SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 22
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
ZAMAN KERAJAAN UTHMANIYYAH
(1258-1924M)
CTU150
BM1142A
PENSYARAH: USTAZAH
NAMA NO.MATRIK
ISI KANDUNGAN
SUBTOPIK MUKASURAT
SUMBANGAN KERAJAAN UTHMANIYYAH
PERANAN KERAJAAN UTHMANIYYAH
KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH
KESAN KETIADAAN PEMERINTAHAN
KHALIFAH ISLAM
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
PENGENALAN
Kerajaan Uthmaniyyah terbentuk daripada kerajaan kecil semasa wujud kelemahan
dalam kerajaan Abbasiyyah. Pengasasnya ialah Uthman bin Sauji bin Ertugul bin Sulaian
Shah daripada suku Qayi dan merupakan Amir Saljuk bagi kawasan barat Anatolia.
Penubuhan kerajaan Uthmaniyyah telah diasaskan kepada sistem feudal yang ditiru langsung
daripada kerajaan Byzantine. Nama Uthmaniyyah diambil bersempena nama Sultan Uthman,
sultan yang pertama bagi Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Uthmaniyyah mula-mula
bertapak di kuat di Istanbul. Ia merupakan sebuah empayar Islam yg mewujudkan kesatuan
bagi umat Islam selama 600 tahun dan menjadikan Istanbul pusat pentadbiran dunia Islam.
Perkembangan dan kemajuan tetap berlaku tetapi kerancakannya semakin menurun akibat
penjajahan melalui peperangan dan usaha-usaha untuk melemahkan Islam. Ketika itu budaya
ilmu mula bertukar kepada budaya politik.
Sultan Sulaiman adalah sultan Turki Uthmaniyyah ke-10, yang berkuasa dari tahun
1520 hingga 1566. Ia dikenali sebagai Sulaiman Yang Luar Biasa di Barat, dan pemberi
undang-undang di Timur kerana pencapaiannya dalam menyusun kembali sistem undang-
undang Uthmaniyah. Ia merupakan tokoh penting pada Eropah pada abad ke-16. Sulaiman
memimpin tentera Uthmaniyah menaklukan Belgrade, Rhodes, dan sebahagian besar
Hungary sebelum berhasil dipukul mundur dalam Pengepungan Vienna tahun 1529. Ia
menganeksasi sebahagian besar Timur Tengah dan Afrika Utara (hingga sejauh Algeria di
barat). Di bawah kekuasaannya, armada Uthmaniyah menguasai laut Tengah, Merah, dan
teluk Parsi.Dalam usahanya untuk mengukuhkan Uthmaniyah, Sulaiman melancarkan
reformasi undang-undang yang berkaitan dengan masyarakat, pendidikan, perpajakan, dan
hukum jenayah. Hukum kanoniknya (atau Kanun) memperbaiki bentuk empayar selama
berabad-abad selepas kematiannya. Selain merupakan penyair dan tukang emas, ia juga
menjadi pelindung budaya yang besar, hingga Uthmaniyah mencapai masa keemasan dalam
bidang artistik, sastera, dan arsitektur. Sulaiman mampu bertutur lima bahasa: Bahasa Turki
Utsmaniyah, Arab, Serbia, Chagatai (dialek bahasa Turki dan berkaitan dengan Uighur),
Parsi, dan Urdu.
SUMBANGAN KERAJAAN
UTHMANIYYAH
I. Pentadbiran dan Perundangan
Antara sumbangan Sultan Sulaiman dalam aspek pentadbiran dan perundangan ialah
Sultan Sulaiman mengatur kerajaan secara sistematik dan memberikan undang-undang untuk
empayar ini.Sulaiman dikenali sebagai Kanun Sulaiman atau "pemberi undang-undang" di
Uthmaniyyah. Sejarawan Lord Kinross mencatat bahawa "Ia tidak hanya merupakan
pemimpin kempen tentera yang besar, manusia dari pedang, seperti ayah dan datuknya. Ia
berbeza dari mereka kerana juga merupakan manusia dari pena. Sistem organisasi dan
pentadbiran perundangan Islam diwujudkan. Jawatan kadi, mufti dan sheikhul Islam telah
diperkenalkan. Sheikhul Islam dilantik sebagai ketua ulama yang bertanggungjawab dalam
mengeluarkan fatwa. Fatwa memberikan sumbangan utama kepada agama dan sains undang-
undang.Hukum utama empayar adalah Shari'ah. Sultan tiada kuasa mengubah hukum Islam
tersebut. Undang-undang lain yang dikenali sebagai Kanuns (undang-undang kanonik)
bergantung pada kehendak Sulaiman sendiri, dan meliputi bidang jenayah, pemilikan tanah,
dan percukaian. Ia mengumpulkan semua keputusan yang dikeluarkan oleh sembilan sultan
Uthmaniyyah sebelumnya. Setelah menghilangkan duplikasi dan memilih antara kenyataan
yang bertentangan, Sulaiman mengeluarkan undang-undang, yang disusun secara hati-hati
agar tidak melanggar undang-undang dasar Islam. Sulaiman, disokong oleh Mufti Agung
Ebussuud, berupaya mereformasi undang-undang agar dapat disesuaikan dengan perubahan
cepat dalam empayar. Ketika undang-undang Kanun mencapai bentuk akhirnya, undang-
undang tersebut dikenali sebagai kanun-i Osmani, atau "undang-undang Utsmaniyah".
Undang-undang Sulaiman diterapkan selama lebih dari tiga ratus tahun. Ia memberikan
perhatian khusus pada keadaan rayah, orang Kristian yang mengerjakan tanah-tanah kaum
Sipahi. Kanune Kingdom, atau "Undang-undang Raya", menetapkan retribusi dan cukai
untuk dibayar oleh raya, dan menaikkan status mereka ke atas perhambaan sehingga hamba
Kristian banyak pindah ke wilayah Turki untuk mengambil keuntungan dari reformasi. Sultan
Sulaiman juga memainkan peranan penting dalam melindungi orang Yahudi di empayarnya.
II. Ekonomi , Sosial & Senibina
Selain itu, sumbangan kerajaan uthmaniyyah ialah dari segi ekonomi, sosial dan
senibina. Dalam sektor ekonomi diwujudkan jalinan perdagangan antara timur dan barat atau
antara dunia Islam dan bukan Islam meliputi Laut Tengah, Laut Merah, Lautan Hindi dan
Mediterranean. Satu jalinan perdagangan dunia Islam yang berpusat di Istanbul juga
dibentuk. Dari segi sosial pula, telah diperkenalkan sistem yang menggalakkan
kecemerlangan individu menyebabkan wujud mobility sosial. Sistem ini menghapuskan
sistem yang diamalkan sebelum Islam iaitu berasaskan keturunan dan susun lapis masyarakat.
Seterusnya, dari segi senibina pula Mimar Sinan adalah seorang arkitek termashyur di zaman
ini. Masjid merupakan binaannya yang paling berpengaruh, contohya Masjid Sultan Ahmad
iaitu Masjid Biru, Masjid Sultan Salim dan Masjid Sultan Sulaiman. Reka bentuk yang
dihasilkan oleh beliau telah menjadi salah satu identity Kerajaan Uthmaniyyah.
III. Pendidikan
Seterusnya, sumbangan dari segi pendidikan. Berlaku perkembangan ilmu pengetahuan,
pendidikan, budaya, penerbitan dan penterjemahan, Pendidikan termasuklah sistem
madrasah, sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik
dan kolej perubatan. Penulisan ensiklopedia sains Islam turut berkembang, antara penulis
terkenal ialah Mehmed al-Fanari, Mofla Lufti dan Katib Clebi. Perpustakaan juga
diwujudkan di masjid, hospital dan rumah. Pendidikan merupakan bidang lain yang penting
bagi sultan. Sekolah digabung dengan masjid dan dibiayai oleh yayasan agama, sehingga
memberikan pendidikan percuma bagi anak-anak Muslim. Di ibukotanya, Sulaiman
meningkatkan jumlah sekolah dasar menjadi empat belas, serta mengajarkan anak-anak baca
tulis, dan juga prinsip- prinsip Islam. Anak yang ingin mendapat pendidikan lebih lanjut
dapat meneruskan pendidikannya ke salah satu daripada lapan madrasah. Pembelajaran yang
sedia adalah tata bahasa, metafizik, falsafah, astronomi, dan astrologi. Madrasah tinggi
memberikan pendidikan tingkat universiti, dan lulusannya menjadi imam atau pengajar.
Pusat-pusat pendidikan merupakan salah satu dari bangunan yang mengelilingi lapangan
masjid, dengan bangunan-bangunan lain adalah perpustakaan, bilik makan, air pancut, dapur
sup, dan rumah sakit untuk kepentingan umum.
IV. Budaya
Tambahan pula, sumbangan kerajaan Uthmaniyyah di bawah kekuasaan
Sulaiman ialah dari segi budaya. Kesultanan Uthmaniyyah memasuki masa keemasan
dalam hal perkembangan budaya. Uthmaniyyah mempunyai ratusan kumpulan artistik
Kesultanan yang disebut sebagai ehl-i HiRef, "komuniti bagi mereka yang berbakat"
yang dikendalikan secara langsung oleh istana. Proses magang wajib dijalani bagi
mereka yang ingin menjadi seniman dan pengrajin. Setelah magang mereka boleh
mendapatkan gaji dan jawatan yang lebih tinggi. Dokumen-dokumen pengajian yang
ditemui menunjukkan betapa Sulaiman sangat menghargai dan menyokong pekerjaan
seniman. Sebuah dokumen yang dibuat tahun 1526 menunjukkan senarai 40
kumpulan seniman dengan lebih daripada 600 ahli. Ehl-i HiRef mampu menarik
sebahagian besar seniman berbakat, baik dari dunia Islam mahupun dari wilayah
jajahan di Eropah, untuk bekerja di istana sultan. Hal ini membolehkan terjadinya
pencampuran kebudayaan Islam, Turki, dan Eropah. Seniman yang bekerja di istana
antaranya pelukis, penjilid buku, penjahit pakaian dari bulu, pengrajin perhiasan, dan
penempa emas.
Bila penguasa sebelumnya lebih terpengaruh oleh kebudayaan Parsi (ayah Sulaiman,
sebagai contoh, senang menulis puisi dalam bahasa Parsi), Sulaiman berjaya mencipta
gaya seni berbeza yang menjadi warisan artistik yang khas. Sulaiman sendiri adalah
seorang penyair yang handal, karyanya ditulis dalam bahasa Parsi dan Turki dengan
nama samaran muhibbi (Pecinta). Beberapa kalimat dalam puisi Sulaiman dijadikan
peribahasa Turki, salah satunya yang terkenal adalah: "Semua orang ingin
menyampaikan maksud yang sama, tetapi ada banyak versi ceritanya". Ketika anak
Sulaiman, Mehmed, meninggal pada tahun 1543, ia membuat sebuah kronogram
untuk memperingati kematiannya: Pangeran yang tiada taranya, Sultan Mehmed-ku.
Selain Sulaiman, banyak seniman lain yang juga memberikan sumbangan besar
terhadap perkembangan sastera Uthmaniyyah, termasuk di antaranya Fuzuli
dan Baki. Sejarawan Sastera E. J. W. Gibb mengamati bahawa "tidak pernah ada
dalam sejarah dunia dorongan yang sedemikian besar terhadap perkembangan puisi
kecuali pada masa kekuasaan Sultan yang satu ini".
Sulaiman juga terkenal kerana membiayai beberapa arsitektur monumental
di kesultanannya. Sang Sultan bercita-cita menjadikan Konstatinopel sebagai pusat peradaban
Islam melalui pembangunan pelbagai objek termasuk jambatan, masjid, istana, dan lain-
lain. Beberapa yang paling termahsyur dibuat oleh arkitek kepala Uthmaniyyah, Mimar
Sinan. Sinan bertanggung jawab membina tiga ratus monumen di seluruh kesultanan,
termasuk dua mahakarya masjid Süleymaniye dan Selimiye-yang disebutkan terkini dibina di
Edirne pada masa kekuasaan anak Sulaiman, Selim II. Sulaiman juga melakukan pemulihan
terhadap Kubah As-Sakhrah dan tembok bandar di Baitulmuqaddis (yang kini menjadi
tembok Kota Tua Jerusalem), mengubahsuai Ka'bah di Mekah, dan membuat sebuah
kompleks di Damsyik.
PERANAN KERAJAAN UTHMANIYYAH
I. Kesatuan Umat dan Dunia Islam
 Mengembalikan semula kesatuan umat Islam ketika itu dengan
mempertahankan agama tauhid dan syariatnya.
 Berjaya menyatukan Dunia Islam ketika itu seperti Iraq, Semenanjung Arab,
Syria, Palestin, Mesir, Toroblos, Algeria, Morocco dan Tunis dalam satu
kelompok bersama dengan Semenanjung Balkan dan Semanjung Anadhol
serta sebahagian besar Eropah Timur pada tahun 916 H bagi menghadapi
serangan Portugal dan Sepanyol. Hal ini telah menyebabkan Khilafah
 Abbasiyah ketika itu, Muhammad Mutawakkil dengan penuh keinsafan demi
meneruskan keagungan Islam telah menyerahkan kuasa khalifah kepada
keluarga Uthman iaitu Sultan Salim yang pertama
 Peristiwa yang berlaku :Paderi Rom telah mengumpulkan pemimpin Sepanyol
dan Portugal pada tahun 894 H/1494 M untuk mengizinkan Sepanyol
menakluki separuh bahagian timur dan Portugal untuk menjajah separuh
bahagian barat.
 Keizinan ini bertepatan dengan perjanjian Tord Sinas. Slogan mereka ialah
“Salib dan Harta” iaitu gerakan mengkristiankan rakyat dan mengambil hasil
bumi.
 Vasco De Gama as Salibi telah berkata: “Hari ini kami akan pecahkan Dunia
Islam dan kami akan jerutkan dengan tali bebenang”.
II. Mempertahankan Tanah Suci Islam
 Serta mempertahankan negara-negara umat Islam daripada serangan Portugal
dan Sepanyol yang mahu melakukan penjajahan salibiyah dengan slogan
‘Penerokaan Geografi’.
 Kerajaan ini telah menyekat kemaraan tentera Salib selama 600 tahun bermula
pada kurun ke7M hingga ke kurun 13M.
III. Mempertahankan Tanah Suci Islam
 Mempertahankan tanah suci Islam iaitu Mekah, Madinah dan Palestin
daripada serangan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi laknatullah.
 Peristiwa yang berlaku :Sultan Salim I telah mengeluarkan arahan melarang
sama sekali bangsa Yahudi berhijrah ke tanah Sinai. Ketegasa ini telah
ditruskan oleh sultan-sultan selepas baginda sehingga zaman pemerintahan
Sultan Abdul Hamid ke-2.
 Sultan Abdul Hamid ke-2 dengan tegas menolak tawaran yang diberikan oleh
Thiodore Hertzel dan permohonannya untuk menubuhkan sebuah syarikat
Yahudi di Palestin yang bertanggungjawab membeli tanah-tanah terbiar
sekitar Palestin untuk dijadikan kawasan pertanian dan penempatan penduduk
Yahudi.
IV. Amalan Syura
 Kerajaan didirikan dengan asas syura ulama atau dengan kata lain ulama
memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara dan bertindak
mengawasi gerak-geri para pemimpin supaya bertepatan dengan kehendak
Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa perlucutan jawatan khalifah
yang berlaku kepada Sultan Salim ke-3.
V. Pembentukan Pemerintahan Berasaskan Akidah Yang Satu
 Membentuk pemerintahan negara berasaskan aqidah yang satu. Hal ini
dibuktikan dengan pemilihan menteri-menteri yang berbilang bangsa sehingga
mencapai jumlah 290 orang seperti berikut:
i. Asal Turki seramai 123 orang
ii. Asal Arnaut (Albania) seramai 49 orang
iii. Asal Byzantine seramai 23 orang
iv. Asal Sulafi seramai 6 orang
v. Asal Yugoslavia seramai 13 orang
vi. Asal Syarksi seramai 14 orang
vii. Asal Syaisyani seramai seorang
viii.Asal Arab seramai 4 orang
ix. Asal Yahudi seramai seorang
x. Baki yang selebihnya tidak dapat dikenalpasti
VI. Meneruskan Usaha Dakwah
 Meneruskan usaha dakwah Islamiyah yang dibawa oleh Rasulullah SAW
dengan meningkatkan proses pembukaan wilayah-wilayah yang baru. Puncak
kejayaannya ialah pembukaan Kota Costantinople oleh Sultan Muhammad al -
Fatih setelah 8 kurun perkhabaran Rasulullah SAW. Seterusnya kota tersebut
ditukar nama kepada “Islambul” iaitu Bandar Islam.
VII. Membina Jaringan Keretapi
 Membina jaringan jalan keretapi dari tanah Syam ke Madinah dengan jarak
melebihi 1303 km yang menghubungkan Hijaz, Turki dan Semenanjung
Anadhol dan Semenanjung Balkan dengan Eropah Selatan. Usaha ini
dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid dengan tujuan menghubungkan semua
wilayah yang ada dengan Madinah dan Mekah bagi memudahkan urusan
ibadat haji.
VIII. Pembangunan Sosial
 Menjaga kebajikan dengan menyebarkan ilmu di masjid, sekolah, pertubuhan
kebajikan, perpustakaan, tempat penginapan bagi pelajar dan guru, hospital
dan lain-lain. Semuanya dilaksanakan dengan menggunakan harta wakaf
orang Islam. Bahasa Arab pula dijadikan bahasa utama dalam komunikasi,
pendidikan dan urusan keagamaan.
IX. Hubungan Dengan Masyarakat Non-Muslim
 Buktinya:Membuka pintu negara kepada pelarian Yahudi yang lari dari
Sepanyol bagi menyelamatkan mereka dari penindasan Nasrani. Di bawah
naungan Kerajaan Turki Uthmaniyah, golongan Yahudi dan Nasrani dapat
hidup dalam keadaan aman dan damai terutamanya semasa pembukaan Kota
Costantinople.
 Selepas kejatuhan Kota Costantinople pada tahun 1453 ke tangan tentera
Islam, hubungan pemerintah Islam dengan pihak gereja semakin kukuh. Sultan
Muhammad ke-2 telah mengisytiharkan dirinya sebagai pelindung gereja
Greek, melarang sama sekali semua bentuk tekanan ke atas orang-orang
Masehi dan mengembalikan semula sumber kewangan gereja dan pemberian
yang mereka miliki sebelumnya untuk memastikan ketaatan orang-orang
Masehi kepadanya.
 Pemerintah Islam juga telah memberikan penghormatan dan menambah
bidang kuasa gereja. Paderi berhak menjatuhkan hukuman dalam kes-kes yang
melibatkan orang-orang Greek. Begitu juga mereka berkuasa untuk membuat
keputusan yang melibatkan urusan aqidah dan perundangan mereka tanpa
sebarang campur tangan daripada pihak pemerintah.
 Sikap tasamuh dan terbuka oleh pemerintah Islam semakin jelas selepas
pembukaan beberapa wilayah baru di Eropah yang kebanyakan penduduknya
beragama Kristian. Orang-orang Kristian tidak menghalang anak-anak
perempuan mereka berkahwin dengan lelaki Islam. Kesan daripada sikap
keterbukaan ini, kebanyakan wanita-wanita mereka memeluk agama Islam
seterusnya mempengaruhi orang lain yang masih beragama Kristian.
 Dari segi ekonomi, mereka diberikan kebebasan dalam mencari harta
kekayaan sehingga kehidupan mereka lebih mewah berbanding kehidupan
orang-orang Eropah yang lain yang masih berada di bawah kekuasaan Masihi.
Golongan bangsawan pula semakin hari semakin ramai yang menganut Islam
kerana mereka merasakan bahawa cara ibadat Islam begitu mudah dan bersih,
berbeza dengan tradisi Gereja Ortodoks yang terlalu mendewa-dewakan
paderi.
 Dari segi jawatan dalam kerajaan pula, mereka telah diberikan jawatan yang
tinggi sehingga akhir pemerintahan kerajaan ini, pemerintah Islam telah
melakukan satu kesilapan besar kerana berlebih-lebih dalam melantik orang
bukan Islam menjawat jawatan yang tidak sepatutnya disandang oleh mereka.
Mereka kemudiannya mengkhianati kerajaan Islam dengan membocorkan
rahsia kerajaan dan membantu musuh-musuh Islam.
 Dari segi ketenteraan, mereka dibenarkan melibatkan diri sama ada sebagai
tentera darat ataupun tentera laut. Keadaan ini berbeza dengan keadaan
pemerintahan Islam sebelumnya. Contohnya, 250 orang pejuang dari
penduduk Masehi Hydra memberi bantuan kepada tentera laut pemerintah.
Mereka tidak dikenakan bayaran jizyah, malah diberi gaji oleh pemerintah
daripada harta Baitumal daerah tersebut.
X. Penguasaan Tiga Lautan Utama
 Menguasai tiga lautan utama sehingga dikenali sebagai ‘Lautan Islam’ iaitu
Lautan Mediterranean, Laut Merah dan Laut Hitam. Kesan daripada
penguasaan tersebut, kawasan Afrika dan Asia berada dalam keadaan aman
dan bebas dari pengaruh salibiyah. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah
mempertahankan Islam dan menyekat kemaraan tentera Salib selama 600
tahun bermula kurun ke 7 M sehingga kurun ke 13 M.
KEJATUHAN KERAJAAN
UTHMANIYYAH
Selain itu, kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah. Pembentukan kerajaan Turki merupakan
proses sejarah yang panjang dan tidak terjadi dengan tiba-tiba. Dalam sejarahnya selama lima
abad iaitu bermula pada akhir abad ke-13 hingga awal abad ke-19 kerajaan Turki
Uthmaniyyah telah mengalami pasang surut. Pada satu sudut, dapat dilihat sebuah sistem
politik yang diwarisi dari Kerajaan Turki Saljuk dan mengalami perkembangan yang
gemilang dan akhirnya mengalami kemerosotan.Empayar Turki Uthmaniyyah telah diasaskan
oleh Uthman 1 yang mengistiharkan kemerdekaan wilayah Uthmaniyyah pada tahun 1299.
Wilayah ini mula berkembang melalui penaklukan Constatinople oleh Muhammad Al-Fatih
pada tahun 1453 dan terus gemilang semasa pemerintahan Sulaiman Al-Qanuni. Namun
selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni pada tahun 1566 berlaku kemerosotan dalam
empayar Turki Uthmaniyah. Malang yang menimpa ini adalah lantaran kelemahan-
kelemahan yang wujud dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah yang telah membawa kepada
kejatuhan empayar yang telah mencapai zaman kegemilangan. Keruntuhan empayar yang
telah mencapai kegemilangan ini merupakan peristiwa yang kompleks bagi sebuah
masyarakat Islam dari sebuah kerajaan menuju negara moden. Pada proses keruntuhannya,
Turki Uthmaniyyah merupakan wilayah yang besar meliputi semenanjung Balkan, Asia
Kecil, Arab Timur Tengah, Mesir dan Afrika. Namun, akibat daripada pelbagai faktor yang
akhirnya membawa kepada kejatuhan Empayar Uthmaniyah sehingga memberi kesan kepada
negara-negara Islam di sekitarnya yang turut terkena tempias akibat kemerosotan Turki
Uthmaniyyah.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah. Antara
faktor yang membawa kejatuhan empayar ini adalah disebabkan beberapa aspek iaitu politik,
ekonomi, sosial dan pengaruh luar yang meresap masuk dalam kerajaan. Justeru kelemahan-
kelemahan ini telah mendorong kepada keruntuhan empayar Turki Uthmaniyyah.
Yang pertama, faktor politik merupakan perkara pokok yang menyebabkan empayar Turki
Uthmaniyyah mengalami kemerosotan. Faktor politik ini termasuk kelemahan kepimpinan,
pentadbiran dan pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan yang lemah. Hal ini
merupakan pendorong ke arah kehancuran empayar Turki Uthmaniyyah.Setelah kemangkatan
Sulaiman Al-Qanuni empayar Turki mula memperlihatkan kejatuhan dan kemunduran. Hal ini
adalah lantaran daripada kelemahan sultan, baik dalam keperibadian serta yang paling utama
dalam kepimpinannya. Kelemahan ini dapat dibuktikan dengan sikap sultan itu sendiri yang
mementingkan hiburan dan kesenian sehingga menyebabkan kerosakkan moral. Contohnya,
Sultan Murad III telah dikuasai oleh nafsu sepanjang pemerintahan sehingga mempunyai 118
orang anak. Di samping itu, Sultan Ibrahim membunuh 100 000 orang dan menyaksikan sendiri
pembunuhan 25,000 orang daripadanya. Kehidupan sultan yang hidup bermewah-mewah
akhirnya mendorong perlakuan tidak bermoral yang telah membawa kejatuhan empayar Turki
Uthmaniyyah.
Umum mengetahui bahawa Turki Uthmaniyyah mempunyai pemimpin silih berganti.
Namun, tidak dinafikan bahawa keadaan ini telah menyumbang kepada kejatuhan Turki
Uthmaniyyah kerana masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah.
Sistem syura tidak diamalkan dan pemilihan pemimpin kebiasaannya adalah berdasarkan
kekuatan. Keadaan ini telah mendorong ke arah peperangan antara putera-putera raja yang
menyebabkan ketidakstabilan politik dan kepimpinan yang menurun. Kelemahan kepimpinan
ini menyebabkan kerajaan dikuasai oleh anggota-anggota harem atau kelompok tertentu dalam
istana. Kelemahan dalam pentadbiran dan pemerintahan ini telah ditunjukkan dalam
pemerintahan selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni dan mengakibatkan keruntuhan
empayar Turki Uthmaniyyah. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Ibrahim dipengaruhi
oleh bonda dan tiga orang isterinya yang masuk campur dalam pemerintahan untuk
menyingkirkan Wazir Agung Kara Mustafa. Keadaan ini membawa kepada kejatuhan Turki
Uthmaniyyah.
Pertahanan merupakan aspek terpenting dalam politik sesebuah negara. Oleh itu,
kelemahan dalam sistem ketenteraan merupakan penyumbang kepada kejatuhan kerajaan
Turki Uthmaniyyah. Kemerosotan ini bermula dengan kelemahan disiplin ketenteraan dalam
kalangan pegawai atasan. Hal ini disebabkan oleh pertandingan ketenteraan yang sebenarnya
telah ditinggalkan yang menyebabkan putera-putera raja yang berpontensi telah disisihkan
dan memilih putera sulung kerana perkara ini memberi kebebasan kepada para pegawai. Hal
ini dapat dibuktikan dengan perlantikan Bayezid 1 dan Salim II dipilih bukan berdasarkan
kemampuan yang unggul. Di samping itu kelemahan ketenteraan juga dapat dilihat melalui
penghapusan aristokrasi tentera lama yang menjadi saingan kepada kuasa kerajaan.
Penghapusan ini menyebabkan sistem tentera hamba mejadi terbatas kerana seksyen
ketenteraan yang dominan dalam angkatan tentera telah membenarkan anak-anak pegawai
mendapat pangkat, lantas menghapuskan asas disiplin dalam tentera. Jelaslah bahawa faktor
politik yang akhirnya telah membawa kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah.
Seterusnya, kelemahan dalam tadbir urus ekonomi merupakan punca kepada tercetusnya
kemerosotan dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kelemahan adalah disebabkan perlantikan
jawatan yang bukan didasari oleh kebolehan. Hal ini dibuktikan melalui jawatan memungut
cukai diberikan kepada sesiapa sahaja yang berikrar untuk memberi sumbangan kutipan yang
besar kepada perbendaharaan negara. Keadaan ini bertambah buruk apabila kadar cukai yang
tinggi dikenakan membebankan rakyat. Kelemahan ini mendorong kepada kemerosotan Turki
Uthmaniyyah.
Perdagangan yang lembab menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah.
Kegiatan perdagangan merupakan suntikan dalam membangunkan ekonomi Turki
Uthmaniyyah. Kelemahan ini disebabkan oleh saingan dengan negara Eropah yang semakin
maju dalam bidang perdagangan. Hal ini dapat dibuktikan pada abad ke-16, Turki
Uthmaniyyah bersaing dengan Portugis untuk menguasai jalan perdagangan di perairan India.
Dalam pada itu, sistem kapitalisme yang diperkenalkan di Eropah menyebabkan revolusi
perindustrian muncul dan menenggelamkan industri tradisional masyarakat Turki. Selain itu,
kemunduran dalam ekonomi Turki adalah akibat berlaku peperangan yang tidak pernah
berhenti. Pendapatan yang semakin berkurang dan dibebankan dengan belanja negara yang
semakin besar termasuk perbelanjaan perang mendorong kepada kemelesetan ekonomi Turki
Uthmaniyyah. Kesannya, kegemilangan Turki dari aspek ekonomi semakin suram dan
menuju kejatuhan.
Selain itu, masalah sosial seperti pemberontakan, ajaran Islam telah diselewengkan dan
rasuah telah menyebabkan berlakunya kejatuhan Turki Uthmaniyyah. Pemberontakan
merupakan faktor terpenting dalam kejatuhan empayar yang terbilang ini kerana tiada lagi
penyatuan antara golongan pemerintah dan rakyat jelata. Keadaan dapat dilihat apabila
berlaku pemberontakan dalam kalangan puak Kurdish, puak Druze di Syiria, tuan-tuan tanah
tentera di Anatolia dan Janissari di ibu kota yang ingkar dan suka memberontak telah
mengganggu tumpuan tentera empayar menentang Austria, Poland dan Safavi.
Pemberontakan ini mencetuskan masalah dalaman yang teruk sehingga membawa kepad
kejatuhan Turki Uthmaniyyah.
Gejala rasuah yang semakin berleluasa merupakan faktor kritikal yang menyumbang
kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah. Rasuah telah menyerap dalam kalangan
pegawai atasan menyebabkan pentadbiran menjadi lumpuh disebabkan pemimpin yang tamak
haloba. Hal ini dapat dibuktikan apabila Sulaiman sendiri meminta hadiah daripada orang
yang hendak dilantiknya pada waktu perlantikan dan mereka perlu juga berbuat demikian
pada peringkat bawahan untuk menampung kos tersebut. Gejala rasuah ini telah
menimbulkan kekacauan dalam pemerintahan dan melemahkan kedudukan kerajaan
khususnya, semasa pemerintahan Sultan Mustafa IV kerana bebanan cukai yang tinggi untuk
memperkayakan individu yang dilantik untuk mengutip cukai dan memberi hadiah kepada
pembesar yang membantunya memperoleh jawatan berkenaan. Oleh itu, rasuah merupakan
faktor yang mendorong kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah.
Keruntuhan akhlak dan kurang penghayatan Islam sedikit sebanyak mempengaruhi
kejatuhan empayar agung ini. Ajaran Islam telah dicemari dengan ajaran khurafat, tahayyul,
amalan tasawuf yang melampaui batas tanpa menghiraukan tugas wajib iaitu untuk berjihad
dan menegakkan amar makruf serta mencegah yang mungkar. Di samping itu, golongan
istana juga terlibat dalam krisis moral dengan adanya pesta yang dilengkapi dengan minuman
keras, dendangan muzik dan para dayang yang menghiburkan para pembesar negara. Jelaslah
bahawa permasalahan sosial yang berlaku telah menyebabkan kejatuhan emapayar Turki
Uthmaniyyah.
Tambahan pula, kebangkitan kekuatan Eropah telah menjadi faktor kejatuhan empayar
Turki Uthmaniyyah. Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan yang telah dicapai oleh Eropah
telah mendorong perluasaan kuasa atau imperialisme barat berlaku. Gerakan-gerakan
renaisans melahirkan perubahan-perubahan yang besar dalam sejarah dunia iaitu kebangkitan
Eropah dan kemunduran kerajaan Islam di empayar Turki Uthmaniyyah. Hal ini telah
melumpuhkan Turki Uthmaniyyah akibat daripada saingan kuasa-kuasa Eropah.
Peperangan demi peperangan dengan kekuasaan Eropah telah memperlihatkan kekalahan
kerajaan Turki Uthmaniyyah. Hal ini dapat dilihat melalui peperangan dengan Austria sekitar
tahun 1682-1689 yang menyebabkan kerugian yang besar bagi Turki Uthmaniyyah.
Penyatuan bangsa Eropah untuk menentang Turki telah menawan Hungary, kota Budapest,
wilayah Transilvania dan beberapa wilayah yang melemahkan pertahanan Turki
Uthmaniyyah. Kejatuhan Turki Uthamniyyah semakin terserlah akibat kekalahan dalam
peperangan. Penyatuan Prince Eugene of Savoy dengan tentera Austria telah mengalahkan
Turki dalam Peperangan Petewarden pada tahun 1716. Kekalahan ini merupakan faktor
kejatuhan Turki Uthmaniyyah.
Selain itu, siri perjanjian dengan negara Eropah yang akhirnya membawa kepada
kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Perdamaian melalui perjanjian menyebabkan Turki
semakin lemah yang akhirnya membawa kemerosotan. Hal ini dapat dibuktikan melalui
Perdamaian Passarowit yang ditandatangani pada Julai 1718 menyebabkan Turki kehilangan
Timsuar, Belgrad, sebahagian besar negeri Serbia dan negeri Rumania. Perjanjian Radsin
telah ditandatangani selepas kekalahan Turki kepada Russia dan menyebabkan sultan Turki
terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Russia dan membuka perniagaan kepada bangsa
Cossack di Laut Hitam setelah mengusainya selama beberapa abad. Jelaslah pengaruh luaran
merupakan punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah terutamanya kebangkitan
semula Eropah selepas berlakunya zaman gelap.
Turki Uthmaniyah mempunyai sorotan sejarahnya yang tersendiri yang telah melalui era
kegemilangan, kemerosotan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan. Kedudukan kuasa
Turki Uthmaniyah yang besar dan luas pada suatu ketika dahulu telah hilang sama sekali
pada penghujung abad ke-18 dan yang tinggal hanya beberapa daerah kecil yang masih
berada di bawah taklukan Sultan Turki. Pengakhiran kerajaan Turki Uthmaniyah bermula
selepas Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki sebagai kerajaan Republik.
Sejarah telah memperlihatkan kejatuhan Turki akibat masalah dalaman dan luaran yang
tidak dapat diselesaikan secara sistematik. Antara masalah tersebut adalah kelemahan Sultan
Turki, pemberontakan, penyelewengan seperti rasuah, ekonomi yang tidak teratur, tentera
yang lemah dan pengaruh luaran akibat daripada kebangkitan Eropah. Masalah ini telah
menyebabkan kejatuhan Turki Uthmaniyah dan memberi tempias kepada negara Islam yang
lain sama ada dari aspek ekonomi, sosial dan politik. Di samping itu, kejatuhan Turki sering
dikaitkan dengan permasalahan pemimpinnya yang mementingkan hiburan dan keseniaan.
Hal ini dibuktikan dengan kenyataan orientalis barat yang mengatakan bahawa salah satu
faktor kejatuhan Turki Uthmaniyah adalah disebabkan oleh pemimpin dan sehingga rakyat
golongan yang mementingkan hiburan dan keseronakkan. Oleh itu, sewajarnya keadaan ini
dijadikan iktibar dan sehingga kebangkitan semula institusi Khilafah seterusnya Islam
kembali terbilang.
KESAN KETIADAAN PEMERINTAHAN
KHALIFAH ISLAM
I Tiada Penerapan Sistem Islam
 Kaedah untuk melaksanakan sistem Islam dengan mewujudkan Daulah
Khalifah (Kerajaan yang diperintah khalifah).
 Tidak adanya penerapan sistem Islam akibat daripada keruntuhan sistem
Islam.
 Kaum kafir menggantikan hukum-hukum Islam dengan hukum-hukum kufur
mengakibatkan kemurkaan Allah SWT.
II Penyebaran Islam Tidak Dilaksanakan
 Sebaran risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia menerusi jalan dakwah dan
jihad dapat dilakukan dengan Daulah Khilafah.
 Kehancuran kerajaan ini telah mengakibatkan penyebaran Islam tidak dapat
dilakukan.
 Golongan kafir mudah untuk menyebarkan ajaran dan pemikiran sesat di
seluruh dunia Islam dengan ketiadaan kerajaan ini.
III Tiada Kuasa Perlindungan
 Kaum muslimin disatukan di bawah satu pemerintahan di Negara Islam iaitu
Daulah Khilafah.
 Dalam pemerintahan ini,khalifah dari seluruh kaum muslimin akan berusaha
menghalang pencerobohan oleh orang-orang kafir.
 Buktinya: Daulah Khalifah telah menjadi pelindung dan menjaga Palestin dari
diceroboh yahudi di dalam isu Palestin.
 Daulah Khalifah juga menjaga keamanan wilayah-wilayah kaum muslimin
seperti pengusiran tentera-tentera Perancis yang dipimpin oleh Napoleon
Bonaparte daripada bumi Mesir.
IV Perpecahan Muslimin Dan Wilayah Islam
 Kaum muslimin terpecah kepada Negara-negara kecil yang tidak dan lemah
selepas keruntuhan Daulah Khalifah.
 Terdapat lebih daripada 57 buah Negara muslimin.
 Semangat nasionalisme , rarisme dan patriotism di kalangan kaum muslimin
semakin kuat serta hilangnya tali persaudaraan sesame kaum muslimin.
 Kaum kafir melaksanakan dasar ‘Pecah dan Perintah’ bagi memudahkan
mereka menguasai negeri-negeri kaum muslimin.
 Mereka juga menempatkan pangkalan-pangkalan ketenteraan di setiap negeri
muslimin yang strategic.
 Buktinya Amerika dapat menempatkan di Arab Saudi, Afghanistan dan Iraq.
V Eksploitasi Kekayaan Muslimin
 Perpecahan yang berlaku menyebabkan golongan kafir mudah untuk
mmepengaruhi suasana politik dan ekonomi negeri-negeri tersebut.
 Eksploitasi besar-besaran berlaku ke atas kaum muslimin disebabkan itu.
 Pengaliran keluar harta kekayaan kaum muslimin ke Negara-negara kaum
kafir terus berlaku sehingga hari ini.
 Dengan alasan teknologi kaum muslimin masih lagi lemah untuk menjalankan
kerja-kerja penggalin ia mudah untuk dilakukan
 Malahan,syarikat-syarikat ini dianggap berjasa kepada negara-negara kaum
muslimin.
VI Kaum Muslimin Semakin Lemah
 Kedudukan golongan kafir semakin bertambah kuat dan kaum muslimin
semakin lemah disebabkan oleh keupayaan kaum kafir mengeksploitasi
kekayaan kaum muslimin.
 Kaum muslimin berada dalam keadaan yang sukar.
 Nyawa,akidah,harta dan maruah mereka di seluruh dunia terancam.
 Daulah Khaliah sebagai pelindung sudah lagi tidak wujud.
 Keluarga,kekayaan,harga diri,martabat dan kehormatan mereka dijamin oleh
Negara.
 Tidak ada keamanan dan keselamatan malahan yang ada adalah kegelisahan
dan ketakutan
VII Kekacauan Akibat Ketiadaan Khalifah
 Laluan-laluan kejahatan orang kafir terbuka akibat kejatuhan Daulah Khalifah
untuk melakukan kejahatan yang sebelumnya mereka tidak berpeluang.
 Berasaskan kekuatan fizikal dan teknologi komunikasi yang mereka milik dan
kuasai.
 Amerika menabur fitnah dan membuat kekacauan di seluruh Negara dengan
sewenang-wenangnya.
 Kekuatan fizikal dan teknologi komunasi yang emreka miliki memang tidak
dapt dinafikan kekuatannya dan tiada siapa yang mampu menghalang
propaganda mereka.
VIII Dunia Islam Mengekori Eropah
 Kaum muslimin di zaman akhir-akhir ini rela menjadi sekutu kejahilan eropah
bahkan mahu menjadi pasukan sukarela eropah.
 Terdapat beberapa bangsa dan Negara islam melihat bangsa eropah yang sejak
berabad-abad lamanya memimpin gerakan kejahiliahan mengubarkan bendera
di timur dan di barat sebagai pembela kaum muslimin.
 Umumnya kaum muslimin menjadi kaki tangan eropah padahal sepatutnya
mereka menjadi wira pasukan islam.
 Akhlak kejahiliahan dan prinsip-prinsip filsafat eropah meresap mempengaruhi
jasmani dan rohani mereka.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Sumbangan kerajaan uthmaniyah
Sumbangan kerajaan uthmaniyahSumbangan kerajaan uthmaniyah
Sumbangan kerajaan uthmaniyah
ImtiyazZahra
 
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
Siti Nurhaishah Mohd Rani
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Muhammad Fahmi
 
Pengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyahPengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyah
mzaidin
 

La actualidad más candente (20)

perkembangan ilmu akidah degree
perkembangan ilmu akidah   degreeperkembangan ilmu akidah   degree
perkembangan ilmu akidah degree
 
Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian
Khalifah Muawiyah bin Abi SufianKhalifah Muawiyah bin Abi Sufian
Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian
 
SEJARAH: Kerajaan Bani Abbasiyah
SEJARAH: Kerajaan Bani AbbasiyahSEJARAH: Kerajaan Bani Abbasiyah
SEJARAH: Kerajaan Bani Abbasiyah
 
Sejarah Sem 2- Terangkan latar belakang saidina umar dan sumbangannya
Sejarah Sem 2- Terangkan latar belakang saidina umar dan sumbangannyaSejarah Sem 2- Terangkan latar belakang saidina umar dan sumbangannya
Sejarah Sem 2- Terangkan latar belakang saidina umar dan sumbangannya
 
Imam as syafie
Imam as syafie Imam as syafie
Imam as syafie
 
Perang Jamal dan Perang Siffin
Perang Jamal dan Perang SiffinPerang Jamal dan Perang Siffin
Perang Jamal dan Perang Siffin
 
Sumbangan kerajaan uthmaniyah
Sumbangan kerajaan uthmaniyahSumbangan kerajaan uthmaniyah
Sumbangan kerajaan uthmaniyah
 
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
 
Majlis Tahkim
Majlis TahkimMajlis Tahkim
Majlis Tahkim
 
Pengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyahPengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyah
 
Pemerintahan Islam Zaman abbasiyah
Pemerintahan Islam Zaman abbasiyahPemerintahan Islam Zaman abbasiyah
Pemerintahan Islam Zaman abbasiyah
 
Perjanjian Hudaibiyah
Perjanjian HudaibiyahPerjanjian Hudaibiyah
Perjanjian Hudaibiyah
 
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJI
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJISejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJI
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJI
 
Pengaruh islam di alam melayu
Pengaruh islam di alam melayuPengaruh islam di alam melayu
Pengaruh islam di alam melayu
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
 
Khalifah Umar Al-Khattab
Khalifah Umar Al-KhattabKhalifah Umar Al-Khattab
Khalifah Umar Al-Khattab
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
 

Similar a Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

Perkembangan ilmu pengetahuan abad pertengahan (all)
Perkembangan ilmu pengetahuan abad pertengahan (all)Perkembangan ilmu pengetahuan abad pertengahan (all)
Perkembangan ilmu pengetahuan abad pertengahan (all)
Arif Rahman Aja
 
Masa tiga kerajaan besar
Masa tiga kerajaan besarMasa tiga kerajaan besar
Masa tiga kerajaan besar
Anita Rahman
 
Mengenal Peradaban Islam di Turki; Turki Usmani; Melalui Pendekatan Historis
Mengenal Peradaban Islam di Turki; Turki Usmani; Melalui Pendekatan HistorisMengenal Peradaban Islam di Turki; Turki Usmani; Melalui Pendekatan Historis
Mengenal Peradaban Islam di Turki; Turki Usmani; Melalui Pendekatan Historis
Mahenahen
 
Sejarah turki usmani
Sejarah turki usmaniSejarah turki usmani
Sejarah turki usmani
Pearl Black
 
Tamadun islamkerajaanuthamaniyah
Tamadun islamkerajaanuthamaniyahTamadun islamkerajaanuthamaniyah
Tamadun islamkerajaanuthamaniyah
Shafy Fify
 
sodapdf-converted (2).pptx
sodapdf-converted (2).pptxsodapdf-converted (2).pptx
sodapdf-converted (2).pptx
rikson4
 
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docxMakalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
AchmadFatomy
 
Team 2 Mip ,
Team 2 Mip ,Team 2 Mip ,
Team 2 Mip ,
adeps
 

Similar a Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah (20)

Perkembangan ilmu pengetahuan abad pertengahan (all)
Perkembangan ilmu pengetahuan abad pertengahan (all)Perkembangan ilmu pengetahuan abad pertengahan (all)
Perkembangan ilmu pengetahuan abad pertengahan (all)
 
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat MelayuNaratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
 
Turki usmani
Turki usmaniTurki usmani
Turki usmani
 
Perkembangan Islam pada Abad Pertengahan
Perkembangan Islam pada Abad PertengahanPerkembangan Islam pada Abad Pertengahan
Perkembangan Islam pada Abad Pertengahan
 
Sejarah kekhilafahan utsmaniyah
Sejarah kekhilafahan utsmaniyahSejarah kekhilafahan utsmaniyah
Sejarah kekhilafahan utsmaniyah
 
Masa tiga kerajaan besar
Masa tiga kerajaan besarMasa tiga kerajaan besar
Masa tiga kerajaan besar
 
Persentasi Agama Arsyad
Persentasi Agama ArsyadPersentasi Agama Arsyad
Persentasi Agama Arsyad
 
Mengenal Peradaban Islam di Turki; Turki Usmani; Melalui Pendekatan Historis
Mengenal Peradaban Islam di Turki; Turki Usmani; Melalui Pendekatan HistorisMengenal Peradaban Islam di Turki; Turki Usmani; Melalui Pendekatan Historis
Mengenal Peradaban Islam di Turki; Turki Usmani; Melalui Pendekatan Historis
 
PPt Perkembangan isam abad petengahan
PPt Perkembangan isam abad petengahanPPt Perkembangan isam abad petengahan
PPt Perkembangan isam abad petengahan
 
Sejarah turki usmani
Sejarah turki usmaniSejarah turki usmani
Sejarah turki usmani
 
Tamadun islamkerajaanuthamaniyah
Tamadun islamkerajaanuthamaniyahTamadun islamkerajaanuthamaniyah
Tamadun islamkerajaanuthamaniyah
 
Kelahiran
KelahiranKelahiran
Kelahiran
 
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)
 
Turki utsmani
Turki utsmaniTurki utsmani
Turki utsmani
 
sodapdf-converted (2).pptx
sodapdf-converted (2).pptxsodapdf-converted (2).pptx
sodapdf-converted (2).pptx
 
Sultan muhammad al fateh
Sultan muhammad al fatehSultan muhammad al fateh
Sultan muhammad al fateh
 
Perkembangan islam pada masa pertengahan
Perkembangan islam pada masa pertengahanPerkembangan islam pada masa pertengahan
Perkembangan islam pada masa pertengahan
 
Makalah SPI .docx
Makalah SPI .docxMakalah SPI .docx
Makalah SPI .docx
 
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docxMakalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
 
Team 2 Mip ,
Team 2 Mip ,Team 2 Mip ,
Team 2 Mip ,
 

Último

Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
furqanridha
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
furqanridha
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
MaskuratulMunawaroh
 

Último (20)

Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
Ceramah Antidadah SEMPENA MINGGU ANTIDADAH DI PERINGKAT SEKOLAH
Ceramah Antidadah SEMPENA MINGGU ANTIDADAH DI PERINGKAT SEKOLAHCeramah Antidadah SEMPENA MINGGU ANTIDADAH DI PERINGKAT SEKOLAH
Ceramah Antidadah SEMPENA MINGGU ANTIDADAH DI PERINGKAT SEKOLAH
 
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
 
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerakMateri Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 

Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

  • 1. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ZAMAN KERAJAAN UTHMANIYYAH (1258-1924M) CTU150 BM1142A PENSYARAH: USTAZAH NAMA NO.MATRIK
  • 2. ISI KANDUNGAN SUBTOPIK MUKASURAT SUMBANGAN KERAJAAN UTHMANIYYAH PERANAN KERAJAAN UTHMANIYYAH KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH KESAN KETIADAAN PEMERINTAHAN KHALIFAH ISLAM SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
  • 3. PENGENALAN Kerajaan Uthmaniyyah terbentuk daripada kerajaan kecil semasa wujud kelemahan dalam kerajaan Abbasiyyah. Pengasasnya ialah Uthman bin Sauji bin Ertugul bin Sulaian Shah daripada suku Qayi dan merupakan Amir Saljuk bagi kawasan barat Anatolia. Penubuhan kerajaan Uthmaniyyah telah diasaskan kepada sistem feudal yang ditiru langsung daripada kerajaan Byzantine. Nama Uthmaniyyah diambil bersempena nama Sultan Uthman, sultan yang pertama bagi Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Uthmaniyyah mula-mula bertapak di kuat di Istanbul. Ia merupakan sebuah empayar Islam yg mewujudkan kesatuan bagi umat Islam selama 600 tahun dan menjadikan Istanbul pusat pentadbiran dunia Islam. Perkembangan dan kemajuan tetap berlaku tetapi kerancakannya semakin menurun akibat penjajahan melalui peperangan dan usaha-usaha untuk melemahkan Islam. Ketika itu budaya ilmu mula bertukar kepada budaya politik. Sultan Sulaiman adalah sultan Turki Uthmaniyyah ke-10, yang berkuasa dari tahun 1520 hingga 1566. Ia dikenali sebagai Sulaiman Yang Luar Biasa di Barat, dan pemberi undang-undang di Timur kerana pencapaiannya dalam menyusun kembali sistem undang- undang Uthmaniyah. Ia merupakan tokoh penting pada Eropah pada abad ke-16. Sulaiman memimpin tentera Uthmaniyah menaklukan Belgrade, Rhodes, dan sebahagian besar Hungary sebelum berhasil dipukul mundur dalam Pengepungan Vienna tahun 1529. Ia menganeksasi sebahagian besar Timur Tengah dan Afrika Utara (hingga sejauh Algeria di barat). Di bawah kekuasaannya, armada Uthmaniyah menguasai laut Tengah, Merah, dan teluk Parsi.Dalam usahanya untuk mengukuhkan Uthmaniyah, Sulaiman melancarkan reformasi undang-undang yang berkaitan dengan masyarakat, pendidikan, perpajakan, dan hukum jenayah. Hukum kanoniknya (atau Kanun) memperbaiki bentuk empayar selama berabad-abad selepas kematiannya. Selain merupakan penyair dan tukang emas, ia juga menjadi pelindung budaya yang besar, hingga Uthmaniyah mencapai masa keemasan dalam bidang artistik, sastera, dan arsitektur. Sulaiman mampu bertutur lima bahasa: Bahasa Turki Utsmaniyah, Arab, Serbia, Chagatai (dialek bahasa Turki dan berkaitan dengan Uighur), Parsi, dan Urdu.
  • 4. SUMBANGAN KERAJAAN UTHMANIYYAH I. Pentadbiran dan Perundangan Antara sumbangan Sultan Sulaiman dalam aspek pentadbiran dan perundangan ialah Sultan Sulaiman mengatur kerajaan secara sistematik dan memberikan undang-undang untuk empayar ini.Sulaiman dikenali sebagai Kanun Sulaiman atau "pemberi undang-undang" di Uthmaniyyah. Sejarawan Lord Kinross mencatat bahawa "Ia tidak hanya merupakan pemimpin kempen tentera yang besar, manusia dari pedang, seperti ayah dan datuknya. Ia berbeza dari mereka kerana juga merupakan manusia dari pena. Sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam diwujudkan. Jawatan kadi, mufti dan sheikhul Islam telah diperkenalkan. Sheikhul Islam dilantik sebagai ketua ulama yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan fatwa. Fatwa memberikan sumbangan utama kepada agama dan sains undang- undang.Hukum utama empayar adalah Shari'ah. Sultan tiada kuasa mengubah hukum Islam tersebut. Undang-undang lain yang dikenali sebagai Kanuns (undang-undang kanonik) bergantung pada kehendak Sulaiman sendiri, dan meliputi bidang jenayah, pemilikan tanah, dan percukaian. Ia mengumpulkan semua keputusan yang dikeluarkan oleh sembilan sultan Uthmaniyyah sebelumnya. Setelah menghilangkan duplikasi dan memilih antara kenyataan yang bertentangan, Sulaiman mengeluarkan undang-undang, yang disusun secara hati-hati agar tidak melanggar undang-undang dasar Islam. Sulaiman, disokong oleh Mufti Agung Ebussuud, berupaya mereformasi undang-undang agar dapat disesuaikan dengan perubahan cepat dalam empayar. Ketika undang-undang Kanun mencapai bentuk akhirnya, undang- undang tersebut dikenali sebagai kanun-i Osmani, atau "undang-undang Utsmaniyah". Undang-undang Sulaiman diterapkan selama lebih dari tiga ratus tahun. Ia memberikan perhatian khusus pada keadaan rayah, orang Kristian yang mengerjakan tanah-tanah kaum Sipahi. Kanune Kingdom, atau "Undang-undang Raya", menetapkan retribusi dan cukai untuk dibayar oleh raya, dan menaikkan status mereka ke atas perhambaan sehingga hamba Kristian banyak pindah ke wilayah Turki untuk mengambil keuntungan dari reformasi. Sultan Sulaiman juga memainkan peranan penting dalam melindungi orang Yahudi di empayarnya.
  • 5. II. Ekonomi , Sosial & Senibina Selain itu, sumbangan kerajaan uthmaniyyah ialah dari segi ekonomi, sosial dan senibina. Dalam sektor ekonomi diwujudkan jalinan perdagangan antara timur dan barat atau antara dunia Islam dan bukan Islam meliputi Laut Tengah, Laut Merah, Lautan Hindi dan Mediterranean. Satu jalinan perdagangan dunia Islam yang berpusat di Istanbul juga dibentuk. Dari segi sosial pula, telah diperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu menyebabkan wujud mobility sosial. Sistem ini menghapuskan sistem yang diamalkan sebelum Islam iaitu berasaskan keturunan dan susun lapis masyarakat. Seterusnya, dari segi senibina pula Mimar Sinan adalah seorang arkitek termashyur di zaman ini. Masjid merupakan binaannya yang paling berpengaruh, contohya Masjid Sultan Ahmad iaitu Masjid Biru, Masjid Sultan Salim dan Masjid Sultan Sulaiman. Reka bentuk yang dihasilkan oleh beliau telah menjadi salah satu identity Kerajaan Uthmaniyyah. III. Pendidikan Seterusnya, sumbangan dari segi pendidikan. Berlaku perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan, budaya, penerbitan dan penterjemahan, Pendidikan termasuklah sistem madrasah, sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan. Penulisan ensiklopedia sains Islam turut berkembang, antara penulis terkenal ialah Mehmed al-Fanari, Mofla Lufti dan Katib Clebi. Perpustakaan juga diwujudkan di masjid, hospital dan rumah. Pendidikan merupakan bidang lain yang penting bagi sultan. Sekolah digabung dengan masjid dan dibiayai oleh yayasan agama, sehingga memberikan pendidikan percuma bagi anak-anak Muslim. Di ibukotanya, Sulaiman meningkatkan jumlah sekolah dasar menjadi empat belas, serta mengajarkan anak-anak baca tulis, dan juga prinsip- prinsip Islam. Anak yang ingin mendapat pendidikan lebih lanjut dapat meneruskan pendidikannya ke salah satu daripada lapan madrasah. Pembelajaran yang sedia adalah tata bahasa, metafizik, falsafah, astronomi, dan astrologi. Madrasah tinggi memberikan pendidikan tingkat universiti, dan lulusannya menjadi imam atau pengajar. Pusat-pusat pendidikan merupakan salah satu dari bangunan yang mengelilingi lapangan masjid, dengan bangunan-bangunan lain adalah perpustakaan, bilik makan, air pancut, dapur sup, dan rumah sakit untuk kepentingan umum.
  • 6. IV. Budaya Tambahan pula, sumbangan kerajaan Uthmaniyyah di bawah kekuasaan Sulaiman ialah dari segi budaya. Kesultanan Uthmaniyyah memasuki masa keemasan dalam hal perkembangan budaya. Uthmaniyyah mempunyai ratusan kumpulan artistik Kesultanan yang disebut sebagai ehl-i HiRef, "komuniti bagi mereka yang berbakat" yang dikendalikan secara langsung oleh istana. Proses magang wajib dijalani bagi mereka yang ingin menjadi seniman dan pengrajin. Setelah magang mereka boleh mendapatkan gaji dan jawatan yang lebih tinggi. Dokumen-dokumen pengajian yang ditemui menunjukkan betapa Sulaiman sangat menghargai dan menyokong pekerjaan seniman. Sebuah dokumen yang dibuat tahun 1526 menunjukkan senarai 40 kumpulan seniman dengan lebih daripada 600 ahli. Ehl-i HiRef mampu menarik sebahagian besar seniman berbakat, baik dari dunia Islam mahupun dari wilayah jajahan di Eropah, untuk bekerja di istana sultan. Hal ini membolehkan terjadinya pencampuran kebudayaan Islam, Turki, dan Eropah. Seniman yang bekerja di istana antaranya pelukis, penjilid buku, penjahit pakaian dari bulu, pengrajin perhiasan, dan penempa emas. Bila penguasa sebelumnya lebih terpengaruh oleh kebudayaan Parsi (ayah Sulaiman, sebagai contoh, senang menulis puisi dalam bahasa Parsi), Sulaiman berjaya mencipta gaya seni berbeza yang menjadi warisan artistik yang khas. Sulaiman sendiri adalah seorang penyair yang handal, karyanya ditulis dalam bahasa Parsi dan Turki dengan nama samaran muhibbi (Pecinta). Beberapa kalimat dalam puisi Sulaiman dijadikan peribahasa Turki, salah satunya yang terkenal adalah: "Semua orang ingin menyampaikan maksud yang sama, tetapi ada banyak versi ceritanya". Ketika anak Sulaiman, Mehmed, meninggal pada tahun 1543, ia membuat sebuah kronogram untuk memperingati kematiannya: Pangeran yang tiada taranya, Sultan Mehmed-ku. Selain Sulaiman, banyak seniman lain yang juga memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan sastera Uthmaniyyah, termasuk di antaranya Fuzuli dan Baki. Sejarawan Sastera E. J. W. Gibb mengamati bahawa "tidak pernah ada dalam sejarah dunia dorongan yang sedemikian besar terhadap perkembangan puisi kecuali pada masa kekuasaan Sultan yang satu ini".
  • 7. Sulaiman juga terkenal kerana membiayai beberapa arsitektur monumental di kesultanannya. Sang Sultan bercita-cita menjadikan Konstatinopel sebagai pusat peradaban Islam melalui pembangunan pelbagai objek termasuk jambatan, masjid, istana, dan lain- lain. Beberapa yang paling termahsyur dibuat oleh arkitek kepala Uthmaniyyah, Mimar Sinan. Sinan bertanggung jawab membina tiga ratus monumen di seluruh kesultanan, termasuk dua mahakarya masjid Süleymaniye dan Selimiye-yang disebutkan terkini dibina di Edirne pada masa kekuasaan anak Sulaiman, Selim II. Sulaiman juga melakukan pemulihan terhadap Kubah As-Sakhrah dan tembok bandar di Baitulmuqaddis (yang kini menjadi tembok Kota Tua Jerusalem), mengubahsuai Ka'bah di Mekah, dan membuat sebuah kompleks di Damsyik.
  • 8. PERANAN KERAJAAN UTHMANIYYAH I. Kesatuan Umat dan Dunia Islam  Mengembalikan semula kesatuan umat Islam ketika itu dengan mempertahankan agama tauhid dan syariatnya.  Berjaya menyatukan Dunia Islam ketika itu seperti Iraq, Semenanjung Arab, Syria, Palestin, Mesir, Toroblos, Algeria, Morocco dan Tunis dalam satu kelompok bersama dengan Semenanjung Balkan dan Semanjung Anadhol serta sebahagian besar Eropah Timur pada tahun 916 H bagi menghadapi serangan Portugal dan Sepanyol. Hal ini telah menyebabkan Khilafah  Abbasiyah ketika itu, Muhammad Mutawakkil dengan penuh keinsafan demi meneruskan keagungan Islam telah menyerahkan kuasa khalifah kepada keluarga Uthman iaitu Sultan Salim yang pertama  Peristiwa yang berlaku :Paderi Rom telah mengumpulkan pemimpin Sepanyol dan Portugal pada tahun 894 H/1494 M untuk mengizinkan Sepanyol menakluki separuh bahagian timur dan Portugal untuk menjajah separuh bahagian barat.  Keizinan ini bertepatan dengan perjanjian Tord Sinas. Slogan mereka ialah “Salib dan Harta” iaitu gerakan mengkristiankan rakyat dan mengambil hasil bumi.  Vasco De Gama as Salibi telah berkata: “Hari ini kami akan pecahkan Dunia Islam dan kami akan jerutkan dengan tali bebenang”. II. Mempertahankan Tanah Suci Islam  Serta mempertahankan negara-negara umat Islam daripada serangan Portugal dan Sepanyol yang mahu melakukan penjajahan salibiyah dengan slogan ‘Penerokaan Geografi’.  Kerajaan ini telah menyekat kemaraan tentera Salib selama 600 tahun bermula pada kurun ke7M hingga ke kurun 13M.
  • 9. III. Mempertahankan Tanah Suci Islam  Mempertahankan tanah suci Islam iaitu Mekah, Madinah dan Palestin daripada serangan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi laknatullah.  Peristiwa yang berlaku :Sultan Salim I telah mengeluarkan arahan melarang sama sekali bangsa Yahudi berhijrah ke tanah Sinai. Ketegasa ini telah ditruskan oleh sultan-sultan selepas baginda sehingga zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid ke-2.  Sultan Abdul Hamid ke-2 dengan tegas menolak tawaran yang diberikan oleh Thiodore Hertzel dan permohonannya untuk menubuhkan sebuah syarikat Yahudi di Palestin yang bertanggungjawab membeli tanah-tanah terbiar sekitar Palestin untuk dijadikan kawasan pertanian dan penempatan penduduk Yahudi. IV. Amalan Syura  Kerajaan didirikan dengan asas syura ulama atau dengan kata lain ulama memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara dan bertindak mengawasi gerak-geri para pemimpin supaya bertepatan dengan kehendak Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa perlucutan jawatan khalifah yang berlaku kepada Sultan Salim ke-3. V. Pembentukan Pemerintahan Berasaskan Akidah Yang Satu  Membentuk pemerintahan negara berasaskan aqidah yang satu. Hal ini dibuktikan dengan pemilihan menteri-menteri yang berbilang bangsa sehingga mencapai jumlah 290 orang seperti berikut: i. Asal Turki seramai 123 orang ii. Asal Arnaut (Albania) seramai 49 orang iii. Asal Byzantine seramai 23 orang iv. Asal Sulafi seramai 6 orang v. Asal Yugoslavia seramai 13 orang vi. Asal Syarksi seramai 14 orang vii. Asal Syaisyani seramai seorang viii.Asal Arab seramai 4 orang ix. Asal Yahudi seramai seorang x. Baki yang selebihnya tidak dapat dikenalpasti
  • 10. VI. Meneruskan Usaha Dakwah  Meneruskan usaha dakwah Islamiyah yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan meningkatkan proses pembukaan wilayah-wilayah yang baru. Puncak kejayaannya ialah pembukaan Kota Costantinople oleh Sultan Muhammad al - Fatih setelah 8 kurun perkhabaran Rasulullah SAW. Seterusnya kota tersebut ditukar nama kepada “Islambul” iaitu Bandar Islam. VII. Membina Jaringan Keretapi  Membina jaringan jalan keretapi dari tanah Syam ke Madinah dengan jarak melebihi 1303 km yang menghubungkan Hijaz, Turki dan Semenanjung Anadhol dan Semenanjung Balkan dengan Eropah Selatan. Usaha ini dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid dengan tujuan menghubungkan semua wilayah yang ada dengan Madinah dan Mekah bagi memudahkan urusan ibadat haji. VIII. Pembangunan Sosial  Menjaga kebajikan dengan menyebarkan ilmu di masjid, sekolah, pertubuhan kebajikan, perpustakaan, tempat penginapan bagi pelajar dan guru, hospital dan lain-lain. Semuanya dilaksanakan dengan menggunakan harta wakaf orang Islam. Bahasa Arab pula dijadikan bahasa utama dalam komunikasi, pendidikan dan urusan keagamaan. IX. Hubungan Dengan Masyarakat Non-Muslim  Buktinya:Membuka pintu negara kepada pelarian Yahudi yang lari dari Sepanyol bagi menyelamatkan mereka dari penindasan Nasrani. Di bawah naungan Kerajaan Turki Uthmaniyah, golongan Yahudi dan Nasrani dapat hidup dalam keadaan aman dan damai terutamanya semasa pembukaan Kota Costantinople.  Selepas kejatuhan Kota Costantinople pada tahun 1453 ke tangan tentera Islam, hubungan pemerintah Islam dengan pihak gereja semakin kukuh. Sultan Muhammad ke-2 telah mengisytiharkan dirinya sebagai pelindung gereja Greek, melarang sama sekali semua bentuk tekanan ke atas orang-orang Masehi dan mengembalikan semula sumber kewangan gereja dan pemberian yang mereka miliki sebelumnya untuk memastikan ketaatan orang-orang Masehi kepadanya.
  • 11.  Pemerintah Islam juga telah memberikan penghormatan dan menambah bidang kuasa gereja. Paderi berhak menjatuhkan hukuman dalam kes-kes yang melibatkan orang-orang Greek. Begitu juga mereka berkuasa untuk membuat keputusan yang melibatkan urusan aqidah dan perundangan mereka tanpa sebarang campur tangan daripada pihak pemerintah.  Sikap tasamuh dan terbuka oleh pemerintah Islam semakin jelas selepas pembukaan beberapa wilayah baru di Eropah yang kebanyakan penduduknya beragama Kristian. Orang-orang Kristian tidak menghalang anak-anak perempuan mereka berkahwin dengan lelaki Islam. Kesan daripada sikap keterbukaan ini, kebanyakan wanita-wanita mereka memeluk agama Islam seterusnya mempengaruhi orang lain yang masih beragama Kristian.  Dari segi ekonomi, mereka diberikan kebebasan dalam mencari harta kekayaan sehingga kehidupan mereka lebih mewah berbanding kehidupan orang-orang Eropah yang lain yang masih berada di bawah kekuasaan Masihi. Golongan bangsawan pula semakin hari semakin ramai yang menganut Islam kerana mereka merasakan bahawa cara ibadat Islam begitu mudah dan bersih, berbeza dengan tradisi Gereja Ortodoks yang terlalu mendewa-dewakan paderi.  Dari segi jawatan dalam kerajaan pula, mereka telah diberikan jawatan yang tinggi sehingga akhir pemerintahan kerajaan ini, pemerintah Islam telah melakukan satu kesilapan besar kerana berlebih-lebih dalam melantik orang bukan Islam menjawat jawatan yang tidak sepatutnya disandang oleh mereka. Mereka kemudiannya mengkhianati kerajaan Islam dengan membocorkan rahsia kerajaan dan membantu musuh-musuh Islam.  Dari segi ketenteraan, mereka dibenarkan melibatkan diri sama ada sebagai tentera darat ataupun tentera laut. Keadaan ini berbeza dengan keadaan pemerintahan Islam sebelumnya. Contohnya, 250 orang pejuang dari penduduk Masehi Hydra memberi bantuan kepada tentera laut pemerintah. Mereka tidak dikenakan bayaran jizyah, malah diberi gaji oleh pemerintah daripada harta Baitumal daerah tersebut.
  • 12. X. Penguasaan Tiga Lautan Utama  Menguasai tiga lautan utama sehingga dikenali sebagai ‘Lautan Islam’ iaitu Lautan Mediterranean, Laut Merah dan Laut Hitam. Kesan daripada penguasaan tersebut, kawasan Afrika dan Asia berada dalam keadaan aman dan bebas dari pengaruh salibiyah. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah mempertahankan Islam dan menyekat kemaraan tentera Salib selama 600 tahun bermula kurun ke 7 M sehingga kurun ke 13 M.
  • 13. KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH Selain itu, kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah. Pembentukan kerajaan Turki merupakan proses sejarah yang panjang dan tidak terjadi dengan tiba-tiba. Dalam sejarahnya selama lima abad iaitu bermula pada akhir abad ke-13 hingga awal abad ke-19 kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mengalami pasang surut. Pada satu sudut, dapat dilihat sebuah sistem politik yang diwarisi dari Kerajaan Turki Saljuk dan mengalami perkembangan yang gemilang dan akhirnya mengalami kemerosotan.Empayar Turki Uthmaniyyah telah diasaskan oleh Uthman 1 yang mengistiharkan kemerdekaan wilayah Uthmaniyyah pada tahun 1299. Wilayah ini mula berkembang melalui penaklukan Constatinople oleh Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dan terus gemilang semasa pemerintahan Sulaiman Al-Qanuni. Namun selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni pada tahun 1566 berlaku kemerosotan dalam empayar Turki Uthmaniyah. Malang yang menimpa ini adalah lantaran kelemahan- kelemahan yang wujud dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah yang telah membawa kepada kejatuhan empayar yang telah mencapai zaman kegemilangan. Keruntuhan empayar yang telah mencapai kegemilangan ini merupakan peristiwa yang kompleks bagi sebuah masyarakat Islam dari sebuah kerajaan menuju negara moden. Pada proses keruntuhannya, Turki Uthmaniyyah merupakan wilayah yang besar meliputi semenanjung Balkan, Asia Kecil, Arab Timur Tengah, Mesir dan Afrika. Namun, akibat daripada pelbagai faktor yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Empayar Uthmaniyah sehingga memberi kesan kepada negara-negara Islam di sekitarnya yang turut terkena tempias akibat kemerosotan Turki Uthmaniyyah. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah. Antara faktor yang membawa kejatuhan empayar ini adalah disebabkan beberapa aspek iaitu politik, ekonomi, sosial dan pengaruh luar yang meresap masuk dalam kerajaan. Justeru kelemahan- kelemahan ini telah mendorong kepada keruntuhan empayar Turki Uthmaniyyah.
  • 14. Yang pertama, faktor politik merupakan perkara pokok yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyyah mengalami kemerosotan. Faktor politik ini termasuk kelemahan kepimpinan, pentadbiran dan pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan yang lemah. Hal ini merupakan pendorong ke arah kehancuran empayar Turki Uthmaniyyah.Setelah kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni empayar Turki mula memperlihatkan kejatuhan dan kemunduran. Hal ini adalah lantaran daripada kelemahan sultan, baik dalam keperibadian serta yang paling utama dalam kepimpinannya. Kelemahan ini dapat dibuktikan dengan sikap sultan itu sendiri yang mementingkan hiburan dan kesenian sehingga menyebabkan kerosakkan moral. Contohnya, Sultan Murad III telah dikuasai oleh nafsu sepanjang pemerintahan sehingga mempunyai 118 orang anak. Di samping itu, Sultan Ibrahim membunuh 100 000 orang dan menyaksikan sendiri pembunuhan 25,000 orang daripadanya. Kehidupan sultan yang hidup bermewah-mewah akhirnya mendorong perlakuan tidak bermoral yang telah membawa kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah. Umum mengetahui bahawa Turki Uthmaniyyah mempunyai pemimpin silih berganti. Namun, tidak dinafikan bahawa keadaan ini telah menyumbang kepada kejatuhan Turki Uthmaniyyah kerana masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah. Sistem syura tidak diamalkan dan pemilihan pemimpin kebiasaannya adalah berdasarkan kekuatan. Keadaan ini telah mendorong ke arah peperangan antara putera-putera raja yang menyebabkan ketidakstabilan politik dan kepimpinan yang menurun. Kelemahan kepimpinan ini menyebabkan kerajaan dikuasai oleh anggota-anggota harem atau kelompok tertentu dalam istana. Kelemahan dalam pentadbiran dan pemerintahan ini telah ditunjukkan dalam pemerintahan selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni dan mengakibatkan keruntuhan empayar Turki Uthmaniyyah. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Ibrahim dipengaruhi oleh bonda dan tiga orang isterinya yang masuk campur dalam pemerintahan untuk menyingkirkan Wazir Agung Kara Mustafa. Keadaan ini membawa kepada kejatuhan Turki Uthmaniyyah.
  • 15. Pertahanan merupakan aspek terpenting dalam politik sesebuah negara. Oleh itu, kelemahan dalam sistem ketenteraan merupakan penyumbang kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kemerosotan ini bermula dengan kelemahan disiplin ketenteraan dalam kalangan pegawai atasan. Hal ini disebabkan oleh pertandingan ketenteraan yang sebenarnya telah ditinggalkan yang menyebabkan putera-putera raja yang berpontensi telah disisihkan dan memilih putera sulung kerana perkara ini memberi kebebasan kepada para pegawai. Hal ini dapat dibuktikan dengan perlantikan Bayezid 1 dan Salim II dipilih bukan berdasarkan kemampuan yang unggul. Di samping itu kelemahan ketenteraan juga dapat dilihat melalui penghapusan aristokrasi tentera lama yang menjadi saingan kepada kuasa kerajaan. Penghapusan ini menyebabkan sistem tentera hamba mejadi terbatas kerana seksyen ketenteraan yang dominan dalam angkatan tentera telah membenarkan anak-anak pegawai mendapat pangkat, lantas menghapuskan asas disiplin dalam tentera. Jelaslah bahawa faktor politik yang akhirnya telah membawa kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah. Seterusnya, kelemahan dalam tadbir urus ekonomi merupakan punca kepada tercetusnya kemerosotan dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kelemahan adalah disebabkan perlantikan jawatan yang bukan didasari oleh kebolehan. Hal ini dibuktikan melalui jawatan memungut cukai diberikan kepada sesiapa sahaja yang berikrar untuk memberi sumbangan kutipan yang besar kepada perbendaharaan negara. Keadaan ini bertambah buruk apabila kadar cukai yang tinggi dikenakan membebankan rakyat. Kelemahan ini mendorong kepada kemerosotan Turki Uthmaniyyah.
  • 16. Perdagangan yang lembab menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah. Kegiatan perdagangan merupakan suntikan dalam membangunkan ekonomi Turki Uthmaniyyah. Kelemahan ini disebabkan oleh saingan dengan negara Eropah yang semakin maju dalam bidang perdagangan. Hal ini dapat dibuktikan pada abad ke-16, Turki Uthmaniyyah bersaing dengan Portugis untuk menguasai jalan perdagangan di perairan India. Dalam pada itu, sistem kapitalisme yang diperkenalkan di Eropah menyebabkan revolusi perindustrian muncul dan menenggelamkan industri tradisional masyarakat Turki. Selain itu, kemunduran dalam ekonomi Turki adalah akibat berlaku peperangan yang tidak pernah berhenti. Pendapatan yang semakin berkurang dan dibebankan dengan belanja negara yang semakin besar termasuk perbelanjaan perang mendorong kepada kemelesetan ekonomi Turki Uthmaniyyah. Kesannya, kegemilangan Turki dari aspek ekonomi semakin suram dan menuju kejatuhan. Selain itu, masalah sosial seperti pemberontakan, ajaran Islam telah diselewengkan dan rasuah telah menyebabkan berlakunya kejatuhan Turki Uthmaniyyah. Pemberontakan merupakan faktor terpenting dalam kejatuhan empayar yang terbilang ini kerana tiada lagi penyatuan antara golongan pemerintah dan rakyat jelata. Keadaan dapat dilihat apabila berlaku pemberontakan dalam kalangan puak Kurdish, puak Druze di Syiria, tuan-tuan tanah tentera di Anatolia dan Janissari di ibu kota yang ingkar dan suka memberontak telah mengganggu tumpuan tentera empayar menentang Austria, Poland dan Safavi. Pemberontakan ini mencetuskan masalah dalaman yang teruk sehingga membawa kepad kejatuhan Turki Uthmaniyyah.
  • 17. Gejala rasuah yang semakin berleluasa merupakan faktor kritikal yang menyumbang kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah. Rasuah telah menyerap dalam kalangan pegawai atasan menyebabkan pentadbiran menjadi lumpuh disebabkan pemimpin yang tamak haloba. Hal ini dapat dibuktikan apabila Sulaiman sendiri meminta hadiah daripada orang yang hendak dilantiknya pada waktu perlantikan dan mereka perlu juga berbuat demikian pada peringkat bawahan untuk menampung kos tersebut. Gejala rasuah ini telah menimbulkan kekacauan dalam pemerintahan dan melemahkan kedudukan kerajaan khususnya, semasa pemerintahan Sultan Mustafa IV kerana bebanan cukai yang tinggi untuk memperkayakan individu yang dilantik untuk mengutip cukai dan memberi hadiah kepada pembesar yang membantunya memperoleh jawatan berkenaan. Oleh itu, rasuah merupakan faktor yang mendorong kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah. Keruntuhan akhlak dan kurang penghayatan Islam sedikit sebanyak mempengaruhi kejatuhan empayar agung ini. Ajaran Islam telah dicemari dengan ajaran khurafat, tahayyul, amalan tasawuf yang melampaui batas tanpa menghiraukan tugas wajib iaitu untuk berjihad dan menegakkan amar makruf serta mencegah yang mungkar. Di samping itu, golongan istana juga terlibat dalam krisis moral dengan adanya pesta yang dilengkapi dengan minuman keras, dendangan muzik dan para dayang yang menghiburkan para pembesar negara. Jelaslah bahawa permasalahan sosial yang berlaku telah menyebabkan kejatuhan emapayar Turki Uthmaniyyah.
  • 18. Tambahan pula, kebangkitan kekuatan Eropah telah menjadi faktor kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah. Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan yang telah dicapai oleh Eropah telah mendorong perluasaan kuasa atau imperialisme barat berlaku. Gerakan-gerakan renaisans melahirkan perubahan-perubahan yang besar dalam sejarah dunia iaitu kebangkitan Eropah dan kemunduran kerajaan Islam di empayar Turki Uthmaniyyah. Hal ini telah melumpuhkan Turki Uthmaniyyah akibat daripada saingan kuasa-kuasa Eropah. Peperangan demi peperangan dengan kekuasaan Eropah telah memperlihatkan kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Hal ini dapat dilihat melalui peperangan dengan Austria sekitar tahun 1682-1689 yang menyebabkan kerugian yang besar bagi Turki Uthmaniyyah. Penyatuan bangsa Eropah untuk menentang Turki telah menawan Hungary, kota Budapest, wilayah Transilvania dan beberapa wilayah yang melemahkan pertahanan Turki Uthmaniyyah. Kejatuhan Turki Uthamniyyah semakin terserlah akibat kekalahan dalam peperangan. Penyatuan Prince Eugene of Savoy dengan tentera Austria telah mengalahkan Turki dalam Peperangan Petewarden pada tahun 1716. Kekalahan ini merupakan faktor kejatuhan Turki Uthmaniyyah. Selain itu, siri perjanjian dengan negara Eropah yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Perdamaian melalui perjanjian menyebabkan Turki semakin lemah yang akhirnya membawa kemerosotan. Hal ini dapat dibuktikan melalui Perdamaian Passarowit yang ditandatangani pada Julai 1718 menyebabkan Turki kehilangan Timsuar, Belgrad, sebahagian besar negeri Serbia dan negeri Rumania. Perjanjian Radsin telah ditandatangani selepas kekalahan Turki kepada Russia dan menyebabkan sultan Turki terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Russia dan membuka perniagaan kepada bangsa Cossack di Laut Hitam setelah mengusainya selama beberapa abad. Jelaslah pengaruh luaran merupakan punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah terutamanya kebangkitan semula Eropah selepas berlakunya zaman gelap.
  • 19. Turki Uthmaniyah mempunyai sorotan sejarahnya yang tersendiri yang telah melalui era kegemilangan, kemerosotan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan. Kedudukan kuasa Turki Uthmaniyah yang besar dan luas pada suatu ketika dahulu telah hilang sama sekali pada penghujung abad ke-18 dan yang tinggal hanya beberapa daerah kecil yang masih berada di bawah taklukan Sultan Turki. Pengakhiran kerajaan Turki Uthmaniyah bermula selepas Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki sebagai kerajaan Republik. Sejarah telah memperlihatkan kejatuhan Turki akibat masalah dalaman dan luaran yang tidak dapat diselesaikan secara sistematik. Antara masalah tersebut adalah kelemahan Sultan Turki, pemberontakan, penyelewengan seperti rasuah, ekonomi yang tidak teratur, tentera yang lemah dan pengaruh luaran akibat daripada kebangkitan Eropah. Masalah ini telah menyebabkan kejatuhan Turki Uthmaniyah dan memberi tempias kepada negara Islam yang lain sama ada dari aspek ekonomi, sosial dan politik. Di samping itu, kejatuhan Turki sering dikaitkan dengan permasalahan pemimpinnya yang mementingkan hiburan dan keseniaan. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan orientalis barat yang mengatakan bahawa salah satu faktor kejatuhan Turki Uthmaniyah adalah disebabkan oleh pemimpin dan sehingga rakyat golongan yang mementingkan hiburan dan keseronakkan. Oleh itu, sewajarnya keadaan ini dijadikan iktibar dan sehingga kebangkitan semula institusi Khilafah seterusnya Islam kembali terbilang.
  • 20. KESAN KETIADAAN PEMERINTAHAN KHALIFAH ISLAM I Tiada Penerapan Sistem Islam  Kaedah untuk melaksanakan sistem Islam dengan mewujudkan Daulah Khalifah (Kerajaan yang diperintah khalifah).  Tidak adanya penerapan sistem Islam akibat daripada keruntuhan sistem Islam.  Kaum kafir menggantikan hukum-hukum Islam dengan hukum-hukum kufur mengakibatkan kemurkaan Allah SWT. II Penyebaran Islam Tidak Dilaksanakan  Sebaran risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia menerusi jalan dakwah dan jihad dapat dilakukan dengan Daulah Khilafah.  Kehancuran kerajaan ini telah mengakibatkan penyebaran Islam tidak dapat dilakukan.  Golongan kafir mudah untuk menyebarkan ajaran dan pemikiran sesat di seluruh dunia Islam dengan ketiadaan kerajaan ini. III Tiada Kuasa Perlindungan  Kaum muslimin disatukan di bawah satu pemerintahan di Negara Islam iaitu Daulah Khilafah.  Dalam pemerintahan ini,khalifah dari seluruh kaum muslimin akan berusaha menghalang pencerobohan oleh orang-orang kafir.  Buktinya: Daulah Khalifah telah menjadi pelindung dan menjaga Palestin dari diceroboh yahudi di dalam isu Palestin.  Daulah Khalifah juga menjaga keamanan wilayah-wilayah kaum muslimin seperti pengusiran tentera-tentera Perancis yang dipimpin oleh Napoleon Bonaparte daripada bumi Mesir.
  • 21. IV Perpecahan Muslimin Dan Wilayah Islam  Kaum muslimin terpecah kepada Negara-negara kecil yang tidak dan lemah selepas keruntuhan Daulah Khalifah.  Terdapat lebih daripada 57 buah Negara muslimin.  Semangat nasionalisme , rarisme dan patriotism di kalangan kaum muslimin semakin kuat serta hilangnya tali persaudaraan sesame kaum muslimin.  Kaum kafir melaksanakan dasar ‘Pecah dan Perintah’ bagi memudahkan mereka menguasai negeri-negeri kaum muslimin.  Mereka juga menempatkan pangkalan-pangkalan ketenteraan di setiap negeri muslimin yang strategic.  Buktinya Amerika dapat menempatkan di Arab Saudi, Afghanistan dan Iraq. V Eksploitasi Kekayaan Muslimin  Perpecahan yang berlaku menyebabkan golongan kafir mudah untuk mmepengaruhi suasana politik dan ekonomi negeri-negeri tersebut.  Eksploitasi besar-besaran berlaku ke atas kaum muslimin disebabkan itu.  Pengaliran keluar harta kekayaan kaum muslimin ke Negara-negara kaum kafir terus berlaku sehingga hari ini.  Dengan alasan teknologi kaum muslimin masih lagi lemah untuk menjalankan kerja-kerja penggalin ia mudah untuk dilakukan  Malahan,syarikat-syarikat ini dianggap berjasa kepada negara-negara kaum muslimin. VI Kaum Muslimin Semakin Lemah  Kedudukan golongan kafir semakin bertambah kuat dan kaum muslimin semakin lemah disebabkan oleh keupayaan kaum kafir mengeksploitasi kekayaan kaum muslimin.  Kaum muslimin berada dalam keadaan yang sukar.  Nyawa,akidah,harta dan maruah mereka di seluruh dunia terancam.  Daulah Khaliah sebagai pelindung sudah lagi tidak wujud.  Keluarga,kekayaan,harga diri,martabat dan kehormatan mereka dijamin oleh Negara.  Tidak ada keamanan dan keselamatan malahan yang ada adalah kegelisahan dan ketakutan
  • 22. VII Kekacauan Akibat Ketiadaan Khalifah  Laluan-laluan kejahatan orang kafir terbuka akibat kejatuhan Daulah Khalifah untuk melakukan kejahatan yang sebelumnya mereka tidak berpeluang.  Berasaskan kekuatan fizikal dan teknologi komunikasi yang mereka milik dan kuasai.  Amerika menabur fitnah dan membuat kekacauan di seluruh Negara dengan sewenang-wenangnya.  Kekuatan fizikal dan teknologi komunasi yang emreka miliki memang tidak dapt dinafikan kekuatannya dan tiada siapa yang mampu menghalang propaganda mereka. VIII Dunia Islam Mengekori Eropah  Kaum muslimin di zaman akhir-akhir ini rela menjadi sekutu kejahilan eropah bahkan mahu menjadi pasukan sukarela eropah.  Terdapat beberapa bangsa dan Negara islam melihat bangsa eropah yang sejak berabad-abad lamanya memimpin gerakan kejahiliahan mengubarkan bendera di timur dan di barat sebagai pembela kaum muslimin.  Umumnya kaum muslimin menjadi kaki tangan eropah padahal sepatutnya mereka menjadi wira pasukan islam.  Akhlak kejahiliahan dan prinsip-prinsip filsafat eropah meresap mempengaruhi jasmani dan rohani mereka.