2. Latar Belakang Perayaan
Tempat Tinggal Pekerjaan
Adat Istiadat Keunikan
Kepercayaan
Pakaian Tradisional
Keluar
3. Kaum murut merupakan suku kaum ketiga terbesar.
Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang
tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah.
Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom,
Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan.
Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal,
Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan,
Kalabakan,dan Murut Serundung.
1/2
1/2
4. Kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk
di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang.
Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan
sempadan Kalimantan.
Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza
dengan suku kaum Murut yang lain.
Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam
komunikasi bahasa mereka
2/2
2/2
5. Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan
tenggara serta wilayah perbatasan antara Kalimantan dan
Sarawak.
Termasuk Tenom,Rundum, Persiangan dan Keningau
Mereka tinggal di dalam rumah panjang
1/3
1/3
6. Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang
berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat
penempatan sepanjang sungai.
Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan
10 hingga 20 keluarga.
Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina
penempatan secara individu di sepanjang sungai.
2/3
2/3
8. Petani berpindah, pemburu dan penangkap ikan
sungai.
Memungutan hasil hutan(damar, rotan dan
madu lebah).
9. Suku kaum Murut pakar dalam membuat perahu dan
menurunkan kepakaran mereka kepada generasi
seterusnya.
Selain itu kaum Murut pakar dalam berburu dan masih
mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di
Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di lakukan oleh
generasi muda suku kaum ini.
10. Terdapat adat istiadat kaum Murut yang masih kekal sehingga
kini iaitu adat istiadat semasa upacara perkahwinan. Upacara
perkahwinan orang Murut terutamanya Murut Tahol atau
Tagal adalah sangat unik kerana upacara perkahwinan yang
diamalkan penuh dengan adat dan berlangsung di rumah
panjang dalam masa yang lama.
Adat seperti tina’uh atau Bului dan ‘barian sampai mati’
masih diamalkan hingga kini. Adat ‘tina’uh’ adalah adat yang
paling tertinggi dalam adat istiadat perkahwinan kaum Murut
Tahol atau Tagal.
1/3
1/3
11. Adat tina’uh adalah adat hantaran mas kahwin atau barangan
perkahwinan yang terakhir oleh pengantin lelaki kepada
pengantin perempuan.
Adat Tina’uh ini boleh dilakukan selepas 20 atau 30 tahun
selepas perkahwinan mereka. Adat ini boleh juga dilakukan
semasa perkahwinan berlangsung dan mengikut kemahuan
serta kemampuan pihak pengantin lelaki.
Semasa membuat adat tina’uh terdapat beberapa upacara yang
perlu dilakukan. Adat ‘barian sampai mati’ juga adalah adat
kaum Murut yang sangat unik dan menjadi adat turun-temurun
dalam perkahwinan.
2/3
2/3
12. Hanya murut dari etnik Tahol saja pernah mengamalkan
barian sampai mati, tetapi pada masa ini adat tersebut sudah
tidak diamalkan oleh kerana arus pemodenan yang berlaku
kepada kaum
Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan
dan ramai yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan
bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar
dan mempunyai pekerjaan profesional.
Namun demikian, Kaum Murut ini masih lagi mengamalkan
adat istiadat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka
sebagai adat turun temurun yang mempunyai nilai estetika
tinggi dalam kehidupan.
3/3
3/3
13. Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya,
Hari Krismas, Tahun Baru, Majlis harijadi, pengembumian
dan Pesta Kalimaran dan lain-lain.
Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-
Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut
selepas mereka menuai padi.
14. Dahulu mereka mempercayai amalan animisme iaitu
setiap batu, pokok, sungai, dan bukit mempunyai roh
tersendiri.
Menurut kepercayaan mereka, Aki Kopuno adalah kuasa
ghaib yang mencipta segala-galanya yang berada di
bumi, termasuk orang.
15. TARIAN MAGUNATIP
Ini merupakan tarian tradisi suku kaum Murut Timugon dari daerah
Tenom.
Magunatip berasal dari perkataan ‘apit’ yang bermakna jepit (ketika
menari kaki penari terjepit atau terapit oleh 2 buluh jikalau tidak cekap
mengelakkannya).
Magunatip ditarikan dalam majlis Hari Magginakan yang memuja
semangat padi.
Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik kerana bunyi
buluh yang dilagakan akan berbunyi kuat serta rentak dan irama
menarik. Ini ditarikan oleh sepasang penari yang berpakaian tradisi.
Dua orang akan melagakan alu dan dua orang lagi memegang pangkal
alu supaya tidak berganjak dari kedudukannya. Tarian Magunatip
bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.