SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 35
SKM 3 K1/2017
CC1 – 011 – 3 2012
PENSYARAH: PN NORHAYATI KARNO
OLEH:
SHAMSUL BAGIO
SKMK1170019
Edisi Pertama 2017
Cetakan Pertama Januari 2017
HAKCIPTA TERPELIHARA
shamsuldebagio@yahoo.com
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan
2.0 Definisi
3.0 Komunikasi
4.0 Komunikasi Berkesan
5.0 Halangan Dalam Komunikasi Berkesan
6.0 Halangan Komunikasi Berkesan
6.1 Persekitaran
6.2 Biologikal
6.3 Kosa kata
6.4 Bahasa
6.5 Struktur/Susunan
6.6 Emosi
6.7 Sosial
7.0 Rumusan
8.0 Penutup
9.0 Rujukan
10.0 Lampiran
11.0 Daftar Kata
shamsuldebagio@yahoo.com 2
1.0 Pengenalan
Setiap benda yang benyawa tidak lari daripada fitrah untuk berkomunikasi
antara satu dengan yang lain. Komunikasi atau proses interaksi antara
manusia ataupun setiap makluk yang bernyawa dapat disimpulkan sebagai
satu proses penyampaian maklumat dari satu pihak sebagai penyampai
maklumat atau mesej kepada satu pihak yang lain selaku penerima maklumat
atau mesej berkenaan. Dalam komunikasi terdapat beberapa elemen-elemen
penting yang dapat melengkapkan konsep komunikasi itu sendiri.
Walaubagaimanapun, dalam proses komunikasi juga terdapat banyak
halangan yang menghalang keberkesanan proses komunikasi dan
mengakibatkan maklumat yang ingin disampaikan tersasar maksudnya dari
perkara dasar. Halangan-halangan ini akan meninggalkan beberapa kesan
kepada penyampai maklumat ataupun kepada penerima maklumat tersebut.
Kesan-kesan inilah yang menjadi duri dalam setiap individu dan seterusnya
mengakibatkan pertelingkahan dan pergaduhan sesama sendiri. Masalah-
masalah seperti ini perlu dibendung agar masyarakat kita dapat hidup dalam
keadaan aman dan harmoni terutamanya dalam konteks kehidupan
masyarakat di Malaysia yang mempunyai pelbagai latar belakang agama,
bangsa, budaya, adat kepercayaan, etnik dan sebagainya.
shamsuldebagio@yahoo.com 3
2.0 Definisi
Definisi bagi komunikasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ialah
perhubungan langsung atau tidak langsung dengan perantaraan surat, radio,
telefon dan alat-alat yang boleh digunakan untuk berkomunikasi. Komunikasi
juga bermaksud mengadakan perhubungan seperti berbincang antara satu
sama lain, bercakap-cakap dan bertukar-tukar pendapat antara satu pihak
dengan pihak yang lain.
Komunikasi menurut S.Bernard Rosenblat (1983) ialah sebagai satu proses
pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya. Tujuanb
sesuatu komunikasi dipersembahkan secara peribadi atau umum melalui
simbol atau isyarat.
Manakala Green Berg & Baron (1996) mengatakan komunikasi ialah satu
proses dimana individu, kumpulan atau organisasi yang bertindak sebagai
penyampai menyampaikan maklumat kepada individu, kumpulan atau
organisasi lain yang bertindak sebagai penerima maklumat.
Bagi Guffey and Almonte (2010) komunikasi adalah proses pemindahan
maklumat dan makna dari satu pihak kepada satu pihak lain.
Dari segi bahasa pula, komunikasi berasal dari perkataan Inggeris iaitu
‘comunication’. Perkataan ‘comunication’ berasal dari perkataan Latin iaitu
‘communicare’ yang bermaksud ‘to make common’ iaitu mewujudkan
persamaan. Selain itu komunikasi merupakan proses perkongsian atau
menyampaikan sesuatu pengalaman dengan individu lain. Contohnya seorang
guru berkongsi pengalaman dengan pelajar.
shamsuldebagio@yahoo.com 4
3.0 Komunikasi
Satu proses penyampaian maksud atau mesej oleh individu kepada individu
yang lain melibatkan :
• Proses pembentukan mesej
• Proses penghantaran mesej
• Proses penerimaan mesej
• Proses pentafsiran dan pemberian makna mesej
Dalam diri manusia, komunikasi berlaku dalam setiap perkara rutin iaitu
komunikasi dalam keluarga, komunikasi dalam organisasi dan komunikasi dalam
komuniti. Proses komunikasi antara manusia menjadi lebih kompleks dan
canggih bila terciptanya teknologi-teknologi baru seperti telefon mudah alih,
internet jalur lebar dan satelit yang menjadikan proses penyampaian maklumat
menjadi lebih luas dan menjadikan dunia sekarang tanpa sempadan.
Sebenarnya, alat teknologi komunikasi ialah sebagai pelengkap kepada proses
komunikasi manusia itu sendiri.
Bagaimanapun juga fitrah manusia untuk berhubung secara manusiawi dengan
melibatkan hati, perasaan, jiwa, persahabatan, kasih sayang, benci dan
sebagainya tidak dapat dipisahkan. Justeru itu, selagi wujudnya makhluk yang
bernama manusia, proses komunikasi secara manusiawi tidak akan lupus atau
ditelan zaman. Seperti pepatah melayu, tak lapuk dek hujan tak lekang dek
panas. Jika dilihat dalam prospektif islam, komunikasi secara manusiawi yang
fitrah itu tidak akan terputus di alam mimpi, di alam kubur dan juga di alam
kebangkitan selepas mati.
Suatu komunikasi melibatkan penyampaian idea, sikap dan perasaan atau
pertukaran idea dan maklumat, sikap dan perasaan secara verbal, non-verbal
ataupun menggunakan pelbagai deria manusia kepada manusia lain. Manusia
berkomunikasi kerana ingin mempengaruhi pemahaman orang lain, sikap dan
tindakan pihak lain sama ada mereka bersetuju atau tidak ke atas sesuatu isu.
Komunikasi merupakan proses dua hala yang mana anda bukan hanya
bertindak sebagai penyampai maklumat, malah juga merupakan sasaran kepada
penyampai maklumat yang lain.
shamsuldebagio@yahoo.com 5
shamsuldebagio@yahoo.com 6
4.0 Komunikasi Berkesan
Komunikasi secara berkesan dalam satu kemahiran hubungan kemanusiaan
yang menentukan peranan hubungan manusia dengan wujudnya kelancaran
serta kejelasan idea dan objektif. Menurut French, F (1993) komunikasi
berkesan itu terjadi apabila minda individu itu saling memahami. Dalam erti kata
lain mesej yang disampaikan itu dapat difahami sebagaimana yang dikehendaki
oleh individu berkenaan.
Keberkesanan komunikasi merujuk kepada sumber atau penyampai yang dapat
menyampaikan mesej ataupun maklumat, perutusan, idea atau pengetahuan
kepada penerima mesej dan maklumat tadi dengan baik, tepat dan maksudnya
tanpa menimbulkan keraguan, kekeliruan dan salah faham.
Selain itu, keberkesanan suatu komunikasi dapat dinilai dari pelbagai aspek.
Contohnya penguasaan bahasa yang baik yang mana penyampai dan
penerima mesej ataupun maklumat mampu menguasai atau memahami bahasa
yang sama atau salah satu daripada kedua pihak supaya tidak berlaku salah
faham dalam mentafsir makna kepada mesej atau maklumat yang cuba
disampaikan, saling bersapaan dan megucapkan salam apabila bertemu serta
mengucapkan penghargaan apabila berpisah walaupun kedua pihak
mempunyai latar belakang, sosial, pendidikan, taraf hidup, kepercayaan dan
sebagainya yang berbeza.
Komunikasi berkesan ini mampu mencapai objektif komunikasi sekiranya
penyampai dan penerima mesej atau maklumat mampu mengaplikasikan
prinsip-prinsip komunikasi berkesan, memahami ciri-ciri komunikasi berkesan,
bersikap terbuka, mampu mendengar secara berkesan serta dapat menguasai
kemahiran komunikasi dengan baik dan sebagainya.
Maka dapatlah kita takrifkan komunikasi berkesan sebagai satu komunikasi
yang berhasil mencapai sasaran dengan respon (feedback) yang sesuai
dengan tujuan individu berkomunikasi dengan efektif.
shamsuldebagio@yahoo.com 7
5.0 Halangan Dalam Komunikasi Berkesan
Dalam proses komunikasi, terdapat pelbagai halangan dan rintangan yang
menyebabkan penyampaian maklumat daripada penyampai kepada penerima
berbeza dan ini mengakibatkan berlakunya salah faham antara satu sama lain.
Banyak faktor halangan yang menyebabkan proses komunikasi menjadi tidak
berkesan.
Halangan dalam komunikasi merupakan salah satu sebab mengapa
komunikasi berkesan susah untuk dilaksanakan. Definisi halangan dalam
Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud aral rintangan yang
menghalang sesuatu ataupun gangguan yang menyebabkan matlamat asal
tersasar. Halangan dari segi bahasa juga bermaksud tegahan atau rintangan
dalam menjalankan pekerjaan atau melakukan sesuatu perbuatan.
Halangan dalam komunikasi akan mengakibatkan tercetusnya beberapa
kesan sama ada kepada pengantar atau penerima. Kesan daripada halangan
komunikasi memberi impak yang besar bukan hanya kepada seseorang
individu bahkan juga dalam sesebuah institusi atau organisasi. Secara
rasionalnya, impak ini akan berlarutan kepada masyarakat dalam sesebuah
negara dan seterusnya dapat menjatuhkan imej negara itu sendiri.
Definisi kesan dalam halangan komunikasi ialah tanda baik atau tanda buruk
daripada akibat komunikasi yang tidak berkesan serta kesudahannya kepada
individu, keluarga, masyarakat, organisasi, bangsa, agama dan negara.
shamsuldebagio@yahoo.com 8
6.0 Halangan Komunikasi Berkesan
Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan
komunikasi tersebut kurang berkesan. Antaranya adalah pemahaman yang
berbeza, maklumat yang tidak mencukupi, semantik iaitu keadaan dimana
terdapat perkataan yang berlapis atau berbagai makna (selalunya kiasan),
punca yang diragukan (gosip atau khabar angin), keadaan sekeliling yang
tidak sesuai seperti bising dan sebagainya, leka memikirkan sesuatu, sekatan
emosi (tidak mampu meluahkan apa yang difikirkan), kejadian yang baru
berlaku (trauma), kurang minat dan prasangka.
Antara contoh halangan-halangan dalam komunikasi berkesan ialah :
• Persekitaran
• Biologikal
• Kosakata
• Bahasa
• Susuan atau Struktur
• Emosi
• Sosial
6.1 Halangan Persekitaran
 Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor
turut mempengaruhi keberkesanan proses komunikasi.
 Dalam situasi ini manusia akan mudah rasa tertekan dan tidak
menumpukan kepada apa juga yang ingin disampaikan.
 Komunikasi juga tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam keadaan
persekitaran yang tegang.
 Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada gangguan yang
jelas dalam komunikasi misalnya sewaktu rebut petir dan banjir.
Proses komunikasi sering terjejas kerana medium yang menghantar maklumat
terputus atau terjejas akibat bencana alam. Halangan alam sekitar berkait
rapat dengan masalah persekitaran yang menyebabkan proses komunikasi
tidak efektif.
shamsuldebagio@yaoo.com 9
Halangan-halangan persekitaran sedikit sebanyak memberikan pengaruh dan
kesan buruk kepada berlakunya komunikasi berkesan diantara pendidik atau
pengasuh dengan majikan, komunikasi sesama pekerja seterusnya juga
memberi kesan kepada sistem Pengajaran dan Pembelajaran serta tahap
perkembangan kanak-kanak.
Contohnya pendidik atau pengasuh tidak dapat memaksimakan penyampaian
maklumat kepada kanak-kanak, tidak dapat menerima dengan sepenuhnya
maklumat yang diberikan oleh majikan dan sebaliknya. Maklumat yang
sepatutnya daripada ibubapa akan berubah kepada maklumat tidak tepat
sekiranya pendidik atau pengasuh ataupun pihak TASKA itu sendiri gagal
mengatasi halangan-halangan persekitaran dalam proses menjayakan
komunikasi dua hala yang efektif.
Keadaan TASKA yang tidak kondusif seperti persekitaran yang kotor,
berselerak, sempit dan panas, bekalan letrik tidak ada atau sudah tidak
berfungsi, tempat duduk yang tidak selesa, suasana persekitaran yang
kelihatan berbahaya, suasana yang muram dan suram ataupun tidak cukup
pencahayaan menyebabkan kanak-kanak tidak tenang dan tenteram serta
berasa gelisah. Keadaan ini akan mewujudkan suasana tegang, perasaan tidak
selamat dan terancam dalam hati kanak-kanak. Secara tidak langsung juga
akan memberikan kesan emosi tidak stabil seseorang pendidik atau pengasuh.
Masalah TASKA seumpama ini boleh diatasi dengan mencari tapak kawasan
baru yang sesuai dan mempunyai keluasan yang dapat menampung keperluan
dan keselesaan kanak-kanak. Walaupun TASKA yang beroperasi dalam
bangunan contohnya bangunan pejabat, kompleks membeli-belah, bangunan
kerajaan seperti JPN, LHDN, hospital dan sebagainya menjimatkan masa dan
tenaga kepada ibubapa yang bekerja di dalam bangunan yang sama untuk
menghantar dan melawat anak-anak mereka khususnya ibu-ibu yang masih
melakukan penyusuan susu badan, namun kemungkinan TASKA berkenaan
dibina di atas lot yang tidak mempunyai keluasan yang memenuhi keperluan
dan keselesaan kanak-kanak adalah tinggi.
shamsuldebagio@yahoo.com 10
6.2 Biologikal
Definition of biological:-
 of or relating to biology or to life and living processes
 used in or produced by applied biology
 connected by direct genetic relationship rather than by adoption or marriage
(related by birth)
Maka biologi disimpulkan sebagai kesinambungan daripada cabang biologikal
atau saling kaitan antara satu sama lain.
Secara umumnya biologi merupakan cabang semula jadi sains berkenaan dengan
kajian hidup dan organisma hidup termasuk struktur, fungsi, pertumbuhan, asal-
usul, evolusi, pengedaran, dan taksonomi. Ilmu biologi moden adalah satu bidang
yang luas dan eklektik serta mengandungi banyak bahagian-bahagian kecil, topik,
dan disiplin.
Perkataan biologi berasal dari bahasa Yunani, iaitu dari kata bios dan logos. Bios
bererti hidup dan logos berarti ilmu atau belajar tentang sesuatu. Jadi biologi
adalah ilmu yang mempelajari tentang sesuatu yang hidup serta masalah-
masalah yang menyangkut hidupnya.
6.2.1 Fitrah kejadian manusia mengikut perspektif biologi
Ahli sosiobiologi berpendapat tingkahlaku manusia adalah berasaskan arahan-
arahan gen yang telah berkembang dalam diri manusia melalui proses evolosi.
Menurut teori ini, interaksi yang kompleks antara gen-gen memberi manusia
keupayaan dan kecenderungan untuk membentuk perilaku yang kejam atau
penyayang, bersikap altruistik atau tidak, beragama atau tidak, bergantung
kepada asuhan, pengalaman dan pengaruh budaya yang mencungkil potensi
tersebut dalam himpunan gen dalam diri manusia. Maka, fitrah manusia daripada
perspektif biologi memperlihatkan asas-asas genetik seperti baka dan faktor
persekitaran yang menyumbang kepada pembentukan personaliti dan tingkahlaku
seseorang individu.
shamsuldebagio@yahoo.com 11
Baka mempengaruhi perbezaan individu daripada aspek fizikal seperti warna
rambut, mata, kulit, tinggi, rendah dan kognitif iaitu tahap kecerdasan
seseorang serta emosi yang merujuk kepada temperamen atau tahap
kesabaran dalam menghadapi cabaran.
Faktor persekitaran turut menyumbang kepada perbezaan individu dalam
fitrah kejadian manusia daripada beberapa aspek:-
• latar belakang keluarga contohnya suasana isi rumah yang mesra dan
penuh kasih sayang serta makanan yang berzat dan seimbang
• rakan sebaya yang mana banyak mendorong kepada perkembangan intelek
dan potensi diri seseorang individu
• kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang menyumbang kepada
pembentukan falsafah hidup dan cara hidup yang berbeza
• sumber teknologi menyumbang kepada perbezaan individu yang mana
ianya merujuk kepada maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan
seperti suratkhabar, majalah, televisyen, radio dan internet
• guru dan sekolah memainkan peranan penting dalam melahirkan murid
berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia, menerapkan nilai-nilai moral
yang tinggi dan bertanggungjawap
Baka secara specifiknya merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang
diperturunkan melalui ibubapa kepada anak-anak. Ciri-ciri tersebut
termasuklah saiz fizikal, ketinggian, rambut, warna kulit dan warna mata. Baka
yang diperturunkan adalah melalui gen-gen ibubapa kepada anak-anak
mereka dan boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental seseorang. Baka
yang diwarisi juga akan menentukan had keupayaan seseorang individu
termasuklah kemampuan mental.
Faktor baka atau pengaruh genetik ini dikenali sebagai gen yang terdiri
daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan
neoleoprotein yang terletak di atas lokus kromosom. Ia merupakan benang
halus yang terdapat dalam nukleus sel sperma lelaki dan sel ovum
perempuan.
shamsuldebagio@yahoo.com 12
Menurut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA, RNA dan masing-
masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat setiap individu dan
boleh diperhatikan melalui prestasi dalam kelas. Para psikologi sering
mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibubapa
mereka. Biasanya, ibubapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak
yang juga bijak pandai. Emosi seseorang juga banyak dikuasai daripada
baka ibubapa. Contohnya ibubapa yang mempunyai emosi yang kurang
stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan kanak-kanak yang agresif dan
autokratik.
Mungkin kita pernah melihat situasi dimana sebilangan kanak-kanak telah
memahami konsep atau idea yang cuba disampaikan oleh pendidik atau
pengasuh tetapi sebilangan lagi masih tidak dapat memahami tujuan dan
idea yang cuba disampaikan. Contohnya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran harian. Perbezaan ini juga jelas terlihat bilamana kanak-kanak
menunjukkan respon emosi dan sikap yang berbeza apabila menghadapi
sesuatu kesukaran. Perbezaan lain yang dapat kita lihat adalah seperti
kemampuan menjalankan pelbagai aktiviti, kemampuan mengingati dengan
tepat serta mengaitkan idea-idea dan mengaplikasi secara kreatif dalam
situasi lain.
Perbezaan juga dapat dilihat daripada segi jantina, budaya dan bangsa.
Kanak-kanak lelaki mempunyai sikap dan tingkahlaku berbeza berbanding
dengan kanak-kanak perempuan. Mereka daripada kaum-kaum tertentu juga
menunjukkan ciri-ciri tingkahlaku berbeza dengan kaum yang lain. Contohnya
kanak-kanak berbangsa melayu, cina, india, orang asli, serta suku kaum
tempatan yang terdapat di sabah dan sarawak.
Perbezaan individu kanak-kanak adalah cara-cara bagaimana individu kanak-
kanak yang berada pada tahap umur yang sama bebeza anatara satu sama
lain. Perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza mengikut kematangan
dan pengalaman pembelajaran kanak-kanak tersebut.
shamsuldebagio@yahoo.com 13
Kematangan bermaksud perkembangan ciri-ciri yang sedia ada dalam individu
yang diperturunkan oleh gen masing-masing (Hurlock, 1978). Misalnya
kebolehan merangkak, berdiri, berjalan dan berlari.
Kebanyakan ahli teoris percaya bahawa perbezaan individu adalah hasil
interaksi antara baka dan pengalaman peribadi. Faktor baka dikatakan
menyumbang antara 20% - 60% kepelbagaian populasi. Hasil kajian Sir
Francis Galton menyokong bahawa trait-trait mental ditentukan oleh genetik.
Contoh lain yang kita sering melihat antaranya kecacatan fizikal seperti
sumbing, bisu, pekak, sengau dan sebagainya. Kecacatan mental seperti
mempunyai tahap IQ yang rendah, sindrom, proses penerimaan sesuatu
maklumat sangat lembap dan sebagainya.
Maka dapat disimpulkan bahawa proses komunikasi secara verbal dan non
verbal berlaku kepada setiap individu sejak bayi lagi. Faktor baka dan
perbezaan setiap individu banyak menyumbang kepada halangan komunikasi
secara berkesan. Kadar perkembangan kanak-kanak adalah berbeza bagi
setiap individu. Kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar
sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai
peringkat usia perkembangan tersebut (Arnold Gesell).
shamsuldebagio@yahoo.com 14
6.3 Kosakata
Menurut Soedjito (2009 m/s 24) kosakata atau perbendaharaan kata diertikan
sebagai:
 Semua kata yang terdapat dalam suatu bahasa
 Kekayaan kata yang dimiliki oleh seorang pembicara atau penulis
 Kata yang dipakai dalam suatu bidang ilmu pengetahuan
 Daftar kata yang disusun seperti kamus serta penjelasan secara
singkat dan praktis
Sedangkan kosakata yang diungkapkan oleh Richards, Platt dan Webber
(1985) merupakan satu set leksem yang meliputi kata tunggal, kata majmuk
dan idiom.
Sementara itu Rebecca M. Valette (1977) mengemukakan bahawa kosakata
adalah kata atau kelompok kata yang memiliki makna tertentu. Dari penjelasan
di atas dapat disimpulkan bahawa kosakata merupakan kata-kata yang
memiliki suatu erti yang dimiliki oleh manusia untuk digunakan dalam
berbahasa dan berkomunikasi.
Strategi komunikasi merupakan cara tertentu yang digunakan oleh penutur
bahasa, khususnya penutur bahasa kedua untuk meneruskan pertuturan
dalam usaha mencapai tujuan komunikatif. Strategi digunakan seandainya
penutur menghadapi halangan komunkasi, umpamanya tidak mengetahui atau
mengingati kosa kata yang sesuai atau yang sepatutnya digunakan dalam
penyusunan ayat atau konteks pertuturan ketika itu.
Dalam keadaan ini penutur menggunakan cara tertentu untuk mengatasi
halangan yang dimaksudkan, misalnya menggantikan kosakata yang tidak
diingati dengan kosakata lain yang hampir maknanya dengan kosakata asal.
Penggantian ini mungkin memenuhi kehendak sasaran. Namun demikian
seringkali penggunaan strategi komunikasi menghasilkan bentuk bahasa yang
salah atau silap.
shamsuldebagio@yahoo.com 15
Kesalahan atau kesilapan (error) bahasa bermaksud bentuk yang tidak
menepati norma bahasa atau bahasa sasaran. Kesilapan boleh berlaku
kepada semua aspek pertuturan, dari aspek sebutan sehinggalah ke aspek
makna.
Maka dapat kita ketahui bahawa penggunaan kosakata yang tidak sesuai
ataupun penutur kekurangan kosakata dalam pertuturan akan menyebabkan
tujuan atau matlamat dalam sesuatu komunikasi berkesan gagal.
Dalam situasi pendidik atau pengasuh khususnya akan menghadapi
kesukaran dalam mengasuh kanak-kanak lantaran tahap penguasaan
kosakata adalah tidak maksimum. Kanak-kanak secara tidak langsung akan
menggunapakai bahasa atau pertuturan yang diungkapan oleh pendidik atau
pengasuh walaupun pemahaman kepada makna kosakata itu adalah salah.
Pendidik atau pengasuh mengalami kesukaran dalam menyampaikan mesej
atau maklumat secara jelas dan tepat kepada penerima mesej akibat
kekurangan kosakata dalam penyusunan sesuatu ayat. Contohnya majikan
ataupun ibubapa kepada kanak-kanak.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat aktiviti yang dijalankan
oleh pendidik atau pengasuh yang mana memerlukan kemahiran komunikasi
kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak dikehendaki bercerita tentang
“Keluarga Saya”. Disebabkan kurangnya kosakata ataupun perbendaharaan
kata maka kanak-kanak tersebut gagal menyusun ayat dengan betul dan
menceritakan sebuah cerita tentang “Keluarga Saya” dengan sempurna. Ini
mungkin kerana kanak-kanak kurang didedahkan kepada kemahiran
perbualan ataupun terdapat ibubapa yang bersikap terlalu “over protected” dan
mengehadkan lingkungan sosial anak-anak sedangkan di rumah ibubapa juga
gagal dalam menyumbang kepada peningkatan tahap perkembangan bahasa
mereka. Pada usia kanak-kanak 3 hingga 4 tahun biasanya mengetahui lebih
banyak perkataan dan berkeupayaan mengawal dan memahami isi
kandungan suatu perbualan dengan orang lain. Contohnya kanak-kanak saling
menceritakan tentang alat permainan yang ada di rumah masing-masing.
shamsuldebagio@yahoo.com 16
6.4 Bahasa
Bahasa adalah satu bentuk komunikasi samada verbal atau non verbal. Bahasa
mengandungi perkataan-perkataan yang digunakan oleh sesebuah komuniti
dengan peraturan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang tertentu.
Perbezaan asal usul dan keturunan juga menyebabkan bahasa menjadi salah
satu halangan komunikasi berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas, tahap
bahasa yang berbeza-beza, panjang ayat yang digunakan, kefasihan sebutan,
kelancaran perkataan yang digunakan dan nada suara. Kadang kala penggunaan
bahasa yang tidak jelas seperti menggunakan perkataan yang susah disebut dan
difahami juga menjadi penyebab maklumat yang ingin disampaikan tidak tepat.
Sesuatu perkataan mungkin membawa erti yang berbeza antara individu dengan
individu yang lain mengikut interpretasi masing-masing ataupun bergantung
kepada cara pemahaman atau penilaian seseorang individu. Ini disebabkan kita
kebanyakannya datang dari pelbagai latar belakang dan tempat. Suatu perkataan
itu juga boleh membawa kepada banyak makna. Kesukaran dalam memilih
perkataan yang betul semasa mengucapkan ataupun menulis
sesuatu menyebabkan proses komunikasi kurang berkesan.
Di samping itu, istilah yang berbeza-beza juga menjadi punca halangan untuk
menyampaikan sesuatu mesej. Terdapat istilah-istilah yang bunyinya sama tetapi
membawa maksud yang jauh berbeza. Sebagai contoh, di Kedah ‘gerek’
membawa maksud basikal namun di Sarawak ‘gerek’ membawa maksud teman
lelaki atau teman wanita. Perkara ini mampu mencetus salah faham jika perkara
lain yang mahu disampaikan oleh penutur namun membawa maksud yang lain
kepada penerima.
Seorang pemberi maklumat perlu mengambil kira latar belakang mengenai
penerima maklumat yang hendak disampaikannya. Dalam erti kata lain, penutur
perlu tahu tahap penerima maklumat sama ada penerima maklumat ini terdiri
dikalangan kanak-kanak, remaja atau orang dewasa mahupun orang-orang tua.
shamsuldebagio@yahoo.com 17
Dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai mengikut umur, para
penerima maklumat dapat memahami mesej yang hendak disampaikan oleh
penutur. Dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami, para
pendengar akan berasa seronok kerana mereka faham dengan penyampaian
isi kandungan penutur. Dengan ini, komunikasi yang berkesan akan berlaku
kerana berlaku hubungan dua hala yang aktif dan positif antara pemberi dan
penerima mesej.
Berk 2001, perkembangan bahasa memudahkan proses pengajaran dan
ianya berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Bagi Santrock
2007 pula dengan meningkatnya perkembangan bahasa, ia akan
memudahkan pelajar mempelajari konsep-konsep abstrak. Selain itu,
kemahiran bahasa juga menjadi alat kepada perkembangan kendiri dan sosial
kanak-kanak.
Dalam perkembangan awal kanak-kanak, memahami perkembangan bahasa
adalah penting kerana bahasa merupakan pemangkin kepada perkembangan
kanak-kanak itu sendiri. Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa
dan rakan sebaya, mereka membina kefahaman dan idea-idea tentang
perkara-perkara yang berlaku di persekitaran mereka.
Perbezaan bahasa khususnya pendidik atau pengasuh yang berbahasa asing
contohnya pengasuh indonesia, akan menyukarkan proses penyampaian
maklumat kepada kanak-kanak. Pendidik atau pengasuh juga menghadapi
kesukaran dalam berkomunikasi dengan majikan, rakan sekerja dan
terutamanya ibu bapa kanak-kanak. Pihak penerima mesej atau maklumat
mungkin menghadapi kesukaran dalam mentafsir makna mesej yang cuba
disampaikan.
shamsuldebagio@yahoo.com 18
Terdapat juga TASKA yang menerima masuk kanak-kanak dari keluarga yang
berbahasa selain bahasa melayu khususnya TASKA swasta atau lebih dikenali
sebagai Kindergarten. Contohnya bangsa cina, india, bahkan dari luar negara
seperti Indonesia, Korea, Africa dan lain-lain. Ibu bapa warga asing ini yang
mungkin menetap di Malaysia atas urusan kerja dan sebagainya, mengunakan
khidmat TASKA tersebut untuk menjaga, mengasuh dan membimbing anak-
anak mereka. Perbezaan taraf hidup, sosial, agama, budaya dan sebagainya
memberikan kesukaran kepada kanak-kanak untuk beradaptasi dengan
keadaan dan suasana persekitaran yang asing serta individu-individu yang
berada disekeliling. Kajian yang dijalankan di sebuah TASKA cawangan
Cyberjaya dibawah kelolaan Pucuk Emas Sdn Bhd, yang mana menerima
masuk kanak-kanak berbangsa india yang berasal dari India yang hanya tahu
berbahasa Inggeris terbatas dalam kebanyakan aktiviti yang dilakukan
bersama kanak-kanak lain yang berbahasa melayu. Kanak-kanak ini lebih
suka bermain sendiri dan hanya menjawab dengan sepatah apabila diajukan
soalan. Perbezaan bahasa menyebabkan kurangnya keyakinan diri untuk
bergaul dengan rakan sebaya.
TASKA seumpama ini haruslah memiliki ciri atau polisi yang bersesuaian dan
menepati keperluan dan keselesaan kanak-kanak berbahasa selain bahasa
melayu atau bangsa asing. Contohnya TASKA berkenaan boleh mengupah
pendidik atau pengasuh dari bangsa atau kaum lain tetapi dengan syarat
menguasai kemahiran berbahasa melayu dengan baik sebagai antara
kelayakan utama pengambilan pekerja seiring dengan hasrat kerajaan dalam
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
shamsuldebagio@yahoo.com 19
6.5 Struktur / Susunan
Struktur adalah susunan komponen-komponen yang saling berkaitan di dalam
sebuah sistem. Struktur rangkaian komunikasi organisasi merupakan suatu
struktur saluran dimana maklumat melaluinya dari seorang individu ke individu
lain. Rangkaian tersebut mangandung aliran maklumat dan ia mencerminkan
interaksi formal dan tidak formal antara anggota organisasi. Struktur
komunikasi saling berkait rapat kepada herarki atau susunan jawatan, tugas,
pencapaian, kepentingan dan sebagainya dalam sesebuah organisasi,
perbadanan, pertubuhan atau suatu lingkungan sosial.
Struktur organisasi adalah satu susunan komponen-komponen atau unit-unit
kerja dalam sebuah organisasi. Struktur organisasi menunjukan bahawa
adanya pembahagian kerja dan fungsi atau kegiatan-kegiatan berbeza yang
diselaraskan. Dan selain itu struktur organisasi juga menunjukkan mengenai
pakar-pakar dari pekerjaan, saluran arahan mahupun penyampaian laporan.
Struktur sosial secara umum adalah kumpulan individu dengan corak
perilaku yang pelbagai. Struktur sosial juga boleh diertikan sebagai sebuah
bangunan sosial yang tersusun atas berbagai unsur pembentuk masyarakat.
Kata struktur berasal dari sebuah kata bahasa latin “structum” yang bererti
menyusun atau membangun. Oleh karena itu, struktur dapatlah diertikan
sebagai susunan terhadap sesuatu yang memiliki dasar, bahagian, ataupun
unsur-unsur tertentu yang membentuk
suatu susunan.
Contoh struktur sebuah organisasi
shamsuldebagio@yahoo.com 20
Fungsi atau kegunaan struktur dalam sebuah organisasi:-
6.5.1 Tanggungjawap
Memberikan gambaran tanggungjawap setiap anggota terhadap pimpinan
atau pihak atasan yang telah memberikan kuasa yang harus
dipertanggungjawapkan
6.5.2 Kedudukan
Menjelaskan kedudukan seseorang dalam struktur organisasi sehingga mudah
melakukan penyelarasan disetiap bahagian dan fungsi orang yang
dipercayakan dalam suatu organisasi.
6.5.3 Hubungan
Menunjukkan hubungan antara bahagian dan kedudukan atau jawatan dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawap. Penyelesaian suatu pekerjaan akan
menjadi semakin lebih efektif dan dapat saling memberikan keuntungan.
6.5.4 Pembahagian tugas
Menghuraikan pembahagian kerja dan membantu pihak atasan atau pimpinan
untuk dapat melakukan pengawasan dan pengendalian, dan juga bagi pekerja
akan dapat lebih menumpukan perhatian dalam melaksanakan suatu tugas
atau pekerjaan kerana pembahagian tugas yang jelas.
Maka dapatlah kita mentafsirkan struktur adalah suatu susunan atau
hubungan antara komponen, bahagian-bahagian dan posisi dalam sebuah
organisasi mempunyai saling ketergantungan. Satu komponen yang baik akan
berpengaruh kepada komponen yang lain dan juga kepada organisasi
tersebut.
shamsuldebagio@yahoo.com 21
Apabila seseorang memegang jawatan yang lebih tinggi kemungkinan besar
wujudnya masalah komunikasi. Contohnya pihak atasan memaklumkan
maklumat tentang meningkatkan produktiviti subordinat jadi maklumat yang
diperolehi oleh pihak bawahan semakin kurang kerana terpaksa melalui
beberapa tahap dalam organisasi tersebut.
Komunikasi antara sesama pekerja dalam suatu organisasi atau lebih
dikenali sebagai komunikasi informal juga antara halangan kenapa suatu
komunikasi berkesan itu tidak berjaya. Komunikasi informal (the grapevine)
biasanya disebarluaskan melalui desas-desus atau khabar angin dari mulut
ke mulut, dari satu orang ke satu orang yang lain dalam suatu organisasi
dimana ketepatan atau kesahihan maklumat berkenaan diragukan.
Struktur sesebuah TASKA adalah merupakan carta organisasi para pekerja
termasuklah majikan. Kegagalan dalam memahami fungsi tanggungjawap,
tugas, hubungan, dan kedudukan dalam organisasi akan menimbulkan
pelbagai masalah dan salah faham kepada keseluruhan sistem organisasi
ini.
Contohnya pekerja am tidak memahami tanggungjawap dan tugasnya
dalam organisasi menyebabkannya tidak dapat menjalankan tugas dengan
baik sesuai dengan skop pekerjaan sebagai seorang pekerja am.
Komunikasi tidak berlaku diantara majikan, pekerja am dan juga struktur
organisasi dalam memperjelaskan huraian-huraian tugas dan
tanggungjawap setiap individu. Kegagalan sistem ini juga mungkin boleh
melahirkan pekerja yang tidak menghormati majikan dan rakan sekerja
ataupun sambil lewa dalam menjalankan tanggungjawap dan tugas harian
mereka.
shamsuldebagio@yahoo.com 22
Carta organisasi atau struktur jawatan juga dapat membantu majikan dalam
mengenalpasti orang-orang penting dalam organisasi, bahagian-bahagian,
pekerja am dan sebagainya. Struktur ini juga memudahkan kakitangan
sesebuah organisasi mengenali siapa majikan dan orang-orang yang
berkepentingan dan berkaitan. Ini mungkin mengakibatkan perlanggaran
komunikasi, kesilapan penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tindakbalas
atau reaksi dikalangan kakitangan dalam organisasi tersebut. Contohnya
dalam sebuah organisasi yang besar dan menpunyai cawangan di pelbagai
tempat seperti Pucuk Emas Sdn Bhd adalah sukar untuk setiap pekerja
mengenali majikan syarikat secara peribadi dan sebaliknya. Hal sedemikian
akan menimbulkan emosi yang tidak stabil dan persepsi negatif seperti
kurang penghargaan, penghormatan dan sebagainya kepada individu yang
terlibat.
Carta Organisasi
_______________
Contoh Carta Organisasi Pucuk Emas Sdn Bhd
shamsuldebagio@yahoo.com 23
6.6 Emosi
Emosi boleh didefinisikan sebagai satu perasaan afektif yang dialami oleh
seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada
dirinya. Emosi merupakan tindakbalas subjektif berasaskan perasaan yang
mempengaruhi tindaktanduk seseorang individu. Individu akan mempamerkan
emosinya melalui expresi wajah, badan, sikap dan tindakan.
Emosi datang dalam berbagai bentuk seperti gembira, sedih, takut, marah dan
sebagainya. Tahap emosi juga pelbagai dan secara kasarnya emosi dapat
dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja, girang dan emosi
negatif seperti marah, sedih, kecewa dan sebagainya.
Sikap dan emosi seseorang individu mempengaruhi
proses komunikasi. Seseorang yang murung dan
bersifat negatif tidak dapat menyampaikan mesej
yang baik kepada orang lain. Sebaliknya individu yang ceria dan cergas
mampu memberi pengucapan yang baik dan mempengaruhi orang di
sekelilingnya untuk menjalani hidup dengan ceria, aktif dan bersikap positif.
Pengawalan emosi dan tanggapan negatif adalah penting dalam mengatasi
halangan komunikasi kerana kewujudan kedua-dua ini boleh menghilangkan
minat pendengar dan juga penghantar itu sendiri. Jika penghantar itu
beranggapan bahawa pendengar itu tidak mendengar mesej atau maklumat
yang diberinya, maka akan wujud suasana yang tidak menyenangkan di dalam
interaksi itu nanti. Begitu juga apabila pendengar itu menganggap bahawa
maklumat yang disampaikan itu tidak penting dan tidak berguna, maka
pendengar tersebut akan menunjukkan sikap acuh tak acuh dan juga sikap
yang tidak menyenangkan.
shamsuldebagio@yahoo.com 24
Ketika komunikasi berlaku, emosi negatif boleh menjejaskan isi kandungan
maklumat. Maka kedua-dua pihak yakni penyampai dan juga penerima mesej
atau maklumat hendaklah banyak bersabar dan mengawal perasaan. Untuk
mengelakkan masalah masa dan yang berkaitan dengannya, penyampai
hendaklah bijak mencari masa yang sesuai.
Penyampai dan penerima mesej atau maklumat hendaklah mengelak
perkataan yang boleh menyinggung perasaan antara satu sama lain.
Perbuatan ini boleh mengelakkan sebarang kelakuan atau pertuturan yang
boleh mengeruhkan hubungan masing-masing lalu tidak mencapai matlamat
komunikasi berkesan.
Perkembangan emosi berlaku kepada setiap manusia sejak peringkat bayi,
awal kanak-kanak, remaja sehingalah dewasa. Pengalaman-pengalaman
emosi yang dilalui pada setiap peringkat banyak mempengaruhi teknik
komunikasi setiap individu. Contohnya:- emosi utama yang timbul sejak bayi
seperti gembira, marah, sedih, takut, benci, berminat dan emosi kesedaran
kendiri pada awal perkembangan kanak-kanak yang tercetus oleh sebab-
sebab tertentu seperti perasaan empati, cemburu, malu, bangga dan rasa
bersalah.
Alam remaja terdedah kepada pergolakan emosi. Ketidakstabilan emosi sering
meningkat di peringkat usia remaja. Perasaan menunjukkan kegembiraan
boleh saja bertukar menjadi ‘moody’ pada waktu yang sama. Remaja selalu
merajuk dan tidak tahu bagaimana untuk meluahkan emosi mereka.
Pada peringkat dewasa, emosi seseorang individu menjadi lebih stabil dan
lebih berkupayaan untuk mengawal kestabilan emosi mereka. Individu pada
peringkat ini biasanya mula melangkah ke alam pekerjaan yang mana skop
komunikasi bertambah luas dan halangan serta cabaran komunikasi semakin
bertambah kompleks.
shamsuldebagio@yahoo.com 25
Pendidik atau pengasuh yang pergi bekerja dengan emosi yang tidak stabil,
dalam keadaan marah dan sebagainya mungkin disebabkan berlakunya suatu
kejadian di luar atau di rumah dan lain-lain akan memberikan impak dan kesan
buruk kepada persekitaran dan kanak-kanak. Kanak-kanak yang akan menjadi
mangsa pelepasan emosi. Seterusnya menyebabkan komunikasi dengan
persekitaran menjadi tidak sihat dan tidak mencapai tahap komunikasi
berkesan yang memuaskan.
Selain itu, emosi tidak stabil boleh menyebabkan pendidik atau pengasuh lalai
kepada tanggungjawap utama mereka terhadap kanak-kanak. Contohnya
pendidik atau pengasuh menerima masuk kanak-kanak yang tidak sihat, gagal
melakukan pemeriksaan fizikal dan kesihatan kanak-kanak, melakukan kerja
dengan tidak berhati-hati yang mana boleh menyebabkan kemalangan kepada
kanak-kanak dan sebagainya. Keadaan ini akan memberikan ruang kepada
ibubapa atau penjaga kanak-kanak untuk menyalahkan pihak TASKA
sekaligus memberikan kesan buruk dan mencemarkan nama baik sesebuah
TASKA.
shamsuldebagio@yahoo.com 26
6.7 Sosial
Secara umumnya sosial ditakrifkan sebagai merujuk pada hubungan-
hubungan manusia dalam kemasyarakatan, hubungan antara manusia,
hubungan manusia dengan kelompok serta hubungan
manusia dengan organisasi untuk mengembangkan diri
seseorang individu.
Peter Herman mengatakan ilmu sosial merupakan
pelajaran berharga mengenai perbezaan namun tetap
menjadi kesatuan. Yang bererti adalah manusia hidup
di muka bumi ini dikurniakan akal fikiran yang tentu
berbeza-beza bergantung individu.
Menurut Gross pula ilmu sosial merupakan ilmu yang mempelajari tentang
manusia yang merupakan bahagian dari suatu anggota masyarakat atau pada
kelompok tertentu atau bahkan suatu kelompok masyarakat yang ia bentuk
sendiri. Dalam hal ini manusia tidak hanya berinteraksi saja namun manusia
juga akan mendapatkan pelajaran hidup seperti konflik yang kecil hingga
peperangan antara kelompok manusia.
Akan tetapi pada prinsipnya adalah sama, semua manusia adalah makhluk
sosial yang memerlukan manusia lain untuk saling berinteraksi satu dengan
lainnya. Setiap manusia tidak ada yang benar-benar mampu hidup seorang
diri tanpa bantuan manusia lain untuk melangsungkan kehidupannya setiap
hari.
Halangan yang disebabkan oleh faktor sosial seperti perbezaan umur, jantina,
budaya, negara, bahasa, taraf pendidikan yang mungkin akan menyebabkan
salah faham berlaku. Contohnya seorang pemuda India bercakap dengan
seorang tua berbangsa Cina, mereka mempunyai halangan bahasa, umur,
taraf hidup dan latar belakang kehidupan.
shamsuldebagio@yahoo.com 27
Perbezaan sosial ini juga memberi kesan buruk kepada komunikasi dua hala
kedua belah pihak. Contohnya pemberi maklumat adalah seorang peguam,
doktor, saintis dan sebagainya menghadapi kesukaran memperjelaskan
maksud dan tujuan sesuatu mesej atau maklumat kepada seorang individu
lain yang berlainan bidang dan kepakaran contohnya seorang petani atau
nelayan. Mesej atau maklumat tadi menjadi tidak tepat dan tersasar jauh dari
maksud asal serta tidak mencapai objektif komunikasi berkesan. Ini
disebabkan tahap kemampuan petani atau nelayan tadi dalam memahami
makna dan mentafsir maklumat yang tidak berkaitan dengan latar belakang
dan lingkungan kehidupan sosial seorang petani atau nelayan serta ketiadaan
ilmu mengenai bidang dan kehidupan sosial pihak pemberi maklumat.
Dalam pendidikan awal kanak-kanak, pembentukan sosial adalah antara
perkara yang harus diberikan perhatian oleh ibubapa dan juga pendidik atau
pengasuh. Kesedaran kendiri, rasa rendah diri, pembentukan kepercayaan,
nilai, budaya, adat serta tradisi mulai membentuk sikap dan peribadi seorang
kanak-kanak. Sikap tidak cenderung kanak-kanak terhadap prinsip-prinsip ini
menghalang dan menutup secara langsung dan tidak langsung
kebolehupayaan kanak-kanak dalam berkomunikasi yang mana proses
komunikasi secara berkesan tidak akan mampu mencapai objektifnya. Sikap
ibubapa yang tidak peka dengan perkembangan anak-anak dan memberikan
contoh yang tidak sihat seperti tidak bersilaturahim dengan jiran tetangga dan
sebagainya. Kanak-kanak ini tidak menghiraukan keadaan persekitaran
sebagaimana ibubapa mereka atau atas sebap didikan ibubapa terhadap
kanak-kanak ini menyebabkan kehidupan sosial mereka tidak berkembang
secara positif. Hal ini juga akan membentuk kanak-kanak yang tidak
berkeyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai.
Kanak-kanak tidak akan mampu bersosial dengan terbuka yang mana
menghalang perkembangan kanak-kanak untuk berkomunikasi. Kerana tidak
didedahkan dengan prinsip-prinsip serta ciri-ciri komunikasi berkesan maka
kanak-kanak tidak mampu menyampaikan sesuatu komunikasi dengan jelas
dan tepat.
shamsuldebagio@yahoo.com 28
7.0 Rumusan
Setelah mengenalpasti halangan-halangan yang boleh merencat komunikasi
berkesan, penghantar maklumat perlulah memahami isi kandungan maklumat
sebaik mungkin dan memilih media dan saluran yang terbaik untuk
menyebarkannya. Manakala penerima maklumat perlulah berusaha untuk
menjadi pendengar yang baik.
Apa yang boleh dirumuskan adalah proses komunikasi merupakan satu proses
pertukaran maklumat antara dua atau lebih manusia. Halangan yang
menjejaskan proses komunikasi ini dapat dikurangkan sekiranya penyampai dan
penerima maklumat memahami peranan dan tugas masing-masing dalam
mendapatkan proses komunikasi yang efektif.
Dengan memastikan prinsip-prinsip komunikasi iaitu jelas, ringkas, tepat,
lengkap dan sopan dipatuhi akan membolehkan komunikasi mencapai matlamat
yang diinginkan. Segala halangan dan kelemahan dalam mencapai komunikasi
efektif perlu diberi perhatian dan diperbaiki bagi meningkatkan kepentingan
komunikasi dalam kehidupan seharian.
Justeru itu, halangan dalam komunikasi perlulah diselesaikan dengan beberapa
kaedah yang boleh mengatasinya agar prinsip-prinsip komunikasi berkesan
mencapai matlamatnya. Definisi bagi kaedah ialah cara atau peraturan untuk
membuat sesuatu perkara terutamanya bersistem atau biasa sama ada ke arah
kebaikan atau keburukan. Halangan dan rintangan dalam komunikasi perlu
diatasi dengan kaedah-kaedah yang betul agar proses komunikasi menjadi
berkesan.
Dalam tujuan merealisasikan kaedah-kaedah mengatasi halangan-halangan
komunikasi berkesan ini mencapai kepada satu tahap sempurna, maka
sebarang komunikasi haruslah mendapat kerjasama dan respon yang tepat
daripada semua pihak yang terlibat seiring dengan bagaimana berlakunya
sesuatu proses komunikasi itu.
shamsuldebagio@yahoo.com 29
8.0 Penutup
Halangan dalam komunikasi merupakan salah satu sebab mengapa
komunikasi berkesan susah untuk dilaksanakan. Ini merupakan hal biasa yang
sering berlaku dalam mana-mana proses komunikasi samada secara verbal,
non-verbal ataupun menggunapakai pelbagai deria manusia.
Sekiranya salah satu proses penyampaian maklumat ini terjejas, sama ada
penyampai maklumat gagal menghadapi halangan-halangan dalam proses
penyampaian maklumat atau pihak penerima maklumat ini gagal mentafsir
makna kepada mesej atau maklumat yang sedang disampaikan, maka
komuikasi tidak akan berjaya mencapai matlamat sebenar sesuatu maklumat.
Untuk mencapainya kita perlu mengaplikasikan prinsip-prinsip komunikasi
berkesan, memahami ciri-ciri komunikasi berkesan dan menguasai kemahiran
komunikasi secara berkesan. Sekiranya kita boleh menguasainya dan
mempraktikannya, ia akan membantu kita mencapai kecemerlangan dan
potensi tertinggi diri. Sekiranya kita mengimpikan kehidupan sebagai seorang
yang cekap, berkesan dan berpengaruh di dunia ini kita perlulah
memperlengkapkan diri kita sendiri dengan kemahiran berkomunikasi
secara berkesan.
shamsuldebagio@yahoo.com 30
9.0 Sumber Rujukan
SUMBER INTERNET
Angriani. (2008). UBK KKT Halangan Komunikasi . Retrieved September 2010, from Unit
Bimbingan kaunseling Kolej Komuniti Tawau:
http://angrianiworld.com/ubk/index.php?option=com_content&task=view&id=77&Itemid=70
Halangan komunikasi berkesan. (n.d.). Retrieved Ogos 2010, from
http://www.scribd.com/doc/19188764/halangan-komunikasi-berkesan
YEOP, R. (n.d.). Komunikasi Berkesan. Retrieved Ogos 2010, from Institut Tadbiran Awam
Negara: http://www.ciast.gov.my/bm/images/Nota/komunikasi%20berkesan.pdf
http://documents.tips/documents/assngmnt-komunikasi-berkesan.html#
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=definisi
http://www.pengertianku.net/2015/06/pengertian-struktur-organisasi-dan-fungsinya.html
http://pengayaan.com/pengertian-struktur-sosial/
http://teachersyafa.blogspot.my/2012/11/komunikasi-takrif-jenis-ciri-halangan.html
http://www.anneahira.com/pengertian-sosial.htm
pucukemas.edu.my
SUMBER BUKU
Soedjito. (1992). Kosakata Bahasa Indonesia. Jakarta: diterbitkan oleh PT Gramedia
Pustaka Utama, ISBN:9794032875
Richards, J., Platt, J. & Weber, H. (1985). Longman Dictionary of Applied Linguistics.
London: Longman. ISBN-10: 0582557089
Valette, R. (1977). Modern Language testing. Second edition. San Diego, CA: Harcourt
Brace Jovanovich. ISBN 10: 0155619268 / ISBN 13: 9780155619265
Perkembangan kanak-kanak edisi ke-2 (2009) by Haliza Hamzah & Joy N. Samuel
terbitan oleh Kumpulan Budiman SDN BHD ISBN: 983 834 171 4
Yaacob, H. F. (2001). Komunikasi antara Manusia. Johor Bahru: Penerbit UTM.
ISBN: 983-52-0262-0
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) by Hajah Noresah Bt. Baharom terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka ISBN: 978-983-62-8339-9
shamsuldebagio@yahoo.com 31
10.0 Lampiran
Author: Drs. Soedjito
Title: Kosa Kata Bahasa Indonesia (Buku
Pelengkap Mata Pelajaran Bahasa dan Sastra
Indonesia untuk SMA)
ISBN: 9794032875 (ISBN-13: 9789794032879)
Publishing Com: PT Gramedia Pustaka Utama
Place: Jakarta
Edition: cetakan ketiga 1992
Language: Indonesian
Pages: 149 pages
Editor: Jack C. Richards
Title: Longman Dictionary of Applied Linguistics
ISBN-10: 0582557089 (ISBN-13: 978-0582557086)
Publisher: Longman
Place: London
Edition: 1st ed edition (Dec. 1985)
Language: English
Paperback: 336 pages
shamsuldebagio@yahoo.com
32
Lampiran
Author: Rebecca M. Valette
Title: Modern Language Testing
ISBN 10: 0155619268 (ISBN 13: 9780155619265)
Publisher: Harcourt Brace Jovanovich
Place: San Diego, CA
Edition: Second edition 1977
Language: English
Pages:
Author: Haliza Hamzah & Joy N. Samuel
Title: Perkembangan Kanak-Kanak (untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan
ISBN: 983 834 171 4
Publisher: Kumpulan Budiman Sdn Bhd
Place: Subang Jaya, Selangor MY
Edition: Edisi kedua (2009)
Pages: 180 muka surat (termasuk kulit)
shamsuldebagio@yahoo.com 33
Lampiran
Author: Dr Hashim Fauzy Yaacob
Title: Komunikasi Antara Manusia
ISBN: 983 52 0262 0
Publisher: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Press
Place: Skudai Johor Bahru, Johor MY
Edition: 2001
Language: Bahasa Melayu
Pages: 356 muka surat
Author: Hajah Noresah Bt Baharom
Title: Kamus Dewan
ISBN: 978-983-62-8339-9
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Place: Kuala Lumpur MY
Edition: Edisi Keempat (cetakan pertama 2005)
Language: Bahasa Melayu
Pages: 1817 halaman
shamsuldebagio@yahoo.com 34
11.0 Daftar Kata
A ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Afektif -
Agresif
Altruistik
Autokratik
B ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Biologi
Biologikal
C ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
D ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dialek
DNA
E ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Efektif
Eklektif
Error
F ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
G ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gen
Genetik
Gerek
Gerek
H ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
I ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Idiom
Impak
Implementasi
Interpretasi
IQ
J ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JPN
K --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kata Majmuk
Kata Tunggal
Kindergarten
Kognitif
Komunikasi Informal
Komunikatif
Kondusif
Kosakata
Kromosom
L ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Laras
Leksem
LHDN
shamsuldebagio@yahoo.co
m
3
5
M ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Medium
Merencat
Moody
N ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Non Verbal
Nukleoprotein
O ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Over protected
P ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perspektif
Psikologi
Q ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
R ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RNA
S ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semantik
Sindrom
Sosiobiologi
Subjektif
T ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Taksonomi
TASKA
Temperamen
U ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
V ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Verbal
W --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
X ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Y ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Z ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayuElemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayuPANTHERSpeFITNESS
 
Definisi & konsep komunikasi
Definisi & konsep komunikasiDefinisi & konsep komunikasi
Definisi & konsep komunikasizasbaruden
 
Komunikasi stpm sem 2
Komunikasi stpm sem 2Komunikasi stpm sem 2
Komunikasi stpm sem 2Norazul89
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahKee-Man Chuah
 
Kemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanKemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanmunnianwar
 
Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan
Komunikasi Lisan dan Bukan LisanKomunikasi Lisan dan Bukan Lisan
Komunikasi Lisan dan Bukan LisanFarhan Rozain
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)Syahremie Teja
 
Komunikasi dan Pemujukan
Komunikasi dan PemujukanKomunikasi dan Pemujukan
Komunikasi dan PemujukanAwatif Atif
 
Pengenalan kepada komunikasi massa
Pengenalan kepada komunikasi massaPengenalan kepada komunikasi massa
Pengenalan kepada komunikasi massaAWAN PUTIH
 
Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Nor Yusof
 
Komunikasi antara budaya dari perspektif perniagaan
Komunikasi antara budaya dari perspektif perniagaanKomunikasi antara budaya dari perspektif perniagaan
Komunikasi antara budaya dari perspektif perniagaanFreedy Kalang
 

La actualidad más candente (20)

Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayuElemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu
 
Halangan komunikasi
Halangan komunikasiHalangan komunikasi
Halangan komunikasi
 
Definisi & konsep komunikasi
Definisi & konsep komunikasiDefinisi & konsep komunikasi
Definisi & konsep komunikasi
 
Halangan
HalanganHalangan
Halangan
 
Komunikasi stpm sem 2
Komunikasi stpm sem 2Komunikasi stpm sem 2
Komunikasi stpm sem 2
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
 
Kemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanKemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesan
 
Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan
Komunikasi Lisan dan Bukan LisanKomunikasi Lisan dan Bukan Lisan
Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan
 
Asas Komunikasi
Asas KomunikasiAsas Komunikasi
Asas Komunikasi
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)
 
Komunikasi dan Pemujukan
Komunikasi dan PemujukanKomunikasi dan Pemujukan
Komunikasi dan Pemujukan
 
1.0 teknik pengucapan awam
1.0 teknik pengucapan awam1.0 teknik pengucapan awam
1.0 teknik pengucapan awam
 
Pengenalan kepada komunikasi massa
Pengenalan kepada komunikasi massaPengenalan kepada komunikasi massa
Pengenalan kepada komunikasi massa
 
Maksud nilai
Maksud nilaiMaksud nilai
Maksud nilai
 
Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)
 
KUMPULAN KECIL
KUMPULAN KECILKUMPULAN KECIL
KUMPULAN KECIL
 
Komunikasi antara budaya dari perspektif perniagaan
Komunikasi antara budaya dari perspektif perniagaanKomunikasi antara budaya dari perspektif perniagaan
Komunikasi antara budaya dari perspektif perniagaan
 
5 komunikasi di khalayak
5 komunikasi di khalayak5 komunikasi di khalayak
5 komunikasi di khalayak
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 

Similar a Assignment Komunikasi Berkesan

Misskomunikasi Akibat Perbedaan Bahasa
Misskomunikasi Akibat Perbedaan BahasaMisskomunikasi Akibat Perbedaan Bahasa
Misskomunikasi Akibat Perbedaan BahasaAurellia Christy
 
Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)
Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)
Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)Bayu Wijaya
 
Materi korespondensi
Materi korespondensiMateri korespondensi
Materi korespondensimiat khori'ah
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf2210130220024
 
Pertemuan 1 & 2
Pertemuan 1 & 2Pertemuan 1 & 2
Pertemuan 1 & 2dederaven
 
Kelompok 1_Pengantar Komunikasi Pendidikan.pdf
Kelompok 1_Pengantar Komunikasi Pendidikan.pdfKelompok 1_Pengantar Komunikasi Pendidikan.pdf
Kelompok 1_Pengantar Komunikasi Pendidikan.pdf2210130220024
 
KONFLIK DALAM SEBUAH DIVISI AKIBAT ADANYA MISKOMUNIKASI.docx
KONFLIK DALAM SEBUAH DIVISI AKIBAT ADANYA MISKOMUNIKASI.docxKONFLIK DALAM SEBUAH DIVISI AKIBAT ADANYA MISKOMUNIKASI.docx
KONFLIK DALAM SEBUAH DIVISI AKIBAT ADANYA MISKOMUNIKASI.docxDivaAdisty1
 
Masnilia Andisan- Esei Penulisan Ilmiah.docx
Masnilia Andisan- Esei Penulisan Ilmiah.docxMasnilia Andisan- Esei Penulisan Ilmiah.docx
Masnilia Andisan- Esei Penulisan Ilmiah.docxMASNILIAANDISANBA211
 
Kelompok 6 - Komunikasi Manusia (1).pdf
Kelompok 6 - Komunikasi Manusia (1).pdfKelompok 6 - Komunikasi Manusia (1).pdf
Kelompok 6 - Komunikasi Manusia (1).pdfAstridMelanonia1
 
Makalah kap
Makalah kapMakalah kap
Makalah kapSaid Jie
 
Hambatan komunikasi dan strategis mengatasi hambatan kap 1
Hambatan komunikasi dan strategis mengatasi hambatan kap 1Hambatan komunikasi dan strategis mengatasi hambatan kap 1
Hambatan komunikasi dan strategis mengatasi hambatan kap 1Diah Suci
 
Pelatihan Komunikasi Efektif.ppt
Pelatihan Komunikasi Efektif.pptPelatihan Komunikasi Efektif.ppt
Pelatihan Komunikasi Efektif.pptDownloadFilm5
 
Makalah komunikasi ilas
Makalah komunikasi ilasMakalah komunikasi ilas
Makalah komunikasi ilasWarnet Raha
 
KONFLIK YANG DITIMBULKAN PERBEDAAN BAHASA DAN GAYA BICARA
KONFLIK YANG DITIMBULKAN PERBEDAAN BAHASA DAN GAYA BICARAKONFLIK YANG DITIMBULKAN PERBEDAAN BAHASA DAN GAYA BICARA
KONFLIK YANG DITIMBULKAN PERBEDAAN BAHASA DAN GAYA BICARAAkifah5
 
Komunikasi_Dalam_Pelayanan_Kesehatan.pptx
Komunikasi_Dalam_Pelayanan_Kesehatan.pptxKomunikasi_Dalam_Pelayanan_Kesehatan.pptx
Komunikasi_Dalam_Pelayanan_Kesehatan.pptxrina894444
 
PERTEMUAN_4_PRINSIP_KOMUNIKASI_.pptx
PERTEMUAN_4_PRINSIP_KOMUNIKASI_.pptxPERTEMUAN_4_PRINSIP_KOMUNIKASI_.pptx
PERTEMUAN_4_PRINSIP_KOMUNIKASI_.pptxagnesratna2
 

Similar a Assignment Komunikasi Berkesan (20)

Misskomunikasi Akibat Perbedaan Bahasa
Misskomunikasi Akibat Perbedaan BahasaMisskomunikasi Akibat Perbedaan Bahasa
Misskomunikasi Akibat Perbedaan Bahasa
 
Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)
Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)
Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)
 
Materi korespondensi
Materi korespondensiMateri korespondensi
Materi korespondensi
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
 
Pertemuan 1 & 2
Pertemuan 1 & 2Pertemuan 1 & 2
Pertemuan 1 & 2
 
Kelompok 1_Pengantar Komunikasi Pendidikan.pdf
Kelompok 1_Pengantar Komunikasi Pendidikan.pdfKelompok 1_Pengantar Komunikasi Pendidikan.pdf
Kelompok 1_Pengantar Komunikasi Pendidikan.pdf
 
KONFLIK DALAM SEBUAH DIVISI AKIBAT ADANYA MISKOMUNIKASI.docx
KONFLIK DALAM SEBUAH DIVISI AKIBAT ADANYA MISKOMUNIKASI.docxKONFLIK DALAM SEBUAH DIVISI AKIBAT ADANYA MISKOMUNIKASI.docx
KONFLIK DALAM SEBUAH DIVISI AKIBAT ADANYA MISKOMUNIKASI.docx
 
Makalah komunikasi
Makalah komunikasiMakalah komunikasi
Makalah komunikasi
 
Masnilia Andisan- Esei Penulisan Ilmiah.docx
Masnilia Andisan- Esei Penulisan Ilmiah.docxMasnilia Andisan- Esei Penulisan Ilmiah.docx
Masnilia Andisan- Esei Penulisan Ilmiah.docx
 
Kelompok 6 - Komunikasi Manusia (1).pdf
Kelompok 6 - Komunikasi Manusia (1).pdfKelompok 6 - Komunikasi Manusia (1).pdf
Kelompok 6 - Komunikasi Manusia (1).pdf
 
Makalah kap
Makalah kapMakalah kap
Makalah kap
 
Tugas1
Tugas1Tugas1
Tugas1
 
Hambatan komunikasi dan strategis mengatasi hambatan kap 1
Hambatan komunikasi dan strategis mengatasi hambatan kap 1Hambatan komunikasi dan strategis mengatasi hambatan kap 1
Hambatan komunikasi dan strategis mengatasi hambatan kap 1
 
Makalah komunikasi ilas AKPER PEMKAB MUNA
Makalah komunikasi ilas AKPER PEMKAB MUNA Makalah komunikasi ilas AKPER PEMKAB MUNA
Makalah komunikasi ilas AKPER PEMKAB MUNA
 
Pelatihan Komunikasi Efektif.ppt
Pelatihan Komunikasi Efektif.pptPelatihan Komunikasi Efektif.ppt
Pelatihan Komunikasi Efektif.ppt
 
Komunikasi Efektif
Komunikasi EfektifKomunikasi Efektif
Komunikasi Efektif
 
Makalah komunikasi ilas
Makalah komunikasi ilasMakalah komunikasi ilas
Makalah komunikasi ilas
 
KONFLIK YANG DITIMBULKAN PERBEDAAN BAHASA DAN GAYA BICARA
KONFLIK YANG DITIMBULKAN PERBEDAAN BAHASA DAN GAYA BICARAKONFLIK YANG DITIMBULKAN PERBEDAAN BAHASA DAN GAYA BICARA
KONFLIK YANG DITIMBULKAN PERBEDAAN BAHASA DAN GAYA BICARA
 
Komunikasi_Dalam_Pelayanan_Kesehatan.pptx
Komunikasi_Dalam_Pelayanan_Kesehatan.pptxKomunikasi_Dalam_Pelayanan_Kesehatan.pptx
Komunikasi_Dalam_Pelayanan_Kesehatan.pptx
 
PERTEMUAN_4_PRINSIP_KOMUNIKASI_.pptx
PERTEMUAN_4_PRINSIP_KOMUNIKASI_.pptxPERTEMUAN_4_PRINSIP_KOMUNIKASI_.pptx
PERTEMUAN_4_PRINSIP_KOMUNIKASI_.pptx
 

Más de Shamsul De Bagio

Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi AwalPerkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi AwalShamsul De Bagio
 
Rancangan Perniagaan Restoran
Rancangan Perniagaan RestoranRancangan Perniagaan Restoran
Rancangan Perniagaan RestoranShamsul De Bagio
 
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Shamsul De Bagio
 
Proses Kehamilan & Perkembangan Janin, Bayi dan Kanak-kanak
Proses Kehamilan & Perkembangan Janin, Bayi dan Kanak-kanakProses Kehamilan & Perkembangan Janin, Bayi dan Kanak-kanak
Proses Kehamilan & Perkembangan Janin, Bayi dan Kanak-kanakShamsul De Bagio
 
Assignment Piramid Makanan Karbohidrat
Assignment Piramid Makanan KarbohidratAssignment Piramid Makanan Karbohidrat
Assignment Piramid Makanan KarbohidratShamsul De Bagio
 

Más de Shamsul De Bagio (6)

Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi AwalPerkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
 
Rancangan Perniagaan Restoran
Rancangan Perniagaan RestoranRancangan Perniagaan Restoran
Rancangan Perniagaan Restoran
 
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
 
Jenis-jenis Perniagaan
Jenis-jenis Perniagaan Jenis-jenis Perniagaan
Jenis-jenis Perniagaan
 
Proses Kehamilan & Perkembangan Janin, Bayi dan Kanak-kanak
Proses Kehamilan & Perkembangan Janin, Bayi dan Kanak-kanakProses Kehamilan & Perkembangan Janin, Bayi dan Kanak-kanak
Proses Kehamilan & Perkembangan Janin, Bayi dan Kanak-kanak
 
Assignment Piramid Makanan Karbohidrat
Assignment Piramid Makanan KarbohidratAssignment Piramid Makanan Karbohidrat
Assignment Piramid Makanan Karbohidrat
 

Último

PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxPPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxSaefAhmad
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 

Último (20)

PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxPPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 

Assignment Komunikasi Berkesan

  • 1. SKM 3 K1/2017 CC1 – 011 – 3 2012 PENSYARAH: PN NORHAYATI KARNO OLEH: SHAMSUL BAGIO SKMK1170019 Edisi Pertama 2017 Cetakan Pertama Januari 2017 HAKCIPTA TERPELIHARA shamsuldebagio@yahoo.com
  • 2. Isi Kandungan 1.0 Pengenalan 2.0 Definisi 3.0 Komunikasi 4.0 Komunikasi Berkesan 5.0 Halangan Dalam Komunikasi Berkesan 6.0 Halangan Komunikasi Berkesan 6.1 Persekitaran 6.2 Biologikal 6.3 Kosa kata 6.4 Bahasa 6.5 Struktur/Susunan 6.6 Emosi 6.7 Sosial 7.0 Rumusan 8.0 Penutup 9.0 Rujukan 10.0 Lampiran 11.0 Daftar Kata shamsuldebagio@yahoo.com 2
  • 3. 1.0 Pengenalan Setiap benda yang benyawa tidak lari daripada fitrah untuk berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Komunikasi atau proses interaksi antara manusia ataupun setiap makluk yang bernyawa dapat disimpulkan sebagai satu proses penyampaian maklumat dari satu pihak sebagai penyampai maklumat atau mesej kepada satu pihak yang lain selaku penerima maklumat atau mesej berkenaan. Dalam komunikasi terdapat beberapa elemen-elemen penting yang dapat melengkapkan konsep komunikasi itu sendiri. Walaubagaimanapun, dalam proses komunikasi juga terdapat banyak halangan yang menghalang keberkesanan proses komunikasi dan mengakibatkan maklumat yang ingin disampaikan tersasar maksudnya dari perkara dasar. Halangan-halangan ini akan meninggalkan beberapa kesan kepada penyampai maklumat ataupun kepada penerima maklumat tersebut. Kesan-kesan inilah yang menjadi duri dalam setiap individu dan seterusnya mengakibatkan pertelingkahan dan pergaduhan sesama sendiri. Masalah- masalah seperti ini perlu dibendung agar masyarakat kita dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni terutamanya dalam konteks kehidupan masyarakat di Malaysia yang mempunyai pelbagai latar belakang agama, bangsa, budaya, adat kepercayaan, etnik dan sebagainya. shamsuldebagio@yahoo.com 3
  • 4. 2.0 Definisi Definisi bagi komunikasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ialah perhubungan langsung atau tidak langsung dengan perantaraan surat, radio, telefon dan alat-alat yang boleh digunakan untuk berkomunikasi. Komunikasi juga bermaksud mengadakan perhubungan seperti berbincang antara satu sama lain, bercakap-cakap dan bertukar-tukar pendapat antara satu pihak dengan pihak yang lain. Komunikasi menurut S.Bernard Rosenblat (1983) ialah sebagai satu proses pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya. Tujuanb sesuatu komunikasi dipersembahkan secara peribadi atau umum melalui simbol atau isyarat. Manakala Green Berg & Baron (1996) mengatakan komunikasi ialah satu proses dimana individu, kumpulan atau organisasi yang bertindak sebagai penyampai menyampaikan maklumat kepada individu, kumpulan atau organisasi lain yang bertindak sebagai penerima maklumat. Bagi Guffey and Almonte (2010) komunikasi adalah proses pemindahan maklumat dan makna dari satu pihak kepada satu pihak lain. Dari segi bahasa pula, komunikasi berasal dari perkataan Inggeris iaitu ‘comunication’. Perkataan ‘comunication’ berasal dari perkataan Latin iaitu ‘communicare’ yang bermaksud ‘to make common’ iaitu mewujudkan persamaan. Selain itu komunikasi merupakan proses perkongsian atau menyampaikan sesuatu pengalaman dengan individu lain. Contohnya seorang guru berkongsi pengalaman dengan pelajar. shamsuldebagio@yahoo.com 4
  • 5. 3.0 Komunikasi Satu proses penyampaian maksud atau mesej oleh individu kepada individu yang lain melibatkan : • Proses pembentukan mesej • Proses penghantaran mesej • Proses penerimaan mesej • Proses pentafsiran dan pemberian makna mesej Dalam diri manusia, komunikasi berlaku dalam setiap perkara rutin iaitu komunikasi dalam keluarga, komunikasi dalam organisasi dan komunikasi dalam komuniti. Proses komunikasi antara manusia menjadi lebih kompleks dan canggih bila terciptanya teknologi-teknologi baru seperti telefon mudah alih, internet jalur lebar dan satelit yang menjadikan proses penyampaian maklumat menjadi lebih luas dan menjadikan dunia sekarang tanpa sempadan. Sebenarnya, alat teknologi komunikasi ialah sebagai pelengkap kepada proses komunikasi manusia itu sendiri. Bagaimanapun juga fitrah manusia untuk berhubung secara manusiawi dengan melibatkan hati, perasaan, jiwa, persahabatan, kasih sayang, benci dan sebagainya tidak dapat dipisahkan. Justeru itu, selagi wujudnya makhluk yang bernama manusia, proses komunikasi secara manusiawi tidak akan lupus atau ditelan zaman. Seperti pepatah melayu, tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Jika dilihat dalam prospektif islam, komunikasi secara manusiawi yang fitrah itu tidak akan terputus di alam mimpi, di alam kubur dan juga di alam kebangkitan selepas mati. Suatu komunikasi melibatkan penyampaian idea, sikap dan perasaan atau pertukaran idea dan maklumat, sikap dan perasaan secara verbal, non-verbal ataupun menggunakan pelbagai deria manusia kepada manusia lain. Manusia berkomunikasi kerana ingin mempengaruhi pemahaman orang lain, sikap dan tindakan pihak lain sama ada mereka bersetuju atau tidak ke atas sesuatu isu. Komunikasi merupakan proses dua hala yang mana anda bukan hanya bertindak sebagai penyampai maklumat, malah juga merupakan sasaran kepada penyampai maklumat yang lain. shamsuldebagio@yahoo.com 5
  • 6. shamsuldebagio@yahoo.com 6 4.0 Komunikasi Berkesan Komunikasi secara berkesan dalam satu kemahiran hubungan kemanusiaan yang menentukan peranan hubungan manusia dengan wujudnya kelancaran serta kejelasan idea dan objektif. Menurut French, F (1993) komunikasi berkesan itu terjadi apabila minda individu itu saling memahami. Dalam erti kata lain mesej yang disampaikan itu dapat difahami sebagaimana yang dikehendaki oleh individu berkenaan. Keberkesanan komunikasi merujuk kepada sumber atau penyampai yang dapat menyampaikan mesej ataupun maklumat, perutusan, idea atau pengetahuan kepada penerima mesej dan maklumat tadi dengan baik, tepat dan maksudnya tanpa menimbulkan keraguan, kekeliruan dan salah faham. Selain itu, keberkesanan suatu komunikasi dapat dinilai dari pelbagai aspek. Contohnya penguasaan bahasa yang baik yang mana penyampai dan penerima mesej ataupun maklumat mampu menguasai atau memahami bahasa yang sama atau salah satu daripada kedua pihak supaya tidak berlaku salah faham dalam mentafsir makna kepada mesej atau maklumat yang cuba disampaikan, saling bersapaan dan megucapkan salam apabila bertemu serta mengucapkan penghargaan apabila berpisah walaupun kedua pihak mempunyai latar belakang, sosial, pendidikan, taraf hidup, kepercayaan dan sebagainya yang berbeza. Komunikasi berkesan ini mampu mencapai objektif komunikasi sekiranya penyampai dan penerima mesej atau maklumat mampu mengaplikasikan prinsip-prinsip komunikasi berkesan, memahami ciri-ciri komunikasi berkesan, bersikap terbuka, mampu mendengar secara berkesan serta dapat menguasai kemahiran komunikasi dengan baik dan sebagainya. Maka dapatlah kita takrifkan komunikasi berkesan sebagai satu komunikasi yang berhasil mencapai sasaran dengan respon (feedback) yang sesuai dengan tujuan individu berkomunikasi dengan efektif.
  • 7. shamsuldebagio@yahoo.com 7 5.0 Halangan Dalam Komunikasi Berkesan Dalam proses komunikasi, terdapat pelbagai halangan dan rintangan yang menyebabkan penyampaian maklumat daripada penyampai kepada penerima berbeza dan ini mengakibatkan berlakunya salah faham antara satu sama lain. Banyak faktor halangan yang menyebabkan proses komunikasi menjadi tidak berkesan. Halangan dalam komunikasi merupakan salah satu sebab mengapa komunikasi berkesan susah untuk dilaksanakan. Definisi halangan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud aral rintangan yang menghalang sesuatu ataupun gangguan yang menyebabkan matlamat asal tersasar. Halangan dari segi bahasa juga bermaksud tegahan atau rintangan dalam menjalankan pekerjaan atau melakukan sesuatu perbuatan. Halangan dalam komunikasi akan mengakibatkan tercetusnya beberapa kesan sama ada kepada pengantar atau penerima. Kesan daripada halangan komunikasi memberi impak yang besar bukan hanya kepada seseorang individu bahkan juga dalam sesebuah institusi atau organisasi. Secara rasionalnya, impak ini akan berlarutan kepada masyarakat dalam sesebuah negara dan seterusnya dapat menjatuhkan imej negara itu sendiri. Definisi kesan dalam halangan komunikasi ialah tanda baik atau tanda buruk daripada akibat komunikasi yang tidak berkesan serta kesudahannya kepada individu, keluarga, masyarakat, organisasi, bangsa, agama dan negara.
  • 8. shamsuldebagio@yahoo.com 8 6.0 Halangan Komunikasi Berkesan Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan komunikasi tersebut kurang berkesan. Antaranya adalah pemahaman yang berbeza, maklumat yang tidak mencukupi, semantik iaitu keadaan dimana terdapat perkataan yang berlapis atau berbagai makna (selalunya kiasan), punca yang diragukan (gosip atau khabar angin), keadaan sekeliling yang tidak sesuai seperti bising dan sebagainya, leka memikirkan sesuatu, sekatan emosi (tidak mampu meluahkan apa yang difikirkan), kejadian yang baru berlaku (trauma), kurang minat dan prasangka. Antara contoh halangan-halangan dalam komunikasi berkesan ialah : • Persekitaran • Biologikal • Kosakata • Bahasa • Susuan atau Struktur • Emosi • Sosial 6.1 Halangan Persekitaran  Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor turut mempengaruhi keberkesanan proses komunikasi.  Dalam situasi ini manusia akan mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin disampaikan.  Komunikasi juga tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam keadaan persekitaran yang tegang.  Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada gangguan yang jelas dalam komunikasi misalnya sewaktu rebut petir dan banjir. Proses komunikasi sering terjejas kerana medium yang menghantar maklumat terputus atau terjejas akibat bencana alam. Halangan alam sekitar berkait rapat dengan masalah persekitaran yang menyebabkan proses komunikasi tidak efektif.
  • 9. shamsuldebagio@yaoo.com 9 Halangan-halangan persekitaran sedikit sebanyak memberikan pengaruh dan kesan buruk kepada berlakunya komunikasi berkesan diantara pendidik atau pengasuh dengan majikan, komunikasi sesama pekerja seterusnya juga memberi kesan kepada sistem Pengajaran dan Pembelajaran serta tahap perkembangan kanak-kanak. Contohnya pendidik atau pengasuh tidak dapat memaksimakan penyampaian maklumat kepada kanak-kanak, tidak dapat menerima dengan sepenuhnya maklumat yang diberikan oleh majikan dan sebaliknya. Maklumat yang sepatutnya daripada ibubapa akan berubah kepada maklumat tidak tepat sekiranya pendidik atau pengasuh ataupun pihak TASKA itu sendiri gagal mengatasi halangan-halangan persekitaran dalam proses menjayakan komunikasi dua hala yang efektif. Keadaan TASKA yang tidak kondusif seperti persekitaran yang kotor, berselerak, sempit dan panas, bekalan letrik tidak ada atau sudah tidak berfungsi, tempat duduk yang tidak selesa, suasana persekitaran yang kelihatan berbahaya, suasana yang muram dan suram ataupun tidak cukup pencahayaan menyebabkan kanak-kanak tidak tenang dan tenteram serta berasa gelisah. Keadaan ini akan mewujudkan suasana tegang, perasaan tidak selamat dan terancam dalam hati kanak-kanak. Secara tidak langsung juga akan memberikan kesan emosi tidak stabil seseorang pendidik atau pengasuh. Masalah TASKA seumpama ini boleh diatasi dengan mencari tapak kawasan baru yang sesuai dan mempunyai keluasan yang dapat menampung keperluan dan keselesaan kanak-kanak. Walaupun TASKA yang beroperasi dalam bangunan contohnya bangunan pejabat, kompleks membeli-belah, bangunan kerajaan seperti JPN, LHDN, hospital dan sebagainya menjimatkan masa dan tenaga kepada ibubapa yang bekerja di dalam bangunan yang sama untuk menghantar dan melawat anak-anak mereka khususnya ibu-ibu yang masih melakukan penyusuan susu badan, namun kemungkinan TASKA berkenaan dibina di atas lot yang tidak mempunyai keluasan yang memenuhi keperluan dan keselesaan kanak-kanak adalah tinggi.
  • 10. shamsuldebagio@yahoo.com 10 6.2 Biologikal Definition of biological:-  of or relating to biology or to life and living processes  used in or produced by applied biology  connected by direct genetic relationship rather than by adoption or marriage (related by birth) Maka biologi disimpulkan sebagai kesinambungan daripada cabang biologikal atau saling kaitan antara satu sama lain. Secara umumnya biologi merupakan cabang semula jadi sains berkenaan dengan kajian hidup dan organisma hidup termasuk struktur, fungsi, pertumbuhan, asal- usul, evolusi, pengedaran, dan taksonomi. Ilmu biologi moden adalah satu bidang yang luas dan eklektik serta mengandungi banyak bahagian-bahagian kecil, topik, dan disiplin. Perkataan biologi berasal dari bahasa Yunani, iaitu dari kata bios dan logos. Bios bererti hidup dan logos berarti ilmu atau belajar tentang sesuatu. Jadi biologi adalah ilmu yang mempelajari tentang sesuatu yang hidup serta masalah- masalah yang menyangkut hidupnya. 6.2.1 Fitrah kejadian manusia mengikut perspektif biologi Ahli sosiobiologi berpendapat tingkahlaku manusia adalah berasaskan arahan- arahan gen yang telah berkembang dalam diri manusia melalui proses evolosi. Menurut teori ini, interaksi yang kompleks antara gen-gen memberi manusia keupayaan dan kecenderungan untuk membentuk perilaku yang kejam atau penyayang, bersikap altruistik atau tidak, beragama atau tidak, bergantung kepada asuhan, pengalaman dan pengaruh budaya yang mencungkil potensi tersebut dalam himpunan gen dalam diri manusia. Maka, fitrah manusia daripada perspektif biologi memperlihatkan asas-asas genetik seperti baka dan faktor persekitaran yang menyumbang kepada pembentukan personaliti dan tingkahlaku seseorang individu.
  • 11. shamsuldebagio@yahoo.com 11 Baka mempengaruhi perbezaan individu daripada aspek fizikal seperti warna rambut, mata, kulit, tinggi, rendah dan kognitif iaitu tahap kecerdasan seseorang serta emosi yang merujuk kepada temperamen atau tahap kesabaran dalam menghadapi cabaran. Faktor persekitaran turut menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah kejadian manusia daripada beberapa aspek:- • latar belakang keluarga contohnya suasana isi rumah yang mesra dan penuh kasih sayang serta makanan yang berzat dan seimbang • rakan sebaya yang mana banyak mendorong kepada perkembangan intelek dan potensi diri seseorang individu • kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang menyumbang kepada pembentukan falsafah hidup dan cara hidup yang berbeza • sumber teknologi menyumbang kepada perbezaan individu yang mana ianya merujuk kepada maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, televisyen, radio dan internet • guru dan sekolah memainkan peranan penting dalam melahirkan murid berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia, menerapkan nilai-nilai moral yang tinggi dan bertanggungjawap Baka secara specifiknya merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibubapa kepada anak-anak. Ciri-ciri tersebut termasuklah saiz fizikal, ketinggian, rambut, warna kulit dan warna mata. Baka yang diperturunkan adalah melalui gen-gen ibubapa kepada anak-anak mereka dan boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental seseorang. Baka yang diwarisi juga akan menentukan had keupayaan seseorang individu termasuklah kemampuan mental. Faktor baka atau pengaruh genetik ini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan neoleoprotein yang terletak di atas lokus kromosom. Ia merupakan benang halus yang terdapat dalam nukleus sel sperma lelaki dan sel ovum perempuan.
  • 12. shamsuldebagio@yahoo.com 12 Menurut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA, RNA dan masing- masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat setiap individu dan boleh diperhatikan melalui prestasi dalam kelas. Para psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibubapa mereka. Biasanya, ibubapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak pandai. Emosi seseorang juga banyak dikuasai daripada baka ibubapa. Contohnya ibubapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan kanak-kanak yang agresif dan autokratik. Mungkin kita pernah melihat situasi dimana sebilangan kanak-kanak telah memahami konsep atau idea yang cuba disampaikan oleh pendidik atau pengasuh tetapi sebilangan lagi masih tidak dapat memahami tujuan dan idea yang cuba disampaikan. Contohnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Perbezaan ini juga jelas terlihat bilamana kanak-kanak menunjukkan respon emosi dan sikap yang berbeza apabila menghadapi sesuatu kesukaran. Perbezaan lain yang dapat kita lihat adalah seperti kemampuan menjalankan pelbagai aktiviti, kemampuan mengingati dengan tepat serta mengaitkan idea-idea dan mengaplikasi secara kreatif dalam situasi lain. Perbezaan juga dapat dilihat daripada segi jantina, budaya dan bangsa. Kanak-kanak lelaki mempunyai sikap dan tingkahlaku berbeza berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Mereka daripada kaum-kaum tertentu juga menunjukkan ciri-ciri tingkahlaku berbeza dengan kaum yang lain. Contohnya kanak-kanak berbangsa melayu, cina, india, orang asli, serta suku kaum tempatan yang terdapat di sabah dan sarawak. Perbezaan individu kanak-kanak adalah cara-cara bagaimana individu kanak- kanak yang berada pada tahap umur yang sama bebeza anatara satu sama lain. Perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza mengikut kematangan dan pengalaman pembelajaran kanak-kanak tersebut.
  • 13. shamsuldebagio@yahoo.com 13 Kematangan bermaksud perkembangan ciri-ciri yang sedia ada dalam individu yang diperturunkan oleh gen masing-masing (Hurlock, 1978). Misalnya kebolehan merangkak, berdiri, berjalan dan berlari. Kebanyakan ahli teoris percaya bahawa perbezaan individu adalah hasil interaksi antara baka dan pengalaman peribadi. Faktor baka dikatakan menyumbang antara 20% - 60% kepelbagaian populasi. Hasil kajian Sir Francis Galton menyokong bahawa trait-trait mental ditentukan oleh genetik. Contoh lain yang kita sering melihat antaranya kecacatan fizikal seperti sumbing, bisu, pekak, sengau dan sebagainya. Kecacatan mental seperti mempunyai tahap IQ yang rendah, sindrom, proses penerimaan sesuatu maklumat sangat lembap dan sebagainya. Maka dapat disimpulkan bahawa proses komunikasi secara verbal dan non verbal berlaku kepada setiap individu sejak bayi lagi. Faktor baka dan perbezaan setiap individu banyak menyumbang kepada halangan komunikasi secara berkesan. Kadar perkembangan kanak-kanak adalah berbeza bagi setiap individu. Kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut (Arnold Gesell).
  • 14. shamsuldebagio@yahoo.com 14 6.3 Kosakata Menurut Soedjito (2009 m/s 24) kosakata atau perbendaharaan kata diertikan sebagai:  Semua kata yang terdapat dalam suatu bahasa  Kekayaan kata yang dimiliki oleh seorang pembicara atau penulis  Kata yang dipakai dalam suatu bidang ilmu pengetahuan  Daftar kata yang disusun seperti kamus serta penjelasan secara singkat dan praktis Sedangkan kosakata yang diungkapkan oleh Richards, Platt dan Webber (1985) merupakan satu set leksem yang meliputi kata tunggal, kata majmuk dan idiom. Sementara itu Rebecca M. Valette (1977) mengemukakan bahawa kosakata adalah kata atau kelompok kata yang memiliki makna tertentu. Dari penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa kosakata merupakan kata-kata yang memiliki suatu erti yang dimiliki oleh manusia untuk digunakan dalam berbahasa dan berkomunikasi. Strategi komunikasi merupakan cara tertentu yang digunakan oleh penutur bahasa, khususnya penutur bahasa kedua untuk meneruskan pertuturan dalam usaha mencapai tujuan komunikatif. Strategi digunakan seandainya penutur menghadapi halangan komunkasi, umpamanya tidak mengetahui atau mengingati kosa kata yang sesuai atau yang sepatutnya digunakan dalam penyusunan ayat atau konteks pertuturan ketika itu. Dalam keadaan ini penutur menggunakan cara tertentu untuk mengatasi halangan yang dimaksudkan, misalnya menggantikan kosakata yang tidak diingati dengan kosakata lain yang hampir maknanya dengan kosakata asal. Penggantian ini mungkin memenuhi kehendak sasaran. Namun demikian seringkali penggunaan strategi komunikasi menghasilkan bentuk bahasa yang salah atau silap.
  • 15. shamsuldebagio@yahoo.com 15 Kesalahan atau kesilapan (error) bahasa bermaksud bentuk yang tidak menepati norma bahasa atau bahasa sasaran. Kesilapan boleh berlaku kepada semua aspek pertuturan, dari aspek sebutan sehinggalah ke aspek makna. Maka dapat kita ketahui bahawa penggunaan kosakata yang tidak sesuai ataupun penutur kekurangan kosakata dalam pertuturan akan menyebabkan tujuan atau matlamat dalam sesuatu komunikasi berkesan gagal. Dalam situasi pendidik atau pengasuh khususnya akan menghadapi kesukaran dalam mengasuh kanak-kanak lantaran tahap penguasaan kosakata adalah tidak maksimum. Kanak-kanak secara tidak langsung akan menggunapakai bahasa atau pertuturan yang diungkapan oleh pendidik atau pengasuh walaupun pemahaman kepada makna kosakata itu adalah salah. Pendidik atau pengasuh mengalami kesukaran dalam menyampaikan mesej atau maklumat secara jelas dan tepat kepada penerima mesej akibat kekurangan kosakata dalam penyusunan sesuatu ayat. Contohnya majikan ataupun ibubapa kepada kanak-kanak. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat aktiviti yang dijalankan oleh pendidik atau pengasuh yang mana memerlukan kemahiran komunikasi kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak dikehendaki bercerita tentang “Keluarga Saya”. Disebabkan kurangnya kosakata ataupun perbendaharaan kata maka kanak-kanak tersebut gagal menyusun ayat dengan betul dan menceritakan sebuah cerita tentang “Keluarga Saya” dengan sempurna. Ini mungkin kerana kanak-kanak kurang didedahkan kepada kemahiran perbualan ataupun terdapat ibubapa yang bersikap terlalu “over protected” dan mengehadkan lingkungan sosial anak-anak sedangkan di rumah ibubapa juga gagal dalam menyumbang kepada peningkatan tahap perkembangan bahasa mereka. Pada usia kanak-kanak 3 hingga 4 tahun biasanya mengetahui lebih banyak perkataan dan berkeupayaan mengawal dan memahami isi kandungan suatu perbualan dengan orang lain. Contohnya kanak-kanak saling menceritakan tentang alat permainan yang ada di rumah masing-masing.
  • 16. shamsuldebagio@yahoo.com 16 6.4 Bahasa Bahasa adalah satu bentuk komunikasi samada verbal atau non verbal. Bahasa mengandungi perkataan-perkataan yang digunakan oleh sesebuah komuniti dengan peraturan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang tertentu. Perbezaan asal usul dan keturunan juga menyebabkan bahasa menjadi salah satu halangan komunikasi berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas, tahap bahasa yang berbeza-beza, panjang ayat yang digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang digunakan dan nada suara. Kadang kala penggunaan bahasa yang tidak jelas seperti menggunakan perkataan yang susah disebut dan difahami juga menjadi penyebab maklumat yang ingin disampaikan tidak tepat. Sesuatu perkataan mungkin membawa erti yang berbeza antara individu dengan individu yang lain mengikut interpretasi masing-masing ataupun bergantung kepada cara pemahaman atau penilaian seseorang individu. Ini disebabkan kita kebanyakannya datang dari pelbagai latar belakang dan tempat. Suatu perkataan itu juga boleh membawa kepada banyak makna. Kesukaran dalam memilih perkataan yang betul semasa mengucapkan ataupun menulis sesuatu menyebabkan proses komunikasi kurang berkesan. Di samping itu, istilah yang berbeza-beza juga menjadi punca halangan untuk menyampaikan sesuatu mesej. Terdapat istilah-istilah yang bunyinya sama tetapi membawa maksud yang jauh berbeza. Sebagai contoh, di Kedah ‘gerek’ membawa maksud basikal namun di Sarawak ‘gerek’ membawa maksud teman lelaki atau teman wanita. Perkara ini mampu mencetus salah faham jika perkara lain yang mahu disampaikan oleh penutur namun membawa maksud yang lain kepada penerima. Seorang pemberi maklumat perlu mengambil kira latar belakang mengenai penerima maklumat yang hendak disampaikannya. Dalam erti kata lain, penutur perlu tahu tahap penerima maklumat sama ada penerima maklumat ini terdiri dikalangan kanak-kanak, remaja atau orang dewasa mahupun orang-orang tua.
  • 17. shamsuldebagio@yahoo.com 17 Dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai mengikut umur, para penerima maklumat dapat memahami mesej yang hendak disampaikan oleh penutur. Dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami, para pendengar akan berasa seronok kerana mereka faham dengan penyampaian isi kandungan penutur. Dengan ini, komunikasi yang berkesan akan berlaku kerana berlaku hubungan dua hala yang aktif dan positif antara pemberi dan penerima mesej. Berk 2001, perkembangan bahasa memudahkan proses pengajaran dan ianya berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Bagi Santrock 2007 pula dengan meningkatnya perkembangan bahasa, ia akan memudahkan pelajar mempelajari konsep-konsep abstrak. Selain itu, kemahiran bahasa juga menjadi alat kepada perkembangan kendiri dan sosial kanak-kanak. Dalam perkembangan awal kanak-kanak, memahami perkembangan bahasa adalah penting kerana bahasa merupakan pemangkin kepada perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya, mereka membina kefahaman dan idea-idea tentang perkara-perkara yang berlaku di persekitaran mereka. Perbezaan bahasa khususnya pendidik atau pengasuh yang berbahasa asing contohnya pengasuh indonesia, akan menyukarkan proses penyampaian maklumat kepada kanak-kanak. Pendidik atau pengasuh juga menghadapi kesukaran dalam berkomunikasi dengan majikan, rakan sekerja dan terutamanya ibu bapa kanak-kanak. Pihak penerima mesej atau maklumat mungkin menghadapi kesukaran dalam mentafsir makna mesej yang cuba disampaikan.
  • 18. shamsuldebagio@yahoo.com 18 Terdapat juga TASKA yang menerima masuk kanak-kanak dari keluarga yang berbahasa selain bahasa melayu khususnya TASKA swasta atau lebih dikenali sebagai Kindergarten. Contohnya bangsa cina, india, bahkan dari luar negara seperti Indonesia, Korea, Africa dan lain-lain. Ibu bapa warga asing ini yang mungkin menetap di Malaysia atas urusan kerja dan sebagainya, mengunakan khidmat TASKA tersebut untuk menjaga, mengasuh dan membimbing anak- anak mereka. Perbezaan taraf hidup, sosial, agama, budaya dan sebagainya memberikan kesukaran kepada kanak-kanak untuk beradaptasi dengan keadaan dan suasana persekitaran yang asing serta individu-individu yang berada disekeliling. Kajian yang dijalankan di sebuah TASKA cawangan Cyberjaya dibawah kelolaan Pucuk Emas Sdn Bhd, yang mana menerima masuk kanak-kanak berbangsa india yang berasal dari India yang hanya tahu berbahasa Inggeris terbatas dalam kebanyakan aktiviti yang dilakukan bersama kanak-kanak lain yang berbahasa melayu. Kanak-kanak ini lebih suka bermain sendiri dan hanya menjawab dengan sepatah apabila diajukan soalan. Perbezaan bahasa menyebabkan kurangnya keyakinan diri untuk bergaul dengan rakan sebaya. TASKA seumpama ini haruslah memiliki ciri atau polisi yang bersesuaian dan menepati keperluan dan keselesaan kanak-kanak berbahasa selain bahasa melayu atau bangsa asing. Contohnya TASKA berkenaan boleh mengupah pendidik atau pengasuh dari bangsa atau kaum lain tetapi dengan syarat menguasai kemahiran berbahasa melayu dengan baik sebagai antara kelayakan utama pengambilan pekerja seiring dengan hasrat kerajaan dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  • 19. shamsuldebagio@yahoo.com 19 6.5 Struktur / Susunan Struktur adalah susunan komponen-komponen yang saling berkaitan di dalam sebuah sistem. Struktur rangkaian komunikasi organisasi merupakan suatu struktur saluran dimana maklumat melaluinya dari seorang individu ke individu lain. Rangkaian tersebut mangandung aliran maklumat dan ia mencerminkan interaksi formal dan tidak formal antara anggota organisasi. Struktur komunikasi saling berkait rapat kepada herarki atau susunan jawatan, tugas, pencapaian, kepentingan dan sebagainya dalam sesebuah organisasi, perbadanan, pertubuhan atau suatu lingkungan sosial. Struktur organisasi adalah satu susunan komponen-komponen atau unit-unit kerja dalam sebuah organisasi. Struktur organisasi menunjukan bahawa adanya pembahagian kerja dan fungsi atau kegiatan-kegiatan berbeza yang diselaraskan. Dan selain itu struktur organisasi juga menunjukkan mengenai pakar-pakar dari pekerjaan, saluran arahan mahupun penyampaian laporan. Struktur sosial secara umum adalah kumpulan individu dengan corak perilaku yang pelbagai. Struktur sosial juga boleh diertikan sebagai sebuah bangunan sosial yang tersusun atas berbagai unsur pembentuk masyarakat. Kata struktur berasal dari sebuah kata bahasa latin “structum” yang bererti menyusun atau membangun. Oleh karena itu, struktur dapatlah diertikan sebagai susunan terhadap sesuatu yang memiliki dasar, bahagian, ataupun unsur-unsur tertentu yang membentuk suatu susunan. Contoh struktur sebuah organisasi
  • 20. shamsuldebagio@yahoo.com 20 Fungsi atau kegunaan struktur dalam sebuah organisasi:- 6.5.1 Tanggungjawap Memberikan gambaran tanggungjawap setiap anggota terhadap pimpinan atau pihak atasan yang telah memberikan kuasa yang harus dipertanggungjawapkan 6.5.2 Kedudukan Menjelaskan kedudukan seseorang dalam struktur organisasi sehingga mudah melakukan penyelarasan disetiap bahagian dan fungsi orang yang dipercayakan dalam suatu organisasi. 6.5.3 Hubungan Menunjukkan hubungan antara bahagian dan kedudukan atau jawatan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawap. Penyelesaian suatu pekerjaan akan menjadi semakin lebih efektif dan dapat saling memberikan keuntungan. 6.5.4 Pembahagian tugas Menghuraikan pembahagian kerja dan membantu pihak atasan atau pimpinan untuk dapat melakukan pengawasan dan pengendalian, dan juga bagi pekerja akan dapat lebih menumpukan perhatian dalam melaksanakan suatu tugas atau pekerjaan kerana pembahagian tugas yang jelas. Maka dapatlah kita mentafsirkan struktur adalah suatu susunan atau hubungan antara komponen, bahagian-bahagian dan posisi dalam sebuah organisasi mempunyai saling ketergantungan. Satu komponen yang baik akan berpengaruh kepada komponen yang lain dan juga kepada organisasi tersebut.
  • 21. shamsuldebagio@yahoo.com 21 Apabila seseorang memegang jawatan yang lebih tinggi kemungkinan besar wujudnya masalah komunikasi. Contohnya pihak atasan memaklumkan maklumat tentang meningkatkan produktiviti subordinat jadi maklumat yang diperolehi oleh pihak bawahan semakin kurang kerana terpaksa melalui beberapa tahap dalam organisasi tersebut. Komunikasi antara sesama pekerja dalam suatu organisasi atau lebih dikenali sebagai komunikasi informal juga antara halangan kenapa suatu komunikasi berkesan itu tidak berjaya. Komunikasi informal (the grapevine) biasanya disebarluaskan melalui desas-desus atau khabar angin dari mulut ke mulut, dari satu orang ke satu orang yang lain dalam suatu organisasi dimana ketepatan atau kesahihan maklumat berkenaan diragukan. Struktur sesebuah TASKA adalah merupakan carta organisasi para pekerja termasuklah majikan. Kegagalan dalam memahami fungsi tanggungjawap, tugas, hubungan, dan kedudukan dalam organisasi akan menimbulkan pelbagai masalah dan salah faham kepada keseluruhan sistem organisasi ini. Contohnya pekerja am tidak memahami tanggungjawap dan tugasnya dalam organisasi menyebabkannya tidak dapat menjalankan tugas dengan baik sesuai dengan skop pekerjaan sebagai seorang pekerja am. Komunikasi tidak berlaku diantara majikan, pekerja am dan juga struktur organisasi dalam memperjelaskan huraian-huraian tugas dan tanggungjawap setiap individu. Kegagalan sistem ini juga mungkin boleh melahirkan pekerja yang tidak menghormati majikan dan rakan sekerja ataupun sambil lewa dalam menjalankan tanggungjawap dan tugas harian mereka.
  • 22. shamsuldebagio@yahoo.com 22 Carta organisasi atau struktur jawatan juga dapat membantu majikan dalam mengenalpasti orang-orang penting dalam organisasi, bahagian-bahagian, pekerja am dan sebagainya. Struktur ini juga memudahkan kakitangan sesebuah organisasi mengenali siapa majikan dan orang-orang yang berkepentingan dan berkaitan. Ini mungkin mengakibatkan perlanggaran komunikasi, kesilapan penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tindakbalas atau reaksi dikalangan kakitangan dalam organisasi tersebut. Contohnya dalam sebuah organisasi yang besar dan menpunyai cawangan di pelbagai tempat seperti Pucuk Emas Sdn Bhd adalah sukar untuk setiap pekerja mengenali majikan syarikat secara peribadi dan sebaliknya. Hal sedemikian akan menimbulkan emosi yang tidak stabil dan persepsi negatif seperti kurang penghargaan, penghormatan dan sebagainya kepada individu yang terlibat. Carta Organisasi _______________ Contoh Carta Organisasi Pucuk Emas Sdn Bhd
  • 23. shamsuldebagio@yahoo.com 23 6.6 Emosi Emosi boleh didefinisikan sebagai satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi merupakan tindakbalas subjektif berasaskan perasaan yang mempengaruhi tindaktanduk seseorang individu. Individu akan mempamerkan emosinya melalui expresi wajah, badan, sikap dan tindakan. Emosi datang dalam berbagai bentuk seperti gembira, sedih, takut, marah dan sebagainya. Tahap emosi juga pelbagai dan secara kasarnya emosi dapat dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja, girang dan emosi negatif seperti marah, sedih, kecewa dan sebagainya. Sikap dan emosi seseorang individu mempengaruhi proses komunikasi. Seseorang yang murung dan bersifat negatif tidak dapat menyampaikan mesej yang baik kepada orang lain. Sebaliknya individu yang ceria dan cergas mampu memberi pengucapan yang baik dan mempengaruhi orang di sekelilingnya untuk menjalani hidup dengan ceria, aktif dan bersikap positif. Pengawalan emosi dan tanggapan negatif adalah penting dalam mengatasi halangan komunikasi kerana kewujudan kedua-dua ini boleh menghilangkan minat pendengar dan juga penghantar itu sendiri. Jika penghantar itu beranggapan bahawa pendengar itu tidak mendengar mesej atau maklumat yang diberinya, maka akan wujud suasana yang tidak menyenangkan di dalam interaksi itu nanti. Begitu juga apabila pendengar itu menganggap bahawa maklumat yang disampaikan itu tidak penting dan tidak berguna, maka pendengar tersebut akan menunjukkan sikap acuh tak acuh dan juga sikap yang tidak menyenangkan.
  • 24. shamsuldebagio@yahoo.com 24 Ketika komunikasi berlaku, emosi negatif boleh menjejaskan isi kandungan maklumat. Maka kedua-dua pihak yakni penyampai dan juga penerima mesej atau maklumat hendaklah banyak bersabar dan mengawal perasaan. Untuk mengelakkan masalah masa dan yang berkaitan dengannya, penyampai hendaklah bijak mencari masa yang sesuai. Penyampai dan penerima mesej atau maklumat hendaklah mengelak perkataan yang boleh menyinggung perasaan antara satu sama lain. Perbuatan ini boleh mengelakkan sebarang kelakuan atau pertuturan yang boleh mengeruhkan hubungan masing-masing lalu tidak mencapai matlamat komunikasi berkesan. Perkembangan emosi berlaku kepada setiap manusia sejak peringkat bayi, awal kanak-kanak, remaja sehingalah dewasa. Pengalaman-pengalaman emosi yang dilalui pada setiap peringkat banyak mempengaruhi teknik komunikasi setiap individu. Contohnya:- emosi utama yang timbul sejak bayi seperti gembira, marah, sedih, takut, benci, berminat dan emosi kesedaran kendiri pada awal perkembangan kanak-kanak yang tercetus oleh sebab- sebab tertentu seperti perasaan empati, cemburu, malu, bangga dan rasa bersalah. Alam remaja terdedah kepada pergolakan emosi. Ketidakstabilan emosi sering meningkat di peringkat usia remaja. Perasaan menunjukkan kegembiraan boleh saja bertukar menjadi ‘moody’ pada waktu yang sama. Remaja selalu merajuk dan tidak tahu bagaimana untuk meluahkan emosi mereka. Pada peringkat dewasa, emosi seseorang individu menjadi lebih stabil dan lebih berkupayaan untuk mengawal kestabilan emosi mereka. Individu pada peringkat ini biasanya mula melangkah ke alam pekerjaan yang mana skop komunikasi bertambah luas dan halangan serta cabaran komunikasi semakin bertambah kompleks.
  • 25. shamsuldebagio@yahoo.com 25 Pendidik atau pengasuh yang pergi bekerja dengan emosi yang tidak stabil, dalam keadaan marah dan sebagainya mungkin disebabkan berlakunya suatu kejadian di luar atau di rumah dan lain-lain akan memberikan impak dan kesan buruk kepada persekitaran dan kanak-kanak. Kanak-kanak yang akan menjadi mangsa pelepasan emosi. Seterusnya menyebabkan komunikasi dengan persekitaran menjadi tidak sihat dan tidak mencapai tahap komunikasi berkesan yang memuaskan. Selain itu, emosi tidak stabil boleh menyebabkan pendidik atau pengasuh lalai kepada tanggungjawap utama mereka terhadap kanak-kanak. Contohnya pendidik atau pengasuh menerima masuk kanak-kanak yang tidak sihat, gagal melakukan pemeriksaan fizikal dan kesihatan kanak-kanak, melakukan kerja dengan tidak berhati-hati yang mana boleh menyebabkan kemalangan kepada kanak-kanak dan sebagainya. Keadaan ini akan memberikan ruang kepada ibubapa atau penjaga kanak-kanak untuk menyalahkan pihak TASKA sekaligus memberikan kesan buruk dan mencemarkan nama baik sesebuah TASKA.
  • 26. shamsuldebagio@yahoo.com 26 6.7 Sosial Secara umumnya sosial ditakrifkan sebagai merujuk pada hubungan- hubungan manusia dalam kemasyarakatan, hubungan antara manusia, hubungan manusia dengan kelompok serta hubungan manusia dengan organisasi untuk mengembangkan diri seseorang individu. Peter Herman mengatakan ilmu sosial merupakan pelajaran berharga mengenai perbezaan namun tetap menjadi kesatuan. Yang bererti adalah manusia hidup di muka bumi ini dikurniakan akal fikiran yang tentu berbeza-beza bergantung individu. Menurut Gross pula ilmu sosial merupakan ilmu yang mempelajari tentang manusia yang merupakan bahagian dari suatu anggota masyarakat atau pada kelompok tertentu atau bahkan suatu kelompok masyarakat yang ia bentuk sendiri. Dalam hal ini manusia tidak hanya berinteraksi saja namun manusia juga akan mendapatkan pelajaran hidup seperti konflik yang kecil hingga peperangan antara kelompok manusia. Akan tetapi pada prinsipnya adalah sama, semua manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan manusia lain untuk saling berinteraksi satu dengan lainnya. Setiap manusia tidak ada yang benar-benar mampu hidup seorang diri tanpa bantuan manusia lain untuk melangsungkan kehidupannya setiap hari. Halangan yang disebabkan oleh faktor sosial seperti perbezaan umur, jantina, budaya, negara, bahasa, taraf pendidikan yang mungkin akan menyebabkan salah faham berlaku. Contohnya seorang pemuda India bercakap dengan seorang tua berbangsa Cina, mereka mempunyai halangan bahasa, umur, taraf hidup dan latar belakang kehidupan.
  • 27. shamsuldebagio@yahoo.com 27 Perbezaan sosial ini juga memberi kesan buruk kepada komunikasi dua hala kedua belah pihak. Contohnya pemberi maklumat adalah seorang peguam, doktor, saintis dan sebagainya menghadapi kesukaran memperjelaskan maksud dan tujuan sesuatu mesej atau maklumat kepada seorang individu lain yang berlainan bidang dan kepakaran contohnya seorang petani atau nelayan. Mesej atau maklumat tadi menjadi tidak tepat dan tersasar jauh dari maksud asal serta tidak mencapai objektif komunikasi berkesan. Ini disebabkan tahap kemampuan petani atau nelayan tadi dalam memahami makna dan mentafsir maklumat yang tidak berkaitan dengan latar belakang dan lingkungan kehidupan sosial seorang petani atau nelayan serta ketiadaan ilmu mengenai bidang dan kehidupan sosial pihak pemberi maklumat. Dalam pendidikan awal kanak-kanak, pembentukan sosial adalah antara perkara yang harus diberikan perhatian oleh ibubapa dan juga pendidik atau pengasuh. Kesedaran kendiri, rasa rendah diri, pembentukan kepercayaan, nilai, budaya, adat serta tradisi mulai membentuk sikap dan peribadi seorang kanak-kanak. Sikap tidak cenderung kanak-kanak terhadap prinsip-prinsip ini menghalang dan menutup secara langsung dan tidak langsung kebolehupayaan kanak-kanak dalam berkomunikasi yang mana proses komunikasi secara berkesan tidak akan mampu mencapai objektifnya. Sikap ibubapa yang tidak peka dengan perkembangan anak-anak dan memberikan contoh yang tidak sihat seperti tidak bersilaturahim dengan jiran tetangga dan sebagainya. Kanak-kanak ini tidak menghiraukan keadaan persekitaran sebagaimana ibubapa mereka atau atas sebap didikan ibubapa terhadap kanak-kanak ini menyebabkan kehidupan sosial mereka tidak berkembang secara positif. Hal ini juga akan membentuk kanak-kanak yang tidak berkeyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Kanak-kanak tidak akan mampu bersosial dengan terbuka yang mana menghalang perkembangan kanak-kanak untuk berkomunikasi. Kerana tidak didedahkan dengan prinsip-prinsip serta ciri-ciri komunikasi berkesan maka kanak-kanak tidak mampu menyampaikan sesuatu komunikasi dengan jelas dan tepat.
  • 28. shamsuldebagio@yahoo.com 28 7.0 Rumusan Setelah mengenalpasti halangan-halangan yang boleh merencat komunikasi berkesan, penghantar maklumat perlulah memahami isi kandungan maklumat sebaik mungkin dan memilih media dan saluran yang terbaik untuk menyebarkannya. Manakala penerima maklumat perlulah berusaha untuk menjadi pendengar yang baik. Apa yang boleh dirumuskan adalah proses komunikasi merupakan satu proses pertukaran maklumat antara dua atau lebih manusia. Halangan yang menjejaskan proses komunikasi ini dapat dikurangkan sekiranya penyampai dan penerima maklumat memahami peranan dan tugas masing-masing dalam mendapatkan proses komunikasi yang efektif. Dengan memastikan prinsip-prinsip komunikasi iaitu jelas, ringkas, tepat, lengkap dan sopan dipatuhi akan membolehkan komunikasi mencapai matlamat yang diinginkan. Segala halangan dan kelemahan dalam mencapai komunikasi efektif perlu diberi perhatian dan diperbaiki bagi meningkatkan kepentingan komunikasi dalam kehidupan seharian. Justeru itu, halangan dalam komunikasi perlulah diselesaikan dengan beberapa kaedah yang boleh mengatasinya agar prinsip-prinsip komunikasi berkesan mencapai matlamatnya. Definisi bagi kaedah ialah cara atau peraturan untuk membuat sesuatu perkara terutamanya bersistem atau biasa sama ada ke arah kebaikan atau keburukan. Halangan dan rintangan dalam komunikasi perlu diatasi dengan kaedah-kaedah yang betul agar proses komunikasi menjadi berkesan. Dalam tujuan merealisasikan kaedah-kaedah mengatasi halangan-halangan komunikasi berkesan ini mencapai kepada satu tahap sempurna, maka sebarang komunikasi haruslah mendapat kerjasama dan respon yang tepat daripada semua pihak yang terlibat seiring dengan bagaimana berlakunya sesuatu proses komunikasi itu.
  • 29. shamsuldebagio@yahoo.com 29 8.0 Penutup Halangan dalam komunikasi merupakan salah satu sebab mengapa komunikasi berkesan susah untuk dilaksanakan. Ini merupakan hal biasa yang sering berlaku dalam mana-mana proses komunikasi samada secara verbal, non-verbal ataupun menggunapakai pelbagai deria manusia. Sekiranya salah satu proses penyampaian maklumat ini terjejas, sama ada penyampai maklumat gagal menghadapi halangan-halangan dalam proses penyampaian maklumat atau pihak penerima maklumat ini gagal mentafsir makna kepada mesej atau maklumat yang sedang disampaikan, maka komuikasi tidak akan berjaya mencapai matlamat sebenar sesuatu maklumat. Untuk mencapainya kita perlu mengaplikasikan prinsip-prinsip komunikasi berkesan, memahami ciri-ciri komunikasi berkesan dan menguasai kemahiran komunikasi secara berkesan. Sekiranya kita boleh menguasainya dan mempraktikannya, ia akan membantu kita mencapai kecemerlangan dan potensi tertinggi diri. Sekiranya kita mengimpikan kehidupan sebagai seorang yang cekap, berkesan dan berpengaruh di dunia ini kita perlulah memperlengkapkan diri kita sendiri dengan kemahiran berkomunikasi secara berkesan.
  • 30. shamsuldebagio@yahoo.com 30 9.0 Sumber Rujukan SUMBER INTERNET Angriani. (2008). UBK KKT Halangan Komunikasi . Retrieved September 2010, from Unit Bimbingan kaunseling Kolej Komuniti Tawau: http://angrianiworld.com/ubk/index.php?option=com_content&task=view&id=77&Itemid=70 Halangan komunikasi berkesan. (n.d.). Retrieved Ogos 2010, from http://www.scribd.com/doc/19188764/halangan-komunikasi-berkesan YEOP, R. (n.d.). Komunikasi Berkesan. Retrieved Ogos 2010, from Institut Tadbiran Awam Negara: http://www.ciast.gov.my/bm/images/Nota/komunikasi%20berkesan.pdf http://documents.tips/documents/assngmnt-komunikasi-berkesan.html# http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=definisi http://www.pengertianku.net/2015/06/pengertian-struktur-organisasi-dan-fungsinya.html http://pengayaan.com/pengertian-struktur-sosial/ http://teachersyafa.blogspot.my/2012/11/komunikasi-takrif-jenis-ciri-halangan.html http://www.anneahira.com/pengertian-sosial.htm pucukemas.edu.my SUMBER BUKU Soedjito. (1992). Kosakata Bahasa Indonesia. Jakarta: diterbitkan oleh PT Gramedia Pustaka Utama, ISBN:9794032875 Richards, J., Platt, J. & Weber, H. (1985). Longman Dictionary of Applied Linguistics. London: Longman. ISBN-10: 0582557089 Valette, R. (1977). Modern Language testing. Second edition. San Diego, CA: Harcourt Brace Jovanovich. ISBN 10: 0155619268 / ISBN 13: 9780155619265 Perkembangan kanak-kanak edisi ke-2 (2009) by Haliza Hamzah & Joy N. Samuel terbitan oleh Kumpulan Budiman SDN BHD ISBN: 983 834 171 4 Yaacob, H. F. (2001). Komunikasi antara Manusia. Johor Bahru: Penerbit UTM. ISBN: 983-52-0262-0 Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) by Hajah Noresah Bt. Baharom terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ISBN: 978-983-62-8339-9
  • 31. shamsuldebagio@yahoo.com 31 10.0 Lampiran Author: Drs. Soedjito Title: Kosa Kata Bahasa Indonesia (Buku Pelengkap Mata Pelajaran Bahasa dan Sastra Indonesia untuk SMA) ISBN: 9794032875 (ISBN-13: 9789794032879) Publishing Com: PT Gramedia Pustaka Utama Place: Jakarta Edition: cetakan ketiga 1992 Language: Indonesian Pages: 149 pages Editor: Jack C. Richards Title: Longman Dictionary of Applied Linguistics ISBN-10: 0582557089 (ISBN-13: 978-0582557086) Publisher: Longman Place: London Edition: 1st ed edition (Dec. 1985) Language: English Paperback: 336 pages
  • 32. shamsuldebagio@yahoo.com 32 Lampiran Author: Rebecca M. Valette Title: Modern Language Testing ISBN 10: 0155619268 (ISBN 13: 9780155619265) Publisher: Harcourt Brace Jovanovich Place: San Diego, CA Edition: Second edition 1977 Language: English Pages: Author: Haliza Hamzah & Joy N. Samuel Title: Perkembangan Kanak-Kanak (untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ISBN: 983 834 171 4 Publisher: Kumpulan Budiman Sdn Bhd Place: Subang Jaya, Selangor MY Edition: Edisi kedua (2009) Pages: 180 muka surat (termasuk kulit)
  • 33. shamsuldebagio@yahoo.com 33 Lampiran Author: Dr Hashim Fauzy Yaacob Title: Komunikasi Antara Manusia ISBN: 983 52 0262 0 Publisher: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Press Place: Skudai Johor Bahru, Johor MY Edition: 2001 Language: Bahasa Melayu Pages: 356 muka surat Author: Hajah Noresah Bt Baharom Title: Kamus Dewan ISBN: 978-983-62-8339-9 Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka Place: Kuala Lumpur MY Edition: Edisi Keempat (cetakan pertama 2005) Language: Bahasa Melayu Pages: 1817 halaman
  • 34. shamsuldebagio@yahoo.com 34 11.0 Daftar Kata A --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Afektif - Agresif Altruistik Autokratik B --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Biologi Biologikal C --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- D --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Dialek DNA E --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Efektif Eklektif Error F --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- G --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Gen Genetik Gerek Gerek H --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- I --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Idiom Impak Implementasi Interpretasi IQ J --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- JPN K -------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kata Majmuk Kata Tunggal Kindergarten Kognitif Komunikasi Informal Komunikatif Kondusif Kosakata Kromosom L --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Laras Leksem LHDN
  • 35. shamsuldebagio@yahoo.co m 3 5 M --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Medium Merencat Moody N --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Non Verbal Nukleoprotein O --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Over protected P --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Perspektif Psikologi Q --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- R --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- RNA S --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Semantik Sindrom Sosiobiologi Subjektif T --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Taksonomi TASKA Temperamen U --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- V --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Verbal W -------------------------------------------------------------------------------------------------------------- X --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Y --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Z ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Notas del editor

  1. Pengenalan Setiap benda yang benyawa tidak lari daripada fitrah untuk berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Komunikasi atau proses interaksi antara manusia ataupun setiap makluk yang bernyawa dapat disimpulkan sebagai satu proses penyampaian maklumat dari satu pihak (penghantar) kepada satu pihak yang lain (penerima). Di dalam komunikasi terdapat beberapa elemen-elemen yeng penting yang dapat melengkapkan konsep komunikasi itu sendiri. Walaubagaimanapun, dalam proses komunikasi juga terdapat banyak halangan yang menghalang keberkesanan proses komunikasi dan mengakibatkan maklumat yang ingin disampaikan tersasar maksudnya dari perkara dasar. Halangan-halangan ini akan meninggalkan beberapa kesan kepada pengantar ataupun kepada penerima. Kesan-kesan inilah yang menjadi duri dalam setiap individu dan seterusnya mengakibatkan pertelingkahan dan pergaduhan sesama sendiri. Masalah-masalah seperti ini perlu dibendung agar masyarakat kita dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni terutamanya dalam konteks kehidupan masyarakat di Malaysia yang mempunyai pelbagai agama, bangsa, dan etnik.