1. [Modul Aktiviti 3 – Spider Draw]
[missNadSMKLA2017] boleh rujuk FB Nad Zira untuk gambar yang lebih jelas
@ blog - https://nad-zira.blogspot.my/2017/08/modul-aktiviti.html
Aktiviti Spider Draw [ Nota : Spider – Labah labah , Draw – Timba ]
Jangka masa 15 minit bagi 1 sesi
Keperluan 1 cawan plastik bagi 1 kumpulan [ cawan biasa juga boleh guna]
5 utas tali bagi 1 kumpulan [ panjang tali : 1meter atau mana-mana
bersesuaian ]
Air
Kumpulan pelajar 1 kumpulan terdiri daripada maksimum 5 orang
Langkah
pelaksanaan
1) Guru mengedarkan 1 cawan plastik berisi air kepada setiap
kumpulan.
2) Guru memberi 5 utas tali kepada setiap kumpulan.
3) Guru memberi arahan yang jelas berkenaan
“Pelajar diminta mengangkat cawan berisi air dengan menggunakan
tali dan 5 orang pelajar setiap kumpulan perlu memegang tali
tersebut. Tidak dibenarkan memegang cawan atau menyokong
melalui sentuhan pada cawan tersebut. Pelajar boleh menggunakan
ikatan yang sesuai contohnya ikatan manuk, simpul balak, simpul
kerusi atau mana-mana yang bersesuaian. Tuang air tersebut ke dalam
cawan yang disediakan yang berada dalam jarak anggaran 20 meter
daripada tapak permulaan permainan ”.
4) Pelajar akan mengikat tali pada cawan mengikut kreativiti sendiri dan
menguji cara ikatan yang kemas dan seimbang.
5) Sekiranya terdapat kumpulan yang berjaya menuang air ke dalam
cawan yang paling banyak, kumpulan itu adalah pemenang.
Langkah
keselamatan
Pastikan kawasan aktiviti pada permukaan yang rata contohnya
gelanggang ; bagi mengelakkan pelajar jatuh atau terseliuh.
Peranan guru sebagai pemerhati dan pembimbing ; kawalan
pergerakan pelajar yang aktif diberi perhatian bagi mengelakkan
kecederaan seperti luka atau terseliuh.
Cadangan aktiviti
tambahan
Guru boleh menambah ahli kumpulan kepada 8 atau 10 orang tetapi
pastikan tali mengikut bilangan ahli kumpulan.
Guru boleh meningkatkan jarak antara tapak permulaan ke cawan curahan
mengikut kesesuaian.
Nilai dan sikap Kerjasama
Berdaya tahan
Kreatif
Contoh