SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 11
Descargar para leer sin conexión
JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188
178
https: / / journal.unisza.edu.my / jimk
[THE ROLE OF ISLAMIC EDUCATION TEACHERS IN BRINGING
TRANSFORMATION TO SOCIAL MOBILITY IN SOCIETY]
PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM MEMBAWA TRANSFORMASI
TERHADAP MOBILITI SOSIAL DALAM MASYARAKAT
MUHAMMAD ZULAZIZI MOHD NAWI1
1
Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan
Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Malaysia
*Corresponding author: zulazizi0902@gmail.com
Received Date: 7 April 2020 • Accepted Date: 29 Sept 2020
Abstract
Nowadays, the role of Islam as a spiritual and moral foundation has resulted in the true
civilization of a nation. Islam is a rule that must be obeyed and practiced by the people so that
the atmosphere of harmony can be maintained, cherished and symbolized to prosper the country.
The formation of a community that practiced Islam, in keeping with the objective of education
itself, especially in developing Rabbani minds. Nonetheless, the objective of Islamic education
which encompasses the context of well-being and the integrity of the social as well as society as
a whole must understand and recognize the responsibility of Islamic education teachers (GPI) in
this regard. Therefore, this study is a preliminary review of GPI's role in society. This study was
conducted using the library methods and data which is the source of discussion obtained through
library research. The results show that GPI's reputation in the community is very significant
because they are transformational agents who not only focus on the task of educating themselves
but also serve as a social mobility to the public.
Keywords: Islamic education teachers, transformation agent, social mobility, society.
Abstrak
Dewasa ini, peranan Islam sebagai dasar kerohanian dan sahsiah menatijahkan nilai ketamadunan
sebenar sesebuah negara. Islam adalah suatu aturan yang perlu dihayati dan diterapkan dalam
kalangan masyarakat agar suasana harmoni dapat terus dipelihara, dihargai dan menjadi simbol
untuk memakmurkan negara. Pembinaan sesebuah masyarakat yang mengamalkan Islam,
bersinambungan dengan hala tuju pendidikan itu sendiri khususnya dalam membangunkan minda
Rabbani. Sungguhpun begitu, hala tuju pendidikan Islam yang merangkumi konteks
kesejahteraan dan keutuhan aspek sosial serta masyarakat keseluruhannya perlulah memahami
dan mengiktiraf tanggungjawab guru pendidikan Islam (GPI) dalam perkara ini. Oleh sebab itu,
kajian ini merupakan sorotan awal terhadap peranan GPI dalam masyarakat. Kajian ini dijalankan
menggunakan kaedah deskriptif dan data yang menjadi sumber perbincangan diperoleh melalui
JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI
© PENERBIT UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
ISSN 1985-7667 • e-ISSN: 2289-6325
https://doi.org/10.37231/jimk.2020.21. 3. 429
JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188
179
penyelidikan kepustakaan. Hasil kajian mendapati martabat GPI dalam komuniti dilihat sangat
signifikan kerana mereka adalah agent transformasi yang tidak hanya memfokuskan tugas
mendidik semata-mata bahkan berperanan menjadi mobiliti sosial kepada khalayak ramai.
Kata kunci: Guru pendidikan Islam, agent transformasi, mobiliti sosial, masyarakat.
PENGENALAN
Pendidikan Islam adalah pendidikan berasaskan faktor Rabbaniah yang bertunjangkan sumber
Ilahiah. Kebanyakan ilmuwan pendidikan Islam seperti Hasan Al-Sharqawi, Fathi Yakan,
Abdullah Nasih Ulwan, Abdul Halim El-Muhammady, Azyumardi Azra, Shamsul Nizar dan
lain-lain lagi menerangkan istilah sebenar pendidikan Islam adalah suatu cara melahirkan
manusia berpengetahuan, bermoral, berakhlak mulia, sayang dan kasih kepada tanah air, sihat
tubuh badan, sempurna akal, jujur dalam pekerjaan dan hidup bergantung sepenuhnya kepada
kalamullah serta hadis baginda s.a.w
Hari ini, pendidikan Islam telah mengalami transformasi selaras dengan modernasi dan
globalisasi semasa. Kelahiran dan perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi dan rasul
terakhir merupakan detik permulaan kepada zaman baharu dalam bidang pendidikan Islam.
Objektif Baginda s.a.w pada masa itu adalah untuk menanam pokok iman dalam jiwa manusia.
Dasar pendidikan Islam yang bertunjangkan kepada kalamullah, hadis Rasulullah s.a.w, dan
ijma’ as-sahabah (pandangan para sahabat) telah banyak membantu ahli masyarakat pada
zaman tersebut untuk kembali kepada fitrah dan membawa suatu matlamat yang bertamadun.
Nilai estetika pendidikan Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w dari Allah s.w.t
berjaya memberikan jalan kesempurnaan hidup kepada masyarakat sama ada individu atau
berkelompok baik bagi kehidupan di alam fana ini mahupun kehidupan di alam abadi sana.
Sudah pasti, martabat dan darjat sebagai manusia juga dapat diperoleh hasil usaha pendidikan
Islam yang didapatinya (Subhan, 2013).
Jadi, artikel ini hanya menelusuri berkenaan elemen-elemen penting pendidikan Islam
dalam masyarakat dan konsep guru kamil secara terperinci. Perbincangan mengenainya adalah
berteraskan kepada data literatur yang diperoleh melalui penyelidikan kepustakaan. Metode
deskriptif ini digunakan juga bagi menghuraikan setiap peranan yang perlu dimainkan oleh guru
pendidikan Islam kepada masyarakat sebagai agent perubahan yang mencakupi hakikat
sosialisasi.
UNSUR PENDIDIKAN ISLAM DALAM MASYARAKAT
Elemen-elemen pendidikan Islam dalam membangunkan komuniti masyarakat sekurang-
kurangnya terbahagi kepada tiga aspek utama iaitu:
Cite as: Muhammad Zulazizi Mohd Nawi. 2020. Peranan Guru Pendidikan Islam dalam membawa
Transformasi terhadap Mobiliti Sosial dalam Masyarakat. Jurnal Islam dan Masyarakat
Kontemporari 21(3): 178-188.
JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188
180
1. Adab
Bagi membangunkan manusia yang sempurna, seseorang itu (pendidik) hendaklah
mempertontonkan adab melalui perbezaan peraturan, amalan, dan kecerdasan akal dalam
membuat pilihan yang betul. Menurut Rosenthal (1992) adab mempunyai makna yang luas
kerana ia melibatkan sahsiah, tatasusila, perbuatan, tatatertib, moral, kesantunan dan
sebagainya yang menujukkan kepada perkara pembelajaran. Adapun adab boleh dikaitkan
dengan sistem nilai yang berlandaskan kepada al-Quran, as-Sunnah, nilai-nilai alamiah
(sunnatullah), nilai yang bersumberkan dari sistem kemasyarakatan sesama manusia pada
waktu dan ruang sehingga dapat berubah-ubah (fleksibel). Menurut Sayyid Abul A’la al-
Maududi sebagaimana di dalam tulisan Putra (2016), terdapat tiga kriteria adab iaitu:
a. Keredaan Allah dan rasul-Nya adalah matlamat sebenar orang-orang Mukmin serta
menjadi hala tuju bagi mencetuskan konsep manusiawi
b. Urusan kehidupan manusia berdiri di atas adabil Islami secara keseluruhan, manakala
nafsu serakah dan angan-angan dibentangkan daripada mengganggu hidup manusia.
c. Tuntutan Islam yang utama kepada manusia adalah supaya mendirikan sistem
kehidupan yang dipenuhi dengan kebajikan dan bebas daripada kemungkaran
2. Etika
Dalam Islam, etika dipanggil akhlak kerana bersumberkan al-Quran dan Hadis. Kedua-duanya,
terdapat berbagai-bagai prinsip yang boleh dijadikan panduan kehidupan manakala Rasulullah
s.a.w pula merupakan model dan entiti mithali yang terbaik kepada manusia (Ahmad & Tamuri,
2010). Dalam al-Quran, Allah S.W.T sendiri telah mengiktiraf akhlak kebitaraan yang dimiliki
oleh Rasulullah s.a.w melalui yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang agung” (Surah al-Qalam
68: 4).
Seterusnya, Rasulullah s.a.w juga diutus untuk mengajak manusia agar beribadah hanya kepada
Allah s.w.t sahaja dan memperbaiki akhlak seluruh manusia. Ini dinyatakan dalam sebuah hadis
yang bermaksud:
Sesungguhnya saya dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia (Hadis riwayat
al-Bukhari, no 273).
Sehubungan itu, etika dapat disimpulkan kepada aspek zahir, batin dan perilaku yang
perlu ada dalam diri seseorang atau kelompok masyarakat. Maka tidak hairanlah jika terdapat
individu yang mengaitkan kemoralan atau etika dengan kemasyarakatan yang biasa juga disebut
sebagai kelaziman, budaya, kebiasaan, adat dan nilai yang mesti diikuti oleh seseorang
individu.
3. Akhlak
Peranan utama pendidikan Islam adalah mentransformasikan akhlak yang tidak jelik kepada
perkara mulia dan memperbaiki kualiti akhlak yang sedia baik supaya bertambah baik (Hilmi,
2004; Omar, 2005). Al-Quran dan Hadis adalah isi utama akhlak yang merangkumi dasar
(rujukan) pendidikan Islam. Selain itu, sumber pendidikannya adalah daripada ajaran Allah
s.w.t yang terdapat dalam al-Quran dan pelaksanaannya telah ditonjolkan oleh Baginda s.a.w
JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188
181
sehari-hari. Omar (2005) menyatakan pengertian sebenar mengenai pendidikan Islam dan
akhlak dalam masyarakat dengan memberikan empat (4) tugas utama iaitu:
a. Memimpin generasi muda untuk menerajui tampuk pentadbiran dan penguasaan sesuatu
kawasan dengan manhaj Islamiah
b. Mebimbing generasi muda ke arah ilmu pengetahuan agar terus amanah, berdaya maju
dan kekal teguh dalam meneruskan perjuangan Islam
c. Menabur nilai-nilai Islam bagi menjaga kehendak dan perpaduan masyarakat selain
menjadi prasyarat utama meneruskan kehidupan serta membina peradaban.
d. Mendidik pelajar agar terus bercucuk tanam (melakukan amal) di dunia ini dan menuai
hasilnya di akhirat kelak.
Di samping itu, Safar et al. (2014) menyenaraikan sedikit inti pati daripada hasil
penulisan Yaljan (1986) mengenai hakikat mutlak pendidikan akhlak terhadap masyarakat
setelah pendidikan Islam diterima. Antaranya ialah:
a. Pendidikan akhlak berperanan membentuk kecenderungan individu terhadap perilaku
baik dan menjauhi perilaku buruk sehingga lahirnya cendekiawan berakhlak mulia dan
mampu menyumbang kepada penjanaan kemanusiaan.
b. Membentuk semangat persaudaraan sesama manusia. Manusia pada asasnya tidak boleh
hidup dengan sendiri dan memerlukan hubungan dengan individu ataupun benda lain
sebagai pertolongan.
c. Membina pengetahuan tentang kehidupan sosial. Jika masyarakat diibaratkan sebagai
tubuh, individu pula adalah anggota, maka akhlak adalah tali pengikat setiap anggota
pada tubuh. Jika, individu itu tidak beramal dengan konsep akhlak, bermakna
longgarnya ikatan dan terlerailah semua persaudaraan antara individu dalam
masyarakat.
d. Membina perwatakan mulia dan atma yang baik. Akhlak yang baik bukanlah perkara
yang terpisah, bahkan ia adalah teras Islam yang menjadi tongkat buat manusia agar
kukuh membina hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan seluruh
isi alam yang meliputi kehidupan akan mengukuhkan lagi konteks rohani dan jasmani.
Semestinya pendidikan Islam merangkumi elemen afektif atau kejiwaan yang telah
menjadi kepercayaan dan penggerak utama. Pendidikan Islam juga meliputi aspek didikan
luaran, khusus didikan sesuatu perilaku itu sendiri yang dilaksanakan tanpa paksaan atau
tekanan persekitaran seperti perubahan peribadi atau sebagainya. Perbuatan-perbuatan itu pula
hendaklah dididik secara berterusan sehingga menjadi salah satu kemampuan (meresap dalam)
rohaninya, kemudian buahnya berujud keutamaan, kebaikan, dan cinta bekerja untuk
memanfaatkan tanah air.
GURU KAMIL
Ajuhary (2015) mengatakan bahawa, bagi memastikan kesinambungan antara kebaikan dalam
menyebarkan ilmu pengetahuan dengan mendidik, Guru Pendidikan Islam (GPI) seharusnya
mempunyai nilai-nilai perwatakan yang terpuji, ketokohan dan keperibadian yang terbaik.
Teknik pengajaran juga memainkan peranan penting terhadap pembentukan karakter seorang
guru. Ambillah keteladanan daripada Rasulullah s.a.w dalam mendidik para sahabat. Baginda
s.a.w mengguna pakai pedagogikal yang terbaik dan bersepadu seperti mana seorang pendidik
JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188
182
yang bagus, iaitu menghindari daripada dibelenggu daripada hawa nafsu, sentiasa bersopan
santun, cekal hati serta sangat sabar ketika mendidik.
Selain itu, GPI perlu menambah baik kaedah pedagogikal secara berterusan agar dapat
menguasai pelbagai maklumat dan membentuk kecekapan yang bersesuaian selaras dengan era
sains dan teknologi (Ishak et al., 2017). Kemampuan semasa pengajaran oleh guru pendidikan
Islam banyak bersinambungan dengan aspek guru itu sendiri sebagai pemangkin terhadap
kemajuan dan peningkatan sahsiah pelajar, fasilitator dalam pembelajaran pelajar, penggerak
kepada usaha mendidik pelajar, pembimbing dan model, pembelajaran dan pembuat keputusan
dalam menggunakan peluang yang terluang untuk memberikan kebajikan pelajar.
Kepakaran guru Muslim sangat diperlukan dalam usaha melakukan tanggungjawab
mendidik dan memimpin pelajar serta masyarakat secara lebih efektif. Menelusuri kebitaraan
dan keluhuran ciri-ciri yang ada pada Rasulullah s.a.w, sekiranya dapat diintegrasikan dalam
setiap jiwa guru akan dapat menjadi “role model” kepada pelajar dan masyarakat. Tengku Nor
Husna et al. (2019) menukilkan dalam kajiannya bahawa, sekurang-kurangnya lima aspek yang
wajib ada dalam jiwa pendidik Muslim iaitu Muaddib, Murabbi, Mursyid, Mu’allim dan
Mudarris yang dikenali sebagai model (5) M. Antaranya ialah:
1. Mualim
Mualim dalam dunia Pendidikan Islam disamaertikan sebagai seorang individu yang
menyampaikan prinsip ajaran Islam yang bukan sahaja akan digunakan oleh pelajar malah akan
diamalkan oleh masyarakat keseluruhan terutama dalam meneruskan kehidupan harian selaras
dengan peranannya sebagai seorang hamba Allah (Muhamat Kawangit, 2016). Dalam
komponen pembelajaran dan pengajaran (PdP) di sekolah pula, peranan GPI di kelas banyak
menggunakan kurikulum berasaskan silibus yang telah ditetapkan. Maka sebagai mualim yang
berpengetahuan, beramal soleh dan berdisiplin, proses penyampaian sesuatu ilmu akan lebih
teratur jika mengikut peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan.
2. Muaddib
Dalam Islam muaddib berasal dari kata dasar ta’dib yakni untuk membentuk diri manusia
supaya menjadi Muslim yang berpengetahuan, bertakwa, berakhlak mulia serta mendidik diri
menjadi hamba Allah yang beriman (Muhamat Kawangit, 2014). Dalam pada itu, Muaddib
memberi maksud mendidik ke arah memperbaiki personaliti dalaman pelajar. Pendidik yang
muaddib merupakan individu yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pendidikan
bertamadun (Jasmi & Tamuri, 2007). Tugas seorang muaddib juga adalah untuk memberikan
kefahaman terhadap pelajar tentang gaya hidup bersosial secara baik. Dari segi perspektif
afektif pula, pelajar diterapkan dengan nilai kasih sayang, menghargai keindahan, tidak
melakukan perkara menjahanamkan diri dan melaksanakan tugasan dengan efisien dan
komprehensif. Contohnya, pelajar diberikan panduan dan pedoman untuk melakukan solat
dengan ‘takmaninah’, tertib dan khusyuk hanya kepada Allah s.w.t.
JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188
183
3. Mursyid
Seorang Mursyid dianggap telah mencapai martabat yang mampu menjadi pakar rujuk,
berkemampuan untuk menentukan keputusan sendiri dan berupaya menyelesaikan kepincangan
pendidikan yang tidak mampu dilaksanakan oleh guru-guru lain. Guru yang boleh berperanan
sebagai seorang mursyid adalah sangat sedikit bilangannya kerana guru tersebut semestinya
hanya mampu menggalas tugas sebagai Mualim, Mudarris, Muaddib dan Murabbi di samping
mengajak dirinya sendiri untuk menimba ilmu pengetahuan, melakukan kajian sekitar bilik
darjah, melakukan tambah nilai pada maklumat dan amalan serta memperbaiki tahap keimanan
kepada Allah.
4. Murabbi
Firman Allah s.w.t di dalam al-Quran:
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah:
"Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku
masa kecil (Surah Al-Isra’, 17: 24)
Berdasarkan ayat di atas, definisi murabbi daripada kata dasar tarbiah bermaksud
berkasih sayang, menjaga, mendidik ketika masih kecil sehingga usia dewasa (Jasmi & Halim
Tamuri, 2007; Muhamat Kawangit, 2016). Selain mengajar, menyampaikan ilmu, mendidik
dan membimbing pelajar, seorang GPI hendaklah melaksanakan peranan mengurus serta
mengatur persekitaran bilik darjah sama ada fizikal ataupun spiritual. Seorang Murabbi perlulah
bersifat bijaksana, berinovasi atau pandai mengolah idea-idea luar biasa berkaitan metodologi
pengajaran dan pembelajaran. Sekaligus menjadi seorang penyelidik yang boleh merefleks
perilakunya dan berusaha untuk memperbaiki perbuatan tersebut demi kejayaan dirinya serta
pelajar-pelajarnya
5. Mudarris
Pengertian mudarris membawa maksud kriteria yang ada pada pengajar yang berpengaruh yang
melibatkan perkara pengajaran dan pembelajaran (PdP) bermula daripada prosedur induksi
sehingga kepada refleksi atau pentaksiran kendiri. Skop Mudarris lebih memberikan tumpuan
kepada aspek amalan pengajaran guru yang berkesan seperti mahir dalam mempelbagaikan
teknik pengajaran, bijak dalam menyesuaikan diri dengan iklim bilik darjah, berkepakaran
dalam bidang yang dipelajari dan sangat profesional semasa membuat keputusan.
PANDANGAN TOKOH PENDIDIKAN TERHADAP GURU KAMIL
Jasmi (2010) menyatakan bahawa, penglibatan GPI secara aktif dalam kerja-kerja
kemasyarakatan seperti berpidato di masjid mahupun memberi tazkirah di surau, mencari jalan
untuk membuka kelas mengaji al-Quran dan asas fardu ain pada terluang (waktu malam atau
hujung minggu), pandai berkarya dan mengirim penulisan di mana-mana medium seperti
JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188
184
majalah atau akhbar yang bersesuaian dengan kriteria seorang murabbi atau pemangkin
transformasi (transformation catalyst) mengikut pengertian yang dinyatakan dalam Model
Perubahan Terancang (Havelock, 1973). Pada pandangan Taat et al. (2012), guru GPI
seharusnya memiliki kriteria murabbi (penjaga), mursyid (pemimpin dalam hal rohani),
muaddib (pengasuh akhlak), mualim (pemberi ilmu pengetahuan), dan mudarris (pengajar
subjek). Tidak ramai GPI yang mempunyai kriteria-kriteria seperti ini yang berkemungkinan
disebabkan beberapa asbab antaranya identiti diri, keperibadian, gaya asuhan dan pertautan
serta kepercayaan. Abd Rahman (2016) pula menyatakan GPI adalah Mudarris (berkemahiran
dalam pedagogikal moden), Muaddib (berkemampuan menyemai nilai sahsiah mulia dalam
pembangunan tamadun insani), Murabbi (berpengetahuan dalam psikologikal Islamik),
Mursyid (berkaliber dalam mengurus dan memimpin sosioemosi dengan kondusif) dan Mualim
(menelusur sesuatu maklumat untuk disajikan kepada pelajarnya).
AGENT TRANSFORMASI
Selaku agent perubahan, GPI perlulah selalu memainkan peranannya dan sentiasa
meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Sudah sampai saatnya guru pendidikan
Islam diberi kebebasan dan pilihan bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial,
penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah bahkan sebagai agent perubahan.
Guru pendidikan Islam juga dikatakan insan pewaris Nabi Muhammad s.a.w yang perlu
proaktif, kreatif dan inovatif dalam meningkatkan martabat perguruan agar terus dihormati,
disegani dan disanjung tinggi oleh orang ramai. Antaranya ialah:
1. Golongan Berilmu
Mana-mana individu yang boleh dinilai dan diberi jolokan sebagai guru termasuk guru
pendidikan Islam seharusnya menguasai pelbagai ilmu pengetahuan Islam dengan baik,
khususnya terhadap subjek pengajaran. Mereka juga hendaklah mempunyai pelbagai jenis ilmu
pengetahuan sampingan yang lain seperti ilmu astronomi, ilmu hisab, ilmu psikologi, ilmu
sosiologi, ilmu sejarah, ilmu kesusasteraan, ilmu linguistik dan sebagainya. Pemikiran guru
terhadap sesuatu ilmu lebih-lebih lagi mata pelajaran yang diajarnya hendaklah secara
mendalam hingga ke tahap meyakinkan diri sendiri, pelajar-pelajarnya dan masyarakat
setempat (Jaafar @ Mustapha et al., 2012).
Mereka hendaklah benar-benar berilmu dan dapat meyakinkan pelajar tentang
keilmuwannya sehingga dianggap sebagai ulama. Guru Pendidikan Islam (GPI) terutamanya
pada kaca mata masyarakat akan di tafsir dari pelbagai sudut terutama dari aspek kepimpinan,
perwatakan dan keupayaannya. Mereka bukan sahaja perlu memiliki pelbagai ilmu
pengetahuan secara mendalam dan pendidikan yang sempurna, bahkan hendaklah istiqamah
dalam beramal dengan ilmu yang diperoleh. Amal ibadat yang dilakukan secara berterusan
berserta dengan disiplin-disiplinnya akan menjadikan mereka taat kepada ajaran agama, warak
dan bertakwa kepada Allah. Berlandaskan situasi tersebut maka lahirlah sifat tulus, mukhlis,
terpercaya dan rasa tanggungjawab terutama dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan
pendidikan Islam
JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188
185
2. Golongan Berkemahiran
Kemahiran yang dimiliki oleh seseorang GPI juga menjadi ukuran dalam menentukan ciri-ciri
GPI yang berkesan selain aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP), keperibadian dan
keilmuannya (Al-Ghazali t.th; Dunkin & Biddle, 1974; Jasmi, 2010). Menurut Ba’albaki
(2003), kemahiran dalam Bahasa Arab disebut sebagai maharah yang mempunyai banyak
maksud seperti kecepatan, kepakaran, kebijaksanaan, kemahiran dalam sesuatu kerja atau reka
bentuk dan kepandaian bertukang.
Menurut Gerges (2005), kemahiran adalah suatu kebolehan dan kesediaan yang didapati
daripada banyak pengalaman yang dilalui, penyelidikan dan suatu pembelajaran sepanjang
hayat. Kemahiran termasuklah ilmu pengetahuan, penyampaian maklumat, memahami isu-isu
semasa, mahir dalam penyelidikan dan mahir dalam menghadapi masalah sosial masyarakat
sekarang. Kemahiran yang perlu dimiliki oleh GPI agar penyampaian ilmu yang disampaikan
lebih berkesan ialah kemahiran dalam penggunaan teknologi, kemahiran seni suara, kemahiran
melukis dan mewarna, kemahiran berbahasa asing dan juga kemahiran psikologi dan
kaunseling (Jasmi, 2010; Jasmi & Md. Saleh @ Masrom 2016; Gani Hamzah et al. 2010; Shaari,
2008)
3. Golongan Pendakwah
Status mereka sebagai guru adalah tinggi dalam mendidik masyarakat (Tamuri et al., 2012; Hj
Siren et al., 2017). Mereka bukan sahaja berperanan membentuk kemenjadian manusia di
sekolah, bahkan turut berperanan membentuk minda, perlakuan umat, mengembangkan ilmu,
meningkatkan kemahiran dan kebijaksanaan masyarakat. Oleh itu, agen transformasi sosialisasi
perlu digalas oleh GPI agar GPI boleh menjalankan amanahnya sebagai dai dalam tugas
sehariannya. Zainal & Mustari (2012) telah menyatakan bahawa, antara kaedah menyampaikan
tarbiah yang perlu diketahui dan dipelajari oleh guru pendidikan Islam sebagai pendakwah
ialah:
a. Bil Hikmah
Secara mudah, hikmah bererti bijaksana. Bijaksana membawa maksud meletakkan suatu
perkara dengan wajar. Sedangkan perkara yang wajar pula bergantung kepada situasi. Setiap
perbuatan atau amalan menjadi serasi dengan seseorang, tetapi tidak serasi dengan orang lain.
Mungkin serasi atau sepadan pada satu-satu masa, akan tetapi tidak berapa serasi dengan waktu
lain.
b. Mau’izatul Hasanah
Wasilah memberikan tarbiah dan gaya bertarbiah adalah untuk menghampiri bukan makin
dijauhi, memberikan jalan bukan menyesatkan, menyayangi dan bukan membenci. Terdapat
sebilangan bentuk pengajaran dan kata-kata nasihat yang berpandukan terhadap apa yang boleh
didapati dalam kalamullah dan konteks khabar berita yang memberi galakan dan gertakan yang
JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188
186
menyeramkan kemudian diiringi dengan ketabahan dan ketulusan dalam ucapan nasihat yang
disampaikan.
c. Al-Mujadalah
Metode mujadalah dengan sebaik-baiknya menurut Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya
Ulumuddin menegaskan agar orang-orang yang melakukan tukar fikiran itu tidak beranggapan
bahawa yang satu sebagai lawan bagi yang lainnya, tetapi mereka harus menganggap bahawa
orang yang ikut menyertai mujadalah atau perdebatan itu sebagai sahabat yang saling bantu-
membantu demi menggapai hakikat kebenaran.
4. Golongan Profesional
Dalam konteks negara kita, profesion guru Pendidikan Islam dianggap sebagai golongan
professional. Oleh itu sebagai guru Pendidikan Islam mereka bukan sahaja dituntut
melaksanakan tugas secara profesional tetapi seharusnya memiliki penguasaan dan kemampuan
profesional. Guru yang cekap dan memperlihatkan kemahiran adalah guru yang melaksanakan
tugas perguruan dengan kemampuan yang efektif sebagai sumber kehidupan. Kendatipun
demikian, guru Pendidikan Islam bukan sekadar berilmu tetapi hendaklah mempunyai
kebijaksanaan bagi menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan. Guru Pendidikan
Islam adalah perangsang, pembangun, pembina terhadap konteks yang tersembunyi seperti
kejituan spiritual, keteguhan afektif dan psikomotor yang baik.
KESIMPULAN
Dalam usaha menerapkan standard terbaik pendidikan negara, peranan guru pendidikan Islam
adalah pilar utama terhadap kemajuan dan peningkatan mutu pendidikan di negara ini. GPI
adalah pemangkin perubahan dan pendorong terhadap reformasi bentuk pendidikan negara bagi
mewujudkan masyarakat modenisasi yang celik akal, berinovasi, berintegriti dan teguh dalam
mengamalkan tuntutan agama dan nilai sejagat. Rakyat Malaysia dewasa kini menaruh
kepercayaan menggunung terhadap semua murabbi khususnya GPI dan harapan sepenuhnya
sanggup diserahkan demi amanah yang mesti dipikul dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan
membentuk akhlak para pelajar. Selain itu, masyarakat juga bukan sahaja mengiktiraf keilmuan
GPI malah menjadikan guru pendidikan Islam sebagai tokoh utama dalam urusan ilmu agama
Islam, sehinggakan guru pendidikan Islam selalu tampil dalam sesuatu perkara kemanusiaan
terutamanya di institusi pendidikan.
RUJUKAN
Al-Ghazali, Imam Abu Hamid. (t.th). Ihya’ Ulum al- din. Jil. 1-8. Kuala Lumpur: Victory
Ajensi
Abd Rahman, S. (2016). Guru Sebagai Pengasuh, Pendidik. Utusan Malaysia. Diambil daripada
https://www.moe.gov.my/en/menumedia/printed-media/newspaper-clippings/guru-
sebagai-pengasuh-pendidik-utusan-malaysia-5-ogos-2016
JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188
187
Ahmad, S. F., & Tamuri, A. H. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia Dalam Pengajaran j-QAF. JIAE: Journal
of Islamic and Arabic Education, 2 (2), 53-64. ISSN 1985-6236
Ajuhary, M. K. A. (2015). Konsep Guru Menurut Islam. Kertas kerja dibentang di International
Seminar On Tarbiyah (Isot2015), Pada 5-8 Mac 2015, Bertempat Di Universiti Islam
Negeri Ar-Raniry, Banda Acheh.
Ba’albaki, Dr. Ruhi. (2003). Al-Mawrid Qamus, Bahasa Arab English. Beirut Dar Al-’Ilm Lil
Malayiin.
Dunkin, M. J. & B. J. Biddle. (1974). The Study of Teaching. New York: Holt, Rinehart, and
Winston.
Gani Hamzah, M. S., Basri, R., & Mohd Daud, S. (2010). Karakter guru: Ilmu diagung, guru
disanjung. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Gerges, M. G. (2005). Mu’jam Mustalahat Al-Tarbiyyah Wa Al-Ta’lim. Beirut, Dar al-nahdah
al- arabiyyah
Havelock, R.G. & Havelock, M.C. (1973). Training for Change Agents: A Guide to the Design
of Training Programs in Education & Other Fields, University of Michigan Press: East
Lensing
Hj. Siren, N. R., Mohamed Salleh, N., & Ab Majid, A. (2017). Guru sebagai pendakwah. Dlm.
Nor Raudah Hj. Siren (pnyt). Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,1-21.
Hilmi, M. (2004). Al- Akhlaq bayna al-falasifah wa ulama’ al-Islam. Bairut: Dar al-Kutub al-
Islamiyyah
Ishak M., Abiddin N. Z., Fakhruddin F. M., (2017). Eksplorasi Peranan Guru Pendidikan Islam
Sebagai Agen Perubahan Masyarakat Dari Perspektif Pendidikan Pengembangan.
International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2(6), 214-230.
Jaafar @ Mustapha, M. M., Tamuri, Ab. H., & Ya, R. (2012) Konsep berilmu di kalangan guru
Pendidikan Islam satu keperluan dalam membangunkan modal insan. Kertas kerja
dibentangkan di International Seminar on Teacher and Islamic Education
[SEAPPI2012], pada 8-9 March 2012, bertempat di Le Grandeur Palm Resort, Senai,
Johor. Diambil daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/53933/
Jasmi, K. A., & Tamuri, H. (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran.
Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
Jasmi, K. A., & Md. Saleh @ Masrom, S. F. (2016). Didiklah Kami Dengan Sempurna. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Jasmi. (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia: Satu Kajian
Kes. (Tesis Doktor Falsafah). Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Diambil daripada
http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manager/Repository/vital:67877
Muhamat Kawangit, R. (2016). Pembangunan Dakwah Mualaf Di Malaysia: Cabaran Dalam
Masyarakat. In: 1st International Persidangan Antarabangsa Pembangunan Mualaf 2013
(ICMUD 2013). [online] Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, ms.1-19.
https://www.researchgate.net/publication/303023907_Pembangunan_Dakwah_Mualla
f_Di_Malaysia_Cabaran_Dalam_Masyarakat [Accessed 16 Jan. 2020].
Muhamat Kawangit, R. (2014). Peranan Guru Pendidikan Islam Dalam Pengurusan Aktiviti
Dakwah Di Sekolah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Omar, M. N. (2005). Akhlak dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd
Putra, H. C. Adi. (2016). Analisis Pemikiran Abul A’la Al-Maududi Tentang Politik
Pemerintahan. Undergraduate (S1) thesis, UIN Walisongo.
JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188
188
Rosenthal, F. (1992). The Classical Heritage in Islam. (Emile & Jenny Marmorstein, Trans.).
London: Routledge. ISBN 9780415076937.
Safar, A@ J., Muhammad, A. M., & Wan Embong, W. H. (2014). Pendidikan akhlak dalam
sistem pendidikan di Malaysia sebagai asas kecemerlangan pencapaian sains dan
teknologi. In: Seminar Antarabangsa Education, Law, Civilization, Sains & Teknologi
dalam Konsep dan Aplikasi (Elcist 2014), 26 Nov, 2014, Skudai, Johor.
Shaari, A. S. (2008). Guru Berkesan: Petua dan Panduan. Sintok: Penerbit Universiti Utara
Malaysia.
Subhan, F. (2013). Konsep Pendidikan Masa Kini. Jurnal Pendidikan Agama Islam, 2(2), 354-
373.
Taat, M. S., Hj Abdullah, M. Y., Mohamad, B., Talip, R., Ambotang, A. S., & Zain, S. (2012).
Pelajar Seimbang dan Guru Syumul. Utusan Borneo. Diambil daripada
http://eprints.ums.edu.my/3342/
Tamuri, A. H., Ismail, M. F., & Jasmi, K. A. (2012). Komponen Asas Untuk Latihan Guru
Pendidikan Islam. GJAT: Global Journal Al-Thaqafah, 2(2), 53-63. ISSN: 2232-0474
Yaljan, M. (1986). Peranan Pendidikan Akhlak Islam dalam Membangun Peribadi Masyarakat
dan Budaya Manusia. terj. Ys. Tajuddin Nur. Penerbitan Pustaka Antara: Kuala Lumpur
Zainal, N. A. S. & Mustari, M. I. (2012). Penerapan Metode Dakwah Di Dalam Melaksanakan
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Di Dalam Dan Luar Bilik Darjah in
Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam [SEAPPI2012] (International
Seminar on Teacher and Islamic Education [SEAPPI2012]) at Le Grandeur Palm
Resort, Senai, Johor on 8-9 March 2012, pp. 51-69. ISBN: 99917-44-89-4.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Konsep pendidikan menurut islam
Konsep pendidikan menurut islamKonsep pendidikan menurut islam
Konsep pendidikan menurut islamSuhaiza Shuib
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulumumiefatiya
 
110048364 nota-ringkas-edu3108
110048364 nota-ringkas-edu3108110048364 nota-ringkas-edu3108
110048364 nota-ringkas-edu3108Habibah Abdullah
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahshafidaosman
 
Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islammzaidin
 
Analisis Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 5-6.pptx
Analisis Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 5-6.pptxAnalisis Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 5-6.pptx
Analisis Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 5-6.pptxkelipmalam1
 
Rph tahun 5 sirah nabi
Rph tahun 5 sirah nabiRph tahun 5 sirah nabi
Rph tahun 5 sirah nabiismailsktb12
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranNur Fateha
 
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Suhana Kamaluddin
 
Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSiti Mariam
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiashaatis
 
Edu 3093 isu dan cabaran pendidikan semasa
Edu 3093 isu dan cabaran pendidikan semasaEdu 3093 isu dan cabaran pendidikan semasa
Edu 3093 isu dan cabaran pendidikan semasaNorazizah Padu
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendahmisri bohari
 
Melaksanakan perubahan kurikulum
Melaksanakan perubahan kurikulumMelaksanakan perubahan kurikulum
Melaksanakan perubahan kurikulumadah awie
 

La actualidad más candente (20)

Soalan 3
Soalan 3Soalan 3
Soalan 3
 
Isu penampilan guru
Isu penampilan guruIsu penampilan guru
Isu penampilan guru
 
Konsep pendidikan menurut islam
Konsep pendidikan menurut islamKonsep pendidikan menurut islam
Konsep pendidikan menurut islam
 
Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
 
110048364 nota-ringkas-edu3108
110048364 nota-ringkas-edu3108110048364 nota-ringkas-edu3108
110048364 nota-ringkas-edu3108
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islam
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Analisis Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 5-6.pptx
Analisis Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 5-6.pptxAnalisis Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 5-6.pptx
Analisis Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 5-6.pptx
 
Rph tahun 5 sirah nabi
Rph tahun 5 sirah nabiRph tahun 5 sirah nabi
Rph tahun 5 sirah nabi
 
Kit penerangan pak21
Kit penerangan pak21Kit penerangan pak21
Kit penerangan pak21
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaran
 
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
 
Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan Masyarakat
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Edu 3093 isu dan cabaran pendidikan semasa
Edu 3093 isu dan cabaran pendidikan semasaEdu 3093 isu dan cabaran pendidikan semasa
Edu 3093 isu dan cabaran pendidikan semasa
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
 
Melaksanakan perubahan kurikulum
Melaksanakan perubahan kurikulumMelaksanakan perubahan kurikulum
Melaksanakan perubahan kurikulum
 
Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnal
 

Similar a Peranan Guru Pendidikan Islam dalam Membawa Transformasi Terhadap Mobility Sosial dalam Masyarakat

Pelaksanaan Tarbiah Islamiah Pada Zaman Rasulullah s.a.w di Mekah dan Madinah...
Pelaksanaan Tarbiah Islamiah Pada Zaman Rasulullah s.a.w di Mekah dan Madinah...Pelaksanaan Tarbiah Islamiah Pada Zaman Rasulullah s.a.w di Mekah dan Madinah...
Pelaksanaan Tarbiah Islamiah Pada Zaman Rasulullah s.a.w di Mekah dan Madinah...MuhammadZulaziziMohd
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahibwahib
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahibwahib
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam Mohd Kamal Jusoh
 
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam 48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam Mohd Kamal Jusoh
 
Topik 2 Ruang Kolaborasi_Nilai-nilai dan Prinsip-prinsip Islam dalam Pendidik...
Topik 2 Ruang Kolaborasi_Nilai-nilai dan Prinsip-prinsip Islam dalam Pendidik...Topik 2 Ruang Kolaborasi_Nilai-nilai dan Prinsip-prinsip Islam dalam Pendidik...
Topik 2 Ruang Kolaborasi_Nilai-nilai dan Prinsip-prinsip Islam dalam Pendidik...ppgellysetyowati9252
 
PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASI
PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASIPEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASI
PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASIyizreel nicholas
 
Pendekatan Studi Islam
Pendekatan Studi Islam Pendekatan Studi Islam
Pendekatan Studi Islam LBB. Mr. Q
 
Mila resensi jurnal
Mila resensi jurnalMila resensi jurnal
Mila resensi jurnalregas12
 
Regi resensi jurnal
Regi resensi jurnalRegi resensi jurnal
Regi resensi jurnalregas12
 
DASAR-DASAR ILMU PENDIDIKAN ISLAM
DASAR-DASAR ILMU PENDIDIKAN ISLAMDASAR-DASAR ILMU PENDIDIKAN ISLAM
DASAR-DASAR ILMU PENDIDIKAN ISLAMMuhammad Wisnu D R
 
HAKIKAT TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM.docx
HAKIKAT TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM.docxHAKIKAT TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM.docx
HAKIKAT TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM.docxsaidatunnisa12
 
HAKIKAT TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM.docx
HAKIKAT TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM.docxHAKIKAT TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM.docx
HAKIKAT TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM.docxRahmaWati413908
 
ARTIKEL IPI (SISTEM PEND ISLAM).pdf
ARTIKEL IPI (SISTEM PEND ISLAM).pdfARTIKEL IPI (SISTEM PEND ISLAM).pdf
ARTIKEL IPI (SISTEM PEND ISLAM).pdfNuzululArifin2
 
resensi jurnal Feby
resensi jurnal Febyresensi jurnal Feby
resensi jurnal Febyregas12
 
Bab i proposal
Bab i  proposalBab i  proposal
Bab i proposalAbie Tomy
 
Rekonstruksi pendidikan islam_di_indonesia
Rekonstruksi pendidikan islam_di_indonesiaRekonstruksi pendidikan islam_di_indonesia
Rekonstruksi pendidikan islam_di_indonesiaAveroez Averoez
 

Similar a Peranan Guru Pendidikan Islam dalam Membawa Transformasi Terhadap Mobility Sosial dalam Masyarakat (20)

Pelaksanaan Tarbiah Islamiah Pada Zaman Rasulullah s.a.w di Mekah dan Madinah...
Pelaksanaan Tarbiah Islamiah Pada Zaman Rasulullah s.a.w di Mekah dan Madinah...Pelaksanaan Tarbiah Islamiah Pada Zaman Rasulullah s.a.w di Mekah dan Madinah...
Pelaksanaan Tarbiah Islamiah Pada Zaman Rasulullah s.a.w di Mekah dan Madinah...
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam
 
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam 48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
 
Topik 2 Ruang Kolaborasi_Nilai-nilai dan Prinsip-prinsip Islam dalam Pendidik...
Topik 2 Ruang Kolaborasi_Nilai-nilai dan Prinsip-prinsip Islam dalam Pendidik...Topik 2 Ruang Kolaborasi_Nilai-nilai dan Prinsip-prinsip Islam dalam Pendidik...
Topik 2 Ruang Kolaborasi_Nilai-nilai dan Prinsip-prinsip Islam dalam Pendidik...
 
Sk kd man
Sk kd manSk kd man
Sk kd man
 
PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASI
PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASIPEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASI
PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASI
 
Pendekatan Studi Islam
Pendekatan Studi Islam Pendekatan Studi Islam
Pendekatan Studi Islam
 
PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM.docx
PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM.docxPEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM.docx
PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM.docx
 
Mila resensi jurnal
Mila resensi jurnalMila resensi jurnal
Mila resensi jurnal
 
Regi resensi jurnal
Regi resensi jurnalRegi resensi jurnal
Regi resensi jurnal
 
DASAR-DASAR ILMU PENDIDIKAN ISLAM
DASAR-DASAR ILMU PENDIDIKAN ISLAMDASAR-DASAR ILMU PENDIDIKAN ISLAM
DASAR-DASAR ILMU PENDIDIKAN ISLAM
 
HAKIKAT TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM.docx
HAKIKAT TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM.docxHAKIKAT TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM.docx
HAKIKAT TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM.docx
 
HAKIKAT TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM.docx
HAKIKAT TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM.docxHAKIKAT TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM.docx
HAKIKAT TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM.docx
 
ARTIKEL IPI (SISTEM PEND ISLAM).pdf
ARTIKEL IPI (SISTEM PEND ISLAM).pdfARTIKEL IPI (SISTEM PEND ISLAM).pdf
ARTIKEL IPI (SISTEM PEND ISLAM).pdf
 
resensi jurnal Feby
resensi jurnal Febyresensi jurnal Feby
resensi jurnal Feby
 
Bab i proposal
Bab i  proposalBab i  proposal
Bab i proposal
 
1792 1426574560
1792 14265745601792 1426574560
1792 1426574560
 
Rekonstruksi pendidikan islam_di_indonesia
Rekonstruksi pendidikan islam_di_indonesiaRekonstruksi pendidikan islam_di_indonesia
Rekonstruksi pendidikan islam_di_indonesia
 

Más de MuhammadZulaziziMohd

Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...
Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...
Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...MuhammadZulaziziMohd
 
Pelaksanaan Kursus Latihan Program Pendidikan Islam ...
Pelaksanaan       Kursus       Latihan       Program       Pendidikan  Islam ...Pelaksanaan       Kursus       Latihan       Program       Pendidikan  Islam ...
Pelaksanaan Kursus Latihan Program Pendidikan Islam ...MuhammadZulaziziMohd
 
السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “...
 السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “... السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “...
السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “...MuhammadZulaziziMohd
 
Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...
Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...
Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...MuhammadZulaziziMohd
 
Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdf
Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdfFalsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdf
Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdfMuhammadZulaziziMohd
 
Tahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdf
Tahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdfTahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdf
Tahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdfMuhammadZulaziziMohd
 
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...MuhammadZulaziziMohd
 
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...MuhammadZulaziziMohd
 
As-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive Studies
As-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive StudiesAs-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive Studies
As-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive StudiesMuhammadZulaziziMohd
 
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...MuhammadZulaziziMohd
 
Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...
Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...
Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...MuhammadZulaziziMohd
 
Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...
Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...
Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...MuhammadZulaziziMohd
 
Tahap penerimaan peserta terhadap kursus pendidikan islam sepanjang hayat (pish)
Tahap penerimaan peserta terhadap kursus pendidikan islam sepanjang hayat (pish)Tahap penerimaan peserta terhadap kursus pendidikan islam sepanjang hayat (pish)
Tahap penerimaan peserta terhadap kursus pendidikan islam sepanjang hayat (pish)MuhammadZulaziziMohd
 
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...MuhammadZulaziziMohd
 
Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...
Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...
Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...MuhammadZulaziziMohd
 
Sistem pendidikan tahfiz di malaysia, pilihan ibu bapa dan warisan pendidikan...
Sistem pendidikan tahfiz di malaysia, pilihan ibu bapa dan warisan pendidikan...Sistem pendidikan tahfiz di malaysia, pilihan ibu bapa dan warisan pendidikan...
Sistem pendidikan tahfiz di malaysia, pilihan ibu bapa dan warisan pendidikan...MuhammadZulaziziMohd
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran
 Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran  Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran
Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran MuhammadZulaziziMohd
 
Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...
Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...
Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...MuhammadZulaziziMohd
 
Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...
 Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ... Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...
Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...MuhammadZulaziziMohd
 

Más de MuhammadZulaziziMohd (20)

Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...
Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...
Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...
 
Pelaksanaan Kursus Latihan Program Pendidikan Islam ...
Pelaksanaan       Kursus       Latihan       Program       Pendidikan  Islam ...Pelaksanaan       Kursus       Latihan       Program       Pendidikan  Islam ...
Pelaksanaan Kursus Latihan Program Pendidikan Islam ...
 
السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “...
 السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “... السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “...
السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “...
 
Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...
Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...
Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...
 
Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdf
Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdfFalsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdf
Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdf
 
Tahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdf
Tahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdfTahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdf
Tahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdf
 
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...
 
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
 
As-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive Studies
As-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive StudiesAs-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive Studies
As-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive Studies
 
Pemikiran dibina hati terbina
Pemikiran dibina hati terbinaPemikiran dibina hati terbina
Pemikiran dibina hati terbina
 
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
 
Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...
Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...
Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...
 
Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...
Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...
Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...
 
Tahap penerimaan peserta terhadap kursus pendidikan islam sepanjang hayat (pish)
Tahap penerimaan peserta terhadap kursus pendidikan islam sepanjang hayat (pish)Tahap penerimaan peserta terhadap kursus pendidikan islam sepanjang hayat (pish)
Tahap penerimaan peserta terhadap kursus pendidikan islam sepanjang hayat (pish)
 
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
 
Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...
Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...
Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...
 
Sistem pendidikan tahfiz di malaysia, pilihan ibu bapa dan warisan pendidikan...
Sistem pendidikan tahfiz di malaysia, pilihan ibu bapa dan warisan pendidikan...Sistem pendidikan tahfiz di malaysia, pilihan ibu bapa dan warisan pendidikan...
Sistem pendidikan tahfiz di malaysia, pilihan ibu bapa dan warisan pendidikan...
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran
 Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran  Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran
Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran
 
Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...
Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...
Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...
 
Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...
 Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ... Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...
Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...
 

Último

MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024RoseMia3
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfAkhyar33
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptAlfandoWibowo2
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxMOHDAZLANBINALIMoe
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfKartiniIndasari
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxboynugraha727
 

Último (20)

MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
 

Peranan Guru Pendidikan Islam dalam Membawa Transformasi Terhadap Mobility Sosial dalam Masyarakat

  • 1. JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188 178 https: / / journal.unisza.edu.my / jimk [THE ROLE OF ISLAMIC EDUCATION TEACHERS IN BRINGING TRANSFORMATION TO SOCIAL MOBILITY IN SOCIETY] PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM MEMBAWA TRANSFORMASI TERHADAP MOBILITI SOSIAL DALAM MASYARAKAT MUHAMMAD ZULAZIZI MOHD NAWI1 1 Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Malaysia *Corresponding author: zulazizi0902@gmail.com Received Date: 7 April 2020 • Accepted Date: 29 Sept 2020 Abstract Nowadays, the role of Islam as a spiritual and moral foundation has resulted in the true civilization of a nation. Islam is a rule that must be obeyed and practiced by the people so that the atmosphere of harmony can be maintained, cherished and symbolized to prosper the country. The formation of a community that practiced Islam, in keeping with the objective of education itself, especially in developing Rabbani minds. Nonetheless, the objective of Islamic education which encompasses the context of well-being and the integrity of the social as well as society as a whole must understand and recognize the responsibility of Islamic education teachers (GPI) in this regard. Therefore, this study is a preliminary review of GPI's role in society. This study was conducted using the library methods and data which is the source of discussion obtained through library research. The results show that GPI's reputation in the community is very significant because they are transformational agents who not only focus on the task of educating themselves but also serve as a social mobility to the public. Keywords: Islamic education teachers, transformation agent, social mobility, society. Abstrak Dewasa ini, peranan Islam sebagai dasar kerohanian dan sahsiah menatijahkan nilai ketamadunan sebenar sesebuah negara. Islam adalah suatu aturan yang perlu dihayati dan diterapkan dalam kalangan masyarakat agar suasana harmoni dapat terus dipelihara, dihargai dan menjadi simbol untuk memakmurkan negara. Pembinaan sesebuah masyarakat yang mengamalkan Islam, bersinambungan dengan hala tuju pendidikan itu sendiri khususnya dalam membangunkan minda Rabbani. Sungguhpun begitu, hala tuju pendidikan Islam yang merangkumi konteks kesejahteraan dan keutuhan aspek sosial serta masyarakat keseluruhannya perlulah memahami dan mengiktiraf tanggungjawab guru pendidikan Islam (GPI) dalam perkara ini. Oleh sebab itu, kajian ini merupakan sorotan awal terhadap peranan GPI dalam masyarakat. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah deskriptif dan data yang menjadi sumber perbincangan diperoleh melalui JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI © PENERBIT UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN ISSN 1985-7667 • e-ISSN: 2289-6325 https://doi.org/10.37231/jimk.2020.21. 3. 429
  • 2. JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188 179 penyelidikan kepustakaan. Hasil kajian mendapati martabat GPI dalam komuniti dilihat sangat signifikan kerana mereka adalah agent transformasi yang tidak hanya memfokuskan tugas mendidik semata-mata bahkan berperanan menjadi mobiliti sosial kepada khalayak ramai. Kata kunci: Guru pendidikan Islam, agent transformasi, mobiliti sosial, masyarakat. PENGENALAN Pendidikan Islam adalah pendidikan berasaskan faktor Rabbaniah yang bertunjangkan sumber Ilahiah. Kebanyakan ilmuwan pendidikan Islam seperti Hasan Al-Sharqawi, Fathi Yakan, Abdullah Nasih Ulwan, Abdul Halim El-Muhammady, Azyumardi Azra, Shamsul Nizar dan lain-lain lagi menerangkan istilah sebenar pendidikan Islam adalah suatu cara melahirkan manusia berpengetahuan, bermoral, berakhlak mulia, sayang dan kasih kepada tanah air, sihat tubuh badan, sempurna akal, jujur dalam pekerjaan dan hidup bergantung sepenuhnya kepada kalamullah serta hadis baginda s.a.w Hari ini, pendidikan Islam telah mengalami transformasi selaras dengan modernasi dan globalisasi semasa. Kelahiran dan perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi dan rasul terakhir merupakan detik permulaan kepada zaman baharu dalam bidang pendidikan Islam. Objektif Baginda s.a.w pada masa itu adalah untuk menanam pokok iman dalam jiwa manusia. Dasar pendidikan Islam yang bertunjangkan kepada kalamullah, hadis Rasulullah s.a.w, dan ijma’ as-sahabah (pandangan para sahabat) telah banyak membantu ahli masyarakat pada zaman tersebut untuk kembali kepada fitrah dan membawa suatu matlamat yang bertamadun. Nilai estetika pendidikan Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w dari Allah s.w.t berjaya memberikan jalan kesempurnaan hidup kepada masyarakat sama ada individu atau berkelompok baik bagi kehidupan di alam fana ini mahupun kehidupan di alam abadi sana. Sudah pasti, martabat dan darjat sebagai manusia juga dapat diperoleh hasil usaha pendidikan Islam yang didapatinya (Subhan, 2013). Jadi, artikel ini hanya menelusuri berkenaan elemen-elemen penting pendidikan Islam dalam masyarakat dan konsep guru kamil secara terperinci. Perbincangan mengenainya adalah berteraskan kepada data literatur yang diperoleh melalui penyelidikan kepustakaan. Metode deskriptif ini digunakan juga bagi menghuraikan setiap peranan yang perlu dimainkan oleh guru pendidikan Islam kepada masyarakat sebagai agent perubahan yang mencakupi hakikat sosialisasi. UNSUR PENDIDIKAN ISLAM DALAM MASYARAKAT Elemen-elemen pendidikan Islam dalam membangunkan komuniti masyarakat sekurang- kurangnya terbahagi kepada tiga aspek utama iaitu: Cite as: Muhammad Zulazizi Mohd Nawi. 2020. Peranan Guru Pendidikan Islam dalam membawa Transformasi terhadap Mobiliti Sosial dalam Masyarakat. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 21(3): 178-188.
  • 3. JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188 180 1. Adab Bagi membangunkan manusia yang sempurna, seseorang itu (pendidik) hendaklah mempertontonkan adab melalui perbezaan peraturan, amalan, dan kecerdasan akal dalam membuat pilihan yang betul. Menurut Rosenthal (1992) adab mempunyai makna yang luas kerana ia melibatkan sahsiah, tatasusila, perbuatan, tatatertib, moral, kesantunan dan sebagainya yang menujukkan kepada perkara pembelajaran. Adapun adab boleh dikaitkan dengan sistem nilai yang berlandaskan kepada al-Quran, as-Sunnah, nilai-nilai alamiah (sunnatullah), nilai yang bersumberkan dari sistem kemasyarakatan sesama manusia pada waktu dan ruang sehingga dapat berubah-ubah (fleksibel). Menurut Sayyid Abul A’la al- Maududi sebagaimana di dalam tulisan Putra (2016), terdapat tiga kriteria adab iaitu: a. Keredaan Allah dan rasul-Nya adalah matlamat sebenar orang-orang Mukmin serta menjadi hala tuju bagi mencetuskan konsep manusiawi b. Urusan kehidupan manusia berdiri di atas adabil Islami secara keseluruhan, manakala nafsu serakah dan angan-angan dibentangkan daripada mengganggu hidup manusia. c. Tuntutan Islam yang utama kepada manusia adalah supaya mendirikan sistem kehidupan yang dipenuhi dengan kebajikan dan bebas daripada kemungkaran 2. Etika Dalam Islam, etika dipanggil akhlak kerana bersumberkan al-Quran dan Hadis. Kedua-duanya, terdapat berbagai-bagai prinsip yang boleh dijadikan panduan kehidupan manakala Rasulullah s.a.w pula merupakan model dan entiti mithali yang terbaik kepada manusia (Ahmad & Tamuri, 2010). Dalam al-Quran, Allah S.W.T sendiri telah mengiktiraf akhlak kebitaraan yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w melalui yang bermaksud: “Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang agung” (Surah al-Qalam 68: 4). Seterusnya, Rasulullah s.a.w juga diutus untuk mengajak manusia agar beribadah hanya kepada Allah s.w.t sahaja dan memperbaiki akhlak seluruh manusia. Ini dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud: Sesungguhnya saya dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia (Hadis riwayat al-Bukhari, no 273). Sehubungan itu, etika dapat disimpulkan kepada aspek zahir, batin dan perilaku yang perlu ada dalam diri seseorang atau kelompok masyarakat. Maka tidak hairanlah jika terdapat individu yang mengaitkan kemoralan atau etika dengan kemasyarakatan yang biasa juga disebut sebagai kelaziman, budaya, kebiasaan, adat dan nilai yang mesti diikuti oleh seseorang individu. 3. Akhlak Peranan utama pendidikan Islam adalah mentransformasikan akhlak yang tidak jelik kepada perkara mulia dan memperbaiki kualiti akhlak yang sedia baik supaya bertambah baik (Hilmi, 2004; Omar, 2005). Al-Quran dan Hadis adalah isi utama akhlak yang merangkumi dasar (rujukan) pendidikan Islam. Selain itu, sumber pendidikannya adalah daripada ajaran Allah s.w.t yang terdapat dalam al-Quran dan pelaksanaannya telah ditonjolkan oleh Baginda s.a.w
  • 4. JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188 181 sehari-hari. Omar (2005) menyatakan pengertian sebenar mengenai pendidikan Islam dan akhlak dalam masyarakat dengan memberikan empat (4) tugas utama iaitu: a. Memimpin generasi muda untuk menerajui tampuk pentadbiran dan penguasaan sesuatu kawasan dengan manhaj Islamiah b. Mebimbing generasi muda ke arah ilmu pengetahuan agar terus amanah, berdaya maju dan kekal teguh dalam meneruskan perjuangan Islam c. Menabur nilai-nilai Islam bagi menjaga kehendak dan perpaduan masyarakat selain menjadi prasyarat utama meneruskan kehidupan serta membina peradaban. d. Mendidik pelajar agar terus bercucuk tanam (melakukan amal) di dunia ini dan menuai hasilnya di akhirat kelak. Di samping itu, Safar et al. (2014) menyenaraikan sedikit inti pati daripada hasil penulisan Yaljan (1986) mengenai hakikat mutlak pendidikan akhlak terhadap masyarakat setelah pendidikan Islam diterima. Antaranya ialah: a. Pendidikan akhlak berperanan membentuk kecenderungan individu terhadap perilaku baik dan menjauhi perilaku buruk sehingga lahirnya cendekiawan berakhlak mulia dan mampu menyumbang kepada penjanaan kemanusiaan. b. Membentuk semangat persaudaraan sesama manusia. Manusia pada asasnya tidak boleh hidup dengan sendiri dan memerlukan hubungan dengan individu ataupun benda lain sebagai pertolongan. c. Membina pengetahuan tentang kehidupan sosial. Jika masyarakat diibaratkan sebagai tubuh, individu pula adalah anggota, maka akhlak adalah tali pengikat setiap anggota pada tubuh. Jika, individu itu tidak beramal dengan konsep akhlak, bermakna longgarnya ikatan dan terlerailah semua persaudaraan antara individu dalam masyarakat. d. Membina perwatakan mulia dan atma yang baik. Akhlak yang baik bukanlah perkara yang terpisah, bahkan ia adalah teras Islam yang menjadi tongkat buat manusia agar kukuh membina hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan seluruh isi alam yang meliputi kehidupan akan mengukuhkan lagi konteks rohani dan jasmani. Semestinya pendidikan Islam merangkumi elemen afektif atau kejiwaan yang telah menjadi kepercayaan dan penggerak utama. Pendidikan Islam juga meliputi aspek didikan luaran, khusus didikan sesuatu perilaku itu sendiri yang dilaksanakan tanpa paksaan atau tekanan persekitaran seperti perubahan peribadi atau sebagainya. Perbuatan-perbuatan itu pula hendaklah dididik secara berterusan sehingga menjadi salah satu kemampuan (meresap dalam) rohaninya, kemudian buahnya berujud keutamaan, kebaikan, dan cinta bekerja untuk memanfaatkan tanah air. GURU KAMIL Ajuhary (2015) mengatakan bahawa, bagi memastikan kesinambungan antara kebaikan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dengan mendidik, Guru Pendidikan Islam (GPI) seharusnya mempunyai nilai-nilai perwatakan yang terpuji, ketokohan dan keperibadian yang terbaik. Teknik pengajaran juga memainkan peranan penting terhadap pembentukan karakter seorang guru. Ambillah keteladanan daripada Rasulullah s.a.w dalam mendidik para sahabat. Baginda s.a.w mengguna pakai pedagogikal yang terbaik dan bersepadu seperti mana seorang pendidik
  • 5. JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188 182 yang bagus, iaitu menghindari daripada dibelenggu daripada hawa nafsu, sentiasa bersopan santun, cekal hati serta sangat sabar ketika mendidik. Selain itu, GPI perlu menambah baik kaedah pedagogikal secara berterusan agar dapat menguasai pelbagai maklumat dan membentuk kecekapan yang bersesuaian selaras dengan era sains dan teknologi (Ishak et al., 2017). Kemampuan semasa pengajaran oleh guru pendidikan Islam banyak bersinambungan dengan aspek guru itu sendiri sebagai pemangkin terhadap kemajuan dan peningkatan sahsiah pelajar, fasilitator dalam pembelajaran pelajar, penggerak kepada usaha mendidik pelajar, pembimbing dan model, pembelajaran dan pembuat keputusan dalam menggunakan peluang yang terluang untuk memberikan kebajikan pelajar. Kepakaran guru Muslim sangat diperlukan dalam usaha melakukan tanggungjawab mendidik dan memimpin pelajar serta masyarakat secara lebih efektif. Menelusuri kebitaraan dan keluhuran ciri-ciri yang ada pada Rasulullah s.a.w, sekiranya dapat diintegrasikan dalam setiap jiwa guru akan dapat menjadi “role model” kepada pelajar dan masyarakat. Tengku Nor Husna et al. (2019) menukilkan dalam kajiannya bahawa, sekurang-kurangnya lima aspek yang wajib ada dalam jiwa pendidik Muslim iaitu Muaddib, Murabbi, Mursyid, Mu’allim dan Mudarris yang dikenali sebagai model (5) M. Antaranya ialah: 1. Mualim Mualim dalam dunia Pendidikan Islam disamaertikan sebagai seorang individu yang menyampaikan prinsip ajaran Islam yang bukan sahaja akan digunakan oleh pelajar malah akan diamalkan oleh masyarakat keseluruhan terutama dalam meneruskan kehidupan harian selaras dengan peranannya sebagai seorang hamba Allah (Muhamat Kawangit, 2016). Dalam komponen pembelajaran dan pengajaran (PdP) di sekolah pula, peranan GPI di kelas banyak menggunakan kurikulum berasaskan silibus yang telah ditetapkan. Maka sebagai mualim yang berpengetahuan, beramal soleh dan berdisiplin, proses penyampaian sesuatu ilmu akan lebih teratur jika mengikut peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. 2. Muaddib Dalam Islam muaddib berasal dari kata dasar ta’dib yakni untuk membentuk diri manusia supaya menjadi Muslim yang berpengetahuan, bertakwa, berakhlak mulia serta mendidik diri menjadi hamba Allah yang beriman (Muhamat Kawangit, 2014). Dalam pada itu, Muaddib memberi maksud mendidik ke arah memperbaiki personaliti dalaman pelajar. Pendidik yang muaddib merupakan individu yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pendidikan bertamadun (Jasmi & Tamuri, 2007). Tugas seorang muaddib juga adalah untuk memberikan kefahaman terhadap pelajar tentang gaya hidup bersosial secara baik. Dari segi perspektif afektif pula, pelajar diterapkan dengan nilai kasih sayang, menghargai keindahan, tidak melakukan perkara menjahanamkan diri dan melaksanakan tugasan dengan efisien dan komprehensif. Contohnya, pelajar diberikan panduan dan pedoman untuk melakukan solat dengan ‘takmaninah’, tertib dan khusyuk hanya kepada Allah s.w.t.
  • 6. JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188 183 3. Mursyid Seorang Mursyid dianggap telah mencapai martabat yang mampu menjadi pakar rujuk, berkemampuan untuk menentukan keputusan sendiri dan berupaya menyelesaikan kepincangan pendidikan yang tidak mampu dilaksanakan oleh guru-guru lain. Guru yang boleh berperanan sebagai seorang mursyid adalah sangat sedikit bilangannya kerana guru tersebut semestinya hanya mampu menggalas tugas sebagai Mualim, Mudarris, Muaddib dan Murabbi di samping mengajak dirinya sendiri untuk menimba ilmu pengetahuan, melakukan kajian sekitar bilik darjah, melakukan tambah nilai pada maklumat dan amalan serta memperbaiki tahap keimanan kepada Allah. 4. Murabbi Firman Allah s.w.t di dalam al-Quran: Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku masa kecil (Surah Al-Isra’, 17: 24) Berdasarkan ayat di atas, definisi murabbi daripada kata dasar tarbiah bermaksud berkasih sayang, menjaga, mendidik ketika masih kecil sehingga usia dewasa (Jasmi & Halim Tamuri, 2007; Muhamat Kawangit, 2016). Selain mengajar, menyampaikan ilmu, mendidik dan membimbing pelajar, seorang GPI hendaklah melaksanakan peranan mengurus serta mengatur persekitaran bilik darjah sama ada fizikal ataupun spiritual. Seorang Murabbi perlulah bersifat bijaksana, berinovasi atau pandai mengolah idea-idea luar biasa berkaitan metodologi pengajaran dan pembelajaran. Sekaligus menjadi seorang penyelidik yang boleh merefleks perilakunya dan berusaha untuk memperbaiki perbuatan tersebut demi kejayaan dirinya serta pelajar-pelajarnya 5. Mudarris Pengertian mudarris membawa maksud kriteria yang ada pada pengajar yang berpengaruh yang melibatkan perkara pengajaran dan pembelajaran (PdP) bermula daripada prosedur induksi sehingga kepada refleksi atau pentaksiran kendiri. Skop Mudarris lebih memberikan tumpuan kepada aspek amalan pengajaran guru yang berkesan seperti mahir dalam mempelbagaikan teknik pengajaran, bijak dalam menyesuaikan diri dengan iklim bilik darjah, berkepakaran dalam bidang yang dipelajari dan sangat profesional semasa membuat keputusan. PANDANGAN TOKOH PENDIDIKAN TERHADAP GURU KAMIL Jasmi (2010) menyatakan bahawa, penglibatan GPI secara aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan seperti berpidato di masjid mahupun memberi tazkirah di surau, mencari jalan untuk membuka kelas mengaji al-Quran dan asas fardu ain pada terluang (waktu malam atau hujung minggu), pandai berkarya dan mengirim penulisan di mana-mana medium seperti
  • 7. JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188 184 majalah atau akhbar yang bersesuaian dengan kriteria seorang murabbi atau pemangkin transformasi (transformation catalyst) mengikut pengertian yang dinyatakan dalam Model Perubahan Terancang (Havelock, 1973). Pada pandangan Taat et al. (2012), guru GPI seharusnya memiliki kriteria murabbi (penjaga), mursyid (pemimpin dalam hal rohani), muaddib (pengasuh akhlak), mualim (pemberi ilmu pengetahuan), dan mudarris (pengajar subjek). Tidak ramai GPI yang mempunyai kriteria-kriteria seperti ini yang berkemungkinan disebabkan beberapa asbab antaranya identiti diri, keperibadian, gaya asuhan dan pertautan serta kepercayaan. Abd Rahman (2016) pula menyatakan GPI adalah Mudarris (berkemahiran dalam pedagogikal moden), Muaddib (berkemampuan menyemai nilai sahsiah mulia dalam pembangunan tamadun insani), Murabbi (berpengetahuan dalam psikologikal Islamik), Mursyid (berkaliber dalam mengurus dan memimpin sosioemosi dengan kondusif) dan Mualim (menelusur sesuatu maklumat untuk disajikan kepada pelajarnya). AGENT TRANSFORMASI Selaku agent perubahan, GPI perlulah selalu memainkan peranannya dan sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Sudah sampai saatnya guru pendidikan Islam diberi kebebasan dan pilihan bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah bahkan sebagai agent perubahan. Guru pendidikan Islam juga dikatakan insan pewaris Nabi Muhammad s.a.w yang perlu proaktif, kreatif dan inovatif dalam meningkatkan martabat perguruan agar terus dihormati, disegani dan disanjung tinggi oleh orang ramai. Antaranya ialah: 1. Golongan Berilmu Mana-mana individu yang boleh dinilai dan diberi jolokan sebagai guru termasuk guru pendidikan Islam seharusnya menguasai pelbagai ilmu pengetahuan Islam dengan baik, khususnya terhadap subjek pengajaran. Mereka juga hendaklah mempunyai pelbagai jenis ilmu pengetahuan sampingan yang lain seperti ilmu astronomi, ilmu hisab, ilmu psikologi, ilmu sosiologi, ilmu sejarah, ilmu kesusasteraan, ilmu linguistik dan sebagainya. Pemikiran guru terhadap sesuatu ilmu lebih-lebih lagi mata pelajaran yang diajarnya hendaklah secara mendalam hingga ke tahap meyakinkan diri sendiri, pelajar-pelajarnya dan masyarakat setempat (Jaafar @ Mustapha et al., 2012). Mereka hendaklah benar-benar berilmu dan dapat meyakinkan pelajar tentang keilmuwannya sehingga dianggap sebagai ulama. Guru Pendidikan Islam (GPI) terutamanya pada kaca mata masyarakat akan di tafsir dari pelbagai sudut terutama dari aspek kepimpinan, perwatakan dan keupayaannya. Mereka bukan sahaja perlu memiliki pelbagai ilmu pengetahuan secara mendalam dan pendidikan yang sempurna, bahkan hendaklah istiqamah dalam beramal dengan ilmu yang diperoleh. Amal ibadat yang dilakukan secara berterusan berserta dengan disiplin-disiplinnya akan menjadikan mereka taat kepada ajaran agama, warak dan bertakwa kepada Allah. Berlandaskan situasi tersebut maka lahirlah sifat tulus, mukhlis, terpercaya dan rasa tanggungjawab terutama dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam
  • 8. JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188 185 2. Golongan Berkemahiran Kemahiran yang dimiliki oleh seseorang GPI juga menjadi ukuran dalam menentukan ciri-ciri GPI yang berkesan selain aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP), keperibadian dan keilmuannya (Al-Ghazali t.th; Dunkin & Biddle, 1974; Jasmi, 2010). Menurut Ba’albaki (2003), kemahiran dalam Bahasa Arab disebut sebagai maharah yang mempunyai banyak maksud seperti kecepatan, kepakaran, kebijaksanaan, kemahiran dalam sesuatu kerja atau reka bentuk dan kepandaian bertukang. Menurut Gerges (2005), kemahiran adalah suatu kebolehan dan kesediaan yang didapati daripada banyak pengalaman yang dilalui, penyelidikan dan suatu pembelajaran sepanjang hayat. Kemahiran termasuklah ilmu pengetahuan, penyampaian maklumat, memahami isu-isu semasa, mahir dalam penyelidikan dan mahir dalam menghadapi masalah sosial masyarakat sekarang. Kemahiran yang perlu dimiliki oleh GPI agar penyampaian ilmu yang disampaikan lebih berkesan ialah kemahiran dalam penggunaan teknologi, kemahiran seni suara, kemahiran melukis dan mewarna, kemahiran berbahasa asing dan juga kemahiran psikologi dan kaunseling (Jasmi, 2010; Jasmi & Md. Saleh @ Masrom 2016; Gani Hamzah et al. 2010; Shaari, 2008) 3. Golongan Pendakwah Status mereka sebagai guru adalah tinggi dalam mendidik masyarakat (Tamuri et al., 2012; Hj Siren et al., 2017). Mereka bukan sahaja berperanan membentuk kemenjadian manusia di sekolah, bahkan turut berperanan membentuk minda, perlakuan umat, mengembangkan ilmu, meningkatkan kemahiran dan kebijaksanaan masyarakat. Oleh itu, agen transformasi sosialisasi perlu digalas oleh GPI agar GPI boleh menjalankan amanahnya sebagai dai dalam tugas sehariannya. Zainal & Mustari (2012) telah menyatakan bahawa, antara kaedah menyampaikan tarbiah yang perlu diketahui dan dipelajari oleh guru pendidikan Islam sebagai pendakwah ialah: a. Bil Hikmah Secara mudah, hikmah bererti bijaksana. Bijaksana membawa maksud meletakkan suatu perkara dengan wajar. Sedangkan perkara yang wajar pula bergantung kepada situasi. Setiap perbuatan atau amalan menjadi serasi dengan seseorang, tetapi tidak serasi dengan orang lain. Mungkin serasi atau sepadan pada satu-satu masa, akan tetapi tidak berapa serasi dengan waktu lain. b. Mau’izatul Hasanah Wasilah memberikan tarbiah dan gaya bertarbiah adalah untuk menghampiri bukan makin dijauhi, memberikan jalan bukan menyesatkan, menyayangi dan bukan membenci. Terdapat sebilangan bentuk pengajaran dan kata-kata nasihat yang berpandukan terhadap apa yang boleh didapati dalam kalamullah dan konteks khabar berita yang memberi galakan dan gertakan yang
  • 9. JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188 186 menyeramkan kemudian diiringi dengan ketabahan dan ketulusan dalam ucapan nasihat yang disampaikan. c. Al-Mujadalah Metode mujadalah dengan sebaik-baiknya menurut Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menegaskan agar orang-orang yang melakukan tukar fikiran itu tidak beranggapan bahawa yang satu sebagai lawan bagi yang lainnya, tetapi mereka harus menganggap bahawa orang yang ikut menyertai mujadalah atau perdebatan itu sebagai sahabat yang saling bantu- membantu demi menggapai hakikat kebenaran. 4. Golongan Profesional Dalam konteks negara kita, profesion guru Pendidikan Islam dianggap sebagai golongan professional. Oleh itu sebagai guru Pendidikan Islam mereka bukan sahaja dituntut melaksanakan tugas secara profesional tetapi seharusnya memiliki penguasaan dan kemampuan profesional. Guru yang cekap dan memperlihatkan kemahiran adalah guru yang melaksanakan tugas perguruan dengan kemampuan yang efektif sebagai sumber kehidupan. Kendatipun demikian, guru Pendidikan Islam bukan sekadar berilmu tetapi hendaklah mempunyai kebijaksanaan bagi menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan. Guru Pendidikan Islam adalah perangsang, pembangun, pembina terhadap konteks yang tersembunyi seperti kejituan spiritual, keteguhan afektif dan psikomotor yang baik. KESIMPULAN Dalam usaha menerapkan standard terbaik pendidikan negara, peranan guru pendidikan Islam adalah pilar utama terhadap kemajuan dan peningkatan mutu pendidikan di negara ini. GPI adalah pemangkin perubahan dan pendorong terhadap reformasi bentuk pendidikan negara bagi mewujudkan masyarakat modenisasi yang celik akal, berinovasi, berintegriti dan teguh dalam mengamalkan tuntutan agama dan nilai sejagat. Rakyat Malaysia dewasa kini menaruh kepercayaan menggunung terhadap semua murabbi khususnya GPI dan harapan sepenuhnya sanggup diserahkan demi amanah yang mesti dipikul dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan membentuk akhlak para pelajar. Selain itu, masyarakat juga bukan sahaja mengiktiraf keilmuan GPI malah menjadikan guru pendidikan Islam sebagai tokoh utama dalam urusan ilmu agama Islam, sehinggakan guru pendidikan Islam selalu tampil dalam sesuatu perkara kemanusiaan terutamanya di institusi pendidikan. RUJUKAN Al-Ghazali, Imam Abu Hamid. (t.th). Ihya’ Ulum al- din. Jil. 1-8. Kuala Lumpur: Victory Ajensi Abd Rahman, S. (2016). Guru Sebagai Pengasuh, Pendidik. Utusan Malaysia. Diambil daripada https://www.moe.gov.my/en/menumedia/printed-media/newspaper-clippings/guru- sebagai-pengasuh-pendidik-utusan-malaysia-5-ogos-2016
  • 10. JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188 187 Ahmad, S. F., & Tamuri, A. H. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia Dalam Pengajaran j-QAF. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 2 (2), 53-64. ISSN 1985-6236 Ajuhary, M. K. A. (2015). Konsep Guru Menurut Islam. Kertas kerja dibentang di International Seminar On Tarbiyah (Isot2015), Pada 5-8 Mac 2015, Bertempat Di Universiti Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Acheh. Ba’albaki, Dr. Ruhi. (2003). Al-Mawrid Qamus, Bahasa Arab English. Beirut Dar Al-’Ilm Lil Malayiin. Dunkin, M. J. & B. J. Biddle. (1974). The Study of Teaching. New York: Holt, Rinehart, and Winston. Gani Hamzah, M. S., Basri, R., & Mohd Daud, S. (2010). Karakter guru: Ilmu diagung, guru disanjung. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Gerges, M. G. (2005). Mu’jam Mustalahat Al-Tarbiyyah Wa Al-Ta’lim. Beirut, Dar al-nahdah al- arabiyyah Havelock, R.G. & Havelock, M.C. (1973). Training for Change Agents: A Guide to the Design of Training Programs in Education & Other Fields, University of Michigan Press: East Lensing Hj. Siren, N. R., Mohamed Salleh, N., & Ab Majid, A. (2017). Guru sebagai pendakwah. Dlm. Nor Raudah Hj. Siren (pnyt). Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,1-21. Hilmi, M. (2004). Al- Akhlaq bayna al-falasifah wa ulama’ al-Islam. Bairut: Dar al-Kutub al- Islamiyyah Ishak M., Abiddin N. Z., Fakhruddin F. M., (2017). Eksplorasi Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Agen Perubahan Masyarakat Dari Perspektif Pendidikan Pengembangan. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2(6), 214-230. Jaafar @ Mustapha, M. M., Tamuri, Ab. H., & Ya, R. (2012) Konsep berilmu di kalangan guru Pendidikan Islam satu keperluan dalam membangunkan modal insan. Kertas kerja dibentangkan di International Seminar on Teacher and Islamic Education [SEAPPI2012], pada 8-9 March 2012, bertempat di Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor. Diambil daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/53933/ Jasmi, K. A., & Tamuri, H. (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Jasmi, K. A., & Md. Saleh @ Masrom, S. F. (2016). Didiklah Kami Dengan Sempurna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Jasmi. (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia: Satu Kajian Kes. (Tesis Doktor Falsafah). Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Diambil daripada http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manager/Repository/vital:67877 Muhamat Kawangit, R. (2016). Pembangunan Dakwah Mualaf Di Malaysia: Cabaran Dalam Masyarakat. In: 1st International Persidangan Antarabangsa Pembangunan Mualaf 2013 (ICMUD 2013). [online] Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, ms.1-19. https://www.researchgate.net/publication/303023907_Pembangunan_Dakwah_Mualla f_Di_Malaysia_Cabaran_Dalam_Masyarakat [Accessed 16 Jan. 2020]. Muhamat Kawangit, R. (2014). Peranan Guru Pendidikan Islam Dalam Pengurusan Aktiviti Dakwah Di Sekolah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Omar, M. N. (2005). Akhlak dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Putra, H. C. Adi. (2016). Analisis Pemikiran Abul A’la Al-Maududi Tentang Politik Pemerintahan. Undergraduate (S1) thesis, UIN Walisongo.
  • 11. JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21(3): 178-188 188 Rosenthal, F. (1992). The Classical Heritage in Islam. (Emile & Jenny Marmorstein, Trans.). London: Routledge. ISBN 9780415076937. Safar, A@ J., Muhammad, A. M., & Wan Embong, W. H. (2014). Pendidikan akhlak dalam sistem pendidikan di Malaysia sebagai asas kecemerlangan pencapaian sains dan teknologi. In: Seminar Antarabangsa Education, Law, Civilization, Sains & Teknologi dalam Konsep dan Aplikasi (Elcist 2014), 26 Nov, 2014, Skudai, Johor. Shaari, A. S. (2008). Guru Berkesan: Petua dan Panduan. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Subhan, F. (2013). Konsep Pendidikan Masa Kini. Jurnal Pendidikan Agama Islam, 2(2), 354- 373. Taat, M. S., Hj Abdullah, M. Y., Mohamad, B., Talip, R., Ambotang, A. S., & Zain, S. (2012). Pelajar Seimbang dan Guru Syumul. Utusan Borneo. Diambil daripada http://eprints.ums.edu.my/3342/ Tamuri, A. H., Ismail, M. F., & Jasmi, K. A. (2012). Komponen Asas Untuk Latihan Guru Pendidikan Islam. GJAT: Global Journal Al-Thaqafah, 2(2), 53-63. ISSN: 2232-0474 Yaljan, M. (1986). Peranan Pendidikan Akhlak Islam dalam Membangun Peribadi Masyarakat dan Budaya Manusia. terj. Ys. Tajuddin Nur. Penerbitan Pustaka Antara: Kuala Lumpur Zainal, N. A. S. & Mustari, M. I. (2012). Penerapan Metode Dakwah Di Dalam Melaksanakan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Di Dalam Dan Luar Bilik Darjah in Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam [SEAPPI2012] (International Seminar on Teacher and Islamic Education [SEAPPI2012]) at Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor on 8-9 March 2012, pp. 51-69. ISBN: 99917-44-89-4.