SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 9
Page 1 of 9
MALAM PUISI DIRGAHAYU PERTIWI
Anjuran bersama: ASA | PMA | KESATU | KURNIA
CUE SKRIP
Ucapan pembukaan Laungan Merdeka suara Keramat
Tanda bebas ikatan penjajah
Sungguh Malaysia negara berdaulat
Semangat juang bangsa yang gagah
Terbang tinggi burung merpati,
Hinggap sebentar di atas dahan,
64 tahun kemerdekaan dirai,
Negara sejahtera penuh kenangan.
Assalamualaikum wrt wbt DAN Salam Puisi Dirgahayu Pertiwi
2021,
Saya Suhaimi bin Long, Pegawai Tadbir Kanan yang bersiaran
dari Pusat Asasi IIUM Kampus Gambang adalah pengacara
majlis anda pada malam ini.
Tanggal 31 August 1957, detik waktu bangsa kita telah
merdeka, telah lahir bangsa berdaulat, wujud dari semangat
para pejuang yang membayar kemerdekaan ini dgn titisan
darah dan airmata. Meniti hari-hari di usia 64 tahun
kemerdekaan Malaysia, tanpa pernah alpa, kita raikan hari
bertuah ini untuk memaknai erti bebas, erti merdeka, erti
berdikari, erti hidup sendiri…
Malam ini kita berkumpul walau hanya di alam maya tetapi
cukup dengan simbolik dan pengertiannya, malam
menghayati detik kebebasan, menyelami detik ketika
Merdeka dilaungkan 64 tahun dahulu diungkap pada malam
ini dengan deklamasi sajak dan puisi, di hidupkan dengan
susunatur lakon dan nyanyi, sebagai tanda nikmat hidup
sebagai pertiwi yang bebas.
Untuk makluman tuan2 dan puan2,
Program Malam Puisi Dirgahayu Pertiwi ini di anjurkan
Page 2 of 9
bersama oleh Academic Staff Association (ASA) atau
Kesatuan Kakitangan Akademik IIUM, Professional
Management Association (PMA) atau Persatuan Kakitangan
Profesioanl IIUM, KESATU atau Kesatuan Kakitangan
Sokongan Satu IIUM dan KURNIA Kesatuan Kakitangan Am
Universiti IIUM.
Objektif utama program kita pada malam ini adalah:
1. Menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara
di kalangan komuniti UIAM dan masyarakat
2. Platform untuk para peserta menonjolkan bakat,
meluahkan rasa cinta kepada negara dan….
3. Mengeratkan hubungan ukhuwwah sesama warga UIAM
Oleh yang demikian, pada mala mini Malam Puisi Dirgahayu
Pertiwi 2021 bakal menampilkan 13 Pemuisi dari pelbagai
latar belakang untuk menyampaikan puisi masing2 kepada
anda semua.
Bacaan Doa Tuan2 dan Puan2 yang di hormati sekelian,
Sebagai memberkati majlis kita pada malam ini, saya ingin
menjemput Yang Mulia Ustaz Saupi Azran Muhamad Tamjis
yang juga Presiden KURNIA Untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya di persilakan..
Ucapan Aluan Amin2 Ya Rabbal A-Lamin. Terima Kasih kepada Presiden
KURNIA Br. Saupi Azran atas bacaan doa tersebut.
Majlis kita diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh
Presiden Academic Staff Association (ASA) Dr. Muhammad
Irwan bin Ariffin – KENMS
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
1. YBhg. Prof.
Emeritus Tan
Sri Dr. Mohd.
Kamal Hassan
– Mantan
Rector IIUM
Terima Kasih kepada Dr. Muhammad Irwan bin Ariffin atas
ucapan aluan sebentar tadi.
Tuan2 dan Puan2,
Page 3 of 9
Puisi tradisional larut dalam jiwa masyarakat Melayu sebagai
hasil kesenian yang mengupas nilai hidup duniawi dan
akhirat, meyelusuri alam nyata, mengjangkau alam mistik,
membawa peranan sebagai wadah pemeliharaan adat,
pembinaan sahsiah, pengajaran agama,
pengajaran ilmu pengasih, pertahanan, hiburan, dan
kepercayaan
Puisi tradisional juga terbahagi kepada beberapa jenis,
antaranya ialah pantun, syair, gurindam dan seloka dan
lain2 lagi.
Tuan2 dan Puan2 Sekelian,
Kita akan memulakan Malam Puisi Dirgahayu Pertiwi dengan
menjemput YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd.
Kamal Hassan – Mantan Rector IIUM untuk
mempersembahkan puisi beliau yang bertajuk:
Puisi Rakyat Terbelenggu: Pesan Untuk Warga
UIAM
Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan……..
2. Persembahan
Video oleh
(Buku Jalanan
Chow Kit –
BJCK)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg Prof.
Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan di atas
persembahan puisi beiau. Adalah diharapkan
agar warga IIUM yang mengikuti siaran kita pada
malam ini mengambil maklum bait nasihat yang
disampaikan.
Laungan keramat di Stadium Merdeka
Berhimpun rakyat pelbagai bangsa,
Negara kita sudah merdeka,
Jasa pemimpin jangan dilupa.
Program kita pada mala mini diteruskan lagi dengan
menjemput Dr. Tengku Nordayana Akma Tuan Kamaruddin
untuk mengenalkan projek Flagship IIUM Sejahtera dan
seterusnya persembahan video oleh murid2 dari Buku
Jalanan Chow Kit.
Page 4 of 9
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..
3. Haji Abdul
Hakim bin Haji
Ahmad -
KURNIA/ITD
Majlis mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada Dr. Tengku
Nordayana Akma di atas persembahan video tersebut.
Tuan2 dan Puan2 sekelian,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil dari KURNIA
iaitu Haji Abdul Hakim bin Haji Ahmad yang juga berkhidmat
di Information Technology Division untuk menyampaikan
Puisi beliau yang bertajuk Ke Ruang Katarsis
Dipersilakan…….
4. Tuan Hj.
Mohd. Yazid
Ahmad -
President
KESATU/KOE
Majlis mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada iaitu Haji
Abdul Hakim bin Haji Ahmad di atas persembahan beliau
sebentar tadi.
Burung enggang terbang melayang,
Singgah hinggap di atas meja,
Bukan ringgit pandangan orang,
Perpaduan cermin tamadun negara.
Tuan2 dan Puan2 sekelian,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil dari KESATU
iaitu Tuan Hj. Mohd. Yazid Ahmad - President KESATU yang
juga berkhidmat di Kulliyyah of Engineering untuk
menyampaikan Puisi beliau yang bertajuk Erti Sebuah
Kemerdekaan
Dipersilakan…….
5. Sr. Siti Nor Md.
Idris -
PMA/DAR AL-
HIKMAH IIUM
Majlis mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada Tuan Hj.
Mohd. Yazid Ahmad - President KESATU di atas
persembahan beliau.
Tuan2 dan Puan2 sekelian,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil dari PMA
Page 5 of 9
iaitu Puan Siti Nor Md. Idris yang juga berkhidmat di DAR AL-
HIKMAH untuk menyampaikan Puisi beliau yang bertajuk
Kitalah Warga Merdeka Yang Mengerti
Dipersilakan…….
6. Cikgu Ismail
Jaafar -
ASA/KLM
Terima Kasih kepada Puan Siti Nor di atas persembahan tadi.
Tuan2 dan Puan2,
Selain terhibur, persembahan peserta sebentar tadi
menampilkan mesej untuk direnungkan. Baiklah. Mari kita
tumpukan perhatian terhadap persembahan peserta
seterusnya iaitu Ciksu Ismail Jaafar yang mewakili ASA yang
juga seorang pensyarah yang sedang berkhidmat di Kulliyyah
Language Management Pagoh Johor Darul Takzim. Cikgu
Ismail bakal mempersembahkan puisi dalam berbentuk
pantun bertajuk PANTUN SEMANGAT MERDEKA
(PERPADUAN)
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…
7. Tuan Hj. Mohd.
Khair
Ngadiron -
Alumni
IIUM/Pengara
h, Majlis Buku
Kebangsaan
M’sia
Majlis mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada iaitu Cikgu
Ismail Jaafar di atas persembahan beliau sebentar tadi.
Rantai emas rantai pusaka,
Disimpan rapi dalam peti,
Cintai kedaulatan sayangi bangsa,
Kekalkan perpaduan tanpa sangsi.
Tuan2 dan Puan2 sekelian,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil dari Alumni
IIUM iaitu Tuan Hj. Mohd. Khair Ngadiron - yang juga
Pengarah, Majlis Buku Kebangsaan M’sia untuk
menyampaikan 2 buah Puisi yang bertajuk:
- Merdeka 2
- Kemerdekaan adalah Sajak-sajak Yang Ingin D
Tulis
Dipersilakan…….
Page 6 of 9
8. Dr. Mohamad
Suhaizi
Suhaimi -
ASA/KLM
Terima Kasih kepada Tuan Haji Mohd Khair Ngadiron di atas
persembahan beliau sebentar tadi.
Malam Puisi Dirgahayu Pertiwi diteruskan lagi dengan
menjemput peserta yang ke 8 Dr. Mohamad Suhaizi Suhaimi
yang mewakili ASA dan beliau yang berkhidmat di Kulliyyah
Language Management Pagoh bakal mempersembahkan
puisi yang bertajuk Arkitek Kota
Majlis dengan segala Hormatnya mempersilakan….
9. Br. Mohd.
Norhafifi
Zolkiaply -
PMA/CCSU
Terima Kasih tidak terhingga buat Dr. Mohamad Suhaizi
Suhaimi atas Puisi tadi.
Tuan2 dan Puan2,
COVID-19 datang menyerang,
Tanpa kelibat musuh melanda;
Seluruh dunia sedang berperang,
Ujian dahsyat umat manusia.
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan En. Mohd
Norhafifi Zolkiaply yang mewakili PMA dan pegawai psikologi
di Unit Kaunseling IIUM untuk menyampaikan puisi beliau
yang bertajuk Ini Tanahair Tempat Bermula dan
Berakhir
Dipersilakan.
10. Sr. Siti Roziah
Mohd. Said -
KESATU/
Alumni
Relations
Division
Majlis mengucapkan Jutaan Terima Kasih En Mohd Hafifi di
atas persembahan beliau sebentar tadi.
Tuan2 dan Puan2 sekelian,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil dari KESATU
iaitu Puan Siti Roziah Mohd Said yang juga berkhidmat di
Pejabat Alumni Relations Division untuk menyampaikan Puisi
beliau yang bertajuk Pepohon Merdeka
Page 7 of 9
Dipersilakan…….
11. Sr. Haryati
Sahat -
KURNIA/KAHS
Majlis mengucapkan Jutaan Terima KasihPuan Siti Roziah di
atas persembahan beliau sebentar tadi.
Tuan2 dan Puan2 sekelian,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil dari KURNIA
iaitu Puan Haryati Sahat yang juga berkhidmat di Kulliyyah
Allied Health Sciences, Kampus Kuantan untuk
menyampaikan Puisi beliau yang bertajuk Tanah KURNIAan
Dipersilakan…….
12. Prof. Dr.
Mohamad
Fauzan Nordin
- ASA/KICT
Terima Kasih Puan Haryati Sahat di atas persembahan beliau
sebentar tadi.
Tuan2 dan Puan2 sekelian,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil dari ASA iaitu
Prof. Dr. Mohamad Fauzan Nordin yang juga berkhidmat di
KICT untuk menyampaikan 2 buah Puisi pada malam ini.
Tajuk puisi yang akan beliau sampaikan adalah bertajuk:
- Merdeka Segala
- Bicara Merdeka Seorang Guru Tua
Dipersilakan…….
13. YBhg. Dato’
Dr. Zurinah
Hassan -
(Sasterawan
Negara)
Terima Kasih kepada Prof. Mohamad Fauzan Nordin di atas
puisi yang disampaikan sebentar tadi.
Tibalah kita pada peserta terakhir dan yang pasti adalah
teristimewa pada mala mini. Kita persilakan YGhg Dato’ Dr.
Zurinah Hassan Sasterawan Negara untuk menyampaikan
puisi beliau yang bertajuk Do’a Pada Hari Merdeka
(Rakaman Video)
Dipersilakan
Penutup program
dan sesi fotografi di
Dengan berakhirnya tayangan video oleh Sasterawan Negara
Ybhg Dato Dr. Zurinah Hassan sebentar tadi maka
Page 8 of 9
aplikasi Zoom berakhirlah program Malam Puisi Dirgahayu Pertiwi 2021
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Lipat kain lipat baju
Lipat kertas dalam puan
Dari air menjadi batu
Sedikit tak lupa budi tuan
Sidang hadiri sekalin,
Inilah yang dikatakan,
umpama belayar telah sampai dipelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Tuan2 dan Puan2 yang dihormati sekelian,
kita telah pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara Nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-
sama memeriahkan Majlis kita pada mala mini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya
mengacarakan Majlis ini.
Putih cahaya si kunang-kunang
Page 9 of 9
Terbang hinggap di dahan kayu
Di antara sirih dengan pinang
Di jari sepuluh sembah berlalu
Kalau Silap dengan lupa, Kalau kami tersalah adab,
Kalau kami tersalah cakap, Yang patut kami tak dipatutkan,
Kami mohon ampun dan maaf.
Sesungguhnya yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri,
dan yang baik itu datang dari-Nya Yang Esa
Sekian sahaja majlis kita pada hari ini.
Saya sudahi dengan ucapan terima kasih dan kalam suci
wabillahi taufikwalhidayah. Assalamualikum w.t.b
Tuan2 dan puan2 yang berada di Chanel Zoom saya mohon
untuk membuka kamera masing2 untuk sesi bergambar.
Bersurai Sekian Terima Kasih Semua
Jumpa lagi di Tahun Hadapan
Wassalam.
-

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Teks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisTeks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlis
Hazrin Imam Kardi
 
Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmata...
Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmata...Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmata...
Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmata...
Fieza Azniff
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
rozitabtzain
 
Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)
Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)
Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)
Nad0209
 
Teks pengacara majlis
Teks pengacara majlisTeks pengacara majlis
Teks pengacara majlis
nora fizah
 
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Maimunah Sibli
 
Teks pengacara majlis sambutan israk mikraj
Teks pengacara majlis sambutan israk mikrajTeks pengacara majlis sambutan israk mikraj
Teks pengacara majlis sambutan israk mikraj
Wmr Ridza
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Fazri Usidi
 

La actualidad más candente (20)

Teks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisTeks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlis
 
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
 
Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmata...
Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmata...Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmata...
Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmata...
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
 
Teks pengacara majlis mesy agung ke 40
Teks pengacara majlis mesy agung ke 40Teks pengacara majlis mesy agung ke 40
Teks pengacara majlis mesy agung ke 40
 
Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)
Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)
Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)
 
Skrip juruacara lawatan penanda aras ke sksi ii
Skrip juruacara lawatan penanda aras ke sksi iiSkrip juruacara lawatan penanda aras ke sksi ii
Skrip juruacara lawatan penanda aras ke sksi ii
 
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASITEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI
 
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
 
Teks pengacara majlis
Teks pengacara majlisTeks pengacara majlis
Teks pengacara majlis
 
Salutasi
SalutasiSalutasi
Salutasi
 
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
 
Teks pengacara majlis sambutan israk mikraj
Teks pengacara majlis sambutan israk mikrajTeks pengacara majlis sambutan israk mikraj
Teks pengacara majlis sambutan israk mikraj
 
Teks pengacara majlis persaraan
Teks pengacara majlis persaraanTeks pengacara majlis persaraan
Teks pengacara majlis persaraan
 
2016 teks ucapan hari keluarga pusat pengajian al-syaafii
2016   teks ucapan hari keluarga pusat pengajian al-syaafii2016   teks ucapan hari keluarga pusat pengajian al-syaafii
2016 teks ucapan hari keluarga pusat pengajian al-syaafii
 
Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017
 
Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019
 
Modul Kem Jati Diri
Modul Kem Jati DiriModul Kem Jati Diri
Modul Kem Jati Diri
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
 

Similar a Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)

Teks pengacaraan pibg
Teks pengacaraan pibgTeks pengacaraan pibg
Teks pengacaraan pibg
Siti Puspa
 
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
bagero
 
TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docxTEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docx
Ilham Afnan
 
Teks Pengacara Majlis Persaraan 2 Julai 2019.docx
Teks Pengacara Majlis Persaraan  2 Julai 2019.docxTeks Pengacara Majlis Persaraan  2 Julai 2019.docx
Teks Pengacara Majlis Persaraan 2 Julai 2019.docx
softri
 
Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaaLaporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Norlela Abdrahman
 
Teks juruacara
Teks juruacaraTeks juruacara
Teks juruacara
Kama Taib
 
Kertas kerja merdeka
Kertas kerja merdekaKertas kerja merdeka
Kertas kerja merdeka
aurakaya
 
brosur kemerdekaan 2022 pdf.pdf
brosur kemerdekaan 2022 pdf.pdfbrosur kemerdekaan 2022 pdf.pdf
brosur kemerdekaan 2022 pdf.pdf
ssuser74fd05
 
4028142 pengacaraan-majlis
4028142 pengacaraan-majlis4028142 pengacaraan-majlis
4028142 pengacaraan-majlis
ernittasabian
 
Mcsukan sk batang kali
Mcsukan sk batang kaliMcsukan sk batang kali
Mcsukan sk batang kali
amran chemeh
 
teks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docx
teks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docxteks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docx
teks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docx
ssuser38f308
 
Kertas kerja sambutan hari buku sedunia
Kertas kerja sambutan hari buku seduniaKertas kerja sambutan hari buku sedunia
Kertas kerja sambutan hari buku sedunia
Mohd Raihan Jamiran
 

Similar a Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online) (18)

Teks pengacaraan pibg
Teks pengacaraan pibgTeks pengacaraan pibg
Teks pengacaraan pibg
 
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
 
TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docxTEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docx
 
Teks Pengacara Majlis Persaraan 2 Julai 2019.docx
Teks Pengacara Majlis Persaraan  2 Julai 2019.docxTeks Pengacara Majlis Persaraan  2 Julai 2019.docx
Teks Pengacara Majlis Persaraan 2 Julai 2019.docx
 
Teks pengacara majlis hari guru
Teks pengacara majlis hari guruTeks pengacara majlis hari guru
Teks pengacara majlis hari guru
 
Teks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi batiTeks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi bati
 
MC PIBG 2023.docx
MC PIBG 2023.docxMC PIBG 2023.docx
MC PIBG 2023.docx
 
Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaaLaporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
 
Teks juruacara
Teks juruacaraTeks juruacara
Teks juruacara
 
Kertas kerja merdeka
Kertas kerja merdekaKertas kerja merdeka
Kertas kerja merdeka
 
brosur kemerdekaan 2022 pdf.pdf
brosur kemerdekaan 2022 pdf.pdfbrosur kemerdekaan 2022 pdf.pdf
brosur kemerdekaan 2022 pdf.pdf
 
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
 
4028142 pengacaraan-majlis
4028142 pengacaraan-majlis4028142 pengacaraan-majlis
4028142 pengacaraan-majlis
 
Mcsukan sk batang kali
Mcsukan sk batang kaliMcsukan sk batang kali
Mcsukan sk batang kali
 
Patriotisme
PatriotismePatriotisme
Patriotisme
 
teks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docx
teks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docxteks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docx
teks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docx
 
Kertas kerja sambutan hari buku sedunia
Kertas kerja sambutan hari buku seduniaKertas kerja sambutan hari buku sedunia
Kertas kerja sambutan hari buku sedunia
 
Majlis perasmian wou mc
Majlis perasmian wou mcMajlis perasmian wou mc
Majlis perasmian wou mc
 

Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)

  • 1. Page 1 of 9 MALAM PUISI DIRGAHAYU PERTIWI Anjuran bersama: ASA | PMA | KESATU | KURNIA CUE SKRIP Ucapan pembukaan Laungan Merdeka suara Keramat Tanda bebas ikatan penjajah Sungguh Malaysia negara berdaulat Semangat juang bangsa yang gagah Terbang tinggi burung merpati, Hinggap sebentar di atas dahan, 64 tahun kemerdekaan dirai, Negara sejahtera penuh kenangan. Assalamualaikum wrt wbt DAN Salam Puisi Dirgahayu Pertiwi 2021, Saya Suhaimi bin Long, Pegawai Tadbir Kanan yang bersiaran dari Pusat Asasi IIUM Kampus Gambang adalah pengacara majlis anda pada malam ini. Tanggal 31 August 1957, detik waktu bangsa kita telah merdeka, telah lahir bangsa berdaulat, wujud dari semangat para pejuang yang membayar kemerdekaan ini dgn titisan darah dan airmata. Meniti hari-hari di usia 64 tahun kemerdekaan Malaysia, tanpa pernah alpa, kita raikan hari bertuah ini untuk memaknai erti bebas, erti merdeka, erti berdikari, erti hidup sendiri… Malam ini kita berkumpul walau hanya di alam maya tetapi cukup dengan simbolik dan pengertiannya, malam menghayati detik kebebasan, menyelami detik ketika Merdeka dilaungkan 64 tahun dahulu diungkap pada malam ini dengan deklamasi sajak dan puisi, di hidupkan dengan susunatur lakon dan nyanyi, sebagai tanda nikmat hidup sebagai pertiwi yang bebas. Untuk makluman tuan2 dan puan2, Program Malam Puisi Dirgahayu Pertiwi ini di anjurkan
  • 2. Page 2 of 9 bersama oleh Academic Staff Association (ASA) atau Kesatuan Kakitangan Akademik IIUM, Professional Management Association (PMA) atau Persatuan Kakitangan Profesioanl IIUM, KESATU atau Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu IIUM dan KURNIA Kesatuan Kakitangan Am Universiti IIUM. Objektif utama program kita pada malam ini adalah: 1. Menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan komuniti UIAM dan masyarakat 2. Platform untuk para peserta menonjolkan bakat, meluahkan rasa cinta kepada negara dan…. 3. Mengeratkan hubungan ukhuwwah sesama warga UIAM Oleh yang demikian, pada mala mini Malam Puisi Dirgahayu Pertiwi 2021 bakal menampilkan 13 Pemuisi dari pelbagai latar belakang untuk menyampaikan puisi masing2 kepada anda semua. Bacaan Doa Tuan2 dan Puan2 yang di hormati sekelian, Sebagai memberkati majlis kita pada malam ini, saya ingin menjemput Yang Mulia Ustaz Saupi Azran Muhamad Tamjis yang juga Presiden KURNIA Untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya di persilakan.. Ucapan Aluan Amin2 Ya Rabbal A-Lamin. Terima Kasih kepada Presiden KURNIA Br. Saupi Azran atas bacaan doa tersebut. Majlis kita diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh Presiden Academic Staff Association (ASA) Dr. Muhammad Irwan bin Ariffin – KENMS Dengan segala hormatnya dipersilakan. 1. YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan – Mantan Rector IIUM Terima Kasih kepada Dr. Muhammad Irwan bin Ariffin atas ucapan aluan sebentar tadi. Tuan2 dan Puan2,
  • 3. Page 3 of 9 Puisi tradisional larut dalam jiwa masyarakat Melayu sebagai hasil kesenian yang mengupas nilai hidup duniawi dan akhirat, meyelusuri alam nyata, mengjangkau alam mistik, membawa peranan sebagai wadah pemeliharaan adat, pembinaan sahsiah, pengajaran agama, pengajaran ilmu pengasih, pertahanan, hiburan, dan kepercayaan Puisi tradisional juga terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya ialah pantun, syair, gurindam dan seloka dan lain2 lagi. Tuan2 dan Puan2 Sekelian, Kita akan memulakan Malam Puisi Dirgahayu Pertiwi dengan menjemput YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan – Mantan Rector IIUM untuk mempersembahkan puisi beliau yang bertajuk: Puisi Rakyat Terbelenggu: Pesan Untuk Warga UIAM Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan…….. 2. Persembahan Video oleh (Buku Jalanan Chow Kit – BJCK) Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan di atas persembahan puisi beiau. Adalah diharapkan agar warga IIUM yang mengikuti siaran kita pada malam ini mengambil maklum bait nasihat yang disampaikan. Laungan keramat di Stadium Merdeka Berhimpun rakyat pelbagai bangsa, Negara kita sudah merdeka, Jasa pemimpin jangan dilupa. Program kita pada mala mini diteruskan lagi dengan menjemput Dr. Tengku Nordayana Akma Tuan Kamaruddin untuk mengenalkan projek Flagship IIUM Sejahtera dan seterusnya persembahan video oleh murid2 dari Buku Jalanan Chow Kit.
  • 4. Page 4 of 9 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.. 3. Haji Abdul Hakim bin Haji Ahmad - KURNIA/ITD Majlis mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada Dr. Tengku Nordayana Akma di atas persembahan video tersebut. Tuan2 dan Puan2 sekelian, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil dari KURNIA iaitu Haji Abdul Hakim bin Haji Ahmad yang juga berkhidmat di Information Technology Division untuk menyampaikan Puisi beliau yang bertajuk Ke Ruang Katarsis Dipersilakan……. 4. Tuan Hj. Mohd. Yazid Ahmad - President KESATU/KOE Majlis mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada iaitu Haji Abdul Hakim bin Haji Ahmad di atas persembahan beliau sebentar tadi. Burung enggang terbang melayang, Singgah hinggap di atas meja, Bukan ringgit pandangan orang, Perpaduan cermin tamadun negara. Tuan2 dan Puan2 sekelian, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil dari KESATU iaitu Tuan Hj. Mohd. Yazid Ahmad - President KESATU yang juga berkhidmat di Kulliyyah of Engineering untuk menyampaikan Puisi beliau yang bertajuk Erti Sebuah Kemerdekaan Dipersilakan……. 5. Sr. Siti Nor Md. Idris - PMA/DAR AL- HIKMAH IIUM Majlis mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada Tuan Hj. Mohd. Yazid Ahmad - President KESATU di atas persembahan beliau. Tuan2 dan Puan2 sekelian, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil dari PMA
  • 5. Page 5 of 9 iaitu Puan Siti Nor Md. Idris yang juga berkhidmat di DAR AL- HIKMAH untuk menyampaikan Puisi beliau yang bertajuk Kitalah Warga Merdeka Yang Mengerti Dipersilakan……. 6. Cikgu Ismail Jaafar - ASA/KLM Terima Kasih kepada Puan Siti Nor di atas persembahan tadi. Tuan2 dan Puan2, Selain terhibur, persembahan peserta sebentar tadi menampilkan mesej untuk direnungkan. Baiklah. Mari kita tumpukan perhatian terhadap persembahan peserta seterusnya iaitu Ciksu Ismail Jaafar yang mewakili ASA yang juga seorang pensyarah yang sedang berkhidmat di Kulliyyah Language Management Pagoh Johor Darul Takzim. Cikgu Ismail bakal mempersembahkan puisi dalam berbentuk pantun bertajuk PANTUN SEMANGAT MERDEKA (PERPADUAN) Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan… 7. Tuan Hj. Mohd. Khair Ngadiron - Alumni IIUM/Pengara h, Majlis Buku Kebangsaan M’sia Majlis mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada iaitu Cikgu Ismail Jaafar di atas persembahan beliau sebentar tadi. Rantai emas rantai pusaka, Disimpan rapi dalam peti, Cintai kedaulatan sayangi bangsa, Kekalkan perpaduan tanpa sangsi. Tuan2 dan Puan2 sekelian, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil dari Alumni IIUM iaitu Tuan Hj. Mohd. Khair Ngadiron - yang juga Pengarah, Majlis Buku Kebangsaan M’sia untuk menyampaikan 2 buah Puisi yang bertajuk: - Merdeka 2 - Kemerdekaan adalah Sajak-sajak Yang Ingin D Tulis Dipersilakan…….
  • 6. Page 6 of 9 8. Dr. Mohamad Suhaizi Suhaimi - ASA/KLM Terima Kasih kepada Tuan Haji Mohd Khair Ngadiron di atas persembahan beliau sebentar tadi. Malam Puisi Dirgahayu Pertiwi diteruskan lagi dengan menjemput peserta yang ke 8 Dr. Mohamad Suhaizi Suhaimi yang mewakili ASA dan beliau yang berkhidmat di Kulliyyah Language Management Pagoh bakal mempersembahkan puisi yang bertajuk Arkitek Kota Majlis dengan segala Hormatnya mempersilakan…. 9. Br. Mohd. Norhafifi Zolkiaply - PMA/CCSU Terima Kasih tidak terhingga buat Dr. Mohamad Suhaizi Suhaimi atas Puisi tadi. Tuan2 dan Puan2, COVID-19 datang menyerang, Tanpa kelibat musuh melanda; Seluruh dunia sedang berperang, Ujian dahsyat umat manusia. Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan En. Mohd Norhafifi Zolkiaply yang mewakili PMA dan pegawai psikologi di Unit Kaunseling IIUM untuk menyampaikan puisi beliau yang bertajuk Ini Tanahair Tempat Bermula dan Berakhir Dipersilakan. 10. Sr. Siti Roziah Mohd. Said - KESATU/ Alumni Relations Division Majlis mengucapkan Jutaan Terima Kasih En Mohd Hafifi di atas persembahan beliau sebentar tadi. Tuan2 dan Puan2 sekelian, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil dari KESATU iaitu Puan Siti Roziah Mohd Said yang juga berkhidmat di Pejabat Alumni Relations Division untuk menyampaikan Puisi beliau yang bertajuk Pepohon Merdeka
  • 7. Page 7 of 9 Dipersilakan……. 11. Sr. Haryati Sahat - KURNIA/KAHS Majlis mengucapkan Jutaan Terima KasihPuan Siti Roziah di atas persembahan beliau sebentar tadi. Tuan2 dan Puan2 sekelian, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil dari KURNIA iaitu Puan Haryati Sahat yang juga berkhidmat di Kulliyyah Allied Health Sciences, Kampus Kuantan untuk menyampaikan Puisi beliau yang bertajuk Tanah KURNIAan Dipersilakan……. 12. Prof. Dr. Mohamad Fauzan Nordin - ASA/KICT Terima Kasih Puan Haryati Sahat di atas persembahan beliau sebentar tadi. Tuan2 dan Puan2 sekelian, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil dari ASA iaitu Prof. Dr. Mohamad Fauzan Nordin yang juga berkhidmat di KICT untuk menyampaikan 2 buah Puisi pada malam ini. Tajuk puisi yang akan beliau sampaikan adalah bertajuk: - Merdeka Segala - Bicara Merdeka Seorang Guru Tua Dipersilakan……. 13. YBhg. Dato’ Dr. Zurinah Hassan - (Sasterawan Negara) Terima Kasih kepada Prof. Mohamad Fauzan Nordin di atas puisi yang disampaikan sebentar tadi. Tibalah kita pada peserta terakhir dan yang pasti adalah teristimewa pada mala mini. Kita persilakan YGhg Dato’ Dr. Zurinah Hassan Sasterawan Negara untuk menyampaikan puisi beliau yang bertajuk Do’a Pada Hari Merdeka (Rakaman Video) Dipersilakan Penutup program dan sesi fotografi di Dengan berakhirnya tayangan video oleh Sasterawan Negara Ybhg Dato Dr. Zurinah Hassan sebentar tadi maka
  • 8. Page 8 of 9 aplikasi Zoom berakhirlah program Malam Puisi Dirgahayu Pertiwi 2021 Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi tuan saya tak lupa Sudah terpaku di dalam hati Lipat kain lipat baju Lipat kertas dalam puan Dari air menjadi batu Sedikit tak lupa budi tuan Sidang hadiri sekalin, Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai dipelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Tuan2 dan Puan2 yang dihormati sekelian, kita telah pun berada di hujung acara. Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan Tuai padi antara Nampak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara Nampak Esok jangan rindu-rinduan Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama- sama memeriahkan Majlis kita pada mala mini. Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini. Putih cahaya si kunang-kunang
  • 9. Page 9 of 9 Terbang hinggap di dahan kayu Di antara sirih dengan pinang Di jari sepuluh sembah berlalu Kalau Silap dengan lupa, Kalau kami tersalah adab, Kalau kami tersalah cakap, Yang patut kami tak dipatutkan, Kami mohon ampun dan maaf. Sesungguhnya yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri, dan yang baik itu datang dari-Nya Yang Esa Sekian sahaja majlis kita pada hari ini. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih dan kalam suci wabillahi taufikwalhidayah. Assalamualikum w.t.b Tuan2 dan puan2 yang berada di Chanel Zoom saya mohon untuk membuka kamera masing2 untuk sesi bergambar. Bersurai Sekian Terima Kasih Semua Jumpa lagi di Tahun Hadapan Wassalam. -