SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 7
Pengenalan

Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan.
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya
usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap
perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada
sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran,
kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas
alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk
mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda
perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super
Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-
luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan
kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan
jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi
terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).



Pengajaran Berbantukan Komputer

Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan
merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran ( Jamaludin,
1989; Nik Azis, 1989). Kurikulum matematik juga tidak dapat lari daripada arus
teknologi ini ( Fatimah & Munirah, 1995; PPK, 1993;Nik Azis, 1989). Pendidikan
komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik Azis, 1989 );

1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan
komputer

2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data

      memproses data penyelidikan
      memproses perkataan

3.Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran

      pengaturan murid
      pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara
komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu
seseorang belajar ( Jamaluddin, 1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk
menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk
oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian
melalui terminal (Nik Azis,1989).

Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai
tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru
berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara
(facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd.
Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial,
permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ).




Komputer Dalam Pendidikan Matematik

Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang dan
memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih seabad yang lalu, NCTM (National
Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran
matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft
(1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematik
bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan
komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik.
Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian
terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik
tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian
masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus
diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan.
Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap
struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah
menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar.
Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Al Ghamdi,
1987; Lim, 1989 ).

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and
Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati :

      pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap
      yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan
      menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
      Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat
      membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah
      dan berkesan
      Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang
      ketara
      Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan
      mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat
      menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Kelembapan dan kebantutan perkembangan CAI dalam pendidikan matematik
khususnya, pada pertengahan tahun 70 an hingga 80 an adalah disebabkan oleh
kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang sedikit,
kemahiran dan pengetahuan tentang komputer yang rendah dan tidak kurang juga
kebimbangan dan kurang keyakinan di kalangan pendidik ( PPK, 1993 ). Walau
bagaimanapun keadaan tersebut telah berubah, di mana harga komputer telah
banyak menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telah
dan sedang dianjurkan oleh pihak kementerian untuk memberi kesedaran,
keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan komputer.

Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk melaksanakan
aktiviti-aktiviti berikut

      Penghasilan Bahan Kurikulum
      Latih Tubi
      Tutorial
      Ulangkaji
      Pemulihan dan Pengayaan
      Simulasi
      Pengiraan
      Alat Bantu Mengajar
      Tutee




Penggunaan spreadsheet

Terdapat banyak kajian tentang penggunaan spreadsheet dalam pengajaran
matematik. Kajian-kajian yang telah dijalankan mencadangkan berbagai cara
penggunaan spreadsheet dalam pengajaran matematik ( Janet, 1988; Lim, 1995;
Fatimah & Munirah, 1995). Ada juga kajian yang mencadangkan penggunaan
spreadsheet dapat mengurangkan kesilapan konsep tentang sesetengah konsep
matematik ( Catterall and Lewis, 1985 dalam Fatimah & Munirah, 1995 ). Mungkin
guru-guru di Malaysia juga boleh menggunakan speadsheet dalam pengajaran
matematik sementara menunggu pakej CAI yang sesuai.



Penggunaan multimedia

Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan
manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi ( Baharuddin & Mohd, 1995 ).
Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu
pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar
memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Toh &
Ng, 1994; Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin & Mohd, 1995 ). Penggunaan
multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Antaranya
ialah multimedia boleh;

1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan
masing-masing.

2. memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik.
3. menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan

4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar

5. membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali



Penggunaan Internet

Internet atau ' International Network of Networks ' ialah sebuah rangkaian komputer
diperingkat antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian
komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada
50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara ( Zoraini, 1995 ). Dalam
rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya.
Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer,
gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru boleh mendapat rancangan
pengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya. Atau pun
sumber pengajaran seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh
didapati dalam Internet.

Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik.
Kumpulan ini mungkin terdiri dari beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu
orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah tentang matematik.
Topik-topik perbincangan bermacam-macam dari Antropologi sehinggalah ke
Zoologi. Bagi guru matematik, terdapat beberapa kumpulan diskusi eletronik yang
dapat disertai secara percuma. Antaranya; IMSE-L dan MATHEDCC. Selain
daripada diskusi eletronik, WWW (World Wide Web) juga menyediakan berbagai
sumber pengajaran dan pembelajaran , khususnya dalam bidang matematik (
Zoraini, 1995; Lee, 1996 )

Beberapa tajuk yang boleh diperolehi dari WWW :

      Global Network Navigator - Mathematic
      Math Section
      Mathematics - Singapore Min of Education
      Math Launchpad
      Mathematics Archives - K12 Internet Sites
      K-8 dan K-12 Mathematics Education
      Math and Numbers
      The Math Forum
      Ask Dr Math
      Math Archives
      Internet Math Class
      Forum Guru dan Pelajar - TM School On Line
      Nota dan Soalan Latihan ( UPSR, PMR dan SPM ) - TM School On Line

             ( Sila rujuk dalam
             http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/tzz.html )
Menyedari potensi dan keupayaan Internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi
eletronik yang berkesan maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah
untuk memperkenalkan Internet kepada para pelajar dan pendidik. Dengan
kerjasama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS, Kementerian Pendidikan
telah melancarkan projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman, 1996 ). Dalam
perlaksanaan projek ini, Kementerian Pendidikan telah:

      menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar
      dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab perguruan
      melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan
      kemudahan yang disediakan
      merancang, melaksana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan
      penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan
      pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif
      dan inovatif berasaskan teknologi maklumat

Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang
teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan sukatan kursus
akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk menambahkan pengetahuan dan
meningkatkankemahiran dalam penggunaan komputer, khususnya untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini, terdapat berbagai
program pendidikan yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semua
peringkat.




Penutup

Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah
mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020.
Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih
awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut.
Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma
diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1996 ).
Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga
kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita
sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain. Selagi kita bertaraf
‘pengguna’, selagi itulah kita tidak mampu merubah apa-apa.



BIBLIOGRAFI

Abd. Rahman Ahmad (1995). " Pembinaan Pakej Pengajaran Pembelajaran
Berpandukan Komputer" Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan
Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG
Al Ghamdi, Y. A. S. (1987). The effectiveness of using microcomputers in learning
algebraic precedence conventions. Doctoral Dissertation, Florida State University.

Baharuddin Aris & Mohd b. Bilal Ali (1995). " Pendekatan Alternatif Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik" . Kertas yang dibentangkan dalam
Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG

Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO

Funkhouser, C. (1993). The influence of problem solving software in students’
attitudes about mathematics.Journal of Research on Computing in Education,
25(3),339- 346

Henderson, R. W. & Landesman, E. M. (1992). The integrative videodisk system in
the zone of proximal development: Academic motivation and learning outcomes in
pre- calculus. Journal of Educational Computing Research, 21(3), 33-43.

NCTM (1980). An Agenda For Action: Recommendations For School
Mathematics of The 1980s. New York

Jamaludin Ibrahim (1989). " Pengajaran Berbantukan Komputer Berkepintaran:
Implikasi Kepada Pengajaran dan Pembelajaran". Proceedings of the National
Symposium on Educational Computing. USM : MCCE

Janet, L. M. (1988). Integrating spreadsheets into the mathematics classroom.
Mathematics Teacher, 81(8), 615 - 622 . Kementerian Pendidikan

Malaysia (1997)." Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana ". Kertas
yang dibentangkan dalam Seminar Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: KPM

KPM (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana. Kuala
Lumpur.

Lee Siew Eng (1996). " Internet - A Modern Tool For Mathematics Teaching And
Learning ". Proceedings of the National Symposium on Educational Computing.
USM : MCCE

Lim Chap Sam (1995). " Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik:
Penggunaan Hamparan Eletronik Sebagai Contoh". Kertas yang dibentangkan
dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG

Nik Azis Nik Pa (1989). " Komputer Dalam Pendidikan ". Proceedings of the
National Symposium on Educational Computing. USM : MCCE

NCTM (1989). Curriculum and Evaluation Standards For School Mathematics.
New York

Nik Azis Nik Pa (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan
KBSM. Kuala Lumpur: DBP
PPK (1993). " Peranan Komputer Dalam Pendidikan Matematik ". Kertas yang

dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Matematik Ke 2 Institusi/Maktab
Perguruan Malaysia. Kuala Lumpur: BPG

Sue Brown & Bette Bush (1992). Multimedia math. The Computer Teacher, 20(3),
57 - 58

Sulaiman Hashim (1996). " Jaringan Pendidikan ". Proceedings of the National
Symposium on Educational Computing. USM : MCCE

Tengku Zawawi Zainal (1997). Tahap Penguasaan Konsep Pecahan Di kalangan
Pelatih KPLI. Tesis Sarjana (Tidak diterbitkan).

Toh Seong Chong (1994). " Design Principles for Effective Instructional
Hypermedia/Multimedia Packages ". Proceedings of the National Symposium on
Educational Computing. USM : MCCE

Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Hala
Tuju Ke Masa Depan. Kuala Lumpur: KPM

Zoraini Wati Abas (1995). " Internet Untuk Pengajaran Matematik ". Kertas yang
dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4.
Kuantan: BPG

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiTee Teh
 
Pengembangan media pembelajaran berbasis ict
Pengembangan media pembelajaran berbasis ictPengembangan media pembelajaran berbasis ict
Pengembangan media pembelajaran berbasis ictyommi25
 
Teknologi multimedia dalam pendidikan
Teknologi multimedia dalam pendidikanTeknologi multimedia dalam pendidikan
Teknologi multimedia dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakFazriFMR
 
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)rabiatulnazari
 
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranAplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranFarah Liyana Sholehhuddin
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Nik Mohamad Al-Fazil
 
Presentasi komputer untuk pendidikan
Presentasi komputer untuk pendidikanPresentasi komputer untuk pendidikan
Presentasi komputer untuk pendidikankristi_12345
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahISMAILMAMAT
 
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah KhamdiyahMakalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyahkhamdiyah
 
Pengajaran & pembelajaran mobile
Pengajaran & pembelajaran mobilePengajaran & pembelajaran mobile
Pengajaran & pembelajaran mobileIzzah Zahh
 
Adri multimedia-pengajaran
Adri multimedia-pengajaranAdri multimedia-pengajaran
Adri multimedia-pengajaranMas Suwondo
 
Guru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranGuru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranMohamad Ishak
 

La actualidad más candente (20)

Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
 
Pengembangan media pembelajaran berbasis ict
Pengembangan media pembelajaran berbasis ictPengembangan media pembelajaran berbasis ict
Pengembangan media pembelajaran berbasis ict
 
Teknologi multimedia dalam pendidikan
Teknologi multimedia dalam pendidikanTeknologi multimedia dalam pendidikan
Teknologi multimedia dalam pendidikan
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
 
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranAplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
 
Transformasi ict dalam pengajaran
Transformasi ict dalam pengajaran Transformasi ict dalam pengajaran
Transformasi ict dalam pengajaran
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
 
Esei siap
Esei siapEsei siap
Esei siap
 
Presentasi komputer untuk pendidikan
Presentasi komputer untuk pendidikanPresentasi komputer untuk pendidikan
Presentasi komputer untuk pendidikan
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
 
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah KhamdiyahMakalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
 
Pengajaran & pembelajaran mobile
Pengajaran & pembelajaran mobilePengajaran & pembelajaran mobile
Pengajaran & pembelajaran mobile
 
Phototalk rosmawani
Phototalk rosmawaniPhototalk rosmawani
Phototalk rosmawani
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Adri multimedia-pengajaran
Adri multimedia-pengajaranAdri multimedia-pengajaran
Adri multimedia-pengajaran
 
Guru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranGuru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaran
 

Similar a Peranan komputer

Doc to be uploaded
Doc to be uploadedDoc to be uploaded
Doc to be uploadedizwan_ismail
 
Artikel multimedia dlm tvet
Artikel multimedia dlm tvetArtikel multimedia dlm tvet
Artikel multimedia dlm tvetSiti Hany
 
Pemebelajaran Berbasis Komputer Model Tutorial
Pemebelajaran Berbasis Komputer Model TutorialPemebelajaran Berbasis Komputer Model Tutorial
Pemebelajaran Berbasis Komputer Model TutorialSitha98
 
Modul pembelajaran berbasis komputer model tutorial
Modul pembelajaran berbasis komputer model tutorialModul pembelajaran berbasis komputer model tutorial
Modul pembelajaran berbasis komputer model tutorialSiti Sholihah
 
Modul Pembelajaran Berbasis Komputer Model Tutorial
Modul Pembelajaran Berbasis Komputer Model TutorialModul Pembelajaran Berbasis Komputer Model Tutorial
Modul Pembelajaran Berbasis Komputer Model TutorialDian R
 
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part ivHbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part ivfatimah Baharin
 
Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044Lieyzz Nor
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanMunirah Sobri
 
(801111125405) asignment hbef2303
(801111125405) asignment hbef2303(801111125405) asignment hbef2303
(801111125405) asignment hbef2303Aj Ze
 
12. Using Technology, particularly ICT for teaching and learning
12.	Using Technology, particularly ICT for teaching and learning12.	Using Technology, particularly ICT for teaching and learning
12. Using Technology, particularly ICT for teaching and learningmohdfidaiy
 
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...Rosdi Ramli
 
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...CELINEDANARIS
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&Pisuict12
 
Peranan ict-dalam-dunia-pendidikan
Peranan ict-dalam-dunia-pendidikanPeranan ict-dalam-dunia-pendidikan
Peranan ict-dalam-dunia-pendidikanBernardus Sentot
 

Similar a Peranan komputer (20)

PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Doc to be uploaded
Doc to be uploadedDoc to be uploaded
Doc to be uploaded
 
Artikel multimedia dlm tvet
Artikel multimedia dlm tvetArtikel multimedia dlm tvet
Artikel multimedia dlm tvet
 
Pemebelajaran Berbasis Komputer Model Tutorial
Pemebelajaran Berbasis Komputer Model TutorialPemebelajaran Berbasis Komputer Model Tutorial
Pemebelajaran Berbasis Komputer Model Tutorial
 
Modul pembelajaran berbasis komputer model tutorial
Modul pembelajaran berbasis komputer model tutorialModul pembelajaran berbasis komputer model tutorial
Modul pembelajaran berbasis komputer model tutorial
 
Modul Pembelajaran Berbasis Komputer Model Tutorial
Modul Pembelajaran Berbasis Komputer Model TutorialModul Pembelajaran Berbasis Komputer Model Tutorial
Modul Pembelajaran Berbasis Komputer Model Tutorial
 
ICT
ICTICT
ICT
 
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part ivHbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
 
Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044
 
Pk deden sem2
Pk deden sem2Pk deden sem2
Pk deden sem2
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikan
 
(801111125405) asignment hbef2303
(801111125405) asignment hbef2303(801111125405) asignment hbef2303
(801111125405) asignment hbef2303
 
12. Using Technology, particularly ICT for teaching and learning
12.	Using Technology, particularly ICT for teaching and learning12.	Using Technology, particularly ICT for teaching and learning
12. Using Technology, particularly ICT for teaching and learning
 
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
 
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&P
 
Modul pembelajaran tutorial
Modul pembelajaran tutorialModul pembelajaran tutorial
Modul pembelajaran tutorial
 
Peranan ict-dalam-dunia-pendidikan
Peranan ict-dalam-dunia-pendidikanPeranan ict-dalam-dunia-pendidikan
Peranan ict-dalam-dunia-pendidikan
 
Modul istilah
Modul istilahModul istilah
Modul istilah
 

Más de Nasa Idris

Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012Nasa Idris
 
Cemerlang B.Melayu UPSR - 012
Cemerlang B.Melayu UPSR - 012Cemerlang B.Melayu UPSR - 012
Cemerlang B.Melayu UPSR - 012Nasa Idris
 
Cemerlang upsr 012 Bahasa Melayu
Cemerlang upsr  012 Bahasa MelayuCemerlang upsr  012 Bahasa Melayu
Cemerlang upsr 012 Bahasa MelayuNasa Idris
 
Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012Nasa Idris
 
Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012Nasa Idris
 
Cemerlang B.Melayu UPSR - 012
Cemerlang B.Melayu UPSR - 012 Cemerlang B.Melayu UPSR - 012
Cemerlang B.Melayu UPSR - 012 Nasa Idris
 

Más de Nasa Idris (6)

Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012
 
Cemerlang B.Melayu UPSR - 012
Cemerlang B.Melayu UPSR - 012Cemerlang B.Melayu UPSR - 012
Cemerlang B.Melayu UPSR - 012
 
Cemerlang upsr 012 Bahasa Melayu
Cemerlang upsr  012 Bahasa MelayuCemerlang upsr  012 Bahasa Melayu
Cemerlang upsr 012 Bahasa Melayu
 
Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012
 
Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012
 
Cemerlang B.Melayu UPSR - 012
Cemerlang B.Melayu UPSR - 012 Cemerlang B.Melayu UPSR - 012
Cemerlang B.Melayu UPSR - 012
 

Peranan komputer

  • 1. Pengenalan Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas- luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ). Pengajaran Berbantukan Komputer Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran ( Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989). Kurikulum matematik juga tidak dapat lari daripada arus teknologi ini ( Fatimah & Munirah, 1995; PPK, 1993;Nik Azis, 1989). Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik Azis, 1989 ); 1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer 2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data memproses data penyelidikan memproses perkataan 3.Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran pengaturan murid pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ). Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin, 1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui terminal (Nik Azis,1989). Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara
  • 2. (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ). Komputer Dalam Pendidikan Matematik Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih seabad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Al Ghamdi, 1987; Lim, 1989 ). Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati : pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain. Kelembapan dan kebantutan perkembangan CAI dalam pendidikan matematik khususnya, pada pertengahan tahun 70 an hingga 80 an adalah disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang sedikit, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer yang rendah dan tidak kurang juga kebimbangan dan kurang keyakinan di kalangan pendidik ( PPK, 1993 ). Walau bagaimanapun keadaan tersebut telah berubah, di mana harga komputer telah
  • 3. banyak menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan sedang dianjurkan oleh pihak kementerian untuk memberi kesedaran, keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan komputer. Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut Penghasilan Bahan Kurikulum Latih Tubi Tutorial Ulangkaji Pemulihan dan Pengayaan Simulasi Pengiraan Alat Bantu Mengajar Tutee Penggunaan spreadsheet Terdapat banyak kajian tentang penggunaan spreadsheet dalam pengajaran matematik. Kajian-kajian yang telah dijalankan mencadangkan berbagai cara penggunaan spreadsheet dalam pengajaran matematik ( Janet, 1988; Lim, 1995; Fatimah & Munirah, 1995). Ada juga kajian yang mencadangkan penggunaan spreadsheet dapat mengurangkan kesilapan konsep tentang sesetengah konsep matematik ( Catterall and Lewis, 1985 dalam Fatimah & Munirah, 1995 ). Mungkin guru-guru di Malaysia juga boleh menggunakan speadsheet dalam pengajaran matematik sementara menunggu pakej CAI yang sesuai. Penggunaan multimedia Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi ( Baharuddin & Mohd, 1995 ). Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Toh & Ng, 1994; Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin & Mohd, 1995 ). Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah multimedia boleh; 1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing. 2. memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik.
  • 4. 3. menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan 4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar 5. membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali Penggunaan Internet Internet atau ' International Network of Networks ' ialah sebuah rangkaian komputer diperingkat antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara ( Zoraini, 1995 ). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru boleh mendapat rancangan pengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya. Atau pun sumber pengajaran seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh didapati dalam Internet. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri dari beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah tentang matematik. Topik-topik perbincangan bermacam-macam dari Antropologi sehinggalah ke Zoologi. Bagi guru matematik, terdapat beberapa kumpulan diskusi eletronik yang dapat disertai secara percuma. Antaranya; IMSE-L dan MATHEDCC. Selain daripada diskusi eletronik, WWW (World Wide Web) juga menyediakan berbagai sumber pengajaran dan pembelajaran , khususnya dalam bidang matematik ( Zoraini, 1995; Lee, 1996 ) Beberapa tajuk yang boleh diperolehi dari WWW : Global Network Navigator - Mathematic Math Section Mathematics - Singapore Min of Education Math Launchpad Mathematics Archives - K12 Internet Sites K-8 dan K-12 Mathematics Education Math and Numbers The Math Forum Ask Dr Math Math Archives Internet Math Class Forum Guru dan Pelajar - TM School On Line Nota dan Soalan Latihan ( UPSR, PMR dan SPM ) - TM School On Line ( Sila rujuk dalam http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/tzz.html )
  • 5. Menyedari potensi dan keupayaan Internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi eletronik yang berkesan maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan Internet kepada para pelajar dan pendidik. Dengan kerjasama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS, Kementerian Pendidikan telah melancarkan projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman, 1996 ). Dalam perlaksanaan projek ini, Kementerian Pendidikan telah: menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab perguruan melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang disediakan merancang, melaksana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi maklumat Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan sukatan kursus akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkankemahiran dalam penggunaan komputer, khususnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini, terdapat berbagai program pendidikan yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semua peringkat. Penutup Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1996 ). Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain. Selagi kita bertaraf ‘pengguna’, selagi itulah kita tidak mampu merubah apa-apa. BIBLIOGRAFI Abd. Rahman Ahmad (1995). " Pembinaan Pakej Pengajaran Pembelajaran Berpandukan Komputer" Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG
  • 6. Al Ghamdi, Y. A. S. (1987). The effectiveness of using microcomputers in learning algebraic precedence conventions. Doctoral Dissertation, Florida State University. Baharuddin Aris & Mohd b. Bilal Ali (1995). " Pendekatan Alternatif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik" . Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO Funkhouser, C. (1993). The influence of problem solving software in students’ attitudes about mathematics.Journal of Research on Computing in Education, 25(3),339- 346 Henderson, R. W. & Landesman, E. M. (1992). The integrative videodisk system in the zone of proximal development: Academic motivation and learning outcomes in pre- calculus. Journal of Educational Computing Research, 21(3), 33-43. NCTM (1980). An Agenda For Action: Recommendations For School Mathematics of The 1980s. New York Jamaludin Ibrahim (1989). " Pengajaran Berbantukan Komputer Berkepintaran: Implikasi Kepada Pengajaran dan Pembelajaran". Proceedings of the National Symposium on Educational Computing. USM : MCCE Janet, L. M. (1988). Integrating spreadsheets into the mathematics classroom. Mathematics Teacher, 81(8), 615 - 622 . Kementerian Pendidikan Malaysia (1997)." Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: KPM KPM (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana. Kuala Lumpur. Lee Siew Eng (1996). " Internet - A Modern Tool For Mathematics Teaching And Learning ". Proceedings of the National Symposium on Educational Computing. USM : MCCE Lim Chap Sam (1995). " Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik: Penggunaan Hamparan Eletronik Sebagai Contoh". Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG Nik Azis Nik Pa (1989). " Komputer Dalam Pendidikan ". Proceedings of the National Symposium on Educational Computing. USM : MCCE NCTM (1989). Curriculum and Evaluation Standards For School Mathematics. New York Nik Azis Nik Pa (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: DBP
  • 7. PPK (1993). " Peranan Komputer Dalam Pendidikan Matematik ". Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Matematik Ke 2 Institusi/Maktab Perguruan Malaysia. Kuala Lumpur: BPG Sue Brown & Bette Bush (1992). Multimedia math. The Computer Teacher, 20(3), 57 - 58 Sulaiman Hashim (1996). " Jaringan Pendidikan ". Proceedings of the National Symposium on Educational Computing. USM : MCCE Tengku Zawawi Zainal (1997). Tahap Penguasaan Konsep Pecahan Di kalangan Pelatih KPLI. Tesis Sarjana (Tidak diterbitkan). Toh Seong Chong (1994). " Design Principles for Effective Instructional Hypermedia/Multimedia Packages ". Proceedings of the National Symposium on Educational Computing. USM : MCCE Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Hala Tuju Ke Masa Depan. Kuala Lumpur: KPM Zoraini Wati Abas (1995). " Internet Untuk Pengajaran Matematik ". Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG