SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 44
Descargar para leer sin conexión
1
STPM/S970
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(STPM)
SENI VISUAL
Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh
Sukatan pelajaran ini digunakan mulai sesi 2012/2013 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu.
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,
dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.”
3
PRAKATA
Sukatan Pelajaran Seni Visual yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Seni
Visual sedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada
tahun 2005. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012. Peperiksaan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun tersebut akan menjadi peperiksaan pertama yang
menggunakan sukatan pelajaran ini. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Seni Visual ini
mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia terhadap sistem
peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang sedia ada. Melalui sistem peperiksaan yang
baharu ini, pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan calon akan
menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal. Tujuan utama Majlis Peperiksaan Malaysia
memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajaran
dan pembelajaran di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran dan
pembelajaran di kolej dan universiti.
Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Seni Visual ini merupakan proses pengemaskinian tajuk,
kandungan, dan kemahiran supaya selaras dengan perkembangan semasa. Kertas-kertas yang
ditawarkan ialah Kertas 1 (Apresiasi Seni Visual), Kertas 2 (Lukisan Pengkaryaan dan Perekaan),
Kertas 3 (Projek Kajian Seni Visual), dan Kertas 4 (Teori Projek Kajian Seni Visual). Kertas 1
merujuk kepada aspek teori yang menekan domain kognitif. Unsur-unsur pemikiran kreatif dan
intelektual terhadap konsep, bahasa, dan makna seni visual diperjelaskan. Pengetahuan dan
kefahaman pelajar terhadap teori seni visual akan membantu pelajar menjalankan kerja praktikal dan
penzahiran karya seni yang lebih kukuh. Bagi Kertas 2 pula, perubahan dilakukan dengan merujuk
kepada kerja-kerja praktikal yang memberi kemahiran asas dalam penghasilan karya dan perekaan
untuk pelajar menghasilkan karya seni visual yang lebih kukuh. Pengkajian lukisan adalah tertumpu
kepada kajian seting dan gubahan. Kertas 3 merujuk kepada kerja kursus yang menguji kemahiran
calon untuk menghasilkan karya seni visual sama ada dalam bidang pengkaryaan atau perekaan.
Projek kajian ini merupakan kerja kursus yang dinilai secara penilaian berasaskan sekolah. Bagi
Kertas 4 pula, calon yang mengambil kertas ini perlu mempunyai kemahiran yang benar-benar sama
dengan kemahiran yang ditunjukkan oleh calon Kertas 3. Hal ini bermakna mereka akan disoal
tentang hal-hal yang berkaitan dengan kerja kursus bagi menghasilkan karya dan rekaan.
Sukatan pelajaran ini mengandungi tajuk, waktu pengajaran, dan hasil pembelajaran mengikut
penggal, di samping bentuk peperiksaan, pemerihalan prestasi, dan soalan contoh.
Usaha untuk mengemas kini sukatan pelajaran Seni Visual STPM ini telah dilaksanakan oleh
Jawatankuasa Sukatan Pelajaran Seni Visual Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang dipengerusikan
oleh Y. Bhg. Profesor Dr. Mohd Mustafa bin Mohd Ghazali dari Universiti Teknologi Mara.
Jawatankuasa ini dianggotai oleh beberapa orang pensyarah dari universiti tempatan, guru yang
mengajar di sekolah, dan pegawai dari bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan
pelajaran ini mula digunakan pada sesi 2012/2013. Bagi pihak Majlis Peperiksaan Malaysia, saya
merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa ini atas
khidmat bakti yang diberikan. Semoga usaha murni ini mencapai matlamatnya.
OMAR BIN ABU BAKAR
Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
4
KANDUNGAN
Sukatan Pelajaran 970 Seni Visual
Halaman
Matlamat 1
Objektif 1
Kandungan
Penggal Pertama
Penggal Kedua
Penggal Ketiga
2
3 – 6
7 – 8
9 – 10
Kerja Projek 11
Garis Panduan Umum Kerja Projek: Projek Kajian Seni Visual 12 – 13
Garis Panduan Umum Amali: Teori Projek Kajian Seni Visual 14
Skim Pentaksiran 15 – 18
Pemerihalan Prestasi 19 – 21
Senarai Rujukan 22
Kertas Soalan Contoh
Kertas 1 23 – 29
Kertas 2 30 – 35
Kertas 3 36 – 38
Kertas 4 39 – 40
1
SUKATAN PELAJARAN
970 SENI VISUAL
Matlamat
Sukatan pelajaran ini adalah bertujuan untuk memberi pendidikan yang dapat membentuk pelajar
yang berpemikiran kreatif, inventif, inovatif, kritikal, analitikal, dan saintifik, serta berpengetahuan
dalam proses penyelesaian masalah terhadap penghasilan, penampilan, dan apresiasi karya seni.
Sukatan pelajaran ini juga dapat mengembangkan aspek pemerolehan pengetahuan, pengembangan
kualiti personal, dan penerokaan terhadap nilai dan emosi yang dapat dimanfaatkan dalam bidang
pendidikan, kerjaya, dan kehidupan.
Objektif
Objektif pembelajaran Seni Visual adalah untuk meningkatkan kebolehan pelajar dari aspek
pengetahuan, kemahiran, dan kualiti personal.
Pengetahuan
(a) menerang dan menghuraikan pengertian dan peranan Seni Visual dalam mengembangkan
kreativiti, budaya, sosial, dan ekonomi serta sumbangannya sebagai alat komunikasi yang
berkesan
(b) membuat deskripsi, analisis, interpretasi, dan pertimbangan secara berpengetahuan terhadap nilai
estetik, makna, dan fungsi karya
(c) menggunakan kefahaman apresiasi, pendekatan sejarah, dan kritikan seni dalam seni visual
Kemahiran
(a) mengekspresikan idea secara kreatif dan inovatif
(b) mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses penghasilan
karya
(c) menunjukkan idea baharu dalam penghasilan karya dan perekaan
(d) menyelesaikan permasalahan visual berasaskan kefahaman aspek formal seni visual
(e) mendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visual
(f) mempersembahkan hasil karya seni visual sesuai dengan konsep dan konteks
Kualiti Personal
(a) menunjukkan kekuatan gaya penampilan karya yang tersendiri
(b) mengenengahkan idea yang asli dan baharu dalam pengkaryaan dan perekaan
(c) menunjukkan kesungguhan meneroka ilmu menerusi rujukan, eksperimentasi, dan eksplorasi
(d) memberi hujah secara yakin terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan karya mengikut
kesesuaian konteks
(e) menampilkan kebolehan mengorganisasi secara berkesan melalui persembahan dan peragaan
karya
(f) mengemukakan pemikiran kritikal dan analitikal dalam perbincangan dan perbahasan Seni
Visual
2
Kandungan
Kandungan mata pelajaran Seni Visual STPM terbahagi kepada tiga komponen utama pembelajaran.
Pertama adalah aspek teori, kedua adalah aspek praktikal (lukisan), dan ketiga adalah aspek
penyelidikan menerusi kerja kursus. Menerusi mata pelajaran ini calon akan dinilai dari aspek teori
dan praktis.
Pembahagian ketiga-tiga komponen tersebut dapat dijelaskan sebagaimana berikut:
Apresiasi Seni Visual
Apresiasi Seni Visual memberi fokus kepada pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap pengertian
dan peranan seni visual, aspek formal, dan kritikan seni. Unsur pemikiran kreatif dan intelektual
terhadap konsep, bahasa, makna, dan fungsi seni visual diperjelaskan. Pengetahuan dan kefahaman
terhadap apresiasi seni visual dapat membantu proses menzahirkan karya seni yang lebih kukuh.
Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan
Lukisan merupakan kerja praktikal yang dapat memberi kemahiran asas dalam penghasilan karya.
Pengkajian lukisan adalah tertumpu kepada kajian seting dan gubahan yang boleh digunakan dalam
pengkaryaan dan perekaan.
Projek Kajian Seni Visual
Projek kajian ini merupakan projek kerja kursus yang berteraskan kepada penyelidikan. Bidang
pengkajian terbahagi kepada dua aspek, iaitu pengkaryaan dan perekaan.
Nota: Pendekatan pembelajaran adalah berteraskan kepada konsep pembelajaran inkuiri yang
melibatkan aspek penyelidikan, perkembangan, penyelesaian masalah, dan refleksi.
3
Penggal Pertama
Tajuk
Waktu
Pengajaran
Hasil Pembelajaran Catatan
APRESIASI SENI VISUAL
1 Pengenalan Seni Visual 12
1.1 Pengertian Seni Visual Calon seharusnya dapat:
1.1.1 Pengkaryaan
dan perekaan
(a) memerihalkan pengertian
pengkaryaan dan
perekaan dalam seni
visual;
(b) mengkategorikan
pengkaryaan dan
perekaan mengikut
bidang;
Pengertian Seni
Visual dalam
konteks
pengkaryaan
merangkumi seni
catan, lukisan, arca,
dan cetakan
Aspek perekaan
merangkumi
komunikasi visual,
reka bentuk
teknologi, dan reka
bentuk persekitaran
1.1.2 Apresiasi (c) memerihalkan dan
membuat penghayatan
terhadap proses dan karya
seni visual.
Aspek apresiasi
meliputi isu
penghayatan
terhadap karya seni
visual
1.2 Peranan Seni Visual Calon seharusnya dapat:
1.2.1 Peranan
psikologi
(a) menjelaskan peranan seni
visual dari aspek
pembangunan potensi
individu;
Pembangunan
potensi individu
merangkumi
kreativiti, sensitiviti,
emosi, dan ekspresi
1.2.2 Peranan
sosiologi
(b) menerangkan peranan
seni visual dari sudut
sosiologi;
(c) menganalisis dan
menjelaskan potensi
pengkaryaan dan
perekaan dalam aspek
komersial;
(d) mengenalpasti peranan
pengkarya terhadap
pembangunan budaya,
warisan, dan
kemasyarakatan;
Peranan seni visual
dari nasionalisme,
persekitaran,
propaganda,
pemujukan, ritual,
pengeluaran,
komersial, budaya,
warisan, pendidikan,
dan kemasyarakatan
4
Tajuk
Waktu
Pengajaran
Hasil Pembelajaran Catatan
1.2.3 Penaungan (e) menjelaskan hubungan
hasil seni dengan
penaungan.
Contoh peranan
penaungan individu
ialah status dan
pelaburan manakala
peranan institusi
ialah pengekalan,
pemuliharaan, dan
pendidikan
2 Bentuk Karya Seni Visual 36 Calon seharusnya dapat:
(a) menganalisis subjek,
aspek formal, kandungan
dan konteks yang
membentuk kesatuan
dalam sesebuah karya
atau rekaan.
2.1 Subjek Calon seharusnya dapat:
2.1.1 Hal benda (a) menghuraikan perkara
yang menjadi asas
pengkaryaan dan
perekaan sesuatu hasil
seni.
Hal benda ialah
kandungan imej
yang menjadi
perkara utama dalam
karya berdasarkan
kepada tema
Tema ialah pokok
persoalan bagi
menyatakan sesuatu
mesej. Tema boleh
merujuk kepada
aspek fenomena,
kebudayaan,
keagamaan,
kepercayaan,
teknologi, dan utiliti
2.2 Aspek formal Calon seharusnya dapat:
(a) memerihal ciri organisasi
bagi proses pembentukan
karya;
Aspek formal ialah
suatu ciri organisasi
dalam proses
pembentukan karya
yang melibatkan
unsur seni dan
prinsip rekaan
dengan sokongan
media dan teknik
bagi mencapai
kesatuan dalam
sesebuah karya
5
Tajuk
Waktu
Pengajaran
Hasil Pembelajaran Catatan
2.2.1 Unsur seni dan
prinsip rekaan
(b) memerihalkan
penggunaan unsur seni
dan prinsip rekaan bagi
mencapai kesatuan;
(c) menjelaskan unsur seni
yang menjadi asas kepada
penghasilan karya;
(d) menjelaskan prinsip
rekaan bagi
mengorganisasi
sesebuah karya seni;
Unsur seni
termasuklah
garisan, rupa, nilai,
jalinan, dan warna
Prinsip rekaan ialah
satu proses
pengorganisasian
bagi mewujudkan
harmoni dan
kepelbagaian.
Harmoni
diwujudkan
menerusi
pengulangan dan
irama. Kepelbagaian
dibentuk menerusi
faktor berbeza
Antara prinsip
rekaan yang
membentuk harmoni
dan kepelbagaian
ialah keseimbangan,
kadar banding,
penegasan,
pergerakan, dan
ekonomi
2.2.2 Media dan
teknik
(e) menjelaskan penggunaan
media dan teknik dalam
pengolahan sesebuah
hasil seni.
Menerusi
pendekatan
konvensional dan
baharu
2.3 Kandungan dan
Konteks
Calon seharusnya dapat:
2.3.1 Makna (a) menganalisis makna
karya;
Antara aspek makna
melibatkan aliran,
kebudayaan,
kepercayaan, dan
persekitaran
2.3.2 Fungsi (b) menganalisis fungsi
karya.
Antara aspek fungsi
melibatkan nilai
estetik dan nilai
praktikal
6
Tajuk
Waktu
Pengajaran
Hasil Pembelajaran Catatan
3 Pendekatan Sejarah
dan Kritikan Seni Visual
72
3.1 Pendekatan Sejarah
Seni Visual
Calon seharusnya dapat:
(a) menggunakan pendekatan
sejarah seni visual untuk
membuat apresiasi dan
kritikan;
Sejarah seni visual
bermaksud merujuk
kepada pengkaryaan
dan perekaan dalam
konteks kronologi,
masa, dan gaya
(b) menjelaskan gerakan seni
utama yang terdapat
dalam seni visual.
Antara gerakan seni
ialah mengikut fasa
tradisi, moden, dan
pasca moden
3.2 Kritikan Seni Visual Calon seharusnya dapat:
3.2.1 Pengertian
kritikan seni
visual
(a) menerangkan pengertian
kritikan seni sebagai alat
memahami dan menilai
karya seni;
Skop kritikan seni
melibatkan maksud,
tujuan, pendekatan,
dan strategi
3.2.2 Tujuan kritikan
seni visual
(b) menjelaskan tentang cara
untuk memahami dan
menikmati karya seni
serta membantu proses
pengkaryaan dan
perekaan;
3.2.3 Pendekatan
kritikan seni
visual
(c) menggunakan pendekatan
yang sesuai dalam
membuat kritikan karya
seni;
Pendekatan kritikan
seni visual boleh
dibuat secara
jurnalistik dan
ilmiah
3.2.4 Strategi
kritikan seni
visual
(d) menggunakan strategi
yang sesuai dalam
membuat kritikan karya
seni.
Strategi kritikan seni
visual melibatkan
Deskripsi
Analisis
Intepretasi
Pertimbangan
7
Penggal Kedua
Tajuk
Waktu
Pengajaran
Hasil Pembelajaran Catatan
LUKISAN PENGKARYAAN
DAN PEREKAAN
1 Pengenalan Jenis-jenis
Lukisan
12 Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti jenis-jenis
lukisan yang berkaitan
dengan pengkaryaan dan
perekaan.
Antara jenis lukisan
ialah lukisan
figuratif, kajian,
informasi, teknikal,
fantasi, konseptual,
dan ilustrasi
2 Kemahiran Asas Lukisan 36
2.1 Media dan teknik asas
lukisan
Calon seharusnya dapat:
(a) membuat eksplorasi
media dan teknik.
Antara media
lukisan adalah
seperti pensel,
arang, pastel,
krayon, pen, dan
marker
Antara teknik asas
lukisan adalah
seperti hatching,
crosshatching,
sgraffito, dan
blending
2.2 Pengamatan
2.2.1 Satu objek
2.2.2 Antara objek
Calon seharusnya dapat:
(a) membuat kajian visual
terhadap sifat objek dan
hubungan objek.
Aspek pengamatan
terhadap sifat objek
seperti keras,
lembut, berjalinan,
dan lut sinar
Aspek pengamatan
terhadap hubungan
objek melibatkan
bentuk, kedudukan
objek, skala dan
kadar banding,
pencahayaan,
struktur, ruang, dan
suasana
8
Tajuk
Waktu
Pengajaran
Hasil Pembelajaran Catatan
3 Penggubahan Lukisan 72
3.1 Lukisan kajian sejadi
dan buatan manusia
Calon seharusnya dapat:
(a) membuat kajian lukisan
yang berteraskan kepada
objek sejadi dan objek
buatan manusia.
3.2 Lukisan teknikal Calon seharusnya dapat:
(a) mengaplikasi teknik
lukisan yang berasaskan
kepada aspek teknikal dan
ketepatan.
Antara contoh
lukisan teknikal
ialah yang
melibatkan
projection dan
elevation
Antara contoh
ilustrasi penerbitan
ialah majalah,
risalah, identiti
korporat,
pembungkusan, dan
poster
Antara contoh
ilustrasi industri
ialah fesyen,
perabot, automobil,
dan barangan
pengguna
3.3 Ilustrasi penerbitan
dan industri
Calon seharusnya dapat:
(a) mengaplikasi lukisan
ilustrasi bagi penghasilan
rekaan penerbitan dan
industri.
9
Penggal Ketiga
Tajuk
Waktu
Pengajaran
Hasil Pembelajaran Catatan
PROJEK KAJIAN SENI
VISUAL
1 Cadangan Projek 24 Calon seharusnya dapat:
1.1 Pernyataan
permasalahan kajian
merujuk tema projek
1.2 Penentuan tema,
subjek, konsep, dan
kandungan
1.3 Penentuan
pendekatan aspek
formal
1.4 Pernyataan
kepentingan projek
1.5 Pemilihan sumber dan
rujukan
(a) mengenal pasti
permasalahan visual dan
rumusan penyelesaian
sesuai dengan tema yang
melibatkan idea, konsep,
dan konteks;
(b) mengemukakan keaslian
idea dan konsep menerusi
lakaran, sumber dan
rujukan;
(c) menentukan subjek,
kandungan dan
pendekatan aspek formal;
(d)menentukan pendekatan
dan gaya penghasilan atau
penampilan;
(e) menjelaskan cadangan
projek dan kepentingan
pengkaryaan dan
perekaan.
Cadangan projek
seni visual
merupakan kertas
konsep bagi
mengemukakan idea
dan rasional projek
sama ada yang
berbentuk
pengkaryaan atau
perekaan dalam
format yang telah
ditetapkan dengan
melampirkan
sumber rujukan dan
lakaran
2 Penghasilan Karya 72 Calon seharusnya dapat:
2.1 Lakaran dan lukisan
dalam perkembangan
idea
(a) memperkembangkan idea
dan ekspresi menerusi
lakaran dan kajian visual
yang menjurus kepada
idea yang konkrit;
(b) membuat eksperimen
terhadap media dan teknik
dan kesesuaiannya bagi
mengembangkan idea dan
ekspresi;
(c) membuat gubahan bagi
menghasilkan karya akhir.
Lakaran visual
bertujuan untuk
menzahirkan idea
yang melibatkan
aktiviti lakaran
thumbnail, lakaran
kasar, dan lakaran
sebenar
2.2 Pemilihan media dan
teknik
2.3 Penentuan gaya
penghasilan atau
penampilan
2.4 Penggubahan dan
penyelesaian visual
10
Tajuk
Waktu
Pengajaran
Hasil Pembelajaran Catatan
3 Persembahan dan
Peragaan
24 Calon seharusnya dapat:
3.1 Pameran dan kemasan
hasil karya
(a) memperagakan karya
dengan kemas dan teratur
bersesuaian dengan
lokasi;
(b) membentangkan
keseluruhan hasil karya
secara lisan.
3.2 Apresiasi
3.2.1 Penyataan
karya
3.2.2 Lisan
11
Kerja Projek
1 Pengenalan
Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan wajib melaksanakan
kerja projek ini sebagai satu daripada komponen pentaksiran untuk penggal ketiga. Calon sekolah
swasta dan calon persendirian individu pula dikehendaki mengambil kertas 970/4. Wajaran
markah bagi komponen kerja projek ini adalah sebanyak 25%. Markah pentaksiran kerja projek
hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk diambil kira bersama-sama dengan
markah peperiksaan bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan. Pentaksiran
pencapaian calon dalam kerja projek ini berdasarkan kepada aspek yang telah ditetapkan dalam
Sukatan Pelajaran (SP).
Penyediaan kerja projek ini mestilah dijalankan pada penggal ketiga mengikut tempoh yang
ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
2 Objektif
Objektif kerja projek ini disediakan adalah untuk menilai keupayaan calon dalam;
menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi cadangan pengkaryaan
mengemukakan keaslian idea dan konsep menerusi kajian, eksperimentasi, eksplorasi,
rujukan, dan sumber
menentukan pendekatan aspek formal yang dipilih yang melibatkan elemen, media, dan
teknik
menentukan gaya penghasilan atau penampilan karya
mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses
penghasilan karya
menghasilkan lakaran yang menjurus kepada idea yang konkrit
menggunakan kepelbagaian kajian, eksperimentasi dan eksplorasi terhadap media dan teknik
menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej
menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri
mengenengah idea-idea yang asli dan baharu dalam pengkaryaan dan perekaan
berhujah terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan karya dalam konteks yang dipilih
mendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visual
mengorganisasi persembahan dan peragaan karya
12
Garis Panduan Umum Kerja Projek: Projek Kajian Seni Visual (Kertas 3)
1. Am
Projek kajian Seni Visual hanya dilaksanakan pada penggal ketiga di sekolah. Projek ini
memerlukan pelajar membuat
(a) Cadangan pengkaryaan
(b) Penghasilan karya
(c) Persembahan dan peragaan
2. Tempoh pelaksanaan projek
Kertas arahan projek kajian Seni Visual akan diedarkan pada awal minggu pertama penggal
ketiga. Calon dikehendaki memulakan kerja kursus sebaik sahaja menerima arahan yang
melibatkan cadangan pengkaryaan, penghasilan, dan penyempurnaan karya untuk persembahan
dan peragaan pada minggu ke-14.
3. Bukti kemajuan dan pengesahan projek
Setiap hasil kerja yang dilaksanakan oleh calon hendaklah disertakan dengan bukti kemajuan
yang diperakukan oleh guru berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh MPM.
4. Format penilaian
(a) Pendekatan
Penilaian bagi projek kajian Seni Visual adalah secara formatif dan sumatif dengan
menggunakan pendekatan pengujian authentic sepanjang penggal ketiga.
(b) Pembahagian markah
Pembahagian markah adalah seperti berikut:
(i) Cadangan pengkaryaan (20%)
(ii) Penghasilan karya (60%)
(iii) Persembahan dan peragaan (20%)
(c) Kaedah penilaian
Penilaian Berasaskan Sekolah
5 Tugasan dan tatacara Projek Kajian Seni Visual
(a) Cadangan pengkaryaan
(i) Pernyataan permasalahan kajian
(ii) Penentuan tema, subjek, konsep, dan kandungan
(iii) Penentuan pendekatan aspek formal dan gaya penghasilan atau penampilan
(iv) Pernyataan kepentingan projek dan keaslian
(v) Sumber dan rujukan
(b) Penghasilan karya
(i) Lakaran dan kajian visual
(ii) Lukisan akhir
(iii) Pemilihan media dan teknik, eksperimentasi, eksplorasi, dan manipulasi
(iv) Penentuan gaya penghasilan atau penampilan
(v) Pendokumentasian proses penghasilan karya secara penulisan dan visual
13
(c) Persembahan dan peragaan
(i) Pameran hasil karya dan kemasan
(ii) Apresiasi
Penyataan karya
Lisan
14
Garis Panduan Umum Amali: Teori Projek Kajian Seni Visual (Kertas 4)
1. Am
Teori projek kajian Seni Visual boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
(a) Penyelidikan awal bagi membentuk idea (dibuat seminggu lebih awal sebagaimana arahan)
(b) Pengkaryaan atau perekaan dalam bilik peperiksaan yang merujuk kepada penyelidikan awal
di atas. Penghasilan boleh dirujuk kepada bahan yang dibawa bersama ke dalam bilik
peperiksaan.
2. Tempoh peperiksaan
Tempoh kertas teori projek kajian Seni Visual adalah tiga jam.
3. Format penilaian
(a) Pembahagian markah
Pembahagian markah adalah seperti berikut:
(i) Konsep karya (20%)
Konsep karya boleh ditulis dalam satu muka surat kertas yang disediakan oleh MPM.
Penjelasan konsep serta ciri-cirinya boleh juga dibuat di atas lakaran bagi menjelaskan
justifikasi lakaran tersebut.
(ii) Lakaran (50%)
(iii) Lakaran komprehensif (30%)
(b) Kaedah pentaksiran
Pentaksiran berpusat
15
Skim Pentaksiran
Kertas 1: 970/1 Seni Visual 1 (Apresiasi Seni Visual)
Kertas ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu Bahagian A, B, dan C. Bahagian A mengandungi
beberapa soalan pendek dan/atau struktur yang memerlukan jawapan yang pendek. Bahagian B
mengandungi 4 soalan esei dan Bahagian C mengandungi 2 soalan esei. Soalan-soalan dalam ketiga-
tiga bahagian ini meliputi tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran bagi bahagian Apresiasi Seni Visual.
Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A, dua soalan daripada Bahagian B, dan
satu soalan daripada Bahagian C. Calon diuji dari aspek pengetahuan, kefahaman, kebolehan
mengaplikasi, menganalisis, mensintesis, menilai, dan membuat cadangan.
Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan pelajar:
(a) mengenal pasti dan menghurai peranan Seni Visual dari aspek psikologi dan sosiologi
(b) mengenal pasti peranan pelukis, pereka, dan penaung terhadap pembangunan budaya, warisan,
kemasyarakatan, dan ekonomi
(c) membuat penganalisisan terhadap kesatuan subjek, aspek formal, kandungan, dan konteks
dalam sesebuah karya atau perekaan
(d) menggunakan pendekatan sejarah dan kritikan seni dalam memahami karya seni
(e) menggunakan istilah, rujukan, dan bahasa seni yang sesuai dalam membuat perbincangan,
penghuraian dan penganalisisan terhadap apresiasi dan kritikan seni
Kertas 2: 970/2 Seni Visual 2 (Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan)
Kertas ini terdiri daripada dua format, iaitu Seting dan Gubahan. Ujian akan dibuat berdasarkan
salah satu daripada format tersebut.
Calon dikehendaki membuat satu lukisan sama ada format 1 (Seting) atau format 2 (Gubahan)
1. Kriteria ujian bagi format 1, Seting adalah seperti berikut:
Kertas ini adalah berasaskan kepada seting yang disediakan. Calon akan diuji dalam kemahiran
melukis mengikut fokus dan permasalahan yang dikemukakan dalam soalan. Ini termasuklah
kebolehan menyelesaikan masalah berkaitan dengan sifat visual objek, kadar banding, ruang,
jalinan, suasana, ekspresi, pencahayaan, penggunaan media, dan teknik.
Gubahan komposisi, kesesuaian media, dan teknik serta aplikasi asas seni reka dalam
pengkaryaan merupakan elemen penting dalam lukisan.
Calon dikehendaki melukis keseluruhan susunan objek yang disediakan.
2. Kriteria ujian bagi format 2, Gubahan adalah seperti berikut:
Kertas ini adalah berasaskan kepada kajian objek dan bahan-bahan yang disediakan sebagaimana
dalam soalan. Calon akan diuji dalam kemahiran melukis mengikut isu dan permasalahan yang
dikemukakan dalam soalan. Calon dikehendaki memanipulasikan sifat visual objek menjadi idea
dan subjek gubahan baharu menerusi beberapa perkembangan lakaran dan lakaran akhir.
Gubahan dibuat sama ada dalam gaya imitasi atau stailisasi yang sesuai.
Nota:
Media yang digunakan dalam gubahan bagi kedua-dua kertas soalan (format 1 dan 2)
adalah media kering.
16
Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan pelajar:
(a) menggunakan teknik yang sesuai bagi memperihalkan ciri atau sifat objek dalam satu gubahan
lukisan
(b) mengekspresikan idea secara kreatif dan inovatif menerusi penggabungjalinan aspek formal,
subjek, dan kandungan dalam gubahan
(c) menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan sifat objek, kadar banding, ruang, jalinan,
suasana, ekspresi, pencahayaan, penggunaan media, dan teknik dalam penghasilan lukisan
(d) menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri dalam gubahan
Kertas 3: 970/3 Seni Visual 3 (Projek Kajian Seni Visual)
Kertas ini bertujuan menguji kemahiran calon untuk menghasilkan karya Seni Visual sama ada dalam
bentuk pengkaryaan atau perekaan. Penekanan penilaian untuk melihat kebolehan pelajar
menghasilkan karya mengikut proses yang sesuai yang melibatkan penyediaan cadangan
pengkaryaan, penghasilan, persembahan, dan penghujahannya.
Pengujian kertas ini sepenuhnya berlaku di sekolah.
Antara bidang kajian adalah seperti yang berikut:
Pengkaryaan Perekaan
Seni halus
Catan
Seni cetak
Arca
Karya boleh berbentuk dua
dimensi, tiga dimensi, atau
multidimensi
(a) Komunikasi visual
Grafik
Multimedia
Animasi
Laman Web
(b) Reka bentuk teknologi
Industri
Seramik
Fesyen
Tekstil
Logam halus
(c) Reka bentuk persekitaran
Landskap
Hiasan dalaman
Bentuk soalan bersifat terbuka dan tidak semestinya menjurus pada satu-satu bidang tertentu sahaja.
Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan kualiti personal pelajar
sebagaimana yang termuat pada halaman 11.
Kertas 4: 970/4 Seni Visual 4 (Teori Projek Kajian Seni Visual)
Kertas ini menguji kebolehan calon menyatakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Seni
Visual, khususnya yang berkaitan dengan aspek dan persoalan pengkaryaan dan perekaan. Calon
dikehendaki mengemukakan jawapan berasaskan satu cadangan bertulis bersama dengan sokongan
visual yang baik bagi menterjemahkan idea dan proses penghasilan karya atau perekaan.
Calon boleh membuat kajian awal bagi menyediakan bahan rujukan untuk dibawa bersama ke dalam
dewan peperiksaan. Calon juga dikehendaki membawa peralatan yang sesuai seperti pensel warna,
alat geometri, media kering, dan pen teknikal semasa menduduki peperiksaan kertas ini.
17
Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan pelajar:
(a) menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi satu cadangan projek penghasilan
(b) menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej
(c) menterjemahkan idea dan konsep menerusi tulisan dan lakaran
(d) menunjukkan gaya yang tersendiri dalam pengkaryaan dan perekaan.
18
Skim Pentaksiran
Penggal
Pengajian
Kod dan
Nama Kertas
Jenis Ujian
Markah
(Wajaran)
Masa Pentadbiran
Penggal
Pertama
970/1
Seni Visual 1
(Apresiasi
Seni Visual)
Ujian Bertulis 80
(40%)
2 jam Pentaksiran
berpusat
Bahagian A:
Soalan berstruktur
4 soalan diberikan
Jawab semua soalan
35
Bahagian B:
Soalan esei
4 soalan diberikan
Jawab 2 soalan daripada
4 soalan
30
Bahagian C:
Soalan esei
2 soalan diberikan
Jawab 1 soalan daripada
2 soalan
15
Penggal
Kedua
970/2
Seni Visual 2
(Lukisan
dalam
Pengkaryaan
dan
Perekaan)
Ujian Melukis
Calon dikehendaki
membuat satu lukisan
berdasarkan sama ada
format 1 (Seting) atau
format 2 (Gubahan)
70
(35%)
3 jam Pentaksiran
berpusat
Penggal
Ketiga
970/3
Seni Visual 3
(Projek
Kajian Seni
Visual)
Kerja Projek
Penghasilan karya
Soalan kerja projek
2 soalan diberikan
Jawab 1 soalan daripada
2 soalan
100
(25%)
Sepanjang
penggal
ketiga
Pentaksiran
berasaskan
sekolah bagi
calon sekolah
kerajaan dan
calon sekolah
bantuan
kerajaan
970/4
Seni Visual 4
(Teori Projek
Kajian Seni
Visual)
Ujian Bertulis
Soalan esei
1 soalan diberikan
Soalan wajib dijawab
100
(25%)
3 jam Pentaksiran
berpusat bagi
calon sekolah
swasta, calon
persendirian
individu, dan
calon
mengulang
peperiksaan
STPM sebagai
alternatif kerja
projek
19
Pemerihalan Prestasi
Gred diberikan sebagai panduan penanda aras indikasi umum pencapaian yang wajar diperlihatkan
oleh calon. Gred yang diberikan akan bergantung kepada markah yang diperoleh melalui kertas yang
diambil oleh calon yang memenuhi keseluruhan objektif pengajaran mata pelajaran.
Appresiasi Seni
Gred A
Calon berupaya memenuhi semua objektif pentaksiran untuk ke peringkat yang lebih tinggi.
Calon boleh membuktikan pengetahuan dan kefahaman yang kukuh dalam bidang yang dipilih.
Calon menunjukkan gaya penulisan yang tersendiri.
Calon menunjukkan perbincangan isi dan fakta secara analitikal dan kritikal dalam perbahasan.
Calon berupaya menyelesaikan persoalan yang diberi dengan rangkuman yang menyeluruh.
Calon menggunakan rujukan dan bahasa seni visual yang sesuai dalam penulisan.
Gred C
Calon memenuhi kehendak objektif pentaksiran dengan pencapaian yang sederhana.
Calon dapat menunjukkan pengetahuan dan kefahaman yang terhad dalam bidang yang dipilih.
Calon menunjukkan gaya penulisan yang sederhana.
Calon menunjukkan perbincangan isi dan fakta secara terhad dalam perbahasan.
Calon menggunakan rujukan dan bahasa seni visual yang terhad dalam penulisan.
20
Lukisan
Gred A
Calon dapat memenuhi semua objektif pentaksiran untuk ke peringkat yang lebih tinggi.
Calon dapat membuktikan kebolehan dan kemahiran yang kukuh serta kreativiti yang tinggi
dalam bidang yang dipilih.
Calon berupaya menunjukkan gaya penghasilan yang tersendiri dan kreatif dalam menjalinkan
aspek formal dengan idea dan mesej.
Calon dapat menyelesaikan permasalahan visual dan aspek formalistik dalam pengkaryaan.
Calon dapat mengemukakan karya seni yang asli dengan tahap penerokaan yang tinggi.
Gred C
Calon memenuhi kehendak objektif pentaksiran dengan pencapaian yang sederhana.
Calon membuktikan kebolehan dan kemahiran yang sederhana dalam bidang yang dipilih.
Calon menghasilkan karya dengan kesederhanaan tahap penghasilan.
Calon menunjukkan gaya penghasilan.
21
Projek Kerja Kursus
Gred A
Calon dapat memenuhi semua objektif pentaksiran untuk ke peringkat yang lebih tinggi.
Calon berupaya membuktikan kebolehan dan kemahiran yang kukuh serta keupayaan kreativiti
yang tinggi dalam bidang yang dipilih.
Calon dapat menghasilkan karya yang menunjukkan ketinggian tahap penyelidikan.
Calon menunjukkan kesungguhan meneroka ilmu menerusi rujukan yang komprehensif dan
selektif.
Calon menunjukkan gaya penghasilan atau penampilan yang tersendiri dan kreatif dalam
menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej.
Calon berupaya menyelesaikan permasalahan visual dan aspek formalistik dalam pengkaryaan.
Calon menunjukkan pendokumentasian proses penghasilan karya dibuat secara teliti serta menjadi
rujukan yang sangat berguna.
Calon dapat mengemukakan karya seni yang asli yang boleh memperkayakan budaya dan warisan
seni.
Calon menunjukkan keyakinan yang tinggi dan keupayaan yang tinggi dalam menimbang
maklumat, pendapat, keputusan, dan komunikasi.
Calon menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam penerokaan dan penghasilan karya.
Gred C
Calon memenuhi kehendak objektif pentaksiran yang bersifat sederhana.
Calon membuktikan kebolehan dan kemahiran yang sederhana serta keupayaan kreativiti yang
sewajarnya dalam bidang yang dipilih.
Calon menghasilkan karya dengan kesederhanaan tahap penyelidikan.
Calon menunjukkan ada rujukan dalam pengkaryaan.
Calon menunjukkan gaya penghasilan atau penampilan yang sederhana.
Calon menunjukkan keyakinan yang sederhana dan keupayaan yang terhad dalam menimbang
maklumat, pendapat, keputusan, dan komunikasi.
Calon menunjukkan kesungguhan yang sederhana dalam penerokaan dan penghasilan karya.
22
Senarai Rujukan
1. Feldman, E.B., 1994. Practical Art Criticism. Upper Saddle River, New Jessey: Prentice-Hall
Inc.
2. Horst, et al., 1991. Gardner’s Art Through the Ages. Edisi ke-9. New York: HBJ.
3. Lazzari, M. dan Schlesier, D., 2008. Exploring Art. Belmont: Thomson Wadsworth.
4. Lester, P.M., 2003. Visual Communication. Edisi ke-3. Belmont: Thomson Wadsworth.
5. Muliyadi Mahamood, 2008. Seni Lukis Moden Malaysia 1930-an hingga 1990-an: Era Perintis
hingga Era Pluralis. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.
6. Ocvirk, et al., 2006. Art Fundamentals: Theory and Practice. Edisi ke-10. New York: McGraw-
Hill.
7. Preble, D., Preble, S. dan Frank, P., 1999. Artforms: An Introduction to the Visual Arts. Edisi
ke-6. New York: Longman.
8. Sabapathy, T.K. dan Piyadasa, R., 1983. Modern Artists of Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
9. Sale, T. dan Betti, C., 2008. Drawing a Contemporary Approach. Edisi ke-6. Belmont: Thomson
Wadsworth.
10. Susur Masa, 2008. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara.
23
KERTAS SOALAN CONTOH
No. kad pengenalan: ………………................... No. pusat/angka giliran: ……………..………….
970/1 STPM
SENI VISUAL
KERTAS 1
(APRESIASI SENI VISUAL)
(Dua jam)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Untuk kegunaan
pemeriksa
Bahagian A
1
2
3
4
Bahagian B
Bahagian C
Jumlah
Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong.
Majlis Peperiksaan Malaysia
STPM 970/1
Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA
ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Sebanyak
35 markah diuntukkan dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah
ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan ini.
Jawab dua soalan dalam Bahagian B. Sebanyak 30 markah
diuntukkan dalam bahagian ini..
Jawab satu soalan dalam Bahagian C. Sebanyak 15 markah
diuntukkan dalam bahagian ini.
Untuk menjawab Bahagian B dan Bahagian C, anda
dikehendaki menggunakan kertas tulis jawapan. Mulakan setiap
jawapan pada helaian kertas yang baru, dan susun jawapan anda
mengikut tertib berangka. Ikat kertas jawapan anda bersama
dengan kertas soalan ini.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda
kurung [ ].
24
Bahagian A
[35 markah]
Jawab semua soalan.
1 (a) Namakan dua bidang perekaan dalam seni visual.
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
[2]
(b) Huraikan dua peranan sosiologi dalam seni visual.
(i) ............................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
(ii) ............................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
[4]
2 Gambar 1 ialah gambar foto sebuah hasil karya catan oleh Hassan Mohd Ghazali yang bertajuk
Menumpang (2007). Berdasarkan gambar tersebut,
(a) jelaskan perkaitan subjek dengan tajuk karya,
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
[3]
(b) bincangkan aspek komposisi karya.
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
[6]
970/1
25
Gambar 1
Menumpang (2007) Hassan Mohd Ghazali
3 (a) Jelaskan kepentingan kritikan Seni Visual.
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
[4]
(b) Terangkan dua pendekatan dalam kritikan Seni Visual.
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
[6]
970/1
26
4 Gambar 2 ialah gambar foto sebuah basikal bermotor pengangkutan awam di negara Jepun.
Berdasarkan gambar tersebut,
(a) nilaikan aspek inovasi dalam rekaan,
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
[5]
(b) beri justifikasi kesesuaian reka bentuk dengan fungsi kenderaan di bandar.
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
[5]
Gambar 2
970/1
27
Bahagian B
[30 markah]
Jawab dua soalan sahaja.
5 Penaungan seni ialah suatu unsur penyumbang kepada pekembangan seni di sesebuah negara.
Bincangkan penyataan ini dengan merujuk kepada tiga institusi dan organisasi seni yang terdapat
di Malaysia. [15]
6 Gambar 3 ialah lakaran reka bentuk produk sebuah telefon bimbit oleh Carl Liu. Berdasarkan
lakaran tersebut, bincangkan fungsi lakaran bagi membantu penghasilan produk akhir. [15]
Gambar 3
970/1
Silakoyakkandisepanjanggarisputus-putusini.
28
7 Berdasarkan Gambar 4 yang bertajuk Malaysia Truly Asia, bincangkan bagaimana subjek dalam
karya tersebut dapat disesuaikan dengan konteks Satu Malaysia. [15]
Gambar 4
8 Berdasarkan Gambar 5, buat perbincangan terhadap aspek formal dalam karya tiga dimensi
tersebut. [15]
Gambar 5
970/1
Silakoyakkandisepanjanggarisputus-putusini.
29
Bahagian C
[15 markah]
Jawab satu soalan sahaja.
9 Gambar 6 ialah gambar animasi yang dijanakan melalui komputer grafik. Berdasarkan gambar
tersebut, analisiskan aspek elemen dan prinsip rekaan serta kaitannya dengan ruang maya dalam
rekaan animasi. [15]
Gambar 6
10 Gambar 7 ialah gambar foto hasil karya Mohd Mustafa bin Mohd Ghazali yang bertajuk Flora
Keris Melayu Sakti (2004). Dengan menggunakan strategi kritikan seni, berikan penilaian anda
tentang keberkesanan karya tersebut dalam menyampaikan mesejnya. [15]
Gambar 7
Flora Keris Melayu Sakti (2004) Mohd Mustafa bin Mohd Ghazali
970/1
Silakoyakkandisepanjanggarisputus-putusini.
30
KERTAS SOALAN CONTOH
(FORMAT 1)
970/2 STPM
SENI VISUAL
KERTAS 2
(LUKISAN PENGKARYAAN DAN PEREKAAN)
(Tiga jam)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN.
Lukisan anda hendaklah dibuat pada satu muka kertas lukisan sahaja.
Anda dinasihati supaya menulis nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka
giliran, dan nombor kad pengenalan dengan jelas mengikut susunan tersebut. Butir-butir ini
hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan di sebelah bawah kertas lukisan.
Markah mungkin tidak dapat diberikan jika butir-butir di atas tidak ditulis dengan jelas.
Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong.
Majlis Peperiksaan Malaysia
STPM 970/2
31
Buat satu lukisan dengan menggunakan media kering berasaskan seting yang disediakan. Anda
dikehendaki melukis dari sudut pandangan anda bagi seting yang telah disusun.
Di atas sebuah meja diletakkan sebuah kerusi kayu. Kedudukan kerusi menghala ke arah dinding
dalam keadaan serong. Sehelai seluar track suit berjalur disangkut di bahagian penjuru kiri penyandar
kerusi. Di atas seluar terdapat sebuah topi anyaman. Sebahagian kaki seluar terletak di atas kerusi dan
sebahagiannya tergantung. Di sebelah kanan penyandar kerusi tergantung bekas minuman bertali.
Anda dikehendaki melukis berdasarkan penelitian dan analisis terhadap sudut pandangan dan
sifat objek di dalam seting.
970/2
32
KERTAS SOALAN CONTOH
(FORMAT 2 – CONTOH 1)
970/2 STPM
SENI VISUAL
KERTAS 2
(LUKISAN PENGKARYAAN DAN PEREKAAN)
(Tiga jam)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN.
Lukisan anda hendaklah dibuat pada satu muka kertas lukisan sahaja.
Anda dinasihati supaya menulis nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka
giliran, dan nombor kad pengenalan dengan jelas mengikut susunan tersebut. Butir-butir ini
hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan di sebelah bawah kertas lukisan.
Markah mungkin tidak dapat diberikan jika butir-butir di atas tidak ditulis dengan jelas.
Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong.
Majlis Peperiksaan Malaysia
STPM 970/2
33
Buat satu lukisan pengkaryaan atau perekaan bertemakan Alam Semula Jadi.
Berdasarkan kepada objek yang diberi anda dikehendaki meneliti kesan jalinan yang dapat dilihat
menerusi keratan rentas objek tersebut. Buat olahan kesan jalinan tersebut untuk dijadikan reka corak
fabrik pakaian kanak-kanak.
Bagi tujuan tersebut anda dikehendaki membuat lakaran dan lukisan pada tiga helai kertas lukisan
yang disediakan dengan
(a) membuat satu lakaran kesan jalinan sebenar dari keratan objek, [10]
(b) membuat lakaran thumbnail untuk olahan motif reka corak fabrik berdasarkan lakaran
(a) di atas, (maksimum 5 lakaran) [30]
(c) membuat lukisan rekaan corak berdasarkan motif yang dipilih dalam lakaran (b) di atas. Hasil
rekaan hendaklah bersaiz 20 cm 15 cm. [30]
970/2
34
KERTAS SOALAN CONTOH
(FORMAT 2 – CONTOH 2)
970/2 STPM
SENI VISUAL
KERTAS 2
(LUKISAN PENGKARYAAN DAN PEREKAAN)
(Tiga jam)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN.
Lukisan anda hendaklah dibuat pada satu muka kertas lukisan sahaja.
Anda dinasihati supaya menulis nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka
giliran, dan nombor kad pengenalan dengan jelas mengikut susunan tersebut. Butir-butir ini
hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan di sebelah bawah kertas lukisan.
Markah mungkin tidak dapat diberikan jika butir-butir di atas tidak ditulis dengan jelas.
Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong.
Majlis Peperiksaan Malaysia
STPM 970/2
35
Berdasarkan Gambar 1 di bawah ini, anda dikehendaki membuat lukisan yang merujuk kepada watak
wira kepimpinan negara kita.
Bagi tujuan gubahan tersebut, anda dikehendaki membuat lakaran dan lukisan pada dua helai
kertas lukisan yang disediakan dengan
(a) menghasilkan tiga lakaran ekspresi wajah watak tersebut dalam satu helai kertas lukisan,
[30]
(b) membuat gubahan satu lukisan berdasarkan dalam lakaran (a) yang menampakkan
pergerakan dan aksi watak tersebut dalam tugasnya. [40]
Gambar 1
Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
(Dipetik daripada Mahdi Shuid, Suzani Osman dan Sazlina Othman, 2007.
Teks PRA-U STPM: Sejarah Malaysia,
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.: Selangor, halaman viii)
970/2
36
KERTAS SOALAN CONTOH
970/3 STPM
ARAHAN KERJA KURSUS SENI VISUAL
KERTAS 3
(PROJEK KAJIAN SENI VISUAL)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN.
Kertas ini mengandungi Arahan Kerja Kursus dan Soalan Kerja Kursus Seni Visual.
Anda dikehendaki membaca arahan yang diberikan dengan teliti sebelum memulakan projek
kajian seni visual anda.
Ada dua soalan kerja kursus yang dikemukakan. Anda dikehendaki memilih satu soalan sahaja.
Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong.
Majlis Peperiksaan Malaysia
STPM 970/3
37
PENGKARYAAN 1
Balai Seni Lukis Negara akan mengadakan suatu pameran sempena Tahun Melawat Malaysia 2008
yang bertemakan “Warisan Negara”.
Anda dikehendaki membuat satu analisis tentang konsep warisan negara dan karya yang sesuai untuk
pameran tersebut bagi memperkembangkan seni tampak negara.
Karya anda boleh menggunakan bahan perantaraan minyak (oil-based) atau air (water-based).
Hasil karya hendaklah berukuran tidak melebihi 60 cm 40 cm.
Penilaian adalah berdasarkan perkara berikut:
Cadangan pengkaryaan (20%)
Penghasilan karya (60%)
Persembahan dan peragaan (20%)
Tugasan dan tatacara penghasilan karya
(a) Cadangan pengkaryaan
(i) Pernyataan permasalahan kajian
(ii) Penentuan tema, subjek, konsep, dan kandungan
(iii) Penentuan pendekatan aspek formal dan gaya penghasilan atau penampilan
(iv) Pernyataan kepentingan projek dan keaslian
(v) Sumber dan rujukan
(b) Penghasilan karya
(i) Lakaran dan kajian visual
(ii) Lukisan akhir
(iii) Pemilihan media dan teknik, eksperimentasi, eksplorasi, dan manipulasi
(iv) Penentuan gaya penghasilan atau penampilan
(v) Pendokumentasian proses penghasilan karya secara penulisan dan visual
(c) Persembahan dan peragaan
(i) Pameran hasil karya dan kemasan
(ii) Apresiasi
Penyataan karya
Lisan
Nota:
Sisipan, foto, dan catatan proses penghasilan adalah penting di kumpulkan oleh pelajar sebagai
bukti keaslian dan kreativiti penghasilan karya.
970/3
38
PEREKAAN 1
Sebuah syarikat sukan sedang mempromosi pelbagai alat sukan lasak (extreme) untuk dipasarkan.
Buat analisis tentang satu contoh sukan lasak (extreme) yang sesuai bagi mempromosikan sukan
tersebut.
Hasilkan sebuah rekaan pembungkusan yang dapat menggambarkan imej alat sukan lasak tersebut.
Hasil rekaan hendaklah bersaiz 30 cm panjang, 25 cm lebar, dan 25 cm tinggi dengan menggunakan
kertas tebal atau card board.
Penilaian adalah berdasarkan perkara berikut:
Cadangan perekaan (20%)
Penghasilan karya (60%)
Persembahan dan peragaan (20%)
Tugasan dan tatacara penghasilan karya
(a) Cadangan perekaan
(i) Pernyataan permasalahan kajian
(ii) Penentuan konsep dan fungsi
(iii) Penentuan pendekatan aspek formal
(iv) Pernyataan kepentingan projek dan keaslian
(v) Sumber dan rujukan
(b) Penghasilan karya
(i) Lakaran thumbnail
(ii) Lukisan komprehensif
(iii) Pemilihan media dan teknik
(v) Pendokumentasian proses perekaan secara penulisan dan visual
(c) Persembahan dan peragaan
(i) Pameran hasil produk dan kemasan
(ii) Apresiasi
Penyataan produk
Lisan
Nota:
Sisipan, foto, dan catatan proses penghasilan adalah penting di kumpulkan oleh pelajar sebagai
bukti keaslian dan kreativiti perekaan.
970/3
39
KERTAS SOALAN CONTOH
970/4 STPM
SENI VISUAL
KERTAS 4
(TEORI PROJEK KAJIAN SENI VISUAL)
(Tiga jam)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN.
Jawab semua soalan.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].
Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong.
Majlis Peperiksaan Malaysia
STPM 970/4
40
Jawab semua soalan.
(a) Dengan merujuk kepada lokasi dan kajian yang telah dibuat (sebagaimana dalam kajian
awal), anda dikehendaki membuat lima lakaran dengan mencadangkan sebuah arca yang bersesuaian
dengan ciri-ciri identiti tempatan atau kedaerahan. Lakaran hendaklah menampakkan perspektif yang
betul. [35]
(b) Berdasarkan lima lakaran di atas, anda dikehendaki memilih lakaran yang sesuai bagi
membuat satu lakaran yang komprehensif. Di dalam lakaran tersebut, anda dikehendaki menjelaskan
bentuk arca yang dicadangkan dengan memberi justifikasi kepada aspek-aspek berikut:
(i) identiti,
(ii) media dan teknik,
(iii) saiz,
(iv) kaedah persembahan dan
(v) fungsi.
[50]
(c) Konsep pengkaryaan arca hendaklah ditulis sekurang-kurangnya dalam satu muka surat
di kertas yang disediakan oleh MPM. Penerangan tentang karya dan identitinya boleh juga ditulis
di atas lakaran bagi menjelaskan maksud karya tersebut. [10]
(d) Satu senarai rujukan yang lengkap untuk pengkaryaan perlu disediakan. [5]
970/4

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Membuat corak dan rekaan pembalut hadiah
Membuat corak dan rekaan   pembalut hadiahMembuat corak dan rekaan   pembalut hadiah
Membuat corak dan rekaan pembalut hadiahAzie Zainal
 
Contoh rph dsv tahun 2
Contoh rph dsv tahun 2Contoh rph dsv tahun 2
Contoh rph dsv tahun 2Salmah Md Amin
 
Rph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaan
Rph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaanRph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaan
Rph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaanFaeza Hamzah
 
Rancangan tahunan sv 2012
Rancangan tahunan sv 2012Rancangan tahunan sv 2012
Rancangan tahunan sv 2012Alyia Chu
 
Standard-prestasi-dunia-seni-visual-kssr-tahun-2
 Standard-prestasi-dunia-seni-visual-kssr-tahun-2 Standard-prestasi-dunia-seni-visual-kssr-tahun-2
Standard-prestasi-dunia-seni-visual-kssr-tahun-2share with me
 
Rph kssr contoh seni topeng
Rph kssr contoh seni topengRph kssr contoh seni topeng
Rph kssr contoh seni topengAhmad NazRi
 
RPH Membuat corak dan rekaan(kssr)
RPH Membuat corak dan rekaan(kssr)RPH Membuat corak dan rekaan(kssr)
RPH Membuat corak dan rekaan(kssr)yus iza
 
Pengajian Kurikulum PSV
Pengajian Kurikulum PSVPengajian Kurikulum PSV
Pengajian Kurikulum PSVErica Leenya
 
Dokumen standard dsv tahun 2
Dokumen standard dsv tahun 2Dokumen standard dsv tahun 2
Dokumen standard dsv tahun 2Alvin Dalius
 
Rancangan pengajaran harian dunia seni visual tahun 2
Rancangan pengajaran harian  dunia seni visual tahun 2Rancangan pengajaran harian  dunia seni visual tahun 2
Rancangan pengajaran harian dunia seni visual tahun 2share with me
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4David Choo
 
Rph kssr dunia seni visual tahun 2
Rph kssr dunia seni visual tahun 2Rph kssr dunia seni visual tahun 2
Rph kssr dunia seni visual tahun 2Ahmad NazRi
 
Psv3104 poknik
Psv3104 poknikPsv3104 poknik
Psv3104 poknikMdham Mat
 
Rancangan tahunan psv tingkatan 3 2014
Rancangan tahunan psv tingkatan 3 2014Rancangan tahunan psv tingkatan 3 2014
Rancangan tahunan psv tingkatan 3 2014ManYong Yong
 
Rph menggambar gosokan psv t4
Rph menggambar gosokan psv t4Rph menggambar gosokan psv t4
Rph menggambar gosokan psv t4share with me
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanLinda Midy
 
Rph Mengenal Kraf Tahun 2
Rph Mengenal Kraf Tahun 2Rph Mengenal Kraf Tahun 2
Rph Mengenal Kraf Tahun 2Nor Shahirah
 

La actualidad más candente (20)

Membuat corak dan rekaan pembalut hadiah
Membuat corak dan rekaan   pembalut hadiahMembuat corak dan rekaan   pembalut hadiah
Membuat corak dan rekaan pembalut hadiah
 
Contoh rph dsv tahun 2
Contoh rph dsv tahun 2Contoh rph dsv tahun 2
Contoh rph dsv tahun 2
 
Rph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaan
Rph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaanRph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaan
Rph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaan
 
Rancangan tahunan sv 2012
Rancangan tahunan sv 2012Rancangan tahunan sv 2012
Rancangan tahunan sv 2012
 
Standard-prestasi-dunia-seni-visual-kssr-tahun-2
 Standard-prestasi-dunia-seni-visual-kssr-tahun-2 Standard-prestasi-dunia-seni-visual-kssr-tahun-2
Standard-prestasi-dunia-seni-visual-kssr-tahun-2
 
Rph kssr contoh seni topeng
Rph kssr contoh seni topengRph kssr contoh seni topeng
Rph kssr contoh seni topeng
 
RPH Membuat corak dan rekaan(kssr)
RPH Membuat corak dan rekaan(kssr)RPH Membuat corak dan rekaan(kssr)
RPH Membuat corak dan rekaan(kssr)
 
Pengajian Kurikulum PSV
Pengajian Kurikulum PSVPengajian Kurikulum PSV
Pengajian Kurikulum PSV
 
Rph dsv thn 1
Rph dsv thn 1Rph dsv thn 1
Rph dsv thn 1
 
Rancangan Tahunan PSV Tahun 4
Rancangan Tahunan PSV Tahun 4Rancangan Tahunan PSV Tahun 4
Rancangan Tahunan PSV Tahun 4
 
Dokumen standard dsv tahun 2
Dokumen standard dsv tahun 2Dokumen standard dsv tahun 2
Dokumen standard dsv tahun 2
 
Rancangan pengajaran harian dunia seni visual tahun 2
Rancangan pengajaran harian  dunia seni visual tahun 2Rancangan pengajaran harian  dunia seni visual tahun 2
Rancangan pengajaran harian dunia seni visual tahun 2
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Rph kssr dunia seni visual tahun 2
Rph kssr dunia seni visual tahun 2Rph kssr dunia seni visual tahun 2
Rph kssr dunia seni visual tahun 2
 
Psv3104 poknik
Psv3104 poknikPsv3104 poknik
Psv3104 poknik
 
Rancangan tahunan psv tingkatan 3 2014
Rancangan tahunan psv tingkatan 3 2014Rancangan tahunan psv tingkatan 3 2014
Rancangan tahunan psv tingkatan 3 2014
 
Rph menggambar gosokan psv t4
Rph menggambar gosokan psv t4Rph menggambar gosokan psv t4
Rph menggambar gosokan psv t4
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
 
Rph Mengenal Kraf Tahun 2
Rph Mengenal Kraf Tahun 2Rph Mengenal Kraf Tahun 2
Rph Mengenal Kraf Tahun 2
 
4 bidang psv
4 bidang psv4 bidang psv
4 bidang psv
 

Destacado

Lukisan Reka Bentuk Tembikar
Lukisan Reka Bentuk TembikarLukisan Reka Bentuk Tembikar
Lukisan Reka Bentuk TembikarNorAzmi2012
 
Lukisan Reka Bentuk Kereta
Lukisan Reka Bentuk KeretaLukisan Reka Bentuk Kereta
Lukisan Reka Bentuk KeretaNorAzmi2012
 
Teknik asas melukis
Teknik asas melukisTeknik asas melukis
Teknik asas melukisilaazmil2
 
Lukisan Perekaan Rekacorak
Lukisan Perekaan Rekacorak Lukisan Perekaan Rekacorak
Lukisan Perekaan Rekacorak NorAzmiHasshim
 
Contoh Lukisan Pengkaryaan
Contoh Lukisan PengkaryaanContoh Lukisan Pengkaryaan
Contoh Lukisan PengkaryaanNorAzmiHasshim
 
Langkah membuat-corak-lipatan-dan-guntingan
Langkah membuat-corak-lipatan-dan-guntinganLangkah membuat-corak-lipatan-dan-guntingan
Langkah membuat-corak-lipatan-dan-guntinganNur Imanina Ibrahim
 
Lukisan perekaan rekacorak (1)
Lukisan perekaan rekacorak (1)Lukisan perekaan rekacorak (1)
Lukisan perekaan rekacorak (1)NorAzmi2012
 
SENI VISUAL - STPM
SENI VISUAL - STPMSENI VISUAL - STPM
SENI VISUAL - STPMrazman yusof
 
Lukisan Perekaan - Ilustrasi
Lukisan Perekaan -  IlustrasiLukisan Perekaan -  Ilustrasi
Lukisan Perekaan - IlustrasiNorAzmi2012
 
Lipatan dan guntingan
Lipatan dan guntinganLipatan dan guntingan
Lipatan dan guntinganConnie Lee
 
Lukisan Perekaan Rekacorak
Lukisan Perekaan RekacorakLukisan Perekaan Rekacorak
Lukisan Perekaan RekacorakNorAzmi2012
 
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)Fairuz Alwi
 
SISTEM MODULAR STPM 2014
SISTEM MODULAR STPM 2014SISTEM MODULAR STPM 2014
SISTEM MODULAR STPM 2014Sifu Kua
 
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6Noraini Che Embong
 
Teknik melukis
Teknik melukisTeknik melukis
Teknik melukisilaazmil2
 

Destacado (20)

Alam semulajadi
Alam semulajadiAlam semulajadi
Alam semulajadi
 
Lukisan Reka Bentuk Tembikar
Lukisan Reka Bentuk TembikarLukisan Reka Bentuk Tembikar
Lukisan Reka Bentuk Tembikar
 
Lukisan Reka Bentuk Kereta
Lukisan Reka Bentuk KeretaLukisan Reka Bentuk Kereta
Lukisan Reka Bentuk Kereta
 
Lukisan perekaan
Lukisan perekaanLukisan perekaan
Lukisan perekaan
 
Teknik asas melukis
Teknik asas melukisTeknik asas melukis
Teknik asas melukis
 
SENI VISUAL SPM
SENI VISUAL SPMSENI VISUAL SPM
SENI VISUAL SPM
 
Lukisan Perekaan Rekacorak
Lukisan Perekaan Rekacorak Lukisan Perekaan Rekacorak
Lukisan Perekaan Rekacorak
 
Contoh Lukisan Pengkaryaan
Contoh Lukisan PengkaryaanContoh Lukisan Pengkaryaan
Contoh Lukisan Pengkaryaan
 
Langkah membuat-corak-lipatan-dan-guntingan
Langkah membuat-corak-lipatan-dan-guntinganLangkah membuat-corak-lipatan-dan-guntingan
Langkah membuat-corak-lipatan-dan-guntingan
 
Lukisan perekaan rekacorak (1)
Lukisan perekaan rekacorak (1)Lukisan perekaan rekacorak (1)
Lukisan perekaan rekacorak (1)
 
SENI VISUAL - STPM
SENI VISUAL - STPMSENI VISUAL - STPM
SENI VISUAL - STPM
 
Lukisan Perekaan - Ilustrasi
Lukisan Perekaan -  IlustrasiLukisan Perekaan -  Ilustrasi
Lukisan Perekaan - Ilustrasi
 
Lipatan dan guntingan
Lipatan dan guntinganLipatan dan guntingan
Lipatan dan guntingan
 
Lukisan Perekaan Rekacorak
Lukisan Perekaan RekacorakLukisan Perekaan Rekacorak
Lukisan Perekaan Rekacorak
 
Lukisan Pengkaryaan
Lukisan Pengkaryaan Lukisan Pengkaryaan
Lukisan Pengkaryaan
 
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
 
SISTEM MODULAR STPM 2014
SISTEM MODULAR STPM 2014SISTEM MODULAR STPM 2014
SISTEM MODULAR STPM 2014
 
Bahan rujukan
Bahan rujukanBahan rujukan
Bahan rujukan
 
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
 
Teknik melukis
Teknik melukisTeknik melukis
Teknik melukis
 

Similar a 970 sp seni visual(new)

Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM
Sukatan Pelajaran Seni Visual STPMSukatan Pelajaran Seni Visual STPM
Sukatan Pelajaran Seni Visual STPMNorhayati Ismail
 
Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5 Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5 PUTERI KATAK
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5niza_yusof
 
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5nurmawaddah1519
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5tunteja2008
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Umaiya Ambal
 
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4Shika Nara
 
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR FREE FILE DOWNLOAD
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5401401401
 
dskp-pendidikanseni-tingkatan1.pdf
dskp-pendidikanseni-tingkatan1.pdfdskp-pendidikanseni-tingkatan1.pdf
dskp-pendidikanseni-tingkatan1.pdfChewLeeTan
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5pototo16
 
Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4Leong Kim Yin
 
Minit curai psv
Minit curai psvMinit curai psv
Minit curai psvcharice88
 
DS dunia seni visual thn 2
DS dunia seni visual thn 2DS dunia seni visual thn 2
DS dunia seni visual thn 2skulumosopoh
 
Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2Kickstory
 
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Nor Amalina
 
Dokumen dskp kssr_psv_tahun_6
Dokumen dskp kssr_psv_tahun_6 Dokumen dskp kssr_psv_tahun_6
Dokumen dskp kssr_psv_tahun_6 Fazri Hassan
 

Similar a 970 sp seni visual(new) (20)

Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM
Sukatan Pelajaran Seni Visual STPMSukatan Pelajaran Seni Visual STPM
Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM
 
Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5 Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4
 
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
dskp-pendidikanseni-tingkatan1.pdf
dskp-pendidikanseni-tingkatan1.pdfdskp-pendidikanseni-tingkatan1.pdf
dskp-pendidikanseni-tingkatan1.pdf
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4
 
Minit curai psv
Minit curai psvMinit curai psv
Minit curai psv
 
DS dunia seni visual thn 2
DS dunia seni visual thn 2DS dunia seni visual thn 2
DS dunia seni visual thn 2
 
Pem.saintifik psv
Pem.saintifik psvPem.saintifik psv
Pem.saintifik psv
 
Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4
 
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2
 
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
 
Dokumen dskp kssr_psv_tahun_6
Dokumen dskp kssr_psv_tahun_6 Dokumen dskp kssr_psv_tahun_6
Dokumen dskp kssr_psv_tahun_6
 
Dskp kssr psv th 6
Dskp kssr psv th 6Dskp kssr psv th 6
Dskp kssr psv th 6
 

Último

Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxfitriaoskar
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfAkhyar33
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAAmmar Ahmad
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanAdePutraTunggali
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024editwebsitesubdit
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 

Último (20)

Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 

970 sp seni visual(new)

  • 1. 1 STPM/S970 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SENI VISUAL Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh Sukatan pelajaran ini digunakan mulai sesi 2012/2013 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu. MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
  • 2. 2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
  • 3. 3 PRAKATA Sukatan Pelajaran Seni Visual yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Seni Visual sedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun 2005. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun tersebut akan menjadi peperiksaan pertama yang menggunakan sukatan pelajaran ini. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Seni Visual ini mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia terhadap sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang sedia ada. Melalui sistem peperiksaan yang baharu ini, pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan calon akan menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal. Tujuan utama Majlis Peperiksaan Malaysia memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej dan universiti. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Seni Visual ini merupakan proses pengemaskinian tajuk, kandungan, dan kemahiran supaya selaras dengan perkembangan semasa. Kertas-kertas yang ditawarkan ialah Kertas 1 (Apresiasi Seni Visual), Kertas 2 (Lukisan Pengkaryaan dan Perekaan), Kertas 3 (Projek Kajian Seni Visual), dan Kertas 4 (Teori Projek Kajian Seni Visual). Kertas 1 merujuk kepada aspek teori yang menekan domain kognitif. Unsur-unsur pemikiran kreatif dan intelektual terhadap konsep, bahasa, dan makna seni visual diperjelaskan. Pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap teori seni visual akan membantu pelajar menjalankan kerja praktikal dan penzahiran karya seni yang lebih kukuh. Bagi Kertas 2 pula, perubahan dilakukan dengan merujuk kepada kerja-kerja praktikal yang memberi kemahiran asas dalam penghasilan karya dan perekaan untuk pelajar menghasilkan karya seni visual yang lebih kukuh. Pengkajian lukisan adalah tertumpu kepada kajian seting dan gubahan. Kertas 3 merujuk kepada kerja kursus yang menguji kemahiran calon untuk menghasilkan karya seni visual sama ada dalam bidang pengkaryaan atau perekaan. Projek kajian ini merupakan kerja kursus yang dinilai secara penilaian berasaskan sekolah. Bagi Kertas 4 pula, calon yang mengambil kertas ini perlu mempunyai kemahiran yang benar-benar sama dengan kemahiran yang ditunjukkan oleh calon Kertas 3. Hal ini bermakna mereka akan disoal tentang hal-hal yang berkaitan dengan kerja kursus bagi menghasilkan karya dan rekaan. Sukatan pelajaran ini mengandungi tajuk, waktu pengajaran, dan hasil pembelajaran mengikut penggal, di samping bentuk peperiksaan, pemerihalan prestasi, dan soalan contoh. Usaha untuk mengemas kini sukatan pelajaran Seni Visual STPM ini telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Sukatan Pelajaran Seni Visual Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Profesor Dr. Mohd Mustafa bin Mohd Ghazali dari Universiti Teknologi Mara. Jawatankuasa ini dianggotai oleh beberapa orang pensyarah dari universiti tempatan, guru yang mengajar di sekolah, dan pegawai dari bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan pelajaran ini mula digunakan pada sesi 2012/2013. Bagi pihak Majlis Peperiksaan Malaysia, saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa ini atas khidmat bakti yang diberikan. Semoga usaha murni ini mencapai matlamatnya. OMAR BIN ABU BAKAR Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia
  • 4. 4 KANDUNGAN Sukatan Pelajaran 970 Seni Visual Halaman Matlamat 1 Objektif 1 Kandungan Penggal Pertama Penggal Kedua Penggal Ketiga 2 3 – 6 7 – 8 9 – 10 Kerja Projek 11 Garis Panduan Umum Kerja Projek: Projek Kajian Seni Visual 12 – 13 Garis Panduan Umum Amali: Teori Projek Kajian Seni Visual 14 Skim Pentaksiran 15 – 18 Pemerihalan Prestasi 19 – 21 Senarai Rujukan 22 Kertas Soalan Contoh Kertas 1 23 – 29 Kertas 2 30 – 35 Kertas 3 36 – 38 Kertas 4 39 – 40
  • 5. 1 SUKATAN PELAJARAN 970 SENI VISUAL Matlamat Sukatan pelajaran ini adalah bertujuan untuk memberi pendidikan yang dapat membentuk pelajar yang berpemikiran kreatif, inventif, inovatif, kritikal, analitikal, dan saintifik, serta berpengetahuan dalam proses penyelesaian masalah terhadap penghasilan, penampilan, dan apresiasi karya seni. Sukatan pelajaran ini juga dapat mengembangkan aspek pemerolehan pengetahuan, pengembangan kualiti personal, dan penerokaan terhadap nilai dan emosi yang dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan, kerjaya, dan kehidupan. Objektif Objektif pembelajaran Seni Visual adalah untuk meningkatkan kebolehan pelajar dari aspek pengetahuan, kemahiran, dan kualiti personal. Pengetahuan (a) menerang dan menghuraikan pengertian dan peranan Seni Visual dalam mengembangkan kreativiti, budaya, sosial, dan ekonomi serta sumbangannya sebagai alat komunikasi yang berkesan (b) membuat deskripsi, analisis, interpretasi, dan pertimbangan secara berpengetahuan terhadap nilai estetik, makna, dan fungsi karya (c) menggunakan kefahaman apresiasi, pendekatan sejarah, dan kritikan seni dalam seni visual Kemahiran (a) mengekspresikan idea secara kreatif dan inovatif (b) mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses penghasilan karya (c) menunjukkan idea baharu dalam penghasilan karya dan perekaan (d) menyelesaikan permasalahan visual berasaskan kefahaman aspek formal seni visual (e) mendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visual (f) mempersembahkan hasil karya seni visual sesuai dengan konsep dan konteks Kualiti Personal (a) menunjukkan kekuatan gaya penampilan karya yang tersendiri (b) mengenengahkan idea yang asli dan baharu dalam pengkaryaan dan perekaan (c) menunjukkan kesungguhan meneroka ilmu menerusi rujukan, eksperimentasi, dan eksplorasi (d) memberi hujah secara yakin terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan karya mengikut kesesuaian konteks (e) menampilkan kebolehan mengorganisasi secara berkesan melalui persembahan dan peragaan karya (f) mengemukakan pemikiran kritikal dan analitikal dalam perbincangan dan perbahasan Seni Visual
  • 6. 2 Kandungan Kandungan mata pelajaran Seni Visual STPM terbahagi kepada tiga komponen utama pembelajaran. Pertama adalah aspek teori, kedua adalah aspek praktikal (lukisan), dan ketiga adalah aspek penyelidikan menerusi kerja kursus. Menerusi mata pelajaran ini calon akan dinilai dari aspek teori dan praktis. Pembahagian ketiga-tiga komponen tersebut dapat dijelaskan sebagaimana berikut: Apresiasi Seni Visual Apresiasi Seni Visual memberi fokus kepada pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap pengertian dan peranan seni visual, aspek formal, dan kritikan seni. Unsur pemikiran kreatif dan intelektual terhadap konsep, bahasa, makna, dan fungsi seni visual diperjelaskan. Pengetahuan dan kefahaman terhadap apresiasi seni visual dapat membantu proses menzahirkan karya seni yang lebih kukuh. Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan Lukisan merupakan kerja praktikal yang dapat memberi kemahiran asas dalam penghasilan karya. Pengkajian lukisan adalah tertumpu kepada kajian seting dan gubahan yang boleh digunakan dalam pengkaryaan dan perekaan. Projek Kajian Seni Visual Projek kajian ini merupakan projek kerja kursus yang berteraskan kepada penyelidikan. Bidang pengkajian terbahagi kepada dua aspek, iaitu pengkaryaan dan perekaan. Nota: Pendekatan pembelajaran adalah berteraskan kepada konsep pembelajaran inkuiri yang melibatkan aspek penyelidikan, perkembangan, penyelesaian masalah, dan refleksi.
  • 7. 3 Penggal Pertama Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan APRESIASI SENI VISUAL 1 Pengenalan Seni Visual 12 1.1 Pengertian Seni Visual Calon seharusnya dapat: 1.1.1 Pengkaryaan dan perekaan (a) memerihalkan pengertian pengkaryaan dan perekaan dalam seni visual; (b) mengkategorikan pengkaryaan dan perekaan mengikut bidang; Pengertian Seni Visual dalam konteks pengkaryaan merangkumi seni catan, lukisan, arca, dan cetakan Aspek perekaan merangkumi komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran 1.1.2 Apresiasi (c) memerihalkan dan membuat penghayatan terhadap proses dan karya seni visual. Aspek apresiasi meliputi isu penghayatan terhadap karya seni visual 1.2 Peranan Seni Visual Calon seharusnya dapat: 1.2.1 Peranan psikologi (a) menjelaskan peranan seni visual dari aspek pembangunan potensi individu; Pembangunan potensi individu merangkumi kreativiti, sensitiviti, emosi, dan ekspresi 1.2.2 Peranan sosiologi (b) menerangkan peranan seni visual dari sudut sosiologi; (c) menganalisis dan menjelaskan potensi pengkaryaan dan perekaan dalam aspek komersial; (d) mengenalpasti peranan pengkarya terhadap pembangunan budaya, warisan, dan kemasyarakatan; Peranan seni visual dari nasionalisme, persekitaran, propaganda, pemujukan, ritual, pengeluaran, komersial, budaya, warisan, pendidikan, dan kemasyarakatan
  • 8. 4 Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan 1.2.3 Penaungan (e) menjelaskan hubungan hasil seni dengan penaungan. Contoh peranan penaungan individu ialah status dan pelaburan manakala peranan institusi ialah pengekalan, pemuliharaan, dan pendidikan 2 Bentuk Karya Seni Visual 36 Calon seharusnya dapat: (a) menganalisis subjek, aspek formal, kandungan dan konteks yang membentuk kesatuan dalam sesebuah karya atau rekaan. 2.1 Subjek Calon seharusnya dapat: 2.1.1 Hal benda (a) menghuraikan perkara yang menjadi asas pengkaryaan dan perekaan sesuatu hasil seni. Hal benda ialah kandungan imej yang menjadi perkara utama dalam karya berdasarkan kepada tema Tema ialah pokok persoalan bagi menyatakan sesuatu mesej. Tema boleh merujuk kepada aspek fenomena, kebudayaan, keagamaan, kepercayaan, teknologi, dan utiliti 2.2 Aspek formal Calon seharusnya dapat: (a) memerihal ciri organisasi bagi proses pembentukan karya; Aspek formal ialah suatu ciri organisasi dalam proses pembentukan karya yang melibatkan unsur seni dan prinsip rekaan dengan sokongan media dan teknik bagi mencapai kesatuan dalam sesebuah karya
  • 9. 5 Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan 2.2.1 Unsur seni dan prinsip rekaan (b) memerihalkan penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan bagi mencapai kesatuan; (c) menjelaskan unsur seni yang menjadi asas kepada penghasilan karya; (d) menjelaskan prinsip rekaan bagi mengorganisasi sesebuah karya seni; Unsur seni termasuklah garisan, rupa, nilai, jalinan, dan warna Prinsip rekaan ialah satu proses pengorganisasian bagi mewujudkan harmoni dan kepelbagaian. Harmoni diwujudkan menerusi pengulangan dan irama. Kepelbagaian dibentuk menerusi faktor berbeza Antara prinsip rekaan yang membentuk harmoni dan kepelbagaian ialah keseimbangan, kadar banding, penegasan, pergerakan, dan ekonomi 2.2.2 Media dan teknik (e) menjelaskan penggunaan media dan teknik dalam pengolahan sesebuah hasil seni. Menerusi pendekatan konvensional dan baharu 2.3 Kandungan dan Konteks Calon seharusnya dapat: 2.3.1 Makna (a) menganalisis makna karya; Antara aspek makna melibatkan aliran, kebudayaan, kepercayaan, dan persekitaran 2.3.2 Fungsi (b) menganalisis fungsi karya. Antara aspek fungsi melibatkan nilai estetik dan nilai praktikal
  • 10. 6 Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan 3 Pendekatan Sejarah dan Kritikan Seni Visual 72 3.1 Pendekatan Sejarah Seni Visual Calon seharusnya dapat: (a) menggunakan pendekatan sejarah seni visual untuk membuat apresiasi dan kritikan; Sejarah seni visual bermaksud merujuk kepada pengkaryaan dan perekaan dalam konteks kronologi, masa, dan gaya (b) menjelaskan gerakan seni utama yang terdapat dalam seni visual. Antara gerakan seni ialah mengikut fasa tradisi, moden, dan pasca moden 3.2 Kritikan Seni Visual Calon seharusnya dapat: 3.2.1 Pengertian kritikan seni visual (a) menerangkan pengertian kritikan seni sebagai alat memahami dan menilai karya seni; Skop kritikan seni melibatkan maksud, tujuan, pendekatan, dan strategi 3.2.2 Tujuan kritikan seni visual (b) menjelaskan tentang cara untuk memahami dan menikmati karya seni serta membantu proses pengkaryaan dan perekaan; 3.2.3 Pendekatan kritikan seni visual (c) menggunakan pendekatan yang sesuai dalam membuat kritikan karya seni; Pendekatan kritikan seni visual boleh dibuat secara jurnalistik dan ilmiah 3.2.4 Strategi kritikan seni visual (d) menggunakan strategi yang sesuai dalam membuat kritikan karya seni. Strategi kritikan seni visual melibatkan Deskripsi Analisis Intepretasi Pertimbangan
  • 11. 7 Penggal Kedua Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan LUKISAN PENGKARYAAN DAN PEREKAAN 1 Pengenalan Jenis-jenis Lukisan 12 Calon seharusnya dapat: (a) mengenal pasti jenis-jenis lukisan yang berkaitan dengan pengkaryaan dan perekaan. Antara jenis lukisan ialah lukisan figuratif, kajian, informasi, teknikal, fantasi, konseptual, dan ilustrasi 2 Kemahiran Asas Lukisan 36 2.1 Media dan teknik asas lukisan Calon seharusnya dapat: (a) membuat eksplorasi media dan teknik. Antara media lukisan adalah seperti pensel, arang, pastel, krayon, pen, dan marker Antara teknik asas lukisan adalah seperti hatching, crosshatching, sgraffito, dan blending 2.2 Pengamatan 2.2.1 Satu objek 2.2.2 Antara objek Calon seharusnya dapat: (a) membuat kajian visual terhadap sifat objek dan hubungan objek. Aspek pengamatan terhadap sifat objek seperti keras, lembut, berjalinan, dan lut sinar Aspek pengamatan terhadap hubungan objek melibatkan bentuk, kedudukan objek, skala dan kadar banding, pencahayaan, struktur, ruang, dan suasana
  • 12. 8 Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan 3 Penggubahan Lukisan 72 3.1 Lukisan kajian sejadi dan buatan manusia Calon seharusnya dapat: (a) membuat kajian lukisan yang berteraskan kepada objek sejadi dan objek buatan manusia. 3.2 Lukisan teknikal Calon seharusnya dapat: (a) mengaplikasi teknik lukisan yang berasaskan kepada aspek teknikal dan ketepatan. Antara contoh lukisan teknikal ialah yang melibatkan projection dan elevation Antara contoh ilustrasi penerbitan ialah majalah, risalah, identiti korporat, pembungkusan, dan poster Antara contoh ilustrasi industri ialah fesyen, perabot, automobil, dan barangan pengguna 3.3 Ilustrasi penerbitan dan industri Calon seharusnya dapat: (a) mengaplikasi lukisan ilustrasi bagi penghasilan rekaan penerbitan dan industri.
  • 13. 9 Penggal Ketiga Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan PROJEK KAJIAN SENI VISUAL 1 Cadangan Projek 24 Calon seharusnya dapat: 1.1 Pernyataan permasalahan kajian merujuk tema projek 1.2 Penentuan tema, subjek, konsep, dan kandungan 1.3 Penentuan pendekatan aspek formal 1.4 Pernyataan kepentingan projek 1.5 Pemilihan sumber dan rujukan (a) mengenal pasti permasalahan visual dan rumusan penyelesaian sesuai dengan tema yang melibatkan idea, konsep, dan konteks; (b) mengemukakan keaslian idea dan konsep menerusi lakaran, sumber dan rujukan; (c) menentukan subjek, kandungan dan pendekatan aspek formal; (d)menentukan pendekatan dan gaya penghasilan atau penampilan; (e) menjelaskan cadangan projek dan kepentingan pengkaryaan dan perekaan. Cadangan projek seni visual merupakan kertas konsep bagi mengemukakan idea dan rasional projek sama ada yang berbentuk pengkaryaan atau perekaan dalam format yang telah ditetapkan dengan melampirkan sumber rujukan dan lakaran 2 Penghasilan Karya 72 Calon seharusnya dapat: 2.1 Lakaran dan lukisan dalam perkembangan idea (a) memperkembangkan idea dan ekspresi menerusi lakaran dan kajian visual yang menjurus kepada idea yang konkrit; (b) membuat eksperimen terhadap media dan teknik dan kesesuaiannya bagi mengembangkan idea dan ekspresi; (c) membuat gubahan bagi menghasilkan karya akhir. Lakaran visual bertujuan untuk menzahirkan idea yang melibatkan aktiviti lakaran thumbnail, lakaran kasar, dan lakaran sebenar 2.2 Pemilihan media dan teknik 2.3 Penentuan gaya penghasilan atau penampilan 2.4 Penggubahan dan penyelesaian visual
  • 14. 10 Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan 3 Persembahan dan Peragaan 24 Calon seharusnya dapat: 3.1 Pameran dan kemasan hasil karya (a) memperagakan karya dengan kemas dan teratur bersesuaian dengan lokasi; (b) membentangkan keseluruhan hasil karya secara lisan. 3.2 Apresiasi 3.2.1 Penyataan karya 3.2.2 Lisan
  • 15. 11 Kerja Projek 1 Pengenalan Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan wajib melaksanakan kerja projek ini sebagai satu daripada komponen pentaksiran untuk penggal ketiga. Calon sekolah swasta dan calon persendirian individu pula dikehendaki mengambil kertas 970/4. Wajaran markah bagi komponen kerja projek ini adalah sebanyak 25%. Markah pentaksiran kerja projek hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan. Pentaksiran pencapaian calon dalam kerja projek ini berdasarkan kepada aspek yang telah ditetapkan dalam Sukatan Pelajaran (SP). Penyediaan kerja projek ini mestilah dijalankan pada penggal ketiga mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. 2 Objektif Objektif kerja projek ini disediakan adalah untuk menilai keupayaan calon dalam; menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi cadangan pengkaryaan mengemukakan keaslian idea dan konsep menerusi kajian, eksperimentasi, eksplorasi, rujukan, dan sumber menentukan pendekatan aspek formal yang dipilih yang melibatkan elemen, media, dan teknik menentukan gaya penghasilan atau penampilan karya mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses penghasilan karya menghasilkan lakaran yang menjurus kepada idea yang konkrit menggunakan kepelbagaian kajian, eksperimentasi dan eksplorasi terhadap media dan teknik menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri mengenengah idea-idea yang asli dan baharu dalam pengkaryaan dan perekaan berhujah terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan karya dalam konteks yang dipilih mendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visual mengorganisasi persembahan dan peragaan karya
  • 16. 12 Garis Panduan Umum Kerja Projek: Projek Kajian Seni Visual (Kertas 3) 1. Am Projek kajian Seni Visual hanya dilaksanakan pada penggal ketiga di sekolah. Projek ini memerlukan pelajar membuat (a) Cadangan pengkaryaan (b) Penghasilan karya (c) Persembahan dan peragaan 2. Tempoh pelaksanaan projek Kertas arahan projek kajian Seni Visual akan diedarkan pada awal minggu pertama penggal ketiga. Calon dikehendaki memulakan kerja kursus sebaik sahaja menerima arahan yang melibatkan cadangan pengkaryaan, penghasilan, dan penyempurnaan karya untuk persembahan dan peragaan pada minggu ke-14. 3. Bukti kemajuan dan pengesahan projek Setiap hasil kerja yang dilaksanakan oleh calon hendaklah disertakan dengan bukti kemajuan yang diperakukan oleh guru berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh MPM. 4. Format penilaian (a) Pendekatan Penilaian bagi projek kajian Seni Visual adalah secara formatif dan sumatif dengan menggunakan pendekatan pengujian authentic sepanjang penggal ketiga. (b) Pembahagian markah Pembahagian markah adalah seperti berikut: (i) Cadangan pengkaryaan (20%) (ii) Penghasilan karya (60%) (iii) Persembahan dan peragaan (20%) (c) Kaedah penilaian Penilaian Berasaskan Sekolah 5 Tugasan dan tatacara Projek Kajian Seni Visual (a) Cadangan pengkaryaan (i) Pernyataan permasalahan kajian (ii) Penentuan tema, subjek, konsep, dan kandungan (iii) Penentuan pendekatan aspek formal dan gaya penghasilan atau penampilan (iv) Pernyataan kepentingan projek dan keaslian (v) Sumber dan rujukan (b) Penghasilan karya (i) Lakaran dan kajian visual (ii) Lukisan akhir (iii) Pemilihan media dan teknik, eksperimentasi, eksplorasi, dan manipulasi (iv) Penentuan gaya penghasilan atau penampilan (v) Pendokumentasian proses penghasilan karya secara penulisan dan visual
  • 17. 13 (c) Persembahan dan peragaan (i) Pameran hasil karya dan kemasan (ii) Apresiasi Penyataan karya Lisan
  • 18. 14 Garis Panduan Umum Amali: Teori Projek Kajian Seni Visual (Kertas 4) 1. Am Teori projek kajian Seni Visual boleh dibahagikan kepada dua bahagian: (a) Penyelidikan awal bagi membentuk idea (dibuat seminggu lebih awal sebagaimana arahan) (b) Pengkaryaan atau perekaan dalam bilik peperiksaan yang merujuk kepada penyelidikan awal di atas. Penghasilan boleh dirujuk kepada bahan yang dibawa bersama ke dalam bilik peperiksaan. 2. Tempoh peperiksaan Tempoh kertas teori projek kajian Seni Visual adalah tiga jam. 3. Format penilaian (a) Pembahagian markah Pembahagian markah adalah seperti berikut: (i) Konsep karya (20%) Konsep karya boleh ditulis dalam satu muka surat kertas yang disediakan oleh MPM. Penjelasan konsep serta ciri-cirinya boleh juga dibuat di atas lakaran bagi menjelaskan justifikasi lakaran tersebut. (ii) Lakaran (50%) (iii) Lakaran komprehensif (30%) (b) Kaedah pentaksiran Pentaksiran berpusat
  • 19. 15 Skim Pentaksiran Kertas 1: 970/1 Seni Visual 1 (Apresiasi Seni Visual) Kertas ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu Bahagian A, B, dan C. Bahagian A mengandungi beberapa soalan pendek dan/atau struktur yang memerlukan jawapan yang pendek. Bahagian B mengandungi 4 soalan esei dan Bahagian C mengandungi 2 soalan esei. Soalan-soalan dalam ketiga- tiga bahagian ini meliputi tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran bagi bahagian Apresiasi Seni Visual. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A, dua soalan daripada Bahagian B, dan satu soalan daripada Bahagian C. Calon diuji dari aspek pengetahuan, kefahaman, kebolehan mengaplikasi, menganalisis, mensintesis, menilai, dan membuat cadangan. Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan pelajar: (a) mengenal pasti dan menghurai peranan Seni Visual dari aspek psikologi dan sosiologi (b) mengenal pasti peranan pelukis, pereka, dan penaung terhadap pembangunan budaya, warisan, kemasyarakatan, dan ekonomi (c) membuat penganalisisan terhadap kesatuan subjek, aspek formal, kandungan, dan konteks dalam sesebuah karya atau perekaan (d) menggunakan pendekatan sejarah dan kritikan seni dalam memahami karya seni (e) menggunakan istilah, rujukan, dan bahasa seni yang sesuai dalam membuat perbincangan, penghuraian dan penganalisisan terhadap apresiasi dan kritikan seni Kertas 2: 970/2 Seni Visual 2 (Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan) Kertas ini terdiri daripada dua format, iaitu Seting dan Gubahan. Ujian akan dibuat berdasarkan salah satu daripada format tersebut. Calon dikehendaki membuat satu lukisan sama ada format 1 (Seting) atau format 2 (Gubahan) 1. Kriteria ujian bagi format 1, Seting adalah seperti berikut: Kertas ini adalah berasaskan kepada seting yang disediakan. Calon akan diuji dalam kemahiran melukis mengikut fokus dan permasalahan yang dikemukakan dalam soalan. Ini termasuklah kebolehan menyelesaikan masalah berkaitan dengan sifat visual objek, kadar banding, ruang, jalinan, suasana, ekspresi, pencahayaan, penggunaan media, dan teknik. Gubahan komposisi, kesesuaian media, dan teknik serta aplikasi asas seni reka dalam pengkaryaan merupakan elemen penting dalam lukisan. Calon dikehendaki melukis keseluruhan susunan objek yang disediakan. 2. Kriteria ujian bagi format 2, Gubahan adalah seperti berikut: Kertas ini adalah berasaskan kepada kajian objek dan bahan-bahan yang disediakan sebagaimana dalam soalan. Calon akan diuji dalam kemahiran melukis mengikut isu dan permasalahan yang dikemukakan dalam soalan. Calon dikehendaki memanipulasikan sifat visual objek menjadi idea dan subjek gubahan baharu menerusi beberapa perkembangan lakaran dan lakaran akhir. Gubahan dibuat sama ada dalam gaya imitasi atau stailisasi yang sesuai. Nota: Media yang digunakan dalam gubahan bagi kedua-dua kertas soalan (format 1 dan 2) adalah media kering.
  • 20. 16 Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan pelajar: (a) menggunakan teknik yang sesuai bagi memperihalkan ciri atau sifat objek dalam satu gubahan lukisan (b) mengekspresikan idea secara kreatif dan inovatif menerusi penggabungjalinan aspek formal, subjek, dan kandungan dalam gubahan (c) menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan sifat objek, kadar banding, ruang, jalinan, suasana, ekspresi, pencahayaan, penggunaan media, dan teknik dalam penghasilan lukisan (d) menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri dalam gubahan Kertas 3: 970/3 Seni Visual 3 (Projek Kajian Seni Visual) Kertas ini bertujuan menguji kemahiran calon untuk menghasilkan karya Seni Visual sama ada dalam bentuk pengkaryaan atau perekaan. Penekanan penilaian untuk melihat kebolehan pelajar menghasilkan karya mengikut proses yang sesuai yang melibatkan penyediaan cadangan pengkaryaan, penghasilan, persembahan, dan penghujahannya. Pengujian kertas ini sepenuhnya berlaku di sekolah. Antara bidang kajian adalah seperti yang berikut: Pengkaryaan Perekaan Seni halus Catan Seni cetak Arca Karya boleh berbentuk dua dimensi, tiga dimensi, atau multidimensi (a) Komunikasi visual Grafik Multimedia Animasi Laman Web (b) Reka bentuk teknologi Industri Seramik Fesyen Tekstil Logam halus (c) Reka bentuk persekitaran Landskap Hiasan dalaman Bentuk soalan bersifat terbuka dan tidak semestinya menjurus pada satu-satu bidang tertentu sahaja. Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan kualiti personal pelajar sebagaimana yang termuat pada halaman 11. Kertas 4: 970/4 Seni Visual 4 (Teori Projek Kajian Seni Visual) Kertas ini menguji kebolehan calon menyatakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Seni Visual, khususnya yang berkaitan dengan aspek dan persoalan pengkaryaan dan perekaan. Calon dikehendaki mengemukakan jawapan berasaskan satu cadangan bertulis bersama dengan sokongan visual yang baik bagi menterjemahkan idea dan proses penghasilan karya atau perekaan. Calon boleh membuat kajian awal bagi menyediakan bahan rujukan untuk dibawa bersama ke dalam dewan peperiksaan. Calon juga dikehendaki membawa peralatan yang sesuai seperti pensel warna, alat geometri, media kering, dan pen teknikal semasa menduduki peperiksaan kertas ini.
  • 21. 17 Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan pelajar: (a) menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi satu cadangan projek penghasilan (b) menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej (c) menterjemahkan idea dan konsep menerusi tulisan dan lakaran (d) menunjukkan gaya yang tersendiri dalam pengkaryaan dan perekaan.
  • 22. 18 Skim Pentaksiran Penggal Pengajian Kod dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Masa Pentadbiran Penggal Pertama 970/1 Seni Visual 1 (Apresiasi Seni Visual) Ujian Bertulis 80 (40%) 2 jam Pentaksiran berpusat Bahagian A: Soalan berstruktur 4 soalan diberikan Jawab semua soalan 35 Bahagian B: Soalan esei 4 soalan diberikan Jawab 2 soalan daripada 4 soalan 30 Bahagian C: Soalan esei 2 soalan diberikan Jawab 1 soalan daripada 2 soalan 15 Penggal Kedua 970/2 Seni Visual 2 (Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan) Ujian Melukis Calon dikehendaki membuat satu lukisan berdasarkan sama ada format 1 (Seting) atau format 2 (Gubahan) 70 (35%) 3 jam Pentaksiran berpusat Penggal Ketiga 970/3 Seni Visual 3 (Projek Kajian Seni Visual) Kerja Projek Penghasilan karya Soalan kerja projek 2 soalan diberikan Jawab 1 soalan daripada 2 soalan 100 (25%) Sepanjang penggal ketiga Pentaksiran berasaskan sekolah bagi calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan 970/4 Seni Visual 4 (Teori Projek Kajian Seni Visual) Ujian Bertulis Soalan esei 1 soalan diberikan Soalan wajib dijawab 100 (25%) 3 jam Pentaksiran berpusat bagi calon sekolah swasta, calon persendirian individu, dan calon mengulang peperiksaan STPM sebagai alternatif kerja projek
  • 23. 19 Pemerihalan Prestasi Gred diberikan sebagai panduan penanda aras indikasi umum pencapaian yang wajar diperlihatkan oleh calon. Gred yang diberikan akan bergantung kepada markah yang diperoleh melalui kertas yang diambil oleh calon yang memenuhi keseluruhan objektif pengajaran mata pelajaran. Appresiasi Seni Gred A Calon berupaya memenuhi semua objektif pentaksiran untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Calon boleh membuktikan pengetahuan dan kefahaman yang kukuh dalam bidang yang dipilih. Calon menunjukkan gaya penulisan yang tersendiri. Calon menunjukkan perbincangan isi dan fakta secara analitikal dan kritikal dalam perbahasan. Calon berupaya menyelesaikan persoalan yang diberi dengan rangkuman yang menyeluruh. Calon menggunakan rujukan dan bahasa seni visual yang sesuai dalam penulisan. Gred C Calon memenuhi kehendak objektif pentaksiran dengan pencapaian yang sederhana. Calon dapat menunjukkan pengetahuan dan kefahaman yang terhad dalam bidang yang dipilih. Calon menunjukkan gaya penulisan yang sederhana. Calon menunjukkan perbincangan isi dan fakta secara terhad dalam perbahasan. Calon menggunakan rujukan dan bahasa seni visual yang terhad dalam penulisan.
  • 24. 20 Lukisan Gred A Calon dapat memenuhi semua objektif pentaksiran untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Calon dapat membuktikan kebolehan dan kemahiran yang kukuh serta kreativiti yang tinggi dalam bidang yang dipilih. Calon berupaya menunjukkan gaya penghasilan yang tersendiri dan kreatif dalam menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej. Calon dapat menyelesaikan permasalahan visual dan aspek formalistik dalam pengkaryaan. Calon dapat mengemukakan karya seni yang asli dengan tahap penerokaan yang tinggi. Gred C Calon memenuhi kehendak objektif pentaksiran dengan pencapaian yang sederhana. Calon membuktikan kebolehan dan kemahiran yang sederhana dalam bidang yang dipilih. Calon menghasilkan karya dengan kesederhanaan tahap penghasilan. Calon menunjukkan gaya penghasilan.
  • 25. 21 Projek Kerja Kursus Gred A Calon dapat memenuhi semua objektif pentaksiran untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Calon berupaya membuktikan kebolehan dan kemahiran yang kukuh serta keupayaan kreativiti yang tinggi dalam bidang yang dipilih. Calon dapat menghasilkan karya yang menunjukkan ketinggian tahap penyelidikan. Calon menunjukkan kesungguhan meneroka ilmu menerusi rujukan yang komprehensif dan selektif. Calon menunjukkan gaya penghasilan atau penampilan yang tersendiri dan kreatif dalam menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej. Calon berupaya menyelesaikan permasalahan visual dan aspek formalistik dalam pengkaryaan. Calon menunjukkan pendokumentasian proses penghasilan karya dibuat secara teliti serta menjadi rujukan yang sangat berguna. Calon dapat mengemukakan karya seni yang asli yang boleh memperkayakan budaya dan warisan seni. Calon menunjukkan keyakinan yang tinggi dan keupayaan yang tinggi dalam menimbang maklumat, pendapat, keputusan, dan komunikasi. Calon menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam penerokaan dan penghasilan karya. Gred C Calon memenuhi kehendak objektif pentaksiran yang bersifat sederhana. Calon membuktikan kebolehan dan kemahiran yang sederhana serta keupayaan kreativiti yang sewajarnya dalam bidang yang dipilih. Calon menghasilkan karya dengan kesederhanaan tahap penyelidikan. Calon menunjukkan ada rujukan dalam pengkaryaan. Calon menunjukkan gaya penghasilan atau penampilan yang sederhana. Calon menunjukkan keyakinan yang sederhana dan keupayaan yang terhad dalam menimbang maklumat, pendapat, keputusan, dan komunikasi. Calon menunjukkan kesungguhan yang sederhana dalam penerokaan dan penghasilan karya.
  • 26. 22 Senarai Rujukan 1. Feldman, E.B., 1994. Practical Art Criticism. Upper Saddle River, New Jessey: Prentice-Hall Inc. 2. Horst, et al., 1991. Gardner’s Art Through the Ages. Edisi ke-9. New York: HBJ. 3. Lazzari, M. dan Schlesier, D., 2008. Exploring Art. Belmont: Thomson Wadsworth. 4. Lester, P.M., 2003. Visual Communication. Edisi ke-3. Belmont: Thomson Wadsworth. 5. Muliyadi Mahamood, 2008. Seni Lukis Moden Malaysia 1930-an hingga 1990-an: Era Perintis hingga Era Pluralis. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd. 6. Ocvirk, et al., 2006. Art Fundamentals: Theory and Practice. Edisi ke-10. New York: McGraw- Hill. 7. Preble, D., Preble, S. dan Frank, P., 1999. Artforms: An Introduction to the Visual Arts. Edisi ke-6. New York: Longman. 8. Sabapathy, T.K. dan Piyadasa, R., 1983. Modern Artists of Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 9. Sale, T. dan Betti, C., 2008. Drawing a Contemporary Approach. Edisi ke-6. Belmont: Thomson Wadsworth. 10. Susur Masa, 2008. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara.
  • 27. 23 KERTAS SOALAN CONTOH No. kad pengenalan: ………………................... No. pusat/angka giliran: ……………..…………. 970/1 STPM SENI VISUAL KERTAS 1 (APRESIASI SENI VISUAL) (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Untuk kegunaan pemeriksa Bahagian A 1 2 3 4 Bahagian B Bahagian C Jumlah Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong. Majlis Peperiksaan Malaysia STPM 970/1 Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Sebanyak 35 markah diuntukkan dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan ini. Jawab dua soalan dalam Bahagian B. Sebanyak 30 markah diuntukkan dalam bahagian ini.. Jawab satu soalan dalam Bahagian C. Sebanyak 15 markah diuntukkan dalam bahagian ini. Untuk menjawab Bahagian B dan Bahagian C, anda dikehendaki menggunakan kertas tulis jawapan. Mulakan setiap jawapan pada helaian kertas yang baru, dan susun jawapan anda mengikut tertib berangka. Ikat kertas jawapan anda bersama dengan kertas soalan ini. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].
  • 28. 24 Bahagian A [35 markah] Jawab semua soalan. 1 (a) Namakan dua bidang perekaan dalam seni visual. .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... [2] (b) Huraikan dua peranan sosiologi dalam seni visual. (i) ............................................................................................................................................ .................................................................................................................................................................... (ii) ............................................................................................................................................ .................................................................................................................................................................... [4] 2 Gambar 1 ialah gambar foto sebuah hasil karya catan oleh Hassan Mohd Ghazali yang bertajuk Menumpang (2007). Berdasarkan gambar tersebut, (a) jelaskan perkaitan subjek dengan tajuk karya, .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... [3] (b) bincangkan aspek komposisi karya. .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... [6] 970/1
  • 29. 25 Gambar 1 Menumpang (2007) Hassan Mohd Ghazali 3 (a) Jelaskan kepentingan kritikan Seni Visual. .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... [4] (b) Terangkan dua pendekatan dalam kritikan Seni Visual. .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... [6] 970/1
  • 30. 26 4 Gambar 2 ialah gambar foto sebuah basikal bermotor pengangkutan awam di negara Jepun. Berdasarkan gambar tersebut, (a) nilaikan aspek inovasi dalam rekaan, .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... [5] (b) beri justifikasi kesesuaian reka bentuk dengan fungsi kenderaan di bandar. .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... [5] Gambar 2 970/1
  • 31. 27 Bahagian B [30 markah] Jawab dua soalan sahaja. 5 Penaungan seni ialah suatu unsur penyumbang kepada pekembangan seni di sesebuah negara. Bincangkan penyataan ini dengan merujuk kepada tiga institusi dan organisasi seni yang terdapat di Malaysia. [15] 6 Gambar 3 ialah lakaran reka bentuk produk sebuah telefon bimbit oleh Carl Liu. Berdasarkan lakaran tersebut, bincangkan fungsi lakaran bagi membantu penghasilan produk akhir. [15] Gambar 3 970/1 Silakoyakkandisepanjanggarisputus-putusini.
  • 32. 28 7 Berdasarkan Gambar 4 yang bertajuk Malaysia Truly Asia, bincangkan bagaimana subjek dalam karya tersebut dapat disesuaikan dengan konteks Satu Malaysia. [15] Gambar 4 8 Berdasarkan Gambar 5, buat perbincangan terhadap aspek formal dalam karya tiga dimensi tersebut. [15] Gambar 5 970/1 Silakoyakkandisepanjanggarisputus-putusini.
  • 33. 29 Bahagian C [15 markah] Jawab satu soalan sahaja. 9 Gambar 6 ialah gambar animasi yang dijanakan melalui komputer grafik. Berdasarkan gambar tersebut, analisiskan aspek elemen dan prinsip rekaan serta kaitannya dengan ruang maya dalam rekaan animasi. [15] Gambar 6 10 Gambar 7 ialah gambar foto hasil karya Mohd Mustafa bin Mohd Ghazali yang bertajuk Flora Keris Melayu Sakti (2004). Dengan menggunakan strategi kritikan seni, berikan penilaian anda tentang keberkesanan karya tersebut dalam menyampaikan mesejnya. [15] Gambar 7 Flora Keris Melayu Sakti (2004) Mohd Mustafa bin Mohd Ghazali 970/1 Silakoyakkandisepanjanggarisputus-putusini.
  • 34. 30 KERTAS SOALAN CONTOH (FORMAT 1) 970/2 STPM SENI VISUAL KERTAS 2 (LUKISAN PENGKARYAAN DAN PEREKAAN) (Tiga jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Lukisan anda hendaklah dibuat pada satu muka kertas lukisan sahaja. Anda dinasihati supaya menulis nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor kad pengenalan dengan jelas mengikut susunan tersebut. Butir-butir ini hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan di sebelah bawah kertas lukisan. Markah mungkin tidak dapat diberikan jika butir-butir di atas tidak ditulis dengan jelas. Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong. Majlis Peperiksaan Malaysia STPM 970/2
  • 35. 31 Buat satu lukisan dengan menggunakan media kering berasaskan seting yang disediakan. Anda dikehendaki melukis dari sudut pandangan anda bagi seting yang telah disusun. Di atas sebuah meja diletakkan sebuah kerusi kayu. Kedudukan kerusi menghala ke arah dinding dalam keadaan serong. Sehelai seluar track suit berjalur disangkut di bahagian penjuru kiri penyandar kerusi. Di atas seluar terdapat sebuah topi anyaman. Sebahagian kaki seluar terletak di atas kerusi dan sebahagiannya tergantung. Di sebelah kanan penyandar kerusi tergantung bekas minuman bertali. Anda dikehendaki melukis berdasarkan penelitian dan analisis terhadap sudut pandangan dan sifat objek di dalam seting. 970/2
  • 36. 32 KERTAS SOALAN CONTOH (FORMAT 2 – CONTOH 1) 970/2 STPM SENI VISUAL KERTAS 2 (LUKISAN PENGKARYAAN DAN PEREKAAN) (Tiga jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Lukisan anda hendaklah dibuat pada satu muka kertas lukisan sahaja. Anda dinasihati supaya menulis nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor kad pengenalan dengan jelas mengikut susunan tersebut. Butir-butir ini hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan di sebelah bawah kertas lukisan. Markah mungkin tidak dapat diberikan jika butir-butir di atas tidak ditulis dengan jelas. Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong. Majlis Peperiksaan Malaysia STPM 970/2
  • 37. 33 Buat satu lukisan pengkaryaan atau perekaan bertemakan Alam Semula Jadi. Berdasarkan kepada objek yang diberi anda dikehendaki meneliti kesan jalinan yang dapat dilihat menerusi keratan rentas objek tersebut. Buat olahan kesan jalinan tersebut untuk dijadikan reka corak fabrik pakaian kanak-kanak. Bagi tujuan tersebut anda dikehendaki membuat lakaran dan lukisan pada tiga helai kertas lukisan yang disediakan dengan (a) membuat satu lakaran kesan jalinan sebenar dari keratan objek, [10] (b) membuat lakaran thumbnail untuk olahan motif reka corak fabrik berdasarkan lakaran (a) di atas, (maksimum 5 lakaran) [30] (c) membuat lukisan rekaan corak berdasarkan motif yang dipilih dalam lakaran (b) di atas. Hasil rekaan hendaklah bersaiz 20 cm 15 cm. [30] 970/2
  • 38. 34 KERTAS SOALAN CONTOH (FORMAT 2 – CONTOH 2) 970/2 STPM SENI VISUAL KERTAS 2 (LUKISAN PENGKARYAAN DAN PEREKAAN) (Tiga jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Lukisan anda hendaklah dibuat pada satu muka kertas lukisan sahaja. Anda dinasihati supaya menulis nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor kad pengenalan dengan jelas mengikut susunan tersebut. Butir-butir ini hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan di sebelah bawah kertas lukisan. Markah mungkin tidak dapat diberikan jika butir-butir di atas tidak ditulis dengan jelas. Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong. Majlis Peperiksaan Malaysia STPM 970/2
  • 39. 35 Berdasarkan Gambar 1 di bawah ini, anda dikehendaki membuat lukisan yang merujuk kepada watak wira kepimpinan negara kita. Bagi tujuan gubahan tersebut, anda dikehendaki membuat lakaran dan lukisan pada dua helai kertas lukisan yang disediakan dengan (a) menghasilkan tiga lakaran ekspresi wajah watak tersebut dalam satu helai kertas lukisan, [30] (b) membuat gubahan satu lukisan berdasarkan dalam lakaran (a) yang menampakkan pergerakan dan aksi watak tersebut dalam tugasnya. [40] Gambar 1 Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Dipetik daripada Mahdi Shuid, Suzani Osman dan Sazlina Othman, 2007. Teks PRA-U STPM: Sejarah Malaysia, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.: Selangor, halaman viii) 970/2
  • 40. 36 KERTAS SOALAN CONTOH 970/3 STPM ARAHAN KERJA KURSUS SENI VISUAL KERTAS 3 (PROJEK KAJIAN SENI VISUAL) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Kertas ini mengandungi Arahan Kerja Kursus dan Soalan Kerja Kursus Seni Visual. Anda dikehendaki membaca arahan yang diberikan dengan teliti sebelum memulakan projek kajian seni visual anda. Ada dua soalan kerja kursus yang dikemukakan. Anda dikehendaki memilih satu soalan sahaja. Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong. Majlis Peperiksaan Malaysia STPM 970/3
  • 41. 37 PENGKARYAAN 1 Balai Seni Lukis Negara akan mengadakan suatu pameran sempena Tahun Melawat Malaysia 2008 yang bertemakan “Warisan Negara”. Anda dikehendaki membuat satu analisis tentang konsep warisan negara dan karya yang sesuai untuk pameran tersebut bagi memperkembangkan seni tampak negara. Karya anda boleh menggunakan bahan perantaraan minyak (oil-based) atau air (water-based). Hasil karya hendaklah berukuran tidak melebihi 60 cm 40 cm. Penilaian adalah berdasarkan perkara berikut: Cadangan pengkaryaan (20%) Penghasilan karya (60%) Persembahan dan peragaan (20%) Tugasan dan tatacara penghasilan karya (a) Cadangan pengkaryaan (i) Pernyataan permasalahan kajian (ii) Penentuan tema, subjek, konsep, dan kandungan (iii) Penentuan pendekatan aspek formal dan gaya penghasilan atau penampilan (iv) Pernyataan kepentingan projek dan keaslian (v) Sumber dan rujukan (b) Penghasilan karya (i) Lakaran dan kajian visual (ii) Lukisan akhir (iii) Pemilihan media dan teknik, eksperimentasi, eksplorasi, dan manipulasi (iv) Penentuan gaya penghasilan atau penampilan (v) Pendokumentasian proses penghasilan karya secara penulisan dan visual (c) Persembahan dan peragaan (i) Pameran hasil karya dan kemasan (ii) Apresiasi Penyataan karya Lisan Nota: Sisipan, foto, dan catatan proses penghasilan adalah penting di kumpulkan oleh pelajar sebagai bukti keaslian dan kreativiti penghasilan karya. 970/3
  • 42. 38 PEREKAAN 1 Sebuah syarikat sukan sedang mempromosi pelbagai alat sukan lasak (extreme) untuk dipasarkan. Buat analisis tentang satu contoh sukan lasak (extreme) yang sesuai bagi mempromosikan sukan tersebut. Hasilkan sebuah rekaan pembungkusan yang dapat menggambarkan imej alat sukan lasak tersebut. Hasil rekaan hendaklah bersaiz 30 cm panjang, 25 cm lebar, dan 25 cm tinggi dengan menggunakan kertas tebal atau card board. Penilaian adalah berdasarkan perkara berikut: Cadangan perekaan (20%) Penghasilan karya (60%) Persembahan dan peragaan (20%) Tugasan dan tatacara penghasilan karya (a) Cadangan perekaan (i) Pernyataan permasalahan kajian (ii) Penentuan konsep dan fungsi (iii) Penentuan pendekatan aspek formal (iv) Pernyataan kepentingan projek dan keaslian (v) Sumber dan rujukan (b) Penghasilan karya (i) Lakaran thumbnail (ii) Lukisan komprehensif (iii) Pemilihan media dan teknik (v) Pendokumentasian proses perekaan secara penulisan dan visual (c) Persembahan dan peragaan (i) Pameran hasil produk dan kemasan (ii) Apresiasi Penyataan produk Lisan Nota: Sisipan, foto, dan catatan proses penghasilan adalah penting di kumpulkan oleh pelajar sebagai bukti keaslian dan kreativiti perekaan. 970/3
  • 43. 39 KERTAS SOALAN CONTOH 970/4 STPM SENI VISUAL KERTAS 4 (TEORI PROJEK KAJIAN SENI VISUAL) (Tiga jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab semua soalan. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]. Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong. Majlis Peperiksaan Malaysia STPM 970/4
  • 44. 40 Jawab semua soalan. (a) Dengan merujuk kepada lokasi dan kajian yang telah dibuat (sebagaimana dalam kajian awal), anda dikehendaki membuat lima lakaran dengan mencadangkan sebuah arca yang bersesuaian dengan ciri-ciri identiti tempatan atau kedaerahan. Lakaran hendaklah menampakkan perspektif yang betul. [35] (b) Berdasarkan lima lakaran di atas, anda dikehendaki memilih lakaran yang sesuai bagi membuat satu lakaran yang komprehensif. Di dalam lakaran tersebut, anda dikehendaki menjelaskan bentuk arca yang dicadangkan dengan memberi justifikasi kepada aspek-aspek berikut: (i) identiti, (ii) media dan teknik, (iii) saiz, (iv) kaedah persembahan dan (v) fungsi. [50] (c) Konsep pengkaryaan arca hendaklah ditulis sekurang-kurangnya dalam satu muka surat di kertas yang disediakan oleh MPM. Penerangan tentang karya dan identitinya boleh juga ditulis di atas lakaran bagi menjelaskan maksud karya tersebut. [10] (d) Satu senarai rujukan yang lengkap untuk pengkaryaan perlu disediakan. [5] 970/4