SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 20
Descargar para leer sin conexión
KURSUS


                       HNS 2013
                      KENEGARAAN

                  KUMPULAN: A112PJJ
                          PENSYARAH:
                       DR.MAZDI BIN MARZUKI

                           TUGASAN 1

      Jelaskan sumbangan Dato’ Onn Jaafar
                     dalam
         proses kemerdekaan negara kita.

                        DISEDIAKAN OLEH:


          Nama                    No.ID           No. Telefon
   NOORLIES BINTI SUKUR        D20112054887       014-5697242

                  TARIKH SERAHAN: 06 APRIL 2012



HNS2013 KENEGARAAAN                                             1
ISI KANDUNGAN

      TAJUK                                                HALAMAN
  1.0 PENGENALAN                                               2

  2.0 BIODATA DATO’ ONN JAAFAR                                 3

     2.1 PENDIDIKAN DATO’ ONN JAAFAR                           4

     2.2 KEPERIBADIAN DATO’ ONN JAAFAR                         5

     2.3 KERJAYA AWAL DATO’ ONN JAAFAR                         6

     2.4 KEHIDUPAN RUMAHTANGGA DATO’ ONN JAAFAR                7

     2.5 KERJAYA POLITIK DATO’ ONN JAAFAR                      8

     2.6 KEHILANGAN PAHLAWAN NEGARA                            9

  3.0 SUMBANGAN-SUMBANGAN DATO’ ONN JAAFAR                     10

     3.1 MENYERU ORANG MELAYU BERSATU DAN MENUMPASKAN
         MALAYAN UNION.                                        11

     3.2 CADANGAN PENUBUHAN SEBUAH PARTI POLITIK UNTUK
         MENENTANG MALAYAN UNION.                              12

     3.3 BERJAYA MENGANJURKAN KONGRES MELAYU PADA TAHUN 1946
         DI KUALA LUMPUR.                                      13

     3.4 MENJELAJAH SELURUH SEMENANJUNG TANAH MELAYU DAN
         BANTAHAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION.         14

     3.5 BERJAYA MEMUJUK RAJA-RAJA MELAYU MEMULAUKAN
         UPACARA PERLANTIKAN SIR EDWARD GENT.                  15

     3.6 MENJADI AJK MENGGUBAL PERLEMBAGAAN UMNO PADA
         TAHUN 1949.                                           16

  4.0 PERJUANGAN DAN PERKEMBANGAN UMNO                         17

  5.0 PENUTUP                                                  19

     RUJUKAN                                                   20




HNS2013 KENEGARAAAN                                                  2
1.0
 PENGENALAN




     Yang Dipertua pertama UMNO, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar                            telah dimartabatkan sebagai
Pengasas Sebuah Negara Bangsa dalam sejarah kemerdekaan negara. Badan Perhubungan UMNO
Negeri Johor mahu Allahyarham dirujuk demikian setelah mengambil kira sumbangannya
menyatupadukan penduduk negara ini, termasuk ketika memulakan langkah tersusun menentang
Malayan Union.


     Sejarah perjuangan dan sumbangan besar Dato’ Onn Jaafar dalam menentukan hala tuju bangsa
Melayu di zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu patut dikenang dan diingati oleh seluruh
rakyat Malaysia dan dijadikan sebagai satu pembakar semangat bangsa Melayu agar dihormati di mata
dunia sebagai bangsa yang berani, setia dan bersemangat waja dalam menuntut hak berkerajaan sendiri
dan dipimpin oleh bangsa sendiri.


     “Cogan kata ‘Hidup Melayu’ yang paling tepat kerana dengan cogan kata ini, orang Melayu akan
memelihara semangat, maruah serta kesopanan bangsa, kita berkehendakkan tanah air dan bangsa ini
terselamat dan kauat bagi menolak keaiban yang menyebabkan kebinasaan dan terhapusnya bangsa”
                                                                                            1
 Petikan daripada ucapan Dato’ Onn Jaffar, Utusan Melayu, 25 Mac 1946.



 1
     Ramlah Adam,Abdul Hakim Samuri,Muslimin Fadzil.Buku Teks Sejarah Tingkatan 3.Dewan Bahasa dan Pustaka

 HNS2013 KENEGARAAAN                                                                                               3
2.0    BIODATA DATO’ ONN JAAFAR

                          LATAR BELAKANG DATO’ ONN JAAFAR




                                Dato’ Onn Jaafar semasa kecil




      Ayahanda Dato’ Onn Jaafar             Ibunda Dato’ Onn Jaafar yang berketurunan Turki
      Menteri Besar Johor pertama

Beliau dilahirkan di Bukir Gambir, Johor Bahru. Keluarga Dato’ Onn Jaafar merupakan antara
keluarga yang paling berpengaruh di Johor semenjak lewat abad ke 19 dan sehinggalah ke hari ini.
Ayahanda beliau, Allahyarham Dato’ Jaafar Haji Mohamed (1838-1919) merupakan Menteri Besar
Johor pertama dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan Johor, seperti mana yang wujud sehingga
hari ini. Ayahanda beliau berbangsa Melayu dari keturunan Bugis dan berasal dari Daik. Beliau
dilahirkan pada tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura, dan mendapat pendidikan awal di sekolah
Melayu dan Inggeris. Beliau adalah berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara
Kerajaan Melaka. Ibu Dato Onn Jaafar bernama Hanim Rogayah seorang wanita Timor Dekat
berketurunan Turki. Beliau mempunyai 15 orang adik beradik lelaki dan perempuan seibu sebapa,
sebapa dan juga seibu sahaja.
    Dato Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejak daripada kecil lagi. Beliau merupakan
anak angkat kepada sultan. Beliau telah diasuh oleh seorang wanita Inggeris di Johor Bahru sebelum
melanjutkan pelajaran ke England bersama-sama tiga orang putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku
Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad. Pada tahun 1903, Beliau telah melanjutkan



HNS2013 KENEGARAAAN                                                                               4
pelajaran di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England. Dia ke sana adalah sebagai pengiring putera-
putera Sultan Johor.

2.1 PENDIDIKAN DATO’ ONN JAAFAR




                           MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR

  Dato’ Onn Jaafar mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.
Beliau belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau ketika menjadi anak
angkat Sultan Ibrahim. Pada tahun 1903, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Alderbury
Lodge di Suffolk, England. Dato’ Onn meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke tanah air pada
(1910-1911) di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke Johor Bahru
dan berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerani sambilan di Pejabat Perkhidmatan Pos .




HNS2013 KENEGARAAAN                                                                               5
2.2 KEPERIBADIAN DATO’ ONN JAAFAR
    Dato’ Onn Jaafar seorang yang berjiwa nasionalisme. Beliau seorang yang bersikap tenang tetapi
tegas dalam membuat keputusan. Beliau telah membangkitkan kesedaran orang Melayu ke arah
kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada bangsa Melayu. Beliau telah mengharungi jerih perih
hidup di hutan pada zaman pemerintahan Jepun bersama-sama orang-orang kampung, pengalaman itu
telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa kesusahan dalam
peperangan. Apabila tamatnya perang, beliau membakar semangat orang Melayu untuk bergerak dalam
satu barisan bagi mencapai             kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan mematikan hasrat
penubuhan Malayan Union. Datuk Onn juga dikenali sebagai seorang tokoh politik yang berkarisma
dan berpandangan jauh. Hasrat beliau yang mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira
bangsa dan keturunan dalam satu ideologi yang sama.


    Sikap beliau yang sentiasa tenang dan tidak terburu-buru dalam mengecap kemerdekaan negara
telah digunakan oleh pesaing              politiknya yang sering membakar semangat kemerdekaan dengan
mengangkat senjata. Beliau juga seorang yang tegas, berdisiplin dan merupakan seorang yang rajin dan
tekun. Beliau sangat degil dan tidak akan mengubah haluan sesudah menetapkan hala tuju
matlamatnya. Beliau melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Beliau juga
merupakan seorang pemimpin yang bijak, jujur, ikhlas, bertimbang rasa dan tidak mementingkan
pangkat.2


    Semasa dilanda krisis, beliau juga merupakn seorang pemimpin yang tabah dan berani dalam
mengharungi saat-saat yang getir. Ekoran peristiwa tersebut beliau mengalami pahit getir hidup yang
belum pernah dirasainya ketika berada di Singlap. Peristiwa ini jelas memperlihatkan keperibadiannya
yang tinggi dan sanggup mengharungi pelbagai cabaran semasa mentadbir Johor. Namun beliau dilihat
sentiasa mementingkan sultan. Sikapnya tidak pernah takut dan tidak gentar untuk mengambil sesuatu
tindakan yang dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa manusia yang tidak berdosa daripada
terkorban. Dalam hal ini, keselamatan dirinya sendiri telah menjadi perhitungan yang kedua
kepadanya.
2
 Unit Media Dan Komunikasi(MedKom)Pejabat Menteri Besar Johor
www.johordt.gov.my. Dipetik daripada sumber internet pada 10/3/2012

HNS2013 KENEGARAAAN                                                                                6
2.3 KERJAYA AWAL DATO’ ONN JAAFAR

    Dato’ Onn Jaafar mula berjinak-jinak dengan dunia kewartawanan bermula daripada minat dan
kebolehan beliau dalam bidang penulisan. Beliau mengambil peluang baik ini apabila beliau diberi
kepercayaan menyumbangkan sebuah rencana oleh sebuah syarikat akhbar iaitu Syarikat Akhbar
Percetakan Singapura dan akhirnya ditawarkan sebagai penulis tetap pada tahun 1930 ketika beliau
berusia 35 tahun.



     Dato’ Onn Jaafar menggunakan sepenuhnya kesempatan ini untuk mencurahkan isi hati dan
ketidakpuasan diri beliau terhadap Sultan Johor. Beliau menganggap Sultan Johor bedan tidak mesikap
boros dan tidak mempedulikan nasib rakyat jelata. Beliau juga pernah mengkritik Sultan Johor kerana
memaksa Askar Timbalan Setia membuat kerja-kerja buruh seperti buruh paksa untuk kepentingan
perladangan milik peribadi Sultan.


    Kelancangan dan keberanian beliau mendapat liputan meluas dari akhbar-akhbar lain. Dato’ Onn
mula dikenali dan popular dengan cepat. Latar belakang beliau juga diketahui dan banyak penulis dan
masyarakat pembaca Melayu menyukai tulisan yang berani seperti tulisan Dato’ Onn.3 Di samping itu,
beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun,
Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.




3
 Unit Media Dan Komunikasi(MedKom)Pejabat Menteri Besar Johor
www.johordt.gov.my. Dipetik daripada sumber internet pada 10/3/2012




HNS2013 KENEGARAAAN                                                                              7
2.4 KEHIDUPAN RUMAHTANGGA DATO’ ONN JAAFAR

      Dato’ Onn mendirikan rumah tangga dengan Datin Halimah binti Hussein pada 3 Mei 1921.
Perkahwinan ini ialah kali yang ketiga bagi Dato’ Onn dan kali kedua bagi Datin Halimah. Dato’ Onn
berkahwin bagi kali pertamanya dengan Rafi’ah, salah seorang anak angkat kepada Dato’ Jaafar. Hasil
perkongsian hidup ini maka lahirlah tiga orang anak beliau yang kesemuanya perempuan. Mereka ialah
Hawa, Rokiah dan Salehah. Rafi’ah meninggal dunia semasa melahirkan anak bongsu mereka, Salehah
berumur 10 hari. Daripada isteri yang kedua, Dato’ Onn mendapat seorang anak perempuan lagi, tetapi
anaknya itu meninggal dunia semasa bayi lagi. Beliau bercerai hidup dengan isteri kedua ini.


       Datin Halimah ialah seorang balu yang jelita apabila Dato’ Onn mengahwininya pada 1921. Suami
Datin Halimah yang pertama ialah Muhammad, salah seorang saudara tua Dato’ Onn. Setelah isteri
pertamanya, Rafi’ah, meninggal dunia dengan meninggalkan tiga orang anak yag masih kecil, Datin
Halimahlah yang menolong memelihara anak-anak Dato’ Onn yang telah kehilangan ibu itu. Beliau
menolong Dato’ Onn memelihara Hawa, Rokiah dan Salehah tanpa beza membeza dengan anak-anak
kandungnya sendiri, Abid dan Abidin. Anak Dato’ Onn bersama dengan Datin Halimah ialah Hussein (
kemudian menjadi Perdana Menteri ), Ja’afar, Gharieb, Nel, Nurziah dan Tahir.4


       Dato’ Onn sentiasa memberi kepercayaan penuh kepada isterinya, terutama sekali dalam urusan
rumah tangga. Beliau sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak dan isteri. Dato’ Onn menganggap
isteri bukan sahaja sebagai teman kelamin tetapi sebagai kawan dan sahabat yang sentiasa menjadi
pendamping dalam hidup seseorang manusia. Dato’ Onn sebagai seorang bapa juga telah berjaya
menanam semangat kekeluargaan, persahabatan dan kemasyarakatan dalam jiwa anak-anaknya, baik
lelaki ataupun perempuan. Beliau sentiasa kelihatan riang gembira apabila berada di sisi anak-anak dan
isterinya, seolah-olah tiada tempat lain lagi di bawah langit ini yang dapat menghiburkan hatinya
seperti di dalam rumah tangganya sendiri.




4
    Tributetodatoonnjaafar.blogspot.com.Dipetik daripada sumber internet pada 10/03/2012


HNS2013 KENEGARAAAN                                                                                 8
2.5 KERJAYA POLITIK DATO’ ONN JAAFAR
  Kepimpinan Dato’ Onn terserlah apabila beliau dilantik khas menjadi pegawai daerah Batu Pahat
bagi menghentikan persengketaan kaum antara orang Melayu dengan orang Cina. Majoriti orang Cina
Batu Pahat telah menyertai MPAJA ketika zaman Jepun kerana penindasan tentera Jepun terhadap
orang Cina. Setelah tentera Jepun menyerah kalah, mereka menjadi komunis dan telah menzalimi dan
menganiayai orang Melayu.


  Orang Melayu telah bersatu dan menubuhkan tentera Selimpang Merah yang diketuai oleh Kiai
Salleh dan membalas serangan-serangan orang Cina. Dalam masa yang singkat beribu orang Cina
terbunuh. Apabila sultan menerima laporan dan bantuan perlindungan dari saudagar Cina dari
BatuPahat,      Dato’Onn       telah      dititah      menyelesaikan     persengketaan        itu.


  Dato’ Onn telah berjaya memujuk angkatan kumpulan Selimpang Merah yang diketui oleh Kiai
Salleh agar menghentikan serangan dan berdamai. Ketika Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan
idea pemerintahan Malayan Union yang melenyapkan keistimewaan dan hak-hak orang Melayu, Dato’
Onn   segera   menubuhkan   Kesatuan    Melayu      Semenanjung Johor   yang   akhirnya   berjaya
menyatupadukan persatuan dan kesatuan Melayu seluruh Tanah Melayu bagi menghalang pencabulan
Inggeris dan menentang Malayan Union.


  Beberapa persidangan dan kongres telah diadakan dan di Kongres Melayu di Johor Bahru pada 11
Mei 1946, UMNO dengan rasminya telah ditubuhkan. Dato’ Onn telah dilantik menjadi Yang
DiPertua. Melalui UMNO, beliau menyusun strategi dan aktiviti menentang Malayan Union sehinggga
Inggeris terpaksa membubarkan penubuhan Malayan Union pada 1 Februari 1948 dan digantikan
dengan Persekutuan Tanah Melayu.




HNS2013 KENEGARAAAN                                                                             9
2.6 HILANGNYA PAHLAWAN NEGARA
    Allahyarham Dato’ Onn Jaafar meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan
di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor. Berita kematian putera Tanah Melayu ini yang juga
‘hero’ politik kebangsaan yang ulung itu, diterima dengan rasa sedih yang amat sangat oleh rakyat
jelata seluruh negara. Antara berjuta-juta penduduk Malaya yang terharu dengan kehilangan anggota
Parlimen yang berkaliber besar dan negarawan yang paling bijak itu ialah Perdana Menteri, Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pada saat keharuannya itu, beliau dengan serta merta mengumumkan
bahawa Kerajaan Persekutuan akan memberi penghormatan terakhir kepada Dato’ Onn dengan
mengadakan istiadat pengkebumian negara kerana mengenangkan jasanya yang tidak ternilai harganya
kepada nusa dan      bangsanya.


  Dato’ Onn dilahirkan dalam zaman tanah tempat tumpah darahnya masih berada di bawah
pemerintahan asing iaitu penjajahan British. Tetapi beliau meninggal dunia semasa bangsa dan nusa
yang dicintainya mencapai kemerdekaan dan wujud dengan penuh kedaulatan, hasil daripada
perjuangan   keringat   dan    semangat    serta   pengorbanan    rakyat   di   seluruh   negara.


  Dato’ Onn semasa hayatnya menempuh dua zaman, zaman penjajahan dan zaman kemerdekaan,
zaman kehambaan dan zaman ketuanan dengan dirinya terlibat secara langsung dengan aktifnya.
Beliau mengalami rentak ragam dan gaya kedua-dua zaman itu dengan memperlihatkan sikap
keperwiraan dan kebijaksanaan yang sukar dicari taranya di kalangan tokoh politik atau pemimpin
kebangsaan    yang   segenerasi.


  Dato’ Onn dalam arena politik, menongkah langit mengatasi dan jauh ke hadapan mendahului,
rakan-rakan seperjuangan dan seterunya. Tetapi yang lebih penting daripada itu ialah Dato’ Onn
mengambil bahagian yang lebih besar dan meninggalkan banyak kesan dalam bidang pentadbiran,
sosial dan kebudayaan juga dalam arena politik semasa dalam penjajahan dan selepas Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan.

  Maka dengan pemergian beliau, hilanglah sebutir permata namun kilauannya sentiasa akan bersinar
menyuluh hati bangsa Malaysia amnya dan bangsa Melayu khasnya dalam mempertahankan
kesepaduan rakyat yang berbilang kaum yang hidup aman damai di bawah satu bumbung iaitu negara
Malaysia.MERDEKA!!!!...MERDEKA!!!...MERDEKA!!!...



HNS2013 KENEGARAAAN                                                                           10
3.0 SUMBANGAN-SUMBANGAN DATO’ ONN JAAFAR




                      PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION




                AHLI KONGRES MELAYU 1946 YANG BERSATU MENENTANG
                                MALAYAN UNION




HNS2013 KENEGARAAAN                                               11
BANTAHAN TERHADAP PENUBUHAN MALAYAN UNION
                                             MELALUI AKHBAR


3.1 MENYERU ORANG MELAYU BERSATU PADU DAN MENUMPASKAN
    MALAYAN UNION

      Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union boleh dibahagikan kepada dua
peringkat yang utama iaitu secara individu dan secara kolektif dan teratur pada peringkat
pertama pelbagai penentangan telah dilakukan antaranya melalui akhbar-akhbar telah
memainkan peranan penting dalam membangkitkan penentangan orang Melayu terhadap
Malayan Union. Akhbar-akhbar telah mendedahkan keburukan dan kerugian yang akan dialami
oleh orang Melayu jika Malayan Union dilaksanakan.


      Orang Melayu telah diseru supaya bersatu dalam usaha menentang Malayan Union dan diseru
supaya memulihkan pertubuhan yang telah wujud dan menubuhkan pertubuhan baru. Pertubuhan-
pertubuhan ini perlu digabungkan bagi menguatkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan
Union. Berita tentang penentangan orang Melayu dimuatkan dalam akhbar untuk pengetahuan orang-
orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Di antara akhbar-akhbar tersebut ialah Utusan Melayu, Warta
Negara, Majlis dan Pelita Malaya.


      Dato’ Onn Jaafar telah membakar semangat orang Melayu dengan menyeru orang Melayu agar
bersatu padu menentang Malayan Union. Beliau banyak menulis rencana menyedarkan rakyat bahawa
misi sebenar Malayan Union tidaklah seperti yang dijanjikan oleh pihak British. Beliau menggunakan
akhbar sebagai wadah menyampaikan maklumat berkenaan tujuan penubuhan Malayan Union dan
                                                                             5
menggesa orang Melayu menentang Malayan Union secara terbuka.


      Pada 4 April 1946, petikan daripada ucapan Dato’ Onn Jaafar yang disiarkan di dalam
akhbar Majlis. Antaranya ialah:
“Barang siapa di antara orang-orang Melayu yang menyertai Malayan Union tiada diakui
Melayu”.




5
    HNS2013, Kenegaraan;Penjajahan dan Proses Membina Negara, UPSI (MODUL)

HNS2013 KENEGARAAAN                                                                            12
“Barang siapa di antara orang-orang Melayu yang tiada berkabung maka ertinya ia sukakan
Malayan Union”. 6

3.2 CADANGAN PENUBUHAN SEBUAH PARTI POLITIK UNTUK MENENTANG
    MALAYAN UNION




                Perhimpunan parti-parti politik seluruh Tanah Melayu berhimpun
                          di Istana Besar, Johor Bahru pada 11 Mei 1946




    Dato’ Onn Jaafar telah mencetuskan penubuhan sebuah parti politik yang menyatukan parti-parti
politik seluruh Tanah Melayu yang                boleh dijadikan wadah perjuangan orang Melayu bagi
memperkasa kemajuan bangsa. Maka terciptalah sebuah parti politik yang berdiri atas nama UMNO
yang tujuan utamanya adalah menentang penubuhan Malayan Union. UMNO berjaya menyatukan
orang Melayu daripada seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Ianya juga bertujuan bagi mewujudkan
sebuah organisasi nasional yang boleh menjaga kepentingan politik dan ketuanan Melayu. UMNO
telah membuka minda bangsa Melayu akan kepentingan pendidikan dalam meningkatkan dan
memajukan jati diri orang         Melayu.




6
Ramlah Adam,Abdul Hakim Samuri,Muslimin Fadzil.Buku Teks Sejarah Tingkatan 3.Dewan Bahasa dan Pustaka


HNS2013 KENEGARAAAN                                                                                     13
3.3 BERJAYA MENGANJURKAN KONGRES MELAYU PADA TAHUN 1946
       DI KUALA LUMPUR


      Kongres Melayu yang pertama telah diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan sulaiman,
Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung
Tanah Melayu. Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah telah merasmikan kongres tersebut.
Baginda telah menderma sebanyak $5000. Kongres bersetuju menubuhkan United Malays National
Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Berkembar untuk menentang
Malayan Union. Pengerusi Kongres Melayu yang pertama ialah Dato’ Onn Jaafar.


      Kongres yang berlangsung ini telah mendapat sambutan yang hebat. Pada hari pertama, beribu-ribu
orang Melayu yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak telah memenuhi padang
Kelab Sultan Sulaiman. Mereka membawa sepanduk yang bertulis kata-kata patriotik menentang
Malayan Union. Seorang wakil kaum perempuan telah tampil berucap membantah pengenalan
Malayan Union. Paling mengharukan ialah ucapan seorang wakil kanak-kanak, yang berpesan dengan
mengatakan; “Wahai bapa-bapa kami, peliharalah hak-hak kami sementara kami besar”. Kata-kata
itulah yang telah menjadi pendorong dan semangat kepada pemimpin dan ahli-ahli kongres untuk
bersatu dan berjuang menentang Malayan Union. Kesedaran itulah yang telah menyelamatkan generasi
hari ini. 7


      Kongres Melayu yang kedua telah diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946 untuk membantah
pengisytiharan Malayan Union yang akan diadakan pada 1 April 1946. Seramai 9 orang wakil daripada
persatuan-persatuan negeri Melayu telah hadir. Mesyuarat diadakan di pejabat akhbar Majlis di Kuala
Lumpur. Kongres kedua ini memutuskan tiga perkara penting sebagai tindakan lanjut menentang
Malayan Union yang di antaranya pemulauan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union oleh
raja-raja Melayu dan orang Melayu yang menganggotai pentadbiran Malayan Union dan menuntut
orang Melayu berkabung selama 7 hari dengan melilitkan kain putih pada songkok.




7
    Ramlah Adam,Abdul Hakim Samuri,Muslimin Fadzil.Buku Teks Sejarah Tingkatan 3.Dewan Bahasa dan Pustaka


HNS2013 KENEGARAAAN                                                                                         14
3.4 MENJELAJAH SELURUH SEMENANJUNG TANAH MELAYU DAN BANTAHAN
   ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION

  Orang-orang Melayu dengan diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar telah mengadakan demonstrasi secara
aman bagi membantah cara Sir Harold MacMichael memperoleh tandatangan raja-raja Melayu.
Mereka juga membantah Malayan Union yang akan menghapuskan kedaulatan negeri-negeri Melayu
dan kedudukan mereka sebagai anak negeri. Demonstrasi telah diadakan di beberapa Bandar besar di
Tanah Melayu seperti di Kota Bharu, Kelantan;Alor Setar, Kedah;dan Johor Bahru, Johor.


“Tanah Melayu hak Melayu, Malayan Union tidak dikehendaki”, antara slogan dalam
penentangan Malayan Union. Orang Melayu juga menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan
Union. “Bersatu teguh bercerai roboh”, itulah semangat yang patut diamalkan oleh seluruh orang
Melayu.




HNS2013 KENEGARAAAN                                                                          15
3.5 BERJAYA MEMUJUK RAJA-RAJA MELAYU MEMULAUKAN UPACARA
    PERLANTIKAN SIR EDWARD GENT

      Menyedari hakikat bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa di negeri mereka sendiri, maka
Datuk Onn Jaafar dan golongan nasionalis Melayu lain bangun menentang pembentukan Malayan
Union. Antara sebab utama Malayan Union ditentang adalah seperti berikut:

               kedaulatan raja-raja Melayu akan tergugat.Baginda akan hanya berfungsi sebagai ketua adat
                dan agama sahaja.
               pemberian hak kerakyatan yang bebas kepada kaum bukan Melayu membimbangkan orang
                Melayu kerana bilangan mereka akan melebihi bilangan orang Melayu
               hak keistimewaan orang Melayu sebagai kaum pribumi akan terhapus
               orang-orang Melayu tidak suka dengan cara peras ugut yang digunakan oleh Harold Mac
                Michael8

      Walaupun terdapat bantahan, kerajaan Inggeris tetap mahu meneruskan penubuhan Malayan Union.
Pada 1 April 1946, Malayan Union dilancarkan dengan rasminya dan Edward Gent dilantik sebagai
Gabenor yang pertama .Namun majlis perasmian tersebut telah dipulaukan oleh raja-raja dan pembesar
-pembesar Melayu hasil pujukan Dato’ Onn.

      Ekoran daripada bantahan dan pemulauan itu ,satu rundingan antara Edward Gent ,raja-raja Melayu
dan Datuk Onn telah diadakan .Perundingan itu memutuskan bahawa Malayan Union akan digantikan
dengan satu pemerintahan baru .Akhirnya pada bulan Julai 1946 Malayan Union dibubarkan.




8
    http://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2010/08/sejarah-awal-negara-malaysia.html
     Dipetik daripada sumber internet pada 13/03/2012


HNS2013 KENEGARAAAN                                                                                   16
3.6 MENJADI AJK MENGGUBAL PERLEMBAGAAN UMNO PADA TAHUN 1949

  Dato’ Onn Jaafar telah menjadi ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab menggubal
perlembagaan UMNO pada tahun 1949. Beliau telah mengambil beberapa perlembagaan parti terkenal
daripada luar negara sebagai panduan dalam menggubal perlembagaan UMNO. Melalui perlembagaan
pertama ini, maka UMNO telah menjadi sebuah parti politik sepenuhnya.


  Antara isi kandungan perlembagaan UMNO ialah;
    Menjalankan fungsi sebuah parti siasah (politik) di Tanah Melayu yang sempurna sebagai
       penyatu bangsa Melayu.
    Menjalankan ikhtar dan langkah dengan tujuan mendirikan sebuah kerajaan merdeka yang
       memerintah Tanah Melayu.
    Memajukan orang Melayu dalam hal yang berkaitan dengan perkara siasah, kebajikan hidup,
       kebudayaan dan ikhtisas.
    Menjadi pelindung kedaulatan tanah air.
    Mula menuntut kemerdekaan


  Penubuhan UMNO telah menonjolkan kepimpinan beberapa orang tokoh yang terlibat secara
langsung dalam jawatan kuasa penggubalan perlembagaan UMNO pada tahun 1949. Antaranya ialah
Dato’ Onn Ja’afar sendiri yang telah dilantik sebagai Yang Dipertua UMNO yang pertama (1946-
1951), Dato’Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmed Kamil Nik Muhamud dan Zainal Abidin bin
Ahmad (Za’ba).




HNS2013 KENEGARAAAN                                                                        17
3       PERJUANGAN DAN PERKEMBANGAN UMNO




                                                                             9




9
    HNS2013, Kenegaraan;Penjajahan dan Proses Membina Negara, UPSI (MODUL)


HNS2013 KENEGARAAAN                                                          18
5.0 PENUTUP

       Jasa Dato’ Onn yang paling besar kepada bangsa dan nusa yang tidak akan dilupai zaman, ialah
kejayaannya menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda oleh malapetaka
politik yang paling besar pernah menimpa bangsa Melayu. Beliau membina landasan untuk mereka
meneruskan perjuangan ke arah kemerdekaan akhirnya. Beliau berhasil mengubah semangat dan
konsep          perjuangan        kebangsaan         daripada       ”Hidup   Melayu”   kepada   ”Merdeka”.


      Dato’ Onn menaja RIDA (sekarang MARA) untk membuka peluang perdagangan dan perusahaan
orang Melayu yang tertutup sepanjang masa yang Tanah Melayu dikuasai oleh penjajah. Beliau
menyedari kelemahan orang Melayu dalam lapangan ekonomi tetapi beliau yakin sepenuhnya bahawa
kedudukan politik tidak boleh kekal dengan lebih kuat jika keadaan ekonomi lemah atau pincang
dalam sebuah negara merdeka yang moden. Nasib ekonomi orang Melayu pada masa hadapan
bergantung kepada jaya atau tidaknya MARA melaksanakn rancangannya; meninggikan taraf hidup
bangsa Melayu.


      Dato’ Onn berjaya mendapatkan sokongan rakyat dan pemerintah untuk mewujudkan satu dasar
negara yang menjadikan bahasa Melayu bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Ini adalah satu
sumbangan yang paling besar Dato’ Onn kepada negara dalam kempen kerajaan Tun Abdul Razak
menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum, kepercayaan serta kebudayaan.10


      Sesebuah bangsa berhak menentukan nasib bangsa mereka sendiri namun perlu pengisian rohani,
ilmu yang tinggi dan jiwa yang kental dengan semangat bangsa masing-masing. Kita sebagai pewaris
bangsa Melayu haruslah menjadikan gaya pemikiran dan hala tuju beliau untuk membentuk generasi
akan datang agar tidak hilang Melayu di dunia dengan ‘kemelayuan’ yang penuh dengan kesopanan,
adat resam dan tradisi yang sentiasa terpelihara dengan jenama Melayu.




10
     http://mrf79.design.officelive.com/Documents/Etnik%20Complete.pdf
     Dipetik daripada sumber internet pada 13/03/2012

HNS2013 KENEGARAAAN                                                                                    19
RUJUKAN


HNS2013, Kenegaraan;Penjajahan dan Proses Membina Negara, UPSI (MODUL)


Ramlah Adam,Abdul Hakim Samuri,Muslimin Fadzil.Buku Teks Sejarah Tingkatan 3.Dewan Bahasa
dan Pustaka


Unit Media Dan Komunikasi(MedKom)Pejabat Menteri Besar Johor
www.johordt.gov.my. Dipetik daripada sumber internet pada 10/3/2012


Tributetodatoonnjaafar.blogspot.com.Dipetik daripada sumber internet pada 10/03/2012


http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2010/06/dato-onn-jaafar-sebelum-malayan-union.html.
Dipetik daripada sumber internet pada 11/03/2012


http://mrf79.design.officelive.com/Documents/Etnik%20Complete.pdf.
 Dipetik daripada sumber internet pada 11/03/2012



http://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2010/08/sejarah-awal-negara-malaysia.html
Dipetik daripada sumber internet pada 13/03/2012



http://sejarahmgcm.files.wordpress.com/2009/07/bab22.pdf
Dipetik daripada sumber internet pada 13/03/2012




HNS2013 KENEGARAAAN                                                                         20

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Sejarah Tingkatan Tingkatan 5: Bab 5
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5:  Bab 5Sejarah Tingkatan Tingkatan 5:  Bab 5
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5: Bab 5hamdan che hassan
 
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiHubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiMahyuddin Khalid
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Amirul Ezuan
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakAmirul Ezuan
 
Langkah-langkah membanteras komunis
Langkah-langkah membanteras komunisLangkah-langkah membanteras komunis
Langkah-langkah membanteras komunisMiz Karstz
 
Pelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaPelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaAwatif Atif
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraJANGAN TINGGAL DAKU
 
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF DAN CARA MENANGANINYA
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF  DAN CARA MENANGANINYAGEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF  DAN CARA MENANGANINYA
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF DAN CARA MENANGANINYABiani Mawal
 
Pentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di SarawakPentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di Sarawakdigitalsejarah
 
Pelajaran 4 Larangan Rasuah
Pelajaran 4 Larangan RasuahPelajaran 4 Larangan Rasuah
Pelajaran 4 Larangan RasuahNUR
 

La actualidad más candente (20)

Tunku abdul rahman
Tunku abdul rahmanTunku abdul rahman
Tunku abdul rahman
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan union
 
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5: Bab 5
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5:  Bab 5Sejarah Tingkatan Tingkatan 5:  Bab 5
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5: Bab 5
 
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiHubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
 
Penentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan Terhadap Malayan UnionPenentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan Terhadap Malayan Union
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul Razak
 
Tunku abdul rahman ibni almarhum putra al
Tunku abdul rahman ibni almarhum putra alTunku abdul rahman ibni almarhum putra al
Tunku abdul rahman ibni almarhum putra al
 
Langkah-langkah membanteras komunis
Langkah-langkah membanteras komunisLangkah-langkah membanteras komunis
Langkah-langkah membanteras komunis
 
Pelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaPelancongan di Malaysia
Pelancongan di Malaysia
 
Slaid Sejarah Ting 5 Bab 3
Slaid Sejarah Ting 5 Bab 3Slaid Sejarah Ting 5 Bab 3
Slaid Sejarah Ting 5 Bab 3
 
Kepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitarKepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitar
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF DAN CARA MENANGANINYA
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF  DAN CARA MENANGANINYAGEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF  DAN CARA MENANGANINYA
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF DAN CARA MENANGANINYA
 
Pentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di SarawakPentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di Sarawak
 
Tok janggut (presentation)
Tok  janggut (presentation)Tok  janggut (presentation)
Tok janggut (presentation)
 
Pelajaran 4 Larangan Rasuah
Pelajaran 4 Larangan RasuahPelajaran 4 Larangan Rasuah
Pelajaran 4 Larangan Rasuah
 

Similar a Tugasan 1

dato jaffar.pdf
dato jaffar.pdfdato jaffar.pdf
dato jaffar.pdfarliliza
 
Tokoh kemerdekaan negara
Tokoh kemerdekaan negaraTokoh kemerdekaan negara
Tokoh kemerdekaan negaraQishin Norham
 
Tokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaanTokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaanUmi Jauhar
 
Perdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga Kini
Perdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga KiniPerdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga Kini
Perdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga Kinid092184
 
Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Nizam 6281
 
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA DORAEMONLINA
 
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)Nur Bazilah Amna
 
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah MelayuBab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayuimpianhati
 
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.Andrey James
 
SEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOH
SEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOHSEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOH
SEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOHPuteri Cahaya
 
Folio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysiaFolio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysianorhizal
 
Tokoh merdeka
Tokoh merdekaTokoh merdeka
Tokoh merdekaNana Aziz
 
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasiPengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasiBrenda Rachel Marie
 
Kuiz galeri sejarah
Kuiz galeri sejarahKuiz galeri sejarah
Kuiz galeri sejarahAZUAD ozil
 
Kertas 2 SPM 2023 TINGKATAN 5 SEJARAH MALAYSIA
Kertas 2 SPM  2023 TINGKATAN 5 SEJARAH MALAYSIAKertas 2 SPM  2023 TINGKATAN 5 SEJARAH MALAYSIA
Kertas 2 SPM 2023 TINGKATAN 5 SEJARAH MALAYSIABATUBATA7
 
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan PerpaduanPengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduandka1a2015
 

Similar a Tugasan 1 (20)

Tokoh dato' onn
Tokoh dato' onnTokoh dato' onn
Tokoh dato' onn
 
dato jaffar.pdf
dato jaffar.pdfdato jaffar.pdf
dato jaffar.pdf
 
Tokoh kemerdekaan negara
Tokoh kemerdekaan negaraTokoh kemerdekaan negara
Tokoh kemerdekaan negara
 
Tokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaanTokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaan
 
Perdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga Kini
Perdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga KiniPerdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga Kini
Perdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga Kini
 
Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969
 
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
 
perjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaanperjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaan
 
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
 
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah MelayuBab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
 
Tutorial 1 peristiwa 5 mei
Tutorial 1 peristiwa 5 meiTutorial 1 peristiwa 5 mei
Tutorial 1 peristiwa 5 mei
 
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.
 
SEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOH
SEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOHSEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOH
SEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOH
 
Folio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysiaFolio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysia
 
Tokoh merdeka
Tokoh merdekaTokoh merdeka
Tokoh merdeka
 
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasiPengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
 
Soalan11
Soalan11Soalan11
Soalan11
 
Kuiz galeri sejarah
Kuiz galeri sejarahKuiz galeri sejarah
Kuiz galeri sejarah
 
Kertas 2 SPM 2023 TINGKATAN 5 SEJARAH MALAYSIA
Kertas 2 SPM  2023 TINGKATAN 5 SEJARAH MALAYSIAKertas 2 SPM  2023 TINGKATAN 5 SEJARAH MALAYSIA
Kertas 2 SPM 2023 TINGKATAN 5 SEJARAH MALAYSIA
 
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan PerpaduanPengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
 

Tugasan 1

  • 1. KURSUS HNS 2013 KENEGARAAN KUMPULAN: A112PJJ PENSYARAH: DR.MAZDI BIN MARZUKI TUGASAN 1 Jelaskan sumbangan Dato’ Onn Jaafar dalam proses kemerdekaan negara kita. DISEDIAKAN OLEH: Nama No.ID No. Telefon NOORLIES BINTI SUKUR D20112054887 014-5697242 TARIKH SERAHAN: 06 APRIL 2012 HNS2013 KENEGARAAAN 1
  • 2. ISI KANDUNGAN TAJUK HALAMAN 1.0 PENGENALAN 2 2.0 BIODATA DATO’ ONN JAAFAR 3 2.1 PENDIDIKAN DATO’ ONN JAAFAR 4 2.2 KEPERIBADIAN DATO’ ONN JAAFAR 5 2.3 KERJAYA AWAL DATO’ ONN JAAFAR 6 2.4 KEHIDUPAN RUMAHTANGGA DATO’ ONN JAAFAR 7 2.5 KERJAYA POLITIK DATO’ ONN JAAFAR 8 2.6 KEHILANGAN PAHLAWAN NEGARA 9 3.0 SUMBANGAN-SUMBANGAN DATO’ ONN JAAFAR 10 3.1 MENYERU ORANG MELAYU BERSATU DAN MENUMPASKAN MALAYAN UNION. 11 3.2 CADANGAN PENUBUHAN SEBUAH PARTI POLITIK UNTUK MENENTANG MALAYAN UNION. 12 3.3 BERJAYA MENGANJURKAN KONGRES MELAYU PADA TAHUN 1946 DI KUALA LUMPUR. 13 3.4 MENJELAJAH SELURUH SEMENANJUNG TANAH MELAYU DAN BANTAHAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION. 14 3.5 BERJAYA MEMUJUK RAJA-RAJA MELAYU MEMULAUKAN UPACARA PERLANTIKAN SIR EDWARD GENT. 15 3.6 MENJADI AJK MENGGUBAL PERLEMBAGAAN UMNO PADA TAHUN 1949. 16 4.0 PERJUANGAN DAN PERKEMBANGAN UMNO 17 5.0 PENUTUP 19 RUJUKAN 20 HNS2013 KENEGARAAAN 2
  • 3. 1.0 PENGENALAN Yang Dipertua pertama UMNO, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar telah dimartabatkan sebagai Pengasas Sebuah Negara Bangsa dalam sejarah kemerdekaan negara. Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor mahu Allahyarham dirujuk demikian setelah mengambil kira sumbangannya menyatupadukan penduduk negara ini, termasuk ketika memulakan langkah tersusun menentang Malayan Union. Sejarah perjuangan dan sumbangan besar Dato’ Onn Jaafar dalam menentukan hala tuju bangsa Melayu di zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu patut dikenang dan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia dan dijadikan sebagai satu pembakar semangat bangsa Melayu agar dihormati di mata dunia sebagai bangsa yang berani, setia dan bersemangat waja dalam menuntut hak berkerajaan sendiri dan dipimpin oleh bangsa sendiri. “Cogan kata ‘Hidup Melayu’ yang paling tepat kerana dengan cogan kata ini, orang Melayu akan memelihara semangat, maruah serta kesopanan bangsa, kita berkehendakkan tanah air dan bangsa ini terselamat dan kauat bagi menolak keaiban yang menyebabkan kebinasaan dan terhapusnya bangsa” 1 Petikan daripada ucapan Dato’ Onn Jaffar, Utusan Melayu, 25 Mac 1946. 1 Ramlah Adam,Abdul Hakim Samuri,Muslimin Fadzil.Buku Teks Sejarah Tingkatan 3.Dewan Bahasa dan Pustaka HNS2013 KENEGARAAAN 3
  • 4. 2.0 BIODATA DATO’ ONN JAAFAR LATAR BELAKANG DATO’ ONN JAAFAR Dato’ Onn Jaafar semasa kecil Ayahanda Dato’ Onn Jaafar Ibunda Dato’ Onn Jaafar yang berketurunan Turki Menteri Besar Johor pertama Beliau dilahirkan di Bukir Gambir, Johor Bahru. Keluarga Dato’ Onn Jaafar merupakan antara keluarga yang paling berpengaruh di Johor semenjak lewat abad ke 19 dan sehinggalah ke hari ini. Ayahanda beliau, Allahyarham Dato’ Jaafar Haji Mohamed (1838-1919) merupakan Menteri Besar Johor pertama dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan Johor, seperti mana yang wujud sehingga hari ini. Ayahanda beliau berbangsa Melayu dari keturunan Bugis dan berasal dari Daik. Beliau dilahirkan pada tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura, dan mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu dan Inggeris. Beliau adalah berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara Kerajaan Melaka. Ibu Dato Onn Jaafar bernama Hanim Rogayah seorang wanita Timor Dekat berketurunan Turki. Beliau mempunyai 15 orang adik beradik lelaki dan perempuan seibu sebapa, sebapa dan juga seibu sahaja. Dato Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejak daripada kecil lagi. Beliau merupakan anak angkat kepada sultan. Beliau telah diasuh oleh seorang wanita Inggeris di Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran ke England bersama-sama tiga orang putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad. Pada tahun 1903, Beliau telah melanjutkan HNS2013 KENEGARAAAN 4
  • 5. pelajaran di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England. Dia ke sana adalah sebagai pengiring putera- putera Sultan Johor. 2.1 PENDIDIKAN DATO’ ONN JAAFAR MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR Dato’ Onn Jaafar mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England. Beliau belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau ketika menjadi anak angkat Sultan Ibrahim. Pada tahun 1903, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Alderbury Lodge di Suffolk, England. Dato’ Onn meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke tanah air pada (1910-1911) di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke Johor Bahru dan berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerani sambilan di Pejabat Perkhidmatan Pos . HNS2013 KENEGARAAAN 5
  • 6. 2.2 KEPERIBADIAN DATO’ ONN JAAFAR Dato’ Onn Jaafar seorang yang berjiwa nasionalisme. Beliau seorang yang bersikap tenang tetapi tegas dalam membuat keputusan. Beliau telah membangkitkan kesedaran orang Melayu ke arah kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada bangsa Melayu. Beliau telah mengharungi jerih perih hidup di hutan pada zaman pemerintahan Jepun bersama-sama orang-orang kampung, pengalaman itu telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa kesusahan dalam peperangan. Apabila tamatnya perang, beliau membakar semangat orang Melayu untuk bergerak dalam satu barisan bagi mencapai kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan mematikan hasrat penubuhan Malayan Union. Datuk Onn juga dikenali sebagai seorang tokoh politik yang berkarisma dan berpandangan jauh. Hasrat beliau yang mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideologi yang sama. Sikap beliau yang sentiasa tenang dan tidak terburu-buru dalam mengecap kemerdekaan negara telah digunakan oleh pesaing politiknya yang sering membakar semangat kemerdekaan dengan mengangkat senjata. Beliau juga seorang yang tegas, berdisiplin dan merupakan seorang yang rajin dan tekun. Beliau sangat degil dan tidak akan mengubah haluan sesudah menetapkan hala tuju matlamatnya. Beliau melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang bijak, jujur, ikhlas, bertimbang rasa dan tidak mementingkan pangkat.2 Semasa dilanda krisis, beliau juga merupakn seorang pemimpin yang tabah dan berani dalam mengharungi saat-saat yang getir. Ekoran peristiwa tersebut beliau mengalami pahit getir hidup yang belum pernah dirasainya ketika berada di Singlap. Peristiwa ini jelas memperlihatkan keperibadiannya yang tinggi dan sanggup mengharungi pelbagai cabaran semasa mentadbir Johor. Namun beliau dilihat sentiasa mementingkan sultan. Sikapnya tidak pernah takut dan tidak gentar untuk mengambil sesuatu tindakan yang dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa manusia yang tidak berdosa daripada terkorban. Dalam hal ini, keselamatan dirinya sendiri telah menjadi perhitungan yang kedua kepadanya. 2 Unit Media Dan Komunikasi(MedKom)Pejabat Menteri Besar Johor www.johordt.gov.my. Dipetik daripada sumber internet pada 10/3/2012 HNS2013 KENEGARAAAN 6
  • 7. 2.3 KERJAYA AWAL DATO’ ONN JAAFAR Dato’ Onn Jaafar mula berjinak-jinak dengan dunia kewartawanan bermula daripada minat dan kebolehan beliau dalam bidang penulisan. Beliau mengambil peluang baik ini apabila beliau diberi kepercayaan menyumbangkan sebuah rencana oleh sebuah syarikat akhbar iaitu Syarikat Akhbar Percetakan Singapura dan akhirnya ditawarkan sebagai penulis tetap pada tahun 1930 ketika beliau berusia 35 tahun. Dato’ Onn Jaafar menggunakan sepenuhnya kesempatan ini untuk mencurahkan isi hati dan ketidakpuasan diri beliau terhadap Sultan Johor. Beliau menganggap Sultan Johor bedan tidak mesikap boros dan tidak mempedulikan nasib rakyat jelata. Beliau juga pernah mengkritik Sultan Johor kerana memaksa Askar Timbalan Setia membuat kerja-kerja buruh seperti buruh paksa untuk kepentingan perladangan milik peribadi Sultan. Kelancangan dan keberanian beliau mendapat liputan meluas dari akhbar-akhbar lain. Dato’ Onn mula dikenali dan popular dengan cepat. Latar belakang beliau juga diketahui dan banyak penulis dan masyarakat pembaca Melayu menyukai tulisan yang berani seperti tulisan Dato’ Onn.3 Di samping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor. 3 Unit Media Dan Komunikasi(MedKom)Pejabat Menteri Besar Johor www.johordt.gov.my. Dipetik daripada sumber internet pada 10/3/2012 HNS2013 KENEGARAAAN 7
  • 8. 2.4 KEHIDUPAN RUMAHTANGGA DATO’ ONN JAAFAR Dato’ Onn mendirikan rumah tangga dengan Datin Halimah binti Hussein pada 3 Mei 1921. Perkahwinan ini ialah kali yang ketiga bagi Dato’ Onn dan kali kedua bagi Datin Halimah. Dato’ Onn berkahwin bagi kali pertamanya dengan Rafi’ah, salah seorang anak angkat kepada Dato’ Jaafar. Hasil perkongsian hidup ini maka lahirlah tiga orang anak beliau yang kesemuanya perempuan. Mereka ialah Hawa, Rokiah dan Salehah. Rafi’ah meninggal dunia semasa melahirkan anak bongsu mereka, Salehah berumur 10 hari. Daripada isteri yang kedua, Dato’ Onn mendapat seorang anak perempuan lagi, tetapi anaknya itu meninggal dunia semasa bayi lagi. Beliau bercerai hidup dengan isteri kedua ini. Datin Halimah ialah seorang balu yang jelita apabila Dato’ Onn mengahwininya pada 1921. Suami Datin Halimah yang pertama ialah Muhammad, salah seorang saudara tua Dato’ Onn. Setelah isteri pertamanya, Rafi’ah, meninggal dunia dengan meninggalkan tiga orang anak yag masih kecil, Datin Halimahlah yang menolong memelihara anak-anak Dato’ Onn yang telah kehilangan ibu itu. Beliau menolong Dato’ Onn memelihara Hawa, Rokiah dan Salehah tanpa beza membeza dengan anak-anak kandungnya sendiri, Abid dan Abidin. Anak Dato’ Onn bersama dengan Datin Halimah ialah Hussein ( kemudian menjadi Perdana Menteri ), Ja’afar, Gharieb, Nel, Nurziah dan Tahir.4 Dato’ Onn sentiasa memberi kepercayaan penuh kepada isterinya, terutama sekali dalam urusan rumah tangga. Beliau sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak dan isteri. Dato’ Onn menganggap isteri bukan sahaja sebagai teman kelamin tetapi sebagai kawan dan sahabat yang sentiasa menjadi pendamping dalam hidup seseorang manusia. Dato’ Onn sebagai seorang bapa juga telah berjaya menanam semangat kekeluargaan, persahabatan dan kemasyarakatan dalam jiwa anak-anaknya, baik lelaki ataupun perempuan. Beliau sentiasa kelihatan riang gembira apabila berada di sisi anak-anak dan isterinya, seolah-olah tiada tempat lain lagi di bawah langit ini yang dapat menghiburkan hatinya seperti di dalam rumah tangganya sendiri. 4 Tributetodatoonnjaafar.blogspot.com.Dipetik daripada sumber internet pada 10/03/2012 HNS2013 KENEGARAAAN 8
  • 9. 2.5 KERJAYA POLITIK DATO’ ONN JAAFAR Kepimpinan Dato’ Onn terserlah apabila beliau dilantik khas menjadi pegawai daerah Batu Pahat bagi menghentikan persengketaan kaum antara orang Melayu dengan orang Cina. Majoriti orang Cina Batu Pahat telah menyertai MPAJA ketika zaman Jepun kerana penindasan tentera Jepun terhadap orang Cina. Setelah tentera Jepun menyerah kalah, mereka menjadi komunis dan telah menzalimi dan menganiayai orang Melayu. Orang Melayu telah bersatu dan menubuhkan tentera Selimpang Merah yang diketuai oleh Kiai Salleh dan membalas serangan-serangan orang Cina. Dalam masa yang singkat beribu orang Cina terbunuh. Apabila sultan menerima laporan dan bantuan perlindungan dari saudagar Cina dari BatuPahat, Dato’Onn telah dititah menyelesaikan persengketaan itu. Dato’ Onn telah berjaya memujuk angkatan kumpulan Selimpang Merah yang diketui oleh Kiai Salleh agar menghentikan serangan dan berdamai. Ketika Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan idea pemerintahan Malayan Union yang melenyapkan keistimewaan dan hak-hak orang Melayu, Dato’ Onn segera menubuhkan Kesatuan Melayu Semenanjung Johor yang akhirnya berjaya menyatupadukan persatuan dan kesatuan Melayu seluruh Tanah Melayu bagi menghalang pencabulan Inggeris dan menentang Malayan Union. Beberapa persidangan dan kongres telah diadakan dan di Kongres Melayu di Johor Bahru pada 11 Mei 1946, UMNO dengan rasminya telah ditubuhkan. Dato’ Onn telah dilantik menjadi Yang DiPertua. Melalui UMNO, beliau menyusun strategi dan aktiviti menentang Malayan Union sehinggga Inggeris terpaksa membubarkan penubuhan Malayan Union pada 1 Februari 1948 dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. HNS2013 KENEGARAAAN 9
  • 10. 2.6 HILANGNYA PAHLAWAN NEGARA Allahyarham Dato’ Onn Jaafar meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor. Berita kematian putera Tanah Melayu ini yang juga ‘hero’ politik kebangsaan yang ulung itu, diterima dengan rasa sedih yang amat sangat oleh rakyat jelata seluruh negara. Antara berjuta-juta penduduk Malaya yang terharu dengan kehilangan anggota Parlimen yang berkaliber besar dan negarawan yang paling bijak itu ialah Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pada saat keharuannya itu, beliau dengan serta merta mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan memberi penghormatan terakhir kepada Dato’ Onn dengan mengadakan istiadat pengkebumian negara kerana mengenangkan jasanya yang tidak ternilai harganya kepada nusa dan bangsanya. Dato’ Onn dilahirkan dalam zaman tanah tempat tumpah darahnya masih berada di bawah pemerintahan asing iaitu penjajahan British. Tetapi beliau meninggal dunia semasa bangsa dan nusa yang dicintainya mencapai kemerdekaan dan wujud dengan penuh kedaulatan, hasil daripada perjuangan keringat dan semangat serta pengorbanan rakyat di seluruh negara. Dato’ Onn semasa hayatnya menempuh dua zaman, zaman penjajahan dan zaman kemerdekaan, zaman kehambaan dan zaman ketuanan dengan dirinya terlibat secara langsung dengan aktifnya. Beliau mengalami rentak ragam dan gaya kedua-dua zaman itu dengan memperlihatkan sikap keperwiraan dan kebijaksanaan yang sukar dicari taranya di kalangan tokoh politik atau pemimpin kebangsaan yang segenerasi. Dato’ Onn dalam arena politik, menongkah langit mengatasi dan jauh ke hadapan mendahului, rakan-rakan seperjuangan dan seterunya. Tetapi yang lebih penting daripada itu ialah Dato’ Onn mengambil bahagian yang lebih besar dan meninggalkan banyak kesan dalam bidang pentadbiran, sosial dan kebudayaan juga dalam arena politik semasa dalam penjajahan dan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Maka dengan pemergian beliau, hilanglah sebutir permata namun kilauannya sentiasa akan bersinar menyuluh hati bangsa Malaysia amnya dan bangsa Melayu khasnya dalam mempertahankan kesepaduan rakyat yang berbilang kaum yang hidup aman damai di bawah satu bumbung iaitu negara Malaysia.MERDEKA!!!!...MERDEKA!!!...MERDEKA!!!... HNS2013 KENEGARAAAN 10
  • 11. 3.0 SUMBANGAN-SUMBANGAN DATO’ ONN JAAFAR PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION AHLI KONGRES MELAYU 1946 YANG BERSATU MENENTANG MALAYAN UNION HNS2013 KENEGARAAAN 11
  • 12. BANTAHAN TERHADAP PENUBUHAN MALAYAN UNION MELALUI AKHBAR 3.1 MENYERU ORANG MELAYU BERSATU PADU DAN MENUMPASKAN MALAYAN UNION Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union boleh dibahagikan kepada dua peringkat yang utama iaitu secara individu dan secara kolektif dan teratur pada peringkat pertama pelbagai penentangan telah dilakukan antaranya melalui akhbar-akhbar telah memainkan peranan penting dalam membangkitkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Akhbar-akhbar telah mendedahkan keburukan dan kerugian yang akan dialami oleh orang Melayu jika Malayan Union dilaksanakan. Orang Melayu telah diseru supaya bersatu dalam usaha menentang Malayan Union dan diseru supaya memulihkan pertubuhan yang telah wujud dan menubuhkan pertubuhan baru. Pertubuhan- pertubuhan ini perlu digabungkan bagi menguatkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Berita tentang penentangan orang Melayu dimuatkan dalam akhbar untuk pengetahuan orang- orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Di antara akhbar-akhbar tersebut ialah Utusan Melayu, Warta Negara, Majlis dan Pelita Malaya. Dato’ Onn Jaafar telah membakar semangat orang Melayu dengan menyeru orang Melayu agar bersatu padu menentang Malayan Union. Beliau banyak menulis rencana menyedarkan rakyat bahawa misi sebenar Malayan Union tidaklah seperti yang dijanjikan oleh pihak British. Beliau menggunakan akhbar sebagai wadah menyampaikan maklumat berkenaan tujuan penubuhan Malayan Union dan 5 menggesa orang Melayu menentang Malayan Union secara terbuka. Pada 4 April 1946, petikan daripada ucapan Dato’ Onn Jaafar yang disiarkan di dalam akhbar Majlis. Antaranya ialah: “Barang siapa di antara orang-orang Melayu yang menyertai Malayan Union tiada diakui Melayu”. 5 HNS2013, Kenegaraan;Penjajahan dan Proses Membina Negara, UPSI (MODUL) HNS2013 KENEGARAAAN 12
  • 13. “Barang siapa di antara orang-orang Melayu yang tiada berkabung maka ertinya ia sukakan Malayan Union”. 6 3.2 CADANGAN PENUBUHAN SEBUAH PARTI POLITIK UNTUK MENENTANG MALAYAN UNION Perhimpunan parti-parti politik seluruh Tanah Melayu berhimpun di Istana Besar, Johor Bahru pada 11 Mei 1946 Dato’ Onn Jaafar telah mencetuskan penubuhan sebuah parti politik yang menyatukan parti-parti politik seluruh Tanah Melayu yang boleh dijadikan wadah perjuangan orang Melayu bagi memperkasa kemajuan bangsa. Maka terciptalah sebuah parti politik yang berdiri atas nama UMNO yang tujuan utamanya adalah menentang penubuhan Malayan Union. UMNO berjaya menyatukan orang Melayu daripada seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Ianya juga bertujuan bagi mewujudkan sebuah organisasi nasional yang boleh menjaga kepentingan politik dan ketuanan Melayu. UMNO telah membuka minda bangsa Melayu akan kepentingan pendidikan dalam meningkatkan dan memajukan jati diri orang Melayu. 6 Ramlah Adam,Abdul Hakim Samuri,Muslimin Fadzil.Buku Teks Sejarah Tingkatan 3.Dewan Bahasa dan Pustaka HNS2013 KENEGARAAAN 13
  • 14. 3.3 BERJAYA MENGANJURKAN KONGRES MELAYU PADA TAHUN 1946 DI KUALA LUMPUR Kongres Melayu yang pertama telah diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah telah merasmikan kongres tersebut. Baginda telah menderma sebanyak $5000. Kongres bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Berkembar untuk menentang Malayan Union. Pengerusi Kongres Melayu yang pertama ialah Dato’ Onn Jaafar. Kongres yang berlangsung ini telah mendapat sambutan yang hebat. Pada hari pertama, beribu-ribu orang Melayu yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak telah memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman. Mereka membawa sepanduk yang bertulis kata-kata patriotik menentang Malayan Union. Seorang wakil kaum perempuan telah tampil berucap membantah pengenalan Malayan Union. Paling mengharukan ialah ucapan seorang wakil kanak-kanak, yang berpesan dengan mengatakan; “Wahai bapa-bapa kami, peliharalah hak-hak kami sementara kami besar”. Kata-kata itulah yang telah menjadi pendorong dan semangat kepada pemimpin dan ahli-ahli kongres untuk bersatu dan berjuang menentang Malayan Union. Kesedaran itulah yang telah menyelamatkan generasi hari ini. 7 Kongres Melayu yang kedua telah diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946 untuk membantah pengisytiharan Malayan Union yang akan diadakan pada 1 April 1946. Seramai 9 orang wakil daripada persatuan-persatuan negeri Melayu telah hadir. Mesyuarat diadakan di pejabat akhbar Majlis di Kuala Lumpur. Kongres kedua ini memutuskan tiga perkara penting sebagai tindakan lanjut menentang Malayan Union yang di antaranya pemulauan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union oleh raja-raja Melayu dan orang Melayu yang menganggotai pentadbiran Malayan Union dan menuntut orang Melayu berkabung selama 7 hari dengan melilitkan kain putih pada songkok. 7 Ramlah Adam,Abdul Hakim Samuri,Muslimin Fadzil.Buku Teks Sejarah Tingkatan 3.Dewan Bahasa dan Pustaka HNS2013 KENEGARAAAN 14
  • 15. 3.4 MENJELAJAH SELURUH SEMENANJUNG TANAH MELAYU DAN BANTAHAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION Orang-orang Melayu dengan diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar telah mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah cara Sir Harold MacMichael memperoleh tandatangan raja-raja Melayu. Mereka juga membantah Malayan Union yang akan menghapuskan kedaulatan negeri-negeri Melayu dan kedudukan mereka sebagai anak negeri. Demonstrasi telah diadakan di beberapa Bandar besar di Tanah Melayu seperti di Kota Bharu, Kelantan;Alor Setar, Kedah;dan Johor Bahru, Johor. “Tanah Melayu hak Melayu, Malayan Union tidak dikehendaki”, antara slogan dalam penentangan Malayan Union. Orang Melayu juga menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan Union. “Bersatu teguh bercerai roboh”, itulah semangat yang patut diamalkan oleh seluruh orang Melayu. HNS2013 KENEGARAAAN 15
  • 16. 3.5 BERJAYA MEMUJUK RAJA-RAJA MELAYU MEMULAUKAN UPACARA PERLANTIKAN SIR EDWARD GENT Menyedari hakikat bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa di negeri mereka sendiri, maka Datuk Onn Jaafar dan golongan nasionalis Melayu lain bangun menentang pembentukan Malayan Union. Antara sebab utama Malayan Union ditentang adalah seperti berikut:  kedaulatan raja-raja Melayu akan tergugat.Baginda akan hanya berfungsi sebagai ketua adat dan agama sahaja.  pemberian hak kerakyatan yang bebas kepada kaum bukan Melayu membimbangkan orang Melayu kerana bilangan mereka akan melebihi bilangan orang Melayu  hak keistimewaan orang Melayu sebagai kaum pribumi akan terhapus  orang-orang Melayu tidak suka dengan cara peras ugut yang digunakan oleh Harold Mac Michael8 Walaupun terdapat bantahan, kerajaan Inggeris tetap mahu meneruskan penubuhan Malayan Union. Pada 1 April 1946, Malayan Union dilancarkan dengan rasminya dan Edward Gent dilantik sebagai Gabenor yang pertama .Namun majlis perasmian tersebut telah dipulaukan oleh raja-raja dan pembesar -pembesar Melayu hasil pujukan Dato’ Onn. Ekoran daripada bantahan dan pemulauan itu ,satu rundingan antara Edward Gent ,raja-raja Melayu dan Datuk Onn telah diadakan .Perundingan itu memutuskan bahawa Malayan Union akan digantikan dengan satu pemerintahan baru .Akhirnya pada bulan Julai 1946 Malayan Union dibubarkan. 8 http://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2010/08/sejarah-awal-negara-malaysia.html Dipetik daripada sumber internet pada 13/03/2012 HNS2013 KENEGARAAAN 16
  • 17. 3.6 MENJADI AJK MENGGUBAL PERLEMBAGAAN UMNO PADA TAHUN 1949 Dato’ Onn Jaafar telah menjadi ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab menggubal perlembagaan UMNO pada tahun 1949. Beliau telah mengambil beberapa perlembagaan parti terkenal daripada luar negara sebagai panduan dalam menggubal perlembagaan UMNO. Melalui perlembagaan pertama ini, maka UMNO telah menjadi sebuah parti politik sepenuhnya. Antara isi kandungan perlembagaan UMNO ialah;  Menjalankan fungsi sebuah parti siasah (politik) di Tanah Melayu yang sempurna sebagai penyatu bangsa Melayu.  Menjalankan ikhtar dan langkah dengan tujuan mendirikan sebuah kerajaan merdeka yang memerintah Tanah Melayu.  Memajukan orang Melayu dalam hal yang berkaitan dengan perkara siasah, kebajikan hidup, kebudayaan dan ikhtisas.  Menjadi pelindung kedaulatan tanah air.  Mula menuntut kemerdekaan Penubuhan UMNO telah menonjolkan kepimpinan beberapa orang tokoh yang terlibat secara langsung dalam jawatan kuasa penggubalan perlembagaan UMNO pada tahun 1949. Antaranya ialah Dato’ Onn Ja’afar sendiri yang telah dilantik sebagai Yang Dipertua UMNO yang pertama (1946- 1951), Dato’Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmed Kamil Nik Muhamud dan Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba). HNS2013 KENEGARAAAN 17
  • 18. 3 PERJUANGAN DAN PERKEMBANGAN UMNO 9 9 HNS2013, Kenegaraan;Penjajahan dan Proses Membina Negara, UPSI (MODUL) HNS2013 KENEGARAAAN 18
  • 19. 5.0 PENUTUP Jasa Dato’ Onn yang paling besar kepada bangsa dan nusa yang tidak akan dilupai zaman, ialah kejayaannya menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda oleh malapetaka politik yang paling besar pernah menimpa bangsa Melayu. Beliau membina landasan untuk mereka meneruskan perjuangan ke arah kemerdekaan akhirnya. Beliau berhasil mengubah semangat dan konsep perjuangan kebangsaan daripada ”Hidup Melayu” kepada ”Merdeka”. Dato’ Onn menaja RIDA (sekarang MARA) untk membuka peluang perdagangan dan perusahaan orang Melayu yang tertutup sepanjang masa yang Tanah Melayu dikuasai oleh penjajah. Beliau menyedari kelemahan orang Melayu dalam lapangan ekonomi tetapi beliau yakin sepenuhnya bahawa kedudukan politik tidak boleh kekal dengan lebih kuat jika keadaan ekonomi lemah atau pincang dalam sebuah negara merdeka yang moden. Nasib ekonomi orang Melayu pada masa hadapan bergantung kepada jaya atau tidaknya MARA melaksanakn rancangannya; meninggikan taraf hidup bangsa Melayu. Dato’ Onn berjaya mendapatkan sokongan rakyat dan pemerintah untuk mewujudkan satu dasar negara yang menjadikan bahasa Melayu bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Ini adalah satu sumbangan yang paling besar Dato’ Onn kepada negara dalam kempen kerajaan Tun Abdul Razak menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum, kepercayaan serta kebudayaan.10 Sesebuah bangsa berhak menentukan nasib bangsa mereka sendiri namun perlu pengisian rohani, ilmu yang tinggi dan jiwa yang kental dengan semangat bangsa masing-masing. Kita sebagai pewaris bangsa Melayu haruslah menjadikan gaya pemikiran dan hala tuju beliau untuk membentuk generasi akan datang agar tidak hilang Melayu di dunia dengan ‘kemelayuan’ yang penuh dengan kesopanan, adat resam dan tradisi yang sentiasa terpelihara dengan jenama Melayu. 10 http://mrf79.design.officelive.com/Documents/Etnik%20Complete.pdf Dipetik daripada sumber internet pada 13/03/2012 HNS2013 KENEGARAAAN 19
  • 20. RUJUKAN HNS2013, Kenegaraan;Penjajahan dan Proses Membina Negara, UPSI (MODUL) Ramlah Adam,Abdul Hakim Samuri,Muslimin Fadzil.Buku Teks Sejarah Tingkatan 3.Dewan Bahasa dan Pustaka Unit Media Dan Komunikasi(MedKom)Pejabat Menteri Besar Johor www.johordt.gov.my. Dipetik daripada sumber internet pada 10/3/2012 Tributetodatoonnjaafar.blogspot.com.Dipetik daripada sumber internet pada 10/03/2012 http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2010/06/dato-onn-jaafar-sebelum-malayan-union.html. Dipetik daripada sumber internet pada 11/03/2012 http://mrf79.design.officelive.com/Documents/Etnik%20Complete.pdf. Dipetik daripada sumber internet pada 11/03/2012 http://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2010/08/sejarah-awal-negara-malaysia.html Dipetik daripada sumber internet pada 13/03/2012 http://sejarahmgcm.files.wordpress.com/2009/07/bab22.pdf Dipetik daripada sumber internet pada 13/03/2012 HNS2013 KENEGARAAAN 20