SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 21
Descargar para leer sin conexión
PENGENALAN
Pembuatan keputusan yang baik adalah kemahiran penting untuk kejayaan
peribadi dan kerjaya dan ia juga penting khusus untuk kepimpinan yang
berkesan. Kita diperlukan untuk membuat keputusan setiap hari dan jika kita
boleh belajar untuk membuat keputusan yang dipertimbangkan dan tepat pada
masanya, maka kita boleh membawa diri atau pasukan kita kepada kejayaan.
„Tiada yang lebih sukar, dan oleh itu lebih berharga daripada kebolehan
untuk membuat keputusan‰ („Nothing is more difficult, and therefore more
precious, than to be able to decide‰).
(Napoleon)
TTooppiikk
99
Pembuatan
Keputusan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan pembuatan keputusan;
2. Menyenaraikan jenis-jenis keputusan yang berbeza dan faktor-
faktor yang mempengaruhi proses pembuatan keputusan;
3. Memperihalkan Empat Kuadran Teori Otak dan bagaimana ia
berkait dengan kebolehan kita untuk membuat keputusan;
4. Menjelaskan pusingan pembuatan keputusan yang berpandukan
bukti; dan
5. Menjelaskan pendekatan-pendekatan berbeza dalam pembuatan
keputusan.
TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 187
Namun, jika kita membuat keputusan-keputusan yang tidak baik, kita sudah
pasti menghadapi risiko kegagalan.
Topik ini memperkenalkan kita kepada proses pembuatan keputusan serta
membantu kita mengembangkan pemahaman mendalam mengenai apa yang
terlibat dalam pembuatan keputusan yang baik. Dengan menggabungkan
teknik-teknik berkesan dan pengetahuan yang relevan, kita boleh menjadi
pembuat keputusan yang berkesan.
Anda juga akan diperkenalkan dengan konsep aliran keputusan, juga peranan
risiko. Perbincangan kita akan diakhiri dengan Topik 10 yang akan
memperkenalkan beberapa alat pembuatan keputusan.
APA ITU PEMBUATAN KEPUTUSAN?
Satu keputusan biasanya didefinisikan sebagai:
(a) Tindakan atau proses memutuskan; menentukan, mengenai satu soalan
atau keraguan, dengan membuat pertimbangan; tindakan atau keperluan
untuk menetapkant pemikiran
(http://english.stackexchange.com)
(b) Sesuatu yang diputuskan, penyelesaian; pertimbangan, mengenai satu
keputusan yang dinyatakan oleh mahkamah; skor akhir dalam mana-mana
sukan atau pertandingan
(http://dictionary.reference.com)
Anda mungkin lihat bahawa kesemua definisi ini berkongsi bersama
pengakhiran peristiwa keputusan. Keputusan selalunya dibuat pada kemuncak
perdebatan, peristiwa, pertandingan dan sebagainya. Dalam konteks ini,
keputusan dibuat di akhir pusingan pembuatan keputusan. Jadi pembuatan
keputusan boleh dianggap sebagai aktiviti pembuatan keputusan yang
dihentikan apabila satu penyelesaian yang memuaskan hati ditemui.
Pembuatan keputusan logik adalah sebahagian daripada semua profesion sains
yang penting, iaitu pakar-pakar menggunakan pengetahuan mereka dalam
bidang-bidang tertentu untuk membuat keputusan yang bermaklumat.
Pembuatan keputusan perubatan, contohnya, sering melibatkan membuat
diagnosis dan memilih satu rawatan yang bersesuaian.
Dengan penerangan di atas, dua definisi piawai pembuatan keputusan boleh
diterima seperti berikut:
9.1
TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN188
(a) Pembuatan keputusan adalah proses memilih apa hendak dilakukan
dengan mempertimbangkan kesan-kesan yang mungkin timbul mengenai
pilihan-pilihan yang berbeza.
(von Winterfeldt & Edwards, 1986; Beyth-Marom et al., 1991)
Apabila kita membuat keputusan, kita membuat pilihan sendiri daripada
satu set alternatif. Untuk membuat penilaian yang bermaklumat, kita ingin
mengenal pasti sebanyak mungkin alternatif ini dan mempertimbangkan
kesan-kesan yang mungkin, dan kemudian memilih satu yang terbaik yang
memenuhi matlamat, keinginan, gaya hidup, nilai dan sebagainya.
(b) Pembuatan keputusan adalah proses mengurangkan secukupnya
ketidaktentuan dan keraguan mengenai alternatif-alternatif untuk
membolehkan pilihan munasabah dibuat daripada kesemua alternatif
tersebut.
(Harris, R., 2009).
Dalam definisi ini, fokusnya adalah terhadap membuat pilihan berasaskan
pengurangan-risiko yang berkait dengan ketidaktentuan. Ia bermaksud
pengetahuan yang tidak lengkap mengenai isu-isu di sekeliling pilihan-
pilihan yang ada, dan pertimbangan adalah berdasarkan kepada berapa
banyak keraguan dan ketidaktentuan boleh dikurangkan.
JENIS-JENIS KEPUTUSAN
Keputusan-keputusan yang kita lakukan boleh dibahagikan kepada tiga jenis:
(a) Keputusan-keputusan „sama ada‰ adalah asas: keputusan ya/tidak, sama
ada/atau, dan bukan salah satu yang mesti dilakukan apabila kita
berhadapan dengan pilihan di antara dua alternatif. Ini termasuklah
keputusan-keputusan asas yang kita buat setiap hari seperti, „Patutkah
saya pergi menonton wayang?‰ atau „Patutkan saya beli kereta?‰
(b) Keputusan-keputusan „yang mana satu‰ adalah keputusan yang
melibatkan pilihan satu atau lebih daripada beberapa pilihan
kemungkinan.
(c) Keputusan-keputusan „kontingen‰ adalah keputusan yang mana
hasilnya bergantung kepada sesuatu keadaan dipenuhi atau sesuatu
kriteria dipenuhi. Apa-apa keputusan ditangguhkan sehingga suatu masa
adalah merupakan keputusan kontingen. Satu contoh yang baik adalah
keputusan anda untuk membeli kereta jika anda mendapat kenaikan gaji,
kenaikan pangkat atau bonus tahunan yang baik. Faktor-faktor
9.2
TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 189
penyumbang seperti masa, harga, pendapat rakan-rakan dan keluarga,
boleh mempengaruhi hasil keputusan kontingen.
PEMBUATAN KEPUTUSAN ADALAH
PROSES REKURSIF BERULANG-ALIK
Pembuatan keputusan adalah proses rekursif iaitu kita membuat keputusan-
keputusan dengan bergerak ke belakang dan ke depan antara alternatif-alternatif
yang kita ada yang ditentukan oleh kriteria tertentu. Ini bermaksud, selalunya
kita kembali semula ke permulaan untuk mempertimbangkan semula sesuatu
pilihan. Jadi, pembuatan keputusan bukan satu proses linear.
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI
PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa proses pembuatan keputusan
adalah sangat dipengaruhi oleh gaya kognitif seseorang. Kajian-kajian juga
menunjukkan bukti mengenai perbezaan silang budaya dalam gaya pembuatan
keputusan. Terdapat beberapa versi alternatif mengenai model-model gaya
kognitif ini.
9.4
9.3
Anda adalah ketua eksekutif sebuah syarikat farmasi yang besar. Anda
telah melabur RM100 juta wang syarikat dalam projek penyelidikan
untuk mengembangkan vaksin anti-HIV. Apabila projek tersebut 90%
siap, syarikat lain mula memasarkan jenis vaksin yang sama yang
dibangunkan oleh syarikat anda. Di samping itu, vaksin daripada
syarikat pesaing adalah lebih berkesan dan lebih murah daripada
vaksin yang dibangunkan oleh syarikat anda.
Anda mesti memutuskan tindakan seterusnya, sama ada untuk
menyambung penyelidikan tersebut, mengalihkan dana kepada projek
lain, memulakan kempen pengiklanan, dsb.
Terangkan dalam kategori mana anda akan membuat keputusan:
keputusan sama ada, keputusan yang mana satu atau keputusan
kontingen.
AKTIVITI 9.1
TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN190
Bias juga mempengaruhi kebolehan kita untuk membuat keputusan. Bias-bias ini
sentiasa menyumbang terhadap proses pembuatan keputusan kita dan sering
mengherotkan proses pembuatan keputusan dan pertimbangan kita. Bias boleh
membawa kepada persepsi palsu dan pertimbangan yang boleh melemahkan
keberkesanan pembuatan keputusan yang baik.
Ahli sains tingkah laku Isabel Briggs Myers menyebut beberapa sumber bias
yang biasa dalam proses pembuatan keputusan kita:
(a) Pencarian bukti berpilih: Kecenderungan untuk mengumpulkan fakta-fakta
yang menyokong kesimpulan tertentu.
(b) Penamatan awal pencarian bukti: Kecenderungan untuk menerima
alternatif pertama.
(c) Kebekuan (Inertia): Ketidaksediaan untuk mengubah pola pemikiran.
(d) Bias menyokong-pilihan: Kecenderungan mengherotkan ingatan kita.
(e) Kebaharuan: Kecenderungan untuk mempercayai maklumat baharu.
(f) Bias pengulangan: Bias untuk mempercayai maklumat yang kita sering
dengar.
(g) Pemikiran kumpulan: Kecenderungan untuk akur dengan pola yang
dipegang oleh orang lain.
(h) Bias sumber kredibiliti: Kecenderungan untuk bias terhadap orang yang
kita kenali.
Sekarang, mari kita lihat teori-teori pembuatan keputusan yang dipengaruhi oleh
urusan kita dalam proses pemikiran kita:
(a) Kesan Kekaburan: Kita lebih memilih satu pilihan mengenai
kebarangkalian yang disukai daripada yang tidak diketahui.
(b) Bias Titik Buta (Blind Spot): Kita tidak mengimbangi dengan cukup bias
iaitu kita menganggap diri sebagai tidak bias berbanding orang lain.
(c) Model Kemungkinan Penghuraian (Elaboration Likelihood Model): Kita
berfikir sama ada secara logik atau sedar atau kita membiarkan ciri-ciri
luaran mempengaruhi keputusan kita.
(d) Model Pemujukan Heuristik-Sistematik: Kita menginterpretasi hujah-hujah
sama ada secara impulsif atau logik.
(e) Tidak Menghiraukan Hiperbolik (Hyperbolic Discounting): Kita inginkan
ganjaran segera, memilih faedah-faedah untuk masa kini atau jangka masa
pendek berbanding masa depan.
TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 191
(f) Bias Maklumat: Mencari fakta-fakta walaupun ia tidak relevan apabila
membuat keputusan.
(g) Teori Pemprosesan Maklumat: Pemujukan memerlukan perhatian dan
perbandingan dengan pandangan-pandangan terdahulu; dan fokus
terhadap stimuli luaran.
(h) Sumber kredibiliti: Siapa yang kita lebih percaya.
(i) Teori Pemikiran Tidak Sedar: Membiarkan pemikiran tidak sedar kita
berfikir.
EMPAT KUADRAN OTAK DAN GAYA
PEMIKIRAN BERBEZA
Beberapa ahli teori kognitif percaya bahawa otak manusia terbahagi kepada
empat kuadran gaya pemikiran. Idea ini dikembangkan oleh Ned Herrmann dan
dikenali sebagai Instrumen Otak Dominan Herrmann (Herrmann Brain
Dominance Instrument; HBDI). Herrmann menggabungkan dua model fungsi
otak untuk membentuk model otak manusia dengan dua struktur pasangan
(empat kuadran), iaitu, dua belah bahagian sistem serebral dan dua belah
bahagian sistem limbik (Rajah 9.1). Perhatikan bahawa empat kuadran dan juga
gaya pemikiran yang berkait dengan setiap kuadran. Anda jenis pemikir
bagaimana?
9.5
1. Proses memutuskan calon mana untuk diundi dalam pilihan raya
tidak pernah bebas daripada bias. Pertimbangkan keputusan
Pilihanraya Umum 2008. Bincangkan sumber-sumber yang
mungkin mengenai bias pengundi dan bagaimana bias tersebut
mempengaruhi keputusan pengundian.
2. Terdapat beberapa sumber bias yang lain. Teroka bias-bias ini di
internet dan lihat mana yang relevan dengan anda secara kerap.
Pada pendapat anda, mana antara bias ini mungkin membawa
kesan paling buruk, dan mana yang anda fikir paling
mempengaruhi proses pembuatan keputusan anda?
AKTIVITI 9.2
TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN192
Empat kuadran ini dicirikan sebagai:
A: Analitikal/Logik (Atas Kiri)
B: Organisasi (Bawah Kiri)
C: Emosional/Interpersonal (Bawah Kanan)
D: Konseptual/Imaginatif (Atas Kanan)
Rajah 9.1: Model Empat Kuadran Otak, juga dikenali sebagai Ned Herrmann Model Otak
Keseluruhan (Whole Brain Model)
Disesuaikan daripada Model-model Otak: Teori-teori Organisasi Otak oleh
Charles Cave
TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 193
Contoh-contoh berikut menggambarkan bagaimana individu yang didominasi
oleh setiap kuadran membuat pembelian komputer:
(a) Individu yang menggunakan kuadran A analitikal akan berfikir: „Saya
mahu komputer ini kerana dengan harga $2,000 saya akan dapat 3 GHz
processor, 10/100 Ethernet, 4 GB RAM, 80 GB hard drive, 2 GB DDR2
memory, pemacu DVD boleh ditulis semula dan sistem operasi Vista.‰
(b) Individu yang mengguna kuadran B organisasi akan berfikir: „Saya mahu
komputer ini kerana ia diundi mempunyai nilai terbaik oleh Laporan
Pengguna; ia mempunyai tiga tahun jaminan dan ia mempunyai sokongan
teknikal seumur hidup.‰
(c) Individu yang mengguna kuadran C emosional akan berfikir: „Saya
mahukan komputer ini kerana saya sukakan warnanya. Saya juga ingin beli
komputer ini kerana jurujualnya sangat baik dan berkata saya sentiasa
boleh hubunginya jika saya mempunyai masalah.‰
(d) Individu yang mengguna kuadran D konseptual akan berfikir: „Saya ingin
komputer ini kerana saya suka reka bentuknya yang baru dan kerana sistem
bunyinya menyerupai bunyi holofonik yang bermaksud saya boleh bermeditasi
dengan mendengar CD meditasi tanpa perlu menggunakan fon telinga.‰
HBDI telah terbukti berguna dalam budaya organisasi korporat, memupuk
komunikasi antara individu dengan pilihan mental berbeza. Apabila perbezaan-
perbezaan dalam kalangan pekerja bergabung, salah faham dapat dikurangkan
dan kerja berkumpulan ditingkatkan. Satu sinergi akan muncul dan potensi
penuh di tempat kerja dapat dicapai.
Mempelajari kuadran mana yang dominan di otak adalah penting dalam proses
pembuatan keputusan. Dengan memahami kekuatan dan kelemahan, anda dapat
menjangka bias yang menghalang proses pembuatan keputusan anda.
Contohnya, jika gaya pemikiran anda didominasi oleh kuadran D, anda lebih
mungkin melihat gambaran keseluruhan tanpa memberi perhatian kepada
perincian dan mungkin memerlukan nasihat daripada individu yang
mempunyai gaya pemikiran kuadran A yang mungkin boleh melihat perincian
sesuatu situasi untuk melengkapkan perspektif luas anda.
Katalah anda ingin membeli kereta. Senaraikan alasan-alasan anda
memilih kereta tertentu, dan bukan kereta lain. Berdasarkan alasan-
alasan untuk keputusan anda, kenal pasti jenis pemikiran anda
mengikut model HBDI.
AKTIVITI 9.3
TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN194
PEMBUATAN KEPUTUSAN DALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN
Kita membuat keputusan dalam kehidupan seharian dan kita sedar bahawa
kebanyakan keputusan, terutama keputusan yang penting dibuat selepas
kerahan mental yang banyak. Namun begitu, bahasa-bahasa kita penuh dengan
luahan yang menunjukkan keputusan dibuat secara intuitif. Dalam bahasa
Inggeris contohnya, anda sering mendengar individu mengatakan, „I have a gut
feeling that....‰ atau „I can feel it in my heart that...‰ yang menunjukkan perasaan
tahu sebenarnya datang dari bisikan hati.
Walaupun kecenderungan untuk mengatribusi keputusan-keputusan kita
kepada pelbagai organ dalaman, sebenarnya, secara sedar atau bawah sedar, kita
menggunakan beberapa alat atau teknik mudah untuk membuat keputusan
setiap hari. Ini termasuklah:
(a) Menganalisis kekuatan dan kelemahan alternatif;
(b) Mencabut lidi atau melambung duit syiling;
(c) Beralih kepada kepercayaan tahyul, ibadat atau bentuk keagamaan lain;
(d) Bergantung kepada tokoh berwibawa; dan
(e) Menerima pilihan paling mudah, paling cepat dan yang pertama.
Walaupun mekanisme untuk membuat keputusan ini berkesan, ia tidak
membenarkan kita membuat keputusan optimum. Malah dalam masa tertentu
boleh membuatkan kita membuat keputusan yang buruk. Oleh itu, kita
seharusnya menggunakan proses pembuatan keputusan yang betul dengan
sebanyak mungkin.
9.6
Pertimbangkan keputusan anda untuk mengambil kursus yang
sedang anda pelajari sekarang. Senaraikan faktor-faktor yang
mempengaruhi keputusan anda. Jika anda diberi peluang untuk
melakukannya semula, tulis langkah-langkah yang anda akan ambil
sekarang untuk mencapai keputusan kali ini. Lihat jika kedua-dua
keputusan adalah sama.
AKTIVITI 9.4
TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 195
PUSINGAN PEMBUATAN KEPUTUSAN
BERPANDUKAN BUKTI
Sebanyak mana kita cuba berfikir bahawa keputusan harian kita dibuat dengan
baik, kita sering mencapai keputusan tanpa mengikut proses sepatutnya. Untuk
membuat keputusan berkesan dan tepat, kita perlu mengikuti Pusingan
Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti.
Pusingan ini merangkumi beberapa siri langkah yang perlu diikuti untuk
menghasilkan keputusan yang tepat dan berkesan.
(a) Pencetus
(b) Meneroka
(c) Menyoal
(d) Mengumpul
(e) Menganalisis
(f) Menginterpretasi
(g) Intervensi
(h) Menilai
(i) Refleksi
Langkah-langkah Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti boleh
dikumpulkan dalam tiga tahap utama. Sekarang kita akan meneroka tahap-tahap
ini secara ringkas dengan melihat langkah-langkah yang wujud dalam setiap
tahap.
(a) Langkah permulaan tahap pertama proses:
(i) Pencetus: Pencetus adalah apa yang membawa kepada perhatian
anda bahawa terdapat masalah atau bidang yang perlukan
peningkatan. Ia merangkumi mana-mana data, pemerhatian atau
laporan yang memulakan proses.
(ii) Meneroka: Ini adalah penerokaan apa-apa sahaja yang mencetus
proses untuk menentukan pendekatan paling baik untuk pusingan
seterusnya.
(iii) Menyoal: Ini adalah elemen paling penting. Ia bertindak menentukan
apa keputusan perlu dilakukan dan apa yang anda harap untuk capai
dan juga cadangkan beberapa potensi penyelesaian yang berpotensi.
9.7
TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN196
(b) Memperoleh maklumat tahap pertengahan proses:
(i) Mengumpul: Ini adalah proses mendapatkan semua data dan bukti
yang akan anda gunakan dalam proses pembuatan keputusan.
(ii) Menganalisis: Ini adalah proses menganalisis data dan maklumat
yang telah dikumpul untuk mencari trend dan untuk menjawab
soalan-soalan yang telah anda kemukakan.
(iii) Menginterpretasi: Ini adalah mengumpulkan jawapan-jawapan
daripada analisis di atas. Apa yang data anda beritahu? Apa
kesimpulan yang boleh anda capai? Apa tindakan boleh anda cadang
berdasarkan data yang telah anda kumpul? Pada tahap ini, adalah
penting untuk meneliti secara kritikal maklumat yang ada untuk
memastikan anda mencapai kesimpulan yang tepat dan boleh
dipercayai.
(c) Mengubah dan menilai tahap akhir proses:
(i) Intervensi atau Implementasi: Tahap ini melibatkan implementasi
keputusan anda atau permulaan tindakan. Tindakan anda mestilah
berasaskan keputusan; ia mestilah sesuatu yang boleh dilakukan dan
praktikal, diberikan sumber dan persekitarannya. Lebih penting, ia
mestilah boleh diukur supaya anda boleh menilainya (lihat langkah
seterusnya).
(ii) Menilai: Tahap ini membenarkan anda menilai bagaimana bagus
keputusan yang anda telah lakukan dan sama ada pencetus awal
telah dijawab.
(iii) Refleksi: Ini adalah tahap akhir proses and melibatkan penilaian
kesilapan, pelajaran yang telah dipelajari dan penambahbaikan masa
depan. Refleksi membenarkan peningkatan berterusan mana-mana
proses untuk hasil lebih baik jika situasi sama dihadapi pada masa
hadapan.
Proses ini boleh dilihat seperti pusingan yang ditunjukkan dalam Rajah 9.2 dan
9.3. Perhatikan dalam Rajah 9.3, kotak pencetus dan langkah-langkah seterusnya
merangkumi penerokaan dan pengumpulan data dan analisis seterusnya,
membawa kepada intervensi dan kemuncak penilaian dan refleksi.
TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 197
Rajah 9.2: Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti
TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN198
Rajah 9.3: Satu contoh pusingan pembuatan keputusan berpandukan bukti sebenar yang
digunakan untuk menentukan bila dan bagaimana memperbaiki prosedur pengajaran
untuk meningkatkan bilangan pelajar yang memperoleh gred yang dikehendaki
TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 199
SEMAK KENDIRI 6.3
Cari maklumat lanjut mengenai Pusingan Pembuatan Keputusan
Berpandukan Bukti di
http://www.tki.org.nz/r/governance/consider/evidence-driven-
intro_e.php dan bincangkannya dengan rakan-rakan anda.
AKTIVITI 9.5
1. Bolehkah anda berikan dua definisi piawai pembuatan
keputusan?
2. Terdapat beberapa jenis keputusan keputusan sama ada,
keputusan yang mana satu dan keputusan kontingen. Bezakan di
antara tiga jenis keputusan ini.
3. „Pembuatan keputusan adalah proses berbaik.‰ Apa yang anda
faham dengan kenyataan ini?
4. Berikan beberapa contoh bias yang boleh mempengaruhi proses
pembuatan keputusan.
5. Senaraikan empat kuadran otak dan jelaskan secara ringkas ciri-
ciri pemikiran setiap kuadran. Gunakan contoh-contoh untuk
membantu anda menunjukkannya. Jenis gaya pemikiran apakah
yang anda miliki?
6. Bagaimana anda membuat keputusan dalam kehidupan
seharian? Adakah keputusan harian anda umumnya berkesan
atau adakah anda fikir terdapat ruang untuk peningkatan?
7. Apa dia Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti?
Jelaskan secara ringkas langkah-langkah yang terlibat dalam
pusingan ini. Buat satu contoh khayalan, mungkin daripada
pengalaman hidup sebenar anda, di mana pusingan pembuatan
keputusan berpandukan bukti telah digunakan untuk
pembuatan keputusan berkesan.
SEMAK KENDIRI 9.1
TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN200
KESAN KUANTITI PADA PEMBUATAN
KEPUTUSAN
Kita sering teringin untuk mengumpulkan lebih banyak maklumat daripada
yang diperlukan untuk membuat sesuatu keputusan. Ini kadangkala boleh
membawa kesan yang buruk. Jika kita mempunyai maklumat yang terlampau
banyak, kita boleh berhadapan dengan beberapa masalah, iaitu:
(a) Penangguhan dalam proses pembuatan keputusan yang disebabkan masa
yang diperuntukkan untuk mengumpulkan maklumat atau menganalisis
maklumat yang terlalu banyak;
(b) Maklumat berlebihan, menghasilkan ketidakmampuan mengurus dan
memproses maklumat, dan menyebabkan proses pembuatan keputusan
tidak berkesan atau tidak tepat;
(c) Keletihan mental disebabkan terlalu banyak pilihan yang menghasilkan
kerja yang buruk;
(d) Penggunaan maklumat berpilih disebabkan oleh ketidakmampuan
mendekati „maklumat terlalu banyak‰ secara objektif; dan
(e) Keletihan keputusan atau kelumpuhan keputusan yang terhasil akibat
terlalu banyak keputusan dan terlalu banyak pilihan, menyebabkan
keputusan yang dibuat tergesa-gesa dan tidak baik.
Untuk membayangkan kesan-kesan maklumat yang terlalu banyak terhadap
proses pembuatan keputusan, bayangkan anda terpaksa memilih pilihan
makanan daripada satu set menu seperti berikut:
(a) Menu 1 mengandungi dua item, yang memberikan hanya nama item;
(b) Menu 2 mengandungi 10 item, yang memberikan hanya nama item;
(c) Menu 3 memberikan 10 item, yang mengandungi nama item dan bahan-
bahannya; dan
(d) Menu 4 mengandungi 20 item, yang memberikan nama item, bahan-bahan,
kiraan kalori, resipi, masa diambil untuk memasak, berat, warna, dsb.
Saya berpendapat kebanyakan kita akan mendapati Menu 1 paling mudah
digunakan dan Menu 4 pastinya mustahil untuk digunakan? Adakah anda
bersetuju?
9.8
TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 201
ALIRAN KEPUTUSAN
Adalah penting memahami bahawa keputusan bukanlah proses-proses mental
terasing tetapi dilakukan dalam konteks keputusan lain. Setiap keputusan adalah
berdasarkan beberapa keputusan terdahulu dan akan seterusnya membawa
kepada beberapa keputusan lain. Interaksi antara keputusan ini dinamakan
Aliran Keputusan. Jadi, boleh dikatakan bahawa setiap keputusan:
(a) Mengikut keputusan terdahulu;
(b) Membolehkan keputusan masa depan dibuat; dan
(c) Menidakkan keputusan lain.
Faktor-faktor ini selalunya menghalang kita apabila membuat keputusan. Secara
khusus, pengetahuan kita bahawa satu keputusan menidakkan keputusan lain
boleh melumpuhkan kita secara mental dan boleh menjejaskan kebolehan kita
untuk membuat pilihan yang tepat. Bayangkan jika anda suka kedua-dua kek
cokelat dan ais krim cokelat dan tidak dapat memilih antara keduanya kerana
anda terlalu malu untuk meminta kedua-duanya di hadapan rakan-rakan anda.
Namun, adalah lebih penting bagi anda untuk membuat keputusan apa-apa
keputusan kerana keputusan yang tidak dibuat mungkin menyebabkan
pembuatan keputusan secara lalai atau keputusan dibuat untuk anda, yang
selalunya lebih buruk daripada anda membuat keputusan yang salah.
KUALITI KEPUTUSAN
Kualiti keputusan adalah ukuran sama ada sesuatu keputusan yang dibuat
adalah baik atau buruk. Adalah penting untuk mengambil ingatan bahawa
keputusan yang baik boleh menghasilkan hasil buruk dan kualiti keputusan
tidak berkait dengan hasil keputusan tetapi berkait dengan langkah-langkah
yang diambil untuk mencapai keputusan. Kita mungkin, secara kebetulan,
membuat keputusan yang menghasilkan hasil yang baik yang tidak dijangka,
tetapi ini masih lagi satu keputusan buruk kerana kita tidak mengikut langkah-
langkah pembuatan keputusan yang betul. Satu contoh yang baik diberikan di
http://www.virtualsalt.com/crebook5.htm: Jika anda membaling damak kepada
senarai saham dan membeli saham yang terkena damak, keputusan anda adalah
keputusan yang buruk, walaupun nilai saham mungkin meningkat.
Kualiti keputusan boleh dinilai dengan mempertimbangkan faktor-faktor
berikut:
(a) Adakah keputusan itu memenuhi dengan lebih baik dan berkesan objektif-
objektif yang dinyatakan berbanding alternatif lain?
9.9
9.10
TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN202
(b) Adakah keputusan itu mengambil kira kesan-kesan sampingan, kelemahan
atau pertimbangan etika?
(c) Adakah keputusan itu boleh diterima oleh orang-orang yang menerima
kesannya?
Perkara ketiga adalah penting untuk dipertimbangkan apabila anda membuat
keputusan yang mempengaruhi ramai orang. Bagi sesuatu keputusan untuk
diimplementasi, adalah penting bahawa orang yang mengimplementasinya
adalah mereka yang menerima kesan, menerima keputusan pada tahap
emosional dan intelektual. Satu keputusan yang sangat baik di atas kertas
mungkin tidak praktikal atas beberapa alasan sosial. Atas sebab inilah kerajaan
selalunya membuat keputusan yang nampak kurang sempurna apabila dilihat
dari perspektif individu. Perlu diingat bahawa kerajaan perlu memuaskan hati
jutaan rakyat dan apa yang nampak jelas dan mudah kepada anda mungkin
tidak selalunya boleh diterima oleh semua.
RISIKO
Risiko adalah komponen penting dalam pembuatan keputusan kerana hasil
keputusan melibatkan ketidaktentuan. Jangan cuba untuk mengelak risiko
apabila membuat keputusan kerana jika anda melakukan demikian, anda
mungkin mengenepikan pilihan-pilihan yang radikal dan bagus. Sebaliknya,
cubalah untuk meminimumkan risiko sebanyak mungkin sambil terus membuat
keputusan berdasarkan langkah-langkah betul dan logik. Umumnya, sebelum
anda memasuki situasi bahaya, terdapat beberapa perkara untuk diambil kira
mengenai pengambilan risiko:
(a) Putuskan sama ada risiko itu perlu atau diingini
(b) Letakkan risiko kepada sebab-sebab yang betul bila anda tenang dan dapat
berfikir.
(c) Mempunyai matlamat.
(d) Tentukan kemungkinan kerugian dan juga keuntungan.
(e) Apabila mungkin, ambil satu risiko pada satu masa.
(f) Gunakan bayangan atau main peranan untuk bekerja melalui pelbagai
kemungkinan.
(g) Gunakan perancangan.
(h) Bertindak dengan tegas.
(i) Jangan mengharap kejayaan sempurna.
9.11
TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 203
Untuk mengurangkan risiko, terdapat beberapa strategi pengurusan risiko untuk
dipertimbangkan:
(a) Singkirkan kemungkinan terpencil dan tidak realistik.
(b) Sejauh mungkin, elakkan bencana/kegagalan.
(c) Kenal pasti kompromi.
(d) Maksimumkan nilai jangkaan.
Pembuatan keputusan adalah proses mengurangkan ketidaktentuan dan
keraguan mengenai alternatif-alternatif untuk membenarkan pilihan
munasabah dibuat daripadanya.
Terdapat tiga jenis keputusan asas keputusan sama ada, keputusan yang
mana satu dan keputusan kontingen.
• Pembuatan keputusan adalah proses tidak linear, berkesinambungan.
• Bias sering mempengaruhi proses pembuatan keputusan kita. Sesetengah
daripada sumber biasa bias dalam proses pembuatan keputusan termasuklah
pencarian bukti berpilih, penamatan awal pencarian bukti, kebekuan
(Inertia), kebaharuan dan bias pengulangan.
• Beberapa ahli teori kognitif percaya bahawa otak manusia dibahagi kepada
empat kuadran gaya pemikiran - Analitikal/Logik (Atas Kiri); Organisasi
(Bawah Kiri); Emosional/Interpersonal (Bawah Kanan); dan
Konseptual/Imaginatif (Atas Kanan). Mempelajari kuadran mana yang
Kebanyakan orang ada insurans. Insurans adalah satu bentuk
pemindahan risiko, iaitu pihak yang diinsuranskan memindahkan
kerugian kontingen kepada pihak yang menginsuranskan untuk satu
premium.
Adakah dengan memiliki insurans mengurangkan risiko? Bagaimana
apabila diinsuranskan untuk sesuatu risiko mempengaruhi
pembuatan keputusan berkait dengan risiko tersebut? Bincangkan.
AKTIVITI 9.6
TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN204
dominan dalam otak anda adalah penting untuk proses pembuatan
keputusan.
• Untuk membuat keputusan yang berkesan dan tepat, kita perlu mengikut
Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti. Pusingan ini
mempunyai langkah-langkah bersiri: pencetus; meneroka; menyoal;
mengumpul; menganalisis; menginterpretasi; intervensi; menilai dan refleksi.
• Ramai pembuat keputusan cenderung mencari lebih banyak maklumat
daripada yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Ini
mengakibatkan penangguhan dalam pembuatan keputusan.
• Terdapat banyak keputusan di sekeliling sesuatu keputusan, banyak
keputusan yang dibuat terlebih dahulu membawa kepada keputusan ini dan
menjadikannya sesuatu yang boleh direalisasi dan terbatas. Banyak lagi
keputusan akan terhasil daripadanya.
• Kualiti sesuatu keputusan tidak berkait dengan hasilnya: satu keputusan
yang baik adalah keputusan logik yang berasaskan maklumat yang ada dan
ia menggambarkan pilihan-pilihan pembuat keputusan.
• Semua keputusan melibatkan risiko. Risiko ini mesti dipertimbangkan dan
diuruskan bila mana mungkin.
Aliran keputusan
Bias menyokong-pilihan
Bias pengulangan
Bias sumber boleh dipercayai
Instrumen Otak Dominan Herrmann
Kaku
Kebaharuan
Kualiti keputusan
Pembuatan keputusan
Pemikiran kumpulan
Risiko
TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 205
1. Bagaimana anda mendefinisi pembuatan keputusan?
2. Terdapat tiga jenis keputusan asas keputusan sama ada, keputusan yang
mana satu dan keputusan kontingen. Bolehkah anda membezakan ketiga-
tiganya?
3. Pembuatan keputusan adalah proses tidak linear, berkesinambungan. Apa
yang anda faham dengan kenyataan ini?
4. Bias sering mempengaruhi proses pembuatan keputusan kita. Bias ini
selalu mengurangkan kebolehan kita untuk membuat keputusan yang tepat
atau mempengaruhi keputusan kita ke arah yang tidak idel. Senaraikan
dan jelaskan beberapa bentuk biasa bias-bias yang mempengaruhi
kebolehan pembuatan keputusan kita.
5. Apakah empat kuadran otak dan apakah ciri-ciri pemikiran yang dimiliki
oleh individu yang didominasi oleh setiap satu kuadran ini?
6. Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti dibentuk oleh
langkah-langkah bersiri. Senarai dan terangkan dengan ringkas setiap satu
langkah ini. Bolehkah anda gambarkan dengan satu contoh bagaimana
pusingan pembuatan keputusan berpandukan bukti boleh digunakan
untuk menghasilkan kesimpulan?
7. „Keputusan dibuat sebenarnya dalam konteks keputusan-keputusan lain.‰
Apa maksud kenyataan ini kepada anda?
8. Bagaimana anda mendefinisi satu keputusan yang baik?
9. Setiap keputusan melibatkan elemen risiko. Apa yang perlu diberi
pertimbangan sebelum anda memasuki situasi bahaya?
Bellamy, L., Evans, D. L., Linder, D. E., McNeill, B. W. & Raupp, G. (1994). Team
training workbook. Arizona State University. Retrieved August 2008 dari
http://www.eas.ase.edu/~asufc/teaminginfo.teamwkbk.pdf.
Beyth-Marom, R., Fsichoff, B., Jacobs-Quadrel, M. & Furby, L. (1991). Teaching
decision making to adolescents: A critical review. In J. Baron & R. V. Brown
(Eds.), Teaching decision making to adolescents, (pp. 19-60). Hillsdale, NJ:
Lawrence Erlbaum Associates.
TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN206
Butler, G. A. (2007). Whole brain thinking. Retrieved August 2008, dari
http://holistic-personal-development.com/2007/11/13/whole-brain-
thinking/
Dudiy, S. (2005). Use a decision tree analysis to systematically arrive at your
smartest choice. Retrieved August 2008, dari http://www.time-
management-guide.com/decision-tree.html.
Harris, R. (2009). Introduction to decision making. Retrieved December 2011, fari
http://www.virtualsalt.com/crebook5.htm.
Infinite Innovations Ltd. (2006). Retrieved August 2008, dari
www.brainstorming.co.uk.
MindTools.com. (2010). Decision making techniques. Retrieved August 2008, dari
http://www.mindtools.com/pages/main/newMN_TED.htm.
Ministry of Education (New Zealand). (n. a.). The evidence-driven decision
making cycle. Retrieved August 2008, dari
http://www.tki.org.nz/r/governance/consider/decision-making-
cycle_e.php
Swinton, L. (n. a.). Kurt LewinÊs force field analysis: Decision making made easy.
Retrieved August 2008, dari
http://trans4mind.com/counterpoint/swinton4.html
Von Winterfeldt, D. & edwards, W. (1986). Decision analysis and behavioral
research. New York: Cambridge University Press.
Changing Minds. (2011). Theories about decision making. Retrieved dari
http://changingminds.org/explanations/theories/a_decision.htm
New Zealand Ministry of Education. (2010). The evidence-driven decision
making cycle. Retrieved December 2011, dari
http://www.tki.org.nz/r/governance/consider/decision-making-
cycle_e.php
Wikipedia. (2010). Decision making. Retrieved August 2008, dari
http://en.wikipedia.org/wiki/Decision_making
Butler, G. A. (2007). Whole brain thinking. Retrieved December 2011, dari
http://holistic-personal-development.com/2007/11/13/whole-brain-
thinking/

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirNur Aini
 
Pemikiran kritis
Pemikiran kritisPemikiran kritis
Pemikiran kritisJia Ying
 
Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasseradeendra
 
Pemikiran kritis dan kreatif group
Pemikiran kritis dan kreatif groupPemikiran kritis dan kreatif group
Pemikiran kritis dan kreatif groupMazmon Mahmud
 
20140414111243 topik 7 strategi strategi penyelesaian masalah
20140414111243 topik 7 strategi strategi penyelesaian masalah20140414111243 topik 7 strategi strategi penyelesaian masalah
20140414111243 topik 7 strategi strategi penyelesaian masalahSemut Hitam
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianairenahmad
 
LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah
LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian MasalahLMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah
LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian MasalahMr. 29526
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirMiss Q
 
behavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah lakubehavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah lakuzakwan azhar
 
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatifSemut Hitam
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Fairus Razally
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Teori kecerdasan
Teori kecerdasanTeori kecerdasan
Teori kecerdasanfiro HAR
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubahskteena0112
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolahali ahmad
 

La actualidad más candente (20)

Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
Pemikiran kritis
Pemikiran kritisPemikiran kritis
Pemikiran kritis
 
Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasser
 
Pemikiran kritis dan kreatif group
Pemikiran kritis dan kreatif groupPemikiran kritis dan kreatif group
Pemikiran kritis dan kreatif group
 
Unit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusanUnit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusan
 
20140414111243 topik 7 strategi strategi penyelesaian masalah
20140414111243 topik 7 strategi strategi penyelesaian masalah20140414111243 topik 7 strategi strategi penyelesaian masalah
20140414111243 topik 7 strategi strategi penyelesaian masalah
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajian
 
Teori Sigmund Freud
Teori Sigmund FreudTeori Sigmund Freud
Teori Sigmund Freud
 
LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah
LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian MasalahLMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah
LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
Krl3033 kajian penyelidikan 2
Krl3033  kajian penyelidikan 2 Krl3033  kajian penyelidikan 2
Krl3033 kajian penyelidikan 2
 
behavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah lakubehavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah laku
 
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Teori kecerdasan
Teori kecerdasanTeori kecerdasan
Teori kecerdasan
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubah
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 
TEORI REALITI
TEORI REALITITEORI REALITI
TEORI REALITI
 

Destacado

Jenis Pembuatan Keputusan
 Jenis Pembuatan Keputusan  Jenis Pembuatan Keputusan
Jenis Pembuatan Keputusan Ckg Nizam
 
Penyelesaian masalah dan membuat keputusan
Penyelesaian masalah dan membuat keputusanPenyelesaian masalah dan membuat keputusan
Penyelesaian masalah dan membuat keputusancik noorlyda
 
keputusan
keputusankeputusan
keputusanCg Zue
 
Pengurusan 1
Pengurusan 1Pengurusan 1
Pengurusan 1Cg Zue
 
ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN
ALAT MEMBUAT KEPUTUSANALAT MEMBUAT KEPUTUSAN
ALAT MEMBUAT KEPUTUSANCkg Nizam
 
ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN SECARA KUANTITATIF
ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN SECARA KUANTITATIFALAT MEMBUAT KEPUTUSAN SECARA KUANTITATIF
ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN SECARA KUANTITATIFCkg Nizam
 
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalahSemut Hitam
 
20140418084519 sbfs1103 topik 1 penyelesaian masalah
20140418084519 sbfs1103 topik 1 penyelesaian masalah20140418084519 sbfs1103 topik 1 penyelesaian masalah
20140418084519 sbfs1103 topik 1 penyelesaian masalahSemut Hitam
 
Penggal 2 p'buatan keputusan(visi pelajar)
Penggal 2 p'buatan keputusan(visi pelajar)Penggal 2 p'buatan keputusan(visi pelajar)
Penggal 2 p'buatan keputusan(visi pelajar)nurAkhma
 
20140418084847 sbfs1103 topik 2 penyelidikan mengenai pemikiran dan penyelesa...
20140418084847 sbfs1103 topik 2 penyelidikan mengenai pemikiran dan penyelesa...20140418084847 sbfs1103 topik 2 penyelidikan mengenai pemikiran dan penyelesa...
20140418084847 sbfs1103 topik 2 penyelidikan mengenai pemikiran dan penyelesa...Semut Hitam
 
Kemahiran komunikasi 2
Kemahiran komunikasi 2Kemahiran komunikasi 2
Kemahiran komunikasi 2Cg Zue
 
Kemahiran komunikasi 3
Kemahiran komunikasi 3Kemahiran komunikasi 3
Kemahiran komunikasi 3Cg Zue
 
Program kecemerlangan pengajian perniagaan
Program kecemerlangan pengajian perniagaanProgram kecemerlangan pengajian perniagaan
Program kecemerlangan pengajian perniagaanNur Fatihah
 
Kemahiran komunikasi 1
Kemahiran komunikasi 1Kemahiran komunikasi 1
Kemahiran komunikasi 1Cg Zue
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASIPENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASINOOR IZWANA NADIA
 
Manajer Sebagai Pembuat Keputusan
Manajer Sebagai Pembuat KeputusanManajer Sebagai Pembuat Keputusan
Manajer Sebagai Pembuat KeputusanKiki Azkia
 
PP.NISAH
PP.NISAHPP.NISAH
PP.NISAHCg Zue
 
5. pengguna organisasi
5. pengguna organisasi5. pengguna organisasi
5. pengguna organisasiyunnach
 
4. pengguna akhir
4. pengguna akhir4. pengguna akhir
4. pengguna akhiryunnach
 

Destacado (20)

Jenis Pembuatan Keputusan
 Jenis Pembuatan Keputusan  Jenis Pembuatan Keputusan
Jenis Pembuatan Keputusan
 
Penyelesaian masalah dan membuat keputusan
Penyelesaian masalah dan membuat keputusanPenyelesaian masalah dan membuat keputusan
Penyelesaian masalah dan membuat keputusan
 
keputusan
keputusankeputusan
keputusan
 
Pengurusan 1
Pengurusan 1Pengurusan 1
Pengurusan 1
 
ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN
ALAT MEMBUAT KEPUTUSANALAT MEMBUAT KEPUTUSAN
ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN
 
ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN SECARA KUANTITATIF
ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN SECARA KUANTITATIFALAT MEMBUAT KEPUTUSAN SECARA KUANTITATIF
ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN SECARA KUANTITATIF
 
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah
 
20140418084519 sbfs1103 topik 1 penyelesaian masalah
20140418084519 sbfs1103 topik 1 penyelesaian masalah20140418084519 sbfs1103 topik 1 penyelesaian masalah
20140418084519 sbfs1103 topik 1 penyelesaian masalah
 
Penggal 2 p'buatan keputusan(visi pelajar)
Penggal 2 p'buatan keputusan(visi pelajar)Penggal 2 p'buatan keputusan(visi pelajar)
Penggal 2 p'buatan keputusan(visi pelajar)
 
20140418084847 sbfs1103 topik 2 penyelidikan mengenai pemikiran dan penyelesa...
20140418084847 sbfs1103 topik 2 penyelidikan mengenai pemikiran dan penyelesa...20140418084847 sbfs1103 topik 2 penyelidikan mengenai pemikiran dan penyelesa...
20140418084847 sbfs1103 topik 2 penyelidikan mengenai pemikiran dan penyelesa...
 
Kemahiran komunikasi 2
Kemahiran komunikasi 2Kemahiran komunikasi 2
Kemahiran komunikasi 2
 
Kemahiran komunikasi 3
Kemahiran komunikasi 3Kemahiran komunikasi 3
Kemahiran komunikasi 3
 
Program kecemerlangan pengajian perniagaan
Program kecemerlangan pengajian perniagaanProgram kecemerlangan pengajian perniagaan
Program kecemerlangan pengajian perniagaan
 
Kemahiran komunikasi 1
Kemahiran komunikasi 1Kemahiran komunikasi 1
Kemahiran komunikasi 1
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASIPENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI
 
Manajer Sebagai Pembuat Keputusan
Manajer Sebagai Pembuat KeputusanManajer Sebagai Pembuat Keputusan
Manajer Sebagai Pembuat Keputusan
 
PEMBUATAN KEPUTUSAN-TEACHER AIRIN
PEMBUATAN KEPUTUSAN-TEACHER AIRINPEMBUATAN KEPUTUSAN-TEACHER AIRIN
PEMBUATAN KEPUTUSAN-TEACHER AIRIN
 
PP.NISAH
PP.NISAHPP.NISAH
PP.NISAH
 
5. pengguna organisasi
5. pengguna organisasi5. pengguna organisasi
5. pengguna organisasi
 
4. pengguna akhir
4. pengguna akhir4. pengguna akhir
4. pengguna akhir
 

Similar a Anda membuat beberapa poin penting berkaitan bias dalam pembuatan keputusan:- Kita semua terdedah kepada pelbagai jenis bias yang boleh mempengaruhi pertimbangan kita. - Bias tidak semestinya buruk, tetapi perlu disedari dan dikurangkan sejauh yang mungkin untuk memastikan keputusan dibuat secara objektif.- Kita perlu berusaha memahami sudut pandang orang lain dan mempertimbangkan bukti

20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir
20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir
20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhirSemut Hitam
 
12 be & gg fatinah ghiyats hapzi ali ethical decision making in business ...
12 be & gg fatinah ghiyats hapzi ali ethical decision making in business ...12 be & gg fatinah ghiyats hapzi ali ethical decision making in business ...
12 be & gg fatinah ghiyats hapzi ali ethical decision making in business ...FatinahGhiyats1
 
10, BE & GG, Gunawan Adam, Hapzi Ali, Ethical Decision Making in Business, Un...
10, BE & GG, Gunawan Adam, Hapzi Ali, Ethical Decision Making in Business, Un...10, BE & GG, Gunawan Adam, Hapzi Ali, Ethical Decision Making in Business, Un...
10, BE & GG, Gunawan Adam, Hapzi Ali, Ethical Decision Making in Business, Un...Gunawan Adam
 
Konsep pengambilan keputusan bisnis
Konsep pengambilan keputusan bisnisKonsep pengambilan keputusan bisnis
Konsep pengambilan keputusan bisnisUVRI - UKDM
 
Decision making
Decision makingDecision making
Decision makingArdi Halim
 
materi 9 komunikasi.pptx
materi 9 komunikasi.pptxmateri 9 komunikasi.pptx
materi 9 komunikasi.pptxAmiKakakiral
 
Decision Making dalam Psikologi Kognitif
Decision Making dalam Psikologi KognitifDecision Making dalam Psikologi Kognitif
Decision Making dalam Psikologi KognitifAgung Anggoro
 
12, be & gg, devin winata, hapzi ali, ethical decision making in business...
12, be & gg, devin winata, hapzi ali, ethical decision making in business...12, be & gg, devin winata, hapzi ali, ethical decision making in business...
12, be & gg, devin winata, hapzi ali, ethical decision making in business...Devin Winata
 
Tugas 3 (Teori Organisasi Umum 2)
Tugas 3 (Teori Organisasi Umum 2)Tugas 3 (Teori Organisasi Umum 2)
Tugas 3 (Teori Organisasi Umum 2)briant_123
 
Tugas softskill 1
Tugas softskill 1 Tugas softskill 1
Tugas softskill 1 Aang Sanusi
 
Bab 7 Pembuatan Keputusan by Kelompok 7.pptx
Bab 7 Pembuatan Keputusan by Kelompok 7.pptxBab 7 Pembuatan Keputusan by Kelompok 7.pptx
Bab 7 Pembuatan Keputusan by Kelompok 7.pptxLidiaHudi
 
Rangkuman KBPK_What You Don’t Know About Making Decisions.docx
Rangkuman KBPK_What You Don’t Know About Making Decisions.docxRangkuman KBPK_What You Don’t Know About Making Decisions.docx
Rangkuman KBPK_What You Don’t Know About Making Decisions.docxratnaatmaranti
 
Tugas sim.sukartiningsih.yananto mihadi p., s.e., m.si., cma.sistem pengambil...
Tugas sim.sukartiningsih.yananto mihadi p., s.e., m.si., cma.sistem pengambil...Tugas sim.sukartiningsih.yananto mihadi p., s.e., m.si., cma.sistem pengambil...
Tugas sim.sukartiningsih.yananto mihadi p., s.e., m.si., cma.sistem pengambil...Sukartiningsih
 
12, BE & GG, Riana Fitri, Prof. Dr. Ir Hapzi Ali, MM, CMA, Ethical Decision M...
12, BE & GG, Riana Fitri, Prof. Dr. Ir Hapzi Ali, MM, CMA, Ethical Decision M...12, BE & GG, Riana Fitri, Prof. Dr. Ir Hapzi Ali, MM, CMA, Ethical Decision M...
12, BE & GG, Riana Fitri, Prof. Dr. Ir Hapzi Ali, MM, CMA, Ethical Decision M...rianafitri1
 
Sim,raka hikmah ramadhan,hapzi ali,pengambilan keputusan,universitas mercu bu...
Sim,raka hikmah ramadhan,hapzi ali,pengambilan keputusan,universitas mercu bu...Sim,raka hikmah ramadhan,hapzi ali,pengambilan keputusan,universitas mercu bu...
Sim,raka hikmah ramadhan,hapzi ali,pengambilan keputusan,universitas mercu bu...Universitas MercuBuana
 

Similar a Anda membuat beberapa poin penting berkaitan bias dalam pembuatan keputusan:- Kita semua terdedah kepada pelbagai jenis bias yang boleh mempengaruhi pertimbangan kita. - Bias tidak semestinya buruk, tetapi perlu disedari dan dikurangkan sejauh yang mungkin untuk memastikan keputusan dibuat secara objektif.- Kita perlu berusaha memahami sudut pandang orang lain dan mempertimbangkan bukti (20)

20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir
20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir
20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir
 
12 be & gg fatinah ghiyats hapzi ali ethical decision making in business ...
12 be & gg fatinah ghiyats hapzi ali ethical decision making in business ...12 be & gg fatinah ghiyats hapzi ali ethical decision making in business ...
12 be & gg fatinah ghiyats hapzi ali ethical decision making in business ...
 
10, BE & GG, Gunawan Adam, Hapzi Ali, Ethical Decision Making in Business, Un...
10, BE & GG, Gunawan Adam, Hapzi Ali, Ethical Decision Making in Business, Un...10, BE & GG, Gunawan Adam, Hapzi Ali, Ethical Decision Making in Business, Un...
10, BE & GG, Gunawan Adam, Hapzi Ali, Ethical Decision Making in Business, Un...
 
Konsep pengambilan keputusan bisnis
Konsep pengambilan keputusan bisnisKonsep pengambilan keputusan bisnis
Konsep pengambilan keputusan bisnis
 
Decision making
Decision makingDecision making
Decision making
 
materi 9 komunikasi.pptx
materi 9 komunikasi.pptxmateri 9 komunikasi.pptx
materi 9 komunikasi.pptx
 
Decision Making dalam Psikologi Kognitif
Decision Making dalam Psikologi KognitifDecision Making dalam Psikologi Kognitif
Decision Making dalam Psikologi Kognitif
 
tgs Pengambilan Keputusan.pptx
tgs Pengambilan Keputusan.pptxtgs Pengambilan Keputusan.pptx
tgs Pengambilan Keputusan.pptx
 
Pelatihan why decision fails
Pelatihan why decision failsPelatihan why decision fails
Pelatihan why decision fails
 
12, be & gg, devin winata, hapzi ali, ethical decision making in business...
12, be & gg, devin winata, hapzi ali, ethical decision making in business...12, be & gg, devin winata, hapzi ali, ethical decision making in business...
12, be & gg, devin winata, hapzi ali, ethical decision making in business...
 
Isi makalah
Isi makalahIsi makalah
Isi makalah
 
Tugas 3 (Teori Organisasi Umum 2)
Tugas 3 (Teori Organisasi Umum 2)Tugas 3 (Teori Organisasi Umum 2)
Tugas 3 (Teori Organisasi Umum 2)
 
Decision Analysis
Decision AnalysisDecision Analysis
Decision Analysis
 
Tugas softskill 1
Tugas softskill 1 Tugas softskill 1
Tugas softskill 1
 
Pertemuan 9.pptx
Pertemuan 9.pptxPertemuan 9.pptx
Pertemuan 9.pptx
 
Bab 7 Pembuatan Keputusan by Kelompok 7.pptx
Bab 7 Pembuatan Keputusan by Kelompok 7.pptxBab 7 Pembuatan Keputusan by Kelompok 7.pptx
Bab 7 Pembuatan Keputusan by Kelompok 7.pptx
 
Rangkuman KBPK_What You Don’t Know About Making Decisions.docx
Rangkuman KBPK_What You Don’t Know About Making Decisions.docxRangkuman KBPK_What You Don’t Know About Making Decisions.docx
Rangkuman KBPK_What You Don’t Know About Making Decisions.docx
 
Tugas sim.sukartiningsih.yananto mihadi p., s.e., m.si., cma.sistem pengambil...
Tugas sim.sukartiningsih.yananto mihadi p., s.e., m.si., cma.sistem pengambil...Tugas sim.sukartiningsih.yananto mihadi p., s.e., m.si., cma.sistem pengambil...
Tugas sim.sukartiningsih.yananto mihadi p., s.e., m.si., cma.sistem pengambil...
 
12, BE & GG, Riana Fitri, Prof. Dr. Ir Hapzi Ali, MM, CMA, Ethical Decision M...
12, BE & GG, Riana Fitri, Prof. Dr. Ir Hapzi Ali, MM, CMA, Ethical Decision M...12, BE & GG, Riana Fitri, Prof. Dr. Ir Hapzi Ali, MM, CMA, Ethical Decision M...
12, BE & GG, Riana Fitri, Prof. Dr. Ir Hapzi Ali, MM, CMA, Ethical Decision M...
 
Sim,raka hikmah ramadhan,hapzi ali,pengambilan keputusan,universitas mercu bu...
Sim,raka hikmah ramadhan,hapzi ali,pengambilan keputusan,universitas mercu bu...Sim,raka hikmah ramadhan,hapzi ali,pengambilan keputusan,universitas mercu bu...
Sim,raka hikmah ramadhan,hapzi ali,pengambilan keputusan,universitas mercu bu...
 

Último

Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 

Último (20)

Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 

Anda membuat beberapa poin penting berkaitan bias dalam pembuatan keputusan:- Kita semua terdedah kepada pelbagai jenis bias yang boleh mempengaruhi pertimbangan kita. - Bias tidak semestinya buruk, tetapi perlu disedari dan dikurangkan sejauh yang mungkin untuk memastikan keputusan dibuat secara objektif.- Kita perlu berusaha memahami sudut pandang orang lain dan mempertimbangkan bukti

  • 1. PENGENALAN Pembuatan keputusan yang baik adalah kemahiran penting untuk kejayaan peribadi dan kerjaya dan ia juga penting khusus untuk kepimpinan yang berkesan. Kita diperlukan untuk membuat keputusan setiap hari dan jika kita boleh belajar untuk membuat keputusan yang dipertimbangkan dan tepat pada masanya, maka kita boleh membawa diri atau pasukan kita kepada kejayaan. „Tiada yang lebih sukar, dan oleh itu lebih berharga daripada kebolehan untuk membuat keputusan‰ („Nothing is more difficult, and therefore more precious, than to be able to decide‰). (Napoleon) TTooppiikk 99 Pembuatan Keputusan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisikan pembuatan keputusan; 2. Menyenaraikan jenis-jenis keputusan yang berbeza dan faktor- faktor yang mempengaruhi proses pembuatan keputusan; 3. Memperihalkan Empat Kuadran Teori Otak dan bagaimana ia berkait dengan kebolehan kita untuk membuat keputusan; 4. Menjelaskan pusingan pembuatan keputusan yang berpandukan bukti; dan 5. Menjelaskan pendekatan-pendekatan berbeza dalam pembuatan keputusan.
  • 2. TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 187 Namun, jika kita membuat keputusan-keputusan yang tidak baik, kita sudah pasti menghadapi risiko kegagalan. Topik ini memperkenalkan kita kepada proses pembuatan keputusan serta membantu kita mengembangkan pemahaman mendalam mengenai apa yang terlibat dalam pembuatan keputusan yang baik. Dengan menggabungkan teknik-teknik berkesan dan pengetahuan yang relevan, kita boleh menjadi pembuat keputusan yang berkesan. Anda juga akan diperkenalkan dengan konsep aliran keputusan, juga peranan risiko. Perbincangan kita akan diakhiri dengan Topik 10 yang akan memperkenalkan beberapa alat pembuatan keputusan. APA ITU PEMBUATAN KEPUTUSAN? Satu keputusan biasanya didefinisikan sebagai: (a) Tindakan atau proses memutuskan; menentukan, mengenai satu soalan atau keraguan, dengan membuat pertimbangan; tindakan atau keperluan untuk menetapkant pemikiran (http://english.stackexchange.com) (b) Sesuatu yang diputuskan, penyelesaian; pertimbangan, mengenai satu keputusan yang dinyatakan oleh mahkamah; skor akhir dalam mana-mana sukan atau pertandingan (http://dictionary.reference.com) Anda mungkin lihat bahawa kesemua definisi ini berkongsi bersama pengakhiran peristiwa keputusan. Keputusan selalunya dibuat pada kemuncak perdebatan, peristiwa, pertandingan dan sebagainya. Dalam konteks ini, keputusan dibuat di akhir pusingan pembuatan keputusan. Jadi pembuatan keputusan boleh dianggap sebagai aktiviti pembuatan keputusan yang dihentikan apabila satu penyelesaian yang memuaskan hati ditemui. Pembuatan keputusan logik adalah sebahagian daripada semua profesion sains yang penting, iaitu pakar-pakar menggunakan pengetahuan mereka dalam bidang-bidang tertentu untuk membuat keputusan yang bermaklumat. Pembuatan keputusan perubatan, contohnya, sering melibatkan membuat diagnosis dan memilih satu rawatan yang bersesuaian. Dengan penerangan di atas, dua definisi piawai pembuatan keputusan boleh diterima seperti berikut: 9.1
  • 3. TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN188 (a) Pembuatan keputusan adalah proses memilih apa hendak dilakukan dengan mempertimbangkan kesan-kesan yang mungkin timbul mengenai pilihan-pilihan yang berbeza. (von Winterfeldt & Edwards, 1986; Beyth-Marom et al., 1991) Apabila kita membuat keputusan, kita membuat pilihan sendiri daripada satu set alternatif. Untuk membuat penilaian yang bermaklumat, kita ingin mengenal pasti sebanyak mungkin alternatif ini dan mempertimbangkan kesan-kesan yang mungkin, dan kemudian memilih satu yang terbaik yang memenuhi matlamat, keinginan, gaya hidup, nilai dan sebagainya. (b) Pembuatan keputusan adalah proses mengurangkan secukupnya ketidaktentuan dan keraguan mengenai alternatif-alternatif untuk membolehkan pilihan munasabah dibuat daripada kesemua alternatif tersebut. (Harris, R., 2009). Dalam definisi ini, fokusnya adalah terhadap membuat pilihan berasaskan pengurangan-risiko yang berkait dengan ketidaktentuan. Ia bermaksud pengetahuan yang tidak lengkap mengenai isu-isu di sekeliling pilihan- pilihan yang ada, dan pertimbangan adalah berdasarkan kepada berapa banyak keraguan dan ketidaktentuan boleh dikurangkan. JENIS-JENIS KEPUTUSAN Keputusan-keputusan yang kita lakukan boleh dibahagikan kepada tiga jenis: (a) Keputusan-keputusan „sama ada‰ adalah asas: keputusan ya/tidak, sama ada/atau, dan bukan salah satu yang mesti dilakukan apabila kita berhadapan dengan pilihan di antara dua alternatif. Ini termasuklah keputusan-keputusan asas yang kita buat setiap hari seperti, „Patutkah saya pergi menonton wayang?‰ atau „Patutkan saya beli kereta?‰ (b) Keputusan-keputusan „yang mana satu‰ adalah keputusan yang melibatkan pilihan satu atau lebih daripada beberapa pilihan kemungkinan. (c) Keputusan-keputusan „kontingen‰ adalah keputusan yang mana hasilnya bergantung kepada sesuatu keadaan dipenuhi atau sesuatu kriteria dipenuhi. Apa-apa keputusan ditangguhkan sehingga suatu masa adalah merupakan keputusan kontingen. Satu contoh yang baik adalah keputusan anda untuk membeli kereta jika anda mendapat kenaikan gaji, kenaikan pangkat atau bonus tahunan yang baik. Faktor-faktor 9.2
  • 4. TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 189 penyumbang seperti masa, harga, pendapat rakan-rakan dan keluarga, boleh mempengaruhi hasil keputusan kontingen. PEMBUATAN KEPUTUSAN ADALAH PROSES REKURSIF BERULANG-ALIK Pembuatan keputusan adalah proses rekursif iaitu kita membuat keputusan- keputusan dengan bergerak ke belakang dan ke depan antara alternatif-alternatif yang kita ada yang ditentukan oleh kriteria tertentu. Ini bermaksud, selalunya kita kembali semula ke permulaan untuk mempertimbangkan semula sesuatu pilihan. Jadi, pembuatan keputusan bukan satu proses linear. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa proses pembuatan keputusan adalah sangat dipengaruhi oleh gaya kognitif seseorang. Kajian-kajian juga menunjukkan bukti mengenai perbezaan silang budaya dalam gaya pembuatan keputusan. Terdapat beberapa versi alternatif mengenai model-model gaya kognitif ini. 9.4 9.3 Anda adalah ketua eksekutif sebuah syarikat farmasi yang besar. Anda telah melabur RM100 juta wang syarikat dalam projek penyelidikan untuk mengembangkan vaksin anti-HIV. Apabila projek tersebut 90% siap, syarikat lain mula memasarkan jenis vaksin yang sama yang dibangunkan oleh syarikat anda. Di samping itu, vaksin daripada syarikat pesaing adalah lebih berkesan dan lebih murah daripada vaksin yang dibangunkan oleh syarikat anda. Anda mesti memutuskan tindakan seterusnya, sama ada untuk menyambung penyelidikan tersebut, mengalihkan dana kepada projek lain, memulakan kempen pengiklanan, dsb. Terangkan dalam kategori mana anda akan membuat keputusan: keputusan sama ada, keputusan yang mana satu atau keputusan kontingen. AKTIVITI 9.1
  • 5. TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN190 Bias juga mempengaruhi kebolehan kita untuk membuat keputusan. Bias-bias ini sentiasa menyumbang terhadap proses pembuatan keputusan kita dan sering mengherotkan proses pembuatan keputusan dan pertimbangan kita. Bias boleh membawa kepada persepsi palsu dan pertimbangan yang boleh melemahkan keberkesanan pembuatan keputusan yang baik. Ahli sains tingkah laku Isabel Briggs Myers menyebut beberapa sumber bias yang biasa dalam proses pembuatan keputusan kita: (a) Pencarian bukti berpilih: Kecenderungan untuk mengumpulkan fakta-fakta yang menyokong kesimpulan tertentu. (b) Penamatan awal pencarian bukti: Kecenderungan untuk menerima alternatif pertama. (c) Kebekuan (Inertia): Ketidaksediaan untuk mengubah pola pemikiran. (d) Bias menyokong-pilihan: Kecenderungan mengherotkan ingatan kita. (e) Kebaharuan: Kecenderungan untuk mempercayai maklumat baharu. (f) Bias pengulangan: Bias untuk mempercayai maklumat yang kita sering dengar. (g) Pemikiran kumpulan: Kecenderungan untuk akur dengan pola yang dipegang oleh orang lain. (h) Bias sumber kredibiliti: Kecenderungan untuk bias terhadap orang yang kita kenali. Sekarang, mari kita lihat teori-teori pembuatan keputusan yang dipengaruhi oleh urusan kita dalam proses pemikiran kita: (a) Kesan Kekaburan: Kita lebih memilih satu pilihan mengenai kebarangkalian yang disukai daripada yang tidak diketahui. (b) Bias Titik Buta (Blind Spot): Kita tidak mengimbangi dengan cukup bias iaitu kita menganggap diri sebagai tidak bias berbanding orang lain. (c) Model Kemungkinan Penghuraian (Elaboration Likelihood Model): Kita berfikir sama ada secara logik atau sedar atau kita membiarkan ciri-ciri luaran mempengaruhi keputusan kita. (d) Model Pemujukan Heuristik-Sistematik: Kita menginterpretasi hujah-hujah sama ada secara impulsif atau logik. (e) Tidak Menghiraukan Hiperbolik (Hyperbolic Discounting): Kita inginkan ganjaran segera, memilih faedah-faedah untuk masa kini atau jangka masa pendek berbanding masa depan.
  • 6. TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 191 (f) Bias Maklumat: Mencari fakta-fakta walaupun ia tidak relevan apabila membuat keputusan. (g) Teori Pemprosesan Maklumat: Pemujukan memerlukan perhatian dan perbandingan dengan pandangan-pandangan terdahulu; dan fokus terhadap stimuli luaran. (h) Sumber kredibiliti: Siapa yang kita lebih percaya. (i) Teori Pemikiran Tidak Sedar: Membiarkan pemikiran tidak sedar kita berfikir. EMPAT KUADRAN OTAK DAN GAYA PEMIKIRAN BERBEZA Beberapa ahli teori kognitif percaya bahawa otak manusia terbahagi kepada empat kuadran gaya pemikiran. Idea ini dikembangkan oleh Ned Herrmann dan dikenali sebagai Instrumen Otak Dominan Herrmann (Herrmann Brain Dominance Instrument; HBDI). Herrmann menggabungkan dua model fungsi otak untuk membentuk model otak manusia dengan dua struktur pasangan (empat kuadran), iaitu, dua belah bahagian sistem serebral dan dua belah bahagian sistem limbik (Rajah 9.1). Perhatikan bahawa empat kuadran dan juga gaya pemikiran yang berkait dengan setiap kuadran. Anda jenis pemikir bagaimana? 9.5 1. Proses memutuskan calon mana untuk diundi dalam pilihan raya tidak pernah bebas daripada bias. Pertimbangkan keputusan Pilihanraya Umum 2008. Bincangkan sumber-sumber yang mungkin mengenai bias pengundi dan bagaimana bias tersebut mempengaruhi keputusan pengundian. 2. Terdapat beberapa sumber bias yang lain. Teroka bias-bias ini di internet dan lihat mana yang relevan dengan anda secara kerap. Pada pendapat anda, mana antara bias ini mungkin membawa kesan paling buruk, dan mana yang anda fikir paling mempengaruhi proses pembuatan keputusan anda? AKTIVITI 9.2
  • 7. TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN192 Empat kuadran ini dicirikan sebagai: A: Analitikal/Logik (Atas Kiri) B: Organisasi (Bawah Kiri) C: Emosional/Interpersonal (Bawah Kanan) D: Konseptual/Imaginatif (Atas Kanan) Rajah 9.1: Model Empat Kuadran Otak, juga dikenali sebagai Ned Herrmann Model Otak Keseluruhan (Whole Brain Model) Disesuaikan daripada Model-model Otak: Teori-teori Organisasi Otak oleh Charles Cave
  • 8. TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 193 Contoh-contoh berikut menggambarkan bagaimana individu yang didominasi oleh setiap kuadran membuat pembelian komputer: (a) Individu yang menggunakan kuadran A analitikal akan berfikir: „Saya mahu komputer ini kerana dengan harga $2,000 saya akan dapat 3 GHz processor, 10/100 Ethernet, 4 GB RAM, 80 GB hard drive, 2 GB DDR2 memory, pemacu DVD boleh ditulis semula dan sistem operasi Vista.‰ (b) Individu yang mengguna kuadran B organisasi akan berfikir: „Saya mahu komputer ini kerana ia diundi mempunyai nilai terbaik oleh Laporan Pengguna; ia mempunyai tiga tahun jaminan dan ia mempunyai sokongan teknikal seumur hidup.‰ (c) Individu yang mengguna kuadran C emosional akan berfikir: „Saya mahukan komputer ini kerana saya sukakan warnanya. Saya juga ingin beli komputer ini kerana jurujualnya sangat baik dan berkata saya sentiasa boleh hubunginya jika saya mempunyai masalah.‰ (d) Individu yang mengguna kuadran D konseptual akan berfikir: „Saya ingin komputer ini kerana saya suka reka bentuknya yang baru dan kerana sistem bunyinya menyerupai bunyi holofonik yang bermaksud saya boleh bermeditasi dengan mendengar CD meditasi tanpa perlu menggunakan fon telinga.‰ HBDI telah terbukti berguna dalam budaya organisasi korporat, memupuk komunikasi antara individu dengan pilihan mental berbeza. Apabila perbezaan- perbezaan dalam kalangan pekerja bergabung, salah faham dapat dikurangkan dan kerja berkumpulan ditingkatkan. Satu sinergi akan muncul dan potensi penuh di tempat kerja dapat dicapai. Mempelajari kuadran mana yang dominan di otak adalah penting dalam proses pembuatan keputusan. Dengan memahami kekuatan dan kelemahan, anda dapat menjangka bias yang menghalang proses pembuatan keputusan anda. Contohnya, jika gaya pemikiran anda didominasi oleh kuadran D, anda lebih mungkin melihat gambaran keseluruhan tanpa memberi perhatian kepada perincian dan mungkin memerlukan nasihat daripada individu yang mempunyai gaya pemikiran kuadran A yang mungkin boleh melihat perincian sesuatu situasi untuk melengkapkan perspektif luas anda. Katalah anda ingin membeli kereta. Senaraikan alasan-alasan anda memilih kereta tertentu, dan bukan kereta lain. Berdasarkan alasan- alasan untuk keputusan anda, kenal pasti jenis pemikiran anda mengikut model HBDI. AKTIVITI 9.3
  • 9. TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN194 PEMBUATAN KEPUTUSAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN Kita membuat keputusan dalam kehidupan seharian dan kita sedar bahawa kebanyakan keputusan, terutama keputusan yang penting dibuat selepas kerahan mental yang banyak. Namun begitu, bahasa-bahasa kita penuh dengan luahan yang menunjukkan keputusan dibuat secara intuitif. Dalam bahasa Inggeris contohnya, anda sering mendengar individu mengatakan, „I have a gut feeling that....‰ atau „I can feel it in my heart that...‰ yang menunjukkan perasaan tahu sebenarnya datang dari bisikan hati. Walaupun kecenderungan untuk mengatribusi keputusan-keputusan kita kepada pelbagai organ dalaman, sebenarnya, secara sedar atau bawah sedar, kita menggunakan beberapa alat atau teknik mudah untuk membuat keputusan setiap hari. Ini termasuklah: (a) Menganalisis kekuatan dan kelemahan alternatif; (b) Mencabut lidi atau melambung duit syiling; (c) Beralih kepada kepercayaan tahyul, ibadat atau bentuk keagamaan lain; (d) Bergantung kepada tokoh berwibawa; dan (e) Menerima pilihan paling mudah, paling cepat dan yang pertama. Walaupun mekanisme untuk membuat keputusan ini berkesan, ia tidak membenarkan kita membuat keputusan optimum. Malah dalam masa tertentu boleh membuatkan kita membuat keputusan yang buruk. Oleh itu, kita seharusnya menggunakan proses pembuatan keputusan yang betul dengan sebanyak mungkin. 9.6 Pertimbangkan keputusan anda untuk mengambil kursus yang sedang anda pelajari sekarang. Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan anda. Jika anda diberi peluang untuk melakukannya semula, tulis langkah-langkah yang anda akan ambil sekarang untuk mencapai keputusan kali ini. Lihat jika kedua-dua keputusan adalah sama. AKTIVITI 9.4
  • 10. TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 195 PUSINGAN PEMBUATAN KEPUTUSAN BERPANDUKAN BUKTI Sebanyak mana kita cuba berfikir bahawa keputusan harian kita dibuat dengan baik, kita sering mencapai keputusan tanpa mengikut proses sepatutnya. Untuk membuat keputusan berkesan dan tepat, kita perlu mengikuti Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti. Pusingan ini merangkumi beberapa siri langkah yang perlu diikuti untuk menghasilkan keputusan yang tepat dan berkesan. (a) Pencetus (b) Meneroka (c) Menyoal (d) Mengumpul (e) Menganalisis (f) Menginterpretasi (g) Intervensi (h) Menilai (i) Refleksi Langkah-langkah Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti boleh dikumpulkan dalam tiga tahap utama. Sekarang kita akan meneroka tahap-tahap ini secara ringkas dengan melihat langkah-langkah yang wujud dalam setiap tahap. (a) Langkah permulaan tahap pertama proses: (i) Pencetus: Pencetus adalah apa yang membawa kepada perhatian anda bahawa terdapat masalah atau bidang yang perlukan peningkatan. Ia merangkumi mana-mana data, pemerhatian atau laporan yang memulakan proses. (ii) Meneroka: Ini adalah penerokaan apa-apa sahaja yang mencetus proses untuk menentukan pendekatan paling baik untuk pusingan seterusnya. (iii) Menyoal: Ini adalah elemen paling penting. Ia bertindak menentukan apa keputusan perlu dilakukan dan apa yang anda harap untuk capai dan juga cadangkan beberapa potensi penyelesaian yang berpotensi. 9.7
  • 11. TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN196 (b) Memperoleh maklumat tahap pertengahan proses: (i) Mengumpul: Ini adalah proses mendapatkan semua data dan bukti yang akan anda gunakan dalam proses pembuatan keputusan. (ii) Menganalisis: Ini adalah proses menganalisis data dan maklumat yang telah dikumpul untuk mencari trend dan untuk menjawab soalan-soalan yang telah anda kemukakan. (iii) Menginterpretasi: Ini adalah mengumpulkan jawapan-jawapan daripada analisis di atas. Apa yang data anda beritahu? Apa kesimpulan yang boleh anda capai? Apa tindakan boleh anda cadang berdasarkan data yang telah anda kumpul? Pada tahap ini, adalah penting untuk meneliti secara kritikal maklumat yang ada untuk memastikan anda mencapai kesimpulan yang tepat dan boleh dipercayai. (c) Mengubah dan menilai tahap akhir proses: (i) Intervensi atau Implementasi: Tahap ini melibatkan implementasi keputusan anda atau permulaan tindakan. Tindakan anda mestilah berasaskan keputusan; ia mestilah sesuatu yang boleh dilakukan dan praktikal, diberikan sumber dan persekitarannya. Lebih penting, ia mestilah boleh diukur supaya anda boleh menilainya (lihat langkah seterusnya). (ii) Menilai: Tahap ini membenarkan anda menilai bagaimana bagus keputusan yang anda telah lakukan dan sama ada pencetus awal telah dijawab. (iii) Refleksi: Ini adalah tahap akhir proses and melibatkan penilaian kesilapan, pelajaran yang telah dipelajari dan penambahbaikan masa depan. Refleksi membenarkan peningkatan berterusan mana-mana proses untuk hasil lebih baik jika situasi sama dihadapi pada masa hadapan. Proses ini boleh dilihat seperti pusingan yang ditunjukkan dalam Rajah 9.2 dan 9.3. Perhatikan dalam Rajah 9.3, kotak pencetus dan langkah-langkah seterusnya merangkumi penerokaan dan pengumpulan data dan analisis seterusnya, membawa kepada intervensi dan kemuncak penilaian dan refleksi.
  • 12. TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 197 Rajah 9.2: Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti
  • 13. TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN198 Rajah 9.3: Satu contoh pusingan pembuatan keputusan berpandukan bukti sebenar yang digunakan untuk menentukan bila dan bagaimana memperbaiki prosedur pengajaran untuk meningkatkan bilangan pelajar yang memperoleh gred yang dikehendaki
  • 14. TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 199 SEMAK KENDIRI 6.3 Cari maklumat lanjut mengenai Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti di http://www.tki.org.nz/r/governance/consider/evidence-driven- intro_e.php dan bincangkannya dengan rakan-rakan anda. AKTIVITI 9.5 1. Bolehkah anda berikan dua definisi piawai pembuatan keputusan? 2. Terdapat beberapa jenis keputusan keputusan sama ada, keputusan yang mana satu dan keputusan kontingen. Bezakan di antara tiga jenis keputusan ini. 3. „Pembuatan keputusan adalah proses berbaik.‰ Apa yang anda faham dengan kenyataan ini? 4. Berikan beberapa contoh bias yang boleh mempengaruhi proses pembuatan keputusan. 5. Senaraikan empat kuadran otak dan jelaskan secara ringkas ciri- ciri pemikiran setiap kuadran. Gunakan contoh-contoh untuk membantu anda menunjukkannya. Jenis gaya pemikiran apakah yang anda miliki? 6. Bagaimana anda membuat keputusan dalam kehidupan seharian? Adakah keputusan harian anda umumnya berkesan atau adakah anda fikir terdapat ruang untuk peningkatan? 7. Apa dia Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti? Jelaskan secara ringkas langkah-langkah yang terlibat dalam pusingan ini. Buat satu contoh khayalan, mungkin daripada pengalaman hidup sebenar anda, di mana pusingan pembuatan keputusan berpandukan bukti telah digunakan untuk pembuatan keputusan berkesan. SEMAK KENDIRI 9.1
  • 15. TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN200 KESAN KUANTITI PADA PEMBUATAN KEPUTUSAN Kita sering teringin untuk mengumpulkan lebih banyak maklumat daripada yang diperlukan untuk membuat sesuatu keputusan. Ini kadangkala boleh membawa kesan yang buruk. Jika kita mempunyai maklumat yang terlampau banyak, kita boleh berhadapan dengan beberapa masalah, iaitu: (a) Penangguhan dalam proses pembuatan keputusan yang disebabkan masa yang diperuntukkan untuk mengumpulkan maklumat atau menganalisis maklumat yang terlalu banyak; (b) Maklumat berlebihan, menghasilkan ketidakmampuan mengurus dan memproses maklumat, dan menyebabkan proses pembuatan keputusan tidak berkesan atau tidak tepat; (c) Keletihan mental disebabkan terlalu banyak pilihan yang menghasilkan kerja yang buruk; (d) Penggunaan maklumat berpilih disebabkan oleh ketidakmampuan mendekati „maklumat terlalu banyak‰ secara objektif; dan (e) Keletihan keputusan atau kelumpuhan keputusan yang terhasil akibat terlalu banyak keputusan dan terlalu banyak pilihan, menyebabkan keputusan yang dibuat tergesa-gesa dan tidak baik. Untuk membayangkan kesan-kesan maklumat yang terlalu banyak terhadap proses pembuatan keputusan, bayangkan anda terpaksa memilih pilihan makanan daripada satu set menu seperti berikut: (a) Menu 1 mengandungi dua item, yang memberikan hanya nama item; (b) Menu 2 mengandungi 10 item, yang memberikan hanya nama item; (c) Menu 3 memberikan 10 item, yang mengandungi nama item dan bahan- bahannya; dan (d) Menu 4 mengandungi 20 item, yang memberikan nama item, bahan-bahan, kiraan kalori, resipi, masa diambil untuk memasak, berat, warna, dsb. Saya berpendapat kebanyakan kita akan mendapati Menu 1 paling mudah digunakan dan Menu 4 pastinya mustahil untuk digunakan? Adakah anda bersetuju? 9.8
  • 16. TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 201 ALIRAN KEPUTUSAN Adalah penting memahami bahawa keputusan bukanlah proses-proses mental terasing tetapi dilakukan dalam konteks keputusan lain. Setiap keputusan adalah berdasarkan beberapa keputusan terdahulu dan akan seterusnya membawa kepada beberapa keputusan lain. Interaksi antara keputusan ini dinamakan Aliran Keputusan. Jadi, boleh dikatakan bahawa setiap keputusan: (a) Mengikut keputusan terdahulu; (b) Membolehkan keputusan masa depan dibuat; dan (c) Menidakkan keputusan lain. Faktor-faktor ini selalunya menghalang kita apabila membuat keputusan. Secara khusus, pengetahuan kita bahawa satu keputusan menidakkan keputusan lain boleh melumpuhkan kita secara mental dan boleh menjejaskan kebolehan kita untuk membuat pilihan yang tepat. Bayangkan jika anda suka kedua-dua kek cokelat dan ais krim cokelat dan tidak dapat memilih antara keduanya kerana anda terlalu malu untuk meminta kedua-duanya di hadapan rakan-rakan anda. Namun, adalah lebih penting bagi anda untuk membuat keputusan apa-apa keputusan kerana keputusan yang tidak dibuat mungkin menyebabkan pembuatan keputusan secara lalai atau keputusan dibuat untuk anda, yang selalunya lebih buruk daripada anda membuat keputusan yang salah. KUALITI KEPUTUSAN Kualiti keputusan adalah ukuran sama ada sesuatu keputusan yang dibuat adalah baik atau buruk. Adalah penting untuk mengambil ingatan bahawa keputusan yang baik boleh menghasilkan hasil buruk dan kualiti keputusan tidak berkait dengan hasil keputusan tetapi berkait dengan langkah-langkah yang diambil untuk mencapai keputusan. Kita mungkin, secara kebetulan, membuat keputusan yang menghasilkan hasil yang baik yang tidak dijangka, tetapi ini masih lagi satu keputusan buruk kerana kita tidak mengikut langkah- langkah pembuatan keputusan yang betul. Satu contoh yang baik diberikan di http://www.virtualsalt.com/crebook5.htm: Jika anda membaling damak kepada senarai saham dan membeli saham yang terkena damak, keputusan anda adalah keputusan yang buruk, walaupun nilai saham mungkin meningkat. Kualiti keputusan boleh dinilai dengan mempertimbangkan faktor-faktor berikut: (a) Adakah keputusan itu memenuhi dengan lebih baik dan berkesan objektif- objektif yang dinyatakan berbanding alternatif lain? 9.9 9.10
  • 17. TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN202 (b) Adakah keputusan itu mengambil kira kesan-kesan sampingan, kelemahan atau pertimbangan etika? (c) Adakah keputusan itu boleh diterima oleh orang-orang yang menerima kesannya? Perkara ketiga adalah penting untuk dipertimbangkan apabila anda membuat keputusan yang mempengaruhi ramai orang. Bagi sesuatu keputusan untuk diimplementasi, adalah penting bahawa orang yang mengimplementasinya adalah mereka yang menerima kesan, menerima keputusan pada tahap emosional dan intelektual. Satu keputusan yang sangat baik di atas kertas mungkin tidak praktikal atas beberapa alasan sosial. Atas sebab inilah kerajaan selalunya membuat keputusan yang nampak kurang sempurna apabila dilihat dari perspektif individu. Perlu diingat bahawa kerajaan perlu memuaskan hati jutaan rakyat dan apa yang nampak jelas dan mudah kepada anda mungkin tidak selalunya boleh diterima oleh semua. RISIKO Risiko adalah komponen penting dalam pembuatan keputusan kerana hasil keputusan melibatkan ketidaktentuan. Jangan cuba untuk mengelak risiko apabila membuat keputusan kerana jika anda melakukan demikian, anda mungkin mengenepikan pilihan-pilihan yang radikal dan bagus. Sebaliknya, cubalah untuk meminimumkan risiko sebanyak mungkin sambil terus membuat keputusan berdasarkan langkah-langkah betul dan logik. Umumnya, sebelum anda memasuki situasi bahaya, terdapat beberapa perkara untuk diambil kira mengenai pengambilan risiko: (a) Putuskan sama ada risiko itu perlu atau diingini (b) Letakkan risiko kepada sebab-sebab yang betul bila anda tenang dan dapat berfikir. (c) Mempunyai matlamat. (d) Tentukan kemungkinan kerugian dan juga keuntungan. (e) Apabila mungkin, ambil satu risiko pada satu masa. (f) Gunakan bayangan atau main peranan untuk bekerja melalui pelbagai kemungkinan. (g) Gunakan perancangan. (h) Bertindak dengan tegas. (i) Jangan mengharap kejayaan sempurna. 9.11
  • 18. TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 203 Untuk mengurangkan risiko, terdapat beberapa strategi pengurusan risiko untuk dipertimbangkan: (a) Singkirkan kemungkinan terpencil dan tidak realistik. (b) Sejauh mungkin, elakkan bencana/kegagalan. (c) Kenal pasti kompromi. (d) Maksimumkan nilai jangkaan. Pembuatan keputusan adalah proses mengurangkan ketidaktentuan dan keraguan mengenai alternatif-alternatif untuk membenarkan pilihan munasabah dibuat daripadanya. Terdapat tiga jenis keputusan asas keputusan sama ada, keputusan yang mana satu dan keputusan kontingen. • Pembuatan keputusan adalah proses tidak linear, berkesinambungan. • Bias sering mempengaruhi proses pembuatan keputusan kita. Sesetengah daripada sumber biasa bias dalam proses pembuatan keputusan termasuklah pencarian bukti berpilih, penamatan awal pencarian bukti, kebekuan (Inertia), kebaharuan dan bias pengulangan. • Beberapa ahli teori kognitif percaya bahawa otak manusia dibahagi kepada empat kuadran gaya pemikiran - Analitikal/Logik (Atas Kiri); Organisasi (Bawah Kiri); Emosional/Interpersonal (Bawah Kanan); dan Konseptual/Imaginatif (Atas Kanan). Mempelajari kuadran mana yang Kebanyakan orang ada insurans. Insurans adalah satu bentuk pemindahan risiko, iaitu pihak yang diinsuranskan memindahkan kerugian kontingen kepada pihak yang menginsuranskan untuk satu premium. Adakah dengan memiliki insurans mengurangkan risiko? Bagaimana apabila diinsuranskan untuk sesuatu risiko mempengaruhi pembuatan keputusan berkait dengan risiko tersebut? Bincangkan. AKTIVITI 9.6
  • 19. TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN204 dominan dalam otak anda adalah penting untuk proses pembuatan keputusan. • Untuk membuat keputusan yang berkesan dan tepat, kita perlu mengikut Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti. Pusingan ini mempunyai langkah-langkah bersiri: pencetus; meneroka; menyoal; mengumpul; menganalisis; menginterpretasi; intervensi; menilai dan refleksi. • Ramai pembuat keputusan cenderung mencari lebih banyak maklumat daripada yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Ini mengakibatkan penangguhan dalam pembuatan keputusan. • Terdapat banyak keputusan di sekeliling sesuatu keputusan, banyak keputusan yang dibuat terlebih dahulu membawa kepada keputusan ini dan menjadikannya sesuatu yang boleh direalisasi dan terbatas. Banyak lagi keputusan akan terhasil daripadanya. • Kualiti sesuatu keputusan tidak berkait dengan hasilnya: satu keputusan yang baik adalah keputusan logik yang berasaskan maklumat yang ada dan ia menggambarkan pilihan-pilihan pembuat keputusan. • Semua keputusan melibatkan risiko. Risiko ini mesti dipertimbangkan dan diuruskan bila mana mungkin. Aliran keputusan Bias menyokong-pilihan Bias pengulangan Bias sumber boleh dipercayai Instrumen Otak Dominan Herrmann Kaku Kebaharuan Kualiti keputusan Pembuatan keputusan Pemikiran kumpulan Risiko
  • 20. TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 205 1. Bagaimana anda mendefinisi pembuatan keputusan? 2. Terdapat tiga jenis keputusan asas keputusan sama ada, keputusan yang mana satu dan keputusan kontingen. Bolehkah anda membezakan ketiga- tiganya? 3. Pembuatan keputusan adalah proses tidak linear, berkesinambungan. Apa yang anda faham dengan kenyataan ini? 4. Bias sering mempengaruhi proses pembuatan keputusan kita. Bias ini selalu mengurangkan kebolehan kita untuk membuat keputusan yang tepat atau mempengaruhi keputusan kita ke arah yang tidak idel. Senaraikan dan jelaskan beberapa bentuk biasa bias-bias yang mempengaruhi kebolehan pembuatan keputusan kita. 5. Apakah empat kuadran otak dan apakah ciri-ciri pemikiran yang dimiliki oleh individu yang didominasi oleh setiap satu kuadran ini? 6. Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti dibentuk oleh langkah-langkah bersiri. Senarai dan terangkan dengan ringkas setiap satu langkah ini. Bolehkah anda gambarkan dengan satu contoh bagaimana pusingan pembuatan keputusan berpandukan bukti boleh digunakan untuk menghasilkan kesimpulan? 7. „Keputusan dibuat sebenarnya dalam konteks keputusan-keputusan lain.‰ Apa maksud kenyataan ini kepada anda? 8. Bagaimana anda mendefinisi satu keputusan yang baik? 9. Setiap keputusan melibatkan elemen risiko. Apa yang perlu diberi pertimbangan sebelum anda memasuki situasi bahaya? Bellamy, L., Evans, D. L., Linder, D. E., McNeill, B. W. & Raupp, G. (1994). Team training workbook. Arizona State University. Retrieved August 2008 dari http://www.eas.ase.edu/~asufc/teaminginfo.teamwkbk.pdf. Beyth-Marom, R., Fsichoff, B., Jacobs-Quadrel, M. & Furby, L. (1991). Teaching decision making to adolescents: A critical review. In J. Baron & R. V. Brown (Eds.), Teaching decision making to adolescents, (pp. 19-60). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
  • 21. TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN206 Butler, G. A. (2007). Whole brain thinking. Retrieved August 2008, dari http://holistic-personal-development.com/2007/11/13/whole-brain- thinking/ Dudiy, S. (2005). Use a decision tree analysis to systematically arrive at your smartest choice. Retrieved August 2008, dari http://www.time- management-guide.com/decision-tree.html. Harris, R. (2009). Introduction to decision making. Retrieved December 2011, fari http://www.virtualsalt.com/crebook5.htm. Infinite Innovations Ltd. (2006). Retrieved August 2008, dari www.brainstorming.co.uk. MindTools.com. (2010). Decision making techniques. Retrieved August 2008, dari http://www.mindtools.com/pages/main/newMN_TED.htm. Ministry of Education (New Zealand). (n. a.). The evidence-driven decision making cycle. Retrieved August 2008, dari http://www.tki.org.nz/r/governance/consider/decision-making- cycle_e.php Swinton, L. (n. a.). Kurt LewinÊs force field analysis: Decision making made easy. Retrieved August 2008, dari http://trans4mind.com/counterpoint/swinton4.html Von Winterfeldt, D. & edwards, W. (1986). Decision analysis and behavioral research. New York: Cambridge University Press. Changing Minds. (2011). Theories about decision making. Retrieved dari http://changingminds.org/explanations/theories/a_decision.htm New Zealand Ministry of Education. (2010). The evidence-driven decision making cycle. Retrieved December 2011, dari http://www.tki.org.nz/r/governance/consider/decision-making- cycle_e.php Wikipedia. (2010). Decision making. Retrieved August 2008, dari http://en.wikipedia.org/wiki/Decision_making Butler, G. A. (2007). Whole brain thinking. Retrieved December 2011, dari http://holistic-personal-development.com/2007/11/13/whole-brain- thinking/