1. CPR atau resusitasi jantung paru-paru adalah teknik penting untuk menyelamatkan korban serangan jantung atau masalah pernafasan yang tiba-tiba. CPR bertujuan menjaga aliran darah dan udara sampai menerima bantuan medis.
2. Penyakit koronari disebabkan oleh penumpukan lemak yang menyempitkan arteri dan menyebabkan serangan jantung atau kematian mendadak.
3. Serangan jantung dan peny
1. 1. CARDIO PULMONARY
RESUSCITATIONPENDAHULUANCPR atau
Cardiopulmonary Resuscitation adalah satu kunci penting
dalam rantaian hidup untukmangsa yang mengalami
masalah kejutan secara tiba-tiba pada jantung dan
pernafasan. Ianyabertujuan untuk mencegah kerosakan
otak sebelum menerima bantuan perubatan.
CPRmempunyai 2 matlamat iaitu:-a). Mengekalkan aliran
darah ke seluruh anggota badan.b) Mengekalkan aliran
udara masuk dan keluar dari paru-paru.CPR adalah teknik
mudah yang hanya memerlukan peralatan yang minima
sahaja. Apa yanganda lakukan adalah sesuatu yang
mudah:-a) Memberi tiupan ke dalam mulut mangsa untuk
menolak mangsa untuk menolak masuk udara beroksigen
ke dalam paru-paru. Ini akan menyerapkan oksigen ke
dalam salur darahb) Memberi tekanan di dada mangsa
untuk membuatkan darah mengalir di dalam
badanSerangan sakit jantung secara tiba-tiba adalah punca
utama kematian di kalangan orangdewasa. CPR
menggandakan peluang untuk hidup daripada serangan
jantung itu. 75% selalunyaberlaku di rumah. Mangsa yang
biasa mengalaminya adalah lelaki yang berusia awal 60an
danwanita dalam usia lewat 60an. Dua kali ganda lelaki
diserang sakit jantung berbanding wanita.Dalam setiap 10
mangsa yang mengalami masalah jantung terhenti yang
dimasukkan kehospital, hanya tiga berjaya diselamatkan.
Mengapa? 1 Email : kamafiq@yahoo.com
2. KITAR MANDIRIKitar Mandiri adalah rangkaian /
rantai dalam tindakan menyelamat yang berkait
antarapenyelamat apabila memberi bantuan mangsa.
Terdapat 4 rangkaian / rantai dalam Kitar Mandiri.
Tindakan Awal CPR Awal Defibrilasi Awal ACLS
AwalTindakan AwalHubungi EMS ( Emmergency
Medical Service ) dan beritahu :-a) Nombor telefon
panggilan dibuat.b) Tempat Kejadian.c) Jenis
Kemalangan.d) Kecederaan yang dialami.e) Jumlah perlu
bantuanCPR Awala) Bila dan bagaimana bantuan
pernafsan diberi.b) Bila dan bagaimana tekanan dada
dilakukan.Defibrilasi AwalMenggunakan alat elektrik
2. defibrillator untuk menghidupkan jantung yang terhenti
dari berfungsi.ACLS Awal / Tindakan Lanjutan
AwalMerupakan rawatan yang dilakukan oleh pihak
doktor, paramedik, jururawat terlatih atausebagainya. 2
Email : kamafiq@yahoo.com
3. SISTEM PERNAFASANPernafasan merupakan sistem
biologi yang penting kepada semua organisma
yangmembabitkan pertukaran gas untuk meneruskan
kehidupan. Bagi manusia tubuh badannyamemerlukan 4.5
% Oksigen daripada 21% oksigen yang berada di udara
kasar. Udara kasarmengandungi Oksigen, Nitrogen,
Karbon Dioksida dan Gas Nadir.Sistem pernafasan
manusia mengandungia) Saluran pernafasan (nasal
passage), di mana udara dilembabkan dan tempat deria bau
berfungsi.b) Farinks, kawasan umum di belakang mulut di
mana udara, makanan dan air lalu.c) Larinks, atau peti
suarad) Trakea, saluran udara yang bersambung kepada
bronchie) Alveolus, kantung akhir di mana berlaku
pertukaran gas.f) Bronkiol, cabang bronkus yang
menyebarkan udara ke alveolig) DiafragmaAlveolus dan
bronkiol membentuk paru-paru. Udara bergerak keluar
masuk dari paru-paru olehpergerakan sangkar kerangka
(rib cage) dan diafragma, yang mengembangkan paru-paru
untukmenarik udara masuk dan mengempiskan paru-paru
untuk menolak udara keluar. 3 Email :
kamafiq@yahoo.com
4. SISTEM PEREDARAN DARAHSistem Peredaran
Darah adalah salah satu sistem yang penting di dalam
tubuh badan. Sistem inimengedarkan darah bermula dari
jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung
semula.Sistem peredaran darah manusia juga dikenali
sebagai sistem peredaran tertutup kerana darahmengalir di
dalam salur darah yang tertutupFungsi asas peredaran
darah ialah menyampaikan zat-zat makanan dan oksigen
kepada sel-seldi dalam badan dan mengeluarkan karbon
dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel.Sistem
darah manusia mempunyai dua jenis iaitu peredaran
pulmonari dan sistemik.Peredaran PulmonariPeredaran ini
3. membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui
arteri pulmonari ke paru-paru dan balik ke jantung melalui
vena pulmonariPeredaran SistemikPeredaran ini membawa
darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua
bahagian badandan balik ke jantung. Struktur anatomi
sistem ini terdiri daripada Jantung, Saluran darah
danDaraha) Jantung: i) Jantung terletak di dalam ruangan
toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di
hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng
dari kanan ke kiri. 4 Email : kamafiq@yahoo.com
5. ii) Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu
kiri dan kanan. Ia dibahagikan oleh dinding yang dipanggil
septum. iii) Lapisan jantung pula terdiri daripada 3 lapisan
iaitu Pericardium (luar), Myocardium (tengah),
Endocardium (dalam). iv) Jantung mempunyai 4 ruang
iaitu 2 ruangan atas dikenali sebagai atrium dan 2 ruangan
bawah dikenali sebagai ventrikel v) Antara atrium dan
ventrikel terdapat injap yang mengawal pengaliran darah
di dalam jantung v) Aliran darah di dalam jantung
Venakava membawa darah yang mengandungi karbon
dioksida ke atrium kanan. Apabila atrium kanan
menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap
tricuspid. Pengucupan ventrikel menolak darah melalui
injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya
ke paru-paru. Pertukaran oksigen dan karbon dioksida
berlaku di paru-paru. Seterusnya dalah mengalir melalui
vena pulmonari ke atrium kiri. Apabila atrium kiri
menguncup, darah akan melalui injap mitral (bikuspid)
masuk ke ventrikal kiri. Dari ventrikel kiri darah mengalir
melalui injap aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh
badan. Jantung berdenyut 60 – 80 kali seminit secara
automatik dan kadar denyutan ini boleh bertambah
mengikut keadaan, seperti bersenam.b) Salur Darah Salur
darah terdiri daripada 3 jenis salur darah yang utama iaitu
Arteri , Vena dan Kapilari i) Arteri Arteri ialah salur darah
yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-
bahagian lain badan. Dinding arteri tebal, berotot dan
elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi
disebabkan oleh denyutan jantung. Arteri bercabang-
4. cabang membentuk arteriol. Semua arteri membawa darah
beroksigen kecuali arteri pulmonari. Antara arteri utama
ialah Temporal, Carotid, Bracial, Radial dan Femoral. 5
Email : kamafiq@yahoo.com
6. ii) Vena Vena ialah salur darah yang membawa darah ke
jantung dari bahagian-bahagian lain badan. Vena
mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih
besar jika dibandingkan dengan arteri. Darah yang berada
dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh
itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang
besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran
darah. Vena dilengkapi dengan injap-injap yang
menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja,
iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika
darah mengalir ke belakang dalam alirannya. Vena yang
terkecil sekali dinamakan venul. Semua vena membawa
darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari. 6 Email :
kamafiq@yahoo.com
7. iii) Kapilari darah Kapilari darah ialah salur darah yang
terkecil sekali. Kapilari darah menghubungkan arteriol
kepada venul. Dinding kapilari darah hanya setebal satu
sel. Dinding-dindingnya yang nipis serta telap
memudahkan resapan bahan- bahan antara darah dan tisu-
tisu berlaku dengan cepat.c) Darah Darah terdiri daripada
Pepejal (sel darah ) 40% dan Cecair (plasma) 60%. Tubuh
manusia mengandungi lebih kurang 8 – 10 pain (6 liter)
darah. Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel
darah putih dan sel pembekuan (platelet). 7 Email :
kamafiq@yahoo.com
8. i) Plasma Adalah larutan yang berwarna jernih
kekuningan dan mengandungi bahan larut dalam air. Lebih
kurang 90% daripada plasma terdiri daripada air. Bahan
larut yang terkandung dalam plasma ialah Garam-garam,
Bahan-bahan makanan iaitu glukosa, asid amino, Protin
darah, fibrinogen, globulin, albumin dan bahan-bahan
kumuh terutama urea serta Hormon. ii) Sel Darah Merah
(Eritrosit) Berbentuk ceper dwicekung. Tidak mempunyai
nucleus. Mengandungi pigmen hemoglobin yang
5. memberikan warna merahnya. Saiz dan bentuknya
menghasilkan nisbah luas permukaan terhadap isi padu
yang besar dan ini menambahkan kecekapan sel darah
merah bagi pertukaran oksigen dengan plasma. Sel ini
hidup selama lebih kurang 120 hari. Ia dimusnahkan dalam
hati dan digantikan oleh sel-sel baru dalam sumsum tulang.
iii) Sel Darah Putih (Leukosit) Tidak berwarna dan
mempunyai bentuk tidak sekata. Tiap-tiap leukosit
mempunyai nucleus. Sel-sel darah putih dihasilkan dalam
sumsum tulang dan kelenjar limfa dan hidup selama lebih
kurang 30 jam. Terdapat pelbagai jenis sel darah putih
yang berlainan dari segi rupa dan fungsi. Ia memainkan
peranan yang penting dalam pertahanan badan terhadap
serangan bakteria. iv) Sel Pembeku Darah (Platelet) Sel-sel
ini terbentuk daripada luluhan sel-sel lain, iaitu trombosit
merupakan serpihan- serpihan sitoplasma yang sangat
kecil. Sel-sel ini tidak mempunyai nukleus. Ia memainkan
peranan penting dalam pembekuan darah. Sel ini hidup
selama lebih kurang 10 hari. Fungsi Darah Membawa
oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel dan tisu badan.
Melawan jangkitan kuman. Membawa bahan buangan atau
kumpulan, hormon-hormon dan enzim- enzim. Memberi
warna kepada kulit Mengawal suhu badan.PENYAKIT
KORONARIPenyakit Koronari berpunca daripada
pengumpulan dan pemendapan lemak dan lain-lain
bahanyang menebal dan mengasarkan dinding arteri dalam
dinding salur darah. Proses ini
dipanggilARTEROSKLEROSIS yang menyebabkan
saluran darah utama menjadi sempit danmenyebabkan
pembekuan darah. Antara-antara tanda-tanda penyakit
Koronari ialah sakit dada(Argena Pektoris), Serangan
Jantung dan kematian mengejut Kardiak 8 Email :
kamafiq@yahoo.com
9. KEMATIAN MENGEJUTTerdapat beberapa sebab
kematian mengejut berlaku antaranya ialah jantung
terhenti, renjatanelektrik, lemas, termakan ubat, kesesakan
reaksi alergi, trauma (pendarahan) dan strok. 9 Email :
kamafiq@yahoo.com
6. 10. Serangan JantungPenyakit yang berkenaan jantung
dikenali sebagai penyakit kardiovascular. Antara
penyakitjantung adalah sakit koronari jantung atau juga
dikenali sebagai penyakit jantung Iskemia(Ischaemic Heart
Disease). Penyakit kardiovascular merupakan punca utama
kesakitan dankematian yang disahkan oleh doktor di
Malaysia. Pada tahun 1988, 29.4% dari angka
kematianyang disahkan oleh doktor di Semenanjung
Malaysia adalah disebabkan oleh penyakitkardiovascular.
Penyakit jantung iskemia (Ischaemic Heart Disease) juga
dikenali sebagaipenyakit jantung koronari. Penyakit ini
adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan darahkepada
otot jantung. Kekurangan darah yang berterusan kepada
jantung akan menyebabkankematian otot-otot jantung dan
jika keadaan bertambah teruk boleh meyebabkan
kegagalanjantung untuk berfungsi dan seterusnya kematian
mengejut. Antara sindrom penyakit jantungiskemia adalah
angina pektoris dan infarksi miokardia.Penyakit jantung
iskemia kini menjadi ancaman utama terhadap kesihatan
masyarakat di seluruhdunia. Kadar kematian yang
disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan tertinggi di
Finland, Scotlanddan Ireland Utara. Dianggarkan bahawa
seorang dari lima orang lelaki akan mengidap
penyakitjantung iskemia pada umur di antara 60 - 65
tahun. Di Malaysia, kematian disebabkan olehpenyakit ini
adalah sebanyak 35 % daripada jumlah keseluruhan
kematian yang disebabkan olehpenyakit kardiovaskular
dari tahun 1975 - 1989. Kemasukan ke hospital yang
disebabkan olehpenyakit jantung iskemia telah meningkat
kepada 34,358 kes pada tahun 1997 berbandingdengan
14,754 kes pada tahun 1985.a) Angina Pektoris Angina
pektoris merupakan tanda awal seseorang itu mendapat
penyakit jantung iskemia. Tanda-tanda awal angina
pektoris adalah rasa sakit di dada sebelah kiri yang
disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen. Kadangkala
pesakit mengadu sakit di bahagian perut (epigastrik).
Serangan angina pektoris boleh berlaku semula apabila
pesakit melakukan aktiviti berat atau ketika pesakit
mengalami tekanan (stres) kerana pada keadaan tersebut
7. jantung memerlukan oksigen yang tinggi. Bagaimanapun,
10 Email : kamafiq@yahoo.com
11. kesakitan ini akan hilang di dalam masa kurang dari
setengah jam apabila pesakit memberhentikan aktiviti berat
dan berehat.b) Infarksi miokardia Infarksi miokardia
adalah suatu keadaan di mana sebahagian otot jantung
menjadi rosak dan mati akibat dari kekurangan bekalan
darah yang teruk ke bahagian tersebut. Tanda- tanda
infarksi miokardia adalah :- i) Sakit dada: Sakit dada
biasanya berlaku di sebelah kiri dada dan akan merebak ke
bahagian lengan, leher dan bahu kiri. Pesakit biasanya
merasa tidak selesa di dada atau merasa seakan-akan
sesuatu benda yang berat sedang menimpa dan menekan ke
dada dan kadangkala seolah dada berasa ketat. ii) Sukar
bernafas iii) Pening kepala iv) Muntah berterusanKematian
mengejut boleh berlaku jika tanda-tanda awal angina
pektoris atau infarksi miokardiatidak dikawalc) Faktor
risiko serangan jantung. Terdapat 3 faktor risiko serangan
jantung iaitu tidak boleh diubah, boleh di ubah dan faktor
lain yang mempengaruhi. i) Faktor tidak boleh diubah :- -
Keturunan. - Jantina. - Umur. ii) Faktor boleh dibah :- -
Merokok - Tekanan darah tinggi. - Aras kolesterol tinggi. -
Kurang aktiviti fizikal. iii) Faktor lain mempengaruhi :- -
Kencing manis. - Berat badan berlebihan. - Tekanan
jiwaStrokInfak (infarct) ialah bahagian otak yang telah
"mati" disebabkan oleh kekurangan oksigen. Tisuotak
boleh musnah atau mati disebabkan oleh dua perkara : 11
Email : kamafiq@yahoo.com
12. a) Strok iskemik (ischaemic stroke) berlaku apabila
terdapatnya sekatan atau pun pengurangan aliran darah
dalam arteri yang membekalkan darah ke bahagian otak.
Ini adalah punca yang sering berlaku yang menyebabkan
infak.b) Strok hemoragik (hemorrhagic stroke) pula
merujuk kepada berlakunya pendarahan dalam dan di
sekeliling otak dan menyebabkan berlakunya mampatan
dan kecederaan pada tisu.c) Strok hemoragik
(Hemorrhagic stroke) Strok jenis ini disebabkan oleh
pendarahan yang terjadi di dalam dan di sekeliling otak.
8. Pendarahan yang berlaku di antara otak dan tengkorak
dikenali sebagai pendarahan subaraknoid (subarachnoid
hemorrhage). Ia biasanya disebabkan oleh aneurisma
(aneurysm) yang pecah, malformasi arteriovena
(arteriovenous malformation) dan juga kecederaan di
kepala. Pendarahan di dalam tisu otak dikenali sebagai
pendarahan intraserebrum (intracerebral hemorrhage) dan
ini berpunca dari tekanan darah tinggi. Aneurisma ialah
satu keadaan di mana dinding arteri menjadi lemah,
menyebabkan ia anjal dan mengembang. Pada lazimnya ia
berlaku di cabang-cabang arteri. Hipertensi atau tekanan
darah tinggi ialah peningkatan tekanan darah yang
menyebabkan arteri arteri yang lebih kecil dalam otak
pecah . Darah yang terbebas di dalam tisu otak akan
menekan arteriol-arteriol yang berhampiran menyebabkan
ia pecah dan membawa kepada pendarahan yang lebih
banyak. Tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan
infak kecil (miniature infarct) yang hampir menyerupai
strok, tetapi pada tahap yang lebih kecil. Malformasi
arteriovena (arteriovenous malformation, AVM) ialah satu
keabnormalan pada pembuluh darah di mana arteri
bersambung terus dengan vena tanpa melalui jaringan
kapilari terlebih dahulu. Tekanan dari darah yang melalui
arteri menjadi terlalu tinggi untuk diterima oleh vena dan
ini menyebabkan ianya mengembang Pengembangan ini
mampu menyebabkan vena itu pecah dan berdarah.d) Strok
iskemik Strok jenis ini berlaku kerana terdapatnya sekatan
atau pengurangan aliran darah ke bahagian bahagian otak.
Sekatan ini berlaku disebabkan oleh arterosklerosis dan
juga pembentukan bekuan darah. Arterosklerosis
(artherosclerosis) atau pengerasan arteri adalah hasil dari
pemendakan kolesterol (cholesterol) dan plak pada dinding
arteri. Endapan kolesterol ini mampu menjadi cukup besar
untuk menyempitkan pembuluh darah dan seterusnya
mengurangkan aliran darah. Ia juga mampu untuk
mengurangkan kemampuan arteri untuk anjal. Trombus
atau bekuan darah terjadi pada permukaan plak
arterosklerosis yang terbentuk pada dinding arteri.
Trombus mampu membesar dan seterusnya menyekat
laluan dalam arteri. Sebahagian dari trombus ini boleh
9. pecah lalu membentuk embolus. Embolus akan melalui
saluran darah dan mampu menyekat arteri-arteri yang lebih
kecil. Biasanya, embolus terhasil dari jantung di mana
beberapa penyakit boleh menyebabkan pembentukan
trombus.e) Kejadian yang menjurus kepada strok Mangsa
strok biasanya akan mengalami "strok kecil" ataupun
tanda-tanda amaran sebelum berlakunya serangan strok
yang sebenar. 12 Email : kamafiq@yahoo.com
13. Serangan Iskemik Sementara atau Transient Ischaemic
Attack (TIA) merupakan serangan amaran (warning
strokes) yang biasanya mengambil masa dari beberapa
minit hingga ke 24 jam. Tanda-tanda atau simptom yang
timbul ini biasanya akan pulih sepenuhnya. Adalah satu
kelaziman bagi seseorang pesakit mengalami beberapa siri
serangan TIA ini sebelum mendapat strok yang sebenar.
Reversible Ischaemic Neurological Deficit (RIND) pula
ialah serangan yang berakhir lebih daripada 24 jam.
Jangkamasa pemulihan biasanya ialah 3 minggu. Selepas
setiap serangan RIND, tidak akan ada tisu-tisu yang
musnah, tetapi selepas satu serangan RIND, risiko
mendapat infak yang lengkap akan meningkat. Infaksi
lengkap adalah serangan yang boleh menyebabkan
pemusnahan kekal pada tisu otak, dan boleh menyebabkan
masalah seperti pengurangan fungsi sistem saraf
(neurologi) yang lebih serius. Penyembuhan biasanya tidak
sepenuhnya dan akan mengambil masa lebih daripada tiga
minggu.f) Fungsi Otak Normal Otak terbahagi kepada 2
bahagian; hemisfera kanan mengawal bahagian kiri badan
dan hemisfera kiri mengawal bahagian kanan badan. Setiap
hemisfera mempunyai 4 bahagian yang dipanggil lobus.
Satu lagi bahagian yang dipanggil serebelum
bertanggungjawab mengawal fungsi-fungsi harian kita.
Jenis masalah atau kecacatan neurologi yang berlaku pada
mangsa strok bergantung pada bahagian otak yang terlibat.
Mendapat khidmat pemulihan ialah satu kemestian bagi
pesakit strok. Jurupulih Anggota dan juga jurupulih
pertuturan akan membantu pesakit untuk "mempelajari
semula" fungsi- fungsi yang telah hilang dan bersedia
menghadapi sesuatu yang tidak dapat dipulihkan.g) Faktor
10. - Faktor Risiko Faktor risiko boleh diubahsuai untuk strok
ialah seperti berikut : i) Penyakit jantung ii) Tekanan darah
tinggi - faktor risiko yang penting yang boleh diubah dan
dikawal. iii) Arterosklerosis - berkecenderungan mendapat
tekanan darah tinggi dan penyakit jantung iv) Kejadian
TIA yang lalu - akan lebih mudah untuk mendapat strok v)
Paras kolesterol yang tinggi - berkecenderungan mendapat
tekanan darah tinggi dan penyakit jantung vi) Pengambilan
alkohol yang berlebihan - meningkatkan tekanan darah vii)
Obesiti - berkecenderungan mendapat tekanan darah tinggi
dan penyakit jantung viii) Merokok - kerosakan pada
jantung ix) Mengambil pil perancang keluarga - berserta
dengan merokok, mampu meningkatkan risiko strokh)
Faktor risiko yang tidak boleh diubahsuai i) Umur - risiko
meningkat dengan peningkatan umur ii) Jantina - lelaki
mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan
wanita yang putus haid. iii) Rekod perubatan - jika
seseorang mempunyai diabetes, fibrilasi atrium atau
penyakit jantung yang lain, atau TIA, risiko untuk
mendapat strok adalah lebih tinggi iv) Sejarah perubatan
yang lalu - sekiranya anda pernah mengalami strok, risiko
untuk ianya berulang adalah tinggi v) Sejarah perubatan
keluarga - sekiranya terdapat ahli keluarga terdekat yang
mengalami strok, risiko anda juga akan meningkat 13
Email : kamafiq@yahoo.com
14. i) Tanda-Tanda Strok Apabila ada perkara-perkara
berikut yang berlaku tanpa sebarang amaran : i) Terasa
lemah atau kebas pada bahagian muka, tangan atau kaki,
terutamanya pada sebelah bahagain badan. ii) Berlaku
kekeliruan dan juga kesukaran untuk bertutur atau
memahami sesuatu. iii) Kabur penglihatan, sama ada pada
sebelah atau kedua-dua belah mata iv) Masalah pada
pergerakan atau kawalannya (kawalatur) seperti kesukaran
untuk berjalan, terasa pening dan juga hilang keupayaan
mengimbang atau mengawal pergerakan.j) Komplikasi
Kecacatan Neurologi Biasa (Common Neurological
Deficits) selepas strokk) Strok di bahagian kiri i) Lumpuh
(paralysis) pada bahagian kanan badan ii) Kesukaran
bertutur iii) Gerakan yang perlahan dan berhati-hati iv)
11. Hilang daya ingatan terhadap bahasa v) Mengalami
disartria di bahagian muka sebelah kanan vi) Mengalami
afasia iaitu tidak mampu untuk memahami dan juga
bertutur dengan bahasa yang baik vii) Mengalami apraksia
iaitu tidak mampu untuk mengawal gerakan ototl) Strok di
bahagian kanan i) Lumpuh pada bahagian kiri badan ii)
Kekurangan tumpuan dan persepsi iii) Memiliki tingkah
laku yang pantas dan mengikut gerak hati iv) Mengalami
hemianopia pada ruang penglihatan sebelah kiri. v) Hilang
daya ingatan vi) Mengalami disartria di bahagian sebelah
kiri muka.m) Istilah istilah Berkaitan i) Lumpuh -
kehilangan fungsi otot dan juga rasa ii) Hemiparesis -
mengalami lemah pada sebelah bahagian badan iii)
Hemianopia - kehilangan atau pengurangan separuh medan
pandangan iv) Afasia - Hilang kebolehan untuk memahami
dan mengeluarkan bahasa v) Apraksia - hilang kebolehan
untuk mengawal otot dan pergerakan vi) Disartria -berlaku
masalah pada bahagain mulut yang menyebabkan kurang
keupayaan untuk bertutur dengan baik.n) Pencegahan i)
Bagi pesakit yang sedang menjalani proses pemulihan,
perkara berikut boleh membantu di dalam mengelakkan
kejadian strok berulang lagi. 14 Email :
kamafiq@yahoo.com
15. - Berhenti merokok - merokok boleh menyempitkan
arteri - Elakkan kegemukan - jaga berat badan - Amalkan
diet yang seimbang, kurangkan pengambilan makanan
berlemak - Lakukan senaman secara berkala, seperti
senaman aerobik (berbasikal, berjoging dan berjalan) -
Elak dan kawal tekanan perasaan atau stress ii) Secara
amnya, bagi setiap individu yang berisiko, berikut ialah
beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan
strok - Dapatkan pemeriksaan tekanan darah anda.
Sekiranya, anda tidak mengetahui tekanan darah anda,
dapatkan pemeriksaan dengan segera. Anda mungkin
mengalami tekanan darah tinggi dan mungkin mempunyai
risiko untuk mendapat strok tanpa anda sedari. - Berhenti
merokok. Merokok meningkatkan risiko anda untuk
mendapat sakit jantung, strok dan juga kanser. Kombinasi
merokok, dan juga pengambilan pil-pil perancang keluarga
12. akan meningkatkan lagi risiko strok di kalangan wanita. -
Makan makanan yang rendah lemak. Makanan tersebut
akan mengurangkan paras kolesterol dan dapat membantu
mengurangkan berat badan dan seterusnya mengurangkan
risiko penyakit jantung yang merupakan risiko yang kuat
untuk mendapat strok. Sekiranya anda mempunyai berat
badan yang berlebihan beserta dengan tekanan darah
tinggi, mengurangkan berat badan boleh menurunkan
tekanan darah anda. - Amalkan kehidupan yang aktif.
Aktiviti fizikal boleh mengurangkan risiko strok dengan
menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko
penyakit jantung. - Ambillah ubat yang diberi oleh doktor.
Sekiranya perubahan cara hidup tidak mencukupi untuk
mengurangkan risiko strok anda, doktor anda mungkin
akan memberi ubat untuk menurunkan tekanan darah, dan
paras kolesterol disamping ubat-ubat lain jika perlu.
Kurangkan pengambilan minuman keras. Mengambil lebih
daripada satu gelas sehari cukup untuk meningkatkan
tekanan darah. Meminum minuman keras secara
berlebihan mampu membawa kepada strok.TERCEKIK 15
Email : kamafiq@yahoo.com
16. TERCEKIK adalah satu kemalangan serius yang patut
dielakkan kerana kesannya bolehmengakibatkan kematian
dan trauma. Kejadian tercekik biasanya berlaku apabila
makanan,permainan atau objek tersangkut pada
kerongkong manusia yang boleh menyebabkanseseorang
itu sukar bernafas. Kejadian tercekik boleh berlaku kepada
orang dewasa dan kanak-kanak. Menurut beberapa kajian,
kanak-kanak dan bayi sekitar umur enam bulan hingga
setahunadalah paling berisiko tercekik. Oleh itu, ibu bapa
digalakkan mempelajari cara menyelamatkananak yang
tercekik. Terdapat dua kategori tercekik, iaitu separa
tercekik dan tercekiksepenuhnya.Separa tercekik tidak
membahayakan kerana mangsa masih boleh bernafas dan
bercakapkerana masih ada saluran udara pada kerongkong.
Tindakan yang perlu diambil bagimengeluarkan objek
yang tersangkut adalah dengan memaksa diri batuk
sehingga objek itukeluar. Bagaimanapun, bagi individu
yang tercekik sepenuhnya ini bermakna makanan
13. atausesuatu objek menghalang saluran pernafasan. Ini
menyebabkan mangsa menjadi sukar untukbernafas, malah
tidak mampu untuk bercakap dan batuk. Mangsa akan serta
merta memegangleher dan jika dibiarkan lama, kulit
mangsa akan bertukar kepada warna biru.Heimlich
maneuver adalah antara cara yang boleh dilakukan oleh
orang di sekeliling untukmenyelamatkan mangsa yang
tercekik bagi mengeluarkan objek yang tersangkut.Bagi
melakukan heimlich maneuver, seseorang perlu berada di
belakang mangsa kemudianmenekan perutnya di antara
pusat dan hulu hati menggunakan tangan dengan kuat
sehinggamangsa memuntahkan objek yang tersangkut di
tekaknya itu. Heimlich maneuver juga bolehdilakukan
dengan membaringkan mangsa terutama selepas mangsa
pengsan. Selepasdibaringkan, tekan pahanya dengan
kedua-dua kaki kemudian tekan perut mangsa iaitu
daripadapusat dan hulu hati dengan kuat sehingga objek
tersangkut di tekak mangsa berkenaan keluar.Objek itu
akan keluar serta merta kerana tekanan yang kuat pada
abdomen perut mengeluarkansisa oksigen yang masih
terdapat dalam paru-paru melalui saluran tekak
mangsa.Bagi bayi, heimlich maneuver yang dilakukan
amat berlainan daripada kanak-kanak dan
dewasa.Heimlich maneuver untuk bayi bawah satu tahun
ialah dengan meniarapkan bayi di atas paha,pastikan
kepala bayi lebih rendah daripada badannya. Kemudian
tepuk belakang bayi iaitu padatulang belikat selama lima
kali. Cara kedua untuk bayi pengsan adalah dengan
baringkannyakemudian tekan pada tulang dada di antara
dua puting bayi. Ulang sehingga sedar.Selepas melakukan
rawatan heimlich maneuver, telefon ambulans atau bawa
mangsa ke hospitaldengan segera. Tercekik adalah perkara
yang serius. Oleh itu bagi melakukan rawatan
heimlichmaneuver, perlu dibuat dengan berhati-hati untuk
mengelakkan daripada sebarang kemungkinankecederaan
lain, terutama kepada kanak-kanak dan bayi. Jika mangsa
dibiarkan selama 10 minitdalam keadaan tercekik, otak
mangsa mula tidak berfungsi kerana kegagalan darah dan
oksigendisalurkan ke otak. Ini boleh menyebababkan
kematian. Dalam masa empat minit, sel-sel otakmangsa
14. mula mati sekali gus menyebabkan kulit mangsa terutama
pada bahagian muka menjadikebiruan. Bagaimanapun, jika
mangsa berhenti bernafas, heimlich akan dilakukan
bersamadengan rawatan cardiopulmonary resuscitation
(CPR). CPR ini boleh dilakukan oleh mereka yangarif
melakukannya.Perkara yang perlu dihindari ketika
membantu mangsa tercekik, jangan menepuk
belakangketika mangsa berdiri. Ini boleh menyebabkan
objek yang tersangkut pada kerongkong tadi akanmasuk
lebih ke dalam. Jangan korek mulut mangsa untuk melihat
objek yang tersekat dan berigalakan kepada mangsa untuk
terus batuk.CARA MENGHINDARI DARIPADA
TERCEKIK 16 Email : kamafiq@yahoo.com
17. a) Makan secara perlahan-lahan. Kunyah secukupnya
makanan yang dimakan terutama makanan yang besar dan
pejal atau liat.b) Duduk ketika makan dan jangan bercakap
atau ketawa ketika mulut sedang penuh.c) Perhatikan
kanak-kanak terutama bayi kerana mereka gemar
memasukkan objek ke dalam mulut mereka. Contoh seperti
permainan kecil, belon, penutup pen, duit, manik dan
bateri. Jauhkan objek kecil ini daripada
mereka.HEIMLICH MANEUVERa) Rawatan kecemasan
tercekik untuk bayi sedar (Umur tidak lebih 1 tahun). i)
Pastikan bayi tersebut boleh menangis atau batuk. ii) Jika
tiada, beri 5 tepukan di belakang. iii) Kemudian beri 5
tekanan di dada. iv) Ulangi 5 tepukan di belakang dan 5
tekanan di dada. v) Jika bayi itu menjadi pengsan lakukan
CPR. Periksa bendasing di kerongkong atau mulut.
(Jangan korek dengan jari). Alihkan bendasing hanya
sekiranya kelihatan.b) Rawatan kecemasan tercekik untuk
kanak-kanak sedar (Umur 1 - 8 tahun). i) Pastikan kanak-
kanak tersebut boleh berkata-kata atau batuk. ii) Lakukan
tujahan di perut (Heimlich Manoeuvre) berulang kali
sehingga bendasing itu terkeluar. iii) Tekanan di dada
boleh dilakukan sekiranya kanak-kanak itu berbadan besar.
iv) Jika kanak-kanak itu menjadi pengsan lakukan CPR.
Periksa benda asing di kerongkong atau mulut. (Jangan
korek dengan jari). Alihkan benda asing hanya sekiranya
kelihatan. Sekiranya seseorang itu mengalami tercekik, ia
15. akan menunjukkan tangannya pada leher sambil cuba
bercakap. Teknik Heimlich Manuver boleh dilakukan
untuk membantu mangsa tersebut.c) Rawatan kecemasan
untuk orang dewasa Sedar (Untuk kanak- kanak 1 tahun ke
atas dan orang dewasa) i) Berdiri belakang mangsa dan
bersedia dengan kekuda, beritahunya yang anda cuba
membantu. ii) Peluk kedua-dua tangan anda di tengah-
tengah perutnya. iii) Genggam satu tangan dan letakkan di
tengah perut antara pusat dan bahagian bawah tengah
tulang rangka (ulu hati). iv) Tekan dengan tujahan ke
dalam dan ke atas beberapa kali sehingga objek yang
tersekat itu keluar. 17 Email : kamafiq@yahoo.com
18. v) Jika anda tercekik dan berseorangan, buat sesuatu
yang boleh menarik perhatian orang lain seperti ketuk,
baling sesuatu atau apa saja yang boleh membantu. vi) Cari
hujung penyandar kerusi yang tumpul dan letakkannya di
antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka
anda. vii) Tekan perut anda dengan kuat sehingga objek
tersebut keluar. Untuk mangsa yang mengandung, tekan di
atas bahagian perut dengan teknik tekanan di tengah dada.
Dapatkan rawatan lanjut sekiranya perlu.d) Rawatan
kecemasan Mangsa Pengsan i) Baring dan terlentangkan
mangsa. ii) Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans. iii)
Buka mulut mangsa, periksa bendasing dan keluarkan
dengan jari jika ada. iv) Buka saluran pernafasannya
(teknik angkat dagu dan dongak kepala) dan periksa
pernafasan. v) Jika tiada , lakukan bantuan pernafasan
mulut ke mulut dan terus ulangi jika tiada tindakbalas dari
mangsa. vi) Jika tiada masih tiada pergerakan, beri 15 kali
tekanan di dada (posisi tangan sama seperti CPR). vii)
Ulangi langkah di atas sehingga mangsa pulih atau bantuan
tiba.Apabila membuka saluran pernafasan mangsa yang
disyaki mengalami kecederaan tulangbelakang, JANGAN
gunakan teknik ini. GUNAKAN teknik tolakan tepat sendi
rahang.KEMAHIRAN ASAS CPRKemahiran Asas ini
adalah amat mustahak dalam mengendalikan seseorang
mangsa yangmemerlukan CPR. Terdapat 3 kemahiran asas
yang mesti difahami dan diikuti dalam prosesmenyelamat
mangsa.a) A-AIRWAY (SALURAN PERNAFASAN)
16. Tindakan utama untuk kejayaan resusitasi ialah membuka
saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi
kepala mangsa. Perlu diingat bahawa bahagian belakang
lidah atau epiglotis selalu menghalang pernafasan mangsa
yang tidak sedarkan diri. Oleh kerana lidah atau epiglotis
tercantum dibahagian bawah rahang, dengan cara
mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu
ke atas ianya boleh mengangkat lidah dan epiglotis
daripada bahagian belakang tekak untuk membolehkan
saluran pernafasan terbuka. 18 Email :
kamafiq@yahoo.com
19. b) B-BREATHING (PERNAFASAN) Apabila
pernafasan terhenti badan kita hanya mempunyai bekalan
oksigen yang masih ada dalam paru-paru dan darah. Oleh
sebab itu apabila pernafasan terhenti, jantung akan terhenti
dan mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan
pernafasan antara mulut ke mulut adalah cara yang tercepat
untuk menyampaikan oksigen ke paru-paru mangsa. Udara
yang dihembus mengandungi cukup oksigen untuk
sekurang-kurangnya bagi menampung sebahagian dari
keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan
sehingga mangsa boleh bernafas sendiri atau sehingga para
professional terlatih sampai.c) C-CIRCULATION
(PEREDARAN DARAH) Tekanan dada mengekalkan
edaran darah ke paru-paru, otak, arteri koronari dan organ-
organ penting yang lain. Apabila tekanan dada dijalankan
pernafasan bantuan mulut ke mulut juga patut dilakukan
bersama. i) Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal,
batuk atau sebarang pergerakan pada pesakit, mulakan
tekanan di dada. ii) Letakkan tangan di dada di antara 2
puting dan tekan ke dalam 1½ ke 2 inci sebanyak 30 kali
pada kadar 80-100 kali seminit. iii) Teruskan dengan 2
hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan
tiba. PERHATIAN Nisbah hembusan dan tekanan dalam
CPR adalah sama untuk kaedah 1 penyelamat dan 2
penyelamat. Dalam keadah 2 penyelamat, penyelamat yang
membuat tekanan di dada berhenti sewaktu penyelamat
lain memberi bantuan pernafasan. 19 Email :
kamafiq@yahoo.com
17. 20. PERLAKSANAAN CPRMANGSA DEWASA ( 8
tahun dan ke atas)a) Hembusan Pertama - 2 kali lembut
dan dalam, jarak hembusan 1 ½ hingga 2 saat.b) Periksa
Nadi - Carotid di leher menggunakan 2 jari.c) Tindakan
CPR - 30 tekanan 2 hembusan 5 kitaran menggunakan 2
belah tangan. Ke dalaman tekanan 1 ½ hingga 2 inci.d)
Tekanan 1 minit - 80 hingga 100 kali tekanan dada.e)
Tindakan EAR - 1 hembusan setiap 5 saat.MANGSA
KANAK-KANAK (1 tahun hingga 8 tahun)a) Hembusan
Pertama - 2 kali lembut, jarak hembusan 1 hingga 1 ½
saat.b) Periksa Nadi - Carotid di leher menggunakan 1 atau
2 jari.c) Tindakan CPR - 5 tekanan 1 hembusan 20 kitaran
menggunakan sebelah tangan. Ke dalaman tekanan 1
hingga 1 ½ inci.d) Tekanan 1 minit - 100 kali tekanan
dada.e) Tindakan EAR - 1 hembusan setiap 3 saat.Jika
anda bersendirian dengan kanak-kanak tersebut, lakukan
CPR dahulu selama 2 minitsebelum menghubungi
ambulans.MANGSA BAYI ( 1 tahun dan ke bawah)a)
Hembusan Pertama - 2 kali lembut, jarak hembusan 1
hingga 1 ½ saat.b) Periksa Nadi - Bracial di leher
menggunakan 1 atau 2 jari.c) Tindakan CPR - 5 tekanan 1
hembusan 20 kitaran menggunakan 2 jari. Ke dalaman
tekanan ½ hingga 1 inci. 20 Email : kamafiq@yahoo.com
21. d) Tekanan 1 minit - 100 kali tekanan dada.e) Tindakan
EAR - 1 hembusan setiap 3 saat.Jika anda bersendirian
dengan kanak-kanak tersebut, lakukan CPR dahullu selama
2 minitsebelum menghubungi
ambulans.PERLAKSANAAN TERCEKIKMangsa
Dewasaa) Tekanan Abdomen - 5 kalib) Korekan Mulut -
menggunakan jari telunjukMangsa Kanak-kanakBoleh
menggunakan pelaksanaan mangsa bayi atau
dewasaMangsa Bayia) Tepukan Belakang - 5 kali.b)
Tekanan dada - 5 kali tekanan menggunakan 2 jari.c)
Korekan Mulut - menggunakan jari
kelingking.ATURCARA PRAKTIKALSEORANG
PENYELAMAT MANGSA DEWASA (CPR)Kelas 1 -
kejutkan mangsaKelas 2 - minta bantuanKelas 3 - buka
saluran pernafasan 21 Email : kamafiq@yahoo.com
18. 22. Kelas 4 - pandang,dengar dan rasa ( 3 - 5saat )Kelas 5 -
hembus EAR 2 kali lembut dan dalam ( 1 ½ hingga 2 saat
)Kelas 6 - periksa nadi carotid ( 5 - 10 saat )Kelas 7 -
keputusan :- - Tiada nadi tiada nafas ( 30 tekanan 2
hembusan – 5 kitaran ) - Ada nadi tiada nafas ( Hembusan
EAR 1 kali setiap 5 saat ) - Ada nadi ada nafas (
kedudukan pemulihan / penyedaran )SEORANG
MANGSA KANAK-KANAK (CPR)Kelas 1 - kejutkan
mangsaKelas 2 - minta bantuanKelas 3 - buka saluran
pernafasanKelas 4 - pandang,dengar dan rasa ( 3-5saat
)Kelas 5 - Hembus EAR 2 kali lembut ( 1 hingga 1 ½ saat
)Kelas 6 - periksa nadi carotid ( 5- 10 saat )Kelas 7 -
Keputusan :- - Tiada nadi tiada nafas ( 5 tekanan 1
hembusan – 20 kitaran ) - Ada nadi tiada nafas (
Hembusan EAR 1 kali setiap 3 saat ) - Ada nadi ada nafas
( kedudukan pemulihan / penyedaran )SEORANG
MANGSA BAYI (CPR)Kelas 1 - kejutkan mangsaKelas 2
- minta bantuanKelas 3 - buka saluran pernafasanKelas 4 -
pandang,dengar dan rasa ( 3-5saat )Kelas 5 - Hembus EAR
2 kali lembut ( 1 hingga 1 ½ saat )Kelas 6 - periksa nadi
bracial ( 5- 10 saat )Kelas 7 - Keputusan :- - Tiada nadi
tiada nafas (5 tekanan 1 hembusan – 20 kitaran) - Ada nadi
tiada nafas (Hembusan EAR 1 kali setiap 3 saat) - Ada
nadi ada nafas (kedudukan pemulihan / penyedaran ) 22
Email : kamafiq@yahoo.com
23. TERCEKIK TIDAK SEDAR MANGSA
DEWASAKelas 1 hingga kelas 4 sama dengan CPR
dewasaKelas 5 - hembus sekali-sebut tak masuk dan
betulkan dongakan kepala. Hembus sekali lagi-sebut tak
masuk pasti tercekik.Kelas 6 - 5 tekanan abdomenKelas 7 -
periksa mulut mangsa dan korekKelas 8 - Ulang kelas 5 (
jika hembusan pertama masuk, hembus sekali lagi-sebut
masuk, periksa nadi Carotid )TERCEKIK TIDAK SEDAR
MANGSA KANAK-KANAKKelas 1 hingga kelas 4 sama
dengan CPR kanak-kanakKelas 5 - hembus sekali-sebut
tak masuk dan betulkan dongakan kepala. Hembus sekali
lagi-sebut tak masuk pasti tercekik.Kelas 6 - 5 tekanan
abdomenKelas 7 - periksa mulut mangsa dan korekKelas 8
- Ulang kelas 5 ( jika hembusan pertama masuk, hembus
19. sekali lagi-sebut masuk, periksa nadi Carotid /
Bracial)TERCEKIK TIDAK SEDAR MANGSA
BAYIKelas 1 hingga kelas 4 sama dengan CPR kanak-
kanakKelas 5 - hembus sekali-sebut tak masuk dan
betulkan dongakan kepala. Hembus sekali lagi-sebut tak
masuk pasti tercekik.Kelas 6 - 5 tekanan abdomenKelas 7 -
5 tekanan dadaKelas 8 - periksa mulut mangsa dan
korekKelas 9 - Ulang kelas 5 (jika hembusan pertama
masuk, hembus sekali lagi-sebut masuk, periksa nadi
Bracial)