Demensia adalah gangguan yang menyebabkan penurunan fungsi otak. Terdapat beberapa jenis demensia seperti Alzheimer, vaskular, dan Lewy bodies. Gejalanya termasuk masalah ingatan, orientasi, dan perubahan personaliti. Rawatannya meliputi ubat-ubatan, kaunseling keluarga, dan penjagaan penuh bagi kes yang teruk.
1. PSIKOLOGI DEWASA & ORANG TUA
TAJUK : DEMENSIA GANGGUAN
PSIKOTIK
DISEDIAKAN UNTUK : PUAN NURUL
HUDA BINTI ZAINAL ABIDIN
DISEDIAKAN OLEH :
ABDUL MUIZ BIN ABD RAZAK (100185)
HAMMAD BIN MOHD SAIDI (100346)
NURUL ‘AINA AL FAATIHAH BINTI
HAMDANI (100234)
2. PENGENALAN
• Kebanyakan orang melihat isu kesihatan mental,
fizikal dan sosial adalah tiga aspek yang
berasingan.
• Semakin tinggi kefahaman berkaitan hubung kait
antara ketiga-tiganya, semakin jelas bahawa
kesihatan mental adalah penting kepada individu,
masyarakat dan negara.
• Kebanyakan penyakit mental atau jiwa seperti
juga penyakit fizikal, dipengaruhi oleh kombinasi
faktor sosial, biologi dan psikologi.
3. DEFINISI DEMENSIA
• Demensia adalah istilah yang digunakan untuk
menjelaskan gejala-gejala sekelompok besar
penyakit yang menyebabkan penurunan fungsi
seseorang secara cepat.
• Demensia adalah sejumlah penyakit dan sejenis
kecelaruan organik yang merujuk proses
kehilangan fungis-fungsi minda seperti intelek,
kognitif dan emosi.
• Kecelaruan yang berkaitan dengan usia biasanya
akan melibatkan kemerosotan daya ingatan.
Dalam hal ini, seseorang itu dikatakan nyanyuk
ataupun demensia.
4. KES DEMENSIA
• Statistik juga menunjukkan 10 peratus daripada
mereka yang berumur 65 tahun ke atas
menghidap demensia berbanding 22 peratus
yang melibatkan umur 80-an.
• Ingatan bagi kejadian yang baru saja berlaku turut
terjejas seperti seseorang itu lupa pada temu
janji ataupun tempat meletakkan kunci rumah
dan mencarinya di merata-merata tempat.
• Bagaimanapun sekiranya ada antara kita yang
kadangkala terlupa, ini bukan demensia kerana ia
biasanya disertai oleh tanda-tanda lain.
5. • Pesakit juga akan mengalami kesukaran mempelajari
sesuatu yang baru serta mengekalkan ingatan mereka.
• Contohnya, apabila seseorang itu diberi satu alamat
baru, beliau sukar mengulanginya apabila diminta
untuk mengulanginya kemudian.
• Peringkat awal : Ingatan jangka panjang (long term
memory) masih kekal di mana mereka masih berupaya
mengingati perkara-perkara yang baru berlaku pada
masa silam.
• Peringkat serius : ingatan jangka panjang ini akan turut
terjejas dan pesakit akan mengalami kesukaran
mengingati sesuatu perkara seperti mengenai diri
sendiri ataupun keluarganya.
• Apabila demensia berlarutan, gerak balas emosi
menjadi terbantut dan emosi juga akan menjadi tidak
stabil dan kerap berubah.
6. • Perubahan dari segi personaliti dan kelakuan
pesakit, juga boleh terjadi namun ia
bergantung pada jenis dan personaliti asal
pesakit itu.
• Contoh, seseorang yang begitu mementingkan
kebersihan selepas menghidap demensia.
• Pengidap demensia yang lebih serius, dia
menjadi resah gelisah dan berkelakuan ganjil.
• Terdapat juga yang mempunyai personaliti
yang sebaliknya iaitu menjadi pendiam dan
tidak berminat dengan segala apa yang
berlaku di sekelilingnya.
7. CIRI-CIRI PESAKIT DEMENSIA
• Proses pemikiran seseorang akibat penyakit ini
akan menjadi lambat, kelam dan kadangkala
keliru serta kandungan pemikiran menjadi
kurang.
• Percakapan mereka menjadi sukar untuk
difahami.
• Mengalami gangguan atau kecelaruan pada
orientasi serta gangguan pertimbangan.
• Tidak dapat mengenali ahli keluarga ataupun
rakan-rakan, ataupun sesat di tempat yang
sebelum ini amat biasa bagi mereka.
8. • Penghidap juga akan rasa keliru dengan
pergerakan mereka walaupun berada di rumah
sendiri.
• Gejala demensia menjadi bertambah teruk di
mana pesakit tidak dapat menjaga diri sendiri,
terbiar dan kebersihan diri sendiri tidak terurus.
• Kelakuan mereka menjadi tidak tentu arah
ataupun ganjil serta tidak menepati peradaban
sosial yang boleh diterima oleh masyarakat.
• Contohnya pesakit membuang air kecil dan besar
di merata-rata tempat dan percakapan mereka
jadi tidak rasional.
9. TAHAP-TAHAP DEMENSIA
• Peringkat awal : bersifat ringan iaitu hanya dengan
kehilangan sedikit memori yang dianggap oleh pesakit
dan orang terdekat (teman dan keluarga) akibat dari
kesan penuaan.
• Kehilangan memori tersebut akan menampakkan kesan
negatif yang nyata pada pesakit dan orang yang
terdekat dengan mereka.
• Aspek yang paling teruk sehingga mendatangkan
tekanan kepada anggota keluarga apabila pesakit
demensia ini tidak mengenal dirinya sendiri dan
memusuhi atau bersikap agresif terhadap orang-orang
yang pernah dekat dengan mereka.
10. • Tahap pertengahan : kehilangan pengetahuan
terhadap perkara-perkara yang dilarang dalam
norma masyarakat seperti seksual.
• Akan mengakibatkan satu situasi yang boleh
memalukan orang-orang yang berada di sekitar
penghidap.
• Merayap merupakan gambaran demensia apabila
penghidap tetap aktif yang akan mengakibatkan
situasi merbahaya seperti tersesat.
• Individu di tahap ini akan memindahkan malam
menjadi siang dengan terjaga sepanjang malam
dan merayap di sekitar rumah serta melakukan
perbuatan ini secara berulang.
11. • Keadaan ini juga amat memenatkan dan
mencetuskan kerisauan bagi orang yang
sebumbung dengannya.
• Dari aspek ekonomi dan sosial pula, penghidap
demensia akan makan secara berlebihan dan
mengalami
inkontenisia
(ketidakmampuan
menahan air kencing).
• Peringkat
akhir
:
memerlukan
tahap
kebergantungan fizikal yang sangat tinggi.
• Mungkin memerlukan individu dibawa kepada
rawatan insitusional seperti aplikasi praktitik
(Clifton assessment procedures for the elderly),
konfusi dan delirium, memori (gangguan memori
akibat usia.
13. 1) PENYAKIT ALZHEIMER
• Bentuk demensia yang paling umum dan terdapat pada
50% hingga 70% dari semua keadaan demensia.
• Ini adalah penyakit menurunnya kemampuan fungsi
otak secara beransur-ansur.
• Dengan menghilangnya sel-sel otak, ini akan
mengganggu proses pesanan dalam otak dan
merosakkan hubungan antara sel otak.
• Akhirnya sel otak akan mati dan informasi tidak dapat
diterima.
• Oleh kerana penyakit Alzheimer memberi kesan pada
setiap bahagian otak, fungsi-fungsi atau kemampuan
otak tertentu akan hilang.
14. 2) DEMENSIA VASKULAR
• Demensia yang berkaitan dengan masalah
peredaran darah ke otak dan merupakan bentuk
paling umum kedua dari demensia.
• Terdapat beberapa jenis demensia Vaskular:
i. Demensia Multi-infarct : disebabkan oleh
sejumlah serangan otak (strok) ringan, disebut
juga sebagai mini-strok.
ii. Penyakit Binswanger : dihubungkan dengan
perubahan di otak yang disebabkan oleh
serangan otak. Penyakit ini disebabkan oleh
tekanan darah yang tidak cukup.
15. 3) DEMENSIA ‘LEWY BODIES’
• Disebabkan oleh kemunduran dan matinya sel-sel saraf
di otak.
• Nama itu berasal dari terdapatnya struktur-struktur
abnormal berbentuk bola, disebut kumpulan Lawy
yang tumbuh di dalam sel-sel saraf.
• Orang yang mempunyai demensia dengan kumpulan
Lewy cenderung melihat sesuatu yang tidak ada
(mengalami halusinansi visual), mengalami kekakuan
atau gementar (parkinsonisme) dan keadaan mereka
cenderung berubah-ubah secara cepat, sama ada dari
jam ke jam atau dari hari ke hari.
16. 4) PENYAKIT PARKINSON
• Penyakit sistem saraf yang terjadi beransuransur, disertai dengan gementar, kaku pada
anggota-anggota badan dan sendi, kesulitan
berbicara dan kesulitan memulai gerakan
badan.
17. 5) DEMENSIA FRONTOTEMPORAL
• Demensia frontotemporal adalah nama yang
diberikan kepada sebuah kelompok demensia jika
terjadi proses kemunduran dalam satu atau
keduanya dari lobus frontal atau lobus temporal
otak.
• Afasia Progresif non-Fluent iaitu penderita secara
beransur-ansur
kehilangan
kemampuan
bercakap.
• Demensia Semantik iaitu penderita tidak
memahami apa yang disampaikan
18. 6) PENYAKIT HUNTINGTON
• Penyakit keturunan disebabkan oleh kemunduran
otak yang terjadi secara beransur-ansur dan
menghasilkan kesan pada fikiran dan tubuh.
• Penyakit ini biasanya muncul antara umur 30 dan
50 tahun dan dengan menurunya kemampuan
berfikir dan gerakan-gerakan anggota badan atau
otot wajah yang tidak teratur dan tidak terurus.
• Gejala-gejala lain termasuk perubahan peribadi,
gangguan ingatan, percakapan yang tidak jelas,
pertimbangannya terganggu dan ada masalah
kejiwaan.
19. KOMPLIKASI DEMENSIA
1) Ingatan makin lemah.
2) Perubahan personaliti.
3) Gangguan pertuturan atau percakapan pesakit
menjadi sukar difahami.
4) Kemurungan.
5) Kebimbangan.
6) Gangguan psikosis.
7) Sawan.
8) Gangguan saraf seperti lamah sebelah badan, otototot keras (muscles rigidity) dan terketar (tremor)
9) Hilang kawalan buang air kecil dan besar.
10) Hilang upaya menjaga diri sendiri.
20. RAWATAN
• Berjumpa doktor bagi melakukan pemeriksaan. Ia
bertujuan bagi mengenal pasti punca penyakit
sebenar supaya rawatan awal dapat diberikan.
• Perubahan daripada segi emosi seperti
kemurungan, kebimbangan dapat dikawal dengan
ubat-ubatan. Pesakit yang mengalami gejala
sawan, ubat antikonvulsan boleh mengawal
gejala ini.
• Bagi pesakit yang mengalami gejala-gejala
psikosis ubatan anti psikotik boleh digunakan bagi
merawat gejala itu.
21. • Bagi mengenal pasti masalah ingatan yang
merosot, pesakit ataupun alhi keluarga boleh
menyediakan nota ataupun menulis dalam diari,
apakah yang hendak dilakukan pada hari-hari
tersebut.
• Pesakit juga dinasihatkan supaya menyimpan
butiran mengenai diri mereka seperti di mana
mereka tinggal dan nombor telefon sekiranya
mereka keluar dari rumah.
• Ini dapat membantu pesakit sekiranya mereka
lupa dan sesat.
• sokongan ahli keluarga amat penting bagi
mengurangkan beban yang ditanggung oleh
pesakit.
22. • Bagi pesakit demensia yang teruk, mereka memerlukan
penjagaan yang sepenuhnya daripada keluarga.
• Kaunseling perlu diberikan kepada pihak keluarga
seperti nasihat dan bimbingan bagaimana cara
menghadapi ahli keluarga yang menghidapi demensia.
• Pengetahuan mengenai penyakit ini perlu dijelaskan
oleh doktor yang merawat supaya pihak keluarga dapat
memahami masalah yang dihadapi oleh pesakit
demensia. Cara ini dapat menyediakan ahli keluarga
bagi menghadapi keadaan pesakit yang semakin teruk
dari hari ke hari.