PPT Pelaksana Lapangan Pekerjaan Bangunan Pengaman Pantai.pptx
Laporan rekoder ensembel
1. SEKOLAH KEBANGSAAN KELEBANG BESAR,
KM 6.4 JALAN PULAU GADONG, 75200 MELAKA
LAPORAN PERTANDINGAN REKODER
Bidang Kokurikulum
Unit Sukan
Nama program/
aktiviti
Kejohanan Merentas Desa 2018
Tarikh/
Tempat
6 Februari 2018
Dataran Perhimpunan, Sekolah Kebangsaan Kelebang Besar
Pengenalan
Kejohanan Merentas Desa SK Kelebang Besar merupakan acara tahunan yang
mesti dilaksanakan setiap tahun sebelum menjelangnya Kejohanan Merentas
Desa peringkat Daerah. Kejohanan ini akan melibatkan semua murid Tahap 2.
Melalui acara inilah bakat-bakat murid dalam bidang sukan akan dapat dicungkil
dan didik supaya mencapai kecemerlangan di bidang sukan.
Matlamat
Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam
bidang sukan dan dapat membentuk serta melahirkan murid yang berkeyakinan
diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan dan mencungkil
bakat murid untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan Merentas Desa peringkat
Daerah. Program ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan
murid secara menyeluruh dalam bidang sukan selaras dengan dasar 1 Murid 1
Sukan yang diperkenalkan.
Objektif
Meningkatkan kebolehan,kemahiran dan bakat murid.
Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan didalam diri murid-murid.
Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta
meningkatkan daya tahan murid.
Guru dapat mengenalpasti murid yang berpotensi dan berbakat dalam
bidang sukan.
Murid dapat mengumpul dan menyumbang mata untuk rumah sukan
masing–masing.
Memastikan murid –murid akan berkembang secara seimbang dari segi
jasmani, rohani, emosi dan intelektual.
Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan
mematuhi arahan.
Tempoh 2.30 petang hingga 4.30 petang
2. Sasaran Semua pelajar Tahun 4,5 dan 6
Kehadiran 95% murid hadir
Cara
Pelaksanaan/
Modus
operandi
Pertandingan mengikut kategori umur antara rumah sukan:
Lelaki Tahun 4
Lelaki Tahun 5
Lelaki Tahun 6
Perempuan Tahun 4
Perempuan Tahun 5
Perempuan Tahun 6
Jawatankuasa
Pengelola
Rujuk Lampiran
Kewangan Rujuk Lampiran
Refleksi
1. Kejohanan berjalan dengan lancar di mana semua peserta dapat
menamatkan larian mereka.
2. Bantuan kawalan lalulintas di hadapan surau dari pihak Polis diterima
pada tahun ini
3. Semua pihak dapat menjalankan tanggungjawab dalam makluman jangka
pendek.
Keputusan
Keputusan Keseluruhan Kejohanan
Johan : Syahbandar (130 mata)
Naib Johan : Bendahara (120 mata)
Ketiga : Laksamana (98 mata)
Keempat : Temenggong (88 mata)
Ulasan/Impak
I. Kejohanan dijalankan mengikut tentatif
II. Matlamat dan objektif tercapai
III. Program seperti ini memberikan pengalaman dan kerjasama kepada
semua pihak dalam menjalankan tugas agar kita sentiasa cakna dalam
semua bidang tugas.
Pelapor Encik Ahmad Fahmi bin Ibrahim
Pemantau Pn. Norisah Binti Abd Kader Marican
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
(AHMAD FAHMI BIN IBRAHIM)
Setiausaha
Merentas Desa 2018
SK Kelebang Besar
(NORISAH BINTI ABD KADER MARICAN)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Kelebang Besar