1. Huraian / Penerangan Berkaitan RPH Kepelbagaian Pelajar ( Pelajar Cemerlang)
Adalah penting untuk menunjukkan perkaitan antara teori dengan penyediaan pelan
pengajaran. Bagi setiap langkah dalam RPH, wajarlah ada rasional dan justifikasi kenapa
sesuatu itu dilakukan. Teori-teori yang dipelajari dalam kursus lain khasnya psikologi,
sosiologi, kurikulum , pemikiran kritis dan sebagainya WAJAR diintegrasikan bersama
dalam penerangan. Contoh profil pelajar diambil kira semasa merancang aktiviti. Soalan
taksiran pula dijadikan sebagai cara untuk melihat sama ada objektif pada hari itu berjaya
atau tidak dan disemak sendiri oleh pelajar untuk maklumbalas segera.
Profil Kelas
Untuk rancangan pengajaran harian ini, ia melibatkan pelajar-pelajar yang pelbagai
tingkatan untuk Persatuan Bahasa Melayu. Persatuan ini mempunyai 15 orang pelajar.
Persatuan Bahasa Melayu ini adalah lebih baik sekiranya tidak mempunyai lebih daripada
15 orang pelajar kerana matapelajaran ini banyak melibatkan aktiviti yang hanya boleh
dikendalikan oleh pelajar dalam bilangan yang kecil supaya senang diawasi oleh guru dan
juga dinilai oleh guru prestasi mereka.
Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah mengenai pidato. Sesi P&P
ini dijalankan selama 120 minit dimana ia bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.30
petang. Antara sebab mengapa waktu P&P ini dijalankan pada waktu petang keran
sekolah ini mempunyai satu sesi persekolahan sahaja jadi waktu untuk kelas kokurikulum
akan diadakan pada petangnya dan pada hari Rabu. Dalam tajuk ini sebenarnya pelajar
telah didedahkan dan juga telah mempunyai sedikit pengalaman dalam berpidato,
menyampaikan syarahan dan ucapan semasa di dalam kelas Bahasa Melayu
Secara keseluruhannya guru ingin menumpukan pelajar dengan teknik-teknik
penyampaian pidato yang baik.
2. Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran yang saya ingin pelajar peroleh adalalah dua hasil iaitu yang pertama
ialah:
Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar
Persatuan Bahasa Melayu (A) dapat menyampaikan ( B-aras) pidato dengan
teknik dan cara yang betul (D)
Menyampaikan diletakkan pada aras ketiga Taksonomi Bloom iaitu aras aplikasi. Guru
mentargetkan kesemua pelajar dalam Persatuan Bhasa Melayu ini dapat menyampaikan
pidato mereka dengan baik setelah teknik-teknik dan cara-cara pidato yang betul
dterangkan kepada mereka.
Turutan Aktiviti
Untuk RPH ini, saya menggunakan model Hunter’s Lesson Cycle Design kerana model
ini banyak membantu pelajar untuk mengukuhkan tahap kemahiran mereka dalam pidato
tersebut dengan adanya permodelan, guru menyemak kefahaman murid, guru memantau
dan mengubahsuai sekiranya ada perkara yang perlu dibetulkan, mengadakan praktis
terbimbing dan juga praktis bertempoh yang boleh mengkonkritkan pelajar untuk topik
berkenaaan.
Set Induksi:
Untuk set induksi, proses ini cuma dijalankan secara ringkas iaitu selama 5 minit sahaja
dimana saya menayangkan video tentang pidato kepada pelajar. Video tersebut durasinya
adalah lebih kurang 11 minit tetapi guru hanya menayangkan video itu dalam masa 5
minit iaitu dengan menayangkan bagaimana pemidato itu memulakan pidato,
menyampaikan isi dan menutup pidatonya. Dengan tayangan itu, sedikit sebanyak pelajar
dapat gambaran mengenai tajuk yang akan guru ajar pada hari itu. Dalam set induksi,
kemahiran berfikir secara secara kritis dan kreatif, pelajar dapat menjana minda mereka
untuk meneka apakah tajuk yang akan diajar oleh guru.
3. Maklumkan objektif pembelajaran:
Guru memaklumkan objektif pembelajaran kepada pelajar supaya mereka mendapat
gambaran apakah yang perlu mereka dapat pada akhir pengajaran nanti dan apa
kepentingan menguasai isi pelajaran tersebut.
Input pengajaran:
Untuk menyampaikan input tentang topik yang ingin diajar, guru menggunakan alat
bantu mengajar daripada lembaran nota yang guru sediakan (Rujuk Lampiran BBM- 2)
untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang definisi, cara, teknik dan kebaikkan
menyampaikan pidato. Guru menggunakan lembaran nota yang disediakan oleh guru
keran ia lebih mudah untuk difahami oleh pelajar kerana ia merupakan nota peta konsep
ringkas.
Permodelan:
Guru telah menggunakan kaedah Koperatif di mana ia melibatkan hasil kerjasama pelajar
dalam kumpulan dan membentuk kemahiran komunikasi yang baik antara pelajar
berkenaan. Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan
murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu
matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum
bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas
dalam pembelajaran koperatif adalah:
a. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,
b. saling berinteraksi secara bersemuka,
c. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
d. kemahiran koperatif, dan
e. pemprosesan kumpulan
Di dalam kumpulan kecil itu pula guru meminta pelajar untuk membincangkan satu tajuk
untuk mereka sampaikan. Di dalam satu kumpulan mempunyai 3 orang ahli dimana
setiap ahli nanti akan menyampaikan satu isi sahaja tapi daripada tajuk yang sama dalam
kumpulan itu. Ini bermakna terdapat 5 tajuk pidato yang berlainan daripada setiap
kumpulan.
4. Semak Kefahaman Murid:
Guru bertindak sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukan
oleh para pelajar dimana guru menerangkan keperluan untuk melakukan tugasan secara
berkumpulan dengan memberi peluang kepada setiap rakan dalam kumpulan untuk
menyumbang idea. Di sini kemahiran sosial iaitu pelajar menjadi penyokong yang baik
kerana memberi dan menghormati idea rakan-rakan yang lain serta memberi cadangan
yang bernas untuk menyokong idea rakan-rakan.
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif iaitu menjana idea juga dipraktikkan
di mana setiap pelajar digalakkan untuk menyumbangkan idea mereka atau menghasilkan
idea yang asli dan bernilai..
Pantau dan ubah suai:
Pada sesi ini guru telah memantau serta membimbing pelajar agar tidak tersasar daripada
objektif pembelajaran dan pembincangan serta memberi panduan kepada pelajar untuk
menyelesaikan masalah dalam aktiviti mereka.
Praktis terbimbing:
Pelajar telah diberikan masa selama 40 minit dimana mereka dikehendaki menyampaikan
pidato secara ringkas dalam masa 3 hingga 4 minit. Mereka hanya menumpukan pada
pendahuluan, mengembangkan satu isi tajuk dan penutup sahaja.
Kemudian, apabila mereka selesai menyampaikan pidato, guru akan memberi
komen dan pandangan guru terhadap prestasi penyampaian mereka sama ada mengikut
kriteria yang sepatutnya atau tidak.
Praktis bertempoh:
Untuk praktis bertempoh guru telah meminta pelajar untuk merumuskan apa yang telah
mereka pelajari dan perolehi daripada pengajaran dan aktiviti yang dijalankan.
Kemudian, guru mengedarkan soalan taksiran dan memberi pelajar 10 minit untuk
menjawab diikuti dengan semakan jawapan yang ditulis di papan putih. Soalan yang
dikemukan adalah soalan kognitif yang ingin menguji tahap kefahaman dan pengetahuan
pelajar mengenai topik yang diajar.
5. Penutup:
Untuk penutup, guru merumuskan isi pembelajaran pada hari ini dan menyarankan
pelajar mengamalkan segala teknik yang harus dimiliki oleh seorang pemidato.