Sebahagian dari Usul 20 Imam Al Banna yang menjadi petunjuk bagi daie dlam mengharungi medan dakwah. Islam mudah di fahami dan mengelakkan perpecahan yang menjadi lumrah ummah zaman ini.
4. ٌلَِامش ٌماَظِن ُمَالْساإلَتَيََِِاَظَم ُلََاَنIslam adalah sistem lengkap yang
merangkumi keseluruhan aspek
kehidupan.
Islam adalah daulah dan tanahair
atau kerajaan dan ummah.
Akhlak dan kekuatan atau rahmat
dan keadilan.
Kebudayaan dan undang – undang
atau ilmu dan kehakiman.
Kebendaan dan harta atau usaha dan
kekayaan.
Jihad dan dakwah atau tentera dan
fikrah.
Sebagaimana Islam itu adalah aqidah
yang benar dan ibadah yang
sohih,tidak kuang tidak lebih
Usul PertamaIslam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.
Islam adalah agama yang
menyeluruh dan lengkap.
َنَتَي ٌلَِامش ٌماَظِن ُمَالْساإلَرِهاَظَم ُل َاو
اًعيِمَج ِةَاَيالح,
ُح ْوَأ ٌنَط َو َو ٌةَل ْوَد َوُهَفٌةةمُأ َو ٌةَم ْوُُك
ْحَر ْأو ٌة ةوُق َو ٌقُلُخ َوُه َوٌةَلاَدَع َو ٌةَم
ْأو ٌن ْوُناَق َو ٌةَفاَقَث َوُه َوٌٌاَََق َو ٌٌْلِع
ْسَك أو ٌة َو ْرَث َو ٌةةداَم َوُه َوَبـبـنبـِِ و ٌٌبـ
َوُه َوٌْشيَج ْأو ٌة َعبـوَد و ٌدبـهبـا ِجٌة َرُْكِف و
َو ٌةَقِداَص ٌةَدْيِقَع َوُه اَمَكَحْي ِحَص ٌةَداَبِعٌة
ٌا َوَسِب ًٌا َوَس
4
5. 5
Dalam Asas Pertama, beliau telah memberi fokus pada kesyumulan
sistem Islam yang meliputi seluruh bidang kehidupan. Beliau
menganggap bahawa negara, watan, umat dan kerajaan merupakan
antara rukun Islam dan asasnya.
Dalam Asas Keempat, beliau menumpu pada usaha membersihkan
akidah dari kekeruhan dan membebaskan akal dan hati dari
bergantung pada waham dan khurafat, seperti tangkal dan jampi
mentera (yang diharamkan), pendinding dan tilikan. Beliau
mengecualikan jampi daripada ayat al-Quran atau jampi yang
diriwayatkan daripada Baginda s.a.w
Asas Kesepuluh, beliau menegaskan kepentingan pegangan akidah yang
paling utama iaitu mengesakan Allah dan mensucikan-Nya. Beliau
mengutamakan mazhab salaf serta dalam isu ayat-ayat dan hadis-hadis
sahih berkenaan sifat Allah Ta‘ala: ”Kami beriman padanya seperti
mana ia datang, tanpa takwil dan tidak juga meninggalkannya
langsung (ta’thil)”
6. 6
Asas Kesebelas, beliau telah menggariskan definisi bid’ah yang
ulama bersepakat mengharamkannya, definisi secara terperinci
sebagai kesesatan yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan
sebaik-baik cara yang tidak membawa kepada perkara yang lebih
buruk
Asas Ketigabelas, beliau menerangkan pendirian yang adil dan
tepat terhadap orang-orang soleh dan wali2 serta ”karamah”
mereka, tanpa berlebih-lebihan
Asas Keempatbelas, beliau memberi tumpuan tentang pentingnya
memelihara akidah agar kekal suci dari sebarang bid’ah dan
unsur asing seperti meminta pertolongan dari orang yang mati,
tidak kira siapa mereka. Juga seperti menyapu-nyapu kubur dan
seumpamanya. Beliau menutup pintu (Sad az-Zaraie’) yang
membawa kepada kekeruhan akidah
7. 7
Asas Kelimabelas pula, beliau menerangkan hukum tentang
permasalahan tawasul dalam bentuk yang tertentu. Perselisihan
dalam masalah ini telah menjadi sebab kepada perpecahan, tuduh
menuduh dengan kejahilan dan kelemahan sesama muslim, dan
kafir mengkafir. Pendapat beliau dalam masalah ini merupakan
pendapat yang adil dan pertengahan yang menarik hati ramai
orang. Beliau menjelaskan bahawa isu ini adalah masalah
ijtihadiah, iaitu berkisar di sekitar persoalan ”rajih dan marjuh”
(pendapat mana yang paling kuat)
Asas Keduapuluh, beliau berbicara tentang isu yang amat penting dan
sensitif, iaitu isu takfir. Dalam isu ini, ada sesetengah pihak yang telah
mengambil pendirian yang melampau, dan ada pula yang terlalu longgar.
Imam al-Banna telah mendatangkan pendapat yang tepat dan
pertengahan, tanpa menakutkan dan tidak pula mencuaikan. Beliau telah
meletakkan garis panduan syarak untuk isu ini supaya
kefahaman akh terpelihara daripada penyelewengan yang merbahaya dan
kecuaian yang memudaratkan
8. 8
1. a) Islam adalah negara dan watan
Negara dari sudut politik bererti sebuah masyarakat yang
hidup secara tersusun dalam satu rantau tertentu, patuh
kepada lembaga pemerintah yang berdaulat, memiliki
ciricirinya yang tersendiri berbanding negara-negara
seumpamanya.
Watan pula ialah tanahair tempat tinggal individuindividu,
yang dikaitkan dengan perasaan keterikatan dan
penggabungan diri kepadanya. Bagi orang-orang Islam,
watan mereka ialah setiap tempat yang terdapat di
dalamnya orangorang yang menyebut: Lailahaillallah
Muhamad Rasulullah
9. 9
1. b) Islam adalah kerajaan dan umat
Perkataan kerajaan digunakan untuk kuasa yang memerintah dan
mentadbir sesebuah negara melalui sistem pengurusan negara,
mengendali urusan orang ramai, memandu dan menyusun usaha
mereka, serta mengawal tindak laku individu dan organisasi di
dalam negara tersebut Umat pula ialah sekumpulan individu yang
dihimpunkan oleh satu budaya dan pengetahuan yang sama,
berdasarkan kepada kesatuan asal usul, bahasa atau agama.
Mereka juga diikat dengan sejarah, warisan sosial dan
kepentingan ekonomi,selain hidup berkongsi tanahair yang satu.
Mereka berusaha mengekalkan ikatan sesama mereka itu dari
sudut politik dalam rangka negara yang ada.
10. 10
2. a) Islam adalah akhlak dan kekuatan
Akhlak pada istilah pakar sosial berubah dan berkembang
dengan berubahnya zaman kerana ia adalah hasil pengalaman
individu. Tetapi dalam Islam, akhlak merupakan perkara yang
tetap, tidak berubah dengan berubahnya zaman dan tempat,
terutamanya akhlak-akhlak mulia yang telah digariskan oleh
agama atau akhlak buruk yang di tetapkan ugama.
Kekuatan ialah keupayaan untuk meninggalkan kesan.
Islam adalah kekuatan mental yang tersergam pada iman
yang mendorong agar beramal. Islam juga merupakan
kekuatan fizikal yang tersergam pada jihad di jalan Allah.
Islam adalah kekuatan jiwa yang lahir daripada pengalaman
yang menjadikan individu muslim berpegang teguh pada
akhlak Islam dalam setiap urusannya.
11. 11
2 b) Islam adalah rahmat dan keadilan
Rahmat bermaksud Islam adalah agama yang memerintah
dan mewajibkan
penganutnya agar bersifat rahmat, iaitu berlembut ketika
berurusan dengan manusia
Keadilan bermaksud kesamarataan sesama manusia dalam
perkara yang perlu disamaratakan. Islam adalah keadilan
kerana ia memberi ganjaran kebaikan dengan kebaikan.
Sebaliknya, hukuman setimpal bagi kesalahan yang
dilakukan.
12. 12
3. a) Islam adalah pengetahuan dan undangundang
a) Islam adalah pengetahuan dan undangundang
Islam adalah pengetahuan : ia adalah prinsip, sistem dan manhaj
yang diketahui oleh muslim. Berdasarkan pengertian ini, Islam
adalah pengetahuan tanpa unsur khurafat dan sangkaan.
Pengetahuan ini tidak dicapai oleh manusia secara sembarangan
tanpa bersandarkan hujah atau dengan melayan was-was syaitan.
b) Islam adalah undang-undang
Ia adalah sekumpulan prinsip yang mengawal tingkah laku sosial
dan membimbingnya ke arah kebaikan. Undang-undang pada
pandangan pakar politik dan sosial merupakan kemuncak
penyusunan sosial terhadap tingkah laku manusia
13. 13
3. b) Islam adalah ilmu dan kehakiman
a) Islam adalah ilmu
Islam adalah ilmu : ilmu tentang perkara yang mendatang
kemaslahatan atau kerosakan kepada manusia dan kehidupan
mereka di dunia ini. Ia juga adalah ilmu tentang prinsip dan
teori yang dilihat sebagai sebaik-baik perkara yang mesti
ditunaikan dalam kehidupan manusia
b) Islam adalah kehakiman
Penghakiman ialah keputusan dalam satu-satu perkara,
sama ada berbentuk kata-kata atau perbuatan.
Islam adalah kehakiman dengan erti kata ia mengandungi
prinsip dan nilai yang membolehkan keputusan dibuat
terhadap semua isu, tidak kira sama ada isu sosial, politik,
ekonomi, pemikiran dan budaya.
14. 14
4 a.) Islam adalah material dan perbendaharaan
a) Islam adalah material
Maksudnya ialah Islam bukan sekadar perkara berkaitan mental
dan spiritual sahaja. Sebaliknya terdapat di sana sudut material.
Kerana kehidupan manusia tidak akan baik dan stabil, bahkan
tidak akan sempurna tanpa kedua-dua unsur tersebut, spiritual dan
material.
b) Islam adalah perbendaharaan
Perbendaharaan di dalam ilmu ekonomi ialah harta yang boleh
dimiliki dan dinilai serta dalam kuantiti tertentu. Apabila
dikatakan Islam adalah perbendaharaan maka ia bermaksud
kekayaan yg memenuhi keperluan individu dan masyarakat dari
segi material, spiritual, fizikal, rohani dan akal. Dalam hal ini ia
adalah perbendaharaan yang tiada tandingan. Islam memelihara
perbendaharaan material serta menuntut agar ia dipelihara,
disuburkan dan dihalakan ke arah khidmat individu dan
15. 15
I4, b) Islam adalah pendapatan dan kekayaan
c) Islam adalah pendapatan
Pendapatan bermaksud apa yang dicari oleh insan bagi mendatangkan
manfaat dan habuan seperti mencari wang. Ia juga bermaksud
memerintahkan insan agar bekerja dan berusaha mencari pendapatan. Islam
menuntut individu agar tidak hidup bergantung pada orang lain. Islam
memandang mulia pekerjaan dan orang yang bekerja.
d) Islam adalah kekayaan
Islam adalah kekayaan : kekayaan itu mengandungi tiga pengertian:
Pertama: Tidak berhajat kepada sesuatu. Perkara ini hanya berlaku pada
Allah s.w.t.. Allah Maha Kaya
Kedua: Tidak berhajat kepada sesetengah perkara, ditunjukkan oleh firman
Allah: ”Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?”
(ad-Dhuha: 8)
Ketiga: Bermaksud seseorang yang memiliki banyak harta dan
kemewahan
16. 16
5a.) Islam adalah jihad dan dakwah
a)Islam adalah jihad
Jihad dan mujahadah ialah mengerahkan keupayaan untuk
melawan musuh, antaranya ialah mujahadah melawan musuh
zahir, mujahadah syaitan, mujahadah jiwa dan mujahadah
Munafikin.Jihad ini berterusan sehingga ke hari Kiamat.
b) Islam adalah dakwah
Islam adalah dakwah Allah ke arah kebenaran, ke arah
menyembah Allah semata-mata. Dakwah adalah
tanggungjawab wajib ke atas setiap muslim yang berupaya
kerana telah mengenali perkara yang diseru.
17. 17
5.b) Islam adalah atau tentera dan fikrah
a) Islam adalah tentera
Tentera dari segi penggunaan kita pada hari ini ialah
pasukan bersenjata yang tunduk di bawah organisasi kekal.
Tentera pada zaman Rasulullah s.a.w. meliputi semua muslim
yang mampu berperang di jalan Allah. Islam menggunakan
kekuatan untuk kebenaran, bukan untuk menceroboh
b) Islam adalah fikrah
Islam adalah fikrah yang mewajibkan penganutnya bersaksi
Lailahaillallah Muhamad Rasulullah,mendirikan solat, tunaikan
zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan menunaikan haji jika
mampu. Islam adalah fikrah dengan makna ia adalah manhaj yang
menyusun segenap aspek kehidupan manusia. Fikrah ini mesti
disebarkan kepada semua manusia, di semua tempat dan zaman.
18. 18
6- Seperti mana ia adalah akidah yang benar dan ibadah yang
sah, sama dan serupa
a) Islam adalah akidah yang benar
Akidah ialah iktikad. Ia adalah prinsip yg dipegang &dipercayai
kebenarannya oleh seseorang insan.Islam adalah akidah bererti
bahawa ia adalah prinsip yang meliputi noktah2 asasi dlm segenap
aspek kehidupan insan, yg wajib diimani dan diiktikad kebenarannya
oleh setiap muslim, serta bersedia untuk berjuang dan mati di
jalannya
b) Islam adalah ibadah yang sah
Islam adalah ibadah bererti bahawa ia ditegakkan melalui perhambaan
kepada Allah semata-mata, tanpa sekutu,berdasarkan syariat yang
ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w..Ibadah ialah beberapa amalan dan
perlakuan membuat atau meninggalkan, yang asasnya ialah ungkapan
iktikad yang terkandung di dalam hati seseorang muslim. Ibadah ini –
berdasarkan maksudnya yang menyeluruh dalam Islam
20. الثانى األصل
ُةَّنُّسالَو ُمْي َِركْال ُآنْرُقْالَو
َجْرَم ُةَرَّهَّطُمْالْسُم ُّلُك ُعٍمِل
ِمَالْسِإلْا َمَاكْحَأ ِفُّرَعَت ْىِف
َآنْرُقْال ُمَهُْفيَواًقْبِط
ِةَغُّالل ِدِعاَوَقِلِةَّيِبَرَعْالْنِم
َو ٍفَُّلكَت ِرْيَغٍُّفسَعَت َال
َف ْىِف ُعَجُْريَوِثْيِدَحْال ِمْه
ْيِدَحْال ِلاَج ِر ْنِماَقَّالث ِثة
20
Al-Quran dan As-Sunnah
adalah rujukan asas dalam
perundangan Islam.
Al-Quran dan sunnah (hadis)
adalah sumber rujukan untuk
mengetahui hukum hakam
Islam. Al-Quran difahami
menurut kaedah-kaedah
bahasa Arab dengan tidak
memberat dan meringankan.
Hadis pula di fahami melalui
periwayat-periwayat hadis
yang dipercayai.
21. 21
Dalam Asas Kedua, beliau telah menegaskan bahawa
al-Quran dan Sunnah adalah rujukan bagi setiap
muslim dalam usaha untuk mengetahui hukum
hakam Islam. Beliau tidak menyebut dalil-dalil
umum lain bagi hukum hakam seperti Ijma’, Qiyas,
Istihsan dan lain-lain. Ini kerana kesemua dalil2 itu
ditunjukkan oleh al-Quran dan Sunnah, maka
berpada menyebut kedua-duanya sahaja sudah
mencukupi kerana kedua-duanya itu merupakan asas,
tanpa menafikan dalil-dalil yang lain bagi golongan
yang mengiktirafnya
22. 22
Muslimin ijma’ bahawa al-Quran & Sunnah adalah
sumber asasi bagi undang2 Islam. Nas2 al-Quran &
Sunnah berbahasa Arab. Oleh yang demikian,
kaedah bahasa untuk menafsirkan nas2 itu perlu
dipelajari. Ulama Usul Fiqh telah memberi
perhatian kpd penerangan kaedah bahasa ini setelah
mereka mengkaji uslub2 bahasa Arab dan
penggunaan lafaz2 dalam makna2nya serta
petunjuk lafaz2 itu ke atas pelbagai makna.
Kaedah2 itu disebut al-Qawa‘id al-Usuliyyah, yang
disentuh kepentingannya oleh al-Imam al-Banna
dalam Asas Kedua
23. 23
Mengapa Imam al-Banna hanya sekadar menyebut al- Quran dan
Sunnah, tidak menyebut dalil-dalil hukum lain seperti Ijma’, Qiyas dan
Istihsan?
Sesungguhnya pada yg demikian itu terdapat petunjuk kebijaksanaan
Imam al-Banna, iaitu:
1- Beliau mahu menghimpunkan hati umat Islam. Caranya ialah
hanya menyebut perkara yang disepakati sahaja, iaitu al-Quran
dan Sunnah. Ijma’dan Qiyas pula terdapat pihak yang tidak
menerimanya sebagai dalil. Baki dalil yang lain seperti ‘Uruf,
Istihsan dan Masholeh Mursalah pula merupakan perkara yang
terdapat perselisihan pendapat ulama. (al-Wajiz fi Usul Fiqh:
148).
2- Dalil-dalil yang lain ditunjukkan oleh al-Quran dan Sunnah,
maka berpada menyebut kedua-duanya sahaja sudah mencukupi
kerana kedua-duanya itu merupakan asas, tanpa menafikan dalil-
dalil yang lain bagi golongan yang mengiktirafnya.
25. الثالث األصل
َو ِقِداَّصال ِانَمإليِلَوِةَداَبِعْال
ِةَحْي ِحَّصالَجُمْالَوٌر ْوُن ِةَدَها
ِللا اَهٌفِذْقَي ٌةَوَالَحَوِبْلَق ْيِفْنَم
ِهِداَبِع ْنِم ُءَاشَي
ْالَو َماَهْلِاإل َّنِكلَوَرِاطَوَخ
َل َىْؤُّوالر َفْشَكْالَوْنِم ْتَسْي
َّشال َِامكْحَاأل ِةَّلِدَأِةَّيِعْر.
ِب َّالإ ُرَبَتْعُت َالَوَِمدَع ِطَْرش
ِنْيِِّدال َِامكْحَأِب اَهَِامدِطْصا
ِه ِص ْوُصُنَو
Usul Ke-3
Iman sejati, ibadah yang sah dan
perjuangan mempunyai cahaya
dan kemanisan di dalam hati.
Ilham, lintasan hati, mimpi tidak
boleh dijadikan dalil hukum
Agama.
25
26. 26
Dalam Asas Ketiga pula, beliau meneruskan bicara
tentang perkara yang dianggap oleh sesetengah org
sbg sumber hukum. Beliau menerangkan bahawa
ilham, lintasan hati (khatirah), Kasyaf dan mimpi
adalah perkara-perkara yang boleh berlaku. Beliau
tidak menolaknya secara menyeluruh.
Tetapi kewujudan perkara2 itu tidak bermakna ia
boleh dijadikan sebagai dalil2 hukum secara
bersendirian. Ini kerana perkara2 ini kebiasaannya
bercampur aduk dengan zhon dan waham. Keadaan
ini menyebabkannya tidak boleh dipegang & diiktiraf.
Cuma ia boleh diambil sebagai pengajaran ketika tidak
bertentangan dengan al-Quran danSunnah.
27. 27
Lintasan hati (khatirah) ialah perkara atau urusan yang
terlintas di hati. Jika ia baik maka sumbernya daripada cahaya
keimanan serta kesannya, dan taufik daripada Allah. Para ulama
menamakan sentuhan malaikat dalam hati sebagai khatirah.
Dalam hadits Ibnu Mas'ud r.a.:
"Sesungguhnya malaikat mempunyai sentuhan ke atashati anak
Adam, syaitan juga mempunyai sentuhannya. Sentuhan malaikat
ialah mahukan kebaikan dan mempercayai ancaman Allah.
Manakala sentuhan syaitan pula mahukan kejahatan dan
mendustakan janji Allah,"
Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan
cahaya dan kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati
sesiapa yang dikehendaki di kalangan hamba-hambaNya. Tetapi
ilham, lintasan-lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil-dalil
hukum syara’. Ia tidak diambil kira kecuali dengan syarat tidak
berlawanan dengan hukum dan nas agama.
28. 28
Kasyaf: Dr. ‘Ali ‘Abdul Halim berkata: Kasyaf
- mempunyai pengertian tasauf, iaitu: Seorang yang soleh
mendakwa mengetahui perkara ghaib yang tidak didedahkan
kepada manusia biasa. Ibnu al-Qaiyim berkata: Mukasyafah
yang sahih ialah ilmu-ilmu yang dibicarakan oleh Allah
Ta‘ala dalam hati hamba-Nya yang menunjukkan perkara-
perkara ghaib yang tidak diketahui oleh orang lain.
Perkara-perkara ghaib tersebut mungkin ditunjukkan secara
berturut-turut dan mungkin juga disekat daripada hamba-
Nya itu dengan melalaikannya. Ia dilupai dengan lapisan
dosa yang mengeraskan hati yang merupakan hijab yang
paling nipis, atau ditutup dengan lapisan dosa yang lebih
besar dan dahsyat.
[Madarij as-Salikin 3/221-223].
29. 29
Mimpi: Sabda Nabi s.a.w.:
"Mimpi itu terbahagi tiga: Mimpi drp Allah, mimpi drp
syaitan dan mimpi berpunca drp bicara hati ketika sedar."
[Lihat Jami’al-Ushul 2/118, dengan makna hadits ini].
Mimpi para nabi adalah mimpi benar. Manakala selain
mereka, kemungkinan berpunca daripada perasaan jiwa,
syaitan atau Allah Ta‘ala. Ia bercampur-campur.
Hinggakan mimpi Rabbani pun kebiasaannya datang
dalam bentuk isyaratisyarat yang kadang-kadang disalah
ungkap.
Oleh yang demikian, muslimin telah ijma’ bahawa mimpi
orang-orang selain para nabi tidak boleh dijadikan sebagai
sumber hukum
30. 30
Imam as-Syahid menerangkan bahawa ilham, lintasan hati
(khatirah), kasyaf dan mimpi memang wujud. Beliau tidak
menolaknya secara total, tetapi ia bukan dalil hukum yang
boleh digunakan secara bersendirian
Antara peristiwa yang benar berlaku dan masyhur:
1. Kisah berkenaan ‘Utsman bin Affan r.a., bahawa seorang
lelaki masuk menemuinya, lalu ‘Utsman berkata:
"Salah seorang kamu telah masuk dalam keadaan kesan zina
pada matanya." Maka lelaki itu berkata: "Adakah wahyu lagi
selepas Rasulullah s.a.w.?"
Beliau berkata: "Tidak, tetapi firasat yang benar." [at-Thuruq
al-Hukmiah ms 41].
32. الَابع األصل
َقَُّالََ َمِئاَمَّتالَََعَدََالََ ي
َهَكْلاََ َةَف ََِعْالمَََءَاعِِّداََ َةَنا
ََ ِبْيَغْلا ِةَف َِْعَمِم َانَك اَم ٌّلُكْن
َت ٌََكْنُم ِباَبْلا اَذَُِب ِج
َك اَم َّالإ ُهُتَبَََاَحُمْنِم ٌةَيآ َان
ْثأَم ٍةَّيِقَُ َأ ِآنَُْقٍٍ َََُ
Usul Ke-4
Tangkal, jampi selain ayat
Al-Quran & Hadis serta
mendakwa tahu hal ghaib
(yang belum berlaku) adalah
munkar yg wajib dibenteras.
Tangkal, azimat, al-wad’ (sesuatu g diambil dari laut seperti kulit kerang
utk menghindarkan sakit mata), al-ma’rifah (mengetahui sesuatu perkara
dengan tanda2 awal utk mencari barang kecurian, tempat org sesat dsb),
kihanah (pemberitahuan tentang perkara2 ghaib pada masa akan datang
atau perkara yang tersembunyi di dalam hati orang lain) dan dakwaan
mengetahui perkara ghaib dan perkara2 yg tergolong di dalam perkara ini
merupakan perkara mungkar yang wajib diperangi melainkan jampi2 dari
ayat Al-Quran atau jampi yang ma’thurah (datang dari Rasulullah SAW). 32
33. 33
-manusia memang suka berpaut pada masa depannya. Pada zaman
kini golongan pembohong semakin banyak (horoskop, rahsia
zodiak, penilik tapak tangan dan bermacam-macam perbuatan-
perbuatan karut lain).
-Oleh sebab itu kita dapati Imam Hasan al-Banna amat memberi
perhatian kepada usaha membersihkan akidah dari unsur-unsur
syirik, serta membebaskan akal dan hati dari bergantung pada
sangkaan waham, zhon dan khurafat.
Tangkal : yang menjadi kebiasaan orang Arab menggantungnya
di leher anak mereka untuk menjaga diri dari kejahatan dan sihir
serta mendatangkan manfaat.
Jampi mentera : untuk orang sakit seperti demam, dirasuk
Tukang tenung : orang yang memberitahu tentang perkara
yang akan berlaku di masa depan atau perkara yang tersembunyi
di dalam hati.
34. 34
Sebab Pengharaman
Hanya Allah sahaja yang berupaya mendatangkan mudharat dan
memberi manfaat. Sesiapa yang percaya bahawa sesuatu boleh
memberi manfaat atau mendatangkan mudharat selain Allah, maka
akidahnya telah rosak dan pincang. Firman Allah Ta‘ala:
Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau
dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun
yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri;
dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan
kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu. (al-An‘am: 17)
Hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib.
Firman Allah Ta‘ala:
Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang
mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!
(an-Naml: 65)
35. 35
Hukum Jampi dan Tangkal al-Quran dan Ma`tsur
Tentang jampi, al-Khaththobi telah berkata: “Rasulullah
s.a.w. telah dijampi, menjampi, menyuruhnya dan
mengharuskannya. Jika ia dengan ayat al-Quran atau nama
Allah maka jampi itu harus atau disuruh.” (Fath al-
Majid:126- 127).
As-Suyuti pula berkata: Para ulama telah ijma’ harusnya
jampi apabila memenuhi tiga syarat:
1- Hendaklah dengan kalam Allah atau nama dan sifat-Nya.
2- Dalam bahasa Arab atau bahasa yang difahami maknanya.
3- Iktikad bahawa jampi itu tidak berkuasa, tetapi ia
berkesan dengan takdir Allah.