Publicidad

Más contenido relacionado

Publicidad

PANDUAN PAFA.ppt

  1. KOD : 01 MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
  2. Sebutkan lafaz Dua Kalimah Syahadah dengan sempurna
  3. Nyatakan pengertian Dua Kalimah Syahadah Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
  4. KOD : 02 RUKUN ISLAM
  5. Sebutkan Rukun Islam Rukun Islam ada lima perkara : • Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah • Menunaikan solat lima waktu • Mengeluarkan zakat • Berpuasa dalam bulan Ramadan • Menunaikan haji bagi yang berkemampuan
  6. Huraikan Rukun Islam: 1) Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah 2) Menunaikan solat lima waktu 3) Mengeluarkan zakat 4) Berpuasa dalam bulan Ramadan 5) Menunaikan haji bagi yang mampu
  7. Huraian : 1) Mengucap Dua Kalimah Syahadah : • Suatu pengakuan tentang adanya Allah dan keesaan-Nya dan suatu pengakuan tentang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w 2)Menunaikan solat lima waktu sehari semalam : • Ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuataan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Solat wajib ditunaikan lima waktu iaitu : Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak, Subuh
  8. 3) Mengeluarkan zakat : • Ibadat dengan cara mengeluarkan harta yang tertentu, diberi kepada golongan tertentu dengan kadar dan syarat tertentu. Zakat tersebut ialah Zakat Fitrah dan Zakat Harta 4) Berpuasa pada bulan Ramadan : • Ibadat dengan menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertakan dengan niat. Ia wajib ditunaikan selama sebulan dalam bulan Ramadan
  9. 5) Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan : Ibadat yang wajib ditunaikan di Mekah sekali dalam seumur hidup kepada orang yang mampu, dengan syarat tertentu pada waktu yang tertentu.
  10. Terangkan kepentingan Rukun Islam bagi setiap muslim Kepentingan Rukun Islam bagi setiap muslim ialah : • Merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan • Menjadikan seseorang sebagai muslim yang sejati • Menjadi penghubung antara manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia
  11. KOD : 03 RUKUN IMAN
  12. Sebutkan Rukun Iman Rukun Iman ada enam perkara : 1. Beriman kepada Allah 2. Beriman kepada Malaikat 3. Beriman kepada Kitab 4. Beriman kepada Rasul 5. Beriman kepada Hari Akhirat 6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar
  13. Bagaimanakah anda beriman kepada Allah s.w.t ? • Mengaku bahawa Allah s.w.t ada dan melaksanakan perintah-Nya dengan sempurna
  14. Bagaimana anda beriman kepada : 1) Malaikat 2) Kitab 3) Rasul 4) Hari Akhirat 5) Qada’ dan Qadar
  15. 1) Beriman kepada Malaikat : • Meyakini bahawa Malaikat itu ialah makhluk Allah, dijadikan daripada nur (cahaya), tidak berjantina dan tidak bernafsu. • Sentiasa taat menjalankan tugas yang ditentukan oleh Allah s.w.t 2) Beriman kepada Kitab : • Meyakini bahawa Allah s.w.t telah menurunkan kitab-kitab kepada para Rasul- Nya yang tertentu. Semua kitab ini mengandungi petujuk ke jalan yang benar
  16. 3) Beriman kepada Rasul : • Meyakini bahawa rasul-rasul itu pesuruh Allah, lelaki dan mendapat wahyu daripada Allah s.w.t untuk memimpin manusia ke arah kebenaran 4) Beriman kepada hari Akhirat : • Meyakini bahawa alam ini akan musnah. Selepas itu, manusia akan dihidupkan semula untuk dihisab segala amalannya. Orang yang banyak amalan soleh ditempatkan di syurga. Orang yang ingkar akan perintah Allah ditempatkan di neraka
  17. 5) Beriman kepada Qada’ dan Qadar : • Meyakini bahawa semua yang berlaku kepada diri kita bahkan seluruh alam telah ditentukan oleh Allah s.wt
  18. Apakah perkara-perkara yang boleh merosakkan iman ? Perkara-perkara yang boleh merosakkan iman ialah : • Syirik • Kufur • Riddah • Khurafat • Sihir
  19. KOD : 04 ISTINJAK
  20. Terangkan cara beristinjak dengan menggunakan air • Membasuh qubul dan dubur dengan menggunakan air mutlak sehingga diyakini bersih
  21. Sebutkan benda-benda yang boleh digunakan untuk beristinjak selain air Benda-benda yang boleh digunakan untuk beristinjak selain air ialah : • Batu • Benda kesat
  22. Terangkan cara beristinjak dengan menggunakan batu / benda kesat • Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji batu atau benda yang kesat sehingga diyakini bersih
  23. KOD : 05 MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN, PAKAIAN DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS
  24. Kain ini terkena najis Mukhaffafah Terangkan dan tunjukkan cara menyucikannya • Cara menyucikan najis Mukhaffafah ialah dengan memercikkan air mutlak di kawasan yang terkena najis
  25. Kaki anda terkena najis Mutawassitah. Terangkan dan tunjukkan cara membersihkan najis Mutawassitah Cara menyucikan najis Mutawassitah ialah : • Buangkan najis • Basuh bahagian yang terkena najis dengan menggunakan air mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasa
  26. Di lantai ini terdapat najis Mughallazah. Terangkan cara membersihkan najis Mughallazah Cara menyucikan najis Mughallazah ialah : • Buangkan najis • Basuh dengan air mutlak yang bercampur tanah ( 1 kali ) • Basuh dengan air mutlak ( 6 kali ) sehingga diyakini bersih
  27. KOD : 06 CARA BERWUDUK
  28. Tunjukkan cara berwuduk dengan betul dan sempurna 1) Membaca : 2) Membasuh dua tangan hingga pergelangan ( 3 kali) 3) Berkumur (3 kali) 4) Memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya (3 kali) 5) Menyebut lafaz niat wuduk, seperti : 6) Membasuh muka (tiga kali). Basuhan pertama disertakan dengan niat, : ”Sahaja aku berwuduk kerana Allah Talla”.
  29. 7) Membasuh tangan kanan hingga ke siku ( 3 kali), kemudian membasuh tangan kiri hingga ke siku (3 kali) 8) Menyapu sebahagian kepala dengan air (3 kali) 9) Menyapu kedua-dua telinga dengan air (3 kali) 10)Membasuh kaki kanan hingga ke buku lali ( 3 kali), kemudian membasuh kaki kiri hingga ke buku lali (3 kali)
  30. • Membaca doa wuduk : Ertinya : • Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Tuhan yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruh-Nya. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami daripada kalangan yang bertaubat, suci bersih dan jadikanlah kami daripada kalangan hamba-Mu yang soleh.
  31. KOD : 07 CARA BERTAYAMUM
  32. Tunjukkan cara bertayamum dengan betul dan sempurna • Sediakan debu yang suci • Menghadap kiblat • Membaca : • Menyebut lafaz tayamum seperti: “Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan solat fardhu kerana Allah” Cara bertayamum ialah :
  33. • Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari terbuka dan berniat. ”Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan solat fardu kerana Allah Ta’ala” dan mengekalkan niat sehingga menyapu muka • Menipiskan/ mengurangkan debu dengan meniup atau menengkuh kedua-dua tangan di luar tempat debu
  34. • Menyapu debu ke muka Catatan : Kawasan muka ialah dari gigi rambut ke bawah dagu dan dari anak telinga kanan ke anak telinga kiri • Membuangkan debu yang telah digunakan/ Mustakamal yang masih melekat di tapak tangan • Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari terbuka untuk kali kedua di tempat yang lain dan kemudian menipiskannya dengan meniup atau menegkuh kedua-dua tangan
  35. Menyapu tangan kanan dengan cara : 1. Meletakkan jari tangan kiri di bawah jari tangan kanan kecuali ibu jari 2. Lurutkan jari tangan kiri hingga ke pengelangan tangan kanan 3. Genggamkan sedikit jari kemudian melurutkannya hingga ke siku 4. Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku 5. Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dengan kedudukan ibu jari terangkat 6. Lurutkan ibu jari kiri di belakang ibu jari kanan
  36. • Menyapu tangan kiri dengan cara: • Meletakkan jari tangan kanan di bawah jari tangan kiri kecuali ibu jari • Lurutkan jari tangan kanan hingga ke pergelangan tangan kiri • Genggamkan sedikit jari kemudian melurutkannya hingga ke siku • Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku • Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dengan kedudukan ibu jari terangkat • Lurutkan ibu jari kanan di belakang ibu jari kiri • Meyelati jari kanan dan kiri
  37. KOD : 08 CARA MANDI WAJIB (MENGANGKAT HADAS BESAR)
  38. Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi Sebab-sebab yang mewajibkan mandi ialah : • Keluar mani • Haid • Jimak • Wiladah • Nifas • Mati selain dari mati syahid
  39. Terangkan cara mandi wajib yang betul dan sempurna Cara mandi wajib adalah seperti yang berikut : • Bersihkan badan daripada segala kekotoran • Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke anggota badan • Disunatkan berwuduk • Sebut lafaz niat :
  40. Jiruskan air ke kepala berserta niat. Niatnya ialah : ”Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Ta’ala • Jiruskan air ke kepala (tiga kali) • Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan (tiga kali) • Jiruskan pula air ke anggota badan sebelah kiri (tiga kali)
  41. Ratakan air ke seluruh anggota badan dengan cara : - Selati rambut, janggut dan semua bulu supaya air sampai ke kulit - Ratakan juga air ke pelipatan dan celah anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak, pusat, celah paha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung
  42. Peringatan • Wuduk terlaksana sekiranya sepanjang mandi tidak menyentuh qubul dan dubur dan perkara- perkara lain yang membatalkan wuduk
  43. KOD : 09 AZAN, IQAMAT, JAWAPANNYA, DAN DOA SELEPAS AZAN DAN IQAMAT
  44. Soalan kepada murid lelaki : Anda dikehendaki melaksanakan Azan dengan betul dan sempurna
  45. Soalan kepada murid perempuan : Anda dikehendaki menerangkan cara melaksanakan Azan dengan betul dan sempurna 1) Berwuduk, makruh Azan tanpa wuduk 2) Berdiri dan menghadap kiblat 3) Meletakkan jari telunjuk di telinga 4) Melaungkan Azan
  46. PERINGATAN: • Sunat Tarji, iaitu menyebut secara perlahan terlebih dahulu kalimah berikut sebelum melaungkannya dengan kuat. • Azan Subuh hendaklah ditambah kalimah : • selepas melaungkan kalimah :
  47. Dengar Azan dan jawab dengan betul dan sempurna • Murid dikehendaki menjawab Azan secara perlahan satu persatu hingga akhir • Jawapan Azan adalah sama seperti lafaz yang dilaungkan oleh Muazzin kecuali pada lafaz yang berikut :
  48. Anda dikehendaki memperdengarkan Iqamat dengan betul dan sempurna 1) Berdiri menghadap kiblat 2) Menyebut lafaz Iqamat :
  49. Anda dikehendaki membaca doa selepas Azan dan Iqamat • Doa Azan dan Iqamat : • Ertinya: Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkanya seruan azan dan sembahyang yang didirikan, kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w ketinggian dan kelebihan serta kedudukan yang terpuji yang Engkau telah janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji.
  50. KOD : 10 SOLAT FARDHU
  51. Anda dikehendaki memperdengarkan (Tasmi’) bacaan-bacaan berikut : • Lafaz niat solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak • Takbiratul Ihram • Doa Iftitah • Surah al-Fatihah • Dua Surah (pilihan pelajar) • Bacaan Rukuk • Bacaan Iktidal • Bacaan Iktidal • Bacaan Sujud • Bacaan duduk antara dua sujud • Bacaan Tahiyat • Salam • Bacaan Qunut
  52. Bacaan-bacaan tersebut ialah : Niat solat Solat Subuh Ertinya : • Sahaja aku solat fardhu Subuh 2 rakaat tunai kerana Allah Solat Zuhur Ertinya : • Sahaja aku solat fardhu Zuhur 4 rakaat tunai kerana Allah
  53. Solat Asar Ertinya: • Sahaja aku solat fardhu Asar 4 rakaat tunai kerana Allah Solat Maghrib Ertinya : • Sahaja aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat tunai kerana Allah
  54. Solat Isyak Ertinya : • Sahaja aku solat fardhu Isyak 4 rakaat tunai kerana Allah
  55. Takbiratul Ihram : • Doa Iftitah :
  56. • Surah al-Fatihah
  57. • Dua Surah
  58. • Bacaan Rukuk • Bacaan Iktidal • Bacaan Sujud • Bacaan duduk antara Dua Sujud
  59. Bacaan Tahiyat • Bacaan Tahiyat Awal : • Bacaan Tahiyat Akhir :
  60. • Bacaan Salam : • Bacaan Doa Qunut :
  61. Anda dikehendaki melakukan cara solat dengan betul dan sempurna Calon melakukan solat dengan betul dan sempurna seperti dinyatakan dibawah. Contoh solat Zuhur : 1. Berwuduk 2. Menutup aurat 3. Menghadap kiblat 4. Berdiri bagi yang berkuasa
  62. Rakaat yang Pertama 5. Menyebut lafaz niat : 6. Takbiratul Ihram sambil mengangkat kedua-dua tangan dengan menyamakan ibu jari ke paras cuping telinga dan jari yang lain separas bahagian atas telinga dan kedua-dua tapak tangan dan menghadap kiblat, berserta dengan niat : ”Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat tunai kerana Allah Taala” 7. Meletakkan kedua-dua tangan di antara pusat dan dada, tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri, jari telunjuk dan jari tengah diluruskan
  63. 8. Membaca doa Iftitah 9. Membaca Surah al-Fatihah 10.Membaca ayat-ayat atau surah 11.Takbir Intiqal dengan mengangkat kedua- dua tangan seperti no. 6 di atas dan Rukuk serta Tomakninah sambil membaca bacaan rukuk tiga kali Rukuk ialah perbuatan membongkokkan badan dengan menyamakan belakang dengan tengkuk. Kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas lutut dengan jari terbuka sambil memandang tempat Sujud
  64. 12. Iktidal serta Tomakninah dengan membaca bacaan Iktidal Itikdal ialah berdiri semula selepas Rukuk sambil mengangkat kedua-dua tangan dan kemudian meluruskannya ke bawah Sujud ialah perbuataan menurunkan lutut dahulu, kemudian diikuti dua tapak tangan, jari dirapatkan supaya menghadap kiblat. Dahi pula diletakkan di tempat sujud, sementara jari kaki ditegakkan. 13. Takbir Intiqal dan sujud serta Tomakninah dengan membaca bacaan sujud.
  65. 14.Takbir Intiqal dan Duduk antara Dua Sujud Iftiras serta Tomakninah dengan membaca Bacaan Duduk antara Dua Sujud 15.Takbir Intiqal dan Sujud serta Tamakninah seperti no. 13 di atas 16.Takbir Intiqal dan bangun daripada Sujud dan duduk sebentar sekadar Tomakninah, kemudian terus berdiri untuk rakaat kedua tanpa mengangkat tangan
  66. Rakaat yang Kedua 17. Membaca Surah al-Fatihah 18. Membaca ayat-ayat atau surah daripada Al-Quran 19. Melakukan Rukuk, Ittidal, sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Sujud yang Kedua seperti rakaat pertama 20. Takbir Intiqal dan Duduk Tahiyat Awal secara Iftiras seperti No. 14 di atas, kecuali jari tangan kanan digenggam, manakala jari telunjuk diluruskan. Pada masa ini dibaca Bacaan Tahiyat Awal. Ketika menyebut perkataan : jari telunjuk hendaklah diangkat sedikit 21. Takbir Intiqal dan bangun berdiri untuk rakaat yang ketiga serta mengangkat tangan
  67. Rakaat yang Ketiga 23.Membaca Surah Al-Fatihah 24.Melakukan Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Sujud yang Kedua
  68. Rakaat yang keempat 24.Membaca Surah al-Fatihah 25.Melakukan Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Sujud yang Kedua 26.Takbir Intiqal dan Duduk Tahiyat Akhir secara Tawaruk dan membaca Bacaan Tahiyat Akhir
  69. Duduk Tawaruk ialah perbuatan meletakkan punggung ke lantai dan melentikkan jari kaki kanan serta menyilangkan kaki kiri ke bawah kaki kanan. Tangan kanan diletakkan di atas lutut kanan dan jari telunjuk diluruskan. Manakala tangan kiri pula diletakkan di atas lutut kiri, jari diluruskan dan hujung jari menyamai lutut
  70. 27. Mengucapkan Salam sambil memalingkan muka ke kanan dan kemudian mengucap Salam Kedua sambil memalingkan muka ke kiri 28. Meletakkan tangan di kepala sambil berdoa .
  71. KOD : 11 SOLAT JENAZAH
  72. Bagaimanakah kedudukan jenazah lelaki dan perempuan ketika hendak disolatkan ? 1) Jenazah lelaki : • kepalanya di sebelah kiri imam 2) Jenazah perempuan : • kepalanya di sebelah kanan imam
  73. Di manakah kedudukan imam ketika menunaikan solat jenazah lelaki dan perempuan ? • Kedudukan imam bagi jenazah : • Lelaki : Imam berdiri bertentangan dengan kepala jenazah • Perempuan : Imam berdiri bertentangan dengan pinggang jenazah
  74. Tunjukkan cara Solat Jenazah dengan betul dan sempurna Sebelum pelajar menunjukkan Solat Jenazah, mereka hendaklah terlebih dahulu dahulu dapat membaca bacaan -bacaan berikut : 1) Lafaz niat Solat Jenazah lelaki a) Lafaz niat Solat Jenazah Lelaki dan Perempuan : ”Sahaja aku solat ke atas mayat ini, empat takbir fardu kifayah mengikut Imam kerana Allah Taala”
  75. 2) Membaca Surah Al-Fatihah 3) Selawat :
  76. 4) Doa bagi mayat selepas takbir (ketiga) : 5) Doa selepas takbir (keempat)
  77. Solat Jenazah mengikut susunan yang berikut : 1. Menyebut lafaz niat Solat Jenazah 2. Takbiratul Ihram 3. Membaca Surah al-Fatihah 4. Takbir ( kedua ) 5. Membaca selawat 6. Takbir ( ketiga ) 7. Membaca doa bagi mayat 8. Takbir ( keempat ) 9. Membaca doa 10. Salam
  78. KOD : 12 PUASA
  79. Sebutkan lafaz niat puasa Ramadhan dan nyatakan ertinya Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan puasa fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala
  80. Sebutkan perkara yang membatalkan puasa 1. Makan atau minum pada siang hari dengan sengaja. 2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan 3. Muntah dengan sengaja 4. Melakukan persetubuhan pada siang hari 5. Mengeluarkan mani dengan sengaja 6. Keluar darah haid dan nifas 7. Gila 8. Mabuk atau pengsan pada siang hari 9. Berbuka puasa sebelum masuk waktu maghrib 10.Murtad
  81. Nyatakan hikmat puasa 1. Mengukuhkan Iman dan Taqwa kepada Allah. 2. Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin, bertimbangrasa, 3. Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. 4. Dapat menjauhkan diri daripada segala dosa dan kejahatan 5. Mendapat kesihatan dan kecerdasan
  82. KOD : 13 ADAB TERHADAP IBU BAPA.
  83. Terangkan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seorang anak mengandungkan melahirkan menyusukan mengasuh mendidik memberi nafkah mengasihi
  84. Apakah perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa Perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa ialah kasih sayang
  85. Bagaimana cara menghormati ibu bapa 1. beradab sopan seperti bercakap baik, 2. berlemah lembut, bergaul mesra dan sentiasa 3. menjaga perasaan mereka. 4. mendoakan mereka 5. menziarahi mereka, sekiranya anak tinggal di tempat berasingan 6. menghormati sahabat-sahabat mereka
  86. Bagaimana cara mentaati ibu bapa 1. Patuh setiap suruhan ibu bapa yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam 2. Tidak membantah atau kasar tutur kata terhadap ibu bapa
  87. KOD : 14 PERKAHWINAN
  88. Nyatakan Rukun dan Syarat Akad Nikah Rukun Nikah : 1. Suami 2. Isteri 3. Wali 4. Dua orang saksi (lelaki yang adil ) 5. Akad ( Ijab dan Kabul )
  89. Syarat Akad : a) Ijab dan Kabul berlaku dalam satu majlis b) Ucapan Kabul dan tidak menyalahi Ijab c) Bahasa yang digunakan jelas maksudnya dan difahami oleh Wali, bakal wali dan dua orang saksi d) Antara Ijab dan Kabul tidak diselangi dengan kata-kata yang lain
  90. Terangkan hikmat perkahwinan dalam Islam Antara hikmat perkahwinan ialah : 1. Mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w 2. Menikmati kasih sayang dan ketenteraman jiwa 3. Mendapat zuriat yang bersih dan membina keluarga bahagia 4. Memelihara kehormatan dan mengelakkan perbuatan maksiat 5. Membina masyarakat berakhlak dan bertanggungjawab
  91. Nyatakan tanggungjawab dan isteri Tanggungjawab suami ialah : • Membeikan nafkah zahir dan batin terhadap isteri seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan rawatan perubatan • Memberikan layanan yang baik, seperti memberikan kasih sayang dengan ikhlas, baik tutur kata dan perbuatan, menjaga maruahnya, bertindak dengan bijaksana tanpa emosi dibantu isteri • Memberikan didikan supaya isteri menjadi wanita yang baik, taat beribadat dan menghayati ajaran Islam
  92. Tanggungjawab isteri ialah : a) Taat kepada suami dalam semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah, menjaga maruah suami dan menjaga maruah suami b) Memberikan layanan yang baik dan ikhlas kepada suami, seperti bergaul mesra, pandai menyesuaikan diri dengan keadaan suami dan tidak melakukan sesuatu perkara yang tidak disenangi suami c) Menjaga serta mengurus harta suami dengan penuh tanggungjawab, amanah dan berhemat
  93. Tanggungjawab bersama suami isteri ialah : • Mengekalkan kerukunan rumah tangga dan mewujudkan persefahaman, kesabaran, bertolak ansur, bermesyuarat dan menggunakan pertimbangan akal yang sebaik-baiknya • Memelihara dan memdidik anak-anak dengan pendidikan yang sempurna dan penuh kasih sayang, terutamanya dalam pendidikan agama dan berlaku adil kepada anak-anak • Memberi layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak dengan jalinan hubungan silaturahim yang erat
  94. Bagaimanakah Talak berlaku? Talak akan berlaku : • Melalui lafaz soreh : Suami mengatakan kepada isterinya ”engkau tertalak” atau ”engkau aku ceraikan” • Melalui lafaz kinayah : Suami mengatakan kepada isteri ”engkau bebas” berserta niat
  95. Nyatakan kesan buruk Talak Antara kesan buruk talak ialah : • Keruntuhan institusi rumah tangga • Anak-anak berada dalam keadaan kucar- kacir, menjejaskan kasih sayang dan penghormatan terhadap ibu bapa • Menyebabkan anak terbiar yang akan membawa kepada masalah sosial dan kesan negatif
  96. Bagaimanakah penjagaan anak / hadanah mengikut perundangan islam ? 1) Apabila berlaku perceraian, ibu lebih berhak dalam penjagaan anak sehingga anak tersebut mumaiyiz iaitu berumur tujuh tahun 2) Selepas tempoh tersebut, anak itu diberi pilihan sama ada dia mahu dipelihara oleh ibunya atau bapanya dengan mematuhi syarat penjagaan anak 3) Pendidikan dan nafkah terhadap anak tetap wajib ditanggung oleh bapanya
  97. KOD 15 : IHSAN
  98. Apakah dimaksudkan dengan Ihsan Melakukan ibadah kepada Allah dengan sebaik-baiknya seolah-olah kamu melihat Allah Melihat kamu. Iaitu: • Allah melihat apa yang anda lakukan • Allah mendengar apa yang anda perkatakan • Allah mengetahui apa yang anda fikirkan
  99. Sebutkan sifat utama dalam Ihsan Sifat utama dalam Ihsan ialah Ikhlas semata-mata kerana Allah
  100. Apakah kebaikan yang diperolehi oleh orang yang berbuat Ihsan Kebaikan yang diperolehinya ialah: • Allah sentiasa mengasihinya • Jaminan masuk syurga • Allah mengampuni dosanya • Dapat pahala • Mendapat rahmatNya • Dapat pertolongan Allah
  101. Apakah konsep Ihsan : Konsep Ihsan ialah : • Melakukan setiap ibadat dan pekerjaan berasakan ilmu dan kefahaman yang betul dan dengan cara yang terbaik mengikut peraturan serta ikhlas semata- mata kerana Allah s.w.t ihsan mencetuskan sikap dan akhlak yang mulia, menjadikan kehidupan bersih, selesa, aman dan harmoni
  102. Nyatakan maksud Ihsan : Dalam ibadat Dalam pekerjaan Terhadap diri sendiri Terhadap sesama insan Terhadap binatang Terhadap alam sekitar
  103. 1) Ihsan dalam ibadat ialah : Bersungguh-sungguh dan khusyuk dalam mengerjakan ibadat seperti bangun pada tengah malam untuk melakukan Solat Tahajud 2) Ihsan dalam pekerjaan : Melakukan setiap perbuatan dengan bersungguh- sungguh, tekun, cekal dan cermat supaya menghasilkan sesuatu yang sempurna bermanafaat dan berkualiti 3) Ihsan terhadap diri sendiri : Menyempurnakan hak diri yang boleh membawa kebaikan dan kebahagian di dunia dan di akhirat dengan iman, ilmu, harta benda dan keluarga yang soleh. Tidak menzalimi diri sendiri dengan melakukan segala punca dan bentuk kebinasaan seperti minum arak, mengambil dadah, berjudi, zina, syirik dan murtad
  104. 4) Ihsan terhadap sesama insan ialah : Melakukan kebaikan, memberikan khimat bakti, memberikan pertolongan, bersikap adil, belas kasihan dan berperikemanusian 5) Ihsan terhadap binatang ialah : Memelihara dengan baik atau melepaskannya hidup bebas. Jika melakukan sembelihan hendaklah dengan cara dan kaedah menyembelih yang paling baik seperti menggunakan pisau yang tajam. 6) Ihsan terhadap alam sekitar ialah : Memelihara dan memulihara alam sekitar supaya bersih daripada segala bentuk pencemaran dan kerosakkan. Menjadikan alam sekitar tempat yang aman, sejahtera, selesa dan indah untuk dinikmati dan didiami
  105. KOD : 16 KEWAJIPAN MENUTUP AURAT
  106. Apakah hukum menutup aurat ? Wajib kepada setiap individu muslim yang mukalaf
  107. Apakah had aurat bagi lelaki dan perempuan Had aurat : • Lelaki : dari pusat hingga lutut • Perempuan : seluruh anggota kecuali muka dan kedua pergelangan tangan
  108. Mengapa diwajibkan menutup aurat ? 1) Untuk mentaati perintah Allah 2) Untuk menjaga maruah diri, agama dan umat Islam 3) Untuk mengekalkan fitnah, maksiat dan gejala sosial 4) Meningkatan ketakwaan kepada Allah
  109. KOD : 17 BATAS PERGAULAN DALAM ISLAM
  110. Apakah yang dimaksudkan dengan mahram dan berikan contoh : Mahram ialah golongan yang haram dikahwini. Contohnya : Adik-beradik, bapa saudara , emak saudara
  111. Apakah yang dimaksudkan dengan ajnabi dan berikan contoh Orang yang boleh dikahwini dan batal wuduk apabila bersentuhan dengannya. Contohnya sepupu atau ipar duai
  112. Terangkan kesan buruk akibat pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi 1 ) Mendapat kemurkaan Allah 2) Mendorong kepada perlakuan sumbang seperti zina 3) Mencemarkan maruah diri keluarga dan agama
Publicidad