2. Objektif am
Mengetahui konsep asas kebakaran
Memahami kegunaan alat memadam api kecil
permulaan
Menggunakan alat pencegahan kebakaran dalam
situasi sebenar
3. Objektif khusus
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-
menerangkan bagaimana api terhasil
membezakan kelas-kelas api dan alat memadam api
kecil permulaan
menggunakan alat memadam api kecil permulaan
menerangkan dan melaksanakan tatacara
pengunsian bangunan
4. PENGENALAN
KEBAKARAN
Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar
menjadi lawan merupakan kata-kata yang yang
amat bertepatan dengan penggunaan api dalam
kehidupan harian. Biarpun api menjadi satu
keperluan dalam kehidupan harian, ia akan menjadi
merbahaya sekiranya tidak dikawal secara betul.
5.
Definisi pencegahan kebakaran
Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang
mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran
daripada berlaku dan juga langkah awal bagi
mengelakkan kebakaran yang baru bermula
daripada merebak kepada peringkat yang tidak
boleh dikawal lagi.
6. KATEGORI KEBAKARAN DAN KEJADIAN
API
Asas kebakaran kimia
Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat
tiga unsur yang bergabung iaitu bahan untuk
membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan minyak,
udara untuk membekalkan oksigen dan suhu atau
haba yang tinggi untuk menghasilkan api atau
nyalaan.
8.
Cara memadam kebakaran
Anda telah mengetahui bahawa nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur
iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh sebab itu untuk memadamnya anda
perlu untuk memisahkan gabungan tersebut.
Contohnya sekiranya bahan seperti kayu yang boleh membantu nyalaan
dijauhkan dari kawasan terbakar maka api akan terpadam kerana tiadanya
bahan untuk dibakar. Anda juga boleh menghalang udara dari sampai ke
tempat kebakaran dengan menutup kawasan kebakaran dengan
mengunakan guni basah sekiranya nyalaan adalah kecil.
Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu:
9.
Melaparkan.
Ini dilakukan dengan:
Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke
tempat lain.
Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain
Memecah atau menghancurkan bahan api yang
terbakar supaya mudah dipadamkan.
10.
Melemaskan.
Ini dilakukan dnegan menghalang kemasukan udara
dengan cara menutup permukaan bahan api yang
terbakar supaya tidak dapat membantu kebakaran.
11.
Menyejukkan.
Sifat air yang murah dan sejuk dapat
mempercepatkan perpindahan haba dengan
menurunkan haba dan menurunkan suhu kebakaran
sehingga ketahap rendah. Apabila suhu menjadi
rendah maka nyalaan akan terpadam.
12.
Memutuskan Rantai Tindakbalas.
Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan
dengan mengunakan alat pemadam api permulaan
seperti CO2 , BCF dan serbuk kering.
13. Cara api merebak
Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api
merebak iaitu dengan kaedah olakan haba,
pengaliran, bahangan dan terus menerus.
14.
Olakan haba.
Apabila terjadinya kebakaran dalam sebuah bangunan,
asap dan gas-gas yang panas akan mengalir naik ke atas.
Asap dan gas panas ini biasanya akan terperangkap di
bahagian atas bangunan ataupun rumah yang terbakar.
Keadaan ini akan menyebabkan suhu di mana kawasan
asap dan gas terperangkap akan meningkat dengan
mendadak. Suhu yang meningkat ini akan menyebabkan
bahan yang mudah terbakar akan terbakar dengan
sendirinya apabila telah sampai ke suhu pembakaran.
15.
Pengaliran.
Bahan-bahan seperti tembaga dan besi walaupun
tidak terbakar, tetapi boleh menghasilkan bahang
dan suhu yang panas. Jadi apabila sesebuah
bangunan terbakar, besi dan tembaga merupakan
agen pengaliran yang akan mengalirkan bahang
tersebut dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Walaupun ianya tidak terbakar, tetapi suhu dan
bahang yang dihasilkan akan menyebabkan bahan-
bahan di sekitarnya terbakar dengan sendirinya.
16.
Bahangan.
Pembakaran terbuka yang besar boleh menyebabkan
suhu di sekitar kawasan terbakar turut meningkat.
Keadaan ini juga boleh menyebabkan bahan-bahan
bakar yang berada berhampiran dengan kawasan
terbakar akan turut terbakar walaupun ianya tidak
bersentuhan.
17.
Terus menerus. Ini adalah cara yang paling mudah
untuk api merebak. Bahan-bahan bakar akan
terbakar kerana api mudah merebak melaluinya
sekiranya ia bersentuhan antara satu sama lain.
18.
Kelas-kelas api
Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis
berdasarkan punca bahan yang menghasilkan
kebakaran. Pengetahuan mengenai jenis api penting
kerana ia dapat menentukan jenis alat pemadam api
yang hendak digunakan untuk memadamkan
kebakaran tersebut.
19. KELAS ALAT PEMADAM API
CONTOH
API PERMULAAN
JENIS PEPEJAL- ABC(Serbuk Kering)
A
kertas, kayu habuk, Air
kain Buih
ABC
B Buih
JENIS CECAIR - minyak, gasolin,
CO2
alkohol
Air Semburan
Halon
JENIS GAS - acetylene, ABC
C ammonia, Air Semburan
butane Halon (BCF)
JENIS LOGAM - aluminium,
D kalsium, ABC
21. Alat pemadam api
permulaan
pemadam api
Ramai orang biasa melihat alat
permulaan, tetapi tidak semua yang biasa
melihatnya mengetahui cara ianya berfungsi.
Alat ini tidak direkabentuk untuk mengatasi atau
memadam api yang besar tetapi ia adalah untuk
memadamkan api kecil di peringkat permulaan
kebakaran. Setiap alat pemadam api permulaan
mestilah ditandakan simbol kelas api dan
dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan.
Jenis yang biasa dan banyak digunakan sekarang
adalah dari jenis debu kering, di mana alat
pemadamnya berwarna biru muda.
22. JARAK MASA KESELURUHAN
JENIS WARNA CATATAN
PANCUTAN PANCUTAN
Tidak sesuai jenis B ,
AIR MERAH 4 meter 120 saat
E
BUIH KUNING LANGSAT
6 meter 30 - 90 saat
Boleh beku. Tidak
sesuai jenis E
CO2 HITAM 3 meter 120 saat Tiada kesan
DEBU KERING BIRU MUDA 3 – 6 meter 120 saat Kesan kotor
Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan adalah
berdasarkan singkatan perkataan PASS
P - Pull - Tarik pin di atas alat pemadam api
A - Aim - Halakan muncung alat pemadam ke punca api (bahan)
S - Squeeze - Pusing atau tekan pemegang
S - Sweep - halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 meter
sehingga api padam.
24.
PUNCA-PUNCA KEBAKARAN
Kebakaran merupakan satu tragedi yang menyebabkan kemusnahan
harta-benda yang bernilai berjuta-juta ringgit dan mungkin membabitkan
kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah
punca-punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca
kebakaran yang selalunya terdapat di tempat kerja adalah seperti berikut:
Pembuangan puntung rokok atau mancis api
Timbunan sampah sarap,kertas atau bahan mudah terbakar.
„overloading‟ kepada litar letrik plug atau soket.
Bahan-bahan mudah terbakar terdedah kepada punca api.
Halangan kepada sistem pengudaraan (ventilation system) untuk jentera
dan peralatan letrik.
26. PENCEGAHAN
KEBAKARAN
Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan
langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan
api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah
awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru
bermula (infant stage) daripada merebak kepada
peringkat yang boleh dikawal lagi ( uncontrollable
stage )
27.
Pengurusan risiko kebakaran
Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah
bangunan sama ada di tempat kerja atau kawasan
perumahan perlulah mengambil langkah keselamatan
seperti berikut sebagai persediaan untuk menghadapi
sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran :
Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk
menyelamatkan diri (mean of escape).
Mengadakan pelan pengunsian bangunan.
28.
Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan
Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara
berkala
Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang
berkesan
Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang
mencukupi
Mempunyai pengurusan pengendalian rumah
(housekeeping) yang bagus.
Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik
dilakukan secara berkala.
29. Kelengkapan amaran
kebakaran
Kelengkapan amaran kebakaran pada masa kini
merupakan sistem amaran kebakaran yang dipasang
secara tetap dan beroperasi secara automatik
dibangunan-bangunan. Walaupun begitu terdapat
juga bangunan atau premis yang menggunakan
sistem manual untuk memberi amaran kebakaran.
30.
Alat pecah kaca. Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan
cara memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh
orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan, ia
melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan bunyi loceng
amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon dimana kaca
tersebut dipecahkan.
Alat pengesan haba. Alat ini beroperasi secara automatik. Ia
akan mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan
haba atau suhu tertentu diperingkat awal kebakaran
Alat pengesan asap. Alat ini juga beroperasi secara automatik.
Ia juga berperanan untuk mengaktifkan sistem amaran
kebakaran apabila mengesan sejumlah asap yang tertentu.
31. Kelengkapan menentang
kebakaran pada bangunan
Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunan
yang siap dipasang dikategorikan kepada 2 jenis;
Perlindungan aktif. Sistem perlindungan kebakaran
yang dipasang tetap di bangunan untuk mengawal
dan memadam kebakaran secara manual atau
automatik
32.
Perlindungan pasif. Sistem perlindungan kebakaran
yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan
yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari
merebak agar penghuni dapat berlindung,
menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat
yang selamat menempatkan peralatan dan anggota
bomba ketika melawan kebakaran
33.
Perlindungan aktif.
Sistem pemasangan sprinkler. Ianya bertujuan untuk
mengawal kebakaran pada peringkat awal dengan cara
semburan air yang bertekanan khusus kepada zon / kawasan
yang terbabit. Sistem ini dihubungkan dengan penggera
kebakaran. Ia bertindak secara automatik.
Sistem pemasangan pancur ( riser). Terdapat dua jenis pancur
iaitu Pancur basah dan Pancur kering
Sistem pili bomba (hyderant)
Sistem salur Bantu mula (hosereel)
Sistem gas CO2.
Sistem pemasangan tetap buih (foam)
34.
Perlindungan pasif.
Tangga terlindung.
Koridor terlindung
Pintu rintangan api
Ruang akses menentang kebakaran
Lif Bomba
35. “Housekeeping”
Housekeeping yang baik dan berkesan akan dapat mencegah kebakaran daripada
berlaku.
Housekeeping yang baik termasuklah unsur-unsur berikut:
i. Penyusunan perkakasan dan peralatan pejabat atau rumah dengan sempurna.
ii. Pembuangan sampah sarap secara tetap.
iii. Pembuangan bahan-bahan mudah terbakar secara tetap.
iv. Penjagaan laluan keluar dan laluan masuk agar sentiasa tidak terhalang.
v. Penjagaan kebersihan keseluruhan premis.
vi. Penyediaan sudut khas untuk mereka yang merokok.
vii. Penyimpanan bahan mudah terbakar dengan betul.
viii. Penyediaan tanda amaran bagi bahan mudah terbakar.
36.
Tubuh pasukan sukarelawan melawan kebakaran
Penubuhan pasukan Bomba sukarelawan adalah merupakan
satu tindakan yang amat berguna di premis-premis besar
seperti kilang, bangunan tinggi, intitusi pengajian dan
sebagainya.
Pasukan ini hendaklah merujuk kepada jabatan Bomba dan
Penyelamat untuk mengadakan latihan atau kursus untuk
melengkapkan diri dengan kemahiran melawan kebakaran dan
menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap dalam
kebakaran.
Kewujudan pasukan ini juga dapat memastikan agar tindakan
awal atau serta merta boleh diambil jika berlaku kebakaran
sebelum ia merebak dan tidak terkawal.
37.
Pemeriksaan dan ujian peralatan/pendawaian elektrik
Seseorang yang bertanggungjawab untuk melakukan
pemeriksaan dan ujian peralatan pendawaian hendaklah
di lantik agar ianya sentiasa dalam keadaan baik.
Pegawai keselamatan tersebut sebaiknya adalah terdiri
dari anggota pasukan bomba sukarelawan. Selain dari
melakukan pemeriksaan ke atas peralatan elektrik, beliau
juga hendaklah menjalankan pemeriksaan harian di
tempat bekerja seperti berikut:
38.
tempat-tempat pekerja selalu merokok semasa
bekerja.
ii. alat-alat pemadam api.
iii. struktur bangunan
iv. tempat simpanan bahan mudah terbakar.
v. tahap housekeeping yang sentiasa baik.
vi. panel sistem kawalan kebakaran sentiasa
berfungsi.
vii. tempat pemunggahan atau pembuangan bahan
yang tidak digunakan
39.
Pelan kontigensi
Melepaskan diri dari bangunan terbakar
Tutup mulut dan hidung dengan kain basah
Jika sesat dalam bilik, tuju ke dinding dan jalan dalam keadaan
searah hingga jumpa pintu
Jika asap tebal gunakan kaedah meraba dengan tangan.
Genggam tangan sedikit dan gunakan belakang tapak tangan
jika ingin menyentuh sesuatu yang tidak pasti atau halangan.
Merangkak jika asap tebal kerana udara bersih/sejuk berada
berhampiran lantai.
40.
Gunakan bahagian tangga yang rapat dengan dinding
(bahagian yang agak kuat)
Rasa dengan kaki dahulu sebelum memijak dengan
seluruh badan
Jika ditingkat satu dan ingin terjun, bergayut dahulu
sebelum terjun.
Jika ditenikat dua, gunakan cadar, selimut sebagai tali
Bangunan tinggi, sila pastikan tutup (bukan kunci) pintu
untuk mengurangkan asap
Pakaian terbakar - selimut dengan kain atau guni.
Gulingkan mangsa diatas lantai. Jika diri sendiri, tutup
mulut dengan tangan dan gulingkan diri di atas lantai.
41. TATACARA
PENGUNSIAN
BANGUNAN
Tujuan latihan pengunsian bangunan.
Dapat bertindak dengan tenang dan teratur.
Sesiapa yang dipertanggungjawabkan untuk
melaksanakan tugas “Routine” untuk menjaga
keselamatan boleh bertindak lebih serius.
Jalan-jalan keluar (perlindungan pasif) digunakan
mengikut pelan yang telah dirancang.
Semasa berlakunya kebakaran, pergunsian bangunan
akan berjalan dengan cepat dan teratur.
42.
Arahan / Latihan.
Jenis/keadaan bangunan akan menentukan tatacara
pengunsian bangunan. Arahan hendaklah terang ,
ringkas dan jelas serta mudah difahami.
Latihan hendaklah kerap diadakan
Tempat diubah-ubah
Mengetahui jalan keluar
Berhati-hati semasa latihan supaya tidak berlaku sesuatu
kecemasan atau kemalangan yang tidak diingini.
Masa sesuai untuk pengunsian bangunan adalah 4 minit,
bagi kilang yang mempunyai kawasan luas.
43.
Butiran tugas “Routine” jika berlaku kebakaran.
i. Tindakan/isyarat amaran.
Jenis yang boleh didengar atau boleh dilihat.
Tenaga elektrik.
Hentikan sebarang proses atau mesin, pisahkan tenaga
elektrik yang tidak perlu.
Memanggil pihak bomba.
Arahan ringkas dan tepat (alamat, jenis
kejadian,bangunan/kawasan berhampiran yang
diketahui umum,bilangan mangsa,nama pemanggil, no.
telefon pemanggil dan no. kad pengenalan pemanggil)
agar pihak bomba dapat bertindak dengan segera.
44.
Pengunsian bangunan.
Semasa operasi atau latihan, pastikan semua pintu
ditutup. Lantik orang yang dipertanggungjawabkan
untuk mencari penghuni di tandas dan sebagainya jika
disyaki masih ada yang belum keluar.
Pengumpulan.
Jauh dari bangunan. Penghuni telah diberitahu atau
dinyatakan di papan kenyataan kaedah/laluan yang
perlu dalam pengunsian bangunan.
Berbaris (Roll Call)
Pendaftaran senarai kakitangan dan melapor kepada
Pegawai Bomba
45.
Kekerapan melakukan latihan.
Kekerapan melakukan latihan bergantung kepada
risiko bahaya kebakaran, kemerebakan, pembinaan
serta kapasiti bangunan. Jumlah sebenar penghuni
hendaklah diketahui dan sentiasa dikemaskini oleh
pihak yang bertanggungjawab.
46. SOALAN KUIZ
1 senaraikan tiga unsur yang menyebabkan kebakaran
2. senaraikan tiga keadah untuk memadamkan api
3. senaraikan tiga kaedah api merebak
4. nyatakan kelas-kelas api dan berikan 2 contoh
Sekiranya ada ingin memadam api yang terbakar disebabkan :
- ranting-ranting kayu
- tumpahan minyak tanah di kedai
(nyatakan dua alat pemadam api permulaan yang sesuai
digunakan)
6. senaraikan tiga jenis perlindungan pasif dan aktif yang biasanya
terdapat di sebuah bangunan)
7. apakah tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya anda
berhadapan dengan situasi kebakaran dalam sebuah bangunan
tempat anda belajar