SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 71
NAMA PENGKAJI : ZURAINI bT MAT ZIN 
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN DEWAN bETA 
TAJUK KAJIAN : MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR DALAM 
MEMBEZAKAN HURUF b DAN d 
1.0 PENdAHULUAN 
Pengenalan 
Kajian yang akan dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan dalam 
pengajaran Tahun 1 yang bertajuk Kemahiran Membezakan Huruf b dan d dalam 
tulisan bagi Murid-Murid Tahun 1. Tajuk yang diperbincangkan dalam bab ini 
meliputi latar belakang kajian, pernyataan masalah, tujuan kajian, batasan kajian 
dan kepentingan kajian. 
Proses untuk membezakan huruf b dan d dalam tulisan amat penting bagi 
pendidikan awal tahun 1 seseorang murid kerana ia memberi impak yang besar 
kepada kemahiran menulis dan membaca yang merupakan satu kemahiran utama 
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Keupayaan setiap murid untuk menulis 
dan membaca adalah berbeza antara satu sama lain. Kita dapati ada murid yang 
dapat menguasai kedua-dua kemahiran ini dengan baik dan tidak kurang juga 
sebaliknya. Oleh itu, satu kajian dijalankan untuk mengenalpasti puncanya. Seorang 
guru Tahun 1 perlulah sentiasa berfikir dan membuat keputusan dengan tepat dan 
bijak. Guru perlu berkebolehan untuk mengesan dan menggunakan sebarang 
peluang yang ada untuk membantu murid-muridmenghadapi dan menyelesaikan 
1
masalah harian, meneroka bahan-bahan pembelajaran baru dan membimbing 
mereka mencari jawapan kepada pelbagai persoalan. Kejayaan dan keberkesanan 
sesuatu pendekatan bergantung kepada kefahaman dan penghayatan guru dibilik 
darjah. Namun begitu, guru boleh menyesuaikan kandungan kurikulum dengan 
keadaan dan situasi. Guru juga mesti mahir tentang psikologi kanak-kanak, prihatin 
terhadap perbezaan mereka, serta peka terhadap perubahan perkembangan 
pendidikan terkini. dengan itu, guru dengan mudah dapat melaksanakan 
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan amalan yang bersesuaian dengan 
perkembangan murid (AbP) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 
dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar, pelbagai prinsip 
pengajaran telah disarankan, termasuklah penggunaan bahan bantu mengajar yang 
berkesan, penggunaan kaedah pengajaran yang menekankan pemusatan dan 
penglibatan aktif pelajar, perancangan pengajaran yang bersistematik, pemberian 
galakan dan rangsangan kepada pelajar dan sebagainya (Mohamed Sani 2000). 
1.2 PENYATAAN MASALAH KAJIAN 
di Sekolah Kebangsaan dewan beta Kota bharu ( SKdb ) terdapat segelintir murid 
yang memasuki Tahun Satu di sekolah ini masih gagal mengenal dan 
membezakan huruf b dan d. Murid-murid tersebut telah ditempatkan di kelas khas 
untuk menjalani pemulihan. 
Masalah ini tidak sepatutnya berlaku kerana sejak di tahun 1 lagi murid-murid telah 
didedahkan dengan bentuk huruf dan teknik penulisan yang betul. Walaupun 
setelah setahun belajar di kelas tahun 1 mereka masih tidak dapat mengecam dan 
mengenal serta menulis huruf b dan d dengan baik. Adakah cara guru mengajar 
selama ini salah atau tidak sesuai dengan keupayaan intelek mereka? Atau sebab 
2
lain yang menyebabkan mereka lambat menguasai satu-satu kemahiran serentak. 
Umum mengetahui bahawa murid-muridyang dihantar ke sekolah ini adalah terdiri 
daripada murid-muridyang mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza dari 
segi taraf ekonomi, saiz keluarga, kekerapan ibu bapa membeli bahan bacaan untuk 
anak-anak, kurang pendidikan dan perhatian keluarga. Ada antara mereka yang 
tingkah lakunya terlalu pasif, suka merendah diri dan tiada keyakinan diri. Hal ini, 
menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran 
dengan baik. 
Pendekatan secara individu di dalam kelas tidak dapat dijalankan kerana bilangan 
murid yang ramai. Murid-murid ini perlu mengikuti sesi pembelajaran yang lebih 
terancang dan sesuai dengan keupayaan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek 
dan sosial mereka. Guru perlu mempermudah pengajaran mengikut kemampuan 
murid dan mempelbagaikan kaedah pengajaran di samping penggunaan bahan 
bantu mengajar yang sesuai. 
bagi mengenal pasti isu yang hendak dikaji, satu Kajian Rintis telah dibuat bertujuan 
untuk memastikan alat-alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan keesahan 
yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin berlaku 
semasa kajian sebenar dijalankan. Tinjauan awal telah dibuat berdasarkan 
pemerhatian, latihan bertulis dan lisan di dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian 
yang dibuat telah dikenal pasti murid tidak berapa yakin untuk menulis huruf. Murid 
juga sering menulis secara bertukar iaitu b ditulis d dan d ditulis b. Hal ini, 
menyebabkan perkataan yang ditulis tidak boleh dibaca dan tidak mempunyai 
makna. Temu bual juga digunakan untuk mendapatkan data awal. Melalui soal 
selidik dan temu bual dengan ibu bapa dan murid, didapati murid tidak dapat 
mengenal bentuk huruf hanya melalui kad huruf sahaja. berdasarkan maklumat 
3
tersebut didapati murid keliru dan tidak mahir untuk menulis huruf b dan d dengan 
teknik yang betul. Oleh itu, saya telah mengenal pasti fokus kajian ini iaitu untuk 
meningkatkan kebolehan membezakan huruf b dan d dalam tulisan dengan teknik 
yang betul bagi murid - murid tahun 1. 
di sesetengah sekolah pengurusan penulisan huruf tidak dilaksanakan dengan baik 
dan sistematik. Ada guru yang tidak pernah langsung memberikan perhatian 
kepada gaya penulisan pelajar mereka. Ada guru yang sesekali sahaja memberi 
penekanan dan ada juga guru yang memberikan sepenuh perhatian hampir setiap 
hari kepada para pelajarnya termasuklah hari-hari cuti (Siti Noorazma 2001). 
1.3 SOALAN PENYELIdIKAN ATAU KAJIAN 
Kajian ini pada dasarnya bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berikut: 
1.3.1 Adakah murid-muridtahun 1 ini sudah menguasai kemahiran 
membezakan huruf b dan d dalam penulisan? 
1.3.2 bagaimanakah cara membantu murid - murid tahun 1 
meningkatkan kemahiran menulis huruf b dan d dengan teknik 
yang betul? 
1.3.3 Adakah strategi pengajaran, kaedah dan teknik yang digunoleh guru 
dalam bilik darjah berkesan? 
1.4 ObJEKTIF KAJIAN 
Objektif umum : 
Meningkatkan kebolehan murid membeza dan membaca. 
Objektif khusus : 
i. Meningkatkan kemahiran menulis huruf b dan d dengan teknik 
yang betul. 
ii. Merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk 
membolehkan murid meningkatkan kemahiran membezakan, 
4
mengenal dan mengecam bentuk huruf b dan d dengan betul 
apabila menulis. 
iii. Menilai keberkesanan tindakan yang telah digunakan untuk 
membantu murid menguasai kemahiran menulis dengan teknik yang 
betul. 
1.5 KEPENTINGAN PENYELIdIKAN ATAU KAJIAN 
Tujuan kajian bagi murid-murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan dewan beta adalah 
satu usaha untuk menolong murid-murid ini memperlengkap diri mereka dengan 
pengalaman baru ke alam persekolahan sebenar terutama bagi mereka yang agak 
lemah mencapai objektif pembelajaran yang sepatutnya dikuasai dalam pengajaran 
dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah. biasanya murid-murid tahun 1 perlu 
didedahkan kepada banyak pengalaman konkrit dan situasi sebenar bagi 
membolehkan murid membina gambaran yang jelas dan seterusnya memahami 
konsep sebenar apa yang diajar oleh guru. 
biasanya murid-murid yang masuk ke kelas tahun 1 tidak dapat mengenal bentuk 
huruf, menyebut dan menulis bentuk dengan teknik yang betul menyebabkan 
keupayaan membaca mereka terganggu atau tersekat. Sukatan Mata Pelajaran 
Pendidikan Islam tahun 1 lebih menekankan kepada asas mengenal huruf, asas 
bacaan dan tulisan. Mengenal bentuk huruf dan teknik menulis dengan betul 
merupakan kemahiran asas yang dapat membantu murid membaca dengan mudah. 
Masalah ini telah dikenal pasti melalui pemerhatian semasa menulis dalam sesi 
pengajaran dan pembelajaran iaitu murid-murid tidak dapat membezakan bentuk 
huruf b dan d serta cara menulis huruf b dan d dengan teknik yang betul. Selain 
5
tidak dapat membezakan huruf, murid-murid juga sering menulis huruf b dan d 
tertukar. 
Masalah ini perlu diatasi kerana kesilapan murid-murid menulis bentuk huruf dan 
menulisnya secara tertukar menyebabkan perkataan yang ditulis tidak boleh dibaca 
dan tidak mempunyai makna. Hal demikian, akan menjejaskan pembacaan dan 
penulisan murid-murid ketika menjawab soalan peperiksaan mahupun membuat 
latihan bertulis di dalam bilik darjah. 
1.6 bATASAN KAJIAN 
Kajian terhadap Kemahiran Membezakan Huruf b dan ddalam Tulisan bagi Murid-murid 
Tahun 1 melibatkan 18 orang sampel yang terdiri daripada 25 orang murid 
tahun 1 Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, 22200 besut, Terengganu 
yang berusia antara 5 dan 6 tahun terdiri daripada 8 orang lelaki dan 10 orang 
perempuan. Semua sampel berbangsa Melayu. 
Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut: 
i. Kajian ini akan menggunakan bilangan murid yang sedikit dan 
terbatas pada sekolah ini sahaja. Kajian Rintis telah dilakukan 
sebelum kajian sebenar yang melibatkan sampel yang berlainan 
supaya sampel yang dipilih tidak bosan dan dapat meneka instrumen 
yang telah digunakan oleh pengkaji sebelum ini. 
ii. Walaupun pengkaji menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar 
dan instrumen yang berdasarkan sukatan Kurikulum Tahun 1 
6
tetapi kualiti pengajaran yang dirancang mungkin kurang memuaskan 
dan menjejaskan dapatan kajian. 
1.7 KESIMPULAN 
bab ini menghuraikan rasional, objektif dan kepentingan kajian ini. Antara lain, bab 
ini merumuskan bahawa murid membentuk konsep yang bercanggah sebelum 
guru mula mengajar. Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid 
bergantung kepada teknik dan kaedah serta pelbagai bahan bantu mengajar 
yang menarik yang telah digunakan oleh guru. Ini dapat meningkatkan kebolehan 
murid membezakan huruf b dan d dalam penulisan mereka. Pendidikan tahun 1 
adalah umpama taman yang berfungsi memberi pengalaman yang bermakna 
kepada murid-muridoleh guru tahun 1. 
bAb 11 
TINJAUAN LITERATUR : TEORI-TEORI KAJIAN bERKAITAN 
2.1 PENdAHULUAN 
bab ini membincangkan kajian literatur sama ada dari dalam dan luar negara. di 
samping itu, membincangkan beberapa penulisan bersangkutan yang berkaitan 
dengan teori pembelajaran. Penekanan terhadap teknik pengajaran yang 
mempengaruhi persepsi murid terhadap keupayaan membezakan huruf b dan d 
dalam tulisan dengan teknik yang betul bagi murid-murid tahun 1. 
di Malaysia, tahap penguasaan murid yang rendah dalam 2M merupakan satu isu 
pendidikan tetapi kajian-kajian yang berkaitan dengannya masih kurang dilakukan. 
7
Setakat ini beberapa orang pengkaji cuma mengkaji latihan-latihan yang 
bersesuaian mengikut persepsi pelajar berkaitan dengan mata pelajaran sains, 
matematik, biologi dan kimia. Kajian yang meninjau persepsi pelajar tentang 
keberkesanan gaya penulisan dan pembinaan huruf yang betul dalam mata 
pelajaran ialah kajian yang dijalankan oleh (Nora 1988). 
2.2 TEORI-TEORI bERKAITAN 
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti langkah pengajaran dan pembelajaran 
yang berkesan bagi meningkatkan keupayaan membezakan huruf b dan d dalam 
tulisan dengan teknik yang betul bagi murid-murid tahun 1. Fokus kajian saya ialah 
dalam aspek teknik penulisan huruf yang betul. di samping murid-murid tidak dapat 
menulis dengan teknik yang betul, keupayaan pengamatan mereka juga agak 
kurang baik. dalam kajian ini saya menggunakan kaedah gabungan Teori 
Pembelajaran bandura dan Teori Pembelajaran behaviorisme . 
2.2.1 TEORI PEMbELAJARAN SOSIAL bANdURA 
Mengikut teori ini, kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian 
terhadap pemodelan. Proses peniruan ini melalui empat langkah beurutan yang 
memerlukan tahap pengamatan pelajar iaitu tumpuan, penyimpanan, mengingat 
dan motivasi. Murid-murid harus memberi tumpuan kepada tingkah laku model iaitu 
guru untuk membolehkan murid mempelajari bagaimana cara untuk menulis huruf b 
dan d yang diajar oleh guru, seterusnya meniru cara tersebut. Guru telah 
menggunakan plastisin untuk membentuk huruf b dan d dengan tujuan menajamkan 
8
pengamatan murid (murid perhati dan tiru). Guru akan membuat tunjuk cara 
membina huruf menggunakan plastisin yang berbeza warna supaya murid tidak 
keliru antara huruf b dan d, sebelum murid melakukannya sendiri. Selain mendapat 
pengalaman membina sendiri huruf, ia dapat merangsang otak untuk mentafsir imej 
yang dilihat dan dibentuk. Murid-murid berasa seronok kerana dapat membentuknya 
menggunakan sentuhan. Murid-murid telah didedahkan cara membezakan bentuk 
huruf b dan ddengan teknik menulis yang betul pengajaran setiap minggu. 
Cara-cara menulis dan membentuk huruf b dan d yang diterima daripada guru akan 
dienkod oleh murid ke dalam sistem ingatan dan digunakan semula apabila 
diperlukan. Apabila murid sudah mahir membentuk huruf menggunakan plastisin, ia 
sebagai asas kepada menulis huruf menggunakan pensel kertas dan menguasai 
kemahiran tersebut maka ia akan dapat digunakan pada bila-bila masa yang 
diperlukan. Melalui proses pemerhatian, murid akan mempunyai kebolehan 
menghasilkan bentuk huruf b dan d yang dikehendaki. Setelah mendapat 
menguasai kemahiran tersebut, guru akan memberi motivasi dengan cara memberi 
peneguhan berupa hadiah, pujian, senyuman atau murid diberi ’bintang’. 
2.2.2 TEORI PEMbELAJARAN bEHAVIORISME 
Teori Pembelajaran behaviorisme pula menekankan tentang tingkah laku yang 
dapat dilihat dan diukur serta perubahan yang berlaku dalam diri seseorang adalah 
disebabkan oleh pengalaman. Setelah murid dapat membentuk huruf 
menggunakan plastisin, mereka akan mula berasa seronok untuk melakukannya 
berulangkali dan seterusnya dapat memindahkan kemahiran tersebut kepada 
tulisan pensel kertas atau lembaran kerja yang diedarkan. 
Pengalaman pembelajaran yang diperolehi oleh murid yang sering diulang-ulang 
akan menghasilkan bentuk tulisan b dan d yang lebih cantik dengan teknik yang 
9
betul. Guru akan segera memberi peneguhan berupa pujian, senyuman dan 
hadiah. Guru berharap murid tersebut akan mengulangi kemahiran yang sudah 
dikuasainya dan dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
2.2.3 TEORI VYGOTSKY 
Teori Vygotsky memberikan penekanan kepada kepentingan bermain dalam 
meningkatkan perkembangan bahasa dan sosial murid-murid(Azizah, 2002). 
Melalui interaksi sosial murid-muriddengan orang di sekelilingnya, perkembangan 
mental, bahasa dan sosial mereka akan dapat dipertingkatkan. Pendapat Vygotsky 
ini adalah bertentangan dengan pendapat yang dikemukakan oleh Piaget kerana 
beliau berpendapat bahawa murid-muridsendiri yang mengembangkan kecerdasan 
dan bahasa mereka. Vygotsky pula menekankan bahawa interaksi sosial murid-murid 
memainkan peranan penting dalam perkembangan kognisi. Oleh itu, guru 
menggalakkan murid-murid belajar dalam kumpulan untuk membina huruf b dan d. 
Murid-murid ini boleh saling membantu untuk menghasilkan bentuk tulisan yang 
cantik menggunakan tanah liat. Vygotsky merupakan seorang pendokong 
konstruktivisme yang bersifat kolektif. Mengikutnya, zon perkembangan proksimal 
(ZPd) merupakan prestasi pelajar yang berada di bawah bantuan orang dewasa 
atau kerjasama kawan, menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah melebihi 
daripada kebolehan sendiri dan akhirnya mampu mencapai perkembangan pada 
peringkat potensi yang berbeza. Perbezaan peringkat potensi individu ini adalah 
berada dalam lingkungan zon perkembangan proksimal tersebut. 
berdasarkan teori ini, guru dan pengkaji bersepakat mewujudkan aktiviti kumpulan 
untuk menarik minat sampel mempelajari teknik menulis huruf b dan d yang 
dibimbing oleh pengkaji dan guru kelas. Jelasnya, konsep ini menerangkan 
10
perbezaan yang wujud antara tingkat perkembangan yang dicapai oleh murid-muriddengan 
cara bekerja sendiri tanpa bantuan orang lain atau murid-muridmenyelesaikan 
masalah mereka sendiri berbanding dengan tingkat potensi 
perkembangan yang dicapai oleh murid-muridyang berada di bawah panduan dan 
bimbingan orang dewasa atau dengan kerjasama rakan yang lebih berkemampuan. 
Murid-muridakan bekerja dalam kumpulan untuk menyelesaikan tugasan membina 
model huruf b dan d yang diberi oleh guru. Mereka akan bekerjasama dan 
berlumba-lumba untuk menghasilkan bentuk huruf yang sempurna berbanding 
dengan rakan yang lain. 
Mengikut teori ini, pengetahuan adalah dibina melalui proses pengaruh antara 
pembelajaran terdahulu dengan yang baru. dengan itu murid-muridmembina 
pengetahuan dengan melibatkan diri mereka secara aktif, menggunakan cara 
membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada bagi 
menyelesaikan masalah yang timbul bagi mencapai kefahaman terhadap maklumat 
baru. Guru yang menggunakan pelbagai alat seperti plastisin, tanah liat, kad tebuk 
dan pasir lembab untuk membina teknik menulis huruf b dan d akan menyebabkan 
berlakunya peneguhan kepada murid semasa membina huruf. 
Namun begitu, tidak semua murid-muridmampu menyelesaikan masalah yang 
dihadapinya sendiri kerana mereka tidak mampu mengaitkan pengetahuan lama 
dengan yang baru. Mereka memerlukan bantuan orang lain. Mengikut Zon 
Proksimal (ZPd), perkembangan sepenuhnya bergantung kepada interaksi sosial. 
didapati murid-muridyang mampu bekerja sendiri dan berjaya tanpa bantuan orang 
lain lebih berpotensi untuk mendapatkan pengetahuan yang banyak dan bermakna 
berbanding dengan murid-muridyang berkembang dengan bantuan rakan atau 
orang dewasa. 
11
Teori Vygotsky mencadangkan agar murid-muriddibantu dengan cara memberikan 
penerangan dan komunikasi yang jelas serta melalui kaedah tunjuk cara atau 
demonstrasi. Tahap pembelajaran atau perkembangan mental seseorang murid-muridboleh 
ditingkatkan melalui scaffolding. Scaffolding merupakan pertolongan 
atau bimbingan yang diberi oleh orang yang lebih berpengalaman untuk 
meningkatkan tahap pembelajaran atau pemikiran kanak-kanak. Guru mestilah 
memberikan penerangan yang jelas tentang kaedah dan teknik yang digunakan 
semasa pengajaran dan pembelajaran bagi mempertingkatkan kebolehan 
seseorang murid membezakan antara huruf b dan d. Guru tidak boleh cepat 
berputus asa apabila murid-murid tidak dapat menguasainya. Sebaliknya, guru 
mestilah bersabar dan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai dengan murid. 
Proses mental murid-muridberkembang apabila mereka membentuk pertuturan 
semasa melakukan aktiviti praktikal. Murid-murid akan membuat semula huruf 
sekiranya mereka melakukan kesilapan. Persekitaran di sekeliling murid-muriddapat 
mempengaruhi pembelajaran mereka. Murid-muridsebenarnya berpotensi untuk 
mencapai peringkat pemikiran aras tinggi dan meningkatkan kemahiran 
berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik seandainya mereka diberi bantuan oleh 
orang dewasa yang berkebolehan. Kesimpulannya, mengikut konstruktivisme, 
dalam situasi yang sama ilmu pengetahuan khasnya bagi perkembangan bahasa, 
menulis dan interaksi yang diperolehi oleh setiap murid-muriditu adalah berbeza 
2.2.4 FALSAFAH MARIA MONTESSORI 
Selain itu, pandangan Maria Montessori iaitu seorang tokoh pendidikan di Rome 
yang menyokong Friedrich Wilhelm Froebel ‘bapa Tadika – 1873’ berpendapat 
murid-muridbelajar melalui aktiviti bermain. beliau amat mengutamakan latihan 
12
daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan 
murid-muridmendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. 
beliau berpendapat, dalam mendidik kanak-kanak, kita mestilah menghormati 
murid-muriddan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, 
disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. 
Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong murid-muridmembentuk serta 
membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani murid-muridtersebut. 
beliau mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum 
murid-muridpada peringkat awal. Antaranya adalah konsep minda yang mudah 
menyerap. Guru menggunakan konsep minda menyerap murid-muriddalam proses 
membentuk huruf b dan dmelalui permainan membentuk huruf menggunakan tanah 
liat dan bermain pasir lembab yang diisi ke dalam kotak. Murid akan membina huruf 
melalui bermain bersama rakan-rakan. Pengkaji dibantu oleh guru kelas 
menggunakan pendekatan bermain sambil belajar bersama dengan semua sampel 
untuk mengatasi masalah ini. bahan yang digunakan ialah kad-kad gambar yang 
pelbagai bentuk, besar dan berwarna-warni. Pada mulanya, pengkaji meminta 
sampel menamakan kad gambar yang ditunjukkan secara individu. Sekiranya salah 
seorang sampel gagal menamakan gambar yang ditunjukkan, rakannya akan 
memberi bantuan. 
Setiap kad gambar yang ditunjukkan akan disebut hurufnya secara berulang kali 
dengan sebutan yang betul dan tepat. Kemudian aktiviti ini dijalankan secara 
pertandingan bagi memberi lebih semangat dan galakan kepada semua sampel. 
Setiap kali sampel berjaya menamakan dengan betul bagi setiap kad gambar yang 
dipamerkan, satu markah diberikan. Pada akhir sesi pertandingan markah 
13
dijumlahkan. Sebagai ganjarannya, pengkaji memberikan sejumlah gula-gula yang 
sama dengan jumlah markah yang dikumpulkan oleh setiap sampel. Hal ini 
menimbulkan semangat untuk berusaha meningkatkan penguasaan membezakan 
huruf b dan d bagi setiap sampel. Pengkaji telah mengaplikasikan Teori 
behaviorisme yang menekankan konsep pengulangan dan ganjaran dalam 
membantu sampel membezakan huruf b dan d. 
Falsafah Montessori tentang pendidikan berasaskan idea-idea Rousseou, Pestalizzi 
dan Froebel yang menekankan potensi semulajadi serta keupayaan murid-muridberkembang 
dalam persekitaran yang memupuk kasih sayang dan 
kebebasan. dalam mendidik murid-muridkita mesti menghormati murid-muriddan 
haknya. Persekitaran terancang, ’absorbent mind’, kemahiran hidup,’auto-education,’ 
disiplin diri dan arahan kendiri adalah prinsip-prinsip dalam pendidikan 
kanak-kanak. 
Mengikut Montessori pendidikan adalah untuk menolong murid-muridmembentuk 
serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani. Murid-murid 
menjadi seronok menggunakan deria mereka bermain sambil belajar dengan 
pasir lembab dan tanah liat dengan melakukan aktiviti itu secara bersama-sama. 
Untuk mencapai matlamat ini terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori 
(iaitu berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak). 
Antaranya ialah : 
i. Menghormati murid-muriddan hak mereka. 
ii. Konsep kebebasan ( liberty). 
iii. Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar. 
iv. Murid-muriddididik secara bersepadu dan menyeluruh. 
v. Murid-muridmelakukan aktiviti arahan kendiri (self-directed activity). 
14
vi. Pentingnya disiplin diri. 
vii. Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak. 
viii. ’The absorbent mind' - Murid-muridmenyerap masuk pengetahuan dan 
menggunakannya. 
ix. Murid-muridbelajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang terancang. 
x. ‘Auto-education’ - Setiap rancangan atau persekitaran yang disediakan 
hendaklah membolehkan murid-muridbelajar secara sendiri. 
2.3 PERSEKITARAN YANG TERSEdIA 
Persekitaran yang menggalakkan perkembangan murid-muridadalah persekitaran 
yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep 
dan pengetahuan murid-muridapabila murid-muridmemerlukannya. Peranan guru 
adalah menunjukkan cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa 
yang sesuai. Pelbagai bahan dapat diguna untuk murid menguasai kemahiran 
membezakan huruf b dan dtermasuklah kad tebuk, plastisin, tanah liat, pasir 
lembab, lembaran kerja, warna dan model. 
2.4 dIdIKAN dIRI 
Murid-muridmampu memperjelas persepsi mereka dan menyusun pengalaman 
melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap 
dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik minat mereka. Murid-muridjuga 
berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat 
dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar murid-muridsecara 
formal. Guru hanya perlu menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan 
bahan dan aktiviti. Ini kerana murid-muridtidak suka pendidikan secara formal. 
Proses pembinaan ilmu membabitkan penglibatan yang aktif (refleksi/ renungan), 
pengabstrakan dan penghayatan (amalan). dalam usaha ini proses berfikir sangat 
15
penting dalam membentuk pemikiran asas yang kukuh, kritis dan kreatif serta 
kebolehan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. (Nik Aziz, 1996 ) 
2.5 bAHAN PEMbELAJARAN 
Guru hanya menunjuk ajar cara yang ‘betul’ bagaimana menggunakan alat bahan 
bantu tersebut selepas murid-muridmemilih aktiviti pembelajarannya secara bebas 
dan sukarela. Matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri 
murid-muriddaripada segi penumpuan perhatian, kemahiran memerhati dan 
meneliti, kesedaran berkenaan susunan dan peraturan, keseimbangan pergerakan, 
kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal, konsep matematik, kemahiran bahasa, 
kemahiran menulis dan membaca, kebiasaan dengan seni kreatif, pemahaman 
berkenaan alam semulajadi, pengalaman dan pemahaman berkenaan sains sosial, 
pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman 
menyelesaikan sesuatu masalah. Kebolehan murid-muridmenulis dan mengeja 
boleh melancarkan bacaan mereka. 
Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Teuku Iskandar, 1986) yang 
berlaku dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk, pembelajaran 
melibatkan pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi, 
kepercayaan dan tingkah laku. Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah 
laku atau kebolehan untuk menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada 
latihan ataupun pelbagai bentuk pengalaman (Evans & brueckner, 1990: Gagne, 
1985). bagi Gagne, pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan 
atau kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan 
bukannya dikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang. dalam 
kajian ini, konsep pembelajaran dipadankan dengan aktiviti dan penglibatan murid 
sepanjang proses pembelajaran bahasa Melayu. 
16
2.6 TEMPOH SENSITIF 
Tempoh sensitif murid-muridadalah tempoh yang paling sesuai untuk murid-muridmenguasai 
sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila 
murid-muridmenunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu 
kemahiran dengan sentiasa bertanya soalan dan sentiasa tertarik untuk memerhati 
dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran. Peranan guru hanya membantu 
kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka. 
Menurut (Lerner, 2003), murid-murid yang bermasalah pembelajaran tidak matang 
dan perlu masa untuk belajar dan membesar. dengan lebih masa dan bantuan yang 
diperlukan, mereka boleh berjaya dalam akademik. 
2.7 KESIMPULAN 
Aktiviti pembelajaran melalui kerja berkumpulan di bilik darjah telah banyak dikaji 
dan telah memperolehi dapatan-dapatan yang memberangsangkan. Namun kajian 
ini akan dapat menjelaskan bagaimana mengatasi masalah penulisan huruf kepada 
murid tahun 1. Maka kajian ini akan melihat sejauh manakah keberkesanan teknik 
yang diperkenalkan akan membantu proses permulaan menulis untuk murid tahun 
1. 
Kajian ini menunjukkan bahawa murid-muridyang menghadapi kesulitan terbesar 
dalam membaca di Tahun Satu adalah mereka yang mulai bersekolah dengan 
keterampilan verbal yang kurang, pemahaman fonologi yang kurang, pengetahuan 
huruf yang kurang, dan kurang memahami tujuan dasar dan mekanisme membaca. 
(Adams 1990, Kamhi & Catts 1989). 
17
Oleh kerana itu, untuk anak yang berisiko tinggi mengalami kesulitan membaca dan 
menulis, pengayaan lingkungan tahun 1 dan pengajaran yang baik di Tahun Satu 
merupakan faktor penentu bagi keberhasilan dalam bidang membaca dan menulis. 
Tidak ada waktu yang sepenting tahun-tahun pertama alam persekolahan kanak-kanak. 
Oleh kerana itu, fokus kepada pengajaran penulisan di tahun 1 dapat 
mencegah kesulitan menulis dan membaca yang dihadapi oleh kanak-kanak. 
Apabila murid-muriddapat menguasai kemahiran menulis, secara tidak langsung 
mereka akan dapat menguasai kemahiran bacaan dan lisan. Teknik menulis yang 
betul dan tepat, membiasakan pelajar mengenal huruf sebagai asas bacaan dan 
tulisan dan memahamkan isi pengajaran yang akan disampaikan oleh guru di 
sekolah. di samping itu juga penguasaan huruf dapat meningkatkan kebolehan 
murid-murid membaca lebih banyak buku dan sumber-sumber lain yang boleh 
diperolehi di luar sekolah 
bAb 111 
METOdOLOGI KAJIAN 
3.1 PENdAHULUAN 
bab ini menerangkan tentang penyelidikan yang telah dilakukan meliputi 
rekabentuk, sampel dan instrumen kajian semasa menjalankan kajian. Selain itu, 
18
bab ini juga membincangkan prosedur pemungutan data dan proses menganalisis 
data yang dijalankan. 
Kaedah penyelidikan merujuk kepada bagaimana kita mendapatkan maklumat bagi 
mencapai sesuatu matlamat penyelidikan. Ianya turut melibatkan kegiatan 
mengumpul maklumat, mengolah, pengajian dan analisis data yang dilakukan 
secara bersistematik dan cekap untuk menyelesaikan sesuatu persoalan atau 
menguji sesuatu hipotesis. Pengumpulan data dianggap cekap sekiranya kos, 
waktu dan tenaga yang sama dapat memberikan data dengan tingkat ketelitian yang 
tinggi (Supranto 1986). Kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data yang 
berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kabur dan boleh 
menyebabkan beban maklumat (Mohd Majid 1998: 86). Kajian yang dijalankan ini 
adalah untuk mengenalpasti apakah langkah-langkah pengajaran guru dan 
kaedah pembelajaran yang lebih efektif bagi mengesan dan meningkatkan 
keupayaan murid-murid tahun 1 dalam membezakan huruf b dan ddalam tulisan 
dengan menggunakan 
teknik yang betul di kalangan murid-muridtahun 1. Pengkaji telah menggunakan 
pelbagai teknik pengajaran dan bahan bantu mengajar yang menarik untuk 
memastikan objektif pengajaran tercapai setelah mendapat maklumat tentang 
permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid melalui alat kajian yang digunakan. 
3.2 REKAbENTUK PENYELIdIKAN ATAU KAJIAN 
Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang dilakukan di sekolah kebangsaan di 
negeri Terengganu yang dipilih secara rawak mudah. Pengumpulan data diperolehi 
dengan pemerhatian dan temu ramah dengan murid. Temu ramah dijawab sendiri 
oleh responden mengikut masa yang sesuai, dengan ini akan memberikan 
maklumat yang lebih baik kepada pengkaji (Mohd Najib 2000). 
19
Kajian ini mengunakan kaedah tinjauan kerana temu ramah merupakan satu cara 
untuk mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan kajian. Temuramah juga 
merupakan satu cara yang efektif bagi mendapatkan maklumat daripada responden 
(Kerlinger 1973). Temu ramah dan pemerhatian boleh merangkumi pelbagai 
bidang yang luas serta dirangka dengan mudah dan jelas. Identiti responden juga 
boleh dirahsiakan dan secara tidak langsung responden boleh menjawab soalan 
yang berkaitan tanpa sebarang keraguan (Mohd Najib 2000). 
Mohd Majid (1994) menyatakan bahawa kajian tinjauan dan pemerhatian sering 
dijalankan dalam kajian pendidikan. dua jenis tinjauan dan pemerhatian yang 
penting dan sering dilakukan dalam bidang pendidikan ialah tinjauan sekolah dan 
tinjauan komuniti. Kajian tinjauan bermatlamat untuk mengumpul maklumat 
mengenai pembolehubah-pembolehubah. Kajian ini juga digunakan untuk 
mengukur pembolehubah-pembolehubah yang berkait dengan sesuatu fenomena 
tanpa menyoal mengapa pembolehubah itu wujud. Kaedah pengkajian yang 
digunakan dalam kajian ini ialah pengkajian deskritif. Analisis data adalah 
mengunakan kekerapan dan peratusan. Penyelidikan deskriptif bertujuan untuk 
menerangkan sesuatu fenomena dan mendapatkan maklumat mengenai sesuatu 
peristiwa yang sedang berlaku, di samping itu, ia juga bermatlamat untuk menerokai 
sesuatu bidang yang masih kurang dikaji. (Mohd Majid 1998:96). 
3.2.1 Kaedah Pemerhatian Hasil Kerja bertulis 
Contoh-contoh tulisan tangan 10 orang murid diambil untuk dibuat kajian. Pengkaji 
telah mengenalpasti masalah murid yang tidak dapat membezakan huruf b dan d 
apabila melakukan Kajian Rintis. Pengkaji mengarahkan supaya murid menulis 6 
huruf mengikut susunan yang terdapat huruf b dan dmengikut urutan. Guru kelas 
20
turut memainkan peranan sebagai pemerhati. Hasil tulisan tangan diambil pada 11 
Jun 2007. (Rujuk Lampiran A: Tulisan Tangan Murid) 
3.2.2 Soal Selidik 
Instrumen kajian dijalankan kepada ibu bapa atau penjaga murid tahun 1 dalam 
bentuk soal selidik borang maklumat murid. Soal selidik tentang tabiat murid juga 
diadakan untuk mengetahui sejauh mana murid berminat untuk belajar menulis. 
(Rujuk Lampiran E). Ia telah dilaksanakan pada 20 Jun 2007. Soal selidik maklumat 
murid mengandungi latar belakang keluarga responden. (Rujuk Lampiran b: borang 
Maklumat Murid ). 
3.2.3 Temu bual 
Kaedah temu bual juga turut dilakukan dengan mentadbir sebanyak 4 soalan 
kepada lima orang murid yang terpilih sahaja. Soalan temu bual adalah 
berbentuk soalan terbuka. Soalan temu bual yang disediakan kepada penjaga pula 
adalah dalam bentuk soalan tertutup yang memerlukan jawapan ’Ya’ atau ’Tidak’. 
Masa dan tempat temu bual ditetapkan oleh guru. Temu bual telah dijalankan pada 
12 Jun hingga 14 Jun 2007. Pengkaji telah menyediakan transkrip verbatim untuk 
memperoleh maklumat daripada sampel untuk menilai gaya belajar mereka. 
Perbandingan secara berterusan digunakan untuk menganalisa data (Gay 1996). 
(Rujuk Lampiran d(1) hingga d(5): Temu bual murid). Manakala temu bual dengan 
ibu bapa untuk mengkaji sejauh mana minat murid terhadap aktiviti penulisan. 
(Rujuk Lampiran E) 
3.2.4 Ujian Pra dan Pos 
Guru juga mengadakan Ujian Pra dan Pos dalam Kajian Rintis sebelum dilakukan 
dalam kajian sebenar. Ujian Pra diadakan 24 Jun 2007 dan Ujian Pos pada 12 Julai 
21
2007. Ujian ini melibatkan Ujian Kemahiran Mendengar, Ujian Kemahiran Lisan dan 
Ujian Kemahiran Menulis. Sebanyak 10 soalan bagi setiap kemahiran dijalankan ke 
atas seramai 10 orang sampel. Ujian ini dijalankan dalam kelas tahun 1 dan telah 
diawasi dengan teliti oleh guru dan pengkaji untuk mengelakkan daripada sebarang 
peniruan. Ujian yang diberi kepada murid perlu menepati huraian Kurikulum Tahun 
1 Kebangsaan. 
Soalan hanya berkisar kepada kebolehan murid membezakan huruf b dan d. 
Sampel dikehendaki menulis dengan mengisi tempat kosong bagi huruf b dan d 
yang sesuai berpandukan gambar. (Rujuk Lampiran H: Ujian Kemahiran Menulis 
Huruf). Selain itu, sampel juga dikehendaki mewarna kotak huruf yang disebut oleh 
guru untuk menguji kemahiran mendengar sampel. (Rujuk Lampiran F(1) dan F(2): 
Ujian kemahiran membaca secara lisan huruf yang ditunjuk oleh guru untuk menguji 
kemahiran membaca atau menyebut huruf. (Rujuk Lampiran G: Ujian Kemahiran 
Membaca Huruf) . 
3.3 SAMPEL KAJIAN 
Kajian Rintis yang melibatkan sampel seramai 10 orang terdiri daripada 25 orang 
murid yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan yang berusia 
antara 5 dan 6 tahun telah dilakukan sebelum kajian sebenar. Sampel yang dipilih 
dalam Kajian Rintis dan kajian sebenar adalah berlainan. Ini bertujuan supaya 
sampel tidak bosan dan dapat meneka instrumen yang telah digunakan oleh 
pengkaji semasa membuat Kajian Rintis. 
Kajian sebenar melibatkan seramai 18 orang sampel terdiri daripada 25 orang 
murid kelas tahun 1 Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, 22200 besut, 
Terengganu yang terdiri daripada 8 orang lelaki yang berusia 5 dan 6 tahun dan 10 
22
orang perempuan yang berusia 5 dan 6 tahun. Subjek-subjek kajian dikenalpasti 
dengan bantuan guru kelas. Semua sampel berbangsa Melayu dan sihat tubuh 
badan sebagaimana lampiran borang kesihatan. (Rujuk Lampiran C: borang 
Kesihatan Murid) Sampel kajian ini akan menggunakan bilangan pelajar yang 
sedikit dan terbatas pada sekolah ini sahaja. 
3.4 INSTRUMEN KAJIAN 
dalam kajian ini, instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang perlu 
dijawab oleh ibu bapa atau penjaga murid berdasarkan soalan-soalan yang dibina 
seperti dalam Lampiran E. Selain itu, ibu bapa juaga perlu mengisi borang 
maklumat murid. Kajian ini bersifat kuantitatif dan kualitatif. Pengkaji juga 
menjalankan pemerhatian pada peringkat awal hasil kerja bertulis murid. Selain itu, 
kaedah temu bual dengan murid digunakan untuk mendapat maklumat tentang 
permasalahan kajian. di samping itu Ujian Pra dan Pos dijalankan kepada sampel 
yang terpilih. 
3.5 PROSEdUR PENGUMPULAN dATA 
Pengkaji telah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada bahagian 
Perancangan dan Penyelidikan dasar Pendidikan (EPRd), Jabatan Pendidikan 
Negeri Terengganu, Guru besar Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud dan guru 
kelas yang hendak dikaji sebelum menjalankan satu-satu kajian. (Lampiran Surat 
Kebenaran disertakan). Pengkaji juga perlu membuat janji temu dengan sampel 
sebelum menjalankan sesi temu bual. Kerahsiaan sampel menjadi 
tanggungjawab pengkaji daripada diketahui oleh umum tanpa menyebut nama 
murid yang terlibat. 
23
3.6 ANALISIS dATA 
Penganalisisan data kuantitatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif. 
Statististik deskriptif dilakukan dengan menentukan min, sisihan piawai, kekerapan 
dan peratusan untuk melihat tahap kefahaman di kalangan murid serta 
membandingkan Ujian Pra dan Ujian Pos antara pelajar kumpulan eksperimen dan 
kawalan. Manakala bagi kumpulan kawalan, pengkaji hanya menggunakan 
peratusan untuk melihat keputusan ujian. 
Jadual 3.1: Analisis data Kajian Rintis 
Aspek Ujian Tulisan Pra 
Murid betul % 
1 7/10 70 
2 4/10 40 
3 6/10 60 
4 3/10 30 
5 8/10 80 
6 5/10 50 
7 3/10 30 
8 3/10 30 
9 5/10 50 
10 6/10 60 
Jumlah 50/100 50.0 
24
Merujuk jadual 3.1 di atas, didapati hanya 50% murid-muridtahun 1 yang dapat 
menulis dengan teknik yang betul huruf b dan d. Ini menunjukkan 50% lagi murid-muridgagal 
menguasai kemahiran menulis huruf. Analisis Kajian Rintis diguna 
pakai untuk menjalankan kajian seterusnya. 
3.7 TINdAKAN YANG dIJALANKAN 
dalam merancang proses Pengajaran dan Pembelajaran untuk mengatasi masalah 
murid ini, pengkaji telah mengambil kira kesediaan pembelajaran, keupayaan I.Q, 
kesediaan fizikal (psikomotor) dan afektif (emosi dan sikap) yang dimiliki oleh 
murid-murid tahun 1 ini. Kesediaan pembelajaran mengikut Jean Piaget ialah 
“the level of mental development necessary to benefit from experiences”. Ia 
bermaksud murid-muridtidak akan dapat memahami sesuatu konsep, jika tahap 
pemikirannya belum sampai ke tahap itu. Saya berpendapat keupayaan murid-murid 
membezakan huruf b dan dakan dapat dipertingkatkan lagi sekiranya: 
i. Kemahiran pengamatan murid ditingkatkan. 
ii. Latih tubi membentuk huruf dilakukan. 
iii. Latih tubi menulis huruf dengan teknik yang betul dilaksanakan. 
25
daripada tinjauan yang dibuat pada peringkat awal kajian, pengkaji telah merangka 
tindakan yang dilaksanakan melalui tiga kali pengajaran dan pembelajaran dalam 
kelas (30 minit satu sesi) dibantu oleh guru kelas. Pada sesi pertama dan kedua 
pengajaran dan pembelajaran, guru membuat latih tubi untuk ‘mempertajam‘ 
pengamatan sebelum aktiviti berikutnya dijalankan. Mengapakah pengamatan ini 
penting? Murid yang lemah dalam pengamatan sebenarnya menyukarkan murid 
tahun 1 ini untuk menguasai sesuatu konsep, contohnya untuk mengenal dan 
mengecam sesuatu bentuk huruf itu agar kekal dalam ingatannya. dalam sesi ini 
aktiviti pengecaman (aktiviti mewarna), pengasingan (cari dan kumpul) dilakukan 
dan direkod dalam borang senarai semak. Kad-kad tebuk digunakan untuk 
menguatkan lagi pengamatan murid. 
dalam sesi pengajaran yang ketiga dan keempat guru menggunakan plastisin untuk 
membentuk model huruf b dan ddengan teknik penulisan yang betul untuk 
merangsang minat murid kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran. Selain itu, 
ia dapat merangsang minda murid-murid dalam membuat pengecaman kepada 
model yang dibina. Guru juga memberi pengalaman kepada murid belajar sambil 
bermain iaitu membina bentuk huruf b dan d menggunakan pasir lembab, plastisin 
dan tanah liat. Secara tak langsung dapat mengubah domain afektif mereka serta 
memberi pengalaman pendidikan kepada mereka. 
Apakah yang dimaksudkan dengan pengalaman pendidikan? Menurut Krathwohl 
(1971), ”Pengalaman pendidikan bermaksud mengadakan satu siri persekitaran 
yang membolehkan pelajar mempelajari tingkah laku baru, memperbaiki atau 
menghapuskan tingkah laku semasa dan melatih tingkah laku ini sehingga ke 
peringkat atau tahap yang diingini”. Kerja membina model dilakukan berulang-ulangkali 
dengan bantuan guru dengan mengikut langkah atau teknik penulisan 
26
yang betul. Setelah model huruf b dan ddibina, murid akan cuba membuat padanan 
bagi huruf awal kepada kad-kad gambar yang disediakan. Contohnya seperti 
gambarajah di bawah: 
Rajah 1: Padanan Huruf 
b 
d 
b 
d 
Pada sesi kelima dan keenam pengajaran dan pembelajaran, murid melakukan 
aktiviti menulis secara berpandu dan terancang oleh guru secara individu atau 
kumpulan kecil. Murid-murid melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu 
mereka dalam teknik penulisan iaitu: 
i. Menyambung titik-titik bagi membentuk huruf b dan d. 
ii. Menulis huruf yang disebut oleh guru berulang kali. 
iii. Melengkapkan suku kata ejaan bagi gambar-gambar yang 
mengandungi huruf b dan d. 
3.8 PELAKSANAAN TINdAKAN dAN PENILAIAN 
Tindakan yang dirancang telah dijalankan dalam jangka masa dua minggu dan 
menggunakan empat masa pengajaran (120 minit). Satu sesi pengajaran 
mengambil masa tiga puluh minit. Selain itu, guru juga mengajar sampel bermain 
27
sambil belajar semasa aktiviti kreativiti dan estetika iaitu selama satu sesi 
pengajaran (60 minit). Selepas menjalankan lima sesi Pengajaran dan 
Pembelajaran ke atas 10 orang murid tahun 1, satu latihan Pasca Pengajaran dan 
Pembelajaran telah diadakan bertujuan untuk menilai kemajuan murid. 
dalam aspek tulisan, guru melakukan penilaian menggunakan kaedah bertulis 
sebagaimana lampiran lembaran kerja yang diberi kepada murid. Setelah dianalisis 
daripada ‘Latihan Pasca Pengajaran dan Pembelajaran’, secara keseluruhannya 
keupayaan murid membezakan huruf bdan ddalam tulisan dapat dipertingkatkan. 
Melalui tindakan-tindakan yang telah dijalankan oleh guru, satu keputusan Ujian Pra 
dan Pos telah diperolehi. Keputusan ujian itu menunjukkan kadar peningkatan 
penulisan yang memberangsangkan. Peningkatan kebolehan murid menulis secara 
individu itu dapat dilihat seperti yang terdapat dalam (Jadual 3.2: Rumusan Ujian 
Pra Kemahiran Mendengar, Membaca dan Menulis) dan (Jadual 3.3: Rumusan 
Ujian Pos Kemahiran Mendengar, Membaca dan Menulis) seperti di bawah: 
Jadual 3. 2: Rumusan Ujian Pra Kemahiran Mendengar, Membaca 
dan Menulis. 
bilangan 
Murid 
Kemahiran 
Mendengar 
Kemahiran 
Membaca 
Kemahiran 
Menulis 
1 50% 60% 70% 
2 30% 50% 40% 
3 40% 70% 80% 
4 40% 30% 30% 
5 40% 50% 60% 
6 40% 50% 50% 
7 30% 40% 30% 
8 40% 30% 30% 
28
9 30% 50% 50% 
10 70% 70% 60% 
Jumlah 41.0% 50.0% 50.0% 
Jadual 3.3: Rumusan Ujian Pos Kemahiran Mendengar, Membaca 
dan Menulis 
bilangan 
Murid 
Kemahiran 
Mendengar 
Kemahiran 
Membaca 
Kemahiran 
Menulis 
1 100% 100% 100% 
2 70% 70% 80% 
3 100% 100% 100% 
4 50% 40% 80% 
5 80% 90% 100% 
6 60% 80% 100% 
7 70% 90% 90% 
8 50% 70% 80% 
9 60% 90% 80% 
10 80% 90% 100% 
Jumlah 72.0% 82.0% 91.0% 
Merujuk jadual rumusan di atas, berlaku peningkatan kepada kemahiran yang diuji 
kepada sampel. Peratusan bagi setiap kemahiran berbahasa iaitu kemahiran 
mendengar, kemahiran membaca huruf, dan menulis huruf b dan d adalah 
meningkat jika dibandingkan dengan keputusan Ujian Pra. 
29
Setiap kemahiran berbahasa murid-muridadalah saling berkait dalam membentuk 
pengalaman belajar mereka. Pengkaji mendapati murid-muridyang mempunyai 
tahap kemahiran berbahasa yang tinggi dapat menguasai kemahiran menulis 
dengan mudah. Ini dapat dilihat hasil daripada keputusan ujian bagi sampel 1 dan 
3. Manakala murid-muridyang lemah kemahiran mendengar akan mempengaruhi 
kemahiran bacaan mereka, seterusnya kemahiran menulis. Ini boleh dirujuk kepada 
sampel 4 yang hanya mendapat 80% markah dalam kemahiran menulis kerana 
tidak cemerlang dalam kemahiran mendengar dan membaca huruf. 
Murid-muridmestilah diberi arahan yang jelas oleh guru sebelum sesuatu 
Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan. Selain itu, murid-muridmestilah 
berkeadaan sentiasa bersedia untuk belajar supaya kemahiran mendengar mereka 
boleh ditingkatkan. daripada keputusan Ujian Pra dan Pos didapati kemahiran 
mendengar hanya 72% iaitu meningkat 31% daripada Ujian Pra iaitu 41%. 
Manakala kemahiran membaca 82% daripada 50%. Ujian Kemahiran Menulis 
dapat mencapai 91% berbanding dengan 50% dalam Ujian Pra. 
Pengkaji telah membuat analisis yang lebih terperinci dengan keputusan ujian 
kemahiran menulis sebagaimana (Jadual 3.5: Analisis Ujian Pra dan Pos Ujian 
Menulis bagi Kajian Rintis) sebagaimana di bawah: 
Jadual 3.4: Keputusan Ujian Pra dan Pos Ujian Menulis bagi Kajian Rintis 
30
1 7/10 70 10/10 100 
2 4/10 40 8/10 80 
3 6/10 60 10/10 100 
4 3/10 30 8/10 80 
5 8/10 80 10/10 100 
6 5/10 50 10/10 100 
7 3/10 30 9/10 90 
8 3/10 30 8/10 80 
9 5/10 50 8/10 80 
10 6/10 60 10/10 100 
Jumlah 50/100 50.0% 91/100 91% 
Pengkaji telah membuat analisis data seperti jadual 3.5 di bawah berpandukan 
kepada Ujian Kemahiran Menulis (Jadual 3.4) seperti berikut : 
Jadual 3. 5: Analisis Ujian Pra dan Pos Ujian Menulis bagi Kajian Rintis 
Gred 
Ujian Pra Ujian Pos 
bil Peratus bil Per P Peratus 
A 
Cemerlang 
(80-100) 1 10 10 100 
b 
baik 
(60-79) 3 30 - 
- 
C 
Sederhana 
(40-59) 3 30 - - 
d 
Lemah 
(0-39) 3 30 - - 
31
berdasarkan analisis Ujian Pra hanya 3 orang murid lemah untuk menulis huruf b 
dan ddengan betul, 3 orang berada di tahap sederhana, 3 orang berada di tahap 
baik dan hanya seorang yang cemerlang dalam membezakan huruf b dan ddalam 
tulisan dengan betul. Ini menunjukkan 50.0% murid belum menguasai sepenuhnya 
kemahiran menulis huruf b dan ddengan betul dan masih mengalami kekeliruan. 
Namun begitu, jika dibandingkan dengan analisis Ujian Pos terdapat peningkatan 
sebanyak 41% di mana kesemua murid berada di tahap cemerlang iaitu 91%. 
Kesimpulannya kemahiran murid dalam membezakan huruf b dan ddalam tulisan 
telah meningkat dan keadaan ini mungkin boleh dikaitkan dengan tindakan yang 
telah dijalankan oleh guru dan pengkaji. 
3.9 REFLEKSI KAJIAN 
dalam aspek tulisan, setelah lima kali sesi pengajaran dan pembelajaran 
dijalankan, ada murid yang berjaya ditingkatkan kebolehan mereka untuk menulis 
dengan teknik yang betul. daripada Kajian Tindakan ini, pengkaji mendapati 
kelemahan murid untuk menguasai kemahiran menulis dengan teknik yang betul 
sememangnya ada kaitan dengan keupayaan kemahiran pengamatan mereka. 
Setelah membuat refleksi terhadap Pengajaran dan Pembelajaran ini, saya 
berpendapat konsep atau teknik menulis huruf dengan betul perlu diajar bukan 
sahaja dengan kaedah tunjuk cara malah penggunaan alat bantu mengajar 
diperlukan di peringkat awal tahun 1 agar mereka dapat membuat pengecaman 
yang betul dan kekal dalam ingatan. 
32
Sekiranya guru hanya mengajar menggunakan papan tulis, murid mudah jemu dan 
tidak memberikan perhatian terhadap pengajaran guru. Penggunaan kad gambar 
yang besar, jelas dan berwarna-warni dapat menarik minat murid dan membantu 
murid mengenal huruf dengan lebih mudah lagi. Kaedah belajar sambil bermain 
sangat menyeronokkan murid untuk mengambil bahagian. Kesimpulannya 10 
orang sampel mengakui bahawa penggunaan kad gambar mampu menarik minat 
mereka dan memudahkan mereka menyebut perkataan tersebut. Keputusan 
pendapat ini mengukuhkan lagi tindakan guru menggunakan kad-kad yang 
bergambar sebagai satu kaedah pengajaran yang memberangsangkan. 
Murid-murid ini juga amat sesuai diajar dalam bilangan yang kecil supaya guru 
dapat mengesan masalah mereka dengan lebih awal sama ada dari segi intelek, 
emosi, rohani dan jasmani. Pengesanan yang lebih awal dapat membantu guru 
memilih kaedah dan teknik menulis yang sesuai supaya dapat dikuasai oleh murid. 
4.0 KESIMPULAN 
Kajian ini menggunakan reka bentuk Kuasi–Eksperimen yang tidak membenarkan 
pengkaji memisahkan kumpulan mereka. Pengkaji hanya dapat mengelaskan 
murid-murid kepada dua kumpulan iatu kumpulan kawalan dan eksperimen. 
Kumpulan kawalan telah menjalani Kajian Rintis manakala kumpulan eksperimen 
akan digunakan dalam kajian sebenar nanti. Sampel kajian kawalan diminta 
mengambil Ujian Pos setelah menduduki Ujian Pra. Langkah yang sama akan 
dijalani oleh kumpulan eksperimen apabila kajian sebenar diadakan. 
33
bAb IV 
DAPATAN KAJIAN 
4.1 PENGENALAN 
bab ini akan melaporkan dapatan dan tafsiran data yang telah dikutip daripada 
kajian ini. Kajian ini melibatkan 18 orang murid di tahun 1 Sekolah Kebangsaan 
Tengku Mahmud, sebuah sekolah kategori luar bandar di daerah besut, Terengganu 
yang terdiri daripada 25 orang murid kelas tahun 1. Kajian ini dijalankan untuk 
melihat sejauh mana murid dapat membezakan huruf b dan ddalam penulisan. 
Ujian Pra Kemahiran Mendengar diadakan pada 2 Februari 2009 dan Ujian Pasca 
pada 9 Februari 2009. Ujian Kemahiran Membaca Huruf juga diadakan pada 2 
Februari 2009 manakala Ujian Pasca pada 9 Februari 2009. Ujian Pra Kemahiran 
Menulis diadakan pada 9 Februari 2009 dan Ujian Pasca pada 12 Februari 2009. 
34
Ketiga-tiga ujian ini diadakan untuk melihat sejauh mana terdapat kesinambungan 
atau perkaitan yang menyebabkan berlakunya masalah kepada murid tahun 1 
dalam membezakan huruf b dan d. 
data dikutip daripada maklum balas ibu bapa atau penjaga murid melalui soal selidik 
borang maklumat murid, Ujian Pra dan Ujian Pos. Soal selidik latar belakang murid 
adalah untuk mengetahui latar belakang murid dan perkaitannya dengan kajian. 
Manakala temu bual pula dijalankan untuk mengetahui minat dan persepsi murid 
terhadap penulisan huruf. Ujian Pra dan Ujian Pos dijalankan untuk mengetahui 
sejauh mana murid dapat membezakan huruf b dan ddan minat mereka untuk 
belajar menulis. 
data yang telah dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan program Excel dan 
secara manual untuk mendapatkan jawapan kepada beberapa persoalan kajian. 
Persoalan kajian ini adalah seperti berikut: 
i. Adakah murid-muridtahun 1 ini sudah menguasai kemahiran 
membezakan huruf ’ b’ dan d dalam penulisan? 
ii. bagaimanakah cara membantu murid-muridtahun 1 meningkatkan 
kemahiran menulis huruf b dan d dengan teknik yang betul? 
iii. Adakah strategi pengajaran, kaedah dan teknik yang digunakan oleh 
guru dalam bilik darjah berkesan? 
4.2 PROFAIL PELAJAR 
35
Lapan belas orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini. Lihat Jadual 4.1 bagi 
mengetahui taburan pelajar tersebut, yang diperolehi daripada borang maklumat 
murid. Ibu bapa atau penjaga sampel terdiri daripada keluarga yang pelbagai status 
ekonomi dan taraf pendidikan. 
Jadual 4.1: Profail Murid 
Latar belakang Frekuensi Peratus ( %) 
Etnik 
Melayu 18 100 
Jantina 
Lelaki 
Perempuan 
8 
10 
44 
56 
Jadual 4.1 di atas menunjukkan bahawa semua murid adalah berbangsa Melayu 
dengan bilangan pelajar lelaki seramai 8 orang dan perempuan seramai 10 orang. 
Jadual 4.2 latar belakang responden mengikut jenis pekerjaan ibu (N=18). 
Jenis Pekerjaan Peratusan 
Suri rumah tangga 55 % (10) 
bekerja sendiri 17 % (3) 
Pekerjaan Sektor Awam yang lain 17 % (3) 
Swasta 11 % (2) 
36
Jadual 4.2 di atas menunjukkan, ibu sampel bekerja sendiri sebanyak 17%. 
Manakala 17% lagi dalam sektor awam dan 11% di sektor swasta. Selebihnya, 
55% ialah suri rumah tangga sepenuh masa. 
Jadual 4.3 Latar belakang sampel mengikut jenis pekerjaan bapa (N=18) 
Jenis Pekerjaan Peratusan 
bekerja sendiri 66 % (12) 
Pekerjaan Sektor Awam 17 % (3) 
Swasta 17% (3) 
berdasarkan borang maklumat murid, didapati bahawa 66% (12) daripada pelajar 
adalah terdiri daripada keluarga yang bekerja sendiri dengan pendapatan kurang 
dari RM500.00 sebulan, 17% (3) adalah daripada keluarga yang bekerja dengan 
kerajaan dengan pendapatan kurang daripada RM1000.00 sebulan dan 17% (3) lagi 
bekerja dengan pihak swasta dengan pendapatan lebih dari RM1000.00 sebulan. 
Secara umumnya sebahagian besar sampel datang dari keluarga miskin. 
Latar belakang keluarga pula menunjukkan 90% daripada ibu bapa pelajar 
berpendidikan sehingga tahap sekolah menengah sahaja dengan kebanyakannya 
berkelulusan setakat SPM . 9% peratus daripada ibu bapa pelajar merupakan 
lulusan sekolah rendah manakala 1% tidak pernah bersekolah dan buta huruf. 
dari aspek agihan pelajar, seramai 11 orang (61%) pelajar tahun 1 tidak menerima 
pendidikan formal sebelum mereka memasuki tahun 1. Hal ini berlaku kerana 
sebahagian besar mereka berumur 5 tahun . Jika yang berumur 6 tahun pun, 
disebabkan taraf hidup, mereka juga tidak menerima pendidikan sebelum tahun 1. 
37
Hanya segelintir sahaja atau seramai 7 orang (39%), yang menerima pendidikan di 
lain-lain institusi sebelum memasuki tahun 1. Seorang (6%) mendapat pendidikan 
di TASKI AbIM, 2 orang (11%) menerima pendidikan di PASTI dan 4 orang (22%) 
yang telah menerima pendidikan di TAbIKA ketika berumur 5 tahun. Agihan 
tersebut digambarkan pada jadual 4.4 di bawah. 
Jadual 4.4 : Pendidikan Sebelum Tahun 1 
Institusi bilangan Peratus 
AbIM 1 6% 
PASTI 2 11 % 
TAbIKA 4 22% 
Tiada (dirumah) 11 61 % 
Jumlah keseluruhan 18 100 % 
38
4.3 TAHAP KEMAJUAN MURId 
4.3.1 Kemahiran Mendengar 
Jadual 4.5: Analisis Ujian Pra dan Pos Kemahiran Mendengar 
Gred 
Ujian Pra Ujian Pos 
bil Peratus bil Peratus 
A 
Cemerlang 
(80-100) 
9 50 15 83 
b 
baik 
(60-79) 
2 11 2 11 
C 
Sederhana 
(40-59) 
5 28 1 6 
d 
Lemah 
(0-39) 
2 11 
- - 
dalam Ujian Kemahiran Mendengar pengkaji telah mengarahkan sampel mewarna 
huruf b dan d yang disebut secara lisan oleh guru sementara murid mewarna kotak 
huruf yang didengarnya. (Rujuk lampiran: F(1) dan F(2)). Tulisan sampel diberi 
markah berdasarkan ketepatan mewarna huruf sama ada huruf b atau d. Ini bererti 
kebolehan menulis juga diukur melalui kebolehan mendengar semasa menjalani 
ujian-ujian tersebut. Ia tidak menggambarkan keseluruhan kebolehan penulis yang 
dimiliki oleh sampel. Kemungkinan murid meneka memang tidak dapat diketepikan. 
Mengikut analisis yang diperolehi seramai 5 orang (50%) murid cemerlang semasa 
Ujian Pra dan meningkat kepada 15 orang (83%) selepas Ujian Pos dijalankan. 
39
Murid sederhana seramai 5 orang (28%) dan selepas Ujian Pos hanya tinggal 
seorang lagi pada tahap sederhana. Manakala 2 orang murid (11%) lemah tetapi 
prestasi meningkat apabila tidak ada murid yang gagal selepas Ujian Pos. 
4.3.2 Kemahiran Membaca 
Jadual 4.6: Analisis Ujian Pra dan Pos Kemahiran Membaca 
Gred 
Ujian Pra Ujian Pos 
bil Peratus bil Peratus 
A 
Cemerlang 
(80-100) 
8 44 14 78 
b 
baik 
(60-79) 
5 28 3 17 
C 
Sederhana 
(40-59) 
5 28 1 5 
d 
Lemah 
(0-39) 
- 
- 
- - 
Soalan Ujian Kemahiran Membaca mengandungi 25 item aneka pilihan huruf tetapi 
diuji hanya 10 item yang dipilih oleh pengkaji kepada sampel. dalam ujian 
kemahiran membaca, pengkaji telah menyuruh sampel menyebut atau membaca 
dengan nyaring huruf b dan d dan beberapa huruf lain yang ditunjukkan oleh guru 
secara lisan. 
bacaan sampel diberi markah berdasarkan ketepatan sampel menyebut huruf sama 
ada b atau d dan huruf lain yang ditunjuk oleh pengkaji. Ini bererti kebolehan 
40
menulis juga diukur melalui bacaan huruf. Ujian dijalankan secara individu. 
Pengkaji telah membulatkan jawapan salah yang diberi oleh sampel. 
Keputusan ujian mendapati kebolehan murid membezakan huruf b dan d juga 
dipengaruhi oleh kemahiran sampel membaca huruf. Sampel 8 didapati hanya 
dapat mengenali dan membaca lima huruf termasuk b dan d yang ditunjukkan 
kepadanya secara rawak. Situasi ini mempengaruhi kebolehan sampel 8 untuk 
membezakan huruf b dan d dalam tulisan kerana dia tidak dapat membezakan 
bacaannya antara b dan dapabila disuruh oleh guru. 
Seramai 8 orang murid (44%) cemerlang dalam Ujian Pra tetapi meningkat kepada 
14 orang (78%) selepas Ujian Pos. Semasa Ujian Pra seramai 5 orang murid (28%) 
berada di tahap sederhana dan hanya seorang murid (5%) selepas Ujian Pos. 
Pencapaian ternyata meningkat apabila tidak ada murid (0%) yang lemah semasa 
Ujian Pra mahupun Ujian Pos. 
4.3.3 Kemahiran Menulis 
Jadual 4.7: Analisis Ujian Pra dan Pos Kemahiran Menulis 
Gred 
Ujian Pra Ujian Pos 
bil Peratus bil Peratus 
A 
Cemerlang 
9 
50 15 83 
41
(80-100) 
b 
baik 
(60-79) 
5 
28 
- - 
C 
Sederhana 
(40-59) 
1 
5 2 11 
d 
Lemah 
(0-39) 
3 
17 1 6 
Kajian tindakan kemahiran menulis ini bertujuan meninjau tahap kebolehan menulis 
di kalangan murid-murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud serta 
peranan ibu bapa dan persekitaran keluarga dalam membantu mereka belajar 
menulis. Kebolehan menulis diukur dengan mentadbirkan Ujian Pra dan Ujian Pos 
Menulis. Kedua-dua ujian dibina oleh pengkaji sendiri. Ujian tersebut adalah 
melengkapkan suku kata yang melibatkan penggunaan huruf b dan d berdasarkan 
gambar yang diberi. Sampel dikehendaki menulis perkataan atau huruf yang tepat 
berdasarkan gambar. 
berdasarkan analisis Ujian Pra hanya 3 orang murid (17%) lemah untuk menulis 
huruf b dan ddengan betul, 1 orang berada di tahap sederhana (5%), 5 orang 
(28%) berada di tahap baik dan 9 orang (50%) yang cemerlang dalam 
membezakan huruf b dan ddalam tulisan dengan betul. Ini menunjukkan 17% 
murid belum menguasai sepenuhnya kemahiran menulis huruf b dan ddengan betul 
dan masih mengalami kekeliruan. Namun begitu, jika dibandingkan dengan analisis 
Ujian Pos terdapat peningkatan yang ketara iatu sebanyak 83% murid berada di 
tahap cemerlang dan 11% pada tahap sederhana. Manakala hanya 6% sahaja 
berada di tahap lemah. 
42
Kesimpulannya, apabila dibuat perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pos 
kemahiran murid dalam membezakan huruf b dan ddalam tulisan telah meningkat 
dan keadaan ini mungkin boleh dikaitkan dengan tindakan yang telah dijalankan 
oleh guru dengan bantuan pengkaji. berdasarkan data di atas, dapatlah dirumuskan 
bahawa tahap kebolehan menulis murid-murid tahun 1 adalah pada tahap yang 
memuaskan. didapati juga ada murid yang menunjukkan pencapaian yang 
cemerlang dalam kebolehan menulis manakala ada sebilangan kecil yang jauh 
ketinggalan di belakang yang memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus 
daripada guru dan sokongan daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. 
Perbandingan tahap penguasaan murid boleh dilihat dengan jelas melalui 
perbandingan rumusan Ujian Pra dan Pos bagi ketiga-tiga kemahiran yang perlu 
dicapai oleh murid.(Sila Rujuk Jadual 4.8 dan 4.9) di bawah. 
Jadual 4.8: Rumusan Ujian Pra Kemahiran Mendengar, Membaca dan Menulis 
bilangan 
Murid 
Kemahiran 
Mendengar 
Kemahiran 
Membaca 
Kemahiran 
Menulis 
1 80 70 100 
2 50 40 40 
3 80 70 70 
4 60 50 30 
5 100 100 90 
6 80 50 100 
43
7 100 100 90 
8 30 50 10 
9 30 50 30 
10 60 70 60 
11 50 90 100 
12 40 60 100 
13 50 70 70 
14 50 100 70 
15 90 100 100 
16 90 100 100 
17 100 100 60 
18 100 100 100 
Min 69.44 76.11 73.33 
Sisihan Piawai6.6 6.19 5.46 7.15 
Jadual 4.9: Rumusan Ujian Pos Kemahiran Mendengar, Membaca dan Menulis 
bilangan 
Murid 
Kemahiran 
Mendengar 
Kemahiran 
Membaca 
Kemahiran 
Menulis 
1 100% 90% 100% 
2 60% 60% 40% 
3 100% 100% 100% 
4 70% 60% 90% 
5 100% 100% 90% 
6 100% 90% 100% 
44
7 100% 100% 100% 
8 50% 50% 30% 
9 60% 70% 50% 
10 100% 100% 90% 
11 100% 100% 100% 
12 100% 100% 100% 
13 90% 100% 80% 
14 90% 100% 100% 
15 100% 100% 100% 
16 100% 100% 100% 
17 90% 100% 90% 
18 100% 100% 100% 
Min 89.44 90.00 86.67 
Sisihan Piawai 4.11 4.15 5.45 
4.3 PERbANdINGAN UJIAN PRA dAN POS 
Jadual 5.0: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos 
Jenis Ujian Pencapaian 
Jenis Kemahiran 
Mendengar Membaca Menulis 
Ujian Pra 
Min 69.44 76.11 73.33 
Sisihan Piawai 6. 6.19 5.46 7.15 
Ujian Pos 
Min 89.44 90.00 86.67 
Sisihan Piawai 
4.11 4.15 5.45 
45
berdasarkan rumusan Ujian Pra dan Pos Kemahiran Mendengar, Membaca dan 
Menulis, dalam jadual 5.0 di atas didapati pencapaian murid-muridtahun 1 agak 
memberangsangkan. dalam Ujian Pra, min pencapaian sampel dalam kemahiran 
mendengar ialah 69.44% dan Ujian Pos ialah 89.44%. Ini menunjukkan 
peningkatan sebanyak 20%. Manakala Ujian Kemahiran Membaca memperoleh 
76.11% dalam Ujian Pra dan telah meningkat sebanyak 13.89% kepada 90.00% 
semasa Ujian Pos. 
Perbandingan analisis data Ujian Pra dan Pos bagi kemahiran menulis huruf b dan 
dmeningkat sebanyak 13.34% iaitu daripada 73.33 kepada 86.67%. Sisihan piawai 
bagi setiap ujian mengecil menandakan peningkatan pencapaian yang boleh 
dibanggakan. 
Selepas ujian, kesemua murid dapat menulis dan membezakan huruf mengikut 
kemampuan masing-masing. Paling sedikit murid hanya dapat menguasai 3 soalan 
menulis huruf b dan d. Hal ini berlaku kepada individu yang sama. Kemungkinan 
individu tersebut merupakan seorang murid gagap yang mempengaruhi keputusan 
ujiannya. Mungkin ini adalah halangan terpencil jika dibandingkan dengan tahap 
penguasaan murid lain yang mencapai sasaran 100% seramai 10 orang selepas 
Ujian Pos dijalankan dan 5 orang mendapat 80-90% markah. Ini menunjukkan 15 
orang sampel mendapat gred A daripada 18 orang sampel eksperimen. Manakala 
hanya 2 orang murid mendapat 40-50% markah dan seorang mendapat 30% 
markah. 
46
4.3.1 Tahap kemahiran mendengar sampel kajian 
Jadual 5.1: Keputusan Ujian Kemahiran Mendengar 
47
Ujian Pra 
Kemahiran Mendengar 
Ujian Pos 
Kemahiran Mendengar 
Murid betul % betul % 
1 8/10 80 10/10 100 
2 5/10 50 6/10 60 
3 8/10 80 10/10 100 
4 6/10 60 7/10 70 
5 10/10 100 10/10 100 
6 8/10 80 10/10 100 
7 10/10 100 10/10 100 
8 3/10 30 5/10 50 
9 3/10 30 6/10 60 
10 6/10 60 10/10 100 
11 8/10 50 10/10 100 
12 4/10 40 10/10 100 
13 5/10 50 9/10 90 
14 5/10 50 9/10 90 
15 9/10 90 10/10 100 
16 9/10 90 10/10 100 
17 10/10 100 9/10 90 
18 10/10 100 10/10 100 
Min - 69.44 - 89.44 
Sisihan Piawai - 6.6 6.19 - 4.15 
berdasarkan skor Ujian Kemahiran Mendengar yang diperoleh, kemahiran 
mendengar sampel kajian adalah pada tahap yang baik. daripada 18 orang sampel 
kajian 83 % (15) memperoleh skor yang lebih baik daripada min. Min skor ialah 
69.44 dan sisihan piawai ialah 6.19. 
48
Pola pencapaian ujian tersebut memberi implikasi bahawa sebilangan besar sampel 
kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran mendengar yang baik atau 
cemerlang. Manakala ada sekumpulan kecil murid-muridterlalu lemah dalam 
pengamatan mereka. Skor-skor Ujian Kemahiran Mendengar sampel ditunjukkan 
dalam Jadual 5.1 dan analisisnya dalam Jadual 4.5. 
4.3.2 Tahap kemahiran membaca/ menyebut 
Jadual 5.2: Ujian Pra dan Pos Kemahiran Membaca 
49
Tahap kebolehan membaca sampel kajian yang ditunjukkan menerusi Ujian 
Ujian Pra 
Kemahiran Membaca 
Ujian Pos 
Kemahiran Membaca 
Murid betul % betul % 
1 7/10 70 9/10 90 
2 4/10 40 6/10 60 
3 7/10 70 10/10 100 
4 5/10 50 6/10 60 
5 10/10 100 10/10 100 
6 5/10 50 9/10 90 
7 10/10 100 10/10 100 
8 5/10 50 5/10 50 
9 5/10 50 7/10 70 
10 7/10 70 10/10 100 
11 9/10 90 10/10 100 
12 6/10 60 10/10 100 
13 7/10 70 10/10 100 
14 10/10 100 10/10 100 
15 10/10 100 1010 100 
16 10/10 100 10/10 100 
17 10/10 100 10/10 100 
18 10/10 100 10/10 100 
Min - 76.11 - 90.00 
Sisihan piawai - 5.46 - 4.15 
Kemahiran Membaca adalah hampir sama dengan Ujian Kemahiran Mendengar. 
bagi Ujian Pra, nilai sisihan piawai ialah 5.46 manakala bagi Ujian Pos ialah 4.15. 
Pengecilan nilai sisihan piawai ini menunjukkan teknik mengajar guru yang 
berkesan. Kebanyakan sampel kajian menunjukkan pencapaian yang memuaskan. 
50
(Sila rujuk Jadual 4.6). Min keseluruhan ialah 90.00% bagi Ujian Pos dan Ujian Pra 
ialah 76.11%. Pola pencapaian sampel kajian dalam ujian ini adalah hampir sama 
dengan Ujian Kemahiran Mendengar. Ini bererti sebahagian besar sampel kajian 
menunjukkan kebolehan bacaan yang baik atau cemerlang dan sebilangan kecil 
pula lemah atau sangat lemah dalam membaca. Sampel yang cemerlang dalam 
Ujian Mendengar akan menguasai Ujian Kemahiran Membaca kerana semua jenis 
ujian ini saling kait-mengait. 
4.3.3 Tahap kemahiran menulis sampel kajian. 
Jadual 5.3: Ujian Pra dan Pos Kemahiran Menulis 
51
data tahap kemahiran menulis tersebut boleh didapati dalam Jadual 5.3. bagi Ujian 
Ujian Pra Kemahiran 
Menulis 
Ujian Pos Kemahiran 
Menulis 
Murid betul % betul % 
1 10/10 100 10/10 100 
2 4/10 40 4/10 40 
3 7/10 70 10/10 100 
4 3/10 30 9/10 90 
5 9/10 90 9/10 90 
6 10/10 100 10/10 100 
7 9/10 90 10/10 100 
8 1/10 10 3/10 30 
9 3/10 30 5/10 50 
10 6/10 60 9/10 90 
11 10/10 100 10/10 100 
12 10/10 100 10/10 100 
13 7/10 70 8/10 80 
14 7/10 70 10/10 100 
15 10/10 100 10/10 100 
16 10/10 100 10/10 100 
17 6/10 60 9/10 90 
18 10/10 100 10/10 100 
Min - 73.33 - 86.67 
Sisihan 
- 7.15 - 5.45 
piawai 
Pra, nilai sisihan piawai ialah 7.15 manakala bagi Ujian Pos ialah 5.45. berdasarkan 
data di atas, pengecilan nilai sisihan piawai ini dapatlah dirumuskan bahawa tahap 
kebolehan menulis murid-murid tahun 1 Kebangsaan Tengku Mahmud pada tahap 
yang memuaskan. didapati juga ada murid yang menunjukkan pencapaian yang 
52
cemerlang dalam kebolehan mendengara, membaca dan menulis. Manakala ada 
sebilangan kecil yang jauh ketinggalan di belakang yang memerlukan bimbingan 
dan perhatian khusus. 
4.4 KATEGORI PENCAPAIAN MURId 
dalam huraian mengenai masalah tersebut, sampel dibahagikan kepada murid 
berpencapaian tinggi, sederhana dan berpencapaian rendah. Murid yang skornya 
sama atau di atas min dianggap berpencapaian tinggi dan mereka yang di bawah 
min dianggap dalam kumpulan berpencapaian rendah. Pembahagian ini dibuat 
secara arbitrari dan bertujuan untuk memudahkan perbincangan. 
4.4.1 Murid berpencapaian tinggi 
Terdapat 9 orang murid yang dikaji markah ujian menulisnya sudah cemerlang di 
peringkat Ujian Pra. Analisis jawapan mengikut item menunjukkan pada 
keseluruhannya murid kumpulan ini tidak menghadapi sebarang masalah dalam 
ujian tersebut. Murid-murid yang berpencapaian cemerlang boleh menulis dan 
membaca dengan lancar tanpa mengeja. Perkataan-perkataan mudah yang 
terdapat dalam lembaran kerja adalah terlalu senang untuk mereka 
menyelesaikannya. Seramai 9 orang murid boleh digolongkan dalam kategori 
tersebut. Sebagai kesimpulan, murid cemerlang tidak mengalami sebarang masalah 
dalam ujian membezakan antara b dan d dalam tulisan yang dibincangkan di atas. 
Situasi ini mungkin berpunca daripada: 
i. Sikap ibu bapa murid terhadap pentingnya kebolehan menulis dan 
membaca di kalangan anak-anak mereka. 
ii. Usaha ibu bapa dalam membantu anak belajar menulis. 
iii. Persekitaran rumah yang menggalakkan minat menulis dan membaca 
anak. 
53
4.4.2 Murid berpencapaian sederhana 
Murid berpencapaian sederhana yang seramai 1 orang tidak ada peningkatan 
dalam Ujian Pasca walaupun sudah dibimbing oleh guru secara individu. Markah 
yang diperolehi murid ini tidak menunjukkan kemajuan apabila dibandingkan 
dengan sampel lain walaupun guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran 
yang menggunakan pelbagai teknik seperti kad tebuk, plastisin dan bercerita. 
Sebagai kesimpulan, masalah murid dalam ujian membezakan antara huruf b dan d 
dalam tulisan yang dibincangkan di atas mungkin berpunca daripada: 
i. Kurang mahir mengeja (mendekod) perkataan. Ini menyebabkan murid tidak 
dapat memanfaatkan huruf yang disebut secara lisan yang dikuasai untuk 
menjawab item yang disediakan. 
ii. Pengalaman menulis yang terhad menyebabkan penguasaan perbendaharaan 
pandang (sight vocabulary) yang rendah jika dibandingkan dengan murid 
berpencapaian tinggi. 
iii. Pengetahuan am yang rendah jika dibandingkan dengan murid berpencapaian 
tinggi. Ini mungkin disebabkan pendedahan dan pengalaman yang terhad dalam 
kehidupan murid tersebut. 
4.4.3 Murid berpencapaian rendah 
Murid berpencapaian rendah dalam Ujian Pra ialah mereka yang skornya di bawah 
min iaitu 30 markah. Seramai 3 orang murid tergolong dalam kumpulan ini. Setelah 
diteliti jawapan yang diberi mengikut item, dan berdasarkan pemerhatian semasa 
mereka menjalani ujian, hanya 3 orang murid tidak dapat membezakan b dan d. 
Kesalahan tersebut mungkin disebabkan pendedahan murid kepada penulisan agak 
terbatas. Umumnya saya dapati murid-murid yang dikaji menghadapi masalah-masalah 
seperti berikut: 
54
i. Tidak mengenali huruf dan tidak tahu atau salah menyebut huruf dalam 
susunan huruf atau secara rawak. (Rujuk: Lampiran G) 
ii. dapat menyebut huruf dengan betul tetapi tidak tahu atau salah menulis 
huruf yang disebut. (Rujuk: Lampiran F(1) dan F(2)) 
iii. Tidak atau kurang menguasai kemahiran asas menulis, mengeja dan 
membatang perkataan dengan betul. (Rujuk: Lampiran H) 
Semasa menjalani ujian, murid-murid ini mengambil masa yang lama dan teragak-agak 
untuk menyebut sesuatu huruf, suku kata atau perkataan. Murid-murid ini 
memerlukan pengesahan pengkaji kerana kurang yakin terhadap tulisan diri sendiri. 
Sepanjang ujian, hanya beberapa perkataan boleh dieja dengan betul dan itu pun 
setelah dibantu oleh pengkaji. Murid-murid ini boleh menulis tetapi kurang lancar 
kerana terpaksa berhenti untuk mengeja perkataan yang tidak dikenalinya. 
dalam kemahiran menulis (Rujuk: Lampiran A), sampel 8 tidak dapat menulis 
kesemua huruf kecil a hingga e secara urutan manakala apabila diminta membaca 
atau menyebut secara rawak dia seolah-olah keliru dan masih tertukar antara b dan 
d. Sampel 8 boleh menulis huruf besar secara urutan dan bila diminta membaca 
atau menyebut secara rawak dia masih tertukar antara b dan d. Pengkaji dapat 
membuat rumusan bahawa sampel 8 boleh membaca huruf dengan lancar secara 
urutan dan agak kurang cekap apabila diuji secara rawak. 
Terdapat 10 soalan kemahiran menulis yang diuji kepada sampel 8. Kemahiran 
menulis suku kata pertama kv berdasarkan gambar, sampel 8 menulis suku kata 
pertama kv ‘bu’ sebagai ‘du’ menjadikan perkataannya yang sebenar ‘buku’ 
sebagai ‘duku’. Hal ini berlaku kerana dia masih keliru antara huruf b dan 
dwalaupun pada hakikatnya dia tahu gambar tersebut adalah buku. Pengkaji 
membuktikan yang sampel 8 tahu akan gambar yang ditunjukkan kerana pengkaji 
55
telah meminta sampel 8 menyebut nama objek dalam gambar (buku). Masalah 
yang sama iaitu kekeliruan sampel 8 terhadap huruf b dan d berlaku lagi 
menyebabkan dia melengkapkan perkataan ‘bubu’ menjadi ‘budu’. begitu juga 
apabila menjawab soalan-soalan yang seterusnya. Sampel hanya berjaya 
menjawab 3 daripada 10 soalan. Kemungkinan soalan yang betul adalah jawapan 
yang diteka oleh sampel. 
Untuk menulis bahasa huruf, murid-muridperlu memiliki kemahiran mendekod iaitu 
membatang dan membunyikan suku kata. Sekiranya kemahiran mendekod tidak 
dikuasai dengan baik, murid-muridtidak dapat memanfaatkan perbendaharaan lisan 
yang dikuasai untuk membantunya menulis perkataan yang tidak dikenali. 
Selain itu, kemungkinan sampel yang berpencapaian rendah dalam Ujian Pra 
Menulis mempunyai pengalaman yang terhad. Ini menjelaskan masalah 
sesetengah murid yang tidak suka menulis dan membezakan huruf seperti hasil 
temu bual dengan sampel mendapati kebanyakannya merasa malas untuk menulis 
dan cepat putus asa. Tidak ada masa khas diperuntukkan oleh ibu bapa untuk 
mengajar anak menulis. Ini bererti kebanyakan ibu bapa sedar pentingnya menulis 
kepada anak tetapi bermasalah melaksanakannya dengan tekal. Antara punca 
masalahnya ialah kekurangan masa dan kebosanan. Hasil temu bual juga 
mendapati kakak dan abang kepada sampel yang bersekolah juga memainkan 
peranan dalam membimbing adik mereka menulis dan membezakan huruf 
terutamanya b dan d. Selain ibu bapa, kakak dan abang juga menjadi model 
kepada adik dan mempengaruhi sikap adik terhadap menulis. 
4.5 PERANAN IbU bAPA dAN KELUARGA MEMbANTU ANAK-ANAK bELAJAR 
MENULIS. 
56
Hasil daripada sesi temu bual dengan murid mendedahkan beberapa perkara yang 
berhubung dengan peranan ibu bapa dan persekitaran keluarga dalam membantu 
mereka belajar menulis. 
i. didapati mengajar menulis kepada anak tidak diamalkan oleh kebanyakan 
ibu bapa tetapi hanya segelintir yang berbuat demikian semasa di rumah. 
ii. Abang atau kakak kepada sampel kajian yang sudah bersekolah juga 
memainkan peranan dalam membantu mereka belajar menulis. 
iii. Ibu bapa yang anaknya mahir menulis didapati suka berbincang dan 
memberi galakan tentang pengalamannya dalam membimbing anak 
menulis dan berbangga akan kejayaan anaknya. 
iv. Walaupun masih di peringkat tahun 1, kebanyakan murid yang ditemu bual 
menganggap adalah seronok untuk belajar menulis dan membaca, 
sekiranya diberi pujian atau ‘bintang’. 
v. Masih ada ibu bapa yang tidak menyediakan buku untuk anak menulis 
apatah lagi membimbing mereka semasa proses pra menulis kepada anak. 
4.6 KESIMPULAN 
Hasil temu bual dengan murid didapati ada ibu bapa telah memainkan peranan 
yang aktif dalam membantu anak mereka belajar mengenal huruf seterusnya 
menulis. Namun demikian didapati ada sebilangan kecil ibu bapa yang kurang 
prihatin terhadap perkara tersebut yang menyebabkan punca anak-anak mereka 
ketinggalan. Kebanyakan murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 
menunjukkan pencapaian yang baik dalam ujian menulis. Ini boleh dikaitkan dengan 
persekitaran keluarga yang kondusif yang membantu mereka belajar menulis 
sebagaimana yang digambarkan dalam sesi temu bual dengan murid-murid. 
57
bAb V 
RINGKASAN dAN RUMUSAN 
5.1 PENdAHULUAN 
dalam bab ini, perbincangan akan saya tumpukan kepada rumusan terhadap 
keputusan yang diperolehi daripada kajian yang bertajuk Kemahiran Membezakan 
Huruf b dan ddalam Tulisan bagi Murid-Murid Tahun 1. Instrumen kajian ini terdiri 
daripada borang maklumat murid, temu bual, kertas Ujian Pra dan kertas Ujian Pos. 
Latar belakang murid diperolehi daripada borang maklumat murid. Soalan temu 
bual dengan ibu bapa pula digunakan untuk mendapatkan maklum balas tentang 
minat dan persepsi murid terhadap penulisan ketika berada di rumah. 
Ujian Pra ditadbirkan untuk melihat setakat mana kefahaman murid terhadap 
kemahiran yang diajar secara “chalk and talk”. Manakala Ujian Pos pula ditadbirkan 
untuk mengesan tahap penguasaan dan pencapaian murid terhadap kemahiran 
yang sama selepas beberapa teknik, kaedah dan strategi yang dijalankan oleh guru 
untuk mengatasi masalah kajian. 
58
Soalan Ujian Pra dan Ujian Pos adalah terdiri daripada kemahiran dan bentuk 
soalan yang sama. Ujian ini memerlukan pelajar menjawab soalan dengan mengisi 
ruang 
kosong dengan suku kata yang mengandungi huruf sama ada b atau ddalam 
kemahiran menulis. Oleh itu, dalam kajian ini perbincangan akan memperkatakan 
dengan lebih lanjut tentang persoalan kajian, implikasi dapatan, saranan serta 
cadangan untuk kajian lanjut yang boleh dijalankan kelak. 
5.2 RINGKASAN dAPATAN 
Ujian Pra dan Ujian Pos yang ditadbirkan dalam kajian ini adalah untuk melihat 
sejauh mana murid dapat membezakan huruf b dan d dalam penulisan dan 
mempertingkatkan kefahaman dan pencapaian terhadap kemahiran yang diajar. 
dapatan kajian yang telah dianalisis dapat memberikan jawapan kepada persoalan 
kajian yang berikut: 
5.2.1 Adakah murid-muridtahun 1 ini sudah menguasai Kemahiran 
Membezakan Huruf ’ b’ dan d dalam Penulisan? 
i. Hasil dapatan kajian menunjukkan murid-muriddapat menguasai kemahiran 
membezakan huruf b dan d iaitu merujuk kepada Ujian Pra dan Ujian Pos 
Kemahiran Menulis, di mana sisihan piawai semakin mengecil iaitu daripada 
7.15 kepada 5.45. 
ii. Murid-murid juga dapat menulis huruf dengan bentuk yang cantik dan teknik 
menulis yang betul. 
iv. Selain itu, murid-muriddapat menguasai kemahiran motor halus mereka 
59
apabila dapat membentuk huruf menggunakan plastisin, tanah liat dan pasir 
lembab. 
5.2.2 bagaimanakah cara membantu murid-muridtahun 1 meningkatkan 
kemahiran menulis huruf b dan d dengan teknik yang betul? 
Hasil daripada percubaan pengkaji terdapat beberapa cara bagi membantu 
murid-muridmenguasai kemahiran menulis huruf b dan d dengan teknik yang 
betul seperti di bawah: 
5.2.2.1 Peranan Guru 
i. Guru memainkan peranan penting dalam membimbing murid-muridmenulis 
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang 
menyeronokkan supaya murid suka belajar. Antaranya belajar sambil 
bermain dengan menggunakan peralatan. 
ii. Guru menyuruh murid meniru huruf dengan menyambung titik-titik 
untuk membantu murid-muridmenulis. 
iii. Guru mengajar murid-muridmembentuk huruf menggunakan plastisin 
yang berlainan warna supaya murid-muriddapat membezakan dan 
mengenali huruf b dan d. 
iv. Kepelbagaian teknik membentuk huruf b dan d seperti 
menggunakan pasir basah yang disi dalam kotak menyeronokkan 
murid-muriddan menguatkan motor halus mereka. 
v. Guru melatih murid mengecam huruf menggunakan gambar yang 
menarik. 
vi. Kaedah individu ditekankan oleh guru tahun 1 dalam bimbingan 
menulis kerana kebolehan menulis dan cara belajar membaca murid 
tahun 1 adalah berbeza. 
60
vii. Guru menekankan kemahiran mendekod iaitu mengeja dan 
membatang perkataan dalam membimbing murid-murid yang lemah 
menulis seterusnya memberi impak kepada membaca. 
viii. Guru tahun 1 hendaklah memaklumkan kepada ibu bapa murid 
tentang kebolehan menulis anaknya dari semasa ke semasa. 
5.2.2.2 Peranan Ibu bapa 
i. Peranan Ibu bapa atau adik-beradik yang mengajar sampel menulis di 
rumah secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran menulis 
huruf peringkat awal kepada kanak-kanak. 
ii. Ibu bapa yang menyediakan bahan atau membeli buku rujukan untuk 
anak-anak belajar dapat menanam minat murid-muridmenulis. 
iii. Ibu bapa atau penjaga yang sentiasa mengambil berat akan anak-anak 
mereka sentiasa berhubung dengan guru tahun 1 untuk mengetahui 
tahap kemajuan anak-anak mereka dan sama-sama mencari jalan 
mengatasinya. 
5.2.3 Adakah strategi pengajaran, kaedah dan teknik yang digunakan 
oleh guru dalam bilik darjah berkesan? 
Hasil daripada dapatan kajian, didapati strategi pengajaran, kaedah dan teknik 
yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah adalah berkesan. 
i. Pembelajaran secara “Hands on, Minds on” atau learning through 
experience ini nyatalah dapat menambahkan kefahaman serta minat 
murid terhadap kemahiran ini kerana mereka terlibat secara 
langsung 
aktiviti membentuk huruf menggunakan plastisin, membina huruf 
dengan pasir lembab dan mengecam huruf dengan kad tebuk. 
ii. Pengkaji mendapati pelajar kelihatan gembira dan bermotivasi untuk 
61
menjawab lembaran kerja kerana mereka sudah dapat 
menguasainya 
berbanding semasa guru menjalankan pengajaran secara “chalk 
and 
talk”. 
iii. berdasarkan analisis temu bual dan maklum balas murid, didapati 
minat murid untuk menulis timbul apabila mereka diberi pujian oleh 
guru atau ibu bapa apabila tulisan mereka cantik. Mereka juga 
merasa 
teruja dan bermotivasi untuk terus menulis apabila guru memberi 
‘bintang’ yang berupa satu ganjaran. 
iv. Strategi pengajaran guru yang pelbagai menyebabkan murid-muridtidak 
merasa bosan untuk belajar. 
v. Kaedah kumpulan yang diguna oleh guru dapat membantu murid-muridberinteraksi 
dengan kawan-kawan untuk menyelesaikan 
sesuatu masalah atau melakukan aktiviti membentuk huruf. 
Manakala kaedah bimbingan individu dapat membantu murid-muridmengatasi 
masalah menulis dengan lebih cepat. 
vi. Teknik bermain sambil belajar menyeronokkan murid.Teknik 
bercerita yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah dapat menarik 
minat murid-muriduntuk belajar. 
dengan peningkatan minat dan motivasi, pelajar akan belajar lebih tekun, memberi 
perhatian penuh semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) sedang berlangsung 
serta melibatkan diri secara aktif. Keadaan ini dapat membantu pelajar menguasai 
sesuatu kemahiran dengan berkesan. Hasil ini adalah bersamaan dengan dapatan 
yang diperolehi oleh dewer & Tammy (1996), Hartman & Virginia (1995) yang 
62
menunjukkan bahawa murid lebih berjaya apabila bergiat secara aktif dalam 
pengajaran dan pembelajaran. 
5.3 IMPLIKASI dAPATAN 
Kajian ini menunjukkan hubungan yang positif antara kaedah dan teknik 
pembelajaran yang pelbagai dengan pencapaian dan minat murid terhadap 
kemahiran menulis. Adalah diharapkan, dapatan kajian ini dapat memberikan 
kesedaran kepada guru-guru tahun 1 tentang peri pentingnya kepelbagaian kaedah 
pengajaran dan pembelajaran diaplikasikan dalam bilik darjah. 
Kaedah pengajaran secara ‘spoon feed’ atau ‘chalk and talk’ tidak begitu sesuai 
untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada murid kerana 
pelajar tidak terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
Pembelajaran secara koperatif melalui aktiviti bermain membolehkan murid terlibat 
secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran dan ini secara tidak langsung 
dapat menambah minat dan menjadi faktor untuk memotivasikan pelajar untuk 
belajar menulis. 
Akhir sekali, untuk memastikan murid dapat menulis dengan berkesan, pihak guru 
tahun 1 perlu menyediakan bahan dan alatan yang cukup dan berfungsi selain 
menyediakan bilik darjah yang kondusif dan selamat kepada murid-muridnya. 
Pihak kementerian pelajaran juga disarankan memantau keberkesanan pengajaran 
dan pembelajaran murid-muridtahun 1 supaya wawasan negara untuk melahirkan 
modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat direalisasikan. 
63
5.4 CAdANGAN 
5.4.1 Cadangan kepada Guru Tahun 1. 
i. Guru-guru tahun 1 perlu mendapat latihan lanjutan atau latihan 
peningkatan ikhtisas paling kurang hingga peringkat ijazah bagi 
memantapkan tahap profesionalisme guru. Pastikan guru tahun 1 
adalah guru siswazah terlatih yang mempunyai kelayakan dalam bidang 
Pendidikan Awal Kanak-kanak. 
ii. Latihan dalaman juga hendaklah sentiasa diberikan dari semasa ke 
semasa untuk meningkatkan ilmu dan menambah kemahiran guru-guru 
tahun 1. 
iii. Guru tahun 1 perlu menghadiri bengkel, perbincangan atau seminar 
tentang pendidikan awal kanak-kanak. 
iv. Guru memberikan galakan dan sokongan kepada pelajar untuk belajar 
menulis tanpa kesalahan melalui pemberian imbuhan yang bersesuaian 
dan mewujudkan keseronokan melalui bermain sambil belajar. 
v. Maklumat wujudnya masalah kebolehan murid-murid untuk membuat 
perbezaan b dan dketara di kalangan murid-murid tahun 1 harus 
disampaikan kepada pihak sekolah khasnya guru bahasa Melayu Tahun 
Satu murid-murid tersebut. 
vi. Murid-murid yang lemah perlu diberi latih tubi aktiviti pramenulis 
sebagaimana yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran bahasa Melayu 
Tahun Satu. 
5.4.2 Cadangan kepada Pihak Sekolah 
i. Menyediakan bilik darjah yang sesuai, selesa dan selamat serta mesra 
pelajar kepada kanak-kanak. 
64
ii. Memastikan alatan dan bahan pembelajaran adalah mencukupi kepada 
semua pelajar dan dapat berfungsi dengan baik. 
iii. Menyediakan persekitaran yang kondusif kepada murid-muridseperti 
kawasan ‘play scape’ yang selamat supaya mereka seronok datang ke 
sekolah. 
iv. Memaklumkan tahap kebolehan menulis murid-murid oleh guru tahun 1 
kepada guru-guru Tahun Satu yang menerima murid-muridnya untuk 
menjamin kesinambungan dan mutu bimbingan menulis. 
5.4.3 Cadangan kepada Pejabat Pendidikan daerah 
i. Memantau pengurusan dan penyelenggaraan serta penggunaan bahan 
bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 
ii. Mengadakan aktiviti yang sesuai dengan murid-muridtahun 1 yang dapat 
membantu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 
iii. Pemantauan rapi dan penelitian ke semua tahun 1 dengan melibatkan 
semua aspek kekuatan dan kelemahan perlu dikenalpasti untuk 
tindakan susulan di samping dapat menentukan kualiti sesuatu institusi 
dan kakitangannya. 
iv. Pegawai Khas Tahun 1 di Pejabat Pendidikan daerah juga mesti 
bertanggungjawab membantu, menyelia, mengawasi memantau serta 
mampu menasihati guru-guru dalam melaksanakan P & P di tahun 1 
daerah berkenaan. 
5.4.4 Cadangan kepada Jabatan Pelajaran Negeri /Kementerian Pelajaran 
Malaysia. 
i. Lantikan pegawai pakar serta berkemahiran di peringkat Jabatan 
Pendidikan Negeri mampu memenuhi kehendak dan menyelami masalah 
65
guru serta boleh komunikasi dua hala adalah penting untuk perkembangan 
pengajaran dan pembelajaran lancar di tahun 1. Guru-guru tahun 1 yang 
berkebolehan inovatif, dan berpengalaman seharusnya diberi ruang untuk 
mendapat pengiktirafan dan keistimewaan dalam kelompok mereka tanpa 
menghadkan bilangan atau kuota. dengan cara ini, barulah guru tahun 1 
akan merasa dihargai dan bersemangat untuk mengajar. 
ii. Kementerian seharusnya menyenarai dan menyedia serta menyusun kursus 
dan latihan susulan untuk guru secara berkala dan seragam untuk seluruh 
Malaysia, merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang dipertingkatkan. 
Penekanan harus diberi kepada penggunaan dan pengendalian ICT, 
bahasa Inggeris dan paling penting kepada kemahiran muzik merangkumi 
pengendalian alatan juga lagu kanak-kanak. Muzik dan nyanyian dengan 
murid-muridtahun 1 memang penting sebagai sumber dan medan 
penyampaian P & P yang paling berkesan. Corak latihan perguruan yang 
menumpukan aspek teori, kurang latihan amali dan demonstrasi 
menyebabkan ada kegagalan dalam memenuhi kehendak perkembangan 
kanak-kanak 
iii. Kementerian seharusnya memberi peruntukan yang lebih banyak kepada 
bahagian tahun 1 seperti menaikkan peruntukan perkapita murid untuk 
murid menikmati lebih banyak pembaharuan peralatan guna terus untuk 
mempercepatkan penguasaan pembelajaran mereka. Peruntukan yang 
besar juga patut diberi kepada JPN dan PPd untuk menganjurkan program 
peningkatan dan pemantapan pengajaran dan pembelajaran untuk guru-guru 
tahun 1. Usaha ini untuk mempertingkatkan minat mereka seperti 
mengadakan kursus dalaman, bengkel peningkatan pengajaran dan 
pembinaan 
66
5.5 CAdANGAN UNTUK KAJIAN LANJUTAN 
i. Membuat kajian lanjutan tentang permasalahan yang sama dengan 
persekitaran geografi yang berbeza di negara ini yang melibatkan sampel 
yang lebih besar. 
ii. Menjalankan kajian ini dengan membandingkan tahap pelaksanaan 
pengajaran dan pembelajaran di kelas tahun 1 KEMAS dan tadika swasta. 
iii. Menjalankan semula kajian ini dan membandingkan tahap pelaksanaan 
pengajaran dan pembelajaran antara dua buah sekolah berdekatan atau 
dalam daerah atau 2 buah negeri. 
iv. Mengkaji dan menilai permasalahan lain yang wujud dalam meningkatkan 
penguasaan murid dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di 
tahun 1. 
Adalah diharapkan kajian-kajian yang akan dijalankan pada masa hadapan dapat 
mengukuhkan lagi dapatan kajian ini dan dilaksanakan dengan lebih meluas dalam 
P&P tahun 1 khususnya dalam penulisan. Adalah juga diharapkan, kajian ini dapat 
membantu perancang kurikulum, guru-guru dan pihak lain yang berkaitan. Semoga 
kajian ini dapat membantu terutama guru-guru baru menangani masalah pelajar 
agar lebih mudah menguasai teknik dan kaedah supaya murid dapat membezakan 
antara huruf b dan d. 
5.6 KESIMPULAN 
Pada keseluruhannya, murid-murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 
menunjukkan pencapaian yang baik dalam ujian menulis yang dijalankan. Namun 
masih terdapat sekumpulan kecil yang menghadapi masalah dalam menguasai 
kemahiran asas menulis khasnya mendekod perkataan yang mengandungi huruf b 
67
dan d. Murid-murid ini juga mempunyai pengetahuan am yang terhad dan tidak 
menyedari faedahnya. 
Kajian tindakan ini dapat membantu guru mengetahui amalan sendiri yang tidak 
berkesan di samping mengenal pasti masalah pembelajaran murid. Melalui kajian ini 
satu kaedah pengajaran telah dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ini dibuktikan 
melalui keputusan dapatan yang menunjukkan hasil yang baik. Kajian ini amat 
penting dilakukan bagi memantapkan pengajaran di samping meningkatkan prestasi 
murid menguasai sesuatu kemahiran. Kajian ini juga perlu menjadi amalan bagi 
setiap guru demi meningkatkan kecemerlangan diri dan pendidikan negara. 
Guru juga dapat melakukan perubahan agar dapat membantu murid menguasai 
kemahiran serta menambah ilmu guru tersebut. Guru sebagai pengkaji mestilah 
berani melakukan anjakan paradigma demi kecemerlangan semua pihak. 
Selain itu, sikap kerjasama amat perlu bagi menghasilkan sesuatu perkara dengan 
cemerlang umpama kata pepatah ‘Sepakat Membawa berkat’. Harapan kita agar 
dapat menghasilkan idea-idea yang lebih bermutu dan seterusnya menjadi warga 
yang bukan sahaja cemerlang tetapi gemilang dan terbilang. 
68
RUJUKAN 
Adams, M.J. (1990). beginning to read: Thanking and learning about 
print. Cambridge, MA, MIT press. 
Azizah Lebai Nordin & Zainun Ishak. 1999. Pendidikan Tahun 1 Untuk Guru. 
Kuala Lumpur : Utusan Publications & distributors Sdn. bhd. 
buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas,(1999), 
Jabatan Pendidikan Khas.Kementerian Pendidikan Malaysia.Kuala Lumpur : 
Percetakan Watan Sdn.bhd. 
dr. david Lim Chong Lim,dr. Nor Azizah Salleh (UKM), Prof Madya dr. Saat 
Yasin. (2007). Modul HbEF2503, Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. 
(2nd.ed.). Kuala Lumpur. Open University Malaysia. 
Encik Azizi Ahmad,Encik Mohd Isha b. Awang. (2006). Pengukuran dan Penilaian 
dalam Pendidikan.Kuala Lumpur: Meteor doc.Sdn.bhd. 
Hassan Mohd. Ali. 1999. Panduan Mendidik Anak-anak Tahun 1. Kuala 
Lumpur: Sabha dTP Services Sdn. bhd. 
Huraian Kurikulum Tahun 1 Kebangsaan.(2006). Pusat Perkembangan 
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. 
. 
Kamhi, A.G. & Catts, H.W. (1989). Language and reading: Convergences, 
divergences, and development. In A.G Kamhi and H.W. Catts (eds.). 
Reading disabilities A developmental Language Perspective. boston MA, 
College-Hill Press: 1-34. 
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1996. “Laporan Kajian Impak 
Pendidikan Tahun 1 Kepada Murid Tahap Satu - Sekolah Rendah”. 
Seminar Kebangsaan Pendidikan Tahun 1. Pulau Pinang: 
bahagian Perancangan dan Penyelidikan dasar Pendidikan. 
69
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian kurikulum Tahun 1 
Kebangsaan 2003. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. 
Lerner, J. (2003). Learning disabilities theories, diagnosis, and teaching 
Strategies (9th. ed.). boston: Houghton Miffin Company. 
Mohd.Azhar Abd. Hamid, Mohd. Nasir Markom, Othman A.Kasim, (2004). 
Permainan Kreatif untuk Guru & Jurulatih.Pahang: PTS Publication & 
distributors Sdn. bhd. 
Mohd. Majid Konting 1998. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala 
Lumpur dewan bahasa dan Pustaka. Nik Aziz Nik Pa. 1988. Aktiviti 
Membina Refleksi dan pengabrakan : Perspektif Pendidikan Murid-muridterbiar. 
Jurnal Pendidikan Islam. 2(8) : 28-38 
Nik Aziz Nik Pa . (1996) . Konsep Maktab Perguruan bestari. Kertas kerja 
dibentangkan di Seminar Maktab Perguruan bestari, di Kuala Lumpur dalam 
Jurnal Pendidikan Guru. 
Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. 2003. Panduan Pendidikan 
Tahun 1. Kuala Lumpur: Utusan Publications & distributors 
Sdn.bhd. 
Prof. dr.Khadijah Rohani Mohd Yunus, Puan Razali, Puan Ramlah 
Jantan. (2006). Psikologi Pendidikan.Kuala Lumpur: Meteor doc. 
Sdn.bhd. 
Prof. Madya dr.Puteri Zabariah Megat A.Rahman, (UPM), (2006). Modul 
HbPS 1103, Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Kuala 
Lumpur. Open University Malaysia. 
Rohaty bt Mohd Majzub, Abu bakar bin Nordin.(1994). Pendidikan 
Tahun 1. Kuala Lumpur. 
Rohaya Hj. Yahya. (1996). Kaedah Montessori.Kuala Lumpur:Utusan 
Publication & distributor Sdn. bhd. 
Sinclair, A . & Papandropoulou, I . b. (1984) Learning to read and skilled 
reading : multiple systems interacting within and between the readers and 
the test. In Language Awareness and Learning to Read (downing , J. & 
Valtin, P, eds.) 79 - 92 .berlin : Springer Verlag 
70
71

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rphtamya65
 
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematikTeknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematikMohd Halim
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)FaFai S.
 
Teknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas Darab
Teknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas DarabTeknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas Darab
Teknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas DarabNorazlin Mohd Rusdin
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)JOLIN TAIMIN
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahHon Shan Shan
 
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Dy Marvel
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran hariansulaiman174
 
Kaedah multisensori
Kaedah multisensoriKaedah multisensori
Kaedah multisensoripeggylau9318
 
14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah
14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah
14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjahemy69
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018NANAPOYO
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasRancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasNur Kareena
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaFatiha Khaidzir
 
5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssrSharieda Md Dam
 

La actualidad más candente (20)

Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
 
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematikTeknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
Teknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas Darab
Teknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas DarabTeknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas Darab
Teknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas Darab
 
RPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khasRPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khas
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran Prasekolah
 
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
Kaedah multisensori
Kaedah multisensoriKaedah multisensori
Kaedah multisensori
 
Matematik kspk full
Matematik kspk fullMatematik kspk full
Matematik kspk full
 
Tugasan emb415
Tugasan emb415Tugasan emb415
Tugasan emb415
 
14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah
14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah
14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasRancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksia
 
5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr
 
Contoh senarai semak
Contoh senarai semakContoh senarai semak
Contoh senarai semak
 

Destacado

Bmm3133 p tindakan 1 may
Bmm3133 p tindakan 1 mayBmm3133 p tindakan 1 may
Bmm3133 p tindakan 1 mayMayhana Musa
 
proposal pemulihan khas
proposal pemulihan khasproposal pemulihan khas
proposal pemulihan khasshahlyme
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam Ady Osman
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanSuzi Suziyana
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Rosdi Ramli
 
Proposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adamProposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adamAdam Kamaludin
 
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Suhana Kamaluddin
 
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...Noormazrita Azam
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Zack Chepa
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR) CIKGU NAZARINANAWAWI
 
kajian tindakan sains
kajian tindakan sainskajian tindakan sains
kajian tindakan sainsmamadanial
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuJunaidah Jusoh
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanFawwaz Fathanah
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...huda hamdan
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarHananie Halim
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014muhammad
 

Destacado (20)

Bmm3133 p tindakan 1 may
Bmm3133 p tindakan 1 mayBmm3133 p tindakan 1 may
Bmm3133 p tindakan 1 may
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
proposal pemulihan khas
proposal pemulihan khasproposal pemulihan khas
proposal pemulihan khas
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
 
Proposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adamProposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adam
 
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
 
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Mentadbir ujian
Mentadbir ujianMentadbir ujian
Mentadbir ujian
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
 
kajian tindakan sains
kajian tindakan sainskajian tindakan sains
kajian tindakan sains
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Rujukan
RujukanRujukan
Rujukan
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014
 

Similar a Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)

Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiNoraida Ali
 
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...SDN 1 JUGLANGAN
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ... KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...Suhana Kamaluddin
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 
cth kajian tindakan 2.pdf
cth kajian tindakan 2.pdfcth kajian tindakan 2.pdf
cth kajian tindakan 2.pdfWawaWaheeda
 
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docx
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docxPERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docx
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docxKalpanaMoorthy3
 
Kajian tindakan linus
Kajian tindakan linusKajian tindakan linus
Kajian tindakan linusbenwong733
 
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...risa zakiatul
 
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...nurul2307
 
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi.pptx
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi.pptxLK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi.pptx
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi.pptxMartyaPutri
 
lk-1-2-eksplorasi-penyebab-masalah-pgsd.pdf
lk-1-2-eksplorasi-penyebab-masalah-pgsd.pdflk-1-2-eksplorasi-penyebab-masalah-pgsd.pdf
lk-1-2-eksplorasi-penyebab-masalah-pgsd.pdfTsabitgauzankhoirgau
 

Similar a Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved) (20)

Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
1
11
1
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
 
Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735
 
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ... KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
Kia2 m
Kia2 mKia2 m
Kia2 m
 
cth kajian tindakan 2.pdf
cth kajian tindakan 2.pdfcth kajian tindakan 2.pdf
cth kajian tindakan 2.pdf
 
kajian tindakan
kajian tindakankajian tindakan
kajian tindakan
 
Proposal ptk.1
Proposal ptk.1Proposal ptk.1
Proposal ptk.1
 
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docx
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docxPERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docx
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docx
 
Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117
 
Penelitian tindakan kelas
Penelitian tindakan kelasPenelitian tindakan kelas
Penelitian tindakan kelas
 
Kajian tindakan linus
Kajian tindakan linusKajian tindakan linus
Kajian tindakan linus
 
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
 
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
 
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi.pptx
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi.pptxLK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi.pptx
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi.pptx
 
lk-1-2-eksplorasi-penyebab-masalah-pgsd.pdf
lk-1-2-eksplorasi-penyebab-masalah-pgsd.pdflk-1-2-eksplorasi-penyebab-masalah-pgsd.pdf
lk-1-2-eksplorasi-penyebab-masalah-pgsd.pdf
 
Pkm......
Pkm......Pkm......
Pkm......
 

Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)

  • 1. NAMA PENGKAJI : ZURAINI bT MAT ZIN NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN DEWAN bETA TAJUK KAJIAN : MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR DALAM MEMBEZAKAN HURUF b DAN d 1.0 PENdAHULUAN Pengenalan Kajian yang akan dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan dalam pengajaran Tahun 1 yang bertajuk Kemahiran Membezakan Huruf b dan d dalam tulisan bagi Murid-Murid Tahun 1. Tajuk yang diperbincangkan dalam bab ini meliputi latar belakang kajian, pernyataan masalah, tujuan kajian, batasan kajian dan kepentingan kajian. Proses untuk membezakan huruf b dan d dalam tulisan amat penting bagi pendidikan awal tahun 1 seseorang murid kerana ia memberi impak yang besar kepada kemahiran menulis dan membaca yang merupakan satu kemahiran utama dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Keupayaan setiap murid untuk menulis dan membaca adalah berbeza antara satu sama lain. Kita dapati ada murid yang dapat menguasai kedua-dua kemahiran ini dengan baik dan tidak kurang juga sebaliknya. Oleh itu, satu kajian dijalankan untuk mengenalpasti puncanya. Seorang guru Tahun 1 perlulah sentiasa berfikir dan membuat keputusan dengan tepat dan bijak. Guru perlu berkebolehan untuk mengesan dan menggunakan sebarang peluang yang ada untuk membantu murid-muridmenghadapi dan menyelesaikan 1
  • 2. masalah harian, meneroka bahan-bahan pembelajaran baru dan membimbing mereka mencari jawapan kepada pelbagai persoalan. Kejayaan dan keberkesanan sesuatu pendekatan bergantung kepada kefahaman dan penghayatan guru dibilik darjah. Namun begitu, guru boleh menyesuaikan kandungan kurikulum dengan keadaan dan situasi. Guru juga mesti mahir tentang psikologi kanak-kanak, prihatin terhadap perbezaan mereka, serta peka terhadap perubahan perkembangan pendidikan terkini. dengan itu, guru dengan mudah dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid (AbP) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar, pelbagai prinsip pengajaran telah disarankan, termasuklah penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan, penggunaan kaedah pengajaran yang menekankan pemusatan dan penglibatan aktif pelajar, perancangan pengajaran yang bersistematik, pemberian galakan dan rangsangan kepada pelajar dan sebagainya (Mohamed Sani 2000). 1.2 PENYATAAN MASALAH KAJIAN di Sekolah Kebangsaan dewan beta Kota bharu ( SKdb ) terdapat segelintir murid yang memasuki Tahun Satu di sekolah ini masih gagal mengenal dan membezakan huruf b dan d. Murid-murid tersebut telah ditempatkan di kelas khas untuk menjalani pemulihan. Masalah ini tidak sepatutnya berlaku kerana sejak di tahun 1 lagi murid-murid telah didedahkan dengan bentuk huruf dan teknik penulisan yang betul. Walaupun setelah setahun belajar di kelas tahun 1 mereka masih tidak dapat mengecam dan mengenal serta menulis huruf b dan d dengan baik. Adakah cara guru mengajar selama ini salah atau tidak sesuai dengan keupayaan intelek mereka? Atau sebab 2
  • 3. lain yang menyebabkan mereka lambat menguasai satu-satu kemahiran serentak. Umum mengetahui bahawa murid-muridyang dihantar ke sekolah ini adalah terdiri daripada murid-muridyang mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza dari segi taraf ekonomi, saiz keluarga, kekerapan ibu bapa membeli bahan bacaan untuk anak-anak, kurang pendidikan dan perhatian keluarga. Ada antara mereka yang tingkah lakunya terlalu pasif, suka merendah diri dan tiada keyakinan diri. Hal ini, menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Pendekatan secara individu di dalam kelas tidak dapat dijalankan kerana bilangan murid yang ramai. Murid-murid ini perlu mengikuti sesi pembelajaran yang lebih terancang dan sesuai dengan keupayaan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial mereka. Guru perlu mempermudah pengajaran mengikut kemampuan murid dan mempelbagaikan kaedah pengajaran di samping penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai. bagi mengenal pasti isu yang hendak dikaji, satu Kajian Rintis telah dibuat bertujuan untuk memastikan alat-alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan keesahan yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin berlaku semasa kajian sebenar dijalankan. Tinjauan awal telah dibuat berdasarkan pemerhatian, latihan bertulis dan lisan di dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian yang dibuat telah dikenal pasti murid tidak berapa yakin untuk menulis huruf. Murid juga sering menulis secara bertukar iaitu b ditulis d dan d ditulis b. Hal ini, menyebabkan perkataan yang ditulis tidak boleh dibaca dan tidak mempunyai makna. Temu bual juga digunakan untuk mendapatkan data awal. Melalui soal selidik dan temu bual dengan ibu bapa dan murid, didapati murid tidak dapat mengenal bentuk huruf hanya melalui kad huruf sahaja. berdasarkan maklumat 3
  • 4. tersebut didapati murid keliru dan tidak mahir untuk menulis huruf b dan d dengan teknik yang betul. Oleh itu, saya telah mengenal pasti fokus kajian ini iaitu untuk meningkatkan kebolehan membezakan huruf b dan d dalam tulisan dengan teknik yang betul bagi murid - murid tahun 1. di sesetengah sekolah pengurusan penulisan huruf tidak dilaksanakan dengan baik dan sistematik. Ada guru yang tidak pernah langsung memberikan perhatian kepada gaya penulisan pelajar mereka. Ada guru yang sesekali sahaja memberi penekanan dan ada juga guru yang memberikan sepenuh perhatian hampir setiap hari kepada para pelajarnya termasuklah hari-hari cuti (Siti Noorazma 2001). 1.3 SOALAN PENYELIdIKAN ATAU KAJIAN Kajian ini pada dasarnya bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berikut: 1.3.1 Adakah murid-muridtahun 1 ini sudah menguasai kemahiran membezakan huruf b dan d dalam penulisan? 1.3.2 bagaimanakah cara membantu murid - murid tahun 1 meningkatkan kemahiran menulis huruf b dan d dengan teknik yang betul? 1.3.3 Adakah strategi pengajaran, kaedah dan teknik yang digunoleh guru dalam bilik darjah berkesan? 1.4 ObJEKTIF KAJIAN Objektif umum : Meningkatkan kebolehan murid membeza dan membaca. Objektif khusus : i. Meningkatkan kemahiran menulis huruf b dan d dengan teknik yang betul. ii. Merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk membolehkan murid meningkatkan kemahiran membezakan, 4
  • 5. mengenal dan mengecam bentuk huruf b dan d dengan betul apabila menulis. iii. Menilai keberkesanan tindakan yang telah digunakan untuk membantu murid menguasai kemahiran menulis dengan teknik yang betul. 1.5 KEPENTINGAN PENYELIdIKAN ATAU KAJIAN Tujuan kajian bagi murid-murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan dewan beta adalah satu usaha untuk menolong murid-murid ini memperlengkap diri mereka dengan pengalaman baru ke alam persekolahan sebenar terutama bagi mereka yang agak lemah mencapai objektif pembelajaran yang sepatutnya dikuasai dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah. biasanya murid-murid tahun 1 perlu didedahkan kepada banyak pengalaman konkrit dan situasi sebenar bagi membolehkan murid membina gambaran yang jelas dan seterusnya memahami konsep sebenar apa yang diajar oleh guru. biasanya murid-murid yang masuk ke kelas tahun 1 tidak dapat mengenal bentuk huruf, menyebut dan menulis bentuk dengan teknik yang betul menyebabkan keupayaan membaca mereka terganggu atau tersekat. Sukatan Mata Pelajaran Pendidikan Islam tahun 1 lebih menekankan kepada asas mengenal huruf, asas bacaan dan tulisan. Mengenal bentuk huruf dan teknik menulis dengan betul merupakan kemahiran asas yang dapat membantu murid membaca dengan mudah. Masalah ini telah dikenal pasti melalui pemerhatian semasa menulis dalam sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu murid-murid tidak dapat membezakan bentuk huruf b dan d serta cara menulis huruf b dan d dengan teknik yang betul. Selain 5
  • 6. tidak dapat membezakan huruf, murid-murid juga sering menulis huruf b dan d tertukar. Masalah ini perlu diatasi kerana kesilapan murid-murid menulis bentuk huruf dan menulisnya secara tertukar menyebabkan perkataan yang ditulis tidak boleh dibaca dan tidak mempunyai makna. Hal demikian, akan menjejaskan pembacaan dan penulisan murid-murid ketika menjawab soalan peperiksaan mahupun membuat latihan bertulis di dalam bilik darjah. 1.6 bATASAN KAJIAN Kajian terhadap Kemahiran Membezakan Huruf b dan ddalam Tulisan bagi Murid-murid Tahun 1 melibatkan 18 orang sampel yang terdiri daripada 25 orang murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, 22200 besut, Terengganu yang berusia antara 5 dan 6 tahun terdiri daripada 8 orang lelaki dan 10 orang perempuan. Semua sampel berbangsa Melayu. Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut: i. Kajian ini akan menggunakan bilangan murid yang sedikit dan terbatas pada sekolah ini sahaja. Kajian Rintis telah dilakukan sebelum kajian sebenar yang melibatkan sampel yang berlainan supaya sampel yang dipilih tidak bosan dan dapat meneka instrumen yang telah digunakan oleh pengkaji sebelum ini. ii. Walaupun pengkaji menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar dan instrumen yang berdasarkan sukatan Kurikulum Tahun 1 6
  • 7. tetapi kualiti pengajaran yang dirancang mungkin kurang memuaskan dan menjejaskan dapatan kajian. 1.7 KESIMPULAN bab ini menghuraikan rasional, objektif dan kepentingan kajian ini. Antara lain, bab ini merumuskan bahawa murid membentuk konsep yang bercanggah sebelum guru mula mengajar. Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid bergantung kepada teknik dan kaedah serta pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik yang telah digunakan oleh guru. Ini dapat meningkatkan kebolehan murid membezakan huruf b dan d dalam penulisan mereka. Pendidikan tahun 1 adalah umpama taman yang berfungsi memberi pengalaman yang bermakna kepada murid-muridoleh guru tahun 1. bAb 11 TINJAUAN LITERATUR : TEORI-TEORI KAJIAN bERKAITAN 2.1 PENdAHULUAN bab ini membincangkan kajian literatur sama ada dari dalam dan luar negara. di samping itu, membincangkan beberapa penulisan bersangkutan yang berkaitan dengan teori pembelajaran. Penekanan terhadap teknik pengajaran yang mempengaruhi persepsi murid terhadap keupayaan membezakan huruf b dan d dalam tulisan dengan teknik yang betul bagi murid-murid tahun 1. di Malaysia, tahap penguasaan murid yang rendah dalam 2M merupakan satu isu pendidikan tetapi kajian-kajian yang berkaitan dengannya masih kurang dilakukan. 7
  • 8. Setakat ini beberapa orang pengkaji cuma mengkaji latihan-latihan yang bersesuaian mengikut persepsi pelajar berkaitan dengan mata pelajaran sains, matematik, biologi dan kimia. Kajian yang meninjau persepsi pelajar tentang keberkesanan gaya penulisan dan pembinaan huruf yang betul dalam mata pelajaran ialah kajian yang dijalankan oleh (Nora 1988). 2.2 TEORI-TEORI bERKAITAN Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti langkah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi meningkatkan keupayaan membezakan huruf b dan d dalam tulisan dengan teknik yang betul bagi murid-murid tahun 1. Fokus kajian saya ialah dalam aspek teknik penulisan huruf yang betul. di samping murid-murid tidak dapat menulis dengan teknik yang betul, keupayaan pengamatan mereka juga agak kurang baik. dalam kajian ini saya menggunakan kaedah gabungan Teori Pembelajaran bandura dan Teori Pembelajaran behaviorisme . 2.2.1 TEORI PEMbELAJARAN SOSIAL bANdURA Mengikut teori ini, kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap pemodelan. Proses peniruan ini melalui empat langkah beurutan yang memerlukan tahap pengamatan pelajar iaitu tumpuan, penyimpanan, mengingat dan motivasi. Murid-murid harus memberi tumpuan kepada tingkah laku model iaitu guru untuk membolehkan murid mempelajari bagaimana cara untuk menulis huruf b dan d yang diajar oleh guru, seterusnya meniru cara tersebut. Guru telah menggunakan plastisin untuk membentuk huruf b dan d dengan tujuan menajamkan 8
  • 9. pengamatan murid (murid perhati dan tiru). Guru akan membuat tunjuk cara membina huruf menggunakan plastisin yang berbeza warna supaya murid tidak keliru antara huruf b dan d, sebelum murid melakukannya sendiri. Selain mendapat pengalaman membina sendiri huruf, ia dapat merangsang otak untuk mentafsir imej yang dilihat dan dibentuk. Murid-murid berasa seronok kerana dapat membentuknya menggunakan sentuhan. Murid-murid telah didedahkan cara membezakan bentuk huruf b dan ddengan teknik menulis yang betul pengajaran setiap minggu. Cara-cara menulis dan membentuk huruf b dan d yang diterima daripada guru akan dienkod oleh murid ke dalam sistem ingatan dan digunakan semula apabila diperlukan. Apabila murid sudah mahir membentuk huruf menggunakan plastisin, ia sebagai asas kepada menulis huruf menggunakan pensel kertas dan menguasai kemahiran tersebut maka ia akan dapat digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan. Melalui proses pemerhatian, murid akan mempunyai kebolehan menghasilkan bentuk huruf b dan d yang dikehendaki. Setelah mendapat menguasai kemahiran tersebut, guru akan memberi motivasi dengan cara memberi peneguhan berupa hadiah, pujian, senyuman atau murid diberi ’bintang’. 2.2.2 TEORI PEMbELAJARAN bEHAVIORISME Teori Pembelajaran behaviorisme pula menekankan tentang tingkah laku yang dapat dilihat dan diukur serta perubahan yang berlaku dalam diri seseorang adalah disebabkan oleh pengalaman. Setelah murid dapat membentuk huruf menggunakan plastisin, mereka akan mula berasa seronok untuk melakukannya berulangkali dan seterusnya dapat memindahkan kemahiran tersebut kepada tulisan pensel kertas atau lembaran kerja yang diedarkan. Pengalaman pembelajaran yang diperolehi oleh murid yang sering diulang-ulang akan menghasilkan bentuk tulisan b dan d yang lebih cantik dengan teknik yang 9
  • 10. betul. Guru akan segera memberi peneguhan berupa pujian, senyuman dan hadiah. Guru berharap murid tersebut akan mengulangi kemahiran yang sudah dikuasainya dan dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2.2.3 TEORI VYGOTSKY Teori Vygotsky memberikan penekanan kepada kepentingan bermain dalam meningkatkan perkembangan bahasa dan sosial murid-murid(Azizah, 2002). Melalui interaksi sosial murid-muriddengan orang di sekelilingnya, perkembangan mental, bahasa dan sosial mereka akan dapat dipertingkatkan. Pendapat Vygotsky ini adalah bertentangan dengan pendapat yang dikemukakan oleh Piaget kerana beliau berpendapat bahawa murid-muridsendiri yang mengembangkan kecerdasan dan bahasa mereka. Vygotsky pula menekankan bahawa interaksi sosial murid-murid memainkan peranan penting dalam perkembangan kognisi. Oleh itu, guru menggalakkan murid-murid belajar dalam kumpulan untuk membina huruf b dan d. Murid-murid ini boleh saling membantu untuk menghasilkan bentuk tulisan yang cantik menggunakan tanah liat. Vygotsky merupakan seorang pendokong konstruktivisme yang bersifat kolektif. Mengikutnya, zon perkembangan proksimal (ZPd) merupakan prestasi pelajar yang berada di bawah bantuan orang dewasa atau kerjasama kawan, menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah melebihi daripada kebolehan sendiri dan akhirnya mampu mencapai perkembangan pada peringkat potensi yang berbeza. Perbezaan peringkat potensi individu ini adalah berada dalam lingkungan zon perkembangan proksimal tersebut. berdasarkan teori ini, guru dan pengkaji bersepakat mewujudkan aktiviti kumpulan untuk menarik minat sampel mempelajari teknik menulis huruf b dan d yang dibimbing oleh pengkaji dan guru kelas. Jelasnya, konsep ini menerangkan 10
  • 11. perbezaan yang wujud antara tingkat perkembangan yang dicapai oleh murid-muriddengan cara bekerja sendiri tanpa bantuan orang lain atau murid-muridmenyelesaikan masalah mereka sendiri berbanding dengan tingkat potensi perkembangan yang dicapai oleh murid-muridyang berada di bawah panduan dan bimbingan orang dewasa atau dengan kerjasama rakan yang lebih berkemampuan. Murid-muridakan bekerja dalam kumpulan untuk menyelesaikan tugasan membina model huruf b dan d yang diberi oleh guru. Mereka akan bekerjasama dan berlumba-lumba untuk menghasilkan bentuk huruf yang sempurna berbanding dengan rakan yang lain. Mengikut teori ini, pengetahuan adalah dibina melalui proses pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan yang baru. dengan itu murid-muridmembina pengetahuan dengan melibatkan diri mereka secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada bagi menyelesaikan masalah yang timbul bagi mencapai kefahaman terhadap maklumat baru. Guru yang menggunakan pelbagai alat seperti plastisin, tanah liat, kad tebuk dan pasir lembab untuk membina teknik menulis huruf b dan d akan menyebabkan berlakunya peneguhan kepada murid semasa membina huruf. Namun begitu, tidak semua murid-muridmampu menyelesaikan masalah yang dihadapinya sendiri kerana mereka tidak mampu mengaitkan pengetahuan lama dengan yang baru. Mereka memerlukan bantuan orang lain. Mengikut Zon Proksimal (ZPd), perkembangan sepenuhnya bergantung kepada interaksi sosial. didapati murid-muridyang mampu bekerja sendiri dan berjaya tanpa bantuan orang lain lebih berpotensi untuk mendapatkan pengetahuan yang banyak dan bermakna berbanding dengan murid-muridyang berkembang dengan bantuan rakan atau orang dewasa. 11
  • 12. Teori Vygotsky mencadangkan agar murid-muriddibantu dengan cara memberikan penerangan dan komunikasi yang jelas serta melalui kaedah tunjuk cara atau demonstrasi. Tahap pembelajaran atau perkembangan mental seseorang murid-muridboleh ditingkatkan melalui scaffolding. Scaffolding merupakan pertolongan atau bimbingan yang diberi oleh orang yang lebih berpengalaman untuk meningkatkan tahap pembelajaran atau pemikiran kanak-kanak. Guru mestilah memberikan penerangan yang jelas tentang kaedah dan teknik yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran bagi mempertingkatkan kebolehan seseorang murid membezakan antara huruf b dan d. Guru tidak boleh cepat berputus asa apabila murid-murid tidak dapat menguasainya. Sebaliknya, guru mestilah bersabar dan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai dengan murid. Proses mental murid-muridberkembang apabila mereka membentuk pertuturan semasa melakukan aktiviti praktikal. Murid-murid akan membuat semula huruf sekiranya mereka melakukan kesilapan. Persekitaran di sekeliling murid-muriddapat mempengaruhi pembelajaran mereka. Murid-muridsebenarnya berpotensi untuk mencapai peringkat pemikiran aras tinggi dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik seandainya mereka diberi bantuan oleh orang dewasa yang berkebolehan. Kesimpulannya, mengikut konstruktivisme, dalam situasi yang sama ilmu pengetahuan khasnya bagi perkembangan bahasa, menulis dan interaksi yang diperolehi oleh setiap murid-muriditu adalah berbeza 2.2.4 FALSAFAH MARIA MONTESSORI Selain itu, pandangan Maria Montessori iaitu seorang tokoh pendidikan di Rome yang menyokong Friedrich Wilhelm Froebel ‘bapa Tadika – 1873’ berpendapat murid-muridbelajar melalui aktiviti bermain. beliau amat mengutamakan latihan 12
  • 13. daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan murid-muridmendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. beliau berpendapat, dalam mendidik kanak-kanak, kita mestilah menghormati murid-muriddan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong murid-muridmembentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani murid-muridtersebut. beliau mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum murid-muridpada peringkat awal. Antaranya adalah konsep minda yang mudah menyerap. Guru menggunakan konsep minda menyerap murid-muriddalam proses membentuk huruf b dan dmelalui permainan membentuk huruf menggunakan tanah liat dan bermain pasir lembab yang diisi ke dalam kotak. Murid akan membina huruf melalui bermain bersama rakan-rakan. Pengkaji dibantu oleh guru kelas menggunakan pendekatan bermain sambil belajar bersama dengan semua sampel untuk mengatasi masalah ini. bahan yang digunakan ialah kad-kad gambar yang pelbagai bentuk, besar dan berwarna-warni. Pada mulanya, pengkaji meminta sampel menamakan kad gambar yang ditunjukkan secara individu. Sekiranya salah seorang sampel gagal menamakan gambar yang ditunjukkan, rakannya akan memberi bantuan. Setiap kad gambar yang ditunjukkan akan disebut hurufnya secara berulang kali dengan sebutan yang betul dan tepat. Kemudian aktiviti ini dijalankan secara pertandingan bagi memberi lebih semangat dan galakan kepada semua sampel. Setiap kali sampel berjaya menamakan dengan betul bagi setiap kad gambar yang dipamerkan, satu markah diberikan. Pada akhir sesi pertandingan markah 13
  • 14. dijumlahkan. Sebagai ganjarannya, pengkaji memberikan sejumlah gula-gula yang sama dengan jumlah markah yang dikumpulkan oleh setiap sampel. Hal ini menimbulkan semangat untuk berusaha meningkatkan penguasaan membezakan huruf b dan d bagi setiap sampel. Pengkaji telah mengaplikasikan Teori behaviorisme yang menekankan konsep pengulangan dan ganjaran dalam membantu sampel membezakan huruf b dan d. Falsafah Montessori tentang pendidikan berasaskan idea-idea Rousseou, Pestalizzi dan Froebel yang menekankan potensi semulajadi serta keupayaan murid-muridberkembang dalam persekitaran yang memupuk kasih sayang dan kebebasan. dalam mendidik murid-muridkita mesti menghormati murid-muriddan haknya. Persekitaran terancang, ’absorbent mind’, kemahiran hidup,’auto-education,’ disiplin diri dan arahan kendiri adalah prinsip-prinsip dalam pendidikan kanak-kanak. Mengikut Montessori pendidikan adalah untuk menolong murid-muridmembentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani. Murid-murid menjadi seronok menggunakan deria mereka bermain sambil belajar dengan pasir lembab dan tanah liat dengan melakukan aktiviti itu secara bersama-sama. Untuk mencapai matlamat ini terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori (iaitu berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak). Antaranya ialah : i. Menghormati murid-muriddan hak mereka. ii. Konsep kebebasan ( liberty). iii. Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar. iv. Murid-muriddididik secara bersepadu dan menyeluruh. v. Murid-muridmelakukan aktiviti arahan kendiri (self-directed activity). 14
  • 15. vi. Pentingnya disiplin diri. vii. Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak. viii. ’The absorbent mind' - Murid-muridmenyerap masuk pengetahuan dan menggunakannya. ix. Murid-muridbelajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang terancang. x. ‘Auto-education’ - Setiap rancangan atau persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan murid-muridbelajar secara sendiri. 2.3 PERSEKITARAN YANG TERSEdIA Persekitaran yang menggalakkan perkembangan murid-muridadalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan murid-muridapabila murid-muridmemerlukannya. Peranan guru adalah menunjukkan cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai. Pelbagai bahan dapat diguna untuk murid menguasai kemahiran membezakan huruf b dan dtermasuklah kad tebuk, plastisin, tanah liat, pasir lembab, lembaran kerja, warna dan model. 2.4 dIdIKAN dIRI Murid-muridmampu memperjelas persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik minat mereka. Murid-muridjuga berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar murid-muridsecara formal. Guru hanya perlu menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti. Ini kerana murid-muridtidak suka pendidikan secara formal. Proses pembinaan ilmu membabitkan penglibatan yang aktif (refleksi/ renungan), pengabstrakan dan penghayatan (amalan). dalam usaha ini proses berfikir sangat 15
  • 16. penting dalam membentuk pemikiran asas yang kukuh, kritis dan kreatif serta kebolehan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. (Nik Aziz, 1996 ) 2.5 bAHAN PEMbELAJARAN Guru hanya menunjuk ajar cara yang ‘betul’ bagaimana menggunakan alat bahan bantu tersebut selepas murid-muridmemilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri murid-muriddaripada segi penumpuan perhatian, kemahiran memerhati dan meneliti, kesedaran berkenaan susunan dan peraturan, keseimbangan pergerakan, kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal, konsep matematik, kemahiran bahasa, kemahiran menulis dan membaca, kebiasaan dengan seni kreatif, pemahaman berkenaan alam semulajadi, pengalaman dan pemahaman berkenaan sains sosial, pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah. Kebolehan murid-muridmenulis dan mengeja boleh melancarkan bacaan mereka. Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Teuku Iskandar, 1986) yang berlaku dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk, pembelajaran melibatkan pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan tingkah laku. Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai bentuk pengalaman (Evans & brueckner, 1990: Gagne, 1985). bagi Gagne, pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya dikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang. dalam kajian ini, konsep pembelajaran dipadankan dengan aktiviti dan penglibatan murid sepanjang proses pembelajaran bahasa Melayu. 16
  • 17. 2.6 TEMPOH SENSITIF Tempoh sensitif murid-muridadalah tempoh yang paling sesuai untuk murid-muridmenguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila murid-muridmenunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa bertanya soalan dan sentiasa tertarik untuk memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka. Menurut (Lerner, 2003), murid-murid yang bermasalah pembelajaran tidak matang dan perlu masa untuk belajar dan membesar. dengan lebih masa dan bantuan yang diperlukan, mereka boleh berjaya dalam akademik. 2.7 KESIMPULAN Aktiviti pembelajaran melalui kerja berkumpulan di bilik darjah telah banyak dikaji dan telah memperolehi dapatan-dapatan yang memberangsangkan. Namun kajian ini akan dapat menjelaskan bagaimana mengatasi masalah penulisan huruf kepada murid tahun 1. Maka kajian ini akan melihat sejauh manakah keberkesanan teknik yang diperkenalkan akan membantu proses permulaan menulis untuk murid tahun 1. Kajian ini menunjukkan bahawa murid-muridyang menghadapi kesulitan terbesar dalam membaca di Tahun Satu adalah mereka yang mulai bersekolah dengan keterampilan verbal yang kurang, pemahaman fonologi yang kurang, pengetahuan huruf yang kurang, dan kurang memahami tujuan dasar dan mekanisme membaca. (Adams 1990, Kamhi & Catts 1989). 17
  • 18. Oleh kerana itu, untuk anak yang berisiko tinggi mengalami kesulitan membaca dan menulis, pengayaan lingkungan tahun 1 dan pengajaran yang baik di Tahun Satu merupakan faktor penentu bagi keberhasilan dalam bidang membaca dan menulis. Tidak ada waktu yang sepenting tahun-tahun pertama alam persekolahan kanak-kanak. Oleh kerana itu, fokus kepada pengajaran penulisan di tahun 1 dapat mencegah kesulitan menulis dan membaca yang dihadapi oleh kanak-kanak. Apabila murid-muriddapat menguasai kemahiran menulis, secara tidak langsung mereka akan dapat menguasai kemahiran bacaan dan lisan. Teknik menulis yang betul dan tepat, membiasakan pelajar mengenal huruf sebagai asas bacaan dan tulisan dan memahamkan isi pengajaran yang akan disampaikan oleh guru di sekolah. di samping itu juga penguasaan huruf dapat meningkatkan kebolehan murid-murid membaca lebih banyak buku dan sumber-sumber lain yang boleh diperolehi di luar sekolah bAb 111 METOdOLOGI KAJIAN 3.1 PENdAHULUAN bab ini menerangkan tentang penyelidikan yang telah dilakukan meliputi rekabentuk, sampel dan instrumen kajian semasa menjalankan kajian. Selain itu, 18
  • 19. bab ini juga membincangkan prosedur pemungutan data dan proses menganalisis data yang dijalankan. Kaedah penyelidikan merujuk kepada bagaimana kita mendapatkan maklumat bagi mencapai sesuatu matlamat penyelidikan. Ianya turut melibatkan kegiatan mengumpul maklumat, mengolah, pengajian dan analisis data yang dilakukan secara bersistematik dan cekap untuk menyelesaikan sesuatu persoalan atau menguji sesuatu hipotesis. Pengumpulan data dianggap cekap sekiranya kos, waktu dan tenaga yang sama dapat memberikan data dengan tingkat ketelitian yang tinggi (Supranto 1986). Kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data yang berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kabur dan boleh menyebabkan beban maklumat (Mohd Majid 1998: 86). Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenalpasti apakah langkah-langkah pengajaran guru dan kaedah pembelajaran yang lebih efektif bagi mengesan dan meningkatkan keupayaan murid-murid tahun 1 dalam membezakan huruf b dan ddalam tulisan dengan menggunakan teknik yang betul di kalangan murid-muridtahun 1. Pengkaji telah menggunakan pelbagai teknik pengajaran dan bahan bantu mengajar yang menarik untuk memastikan objektif pengajaran tercapai setelah mendapat maklumat tentang permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid melalui alat kajian yang digunakan. 3.2 REKAbENTUK PENYELIdIKAN ATAU KAJIAN Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang dilakukan di sekolah kebangsaan di negeri Terengganu yang dipilih secara rawak mudah. Pengumpulan data diperolehi dengan pemerhatian dan temu ramah dengan murid. Temu ramah dijawab sendiri oleh responden mengikut masa yang sesuai, dengan ini akan memberikan maklumat yang lebih baik kepada pengkaji (Mohd Najib 2000). 19
  • 20. Kajian ini mengunakan kaedah tinjauan kerana temu ramah merupakan satu cara untuk mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan kajian. Temuramah juga merupakan satu cara yang efektif bagi mendapatkan maklumat daripada responden (Kerlinger 1973). Temu ramah dan pemerhatian boleh merangkumi pelbagai bidang yang luas serta dirangka dengan mudah dan jelas. Identiti responden juga boleh dirahsiakan dan secara tidak langsung responden boleh menjawab soalan yang berkaitan tanpa sebarang keraguan (Mohd Najib 2000). Mohd Majid (1994) menyatakan bahawa kajian tinjauan dan pemerhatian sering dijalankan dalam kajian pendidikan. dua jenis tinjauan dan pemerhatian yang penting dan sering dilakukan dalam bidang pendidikan ialah tinjauan sekolah dan tinjauan komuniti. Kajian tinjauan bermatlamat untuk mengumpul maklumat mengenai pembolehubah-pembolehubah. Kajian ini juga digunakan untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang berkait dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah itu wujud. Kaedah pengkajian yang digunakan dalam kajian ini ialah pengkajian deskritif. Analisis data adalah mengunakan kekerapan dan peratusan. Penyelidikan deskriptif bertujuan untuk menerangkan sesuatu fenomena dan mendapatkan maklumat mengenai sesuatu peristiwa yang sedang berlaku, di samping itu, ia juga bermatlamat untuk menerokai sesuatu bidang yang masih kurang dikaji. (Mohd Majid 1998:96). 3.2.1 Kaedah Pemerhatian Hasil Kerja bertulis Contoh-contoh tulisan tangan 10 orang murid diambil untuk dibuat kajian. Pengkaji telah mengenalpasti masalah murid yang tidak dapat membezakan huruf b dan d apabila melakukan Kajian Rintis. Pengkaji mengarahkan supaya murid menulis 6 huruf mengikut susunan yang terdapat huruf b dan dmengikut urutan. Guru kelas 20
  • 21. turut memainkan peranan sebagai pemerhati. Hasil tulisan tangan diambil pada 11 Jun 2007. (Rujuk Lampiran A: Tulisan Tangan Murid) 3.2.2 Soal Selidik Instrumen kajian dijalankan kepada ibu bapa atau penjaga murid tahun 1 dalam bentuk soal selidik borang maklumat murid. Soal selidik tentang tabiat murid juga diadakan untuk mengetahui sejauh mana murid berminat untuk belajar menulis. (Rujuk Lampiran E). Ia telah dilaksanakan pada 20 Jun 2007. Soal selidik maklumat murid mengandungi latar belakang keluarga responden. (Rujuk Lampiran b: borang Maklumat Murid ). 3.2.3 Temu bual Kaedah temu bual juga turut dilakukan dengan mentadbir sebanyak 4 soalan kepada lima orang murid yang terpilih sahaja. Soalan temu bual adalah berbentuk soalan terbuka. Soalan temu bual yang disediakan kepada penjaga pula adalah dalam bentuk soalan tertutup yang memerlukan jawapan ’Ya’ atau ’Tidak’. Masa dan tempat temu bual ditetapkan oleh guru. Temu bual telah dijalankan pada 12 Jun hingga 14 Jun 2007. Pengkaji telah menyediakan transkrip verbatim untuk memperoleh maklumat daripada sampel untuk menilai gaya belajar mereka. Perbandingan secara berterusan digunakan untuk menganalisa data (Gay 1996). (Rujuk Lampiran d(1) hingga d(5): Temu bual murid). Manakala temu bual dengan ibu bapa untuk mengkaji sejauh mana minat murid terhadap aktiviti penulisan. (Rujuk Lampiran E) 3.2.4 Ujian Pra dan Pos Guru juga mengadakan Ujian Pra dan Pos dalam Kajian Rintis sebelum dilakukan dalam kajian sebenar. Ujian Pra diadakan 24 Jun 2007 dan Ujian Pos pada 12 Julai 21
  • 22. 2007. Ujian ini melibatkan Ujian Kemahiran Mendengar, Ujian Kemahiran Lisan dan Ujian Kemahiran Menulis. Sebanyak 10 soalan bagi setiap kemahiran dijalankan ke atas seramai 10 orang sampel. Ujian ini dijalankan dalam kelas tahun 1 dan telah diawasi dengan teliti oleh guru dan pengkaji untuk mengelakkan daripada sebarang peniruan. Ujian yang diberi kepada murid perlu menepati huraian Kurikulum Tahun 1 Kebangsaan. Soalan hanya berkisar kepada kebolehan murid membezakan huruf b dan d. Sampel dikehendaki menulis dengan mengisi tempat kosong bagi huruf b dan d yang sesuai berpandukan gambar. (Rujuk Lampiran H: Ujian Kemahiran Menulis Huruf). Selain itu, sampel juga dikehendaki mewarna kotak huruf yang disebut oleh guru untuk menguji kemahiran mendengar sampel. (Rujuk Lampiran F(1) dan F(2): Ujian kemahiran membaca secara lisan huruf yang ditunjuk oleh guru untuk menguji kemahiran membaca atau menyebut huruf. (Rujuk Lampiran G: Ujian Kemahiran Membaca Huruf) . 3.3 SAMPEL KAJIAN Kajian Rintis yang melibatkan sampel seramai 10 orang terdiri daripada 25 orang murid yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan yang berusia antara 5 dan 6 tahun telah dilakukan sebelum kajian sebenar. Sampel yang dipilih dalam Kajian Rintis dan kajian sebenar adalah berlainan. Ini bertujuan supaya sampel tidak bosan dan dapat meneka instrumen yang telah digunakan oleh pengkaji semasa membuat Kajian Rintis. Kajian sebenar melibatkan seramai 18 orang sampel terdiri daripada 25 orang murid kelas tahun 1 Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, 22200 besut, Terengganu yang terdiri daripada 8 orang lelaki yang berusia 5 dan 6 tahun dan 10 22
  • 23. orang perempuan yang berusia 5 dan 6 tahun. Subjek-subjek kajian dikenalpasti dengan bantuan guru kelas. Semua sampel berbangsa Melayu dan sihat tubuh badan sebagaimana lampiran borang kesihatan. (Rujuk Lampiran C: borang Kesihatan Murid) Sampel kajian ini akan menggunakan bilangan pelajar yang sedikit dan terbatas pada sekolah ini sahaja. 3.4 INSTRUMEN KAJIAN dalam kajian ini, instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang perlu dijawab oleh ibu bapa atau penjaga murid berdasarkan soalan-soalan yang dibina seperti dalam Lampiran E. Selain itu, ibu bapa juaga perlu mengisi borang maklumat murid. Kajian ini bersifat kuantitatif dan kualitatif. Pengkaji juga menjalankan pemerhatian pada peringkat awal hasil kerja bertulis murid. Selain itu, kaedah temu bual dengan murid digunakan untuk mendapat maklumat tentang permasalahan kajian. di samping itu Ujian Pra dan Pos dijalankan kepada sampel yang terpilih. 3.5 PROSEdUR PENGUMPULAN dATA Pengkaji telah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada bahagian Perancangan dan Penyelidikan dasar Pendidikan (EPRd), Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Guru besar Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud dan guru kelas yang hendak dikaji sebelum menjalankan satu-satu kajian. (Lampiran Surat Kebenaran disertakan). Pengkaji juga perlu membuat janji temu dengan sampel sebelum menjalankan sesi temu bual. Kerahsiaan sampel menjadi tanggungjawab pengkaji daripada diketahui oleh umum tanpa menyebut nama murid yang terlibat. 23
  • 24. 3.6 ANALISIS dATA Penganalisisan data kuantitatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif. Statististik deskriptif dilakukan dengan menentukan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan untuk melihat tahap kefahaman di kalangan murid serta membandingkan Ujian Pra dan Ujian Pos antara pelajar kumpulan eksperimen dan kawalan. Manakala bagi kumpulan kawalan, pengkaji hanya menggunakan peratusan untuk melihat keputusan ujian. Jadual 3.1: Analisis data Kajian Rintis Aspek Ujian Tulisan Pra Murid betul % 1 7/10 70 2 4/10 40 3 6/10 60 4 3/10 30 5 8/10 80 6 5/10 50 7 3/10 30 8 3/10 30 9 5/10 50 10 6/10 60 Jumlah 50/100 50.0 24
  • 25. Merujuk jadual 3.1 di atas, didapati hanya 50% murid-muridtahun 1 yang dapat menulis dengan teknik yang betul huruf b dan d. Ini menunjukkan 50% lagi murid-muridgagal menguasai kemahiran menulis huruf. Analisis Kajian Rintis diguna pakai untuk menjalankan kajian seterusnya. 3.7 TINdAKAN YANG dIJALANKAN dalam merancang proses Pengajaran dan Pembelajaran untuk mengatasi masalah murid ini, pengkaji telah mengambil kira kesediaan pembelajaran, keupayaan I.Q, kesediaan fizikal (psikomotor) dan afektif (emosi dan sikap) yang dimiliki oleh murid-murid tahun 1 ini. Kesediaan pembelajaran mengikut Jean Piaget ialah “the level of mental development necessary to benefit from experiences”. Ia bermaksud murid-muridtidak akan dapat memahami sesuatu konsep, jika tahap pemikirannya belum sampai ke tahap itu. Saya berpendapat keupayaan murid-murid membezakan huruf b dan dakan dapat dipertingkatkan lagi sekiranya: i. Kemahiran pengamatan murid ditingkatkan. ii. Latih tubi membentuk huruf dilakukan. iii. Latih tubi menulis huruf dengan teknik yang betul dilaksanakan. 25
  • 26. daripada tinjauan yang dibuat pada peringkat awal kajian, pengkaji telah merangka tindakan yang dilaksanakan melalui tiga kali pengajaran dan pembelajaran dalam kelas (30 minit satu sesi) dibantu oleh guru kelas. Pada sesi pertama dan kedua pengajaran dan pembelajaran, guru membuat latih tubi untuk ‘mempertajam‘ pengamatan sebelum aktiviti berikutnya dijalankan. Mengapakah pengamatan ini penting? Murid yang lemah dalam pengamatan sebenarnya menyukarkan murid tahun 1 ini untuk menguasai sesuatu konsep, contohnya untuk mengenal dan mengecam sesuatu bentuk huruf itu agar kekal dalam ingatannya. dalam sesi ini aktiviti pengecaman (aktiviti mewarna), pengasingan (cari dan kumpul) dilakukan dan direkod dalam borang senarai semak. Kad-kad tebuk digunakan untuk menguatkan lagi pengamatan murid. dalam sesi pengajaran yang ketiga dan keempat guru menggunakan plastisin untuk membentuk model huruf b dan ddengan teknik penulisan yang betul untuk merangsang minat murid kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran. Selain itu, ia dapat merangsang minda murid-murid dalam membuat pengecaman kepada model yang dibina. Guru juga memberi pengalaman kepada murid belajar sambil bermain iaitu membina bentuk huruf b dan d menggunakan pasir lembab, plastisin dan tanah liat. Secara tak langsung dapat mengubah domain afektif mereka serta memberi pengalaman pendidikan kepada mereka. Apakah yang dimaksudkan dengan pengalaman pendidikan? Menurut Krathwohl (1971), ”Pengalaman pendidikan bermaksud mengadakan satu siri persekitaran yang membolehkan pelajar mempelajari tingkah laku baru, memperbaiki atau menghapuskan tingkah laku semasa dan melatih tingkah laku ini sehingga ke peringkat atau tahap yang diingini”. Kerja membina model dilakukan berulang-ulangkali dengan bantuan guru dengan mengikut langkah atau teknik penulisan 26
  • 27. yang betul. Setelah model huruf b dan ddibina, murid akan cuba membuat padanan bagi huruf awal kepada kad-kad gambar yang disediakan. Contohnya seperti gambarajah di bawah: Rajah 1: Padanan Huruf b d b d Pada sesi kelima dan keenam pengajaran dan pembelajaran, murid melakukan aktiviti menulis secara berpandu dan terancang oleh guru secara individu atau kumpulan kecil. Murid-murid melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu mereka dalam teknik penulisan iaitu: i. Menyambung titik-titik bagi membentuk huruf b dan d. ii. Menulis huruf yang disebut oleh guru berulang kali. iii. Melengkapkan suku kata ejaan bagi gambar-gambar yang mengandungi huruf b dan d. 3.8 PELAKSANAAN TINdAKAN dAN PENILAIAN Tindakan yang dirancang telah dijalankan dalam jangka masa dua minggu dan menggunakan empat masa pengajaran (120 minit). Satu sesi pengajaran mengambil masa tiga puluh minit. Selain itu, guru juga mengajar sampel bermain 27
  • 28. sambil belajar semasa aktiviti kreativiti dan estetika iaitu selama satu sesi pengajaran (60 minit). Selepas menjalankan lima sesi Pengajaran dan Pembelajaran ke atas 10 orang murid tahun 1, satu latihan Pasca Pengajaran dan Pembelajaran telah diadakan bertujuan untuk menilai kemajuan murid. dalam aspek tulisan, guru melakukan penilaian menggunakan kaedah bertulis sebagaimana lampiran lembaran kerja yang diberi kepada murid. Setelah dianalisis daripada ‘Latihan Pasca Pengajaran dan Pembelajaran’, secara keseluruhannya keupayaan murid membezakan huruf bdan ddalam tulisan dapat dipertingkatkan. Melalui tindakan-tindakan yang telah dijalankan oleh guru, satu keputusan Ujian Pra dan Pos telah diperolehi. Keputusan ujian itu menunjukkan kadar peningkatan penulisan yang memberangsangkan. Peningkatan kebolehan murid menulis secara individu itu dapat dilihat seperti yang terdapat dalam (Jadual 3.2: Rumusan Ujian Pra Kemahiran Mendengar, Membaca dan Menulis) dan (Jadual 3.3: Rumusan Ujian Pos Kemahiran Mendengar, Membaca dan Menulis) seperti di bawah: Jadual 3. 2: Rumusan Ujian Pra Kemahiran Mendengar, Membaca dan Menulis. bilangan Murid Kemahiran Mendengar Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis 1 50% 60% 70% 2 30% 50% 40% 3 40% 70% 80% 4 40% 30% 30% 5 40% 50% 60% 6 40% 50% 50% 7 30% 40% 30% 8 40% 30% 30% 28
  • 29. 9 30% 50% 50% 10 70% 70% 60% Jumlah 41.0% 50.0% 50.0% Jadual 3.3: Rumusan Ujian Pos Kemahiran Mendengar, Membaca dan Menulis bilangan Murid Kemahiran Mendengar Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis 1 100% 100% 100% 2 70% 70% 80% 3 100% 100% 100% 4 50% 40% 80% 5 80% 90% 100% 6 60% 80% 100% 7 70% 90% 90% 8 50% 70% 80% 9 60% 90% 80% 10 80% 90% 100% Jumlah 72.0% 82.0% 91.0% Merujuk jadual rumusan di atas, berlaku peningkatan kepada kemahiran yang diuji kepada sampel. Peratusan bagi setiap kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran membaca huruf, dan menulis huruf b dan d adalah meningkat jika dibandingkan dengan keputusan Ujian Pra. 29
  • 30. Setiap kemahiran berbahasa murid-muridadalah saling berkait dalam membentuk pengalaman belajar mereka. Pengkaji mendapati murid-muridyang mempunyai tahap kemahiran berbahasa yang tinggi dapat menguasai kemahiran menulis dengan mudah. Ini dapat dilihat hasil daripada keputusan ujian bagi sampel 1 dan 3. Manakala murid-muridyang lemah kemahiran mendengar akan mempengaruhi kemahiran bacaan mereka, seterusnya kemahiran menulis. Ini boleh dirujuk kepada sampel 4 yang hanya mendapat 80% markah dalam kemahiran menulis kerana tidak cemerlang dalam kemahiran mendengar dan membaca huruf. Murid-muridmestilah diberi arahan yang jelas oleh guru sebelum sesuatu Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan. Selain itu, murid-muridmestilah berkeadaan sentiasa bersedia untuk belajar supaya kemahiran mendengar mereka boleh ditingkatkan. daripada keputusan Ujian Pra dan Pos didapati kemahiran mendengar hanya 72% iaitu meningkat 31% daripada Ujian Pra iaitu 41%. Manakala kemahiran membaca 82% daripada 50%. Ujian Kemahiran Menulis dapat mencapai 91% berbanding dengan 50% dalam Ujian Pra. Pengkaji telah membuat analisis yang lebih terperinci dengan keputusan ujian kemahiran menulis sebagaimana (Jadual 3.5: Analisis Ujian Pra dan Pos Ujian Menulis bagi Kajian Rintis) sebagaimana di bawah: Jadual 3.4: Keputusan Ujian Pra dan Pos Ujian Menulis bagi Kajian Rintis 30
  • 31. 1 7/10 70 10/10 100 2 4/10 40 8/10 80 3 6/10 60 10/10 100 4 3/10 30 8/10 80 5 8/10 80 10/10 100 6 5/10 50 10/10 100 7 3/10 30 9/10 90 8 3/10 30 8/10 80 9 5/10 50 8/10 80 10 6/10 60 10/10 100 Jumlah 50/100 50.0% 91/100 91% Pengkaji telah membuat analisis data seperti jadual 3.5 di bawah berpandukan kepada Ujian Kemahiran Menulis (Jadual 3.4) seperti berikut : Jadual 3. 5: Analisis Ujian Pra dan Pos Ujian Menulis bagi Kajian Rintis Gred Ujian Pra Ujian Pos bil Peratus bil Per P Peratus A Cemerlang (80-100) 1 10 10 100 b baik (60-79) 3 30 - - C Sederhana (40-59) 3 30 - - d Lemah (0-39) 3 30 - - 31
  • 32. berdasarkan analisis Ujian Pra hanya 3 orang murid lemah untuk menulis huruf b dan ddengan betul, 3 orang berada di tahap sederhana, 3 orang berada di tahap baik dan hanya seorang yang cemerlang dalam membezakan huruf b dan ddalam tulisan dengan betul. Ini menunjukkan 50.0% murid belum menguasai sepenuhnya kemahiran menulis huruf b dan ddengan betul dan masih mengalami kekeliruan. Namun begitu, jika dibandingkan dengan analisis Ujian Pos terdapat peningkatan sebanyak 41% di mana kesemua murid berada di tahap cemerlang iaitu 91%. Kesimpulannya kemahiran murid dalam membezakan huruf b dan ddalam tulisan telah meningkat dan keadaan ini mungkin boleh dikaitkan dengan tindakan yang telah dijalankan oleh guru dan pengkaji. 3.9 REFLEKSI KAJIAN dalam aspek tulisan, setelah lima kali sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, ada murid yang berjaya ditingkatkan kebolehan mereka untuk menulis dengan teknik yang betul. daripada Kajian Tindakan ini, pengkaji mendapati kelemahan murid untuk menguasai kemahiran menulis dengan teknik yang betul sememangnya ada kaitan dengan keupayaan kemahiran pengamatan mereka. Setelah membuat refleksi terhadap Pengajaran dan Pembelajaran ini, saya berpendapat konsep atau teknik menulis huruf dengan betul perlu diajar bukan sahaja dengan kaedah tunjuk cara malah penggunaan alat bantu mengajar diperlukan di peringkat awal tahun 1 agar mereka dapat membuat pengecaman yang betul dan kekal dalam ingatan. 32
  • 33. Sekiranya guru hanya mengajar menggunakan papan tulis, murid mudah jemu dan tidak memberikan perhatian terhadap pengajaran guru. Penggunaan kad gambar yang besar, jelas dan berwarna-warni dapat menarik minat murid dan membantu murid mengenal huruf dengan lebih mudah lagi. Kaedah belajar sambil bermain sangat menyeronokkan murid untuk mengambil bahagian. Kesimpulannya 10 orang sampel mengakui bahawa penggunaan kad gambar mampu menarik minat mereka dan memudahkan mereka menyebut perkataan tersebut. Keputusan pendapat ini mengukuhkan lagi tindakan guru menggunakan kad-kad yang bergambar sebagai satu kaedah pengajaran yang memberangsangkan. Murid-murid ini juga amat sesuai diajar dalam bilangan yang kecil supaya guru dapat mengesan masalah mereka dengan lebih awal sama ada dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Pengesanan yang lebih awal dapat membantu guru memilih kaedah dan teknik menulis yang sesuai supaya dapat dikuasai oleh murid. 4.0 KESIMPULAN Kajian ini menggunakan reka bentuk Kuasi–Eksperimen yang tidak membenarkan pengkaji memisahkan kumpulan mereka. Pengkaji hanya dapat mengelaskan murid-murid kepada dua kumpulan iatu kumpulan kawalan dan eksperimen. Kumpulan kawalan telah menjalani Kajian Rintis manakala kumpulan eksperimen akan digunakan dalam kajian sebenar nanti. Sampel kajian kawalan diminta mengambil Ujian Pos setelah menduduki Ujian Pra. Langkah yang sama akan dijalani oleh kumpulan eksperimen apabila kajian sebenar diadakan. 33
  • 34. bAb IV DAPATAN KAJIAN 4.1 PENGENALAN bab ini akan melaporkan dapatan dan tafsiran data yang telah dikutip daripada kajian ini. Kajian ini melibatkan 18 orang murid di tahun 1 Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, sebuah sekolah kategori luar bandar di daerah besut, Terengganu yang terdiri daripada 25 orang murid kelas tahun 1. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana murid dapat membezakan huruf b dan ddalam penulisan. Ujian Pra Kemahiran Mendengar diadakan pada 2 Februari 2009 dan Ujian Pasca pada 9 Februari 2009. Ujian Kemahiran Membaca Huruf juga diadakan pada 2 Februari 2009 manakala Ujian Pasca pada 9 Februari 2009. Ujian Pra Kemahiran Menulis diadakan pada 9 Februari 2009 dan Ujian Pasca pada 12 Februari 2009. 34
  • 35. Ketiga-tiga ujian ini diadakan untuk melihat sejauh mana terdapat kesinambungan atau perkaitan yang menyebabkan berlakunya masalah kepada murid tahun 1 dalam membezakan huruf b dan d. data dikutip daripada maklum balas ibu bapa atau penjaga murid melalui soal selidik borang maklumat murid, Ujian Pra dan Ujian Pos. Soal selidik latar belakang murid adalah untuk mengetahui latar belakang murid dan perkaitannya dengan kajian. Manakala temu bual pula dijalankan untuk mengetahui minat dan persepsi murid terhadap penulisan huruf. Ujian Pra dan Ujian Pos dijalankan untuk mengetahui sejauh mana murid dapat membezakan huruf b dan ddan minat mereka untuk belajar menulis. data yang telah dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan program Excel dan secara manual untuk mendapatkan jawapan kepada beberapa persoalan kajian. Persoalan kajian ini adalah seperti berikut: i. Adakah murid-muridtahun 1 ini sudah menguasai kemahiran membezakan huruf ’ b’ dan d dalam penulisan? ii. bagaimanakah cara membantu murid-muridtahun 1 meningkatkan kemahiran menulis huruf b dan d dengan teknik yang betul? iii. Adakah strategi pengajaran, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah berkesan? 4.2 PROFAIL PELAJAR 35
  • 36. Lapan belas orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini. Lihat Jadual 4.1 bagi mengetahui taburan pelajar tersebut, yang diperolehi daripada borang maklumat murid. Ibu bapa atau penjaga sampel terdiri daripada keluarga yang pelbagai status ekonomi dan taraf pendidikan. Jadual 4.1: Profail Murid Latar belakang Frekuensi Peratus ( %) Etnik Melayu 18 100 Jantina Lelaki Perempuan 8 10 44 56 Jadual 4.1 di atas menunjukkan bahawa semua murid adalah berbangsa Melayu dengan bilangan pelajar lelaki seramai 8 orang dan perempuan seramai 10 orang. Jadual 4.2 latar belakang responden mengikut jenis pekerjaan ibu (N=18). Jenis Pekerjaan Peratusan Suri rumah tangga 55 % (10) bekerja sendiri 17 % (3) Pekerjaan Sektor Awam yang lain 17 % (3) Swasta 11 % (2) 36
  • 37. Jadual 4.2 di atas menunjukkan, ibu sampel bekerja sendiri sebanyak 17%. Manakala 17% lagi dalam sektor awam dan 11% di sektor swasta. Selebihnya, 55% ialah suri rumah tangga sepenuh masa. Jadual 4.3 Latar belakang sampel mengikut jenis pekerjaan bapa (N=18) Jenis Pekerjaan Peratusan bekerja sendiri 66 % (12) Pekerjaan Sektor Awam 17 % (3) Swasta 17% (3) berdasarkan borang maklumat murid, didapati bahawa 66% (12) daripada pelajar adalah terdiri daripada keluarga yang bekerja sendiri dengan pendapatan kurang dari RM500.00 sebulan, 17% (3) adalah daripada keluarga yang bekerja dengan kerajaan dengan pendapatan kurang daripada RM1000.00 sebulan dan 17% (3) lagi bekerja dengan pihak swasta dengan pendapatan lebih dari RM1000.00 sebulan. Secara umumnya sebahagian besar sampel datang dari keluarga miskin. Latar belakang keluarga pula menunjukkan 90% daripada ibu bapa pelajar berpendidikan sehingga tahap sekolah menengah sahaja dengan kebanyakannya berkelulusan setakat SPM . 9% peratus daripada ibu bapa pelajar merupakan lulusan sekolah rendah manakala 1% tidak pernah bersekolah dan buta huruf. dari aspek agihan pelajar, seramai 11 orang (61%) pelajar tahun 1 tidak menerima pendidikan formal sebelum mereka memasuki tahun 1. Hal ini berlaku kerana sebahagian besar mereka berumur 5 tahun . Jika yang berumur 6 tahun pun, disebabkan taraf hidup, mereka juga tidak menerima pendidikan sebelum tahun 1. 37
  • 38. Hanya segelintir sahaja atau seramai 7 orang (39%), yang menerima pendidikan di lain-lain institusi sebelum memasuki tahun 1. Seorang (6%) mendapat pendidikan di TASKI AbIM, 2 orang (11%) menerima pendidikan di PASTI dan 4 orang (22%) yang telah menerima pendidikan di TAbIKA ketika berumur 5 tahun. Agihan tersebut digambarkan pada jadual 4.4 di bawah. Jadual 4.4 : Pendidikan Sebelum Tahun 1 Institusi bilangan Peratus AbIM 1 6% PASTI 2 11 % TAbIKA 4 22% Tiada (dirumah) 11 61 % Jumlah keseluruhan 18 100 % 38
  • 39. 4.3 TAHAP KEMAJUAN MURId 4.3.1 Kemahiran Mendengar Jadual 4.5: Analisis Ujian Pra dan Pos Kemahiran Mendengar Gred Ujian Pra Ujian Pos bil Peratus bil Peratus A Cemerlang (80-100) 9 50 15 83 b baik (60-79) 2 11 2 11 C Sederhana (40-59) 5 28 1 6 d Lemah (0-39) 2 11 - - dalam Ujian Kemahiran Mendengar pengkaji telah mengarahkan sampel mewarna huruf b dan d yang disebut secara lisan oleh guru sementara murid mewarna kotak huruf yang didengarnya. (Rujuk lampiran: F(1) dan F(2)). Tulisan sampel diberi markah berdasarkan ketepatan mewarna huruf sama ada huruf b atau d. Ini bererti kebolehan menulis juga diukur melalui kebolehan mendengar semasa menjalani ujian-ujian tersebut. Ia tidak menggambarkan keseluruhan kebolehan penulis yang dimiliki oleh sampel. Kemungkinan murid meneka memang tidak dapat diketepikan. Mengikut analisis yang diperolehi seramai 5 orang (50%) murid cemerlang semasa Ujian Pra dan meningkat kepada 15 orang (83%) selepas Ujian Pos dijalankan. 39
  • 40. Murid sederhana seramai 5 orang (28%) dan selepas Ujian Pos hanya tinggal seorang lagi pada tahap sederhana. Manakala 2 orang murid (11%) lemah tetapi prestasi meningkat apabila tidak ada murid yang gagal selepas Ujian Pos. 4.3.2 Kemahiran Membaca Jadual 4.6: Analisis Ujian Pra dan Pos Kemahiran Membaca Gred Ujian Pra Ujian Pos bil Peratus bil Peratus A Cemerlang (80-100) 8 44 14 78 b baik (60-79) 5 28 3 17 C Sederhana (40-59) 5 28 1 5 d Lemah (0-39) - - - - Soalan Ujian Kemahiran Membaca mengandungi 25 item aneka pilihan huruf tetapi diuji hanya 10 item yang dipilih oleh pengkaji kepada sampel. dalam ujian kemahiran membaca, pengkaji telah menyuruh sampel menyebut atau membaca dengan nyaring huruf b dan d dan beberapa huruf lain yang ditunjukkan oleh guru secara lisan. bacaan sampel diberi markah berdasarkan ketepatan sampel menyebut huruf sama ada b atau d dan huruf lain yang ditunjuk oleh pengkaji. Ini bererti kebolehan 40
  • 41. menulis juga diukur melalui bacaan huruf. Ujian dijalankan secara individu. Pengkaji telah membulatkan jawapan salah yang diberi oleh sampel. Keputusan ujian mendapati kebolehan murid membezakan huruf b dan d juga dipengaruhi oleh kemahiran sampel membaca huruf. Sampel 8 didapati hanya dapat mengenali dan membaca lima huruf termasuk b dan d yang ditunjukkan kepadanya secara rawak. Situasi ini mempengaruhi kebolehan sampel 8 untuk membezakan huruf b dan d dalam tulisan kerana dia tidak dapat membezakan bacaannya antara b dan dapabila disuruh oleh guru. Seramai 8 orang murid (44%) cemerlang dalam Ujian Pra tetapi meningkat kepada 14 orang (78%) selepas Ujian Pos. Semasa Ujian Pra seramai 5 orang murid (28%) berada di tahap sederhana dan hanya seorang murid (5%) selepas Ujian Pos. Pencapaian ternyata meningkat apabila tidak ada murid (0%) yang lemah semasa Ujian Pra mahupun Ujian Pos. 4.3.3 Kemahiran Menulis Jadual 4.7: Analisis Ujian Pra dan Pos Kemahiran Menulis Gred Ujian Pra Ujian Pos bil Peratus bil Peratus A Cemerlang 9 50 15 83 41
  • 42. (80-100) b baik (60-79) 5 28 - - C Sederhana (40-59) 1 5 2 11 d Lemah (0-39) 3 17 1 6 Kajian tindakan kemahiran menulis ini bertujuan meninjau tahap kebolehan menulis di kalangan murid-murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud serta peranan ibu bapa dan persekitaran keluarga dalam membantu mereka belajar menulis. Kebolehan menulis diukur dengan mentadbirkan Ujian Pra dan Ujian Pos Menulis. Kedua-dua ujian dibina oleh pengkaji sendiri. Ujian tersebut adalah melengkapkan suku kata yang melibatkan penggunaan huruf b dan d berdasarkan gambar yang diberi. Sampel dikehendaki menulis perkataan atau huruf yang tepat berdasarkan gambar. berdasarkan analisis Ujian Pra hanya 3 orang murid (17%) lemah untuk menulis huruf b dan ddengan betul, 1 orang berada di tahap sederhana (5%), 5 orang (28%) berada di tahap baik dan 9 orang (50%) yang cemerlang dalam membezakan huruf b dan ddalam tulisan dengan betul. Ini menunjukkan 17% murid belum menguasai sepenuhnya kemahiran menulis huruf b dan ddengan betul dan masih mengalami kekeliruan. Namun begitu, jika dibandingkan dengan analisis Ujian Pos terdapat peningkatan yang ketara iatu sebanyak 83% murid berada di tahap cemerlang dan 11% pada tahap sederhana. Manakala hanya 6% sahaja berada di tahap lemah. 42
  • 43. Kesimpulannya, apabila dibuat perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pos kemahiran murid dalam membezakan huruf b dan ddalam tulisan telah meningkat dan keadaan ini mungkin boleh dikaitkan dengan tindakan yang telah dijalankan oleh guru dengan bantuan pengkaji. berdasarkan data di atas, dapatlah dirumuskan bahawa tahap kebolehan menulis murid-murid tahun 1 adalah pada tahap yang memuaskan. didapati juga ada murid yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam kebolehan menulis manakala ada sebilangan kecil yang jauh ketinggalan di belakang yang memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada guru dan sokongan daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Perbandingan tahap penguasaan murid boleh dilihat dengan jelas melalui perbandingan rumusan Ujian Pra dan Pos bagi ketiga-tiga kemahiran yang perlu dicapai oleh murid.(Sila Rujuk Jadual 4.8 dan 4.9) di bawah. Jadual 4.8: Rumusan Ujian Pra Kemahiran Mendengar, Membaca dan Menulis bilangan Murid Kemahiran Mendengar Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis 1 80 70 100 2 50 40 40 3 80 70 70 4 60 50 30 5 100 100 90 6 80 50 100 43
  • 44. 7 100 100 90 8 30 50 10 9 30 50 30 10 60 70 60 11 50 90 100 12 40 60 100 13 50 70 70 14 50 100 70 15 90 100 100 16 90 100 100 17 100 100 60 18 100 100 100 Min 69.44 76.11 73.33 Sisihan Piawai6.6 6.19 5.46 7.15 Jadual 4.9: Rumusan Ujian Pos Kemahiran Mendengar, Membaca dan Menulis bilangan Murid Kemahiran Mendengar Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis 1 100% 90% 100% 2 60% 60% 40% 3 100% 100% 100% 4 70% 60% 90% 5 100% 100% 90% 6 100% 90% 100% 44
  • 45. 7 100% 100% 100% 8 50% 50% 30% 9 60% 70% 50% 10 100% 100% 90% 11 100% 100% 100% 12 100% 100% 100% 13 90% 100% 80% 14 90% 100% 100% 15 100% 100% 100% 16 100% 100% 100% 17 90% 100% 90% 18 100% 100% 100% Min 89.44 90.00 86.67 Sisihan Piawai 4.11 4.15 5.45 4.3 PERbANdINGAN UJIAN PRA dAN POS Jadual 5.0: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos Jenis Ujian Pencapaian Jenis Kemahiran Mendengar Membaca Menulis Ujian Pra Min 69.44 76.11 73.33 Sisihan Piawai 6. 6.19 5.46 7.15 Ujian Pos Min 89.44 90.00 86.67 Sisihan Piawai 4.11 4.15 5.45 45
  • 46. berdasarkan rumusan Ujian Pra dan Pos Kemahiran Mendengar, Membaca dan Menulis, dalam jadual 5.0 di atas didapati pencapaian murid-muridtahun 1 agak memberangsangkan. dalam Ujian Pra, min pencapaian sampel dalam kemahiran mendengar ialah 69.44% dan Ujian Pos ialah 89.44%. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 20%. Manakala Ujian Kemahiran Membaca memperoleh 76.11% dalam Ujian Pra dan telah meningkat sebanyak 13.89% kepada 90.00% semasa Ujian Pos. Perbandingan analisis data Ujian Pra dan Pos bagi kemahiran menulis huruf b dan dmeningkat sebanyak 13.34% iaitu daripada 73.33 kepada 86.67%. Sisihan piawai bagi setiap ujian mengecil menandakan peningkatan pencapaian yang boleh dibanggakan. Selepas ujian, kesemua murid dapat menulis dan membezakan huruf mengikut kemampuan masing-masing. Paling sedikit murid hanya dapat menguasai 3 soalan menulis huruf b dan d. Hal ini berlaku kepada individu yang sama. Kemungkinan individu tersebut merupakan seorang murid gagap yang mempengaruhi keputusan ujiannya. Mungkin ini adalah halangan terpencil jika dibandingkan dengan tahap penguasaan murid lain yang mencapai sasaran 100% seramai 10 orang selepas Ujian Pos dijalankan dan 5 orang mendapat 80-90% markah. Ini menunjukkan 15 orang sampel mendapat gred A daripada 18 orang sampel eksperimen. Manakala hanya 2 orang murid mendapat 40-50% markah dan seorang mendapat 30% markah. 46
  • 47. 4.3.1 Tahap kemahiran mendengar sampel kajian Jadual 5.1: Keputusan Ujian Kemahiran Mendengar 47
  • 48. Ujian Pra Kemahiran Mendengar Ujian Pos Kemahiran Mendengar Murid betul % betul % 1 8/10 80 10/10 100 2 5/10 50 6/10 60 3 8/10 80 10/10 100 4 6/10 60 7/10 70 5 10/10 100 10/10 100 6 8/10 80 10/10 100 7 10/10 100 10/10 100 8 3/10 30 5/10 50 9 3/10 30 6/10 60 10 6/10 60 10/10 100 11 8/10 50 10/10 100 12 4/10 40 10/10 100 13 5/10 50 9/10 90 14 5/10 50 9/10 90 15 9/10 90 10/10 100 16 9/10 90 10/10 100 17 10/10 100 9/10 90 18 10/10 100 10/10 100 Min - 69.44 - 89.44 Sisihan Piawai - 6.6 6.19 - 4.15 berdasarkan skor Ujian Kemahiran Mendengar yang diperoleh, kemahiran mendengar sampel kajian adalah pada tahap yang baik. daripada 18 orang sampel kajian 83 % (15) memperoleh skor yang lebih baik daripada min. Min skor ialah 69.44 dan sisihan piawai ialah 6.19. 48
  • 49. Pola pencapaian ujian tersebut memberi implikasi bahawa sebilangan besar sampel kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran mendengar yang baik atau cemerlang. Manakala ada sekumpulan kecil murid-muridterlalu lemah dalam pengamatan mereka. Skor-skor Ujian Kemahiran Mendengar sampel ditunjukkan dalam Jadual 5.1 dan analisisnya dalam Jadual 4.5. 4.3.2 Tahap kemahiran membaca/ menyebut Jadual 5.2: Ujian Pra dan Pos Kemahiran Membaca 49
  • 50. Tahap kebolehan membaca sampel kajian yang ditunjukkan menerusi Ujian Ujian Pra Kemahiran Membaca Ujian Pos Kemahiran Membaca Murid betul % betul % 1 7/10 70 9/10 90 2 4/10 40 6/10 60 3 7/10 70 10/10 100 4 5/10 50 6/10 60 5 10/10 100 10/10 100 6 5/10 50 9/10 90 7 10/10 100 10/10 100 8 5/10 50 5/10 50 9 5/10 50 7/10 70 10 7/10 70 10/10 100 11 9/10 90 10/10 100 12 6/10 60 10/10 100 13 7/10 70 10/10 100 14 10/10 100 10/10 100 15 10/10 100 1010 100 16 10/10 100 10/10 100 17 10/10 100 10/10 100 18 10/10 100 10/10 100 Min - 76.11 - 90.00 Sisihan piawai - 5.46 - 4.15 Kemahiran Membaca adalah hampir sama dengan Ujian Kemahiran Mendengar. bagi Ujian Pra, nilai sisihan piawai ialah 5.46 manakala bagi Ujian Pos ialah 4.15. Pengecilan nilai sisihan piawai ini menunjukkan teknik mengajar guru yang berkesan. Kebanyakan sampel kajian menunjukkan pencapaian yang memuaskan. 50
  • 51. (Sila rujuk Jadual 4.6). Min keseluruhan ialah 90.00% bagi Ujian Pos dan Ujian Pra ialah 76.11%. Pola pencapaian sampel kajian dalam ujian ini adalah hampir sama dengan Ujian Kemahiran Mendengar. Ini bererti sebahagian besar sampel kajian menunjukkan kebolehan bacaan yang baik atau cemerlang dan sebilangan kecil pula lemah atau sangat lemah dalam membaca. Sampel yang cemerlang dalam Ujian Mendengar akan menguasai Ujian Kemahiran Membaca kerana semua jenis ujian ini saling kait-mengait. 4.3.3 Tahap kemahiran menulis sampel kajian. Jadual 5.3: Ujian Pra dan Pos Kemahiran Menulis 51
  • 52. data tahap kemahiran menulis tersebut boleh didapati dalam Jadual 5.3. bagi Ujian Ujian Pra Kemahiran Menulis Ujian Pos Kemahiran Menulis Murid betul % betul % 1 10/10 100 10/10 100 2 4/10 40 4/10 40 3 7/10 70 10/10 100 4 3/10 30 9/10 90 5 9/10 90 9/10 90 6 10/10 100 10/10 100 7 9/10 90 10/10 100 8 1/10 10 3/10 30 9 3/10 30 5/10 50 10 6/10 60 9/10 90 11 10/10 100 10/10 100 12 10/10 100 10/10 100 13 7/10 70 8/10 80 14 7/10 70 10/10 100 15 10/10 100 10/10 100 16 10/10 100 10/10 100 17 6/10 60 9/10 90 18 10/10 100 10/10 100 Min - 73.33 - 86.67 Sisihan - 7.15 - 5.45 piawai Pra, nilai sisihan piawai ialah 7.15 manakala bagi Ujian Pos ialah 5.45. berdasarkan data di atas, pengecilan nilai sisihan piawai ini dapatlah dirumuskan bahawa tahap kebolehan menulis murid-murid tahun 1 Kebangsaan Tengku Mahmud pada tahap yang memuaskan. didapati juga ada murid yang menunjukkan pencapaian yang 52
  • 53. cemerlang dalam kebolehan mendengara, membaca dan menulis. Manakala ada sebilangan kecil yang jauh ketinggalan di belakang yang memerlukan bimbingan dan perhatian khusus. 4.4 KATEGORI PENCAPAIAN MURId dalam huraian mengenai masalah tersebut, sampel dibahagikan kepada murid berpencapaian tinggi, sederhana dan berpencapaian rendah. Murid yang skornya sama atau di atas min dianggap berpencapaian tinggi dan mereka yang di bawah min dianggap dalam kumpulan berpencapaian rendah. Pembahagian ini dibuat secara arbitrari dan bertujuan untuk memudahkan perbincangan. 4.4.1 Murid berpencapaian tinggi Terdapat 9 orang murid yang dikaji markah ujian menulisnya sudah cemerlang di peringkat Ujian Pra. Analisis jawapan mengikut item menunjukkan pada keseluruhannya murid kumpulan ini tidak menghadapi sebarang masalah dalam ujian tersebut. Murid-murid yang berpencapaian cemerlang boleh menulis dan membaca dengan lancar tanpa mengeja. Perkataan-perkataan mudah yang terdapat dalam lembaran kerja adalah terlalu senang untuk mereka menyelesaikannya. Seramai 9 orang murid boleh digolongkan dalam kategori tersebut. Sebagai kesimpulan, murid cemerlang tidak mengalami sebarang masalah dalam ujian membezakan antara b dan d dalam tulisan yang dibincangkan di atas. Situasi ini mungkin berpunca daripada: i. Sikap ibu bapa murid terhadap pentingnya kebolehan menulis dan membaca di kalangan anak-anak mereka. ii. Usaha ibu bapa dalam membantu anak belajar menulis. iii. Persekitaran rumah yang menggalakkan minat menulis dan membaca anak. 53
  • 54. 4.4.2 Murid berpencapaian sederhana Murid berpencapaian sederhana yang seramai 1 orang tidak ada peningkatan dalam Ujian Pasca walaupun sudah dibimbing oleh guru secara individu. Markah yang diperolehi murid ini tidak menunjukkan kemajuan apabila dibandingkan dengan sampel lain walaupun guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pelbagai teknik seperti kad tebuk, plastisin dan bercerita. Sebagai kesimpulan, masalah murid dalam ujian membezakan antara huruf b dan d dalam tulisan yang dibincangkan di atas mungkin berpunca daripada: i. Kurang mahir mengeja (mendekod) perkataan. Ini menyebabkan murid tidak dapat memanfaatkan huruf yang disebut secara lisan yang dikuasai untuk menjawab item yang disediakan. ii. Pengalaman menulis yang terhad menyebabkan penguasaan perbendaharaan pandang (sight vocabulary) yang rendah jika dibandingkan dengan murid berpencapaian tinggi. iii. Pengetahuan am yang rendah jika dibandingkan dengan murid berpencapaian tinggi. Ini mungkin disebabkan pendedahan dan pengalaman yang terhad dalam kehidupan murid tersebut. 4.4.3 Murid berpencapaian rendah Murid berpencapaian rendah dalam Ujian Pra ialah mereka yang skornya di bawah min iaitu 30 markah. Seramai 3 orang murid tergolong dalam kumpulan ini. Setelah diteliti jawapan yang diberi mengikut item, dan berdasarkan pemerhatian semasa mereka menjalani ujian, hanya 3 orang murid tidak dapat membezakan b dan d. Kesalahan tersebut mungkin disebabkan pendedahan murid kepada penulisan agak terbatas. Umumnya saya dapati murid-murid yang dikaji menghadapi masalah-masalah seperti berikut: 54
  • 55. i. Tidak mengenali huruf dan tidak tahu atau salah menyebut huruf dalam susunan huruf atau secara rawak. (Rujuk: Lampiran G) ii. dapat menyebut huruf dengan betul tetapi tidak tahu atau salah menulis huruf yang disebut. (Rujuk: Lampiran F(1) dan F(2)) iii. Tidak atau kurang menguasai kemahiran asas menulis, mengeja dan membatang perkataan dengan betul. (Rujuk: Lampiran H) Semasa menjalani ujian, murid-murid ini mengambil masa yang lama dan teragak-agak untuk menyebut sesuatu huruf, suku kata atau perkataan. Murid-murid ini memerlukan pengesahan pengkaji kerana kurang yakin terhadap tulisan diri sendiri. Sepanjang ujian, hanya beberapa perkataan boleh dieja dengan betul dan itu pun setelah dibantu oleh pengkaji. Murid-murid ini boleh menulis tetapi kurang lancar kerana terpaksa berhenti untuk mengeja perkataan yang tidak dikenalinya. dalam kemahiran menulis (Rujuk: Lampiran A), sampel 8 tidak dapat menulis kesemua huruf kecil a hingga e secara urutan manakala apabila diminta membaca atau menyebut secara rawak dia seolah-olah keliru dan masih tertukar antara b dan d. Sampel 8 boleh menulis huruf besar secara urutan dan bila diminta membaca atau menyebut secara rawak dia masih tertukar antara b dan d. Pengkaji dapat membuat rumusan bahawa sampel 8 boleh membaca huruf dengan lancar secara urutan dan agak kurang cekap apabila diuji secara rawak. Terdapat 10 soalan kemahiran menulis yang diuji kepada sampel 8. Kemahiran menulis suku kata pertama kv berdasarkan gambar, sampel 8 menulis suku kata pertama kv ‘bu’ sebagai ‘du’ menjadikan perkataannya yang sebenar ‘buku’ sebagai ‘duku’. Hal ini berlaku kerana dia masih keliru antara huruf b dan dwalaupun pada hakikatnya dia tahu gambar tersebut adalah buku. Pengkaji membuktikan yang sampel 8 tahu akan gambar yang ditunjukkan kerana pengkaji 55
  • 56. telah meminta sampel 8 menyebut nama objek dalam gambar (buku). Masalah yang sama iaitu kekeliruan sampel 8 terhadap huruf b dan d berlaku lagi menyebabkan dia melengkapkan perkataan ‘bubu’ menjadi ‘budu’. begitu juga apabila menjawab soalan-soalan yang seterusnya. Sampel hanya berjaya menjawab 3 daripada 10 soalan. Kemungkinan soalan yang betul adalah jawapan yang diteka oleh sampel. Untuk menulis bahasa huruf, murid-muridperlu memiliki kemahiran mendekod iaitu membatang dan membunyikan suku kata. Sekiranya kemahiran mendekod tidak dikuasai dengan baik, murid-muridtidak dapat memanfaatkan perbendaharaan lisan yang dikuasai untuk membantunya menulis perkataan yang tidak dikenali. Selain itu, kemungkinan sampel yang berpencapaian rendah dalam Ujian Pra Menulis mempunyai pengalaman yang terhad. Ini menjelaskan masalah sesetengah murid yang tidak suka menulis dan membezakan huruf seperti hasil temu bual dengan sampel mendapati kebanyakannya merasa malas untuk menulis dan cepat putus asa. Tidak ada masa khas diperuntukkan oleh ibu bapa untuk mengajar anak menulis. Ini bererti kebanyakan ibu bapa sedar pentingnya menulis kepada anak tetapi bermasalah melaksanakannya dengan tekal. Antara punca masalahnya ialah kekurangan masa dan kebosanan. Hasil temu bual juga mendapati kakak dan abang kepada sampel yang bersekolah juga memainkan peranan dalam membimbing adik mereka menulis dan membezakan huruf terutamanya b dan d. Selain ibu bapa, kakak dan abang juga menjadi model kepada adik dan mempengaruhi sikap adik terhadap menulis. 4.5 PERANAN IbU bAPA dAN KELUARGA MEMbANTU ANAK-ANAK bELAJAR MENULIS. 56
  • 57. Hasil daripada sesi temu bual dengan murid mendedahkan beberapa perkara yang berhubung dengan peranan ibu bapa dan persekitaran keluarga dalam membantu mereka belajar menulis. i. didapati mengajar menulis kepada anak tidak diamalkan oleh kebanyakan ibu bapa tetapi hanya segelintir yang berbuat demikian semasa di rumah. ii. Abang atau kakak kepada sampel kajian yang sudah bersekolah juga memainkan peranan dalam membantu mereka belajar menulis. iii. Ibu bapa yang anaknya mahir menulis didapati suka berbincang dan memberi galakan tentang pengalamannya dalam membimbing anak menulis dan berbangga akan kejayaan anaknya. iv. Walaupun masih di peringkat tahun 1, kebanyakan murid yang ditemu bual menganggap adalah seronok untuk belajar menulis dan membaca, sekiranya diberi pujian atau ‘bintang’. v. Masih ada ibu bapa yang tidak menyediakan buku untuk anak menulis apatah lagi membimbing mereka semasa proses pra menulis kepada anak. 4.6 KESIMPULAN Hasil temu bual dengan murid didapati ada ibu bapa telah memainkan peranan yang aktif dalam membantu anak mereka belajar mengenal huruf seterusnya menulis. Namun demikian didapati ada sebilangan kecil ibu bapa yang kurang prihatin terhadap perkara tersebut yang menyebabkan punca anak-anak mereka ketinggalan. Kebanyakan murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud menunjukkan pencapaian yang baik dalam ujian menulis. Ini boleh dikaitkan dengan persekitaran keluarga yang kondusif yang membantu mereka belajar menulis sebagaimana yang digambarkan dalam sesi temu bual dengan murid-murid. 57
  • 58. bAb V RINGKASAN dAN RUMUSAN 5.1 PENdAHULUAN dalam bab ini, perbincangan akan saya tumpukan kepada rumusan terhadap keputusan yang diperolehi daripada kajian yang bertajuk Kemahiran Membezakan Huruf b dan ddalam Tulisan bagi Murid-Murid Tahun 1. Instrumen kajian ini terdiri daripada borang maklumat murid, temu bual, kertas Ujian Pra dan kertas Ujian Pos. Latar belakang murid diperolehi daripada borang maklumat murid. Soalan temu bual dengan ibu bapa pula digunakan untuk mendapatkan maklum balas tentang minat dan persepsi murid terhadap penulisan ketika berada di rumah. Ujian Pra ditadbirkan untuk melihat setakat mana kefahaman murid terhadap kemahiran yang diajar secara “chalk and talk”. Manakala Ujian Pos pula ditadbirkan untuk mengesan tahap penguasaan dan pencapaian murid terhadap kemahiran yang sama selepas beberapa teknik, kaedah dan strategi yang dijalankan oleh guru untuk mengatasi masalah kajian. 58
  • 59. Soalan Ujian Pra dan Ujian Pos adalah terdiri daripada kemahiran dan bentuk soalan yang sama. Ujian ini memerlukan pelajar menjawab soalan dengan mengisi ruang kosong dengan suku kata yang mengandungi huruf sama ada b atau ddalam kemahiran menulis. Oleh itu, dalam kajian ini perbincangan akan memperkatakan dengan lebih lanjut tentang persoalan kajian, implikasi dapatan, saranan serta cadangan untuk kajian lanjut yang boleh dijalankan kelak. 5.2 RINGKASAN dAPATAN Ujian Pra dan Ujian Pos yang ditadbirkan dalam kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana murid dapat membezakan huruf b dan d dalam penulisan dan mempertingkatkan kefahaman dan pencapaian terhadap kemahiran yang diajar. dapatan kajian yang telah dianalisis dapat memberikan jawapan kepada persoalan kajian yang berikut: 5.2.1 Adakah murid-muridtahun 1 ini sudah menguasai Kemahiran Membezakan Huruf ’ b’ dan d dalam Penulisan? i. Hasil dapatan kajian menunjukkan murid-muriddapat menguasai kemahiran membezakan huruf b dan d iaitu merujuk kepada Ujian Pra dan Ujian Pos Kemahiran Menulis, di mana sisihan piawai semakin mengecil iaitu daripada 7.15 kepada 5.45. ii. Murid-murid juga dapat menulis huruf dengan bentuk yang cantik dan teknik menulis yang betul. iv. Selain itu, murid-muriddapat menguasai kemahiran motor halus mereka 59
  • 60. apabila dapat membentuk huruf menggunakan plastisin, tanah liat dan pasir lembab. 5.2.2 bagaimanakah cara membantu murid-muridtahun 1 meningkatkan kemahiran menulis huruf b dan d dengan teknik yang betul? Hasil daripada percubaan pengkaji terdapat beberapa cara bagi membantu murid-muridmenguasai kemahiran menulis huruf b dan d dengan teknik yang betul seperti di bawah: 5.2.2.1 Peranan Guru i. Guru memainkan peranan penting dalam membimbing murid-muridmenulis menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang menyeronokkan supaya murid suka belajar. Antaranya belajar sambil bermain dengan menggunakan peralatan. ii. Guru menyuruh murid meniru huruf dengan menyambung titik-titik untuk membantu murid-muridmenulis. iii. Guru mengajar murid-muridmembentuk huruf menggunakan plastisin yang berlainan warna supaya murid-muriddapat membezakan dan mengenali huruf b dan d. iv. Kepelbagaian teknik membentuk huruf b dan d seperti menggunakan pasir basah yang disi dalam kotak menyeronokkan murid-muriddan menguatkan motor halus mereka. v. Guru melatih murid mengecam huruf menggunakan gambar yang menarik. vi. Kaedah individu ditekankan oleh guru tahun 1 dalam bimbingan menulis kerana kebolehan menulis dan cara belajar membaca murid tahun 1 adalah berbeza. 60
  • 61. vii. Guru menekankan kemahiran mendekod iaitu mengeja dan membatang perkataan dalam membimbing murid-murid yang lemah menulis seterusnya memberi impak kepada membaca. viii. Guru tahun 1 hendaklah memaklumkan kepada ibu bapa murid tentang kebolehan menulis anaknya dari semasa ke semasa. 5.2.2.2 Peranan Ibu bapa i. Peranan Ibu bapa atau adik-beradik yang mengajar sampel menulis di rumah secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran menulis huruf peringkat awal kepada kanak-kanak. ii. Ibu bapa yang menyediakan bahan atau membeli buku rujukan untuk anak-anak belajar dapat menanam minat murid-muridmenulis. iii. Ibu bapa atau penjaga yang sentiasa mengambil berat akan anak-anak mereka sentiasa berhubung dengan guru tahun 1 untuk mengetahui tahap kemajuan anak-anak mereka dan sama-sama mencari jalan mengatasinya. 5.2.3 Adakah strategi pengajaran, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah berkesan? Hasil daripada dapatan kajian, didapati strategi pengajaran, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah adalah berkesan. i. Pembelajaran secara “Hands on, Minds on” atau learning through experience ini nyatalah dapat menambahkan kefahaman serta minat murid terhadap kemahiran ini kerana mereka terlibat secara langsung aktiviti membentuk huruf menggunakan plastisin, membina huruf dengan pasir lembab dan mengecam huruf dengan kad tebuk. ii. Pengkaji mendapati pelajar kelihatan gembira dan bermotivasi untuk 61
  • 62. menjawab lembaran kerja kerana mereka sudah dapat menguasainya berbanding semasa guru menjalankan pengajaran secara “chalk and talk”. iii. berdasarkan analisis temu bual dan maklum balas murid, didapati minat murid untuk menulis timbul apabila mereka diberi pujian oleh guru atau ibu bapa apabila tulisan mereka cantik. Mereka juga merasa teruja dan bermotivasi untuk terus menulis apabila guru memberi ‘bintang’ yang berupa satu ganjaran. iv. Strategi pengajaran guru yang pelbagai menyebabkan murid-muridtidak merasa bosan untuk belajar. v. Kaedah kumpulan yang diguna oleh guru dapat membantu murid-muridberinteraksi dengan kawan-kawan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau melakukan aktiviti membentuk huruf. Manakala kaedah bimbingan individu dapat membantu murid-muridmengatasi masalah menulis dengan lebih cepat. vi. Teknik bermain sambil belajar menyeronokkan murid.Teknik bercerita yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah dapat menarik minat murid-muriduntuk belajar. dengan peningkatan minat dan motivasi, pelajar akan belajar lebih tekun, memberi perhatian penuh semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) sedang berlangsung serta melibatkan diri secara aktif. Keadaan ini dapat membantu pelajar menguasai sesuatu kemahiran dengan berkesan. Hasil ini adalah bersamaan dengan dapatan yang diperolehi oleh dewer & Tammy (1996), Hartman & Virginia (1995) yang 62
  • 63. menunjukkan bahawa murid lebih berjaya apabila bergiat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. 5.3 IMPLIKASI dAPATAN Kajian ini menunjukkan hubungan yang positif antara kaedah dan teknik pembelajaran yang pelbagai dengan pencapaian dan minat murid terhadap kemahiran menulis. Adalah diharapkan, dapatan kajian ini dapat memberikan kesedaran kepada guru-guru tahun 1 tentang peri pentingnya kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran diaplikasikan dalam bilik darjah. Kaedah pengajaran secara ‘spoon feed’ atau ‘chalk and talk’ tidak begitu sesuai untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada murid kerana pelajar tidak terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran secara koperatif melalui aktiviti bermain membolehkan murid terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran dan ini secara tidak langsung dapat menambah minat dan menjadi faktor untuk memotivasikan pelajar untuk belajar menulis. Akhir sekali, untuk memastikan murid dapat menulis dengan berkesan, pihak guru tahun 1 perlu menyediakan bahan dan alatan yang cukup dan berfungsi selain menyediakan bilik darjah yang kondusif dan selamat kepada murid-muridnya. Pihak kementerian pelajaran juga disarankan memantau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid-muridtahun 1 supaya wawasan negara untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat direalisasikan. 63
  • 64. 5.4 CAdANGAN 5.4.1 Cadangan kepada Guru Tahun 1. i. Guru-guru tahun 1 perlu mendapat latihan lanjutan atau latihan peningkatan ikhtisas paling kurang hingga peringkat ijazah bagi memantapkan tahap profesionalisme guru. Pastikan guru tahun 1 adalah guru siswazah terlatih yang mempunyai kelayakan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. ii. Latihan dalaman juga hendaklah sentiasa diberikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan menambah kemahiran guru-guru tahun 1. iii. Guru tahun 1 perlu menghadiri bengkel, perbincangan atau seminar tentang pendidikan awal kanak-kanak. iv. Guru memberikan galakan dan sokongan kepada pelajar untuk belajar menulis tanpa kesalahan melalui pemberian imbuhan yang bersesuaian dan mewujudkan keseronokan melalui bermain sambil belajar. v. Maklumat wujudnya masalah kebolehan murid-murid untuk membuat perbezaan b dan dketara di kalangan murid-murid tahun 1 harus disampaikan kepada pihak sekolah khasnya guru bahasa Melayu Tahun Satu murid-murid tersebut. vi. Murid-murid yang lemah perlu diberi latih tubi aktiviti pramenulis sebagaimana yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran bahasa Melayu Tahun Satu. 5.4.2 Cadangan kepada Pihak Sekolah i. Menyediakan bilik darjah yang sesuai, selesa dan selamat serta mesra pelajar kepada kanak-kanak. 64
  • 65. ii. Memastikan alatan dan bahan pembelajaran adalah mencukupi kepada semua pelajar dan dapat berfungsi dengan baik. iii. Menyediakan persekitaran yang kondusif kepada murid-muridseperti kawasan ‘play scape’ yang selamat supaya mereka seronok datang ke sekolah. iv. Memaklumkan tahap kebolehan menulis murid-murid oleh guru tahun 1 kepada guru-guru Tahun Satu yang menerima murid-muridnya untuk menjamin kesinambungan dan mutu bimbingan menulis. 5.4.3 Cadangan kepada Pejabat Pendidikan daerah i. Memantau pengurusan dan penyelenggaraan serta penggunaan bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. ii. Mengadakan aktiviti yang sesuai dengan murid-muridtahun 1 yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. iii. Pemantauan rapi dan penelitian ke semua tahun 1 dengan melibatkan semua aspek kekuatan dan kelemahan perlu dikenalpasti untuk tindakan susulan di samping dapat menentukan kualiti sesuatu institusi dan kakitangannya. iv. Pegawai Khas Tahun 1 di Pejabat Pendidikan daerah juga mesti bertanggungjawab membantu, menyelia, mengawasi memantau serta mampu menasihati guru-guru dalam melaksanakan P & P di tahun 1 daerah berkenaan. 5.4.4 Cadangan kepada Jabatan Pelajaran Negeri /Kementerian Pelajaran Malaysia. i. Lantikan pegawai pakar serta berkemahiran di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri mampu memenuhi kehendak dan menyelami masalah 65
  • 66. guru serta boleh komunikasi dua hala adalah penting untuk perkembangan pengajaran dan pembelajaran lancar di tahun 1. Guru-guru tahun 1 yang berkebolehan inovatif, dan berpengalaman seharusnya diberi ruang untuk mendapat pengiktirafan dan keistimewaan dalam kelompok mereka tanpa menghadkan bilangan atau kuota. dengan cara ini, barulah guru tahun 1 akan merasa dihargai dan bersemangat untuk mengajar. ii. Kementerian seharusnya menyenarai dan menyedia serta menyusun kursus dan latihan susulan untuk guru secara berkala dan seragam untuk seluruh Malaysia, merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang dipertingkatkan. Penekanan harus diberi kepada penggunaan dan pengendalian ICT, bahasa Inggeris dan paling penting kepada kemahiran muzik merangkumi pengendalian alatan juga lagu kanak-kanak. Muzik dan nyanyian dengan murid-muridtahun 1 memang penting sebagai sumber dan medan penyampaian P & P yang paling berkesan. Corak latihan perguruan yang menumpukan aspek teori, kurang latihan amali dan demonstrasi menyebabkan ada kegagalan dalam memenuhi kehendak perkembangan kanak-kanak iii. Kementerian seharusnya memberi peruntukan yang lebih banyak kepada bahagian tahun 1 seperti menaikkan peruntukan perkapita murid untuk murid menikmati lebih banyak pembaharuan peralatan guna terus untuk mempercepatkan penguasaan pembelajaran mereka. Peruntukan yang besar juga patut diberi kepada JPN dan PPd untuk menganjurkan program peningkatan dan pemantapan pengajaran dan pembelajaran untuk guru-guru tahun 1. Usaha ini untuk mempertingkatkan minat mereka seperti mengadakan kursus dalaman, bengkel peningkatan pengajaran dan pembinaan 66
  • 67. 5.5 CAdANGAN UNTUK KAJIAN LANJUTAN i. Membuat kajian lanjutan tentang permasalahan yang sama dengan persekitaran geografi yang berbeza di negara ini yang melibatkan sampel yang lebih besar. ii. Menjalankan kajian ini dengan membandingkan tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di kelas tahun 1 KEMAS dan tadika swasta. iii. Menjalankan semula kajian ini dan membandingkan tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran antara dua buah sekolah berdekatan atau dalam daerah atau 2 buah negeri. iv. Mengkaji dan menilai permasalahan lain yang wujud dalam meningkatkan penguasaan murid dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di tahun 1. Adalah diharapkan kajian-kajian yang akan dijalankan pada masa hadapan dapat mengukuhkan lagi dapatan kajian ini dan dilaksanakan dengan lebih meluas dalam P&P tahun 1 khususnya dalam penulisan. Adalah juga diharapkan, kajian ini dapat membantu perancang kurikulum, guru-guru dan pihak lain yang berkaitan. Semoga kajian ini dapat membantu terutama guru-guru baru menangani masalah pelajar agar lebih mudah menguasai teknik dan kaedah supaya murid dapat membezakan antara huruf b dan d. 5.6 KESIMPULAN Pada keseluruhannya, murid-murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud menunjukkan pencapaian yang baik dalam ujian menulis yang dijalankan. Namun masih terdapat sekumpulan kecil yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran asas menulis khasnya mendekod perkataan yang mengandungi huruf b 67
  • 68. dan d. Murid-murid ini juga mempunyai pengetahuan am yang terhad dan tidak menyedari faedahnya. Kajian tindakan ini dapat membantu guru mengetahui amalan sendiri yang tidak berkesan di samping mengenal pasti masalah pembelajaran murid. Melalui kajian ini satu kaedah pengajaran telah dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ini dibuktikan melalui keputusan dapatan yang menunjukkan hasil yang baik. Kajian ini amat penting dilakukan bagi memantapkan pengajaran di samping meningkatkan prestasi murid menguasai sesuatu kemahiran. Kajian ini juga perlu menjadi amalan bagi setiap guru demi meningkatkan kecemerlangan diri dan pendidikan negara. Guru juga dapat melakukan perubahan agar dapat membantu murid menguasai kemahiran serta menambah ilmu guru tersebut. Guru sebagai pengkaji mestilah berani melakukan anjakan paradigma demi kecemerlangan semua pihak. Selain itu, sikap kerjasama amat perlu bagi menghasilkan sesuatu perkara dengan cemerlang umpama kata pepatah ‘Sepakat Membawa berkat’. Harapan kita agar dapat menghasilkan idea-idea yang lebih bermutu dan seterusnya menjadi warga yang bukan sahaja cemerlang tetapi gemilang dan terbilang. 68
  • 69. RUJUKAN Adams, M.J. (1990). beginning to read: Thanking and learning about print. Cambridge, MA, MIT press. Azizah Lebai Nordin & Zainun Ishak. 1999. Pendidikan Tahun 1 Untuk Guru. Kuala Lumpur : Utusan Publications & distributors Sdn. bhd. buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas,(1999), Jabatan Pendidikan Khas.Kementerian Pendidikan Malaysia.Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn.bhd. dr. david Lim Chong Lim,dr. Nor Azizah Salleh (UKM), Prof Madya dr. Saat Yasin. (2007). Modul HbEF2503, Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. (2nd.ed.). Kuala Lumpur. Open University Malaysia. Encik Azizi Ahmad,Encik Mohd Isha b. Awang. (2006). Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan.Kuala Lumpur: Meteor doc.Sdn.bhd. Hassan Mohd. Ali. 1999. Panduan Mendidik Anak-anak Tahun 1. Kuala Lumpur: Sabha dTP Services Sdn. bhd. Huraian Kurikulum Tahun 1 Kebangsaan.(2006). Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. . Kamhi, A.G. & Catts, H.W. (1989). Language and reading: Convergences, divergences, and development. In A.G Kamhi and H.W. Catts (eds.). Reading disabilities A developmental Language Perspective. boston MA, College-Hill Press: 1-34. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1996. “Laporan Kajian Impak Pendidikan Tahun 1 Kepada Murid Tahap Satu - Sekolah Rendah”. Seminar Kebangsaan Pendidikan Tahun 1. Pulau Pinang: bahagian Perancangan dan Penyelidikan dasar Pendidikan. 69
  • 70. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian kurikulum Tahun 1 Kebangsaan 2003. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Lerner, J. (2003). Learning disabilities theories, diagnosis, and teaching Strategies (9th. ed.). boston: Houghton Miffin Company. Mohd.Azhar Abd. Hamid, Mohd. Nasir Markom, Othman A.Kasim, (2004). Permainan Kreatif untuk Guru & Jurulatih.Pahang: PTS Publication & distributors Sdn. bhd. Mohd. Majid Konting 1998. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur dewan bahasa dan Pustaka. Nik Aziz Nik Pa. 1988. Aktiviti Membina Refleksi dan pengabrakan : Perspektif Pendidikan Murid-muridterbiar. Jurnal Pendidikan Islam. 2(8) : 28-38 Nik Aziz Nik Pa . (1996) . Konsep Maktab Perguruan bestari. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Maktab Perguruan bestari, di Kuala Lumpur dalam Jurnal Pendidikan Guru. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. 2003. Panduan Pendidikan Tahun 1. Kuala Lumpur: Utusan Publications & distributors Sdn.bhd. Prof. dr.Khadijah Rohani Mohd Yunus, Puan Razali, Puan Ramlah Jantan. (2006). Psikologi Pendidikan.Kuala Lumpur: Meteor doc. Sdn.bhd. Prof. Madya dr.Puteri Zabariah Megat A.Rahman, (UPM), (2006). Modul HbPS 1103, Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Kuala Lumpur. Open University Malaysia. Rohaty bt Mohd Majzub, Abu bakar bin Nordin.(1994). Pendidikan Tahun 1. Kuala Lumpur. Rohaya Hj. Yahya. (1996). Kaedah Montessori.Kuala Lumpur:Utusan Publication & distributor Sdn. bhd. Sinclair, A . & Papandropoulou, I . b. (1984) Learning to read and skilled reading : multiple systems interacting within and between the readers and the test. In Language Awareness and Learning to Read (downing , J. & Valtin, P, eds.) 79 - 92 .berlin : Springer Verlag 70
  • 71. 71