SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 45
BAB 10

DASAR-DASAR KERAJAAN
OBJEKTIF BAB
  Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya
  boleh:
• 1. Memahami pengertian dasar-dasar
  kerajaan.
• 2. Menerangkan matlamat dan
  perkembangan dasar-dasar yang
  diperkenalkan oleh kerajaan.
• 3. Menjelaskan kepentingan dasar-dasar
  kerajaan.
10.1 PENGENALAN

• Selepas merdeka sehingga kini pelbagai dasar
  yang telah dibentuk oleh kerajaan
  – Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan,
    Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

• Menerangkan tentang definisi dan kepentingan
  dasar.
  – Latarbelakang pembentukan dasar-dasar sebelum dan
    selepas merdeka - antaranya matlamat dan strategi
    pelaksanaannya.
10.1.1 Definisi dan Kepentingan Dasar

• Dasar/polisi     ialah    suatu      garis    panduan
  pentadbiran/pegangan mengenai sesuatu idea/gagasan
  yang tersusun rapi.
• Merangkumi segala arahan, peraturan dan pedoman demi
  mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah
  negara yang gemilang dan maju.
• Mempunyai objektif, strategi pelaksanaan dan penilaian
  terhadap keberkesanannya.
• Menjadi panduan pentadbiran kepada kerajaan untuk
  mengatasi masalah yang wujud dalam sesebuah negara.
• Mengatasi masalah ketidakseimbangan yang wujud di
  dalam masyarakat.
10.2 LATAR BELAKANG DASAR-DASAR KERAJAAN

• Sejak merdeka kerajaan telah menggubal
  pelbagai dasar pembangunan bertujuan untuk
  mencapai perpaduan negara bagi mengatasi
  masalah ketidakseimbangan ekonomi yang
  timbul akibat daripada dasar penjajahan British.
• Apabila tercetusnya Tragedi 13 Mei pada tahun
  1969, kerajaan telah mengambil langkah menilai
  semula dan memperbaharui strategi-strategi
  tertentu      untuk      mengatasi      masalah
  ketidakseimbangan yang wujud ketika itu.
10.2.1 Dasar-Dasar Sebelum Merdeka

• Penjajahan Inggeris telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap
  perkembangan, ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan hubungan
  kaum.

• Dari perspektif ekonomi, Inggeris
   – Inggeris memperkenalkan sistem ekonomi yang liberal dan
     menjalankan dasar pecah dan perintah.
   – Rancangan ekonomi ditumpukan kepada usaha mengeksploitasi
     sumber-sumber galian dan pengeluaran bahan-bahan mentah
     pertanian.
   – Dasar ekonomi ekstraktif - beri keutamaan kepada perlombongan
     dan pembukaan ladang-ladang getah
   – Memberi galakan terhadap kemasukan modal, institusi, teknologi dan
     kepakaran dari Eropah di samping membawa masuk buruh-buruh Cina
     dan India secara besar-besaran di negara ini.
• Dasar dan amalan Inggeris ini menyebabkan
  – kaum bumiputera yang tinggal di luar bandar terus
    tersisih dan mundur berbanding dengan kaum-kaum
    imigran yang tinggal di bandar-bandar dan terlibat
    dalam sektor ekonomi moden.
  – Kaum bumiputera berada dalam sektor pertanian
    dan perikanan tradisional dengan daya pengeluaran
    yang rendah.
  – Perubahan sistem ekonomi feudal kepada sistem
    ekonomi semi-feudal dan semi-kapitalis.
  – Golongan pemerintah tradisional bumiputera
    kehilangan kekuasaan ekonomi berikutan kuasa
    politik mereka pindah ke tangan Inggeris.
– Kegiatan ekonomi hanya tertumpu kepada
  keuntungan dan secara tidak langsung
  menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik.
– Kegiatan ekonomi hanya tertumpu di kawasan
  yang mempunyai sumber-sumber kekayaan
  terutama sekali di sebelah barat Semenanjung.
– Wujud suasana dual economy.
  • Ekonomi moden di Pantai Barat Semenanjung dengan
    ladang, lombong dan aktiviti perdagangan.
  • Ekonomi secukup hidup tradisional di kawasan luar
    bandar khususnya di Pantai Timur yang kurang maju.
10.2.2 Dasar-Dasar Selepas Merdeka

• Selepas merdeka, kerajaan
  – Memulakan usaha merancang dan melaksanakan
    pembangunan negara dengan lebih tersusun.
  – Usaha dilakukan untuk mengatasi berbagai-bagai
    masalah sosio ekonomi dan politik .
  – Membangunkan negara agar hasilnya boleh
    dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat tidak
    kira keturunan atau kaum.
– Merancang rancangan-rancangan pembangunan lima
  tahun untuk dilaksanakan secara berperingkat-
  peringkat.
  •   1.    1956-1960   Rancangan Malaya Pertama.
  •   2.    1961-1965   Rancangan Malaya Kedua.
  •   3.    1966-1970   Rancangan Malaysia Pertama.
  •   4.    1971-1975   Rancangan Malaysia Kedua.
  •   5.    1976-1980   Rancangan Malaysia Ketiga.
  •   6.    1980-1985   Rancangan Malaysia Keempat.
  •   7.    1986-1990   Rancangan Malaysia Kelima.
  •   8.    1991-1995   Rancangan Malaysia Keenam.
  •   9.    1996-2000   Rancangan Malaysia Ketujuh.
  •   10.   2001-2005   Rancangan Malaysia Kelapan.
  •   11.   2006-2010   Rancangan Malaysia Kesembilan.
• Rancangan ini menentukan
  – Projek-projek yang perlu dijalankan, soal pembiayaan,
    dalam dan luar negeri
  – Keupayaan jentera pentadbiran melaksanakan tugas-tugas
    pembangunan yang perlu dijalankan.
• Rancangan Malaya Pertama dan Kedua telah
  menumpukan      perhatian  kepada pembinaan
  infrastruktur.
• Rancangan Malaysia Pertama
  – menitikberatkan pertumbuhan ekonomi
  – pembangunan negara secara menyeluruh.
  – Skim-skim luar bandar dengan rancangan pembukaan
    tanah secara besar-besaran.
     • Hasilnya taraf hidup golongan miskin terutamanya masyarakat di
       luar bandar dapat dipertingkatkan.
– Mendedahkan kelemahan strategi dan penentuan
  andaian
  • Wujud kemiskinan dan penguasaan ekonomi yang tidak
    seimbang di antara kaum-kaum yang ada di negara
    kita.
  • Mengancam keselamatan dan perpaduan negara
    dengan tercetusnya Tragedi 13 Mei tahun 1969.


– Tragedi 13 Mei 1969 telah menyebabkan kerajaan
  menilai kedudukan perimbangan ekonomi antara
  kaum.
  • mendapati bahawa jurang perbezaan ekonomi antara
    kaum adalah terlalu besar.
• Penekanan terhadap pertumbuhan ekonomi semata-
  mata tidak memadai untuk mengatasi sepenuhnya
  masalah sosio-ekonomi yang tidak seimbang di antara
  kaum.
• Pembangunan yang tidak mengambilkira dengan
  secukupnya keperluan golongan miskin serta keadaan
  yang tidak seimbang antara kaum akan mengakibatkan
  sebuah negara yang terbahagi kepada mereka yang
  menikmati dan mereka yang tidak menikmati faedah
  pertumbuhan.
• Pembangunan      negara    seharusnya  mempunyai
  matlamat yang luas, mencakupi bidang keselamatan,
  perpaduan dan mewujudkan satu masyarakat yang
  adil.
10.3 DASAR EKONOMI BARU (DEB)

• Formula yang dirancangkan untuk tempoh dua puluh tahun (1971 –
  1990)
• Untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud
  di antara kaum, wilayah dan kawasan di Malaysia.
• Pelan induk dasar ini dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka
  Panjang (RRJP 1) 1971-1990.
• Strategi serampang dua mata, iaitu
   – (i)   Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan
           menambahkan pendapatan dan memperbanyakkan peluang-
          peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira keturunan
         dan kaum.
   – (ii) Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia
            bagi membaiki ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum -
          menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
• Menggugat     kestabilan negara sekiranya
  kemiskinan hanya tertumpu kepada sesuatu
  kaum sahaja.
• Bancian tahun 1970
  – 49.3% keluarga menerima pendapatan di bawah garis
    kemiskinan.
  – 86% daripada keluarga miskin ini berada di kawasan
    luar bandar,
  – 14% lagi di kawasan bandar.
  – Kebanyakan penduduk luar bandar adalah orang
    Melayu - penanam padi, pekebun kecil getah dan
    kelapa dan nelayan.
• Untuk membasmi kemiskinan, usaha-usaha yang dijalankan
  merangkumi:

   – (i) Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan di pelbagai sektor
   – (ii)     Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum,
     antara         kawasan dan antara wilayah.
   – (iii)    Meningkatkan produktiviti dan pendapatan dengan
               menambahkan kemudahan semua golongan miskin melalui
            peluang-peluang kemahiran, tanah, modal dan lain-lain.
   – (iv) Memberi peluang berpindah dari sektor yang rendah
            produktivitinya ke sektor yang lebih lumayan.
   – (v) Memperbaiki taraf dan kualiti kehidupan melalui pelajaran,
                       latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-
     lain.
   – (vi) Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi
            kaum.
   – (vii) Mewujudkan kumpulan perusahaan, perniagaan dan
            perdagangan bumiputera.
   – (viii) Memodenkan kehidupan luar bandar.
• Penyusunan semula dalam pembahagian
  tempat tinggal, pekerjaan, pendapatan,
  pendidikan, kemudahan sosial, kesihatan,
  pengangkutan dan perhubungan, pemilikan
  harta benda serta mutu dan taraf kehidupan
  pelbagai kaum.
• Menjelang tahun 1990, pemilikan saham dan
  ekonomi negara akan melambangkan
  komposisi kepentingan kaum dengan kadar
  40:30:30 - bumiputera 30%, bukan
  bumiputera 40%, pelabur luar negara 30%.
• Antara strategi pentingnya ialah
• (i) Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian
  di kalangan orang Melayu dan golongan bumiputera agar mereka
  mampu memiliki 30 peratus ekonomi menjelang tahun 1990.
• (ii) Menubuhkan agensi-agensi pembangunan seperti MARA, Bank
  Bumiputera, Bank Pembangunan dan Amanah Saham Nasional
  bertujuan membantu penyertaan bumiputera dalam bidang
  perdagangan dan bagi memajukan wilayah-wilayah, agensi-agensi
  yang ditubuhkan ialah seperti DARA, KEJORA, KESEDAR, JENGKA
  dan lain-lain.
• (iii) Mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya
  supaya kedudukan tenaga buruh menggambarkan bilangan kaum
  menjelang tahun 1990.
• (iv) Meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan
  miskin melalui kegiatan-kegiatan pembangunan dan pemodenan
  kawasan luar bandar.
• (v) Menambahkan bahagian rakyat tempatan dalam pemilikan
  modal pada stok syarikat dan dalam pertumbuhan ekonomi.
• Bagi menjayakan matlamat pembangunan ekonomi negara,
  pelbagai dasar diwujudkan antaranya seperti Dasar Perindustrian
  Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Penswastaan, Dasar
  Persyarikatan, Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara dan
  Dasar Kependudukan.

• Dasar Pembangunan Negara (DPN) selepas tamat DEB
   – Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) - 1991-2000.
   – Berlandaskan Wawasan 2020 - negara maju menjelang tahun 2020.
   – Tumpuan DPN - kelemahan prestasi pencapaian dasar sebelumnya.
   – Tambahan dimensi - pembangunan sumber manusia, menjadikan
     sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan
     pembangunan sosioekonomi, perlindungan alam sekitar dan ekologi.
   – Matlamat DEB untuk mencapai pembangunan seimbang dan
     pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama masih dikekalkan.
10.4 DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN (DPK)

• Termaktub dalam Akta Pelajaran 1961, yang berasaskan kepada
  Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.
• Matlamat utama ialah untuk mencapai perpaduan negara yang
  merangkumi aspek-aspek sosio ekonomi dan politik.
• Lahir berasaskan kesedaran para pemimpin negara yang menyedari
  perlunya diwujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan bagi
  menggantikan sistem pendidikan yang diwarisi dari zaman penjajah.

• Pada zaman British,
   – Tidak ada satu dasar pelajaran yang sejajar dengan tujuan dan
     matlamat yang tetap,
   – Sekolah berbilang bahasa berkembang mengikut kehendak-kehendak
     kumpulan etnik.
   – Wujud lima jenis sistem persekolahan yang sama sekali terasing di
     antara satu dengan yang lain iaitu sekolah Melayu, sekolah Inggeris,
     sekolah Cina, sekolah Tamil di samping sekolah Agama.
   – Orang Melayu diberikan pendidikan pada tahap yang rendah
• Selepas merdeka,
  – Memberikan perhatian utama terhadap bidang
    pendidikan dalam membangunkan negara.
  – Untuk melahirkan insan yang seimbang dan
    harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
    jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
    kepada Tuhan.
  – Melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan,
    bertanggungjawab, berakhlak, berketrampilan
    dan sebagainya.
• Sebelum Laporan Razak 1956 disyorkan, terdapat beberapa
  laporan atau penyata utama yang mengemukakan syor ke
  arah satu sistem pelajaran kebangsaan.

• 10.4.1 Penyata Barnes 1950

• Laporan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.
  Barnes, telah mencadangkan
   – (i) Penubuhan satu corak sekolah rendah - Sekolah Kebangsaan
     dibuka kepada murid daripada semua bangsa dan diajar oleh
     guru-guru pelbagai bangsa dan keturunan.
   – (ii) Memansuhkan sekolah rendah vernakular yang berbeza-
     beza mengikut kaum.
– (iii) Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar
     utama, manakala bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
     Tempoh persekolahan juga diseragamkan, iaitu selama
     enam tahun. Persekolahan percuma diberikan kepada
     semua murid.

• Jawatankuasa berhasrat untuk mengadakan sebuah
  sekolah bilingual iaitu aliran Melayu dan Inggeris
  sebagai langkah bagi memupuk integrasi di antara
  kaum di Tanah Melayu.
• Penyata Barnes dianggap sebagai laporan yang paling
  komprehensif dan berpengaruh sekali pernah
  diterbitkan. Walau bagaimanapun, Penyata ini tidak
  berjaya memenuhi kehendak dan aspirasi masyarakat
  negara ini keseluruhannya.
10.4.2 Penyata Fenn-Wu 1951

• Dr. William Fenn iaitu ahli akademik dari China dan Dr. Wu
  Teh Yao, seorang pegawai dari Pertubuhan Bangsa-bangsa
  Bersatu telah diminta untuk mengkaji sistem dan
  pelaksanaan sekolah Cina.

• Penyata Fenn-Wu telah mengemukakan cadangan pada
  asasnya:
   – (i) Menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu, bahasa
     Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa
     pengantar dan persediaan buku-buku teks.
   – (ii) Menyokong pembentukan sistem pendidikan kebangsaan,
     sekolah Cina diteruskan secara berasingan dan haruslah
     berorientasikan Tanah Melayu.
• Meluluskan Ordinan Pelajaran 1952 dengan
  menyediakan dua jenis sekolah kebangsaan,
  bahasa pengantar Melayu danbahasa
  pengantar Inggeris.
• Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam
  sistem pelajaran kebangsaan.
• Ordinan ini tidak dapat dilaksanakan berikutan
  kemelesetan ekonomi.
10.4.3 Penyata Razak 1956

• Selepas menang pilihanraya 1955, satu jawatankuasa telah
  dibentuk yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak.
• Mengkaji dan menilai sistem pendidikan yang sedia ada dan
  mengemukakan syor-syor yang sesuai bagi mewujudkan satu dasar
  pelajaran yang boleh diterima oleh semua pihak.
• Penyata Razak mencadangkan dua perkara utama yang menjadi
  teras pembangunan pendidikan, iaitu
   – (i) Setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat pelajaran.
   – (ii) Mewujudkan satu sistem pendidikan bagi membentuk masyarakat
     yang bersatu padu.
• Penyata ini mengutamakan unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan
  negara sebagai satu matlamat yang perlu dicapai untuk menjamin
  kesejahteraan dan kepentingan masyarakat majmuk di negara ini.
• Penyata Razak telah menyatakan:
   – Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud
     hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di
     dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang
     meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa
     kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun
     perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta
     melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

• Menandakan bermulanya usaha-usaha untuk menyatukan
  sistem pendidikan di negara kita.
• Mengesyorkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai
  bahasa kebangsaan - untuk menyatupadukan masyarakat
  berbilang kaum dan juga membentuk identiti kebangsaan.
• Diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran tahun 1957.
• 1959, satu Jawatankuasa Penyemak Pelajaran
  ditubuhkan untuk mengkaji semula pelaksanaan
  sistem pelajaran yang dicadangkan oleh Laporan
  Razak.
   – Bantahan dan rasa tidak puas hati rakyat berbilang kaum
     di Tanah Melayu.
   – Guru sekolah Melayu yang tidak puas hati kerana tiada
     ketegasan dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan.
   – Persatuan Guru-guru Sekolah Cina berpendapat
     sebahagian daripada Penyata Razak mengabaikan
     kepentingan pendidikan, bahasa dan kebudayaan Cina.
• Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran ketika itu telah
  mengetuai jawatankuasa yang kemudiannya telah
  menghasilkan satu laporan yang dikenali sebagai
  Penyata Rahman Talib.
10.4.4 Penyata Rahman Talib (1960)

• Penyata Rahman Talib mempunyai ciri-ciri seperti berikut, iaitu
   – (i) Pelaksanaan pelajaran rendah percuma selama sembilan tahun;
   – (ii) Kenaikan darjah secara automatik dari darjah satu hingga
     tingkatan tiga;
   – (iii) Peperiksaan penilaian sekolah rendah;
   – (iv) Peluasan pelajaran teknik dan vokasional; dan
   – (v) Pengalihan bahasa pengantar.

• Seterusnya laporan ini berpendapat bahawa sistem pelajaran telah
  dilaksanakan dengan berkesan, mengikut syor-syor Laporan Razak
  dan patut diteruskan.
• Cadangan Laporan Rahman Talib telah dimaktubkan menjadi Akta
  Pelajaran 1961.
• Secara umumnya, Penyata Razak dan Penyata Rahman
  Talib menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan
  perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat
   – satu proses yang mengutamakan perpaduan masyarakat
     berbilang kaum.
• Perpaduan yang diwujudkan mestilah berupaya menangkis
  gejala-gejala seperti perkauman, keturunan, agama,
  bahasa, perasaan kedaerahan dan sebagainya.
• 1974, sebuah jawatankuasa kabinet ditubuhkan untuk
  mengkaji semula dasar pelajaran kebangsaan.
   – Untuk memperbaiki perlaksanaan dasar agar selaras dengan
     keperluan semasa dalam memenuhi keperluan tenaga kerja
     untuk pembangunan negara, pembinaan identiti kebangsaan
     dan perpaduan negara.
• Laporan jawatankuasa kebinet itu kemudiannya diterbitkan
  pada tahun 1979.
• Beberapa      perubahan     telah  dibuat    bagi
  memperkemaskan lagi sistem pendidikan kebangsaan
  selaras dengan keperluan pembangunan negara.
  – (i) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
    yang utama.
  – (ii) Mengadakan kurikulum yang               sama dan
    berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.
  – (iii) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi
    semua.
  – (iv) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
  – (v) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya
    dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh,
    seimbang dan bersepadu.
  – (vi) Mengadakan peluang pendidikan asas selama
    sembilan tahun.
– (vii) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang
  dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara
  adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan
  yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar.
– (viii) Memperkenalkan pendidikan rendah mengikut
  Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang
  berasaskan 3M iaitu Menulis, Membaca dan Mengira.
– (ix) Memperluaskan pendidikan teknik dan
  vokasional.
– (x) Mempelbagaikan kemudahan pendidikan di
  peringkat universiti, terutamanya dalam bidang
  sastera gunaan dan sains gunaan.
– (xi) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral
  dan disiplin.
– (xii) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa
    Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di
    sekolah-sekolah dan memberi peluang yang
    sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain
    seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
  – (xiii) Menggalakkan kegiatan ko-kurikulum yang
    dapat memupuk disiplin seperti pasukan kadet
    tentera, polis, pengakap dan bomba.
• DPK juga dilaksanakan dengan mengada dan
  memperkembangkan tenaga pengajar yang
  terlatih di samping mendirikan sekolah-sekolah
  selaras dengan pertambahan kanak-kanak.
  – Bermatlamat untuk meningkatkan mutu pelajaran
    secara keseluruhannya
10.5 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)

• Sebagai garis panduan dalam membentuk, mewujud dan
  mengekalkan identiti Malaysia di peringkat antarabangsa.
• Mengambil kira latar belakang sejarah dan kedudukan
  negara ini sebagai pusat tamadun, serta pertemuan dan
  perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau.

   – (i) Unsur-unsur kebudayaan mestilah dapat diterima oleh semua
     komuniti.
   – (ii) Apa juga asal usulnya mestilah menggambarkan ciri-ciri yang
     mudah dikenali sebagai sebahagian dari keadaan tempatan.
   – (iii) Tidak boleh membawa kesan yang buruk dalam apa juga
     cara terhadap nilai-nilai asas yang menjadi pendukung kepada
     unsur-unsur lain.
•   Berdasarkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan, pada tahun 1971, tiga
    prinsip telah dijadikan asas ke arah pembentukan kebudayaan
    kebangsaan dan sebagai satu proses yang berterusan.

•   (i) Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Budaya Melayu
    merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian
    kepada hampir 200 juta umat manusia yang mendiami rantau ini sejak
    berabad lamanya. Jadi wajarlah kebudayaan rakyat rantau ini dijadikan
    teras kepada kebudayan kebangsaan Malaysia.
•   (ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima.
    Prinsip ini bertepatan dengan suasana masyarakat berbilang kaum dan
    mewarisi pelbagai budaya. Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik
    sifatnya, sentiasa berubah dan diwarisi dari satu generasi ke generasi
    berikutnya melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara
    berterusan.
    Oleh itu, unsur-unsur budaya Cina, India dan Arab dan lain-lain yang
    sesuai diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kesesuaian
    ini bergantung sekiranya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan
    prinsip-prinsip Rukunegara dan asas-asas moral dan kerohanian sejagat,
    serta Islam sebagai agama rasmi negara.
• (iii) Islam menjadi unsur penting dalam
  pembentukan      kebudayaan    kebangsaan.
  Penerimaan unsur-unsur Islam adalah sesuai
  dengan perkembangan sejarah negara ini
  yang menerima kedatangan Islam sejak 600
  tahun yang lampau dan menjadi agama
  anutan sebahagian besar umat di rantau ini.
  Justeru itu, adalah wajar nilai-nilai Islam
  dijadikan unsur penting dalam pembentukan
  kebudayaan kebangsaan.
• Pada asasnya, pembentukan kebudayaan
  kebangsaan mempunyai tiga objektif berikut:
  – (i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
    melalui kebudayaan.
  – (ii) Mempupuk dan memelihara keperibadian
    kebangsaan yang lahir dari kebudayaan
    kebangsaan.
  – (iii) Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti
    kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang
    seimbang dengan aspek pembangunan sosio
    ekonomi.
• Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-
  strategi berikut:
  – (i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan
    kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan
    kebangsaan       melalui    usahasama     penyelidikan,
    pembangunan,       pendidikan,   pengembangan      dan
    perhubungan budaya;
  – (ii) Meningkat dan memperkukuhkan kepimpinan budaya
    melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat,
    mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya
    sebagai jentera pembangunan yang berkesan;
  – (iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah
    kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme;
  – (iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan
  – (v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
10.6 WAWASAN 2020

• Pada 28 Februari 1991, Dato’ Seri Dr. Mahathir
  Mohamad telah membentangkan satu kertas kerja
  bertajuk “Malaysia: The Way Forward” di Majlis
  pelancaran Malaysian Business Council.
   – Satu rangka kerja mengenai matlamat menjadikan
     Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 - dikenali
     sebagai “Wawasan 2020”.
• Bukan sebuah dasar khas, tetapi merupakan suatu
  tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan
  politik yang berlaku di peringkat nasional dan
  antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat
  kepada negara.
• Menekankan sembilan bentuk cabaran yang perlu dihadapi
  oleh rakyat Malaysia,
   – (i) Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta
     menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu
     mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok
     etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya
     berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah
     “Bangsa Malaysia” dengan rasa taat setia dan pengabdian yang
     tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.
   – (ii) Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh
     dan terbentuk jiwanya, yakin akan dirinya sendiri, bangga akan
     keadaannya kini dan segala sesuatu yang telah dicapainya, dan
     cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan.
     Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat
     mengejar kecemerlangan, benar-benar menyedari segala
     kemungkinan dirinya, tidak terkongkong jiwanya, dan dihormati
     pula oleh bangsa lain.
– (iii)   Membentuk dan memperkembangkan sebuah
  masyarakat demokratis yang matang, yang mengamalkan
  sesuatu bentuk demokrasi Malaysia          yang unggul,
  berasaskan muafakat dan musyawarah, dan boleh
  dicontohi oleh negara-negara membangun lain.
– (iv) Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri
  moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai
  nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi
  oleh budi pekerti yang luhur.
– (v) Membentuk sebuah masyarakat yang matang yang
  bersifat toleran, dengan setiap warga bangsa Malaysia,
  tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya,
  bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam,
  kebudayaan serta kepercayaan agamanya masing-masing,
  tanpa merasa tersisih daripada bangsa tersebut.
– (vi) Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta
  progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, iaitu
  sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi
  kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan
  peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.
– (vii)  Membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya
  penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan
  masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak
  diasaskan pada negara mahupun individu tetapi pada sistem
  kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.
– (viii)   Menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil
  ekonominya. Masyarakat itu akan menjamin pengagihan kekayaan
  negara secara adil lagi saksama, dengan kemajuan ekonominya
  dinikmati bersama oleh setiap rakyat. Masyarakat yang demikian tidak
  akan terbentuk selaga terdapat penentuan            fungsi ekonomi
  berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada
  kelompok-kelompok kaum yang tertentu.
– (ix) Membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi
  yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan
  mempunyai daya ketahanan.
• Cabaran-cabaran di atas telah membangkitkan beberapa isu utama
  yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf
  negara maju.

   – (i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia. Rakyat di negara ini
     tidak lagi diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit.
     Bagi membentuk satu negara bangsa Malaysia, beberapa istilah
     tertentu seperti perpaduan kaum, kesetiaan kepada negara,
     keharmonian dan toleransi perlu difahami dan diamalkan.
   – (ii) Negara Perindustrian. Mengubah corak ekonomi dari negara
     pertanian kepada perindustrian bagi mencapai status sebagai negara
     maju. Ini bermakna, rakyat harus bersedia bukan sahaja dalam proses
     perubahan dari kehidupan bertani kepada perindustrian, tetapi juga
     perubahan dalam teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
   – (iii) Moral dan Etika. Berlainan dengan konsep negara maju yang lebih
     bercirikan kebendaan, negara maju ala-Malaysia berpegang kepada
     falsafah moral dan etika yang berasaskan kepercayaan agama. Tanpa
     nilai-nilai ini, kesejahteraan dan keharmonian yang wujud tidak akan
     berkekalan, sebaliknya membawa keburukan.
• (iv) Keadilan Ekonomi dan Sosial. Aspek ini merupakan penegasan
  semula ke atas isu-isu yang menjadi perhatian utama seperti
  pembasmian kemiskinan dan keseimbangan sosio-ekonomi di
  antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan di antara
  bandar dan luar bandar. Wawasan 2020 meminta semua rakyat
  Malaysia tidak membuat tafsiran salah terhadap bantuan yang
  diberi kepada sesuatu kaum tertentu. Sebaliknya ia merupakan
  usaha bagi membaiki ketidakseimbangan yang wujud dalam
  masyarakat.
• (v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan.
  Hakikat bahawa keluarga adalah asas pembentukan masyarakat
  dan masyarakat menjadi asas pembinaan negara tidak dinafikan. Ini
  bermaksud, kekuatan dan kemajuan sesebuah negara terletak pada
  keluarga dan masyarakat. Dengan itu, nilai dan cara hidup (seperti
  masyarakat penyayang) perlulah dibentuk pada peringkat awal lagi
  iaitu melalui institusi keluarga.
10.7 KESIMPULAN

• Dasar-dasar kerajaan digubal dan dilaksanakan selaras dengan nilai-
  nilai sosio-ekonomi dan politik negara pada satu-satu masa.
• Oleh kerana sifatnya yang dinamik, maka dasar-dasar kerajaan
  sentiasa berubah-ubah mengikut nilai-nilai masyarakat dan pucuk
  pimpinan dari semasa ke semasa.
• Selepas tercetusnya Tragedi 13 Mei, segala dasar yang digubal
  khususnya pada awal tahun 1970an, adalah berteraskan DEB
  sebagai dasar induk yang bertujuan untuk mencapai perpaduan
  negara.
• Pada masa kini dasar-dasar kerajaan adalah berteraskan Wawasan
  2020 sebagai memenuhi hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai
  sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
• Prinsip-prinsip asas dasar-dasar berkenaan tetap kekal seperti asal.
  Apa yang beza adalah pendekatan kerana ia perlu disesuaikan
  dengan perubahan masa.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
5006
 
Cabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negaraCabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negara
Ro Ny
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
Nur Az
 

La actualidad más candente (20)

Sistem Ekonomi Campuran 2009
Sistem Ekonomi Campuran 2009Sistem Ekonomi Campuran 2009
Sistem Ekonomi Campuran 2009
 
Ciri ciri Negara Malaysia
Ciri ciri  Negara MalaysiaCiri ciri  Negara Malaysia
Ciri ciri Negara Malaysia
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
 
Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Dasar negara
 
Dasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasionalDasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasional
 
2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa
 
6.4.1 mahkamah persekutuan
6.4.1  mahkamah persekutuan6.4.1  mahkamah persekutuan
6.4.1 mahkamah persekutuan
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
 
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
 
Sistem Kehakiman Malaysia #STPM
Sistem Kehakiman Malaysia #STPMSistem Kehakiman Malaysia #STPM
Sistem Kehakiman Malaysia #STPM
 
Bab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakimanBab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakiman
 
Cabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negaraCabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negara
 
Perkongsian
PerkongsianPerkongsian
Perkongsian
 
DASAR-DASAR KERAJAAN
DASAR-DASAR KERAJAANDASAR-DASAR KERAJAAN
DASAR-DASAR KERAJAAN
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja raja
 
KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL
KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL
KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
 
Dasar awam
Dasar awamDasar awam
Dasar awam
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946
 

Destacado (11)

(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
 
Dasar pembangunan nasional [1991 2000]
Dasar pembangunan nasional [1991 2000]Dasar pembangunan nasional [1991 2000]
Dasar pembangunan nasional [1991 2000]
 
Rancangan Malaysia Ke-10 Bab 5 (Pendidikan)
Rancangan Malaysia Ke-10 Bab 5 (Pendidikan)Rancangan Malaysia Ke-10 Bab 5 (Pendidikan)
Rancangan Malaysia Ke-10 Bab 5 (Pendidikan)
 
Bab 10-t4(2)
Bab 10-t4(2)Bab 10-t4(2)
Bab 10-t4(2)
 
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
 
Gejala sosial
Gejala sosialGejala sosial
Gejala sosial
 
Pembangunan ekonomi semasa dasar pembangunan nasional
Pembangunan ekonomi semasa dasar pembangunan nasionalPembangunan ekonomi semasa dasar pembangunan nasional
Pembangunan ekonomi semasa dasar pembangunan nasional
 
Dasar awam
Dasar awamDasar awam
Dasar awam
 
Dadah
DadahDadah
Dadah
 
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depanBab 6 Isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depan
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baru
 

Similar a 10 dasar-dasar kerajaan

Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaPembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
No Name
 
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
Brenda Rachel Marie
 
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5: Bab 8
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5:  Bab 8Sejarah Tingkatan Tingkatan 5:  Bab 8
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5: Bab 8
hamdan che hassan
 
Topik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
Topik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnikTopik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
Topik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
Datoknye
 
BAB 9..Rancangan dan wawasan negara
BAB 9..Rancangan dan wawasan negaraBAB 9..Rancangan dan wawasan negara
BAB 9..Rancangan dan wawasan negara
asia green
 
Dasar Dasar Negara
Dasar Dasar NegaraDasar Dasar Negara
Dasar Dasar Negara
Muhamad Yogi
 
Dasar Awam 3
Dasar Awam 3Dasar Awam 3
Dasar Awam 3
aimm reka
 
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
Ang Xiao Yean
 

Similar a 10 dasar-dasar kerajaan (20)

Bab 3 pembangunan ekonomi
Bab 3  pembangunan ekonomiBab 3  pembangunan ekonomi
Bab 3 pembangunan ekonomi
 
03 dasar ekonomi_baru
03 dasar ekonomi_baru03 dasar ekonomi_baru
03 dasar ekonomi_baru
 
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaPembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
 
BAB4: EKONOMI
BAB4: EKONOMIBAB4: EKONOMI
BAB4: EKONOMI
 
Konteks Ekonomi dan Hubungan Etnik
Konteks Ekonomi dan Hubungan EtnikKonteks Ekonomi dan Hubungan Etnik
Konteks Ekonomi dan Hubungan Etnik
 
Dasar Pembangunan Luar Bandar.pptx
Dasar Pembangunan Luar Bandar.pptxDasar Pembangunan Luar Bandar.pptx
Dasar Pembangunan Luar Bandar.pptx
 
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
 
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5: Bab 8
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5:  Bab 8Sejarah Tingkatan Tingkatan 5:  Bab 8
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5: Bab 8
 
Pengajian malaysia.pptx 22222
Pengajian malaysia.pptx 22222Pengajian malaysia.pptx 22222
Pengajian malaysia.pptx 22222
 
Bab 3.
Bab 3.Bab 3.
Bab 3.
 
Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Dasar negara
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 8 - Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
SEJARAH T5 KBSM BAB 8 - Pembangunan dan Perpaduan untuk KesejahteraanSEJARAH T5 KBSM BAB 8 - Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
SEJARAH T5 KBSM BAB 8 - Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
 
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIAUWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
 
Dasar Pembangunan Negara Malaysia Sepintas Lalu
Dasar Pembangunan Negara Malaysia Sepintas LaluDasar Pembangunan Negara Malaysia Sepintas Lalu
Dasar Pembangunan Negara Malaysia Sepintas Lalu
 
Topik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
Topik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnikTopik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
Topik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
 
BAB 9..Rancangan dan wawasan negara
BAB 9..Rancangan dan wawasan negaraBAB 9..Rancangan dan wawasan negara
BAB 9..Rancangan dan wawasan negara
 
Dasar Dasar Negara
Dasar Dasar NegaraDasar Dasar Negara
Dasar Dasar Negara
 
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA  SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKAPERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA  SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
 
Dasar Awam 3
Dasar Awam 3Dasar Awam 3
Dasar Awam 3
 
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
 

Más de Nur Az

Más de Nur Az (20)

Ekonomi - kemiskinan di bandar
Ekonomi - kemiskinan di bandarEkonomi - kemiskinan di bandar
Ekonomi - kemiskinan di bandar
 
Cukai jualan tarif-harga min dan max
Cukai jualan tarif-harga min dan maxCukai jualan tarif-harga min dan max
Cukai jualan tarif-harga min dan max
 
Ekonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportEkonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian Import
 
Ekonomi - Komoditi Eksport Koko
Ekonomi - Komoditi Eksport KokoEkonomi - Komoditi Eksport Koko
Ekonomi - Komoditi Eksport Koko
 
Ekonomi - Komoditi Eksport
Ekonomi - Komoditi EksportEkonomi - Komoditi Eksport
Ekonomi - Komoditi Eksport
 
Ekonomi - Pertanian
Ekonomi - Pertanian Ekonomi - Pertanian
Ekonomi - Pertanian
 
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanEkonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
 
Ekonomi - Institut bukan bank
Ekonomi - Institut bukan bankEkonomi - Institut bukan bank
Ekonomi - Institut bukan bank
 
Ekonomi - Kewangan-bank
Ekonomi - Kewangan-bankEkonomi - Kewangan-bank
Ekonomi - Kewangan-bank
 
Ekonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewanganEkonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewangan
 
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskalEkonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal
 
Ekonomi - Tabungan awam
Ekonomi - Tabungan awamEkonomi - Tabungan awam
Ekonomi - Tabungan awam
 
Ekonomi - Tabungan pelaburan
Ekonomi -  Tabungan pelaburanEkonomi -  Tabungan pelaburan
Ekonomi - Tabungan pelaburan
 
Ekonomi - Pendidikan
Ekonomi - PendidikanEkonomi - Pendidikan
Ekonomi - Pendidikan
 
Ekonomi - Kemiskinan
Ekonomi - KemiskinanEkonomi - Kemiskinan
Ekonomi - Kemiskinan
 
Ekonomi -Teori Neo-Klasik
Ekonomi -Teori Neo-KlasikEkonomi -Teori Neo-Klasik
Ekonomi -Teori Neo-Klasik
 
Ekonomi - Model Harrod-Domer
Ekonomi - Model Harrod-DomerEkonomi - Model Harrod-Domer
Ekonomi - Model Harrod-Domer
 
Ekonomi - teori Rostow
Ekonomi - teori RostowEkonomi - teori Rostow
Ekonomi - teori Rostow
 
Ekonomi - Model ricardo-karlmarx
Ekonomi - Model ricardo-karlmarxEkonomi - Model ricardo-karlmarx
Ekonomi - Model ricardo-karlmarx
 
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smithEkonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
 

10 dasar-dasar kerajaan

  • 2. OBJEKTIF BAB Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: • 1. Memahami pengertian dasar-dasar kerajaan. • 2. Menerangkan matlamat dan perkembangan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan. • 3. Menjelaskan kepentingan dasar-dasar kerajaan.
  • 3. 10.1 PENGENALAN • Selepas merdeka sehingga kini pelbagai dasar yang telah dibentuk oleh kerajaan – Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Wawasan 2020. • Menerangkan tentang definisi dan kepentingan dasar. – Latarbelakang pembentukan dasar-dasar sebelum dan selepas merdeka - antaranya matlamat dan strategi pelaksanaannya.
  • 4. 10.1.1 Definisi dan Kepentingan Dasar • Dasar/polisi ialah suatu garis panduan pentadbiran/pegangan mengenai sesuatu idea/gagasan yang tersusun rapi. • Merangkumi segala arahan, peraturan dan pedoman demi mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah negara yang gemilang dan maju. • Mempunyai objektif, strategi pelaksanaan dan penilaian terhadap keberkesanannya. • Menjadi panduan pentadbiran kepada kerajaan untuk mengatasi masalah yang wujud dalam sesebuah negara. • Mengatasi masalah ketidakseimbangan yang wujud di dalam masyarakat.
  • 5. 10.2 LATAR BELAKANG DASAR-DASAR KERAJAAN • Sejak merdeka kerajaan telah menggubal pelbagai dasar pembangunan bertujuan untuk mencapai perpaduan negara bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan ekonomi yang timbul akibat daripada dasar penjajahan British. • Apabila tercetusnya Tragedi 13 Mei pada tahun 1969, kerajaan telah mengambil langkah menilai semula dan memperbaharui strategi-strategi tertentu untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan yang wujud ketika itu.
  • 6. 10.2.1 Dasar-Dasar Sebelum Merdeka • Penjajahan Inggeris telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap perkembangan, ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan hubungan kaum. • Dari perspektif ekonomi, Inggeris – Inggeris memperkenalkan sistem ekonomi yang liberal dan menjalankan dasar pecah dan perintah. – Rancangan ekonomi ditumpukan kepada usaha mengeksploitasi sumber-sumber galian dan pengeluaran bahan-bahan mentah pertanian. – Dasar ekonomi ekstraktif - beri keutamaan kepada perlombongan dan pembukaan ladang-ladang getah – Memberi galakan terhadap kemasukan modal, institusi, teknologi dan kepakaran dari Eropah di samping membawa masuk buruh-buruh Cina dan India secara besar-besaran di negara ini.
  • 7. • Dasar dan amalan Inggeris ini menyebabkan – kaum bumiputera yang tinggal di luar bandar terus tersisih dan mundur berbanding dengan kaum-kaum imigran yang tinggal di bandar-bandar dan terlibat dalam sektor ekonomi moden. – Kaum bumiputera berada dalam sektor pertanian dan perikanan tradisional dengan daya pengeluaran yang rendah. – Perubahan sistem ekonomi feudal kepada sistem ekonomi semi-feudal dan semi-kapitalis. – Golongan pemerintah tradisional bumiputera kehilangan kekuasaan ekonomi berikutan kuasa politik mereka pindah ke tangan Inggeris.
  • 8. – Kegiatan ekonomi hanya tertumpu kepada keuntungan dan secara tidak langsung menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik. – Kegiatan ekonomi hanya tertumpu di kawasan yang mempunyai sumber-sumber kekayaan terutama sekali di sebelah barat Semenanjung. – Wujud suasana dual economy. • Ekonomi moden di Pantai Barat Semenanjung dengan ladang, lombong dan aktiviti perdagangan. • Ekonomi secukup hidup tradisional di kawasan luar bandar khususnya di Pantai Timur yang kurang maju.
  • 9. 10.2.2 Dasar-Dasar Selepas Merdeka • Selepas merdeka, kerajaan – Memulakan usaha merancang dan melaksanakan pembangunan negara dengan lebih tersusun. – Usaha dilakukan untuk mengatasi berbagai-bagai masalah sosio ekonomi dan politik . – Membangunkan negara agar hasilnya boleh dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat tidak kira keturunan atau kaum.
  • 10. – Merancang rancangan-rancangan pembangunan lima tahun untuk dilaksanakan secara berperingkat- peringkat. • 1. 1956-1960 Rancangan Malaya Pertama. • 2. 1961-1965 Rancangan Malaya Kedua. • 3. 1966-1970 Rancangan Malaysia Pertama. • 4. 1971-1975 Rancangan Malaysia Kedua. • 5. 1976-1980 Rancangan Malaysia Ketiga. • 6. 1980-1985 Rancangan Malaysia Keempat. • 7. 1986-1990 Rancangan Malaysia Kelima. • 8. 1991-1995 Rancangan Malaysia Keenam. • 9. 1996-2000 Rancangan Malaysia Ketujuh. • 10. 2001-2005 Rancangan Malaysia Kelapan. • 11. 2006-2010 Rancangan Malaysia Kesembilan.
  • 11. • Rancangan ini menentukan – Projek-projek yang perlu dijalankan, soal pembiayaan, dalam dan luar negeri – Keupayaan jentera pentadbiran melaksanakan tugas-tugas pembangunan yang perlu dijalankan. • Rancangan Malaya Pertama dan Kedua telah menumpukan perhatian kepada pembinaan infrastruktur. • Rancangan Malaysia Pertama – menitikberatkan pertumbuhan ekonomi – pembangunan negara secara menyeluruh. – Skim-skim luar bandar dengan rancangan pembukaan tanah secara besar-besaran. • Hasilnya taraf hidup golongan miskin terutamanya masyarakat di luar bandar dapat dipertingkatkan.
  • 12. – Mendedahkan kelemahan strategi dan penentuan andaian • Wujud kemiskinan dan penguasaan ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum-kaum yang ada di negara kita. • Mengancam keselamatan dan perpaduan negara dengan tercetusnya Tragedi 13 Mei tahun 1969. – Tragedi 13 Mei 1969 telah menyebabkan kerajaan menilai kedudukan perimbangan ekonomi antara kaum. • mendapati bahawa jurang perbezaan ekonomi antara kaum adalah terlalu besar.
  • 13. • Penekanan terhadap pertumbuhan ekonomi semata- mata tidak memadai untuk mengatasi sepenuhnya masalah sosio-ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum. • Pembangunan yang tidak mengambilkira dengan secukupnya keperluan golongan miskin serta keadaan yang tidak seimbang antara kaum akan mengakibatkan sebuah negara yang terbahagi kepada mereka yang menikmati dan mereka yang tidak menikmati faedah pertumbuhan. • Pembangunan negara seharusnya mempunyai matlamat yang luas, mencakupi bidang keselamatan, perpaduan dan mewujudkan satu masyarakat yang adil.
  • 14. 10.3 DASAR EKONOMI BARU (DEB) • Formula yang dirancangkan untuk tempoh dua puluh tahun (1971 – 1990) • Untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud di antara kaum, wilayah dan kawasan di Malaysia. • Pelan induk dasar ini dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP 1) 1971-1990. • Strategi serampang dua mata, iaitu – (i) Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyakkan peluang- peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira keturunan dan kaum. – (ii) Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum - menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
  • 15. • Menggugat kestabilan negara sekiranya kemiskinan hanya tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja. • Bancian tahun 1970 – 49.3% keluarga menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. – 86% daripada keluarga miskin ini berada di kawasan luar bandar, – 14% lagi di kawasan bandar. – Kebanyakan penduduk luar bandar adalah orang Melayu - penanam padi, pekebun kecil getah dan kelapa dan nelayan.
  • 16. • Untuk membasmi kemiskinan, usaha-usaha yang dijalankan merangkumi: – (i) Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan di pelbagai sektor – (ii) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara kawasan dan antara wilayah. – (iii) Meningkatkan produktiviti dan pendapatan dengan menambahkan kemudahan semua golongan miskin melalui peluang-peluang kemahiran, tanah, modal dan lain-lain. – (iv) Memberi peluang berpindah dari sektor yang rendah produktivitinya ke sektor yang lebih lumayan. – (v) Memperbaiki taraf dan kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain- lain. – (vi) Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum. – (vii) Mewujudkan kumpulan perusahaan, perniagaan dan perdagangan bumiputera. – (viii) Memodenkan kehidupan luar bandar.
  • 17. • Penyusunan semula dalam pembahagian tempat tinggal, pekerjaan, pendapatan, pendidikan, kemudahan sosial, kesihatan, pengangkutan dan perhubungan, pemilikan harta benda serta mutu dan taraf kehidupan pelbagai kaum. • Menjelang tahun 1990, pemilikan saham dan ekonomi negara akan melambangkan komposisi kepentingan kaum dengan kadar 40:30:30 - bumiputera 30%, bukan bumiputera 40%, pelabur luar negara 30%.
  • 18. • Antara strategi pentingnya ialah • (i) Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan golongan bumiputera agar mereka mampu memiliki 30 peratus ekonomi menjelang tahun 1990. • (ii) Menubuhkan agensi-agensi pembangunan seperti MARA, Bank Bumiputera, Bank Pembangunan dan Amanah Saham Nasional bertujuan membantu penyertaan bumiputera dalam bidang perdagangan dan bagi memajukan wilayah-wilayah, agensi-agensi yang ditubuhkan ialah seperti DARA, KEJORA, KESEDAR, JENGKA dan lain-lain. • (iii) Mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya supaya kedudukan tenaga buruh menggambarkan bilangan kaum menjelang tahun 1990. • (iv) Meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui kegiatan-kegiatan pembangunan dan pemodenan kawasan luar bandar. • (v) Menambahkan bahagian rakyat tempatan dalam pemilikan modal pada stok syarikat dan dalam pertumbuhan ekonomi.
  • 19. • Bagi menjayakan matlamat pembangunan ekonomi negara, pelbagai dasar diwujudkan antaranya seperti Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Penswastaan, Dasar Persyarikatan, Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara dan Dasar Kependudukan. • Dasar Pembangunan Negara (DPN) selepas tamat DEB – Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) - 1991-2000. – Berlandaskan Wawasan 2020 - negara maju menjelang tahun 2020. – Tumpuan DPN - kelemahan prestasi pencapaian dasar sebelumnya. – Tambahan dimensi - pembangunan sumber manusia, menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi, perlindungan alam sekitar dan ekologi. – Matlamat DEB untuk mencapai pembangunan seimbang dan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama masih dikekalkan.
  • 20. 10.4 DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN (DPK) • Termaktub dalam Akta Pelajaran 1961, yang berasaskan kepada Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. • Matlamat utama ialah untuk mencapai perpaduan negara yang merangkumi aspek-aspek sosio ekonomi dan politik. • Lahir berasaskan kesedaran para pemimpin negara yang menyedari perlunya diwujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan bagi menggantikan sistem pendidikan yang diwarisi dari zaman penjajah. • Pada zaman British, – Tidak ada satu dasar pelajaran yang sejajar dengan tujuan dan matlamat yang tetap, – Sekolah berbilang bahasa berkembang mengikut kehendak-kehendak kumpulan etnik. – Wujud lima jenis sistem persekolahan yang sama sekali terasing di antara satu dengan yang lain iaitu sekolah Melayu, sekolah Inggeris, sekolah Cina, sekolah Tamil di samping sekolah Agama. – Orang Melayu diberikan pendidikan pada tahap yang rendah
  • 21. • Selepas merdeka, – Memberikan perhatian utama terhadap bidang pendidikan dalam membangunkan negara. – Untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. – Melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berakhlak, berketrampilan dan sebagainya.
  • 22. • Sebelum Laporan Razak 1956 disyorkan, terdapat beberapa laporan atau penyata utama yang mengemukakan syor ke arah satu sistem pelajaran kebangsaan. • 10.4.1 Penyata Barnes 1950 • Laporan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J. Barnes, telah mencadangkan – (i) Penubuhan satu corak sekolah rendah - Sekolah Kebangsaan dibuka kepada murid daripada semua bangsa dan diajar oleh guru-guru pelbagai bangsa dan keturunan. – (ii) Memansuhkan sekolah rendah vernakular yang berbeza- beza mengikut kaum.
  • 23. – (iii) Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama, manakala bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Tempoh persekolahan juga diseragamkan, iaitu selama enam tahun. Persekolahan percuma diberikan kepada semua murid. • Jawatankuasa berhasrat untuk mengadakan sebuah sekolah bilingual iaitu aliran Melayu dan Inggeris sebagai langkah bagi memupuk integrasi di antara kaum di Tanah Melayu. • Penyata Barnes dianggap sebagai laporan yang paling komprehensif dan berpengaruh sekali pernah diterbitkan. Walau bagaimanapun, Penyata ini tidak berjaya memenuhi kehendak dan aspirasi masyarakat negara ini keseluruhannya.
  • 24. 10.4.2 Penyata Fenn-Wu 1951 • Dr. William Fenn iaitu ahli akademik dari China dan Dr. Wu Teh Yao, seorang pegawai dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah diminta untuk mengkaji sistem dan pelaksanaan sekolah Cina. • Penyata Fenn-Wu telah mengemukakan cadangan pada asasnya: – (i) Menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu, bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dan persediaan buku-buku teks. – (ii) Menyokong pembentukan sistem pendidikan kebangsaan, sekolah Cina diteruskan secara berasingan dan haruslah berorientasikan Tanah Melayu.
  • 25. • Meluluskan Ordinan Pelajaran 1952 dengan menyediakan dua jenis sekolah kebangsaan, bahasa pengantar Melayu danbahasa pengantar Inggeris. • Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam sistem pelajaran kebangsaan. • Ordinan ini tidak dapat dilaksanakan berikutan kemelesetan ekonomi.
  • 26. 10.4.3 Penyata Razak 1956 • Selepas menang pilihanraya 1955, satu jawatankuasa telah dibentuk yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. • Mengkaji dan menilai sistem pendidikan yang sedia ada dan mengemukakan syor-syor yang sesuai bagi mewujudkan satu dasar pelajaran yang boleh diterima oleh semua pihak. • Penyata Razak mencadangkan dua perkara utama yang menjadi teras pembangunan pendidikan, iaitu – (i) Setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat pelajaran. – (ii) Mewujudkan satu sistem pendidikan bagi membentuk masyarakat yang bersatu padu. • Penyata ini mengutamakan unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan negara sebagai satu matlamat yang perlu dicapai untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat majmuk di negara ini.
  • 27. • Penyata Razak telah menyatakan: – Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. • Menandakan bermulanya usaha-usaha untuk menyatukan sistem pendidikan di negara kita. • Mengesyorkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan - untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan juga membentuk identiti kebangsaan. • Diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran tahun 1957.
  • 28. • 1959, satu Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran yang dicadangkan oleh Laporan Razak. – Bantahan dan rasa tidak puas hati rakyat berbilang kaum di Tanah Melayu. – Guru sekolah Melayu yang tidak puas hati kerana tiada ketegasan dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan. – Persatuan Guru-guru Sekolah Cina berpendapat sebahagian daripada Penyata Razak mengabaikan kepentingan pendidikan, bahasa dan kebudayaan Cina. • Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran ketika itu telah mengetuai jawatankuasa yang kemudiannya telah menghasilkan satu laporan yang dikenali sebagai Penyata Rahman Talib.
  • 29. 10.4.4 Penyata Rahman Talib (1960) • Penyata Rahman Talib mempunyai ciri-ciri seperti berikut, iaitu – (i) Pelaksanaan pelajaran rendah percuma selama sembilan tahun; – (ii) Kenaikan darjah secara automatik dari darjah satu hingga tingkatan tiga; – (iii) Peperiksaan penilaian sekolah rendah; – (iv) Peluasan pelajaran teknik dan vokasional; dan – (v) Pengalihan bahasa pengantar. • Seterusnya laporan ini berpendapat bahawa sistem pelajaran telah dilaksanakan dengan berkesan, mengikut syor-syor Laporan Razak dan patut diteruskan. • Cadangan Laporan Rahman Talib telah dimaktubkan menjadi Akta Pelajaran 1961.
  • 30. • Secara umumnya, Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat – satu proses yang mengutamakan perpaduan masyarakat berbilang kaum. • Perpaduan yang diwujudkan mestilah berupaya menangkis gejala-gejala seperti perkauman, keturunan, agama, bahasa, perasaan kedaerahan dan sebagainya. • 1974, sebuah jawatankuasa kabinet ditubuhkan untuk mengkaji semula dasar pelajaran kebangsaan. – Untuk memperbaiki perlaksanaan dasar agar selaras dengan keperluan semasa dalam memenuhi keperluan tenaga kerja untuk pembangunan negara, pembinaan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. • Laporan jawatankuasa kebinet itu kemudiannya diterbitkan pada tahun 1979.
  • 31. • Beberapa perubahan telah dibuat bagi memperkemaskan lagi sistem pendidikan kebangsaan selaras dengan keperluan pembangunan negara. – (i) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. – (ii) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. – (iii) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua. – (iv) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan. – (v) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. – (vi) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.
  • 32. – (vii) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar. – (viii) Memperkenalkan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu Menulis, Membaca dan Mengira. – (ix) Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional. – (x) Mempelbagaikan kemudahan pendidikan di peringkat universiti, terutamanya dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan. – (xi) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.
  • 33. – (xii) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. – (xiii) Menggalakkan kegiatan ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin seperti pasukan kadet tentera, polis, pengakap dan bomba. • DPK juga dilaksanakan dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih di samping mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. – Bermatlamat untuk meningkatkan mutu pelajaran secara keseluruhannya
  • 34. 10.5 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK) • Sebagai garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti Malaysia di peringkat antarabangsa. • Mengambil kira latar belakang sejarah dan kedudukan negara ini sebagai pusat tamadun, serta pertemuan dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. – (i) Unsur-unsur kebudayaan mestilah dapat diterima oleh semua komuniti. – (ii) Apa juga asal usulnya mestilah menggambarkan ciri-ciri yang mudah dikenali sebagai sebahagian dari keadaan tempatan. – (iii) Tidak boleh membawa kesan yang buruk dalam apa juga cara terhadap nilai-nilai asas yang menjadi pendukung kepada unsur-unsur lain.
  • 35. Berdasarkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan, pada tahun 1971, tiga prinsip telah dijadikan asas ke arah pembentukan kebudayaan kebangsaan dan sebagai satu proses yang berterusan. • (i) Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Budaya Melayu merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada hampir 200 juta umat manusia yang mendiami rantau ini sejak berabad lamanya. Jadi wajarlah kebudayaan rakyat rantau ini dijadikan teras kepada kebudayan kebangsaan Malaysia. • (ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima. Prinsip ini bertepatan dengan suasana masyarakat berbilang kaum dan mewarisi pelbagai budaya. Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik sifatnya, sentiasa berubah dan diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Oleh itu, unsur-unsur budaya Cina, India dan Arab dan lain-lain yang sesuai diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kesesuaian ini bergantung sekiranya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukunegara dan asas-asas moral dan kerohanian sejagat, serta Islam sebagai agama rasmi negara.
  • 36. • (iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Penerimaan unsur-unsur Islam adalah sesuai dengan perkembangan sejarah negara ini yang menerima kedatangan Islam sejak 600 tahun yang lampau dan menjadi agama anutan sebahagian besar umat di rantau ini. Justeru itu, adalah wajar nilai-nilai Islam dijadikan unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
  • 37. • Pada asasnya, pembentukan kebudayaan kebangsaan mempunyai tiga objektif berikut: – (i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. – (ii) Mempupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang lahir dari kebudayaan kebangsaan. – (iii) Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan aspek pembangunan sosio ekonomi.
  • 38. • Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi- strategi berikut: – (i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya; – (ii) Meningkat dan memperkukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan; – (iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme; – (iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan – (v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
  • 39. 10.6 WAWASAN 2020 • Pada 28 Februari 1991, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk “Malaysia: The Way Forward” di Majlis pelancaran Malaysian Business Council. – Satu rangka kerja mengenai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 - dikenali sebagai “Wawasan 2020”. • Bukan sebuah dasar khas, tetapi merupakan suatu tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara.
  • 40. • Menekankan sembilan bentuk cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia, – (i) Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah “Bangsa Malaysia” dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut. – (ii) Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya, yakin akan dirinya sendiri, bangga akan keadaannya kini dan segala sesuatu yang telah dicapainya, dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan. Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan, benar-benar menyedari segala kemungkinan dirinya, tidak terkongkong jiwanya, dan dihormati pula oleh bangsa lain.
  • 41. – (iii) Membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat demokratis yang matang, yang mengamalkan sesuatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul, berasaskan muafakat dan musyawarah, dan boleh dicontohi oleh negara-negara membangun lain. – (iv) Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. – (v) Membentuk sebuah masyarakat yang matang yang bersifat toleran, dengan setiap warga bangsa Malaysia, tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya, bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam, kebudayaan serta kepercayaan agamanya masing-masing, tanpa merasa tersisih daripada bangsa tersebut.
  • 42. – (vi) Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. – (vii) Membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan pada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap. – (viii) Menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya. Masyarakat itu akan menjamin pengagihan kekayaan negara secara adil lagi saksama, dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat. Masyarakat yang demikian tidak akan terbentuk selaga terdapat penentuan fungsi ekonomi berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada kelompok-kelompok kaum yang tertentu. – (ix) Membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.
  • 43. • Cabaran-cabaran di atas telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. – (i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia. Rakyat di negara ini tidak lagi diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Bagi membentuk satu negara bangsa Malaysia, beberapa istilah tertentu seperti perpaduan kaum, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlu difahami dan diamalkan. – (ii) Negara Perindustrian. Mengubah corak ekonomi dari negara pertanian kepada perindustrian bagi mencapai status sebagai negara maju. Ini bermakna, rakyat harus bersedia bukan sahaja dalam proses perubahan dari kehidupan bertani kepada perindustrian, tetapi juga perubahan dalam teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. – (iii) Moral dan Etika. Berlainan dengan konsep negara maju yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala-Malaysia berpegang kepada falsafah moral dan etika yang berasaskan kepercayaan agama. Tanpa nilai-nilai ini, kesejahteraan dan keharmonian yang wujud tidak akan berkekalan, sebaliknya membawa keburukan.
  • 44. • (iv) Keadilan Ekonomi dan Sosial. Aspek ini merupakan penegasan semula ke atas isu-isu yang menjadi perhatian utama seperti pembasmian kemiskinan dan keseimbangan sosio-ekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan di antara bandar dan luar bandar. Wawasan 2020 meminta semua rakyat Malaysia tidak membuat tafsiran salah terhadap bantuan yang diberi kepada sesuatu kaum tertentu. Sebaliknya ia merupakan usaha bagi membaiki ketidakseimbangan yang wujud dalam masyarakat. • (v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan. Hakikat bahawa keluarga adalah asas pembentukan masyarakat dan masyarakat menjadi asas pembinaan negara tidak dinafikan. Ini bermaksud, kekuatan dan kemajuan sesebuah negara terletak pada keluarga dan masyarakat. Dengan itu, nilai dan cara hidup (seperti masyarakat penyayang) perlulah dibentuk pada peringkat awal lagi iaitu melalui institusi keluarga.
  • 45. 10.7 KESIMPULAN • Dasar-dasar kerajaan digubal dan dilaksanakan selaras dengan nilai- nilai sosio-ekonomi dan politik negara pada satu-satu masa. • Oleh kerana sifatnya yang dinamik, maka dasar-dasar kerajaan sentiasa berubah-ubah mengikut nilai-nilai masyarakat dan pucuk pimpinan dari semasa ke semasa. • Selepas tercetusnya Tragedi 13 Mei, segala dasar yang digubal khususnya pada awal tahun 1970an, adalah berteraskan DEB sebagai dasar induk yang bertujuan untuk mencapai perpaduan negara. • Pada masa kini dasar-dasar kerajaan adalah berteraskan Wawasan 2020 sebagai memenuhi hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. • Prinsip-prinsip asas dasar-dasar berkenaan tetap kekal seperti asal. Apa yang beza adalah pendekatan kerana ia perlu disesuaikan dengan perubahan masa.