1. BAB 1: MASALAH KAJIAN
SOALAN 4: Nyatakan tujuan, metodologi dan dapatan kajian dalam abstrak artikel
ini.
Keseluruhan abstrak artikel ini, secara umumnya adalah bertujuan untuk melihat
pengaruh status sosioekonomi (SES) pelajar- pelajar UTeM mempunyai hubungan dengan
pencapaian akademik pelajar dengan huraian yang menyatakan status sosio-ekonomi seperti
cara hidup, pendidikan formal, kedudukan dari segi kelahiran dan kedudukan pekerjaan
seseorang. Selain itu adalah bertujuan untuk melihat pengaruh trait personaliti mempunyai
hubungan dengan pencapaian akademik, Manakala metodologi adalah untuk melihat
hubungan dan pengaruh laar belakang sosioekonomi (SES) dan personaliti terhadap
pencapaian akademik pelajar khusunya pejar-pejar UTeM iaitu FKE, FKEKK, FKM, FKP,
FTMK. Kerangka kajian dan rekabentuk kajian yang merangkumi sapel kajian,instrument
kajian seta proses pengumpulan dan penganalisasian data. Selain itu, instrumen yang
digunakan untuk mngukur personaliti adalah alat ‘ Inventori Personaliti Sidek’ (IPS).
Instrument IPS akan mengukur trait-trait personaliti iaitu agresif, analitikal,
autonomi,bersandar, ekstrovert, intelektual, introvert, kepelbagaian, ketahanan, kritik diri,
menolong, sokongan, struktur, pencapaian dan penipuan. Dapatan kajian pula Artikel ini
menunjukkan kajian untuk melihat pengaruh atau hubungan latar belakang keluarga dan
pesonaliti dengan pencapaian akademik pelajar di lima buah fakulti kejuruteraan yang
terdapat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE),
Fakulti Kejurutraan Elektrik dan Kejuruteraan Komputer, Fakulti Kejuruteraan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) dan Fakulti
Kejuruteraan Mekanikal (FKM). Responden kajian terdiri daripada 291 orang pelajar (n=291)
iaitu lelaki seramai 163 orang dan perempuan seramai 128 orang. Analisis yang digunakan
adalah Analisis Skor Min, ANOVA Sehala dan Ujian Khi-kuasa Dua (Chi-square dengan
paras signifikan 0.05 yang ditetapkan) untuk membandingkan antara jantina dengan
pencapaian akademik pelajar dan hubungannya dengan pendapatan serta tahap tertinggi
pelajaran ibu bapa mereka. Dapatan membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan tarit-tarit personaliti dengan pencapaian akademik manakala tiga trait personaliti
lain iaitu analitikal (nilai sig. f-0.04), kepelbagaian (nilai sig. f-0.03) dan kritik diri (nilai sig.
f-0.03) menunjukkan kecenderungan ke arah yang signifikan dari segi tahap pencapaian
akademik.
2. BAB 2: KAJIAN LITERATURE
SOALAN 12 : Adakah kajian literatur dalam bab 2 tersebut sesuai dengan tajuk kajian
ini. Berikan beberapa contoh yang berkaitan dengan kajian ini.
Kajian literature dalam bab 2 adalah sesuai dengan tajuk kajian ini yang mana
terdapat beberapa contoh yang berkaitan iaitu kajian – kajian berkaitan personaliti dan jantina
dengan pencapaian akademik (kajian tempatan). Kajian oleh Norida, Razelan dan Hafzan
(2006) telah dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat keselarasan antara jenis
personality pelajar dengan persekitaran program pengajian yang diikuti di UTeM. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat keselarasan antara personaliti dengan program pengajian pelajar
bagi pelajar yang mengikuti program BEKP, BEKC, BMCT,BMCA dan BMCS. Bagi
program BEKE, BMFP, BMFR, BMFA,BITD, BITM, BITS, BITC, BENC, BENT dan
BENE dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat keselarasan antara personaliti pelajar
dengan program pengajian yang diikuti. Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan
signifikan antara keselarasan personaliti dengan pencapaian akademik pelajar kecuali bagi
program pengajian BENC, BENT dan BENE. Keputusan kajian ini menunjukkan ada dalam
kalangan pelajar yang memilih bidang pengajian yang selaras dengan personaliti mereka dan
ada yang memilih bidang yang tidak selaras dengan personaliti mereka.
Contoh kedua ialah kajian-kajian berkaitan personaliti, sosio- ekonomi, pendidikan
dan jantina dengan pencapaian akademik (kajian di barat). Coover dan Murphy(2000)
menguji hubungan antara identiti diri dengan pencapaian akademik dan mendapati konsep
sendiri antara dimensi yang lebih positif berkait denganpencpaian akademik. Menurutnya
identiti diri boleh berubah melalui interaksi social dan komunikasi antara lain yang mana
boleh meninggikan pencapaian. Selain itu, Capenter et al, (1993) dalam kajiannya terhadap
pelajar-pelajar undergraduate dalam jurusan accountancy di tiga buah university
awam,swasta dan urban pubic university di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa
pencapaian akademik bergantung kepada race and expectation. Kajian tersebut juga
menunjukkan bahawa majoriti pelajar daripada kaum kulit putih mempunyai pencapaian
akademik yang lebih baik berbanding pelajar-pelajar daripada kaum kulit hitam, Hispanics
dan peribumi Amerika Syarikat.
3. BAB 3
METODOLOGI
Soalan 20. Apakah alat atau instrumen yang dijadikan sandaran oleh penulis dalam
kajian ini? Huraikan.
Alat instrument yang dijadikan sandaran oleh penulis dalam kajian ini adalah
Inventori Personaliti Sidek (IPS). IPS mempunyai 15 skala yang mampu mengenal pasti 15
ciri-ciri personaliti individu. IPS bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti ciri-ciri
personaliti berikut iaitu: Agresif, Analitikal, Autonomi, Bersandar, Ekstrovert, Intelektual,
Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik-diri, Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur dan
Pencapaian (Sidek Mohd Noah, 1998)
Kesemua skor yang diperolehi dibincangkan dan diteliti satu persatu. Pentafsiran skor
yang tinggi bagi setiap trait-trait adalah seperti Agresif menunjukkan anada adalah seorang
individu yang suka mengkritik orang lain. Analitikal menunjukkan anda sukakan kebebasan
sepenuhnya dalam segala tindakan. Bersandar menunjukkan anda suka bergantung kepada
orang lain. Ekstrovert menunjukkan anda adalah individu yang social. Intelektual
menunjukkan anda sukakan aktiviti yang memberi cabaran dari segi intelektual. Introvert
menunjukkan anda adalah individu yang tidak sosial.
Kepelbagaian menunjukkan anda dapat menghayati situasi yang dapat memberi
peluang untuk pengalaman baru. Ketahanan menunjukkan anda individu yang mempunyai
ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi. Kritik diri menunjukkan anda tidak stabil dari
segi emosi dan psikologi. Mengawal menunjukkan individu suka mengawal orang lain.
Menolong menunjukkan anda memerlukan berkeinginan untuk menunjukkan atau meluahkan
simpati. Sokongan menunjukkan anda memerlukan perhatian. Struktur menunjukkan anda
suka kepada kekemasan dan pencapaian menunjukkan anda bermotivasi dan mahukan status
yang tinggi.
4. Bab4
DAPATAN KAJIAN
SOALAN 29 : Huraikan dapatan Hipotesis IV dalam kajian ini.
Dapatan Hipotesis IV dalam kajian ini adalah daripada analisis perbandingan item-
item soal selidik di bawah tajuk kecil 4.8.1 iaitu tidak terdapat hubungan signifikan antara
pendidikan tertinggi ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar. Merujuk jadual 4.8.2
perkaitan antara pendidikan tertinggi bapa dengan tahap pencapaian akademik pelajar
menaytakan bahawa taburan bilangandan peratusan responden mengikut pendidikan tertinggi
bapa dan tahap pencapaian akademik dan analisis Khi-kuasa dua bagi melihat perkaitan
antara dua pembolehubah tersebut.
Seramai 61 pelajar menyatakan bapa mereka tidak sekolah atau bersekolah rendah
sahaja. Daripada jumlah ini, seramai 67% pelajar memperolehi pencapaian akademik di tahap
sederhana, 18% memperolehi pencapaian akademik di tahap tinggi sementara 15%
memperolehi pencapaian akademik yang rendah.
Seramai 137 pelajar menyatakan bapa mereka tamat sekolah menengah. Daripada
jumlah ini, seramai 56% pelajar memperolehi pencapaian akademik di tahap sederhana, 31%
memperolehi pencapaian akademik di tahap tinggi sementara 14% memperolehi pencapaian
akademik yang rendah. Seramai 48 pelajar menyatakan bapa mereka berpendidikan sehingga
peringkat diploma. Daripada jumlah ini, seramai 56% pelajar memperolehi pencapaian
akademik di tahap sederhana, 25% memperolehi pencapaian akademik di tahap tinggi
sementara 19% memperolehi pencapaian akademik yang rendah.
Seramai 45 pelajar menyatakan bapa mereka berpendidikan sehingga peringkat ijazah
sarjana muda, sarjana atau Doktor Falsafah (PhD). Daripada jumlah ini, seramai 67% pelajar
memperolehi pencapaian akademik di tahap tinggi sementara 16% memperolhi pencapaian
akademik yang rendah.
5. Bab5 : PERBINCANGAN DAN CADANGAN
SOALAN 40: Adakah anda bersetuju terhadap perbincangan dapatan Hipotesis I ?
Berikan justifikasi anda.
Saya bersetuju dengan perbincangan dapatan Hipotesis I yang menyatakan bahawa
pengaruh atau hubungan latar belakang (sosio-ekonomi) dengan pencapaian akademik pelajar
UTeM tidak ada hubungan yang signifikan. Ini dapat dilihat daripada kajian ini yang mana
nilai signifikan yang diperolehi adalah 0.44 iaitu lebih tinggi atau lebih besar daripada aras
signifikan yang ditetapkan (0.05). Kajian ini membuktikan tidak terdapat perkaitan yang
signifikan antara pendapatan keluarga dengan tahap pencapaian akademik pelajar. Ini
bermakna pengaruh latar belakang sosio-ekonomi pelajar-pelajar yang dikaji tidak
mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Pendapatan di bawah paras kemiskinan adalah
pendapatan keluarga RM1,000.00 (Satu Ribu Ringgit Malaysia) sebulan tidak menghalang
pelajar-pelajar untuk mencapai kecemerlangan (CPGA 3.00 hingga 4.00) dalam peperiksaan
akhir di setiap semester. Manakala pendapatan keluarga yang melebihi RM5,000.00 (Lima
Ribu Ringgit Malaysia) sebulan bukan jaminan bahawa pelajar-pelajar dalam kelompok
keluarga pendapatan tinggi ini akan cemerlang dalam peperiksaan akhir setiap semester.
Begitu juga sebaliknya. Oleh itu,trait personaliti pencapaian pelajar yang tinggi dalam kajian
ini iaitu di paras signifikan 0.73 lebih besar daripada paras signifikan 0.05 yang ditetapkan
telah membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan akhir setiap semester.
Elemen ‘sangat bermotivasi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat’ yang
terdapat pada skor tinggi bagi trait personaliti pencapaian ini memungkinkan pelajar-
pelajardalam kajian ini mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan akhir semester. Kajian
ini dipertegas, diperkukuh dan diakui oleh kenyataan bahawa ‘pelajar yang mempunyai
motivasi yang tinggi mendapat pencapaian yang lebih cemerlang’. {( Ross, 1999 & Bandura,
1996 – dalam Azizi Hj. Yahya, Yusof Boon & Kamaliah Noordin (2005)}.