SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 7
Sejarah Penubuhan KRS 
Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Muhammad Thani Bin Sha'aban 
di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pasukan ini 
pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan 
beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA) Keahliannya adalah seramai 
20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar daripada tingkatan 1 dan 2. 
Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU BERIMAN 
dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan, selaras dengan usaha 
dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020. 
Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan 
Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA 
KEHIDUPAN (AD-DEEN). Mulai tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah 
mula menubuhkan KPIM. 
Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. 
Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan; bernaung di bawah Kementerian Pendidikan telah 
dimulakan pada 10 Ogos 1993, dan satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri 
Datuk Dr. Wan Mohd Zahid b. Wan Mohd Nordin, iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 
September 1993. Tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dalam pertemuan ini. Hasil daripada 
pertemuan tersebut, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet, 
dan jawatankuasa ini telah mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA-PUTERI 
ISLAM (KPIM). 
Walaubagaimanapun, nama pasukan ini telah ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS). 
Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-pengarah bahagian Kementerian 
Pendidikan yang telah diadakan pada bulan Oktober 1993 telah dipengerusikan oleh Yang 
Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini 
ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah yang membuka keahliannya kepada semua kaum sama ada 
lelaki atau perempuan. 
Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 
1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul 
Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala 
Lumpur. 
Pada bulan November-Disember tahun yang sama, seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai 
jurulatih Kadet Remaja Sekolah peringkat negeri. Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah sebenarnya 
mempunyai keunikan konsep dan falsafahnya yang tersendiri yang membezakan pasukan ini dari 
pasukan-pasukan beruniform yang lain. Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur 
pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota pasukan. Pelajar yang meanggotai 
pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya melalui kegiatan kegiatan yang 
mencabar inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif, bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui 
amalan-amalan langsung ibadah khusus dan umum. 
Objektif Penubuhan KRS 
• Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya 
saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan. 
• Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke 
arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan 
tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.
• Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan 
juvana. 
• Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar 
memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. 
• Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara. 
• Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai 
murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan 
bernegara 
• Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di 
kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya. 
Logo KRS 
Perisai melambangkan tentang kefahaman diri daripada gejala yang tidak sihat. Bulan dan bintang 
melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia . Dua tangkai padi bersilang 
melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua 
tindakan. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang 
mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa megira keturunan dan kaum, agama, dan latar 
belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidkan Negara. 
· Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. 
· Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara 
yang tercinta. 
· Warna kuning melambangkan warna diraja yang manjadi tonggak kedaulatan negara 
Malaysia. 
· Warna putih melambangkan keikhlasan dan kesucian. Warna hijau malambangkan 
Tunas muda /remaja yang masih boleh dibentuk. 
Laluan hidup yang jelas untuk masa hadapan. 
Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum. 
Cogan kata KRS " ILMU IMAN AMAL"
ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS. 
IMAN: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. 
AMAL: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah 
daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri 
Lagu KRS 
Kadet Remaja Sekolah, 
Menuju satu ikatan bersaudara, 
Bersatu menjulang, keamanan Negara, 
Menjayakan ilmu, iman dan amal. 
Marilah kita membina peribadi, 
Membentuk insan yang kereatif, 
Kearah kecermelangan diri, 
Sepanjang masa yang berterusan. 
Remaja sambutlah cabaran, 
Menjadi bangsa Malaysia, 
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan, 
Jangan kita lupa kepada pencipta. 
Remaja hayati budaya, 
Ilmu, iman dan amal, 
Tetapkan di hati dan jiwamu, 
Wawasan Kadet Remaja Sekolah. 
Lagu: Mejar Muhammad Thani B. Shaaban 
Lirik: Left. Ustaz Roslan B. Abd. Rahman 
Muzik: Bah. Teknologi Pendidikan, Kementerian Pend. Malaysia 
Download Lagu KR 
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/1995 : 
PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 
BAHAGIAN SEKOLAH, 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 
PARAS 5, BLOK J (SELATAN), 
PUSAT BANDAR DAMANSARA, 
50604 KUALA LUMPUR. Tel : 03 - 2556900 
Fax : 03 - 2562389 
Kawat : ``PELAJARAN" 
________________________________________ 
KP(BS)8591/Jld.IV(4) 
Tarikh : 19 Julai 1995 
Semua Pengarah Pendidikan Negeri 
Yang Berbahagia Datuk/Tuan, 
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/1995 :
PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 
________________________________________ 
1.0 LATAR BELAKANG 
1.1 Pelajar adalah aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan 
datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program 
penting demi membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Secara umum kegiatan 
kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar serta meningkatkan minat mereka 
terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi 
masalah generasi muda yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita 
perlu menyediakan golongan pelajar yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan 
sahsiah yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). 
1.2 Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah (KRS) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah 
menengah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Pakaian 
Seragam di sekolah. Kewujudan KRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan 
bakat pelajr berdasarkan objektif yang dikemukakan. 
2.0 RASIONAL 
Menyedari hakikat bahawa minat serta kecenderungan pelajar kepada pasukan pakaian seragam di 
sekolah amat ketara sedangkan peluang untuk menyertai amat terhad, wajarlah KRS ditubuhkan bagi 
tujuan memenuhi minat serta untuk mengatasi masalah salah laku di kalangan remaja seperti 
penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana. Oleh itu aktiviti KRS diharap 
dapat mengembangkan semua aspek potensi manausia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah 
pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang 
tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 
3.0 MATLAMAT 
Melahirkan pelajar cemerlang yang berminat, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan seiras 
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. 
4.0 OBJEKTIF 
4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara. 
4.2 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam 
serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. 
4.3 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, 
kebolehan mengurus dan memimpin. 
4.4 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar 
mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya. 
45. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya 
saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. 
5.0 STRUKTUR ORGANISASI 
5.1 Struktur organisasi Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah seperti berikut: 
a. Penaung 
b. Penasihat 
c. Pengerusi 
d. Timbalan Pengerusi 
e. Naib Pengerusi 
f. Setiausaha Kehormat 
g. Penolong Setiausaha Kehormat 
h. Bendahari Kehormat 
i. AJK dilantik 
5.2 Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat: 
a. Peringkat Kebangsaan 
b. Peringkat Negeri 
c. Peringkat Daerah 
d.Peringkat Sekolah 
Maklumat lengkap struktur organisasi boleh didapati dalam Perlembagaan KRS.
6.0 KEAHLIAN 
6.1 Keahlian KRS adalah terbuka semua pelajar di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. 
6.2 Ahli bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain 
daripada dinyatakan dalam perkara 6.1 
6.3 KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus oleh institusi di mana KRS itu ditubuhkan. 
6.4 Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada 
sekolah atau institusi seperti yang dinyatakan di atas. 
7.0 KURIKULUM 
7.1 Teras 
a. Pendidikan Ketatanegaraan/Patriotisma 
b. Latihan Fizikal 
c. Pendidikan Kerohanian 
7.2 Umum 
a. Aktiviti Di air 
b. Aktiviti Di darat 
c. Aktiviti Pengembaraan 
d. Latihan Mental 
e. Latihan Kewarganegaraan 
f. Aktiviti Ketahanan Diri 
g. Aktiviti Pendidikan Luar 
h. Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar 
i. Aktiviti Kemahiran Hidup (Keusahawanan) 
j. Aktiviti Khidmat (Khidmat Masyarakat) 
8.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 
8.1 Fokus utama pengurusan dan pelaksanaan aktiviti KRS peringkat Kebangsaan, Negeri dan 
Daerah ialah seminar dan bengkel konsep dan operasi KRS. 
8.2 Kursus Pemimpin di peringkat sekolah menumpukan kepada aspek-aspek pelaksanaan aktiviti 
KRS. 
9.0 YURAN KEAHLIAN 
9.1 Yuran Keahlian dikenakan sebanyak RM 1.00 bagi setiap ahli. 
10.0 PAKAIAN SERAGAM (UNIFORM) 
Maklumat terperinci mengenai pakaian Seragam (Uniform) boleh didapati dalam buku Perlembagaan 
KRS.
11.0 KESELAMATAN DIRI 
12.0 PENGECUALIAN 
Pelajar-pelajar dalam keadaan seperti berikut boleh dikecualikan daripada menyertai KRS 
12.1 Kes-kes Perubatan, Pelajar-pelajar yang telah disahkan oleh doktor mengidap sakit jantung. 
lelah dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan jika mengambil bahagian dalam aktiviti KRS. 
12.2 Kecacatan, Pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan anggota tubuh yang boleh 
membahayakan diri mereka jika mengambil bahagian dalam aktiviti KRS. Tetapi sekiranya kecacatan 
mereka tidak menjadi penghalang, pelajar-pelajar tersebut hendaklah digalakkan mengambil 
bahagian dalam aktiviti yang sesuai bagi mereka .
12.3 Kelas Agama, untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kelas-kelas agama di waktu pagi/petang, 
satu penyesuaian terhadap aktiviti KRS hendaklah diadakan. Untuk tujuan ini, Pengetua hendaklah 
berunding dengan pihak sekolah/Jabatan berkenaan . 
13.0 PEMANTAUAN 
13.1 Tugas pemantauan hendaklah dilakukan oleh: 
a. Pengarah Pendidikan Negeri 
b. Pegawai Pendidikan Daerah 
c. Pengetua 
d. Ketua Penolong Pengarah dan Penyelia Kokurikulum JPN 
e. Penyelia Pejabat Pendidikan Daerah 
13.2 Pemantauan merangkumi perkara-perkara berikut: 
a. Laporan aktiviti 
b.Laporan kewangan 
14.0 Sila maklumkan kandungan Pekeliling ini bersama-sama dengan lampirannya kepada semua 
sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di negeri Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan. 
Sekian, terima kasih. 
``BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 
(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NORDIN) 
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia 
Kementerian Pendidikan Malaysia 
s.k. 1. Y. B. Datuk Seri Mohd. Najib b. Tun Hj. Abdul Razak 
Menteri Pendidikan Malaysia 
2. Y. B. Datuk Khalid b. Yunus 
Timbalan Menteri Pendidikan 
3. Y. B. Datuk Dr Fong Chan Onn 
Timbalan Menteri Pendidikan 
4. Ketua Setiausaha 
Kementerian Pendidikan Malaysia 
5. Timbalan Ketua Setiausaha I 
Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia 
6. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I 
Kementerian Pendidikan Malaysia 
7. Timbalan Ketua Setiausaha II 
Kementerian Pendidikan Malaysia 
8. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II 
Kementerian Pendidikan Malaysia 
9. Semua Ketua Bahagian 
Kementerian Pendidikan Malaysia 
10. Ketua Perhubungan Awam 
Kementerian Pendidikan Malaysia

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Teori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusanTeori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusanJalalludin6791
 
Rancangan menajar motor kasar dan halus
Rancangan menajar motor kasar dan halusRancangan menajar motor kasar dan halus
Rancangan menajar motor kasar dan halusNor Azelin Azeman
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
kompetensi 6c pembelajaran bermakna
kompetensi 6c pembelajaran bermaknakompetensi 6c pembelajaran bermakna
kompetensi 6c pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahRohini Egambaram
 
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrsNor Ainee
 
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATAManual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATANur Kareena
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita alin4box
 
Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)
Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)
Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)Jata Salih
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieArifahAzlanShah2
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanIzzat Najmi
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Rph menulis
Rph menulisRph menulis
Rph menulismabaa73
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hiburSham Razak
 

La actualidad más candente (20)

Teori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusanTeori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusan
 
Rancangan menajar motor kasar dan halus
Rancangan menajar motor kasar dan halusRancangan menajar motor kasar dan halus
Rancangan menajar motor kasar dan halus
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
kompetensi 6c pembelajaran bermakna
kompetensi 6c pembelajaran bermaknakompetensi 6c pembelajaran bermakna
kompetensi 6c pembelajaran bermakna
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
 
Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025
 
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATAManual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)
Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)
Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Teknik nyanyian
Teknik nyanyianTeknik nyanyian
Teknik nyanyian
 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model Addie
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruan
 
Modul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppgModul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppg
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Rph menulis
Rph menulisRph menulis
Rph menulis
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur
 

Destacado

Nota Pertolongan Cemas
Nota Pertolongan CemasNota Pertolongan Cemas
Nota Pertolongan CemasD'sya Famili
 
Kadet remaja-sekolah
Kadet remaja-sekolahKadet remaja-sekolah
Kadet remaja-sekolahZila Aleeya
 
Rancangantahunanaktivititunaskrsaras1 160104142122
Rancangantahunanaktivititunaskrsaras1 160104142122Rancangantahunanaktivititunaskrsaras1 160104142122
Rancangantahunanaktivititunaskrsaras1 160104142122Mohd Adzwan Azizan
 
Panduan krs online
Panduan krs onlinePanduan krs online
Panduan krs onlineFins Purnama
 
Tkrs
TkrsTkrs
Tkrs5rudd
 
Bahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrsBahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrsJay Atin
 
Pengenalan ikhtiar hidup
Pengenalan ikhtiar hidupPengenalan ikhtiar hidup
Pengenalan ikhtiar hiduplisa206
 
Prinsip Prinsip Pertolongan Cemas
Prinsip Prinsip Pertolongan CemasPrinsip Prinsip Pertolongan Cemas
Prinsip Prinsip Pertolongan CemasnorazanePBSM
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikanfiro HAR
 
Ikatan dan simpulan asas
Ikatan dan simpulan asasIkatan dan simpulan asas
Ikatan dan simpulan asasDian Nasha
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikansha_macc
 

Destacado (20)

Lirik lagu KRS
Lirik lagu KRSLirik lagu KRS
Lirik lagu KRS
 
Nota Pertolongan Cemas
Nota Pertolongan CemasNota Pertolongan Cemas
Nota Pertolongan Cemas
 
Kadet remaja-sekolah
Kadet remaja-sekolahKadet remaja-sekolah
Kadet remaja-sekolah
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 
TKRS SK Pengenalan 2015
TKRS SK Pengenalan 2015TKRS SK Pengenalan 2015
TKRS SK Pengenalan 2015
 
Lagu kadet remaja sekolah
Lagu kadet remaja sekolahLagu kadet remaja sekolah
Lagu kadet remaja sekolah
 
Rancangantahunanaktivititunaskrsaras1 160104142122
Rancangantahunanaktivititunaskrsaras1 160104142122Rancangantahunanaktivititunaskrsaras1 160104142122
Rancangantahunanaktivititunaskrsaras1 160104142122
 
Panduan krs online
Panduan krs onlinePanduan krs online
Panduan krs online
 
Tkrs
TkrsTkrs
Tkrs
 
Bahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrsBahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrs
 
multimedia
multimediamultimedia
multimedia
 
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
 
Pangkat krs
Pangkat krsPangkat krs
Pangkat krs
 
Bantuan CPR
Bantuan CPRBantuan CPR
Bantuan CPR
 
Ikatan krs
Ikatan krsIkatan krs
Ikatan krs
 
Pengenalan ikhtiar hidup
Pengenalan ikhtiar hidupPengenalan ikhtiar hidup
Pengenalan ikhtiar hidup
 
Prinsip Prinsip Pertolongan Cemas
Prinsip Prinsip Pertolongan CemasPrinsip Prinsip Pertolongan Cemas
Prinsip Prinsip Pertolongan Cemas
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikan
 
Ikatan dan simpulan asas
Ikatan dan simpulan asasIkatan dan simpulan asas
Ikatan dan simpulan asas
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
 

Similar a Sejarah penubuhan krs

KADET REMAJA SEKOLAH KRS SLIDE ASAL PENUBUHAN.pptx
KADET REMAJA SEKOLAH KRS SLIDE ASAL PENUBUHAN.pptxKADET REMAJA SEKOLAH KRS SLIDE ASAL PENUBUHAN.pptx
KADET REMAJA SEKOLAH KRS SLIDE ASAL PENUBUHAN.pptxMOHDZAIDIBINMOHAMEDR
 
Perlembagaankrstkrs2012 130105133309-phpapp02
Perlembagaankrstkrs2012 130105133309-phpapp02Perlembagaankrstkrs2012 130105133309-phpapp02
Perlembagaankrstkrs2012 130105133309-phpapp02Sabry Dash
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanHayatuNMustapHa
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikHadif Syahmi
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Ana Azuan
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Sherly Jewinly
 
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdfTOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdfssuser24ab8d
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMChon Seong Hoo
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM Mokhzani Fadir
 
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolahBook Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolahnizam mohd
 

Similar a Sejarah penubuhan krs (20)

KADET REMAJA SEKOLAH KRS SLIDE ASAL PENUBUHAN.pptx
KADET REMAJA SEKOLAH KRS SLIDE ASAL PENUBUHAN.pptxKADET REMAJA SEKOLAH KRS SLIDE ASAL PENUBUHAN.pptx
KADET REMAJA SEKOLAH KRS SLIDE ASAL PENUBUHAN.pptx
 
Perlembagaankrstkrs2012 130105133309-phpapp02
Perlembagaankrstkrs2012 130105133309-phpapp02Perlembagaankrstkrs2012 130105133309-phpapp02
Perlembagaankrstkrs2012 130105133309-phpapp02
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
 
Manual srendah-rintis-2019
Manual srendah-rintis-2019Manual srendah-rintis-2019
Manual srendah-rintis-2019
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Modal insan
Modal insanModal insan
Modal insan
 
Interview
InterviewInterview
Interview
 
SLOT MENGENALI KRS.pptx
SLOT MENGENALI KRS.pptxSLOT MENGENALI KRS.pptx
SLOT MENGENALI KRS.pptx
 
Penghargaa1
Penghargaa1Penghargaa1
Penghargaa1
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
 
Waj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysiaWaj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysia
 
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdfTOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 
EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolahBook Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
 

Último

KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Último (12)

KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 

Sejarah penubuhan krs

  • 1. Sejarah Penubuhan KRS Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA) Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar daripada tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan, selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD-DEEN). Mulai tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan; bernaung di bawah Kementerian Pendidikan telah dimulakan pada 10 Ogos 1993, dan satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid b. Wan Mohd Nordin, iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dalam pertemuan ini. Hasil daripada pertemuan tersebut, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet, dan jawatankuasa ini telah mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA-PUTERI ISLAM (KPIM). Walaubagaimanapun, nama pasukan ini telah ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS). Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-pengarah bahagian Kementerian Pendidikan yang telah diadakan pada bulan Oktober 1993 telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah yang membuka keahliannya kepada semua kaum sama ada lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur. Pada bulan November-Disember tahun yang sama, seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih Kadet Remaja Sekolah peringkat negeri. Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah sebenarnya mempunyai keunikan konsep dan falsafahnya yang tersendiri yang membezakan pasukan ini dari pasukan-pasukan beruniform yang lain. Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota pasukan. Pelajar yang meanggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya melalui kegiatan kegiatan yang mencabar inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif, bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan-amalan langsung ibadah khusus dan umum. Objektif Penubuhan KRS • Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan. • Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.
  • 2. • Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan juvana. • Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. • Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara. • Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara • Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya. Logo KRS Perisai melambangkan tentang kefahaman diri daripada gejala yang tidak sihat. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia . Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa megira keturunan dan kaum, agama, dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidkan Negara. · Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. · Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. · Warna kuning melambangkan warna diraja yang manjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia. · Warna putih melambangkan keikhlasan dan kesucian. Warna hijau malambangkan Tunas muda /remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa hadapan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum. Cogan kata KRS " ILMU IMAN AMAL"
  • 3. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS. IMAN: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. AMAL: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri Lagu KRS Kadet Remaja Sekolah, Menuju satu ikatan bersaudara, Bersatu menjulang, keamanan Negara, Menjayakan ilmu, iman dan amal. Marilah kita membina peribadi, Membentuk insan yang kereatif, Kearah kecermelangan diri, Sepanjang masa yang berterusan. Remaja sambutlah cabaran, Menjadi bangsa Malaysia, Maju dan cemerlang, remaja berwawasan, Jangan kita lupa kepada pencipta. Remaja hayati budaya, Ilmu, iman dan amal, Tetapkan di hati dan jiwamu, Wawasan Kadet Remaja Sekolah. Lagu: Mejar Muhammad Thani B. Shaaban Lirik: Left. Ustaz Roslan B. Abd. Rahman Muzik: Bah. Teknologi Pendidikan, Kementerian Pend. Malaysia Download Lagu KR SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) BAHAGIAN SEKOLAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 5, BLOK J (SELATAN), PUSAT BANDAR DAMANSARA, 50604 KUALA LUMPUR. Tel : 03 - 2556900 Fax : 03 - 2562389 Kawat : ``PELAJARAN" ________________________________________ KP(BS)8591/Jld.IV(4) Tarikh : 19 Julai 1995 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Yang Berbahagia Datuk/Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/1995 :
  • 4. PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) ________________________________________ 1.0 LATAR BELAKANG 1.1 Pelajar adalah aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar serta meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi muda yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan pelajar yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). 1.2 Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah (KRS) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Pakaian Seragam di sekolah. Kewujudan KRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajr berdasarkan objektif yang dikemukakan. 2.0 RASIONAL Menyedari hakikat bahawa minat serta kecenderungan pelajar kepada pasukan pakaian seragam di sekolah amat ketara sedangkan peluang untuk menyertai amat terhad, wajarlah KRS ditubuhkan bagi tujuan memenuhi minat serta untuk mengatasi masalah salah laku di kalangan remaja seperti penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana. Oleh itu aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manausia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 3.0 MATLAMAT Melahirkan pelajar cemerlang yang berminat, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan seiras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara. 4.2 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. 4.3 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. 4.4 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya. 45. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. 5.0 STRUKTUR ORGANISASI 5.1 Struktur organisasi Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah seperti berikut: a. Penaung b. Penasihat c. Pengerusi d. Timbalan Pengerusi e. Naib Pengerusi f. Setiausaha Kehormat g. Penolong Setiausaha Kehormat h. Bendahari Kehormat i. AJK dilantik 5.2 Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat: a. Peringkat Kebangsaan b. Peringkat Negeri c. Peringkat Daerah d.Peringkat Sekolah Maklumat lengkap struktur organisasi boleh didapati dalam Perlembagaan KRS.
  • 5. 6.0 KEAHLIAN 6.1 Keahlian KRS adalah terbuka semua pelajar di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. 6.2 Ahli bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada dinyatakan dalam perkara 6.1 6.3 KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus oleh institusi di mana KRS itu ditubuhkan. 6.4 Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada sekolah atau institusi seperti yang dinyatakan di atas. 7.0 KURIKULUM 7.1 Teras a. Pendidikan Ketatanegaraan/Patriotisma b. Latihan Fizikal c. Pendidikan Kerohanian 7.2 Umum a. Aktiviti Di air b. Aktiviti Di darat c. Aktiviti Pengembaraan d. Latihan Mental e. Latihan Kewarganegaraan f. Aktiviti Ketahanan Diri g. Aktiviti Pendidikan Luar h. Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar i. Aktiviti Kemahiran Hidup (Keusahawanan) j. Aktiviti Khidmat (Khidmat Masyarakat) 8.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 8.1 Fokus utama pengurusan dan pelaksanaan aktiviti KRS peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah ialah seminar dan bengkel konsep dan operasi KRS. 8.2 Kursus Pemimpin di peringkat sekolah menumpukan kepada aspek-aspek pelaksanaan aktiviti KRS. 9.0 YURAN KEAHLIAN 9.1 Yuran Keahlian dikenakan sebanyak RM 1.00 bagi setiap ahli. 10.0 PAKAIAN SERAGAM (UNIFORM) Maklumat terperinci mengenai pakaian Seragam (Uniform) boleh didapati dalam buku Perlembagaan KRS.
  • 6. 11.0 KESELAMATAN DIRI 12.0 PENGECUALIAN Pelajar-pelajar dalam keadaan seperti berikut boleh dikecualikan daripada menyertai KRS 12.1 Kes-kes Perubatan, Pelajar-pelajar yang telah disahkan oleh doktor mengidap sakit jantung. lelah dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan jika mengambil bahagian dalam aktiviti KRS. 12.2 Kecacatan, Pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan anggota tubuh yang boleh membahayakan diri mereka jika mengambil bahagian dalam aktiviti KRS. Tetapi sekiranya kecacatan mereka tidak menjadi penghalang, pelajar-pelajar tersebut hendaklah digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti yang sesuai bagi mereka .
  • 7. 12.3 Kelas Agama, untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kelas-kelas agama di waktu pagi/petang, satu penyesuaian terhadap aktiviti KRS hendaklah diadakan. Untuk tujuan ini, Pengetua hendaklah berunding dengan pihak sekolah/Jabatan berkenaan . 13.0 PEMANTAUAN 13.1 Tugas pemantauan hendaklah dilakukan oleh: a. Pengarah Pendidikan Negeri b. Pegawai Pendidikan Daerah c. Pengetua d. Ketua Penolong Pengarah dan Penyelia Kokurikulum JPN e. Penyelia Pejabat Pendidikan Daerah 13.2 Pemantauan merangkumi perkara-perkara berikut: a. Laporan aktiviti b.Laporan kewangan 14.0 Sila maklumkan kandungan Pekeliling ini bersama-sama dengan lampirannya kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di negeri Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan. Sekian, terima kasih. ``BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" (TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NORDIN) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia s.k. 1. Y. B. Datuk Seri Mohd. Najib b. Tun Hj. Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia 2. Y. B. Datuk Khalid b. Yunus Timbalan Menteri Pendidikan 3. Y. B. Datuk Dr Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan 4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Timbalan Ketua Setiausaha I Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia 6. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I Kementerian Pendidikan Malaysia 7. Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Malaysia 8. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II Kementerian Pendidikan Malaysia 9. Semua Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia 10. Ketua Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia