Rancangan pengajaran tahunan kssr matematik tahun 1
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
1. 1
MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK JIJAN 2013
DEWAN TERBUKA SK JIJAN
13 NOVEMBER 2013
BIL
AGENDA
1.
Ketibaan
TEKS
Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Naib Yang Dipertua PIBG
jemputan dan ________________diiringi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan ke
ibu bapa
tempat duduk utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri.
Bagi memulakan acara, sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku
Nyanyian
dengan iringan muzik.
lagu
Negaraku
2.
Bacaan doa.
Semua hadirin dipersilakan duduk.
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz
Mohd Rusydan bin Osman. Dipersilakan.
*Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima
kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
2. 2
3.
Ucapan alu-
Melati kuntum menghias gelas,
aluan
Tumbuh melata di tepi kali,
Pengerusi
Anugerah Cemerlang 2013,
Majlis
Murid-murid cemerlang kita hargai.
Assalamualaikum wbt , Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia.
Yang Berusaha Tn. Hj. ZainalAriffin bin Mohd Yunus selaku Guru
Besar SK Jijan,
Yang BerbahagiaNaib Yang Dipertua PIBG SK Jijan
______________________________________,
Para jemputan khas,
Guru-guru penolong kanan,
guru-guru,
Ajk PIBG SK Jijan,
ibu-bapa,
seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah
Rahmat dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam
Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Jijan 2013.Pihak sekolah
mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa dan muridmurid ke majlis pada hari ini. Tujuan Majlis Hari Anugerah Cemerlang
SK Jijan ini diadakan adalah untuk menghargai pencapaian muridmurid yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang
akademik dan kokurikulum sepanjang tahun 2013 ini. Diharap agar
dengan penghargaan yang diberikan akan mencetuskan lagi
semangat murid-murid untuk lebih berjaya dalam pelbagai bidang
pada masa-masa akan datang.
3. 3
Ucapan
Guru Besar
Hadirin yang dihormati,
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn. Hj.
ZainalAriffin bin Mohd Yunus selaku Guru Besar SK Jijan untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru besar
atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.
5.
Ucapan
Perasmian
oleh
NYDP PIBG
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Untuk tidak melengahkan masa marilah sama-sama kita mendengar
ucapan perasmian daripada Yang Berbahagia
___________________________ Naib Yang Dipertua PIBG SK
Jijan.Majlis dengan penuh hormat dan takzim mempersilakan.
***
Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi
ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian
______________________ menyampaikan ucapan perasmian
sebentar tadi.
4. 4
6.
Majlis
Hadirin sekalian,
Graduasi
Prasekolah
Berkebaya batik berwarna merah,
Bestari :
Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penyampaian
Penerima teruja menunggu giliran.
Sijil Graduasi
Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput Guru Penolong
&
Kanan Kurikulum SK Jijan, Pn Faridah bt Sallehke pentas untuk
Matapelajaran menyampaikan anugerah.
terbaik
Prasekolah
*** Majlis dimulakan dengan Graduasi Prasekolah Bestari bagi
tahun 2013.
&
Anugerah
Khas
*** Anugerah seterusnya ialah Matapelajaran Terbaik Prasekolah
Bestari.
Prasekolah
Bestari
*** Anugerah seterusnya ialah Anugerah Khas Prasekolah
Bestari.
Kedudukan
dalam kelas
tahun 1
*** Anugerah seterusnya ialah kedudukan dalam kelas sesi pagi
bagi tahun 1 hingga tahun 6.
hingga tahun
6 ( sesi pagi)
*** Anugerah seterusnya ialah matapelajaran terbaik bagi sesi
pagi bagi tahun 1 hingga tahun 6.
&
Matapelajaran
terbaik
(sesi pagi)
5. 5
****
Majlis merakamkan ucapansetinggi-tingi penghargaan kepada Pn.
Faridah Binti Salleh atas kesudian beliau menyampaikan anugerah
sebentar tadi.
7.
Persembahan Hadirin sekalian,
1:
Tarian
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian oleh murid tahap 2
SK Jijan. Kumpulan tarian ini mendapat bimbingan daripada Pn.
Serinor Dalila bt Md. Derus dan Pn.Salwa binti Mokhtar. Dipersilakan.
***
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar
tadi.
9.
Penyampaian
Anugerah:
Seterusnya, dijemput Pn. Hafizah binti Masron Guru Penolong
Kanan Kokurikulum SK Jijan ke pentas untukmenyampaikan
anugerah seterusnya.
Kedudukan
dalam kelas
tahun 1
*** Anugerah seterusnya ialah kedudukan dalam kelas sesi kelas
agama petang bagi tahun 1 hingga tahun 5.
hingga tahun
5 ( sesi
*** Anugerah seterusnya ialah matapelajaran terbaik sesi kelas
petang)
agama petang.
&
****
Matapelajaran Majlis merakamkan ucapansetinggi-tingi penghargaan kepada Pn.
terbaik
(sesi petang)
Hafizah binti Masron atas kesudian beliau menyampaikan anugerah
sebentar tadi.
6. 6
10.
Persembahan Hadirin sekalian,
2 : Sketsa
Tahun 3
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan sketsa muzikal yang
akan dipersembahkan oleh murid tahun 3 Delima. Persembahan
sketsa yang bertajuk “ Amalan Bertatasusila” ini mendapat bimbingan
daripada Pn. Serinor Dalila bt Md. Derus. Dipersilakan.
***
Terima kasih diucapkan atas persembahan sketsa itu tadi.
11.
Penyampaian
Hadirin sekalian,
hadiah
penghargaan: Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah seterusnya.
Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput Guru Besar SK
Kehadiran
penuh (pagi)
&
Kehadiran
terbaik
(petang)
Kebersihan
dan
Jijan, Tn. Hj. Zainal ARIFFIN BIN MOHD YUNUSuntuk
menyampaikan hadiah penghargaan kepada murid dengan
kehadiran penuh sesi pagi dan petang serta murid dengan
kekemasan kendiri tebaik, penyampaian sijil dan hadiah penghargaan
kepada ketua kelas, penolong ketua kelas, pengawas perpustakaan
dan pengawas sekolah bagi tahun 2013. Dipersilakan.
**** Penyampaian penghargaan yang pertama ialah murid
dengan kedatangan penuh sepanjang tahun bagi sesi pagi.
kekemasan
kendiri
**** Penyampaian penghargaan yang seterusnya ialah murid
dengan kedatangan terbaik sepanjang tahun bagi sesi kelas
agama petang.
*** Penyampaian penghargaanseterusnya ialah murid dengan
kebersihan dan kekemasan kendiri terbaik.
7. 7
Penghargaan
Seterusnya ialah penyampaian sijil penghargaan.
Sijil
Penghargaan
dan wang
tunai:
ketua kelas
****Penyampaian sijil yang pertama ialah penyampaian sijil
penghargaan kepada ketua kelas dan penolong ketua kelas SK
Jijan 2013.
****Penyampaian sijil yang seterusnyaialah penyampaian sijil
dan penolong penghargaan kepada pengawas perpustakaan SK Jijan 2013.
ketua kelas,
****Penyampaian sijil yang seterusnya ialah penyampaian sijil
pengawas
dan hadiah penghargaan kepada pengawas SK Jijan 2013.
perpustakaan
Majlis merakamkan ucapansetinggi-tinggi penghargaanTn. Hj. Zainal
pengawas
2013.
12
Ariffin bin Mohd Yunus atas kesudian beliau menyampaikan
anugerah sebentar tadi.
Persembahan Hadirin sekalian,
3:
Tarian
Prasekolah
Bestari
Sama-samalah kita meredakan debaran di hati dengan menyaksikan
persembahan tarian yang akan dipersembahkan oleh murid
Prasekolah Bestari SK Jijan. Persembahan tarian ini mendapat
bimbingan daripada Pn. Wan Sureyani binti Wan Ismail dan Pn.
Rodziah binti Zainal. Dipersilakan.
***
Terima kasih diucapkan atas persembahan tarian yang begitu
menghiburkan hati sebentar tadi.
8. 8
13
Penyampaian
Hadirin sekalian,
Anugerah
Khas :
Hadiah diatur tampak kemas,
Tuan NYDP PIBG senyum sekilas,
Tampillah Tuan ke atas pentas.
Murid Mithali
Lelaki 2013
Murid Mithali
Perempuan
2013
Tokoh Murid
2013
Menyempurnakan Penyampaian Anugerah Khas.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan sekali lagi Yang
Berbahagia___________________________ ke pentas untuk
menyampaikan anugerah kemuncak kita pada hari ini.
*** Penyampaian Anugerah Khas yang pertama ialah Murid
Mithali Lelaki 2013.
*** Penyampaian Anugerah Khas yang seterusnya ialah Murid
MithaliPerempuan 2013.
***Seterusnya ialah Penyampaian Anugerah Khas kepada Tokoh
Murid SK Jijan tahun 2013.
**** Baca Biodata Murid : Tokoh Murid 2013 ****
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari ini.
Semoga dengan penganugerahan ini akan sentiasa membakar
semangat untuk terus maju dalam pelajaran serta menjadi contoh
teladan kepada murid lain.
9. 9
14.
Penyampaian
Cenderahati
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang
Berbahagia _________________________________ atas kesudian
beliau menyampaikanAnugerah Khas sebentar tadi.
Oleh itu, dipersilakan Guru Besar SK JijanTn. Hj. Zainal Ariffin bin
Mohd Yunus untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang
Berbahagia Tn. NYDP PIBG Sk Jijan.
15.
Penutup
Hadirin sekalian,
Kerjasama tuan-puan sangat dihargai,
&
Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.
Jamuan
ringan.
Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga
diucapkan kepada semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa kerja
Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Jijan 2013, para ibu-bapa dan
mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi
menjayakan malis ini.
Dengan penuh takzim pihak majlis mempersilakan para jemputan
menjamu selera di khemah yang disediakan.
Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt