SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 20
PSIKOLOGI BILAZIM (APJ 3163)
~PN SUHAYA BT HJ DERAMAN~
TAJUK : KECELARUAN
PENYESUAIAN
NURUL ‘AINA AL FAATIHAH BT
HAMDANI (100 234)
SITI ZULAIKHA BT ABU NOH (100 467)
NOOR HASHIMAH BT RAZALI (100 718)
PENGENALAN
• Kecelaruan tingkah laku bukan perkara baru
dalam kehidupan manusia.
• Ia adalah satu fenomena yang melanda
masyarakat sejak dahulu kala.
• Ia melanda semua golongan manusia tanpa
mengambil kira golongan atau kaum etnik.
• Ia menyerang semua golongan dewasa
mahupun kanak-kanak.
KECELARUAN PENYESUAIAN
• Masalah yang biasa dialami oleh manusia terbahagi kepada dua
kategori, iaitu masalah yang berkaitan dengan diri individu sendiri
dan masalah yang berkaitan dengan orang lain.
• Kategori masalah ini merupakan maksud kepada masalah
penyesuaian dalam kehidupan manusia. Masalah individu yang
dimaksudkan di sini termasuk masalah mengawal tabiat
diri, menangani perasaan kesunyian, menangani kesalahan yang
telah dibuat dan mempelajari menghormati diri sendiri.
• Masalah yang berkaitan dengan orang lain pula melibatkan berbuat
baik kepada orang lain, mengikut arah kelompok tertentu yang
berkaitan dengan individu, membina persahabatan yang intim dan
menghadapi ketidakselesaan dalam kehidupan dengan orang lain.
KECELARUAN PENYESUAIAN
• Penyesuaian dianggap sebagai sumber penyelesaian
masalah yang melahirkan proses intelektual seperti
persepsi, pembelajaran, memori dan penguasaan
kemahiran. Ianya juga boleh melibatkan emosi seperti
stres, marah, takut, bimbang, tertekan, bersalah, malu, kec
ewa, ugutan dan konflik.
• Jika salah penyesuaian ini dibiarkan berlarutan, ianya boleh
menjadi salah penyesuaian yang lebih serius hingga ke
peringkat kecelaruan.

• Penyesuaian manusia boleh berlaku secara intelek dan
emosi.
KECELARUAN PENYESUAIAN
• Penyesuaian secara intelek melibatkan persefahaman dan
kemampuan. Manakala penyesuaian emosi melibatkan perasaan,
kebimbangan, kerisauan, tekanan dan sebagainya.
• Kejayaan individu menguruskan kedua-dua penyesuaian ini akan
membantu individu stabil tetapi jika sebaliknya individu tersebut
akan terpincang.
• Apabila seseorang tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik atau
memberi reaksi yang melampau ke atas sesuatu tekanan psikososial
seperti masalah penceraian, dibuang kerja, penyakit kronik dan
masalah ekonomi diri, maka akan menyebabkan gangguan terhadap
perjalanan hidup, kerjaya dan hubungan sosialnya.
PUNCA-PUNCA KECELARUAN
PENYESUAIAN
1. Keadaan Sosial : Kemiskinan, keadaan hidup serba
kekurangan, tiada tempat tinggal, keadaan masyarakat
yang tidak terurus.
2. Faktor
Keluarga
:
Ibu
bapa
yang
tidak
matang, penjenayah, melakukan penderaan terhadap
kanak-kanak, kehidupan rumahtangga yang hidup melarat
dan menderita, hubungan ahli keluarga yang bercelaru.
3. Faktor Psikologikal : Stres, tahap IQ yang rendah, proses
pembelajaran yang bercelaru dan tidak berstruktur, tidak
mempunyai kepakaran atau tidak menguasai dalam
bidang-bidang tertentu.
4. Faktor Biologikal : Ketidakupayaan fizikal yang kronik.
JENIS-JENIS KECELARUAN
PENYESUAIAN
1) Kecelaruan Penyesuaian dengan Ragam Tak
Tipikal.
 Kecelaruan
penyesuaian
dengan
ragam
kemurungan memperihalkan keadaan seseorang
yang tidak dapat menguruskan tekanan dengan
baik dan menonjolkan sifat kemurungan seperti
sering menangis, sedih dan tiada harapan untuk
terus hidup. Mereka ini akan menonjolkan emosi
yang berlebih-lebihan.
CONTOH:
Model bunuh diri selepas kekasih batal temu janji
CARDIFF:Seorang pelajar merebahkan dirinya ke bawah kereta api yang bergerak
selepas menerima mesej pesanan ringkas daripada teman lelakinya yang
membatalkan temu janji mereka untuk menonton wayang.
Satu inkues diberitahu, Gabrielle Joseph, 16, memberitahu rakan di Facebooknya:
“Saya akan membunuh diri malam ini’ kerana terlalu kecewa selepas temu janjinya
pada keesokan malam dibatalkan.
Pelajar yang juga model remaja itu mati beberapa jam kemudian.
Gabrielle disifatkan sebagai remaja yang periang dan peramah dengan kehidupan
yang sibuk, belajar di sebuah kolej dan menjalankan dua kerja
sampingan, termasuk satu di kedai fesyen Hollister yang popular.
Dia bercita-cita menjadi model terkenal dan dalam laman webnya, dia menulis:
“Untuk menjadi orang yang tidak boleh diganti, kita perlu sentiasa berbeza.”
Inkues diberitahu, dia begitu terganggu selepas menerima mesej berkenaan pada
hari Easter April lalu dan 75 minit kemudian, dia mati akibat kecederaan teruk
selepas dilanggar kereta api yang bergerak selaju 125 kilometer sejam
berhampiran kediamannya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2011/12/22
2) Kecelaruan Penyesuaian dengan Ragam
Kecemasan

Merujuk sifat seseorang yang menghadapi
tekanan dengan penuh emosi. Mereka
sentiasa kelihatan resah dan tegang kerana
menahan emosi.
CONTOH:
Hilang punca bantu keluarga
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
ALOR GAJAH: Tidak tahan melihat penderitaan adik-beradik yang bergelut untuk meneruskan
persekolahan selain membantu keluarga yang kesempitan wang, seorang gadis berusia 17 tahun
nekad ‘menjaja’ tubuh montoknya melalui laman sosial untuk ‘hidangan’ lelaki miang dengan
dikenakan bayaran tertentu sejak setahun lalu.
Gadis yang masih belajar di sebuah sekolah menengah itu mendakwa terpaksa berkorban selepas
keperluan persekolahan tiga adiknya tergendala apabila bapa yang menjadi ketua keluarga kini
terlantar sakit di rumah akibat angin ahmar, kencing manis dan darah tinggi.
Dia yang mahu dikenali sebagai Riena, 17, mendakwa hanya melakukan perbuatan itu pada hujung
minggu di hotel atau rumah lelaki yang melanggannya sejak setahun lalu.
“Saya mula terjebak dengan kegiatan tidak bermoral ini selepas ‘dara’ diragut teman lelaki sebelum
dia meninggalkan saya hingga merana. Pada masa sama keluarga pula ditimpa masalah selain
dipengaruhi rakan.
“Keluarga saya ketika itu tertekan kerana masalah kewangan yang meruncing apabila ayah sakit dan
terlantar di rumah.
“Selepas ayah terlantar, ibu terpaksa keluar bekerja sebagai kerani dengan gaji bulanan tidak
sampai RM500,” katanya yang juga anak sulung kepada empat beradik ketika ditemui di sini.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/31
3) Kecelaruan Penyesuaian Dengan Pelbagai
Emosi
 Kecelaruan penyesuaian jenis ini melibatkan pelbagai campuran emosi yang
merujuk
kepada
individu
yang
menghadapi
tekanan
dengan
kemurungan,kebimbangan dan pelbagai emosi lain.
 Mempunyai gerak balas atau respon emosi yang tidak bersesuaian dengan situasi.
 Sebagai contoh:menangis ketika orang gembira, begitu juga sebaliknya.
 Antara jenis2 emosi yang tidak bersesuaian dengan situasi ialah:
a) Emosi yang berlebihan berlaku apabila seseorang itu mengalami emosi yang
berlebihan daripada sepatutnya.
b) Emosi malap pula berlaku emosi yang sentiasa murung dan tidak ceria.
c) Emosi mendatar berlaku apabila individu itu tidak menunjukkan tindak balas
emosi terhadap peristiwa @ situasi yang berkaitan dengan dirinya.
d) Anhedonia iaitu keadaan pesakit yang tidak mampu mengalami keseronokan,
menyebabkan emosinya kosong dan sesetengah daripada mereka akhirnya
membunuh diri.
4) Kecelaruan Penyesuaian dengan Gangguan
Kelakuan

Gangguan kelakuan yang berlaku apabila
seseorang itu menghadapi tekanan.
Gangguan ini melibatkan orang lain dan
perbuatan yang menyebabkan
perlanggaran undang-undang.
Harian Metro Online
TIKAM DADA LEBIH 10 KALI (27 Februari 2011)
HULU KLANG: Tidak tahan dengan tekanan hidup, seorang lelaki berusia 56 tahun nekad menikam dada dan
perutnya lebih 10 kali dengan pisau ketika di bilik tidur bersama isteri di rumah mereka di Jalan Wangsa 11, Bukit
Antarabangsa, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi, isteri lelaki terbabit dikatakan
menyedari kejadian selepas terjaga daripada tidur sebaik terdengar bunyi seperti orang bergaduh. Dia segera
membuka lampu sebelum menjerit kerana melihat suaminya berlumuran darah serta nazak. Ketua Polis Daerah
Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada keluarga
lelaki berkenaan sebaik menyedari kejadian yang berlaku dan beberapa anggota bergegas ke rumahnya bagi
menjalankan siasatan. Menurutnya, siasatan awal mendapati pekerja syarikat swasta itu mati akibat menikam diri
beberapa kali dengan pisau yang turut ditemui berhampiran mayatnya. “Setakat ini, hasil siasatan tiada unsur
jenayah dan kita dapati lelaki itu membunuh diri. Mengikut keterangan ahli keluarga, lelaki terbabit mengalami
tekanan perasan serius baru-baru ini disebabkan pelbagai masalah dihadapi. “Ketika kejadian, empat ahli
keluarganya berada di rumah iaitu dua anak perempuan dan seorang anak lelaki serta isterinya, warga British
berusia 51 tahun,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan setakat ini kes terbabit diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
Difahamkan, lelaki yang bekerja di syarikat perbankan itu baru saja pulang ke tanah air dua bulan lalu selepas
ditamatkan kontrak kerjanya di Singapura. Sementara itu, beberapa jiran lelaki berkenaan yang ditemui, termasuk
pelakon terkenal, Elly Suriati Omar menyifatkan dia sebagai peramah dan baik hati serta selalu mengundang mereka
jika ada majlis. Elly yang tinggal selang tiga rumah dari rumah lelaki dikenali sebagai Peter di kalangan
jiran, berkata dia bersimpati terhadap keluarga lelaki itu. “Dia menginap di sini lebih 15 tahun dan memang baik
hati serta peramah dengan jiran. Peter juga sering bertegur sapa dengan kami serta selalu membuat majlis makan di
depan rumahnya dengan mengajak jiran. “Kami sebagai jiran tidak pula tahu dia atau keluarga mengalami masalah
dan tekanan,” katanya.
5) Kecelaruan Penyesuaian dengan Campuran
Emosi dan Kelakuan

• Kecelaruan ini melibatkan kedua-dua
ciri gangguan seperti yang disebutkan
dalam kecelaruan penyesuaian dengan
pelbagai
emosi
dan
kecelaruan
penyesuaian
dengan
gangguan
kelakuan.
Harian Metro Online

BAKAR ISTERI HIDUP-HIDUP (17 Oktober 2011)
KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan layak diberikan
kepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa
bertindak kejam „meletupkan‟ isterinya menggunakan bom
petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung
Baru di sini, tengah malam kelmarin. Perbuatan keji yang
dipercayai
bermotifkan
cemburu
itu
menyebabkan
mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL)
di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur.
Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang
baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk
membersihkan badan. Menurut sumber, sebelum insiden itu
suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain
meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan. “Sebaik
isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung
rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api
sebelum satu letupan kuat berlaku. “Api hasil letupan kuat itu
menjilat pakaian dan tubuh mangsa menyebabkannya menjerit
meminta bantuan daripada suami,” katanya.
6) Kecelaruan Penyesuaian Dengan Penyekatan

Kecelaruan
penyesuaian
dengan
penyekatan akan menyebabkan individu
itu menghadapi pelbagai sekatan atau
halangan dalam kerja atau akademik
apabila ia menghadapi tekanan.
7) Kecelaruan Penyesuaian Dengan Penarikan

Kecelaruan dengan simptam penarikan
akan
menyebabkan
individu
yang
menghadapi kecelaruan ini menarik diri
daripada
interkasi
sosial
tanpa
menunjukkan ragam kebimbangan atau
kemurungan apabila ia menghadapi
tekanan.
Sebagai contoh:trauma atau fobia.
8) Kecelaruan Penyesuaian Tak Tipikal

• Kecelaruan penyesuaian yang tidak
dapat dikategorikan dalam mana-mana
subkelas di atas.
SEKIAN
TERIMA
KASIH….
>,<

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Nor Rani Othman
 
PSV 3107 - Teori Psikoanalitik
PSV 3107 - Teori PsikoanalitikPSV 3107 - Teori Psikoanalitik
PSV 3107 - Teori Psikoanalitik
artventure ipkt
 
Sejarah kaunseling kerjaya
Sejarah kaunseling kerjayaSejarah kaunseling kerjaya
Sejarah kaunseling kerjaya
Khairuddin Nisa
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan klien
siewling1988
 
Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasser
adeendra
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Aina Azrina
 

La actualidad más candente (20)

Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
 
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
 
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
 
Personaliti
PersonalitiPersonaliti
Personaliti
 
Teori Sigmund Freud
Teori Sigmund FreudTeori Sigmund Freud
Teori Sigmund Freud
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
 
Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok
 
Teori Alfred Adler
Teori Alfred AdlerTeori Alfred Adler
Teori Alfred Adler
 
PSV 3107 - Teori Psikoanalitik
PSV 3107 - Teori PsikoanalitikPSV 3107 - Teori Psikoanalitik
PSV 3107 - Teori Psikoanalitik
 
Teori Abraham Maslow
Teori Abraham MaslowTeori Abraham Maslow
Teori Abraham Maslow
 
terapi realiti / WILLIAM GLASSER M.D
terapi realiti / WILLIAM GLASSER M.Dterapi realiti / WILLIAM GLASSER M.D
terapi realiti / WILLIAM GLASSER M.D
 
Sejarah kaunseling kerjaya
Sejarah kaunseling kerjayaSejarah kaunseling kerjaya
Sejarah kaunseling kerjaya
 
Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012
 
TEORI HUMANISTIK
TEORI HUMANISTIKTEORI HUMANISTIK
TEORI HUMANISTIK
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan klien
 
Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasser
 
Teori Teori Kemahiran Berfikir
Teori Teori Kemahiran BerfikirTeori Teori Kemahiran Berfikir
Teori Teori Kemahiran Berfikir
 
Kesihatan mental dan fizikal
Kesihatan mental dan fizikalKesihatan mental dan fizikal
Kesihatan mental dan fizikal
 
My presentation
My presentationMy presentation
My presentation
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
 

Destacado

DEMENSIA GANGGUAN PSIKOTIK
DEMENSIA GANGGUAN PSIKOTIKDEMENSIA GANGGUAN PSIKOTIK
DEMENSIA GANGGUAN PSIKOTIK
Aina Faatihah
 
Kecelaruan kebimbangan
Kecelaruan kebimbanganKecelaruan kebimbangan
Kecelaruan kebimbangan
Aliss Lysa
 
PERSONALITI EGO PSIKONALISIS ERIK ERIKSON
PERSONALITI EGO PSIKONALISIS ERIK ERIKSONPERSONALITI EGO PSIKONALISIS ERIK ERIKSON
PERSONALITI EGO PSIKONALISIS ERIK ERIKSON
Aina Faatihah
 
PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI
PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASIPSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI
PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI
Aina Faatihah
 
UJIAN PENGUKURAN : BECK DEPRESSION INVENTORY (BDI)
UJIAN PENGUKURAN : BECK DEPRESSION INVENTORY (BDI)UJIAN PENGUKURAN : BECK DEPRESSION INVENTORY (BDI)
UJIAN PENGUKURAN : BECK DEPRESSION INVENTORY (BDI)
Aina Faatihah
 

Destacado (6)

DEMENSIA GANGGUAN PSIKOTIK
DEMENSIA GANGGUAN PSIKOTIKDEMENSIA GANGGUAN PSIKOTIK
DEMENSIA GANGGUAN PSIKOTIK
 
Kecelaruan kebimbangan
Kecelaruan kebimbanganKecelaruan kebimbangan
Kecelaruan kebimbangan
 
PERSONALITI EGO PSIKONALISIS ERIK ERIKSON
PERSONALITI EGO PSIKONALISIS ERIK ERIKSONPERSONALITI EGO PSIKONALISIS ERIK ERIKSON
PERSONALITI EGO PSIKONALISIS ERIK ERIKSON
 
Abnormal psychology (psikologi bilazim)
Abnormal psychology (psikologi bilazim)Abnormal psychology (psikologi bilazim)
Abnormal psychology (psikologi bilazim)
 
PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI
PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASIPSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI
PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI
 
UJIAN PENGUKURAN : BECK DEPRESSION INVENTORY (BDI)
UJIAN PENGUKURAN : BECK DEPRESSION INVENTORY (BDI)UJIAN PENGUKURAN : BECK DEPRESSION INVENTORY (BDI)
UJIAN PENGUKURAN : BECK DEPRESSION INVENTORY (BDI)
 

Similar a Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

ASKEP_PERILAKU_KEKERASAN jiwa _pptx.pptx
ASKEP_PERILAKU_KEKERASAN jiwa _pptx.pptxASKEP_PERILAKU_KEKERASAN jiwa _pptx.pptx
ASKEP_PERILAKU_KEKERASAN jiwa _pptx.pptx
GalihFernandoPradana
 

Similar a Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN (20)

Makalah rbd kel.2
Makalah rbd kel.2Makalah rbd kel.2
Makalah rbd kel.2
 
Presentation2 (elm)
Presentation2 (elm)Presentation2 (elm)
Presentation2 (elm)
 
Kdrt uu. 23 tahun 2004
Kdrt uu. 23 tahun 2004Kdrt uu. 23 tahun 2004
Kdrt uu. 23 tahun 2004
 
Kedaruratan psikiatri
Kedaruratan psikiatriKedaruratan psikiatri
Kedaruratan psikiatri
 
Panduan kesehatan jiwa bagi pemuka agama
Panduan kesehatan jiwa bagi pemuka agamaPanduan kesehatan jiwa bagi pemuka agama
Panduan kesehatan jiwa bagi pemuka agama
 
ASKEP_PERILAKU_KEKERASAN jiwa _pptx.pptx
ASKEP_PERILAKU_KEKERASAN jiwa _pptx.pptxASKEP_PERILAKU_KEKERASAN jiwa _pptx.pptx
ASKEP_PERILAKU_KEKERASAN jiwa _pptx.pptx
 
Makalah sik odgj
Makalah sik odgjMakalah sik odgj
Makalah sik odgj
 
Makalah ega
Makalah egaMakalah ega
Makalah ega
 
Makalah sik odgj dikonversi
Makalah sik odgj dikonversiMakalah sik odgj dikonversi
Makalah sik odgj dikonversi
 
Penyajian Data SIK
Penyajian Data SIKPenyajian Data SIK
Penyajian Data SIK
 
Makalah sik odgj dikonversi
Makalah sik odgj dikonversiMakalah sik odgj dikonversi
Makalah sik odgj dikonversi
 
Makalah sik odgj dikonversi
Makalah sik odgj dikonversiMakalah sik odgj dikonversi
Makalah sik odgj dikonversi
 
Makalah sik odgj
Makalah sik odgjMakalah sik odgj
Makalah sik odgj
 
Makalah SIK
Makalah SIKMakalah SIK
Makalah SIK
 
Makalah sik odgj dikonversi
Makalah sik odgj dikonversiMakalah sik odgj dikonversi
Makalah sik odgj dikonversi
 
Makalah sik odgj
Makalah sik odgjMakalah sik odgj
Makalah sik odgj
 
Penyajian data sik
Penyajian data sikPenyajian data sik
Penyajian data sik
 
Penyajian Data SIK
Penyajian Data SIKPenyajian Data SIK
Penyajian Data SIK
 
Tentamen suicide
Tentamen suicideTentamen suicide
Tentamen suicide
 
Makalah sik odgj
Makalah sik odgjMakalah sik odgj
Makalah sik odgj
 

Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

  • 1. PSIKOLOGI BILAZIM (APJ 3163) ~PN SUHAYA BT HJ DERAMAN~ TAJUK : KECELARUAN PENYESUAIAN NURUL ‘AINA AL FAATIHAH BT HAMDANI (100 234) SITI ZULAIKHA BT ABU NOH (100 467) NOOR HASHIMAH BT RAZALI (100 718)
  • 2. PENGENALAN • Kecelaruan tingkah laku bukan perkara baru dalam kehidupan manusia. • Ia adalah satu fenomena yang melanda masyarakat sejak dahulu kala. • Ia melanda semua golongan manusia tanpa mengambil kira golongan atau kaum etnik. • Ia menyerang semua golongan dewasa mahupun kanak-kanak.
  • 3. KECELARUAN PENYESUAIAN • Masalah yang biasa dialami oleh manusia terbahagi kepada dua kategori, iaitu masalah yang berkaitan dengan diri individu sendiri dan masalah yang berkaitan dengan orang lain. • Kategori masalah ini merupakan maksud kepada masalah penyesuaian dalam kehidupan manusia. Masalah individu yang dimaksudkan di sini termasuk masalah mengawal tabiat diri, menangani perasaan kesunyian, menangani kesalahan yang telah dibuat dan mempelajari menghormati diri sendiri. • Masalah yang berkaitan dengan orang lain pula melibatkan berbuat baik kepada orang lain, mengikut arah kelompok tertentu yang berkaitan dengan individu, membina persahabatan yang intim dan menghadapi ketidakselesaan dalam kehidupan dengan orang lain.
  • 4. KECELARUAN PENYESUAIAN • Penyesuaian dianggap sebagai sumber penyelesaian masalah yang melahirkan proses intelektual seperti persepsi, pembelajaran, memori dan penguasaan kemahiran. Ianya juga boleh melibatkan emosi seperti stres, marah, takut, bimbang, tertekan, bersalah, malu, kec ewa, ugutan dan konflik. • Jika salah penyesuaian ini dibiarkan berlarutan, ianya boleh menjadi salah penyesuaian yang lebih serius hingga ke peringkat kecelaruan. • Penyesuaian manusia boleh berlaku secara intelek dan emosi.
  • 5. KECELARUAN PENYESUAIAN • Penyesuaian secara intelek melibatkan persefahaman dan kemampuan. Manakala penyesuaian emosi melibatkan perasaan, kebimbangan, kerisauan, tekanan dan sebagainya. • Kejayaan individu menguruskan kedua-dua penyesuaian ini akan membantu individu stabil tetapi jika sebaliknya individu tersebut akan terpincang. • Apabila seseorang tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik atau memberi reaksi yang melampau ke atas sesuatu tekanan psikososial seperti masalah penceraian, dibuang kerja, penyakit kronik dan masalah ekonomi diri, maka akan menyebabkan gangguan terhadap perjalanan hidup, kerjaya dan hubungan sosialnya.
  • 6. PUNCA-PUNCA KECELARUAN PENYESUAIAN 1. Keadaan Sosial : Kemiskinan, keadaan hidup serba kekurangan, tiada tempat tinggal, keadaan masyarakat yang tidak terurus. 2. Faktor Keluarga : Ibu bapa yang tidak matang, penjenayah, melakukan penderaan terhadap kanak-kanak, kehidupan rumahtangga yang hidup melarat dan menderita, hubungan ahli keluarga yang bercelaru. 3. Faktor Psikologikal : Stres, tahap IQ yang rendah, proses pembelajaran yang bercelaru dan tidak berstruktur, tidak mempunyai kepakaran atau tidak menguasai dalam bidang-bidang tertentu. 4. Faktor Biologikal : Ketidakupayaan fizikal yang kronik.
  • 8. 1) Kecelaruan Penyesuaian dengan Ragam Tak Tipikal.  Kecelaruan penyesuaian dengan ragam kemurungan memperihalkan keadaan seseorang yang tidak dapat menguruskan tekanan dengan baik dan menonjolkan sifat kemurungan seperti sering menangis, sedih dan tiada harapan untuk terus hidup. Mereka ini akan menonjolkan emosi yang berlebih-lebihan.
  • 9. CONTOH: Model bunuh diri selepas kekasih batal temu janji CARDIFF:Seorang pelajar merebahkan dirinya ke bawah kereta api yang bergerak selepas menerima mesej pesanan ringkas daripada teman lelakinya yang membatalkan temu janji mereka untuk menonton wayang. Satu inkues diberitahu, Gabrielle Joseph, 16, memberitahu rakan di Facebooknya: “Saya akan membunuh diri malam ini’ kerana terlalu kecewa selepas temu janjinya pada keesokan malam dibatalkan. Pelajar yang juga model remaja itu mati beberapa jam kemudian. Gabrielle disifatkan sebagai remaja yang periang dan peramah dengan kehidupan yang sibuk, belajar di sebuah kolej dan menjalankan dua kerja sampingan, termasuk satu di kedai fesyen Hollister yang popular. Dia bercita-cita menjadi model terkenal dan dalam laman webnya, dia menulis: “Untuk menjadi orang yang tidak boleh diganti, kita perlu sentiasa berbeza.” Inkues diberitahu, dia begitu terganggu selepas menerima mesej berkenaan pada hari Easter April lalu dan 75 minit kemudian, dia mati akibat kecederaan teruk selepas dilanggar kereta api yang bergerak selaju 125 kilometer sejam berhampiran kediamannya. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2011/12/22
  • 10. 2) Kecelaruan Penyesuaian dengan Ragam Kecemasan Merujuk sifat seseorang yang menghadapi tekanan dengan penuh emosi. Mereka sentiasa kelihatan resah dan tegang kerana menahan emosi.
  • 11. CONTOH: Hilang punca bantu keluarga Oleh Arifin Salleh am@hmetro.com.my ALOR GAJAH: Tidak tahan melihat penderitaan adik-beradik yang bergelut untuk meneruskan persekolahan selain membantu keluarga yang kesempitan wang, seorang gadis berusia 17 tahun nekad ‘menjaja’ tubuh montoknya melalui laman sosial untuk ‘hidangan’ lelaki miang dengan dikenakan bayaran tertentu sejak setahun lalu. Gadis yang masih belajar di sebuah sekolah menengah itu mendakwa terpaksa berkorban selepas keperluan persekolahan tiga adiknya tergendala apabila bapa yang menjadi ketua keluarga kini terlantar sakit di rumah akibat angin ahmar, kencing manis dan darah tinggi. Dia yang mahu dikenali sebagai Riena, 17, mendakwa hanya melakukan perbuatan itu pada hujung minggu di hotel atau rumah lelaki yang melanggannya sejak setahun lalu. “Saya mula terjebak dengan kegiatan tidak bermoral ini selepas ‘dara’ diragut teman lelaki sebelum dia meninggalkan saya hingga merana. Pada masa sama keluarga pula ditimpa masalah selain dipengaruhi rakan. “Keluarga saya ketika itu tertekan kerana masalah kewangan yang meruncing apabila ayah sakit dan terlantar di rumah. “Selepas ayah terlantar, ibu terpaksa keluar bekerja sebagai kerani dengan gaji bulanan tidak sampai RM500,” katanya yang juga anak sulung kepada empat beradik ketika ditemui di sini. Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/31
  • 12. 3) Kecelaruan Penyesuaian Dengan Pelbagai Emosi  Kecelaruan penyesuaian jenis ini melibatkan pelbagai campuran emosi yang merujuk kepada individu yang menghadapi tekanan dengan kemurungan,kebimbangan dan pelbagai emosi lain.  Mempunyai gerak balas atau respon emosi yang tidak bersesuaian dengan situasi.  Sebagai contoh:menangis ketika orang gembira, begitu juga sebaliknya.  Antara jenis2 emosi yang tidak bersesuaian dengan situasi ialah: a) Emosi yang berlebihan berlaku apabila seseorang itu mengalami emosi yang berlebihan daripada sepatutnya. b) Emosi malap pula berlaku emosi yang sentiasa murung dan tidak ceria. c) Emosi mendatar berlaku apabila individu itu tidak menunjukkan tindak balas emosi terhadap peristiwa @ situasi yang berkaitan dengan dirinya. d) Anhedonia iaitu keadaan pesakit yang tidak mampu mengalami keseronokan, menyebabkan emosinya kosong dan sesetengah daripada mereka akhirnya membunuh diri.
  • 13. 4) Kecelaruan Penyesuaian dengan Gangguan Kelakuan Gangguan kelakuan yang berlaku apabila seseorang itu menghadapi tekanan. Gangguan ini melibatkan orang lain dan perbuatan yang menyebabkan perlanggaran undang-undang.
  • 14. Harian Metro Online TIKAM DADA LEBIH 10 KALI (27 Februari 2011) HULU KLANG: Tidak tahan dengan tekanan hidup, seorang lelaki berusia 56 tahun nekad menikam dada dan perutnya lebih 10 kali dengan pisau ketika di bilik tidur bersama isteri di rumah mereka di Jalan Wangsa 11, Bukit Antarabangsa, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi, isteri lelaki terbabit dikatakan menyedari kejadian selepas terjaga daripada tidur sebaik terdengar bunyi seperti orang bergaduh. Dia segera membuka lampu sebelum menjerit kerana melihat suaminya berlumuran darah serta nazak. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada keluarga lelaki berkenaan sebaik menyedari kejadian yang berlaku dan beberapa anggota bergegas ke rumahnya bagi menjalankan siasatan. Menurutnya, siasatan awal mendapati pekerja syarikat swasta itu mati akibat menikam diri beberapa kali dengan pisau yang turut ditemui berhampiran mayatnya. “Setakat ini, hasil siasatan tiada unsur jenayah dan kita dapati lelaki itu membunuh diri. Mengikut keterangan ahli keluarga, lelaki terbabit mengalami tekanan perasan serius baru-baru ini disebabkan pelbagai masalah dihadapi. “Ketika kejadian, empat ahli keluarganya berada di rumah iaitu dua anak perempuan dan seorang anak lelaki serta isterinya, warga British berusia 51 tahun,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan setakat ini kes terbabit diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). Difahamkan, lelaki yang bekerja di syarikat perbankan itu baru saja pulang ke tanah air dua bulan lalu selepas ditamatkan kontrak kerjanya di Singapura. Sementara itu, beberapa jiran lelaki berkenaan yang ditemui, termasuk pelakon terkenal, Elly Suriati Omar menyifatkan dia sebagai peramah dan baik hati serta selalu mengundang mereka jika ada majlis. Elly yang tinggal selang tiga rumah dari rumah lelaki dikenali sebagai Peter di kalangan jiran, berkata dia bersimpati terhadap keluarga lelaki itu. “Dia menginap di sini lebih 15 tahun dan memang baik hati serta peramah dengan jiran. Peter juga sering bertegur sapa dengan kami serta selalu membuat majlis makan di depan rumahnya dengan mengajak jiran. “Kami sebagai jiran tidak pula tahu dia atau keluarga mengalami masalah dan tekanan,” katanya.
  • 15. 5) Kecelaruan Penyesuaian dengan Campuran Emosi dan Kelakuan • Kecelaruan ini melibatkan kedua-dua ciri gangguan seperti yang disebutkan dalam kecelaruan penyesuaian dengan pelbagai emosi dan kecelaruan penyesuaian dengan gangguan kelakuan.
  • 16. Harian Metro Online BAKAR ISTERI HIDUP-HIDUP (17 Oktober 2011) KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam „meletupkan‟ isterinya menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru di sini, tengah malam kelmarin. Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur. Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan. Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan. “Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku. “Api hasil letupan kuat itu menjilat pakaian dan tubuh mangsa menyebabkannya menjerit meminta bantuan daripada suami,” katanya.
  • 17. 6) Kecelaruan Penyesuaian Dengan Penyekatan Kecelaruan penyesuaian dengan penyekatan akan menyebabkan individu itu menghadapi pelbagai sekatan atau halangan dalam kerja atau akademik apabila ia menghadapi tekanan.
  • 18. 7) Kecelaruan Penyesuaian Dengan Penarikan Kecelaruan dengan simptam penarikan akan menyebabkan individu yang menghadapi kecelaruan ini menarik diri daripada interkasi sosial tanpa menunjukkan ragam kebimbangan atau kemurungan apabila ia menghadapi tekanan. Sebagai contoh:trauma atau fobia.
  • 19. 8) Kecelaruan Penyesuaian Tak Tipikal • Kecelaruan penyesuaian yang tidak dapat dikategorikan dalam mana-mana subkelas di atas.