SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 4
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

       Hari ini 4hb. Mac 2013, jam 4.40 petang, saya mula menjawab soalan
forum pertama ini. Jelas sekali masa dan waktu begitu seiring dengan
perjalanan kehidupan seharian kita. Masa adalah merujuk kepada tempoh
sesuatu kejadian. Contoh konsep masa ialah masa yang ditetapkan untuk
menjawab soalan kertas 1 ialah 1 jam. Manakala waktu pula merujuk
kepada bila sesuatu kejadian atau peristiwa berlaku. Contohnya ialah pukul
7.30 pagi bermulanya waktu persekolahan. Dalam mengenal waktu ini,
murid-murid akan akan dibimbing oleh guru mengenal waktu pagi, tengah
hari , petang, malam dan tengah malam melalui pelbagai aktivti contohnya
gambar-gambar waktu aktiviti. Selain itu, murid-murid akan diperkenalkan
dengan hari dalam seminggu, bulan dalam setahun, mengenal jarum minit
dan jarum jam, membaca jadual waktu dan kalendar, menyatakan
hubungan antara unit masa seperti hari dan jam, tahun dan hari serta
dekad dan tahun. seterusnya dekatnya masa dalam kehidupan kita adalah
kerana ia melibatkan penukaran unit masa yang melibatkan jam, hari,
bulan, tahun dan dekad.

      Ukuran panjang juga begitu meliputi kegunaannya dalam kehidupan
kita dan merupan satu nilai. Istilah seperti panjang pendek, tinggi rendah,
jauh dekat, dalam cetek sentiasa kita gunakan dan ianya merupakan
kemahiran ukuran secara pengamatan. Minda pelajar akan lebih kreatif jika
pengamatan ini adalah betul pada jangkaanya. Nilai ukuran untuk sedikit
sebanyak, lebih kurang menggambarkan ketepatan dan perincian ukuran
mengira unit ukuran yang digunakan. Semua ukuran adalah anggaran. Ini
adalah kerana sesetengah ukuran lebih tepat dari yang lain tetapi ianya
buka satu nilai yang teramat tepat hingga boleh dikatakan ukuran yang
tepat. Kehidupan kita hari ini telah berubah kepada keperluan unit piawai
ukuran panjang iaitu kita menggunakan unit System International (SI) atau
Sistem Metrik iaitu kilometer (km), meter(m), sentimeter (cm), dan
milimeter (mm).

       Timbangan berat juga merupakan satu nilai. Dalam sains, istilah
jisim dan berat adalah dua pengertian yang berbeza. Jisim ialah ukuran
jumlah jirim dalam sesuatu objek manakala berat ialah tindakan graviti ke
atas jisim. Istilah paling dekat dalam kehidupan seharia kita ialah 'lebih
ringan', 'lebih berat'.Timbangan berat juga merupakan satu anggaran.
Sesetengah timbangan lebih tepat dari yang lain tetapi ianya bukan satu
nilai yang teramat tepat hingga boleh dikatakan sebagai timbagan yang
tepat. Hari ini kita menggunakan Sistem Metrik untuk semua timbangan
berat kilogram (kg) dan gram (g).

       Isipadu cecair juga merupakan kegunaan dalam kehidupan seharian
kita. Isipadu cecair ialah jumlah ruang yang diisi di dalam sebuah bekas.
Satu ciri cecair ialah isipasunya tetap tidak berubah walaupun bentuk
bekasnya berubah. Menerusi isipadu cecair kita sebenarnya sudah boleh
membuat perbandingan objek seperti 'lebih sedikit', 'lebih banyak',dan
'sama banyak'. Paling penting kita telah mampu menggunakan pelbagai
benda disekeliling kita dengan menggunakan unit sembarangan dan unit
rujukan seperti tin. gelas , baldi dan sebagainya. Alat penyukat ini
dinamakan unit sebarangan untuk mengukur isipadu cecair. Unik rujukan
pula ialah alat penyukat yang digunakan khusus untuk menyukat isipadu
cecair. Akhir sekali ialah Sistem metrik digunakan untuk menyukat semua
unit isipadu cecair iaitu liter(l) dan mililiter (ml).

      Setelah diketahui konsep-konsep masa dan waktu, panjang,
timbangan berat,dan isipadu cecair, ianya begitu dekat dengan kehidupan
kita kerana lingkungan kehidupan kita ke semua istilah-istilah yang telah
dibincangkan, kita menggunakannya dalam kehidupan seharian.




Assalammualaikum salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

1) Masa dan Waktu

Pertama sekali masa dan waktu amat penting dalam kehidupan seharian. Sebagai
contoh waktu persekolaha yang bermula pukul 7.45 pagi dan berakhirnya pukul 1.35
petang. Selain itu kita dapat menentukan masa dalam kehidupan kita dengan pagi,
petang tengahari dan malam. Adanya waktu tersebut kita akan mengenal aktiviti
yang sesuai dilakukan pada waktu-waktu tertentu selain dapat
membaca dan menulis tarikh dengan betul dan juga membaca waktu pada jam serta
menentukan tempoh masa. Seterusnya ialah mengetahui bilangan 7 hari seminggu,
30 hari sebulan dan 12 bulan dalam setahun.

2) Panjang

Bagi ukuran panjang pula dalam kehidupan kita ialah dengan contohnya jarak
perjalanan dari satu destinasi ke destinasi lain. Sebagai contoh kita ingin balik ke
kampung di Terengganu. Ini boleh diukur dengan ukuran km bagi satu perjalanan.
Seorang tukang jahit pakaian mengukur panjang kain untuk dipotong sesuai dengan
panjang langsir yang ingin dijahit yang akan dibuat dengan menggunakan pita ukur.
Seorang pekebun tradisional mungkin melakukan pengukuran panjang dan lebar
sawahnya menggunakan hektar tanah yang ingin diusahakannya. Seorang juruukur
mengukur keluasan tanah menggunakan alatan pengukur meter untuk mendapatkan
bacaan meter dan kilometer. Sebelum adanya
pita pengukur, manusia mengukur menggunakan jari, lengan,
tangan dan kaki dalam unit ukuran jengkal, hasta, depa dan kaki.

3) Timbangan Berat
Ia adalah salah satu kemahiran yang berkait rapat dengan kehidupan harian kita
terutamanya dalam urusan jual beli. Penjual ikan menimbang berat ikan mengikut
keperluan pembelinya dengan menggunakan timbangan dacing atau elektronik..
Bacaan penimbang yang digunakan ada dua unit utama iaitu kilogram dan
gram. Bagi objek yang jisimnya ringan, unit timbangan yang digunakan biasanya
ialah gram. Contoh : tepung, gula, dan garam. Bagi objek yang jisimnya lebih berat,
unit timbangan yang digunakan ialah kilogram.

4) Isipadu Cecair

Dalam kehidupan seharian selalu kita gunakan bahan yang mengandungi kapasiti
atau kandungan cecair seperti air minuman dan minyak masak. Isipadu cecair dapat
diukur menggunakan ukuran bukan piawai dan ukuran piawai. Ukuran piawai dalam
sistem metrik seperti mililiter (mℓ) dan liter (ℓ)

Sekian terima kasih




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

       Setelah membaca pandangan saudara tentang konsep-konsep yang
melibatkan masa dan waktu, ukuran panjang, timbang berat dan isipadu cecair
dalam kehidupan seharian kita, maka dapatlah saya rumuskan bahawa amalan
pengajaran kita dalam memperkenalkan konsep bagi setiap tajuk adalah penting
untuk memastikan setiap anak didik kita mencapai apa yang sepatutnya mereka
pelajari. Menurut Ernest (1998) menyenaraikan amalan guru matematik
dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu :

1. Sistem kepercayaan guru tentang matematik.

2. Konteks sosial bagi situasi pengajaran matematik.

3. Aras refleksi yang dibuat oleh guru.

       Jadi konsep matematik hendaklah dibina melalui interaksi bersahaja di dalam
suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Aktiviti pengukuran, timbangan dan
sukatan seharusnya memberi peluang kepada murid-murid membina dan
memahami konsep dan proses-proses asas. Sebahagian daripada pengalaman
mengenai konsep dan proses dalam kehidupan            ialah perbendaharaan kata
perbandingan seperti 'lebih/ kurang/sama/sebelum/ selepas/paling besar/ kecil/
separuh/ setengah dan paling mustahak ialah murid-murid menguasai empat operasi
iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Maka, isyaAllah lebih banyak pengalaman
dalam kehidupan sehariannya akan menjadikan murid-murid ini lebih bersifat
fleksibel dan dapat menyelesaikan setiap masalah yang dihadapinya.
Forum 1 asas ukuran

Más contenido relacionado

Similar a Forum 1 asas ukuran

1. RPP PENGAMATAN OBJEK DAN PENGUKURAN 2022r.pdf
1. RPP PENGAMATAN OBJEK DAN PENGUKURAN 2022r.pdf1. RPP PENGAMATAN OBJEK DAN PENGUKURAN 2022r.pdf
1. RPP PENGAMATAN OBJEK DAN PENGUKURAN 2022r.pdf
AgusHidayat69
 
1. rpp pengukuran man bangil
1. rpp pengukuran man bangil1. rpp pengukuran man bangil
1. rpp pengukuran man bangil
gud_din
 

Similar a Forum 1 asas ukuran (20)

Pengukuran ipa smp semester 1
Pengukuran ipa smp semester 1Pengukuran ipa smp semester 1
Pengukuran ipa smp semester 1
 
Makalah fisika besaran dan satuan
Makalah fisika besaran dan satuanMakalah fisika besaran dan satuan
Makalah fisika besaran dan satuan
 
Kelas07 02 bab 1
Kelas07 02 bab 1Kelas07 02 bab 1
Kelas07 02 bab 1
 
Kelas07 02 bab 1
Kelas07 02 bab 1Kelas07 02 bab 1
Kelas07 02 bab 1
 
Rencana pelaksanaan pembelajaran 01
Rencana pelaksanaan pembelajaran 01Rencana pelaksanaan pembelajaran 01
Rencana pelaksanaan pembelajaran 01
 
Besaran dan satuan
Besaran dan satuanBesaran dan satuan
Besaran dan satuan
 
Media Pembelajaran Besaran Pokok.pptx
Media Pembelajaran Besaran Pokok.pptxMedia Pembelajaran Besaran Pokok.pptx
Media Pembelajaran Besaran Pokok.pptx
 
PENGUKURAN
PENGUKURANPENGUKURAN
PENGUKURAN
 
Bahan ajar Fisika
Bahan ajar FisikaBahan ajar Fisika
Bahan ajar Fisika
 
Fisika Pengukuran
Fisika PengukuranFisika Pengukuran
Fisika Pengukuran
 
Modul media-pemb
Modul media-pembModul media-pemb
Modul media-pemb
 
Laporan praktikum fisika dasar pengukuran dasar benda padat
Laporan praktikum fisika dasar pengukuran dasar benda padatLaporan praktikum fisika dasar pengukuran dasar benda padat
Laporan praktikum fisika dasar pengukuran dasar benda padat
 
1. rpp pengukuran rev 1 je
1. rpp pengukuran rev 1 je1. rpp pengukuran rev 1 je
1. rpp pengukuran rev 1 je
 
Rpp massa jenis
Rpp massa jenisRpp massa jenis
Rpp massa jenis
 
1. RPP PENGAMATAN OBJEK DAN PENGUKURAN 2022r.pdf
1. RPP PENGAMATAN OBJEK DAN PENGUKURAN 2022r.pdf1. RPP PENGAMATAN OBJEK DAN PENGUKURAN 2022r.pdf
1. RPP PENGAMATAN OBJEK DAN PENGUKURAN 2022r.pdf
 
Fisika
FisikaFisika
Fisika
 
Perangkat kd 3.1 ALAT UKUR FISIKA . KLS 7 MTSN DENANYAR
Perangkat kd 3.1 ALAT UKUR FISIKA . KLS 7 MTSN DENANYARPerangkat kd 3.1 ALAT UKUR FISIKA . KLS 7 MTSN DENANYAR
Perangkat kd 3.1 ALAT UKUR FISIKA . KLS 7 MTSN DENANYAR
 
1. rpp pengukuran man bangil
1. rpp pengukuran man bangil1. rpp pengukuran man bangil
1. rpp pengukuran man bangil
 
Modul ipa kelas 7
Modul ipa kelas 7Modul ipa kelas 7
Modul ipa kelas 7
 
Laporan rpp kelas v
Laporan rpp kelas vLaporan rpp kelas v
Laporan rpp kelas v
 

Forum 1 asas ukuran

  • 1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini 4hb. Mac 2013, jam 4.40 petang, saya mula menjawab soalan forum pertama ini. Jelas sekali masa dan waktu begitu seiring dengan perjalanan kehidupan seharian kita. Masa adalah merujuk kepada tempoh sesuatu kejadian. Contoh konsep masa ialah masa yang ditetapkan untuk menjawab soalan kertas 1 ialah 1 jam. Manakala waktu pula merujuk kepada bila sesuatu kejadian atau peristiwa berlaku. Contohnya ialah pukul 7.30 pagi bermulanya waktu persekolahan. Dalam mengenal waktu ini, murid-murid akan akan dibimbing oleh guru mengenal waktu pagi, tengah hari , petang, malam dan tengah malam melalui pelbagai aktivti contohnya gambar-gambar waktu aktiviti. Selain itu, murid-murid akan diperkenalkan dengan hari dalam seminggu, bulan dalam setahun, mengenal jarum minit dan jarum jam, membaca jadual waktu dan kalendar, menyatakan hubungan antara unit masa seperti hari dan jam, tahun dan hari serta dekad dan tahun. seterusnya dekatnya masa dalam kehidupan kita adalah kerana ia melibatkan penukaran unit masa yang melibatkan jam, hari, bulan, tahun dan dekad. Ukuran panjang juga begitu meliputi kegunaannya dalam kehidupan kita dan merupan satu nilai. Istilah seperti panjang pendek, tinggi rendah, jauh dekat, dalam cetek sentiasa kita gunakan dan ianya merupakan kemahiran ukuran secara pengamatan. Minda pelajar akan lebih kreatif jika pengamatan ini adalah betul pada jangkaanya. Nilai ukuran untuk sedikit sebanyak, lebih kurang menggambarkan ketepatan dan perincian ukuran mengira unit ukuran yang digunakan. Semua ukuran adalah anggaran. Ini adalah kerana sesetengah ukuran lebih tepat dari yang lain tetapi ianya buka satu nilai yang teramat tepat hingga boleh dikatakan ukuran yang tepat. Kehidupan kita hari ini telah berubah kepada keperluan unit piawai ukuran panjang iaitu kita menggunakan unit System International (SI) atau Sistem Metrik iaitu kilometer (km), meter(m), sentimeter (cm), dan milimeter (mm). Timbangan berat juga merupakan satu nilai. Dalam sains, istilah jisim dan berat adalah dua pengertian yang berbeza. Jisim ialah ukuran jumlah jirim dalam sesuatu objek manakala berat ialah tindakan graviti ke atas jisim. Istilah paling dekat dalam kehidupan seharia kita ialah 'lebih ringan', 'lebih berat'.Timbangan berat juga merupakan satu anggaran. Sesetengah timbangan lebih tepat dari yang lain tetapi ianya bukan satu nilai yang teramat tepat hingga boleh dikatakan sebagai timbagan yang tepat. Hari ini kita menggunakan Sistem Metrik untuk semua timbangan berat kilogram (kg) dan gram (g). Isipadu cecair juga merupakan kegunaan dalam kehidupan seharian kita. Isipadu cecair ialah jumlah ruang yang diisi di dalam sebuah bekas.
  • 2. Satu ciri cecair ialah isipasunya tetap tidak berubah walaupun bentuk bekasnya berubah. Menerusi isipadu cecair kita sebenarnya sudah boleh membuat perbandingan objek seperti 'lebih sedikit', 'lebih banyak',dan 'sama banyak'. Paling penting kita telah mampu menggunakan pelbagai benda disekeliling kita dengan menggunakan unit sembarangan dan unit rujukan seperti tin. gelas , baldi dan sebagainya. Alat penyukat ini dinamakan unit sebarangan untuk mengukur isipadu cecair. Unik rujukan pula ialah alat penyukat yang digunakan khusus untuk menyukat isipadu cecair. Akhir sekali ialah Sistem metrik digunakan untuk menyukat semua unit isipadu cecair iaitu liter(l) dan mililiter (ml). Setelah diketahui konsep-konsep masa dan waktu, panjang, timbangan berat,dan isipadu cecair, ianya begitu dekat dengan kehidupan kita kerana lingkungan kehidupan kita ke semua istilah-istilah yang telah dibincangkan, kita menggunakannya dalam kehidupan seharian. Assalammualaikum salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. 1) Masa dan Waktu Pertama sekali masa dan waktu amat penting dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh waktu persekolaha yang bermula pukul 7.45 pagi dan berakhirnya pukul 1.35 petang. Selain itu kita dapat menentukan masa dalam kehidupan kita dengan pagi, petang tengahari dan malam. Adanya waktu tersebut kita akan mengenal aktiviti yang sesuai dilakukan pada waktu-waktu tertentu selain dapat membaca dan menulis tarikh dengan betul dan juga membaca waktu pada jam serta menentukan tempoh masa. Seterusnya ialah mengetahui bilangan 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 12 bulan dalam setahun. 2) Panjang Bagi ukuran panjang pula dalam kehidupan kita ialah dengan contohnya jarak perjalanan dari satu destinasi ke destinasi lain. Sebagai contoh kita ingin balik ke kampung di Terengganu. Ini boleh diukur dengan ukuran km bagi satu perjalanan. Seorang tukang jahit pakaian mengukur panjang kain untuk dipotong sesuai dengan panjang langsir yang ingin dijahit yang akan dibuat dengan menggunakan pita ukur. Seorang pekebun tradisional mungkin melakukan pengukuran panjang dan lebar sawahnya menggunakan hektar tanah yang ingin diusahakannya. Seorang juruukur mengukur keluasan tanah menggunakan alatan pengukur meter untuk mendapatkan bacaan meter dan kilometer. Sebelum adanya pita pengukur, manusia mengukur menggunakan jari, lengan, tangan dan kaki dalam unit ukuran jengkal, hasta, depa dan kaki. 3) Timbangan Berat
  • 3. Ia adalah salah satu kemahiran yang berkait rapat dengan kehidupan harian kita terutamanya dalam urusan jual beli. Penjual ikan menimbang berat ikan mengikut keperluan pembelinya dengan menggunakan timbangan dacing atau elektronik.. Bacaan penimbang yang digunakan ada dua unit utama iaitu kilogram dan gram. Bagi objek yang jisimnya ringan, unit timbangan yang digunakan biasanya ialah gram. Contoh : tepung, gula, dan garam. Bagi objek yang jisimnya lebih berat, unit timbangan yang digunakan ialah kilogram. 4) Isipadu Cecair Dalam kehidupan seharian selalu kita gunakan bahan yang mengandungi kapasiti atau kandungan cecair seperti air minuman dan minyak masak. Isipadu cecair dapat diukur menggunakan ukuran bukan piawai dan ukuran piawai. Ukuran piawai dalam sistem metrik seperti mililiter (mℓ) dan liter (ℓ) Sekian terima kasih Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah membaca pandangan saudara tentang konsep-konsep yang melibatkan masa dan waktu, ukuran panjang, timbang berat dan isipadu cecair dalam kehidupan seharian kita, maka dapatlah saya rumuskan bahawa amalan pengajaran kita dalam memperkenalkan konsep bagi setiap tajuk adalah penting untuk memastikan setiap anak didik kita mencapai apa yang sepatutnya mereka pelajari. Menurut Ernest (1998) menyenaraikan amalan guru matematik dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu : 1. Sistem kepercayaan guru tentang matematik. 2. Konteks sosial bagi situasi pengajaran matematik. 3. Aras refleksi yang dibuat oleh guru. Jadi konsep matematik hendaklah dibina melalui interaksi bersahaja di dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Aktiviti pengukuran, timbangan dan sukatan seharusnya memberi peluang kepada murid-murid membina dan memahami konsep dan proses-proses asas. Sebahagian daripada pengalaman mengenai konsep dan proses dalam kehidupan ialah perbendaharaan kata perbandingan seperti 'lebih/ kurang/sama/sebelum/ selepas/paling besar/ kecil/ separuh/ setengah dan paling mustahak ialah murid-murid menguasai empat operasi iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Maka, isyaAllah lebih banyak pengalaman dalam kehidupan sehariannya akan menjadikan murid-murid ini lebih bersifat fleksibel dan dapat menyelesaikan setiap masalah yang dihadapinya.