SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 25
Descargar para leer sin conexión
P1105/UNIT 1/1
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

UNIT 1

OBJEKTIF

Objektif Am:

Objektif Khusus:

Membolehkan pelajar memahami tentang perakaunan, prinsip prinsip, andaian-andaian dan kovensyen perakaunan mengikut
mengikut badan-badan perakaunan antarabangsa seperti GAAP,
IAS, SSAP, MAS dan IAS, fungsi perakaunan kewangan,
cabang-cabang perakaunan, penggunaan dan kepentingan
maklumat perakaunan.

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:
ü Mendefinisikan perakaunan dan simpankira
ü Menerangkan
prinsip -prinsip,
andaian-andaian
dan
konvensyen perakaunan menurut GAAP,IAS,SSAP, MAS
dan IAS.
ü Menerangkan cabang-cabang perakaunan
ü Membincangkan kepentingan maklumat perakaunan kepada
pengguna dalaman dan pengguna luaran
ü Mentakrifkan kitaran perakaunan dan menyenaraikan fasafasa dalam kitaran perakaunan

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/2
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

INPUT

1.0 PENGENALAN
Apa itu
• Simpankira???
• Perakaunan????

1.1 SIMPANKIRA ialah………..
Satu proses penyediaan rekod-rekod
urusniaga. Proses dalam Simpankira
melibatkan aktiviti:
DATA-DATA
KEWANGAN

•
•
•
•
•
•
•

Mengenalpasti
Mengukur
Merekod
Mengkelas
Meringkas
Mengumpul
melaporkan

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/3
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

1.2 PERAKAUNAN ialah………….
Satu proses menyediakan maklumat mengenai kedudukan kewangan
dan hasil kendalian sesebuah entiti untuk membantu pihak-pihak
yang berkepentingan membuat keputusan. Proses dalam
perakaunan melibatkan aktiviti:

S
I
M
P
A
N
K
I
R
A

§
§
§
§
§
§
§

Mengenalpasti
Mengukur
Merekod
Mengkelas
Meringkas
Mengumpul dan
Melaporkan

DATA-DATA
KEWANGAN

§ Menganalisis

Daripada definisi Simpankira dan Perakaunan di atas, dapat disimpulkan bahawa
konsep Simpankira dan Perakaunan sangat berkait rapat dan Simpankira
merupakan langkah permulaan dalam proses perakaunan.

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/4
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Konsep-konsep asas
perakaunan yang perlu diketahui
oleh akauntan?????

1.2 KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN

KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN

ANDAIAN-ANDAIAN
PERAKAUNAN

PRINSIP-PRINSIP
PERAKAUNAN

KEKANGAN PERAKAUNAN

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/5
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

1.3.1 ANDAIAN-ANDAIAN PERAKAUNAN
ANDAIAN-ANDAIAN PERAKAUNAN

•

Andaian Entiti Berasingan
Menurut andaian ini, setiap perniagaan hendaklah diakaunkan secara
berasingan dan terpisah dari pemiliknya dan dari entiti-entiti yang
lain

•

Andaian Usaha Berterusan
Menurut andaian ini, sesebuah perniagaan akan terus beroperasi pada
masa-masa akan datang, dan tidak mempunyai rancangan untuk
dibubarkan.

•

Andaian Wang Sebagai Unit Ukuran
Menurut andaian ini, semua keputusan kewangan sesebuah entiti akan
diukur dalam unit kewangan. Nilai ringgit dan sen diandaikan sentiasa
dalam keadaan yang stabil.

•

Andaian Ketekalan
Menurut andaian ini, penggunaan prinsip/kaedah perakaunan tidak
akan diubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Andaian ini
bertujuan agar prestasi operasi dan kedudukan kewangan perniagaan
boleh dibandingkan antara satu tempoh dengan satu tempoh yang
lain.

•

Andaian Tempoh Perakaunan
Andaian ini menyatakan aktiviti perniagaan
boleh dibahagikan
kepada tempoh-tempoh tertentu contohnya seperti sebulan, suku tahun
atau setahun. Andaian ini membolehkan pengguna-pengguna penyata
kewangan mengetahui prestasi operasi perniagaan dan kedudukan
kewangan perniagaan sekurang-kurangnya sekali setahun.

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/6
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

1.3.2 PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN

PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN

•

Prinsip Kos Sejarah
Merupakan prinsip untuk merekod semua unsur dalam penyata
kewangan pada nilai kos.

•

Prinsip Keobjektifan
Prinsip perakaunan ini menegaskan bahawa perekodan sesuatu
urusniaga hendaklah berdasarkan bukti yang objektif. Mana-mana
urusniaga yang tidak dapat disokong dengan bukti yang objektif,
seperti anggaran untuk akaun Peruntukan hutang Ragu, anggaran
hendaklah dibuat berdasarkan maklumat yang disahkan dan tidak
berat sebelah.

•

Prinsip pendedahan
Mengikut prinsip ini pendedahan maklumat perakaunan hendaklah
sentiasa relevan, tepat pada masanya, boleh dipercayai, tidak berat
sebelah dan bebas dari kesalahan dan kesilapan.

•

Prinsip Pemadanan Hasil dan Belanja
Prinsip perakaunan ini merujuk kepada semua perbelanjaan yang
terlibat untuk mendapatkan hasil yang berkenaan hendaklah
dilaporkan dalam tempoh perakaunan yang mana hasil yang
berkenaan dilaporkan.

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/7
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

1.3.3 KEKANGAN-KEKANGAN PERAKAUNAN

KEKANGAN-KEKANGAN PERAKAUNAN

•

Kekangan Konservatisme
Kekangan ini menggalakkan perniagaan untuk mengelakkan
daripada terlebih nyatakan
aset dan liabiliti dan mengurang
nyatakan liabiliti dan perbelanjaan.

•

Kekangan Kematerialan
Kekangan ini merujuk kepada kepentingan sesuatu item atau
peristiwa secara relatif. Item-item yang tidak material tidak perlu
dilaporkan secara berasingan.

•

Kekangan Faedah-Kos
Kekangan ini merujuk kepada kos penyediaan maklumat hendaklah
tidak melebihi daripada nilai maklumat tersebut kepada penggunapengguna penyata kewangan.

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/8
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

AKTIVITI 1a

1.1

Perakaunan merupakan satu ____________ menyediakan ____________
kewangan tentang sesuatu perniagaan untuk membantu pihak-pihak yang
berkepentingan membuat __________________

1.2 _____________________ merupakan langkah permulaan dalam proses
perakaunan
1.3

Susun aktiviti-aktiviti berikut mengikut susunan nombor yang betul dalam proses
penyediaan maklumat kewangan
Mengenalpasti
Melaporkan
Mengukur
Mengkelaskan
Mengumpul
Merekod
Meringkaskan

1.4

(
(
(
(
(
(
(

)
)
)
)
)
)
)

Senaraikan lima prinsip-prinsip asas perakaunan:
i.
_______________________________
ii.
_______________________________
iii.
_______________________________
iv.
_______________________________
v.
_______________________________
vi.
_______________________________
vii.
_______________________________
viii. _______________________________
ix.
_______________________________
x.
_______________________________

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/9
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

1.5

Berdasarkan kepada lima jawapan di atas, padankan
perakaunan dengan maklumat yang diberi.
a.

prinsip-prinsip asas

________________________________

Prinsip perakaunan yang menntukan panduan memilih kaedah
perakaunan yang tidak menyebabkan aset dan pendapatan bersih
lebih nyata. Prinsip ini menggalakkan aset dinyatakan pada nilai
yang terendah antara kos atau pasaran. Manakala liabiliti
dinyatakan pada nilai yang lebih tinggi dengan menbuat
peruntukan terhadap semua liabiliti walaupun dalam jangkaan
b.

_______________________________________

Prinsip perakaunan yang menegaskan bahawa perekodan, penilaian
aset dan liabiliti, dan pengukuran pendapata dibuat berdasarkan
bukti yang benar dan cukup, untuk membolehkan data kewangan
ditentusahkan, dan tidak mengandungi unsur berat sebelah

c.

_________________________________
Merupakan prinsip untuk merekod urusniaga bagi aset
mengikut nilai sebenar iaitu pada masa urusniaga itu
berlaku kerana ianya lebih objektif dan boleh dibuktikan.
Aset tidak dicatatkan pada nilai semasa kerana tidak boleh
dibuktikan secara objektif

d.

____________________________________
Prinsip perakaunan untuk mengenalpasti hasil terperoleh
bagi sesuatu tempoh perakaunan dan
belanja untuk
mendapatkan hasil tersebut bagi tempoh yang sama

e.

____________________________________
Adalah diandaikan bahawa penggunaan prinsip/kaedah
perakaunan tidak akan diubah dari satu tempoh ke satu
tempoh yang lain. Andaian ini bertujuan agar penyata
kewangan organisai bagi satu tempoh boleh dibandingkan.

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/10
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

MAKLUM BALAS 1a
1.1

Perakaunan merupakan proses menyediakan maklumat kewangan tentang
sesuatu perniagaan untuk membantu pihak-pihak yang berkepentingan
membuat keputusan.

1.2

Simpankira merupakan langkah permulaan dalam proses perakaunan

1.3

Susun aktiviti-aktiviti berikut mengikut susunan nombor yang betul dalam
proses penyediaan maklumat kewangan
Mengenalpasti
Melaporkan
Mengukur
Mengkelaskan
Mengumpul
Merekod
Meringkaskan

1.4

(1 )
(7 )
( 2)
( 4 )
( 6 )
( 3 )
( 5 )

Senaraikan lima prinsip-prinsip asas perakaunan:
i.
Prinsip kos sejarah
ii.
Prinsip Entiti berasingan
iii.
Prinsip Konservatisme
iv.
Prinsip Kematerialan
v.
Prinsip Keobjektifan
v.
Prinsip Ketekalan
vi.
Prinsip Tempoh perakaunan
vii.
Prinsip pendedahan
viii. Prinsip Pemadanan hasil dan belanja
ix.
Prinsip Catatan bergu

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/11
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

1.5

Berdasarkan kepada lima jawapan di atas, padankan
perakaunan dengan maklumat yang diberi.
a.

prinsip-prinsip asas

Prinsip Konsertvatisme
Prinsip perakaunan yang menentukan panduan memilih
kaedah perakaunan yang tidak menyebabkan aset dan
pendapatan bersih lebih nyata. Prinsip ini menggalakkan
aset dinyatakan pada nilai yang terendah antara kos atau
pasaran. Manakala liabiliti dinyatakan pada nilai yang lebih
tinggi dengan menbuat peruntukan terhadap semua liabiliti
walaupun dalam jangkaan

b.

Prinsip Keobjektifan
Prinsip perakaunan yang menegaskan bahawa perekodan,
penilaian aset dan liabiliti, dan pengukuran pendapata
dibuat berdasarkan bukti yang benar dan cukup, untuk
membolehkan data kewangan ditentusahkan, dan tidak
mengandungi unsur berat sebelah

c.

Prinsip Kos Sejarah
Merupakan prinsip untuk merekod urusniaga bagi aset
mengikut nilai sebenar iaitu pada masa urusniaga itu
berlaku kerana ianya lebih objektif dan boleh dibuktikan.
Aset tidak dicatatkan pada nilai semasa kerana tidak boleh
dibuktikan secara objektif

d.

Prinsip Pemadanan hasil dan belanja
Prinsip perakaunan untuk mengenalpasti hasil terperoleh
bagi sesuatu tempoh perakaunan dan
belanja untuk
mendapatkan hasil tersebut bagi tempoh yang sama

e.

Prinsip Ketekalan
Adalah diandaikan bahawa penggunaan prinsip/kaedah
perakaunan tidak akan diubah dari satu tempoh ke satu
tempoh yang lain. Andaian ini bertujuan agar penyata
kewangan organisai bagi satu tempoh boleh dibandingkan.

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/12
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

INPUT

Pelajar-pelajar adakah
anda terfikir bahawa
perakaunan merupakan
satu bidang yang sangat
luas. Sekarang, mari kita
lihat 3 cabang utama
perakaunan

1.4

CABANG-CABANG PERAKAUNAN

CABANG-CABANG PERAKAUNAN

PERAKAUNAN
KEWANGAN

PERAKAUNAN
PENGURUSAN

PERAKAUNAN KOS

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/13
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

1.4.1 PERAKAUNAN KEWANGAN

PERAKAUNAN KEWANGAN
•

Menekankan aspek penyediaan laporan
kewangan untuk membantu pihak-pihak
yang berkepentingan membuat keputusan

•

3 bentuk laporan laporan perakaunan
kewangan yang utama ialah Akaun
Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan
Kunci Kira-Kira

•

Akaun Perdagangan dan Akaun Untung
Rugi bertujuan melaporkan hasil kendalian
perniagaan untuk tempoh tertentu

•

Kunci Kira-kira bertujuan menunjukkan
kedudukan kewangan perniagaan pada
satu titik masa

1.4.2 PERAKAUNAN KOS
PERAKAUNAN KOS
•

Menekankan kepada aspek penentuan kos
terutamanya kos
pengeluaran dan kos
perkhidmatan

•

Maklumat kos ini
pihak pengurusan

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

akan digunakan oleh

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/14
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

1.4.3 PERAKAUNAN PENGURUSAN
PERAKAUNAN PENGURUSAN
•

Menterjemahkan maklumat yang dihasilkan
oleh Perakaunan Kos dan Perakaunan
Kewangan untuk
membantu
pihak
pengurusan membuat perancangan , kawalan
dan keputusan berkenaan operasi perniagaan

Siapakah yang memerlukan
maklumat yang dihasilkan
oleh
Perakaunan
Kewangan???

1.5 PENGGUNA-PENGGUNA MAKLUMAT KEWANGAN

PENGGUNA MAKLUMAT
KEWANGAN

PENGGUNA DALAMAN

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

PENGGUNA LUARAN

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/15
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
1.5.1 PENGGUNA DALAMAN

PENGGUNA DALAMAN

Pengguna-pengguna Dalaman di antaranya ialah:
•

Pihak Pengurusan
-

•

Pihak Pengurusan Kewangan
-

•

Maklumat kewangan membantu mereka
mengetahui prestasi operasi dan
kedudukan kewangan perniagaan

Maklumat kewangan membantu mereka
mengetahui kemampuan syarikat
menjelaskan hutang-hutang perniagaan

Pihak Pemasaran
-

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Maklumat kewangan membantu mereka
menentukan harga barangan yang akan
dipasarkan

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/16
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

1.5.2 PENGGUNA LUARAN

PENGGUNA LUARAN

Pengguna-pengguna Luaran di antaranya ialah:
•

Pihak Bank
-

•

Pihak Kesatuan Sekerja
-

•

Maklumat
kewangan membantu
pihak
kesatuan memastikan sama ada tuntutan
yang dibuat untuk kenaikan gaji, cuti,
insurans
dan
seumpamanya
adalah
munasabah dengan kemampuan syarikat

Pihak Pemiutang
-

•

Maklumat kewangan membantu mereka
mengetahui keupayaan syarikat membayar
semula pinjaman yang telah dibuat

Maklumat kewangan membantu pemiutang
mengetahui keupayaan syarikat menjelaskan
hutang perniagaan

Jabatan Hasil Dalam Negeri
-

g.

Maklumat kewangan membantu Jabatan
Hasil Dalam Negeri menentukan cukai
yang patut
Pihak orang ramai dikenakan dan pengecualian
cukai (sekiranya ada)
Kedudukan kewangan syarikat membantu berlainan

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/17
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Tahukah
anda
apakah
langkah-langkah yang perlu
diikuti semasa menyediakan
penyata kewangan???

Dalam penyediaan penyata kewangan, terdapat beberapa langkah yang perlu
diikuti satu persatu. Langkah-langkah tersebut boleh digambarkan melalui Kitaran
Perakaunan.

1.6 KITARAN PERAKAUNAN

Apa itu Kitaran Perakaunan?
Kitaran Perakaunan merupakan satu proses:
•

pengumpulan dan pemprosesan data-data
perakaunan.

Ia dipanggil sebagai kitaran kerana fasa-fasa
dalam kitaran perakaunan mesti diulangi bagi
setiap tempoh perakaunan

Apakah fasa-fasa yang
terdapat dalam Kitaran
Perakaunan???

Untuk mengetahui tentang fasa-fasa dalam Kitaran Perakaunan sila rujuk rajah
1.1

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/18
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

1.6.1 FASA-FASA DALAM KITARAN PERAKAUNAN (sila rujuk
Rajah 1.1)
Pengumpulan
Urusniaga
(1)

Penyediaan
Penyata
Kewangan
(6)

Analisa Urusniaga
Kewangan
(2)

Penyediaan
Imbangan Duga
(5)

Penjurnalan
(3)
Pemindahan
Ke Akaun
Lejar
(4)

Rajah 1-1

Berikut adalah penerangan ringkas mengenai kitaran perakaunan di Rajah 1.1

Fasa 1 Pengumpulan
Urusniaga
Pengumpulan data-data
urusniaga mestilah disokong
dengan dokumen pern iagaan
yang berkaitan contohnya:
• jualan kredit mesti
dibuktikan dengan
invois, belanja tunai
runcit mesti
dibuktikan dengan
baucar tunai runcit

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Fasa 2 Analisa Urusniaga
Analisa
urusniaga
adalah
untuk melihat kesan urusniaga
ke atas persamaan perakaunan:
Aset = Liabiliti + Ekuiti
Pemilik)
( rujuk unit 6 )

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/19
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Fasa 3 Penjurnalan
Penjurnalan adalah proses
merekod urusniaga dalam
Jurnal, mengikut
turutan
tarikh berlakunya urusniaga

Fasa 4 Pemindahan Ke
Akaun Lejar
Pemindahan ke akaun lejar
adalah pemindahan data-data
yang direkod dalam Jurnal
ke akaun-akaun dalam Lejar

( rujuk unit 2, 3, 4,5 )
( rujuk unit 7 )

Fasa 5 Penyediaan
Imbangan Duga

Fasa 6 Penyediaan Penyata
Kewangan

Imbangan Duga disediakan
pada setiap akhir tempoh
perakaunan. Ia merupakan
yang
senarai akaun-akaun
terdapat dalam lejar beserta
baki bagi setiap akaun

Fasa
ini
melibatkan
penyediaan
tiga
penyata
kewangan yang utama iaitu
Penyata Pendapatan, Kunci
Kira-Kira
dan
Penyata
Aliran Tunai.

( rujuk unit 8 )

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

( rujuk unit 9 )

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/20
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

AKTIVITI 1b

1.6

Perakaunan telah dipecahkan kepada kepada tiga cabang utama iaitu:
(i)
__________________________
(ii)
__________________________
(iii)
__________________________

1.7

Pihak dalaman yang akan menggunakan semua maklumat perakaunan adalah
terdiri daripada:
i.
__________________________________
ii.
__________________________________
iii.
__________________________________

1.8

Pihak luaran yang akan menggunakan semua maklumat perakaunan adalah
terdiri daripada:
i.
__________________________________
ii
__________________________________
iii.
__________________________________
iv.
__________________________________

1.9

Kitaran Perakaunan ialah
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/21
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

MAKLUMBALAS 1b

1.6

Perakaunan telah dipecahkan kepada kepada tiga cabang utama iaitu:
(i)
Perakaunan kewangan
(ii)
Perakaunan pengurusan
(iii)
Perakaunan kos

1.7

Pihak dalaman yang akan menggunakan semua maklumat perakaunan adalah
terdiri daripada:
i.
Bahagian pengurusan
ii.
Pihak pemasaran
iii.
Pihak pengurusan kewangan

1.8

Pihak luaran yang akan menggunakan semua maklumat perakaunan adalah
terdiri daripada:
i.
Pihak bank
ii.
Pihak kesatuan sekerja
iii.
Pemiutang
iv.
Jabatan Hasil Dalam Negeri

1.9

Kitaran Perakaunan ialah satu proses pengumpulan dan pemprosesan datadata perakaunan. Ia dipanggil sebagai kitaran kerana fasa-fasa dalam
kitaran perakaunan mesti diulangi bagi setiap tempoh perakaunan

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/22
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

PENILAIAN
KENDIRI

SOALAN 1.1:
Pengguna maklumat kewangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengguna
________________ dan pengguna __________________________
SOALAN 1.2
Terangkan secara ringkas empat prinsip asas perakaunan berikut
ditetapkan oleh badan perakaunan antarabangsa.
i)
Prinsip Konservatisme
ii)
Prinsip Ketekalan
iv)
Prinsip Catatan Bergu
v)
Prinsip Pemadanan Hasil dan Belanja

yang telah

SOALAN 1.3
Terangkan secara ringkas tiga pengguna dalaman maklumat perakaunan.
SOALAN 1.4
Namakan fasa-fasa dalam Kitaran Perakaunan.
SOALAN 1.5
Terangkan secara ringkas empat pengguna luaran maklumat perakaunan.

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/23
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

MAKLUMBALAS

ADAKAH ANDA TELAH MENCUBA TERLEBIH DAHULU?
JIKA “YA”, SILA SEMAK JAWAPAN ANDA
JAWAPAN 1.1
Pengguna maklumat kewangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengguna dalaman
dan pengguna luaran
JAWAPAN 1.2
Empat prinsip asas perakaunan berikut yang telah ditetapkan oleh badan perakaunan
antarabangsa adalah seperti berikut:
i.

Prinsip Konservatisme
Prinsip perakaunan yang menntukan panduan memilih kaedah
perakaunan yang tidak menyebabkan aset dan pendapatan bersih
lebih nyata. Prinsip ini menggalakkan aset dinyatakan pada nilai
yang terendah antara kos atau pasaran. Manakala liabiliti
dinyatakan pada nilai yang lebih tinggi dengan menbuat
peruntukan terhadap semua liabiliti walaupun dalam jangkaan

ii.

Prinsip Ketekalan
Adalah diandaikan bahawa penggunaan prinsip/kaedah perakaunan
tidak akan diubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain.
Andaian ini bertujuan agar penyata kewangan organisai bagi satu
tempoh boleh dibandingkan.

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/24
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

iii.

Prinsip Catatan Bergu
Setiap urusniaga secara amnya mesti melibatkan catatan debit
(pihak yang menerim nilai) dan catatan kredit`(pihak yang
memberi nilai).

ii.

Prinsip Pemadanan Hasil dan Belanja
Prinsip perakaunan untuk mengenalpasti hasil terperoleh bagi
sesuatu tempoh perakaunan dan belanja untuk mendapatkan hasil
tersebut bagi tempoh yang sama

JAWAPAN 1.3
Pengguna-pengguna Dalaman di antaranya ialah:
•

Pihak Pengurusan
-

•

Pihak Pengurusan Kewangan
-

•

Maklumat kewangan membantu mereka mengetahui prestasi operasi
dan kedudukan kewangan perniagaan

Maklumat kewangan membantu mereka mengetahui kemampuan
syarikat menjelaskan hutang-hutang perniagaan

Pihak Pemasaran
-

Maklumat kewangan membantu mereka menentukan harga barangan
yang akan dipasarkan

JAWAPAN 1.4
1. Pengumpulan urusniaga kewangan
2. Analisa urusniaga
3. Penjurnalan
4. Pemindahan ke akaun-akaun di lejar
5. Penyediaan Imbangan Duga
6. Penyediaan Penyata Kewangan

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Perdagangan POLIMAS
P1105/UNIT 1/25
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

JAWAPAN 1.5
Pengguna-pengguna Luaran di antaranya ialah:
•

Pihak Bank
-

•

Pihak Kesatuan Sekerja
-

•

Maklumat kewangan membantu pihak kesatuan memastikan sama
ada tuntutan yang dibuat untuk kenaikan gaji, cuti, insurans dan
seumpamanya adalah munasabah dengan kemampuan syarikat

Pihak Pemiutang
-

•

Maklumat kewangan membantu mereka mengetahui keupayaan
syarikat membayar semula pinjaman yang telah dibuat

Maklumat kewangan membantu pemiutang mengetahui keupayaan
syarikat menjelaskan hutang perniagaan

Jabatan Hasil Dalam Negeri
-

Maklumat kewangan membantu Jabatan
Hasil Dalam Negeri menentukan cukai
yang patut dikenakan dan pengecualian
cukai (sekiranya ada)

Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001

Perdagangan POLIMAS

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAANJENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
ZAFANA
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Norazul89
 
Bab 6 monopoli_
Bab 6 monopoli_Bab 6 monopoli_
Bab 6 monopoli_
ram charan
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaan
SRMORAD
 
Bab 1 kewangan perniagaan
Bab 1 kewangan perniagaanBab 1 kewangan perniagaan
Bab 1 kewangan perniagaan
khazhany
 
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Shamsul De Bagio
 
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaranPeranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Sky Red
 

La actualidad más candente (20)

Lejar
LejarLejar
Lejar
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
 
Bab 8 kawalan
Bab 8  kawalanBab 8  kawalan
Bab 8 kawalan
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
 
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAANJENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
 
Dasar penswastaan.
Dasar penswastaan.Dasar penswastaan.
Dasar penswastaan.
 
Sistem Ekonomi Campuran 2009
Sistem Ekonomi Campuran 2009Sistem Ekonomi Campuran 2009
Sistem Ekonomi Campuran 2009
 
Tpm
TpmTpm
Tpm
 
Strategi penyasaran pasaran
Strategi penyasaran pasaranStrategi penyasaran pasaran
Strategi penyasaran pasaran
 
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
 
Bab 6 monopoli_
Bab 6 monopoli_Bab 6 monopoli_
Bab 6 monopoli_
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaan
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan PengurusanPeranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
 
Bab 1 kewangan perniagaan
Bab 1 kewangan perniagaanBab 1 kewangan perniagaan
Bab 1 kewangan perniagaan
 
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
 
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
 
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanEkonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
 
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaranPeranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
 

Destacado

Nota tingkatan 4 prinsip akaun
Nota tingkatan 4 prinsip akaunNota tingkatan 4 prinsip akaun
Nota tingkatan 4 prinsip akaun
smktsj2
 
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Bab 2
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Bab 2Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Bab 2
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Bab 2
Elizabeth Nai
 
Komponen penyata kewangan
Komponen penyata kewanganKomponen penyata kewangan
Komponen penyata kewangan
hawa senju
 
bab-3-kitaran-perakaunan
bab-3-kitaran-perakaunanbab-3-kitaran-perakaunan
bab-3-kitaran-perakaunan
iqpearl87
 
Bab 2 sejarah form 4
Bab 2 sejarah form 4Bab 2 sejarah form 4
Bab 2 sejarah form 4
hyt74
 

Destacado (20)

Prinsip akaun bab 1..
Prinsip akaun bab 1..Prinsip akaun bab 1..
Prinsip akaun bab 1..
 
Nota tingkatan 4 prinsip akaun
Nota tingkatan 4 prinsip akaunNota tingkatan 4 prinsip akaun
Nota tingkatan 4 prinsip akaun
 
Pengenalan perakaunan slide share
Pengenalan perakaunan   slide sharePengenalan perakaunan   slide share
Pengenalan perakaunan slide share
 
Kerjaya dalam bidang perakaunan
Kerjaya dalam bidang perakaunanKerjaya dalam bidang perakaunan
Kerjaya dalam bidang perakaunan
 
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Bab 2
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Bab 2Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Bab 2
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Bab 2
 
Bab 4 simpan kira
Bab 4 simpan kiraBab 4 simpan kira
Bab 4 simpan kira
 
Simpan kira f2
Simpan kira f2Simpan kira f2
Simpan kira f2
 
Panduan Lengkap Muat turun Accounting Software ( Preview )
Panduan Lengkap Muat turun Accounting Software ( Preview )Panduan Lengkap Muat turun Accounting Software ( Preview )
Panduan Lengkap Muat turun Accounting Software ( Preview )
 
Komponen penyata kewangan
Komponen penyata kewanganKomponen penyata kewangan
Komponen penyata kewangan
 
Documents.tips soalan pjk-tingkatan-4
Documents.tips soalan pjk-tingkatan-4Documents.tips soalan pjk-tingkatan-4
Documents.tips soalan pjk-tingkatan-4
 
Acc 2013 bab 1(cont..1)
Acc 2013   bab 1(cont..1)Acc 2013   bab 1(cont..1)
Acc 2013 bab 1(cont..1)
 
Format Baru SPM Prinsip Akaun
Format Baru SPM Prinsip AkaunFormat Baru SPM Prinsip Akaun
Format Baru SPM Prinsip Akaun
 
bab-3-kitaran-perakaunan
bab-3-kitaran-perakaunanbab-3-kitaran-perakaunan
bab-3-kitaran-perakaunan
 
Bab2
Bab2Bab2
Bab2
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Bab1 Asas Kepada Perdagangan
Bab1 Asas Kepada PerdaganganBab1 Asas Kepada Perdagangan
Bab1 Asas Kepada Perdagangan
 
Bab 10-tg4
Bab 10-tg4Bab 10-tg4
Bab 10-tg4
 
Bab 5 sejarah tingkatan 5
Bab 5 sejarah tingkatan 5Bab 5 sejarah tingkatan 5
Bab 5 sejarah tingkatan 5
 
Bab 2 sejarah form 4
Bab 2 sejarah form 4Bab 2 sejarah form 4
Bab 2 sejarah form 4
 

Similar a Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1 (20)

Rpt pat5 2015 nov 4 2014
Rpt pat5 2015 nov 4 2014Rpt pat5 2015 nov 4 2014
Rpt pat5 2015 nov 4 2014
 
Rpt p akaun4 2015
Rpt p akaun4 2015Rpt p akaun4 2015
Rpt p akaun4 2015
 
Acc 2013 bab 1
Acc 2013   bab 1Acc 2013   bab 1
Acc 2013 bab 1
 
folio chemistry
folio chemistryfolio chemistry
folio chemistry
 
ASAS KEWANGAN PERNIAGAAN.pdf
ASAS KEWANGAN PERNIAGAAN.pdfASAS KEWANGAN PERNIAGAAN.pdf
ASAS KEWANGAN PERNIAGAAN.pdf
 
Rpt p.akaun
Rpt p.akaunRpt p.akaun
Rpt p.akaun
 
Acc 2013 bab2
Acc 2013   bab2Acc 2013   bab2
Acc 2013 bab2
 
Modul cek list - kertas kerja rancangan perniagaan
Modul   cek list - kertas kerja rancangan perniagaanModul   cek list - kertas kerja rancangan perniagaan
Modul cek list - kertas kerja rancangan perniagaan
 
Teori Perakaunan - Kerangka kerja konseptual.pdf
Teori Perakaunan - Kerangka kerja konseptual.pdfTeori Perakaunan - Kerangka kerja konseptual.pdf
Teori Perakaunan - Kerangka kerja konseptual.pdf
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
akaun.docx
akaun.docxakaun.docx
akaun.docx
 
RPT PRINSIP PERAKAUNAN TING 4 2015
RPT PRINSIP PERAKAUNAN TING 4 2015RPT PRINSIP PERAKAUNAN TING 4 2015
RPT PRINSIP PERAKAUNAN TING 4 2015
 
Ebx0032 topik7 merancangperniagaani
Ebx0032 topik7 merancangperniagaaniEbx0032 topik7 merancangperniagaani
Ebx0032 topik7 merancangperniagaani
 
Modul ramalan perniagaan spm 2018a
Modul ramalan perniagaan  spm 2018aModul ramalan perniagaan  spm 2018a
Modul ramalan perniagaan spm 2018a
 
Bahagian a ( tinjauan)
Bahagian a ( tinjauan)Bahagian a ( tinjauan)
Bahagian a ( tinjauan)
 
Ceramah Audit Prestasi
Ceramah Audit PrestasiCeramah Audit Prestasi
Ceramah Audit Prestasi
 
Panduan penyediaan rp
Panduan penyediaan rpPanduan penyediaan rp
Panduan penyediaan rp
 
Konsep perakaunan ting 4 empat
Konsep perakaunan ting 4 empatKonsep perakaunan ting 4 empat
Konsep perakaunan ting 4 empat
 
Unit 3
Unit 3Unit 3
Unit 3
 

Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1

  • 1. P1105/UNIT 1/1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN UNIT 1 OBJEKTIF Objektif Am: Objektif Khusus: Membolehkan pelajar memahami tentang perakaunan, prinsip prinsip, andaian-andaian dan kovensyen perakaunan mengikut mengikut badan-badan perakaunan antarabangsa seperti GAAP, IAS, SSAP, MAS dan IAS, fungsi perakaunan kewangan, cabang-cabang perakaunan, penggunaan dan kepentingan maklumat perakaunan. Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat: ü Mendefinisikan perakaunan dan simpankira ü Menerangkan prinsip -prinsip, andaian-andaian dan konvensyen perakaunan menurut GAAP,IAS,SSAP, MAS dan IAS. ü Menerangkan cabang-cabang perakaunan ü Membincangkan kepentingan maklumat perakaunan kepada pengguna dalaman dan pengguna luaran ü Mentakrifkan kitaran perakaunan dan menyenaraikan fasafasa dalam kitaran perakaunan Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 2. P1105/UNIT 1/2 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN INPUT 1.0 PENGENALAN Apa itu • Simpankira??? • Perakaunan???? 1.1 SIMPANKIRA ialah……….. Satu proses penyediaan rekod-rekod urusniaga. Proses dalam Simpankira melibatkan aktiviti: DATA-DATA KEWANGAN • • • • • • • Mengenalpasti Mengukur Merekod Mengkelas Meringkas Mengumpul melaporkan Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 3. P1105/UNIT 1/3 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.2 PERAKAUNAN ialah…………. Satu proses menyediakan maklumat mengenai kedudukan kewangan dan hasil kendalian sesebuah entiti untuk membantu pihak-pihak yang berkepentingan membuat keputusan. Proses dalam perakaunan melibatkan aktiviti: S I M P A N K I R A § § § § § § § Mengenalpasti Mengukur Merekod Mengkelas Meringkas Mengumpul dan Melaporkan DATA-DATA KEWANGAN § Menganalisis Daripada definisi Simpankira dan Perakaunan di atas, dapat disimpulkan bahawa konsep Simpankira dan Perakaunan sangat berkait rapat dan Simpankira merupakan langkah permulaan dalam proses perakaunan. Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 4. P1105/UNIT 1/4 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN Konsep-konsep asas perakaunan yang perlu diketahui oleh akauntan????? 1.2 KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN ANDAIAN-ANDAIAN PERAKAUNAN PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN KEKANGAN PERAKAUNAN Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 5. P1105/UNIT 1/5 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.3.1 ANDAIAN-ANDAIAN PERAKAUNAN ANDAIAN-ANDAIAN PERAKAUNAN • Andaian Entiti Berasingan Menurut andaian ini, setiap perniagaan hendaklah diakaunkan secara berasingan dan terpisah dari pemiliknya dan dari entiti-entiti yang lain • Andaian Usaha Berterusan Menurut andaian ini, sesebuah perniagaan akan terus beroperasi pada masa-masa akan datang, dan tidak mempunyai rancangan untuk dibubarkan. • Andaian Wang Sebagai Unit Ukuran Menurut andaian ini, semua keputusan kewangan sesebuah entiti akan diukur dalam unit kewangan. Nilai ringgit dan sen diandaikan sentiasa dalam keadaan yang stabil. • Andaian Ketekalan Menurut andaian ini, penggunaan prinsip/kaedah perakaunan tidak akan diubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Andaian ini bertujuan agar prestasi operasi dan kedudukan kewangan perniagaan boleh dibandingkan antara satu tempoh dengan satu tempoh yang lain. • Andaian Tempoh Perakaunan Andaian ini menyatakan aktiviti perniagaan boleh dibahagikan kepada tempoh-tempoh tertentu contohnya seperti sebulan, suku tahun atau setahun. Andaian ini membolehkan pengguna-pengguna penyata kewangan mengetahui prestasi operasi perniagaan dan kedudukan kewangan perniagaan sekurang-kurangnya sekali setahun. Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 6. P1105/UNIT 1/6 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.3.2 PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN • Prinsip Kos Sejarah Merupakan prinsip untuk merekod semua unsur dalam penyata kewangan pada nilai kos. • Prinsip Keobjektifan Prinsip perakaunan ini menegaskan bahawa perekodan sesuatu urusniaga hendaklah berdasarkan bukti yang objektif. Mana-mana urusniaga yang tidak dapat disokong dengan bukti yang objektif, seperti anggaran untuk akaun Peruntukan hutang Ragu, anggaran hendaklah dibuat berdasarkan maklumat yang disahkan dan tidak berat sebelah. • Prinsip pendedahan Mengikut prinsip ini pendedahan maklumat perakaunan hendaklah sentiasa relevan, tepat pada masanya, boleh dipercayai, tidak berat sebelah dan bebas dari kesalahan dan kesilapan. • Prinsip Pemadanan Hasil dan Belanja Prinsip perakaunan ini merujuk kepada semua perbelanjaan yang terlibat untuk mendapatkan hasil yang berkenaan hendaklah dilaporkan dalam tempoh perakaunan yang mana hasil yang berkenaan dilaporkan. Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 7. P1105/UNIT 1/7 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.3.3 KEKANGAN-KEKANGAN PERAKAUNAN KEKANGAN-KEKANGAN PERAKAUNAN • Kekangan Konservatisme Kekangan ini menggalakkan perniagaan untuk mengelakkan daripada terlebih nyatakan aset dan liabiliti dan mengurang nyatakan liabiliti dan perbelanjaan. • Kekangan Kematerialan Kekangan ini merujuk kepada kepentingan sesuatu item atau peristiwa secara relatif. Item-item yang tidak material tidak perlu dilaporkan secara berasingan. • Kekangan Faedah-Kos Kekangan ini merujuk kepada kos penyediaan maklumat hendaklah tidak melebihi daripada nilai maklumat tersebut kepada penggunapengguna penyata kewangan. Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 8. P1105/UNIT 1/8 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN AKTIVITI 1a 1.1 Perakaunan merupakan satu ____________ menyediakan ____________ kewangan tentang sesuatu perniagaan untuk membantu pihak-pihak yang berkepentingan membuat __________________ 1.2 _____________________ merupakan langkah permulaan dalam proses perakaunan 1.3 Susun aktiviti-aktiviti berikut mengikut susunan nombor yang betul dalam proses penyediaan maklumat kewangan Mengenalpasti Melaporkan Mengukur Mengkelaskan Mengumpul Merekod Meringkaskan 1.4 ( ( ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) ) ) Senaraikan lima prinsip-prinsip asas perakaunan: i. _______________________________ ii. _______________________________ iii. _______________________________ iv. _______________________________ v. _______________________________ vi. _______________________________ vii. _______________________________ viii. _______________________________ ix. _______________________________ x. _______________________________ Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 9. P1105/UNIT 1/9 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.5 Berdasarkan kepada lima jawapan di atas, padankan perakaunan dengan maklumat yang diberi. a. prinsip-prinsip asas ________________________________ Prinsip perakaunan yang menntukan panduan memilih kaedah perakaunan yang tidak menyebabkan aset dan pendapatan bersih lebih nyata. Prinsip ini menggalakkan aset dinyatakan pada nilai yang terendah antara kos atau pasaran. Manakala liabiliti dinyatakan pada nilai yang lebih tinggi dengan menbuat peruntukan terhadap semua liabiliti walaupun dalam jangkaan b. _______________________________________ Prinsip perakaunan yang menegaskan bahawa perekodan, penilaian aset dan liabiliti, dan pengukuran pendapata dibuat berdasarkan bukti yang benar dan cukup, untuk membolehkan data kewangan ditentusahkan, dan tidak mengandungi unsur berat sebelah c. _________________________________ Merupakan prinsip untuk merekod urusniaga bagi aset mengikut nilai sebenar iaitu pada masa urusniaga itu berlaku kerana ianya lebih objektif dan boleh dibuktikan. Aset tidak dicatatkan pada nilai semasa kerana tidak boleh dibuktikan secara objektif d. ____________________________________ Prinsip perakaunan untuk mengenalpasti hasil terperoleh bagi sesuatu tempoh perakaunan dan belanja untuk mendapatkan hasil tersebut bagi tempoh yang sama e. ____________________________________ Adalah diandaikan bahawa penggunaan prinsip/kaedah perakaunan tidak akan diubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Andaian ini bertujuan agar penyata kewangan organisai bagi satu tempoh boleh dibandingkan. Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 10. P1105/UNIT 1/10 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN MAKLUM BALAS 1a 1.1 Perakaunan merupakan proses menyediakan maklumat kewangan tentang sesuatu perniagaan untuk membantu pihak-pihak yang berkepentingan membuat keputusan. 1.2 Simpankira merupakan langkah permulaan dalam proses perakaunan 1.3 Susun aktiviti-aktiviti berikut mengikut susunan nombor yang betul dalam proses penyediaan maklumat kewangan Mengenalpasti Melaporkan Mengukur Mengkelaskan Mengumpul Merekod Meringkaskan 1.4 (1 ) (7 ) ( 2) ( 4 ) ( 6 ) ( 3 ) ( 5 ) Senaraikan lima prinsip-prinsip asas perakaunan: i. Prinsip kos sejarah ii. Prinsip Entiti berasingan iii. Prinsip Konservatisme iv. Prinsip Kematerialan v. Prinsip Keobjektifan v. Prinsip Ketekalan vi. Prinsip Tempoh perakaunan vii. Prinsip pendedahan viii. Prinsip Pemadanan hasil dan belanja ix. Prinsip Catatan bergu Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 11. P1105/UNIT 1/11 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.5 Berdasarkan kepada lima jawapan di atas, padankan perakaunan dengan maklumat yang diberi. a. prinsip-prinsip asas Prinsip Konsertvatisme Prinsip perakaunan yang menentukan panduan memilih kaedah perakaunan yang tidak menyebabkan aset dan pendapatan bersih lebih nyata. Prinsip ini menggalakkan aset dinyatakan pada nilai yang terendah antara kos atau pasaran. Manakala liabiliti dinyatakan pada nilai yang lebih tinggi dengan menbuat peruntukan terhadap semua liabiliti walaupun dalam jangkaan b. Prinsip Keobjektifan Prinsip perakaunan yang menegaskan bahawa perekodan, penilaian aset dan liabiliti, dan pengukuran pendapata dibuat berdasarkan bukti yang benar dan cukup, untuk membolehkan data kewangan ditentusahkan, dan tidak mengandungi unsur berat sebelah c. Prinsip Kos Sejarah Merupakan prinsip untuk merekod urusniaga bagi aset mengikut nilai sebenar iaitu pada masa urusniaga itu berlaku kerana ianya lebih objektif dan boleh dibuktikan. Aset tidak dicatatkan pada nilai semasa kerana tidak boleh dibuktikan secara objektif d. Prinsip Pemadanan hasil dan belanja Prinsip perakaunan untuk mengenalpasti hasil terperoleh bagi sesuatu tempoh perakaunan dan belanja untuk mendapatkan hasil tersebut bagi tempoh yang sama e. Prinsip Ketekalan Adalah diandaikan bahawa penggunaan prinsip/kaedah perakaunan tidak akan diubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Andaian ini bertujuan agar penyata kewangan organisai bagi satu tempoh boleh dibandingkan. Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 12. P1105/UNIT 1/12 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN INPUT Pelajar-pelajar adakah anda terfikir bahawa perakaunan merupakan satu bidang yang sangat luas. Sekarang, mari kita lihat 3 cabang utama perakaunan 1.4 CABANG-CABANG PERAKAUNAN CABANG-CABANG PERAKAUNAN PERAKAUNAN KEWANGAN PERAKAUNAN PENGURUSAN PERAKAUNAN KOS Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 13. P1105/UNIT 1/13 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.4.1 PERAKAUNAN KEWANGAN PERAKAUNAN KEWANGAN • Menekankan aspek penyediaan laporan kewangan untuk membantu pihak-pihak yang berkepentingan membuat keputusan • 3 bentuk laporan laporan perakaunan kewangan yang utama ialah Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira • Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi bertujuan melaporkan hasil kendalian perniagaan untuk tempoh tertentu • Kunci Kira-kira bertujuan menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan pada satu titik masa 1.4.2 PERAKAUNAN KOS PERAKAUNAN KOS • Menekankan kepada aspek penentuan kos terutamanya kos pengeluaran dan kos perkhidmatan • Maklumat kos ini pihak pengurusan Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 akan digunakan oleh Perdagangan POLIMAS
  • 14. P1105/UNIT 1/14 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.4.3 PERAKAUNAN PENGURUSAN PERAKAUNAN PENGURUSAN • Menterjemahkan maklumat yang dihasilkan oleh Perakaunan Kos dan Perakaunan Kewangan untuk membantu pihak pengurusan membuat perancangan , kawalan dan keputusan berkenaan operasi perniagaan Siapakah yang memerlukan maklumat yang dihasilkan oleh Perakaunan Kewangan??? 1.5 PENGGUNA-PENGGUNA MAKLUMAT KEWANGAN PENGGUNA MAKLUMAT KEWANGAN PENGGUNA DALAMAN Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 PENGGUNA LUARAN Perdagangan POLIMAS
  • 15. P1105/UNIT 1/15 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.5.1 PENGGUNA DALAMAN PENGGUNA DALAMAN Pengguna-pengguna Dalaman di antaranya ialah: • Pihak Pengurusan - • Pihak Pengurusan Kewangan - • Maklumat kewangan membantu mereka mengetahui prestasi operasi dan kedudukan kewangan perniagaan Maklumat kewangan membantu mereka mengetahui kemampuan syarikat menjelaskan hutang-hutang perniagaan Pihak Pemasaran - Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Maklumat kewangan membantu mereka menentukan harga barangan yang akan dipasarkan Perdagangan POLIMAS
  • 16. P1105/UNIT 1/16 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.5.2 PENGGUNA LUARAN PENGGUNA LUARAN Pengguna-pengguna Luaran di antaranya ialah: • Pihak Bank - • Pihak Kesatuan Sekerja - • Maklumat kewangan membantu pihak kesatuan memastikan sama ada tuntutan yang dibuat untuk kenaikan gaji, cuti, insurans dan seumpamanya adalah munasabah dengan kemampuan syarikat Pihak Pemiutang - • Maklumat kewangan membantu mereka mengetahui keupayaan syarikat membayar semula pinjaman yang telah dibuat Maklumat kewangan membantu pemiutang mengetahui keupayaan syarikat menjelaskan hutang perniagaan Jabatan Hasil Dalam Negeri - g. Maklumat kewangan membantu Jabatan Hasil Dalam Negeri menentukan cukai yang patut Pihak orang ramai dikenakan dan pengecualian cukai (sekiranya ada) Kedudukan kewangan syarikat membantu berlainan Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 17. P1105/UNIT 1/17 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN Tahukah anda apakah langkah-langkah yang perlu diikuti semasa menyediakan penyata kewangan??? Dalam penyediaan penyata kewangan, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti satu persatu. Langkah-langkah tersebut boleh digambarkan melalui Kitaran Perakaunan. 1.6 KITARAN PERAKAUNAN Apa itu Kitaran Perakaunan? Kitaran Perakaunan merupakan satu proses: • pengumpulan dan pemprosesan data-data perakaunan. Ia dipanggil sebagai kitaran kerana fasa-fasa dalam kitaran perakaunan mesti diulangi bagi setiap tempoh perakaunan Apakah fasa-fasa yang terdapat dalam Kitaran Perakaunan??? Untuk mengetahui tentang fasa-fasa dalam Kitaran Perakaunan sila rujuk rajah 1.1 Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 18. P1105/UNIT 1/18 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.6.1 FASA-FASA DALAM KITARAN PERAKAUNAN (sila rujuk Rajah 1.1) Pengumpulan Urusniaga (1) Penyediaan Penyata Kewangan (6) Analisa Urusniaga Kewangan (2) Penyediaan Imbangan Duga (5) Penjurnalan (3) Pemindahan Ke Akaun Lejar (4) Rajah 1-1 Berikut adalah penerangan ringkas mengenai kitaran perakaunan di Rajah 1.1 Fasa 1 Pengumpulan Urusniaga Pengumpulan data-data urusniaga mestilah disokong dengan dokumen pern iagaan yang berkaitan contohnya: • jualan kredit mesti dibuktikan dengan invois, belanja tunai runcit mesti dibuktikan dengan baucar tunai runcit Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Fasa 2 Analisa Urusniaga Analisa urusniaga adalah untuk melihat kesan urusniaga ke atas persamaan perakaunan: Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik) ( rujuk unit 6 ) Perdagangan POLIMAS
  • 19. P1105/UNIT 1/19 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN Fasa 3 Penjurnalan Penjurnalan adalah proses merekod urusniaga dalam Jurnal, mengikut turutan tarikh berlakunya urusniaga Fasa 4 Pemindahan Ke Akaun Lejar Pemindahan ke akaun lejar adalah pemindahan data-data yang direkod dalam Jurnal ke akaun-akaun dalam Lejar ( rujuk unit 2, 3, 4,5 ) ( rujuk unit 7 ) Fasa 5 Penyediaan Imbangan Duga Fasa 6 Penyediaan Penyata Kewangan Imbangan Duga disediakan pada setiap akhir tempoh perakaunan. Ia merupakan yang senarai akaun-akaun terdapat dalam lejar beserta baki bagi setiap akaun Fasa ini melibatkan penyediaan tiga penyata kewangan yang utama iaitu Penyata Pendapatan, Kunci Kira-Kira dan Penyata Aliran Tunai. ( rujuk unit 8 ) Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 ( rujuk unit 9 ) Perdagangan POLIMAS
  • 20. P1105/UNIT 1/20 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN AKTIVITI 1b 1.6 Perakaunan telah dipecahkan kepada kepada tiga cabang utama iaitu: (i) __________________________ (ii) __________________________ (iii) __________________________ 1.7 Pihak dalaman yang akan menggunakan semua maklumat perakaunan adalah terdiri daripada: i. __________________________________ ii. __________________________________ iii. __________________________________ 1.8 Pihak luaran yang akan menggunakan semua maklumat perakaunan adalah terdiri daripada: i. __________________________________ ii __________________________________ iii. __________________________________ iv. __________________________________ 1.9 Kitaran Perakaunan ialah ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 21. P1105/UNIT 1/21 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN MAKLUMBALAS 1b 1.6 Perakaunan telah dipecahkan kepada kepada tiga cabang utama iaitu: (i) Perakaunan kewangan (ii) Perakaunan pengurusan (iii) Perakaunan kos 1.7 Pihak dalaman yang akan menggunakan semua maklumat perakaunan adalah terdiri daripada: i. Bahagian pengurusan ii. Pihak pemasaran iii. Pihak pengurusan kewangan 1.8 Pihak luaran yang akan menggunakan semua maklumat perakaunan adalah terdiri daripada: i. Pihak bank ii. Pihak kesatuan sekerja iii. Pemiutang iv. Jabatan Hasil Dalam Negeri 1.9 Kitaran Perakaunan ialah satu proses pengumpulan dan pemprosesan datadata perakaunan. Ia dipanggil sebagai kitaran kerana fasa-fasa dalam kitaran perakaunan mesti diulangi bagi setiap tempoh perakaunan Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 22. P1105/UNIT 1/22 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN PENILAIAN KENDIRI SOALAN 1.1: Pengguna maklumat kewangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengguna ________________ dan pengguna __________________________ SOALAN 1.2 Terangkan secara ringkas empat prinsip asas perakaunan berikut ditetapkan oleh badan perakaunan antarabangsa. i) Prinsip Konservatisme ii) Prinsip Ketekalan iv) Prinsip Catatan Bergu v) Prinsip Pemadanan Hasil dan Belanja yang telah SOALAN 1.3 Terangkan secara ringkas tiga pengguna dalaman maklumat perakaunan. SOALAN 1.4 Namakan fasa-fasa dalam Kitaran Perakaunan. SOALAN 1.5 Terangkan secara ringkas empat pengguna luaran maklumat perakaunan. Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 23. P1105/UNIT 1/23 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN MAKLUMBALAS ADAKAH ANDA TELAH MENCUBA TERLEBIH DAHULU? JIKA “YA”, SILA SEMAK JAWAPAN ANDA JAWAPAN 1.1 Pengguna maklumat kewangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengguna dalaman dan pengguna luaran JAWAPAN 1.2 Empat prinsip asas perakaunan berikut yang telah ditetapkan oleh badan perakaunan antarabangsa adalah seperti berikut: i. Prinsip Konservatisme Prinsip perakaunan yang menntukan panduan memilih kaedah perakaunan yang tidak menyebabkan aset dan pendapatan bersih lebih nyata. Prinsip ini menggalakkan aset dinyatakan pada nilai yang terendah antara kos atau pasaran. Manakala liabiliti dinyatakan pada nilai yang lebih tinggi dengan menbuat peruntukan terhadap semua liabiliti walaupun dalam jangkaan ii. Prinsip Ketekalan Adalah diandaikan bahawa penggunaan prinsip/kaedah perakaunan tidak akan diubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Andaian ini bertujuan agar penyata kewangan organisai bagi satu tempoh boleh dibandingkan. Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 24. P1105/UNIT 1/24 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN iii. Prinsip Catatan Bergu Setiap urusniaga secara amnya mesti melibatkan catatan debit (pihak yang menerim nilai) dan catatan kredit`(pihak yang memberi nilai). ii. Prinsip Pemadanan Hasil dan Belanja Prinsip perakaunan untuk mengenalpasti hasil terperoleh bagi sesuatu tempoh perakaunan dan belanja untuk mendapatkan hasil tersebut bagi tempoh yang sama JAWAPAN 1.3 Pengguna-pengguna Dalaman di antaranya ialah: • Pihak Pengurusan - • Pihak Pengurusan Kewangan - • Maklumat kewangan membantu mereka mengetahui prestasi operasi dan kedudukan kewangan perniagaan Maklumat kewangan membantu mereka mengetahui kemampuan syarikat menjelaskan hutang-hutang perniagaan Pihak Pemasaran - Maklumat kewangan membantu mereka menentukan harga barangan yang akan dipasarkan JAWAPAN 1.4 1. Pengumpulan urusniaga kewangan 2. Analisa urusniaga 3. Penjurnalan 4. Pemindahan ke akaun-akaun di lejar 5. Penyediaan Imbangan Duga 6. Penyediaan Penyata Kewangan Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 25. P1105/UNIT 1/25 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN JAWAPAN 1.5 Pengguna-pengguna Luaran di antaranya ialah: • Pihak Bank - • Pihak Kesatuan Sekerja - • Maklumat kewangan membantu pihak kesatuan memastikan sama ada tuntutan yang dibuat untuk kenaikan gaji, cuti, insurans dan seumpamanya adalah munasabah dengan kemampuan syarikat Pihak Pemiutang - • Maklumat kewangan membantu mereka mengetahui keupayaan syarikat membayar semula pinjaman yang telah dibuat Maklumat kewangan membantu pemiutang mengetahui keupayaan syarikat menjelaskan hutang perniagaan Jabatan Hasil Dalam Negeri - Maklumat kewangan membantu Jabatan Hasil Dalam Negeri menentukan cukai yang patut dikenakan dan pengecualian cukai (sekiranya ada) Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS