SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 2
KESUFIAN IMAM ASY SYAHID HASAN AL-BANNA...GAMBAR KEDUA ADALAH MURABBI BELIAU,SYEIKH TARIQAT HUSOFIYAH
SYAZULIYAH,SYEIKH ABDUL WAHAB AL-HUSOFI..:-)
Adapun sudut kesufian Imam Hasan Al-Banna, maka pengalaman kecintaan Imam Hasan Al-Banna terhadap kesufian dan
golongan sufi yang sangat mendalam turut beliau kongsikan dalam buku Muzakkirat Ad-Da‟wah wa Ad-Da‟iyyah. Antaranya,
beliau berkata:
Maksudnya:
“Saya masih terikat hati (kasih) kepada Sheikh Hasanain Al-Husofi (mursyid kepada ayahndanya) sehinggalah saya masuk
sekolah Al-Mu‟allimin Al-Awwaliyyah di Damanhur, di mana tempat tersebut dikebumikan Sheikh dan kuburnya, begitu juga
tiang-tiang asas masjid di sekitarnya yang masih belum siap ketika itu, namun sudah siap setelah itu. Saya sentiasa
mengikutHadrah (majlis zikir) di masjid At-Taubah pada setiap malam. Lalu saya bertanya tentang muqoddam (wakil
mursyid)Al-Ikhwan (murid-murid tarikat tersebut), maka saya kenal, beliau seorang yang soleh, iaitulah Sheikh Besyuni
seorang hamba soleh lagi peniaga.
“Lalu saya mengharapkan agar beliau mengizinkan saya untuk mengambil bai‟ah daripadanya (tarbiah sufiyyah) lalu beliau
turuti lalu berjanji untuk membawaku kepada As-Sayyid Abdul Wahab (Al-Husofi, iaitu anaknda Sheikh Hasanain Al-Husofi) jika
sekiranya beliau hadir. Saya tidak pernah sampai pada waktu ini (waktu ambil bai‟ah tersebut), mengambil bai‟ah daripada
mana-mana murobbi tarikat dengan bai‟ah rasmi (sebelum itu), walaupun saya mencintai kebaikan mereka.”
Lalu beliau berkata lagi:
Maksudnya: “Ketika As-Sayyid Abdul Wahab –semoga Allah memberi manfaat dengannya- hadir ke Damanhur, lalu teman-
teman memberitahuku tentangnya, maka saya teramat gembira dengan berita tersebut. Maka saya pun pergi kepada ayahnda
(gelaran bagi murobbinya) Sheikh Besyuni dan saya harap agar beliau membawaku berjumpa Sheikh (Al-Husofi) lalu beliau
melakukannya. Pertemuan itu berlaku setelah solat Asar pada 4 Ramadhan tahun 1342 Hijrah, jika tidak salah dalam ingatan.
Hari itu bertepatan dengan hari Ahad di mana saya mula mengambil At-Tariqah Al-Husofiyyah As-Syaziliyyah daripadanya lalu
beliau memberi izin untuk membaca wirid dan wazho‟ifnya (yang mana wazho‟if ini dikenali sebagai Ma‟thurat oleh Hasan Al-
Banna ketika menubuhkan Ikhwan). [Muzakkirat Ad-Da‟wah wa Ad-Da‟iyyah: 25]
Hal ini sangat jelas sebagaimana menurut Imam Hasan Al-Banna r.a., beliau mencari seorang mursyid murobbi sufi yang
benar-benar berpegang teguh kepada Al-Qur‟an dan As-Sunnah. Beliau sangat tertarik dengan Sheikh Murobbi sufi bernama
Sheikh Al-Hasanain Al-Husofi. Namun, beliau tidak sempat mengambil tarbiah daripada sheikh tersebut kerana sheikh tersebut
sudah meninggal dunia. Namun, beliau mengambil tarbiah sufi daripada anaknda Sheikh Al-Hasanain bernama Sheikh Abdul
Wahab Al-Husofi r.a. yang mengikut jejak langkah ayahndanya yang sangat berpegang teguh dengan Al-Qur‟an dan As-Sunnah
dalam manhaj tarbiah.
Imam Hasan Al-Banna mengakui keagungan manhaj tarbiah sufiyyah yang tidak akan dapat diganti oleh mana-mana manhaj
lain sebagaimana dalam perkataan beliau dalam buku yang sama:
“Tidak syak juga bahawasanya, dengan ilmu tersebut (tasawwuf), golongan sufi telah mencapai mertabat yang tinggi dalam
membaiki jiwa dan mengubatinya, dalam menjadi penawar kepada penyakit jiwa dan menjadi doktor dalam bidang
kerohanian,yang tidak dicapai oleh para murobbi yang bukan dari kalangan mereka (golongan sufi).”
. Dalam ungkapan lain, beliau berkata:
“Tidak syak lagi bahawasanya dengan berpegang kepada kaedah-kaedah tasawwuf dalam bidang tarbiah dan suluk membawa
kesan yang sangat kuat dalam jiwa dan hati seseorang. Bahkan, kata-kata para sufi dalam bab tarbiah ini mempunyai kesan
yang sangat mendalam, yang tidak akan didapati daripada kata-kata selain daripada golongan sufi…” [ibid]
Imam Hasan Al-Banna juga memberi ruang luas kepada pengikutnya untuk mengambil tarbiah khusus daripada para murobbi
sufi yang kamil. Malah, Imam Hasan Al-Banna juga mempunyai idea yang sangat jelas dalam dakwah iaitu, tidak terlalu
pentingkan nama jamaah. Baginya, siapa sahaja yang sama fikrah dengan Ikhwan adalah dari kalangan Al-Ikhwan walaupun
bukan dari kalangan ahli Al-Ikhwan. Malah, siapa sahaja yang tidak mempunyai fikrah sebenar ikhwan dianggap bukan
daripada Al-Ikhwan walaupun berada dalam jemaah tersebut.
Oleh kerana itulah, Imam Hasan Al-Banna mempunyai ramai rakan karib khususnya dari kalangan para ulama‟. Beliau sendiri
tidak menjauhi ulama‟ dan merasakan diri boleh berdakwah tanpa bantuan mereka, namun beliau sentiasa mengharapkan
kerjasama khusus daripada golongan sufi dan ulama‟ Al-Azhar (khususnya di Mesir), agar dakwah mereka terus berkembang.
Antara ulama‟ tersebut yang beliau dampingi (khususnya sejak dari awal usia) beliau adalah seperti Sheikh Yusuf Ad-Dijiwi,
Sheikh Muhammad Hafiz At-Tijani, Sheikh Abdul Wahab Al-Husofi, Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dan sebagainya. Ini
menyebabkan pada awal dakwah Al-Ikhwan, ramai ulama‟ Al-Azhar membantu dalam menyebarkan risalah dakwah tersebut.
Ini disebabkan eratnya hubungan Imam Hasan Al-Banna dengan ulama‟ tradisional di Mesir.
Biarpun Imam Hasan Al-Banna membentuk jemaah dakwah yang baru, namun beliau tetap beriltizam dengan zikir-zikir yang
telah beliau ambil daripada tarikat husofiyyah. Sheikhu Sheikhna Abu Al-Hasan Ali An-Nadwi berkata dalam menceritakan
tentang Imam Hasan Al-Banna:
"
Maksudnya: “Pemimpin besar dan teman-teman rapatnya (Imam Hasan Al-Banna) memberitahuku bahawasanya beliau (Imam
Hasan) sentiasa berpegang dengan wirid-wirid dan amalannya (Tarikat Husofiyyah) sehingga akhir usianya [At-Tafsir As-Siyasi
lil Islam: 130]
Malah, jemaah ikhwan juga dikaitkan dengan sufi sebagaimana diakui oleh Imam Hasan Al-Banna sendiri dengan slogannya
antaranya “hakikat sufiyyah” dan dijadikan antara dua intipati utama jemaah Ikhwan iaitu “Sufi „Askari”.
Sudut Kesufian Imam Hasan Al-Banna r.a.: Di sisi Para Ulama‟ Ikhwan
Sheikh Sa‟id Hawwa, seorang ulama‟ sufi dalam jemaah Ikhwan berkata:
Maksudnya: “Kemudian Al-Ikhwan Al-Muslimin itu sendiri diasaskan oleh seorang sufi yang mengambil hakikat tasawwuf tanpa
sudut negatifnya (yang berlaku dalam sesetengah orang yang menisbahkan diri kepada sufi tetapi jahil). [Jaulat min Al-
Fiqhain: 154]
Dalam penggunaan jemaah Ikhwan juga, mereka mengambil istilah golongan sufi iaitu istilah mursyid yang digunakan oleh
madrasah tarbiah sufiyyah sejak zaman berzaman. Ini merupakan isyarat yang jelas pengaruh manhaj sufi dalam Ikhwan
walaupun sebahagian golongan pemuda yang menisbahkan diri kepada dakwah Hasan Al-Banna menjauhi golongan
sufimuhaqqiq (berpegang teguh kepada Al-Qur‟an dan As-Sunnah). Mereka dan Imam Hasan Al-Banna jauh masyrabnya
(minuman kerohanian) yang sangat cenderung kepada mencintai kaum sufi.
Oleh kerana itu juga, Sheikh Sa‟id Hawwa menjelaskan bahawasanya, Imam Hasan Al-Banna sudah mencapai tahap mursyid
kamil, suatu tahap yang melayakkan Imam Hasan Al-Banna memberi tarbiah khusus (kerohanian) kepada muridnya (ahli Al-
Ikhwan), di sisi manhaj tarbiah sufi. [rujuk Tarbiyatuna Ar-Ruhiyyah: m/s 21] Malah, menurut Sheikh Sa‟id Hawwa lagi,
sememangnya mursyid kamil (di sisi manhaj tarbiah kaum sufi) adalah pewaris Nabi –shollaLlahu „alaihi wasallam- yang
sempurna khususnya dalam bidang tarbiah. [Tarbiyatuna Ar-Ruhiyyah: 159]
Sheikh Sa‟id Hawwa berkata lagi secara khusus tentang tasawwuf dan kesufian dalam Ikhwan Muslimin dengan berkata:
Maksudnya: “Saya telah menulis kitab Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah untuk menjelaskan salah satu daripada dua Fiqh samada Fiqh
Al-Kabir dan Fiqh Al-Akbar iaitulah perbahasan “Tasawwuf Al-Muharrar” (yang bebas daripada sudut pandang yang samar-
samar) untuk menjelaskan beberapa perkara khususnya melibatkan topik Hakikat Kesufian yang merupakan salah satu ciri-ciri
khusus yang utama bagi dakwah Ustaz Al-Banna r.a..” [Al-Jaulaat: 17]
Imam Hasan Al-Banna juga mengambil idea Islah dengan mafhum yang menyeluruh (syumul) dan usul dakwah yang berkesan
daripada mursyid beliau, Imam Abdul Wahab Al-Husofi r.a.. Maka, dengan bimbingan kerohanian yang mendalam melalui
madrasah sufi inilah akhirnya membuka ruang pemikiran yang luas dengan disinari suluhan limpahan cahaya Allah s.w.t..

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Pengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittahPengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittah
Amin El Amin
 
Solat jamaah kedudukan imam & makmum
Solat  jamaah kedudukan imam & makmumSolat  jamaah kedudukan imam & makmum
Solat jamaah kedudukan imam & makmum
Ahmad Ahmad
 
7. Al Sunnah
7. Al Sunnah7. Al Sunnah
7. Al Sunnah
WanBK Leo
 
13.9.2012 imam ahmad
13.9.2012   imam ahmad13.9.2012   imam ahmad
13.9.2012 imam ahmad
Angah Rahim
 

La actualidad más candente (20)

Sunan ibnu majah.present
Sunan ibnu majah.presentSunan ibnu majah.present
Sunan ibnu majah.present
 
Pengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittahPengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittah
 
Solat jamaah kedudukan imam & makmum
Solat  jamaah kedudukan imam & makmumSolat  jamaah kedudukan imam & makmum
Solat jamaah kedudukan imam & makmum
 
Solat berjamaah-ustaz4g
Solat berjamaah-ustaz4gSolat berjamaah-ustaz4g
Solat berjamaah-ustaz4g
 
Ketokohan Imam Hanafi
Ketokohan Imam HanafiKetokohan Imam Hanafi
Ketokohan Imam Hanafi
 
7. Al Sunnah
7. Al Sunnah7. Al Sunnah
7. Al Sunnah
 
Daurah Ulum al-Quran (DUQQUR) Siri 1
Daurah Ulum al-Quran (DUQQUR) Siri 1 Daurah Ulum al-Quran (DUQQUR) Siri 1
Daurah Ulum al-Quran (DUQQUR) Siri 1
 
Fadhilah Ulumul Qur'an
Fadhilah Ulumul Qur'anFadhilah Ulumul Qur'an
Fadhilah Ulumul Qur'an
 
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINIFALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
 
HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')
HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')
HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')
 
Anti Hadith Di Malaysia Interne
Anti Hadith Di Malaysia InterneAnti Hadith Di Malaysia Interne
Anti Hadith Di Malaysia Interne
 
Pengenalan ilmu perbandingan agama ust yusri
Pengenalan ilmu perbandingan agama ust yusriPengenalan ilmu perbandingan agama ust yusri
Pengenalan ilmu perbandingan agama ust yusri
 
Qiraat
QiraatQiraat
Qiraat
 
Kemuliaan alquran
Kemuliaan alquranKemuliaan alquran
Kemuliaan alquran
 
IMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBALIMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBAL
 
13.9.2012 imam ahmad
13.9.2012   imam ahmad13.9.2012   imam ahmad
13.9.2012 imam ahmad
 
Tatacara sujud syahwi (1)
Tatacara sujud syahwi (1)Tatacara sujud syahwi (1)
Tatacara sujud syahwi (1)
 
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNATOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
 
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNA
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNATOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNA
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNA
 
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNAFALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
 

Kesufian imam asy syahid hasan al

  • 1. KESUFIAN IMAM ASY SYAHID HASAN AL-BANNA...GAMBAR KEDUA ADALAH MURABBI BELIAU,SYEIKH TARIQAT HUSOFIYAH SYAZULIYAH,SYEIKH ABDUL WAHAB AL-HUSOFI..:-) Adapun sudut kesufian Imam Hasan Al-Banna, maka pengalaman kecintaan Imam Hasan Al-Banna terhadap kesufian dan golongan sufi yang sangat mendalam turut beliau kongsikan dalam buku Muzakkirat Ad-Da‟wah wa Ad-Da‟iyyah. Antaranya, beliau berkata: Maksudnya: “Saya masih terikat hati (kasih) kepada Sheikh Hasanain Al-Husofi (mursyid kepada ayahndanya) sehinggalah saya masuk sekolah Al-Mu‟allimin Al-Awwaliyyah di Damanhur, di mana tempat tersebut dikebumikan Sheikh dan kuburnya, begitu juga tiang-tiang asas masjid di sekitarnya yang masih belum siap ketika itu, namun sudah siap setelah itu. Saya sentiasa mengikutHadrah (majlis zikir) di masjid At-Taubah pada setiap malam. Lalu saya bertanya tentang muqoddam (wakil mursyid)Al-Ikhwan (murid-murid tarikat tersebut), maka saya kenal, beliau seorang yang soleh, iaitulah Sheikh Besyuni seorang hamba soleh lagi peniaga. “Lalu saya mengharapkan agar beliau mengizinkan saya untuk mengambil bai‟ah daripadanya (tarbiah sufiyyah) lalu beliau turuti lalu berjanji untuk membawaku kepada As-Sayyid Abdul Wahab (Al-Husofi, iaitu anaknda Sheikh Hasanain Al-Husofi) jika sekiranya beliau hadir. Saya tidak pernah sampai pada waktu ini (waktu ambil bai‟ah tersebut), mengambil bai‟ah daripada mana-mana murobbi tarikat dengan bai‟ah rasmi (sebelum itu), walaupun saya mencintai kebaikan mereka.” Lalu beliau berkata lagi: Maksudnya: “Ketika As-Sayyid Abdul Wahab –semoga Allah memberi manfaat dengannya- hadir ke Damanhur, lalu teman- teman memberitahuku tentangnya, maka saya teramat gembira dengan berita tersebut. Maka saya pun pergi kepada ayahnda (gelaran bagi murobbinya) Sheikh Besyuni dan saya harap agar beliau membawaku berjumpa Sheikh (Al-Husofi) lalu beliau melakukannya. Pertemuan itu berlaku setelah solat Asar pada 4 Ramadhan tahun 1342 Hijrah, jika tidak salah dalam ingatan. Hari itu bertepatan dengan hari Ahad di mana saya mula mengambil At-Tariqah Al-Husofiyyah As-Syaziliyyah daripadanya lalu beliau memberi izin untuk membaca wirid dan wazho‟ifnya (yang mana wazho‟if ini dikenali sebagai Ma‟thurat oleh Hasan Al- Banna ketika menubuhkan Ikhwan). [Muzakkirat Ad-Da‟wah wa Ad-Da‟iyyah: 25] Hal ini sangat jelas sebagaimana menurut Imam Hasan Al-Banna r.a., beliau mencari seorang mursyid murobbi sufi yang benar-benar berpegang teguh kepada Al-Qur‟an dan As-Sunnah. Beliau sangat tertarik dengan Sheikh Murobbi sufi bernama Sheikh Al-Hasanain Al-Husofi. Namun, beliau tidak sempat mengambil tarbiah daripada sheikh tersebut kerana sheikh tersebut sudah meninggal dunia. Namun, beliau mengambil tarbiah sufi daripada anaknda Sheikh Al-Hasanain bernama Sheikh Abdul Wahab Al-Husofi r.a. yang mengikut jejak langkah ayahndanya yang sangat berpegang teguh dengan Al-Qur‟an dan As-Sunnah dalam manhaj tarbiah. Imam Hasan Al-Banna mengakui keagungan manhaj tarbiah sufiyyah yang tidak akan dapat diganti oleh mana-mana manhaj lain sebagaimana dalam perkataan beliau dalam buku yang sama: “Tidak syak juga bahawasanya, dengan ilmu tersebut (tasawwuf), golongan sufi telah mencapai mertabat yang tinggi dalam membaiki jiwa dan mengubatinya, dalam menjadi penawar kepada penyakit jiwa dan menjadi doktor dalam bidang kerohanian,yang tidak dicapai oleh para murobbi yang bukan dari kalangan mereka (golongan sufi).” . Dalam ungkapan lain, beliau berkata: “Tidak syak lagi bahawasanya dengan berpegang kepada kaedah-kaedah tasawwuf dalam bidang tarbiah dan suluk membawa kesan yang sangat kuat dalam jiwa dan hati seseorang. Bahkan, kata-kata para sufi dalam bab tarbiah ini mempunyai kesan yang sangat mendalam, yang tidak akan didapati daripada kata-kata selain daripada golongan sufi…” [ibid] Imam Hasan Al-Banna juga memberi ruang luas kepada pengikutnya untuk mengambil tarbiah khusus daripada para murobbi sufi yang kamil. Malah, Imam Hasan Al-Banna juga mempunyai idea yang sangat jelas dalam dakwah iaitu, tidak terlalu pentingkan nama jamaah. Baginya, siapa sahaja yang sama fikrah dengan Ikhwan adalah dari kalangan Al-Ikhwan walaupun bukan dari kalangan ahli Al-Ikhwan. Malah, siapa sahaja yang tidak mempunyai fikrah sebenar ikhwan dianggap bukan daripada Al-Ikhwan walaupun berada dalam jemaah tersebut. Oleh kerana itulah, Imam Hasan Al-Banna mempunyai ramai rakan karib khususnya dari kalangan para ulama‟. Beliau sendiri
  • 2. tidak menjauhi ulama‟ dan merasakan diri boleh berdakwah tanpa bantuan mereka, namun beliau sentiasa mengharapkan kerjasama khusus daripada golongan sufi dan ulama‟ Al-Azhar (khususnya di Mesir), agar dakwah mereka terus berkembang. Antara ulama‟ tersebut yang beliau dampingi (khususnya sejak dari awal usia) beliau adalah seperti Sheikh Yusuf Ad-Dijiwi, Sheikh Muhammad Hafiz At-Tijani, Sheikh Abdul Wahab Al-Husofi, Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dan sebagainya. Ini menyebabkan pada awal dakwah Al-Ikhwan, ramai ulama‟ Al-Azhar membantu dalam menyebarkan risalah dakwah tersebut. Ini disebabkan eratnya hubungan Imam Hasan Al-Banna dengan ulama‟ tradisional di Mesir. Biarpun Imam Hasan Al-Banna membentuk jemaah dakwah yang baru, namun beliau tetap beriltizam dengan zikir-zikir yang telah beliau ambil daripada tarikat husofiyyah. Sheikhu Sheikhna Abu Al-Hasan Ali An-Nadwi berkata dalam menceritakan tentang Imam Hasan Al-Banna: " Maksudnya: “Pemimpin besar dan teman-teman rapatnya (Imam Hasan Al-Banna) memberitahuku bahawasanya beliau (Imam Hasan) sentiasa berpegang dengan wirid-wirid dan amalannya (Tarikat Husofiyyah) sehingga akhir usianya [At-Tafsir As-Siyasi lil Islam: 130] Malah, jemaah ikhwan juga dikaitkan dengan sufi sebagaimana diakui oleh Imam Hasan Al-Banna sendiri dengan slogannya antaranya “hakikat sufiyyah” dan dijadikan antara dua intipati utama jemaah Ikhwan iaitu “Sufi „Askari”. Sudut Kesufian Imam Hasan Al-Banna r.a.: Di sisi Para Ulama‟ Ikhwan Sheikh Sa‟id Hawwa, seorang ulama‟ sufi dalam jemaah Ikhwan berkata: Maksudnya: “Kemudian Al-Ikhwan Al-Muslimin itu sendiri diasaskan oleh seorang sufi yang mengambil hakikat tasawwuf tanpa sudut negatifnya (yang berlaku dalam sesetengah orang yang menisbahkan diri kepada sufi tetapi jahil). [Jaulat min Al- Fiqhain: 154] Dalam penggunaan jemaah Ikhwan juga, mereka mengambil istilah golongan sufi iaitu istilah mursyid yang digunakan oleh madrasah tarbiah sufiyyah sejak zaman berzaman. Ini merupakan isyarat yang jelas pengaruh manhaj sufi dalam Ikhwan walaupun sebahagian golongan pemuda yang menisbahkan diri kepada dakwah Hasan Al-Banna menjauhi golongan sufimuhaqqiq (berpegang teguh kepada Al-Qur‟an dan As-Sunnah). Mereka dan Imam Hasan Al-Banna jauh masyrabnya (minuman kerohanian) yang sangat cenderung kepada mencintai kaum sufi. Oleh kerana itu juga, Sheikh Sa‟id Hawwa menjelaskan bahawasanya, Imam Hasan Al-Banna sudah mencapai tahap mursyid kamil, suatu tahap yang melayakkan Imam Hasan Al-Banna memberi tarbiah khusus (kerohanian) kepada muridnya (ahli Al- Ikhwan), di sisi manhaj tarbiah sufi. [rujuk Tarbiyatuna Ar-Ruhiyyah: m/s 21] Malah, menurut Sheikh Sa‟id Hawwa lagi, sememangnya mursyid kamil (di sisi manhaj tarbiah kaum sufi) adalah pewaris Nabi –shollaLlahu „alaihi wasallam- yang sempurna khususnya dalam bidang tarbiah. [Tarbiyatuna Ar-Ruhiyyah: 159] Sheikh Sa‟id Hawwa berkata lagi secara khusus tentang tasawwuf dan kesufian dalam Ikhwan Muslimin dengan berkata: Maksudnya: “Saya telah menulis kitab Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah untuk menjelaskan salah satu daripada dua Fiqh samada Fiqh Al-Kabir dan Fiqh Al-Akbar iaitulah perbahasan “Tasawwuf Al-Muharrar” (yang bebas daripada sudut pandang yang samar- samar) untuk menjelaskan beberapa perkara khususnya melibatkan topik Hakikat Kesufian yang merupakan salah satu ciri-ciri khusus yang utama bagi dakwah Ustaz Al-Banna r.a..” [Al-Jaulaat: 17] Imam Hasan Al-Banna juga mengambil idea Islah dengan mafhum yang menyeluruh (syumul) dan usul dakwah yang berkesan daripada mursyid beliau, Imam Abdul Wahab Al-Husofi r.a.. Maka, dengan bimbingan kerohanian yang mendalam melalui madrasah sufi inilah akhirnya membuka ruang pemikiran yang luas dengan disinari suluhan limpahan cahaya Allah s.w.t..