1. Toolkit LS 1
1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN [RPH]
Sekolah SK Pekan Nabawan Tarikh 31/3/2022
Tingkatan/Kelas 1 Cekal Waktu 8.00 pagi - 9.00 pagi
Saiz kelas 5 orang Tempoh (minit) 60 minit
Mata Pelajaran Bahasa Melayu Bidang Pembelajaran
Topik 3. Kemahiran membaca
Standard Kandungan 3.2 Mengenal huruf
Standard Pembelajaran 3.2.1 Menyebut dan menamakan abjad
Objektif / hasil
Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
i) Memadankan abjad berdasarkan aplikasi quizziz dengan betul.
ii) Menyurih abjad berdasarkan lembaran kerja dengan betul.
Kriteria Kejayaan
Saya akan berjaya sekiranya saya dapat:
i) Memadankan abjad sekurang-kurangnya lima daripada sepuluh abjad (a hingga j) berdasarkan aplikasi
quizziz dengan betul.
ii) Menyurih abjad sekurang-kurangnya enam daripada sepuluh abjad (a hingga j) berdasarkan lembaran
kerja dengan betul.
Kemahiran Saintifik /
Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir - Membuat rumusan, menjana idea
Sikap Saintifik /Nilai Murni/Nilai
Patriotisme Nilai murni -Kerajinan, ketekunan, keberanian, kasih sayang
Sumber Pengajaran dan
Pembelajaran
(1) Rujukan DSKP, youtube https://youtu.be/CZ3BmywhIMQ
(2) Alat Laptop
(3) Bahan Kad imbas, video youtube, alat tulis, kotak ajaib, pingpong, quizziz,
lembaran kerja
Pendekatan
Pengajaran - Pembentangan hasil kerja
- Berasaskan murid
2. Toolkit LS 1
2
Perkembangan
Pengajaran
Kandungan /
Konsep
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
(Tindakan Guru dan Aktiviti Murid)
Jangkaan Pemikiran
Murid
Catatan/Nota
Fasa 1
SET INDUKSI /
PENGENALAN
(5 minit)
Mencari kad
tersembunyi
1. Murid diberi arahan untuk mencari kad
tersembunyi.
2. Murid mula mencari kad abjad
tersembunyi di dalam kelas dengan
bimbingan guru. Aktiviti dilaksanakan
dengan iringan muzik.
3. Setelah menjumpai kad abjad, murid
menyusun kad di atas meja.
4. Murid dikehendaki menyebut abjad
berdasarkan kad yang berjaya dikumpul.
Pengetahuan -
Murid mencari kad abjad
dan mendapat rangsangan
serta maklumat mengenai
abjad yang akan
dipelajari.
BBM:
- Kad imbas
KI
- Kemahiran
komunikasi
PMK
- Pembelajaran
kontekstual
terarah.
EMK
- Bahasa
TMK
- Internet
Nilai
- Kerajinan
Fasa 2
PERKEMBANGAN
(Penerokaan)
(20 minit)
Tayangan video 1. Murid menonton video pendek
‘Mengenal ABC’.
https://youtu.be/CZ3BmywhIMQ
2. Murid bersoal jawab dengan guru
berkaitan video pendek yang ditonton.
Pengetahuan -
Murid akan menonton
video tersebut dan
mendapat ransangan serta
maklumat mengenai abjad
yang akan dipelajari.
BBM:
- Internet,
video
KI
- Kemahiran
komunikasi
3. Toolkit LS 1
3
Soalan 1 : Huruf apa yang kamu
nampak dari video tadi?
Soalan 2 : Berapa huruf yang kamu
nampak?
3. Setelah bersoal jawab, murid
diterangkan mengenai setiap abjad
yang disebut berdasarkan video yang
ditonton.
Pengetahuan -
Murid mengimbas kembali
apa yang diingati dalam
pemerhatian melalui
video yang ditayangkan.
PMK
- Pembelajaran
kontekstual
terarah.
EMK
- Bahasa
TMK
- Internet
Nilai
- Ketekunan
Fasa 3
PERKEMBANGAN
(Penerangan)
(15 minit)
Permainan
meniup pensel.
Kotak ajaib
1. Murid diminta untuk datang ke hadapan
kelas dan membawa pensel untuk
melaksanakan aktiviti meniup pensel.
(Unsur terapi pertuturan)
2. Seorang demi seorang murid diminta
untuk meniup pensel sehingga sampai ke
garisan penamat. Murid diberikan 4 kali
percubaan. Bagi percubaan ke 4, murid
yang berjaya meniup hingga ke garisan
penamat di kira sebagai pemenang.
3. Murid duduk dalam satu bulatan kecil.
Guru menerangkan aktiviti ‘Kotak ajaib’
kepada murid.
4. Muzik dimainkan dan kotak ajaib
digerakkan dari satu murid ke murid
seterusnya sehingga muzik dihentikan.
Pengetahuan -
Murid melaksanakan
aktiviti meniup pensel
sebagai aktiviti terapi
sebelum menyebut abjad.
Pengetahuan -
Murid melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti
‘Kotak Ajaib'.
BBM:
- Pensel,
internet
(muzik),
kotak,
pingpong
KI
- Kemahiran
komunikasi
PMK
- Pembelajaran
kontekstual
terarah.
EMK
4. Toolkit LS 1
4
5. Murid yang terakhir memegang kotak
ajaib dikehendaki mengambil dan
menyebut abjad yang diambil. Murid yang
berjaya menyebut dan menamakan abjad
diberikan ganjaran. Permainan diteruskan
sehingga semua murid mendapat giliran.
- Bahasa
TMK
- Internet
Nilai
- Ketekunan
Fasa 4
PERKEMBANGAN
(Aplikasi /
Penelitian)
(15 minit)
Quizziz
Lembaran kerja
Murid diberikan tugasan secara individu:
1. Seorang demi seorang murid datang ke
hadapan dan memadankan abjad
menggunakan aplikasi quizziz dengan
bimbingan guru.
2. Murid dikehendaki menyurih abjad
dengan bimbingan guru.
3. Murid menyemak hasil kerja bersama-
sama dengan guru. Murid yang dapat
menjawab dengan betul diberikan
ganjaran. (Stiker)
Pengetahuan -
Murid memadankan abjad
yang sama menggunakan
aplikasi quizziz.
Murid menyiapkan
tugasan.
BBM:
- Quizziz,
lembaran
kerja
KI
- Kemahiran
komunikasi
PMK
- Pembelajaran
kontekstual
terarah.
EMK
- Bahasa
TMK
- Internet
Nilai
- Keberanian
5. Toolkit LS 1
5
Fasa 5
PENUTUPAN
(Pentaksiran)
(5 minit)
Rumusan
keseluruhan isi
pelajaran.
1. Murid diminta untuk memberikan
rumusan pendek hasil pembelajaran
pada hari ini berdasarkan apa yang
dipelajari pada hari ini.
Soalan 1: Huruf apa yang kita belajar
hari ini?
2. Guru memberikan maklum balas
dan peneguhan positif berbentuk
ganjaran kepada murid yang
menggumpul stiker paling banyak
sepanjang pembelajaran pada hari ini.
3. Guru membuat rumusan isi
pelajaran secara keseluruhan.
Murid membuat rumusan
hasil pembelajaran.
BBM:
KI
- Kemahiran
komunikasi
PMK
- Pembelajaran
Kontekstual
Terarah
EMK
- Bahasa
TMK
Nilai
- Kasih sayang
Nota: Template ini adalah sebagai panduan penyediaan Rancangan Pengajaran Harian [RPH] / Lesson Plan.
Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian.