3. Sebagai umat Nabi Muhammad SAW
, sudah tentu kita tidak rela dan mahu
nikmat keamanan, kemakmuran dan
keharmonian hidup yang kita kecapi
selama ini ditarik balik oleh Allah SWT.
marilah kita syukuri dan hargai segala
bentuk nikmat yang dikurniakan oleh Allah
kepada rakyat dan Negara kita ini dengan
cara meningkatkan keimanan dan
ketakwaan kepada Allah SWT
4. •
• Yang bermaksud: “Jikalau penduduk negeri
beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan
melimpahkan kepada mereka berkat dari
langit dan bumi, tetapi (jika) mereka
mendustakan (ayat-ayat) Kami itu, maka
Kami siksa mereka disebabkan
perbuatannya,” (S. Al-A’raaf: 96).
5. Sebelum kelahiran dan pengutusan Nabi
Muhammad SAW ke dunia
ini, diriwayatkan bahawa masyarakat Arab
diibaratkan hidup dalam kegelapan. Gelap
dalam erti kata jauh daripada petunjuk
Ilahi lantaran budaya hidup mereka yang
bertuhankan hawa nafsu dan
berhala, bukannya bertuhankan Allah
Yang Maha Esa.
6. Akibatnya, wujudlah keadaan dan
suasana yang tidak aman dan harmoni
kerana penindasan dan kezaliman
berleluasa, yang kuat menindas yang
lemah, yang kaya memeras yang
miskin, manakala kaum wanita dianggap
sebagai alat memuaskan nafsu semata-
mata. Malah, perjudian, arak dan
pembunuhan bayi perempuan adalah
perkara biasa dan bukan sesuatu yang
mengaibkan mereka.
7. Justeru, kelahiran dan pengutusan Nabi
Muhammad SAW adalah untuk
membetulkan semula kehidupan manusia
yang pada ketika itu bergelumang dengan
amalan serta budaya hidup yang kotor dan
sesat. Mereka bukan sahaja tidak
berakhlak, malah sesat dan tandus
dengan nilai-nilai keperikemanusiaan yang
sepatutnya.
8. Hadith ini memperlihatkan betapa Islam
menitikberatkan soal pembinaan akhlak
yang mulia dan terpuji. Ia hendaklah
menjadi pakaian manusia setiap masa
khususnya individu Muslim ke arah
mewujudkan kehidupan yang sejahtera
dan harmoni dalam
keluarga, organisasi, masyarakat dan
negara
9. Akhlak merujuk kepada amalan, perangai
dan tingkah laku tulus yang tidak dibuat-buat
yang menjadi kebiasaan.
menurut istilah Islam, akhlak ialah sikap
keperibadian manusia terhadap
Allah, manusia, diri sendiri dan makhluk lain
khlak merujuk kepada seluruh perlakuan
manusia sama ada berbentuk lahiriah
mahupun batiniah yang merangkumi aspek
amal
ibadat, percakapan, perbuatan, pergaulan, k
omunikasi, kasih sayang dan sebagainya
10. Rasulullah SAW yang terkenal dengan
ketinggian akhlaknya
segala ajaran serta contoh teladan yang
diberikan oleh baginda SAW, kini semakin
dipinggirkan
Ini menyebabkan, manusia hari ini secara
umumnya kembali mengulangi perbuatan
kufur dan keji umat Jahiliah
11. senario yang berlaku pada hari ini
memperlihatkan bahawa segelintir
anggota masyarakat tidak lagi melihat
kelakuan berakhlak sebagai sesuatu yang
bernilai dan bermanfaat. Malah, ada di
kalangan mereka itu cuba
meminggirkannya jauh-jauh dari sikap dan
budaya hidup berakhlak
12. satu daripada ciri akhlak Islam itu ialah
berkasih sayang sesama insan.
Nabi SAW sendiri menitikberatkan soal
berkasih sayang seperti yang ditunjukkan
kepada isteri-isteri baginda, anak-
anak, fakir miskin
Nabi SAW menzahirkan rasa kasih
sayang, dengan cara menggembirakan
mereka melalui pemupukan hubungan
yang baik, gurau senda di samping
pemberian pertolongan serta bantuan
yang sewajarnya.
13. kasih sayang itu pula bukanlah hanya
sekadar ucapan manis untuk
melembutkan hati manusia. Ia juga bukan
ungkapan sebagai lesen untuk melakukan
sesuatu yang tidak baik
Generasi hari ini jadikan , perasaan kasih
sayang itu sebagai lampu hijau bagi
melakukan perkara yang dilarang
14. •
Yang bermaksud: “Dan hendaklah ada
antara kamu segolongan umat yang
menyeru kepada kebajikan, menyuruh
kepada yang makruf dan mencegah
yang mungkar; merekalah orang yang
beruntung.” (S. Ali-Imran: 104)
15. Perlu ada di kalangan umat Islam yang
bertanggungjawab mengajak kepada
kebaikan dan mencegah kemungkaran
dalam masyarakat. Sementara dalam
konteks keluarga pula, ketua keluarga
yang secara umumnya merujuk kepada
bapa atau kaum lelaki dipikulkan amanah
untuk melaksanakan tanggungjawab
berkenaan
16. •
• Yang bermaksud: “Wahai orang yang
beriman, pelihara dirimu dan keluargamu
daripada api neraka yang bahan bakarnya
adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat
yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah
terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada
mereka dan selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan.” (S. At-Tahrim: 6).