KERTAS KERJA SAMBUTAN PERAYAAN HARI RAYA PUASA.docx
1. KERTAS KERJA
SAMBUTAN PERAYAAN
HARI RAYA PUASA
PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2022
SJKT KLEBANG
PRASEKOLAH BARATHIYAR
TARIKH: 10/05/2022(SELASA)
TEMPAT: DI PINGGIR PADANG SEKOLAH
MASA :9.00 PAGI
2. 1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon kelulusan daripada pihak
sekolah untuk menjalankan program Sambutan Hari Raya Aidilfitri di peringkat
Prasekolah di sekolah S.J.K(T) Klebang.
2.0 PENGENALAN
Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan satu aktiviti menjalin
silaturrahim yang melibatkan murid -murid Prasekolah Barathiyar,
Prasekolah Kambar dan semua guru-guru SJKT Klebang yang dianjurkan
oleh Guru-guru Prasekolah dan PPM-PPM bertempat di pinggir padang
sekolah.
3.0 OBJEKTIF
3.2 Meningkatkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid.
3.3 Melahirkan rasa kesyukuran menyambut aidilfitri dan mengenal budaya
kaum Melayu .
PENERANGAN PROGRAM
Tarikh : 10/05/2022 (SELASA)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Di pinggir padang sekolah (Berhadapan Prasekolah)
4.0 NAMA PROJEK
Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri
5.0 TARIKH
10hb Mei 2022
6.0 ANJURAN
Guru-guru Prasekolah dan PPM -PPM
7.0 TEMPAT
Padang Prasekolah
3. 8.0 BILANGAN PESERTA
Semua murid Prasekolah Barathiyar dan Prasekolah Kambar
9.0 PENGANGKUTAN
tiada
ATUR CARA PROGRAM
7.30 pagi : Mengambil kehadiran murid
7.40pagi : Perkongsian video mengenai Info Sambutan Hari Raya
8.00pagi : Sarapan Pagi
8.30 pagi : Pesediaan Awal Sambutan Hari Raya
9.00 pagi : Ucapan aluan pengerusi majlis
9.10 pagi : Aktiviti menyalakan pelita oleh pihak Pentadbir
9.15 pagi : Ucapan daripada Puan.Pathmani(Guru Besar S.J.K(T) Klebang
9.20 pagi : Sorakkan Selamat Hari Raya Aidilfitri khas daripada
Murid-murid Prasekolah.
9.30 pagi : Memperagakan pakaian baju murid (Baju Kurung dan Baju Melayu)
9.45 pagi : Jamuan
10.45 pagi : Kuiz Raya
11.30 pagi : Bersurai
E) Jawatankuasa Induk
Biro Sambutan :
Penasihat : Pn. D.Pathmani (Guru Besar)
Pn.P.Gowry (PK Pentadbiran)
Pn.A.Kasthusre (PK HEM)
En.A.Samy (PK Kokurikulum)
Pengerusi : Pn. B.Jayanthi (Guru Prasekolah)
Setiausaha & Bendahari : Pn.S.Malazi@Malathy
AJK Sampingan : PN. Norabita binti Kamorudin & Pn.Nor Hidayu binti Nordin
: Semua Sokongan Sekolah
4. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil PERKARA JUMLAH KOS JUMLAH
1.
2.
4.
5.
6.
7.
Perhiasan khemah
ALATAN MAKANAN
LEMANG
RENDANG AYAM
Sate Ayam dengan kuah kacang
Cendol
Rm30.00
RM 6.00(PIRING KERTAS)
(CAWAN
KERTAS) x 3
RM 24.00x4
RM 15.00x2
Rm 0.80x 70
Rm 1.00x 60
RM 30.00
RM 18.00
RM 96.00
RM 30.00
RM 56.00
Rm 60.00
JUMALAH KESELURUHAN RM 290.00
*Sumbangan ikhlas daripada ibubapa Prasekolah Barathiyar, Prasekolah
Kambar, PPM bagi kedua-dua kelas dan Guru -guru Prasekolah*.
Diharapkan pihak S.J.K (T) Klebang dapat mempertimbangkan dan meluluskan kertas
kerja cadangan untuk Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Prasekolah ini agar
dapat memberi satu amalan baik untuk murid menghormati bangsa dan agama kaum
Melayu dari peringkat awal kanak- kanak. Kami juga berharap program ini akan
mencapai sasaran, matlamat dan objektifnya yang utama yakni memupuk semangat
perpaduan dan menambah pengetahuan berkenaan perayaan di Malaysia dalam
kalangan murid-murid prasekolah. Setinggi penghargaan kami rakamkan kepada pihak
pentadbiran S.J.K (T) Klebang semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung dalam menjayakan sambutan ini.
5. Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,
……………………….. …………………………
B.Jayanthi PN.D.Pathmani
Guru Prasekolah Guru Besar
SJKT Klebang SJKTKlebang