SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 12
1
1.0 Pengenalan
Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa
kemalangan kecil. Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga
termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan
pesakit mengalami kecederaan tersebut disebabkan oleh latihan yang tidak
mencukupi. Latihan memanaskan badan yang tidak mencukupi juga akan
menyumbang kepada kecederaan sukan. Jenis-jenis kecederaan sukan yang
biasa ditemui adalah :
 Ketegangan dan kecederaan otot
 Kecederaan lutut
 Kebengkakan otot
 Kecederaan pada tendon Achilles
 Kesakitan pada tulang tibia
 Fraktur
 Sendi yang beralih
2.0 Jenis-jenis kecederaan sukan
2.1 Kecederaan Akut
Kecederaan akut berlaku semasa di dalam aktiviti sukan. Kecederaan pada buku
lali, sakit belakang, patah tulang sendi adalah contoh kecederaan akut . Tanda-
tanda kecederaan akut.
 Kesakitan yang akut pada kawasan yang terlibat
 Kebengkakan
 Hilang fungsi anggota ( seperti tidak boleh menampung berat menggunakan
kaki)
 Lengan, siku, pergelangan tangan, tangan, atau jari yang sangat lembut
 Tidak boleh menggerakkan sendi dengan normal
 Lemah pada anggota terlibat
2
 Fraktur
2.2 Kecederaan Kronik
Kecederaan kronik berlaku selepas anda bermain satu sukan atau berlatih untuk
satu tempoh yang lama
 kesakitan semasa bermain
 kesakitan semasa latihan memanaskan badan
 kesakitan yang berterusan semasa rehat
 kebengkakan
3.0 Definisi kecederaan kulit
Hilang kesinambungan pada kulit dan tisu berdekatan yang menyebabkan
pendarahan serta boleh mengalami jangkitan.
4.0 KECEDERAAN KULIT
4.1 Jenis kecederaan
Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit.
Kecederaan luaran yang sering berlaku adalah seperti berikut :
4.1.1 Luka
Kulit terkoyak disebabkan terkena benda tajam atau keras. Koyakan yang
berlaku menyebabkan kulit berdarah. Koyakan yang dalam boleh menyebabkan
saluran darah terputus dan pendarahan yang berlaku lebih serius.
3
Gambar 1 : Contoh gambar luka
5.0 DEFINISI LUKA
Kecederaan pada permukaan kulit yang menyebabkan ia terkoyak ; sebarang
kecederaan, carikan atau koyakan yang tidak normal pada kulit atau permukaan
badan.
5.1 Jenis-jenis luka :
 Luka terguris / terhiris
 Luka melecet
 Luka terkoyak
 Luka tembus
 Luka lebam
 Luka calar
 Terputus anggota
6.0 Cara Merawat luka Kecil
i) Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih.
ii) Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan
dengan air dan sabun atau antiseptik.
iii) Balut dengan kain bersih atau pembalut. Mengawal pendarahan
iv) Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan
tekan dengan jari atau tangan.
4
v) Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih.
vi) Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau, jangan tekan
pada luka. Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan
rawatan lanjut.
vii) Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras jantung
untuk mengurangkan tekanan, Sekiranya luka itu besar dan pendarahan
banyak dapatkan rawatan lanjut. Jangan gunakan teknik Tourniquet
kerana ianya lebih memberi mudarat dari kebaikan.
7.0 BENDA ASING DALAM LUKA KECIL
Luka tercucuk adalah luka yang disebabkan oleh tusukan sesuatu objek atau
benda yang menembusi kulit hingga ke tisu-tisu lembut, tulang dan juga sendi
yang berada di bawah kulit . Luka tercucuk lazimnya tidak menyebabkan
pendarahan yang teruk. Pada kebiasaanya, sedikit darah sahaja yang terkeluar
dari tempat luka. Luka ini kelihatan seperti tertutup dengan sendirinya secara
serta merta. Tetapi perlu diingat bahawa luka tercucuk adalah merbahaya kerana
objek yang menembusi kulit itu mungkin membawa bakteria. Kuman ini boleh
menyebabkan jangkitan yang serius.
7.1 Tanda-tanda dan gejala
Tanda yang paling ketara ialah lubang yang terdapat pada kulit dengan tepiannya
yang berkedut atau berlipat dan bertukar warna dari keadaan asalnya. Lubang
yang terhasil mungkin kelihatan kecil berbanding dengan objek yang
menyebabkan luka tersebut. Ini disebabkan oleh pengecutan yang berlaku pada
tisu yang tercedera.
5
7.2 Penyebab
Luka tercucuk boleh disebabkan oleh sebarang benda asing yang berupaya
menembusi kulit dan juga tisu di bawahnya (seperti serpihan kayu, kaca atau
serpihan lain yang tajam) Risiko meningkat dengan:
I) Sukan yang melibatkan sentuhan anggota badan seperti gusti, ragbi dan
Sebagainya.
ii) Aktiviti sukan olahraga di kawasan permukaan yang kasar dan tidak rata
7.3 Komplikasi yang mungkin berlaku
i) Pengumpulan cecair dibawah tempat luka yang telah tertutup
ii) Jangkitan kuman pada tempat luka
8.0 Penjagaan Kesihatan
Langkah terbaik yang perlu diambil ialah mendapatkan rawatan dari doktor.
Rawatan yang lazimnya diberi ialah pembersihan luka dan mungkin juga
pembedahan kecil untuk menentukan tahap kecederaan yang berlaku. Diagnosis
– Pemerhatian sendiri terhadap tanda tanda yang mungkin timbul
– Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal
– X-ray pada kawasan yang terlibat bagi memastikan tiada sebarang kerosakan
pada sendi atau tulang.
Dengan rawatan, luka tercucuk biasanya akan sembuh tanpa sebarang
komplikasi.
8.1 Rawatan kecemasan
1. Jika anda mendapat luka tercucuk, hentikan sebarang pendarahan (jika ada)
dengan menekan bahagian luka menggunakan pad kasa yang steril atau kain
yang bersih.
2. Jika boleh keluarkan semua benda asing yang terdapat pada luka (serpihan
kaca, kayu dan sebagainya)
3. Bersihkan kawasan luka dengan sabun dan air suam.
6
8.1 1 Penjagaan berterusan
Luka tusukan yang teruk dan dalam mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut
melalui pembedahan yang dilakukan dalam keadaan bebas kuman (aseptik).
Sekiranya terdapat pendarahan, ia boleh dikawal dengan menekan tempat luka
menggunakan kain yang bersih Rendamkan bahagian yang luka di dalam air
suam untuk mengurangkan sakit dan bengkak Rehatkan bahagian yang luka
sehingga sembuh Jika boleh gunakan pembalut kenyal di bahagian luka. Ini dapat
mengurangkan pengumpulan cecair di bawah luka dan mengurangkan
pendarahan selanjutnya. Dapatkan suntikan penggalak tetanus (‘booster dose’).
9.0 LEBAM / MEMAR
9.1 Rawatan Kecemasan
Bahagian yang cedera perlu direhatkan. Kemudian gunakan demah sejuk secara
kompres, iaitu dengan cara mencelup kain tebal ke dalam air, diperah dan
diletakkan ke atas tempat yang cedera tadi. Demah sejuk boleh juga disediakan
dengan mengisi ketul-an ais di dalam beg atau ais itu dibungkus dengan kain
tebal.
Tujuan demah sejuk ialah untuk me-ngurangkan denyutan sakit dan bengkak.
Sekiranya keadaan lebam itu teruk atau nampak akan merebak, ia mungkin me-
nandakan terdapat pendarahan dalaman yang memerlukan nasihat perubatan.
10.0 Melepuh
Berlaku disebabkan geseran di antara bahagian badan dengan permukaan yang
lain .Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akan mengelembung.
7
Gambar 2 Tangan yang melepuh
11.0 Melecet
Berlaku apabila bahagian badan bergeser dengan permukaan lain. Lapisan
epidermis terkoyak tetapi bahagian atau tisu di bawah kulit tidak cedera.
Gambar 3 Keadaan kulit yang melecet
12. 0 Melecur
Melecur atau luka lecur adalah kecederaan pada kulit / lapisan kulit akibat terdedah kepada;
 haba saperti api, cecair panas atau wap / stim
 bahan kimia
 arus letrik dari aliran letrik atau panahan petir
 sinaran
8
 geseran
12 .1 Simptom
Simptom melecur bergantung kepada tempat terkena lecuran, jenis bahan, tahap dan ketenatan.
Simptom yang biasa adalah sakit dan kemerahan. Dalam kes yang tenat pembengkakan dan
melepuh akan terjadi diikuti kerosakkan tisu pada bahagian yang terlibat.
12. 2 Bagaimana menentukan tahap keterukan melecur ?
Melecur diklasifikasikan menurut dalamnya luka dan luasnya bahagian kulit yang terlibat.
Dalamnya luka dinilai sebagai :
 Tahap pertama : Lecur pada lapisan kulit bahagian atas ( epidermis )
 Tahap kedua : Lecur melibatkan lapisan kulit atas dan lapisan kedua ( epidermis dan dermis )
 Tahap ketiga : Melibatkan keseluruhan lapisan kulit dan juga saraf menyebabkan rasa kebas
 Tahap empat : Lecur pada keseluruhan lapisan kulit sehingga melibatkan otot dan tulang.
Saraf terlibat akan rosak sehingga mangsa hilang rasa sakit.
Luasnya luka lecur dikira sebagai peratusan dimana ukuran selebar tapak tangan mangsa
dianggarkan sebagai 1%. Semakin tinggi peratusan permukaan kulit yang lecur semakin teruk
keadaan pesakit. Lecur pada muka, tangan, kaki dan kelangkan dikira sebaga lecur yang teruk.
12.3 Apakah komplikasi luka lecur ?
Lecur tahap pertama akan sembuh tanpa komplikasi. Lecur yang lebuh dalam komplikasi awal
adalah kehilangan bendalir tubuh dari kulit yang luka, Ini akan mengakibatkan hipotensi, suhu
badan yang rendah dan shock. Sesak nafas disebabkan lecur pada saluran pernafasan, jangkitan
kuman pada luka lecur dan kerosakan pada saraf dan otot adalah dijangkakan.
Komplikasi jangka panjang adalah pembetukkan parut dan kecacatan kekal serta juga psikologi
trauma.
12.4 Bagaimana pesakit melecur di rawat ?
Lakukan
 Sejukkan dan cuci bahagian terlibat dengan aliran air bagi mengurangkan sakit. Kaedah ini
juga akan mengawal jangkitan dan mengelakkan kecederaan yang lebih teruk.
 Bawa pesakit ke klinik atau hospital terdekat
 Sapukan ubat penahan sakit / analgesic atau ubat antibiotik
9
 Kekalkan kebersihan pada bahagian terlibat bagi mengelakkan jangkitan dan mempercepatkan
proses penyembuhan
Elakkan;
 Menutup luka lecur menggunakan kain yang kotor pada kecederaan
 Menggunakan ais pada luka lecur kerana ini akan menerukkan lagi kecederaaan
 Menggunakan sebarang bahan tanpa nasihat doktor
Lecur yang teruk :
 Luka lecur yang melibatkan muka, kedua tangan dan kaki serta bahagian kelangkang
memerlukan rawatan segera atau masuk ke hospital
 Pesakit yang mengalami lecur teruk perlu dirawat di unit lecur khas di hospital
 Luka lecur mungkin memerlukan prosedur tampalan kulit
13.0 Pencegahan
Bagi mengurangkan risiko mendapat lecur dirumah;
 Jangan meninggalkan memasak diatas dapur yang menyala.
 Jauhkan pemegang periuk kebelakang tungku dapur.
 Gunakan sarung tangan khas untuk oven yang menutupi tangan hingga pergelangan tangan.
 Jangan memasak dengan memakai pakaian yang terlalu longgar sehingga mudah menangkap
api semasa memasak.
 Elakkan merokok di dalam rumah terutama di atas katil.
 Simpan bahan kimia, pemetik api atau mancis api jauh dari kanak-kanak.
13.1 Rawatan Am Terbakar dan Melecur
Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.
Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan
menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.
Tenangkan mangsa.
Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa.
Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera
akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.
10
Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih
dahulu.
Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya
pakaian yang melekat.
Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan.
Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.
Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.
Jika pesakit dalam keadaan stabil –beri minum air yang banyak bagi
menggantikan kehilangan cecair yang hilang.
Dapatkan rawatan perubatan segera.
13.2 Terbakar oleh Asid atau Alkali
Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera.
Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak.
Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk meneutralkan
asid.
Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan asid.
Jangan gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata. Kecederaan mata
boleh menggunakan air biasa yang mengalir sahaja.
Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang bersih.
Dapatkan rawatan perubatan.
11
14.0 Tanda dan Simptom Kecederaan
Jenis Kecederaan Tanda Simptom
Luka
Melepuh
Melecet
Dislokasi
Fraktur
( patah / retak )
Kontuksi
Berdarah, lebam, bengkak
Gelembung berair
Kulit tergeser, berdarah, lebam,
bengkak, berubah bentuk
Hilang daya pergerakan, bengkak
sekeliling sendi
Hilang daya pergerakan,
Bengkak, perubahan bentuk.
Bengkak, lebam, pergerakan
terhad.
Sakit tempat yg
cedera
Perit pada tempat
yang cedera
Sengal
Sakit tempat cedera
Sakit tempat cedera
Sakit tempat cedera
12
konkusi
Tidak sedarkan diri, denyutan
nadi lemah, pergerakan terhad.
Loya, pening, hilang
ingatan buat
sementara
15.0 PENUTUP
Kecederaan kulit merupakan salah satu kecederaan yang selalu oleh dialami oleh
seseorang atlet atau orang-orang yang terlibat dengan sukan. Saiz kecederaan itu
bergantung kepada bagaimana cara ia berlaku. Ada kecederaan yang boleh
dirawat sendiri sahaja dan ada kecederaan yang perlu diujuk kepada yang lebih
pakar.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5
RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5
RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5Rafiza Diy
 
Isu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmaniIsu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmanifarah iziati
 
Bebatan Dan Balutan
Bebatan Dan BalutanBebatan Dan Balutan
Bebatan Dan BalutannorazanePBSM
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahenab dan kesum
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN Tinagaran Magisparan
 
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosstonNajiha Bakar
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaIka Patrict
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN Tinagaran Magisparan
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualNor Hamizah Sahari
 
Compiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaran
Compiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaranCompiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaran
Compiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaranHashimah68
 
Pentaksiran autentik portfolio
Pentaksiran autentik portfolioPentaksiran autentik portfolio
Pentaksiran autentik portfolioamira nurfahmida
 
Alatan dalam kotak pertolongan cemas
Alatan dalam kotak pertolongan cemasAlatan dalam kotak pertolongan cemas
Alatan dalam kotak pertolongan cemasElize Lee
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterPenny Chuah
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Kecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembutKecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembuttokey_sport
 

La actualidad más candente (20)

RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5
RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5
RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5
 
kain-anduh
kain-anduhkain-anduh
kain-anduh
 
Isu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmaniIsu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmani
 
Bebatan Dan Balutan
Bebatan Dan BalutanBebatan Dan Balutan
Bebatan Dan Balutan
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendah
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
 
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
 
kegunaan Roller bandage
kegunaan Roller bandagekegunaan Roller bandage
kegunaan Roller bandage
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
 
Bab 3 jenis luka
Bab 3 jenis lukaBab 3 jenis luka
Bab 3 jenis luka
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Compiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaran
Compiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaranCompiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaran
Compiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaran
 
Pentaksiran autentik portfolio
Pentaksiran autentik portfolioPentaksiran autentik portfolio
Pentaksiran autentik portfolio
 
Alatan dalam kotak pertolongan cemas
Alatan dalam kotak pertolongan cemasAlatan dalam kotak pertolongan cemas
Alatan dalam kotak pertolongan cemas
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canter
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
 
Kecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembutKecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembut
 

Destacado

PENJAGAAN SEKUNDER & REHABILITATIF PENYAKIT ENDOKRINA DALAM KOMUNITI
PENJAGAAN SEKUNDER & REHABILITATIF PENYAKIT ENDOKRINA DALAM KOMUNITIPENJAGAAN SEKUNDER & REHABILITATIF PENYAKIT ENDOKRINA DALAM KOMUNITI
PENJAGAAN SEKUNDER & REHABILITATIF PENYAKIT ENDOKRINA DALAM KOMUNITIMuhammad Nasrullah
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)nurrasyiqah
 
Bab 3 penilaian kecerderaan sukan
Bab 3  penilaian kecerderaan sukanBab 3  penilaian kecerderaan sukan
Bab 3 penilaian kecerderaan sukankhairul azlan taib
 
PENJAGAAN PESAKIT MENGALAMI KEPATAHAN
PENJAGAAN PESAKIT MENGALAMI KEPATAHANPENJAGAAN PESAKIT MENGALAMI KEPATAHAN
PENJAGAAN PESAKIT MENGALAMI KEPATAHANMuhammad Nasrullah
 
Cne katarak by Sn Syariza
Cne katarak by Sn SyarizaCne katarak by Sn Syariza
Cne katarak by Sn SyarizaCik FieQa
 
Psychiatry nursing
Psychiatry nursingPsychiatry nursing
Psychiatry nursingwahidaaa
 
PENGUKURAN CECAIR - INTAKE OUTPUT
PENGUKURAN CECAIR - INTAKE OUTPUTPENGUKURAN CECAIR - INTAKE OUTPUT
PENGUKURAN CECAIR - INTAKE OUTPUTMuhammad Nasrullah
 
Pengenalan pengurusan pesakit trauma
Pengenalan pengurusan pesakit traumaPengenalan pengurusan pesakit trauma
Pengenalan pengurusan pesakit traumaLee Oi Wah
 
Contoh Soalan Ujian
Contoh Soalan UjianContoh Soalan Ujian
Contoh Soalan UjianAriff Izham
 
Semester 8 pjm 3182 Kecederaan Dalam Sukan
Semester 8  pjm 3182  Kecederaan Dalam Sukan Semester 8  pjm 3182  Kecederaan Dalam Sukan
Semester 8 pjm 3182 Kecederaan Dalam Sukan Ruzdi Sadiman
 

Destacado (14)

PENJAGAAN SEKUNDER & REHABILITATIF PENYAKIT ENDOKRINA DALAM KOMUNITI
PENJAGAAN SEKUNDER & REHABILITATIF PENYAKIT ENDOKRINA DALAM KOMUNITIPENJAGAAN SEKUNDER & REHABILITATIF PENYAKIT ENDOKRINA DALAM KOMUNITI
PENJAGAAN SEKUNDER & REHABILITATIF PENYAKIT ENDOKRINA DALAM KOMUNITI
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Bab 3 penilaian kecerderaan sukan
Bab 3  penilaian kecerderaan sukanBab 3  penilaian kecerderaan sukan
Bab 3 penilaian kecerderaan sukan
 
Bab 4 haba Tingkatan 4
Bab 4 haba Tingkatan 4Bab 4 haba Tingkatan 4
Bab 4 haba Tingkatan 4
 
PENJAGAAN PESAKIT MENGALAMI KEPATAHAN
PENJAGAAN PESAKIT MENGALAMI KEPATAHANPENJAGAAN PESAKIT MENGALAMI KEPATAHAN
PENJAGAAN PESAKIT MENGALAMI KEPATAHAN
 
Cne katarak by Sn Syariza
Cne katarak by Sn SyarizaCne katarak by Sn Syariza
Cne katarak by Sn Syariza
 
Psychiatry nursing
Psychiatry nursingPsychiatry nursing
Psychiatry nursing
 
KECEDERAAN SPINAL
KECEDERAAN SPINALKECEDERAAN SPINAL
KECEDERAAN SPINAL
 
PENGUKURAN CECAIR - INTAKE OUTPUT
PENGUKURAN CECAIR - INTAKE OUTPUTPENGUKURAN CECAIR - INTAKE OUTPUT
PENGUKURAN CECAIR - INTAKE OUTPUT
 
Pengenalan pengurusan pesakit trauma
Pengenalan pengurusan pesakit traumaPengenalan pengurusan pesakit trauma
Pengenalan pengurusan pesakit trauma
 
Konsep penjagaan pesakit
Konsep penjagaan pesakitKonsep penjagaan pesakit
Konsep penjagaan pesakit
 
Contoh Soalan Ujian
Contoh Soalan UjianContoh Soalan Ujian
Contoh Soalan Ujian
 
Bab 5 luka & patah
Bab 5 luka & patahBab 5 luka & patah
Bab 5 luka & patah
 
Semester 8 pjm 3182 Kecederaan Dalam Sukan
Semester 8  pjm 3182  Kecederaan Dalam Sukan Semester 8  pjm 3182  Kecederaan Dalam Sukan
Semester 8 pjm 3182 Kecederaan Dalam Sukan
 

Similar a Assignment kecederaan kulit

Perawatan luka bencana
Perawatan luka bencanaPerawatan luka bencana
Perawatan luka bencanaRidhaaa0
 
Materi Luka Memar
Materi Luka MemarMateri Luka Memar
Materi Luka Memaricha582186
 
Sukatan PBSM thn 5 by fazlina adama
Sukatan PBSM thn 5 by fazlina adamaSukatan PBSM thn 5 by fazlina adama
Sukatan PBSM thn 5 by fazlina adamaFazlina Adama
 
Pertolongan Pertama (P3K)
Pertolongan Pertama (P3K)Pertolongan Pertama (P3K)
Pertolongan Pertama (P3K)Aji Suprianto
 
pertolongan-pertama-p3k.pptx
pertolongan-pertama-p3k.pptxpertolongan-pertama-p3k.pptx
pertolongan-pertama-p3k.pptxrhamset
 
MATERI KAK RINNA FIXXXXX.ppt
MATERI KAK RINNA FIXXXXX.pptMATERI KAK RINNA FIXXXXX.ppt
MATERI KAK RINNA FIXXXXX.pptRinnaRappa
 
PPT Pertolongan Luka dan Perdarahan.pptx
PPT Pertolongan Luka dan Perdarahan.pptxPPT Pertolongan Luka dan Perdarahan.pptx
PPT Pertolongan Luka dan Perdarahan.pptxAufaAnastasyaN
 
perawatan-luka dan tindakan asepsis1.ppt
perawatan-luka dan tindakan asepsis1.pptperawatan-luka dan tindakan asepsis1.ppt
perawatan-luka dan tindakan asepsis1.pptFadiljen
 
4.6 PENDARAHAN DAN LUKA TERBUKA.pptx
4.6 PENDARAHAN DAN LUKA TERBUKA.pptx4.6 PENDARAHAN DAN LUKA TERBUKA.pptx
4.6 PENDARAHAN DAN LUKA TERBUKA.pptxhendry81
 
Bantu mula
Bantu mulaBantu mula
Bantu mulaMat Wadi
 
Perawatan luka 2016
Perawatan luka 2016Perawatan luka 2016
Perawatan luka 2016IwanHamzah1
 
Pedarahan terbuka present
Pedarahan terbuka presentPedarahan terbuka present
Pedarahan terbuka presentmohdasriqasmirh
 

Similar a Assignment kecederaan kulit (20)

Perawatan luka bencana
Perawatan luka bencanaPerawatan luka bencana
Perawatan luka bencana
 
Materi Luka Memar
Materi Luka MemarMateri Luka Memar
Materi Luka Memar
 
Sukatan PBSM thn 5 by fazlina adama
Sukatan PBSM thn 5 by fazlina adamaSukatan PBSM thn 5 by fazlina adama
Sukatan PBSM thn 5 by fazlina adama
 
Pertolongan Pertama (P3K)
Pertolongan Pertama (P3K)Pertolongan Pertama (P3K)
Pertolongan Pertama (P3K)
 
pertolongan-pertama-p3k.pptx
pertolongan-pertama-p3k.pptxpertolongan-pertama-p3k.pptx
pertolongan-pertama-p3k.pptx
 
Jenis Kecederaan Ringan
Jenis Kecederaan RinganJenis Kecederaan Ringan
Jenis Kecederaan Ringan
 
MATERI KAK RINNA FIXXXXX.ppt
MATERI KAK RINNA FIXXXXX.pptMATERI KAK RINNA FIXXXXX.ppt
MATERI KAK RINNA FIXXXXX.ppt
 
Trauma 1
Trauma 1Trauma 1
Trauma 1
 
PPT Pertolongan Luka dan Perdarahan.pptx
PPT Pertolongan Luka dan Perdarahan.pptxPPT Pertolongan Luka dan Perdarahan.pptx
PPT Pertolongan Luka dan Perdarahan.pptx
 
perawatan-luka dan tindakan asepsis1.ppt
perawatan-luka dan tindakan asepsis1.pptperawatan-luka dan tindakan asepsis1.ppt
perawatan-luka dan tindakan asepsis1.ppt
 
Perawatan luka
Perawatan lukaPerawatan luka
Perawatan luka
 
4.6 PENDARAHAN DAN LUKA TERBUKA.pptx
4.6 PENDARAHAN DAN LUKA TERBUKA.pptx4.6 PENDARAHAN DAN LUKA TERBUKA.pptx
4.6 PENDARAHAN DAN LUKA TERBUKA.pptx
 
P3K.pptx
P3K.pptxP3K.pptx
P3K.pptx
 
Bantu mula
Bantu mulaBantu mula
Bantu mula
 
PERAWATAN_LUKA.pptx
PERAWATAN_LUKA.pptxPERAWATAN_LUKA.pptx
PERAWATAN_LUKA.pptx
 
Askep vulnus luka
Askep vulnus lukaAskep vulnus luka
Askep vulnus luka
 
Ppt perawatan luka ot
Ppt perawatan luka otPpt perawatan luka ot
Ppt perawatan luka ot
 
Perawatan luka 2016
Perawatan luka 2016Perawatan luka 2016
Perawatan luka 2016
 
P3 k
P3 kP3 k
P3 k
 
Pedarahan terbuka present
Pedarahan terbuka presentPedarahan terbuka present
Pedarahan terbuka present
 

Assignment kecederaan kulit

  • 1. 1 1.0 Pengenalan Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil. Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan tersebut disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan yang tidak mencukupi juga akan menyumbang kepada kecederaan sukan. Jenis-jenis kecederaan sukan yang biasa ditemui adalah :  Ketegangan dan kecederaan otot  Kecederaan lutut  Kebengkakan otot  Kecederaan pada tendon Achilles  Kesakitan pada tulang tibia  Fraktur  Sendi yang beralih 2.0 Jenis-jenis kecederaan sukan 2.1 Kecederaan Akut Kecederaan akut berlaku semasa di dalam aktiviti sukan. Kecederaan pada buku lali, sakit belakang, patah tulang sendi adalah contoh kecederaan akut . Tanda- tanda kecederaan akut.  Kesakitan yang akut pada kawasan yang terlibat  Kebengkakan  Hilang fungsi anggota ( seperti tidak boleh menampung berat menggunakan kaki)  Lengan, siku, pergelangan tangan, tangan, atau jari yang sangat lembut  Tidak boleh menggerakkan sendi dengan normal  Lemah pada anggota terlibat
  • 2. 2  Fraktur 2.2 Kecederaan Kronik Kecederaan kronik berlaku selepas anda bermain satu sukan atau berlatih untuk satu tempoh yang lama  kesakitan semasa bermain  kesakitan semasa latihan memanaskan badan  kesakitan yang berterusan semasa rehat  kebengkakan 3.0 Definisi kecederaan kulit Hilang kesinambungan pada kulit dan tisu berdekatan yang menyebabkan pendarahan serta boleh mengalami jangkitan. 4.0 KECEDERAAN KULIT 4.1 Jenis kecederaan Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit. Kecederaan luaran yang sering berlaku adalah seperti berikut : 4.1.1 Luka Kulit terkoyak disebabkan terkena benda tajam atau keras. Koyakan yang berlaku menyebabkan kulit berdarah. Koyakan yang dalam boleh menyebabkan saluran darah terputus dan pendarahan yang berlaku lebih serius.
  • 3. 3 Gambar 1 : Contoh gambar luka 5.0 DEFINISI LUKA Kecederaan pada permukaan kulit yang menyebabkan ia terkoyak ; sebarang kecederaan, carikan atau koyakan yang tidak normal pada kulit atau permukaan badan. 5.1 Jenis-jenis luka :  Luka terguris / terhiris  Luka melecet  Luka terkoyak  Luka tembus  Luka lebam  Luka calar  Terputus anggota 6.0 Cara Merawat luka Kecil i) Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih. ii) Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan dengan air dan sabun atau antiseptik. iii) Balut dengan kain bersih atau pembalut. Mengawal pendarahan iv) Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan tekan dengan jari atau tangan.
  • 4. 4 v) Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih. vi) Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau, jangan tekan pada luka. Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut. vii) Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras jantung untuk mengurangkan tekanan, Sekiranya luka itu besar dan pendarahan banyak dapatkan rawatan lanjut. Jangan gunakan teknik Tourniquet kerana ianya lebih memberi mudarat dari kebaikan. 7.0 BENDA ASING DALAM LUKA KECIL Luka tercucuk adalah luka yang disebabkan oleh tusukan sesuatu objek atau benda yang menembusi kulit hingga ke tisu-tisu lembut, tulang dan juga sendi yang berada di bawah kulit . Luka tercucuk lazimnya tidak menyebabkan pendarahan yang teruk. Pada kebiasaanya, sedikit darah sahaja yang terkeluar dari tempat luka. Luka ini kelihatan seperti tertutup dengan sendirinya secara serta merta. Tetapi perlu diingat bahawa luka tercucuk adalah merbahaya kerana objek yang menembusi kulit itu mungkin membawa bakteria. Kuman ini boleh menyebabkan jangkitan yang serius. 7.1 Tanda-tanda dan gejala Tanda yang paling ketara ialah lubang yang terdapat pada kulit dengan tepiannya yang berkedut atau berlipat dan bertukar warna dari keadaan asalnya. Lubang yang terhasil mungkin kelihatan kecil berbanding dengan objek yang menyebabkan luka tersebut. Ini disebabkan oleh pengecutan yang berlaku pada tisu yang tercedera.
  • 5. 5 7.2 Penyebab Luka tercucuk boleh disebabkan oleh sebarang benda asing yang berupaya menembusi kulit dan juga tisu di bawahnya (seperti serpihan kayu, kaca atau serpihan lain yang tajam) Risiko meningkat dengan: I) Sukan yang melibatkan sentuhan anggota badan seperti gusti, ragbi dan Sebagainya. ii) Aktiviti sukan olahraga di kawasan permukaan yang kasar dan tidak rata 7.3 Komplikasi yang mungkin berlaku i) Pengumpulan cecair dibawah tempat luka yang telah tertutup ii) Jangkitan kuman pada tempat luka 8.0 Penjagaan Kesihatan Langkah terbaik yang perlu diambil ialah mendapatkan rawatan dari doktor. Rawatan yang lazimnya diberi ialah pembersihan luka dan mungkin juga pembedahan kecil untuk menentukan tahap kecederaan yang berlaku. Diagnosis – Pemerhatian sendiri terhadap tanda tanda yang mungkin timbul – Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal – X-ray pada kawasan yang terlibat bagi memastikan tiada sebarang kerosakan pada sendi atau tulang. Dengan rawatan, luka tercucuk biasanya akan sembuh tanpa sebarang komplikasi. 8.1 Rawatan kecemasan 1. Jika anda mendapat luka tercucuk, hentikan sebarang pendarahan (jika ada) dengan menekan bahagian luka menggunakan pad kasa yang steril atau kain yang bersih. 2. Jika boleh keluarkan semua benda asing yang terdapat pada luka (serpihan kaca, kayu dan sebagainya) 3. Bersihkan kawasan luka dengan sabun dan air suam.
  • 6. 6 8.1 1 Penjagaan berterusan Luka tusukan yang teruk dan dalam mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut melalui pembedahan yang dilakukan dalam keadaan bebas kuman (aseptik). Sekiranya terdapat pendarahan, ia boleh dikawal dengan menekan tempat luka menggunakan kain yang bersih Rendamkan bahagian yang luka di dalam air suam untuk mengurangkan sakit dan bengkak Rehatkan bahagian yang luka sehingga sembuh Jika boleh gunakan pembalut kenyal di bahagian luka. Ini dapat mengurangkan pengumpulan cecair di bawah luka dan mengurangkan pendarahan selanjutnya. Dapatkan suntikan penggalak tetanus (‘booster dose’). 9.0 LEBAM / MEMAR 9.1 Rawatan Kecemasan Bahagian yang cedera perlu direhatkan. Kemudian gunakan demah sejuk secara kompres, iaitu dengan cara mencelup kain tebal ke dalam air, diperah dan diletakkan ke atas tempat yang cedera tadi. Demah sejuk boleh juga disediakan dengan mengisi ketul-an ais di dalam beg atau ais itu dibungkus dengan kain tebal. Tujuan demah sejuk ialah untuk me-ngurangkan denyutan sakit dan bengkak. Sekiranya keadaan lebam itu teruk atau nampak akan merebak, ia mungkin me- nandakan terdapat pendarahan dalaman yang memerlukan nasihat perubatan. 10.0 Melepuh Berlaku disebabkan geseran di antara bahagian badan dengan permukaan yang lain .Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akan mengelembung.
  • 7. 7 Gambar 2 Tangan yang melepuh 11.0 Melecet Berlaku apabila bahagian badan bergeser dengan permukaan lain. Lapisan epidermis terkoyak tetapi bahagian atau tisu di bawah kulit tidak cedera. Gambar 3 Keadaan kulit yang melecet 12. 0 Melecur Melecur atau luka lecur adalah kecederaan pada kulit / lapisan kulit akibat terdedah kepada;  haba saperti api, cecair panas atau wap / stim  bahan kimia  arus letrik dari aliran letrik atau panahan petir  sinaran
  • 8. 8  geseran 12 .1 Simptom Simptom melecur bergantung kepada tempat terkena lecuran, jenis bahan, tahap dan ketenatan. Simptom yang biasa adalah sakit dan kemerahan. Dalam kes yang tenat pembengkakan dan melepuh akan terjadi diikuti kerosakkan tisu pada bahagian yang terlibat. 12. 2 Bagaimana menentukan tahap keterukan melecur ? Melecur diklasifikasikan menurut dalamnya luka dan luasnya bahagian kulit yang terlibat. Dalamnya luka dinilai sebagai :  Tahap pertama : Lecur pada lapisan kulit bahagian atas ( epidermis )  Tahap kedua : Lecur melibatkan lapisan kulit atas dan lapisan kedua ( epidermis dan dermis )  Tahap ketiga : Melibatkan keseluruhan lapisan kulit dan juga saraf menyebabkan rasa kebas  Tahap empat : Lecur pada keseluruhan lapisan kulit sehingga melibatkan otot dan tulang. Saraf terlibat akan rosak sehingga mangsa hilang rasa sakit. Luasnya luka lecur dikira sebagai peratusan dimana ukuran selebar tapak tangan mangsa dianggarkan sebagai 1%. Semakin tinggi peratusan permukaan kulit yang lecur semakin teruk keadaan pesakit. Lecur pada muka, tangan, kaki dan kelangkan dikira sebaga lecur yang teruk. 12.3 Apakah komplikasi luka lecur ? Lecur tahap pertama akan sembuh tanpa komplikasi. Lecur yang lebuh dalam komplikasi awal adalah kehilangan bendalir tubuh dari kulit yang luka, Ini akan mengakibatkan hipotensi, suhu badan yang rendah dan shock. Sesak nafas disebabkan lecur pada saluran pernafasan, jangkitan kuman pada luka lecur dan kerosakan pada saraf dan otot adalah dijangkakan. Komplikasi jangka panjang adalah pembetukkan parut dan kecacatan kekal serta juga psikologi trauma. 12.4 Bagaimana pesakit melecur di rawat ? Lakukan  Sejukkan dan cuci bahagian terlibat dengan aliran air bagi mengurangkan sakit. Kaedah ini juga akan mengawal jangkitan dan mengelakkan kecederaan yang lebih teruk.  Bawa pesakit ke klinik atau hospital terdekat  Sapukan ubat penahan sakit / analgesic atau ubat antibiotik
  • 9. 9  Kekalkan kebersihan pada bahagian terlibat bagi mengelakkan jangkitan dan mempercepatkan proses penyembuhan Elakkan;  Menutup luka lecur menggunakan kain yang kotor pada kecederaan  Menggunakan ais pada luka lecur kerana ini akan menerukkan lagi kecederaaan  Menggunakan sebarang bahan tanpa nasihat doktor Lecur yang teruk :  Luka lecur yang melibatkan muka, kedua tangan dan kaki serta bahagian kelangkang memerlukan rawatan segera atau masuk ke hospital  Pesakit yang mengalami lecur teruk perlu dirawat di unit lecur khas di hospital  Luka lecur mungkin memerlukan prosedur tampalan kulit 13.0 Pencegahan Bagi mengurangkan risiko mendapat lecur dirumah;  Jangan meninggalkan memasak diatas dapur yang menyala.  Jauhkan pemegang periuk kebelakang tungku dapur.  Gunakan sarung tangan khas untuk oven yang menutupi tangan hingga pergelangan tangan.  Jangan memasak dengan memakai pakaian yang terlalu longgar sehingga mudah menangkap api semasa memasak.  Elakkan merokok di dalam rumah terutama di atas katil.  Simpan bahan kimia, pemetik api atau mancis api jauh dari kanak-kanak. 13.1 Rawatan Am Terbakar dan Melecur Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara. Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena. Tenangkan mangsa. Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.
  • 10. 10 Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu. Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang melekat. Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan. Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera. Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan. Jika pesakit dalam keadaan stabil –beri minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang. Dapatkan rawatan perubatan segera. 13.2 Terbakar oleh Asid atau Alkali Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera. Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak. Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk meneutralkan asid. Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan asid. Jangan gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata. Kecederaan mata boleh menggunakan air biasa yang mengalir sahaja. Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang bersih. Dapatkan rawatan perubatan.
  • 11. 11 14.0 Tanda dan Simptom Kecederaan Jenis Kecederaan Tanda Simptom Luka Melepuh Melecet Dislokasi Fraktur ( patah / retak ) Kontuksi Berdarah, lebam, bengkak Gelembung berair Kulit tergeser, berdarah, lebam, bengkak, berubah bentuk Hilang daya pergerakan, bengkak sekeliling sendi Hilang daya pergerakan, Bengkak, perubahan bentuk. Bengkak, lebam, pergerakan terhad. Sakit tempat yg cedera Perit pada tempat yang cedera Sengal Sakit tempat cedera Sakit tempat cedera Sakit tempat cedera
  • 12. 12 konkusi Tidak sedarkan diri, denyutan nadi lemah, pergerakan terhad. Loya, pening, hilang ingatan buat sementara 15.0 PENUTUP Kecederaan kulit merupakan salah satu kecederaan yang selalu oleh dialami oleh seseorang atlet atau orang-orang yang terlibat dengan sukan. Saiz kecederaan itu bergantung kepada bagaimana cara ia berlaku. Ada kecederaan yang boleh dirawat sendiri sahaja dan ada kecederaan yang perlu diujuk kepada yang lebih pakar.