SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 27
NAMA : 1. MOHAMAD SHAHROL IKHWAN BIN DIN
2. MUIZUDDIN BIN MOHAMAD
3. NUR MADIHA BINTI RUSHDI
4. MIRZA BINTI MAHASAN
LECTURE : PUAN AZWANI BINTI ABDUL MANAN
TITLE : KISAH PENYINGKIRAN SINGAPURA
PENGENALAN
Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka,
Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya
Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi
Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan.
Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan
percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario
politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada
27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan
Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei,
Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan
Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan.
JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan
pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak
menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya
Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat
Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962,
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.
JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan.
Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963.
Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.
Sungguhpun Malaya telah mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957 dan setelah lebih
400 tahun dijajah oleh pelbagai kuasa luar:Eropah dan Asia,namun banyak usaha dan formula
yang harus dicapai untuk penyatuan dan kemakmuran Tanah Melayu.Ternyata,kemerdekaan
yang diperolehi oleh Tanah Melayu dicapai dengan cara keamanan,melalui rundingan meja
bulat tidak seperti Negara jajahan lain.
Pembentukan Tanah Melayu dan kejayaan kemerdekaan itu adalah hasil usaha penyatuan tiga
kaum utama: Melayu.Cina dan India berdasarkan tolak ansur sesama mereka.Atas dasar
inilah kesepakatan inilah juga yang memberi asas yang kukuh dalam pembentukan Malaysia
kemudiannya.
Masalah utama dan paling besar pada ketika itu ialah perpaduan dan kesatuan masyarakat
yang telah bertambah akibat pertambahan populasi penduduk.Selain itu,pelbagai rentetan dan
peristiwa yang terdiri dari faktor politik,sosial dan ekonomi telah berlaku.
Artikel ini pertamanya membincangkan idea pembentukan Malaysia,selepas itu, proses
pembentukan Malaysia. Kemudian ia akan menganalisa reaksi Singapura terhadap konsep.
Asnarulkhadi Abu samah dan Jayuim A.Jawan 1997.KENEGARAAN MALAYSIA. Malaysia Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia
KRONOLOGI PENGANGGOTAAN SINGAPURA DALAM PEMBENTUKAN
MALAYSIA SEHINGGA PENARIKAN DIRI SINGAPURA DARI PERSEKUTUAN
MALAYSIA
1961
1. Idea pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman ( 27 Mei ).
2. Kertas putih diisytiharkan secara rasmi ( November ).
3. Faktor-faktor penganggotaan Singapura dalam Persekutuan Malaysia.
1962
1. Reaksi Singapura terhadap konsep Persekutuan Malaysia.
2. Proses pembentukan Malaysia.
1963
1. Pengisytiharan Malaysia ( 16 September ).
1964
1. Singapura yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew bersama UPP ( Parti Rakyat
Singapura ) telah mencetuskan rusuhan. Lebih-lebih lagi mereka memperjuangkan
persamaan hak dan kempen “Malaysia untuk orang Malaysia “ (21 Julai ).
1965
1. Pemisahan Singapura ( 9 Ogos ).
1961
IDEA PEMBENTUKAN MALAYSIA
1. Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat
oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman.
2. Ucapan tersebut berlangsung di Hotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan
tengahari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara. Pada majlis
yang sama, beliau turut menjelaskan faedah-faedah yang akan diperolehi oleh negeri-
negeri gabungan jika penyatuan ini berjaya.
3. Penjelasan ini dibuat setelah Tunku mendapat maklum balas yang baik dari pemimpin
Sabah, Sarawak, dan Brunei hasil keputusan tinjauan senu Abdul Rahman pada tahun
1960, dan setelah berunding dengan pemimpin-pemimpin tertentu seperti Lee Kuan
Yew ( Januari 1961 ) Mac Millan di London 1961.
4. Idea-idea gabungan yang lebih kecil melibatkan hanya Tanah Melayu dan Singapura
juga pernah diutarakan beberapa kali, terutamanya oleh ketua Menteri yang pertama
Singapura, David Marshall. Kemudian dibangkitkan pula oleh menteri kedua, Lim
Yey Hock.
5. Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew juga pernah mengetengahkan hasrat
Singapura untuk bergabung dengan Tanah Melayu sebagai sebuah wilayah politik.
Namun dalam tempoh tersebut, cadangan ini tidak mendapat perhatian kerajaan
perikatan di Tanah Melayu.
6. Penggabungan kecil yang hanya melibatkan Singapura di Tanah Melayu tidak dapat
diterima oleh persekutuan Tanah Melayu kerana fenomena ini akan melibatkan
ancaman kepada politik Tanah Melayu.
7. Jumlah besar masyarakat Cina di Singapura boleh menggugat majority Melayu yang
wujud pada waktu itu.
8. Imbangan kaum seumpama ini akan dipandang sebagai isu sensitive kepada
masyarakat Melayu yang sebelum ini lebih ramai dan mempunyai suara ( hak-hak
istimewa ) dalam Persekutuan Tanah Melayu.
9. Sebenarnya idea penggabungan wilayah-wilayah tertentu British ini telah
dibincangkan beberapa kali sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.
10. Misalnya, pada abad ke-19, pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara, Lord
Brassey pernah mencadangkan kepada kerajaan British supaya menggabungkan
wilayah jajahan mereka di Borneo, negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat
menjadi sebuah tanah jajahan.
REAKSI SINGAPURA TERHADAP KONSEP
PERSEKUTUAN MALAYSIA
1. Pada asalnya, penduduk Singapura berminat dengan konsep Persekutuan Malaysia.
Dalam hal ini, Singapura di bawah pemerintahan Lee Kuan Yew & Parti Tindakan
Rakyat ( PAP ) menyambut baik rancangan Tunku Abdul Rahman.
2. Sebenarnya rancangan ini pada dasarnya adalah untuk menyelamatkan PAP di
Singapura dari ancaman pihak golongan kiri.
3. Parti Buruh Singapura juga bersetuju dari segi prinsip, tetapi menganggapnya sebagai
satu perkara yang sukar untuk dilaksanakan.
4. Parti Rakyat Singapura ( UPP ) & Barisan Sosialis menentang gagasan Malaysia
kerana mereka melihat cadangan itu merupakan rancangan Inggeris untuk terus
berkuasa di Singapura.
5. Keadaan semakin keruh apabila dalam satu pilihanraya kecil di Hong Lim & Anson
pada bulan April 1961, calon PAP telah dikalahkan oleh Parti Rakyat Singapura dan
Parti Buruh.
6. Justeru, Lee Kuan Yew bersetuju dengan penggabungan Malaysia-Singapura.
Walaupun menghadapi tentangan dari golongan berhaluan kiri kerajaan iaitu yang
terdiri daripada Parti Rakyat Singapura ( UPP ), Parti Barisan Sosialis & Parti Buruh
Singapura.
1961
FAKTOR-FAKTOR PENGANGGOTAAN SINGAPURA
DI DALAM PERSEKUTUAN MALAYSIA
1. Perkembangan pengaruh komunis di Singapura khususnya membimbangkan kerajaan
persekutuan Tanah Melayu.
2. Pengaruh Komunis mula menyusup masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat Singapura
@ People’s Action Party ( PAP ).
3. Kegiatan dan pengaruh Komunis semakin kuat apabila Lim Chin Siong menubuhkan
Barisan Sosialis.
4. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihanraya kecil di kawasan Anson dan Hong Lim
pada tahun 1961 menunjukkan pengaruh komunis semakin tersebar luas di Singapura.
5. Tunku bimbang ancaman tersebut merebak ke Tanah Melayu dan penubuhan
Malaysia dilihat mampu menyekat pengaruh komunis di Singapura.
RENTETAN PERISTIWA 1961-1965
TARIKH PERISTIWA
27 Mei 1961 Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persekutuan Wartawan Luar
Negeri, Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya
diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura,
Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik.
23 Julai 1961 Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di
Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia
dipengerusikan oleh Donald Stephen.
Ogos 1961 Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah.
18-20 Disember 1961 Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching
Sarawak.
6-7 Januari 1962 Mesyuarat ketiga Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative
Assembly Chamber, Kuala Lumpur.
17 Januari 1962 Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri
di Borneo Utara ( Sabah ) dan ( Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli
iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell
dan Sir David Watherston. Mr.H. Harris bertindak sebagai setiausaha.
3-4 Februari 1962 Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia
21 Jun 1962 Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British
dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Julai 1962 Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman
dengan Tunku Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.
9 Julai 1963 Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough
House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh
wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
16 September 1963 Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
Pengisytiharan telah dibacakan oelh Perdana Menteri.
1962
PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
Referendum Singapura
Jawatankuasa antara
Kerajaan ( JAK )
Suruhanjaya Cobbold
Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia ( JPPM
( RUNDINGAN )
REFERENDUM SINGAPURA
1. Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan referendum @ pungutan
suara sebagai satu cara meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan
kepasatian & pendirian Singapura berhubung penubuhan Malaysia.
2. Diketuai oleh kerajaan Singapura.
3. Tujuannya adalah untuk mendapat pungutan suara rakyat Singapura mengenai
pembentukan Malaysia.
4. Dalam proses penubuhan Persekutuan Malaysia. Pada pungutan suara tersebut, rakyat
Singapura diberi tiga pilihan iaitu :
a. Pilihan A = Rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah
ditetapkan oleh kerajaan Singapura & Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas
Putih pada bulan November 1961 ( 397, 626 Undi )
b. Pilihan B = Rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan
Singapura akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain dalam Persekutuan
Tanah Melayu ( 9,442 Undi )
c. Pilihan C = Rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat & faedah yang
hamper sama seperti yang diperoleh wilayah-wilayah Borneo dengan penyertaan
ini ( 144,007 Undi )
5. Referendum Singapura ini telah diadakan pada November 1962. Barisan Sosialis dan
komunis yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu,
mereka telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong.
6. Namun selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 70% pengundi menyokong
Pembentukan Malaysia.
7. Secara keseluruhannya, keputusan menunjukkan rakyat Singapura bersetuju
menyertai Malaysia dengan memilih Syarat A, iaitu pilihan yang dicadangkan oleh
kerajaan Singapura sendiri.
8. Pada Julai 1963, satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan
Komanwel di Malborought House, London. Perjanjian Penubuhan Pesekutuan
Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan
Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
9. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau
bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa
ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-bangsa Bersatu hanya dapat
disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya disytiharkan pada 16
September 1963.
1963
PENISYTIHARAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
1. Hari perisytiharan pembentukan Malaysia diumumkan pada 16 September 1963
2. Penetapan tarikh ini adalah berdasarkan keputusan Setiausaha Agung PBB dan
dipersetujui oleh kerajaan British, Singapura, Sarawak dan Sabah.
3. Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat.
Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua Negara dengan Tanah Melayu.
Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan.
4. Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu ( PBB ) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan
Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai
oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963.
5. Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB,
lebih 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16
September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara besar-besaran.
6. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB YDPA, Raja-raja Melayu,
Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak. Upacara ini juga
dihadiri oleh anggota cabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.
7. Peniisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku
Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30.000 rakyat Malaysia yang turut
meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka”
sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara
diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad
bin Mohamad Said.
1964-1965
ISU SINGAPURA
1. Sebelum pembentukan Malaysia, Lee Kuan Yew menegaskan bahawa walaupun
Singapura bersetuju menyertai Malaysia, namun hal-hal yang terkandung dalam
percantuman tersebut mestilah ditentukan bersama-sama dengan rakyat Singapura
sendiri.
2. Penegasan ini bagi memastikan rakyatnya tetap mendapat keselesaan selepas
penggabungan.
3. Pada 23 Ogos 1961, suatu mesyuarat rasmi diadakan antara Singapura dengan
Persekutuan Tanah Melayu & mereka mencapai persetujuan atas beberapa perkara.
Persetujuan ini telah termaktub didalam kertas putih yang antaranya menyatakan
aspek pertahanan, hubungan luar dan keselamatan akan menjadi tanggungjawab
Persekutuan.
4. Tetapi soal pendidikan dan tenaga buruh adalah dibawah bidang kuasa kerajaan
Singapura sendiri.
5. Kertas putih diisytiharkan secara rasmi pada bulan November 1961.
KERTAS PUTIH
KANDUNGAN :
1. Aspek pertahanan, perhubungan luar & keselamatan tanggungjawab persekutuan.
2. Pendidikan & tenaga buruh tanggungjawab Singapura.
3. Ekonomi, perindustrian & perkilangan tanggungjawab bersama.
SETELAH DUA TAHUN SINGAPURA
MENGANGGOTAI PERSEKUTUAN MALAYSIA
1. Setelah dua tahun Singapura berada dalam Malaysia, hubungan Tanah Melayu dengan
Singapura mula menjadi tegang.
2. Hal ini kerana, ketika Singapura berada dalam Malaysia, banyak perselisihan faham
telah timbul antara kerajaan Singapura dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
- Singapura membentuk United Opposition Front yang memperjuangkan konsep Malaysia
untuk orang Malaysia – desakan penghapusan keistimewaan hak orang Melayu.
ANTARA ISU YANG MENJADIPERBAHASAN
HANGAT ADALAH SOAL
SOAL EKONOMI SOAL PARTI SOAL PERKAUMAN
SOAL EKONOMI
1. Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah sepakat untuk memajukan sector
perindustrian dan perkilangan bersama.
2. Dalam hal ini, barang-barang yang dihasilkan akan digunakan dalam negeri dan
bukannya untuk dieksport keluar.
3. Tetapi apabila Malaysia ditubuhkan, tidak banyak kemajuan ekonomi yang dicapai.
Keadaan ini telah mengecewakan Singapura.
4. Singapura ingin mengekalkan statusnya sebagai pusat perindustrian perdagangan &
pelabuhan bebas & tidak disaingi kerajaan pusat.
SOAL PARTI
1. Parti Tindakan Rakyat yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew cuba hendak bertanding
dengan Parti Perikatan dibawah pimpinan Tunku Abdul Rahman.
2. PAP cuba menarik perhatian orang Cina sehingga pergerakan PAP dianggap sebagai
satu pencerobohan keatas hak keistimewaan Orang Melayu.
3. Di antara tahun 1964 dan 1965, terdapat sekurang-kurangnya tiga kejadian yang
merosakkan hubungan Singapura-Malaysia.
a. Pertama, terdapat rusuhan-rusuhan kesan dari konflik-konflik bersifat perkauman
di antara PAP dan pelampau perkauman di kalangan orang-orang Melayu di
persekutuan.
b. Ia menyumbang kepada hubungan yang tidak baik di antara kerajaan Cina di
Singapura dan kerajaan Pusat yang diketuai oleh orang Melayu di Kuala Lumpur.
c. Kedua, usaha oleh Lee untuk mengemukakan calon-calon PAP dalam pilihan raya
1964 di Tanah Besar telah diterjemahkan oleh ahli politik Melayu sebagai satu
usaha oleh Lee untuk merebut pucuk pimpinan di Kuala Lumpur.
d. Ketiga, pada bulan Mei 1965 Lee menghimpun empat parti pembangkang di
Tanah Melayu dan Sarawak untuk menyertai PAP dalam Convention ( MSC )
yang mendokong konsep ‘Malaysian Malaysia’.
e. Sekali lagi, ini telah dianggap oleh Perikatan, khususnya UMNO, sebagai satu
manifestasi cita-cita Lee untuk menjadi Perdana Menteri pada ketika ini bukan
sahaja dengan menarik sokongan masyarakat Cina tetapi kesemua golongan
masyarakat.
f. Sebagai sebahagian daripada agenda ‘Malaysian Malaysia’, Lee memulakan satu
pertemuaan di Singapura pada 12 Februari 1965. Pemimpin-pemimpin
pembangkang Cina tanah besar dan Sarawak menghadirinya sertaturut serta
adalah dua orang wakil tidak bernama dari parti utama di Sabah. Wakil dari tanah
besar ialah Lim Cheong Eu, bekas presiden MCA yang telah menjadi Setiausaha
Agong United Democratic Party ( UDP ). Wakil daripada Sarawak ialah Ong Kee
Hui, pengerusi SUPP.
4. Tujuan utama mesyuarat adalah untuk membincangkan strategi untuk menghadapi
tekanan dari pelampau Melayu dalam kerajaan Perikatan. Ia mencadangkan untuk
mewujudkan Malaysian Solidarity National Convention.
5. Matlamat keselamatan Negara Singapura, strategi-strategi, dan keutamaan-keutamaan
telah berkembang secara berbeza daripada Persekutuan. Konsep satu ‘Malaysian
Malaysia’ telah menjadi asas pendekatan pembangunan PAP di Singapura.
6. Bagi Lee, pendekatan ini akan akhirnya menghasilkan masyarakat yang dinamik dan
Negara yang progresif yang mendorong pertumbuhan ekonomi. Konsep ini juga turut
diperdebatkan sebelum Singapura. Sebelum berpisah dari Malaysia.
7. Pada perhimpunan Malaysian Solidarity Convention yang diadakan di Singapura pada
6 Jun 1965. Timbalan Perdana Menteri Singapura, Toh Chin Chye, merangka agenda
untuk gagasan ‘Malaysian Malaysia’ dengan kehadiran pemimpin-pemimpin daripada
lima parti politik dari Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
8. Berbeza dengan PAP iyang mendokong pendekatan ‘Malaysian Malaysia’, kerajaan
pimpinan UMNO cenderung untuk menegaskan pemilikan Melayu terhadap Negara,
pembaikan sosio ekonomi orang Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu,
semuanya boleh dirangkumi di dalam konsep Ketuanan Melayu, atau hegemoni
Melayu di Negara ini.
9. Kebimbangan UMNO dalam hubungannya dengan masyarakat Cina di Tanah Melayu
dan Singapura juga disebabkan oleh status sosioekonomi yang rendah orang Melayu.
Ringkasnya, kedudukan orang melayu dalam lingkungan politik perlu diperkuatkan
untuk menghadapi ketidakseimbangan ekonomi dalam hubungannya dengan
masyarakat bukan melayu, terutamanya orang Cina yang pada umumnya dianggap
rakus dan tidak sensitife kepada budaya masyarakat Melayu. Nada anti-Cina oleh
golongan ultra-Melayu pada tahun 1960an sebahagian besarnya diarahkan kepada
PAP dan LEE.
10. Politik dan perasaan tidak selamat masyarakat Melayu secara umum yang bertambah
parah hasil pengembangan penduduk Cina di Malaysia.
FAKTOR SINGAPURA DIKELUARKAN
1. Minat pemimpin Singapura Lee Kuan Yew terhadap pembentukan ini semakin
berkurangan.
2. Polarisasi kaum ( sifat perkauman ) semakin melampau. Cina dengan pelampau
Cina, Melayu dengan pelampau Melayu, iaitu antara PAP ( kerajaan
Singapura) dengan Parti Perikatan ( Kerajaan Pusat ) .
3. Tentangan bermula apabila calon dari parti pimpinan Lee Kuan Yew tewas di
dua tempat dalam pilihanraya pertama Malaysia pada tahun 1964.
4. Lee Kuan Yew berpendapat, MCA tidak layak memimpin & menjaga
kepentingan kaum Cina.
5. Perkara terakhir yang menyebabkan pemisahan singapura adalah penubuhan
Malaysian Solidarity Convention ( MSC ) yang diketuai oleh PAP dan terdiri
dari parti-parti pembangkang bukan Melayu. Slogannya, ‘Malaysian Malaysia’
mendesak kewujudan sebuah negara bukan untuk kepentingan masyarakat
tertentu sahaja.
6. Bagi Perikatan, slogan tersebut adalah secara kesimpulan satu serangan ke atas
keistimewaan orang Melayu, Islam, Bahasa Melayu sebaga bahasa rasmi dan
malahan Sultan Melayu.
7. Lee dituduh bermain dengan perasaan perkauman untuk mencapai cita-cita
politiknya yang tinggi. Penubuhan MSC telah menduga kesabaran Perikatan
kepada had yang tertinggi dan pemisahan antara dua buah Negara telah dilihat
sebagai satu penyelesaian yang berkesan dalam menghadapi konflik-konflik
bersifat politik dan perkauman ini.
8. Dalam konteks ini, permintaan Singapura untuk mewujudkan satu masyarakat
seimbang bertentangan dengan kepimpinan Malaysia yang pro Melayu.
Sebaliknya, Lee Pula mencadangkan bahawa perbezaan utama di antara PAP
dan Perikatan bukan berkenaan objektif-objektif mereka, tetapi dalam konteks
kecepatan untuk mencapai objektif-objektif tersebut.
9. Tunku begitu sedih dan amat susah hati dengan pertemuaan Lee di Singapura
dengan kumpulan-kumpulan pembangkang dari Borneo dan Tanah Melayu
semata-mata untuk mengutuk isu perkauman. Razak pula merasakan yang
Perikatan tidak harus menyerahkan kuasa keselamatan dalam negeri kepada
Lee dalam masa ia masih berunding dengan Tunku
1964
1. Rusuhan kaum berlaku pada 21 Julai 1964 dan pada 2 September 1964.
2. Hubungan kerajaan Singapura ( PAP ) dan Malaysia ( perikatan ) khususnya MCA
semakin meruncing dan semakin buruk pada tahun 1964.
3. Rusuhan Kaum pada 13 Mei 1969 juga telah berlaku, diantara kaum Melayu dan
Cina.
1965
1. 27 April 1965, Singapura menubuhkan Barisan Pembangkang Bersatu ( UOP ) untuk
memperjuangkan persamaan hak dengan Slogan ‘ Malaysia untuk Malaysia ‘ .
2. 9 Mei 1965, orang Melayu menubuhkan Konvensyen Perpaduan Malaysia ( KPM )
dengan slogan ‘ Melayu Bersatu ‘ dibawah pimpinan Jaafar Albar.
3. Tan Siew Sin & T.H.Tan ( Pemimpin MCA ) mencadangkan pemisahan Malaysia
dengan Singapura.
4. 9 Ogos 1965, Malaysia dan Singapura berpisah.
1965
PEMISAHAN SINGAPURA
1. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Tunku Abdul Rahman untuk meredakan
keadaan, tetapi tidak berjaya.
2. Timbul pelbagai konflik antara kerajaan Singapura dan kerajaan Persekutuan di Tanah
Melayu.
3. Faktor pemisahan adalah kerana isu perlembagaan, persaingan politik PAP dan MCA,
masalah perkauman dan perbezaan pendekatan antara Perikatan dan PAP.
4. Akhirnya, pada 9 Ogos 1965, Singapura mengambil keputusan untuk keluar daripada
mereka. Dalam keadaan terpaksa ini kerana Lee Kuan Yew sangat inginkan
menguasai Persekutuan Tanah Melayu ketika itu, tetapi hal demikian telah di halang
dan tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman dan rakyat-rakyat yang berkaum
Melayu.
5. Ini keran Lee Kuan Yew melanggar perjanjian yang telah dimeterai oleh beliau
sendiri pada awal pembentukan Malaysia ketika itu.
6. Beliau juga di anggap penceroboh atau musuh duri dalam daging oleh orang Melayu.
Beliau juga telah mencetuskan banyak kekacauan dan pemberontakan serta banyak
peperangan telah berlaku.
7. Singapura berpisah dengan Malaysia secara rasminya setelah Parlimen meluluskan
Rang Undang-undang Perpisahan.
KESIMPULAN
1. Isu keselamatan politik seperti ancaman komunis dan masalah Singapura menjadi
alasan membentuk Malaysia pada tahun 1963. Pembentukan Malaysia didasarkan
kepada tanggapan dan tafsiran pemimpin-pemimpin Tanah Melayu tentang ancaman-
ancaman keselamatan politik di rantau ini. Dalam mewujudkan keselamatan
politiknya, rejim pemerintah Tanah Melayu bersetuju untuk bergabung dengan
Singapura.
2. Selain bertujuan untuk mewujudkan kesatuan politik dan keseimbangan kaum,
rancangan itu sendiri telah dianggap sebagai satu formula untuk mengatasi masalah
komunis dan tekanan parti-parti pembangkang. Oleh kerana itu, tidak hairanlah
Malaysia ditolak oleh pergerakan komunis dan parti-parti politik haluan kiri.
3. Penubuhan Malaysia juga adalah hasil kemahiran manipulatife pemimpin politik
Malaysia yang mengetengahkan isu ancaman komunis dalam agenda politik mereka.
Maka, kepentingan terhadap keselamatan politik telah merubah kedudukan geo-
politik dari Persekutuan Tanah Melayu kepada pembentukan Malaysia.
4. Tambahan lagi, oleh kerana isu keselamatan politik adalah sangat penting ia turut
menjadikan isu lain sebagai kurang penting. Misalnya tuntutan politik untuk terus
dengan konsep federalism lama oleh sesetengah pihak akhirnya tertolak dengan
kewujudan Malaysia.
5. Sesetengah parti politik yang masih mahukan system Persekutuan Tanah Melayu dan
hak-hak kewarganegaraan yang ketat akhirnya dinafikan.
6. Ia menjadikan episode baru dalam sejarah politik Malaysia dan hanya menguntungkan
Singapura dan majority etnik yang menduduki pulau tersebut dan di Semenanjung
Tanah Melayu.
7. Berkemungkinan besar, penubuhan Malaysia juga adalah hasil desakan Singapura
yang ketika itu berjuang mendapatkan kemerdekaan negaranya dan hak warga Negara
untuk sebilangan besar etnik bukan-Melayu. Hal ini sebenarnya memerlukan
penyelidikan yang lebih lanjut.
LAMPIRAN
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
semasa menandatangani perjanjian pembentukan Malaysia pada 9 Julai 1963 di Malborough
House, London.
Orang ramai menunggu ketibaan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Lapangan
Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 25 Julai 1963 setelah kembali dari mengadakan
rundingan penubuhan Malaysia dengan British di Malborough House, London.
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali diselang
seli dengan laungan oleh seluruh rakyat yang hadir pada 17 September 1963.
Watikah pemasyuran Malaysia yang ditandatangani oleh Perdana Menteri, YTM Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 16 September 1963.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Peranan Sarekat Islam di Indonesia
Peranan Sarekat Islam di Indonesia Peranan Sarekat Islam di Indonesia
Peranan Sarekat Islam di Indonesia Danial Akhmal
 
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalGPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Thanushah Soniyasee
 
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)Danialkmal
 
Asal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayuAsal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayuNurul Izyan
 
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSAMALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSABhacyrus Rameles
 
Proses Penggubalan Undang2
Proses Penggubalan Undang2Proses Penggubalan Undang2
Proses Penggubalan Undang2azam_hazel
 
Cara cara pupuk perpaduan
Cara cara pupuk perpaduanCara cara pupuk perpaduan
Cara cara pupuk perpaduanaliadayana1
 
masyarakat agraria di China
masyarakat agraria di Chinamasyarakat agraria di China
masyarakat agraria di ChinaQaseh Nur Husna
 
Sistem perundangan malaysia bab 5
Sistem perundangan malaysia bab 5Sistem perundangan malaysia bab 5
Sistem perundangan malaysia bab 5Munirah Omar
 
Pengajian am sem 3 笔记
Pengajian am sem 3 笔记 Pengajian am sem 3 笔记
Pengajian am sem 3 笔记 路人 路过
 
Yang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisYang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisWendy Lim Siew
 
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliahAgama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliahMr Pickle
 
kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copy
kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copykerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copy
kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copyIzzi Jusoh
 
Pengaruh geomorfologi lembangan saliran terhadap aktiviti manusia
Pengaruh geomorfologi lembangan saliran terhadap aktiviti manusiaPengaruh geomorfologi lembangan saliran terhadap aktiviti manusia
Pengaruh geomorfologi lembangan saliran terhadap aktiviti manusiaCikgu Ain Marwan
 

La actualidad más candente (20)

Peranan Sarekat Islam di Indonesia
Peranan Sarekat Islam di Indonesia Peranan Sarekat Islam di Indonesia
Peranan Sarekat Islam di Indonesia
 
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalGPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
 
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
 
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)
 
BAB 5 : PELUASAN KUASA ASING
BAB 5 : PELUASAN KUASA ASINGBAB 5 : PELUASAN KUASA ASING
BAB 5 : PELUASAN KUASA ASING
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Asal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayuAsal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayu
 
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSAMALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
 
Proses Penggubalan Undang2
Proses Penggubalan Undang2Proses Penggubalan Undang2
Proses Penggubalan Undang2
 
Cara cara pupuk perpaduan
Cara cara pupuk perpaduanCara cara pupuk perpaduan
Cara cara pupuk perpaduan
 
masyarakat agraria di China
masyarakat agraria di Chinamasyarakat agraria di China
masyarakat agraria di China
 
Sistem perundangan malaysia bab 5
Sistem perundangan malaysia bab 5Sistem perundangan malaysia bab 5
Sistem perundangan malaysia bab 5
 
Isu perpaduan kaum di malaysia
Isu perpaduan kaum di malaysiaIsu perpaduan kaum di malaysia
Isu perpaduan kaum di malaysia
 
Pengajian am sem 3 笔记
Pengajian am sem 3 笔记 Pengajian am sem 3 笔记
Pengajian am sem 3 笔记
 
Yang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisYang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlis
 
Bab 4-ting-5
Bab 4-ting-5Bab 4-ting-5
Bab 4-ting-5
 
Komanwel
Komanwel Komanwel
Komanwel
 
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliahAgama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
 
kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copy
kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copykerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copy
kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copy
 
Pengaruh geomorfologi lembangan saliran terhadap aktiviti manusia
Pengaruh geomorfologi lembangan saliran terhadap aktiviti manusiaPengaruh geomorfologi lembangan saliran terhadap aktiviti manusia
Pengaruh geomorfologi lembangan saliran terhadap aktiviti manusia
 

Similar a Penyinkiran Singapura

Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysiafiro HAR
 
Sejarah Tingkatan 5 Bab 6
Sejarah Tingkatan 5 Bab 6Sejarah Tingkatan 5 Bab 6
Sejarah Tingkatan 5 Bab 6Zhang Ewe
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaFaezy Elmy
 
Bab 7 Malaysia yang Berdaulat
Bab 7 Malaysia yang BerdaulatBab 7 Malaysia yang Berdaulat
Bab 7 Malaysia yang BerdaulatMohd Sofian
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)Yuvarani Subramaniam
 
8ecd8d0b62364f44085ac1841b543834
8ecd8d0b62364f44085ac1841b5438348ecd8d0b62364f44085ac1841b543834
8ecd8d0b62364f44085ac1841b543834Huang Qi Shen
 
Presentation pembentukan malaysia
Presentation pembentukan malaysiaPresentation pembentukan malaysia
Presentation pembentukan malaysiaNurul Addy
 
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01sitinorafiqah
 
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01sitinorafiqah
 
CH6F5f
CH6F5fCH6F5f
CH6F5fcgsha
 
Pembentukan Malaysia.pptx
Pembentukan Malaysia.pptxPembentukan Malaysia.pptx
Pembentukan Malaysia.pptxjiayi59
 
Sejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaSejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaRosley Steven
 
Hist note form 5 chap 6
Hist note form 5 chap 6Hist note form 5 chap 6
Hist note form 5 chap 6far84
 
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3nurulshamiera
 
T5 b6 nota1sejarah kertas 3
T5 b6 nota1sejarah kertas 3T5 b6 nota1sejarah kertas 3
T5 b6 nota1sejarah kertas 3Nurul Ain
 

Similar a Penyinkiran Singapura (20)

Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia
 
Sejarah Tingkatan 5 Bab 6
Sejarah Tingkatan 5 Bab 6Sejarah Tingkatan 5 Bab 6
Sejarah Tingkatan 5 Bab 6
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia
 
Bab 7 Malaysia yang Berdaulat
Bab 7 Malaysia yang BerdaulatBab 7 Malaysia yang Berdaulat
Bab 7 Malaysia yang Berdaulat
 
malaysian malaysia
malaysian malaysiamalaysian malaysia
malaysian malaysia
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
 
Bab 7 ting 3
Bab 7 ting 3Bab 7 ting 3
Bab 7 ting 3
 
8ecd8d0b62364f44085ac1841b543834
8ecd8d0b62364f44085ac1841b5438348ecd8d0b62364f44085ac1841b543834
8ecd8d0b62364f44085ac1841b543834
 
Penubuhan malaysia
Penubuhan malaysiaPenubuhan malaysia
Penubuhan malaysia
 
Presentation pembentukan malaysia
Presentation pembentukan malaysiaPresentation pembentukan malaysia
Presentation pembentukan malaysia
 
Sejarah tingkatan 3
Sejarah tingkatan 3Sejarah tingkatan 3
Sejarah tingkatan 3
 
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
 
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
 
CH6F5f
CH6F5fCH6F5f
CH6F5f
 
Pembentukan Malaysia.pptx
Pembentukan Malaysia.pptxPembentukan Malaysia.pptx
Pembentukan Malaysia.pptx
 
Sejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaSejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysia
 
Hist note form 5 chap 6
Hist note form 5 chap 6Hist note form 5 chap 6
Hist note form 5 chap 6
 
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
 
T5 b6 nota1sejarah kertas 3
T5 b6 nota1sejarah kertas 3T5 b6 nota1sejarah kertas 3
T5 b6 nota1sejarah kertas 3
 

Penyinkiran Singapura

  • 1. NAMA : 1. MOHAMAD SHAHROL IKHWAN BIN DIN 2. MUIZUDDIN BIN MOHAMAD 3. NUR MADIHA BINTI RUSHDI 4. MIRZA BINTI MAHASAN LECTURE : PUAN AZWANI BINTI ABDUL MANAN TITLE : KISAH PENYINGKIRAN SINGAPURA
  • 2. PENGENALAN Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan. Sungguhpun Malaya telah mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957 dan setelah lebih 400 tahun dijajah oleh pelbagai kuasa luar:Eropah dan Asia,namun banyak usaha dan formula yang harus dicapai untuk penyatuan dan kemakmuran Tanah Melayu.Ternyata,kemerdekaan yang diperolehi oleh Tanah Melayu dicapai dengan cara keamanan,melalui rundingan meja bulat tidak seperti Negara jajahan lain.
  • 3. Pembentukan Tanah Melayu dan kejayaan kemerdekaan itu adalah hasil usaha penyatuan tiga kaum utama: Melayu.Cina dan India berdasarkan tolak ansur sesama mereka.Atas dasar inilah kesepakatan inilah juga yang memberi asas yang kukuh dalam pembentukan Malaysia kemudiannya. Masalah utama dan paling besar pada ketika itu ialah perpaduan dan kesatuan masyarakat yang telah bertambah akibat pertambahan populasi penduduk.Selain itu,pelbagai rentetan dan peristiwa yang terdiri dari faktor politik,sosial dan ekonomi telah berlaku. Artikel ini pertamanya membincangkan idea pembentukan Malaysia,selepas itu, proses pembentukan Malaysia. Kemudian ia akan menganalisa reaksi Singapura terhadap konsep. Asnarulkhadi Abu samah dan Jayuim A.Jawan 1997.KENEGARAAN MALAYSIA. Malaysia Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia
  • 4. KRONOLOGI PENGANGGOTAAN SINGAPURA DALAM PEMBENTUKAN MALAYSIA SEHINGGA PENARIKAN DIRI SINGAPURA DARI PERSEKUTUAN MALAYSIA 1961 1. Idea pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman ( 27 Mei ). 2. Kertas putih diisytiharkan secara rasmi ( November ). 3. Faktor-faktor penganggotaan Singapura dalam Persekutuan Malaysia. 1962 1. Reaksi Singapura terhadap konsep Persekutuan Malaysia. 2. Proses pembentukan Malaysia. 1963 1. Pengisytiharan Malaysia ( 16 September ). 1964 1. Singapura yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew bersama UPP ( Parti Rakyat Singapura ) telah mencetuskan rusuhan. Lebih-lebih lagi mereka memperjuangkan persamaan hak dan kempen “Malaysia untuk orang Malaysia “ (21 Julai ). 1965 1. Pemisahan Singapura ( 9 Ogos ).
  • 5. 1961 IDEA PEMBENTUKAN MALAYSIA 1. Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman. 2. Ucapan tersebut berlangsung di Hotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengahari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara. Pada majlis yang sama, beliau turut menjelaskan faedah-faedah yang akan diperolehi oleh negeri- negeri gabungan jika penyatuan ini berjaya. 3. Penjelasan ini dibuat setelah Tunku mendapat maklum balas yang baik dari pemimpin Sabah, Sarawak, dan Brunei hasil keputusan tinjauan senu Abdul Rahman pada tahun 1960, dan setelah berunding dengan pemimpin-pemimpin tertentu seperti Lee Kuan Yew ( Januari 1961 ) Mac Millan di London 1961. 4. Idea-idea gabungan yang lebih kecil melibatkan hanya Tanah Melayu dan Singapura juga pernah diutarakan beberapa kali, terutamanya oleh ketua Menteri yang pertama Singapura, David Marshall. Kemudian dibangkitkan pula oleh menteri kedua, Lim Yey Hock. 5. Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew juga pernah mengetengahkan hasrat Singapura untuk bergabung dengan Tanah Melayu sebagai sebuah wilayah politik. Namun dalam tempoh tersebut, cadangan ini tidak mendapat perhatian kerajaan perikatan di Tanah Melayu. 6. Penggabungan kecil yang hanya melibatkan Singapura di Tanah Melayu tidak dapat diterima oleh persekutuan Tanah Melayu kerana fenomena ini akan melibatkan ancaman kepada politik Tanah Melayu. 7. Jumlah besar masyarakat Cina di Singapura boleh menggugat majority Melayu yang wujud pada waktu itu. 8. Imbangan kaum seumpama ini akan dipandang sebagai isu sensitive kepada masyarakat Melayu yang sebelum ini lebih ramai dan mempunyai suara ( hak-hak istimewa ) dalam Persekutuan Tanah Melayu. 9. Sebenarnya idea penggabungan wilayah-wilayah tertentu British ini telah dibincangkan beberapa kali sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.
  • 6. 10. Misalnya, pada abad ke-19, pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara, Lord Brassey pernah mencadangkan kepada kerajaan British supaya menggabungkan wilayah jajahan mereka di Borneo, negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat menjadi sebuah tanah jajahan.
  • 7. REAKSI SINGAPURA TERHADAP KONSEP PERSEKUTUAN MALAYSIA 1. Pada asalnya, penduduk Singapura berminat dengan konsep Persekutuan Malaysia. Dalam hal ini, Singapura di bawah pemerintahan Lee Kuan Yew & Parti Tindakan Rakyat ( PAP ) menyambut baik rancangan Tunku Abdul Rahman. 2. Sebenarnya rancangan ini pada dasarnya adalah untuk menyelamatkan PAP di Singapura dari ancaman pihak golongan kiri. 3. Parti Buruh Singapura juga bersetuju dari segi prinsip, tetapi menganggapnya sebagai satu perkara yang sukar untuk dilaksanakan. 4. Parti Rakyat Singapura ( UPP ) & Barisan Sosialis menentang gagasan Malaysia kerana mereka melihat cadangan itu merupakan rancangan Inggeris untuk terus berkuasa di Singapura. 5. Keadaan semakin keruh apabila dalam satu pilihanraya kecil di Hong Lim & Anson pada bulan April 1961, calon PAP telah dikalahkan oleh Parti Rakyat Singapura dan Parti Buruh. 6. Justeru, Lee Kuan Yew bersetuju dengan penggabungan Malaysia-Singapura. Walaupun menghadapi tentangan dari golongan berhaluan kiri kerajaan iaitu yang terdiri daripada Parti Rakyat Singapura ( UPP ), Parti Barisan Sosialis & Parti Buruh Singapura.
  • 8. 1961 FAKTOR-FAKTOR PENGANGGOTAAN SINGAPURA DI DALAM PERSEKUTUAN MALAYSIA 1. Perkembangan pengaruh komunis di Singapura khususnya membimbangkan kerajaan persekutuan Tanah Melayu. 2. Pengaruh Komunis mula menyusup masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat Singapura @ People’s Action Party ( PAP ). 3. Kegiatan dan pengaruh Komunis semakin kuat apabila Lim Chin Siong menubuhkan Barisan Sosialis. 4. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihanraya kecil di kawasan Anson dan Hong Lim pada tahun 1961 menunjukkan pengaruh komunis semakin tersebar luas di Singapura. 5. Tunku bimbang ancaman tersebut merebak ke Tanah Melayu dan penubuhan Malaysia dilihat mampu menyekat pengaruh komunis di Singapura.
  • 9. RENTETAN PERISTIWA 1961-1965 TARIKH PERISTIWA 27 Mei 1961 Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persekutuan Wartawan Luar Negeri, Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik. 23 Julai 1961 Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen. Ogos 1961 Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah. 18-20 Disember 1961 Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak. 6-7 Januari 1962 Mesyuarat ketiga Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur. 17 Januari 1962 Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara ( Sabah ) dan ( Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr.H. Harris bertindak sebagai setiausaha. 3-4 Februari 1962 Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia 21 Jun 1962 Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Julai 1962 Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tunku Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan. 9 Julai 1963 Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. 16 September 1963 Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan telah dibacakan oelh Perdana Menteri.
  • 10. 1962 PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA Referendum Singapura Jawatankuasa antara Kerajaan ( JAK ) Suruhanjaya Cobbold Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM
  • 11. ( RUNDINGAN ) REFERENDUM SINGAPURA 1. Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan referendum @ pungutan suara sebagai satu cara meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepasatian & pendirian Singapura berhubung penubuhan Malaysia. 2. Diketuai oleh kerajaan Singapura. 3. Tujuannya adalah untuk mendapat pungutan suara rakyat Singapura mengenai pembentukan Malaysia. 4. Dalam proses penubuhan Persekutuan Malaysia. Pada pungutan suara tersebut, rakyat Singapura diberi tiga pilihan iaitu : a. Pilihan A = Rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura & Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961 ( 397, 626 Undi )
  • 12. b. Pilihan B = Rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain dalam Persekutuan Tanah Melayu ( 9,442 Undi ) c. Pilihan C = Rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat & faedah yang hamper sama seperti yang diperoleh wilayah-wilayah Borneo dengan penyertaan ini ( 144,007 Undi ) 5. Referendum Singapura ini telah diadakan pada November 1962. Barisan Sosialis dan komunis yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu, mereka telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. 6. Namun selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 70% pengundi menyokong Pembentukan Malaysia. 7. Secara keseluruhannya, keputusan menunjukkan rakyat Singapura bersetuju menyertai Malaysia dengan memilih Syarat A, iaitu pilihan yang dicadangkan oleh kerajaan Singapura sendiri. 8. Pada Julai 1963, satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborought House, London. Perjanjian Penubuhan Pesekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. 9. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya disytiharkan pada 16 September 1963.
  • 13. 1963 PENISYTIHARAN PEMBENTUKAN MALAYSIA 1. Hari perisytiharan pembentukan Malaysia diumumkan pada 16 September 1963 2. Penetapan tarikh ini adalah berdasarkan keputusan Setiausaha Agung PBB dan dipersetujui oleh kerajaan British, Singapura, Sarawak dan Sabah. 3. Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua Negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan. 4. Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu ( PBB ) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963. 5. Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara besar-besaran. 6. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB YDPA, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota cabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas. 7. Peniisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30.000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohamad Said.
  • 14. 1964-1965 ISU SINGAPURA 1. Sebelum pembentukan Malaysia, Lee Kuan Yew menegaskan bahawa walaupun Singapura bersetuju menyertai Malaysia, namun hal-hal yang terkandung dalam percantuman tersebut mestilah ditentukan bersama-sama dengan rakyat Singapura sendiri. 2. Penegasan ini bagi memastikan rakyatnya tetap mendapat keselesaan selepas penggabungan. 3. Pada 23 Ogos 1961, suatu mesyuarat rasmi diadakan antara Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu & mereka mencapai persetujuan atas beberapa perkara. Persetujuan ini telah termaktub didalam kertas putih yang antaranya menyatakan aspek pertahanan, hubungan luar dan keselamatan akan menjadi tanggungjawab Persekutuan. 4. Tetapi soal pendidikan dan tenaga buruh adalah dibawah bidang kuasa kerajaan Singapura sendiri. 5. Kertas putih diisytiharkan secara rasmi pada bulan November 1961.
  • 15. KERTAS PUTIH KANDUNGAN : 1. Aspek pertahanan, perhubungan luar & keselamatan tanggungjawab persekutuan. 2. Pendidikan & tenaga buruh tanggungjawab Singapura. 3. Ekonomi, perindustrian & perkilangan tanggungjawab bersama.
  • 16. SETELAH DUA TAHUN SINGAPURA MENGANGGOTAI PERSEKUTUAN MALAYSIA 1. Setelah dua tahun Singapura berada dalam Malaysia, hubungan Tanah Melayu dengan Singapura mula menjadi tegang. 2. Hal ini kerana, ketika Singapura berada dalam Malaysia, banyak perselisihan faham telah timbul antara kerajaan Singapura dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. - Singapura membentuk United Opposition Front yang memperjuangkan konsep Malaysia untuk orang Malaysia – desakan penghapusan keistimewaan hak orang Melayu. ANTARA ISU YANG MENJADIPERBAHASAN HANGAT ADALAH SOAL SOAL EKONOMI SOAL PARTI SOAL PERKAUMAN
  • 17. SOAL EKONOMI 1. Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah sepakat untuk memajukan sector perindustrian dan perkilangan bersama. 2. Dalam hal ini, barang-barang yang dihasilkan akan digunakan dalam negeri dan bukannya untuk dieksport keluar. 3. Tetapi apabila Malaysia ditubuhkan, tidak banyak kemajuan ekonomi yang dicapai. Keadaan ini telah mengecewakan Singapura. 4. Singapura ingin mengekalkan statusnya sebagai pusat perindustrian perdagangan & pelabuhan bebas & tidak disaingi kerajaan pusat. SOAL PARTI 1. Parti Tindakan Rakyat yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew cuba hendak bertanding dengan Parti Perikatan dibawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. 2. PAP cuba menarik perhatian orang Cina sehingga pergerakan PAP dianggap sebagai satu pencerobohan keatas hak keistimewaan Orang Melayu. 3. Di antara tahun 1964 dan 1965, terdapat sekurang-kurangnya tiga kejadian yang merosakkan hubungan Singapura-Malaysia. a. Pertama, terdapat rusuhan-rusuhan kesan dari konflik-konflik bersifat perkauman di antara PAP dan pelampau perkauman di kalangan orang-orang Melayu di persekutuan. b. Ia menyumbang kepada hubungan yang tidak baik di antara kerajaan Cina di Singapura dan kerajaan Pusat yang diketuai oleh orang Melayu di Kuala Lumpur. c. Kedua, usaha oleh Lee untuk mengemukakan calon-calon PAP dalam pilihan raya 1964 di Tanah Besar telah diterjemahkan oleh ahli politik Melayu sebagai satu usaha oleh Lee untuk merebut pucuk pimpinan di Kuala Lumpur. d. Ketiga, pada bulan Mei 1965 Lee menghimpun empat parti pembangkang di Tanah Melayu dan Sarawak untuk menyertai PAP dalam Convention ( MSC ) yang mendokong konsep ‘Malaysian Malaysia’. e. Sekali lagi, ini telah dianggap oleh Perikatan, khususnya UMNO, sebagai satu manifestasi cita-cita Lee untuk menjadi Perdana Menteri pada ketika ini bukan
  • 18. sahaja dengan menarik sokongan masyarakat Cina tetapi kesemua golongan masyarakat. f. Sebagai sebahagian daripada agenda ‘Malaysian Malaysia’, Lee memulakan satu pertemuaan di Singapura pada 12 Februari 1965. Pemimpin-pemimpin pembangkang Cina tanah besar dan Sarawak menghadirinya sertaturut serta adalah dua orang wakil tidak bernama dari parti utama di Sabah. Wakil dari tanah besar ialah Lim Cheong Eu, bekas presiden MCA yang telah menjadi Setiausaha Agong United Democratic Party ( UDP ). Wakil daripada Sarawak ialah Ong Kee Hui, pengerusi SUPP. 4. Tujuan utama mesyuarat adalah untuk membincangkan strategi untuk menghadapi tekanan dari pelampau Melayu dalam kerajaan Perikatan. Ia mencadangkan untuk mewujudkan Malaysian Solidarity National Convention. 5. Matlamat keselamatan Negara Singapura, strategi-strategi, dan keutamaan-keutamaan telah berkembang secara berbeza daripada Persekutuan. Konsep satu ‘Malaysian Malaysia’ telah menjadi asas pendekatan pembangunan PAP di Singapura. 6. Bagi Lee, pendekatan ini akan akhirnya menghasilkan masyarakat yang dinamik dan Negara yang progresif yang mendorong pertumbuhan ekonomi. Konsep ini juga turut diperdebatkan sebelum Singapura. Sebelum berpisah dari Malaysia. 7. Pada perhimpunan Malaysian Solidarity Convention yang diadakan di Singapura pada 6 Jun 1965. Timbalan Perdana Menteri Singapura, Toh Chin Chye, merangka agenda untuk gagasan ‘Malaysian Malaysia’ dengan kehadiran pemimpin-pemimpin daripada lima parti politik dari Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. 8. Berbeza dengan PAP iyang mendokong pendekatan ‘Malaysian Malaysia’, kerajaan pimpinan UMNO cenderung untuk menegaskan pemilikan Melayu terhadap Negara, pembaikan sosio ekonomi orang Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu, semuanya boleh dirangkumi di dalam konsep Ketuanan Melayu, atau hegemoni Melayu di Negara ini. 9. Kebimbangan UMNO dalam hubungannya dengan masyarakat Cina di Tanah Melayu dan Singapura juga disebabkan oleh status sosioekonomi yang rendah orang Melayu. Ringkasnya, kedudukan orang melayu dalam lingkungan politik perlu diperkuatkan untuk menghadapi ketidakseimbangan ekonomi dalam hubungannya dengan masyarakat bukan melayu, terutamanya orang Cina yang pada umumnya dianggap rakus dan tidak sensitife kepada budaya masyarakat Melayu. Nada anti-Cina oleh golongan ultra-Melayu pada tahun 1960an sebahagian besarnya diarahkan kepada PAP dan LEE. 10. Politik dan perasaan tidak selamat masyarakat Melayu secara umum yang bertambah parah hasil pengembangan penduduk Cina di Malaysia.
  • 19. FAKTOR SINGAPURA DIKELUARKAN 1. Minat pemimpin Singapura Lee Kuan Yew terhadap pembentukan ini semakin berkurangan. 2. Polarisasi kaum ( sifat perkauman ) semakin melampau. Cina dengan pelampau Cina, Melayu dengan pelampau Melayu, iaitu antara PAP ( kerajaan Singapura) dengan Parti Perikatan ( Kerajaan Pusat ) . 3. Tentangan bermula apabila calon dari parti pimpinan Lee Kuan Yew tewas di dua tempat dalam pilihanraya pertama Malaysia pada tahun 1964. 4. Lee Kuan Yew berpendapat, MCA tidak layak memimpin & menjaga kepentingan kaum Cina. 5. Perkara terakhir yang menyebabkan pemisahan singapura adalah penubuhan Malaysian Solidarity Convention ( MSC ) yang diketuai oleh PAP dan terdiri dari parti-parti pembangkang bukan Melayu. Slogannya, ‘Malaysian Malaysia’ mendesak kewujudan sebuah negara bukan untuk kepentingan masyarakat tertentu sahaja. 6. Bagi Perikatan, slogan tersebut adalah secara kesimpulan satu serangan ke atas keistimewaan orang Melayu, Islam, Bahasa Melayu sebaga bahasa rasmi dan malahan Sultan Melayu. 7. Lee dituduh bermain dengan perasaan perkauman untuk mencapai cita-cita politiknya yang tinggi. Penubuhan MSC telah menduga kesabaran Perikatan kepada had yang tertinggi dan pemisahan antara dua buah Negara telah dilihat sebagai satu penyelesaian yang berkesan dalam menghadapi konflik-konflik bersifat politik dan perkauman ini. 8. Dalam konteks ini, permintaan Singapura untuk mewujudkan satu masyarakat seimbang bertentangan dengan kepimpinan Malaysia yang pro Melayu. Sebaliknya, Lee Pula mencadangkan bahawa perbezaan utama di antara PAP dan Perikatan bukan berkenaan objektif-objektif mereka, tetapi dalam konteks kecepatan untuk mencapai objektif-objektif tersebut. 9. Tunku begitu sedih dan amat susah hati dengan pertemuaan Lee di Singapura dengan kumpulan-kumpulan pembangkang dari Borneo dan Tanah Melayu semata-mata untuk mengutuk isu perkauman. Razak pula merasakan yang Perikatan tidak harus menyerahkan kuasa keselamatan dalam negeri kepada Lee dalam masa ia masih berunding dengan Tunku
  • 20. 1964 1. Rusuhan kaum berlaku pada 21 Julai 1964 dan pada 2 September 1964. 2. Hubungan kerajaan Singapura ( PAP ) dan Malaysia ( perikatan ) khususnya MCA semakin meruncing dan semakin buruk pada tahun 1964. 3. Rusuhan Kaum pada 13 Mei 1969 juga telah berlaku, diantara kaum Melayu dan Cina. 1965 1. 27 April 1965, Singapura menubuhkan Barisan Pembangkang Bersatu ( UOP ) untuk memperjuangkan persamaan hak dengan Slogan ‘ Malaysia untuk Malaysia ‘ . 2. 9 Mei 1965, orang Melayu menubuhkan Konvensyen Perpaduan Malaysia ( KPM ) dengan slogan ‘ Melayu Bersatu ‘ dibawah pimpinan Jaafar Albar. 3. Tan Siew Sin & T.H.Tan ( Pemimpin MCA ) mencadangkan pemisahan Malaysia dengan Singapura. 4. 9 Ogos 1965, Malaysia dan Singapura berpisah.
  • 21. 1965 PEMISAHAN SINGAPURA 1. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Tunku Abdul Rahman untuk meredakan keadaan, tetapi tidak berjaya. 2. Timbul pelbagai konflik antara kerajaan Singapura dan kerajaan Persekutuan di Tanah Melayu. 3. Faktor pemisahan adalah kerana isu perlembagaan, persaingan politik PAP dan MCA, masalah perkauman dan perbezaan pendekatan antara Perikatan dan PAP. 4. Akhirnya, pada 9 Ogos 1965, Singapura mengambil keputusan untuk keluar daripada mereka. Dalam keadaan terpaksa ini kerana Lee Kuan Yew sangat inginkan menguasai Persekutuan Tanah Melayu ketika itu, tetapi hal demikian telah di halang dan tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman dan rakyat-rakyat yang berkaum Melayu. 5. Ini keran Lee Kuan Yew melanggar perjanjian yang telah dimeterai oleh beliau sendiri pada awal pembentukan Malaysia ketika itu. 6. Beliau juga di anggap penceroboh atau musuh duri dalam daging oleh orang Melayu. Beliau juga telah mencetuskan banyak kekacauan dan pemberontakan serta banyak peperangan telah berlaku. 7. Singapura berpisah dengan Malaysia secara rasminya setelah Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Perpisahan.
  • 22. KESIMPULAN 1. Isu keselamatan politik seperti ancaman komunis dan masalah Singapura menjadi alasan membentuk Malaysia pada tahun 1963. Pembentukan Malaysia didasarkan kepada tanggapan dan tafsiran pemimpin-pemimpin Tanah Melayu tentang ancaman- ancaman keselamatan politik di rantau ini. Dalam mewujudkan keselamatan politiknya, rejim pemerintah Tanah Melayu bersetuju untuk bergabung dengan Singapura. 2. Selain bertujuan untuk mewujudkan kesatuan politik dan keseimbangan kaum, rancangan itu sendiri telah dianggap sebagai satu formula untuk mengatasi masalah komunis dan tekanan parti-parti pembangkang. Oleh kerana itu, tidak hairanlah Malaysia ditolak oleh pergerakan komunis dan parti-parti politik haluan kiri. 3. Penubuhan Malaysia juga adalah hasil kemahiran manipulatife pemimpin politik Malaysia yang mengetengahkan isu ancaman komunis dalam agenda politik mereka. Maka, kepentingan terhadap keselamatan politik telah merubah kedudukan geo- politik dari Persekutuan Tanah Melayu kepada pembentukan Malaysia. 4. Tambahan lagi, oleh kerana isu keselamatan politik adalah sangat penting ia turut menjadikan isu lain sebagai kurang penting. Misalnya tuntutan politik untuk terus dengan konsep federalism lama oleh sesetengah pihak akhirnya tertolak dengan kewujudan Malaysia. 5. Sesetengah parti politik yang masih mahukan system Persekutuan Tanah Melayu dan hak-hak kewarganegaraan yang ketat akhirnya dinafikan. 6. Ia menjadikan episode baru dalam sejarah politik Malaysia dan hanya menguntungkan Singapura dan majority etnik yang menduduki pulau tersebut dan di Semenanjung Tanah Melayu. 7. Berkemungkinan besar, penubuhan Malaysia juga adalah hasil desakan Singapura yang ketika itu berjuang mendapatkan kemerdekaan negaranya dan hak warga Negara untuk sebilangan besar etnik bukan-Melayu. Hal ini sebenarnya memerlukan penyelidikan yang lebih lanjut.
  • 24.
  • 25. Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa menandatangani perjanjian pembentukan Malaysia pada 9 Julai 1963 di Malborough House, London.
  • 26. Orang ramai menunggu ketibaan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 25 Julai 1963 setelah kembali dari mengadakan rundingan penubuhan Malaysia dengan British di Malborough House, London. YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali diselang seli dengan laungan oleh seluruh rakyat yang hadir pada 17 September 1963.
  • 27. Watikah pemasyuran Malaysia yang ditandatangani oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 16 September 1963.