Dokumen tersebut berisi lima soalan tentang hukum-hukum ibadah haji dan umrah. Soalan pertama membahas perkara-perkara yang tidak berdosa ketika ihram, soalan kedua tentang cara menyelesaikan masalah jemaah wanita yang tidak dapat mengerjakan tawaf umrah, soalan ketiga mendefinisikan istilah nafar awal, soalan keempat membahas hukum memakan daging dam sendiri, dan soalan kelima membahas hukum m
2. SOALAN SATU
Soalan 1- Perkara-perkara yang harus dilakukan dalam
masa ihram kerana hajat, tidak berdosa dan tidak
dikenakan dam
i. Membunuh binatang buruan yang mengganas.
ii. Berakad nikah.
iii. Lelaki memakai seluar kerana ketiadaan / kehilangan
kain ihram.
iv. Memotong rambut atau kuku kerana sakit atau jahil.
a) i dan iii
b) ii dan iii
c) i, ii dan iii
d) ii dan iv
3. Soalan 2
41- Seorang jemaah haji wanita mengerjakan umrah , sampai di
Makkah ia tidak boleh mengerjakan Tawaf umrahnya sehingga ke hari
hendak bertolak ke Arafah. Bagaimanakah caranya untuk
menyelesaikan permasalahan ini?
a) Berniat haji dan jadilah Haji Qiran serta dikenakan Dam Qiran
sahaja.
b) Berniat haji dan jadilah haji Qiran dam Tamattu’ dan Qiran.
c) Hendaklah mengerjakan haji seperti biasa.
d) Boleh berniat haji dan jadilah Haji Tamattu’ dan wajib membayar
dam.
4. SOALAN 3
3-Apakah yang anda faham tentang Nafar Awal.
a) Nafar Awwal adalah keluar meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah untuk balik ke
Makkah.
b) Nafar Awwal adalah keluar meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah kerana uzur
syar’ie
c) Nafar Awwal adalah keluar meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah selepas
tenggelam matahari dan berazam tidak akan kembali lagi ke Mina (untuk
Mabit)
d) Nafar Awwal adalah keluar meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah sebelum jatuh
matahari dengan syarat-syaratnya.
5. SOALAN EMPAT
4- Apakah hukum makan daging dam sendiri?
a) Harus dimakan mengikut mazhab Syafie.
b) Harus dimakan jika berniat untuk memakannya
sebelum menyembelih.
c) Tidak harus dimakan mengikut mazhab Syafie
d) Tidak harus dimakan mengikut mazhab Hanafi.
6. SOALAN LIMA
5- Semasa dalam ihram seorang jemaah umrah mencabut
kulit bibirnya yang kering adakah dikenakan dam?
a) Dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir.
b) Dikenakan Dam tetapi tidak berdosa.
c) Tidak dikenakan Dam.
d) Tidak dikenakan Dam jika tidak sengaja.