Perkembangan yang pesat dalam dunia teknologi dan komunikasi telah menyumbang secara langsung kepada proses pembelajaran and pengajaran bahasa. Dalam hal ini, bahasa Arab adalah tidak terkecuali dan usaha-usaha telah dan sedang dijalankan untuk memastikan bahawa kemajuan ini dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut.