SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 6
1
PENGERTIAN ADHD (ATTENTION DEFICIT
HYPERACTIVITY DISORDER)
Pada asasnya, ADHD merupakan kaedah diagnostik diaplikasikan kepada kanak-kanak
dan dewasa bertujuan mengesan ketidaknormalan tingkahlaku atau perilaku yang berterusan.
ADHD merupkan singkatan istillah “Attention Deficit Hyperactivity Disorder”. Dari sudut
penterjemahan bahasa biasa; “attention” bermaksud perhatian atau tumpuan, “deficit”
bermaksud kurang daya, “disorder” membawa maksud ketidakaturan atau gangguan manakala
“hyperactive” bermaksud terlampau aktif (hiperaktif) berbanding keaktifan normal. Dalam
konteks pendidikan ADHD membawa pengertian “tingkahlaku kurang daya tumpuan” dan
“hiperaktif”. Dari sudut sains, sindrom ADHD disebabkan ketidakseimbangan atau kerosakan
kecil pada bahagian sistem saraf otak yang mengawal tindakan dan tindakbalas. Kerosakan
kecil pada bahagian otak mengganggu kemampuan individu untuk mengatur perilaku supaya
bersesuaian dengan perilaku normal.
Sindrom ADHD dapat dikesan pada peringkat awal umur kanak-kanak sekitar 3 hingga
5 tahun. Sindrom ADHD ini boleh berterusan hingga ke peringkat remaja dan kadang-kadang
kekal pada peringkat dewasa.
Berdasarkan corak tingkahlaku kanak-kanak yang menghidap ADHD, terdapat tiga
jenis kumpulan sindrom utama ADHD iaitu;
(i) “Inattention(ADD)” – kurang daya tumpuan atau tiada konsentrasi
(ii) “Hiperaktif” – pergerakan terlalu aktif atau hiperaktif
(ii) “Impulsivity” – kurang kawalan perlakuan.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK INATTENTION
“Inattention” merujuk kepada kurang daya tumpuan kanak-kanak terhadap
pembelajaran. Antara cirri-ciri tingkahlaku kanak-kanak yang menghidap sindrom
“Inattention” ialah;
(i) Kanak-kanak selalunya gagal memberi perhatian secara terperinci terhadap
arahan dan aktiviti pembelajaran.
(ii) Kanak-kanak kerapkali tidak mengikuti perintah dan arahan.
(iii) Kanak-kanak seringkali lupa rutin dan gagal menyiapkan kerja rumah.
(iv) Kanak-kanak tidak mendengar ketika dibawa berbincang secara bersekemuka.
(v) Mengelakkan kerja atau tugasan yang memerlukan usaha dan daya berfikir yang
lebih. Murid selalunya mahu melakukan kerja yang mudah.
(vi) Seringkali kehilangan benda-benda keperluan sendiri alat tulis.
2
(vii) Kebiasaannya, kanak-kanak adalah pasif, sering mengalamun, tidur dalam kelas,
cepat bosan dan sering bingung. Ini banyak berlaku di kalangan murid perempuan.
(viii) Prestasi akademik biasanya, konsisten rendah dan tidak meningkat secara
drastic. Tidak ada daya saing untuk belajar.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK HIPERAKTIF.
Hiperaktif merujuk kepada ‘terlalu aktif’ dan tidak duduk diam. Antara cirri-ciri kanak-
kanak yang mengalami hiperaktif ialah;
(i) Sering meninggalkan tempat duduk tanpa tujuan yang berfokus.
(ii) Kerapkali gelisah, sering menggerak-gerakan tangan dan kaki sewaktu duduk.
(iii) Kerap berlari-lari dan memanjat secara berlebihan dalam situasi yang yang tidak
sepatutnya.
(iv) Tidak dapat mengikuti permainan atau aktiviti yang memerlukan ketenangan
untuk melaksanakan aktiviti.
(v) Banyak bercakap atau bercerita sewaktu melaksanakan tugasan.
(vi) Seringkali mengganggu rakan sekelas.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK IMPULSIVITY.
Impulsivity merujuk kepada tindakbals keinginan dan perilaku yang melulu atau
tingkahlaku luar sedar. Kanak-kanak yang mengalami sindrom ini biasanya;
(i) Cepat memberi jawapan dan respon melulu sebelum soalan selesai diutarakan.
(ii) Selalu mencelah atau mengganggu perbualan atau perbincangan yang sedang
dijalankan.
(iii) Tidak sabar menunggu giliran bermain dan tidak sabar berbaris.
(iv) Sering berbicara berlebihan yang tidak sesuai dengan adab sopan santun.
PUNCA-PUNCA WUJUD ADHD.
Punca sebenar terjadinya gejala ADHD tidak dipastikan secara seratus-peratus. Namun
beberapa faktor dalaman atau gaya hidup di kalangan ibu bapa yang dianggap sebagai
pendorong wujudnya gejala ADHD di kalangan kanak-kanak. Apa yang pasti ialah, ADHD
ialah bukan disebabkan oleh status sosioekonomi keluarga, status pendidikan, alahan kepada
makanan, mendengar dan menonoton media secara berlebihan.
Faktor genetik membawa pengertian sebagai baka yang diperturunkan kepada anak.
Salah satu ibu bapa atau kedua-dua ibu bapa normal mungkin membawa gen yang tertentu
dikenalpasti sebagai “dopamine gene”. Gen ini terbahagi kepada dua jenis iaitu “dopamine
3
transporter gene” dan “dopamine repeater gene”. Dikatakan bahawa “dopamine repeater
gene” inilah dihubungkaitkan dengan ADHD. Jika ““dopamine repeater gene”ini lebih
dominan maka salah seorang adik-beradik akan mendapat sindrom ADHD. Mengikut kajian,
25% hingga 35% ADHD adalah diwarisi oleh genetik kedua ibu bapa.
Tabiat merokok dan meminum minuman keras di kalangan ibu juga dikatakan menjadi
faktor atau risiko wujudnya sindrom ADHD di kalangan anak-anak yang bekal dilahirkan.
Setiap benda yang dimakan mahupun disedut oleh ibu mengandung sebenarnya dikongsi
bersama baby yang dikandung walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Hal ini dapat
menerangkan bahawa nekotin dan alkohol diserap oleh bayi dalam kandungan. Alkohol dan
nekotin boleh memudaratkan sistem saraf otak dan menyebabkan risiko mendapat anak yang
mempunyai gejala ADHD. Demikian juga perilaku ibu yang suka mengambil dadah atau ubat-
ubatan berlebihan. Dadah seperti kokain dan ubat yang melebihi dos terbukti menganggu
aktiviti neuron dalam otak dan ini boleh menyebabkan kerosakan kecil pada otak bayi.
Faktor persekitaran ini merujuk kepada keadaan sekitar di mana wanita hamil tersebut
tinggal. Wanita hamil yang terdedah kepada pencemaran sekitar akan menyedut udara kotor
dan berkimia. Dalam industry pestisida, kimia yang dinamakan polychlorinated biphenyls
boleh menyebabkan lahirnya kanak-kanak yang mempunyai sindrom ADHD. Kesan plumbum
yang tersedut oleh ibu hamil juga boleh menyebabkan keracunan plumbam dalam serum darah
bayi. Selain itu, bahan tambahan dalam makanan seperti pewarna dan bahan pengawet boleh
mendatangkan risiko ADHD.
Ada segelintir bayi dilahirkan dengan berat badan yang kurang daripada purata berat
normal. Ada beberapa faktor menyebabkan berat bayi kurang ketika dilahirkan. Antaranya
ialah cara pemakanan yang tidak teratur, ibu tidak mengambil berat kesihatan sendiri ketika
hamil, mengambil dadah, merokok dan mengambil alkohol. Bayi dilahirkan ringan
menggambarkan bayi yang bermasalah dan mungkin membawa sindrom ADHD.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN/MENGURANGKAN RISIKO.
Pencegahan lebih baik berbanding mengubati sangat sesuai dalam situasi untuk
mengelakkan anak-anak yang bekal dilahirkan mendapat sindrom ADHD. Pencegahan dapat
dilakukan oleh ibu yang mengandung anak mengambil dadah, tidak merokok dan menghindar
alkohol. Ibu hamil juga mesti menjaga kebersihan dan kesihatan diri dan menyertai aktiviti atau
kerja yang tidak memudaratkan bayi kandungan. Selain itu, persekitaran tempat juga patut
bersih dan bebas daripada sebarang bahan kimia supaya ibu tidak terdedah kepada risiko. Ibu
yang tidak mempunyai pengetahuan yang cukup perlu mendapatkan bantuan khidmat nasihat
daripada doktor atau agensi perubatan atau agensi sekolah khas. Ibu mesti peka demi
4
keselamatan diri dan anak yang dikandung kelak anak yang dilahirkan nanti sihat dan bebas
daripada sindrom ADHD.
Pemerhatian awal sesuai dilaksanakan sewaktu kanak-kanak berumur 5-6 tahun
sewaktu di prasekolah lagi. Pada peringkat umuri ini, sindrom ADHD sudah dapat dikenalpasti.
Namun, diagnostik lengkap memerlukan mendapat penilaian daripada seorang pakar yang
berpengalaman. Diagnostik dilakukan dengan mengenalpasti dan menganalisa corak
tingkahlaku kanak-kanak dan reaksi kanak-kanak terhadap perubahan persekitaran. Laporan
tingkahlaku mereka difailkan untuk tindakan selanjutnya.
Kanak-kanak ADHD sering diberi rawatan yang melibatkan pendekatan multidisiplin
yang merangkumi bidang pendidikan, psikologi, perubatan, dan sosial. Dalam bidang
perubatan, ubat perangsang digunakan tetapi ini tidaklah bererti gangguan ADHD ini pulih
sepenuhnya. Ubat perangsang hanya membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenang dapat
menumpukan perhatian selama 4 jam. Penggunaan ubat dapat memperbaiki koordinasi dan
pergerakan psikomotor.namun demikian, pemberian ubat penenang ini tidak boleh dilakukan
secara suka hati, mesti mendapat nasihat dan arahan daripada doktor.
STRATEGI PENDIDIKAN MEMBANTU KANAK-KANAK ADHD.
Kita bertuah sebab mempunyai kementerian pendidikan yang peka terhadap keperluan
kanak-kanak bermasaalah pembelajaran. Program Integrasi Pendidikan Khas yang diwujudkan
pada Tahun1988 merupakan usaha untuk memberi hak saksama dalam pendidikan kepada
kanak-kanak bermasaalah pembelajaran termasuklah kanak-kanak ADHD. Usaha terbaru KPM
ialah merapatkan jurang pendidikan antara pelajar kumpulan ini dengan pelajar normal
Program membangunkan dan membuka sekolah Intergrasi Pendidikan Sekolah ini
dilaksanakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
Kanak-kanak ADHD mempunyai perilaku dan tindakan yang berbeza dengan kanak-
kanak lain yang normal. Dengan demikian, kanak-kanak ADHD ini perlu diberi perhatian khas
yang berbeza. Mendidik kanak-kanak yang mengalami simptom ADHD merupakan cabaran
para pendidik dan agensi pendidikan. Kebanyakan ibu bapa bergantung sepenuhnya kepada
golongan pendidik untuk mendidik dan memperkembangkan potensi kanak-kanak ADHD.
Namun, usaha membantu kanak-kanak ADHD menghadapi pelajaran dan mengharungi
kehidupan bukanlah tanggungjawab guru sehaja malah usaha ini melibatkan penglibatan semua
pihak. Ini termasuklah jabatan, pihak pentadbir sekolah, warga sekolah yang lain serta ibu
bapa. Semua pihak mesti berganding bahu menjalankan peranan masing-masing.
Kita sebagai pendidik semestinya berusaha untuk merealisasikan usaha-usaha dan
hasrat kementerian. Kita sememangnya dituntut untuk merancang PDP yang bersesuaian
dengan keperluan murid ADHD. Kesungguhan guru dalam P&P dalam bilik darjah
5
mempengaruhi keberkesanan penerimaan murid terhadap pelajaran. Kita sebagai guru di
sekolah harian biasa pula harus mempunyai kesabaran, fleksibeliti dan rasional. Sikap sabar,
fleksibel dan rasional membolehkan guru membantu murid mengalami masalah ADHD. Dalam
usahamembantu murid ADHD kita mesti mengambilkira ciri-ciri dan berfokus kepada tiga sub-
ADHD.
Secara khususnya, kanak-kanak ADHD yang mengalami “inattention” adalah kanak-
kanak yang mempunyai daya penumpuan yang lemah. Kanak-kanak “inattention” tidak dapat
mengurus diri sendiri dan selalu kehilangan peralatan sendiri. Keadaan ini boleh mengganggu
proses pembelajaran mereka. Guru perlu melatih murid demikian membezakan buku mata
pelajaran dengan melabelkan warna di atas buku. Murid perlu dilatih menjaga alat tulis yang
lain menggunakan sebuah bekas pencil sebagai tempat menyimpan alat tulis berkenaan.
Latihan ini perlu diamalkan pada setiap hari.
Kanak-kanak “inattention” ini perlu diberi semangat dan motivasi berterusan. Pujian
perlu diberikan kepada murid yang berjaya menyiapkan kerja rumah. Ini berupaya menaikkan
semangat, menaikkan rasa harga diri dan membantu membina keyakinan diri kepada murid
yang berkenaan. Murid “inattention”perlu merasai bahawa dia sentiasa diberi perhatian dan
dihargai, murid mesti merasai bahawa dia sentiasa diberi sokongan dan dorongan. Ini dapat
dilakukan dengan menyediakan satu buku khas untuk merekodkan kerja rumah mereka dan
buku tersebut boleh dibawa pulang untuk ditunjukkan dan ditandatangani oleh ibu bapa. Selain
itu, hasil kerjamereka juga mesti dipamirkan bersama dengan hasil kerja murid lain.
Mempamirkan hasil kerja mereka secara berasingan dengan hasil kerja murid normal akan
menyebabkan murid berkenaan merasa terpencil dan didiskriminasikan. Murid ADHD
(inattention) ini perlu ditempatkan di bahagian hadapan kelas untuk memudahkan guru
berinteraksi.
Murid hiperaktif adalah murid yang tidak dapat duduk diam lebih lama dan suka
bergerak ke sana kemari. Dengandemikian aktiviti PDP untuk murid “hiperaktif” perlu
fleksible. Ada ketikanya, guru boleh membenarkan murid tersebut menyempurnakan kerja
sambil duduk, sambil berdiri atau sambil bergerak. Kerja yang berorientasikan kerja di luar
kelas merupakan kerja yang paling disukai oleh murid ini. Namun, kemahiran guru penting
untuk membimbing murid ADHD mengawal diri.
Guru juga boleh mengaplikasikan kaedah ICT dengan penggunaan alat pandang-
dengar. Penggunaan media dan teknologi dalam PDP adalah menyeronokkan dapat menarik
tumpuan murid berkenaan. Penggunaan media juga dapat meningkatkan daya ingatan murid
ADHD. Antara lain yang boleh digunakan ialah poster,lukisan, gambar dan komputer.
Mudah lupa merupakan salah satu daripada bebarapa ciri-ciri kanak-kanak “impulsivity”. Guru
boleh melatih murid membina dan mengamalkan jadual rutin harian yang ringkas. Murid juga
6
patut dibimbing dan dilatih mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai
semak. Konsepnya ialah kita membuat pengekalan tingkahlaku terhadap rutin dan kebiasaan
aktiviti harian. Selain itu, murid “impulsivity” perlu dibantu memahami dan mengamal papan
tanda sosial seperti “SENYAP”, “SILA IKUT BARISAN”, dan seumpamanya. Ini semua
dapatmembantu murid supaya dapat mengawal kata hati dan berfikir sebelum melakukan
sesuatu.Sistem hadiah juga boleh disediakan untuk menggalakkan murid supaya kelakuan yang
baik dan mengikit peraturan..
Dalam PDP, guru perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami. Murid ADHD
memerlukan arahan yang jelas dan satu persatu. Penerangan atau arahan yang cepat
membuatkan mereka hilang arah, bingung dan bosan serta ingin bergerak. Kalau pun tdak
bergerak, murid-murid ini akan menggoyang-goyangkan tangan dan kaki mereka. Kaedah ini
dapat mengurangkan kesilapan murid dalam menyelesaikan kerja atau aktiviti PDP.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khassitiaishahmohamad
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awalNor Saroni
 
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKaren So Yongfen
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahAziroh Johari
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaSyed Ahmad Azhar
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
Kaedah multisensori
Kaedah multisensoriKaedah multisensori
Kaedah multisensoripeggylau9318
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananFatin Zafrina Rulez
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyIzzat Najmi
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuumagul
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranarshaqaxman
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakRaihan Raihana
 
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatanKanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatansyazwanie suhaimi
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
 

La actualidad más candente (20)

Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awal
 
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khasBab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
 
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolah
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Kaedah multisensori
Kaedah multisensoriKaedah multisensori
Kaedah multisensori
 
Hiperaktif
HiperaktifHiperaktif
Hiperaktif
 
47598047 khidmat-sokongan
47598047 khidmat-sokongan47598047 khidmat-sokongan
47598047 khidmat-sokongan
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatanKanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 

Similar a Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD

Similar a Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD (20)

Hiperaktif
HiperaktifHiperaktif
Hiperaktif
 
Punca-punca spesifik ADHD
Punca-punca spesifik ADHD Punca-punca spesifik ADHD
Punca-punca spesifik ADHD
 
Adhd syndrome
Adhd syndromeAdhd syndrome
Adhd syndrome
 
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)
 
Tugasan 1 kbk 3073 2013
Tugasan 1 kbk 3073 2013Tugasan 1 kbk 3073 2013
Tugasan 1 kbk 3073 2013
 
PKU 3101
PKU 3101PKU 3101
PKU 3101
 
Kanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khasKanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khas
 
Kecelaruan hiperaktif
Kecelaruan hiperaktifKecelaruan hiperaktif
Kecelaruan hiperaktif
 
Pendidikan khas - HIPERAKTIF/ADHD
Pendidikan khas - HIPERAKTIF/ADHDPendidikan khas - HIPERAKTIF/ADHD
Pendidikan khas - HIPERAKTIF/ADHD
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
 
P.khas.lan
P.khas.lanP.khas.lan
P.khas.lan
 
Disleksia
DisleksiaDisleksia
Disleksia
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Autisme
AutismeAutisme
Autisme
 
Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073
 
Kbk 3073 adhd
Kbk 3073 adhdKbk 3073 adhd
Kbk 3073 adhd
 
Kajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autismeKajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autisme
 
Disleksia
DisleksiaDisleksia
Disleksia
 
Dislexia
DislexiaDislexia
Dislexia
 

Más de PuworkUtara OnSlideshare

6 Function Built In (Excel 2019 dn 365).pptx
6 Function Built In (Excel 2019 dn 365).pptx6 Function Built In (Excel 2019 dn 365).pptx
6 Function Built In (Excel 2019 dn 365).pptxPuworkUtara OnSlideshare
 
DSKP Bahasa Kadazandusun Thn 1 ( Semakan KSSR 2017 )
DSKP Bahasa Kadazandusun Thn 1 ( Semakan KSSR 2017 )DSKP Bahasa Kadazandusun Thn 1 ( Semakan KSSR 2017 )
DSKP Bahasa Kadazandusun Thn 1 ( Semakan KSSR 2017 )PuworkUtara OnSlideshare
 
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 1
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 1Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 1
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 1PuworkUtara OnSlideshare
 
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 2
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 2Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 2
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 2PuworkUtara OnSlideshare
 
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 3
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 3Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 3
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 3PuworkUtara OnSlideshare
 
Palan Mongigia Sontoun Boros KadazanDusun Toun 4 ( 2016)
Palan Mongigia Sontoun Boros KadazanDusun Toun 4 ( 2016)Palan Mongigia Sontoun Boros KadazanDusun Toun 4 ( 2016)
Palan Mongigia Sontoun Boros KadazanDusun Toun 4 ( 2016)PuworkUtara OnSlideshare
 

Más de PuworkUtara OnSlideshare (20)

Resepi Roti Paung.pptx
Resepi Roti Paung.pptxResepi Roti Paung.pptx
Resepi Roti Paung.pptx
 
6 Function Built In (Excel 2019 dn 365).pptx
6 Function Built In (Excel 2019 dn 365).pptx6 Function Built In (Excel 2019 dn 365).pptx
6 Function Built In (Excel 2019 dn 365).pptx
 
dskp (semakan 2017) sejarah tahun 5
dskp (semakan 2017) sejarah tahun 5dskp (semakan 2017) sejarah tahun 5
dskp (semakan 2017) sejarah tahun 5
 
Dpk2020 bkd6
Dpk2020 bkd6Dpk2020 bkd6
Dpk2020 bkd6
 
Dpk2020 bkd5
Dpk2020 bkd5Dpk2020 bkd5
Dpk2020 bkd5
 
Dpk2020 bkd4
Dpk2020 bkd4Dpk2020 bkd4
Dpk2020 bkd4
 
Dpk2020 bkd3
Dpk2020 bkd3Dpk2020 bkd3
Dpk2020 bkd3
 
Dpk2020 bkd2
Dpk2020 bkd2Dpk2020 bkd2
Dpk2020 bkd2
 
Dpk2020 bkd1
Dpk2020 bkd1Dpk2020 bkd1
Dpk2020 bkd1
 
DSKP Bahasa Kadazandusun Thn 1 ( Semakan KSSR 2017 )
DSKP Bahasa Kadazandusun Thn 1 ( Semakan KSSR 2017 )DSKP Bahasa Kadazandusun Thn 1 ( Semakan KSSR 2017 )
DSKP Bahasa Kadazandusun Thn 1 ( Semakan KSSR 2017 )
 
Induction set figure it out ....
Induction set   figure it out ....Induction set   figure it out ....
Induction set figure it out ....
 
Induction set how many ducks ....
Induction set   how many ducks ....Induction set   how many ducks ....
Induction set how many ducks ....
 
Induction set this is ....
Induction set   this is ....Induction set   this is ....
Induction set this is ....
 
Let's Count How Many Triangles
Let's Count How Many TrianglesLet's Count How Many Triangles
Let's Count How Many Triangles
 
RPT KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 4 ( 2016 )
RPT KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 4 ( 2016 )RPT KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 4 ( 2016 )
RPT KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 4 ( 2016 )
 
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 1
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 1Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 1
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 1
 
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 2
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 2Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 2
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 2
 
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 3
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 3Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 3
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 3
 
Palan Mongigia Sontoun Boros KadazanDusun Toun 4 ( 2016)
Palan Mongigia Sontoun Boros KadazanDusun Toun 4 ( 2016)Palan Mongigia Sontoun Boros KadazanDusun Toun 4 ( 2016)
Palan Mongigia Sontoun Boros KadazanDusun Toun 4 ( 2016)
 
Palan Mongigia Sontoun 2016 BKD Toun 5
Palan Mongigia Sontoun 2016 BKD Toun 5 Palan Mongigia Sontoun 2016 BKD Toun 5
Palan Mongigia Sontoun 2016 BKD Toun 5
 

Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD

  • 1. 1 PENGERTIAN ADHD (ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER) Pada asasnya, ADHD merupakan kaedah diagnostik diaplikasikan kepada kanak-kanak dan dewasa bertujuan mengesan ketidaknormalan tingkahlaku atau perilaku yang berterusan. ADHD merupkan singkatan istillah “Attention Deficit Hyperactivity Disorder”. Dari sudut penterjemahan bahasa biasa; “attention” bermaksud perhatian atau tumpuan, “deficit” bermaksud kurang daya, “disorder” membawa maksud ketidakaturan atau gangguan manakala “hyperactive” bermaksud terlampau aktif (hiperaktif) berbanding keaktifan normal. Dalam konteks pendidikan ADHD membawa pengertian “tingkahlaku kurang daya tumpuan” dan “hiperaktif”. Dari sudut sains, sindrom ADHD disebabkan ketidakseimbangan atau kerosakan kecil pada bahagian sistem saraf otak yang mengawal tindakan dan tindakbalas. Kerosakan kecil pada bahagian otak mengganggu kemampuan individu untuk mengatur perilaku supaya bersesuaian dengan perilaku normal. Sindrom ADHD dapat dikesan pada peringkat awal umur kanak-kanak sekitar 3 hingga 5 tahun. Sindrom ADHD ini boleh berterusan hingga ke peringkat remaja dan kadang-kadang kekal pada peringkat dewasa. Berdasarkan corak tingkahlaku kanak-kanak yang menghidap ADHD, terdapat tiga jenis kumpulan sindrom utama ADHD iaitu; (i) “Inattention(ADD)” – kurang daya tumpuan atau tiada konsentrasi (ii) “Hiperaktif” – pergerakan terlalu aktif atau hiperaktif (ii) “Impulsivity” – kurang kawalan perlakuan. CIRI-CIRI KANAK-KANAK INATTENTION “Inattention” merujuk kepada kurang daya tumpuan kanak-kanak terhadap pembelajaran. Antara cirri-ciri tingkahlaku kanak-kanak yang menghidap sindrom “Inattention” ialah; (i) Kanak-kanak selalunya gagal memberi perhatian secara terperinci terhadap arahan dan aktiviti pembelajaran. (ii) Kanak-kanak kerapkali tidak mengikuti perintah dan arahan. (iii) Kanak-kanak seringkali lupa rutin dan gagal menyiapkan kerja rumah. (iv) Kanak-kanak tidak mendengar ketika dibawa berbincang secara bersekemuka. (v) Mengelakkan kerja atau tugasan yang memerlukan usaha dan daya berfikir yang lebih. Murid selalunya mahu melakukan kerja yang mudah. (vi) Seringkali kehilangan benda-benda keperluan sendiri alat tulis.
  • 2. 2 (vii) Kebiasaannya, kanak-kanak adalah pasif, sering mengalamun, tidur dalam kelas, cepat bosan dan sering bingung. Ini banyak berlaku di kalangan murid perempuan. (viii) Prestasi akademik biasanya, konsisten rendah dan tidak meningkat secara drastic. Tidak ada daya saing untuk belajar. CIRI-CIRI KANAK-KANAK HIPERAKTIF. Hiperaktif merujuk kepada ‘terlalu aktif’ dan tidak duduk diam. Antara cirri-ciri kanak- kanak yang mengalami hiperaktif ialah; (i) Sering meninggalkan tempat duduk tanpa tujuan yang berfokus. (ii) Kerapkali gelisah, sering menggerak-gerakan tangan dan kaki sewaktu duduk. (iii) Kerap berlari-lari dan memanjat secara berlebihan dalam situasi yang yang tidak sepatutnya. (iv) Tidak dapat mengikuti permainan atau aktiviti yang memerlukan ketenangan untuk melaksanakan aktiviti. (v) Banyak bercakap atau bercerita sewaktu melaksanakan tugasan. (vi) Seringkali mengganggu rakan sekelas. CIRI-CIRI KANAK-KANAK IMPULSIVITY. Impulsivity merujuk kepada tindakbals keinginan dan perilaku yang melulu atau tingkahlaku luar sedar. Kanak-kanak yang mengalami sindrom ini biasanya; (i) Cepat memberi jawapan dan respon melulu sebelum soalan selesai diutarakan. (ii) Selalu mencelah atau mengganggu perbualan atau perbincangan yang sedang dijalankan. (iii) Tidak sabar menunggu giliran bermain dan tidak sabar berbaris. (iv) Sering berbicara berlebihan yang tidak sesuai dengan adab sopan santun. PUNCA-PUNCA WUJUD ADHD. Punca sebenar terjadinya gejala ADHD tidak dipastikan secara seratus-peratus. Namun beberapa faktor dalaman atau gaya hidup di kalangan ibu bapa yang dianggap sebagai pendorong wujudnya gejala ADHD di kalangan kanak-kanak. Apa yang pasti ialah, ADHD ialah bukan disebabkan oleh status sosioekonomi keluarga, status pendidikan, alahan kepada makanan, mendengar dan menonoton media secara berlebihan. Faktor genetik membawa pengertian sebagai baka yang diperturunkan kepada anak. Salah satu ibu bapa atau kedua-dua ibu bapa normal mungkin membawa gen yang tertentu dikenalpasti sebagai “dopamine gene”. Gen ini terbahagi kepada dua jenis iaitu “dopamine
  • 3. 3 transporter gene” dan “dopamine repeater gene”. Dikatakan bahawa “dopamine repeater gene” inilah dihubungkaitkan dengan ADHD. Jika ““dopamine repeater gene”ini lebih dominan maka salah seorang adik-beradik akan mendapat sindrom ADHD. Mengikut kajian, 25% hingga 35% ADHD adalah diwarisi oleh genetik kedua ibu bapa. Tabiat merokok dan meminum minuman keras di kalangan ibu juga dikatakan menjadi faktor atau risiko wujudnya sindrom ADHD di kalangan anak-anak yang bekal dilahirkan. Setiap benda yang dimakan mahupun disedut oleh ibu mengandung sebenarnya dikongsi bersama baby yang dikandung walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Hal ini dapat menerangkan bahawa nekotin dan alkohol diserap oleh bayi dalam kandungan. Alkohol dan nekotin boleh memudaratkan sistem saraf otak dan menyebabkan risiko mendapat anak yang mempunyai gejala ADHD. Demikian juga perilaku ibu yang suka mengambil dadah atau ubat- ubatan berlebihan. Dadah seperti kokain dan ubat yang melebihi dos terbukti menganggu aktiviti neuron dalam otak dan ini boleh menyebabkan kerosakan kecil pada otak bayi. Faktor persekitaran ini merujuk kepada keadaan sekitar di mana wanita hamil tersebut tinggal. Wanita hamil yang terdedah kepada pencemaran sekitar akan menyedut udara kotor dan berkimia. Dalam industry pestisida, kimia yang dinamakan polychlorinated biphenyls boleh menyebabkan lahirnya kanak-kanak yang mempunyai sindrom ADHD. Kesan plumbum yang tersedut oleh ibu hamil juga boleh menyebabkan keracunan plumbam dalam serum darah bayi. Selain itu, bahan tambahan dalam makanan seperti pewarna dan bahan pengawet boleh mendatangkan risiko ADHD. Ada segelintir bayi dilahirkan dengan berat badan yang kurang daripada purata berat normal. Ada beberapa faktor menyebabkan berat bayi kurang ketika dilahirkan. Antaranya ialah cara pemakanan yang tidak teratur, ibu tidak mengambil berat kesihatan sendiri ketika hamil, mengambil dadah, merokok dan mengambil alkohol. Bayi dilahirkan ringan menggambarkan bayi yang bermasalah dan mungkin membawa sindrom ADHD. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN/MENGURANGKAN RISIKO. Pencegahan lebih baik berbanding mengubati sangat sesuai dalam situasi untuk mengelakkan anak-anak yang bekal dilahirkan mendapat sindrom ADHD. Pencegahan dapat dilakukan oleh ibu yang mengandung anak mengambil dadah, tidak merokok dan menghindar alkohol. Ibu hamil juga mesti menjaga kebersihan dan kesihatan diri dan menyertai aktiviti atau kerja yang tidak memudaratkan bayi kandungan. Selain itu, persekitaran tempat juga patut bersih dan bebas daripada sebarang bahan kimia supaya ibu tidak terdedah kepada risiko. Ibu yang tidak mempunyai pengetahuan yang cukup perlu mendapatkan bantuan khidmat nasihat daripada doktor atau agensi perubatan atau agensi sekolah khas. Ibu mesti peka demi
  • 4. 4 keselamatan diri dan anak yang dikandung kelak anak yang dilahirkan nanti sihat dan bebas daripada sindrom ADHD. Pemerhatian awal sesuai dilaksanakan sewaktu kanak-kanak berumur 5-6 tahun sewaktu di prasekolah lagi. Pada peringkat umuri ini, sindrom ADHD sudah dapat dikenalpasti. Namun, diagnostik lengkap memerlukan mendapat penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman. Diagnostik dilakukan dengan mengenalpasti dan menganalisa corak tingkahlaku kanak-kanak dan reaksi kanak-kanak terhadap perubahan persekitaran. Laporan tingkahlaku mereka difailkan untuk tindakan selanjutnya. Kanak-kanak ADHD sering diberi rawatan yang melibatkan pendekatan multidisiplin yang merangkumi bidang pendidikan, psikologi, perubatan, dan sosial. Dalam bidang perubatan, ubat perangsang digunakan tetapi ini tidaklah bererti gangguan ADHD ini pulih sepenuhnya. Ubat perangsang hanya membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenang dapat menumpukan perhatian selama 4 jam. Penggunaan ubat dapat memperbaiki koordinasi dan pergerakan psikomotor.namun demikian, pemberian ubat penenang ini tidak boleh dilakukan secara suka hati, mesti mendapat nasihat dan arahan daripada doktor. STRATEGI PENDIDIKAN MEMBANTU KANAK-KANAK ADHD. Kita bertuah sebab mempunyai kementerian pendidikan yang peka terhadap keperluan kanak-kanak bermasaalah pembelajaran. Program Integrasi Pendidikan Khas yang diwujudkan pada Tahun1988 merupakan usaha untuk memberi hak saksama dalam pendidikan kepada kanak-kanak bermasaalah pembelajaran termasuklah kanak-kanak ADHD. Usaha terbaru KPM ialah merapatkan jurang pendidikan antara pelajar kumpulan ini dengan pelajar normal Program membangunkan dan membuka sekolah Intergrasi Pendidikan Sekolah ini dilaksanakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Kanak-kanak ADHD mempunyai perilaku dan tindakan yang berbeza dengan kanak- kanak lain yang normal. Dengan demikian, kanak-kanak ADHD ini perlu diberi perhatian khas yang berbeza. Mendidik kanak-kanak yang mengalami simptom ADHD merupakan cabaran para pendidik dan agensi pendidikan. Kebanyakan ibu bapa bergantung sepenuhnya kepada golongan pendidik untuk mendidik dan memperkembangkan potensi kanak-kanak ADHD. Namun, usaha membantu kanak-kanak ADHD menghadapi pelajaran dan mengharungi kehidupan bukanlah tanggungjawab guru sehaja malah usaha ini melibatkan penglibatan semua pihak. Ini termasuklah jabatan, pihak pentadbir sekolah, warga sekolah yang lain serta ibu bapa. Semua pihak mesti berganding bahu menjalankan peranan masing-masing. Kita sebagai pendidik semestinya berusaha untuk merealisasikan usaha-usaha dan hasrat kementerian. Kita sememangnya dituntut untuk merancang PDP yang bersesuaian dengan keperluan murid ADHD. Kesungguhan guru dalam P&P dalam bilik darjah
  • 5. 5 mempengaruhi keberkesanan penerimaan murid terhadap pelajaran. Kita sebagai guru di sekolah harian biasa pula harus mempunyai kesabaran, fleksibeliti dan rasional. Sikap sabar, fleksibel dan rasional membolehkan guru membantu murid mengalami masalah ADHD. Dalam usahamembantu murid ADHD kita mesti mengambilkira ciri-ciri dan berfokus kepada tiga sub- ADHD. Secara khususnya, kanak-kanak ADHD yang mengalami “inattention” adalah kanak- kanak yang mempunyai daya penumpuan yang lemah. Kanak-kanak “inattention” tidak dapat mengurus diri sendiri dan selalu kehilangan peralatan sendiri. Keadaan ini boleh mengganggu proses pembelajaran mereka. Guru perlu melatih murid demikian membezakan buku mata pelajaran dengan melabelkan warna di atas buku. Murid perlu dilatih menjaga alat tulis yang lain menggunakan sebuah bekas pencil sebagai tempat menyimpan alat tulis berkenaan. Latihan ini perlu diamalkan pada setiap hari. Kanak-kanak “inattention” ini perlu diberi semangat dan motivasi berterusan. Pujian perlu diberikan kepada murid yang berjaya menyiapkan kerja rumah. Ini berupaya menaikkan semangat, menaikkan rasa harga diri dan membantu membina keyakinan diri kepada murid yang berkenaan. Murid “inattention”perlu merasai bahawa dia sentiasa diberi perhatian dan dihargai, murid mesti merasai bahawa dia sentiasa diberi sokongan dan dorongan. Ini dapat dilakukan dengan menyediakan satu buku khas untuk merekodkan kerja rumah mereka dan buku tersebut boleh dibawa pulang untuk ditunjukkan dan ditandatangani oleh ibu bapa. Selain itu, hasil kerjamereka juga mesti dipamirkan bersama dengan hasil kerja murid lain. Mempamirkan hasil kerja mereka secara berasingan dengan hasil kerja murid normal akan menyebabkan murid berkenaan merasa terpencil dan didiskriminasikan. Murid ADHD (inattention) ini perlu ditempatkan di bahagian hadapan kelas untuk memudahkan guru berinteraksi. Murid hiperaktif adalah murid yang tidak dapat duduk diam lebih lama dan suka bergerak ke sana kemari. Dengandemikian aktiviti PDP untuk murid “hiperaktif” perlu fleksible. Ada ketikanya, guru boleh membenarkan murid tersebut menyempurnakan kerja sambil duduk, sambil berdiri atau sambil bergerak. Kerja yang berorientasikan kerja di luar kelas merupakan kerja yang paling disukai oleh murid ini. Namun, kemahiran guru penting untuk membimbing murid ADHD mengawal diri. Guru juga boleh mengaplikasikan kaedah ICT dengan penggunaan alat pandang- dengar. Penggunaan media dan teknologi dalam PDP adalah menyeronokkan dapat menarik tumpuan murid berkenaan. Penggunaan media juga dapat meningkatkan daya ingatan murid ADHD. Antara lain yang boleh digunakan ialah poster,lukisan, gambar dan komputer. Mudah lupa merupakan salah satu daripada bebarapa ciri-ciri kanak-kanak “impulsivity”. Guru boleh melatih murid membina dan mengamalkan jadual rutin harian yang ringkas. Murid juga
  • 6. 6 patut dibimbing dan dilatih mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak. Konsepnya ialah kita membuat pengekalan tingkahlaku terhadap rutin dan kebiasaan aktiviti harian. Selain itu, murid “impulsivity” perlu dibantu memahami dan mengamal papan tanda sosial seperti “SENYAP”, “SILA IKUT BARISAN”, dan seumpamanya. Ini semua dapatmembantu murid supaya dapat mengawal kata hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu.Sistem hadiah juga boleh disediakan untuk menggalakkan murid supaya kelakuan yang baik dan mengikit peraturan.. Dalam PDP, guru perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami. Murid ADHD memerlukan arahan yang jelas dan satu persatu. Penerangan atau arahan yang cepat membuatkan mereka hilang arah, bingung dan bosan serta ingin bergerak. Kalau pun tdak bergerak, murid-murid ini akan menggoyang-goyangkan tangan dan kaki mereka. Kaedah ini dapat mengurangkan kesilapan murid dalam menyelesaikan kerja atau aktiviti PDP.