselamatkan dari Tentera Abrahah. Itu adalah satu nikmat yang amat besar yang Allah berikan khusus kepada mereka. Maka sebenarnya tidak ada alasan untuk mereka tidak kembali kepada Allah. Bayangkan kalau kita dapat sesuatu nikmat yang kita amat suka, kita akan terus bersyukur. Sampaikan kalau orang tidak kuat agama pun secara automatik akan berkata: “Thank God!”. Maka sepatutnya mereka tidak perlu masa yang lama pun untuk lembut hati taat kepada arahan Allah.
  • 5. Sekarang kita kembali membincang tentang ‫ل‬ (untuk). Ulama’ bincang panjang tentang perkara ini. Ada perbezaan pendapat tentang apakah maksudnya kalimah ‫ل‬ ini. 1. Pendapat pertama mengaitkan ‫ل‬ ini terus dengan kisah dari Surah Al-Feel. Allah memusnahkan Tentera Abrahah itu itu sebagai nikmat untuk mereka yang tinggal berdekatan Ka’bah itu. Sepatutnya segala apa yang Allah sebut dalam Surah Feel itu menjadikan hati puak Quraish itu jadi lembut. Kejadian itu sepatutnya menyebabkan mereka berusaha untuk mencari kebenaran, supaya mereka kembali kepada ajaran Nabi Ibrahim a.s. 2. Pendapat yang kedua mengatakan bahawa Allah hendak menakjubkan Rasulullah; jadi ‫ل‬ dalam ayat ini adalah ‘lam ta’jub‘: a. lihatlah bagaimana Allah masih lagi boleh melembutkan hati golongan Quraish itu walaupun mereka telah lama bergelumang dalam dosa syirik (dan dosa-dosa lain seperti bunuh anak perempuan dan banyak lagi). Allah masih lagi beri peluang kepada mereka. Bayangkan teruk sekali mereka itu sampaikan mereka sanggup meletak berhala di sekeliling Ka’bah itu. Ini adalah kerana Sifat Rahmat Allah yang amat besar. Menakjubkan sekali Rahmat Allah itu – walaupun mereka sudah buat dosa-dosa yang teruk dan banyak, Allah masih lagi mahu melembutkan hati mereka. b. juga bermaksud, amat menakjubkan sekali Quraish itu. Walaupun Allah sudah beri banyak nikmat kepada mereka, mereka masih lagi tidak kembali kepada agama tauhid yang benar. Memang manusia jenis apa mereka itu!? 3. Ada pula yang mengatakan, ayat ini tidak ada kaitan dengan surah sebelum ini. Mereka mengatakan ‫ل‬ dalam ayat ini adalah hendak memberitahu tujuan Allah memberikan nikmat-nikmat yang disebut dalam ayat ini kepada mereka adalah supaya mereka bersyukur kepada Allah.
  • 6. Dan hati Quraish itu memang telah patut lembut terhadap Ka’bah itu. Nabi Ibrahim sudah berdoa kepada Allah supaya Allah lembutkan hati manusia terhadap Ka’bah itu. Ini disebut dalam Ibrahim:37 ‫ََّي‬َ‫ع‬ِّ ‫إ‬ََِ‫إ‬ ‫عَبَج‬َ‫ت‬‫ع‬‫م‬ ‫م‬َِ ‫ََّإ‬‫ا‬َِ َِّ‫ل‬ ‫ج‬ ‫و‬‫ح‬‫ي‬ َِ ‫ج‬ِ ِّ‫عا‬ِ ‫لا‬ ‫ج‬ ‫و‬‫ِّع‬ ‫اع‬ ‫ج‬ ‫ع‬‫ح‬َِِ ‫يعج‬َِ‫ا‬‫ع‬َ ‫ج‬ِ‫أ‬َِّّ‫ع‬‫د‬ََ‫يذ‬ ‫ََّي‬َ‫ع‬ِّ ‫ي‬ ََ‫َيا‬‫ا‬ِ‫ذ‬ ‫ج‬ ‫ع‬‫ص‬‫ل‬َّ‫ص‬‫يذ‬ ‫ي‬‫ع‬‫ا‬‫ل‬‫ع‬ٍَ ‫ج‬ َ‫ص‬‫ع‬‫ح‬ِِ‫ا‬‫ع‬‫م‬ ‫معج‬َِ ‫ي‬ََ‫جيذ‬ِ ‫ب‬ ‫ا‬ ‫عط‬َ ‫أ‬ِ‫ط‬‫ا‬‫ع‬‫ذ‬ِ‫إ‬ ‫أ‬َ‫ط‬ََ‫يِّا‬ ‫ع‬ ‫معج‬َِ ‫ج‬ِ‫ب‬‫ِّي‬‫ع‬ََّ‫ت‬‫يذ‬ ‫أ‬َ‫ط‬َّ‫د‬‫ع‬َ‫ع‬‫ذ‬ ‫معج‬ ََِّ‫ن‬‫ع‬‫ا‬ Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur. Nabi Ibrahim a.s. telah berdoa kepada Allah untuk menjadikan manusia lembut hati kepada Ka’bah dan mereka yang tinggal berdekatan dengannya. Dan kita pun tahu bagaimana orang Islam memang lembut hati mereka terhadap Ka’bah itu dan hormat kepada mereka yang tinggal di Mekah. Sentiasa sahaja kita simpan hasrat untuk ke sana dan sesiapa yang telah ke sana akan terus teringat-ingat kepadanya. Kalau orang lain pun sudah lembut hati terhadap Ka’bah dan mereka yang tinggal berdekatannya dengannya, mereka yang menjaga Ka’bah itu sendiri sepatutnya lebih lagilah lembut terhadap Ka’bah itu. Mereka kenalah menjaganya dengan baik sekali. Dan kerana itulah Allah telah memudahkan hidup mereka, supaya mereka dapat beribadat kepada Allah dan menjaga Ka’bah dan tidak perlu risau sangat tentang mencari rezeki. Dan Allah telah memudahkan sangat hidup mereka, sedangkan penduduk di tempat lain hidup dalam kesusahan, penduduk Mekah hidup dalam kesenangan. Ini adalah kerana Allah nak biarkan mereka hidup senang dan boleh tumpukan perhatian buat ibadat dan jaga Ka’bah sahaja. Quraish itu walaupun tinggal di tempat yang tidak ada tumbuh-tumbuhan dan sumber ekonomi (minyak belum dijumpai lagi), tapi kehidupan mereka itu mewah
  • 7. sahaja. Kerana ramai yang datang berniaga ke Mekah kerana melawat Ka’bah. Dan mereka akan bawa berbagai jenis makanan dan buah-buahan. Sampaikan penduduk Mekah itu walaupun mereka tidak pergi ke mana-mana pun, mereka tidak kebuluran. Tapi Quraish masih juga lagi menyibukkan diri mereka dengan perniagaan. Ini kerana ada orang yang sudah kaya pun masih lagi nak kaya lagi banyak dan mereka sibuk menggunakan harta mereka. Begitulah manusia ini, ramai yang masih rasa tidak cukup dengan apa yang ada. Akan tetapi, ada juga orang yang sudah rasa cukup, mereka akan gunakan masa untuk buat ibadat. Sebagai contoh, ada orang yang boleh buat duit banyak, tapi mereka tidak sibuk mencari harta kerana mereka rasa cukup dengan apa yang mereka ada. Mereka tahu kalau mereka sibuk kejar harta, mereka akan kurang masa untuk beribadat kepada Allah. Maka mereka kerja setakat cukup sahaja, dan masa luang mereka gunakan untuk belajar, untuk beribadat dan untuk bersama dengan keluarga mereka. Lihatlah, kalau seseorang itu banyak habiskan masa mencari duit, ketahuilah yang selalunya keluarga mereka yang jadi mangsa. Ini perkara yang kita biasa lihat. Mereka kata mereka nak luangkan masa dengan keluarga tapi mereka tak buat pun. Ini adalah kerana mereka sibuk nak cari duit. Anak-anak pun tidak rapat dengan mereka. Dan lihatlah nanti bila sudah tua, anak-anak pun tidak mahu bercakap dengan mereka lagi. Kerana anak-anak tidak rapat dengan ayah mereka sejak dari kecil lagi. Waktu itulah mereka akan mengadu dengan orang lain (dengan ustaz) yang anak- anak mereka tidak hormatkan mereka. Padahal, masalah itu dimulai oleh mereka. Mereka yang jauhkan diri dari anak-anak. Maka jangan salahkan anak kalau begitu. Oleh itu, Puak Quraish itu sebenarnya sudah cukup harta dan senang, segala keperluan mereka sudah ada disediakan oleh Allah. Mereka sepatutnya tidak menghabiskan masa mereka untuk menambah kekayaan dunia. Mereka sepatutnya meluangkan banyak masa mereka untuk melembutkan hati mereka dan mendekatkan diri mereka kepada Allah.
  • 8. Kalimah ‫ج‬‫و‬ ‫ار‬‫ع‬ََِّ dari ‫ر‬ َِّ‫َي‬ yang bermaksud mengumpulkan orang dari banyak tempat. Ini berasal dari kisah seorang lelaki yang bernama al Muj’im yang mengumpulkan manusia yang duduk berpisah di padang pasir untuk tinggal di Mekah (ini disebut dalam Surah al Feel). Pendapat yang kedua mengatakan ‫ِّر‬ َ bermaksud binatang besar di laut seperti ikan paus atau sotong besar yang boleh merosakkan kapal di lautan. Apabila digunakan kalimah ‫ج‬‫و‬ ‫ار‬‫ع‬ََِّ, ianya adalah versi kecil dari binatang yang dimaksudkan itu. Sebagai contoh, hasan yang kecil dipanggil husain. Kalimah ini dikatakan untuk memberi isyarat kepada kedudukan puak Quraish yang kuat. Itu adalah sebahagian dari pendapat-pendapat yang mengkaji dari manakah asalnya datangnya perkataan ‫ج‬‫و‬ ‫ار‬‫ع‬ََِّ itu. Allahu a’lam. Ada kebenarannya kerana selepas Tentera Abrahah dimusnahkan kerana hendak menyerang Ka’bah, ianya menguatkan lagi kedudukan Quraish di mata orang Arab. Ia meneruskan kedudukan Quraish sebagai kuasa ekonomi di Tanah Arab dan meneruskan kedudukan mereka yang tinggi di mata orang Arab. Orang Arab sekitar melihat peristiwa kebinasaan Abrahah dan tenteranya itu sebagai dalil bahawa Allah melindungi Quraish dan tempat mereka dari ancaman musuh. Kalau sebelum itu ada yang tidak berapa percaya dengan kedudukan Quraish, maka kejadian pada Tahun Gajah itu telah menjadi ‘dalil’ bagi mereka. Dan sepatutnya dengan pertolongan Allah itu, sepatutnya menjadikan Quraish lembut hatinya terhadap Allah. Allah telah memuliakan mereka sebagai penjaga Ka’bah yang mulia itu. Mereka sepatutnya menjadi pemudah bagi manusia lain untuk menyembah Allah dengan cara yang betul. Tapi ini tidak mereka lakukan. Dan kerana itu Allah murka kepada mereka. Lihatlah bagaimana dalam ayat ini, Allah menyebut tentang Quraish itu dalam kataganti ketiga (gha’ibah). Ini memberi isyarat yang Allah murka dengan mereka.
  • 9. Ia juga adalah tindakan menjauhkan diri dari mereka (tab’eed) kerana mereka pun mendengar juga, tapi Allah tidak bercakap terus dengan mereka. Bayangkan kalau kita bercakap tentang seseorang yang ada di situ, tapi kita bercakap dengan orang lain, tak cakap pun dengan orang itu. Tentu kita sendiri sudah dapat rasa yang orang yang bercakap itu tidak suka, bukan? Begitulah, dalam ayat ini, Allah bercakap dengan Rasulullah, ‘tentang’ Quraish yang tentunya sedang mendengar, bukan?