SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 46
RANCANGAN MALAYSIA KE SEMBILAN (2006-2010) ::
BAB 22 : MENGGALAKKAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR
III : PROSPEK 2006-2010
22.20 Dalam tempoh RMKe-9, Kerajaan akan terus memberi penekanan kepada langkah
pencegahan untuk mengurang dan meminimumkan pencemaran serta menangani impak
negatif lain kepada alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti pembangunan. Di samping
itu, langkah akan diambil untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan bagi menggalak
amalan pengurusan mampan sumber asli berkaitan sumber tanah, air, hutan, tenaga dan
marin. Usaha ini akan meningkat perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli
serta menyumbang kepada penambahbaikan kualiti hidup. Teras strategik bagi menangani
isu alam sekitar dan sumber asli akan bertumpu kepada:
a) menggalak persekitaran hidup yang sihat;
b) mengguna sumber secara mampan dan memulihara habitat kritikal;
c) memperkukuh rangka kerja institusi dan kawal selia serta mempergiat penguatkuasaan;
d) memperluas penggunaan instrumen berasaskan pasaran;
e) membangunkan petunjuk pembangunan mampan yang sesuai; dan
f) menyemai budaya dan amalan mesra alam sekitar di semua peringkat masyarakat.
Pengurusan Alam Sekitar
22.21 Kualiti Udara. Pelan Tindakan Udara Bersih akan disedia dan dilaksanakan untuk
meningkatkan kualiti udara. Kajian terperinci akan dijalankan untuk merangka pelan
tindakan bagi meningkatkan kualiti udara di kawasan bandar. Pelepasan bahan pencemar
udara daripada punca tetap akan ditangani dengan menggalakkan penggunaan teknologi
bersih. Kandungan sulfur dalam minyak disel akan dikurang daripada 3,000 ppm kepada
500 ppm, manakala bagi minyak petrol daripada 1,500 ppm kepada 500 ppm berdasarkan
spesifikasi EURO 2M. Piawai baru pelepasan berasaskan EURO 2 untuk kenderaan disel
dan EURO 3 untuk kenderaan petrol akan juga diperkenal bagi mengurangkan pelepasan
bahan pencemar udara daripada punca bergerak. Di samping itu, kemampuan dan
keupayaan mengawal kebakaran di tanah gambut yang merupakan punca jerebu domestik
akan diperkukuh.
22.22 Kualiti Air. Penggunaan pendekatan pengurusan lembangan sungai bersepadu
(IRBM) akan dipergiat untuk menambah baik kualiti air sungai dan air bawah tanah. Usaha
akan ditumpu ke arah mengurang bilangan sungai tercemar. Sistem pembentungan awam
akan dinaik taraf dan lebih banyak loji rawatan kumbahan berpusat akan dibina untuk
mengurangkan pelepasan air buangan yang tidak dirawat ke dalam sistem sungai.
Perangkap am pencemar dan kolam pemendapan akan dibina di kawasan kritikal di
lembangan sungai untuk mengurangkan aliran keluar punca pencemar tak diketahui.
Pengawalan pengelodakan dan hakisan akan ditangani melalui pindaan undang-undang
sedia ada. Penguatkuasaan akan dipertingkat lagi untuk memastikan pelepasan efluen
mematuhi piawai alam sekitar supaya kualiti alam sekitar dikekalkan.
22.23 Kualiti Air Marin. Piawai interim kualiti air marin akan dikaji semula ke arah
pewujudan piawai kualiti yang komprehensif. Kajian terperinci akan dijalan untuk
menetapkan metodologi serta paramater yang bersesuaian dengan mengambil kira beban
bahan pencemar dan keadaan tempatan. Di samping itu, pengawasan perairan marin akan
dipergiat bagi meningkatkan pematuhan dan pengawalan pelepasan bahan pencemar secara
haram.
22.24 Sisa Pepejal. Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan (Pelan Srategik)
akan dilaksana dengan penekanan kepada usaha menaik taraf tapak pelupusan yang tidak
sanitari serta pembinaan tapak pelupusan sanitari baru dan stesen pemindahan dengan
kemudahan bersepadu perolehan semula bahan buangan. Keutamaan akan terus diberi
kepada pengurangan, penggunaan semula, perolehan semula dan pengitaran semula sisa
serta peningkatan penggunaan bahan mesra alam seperti bioplastik. Undang-undang bagi
menyelaras pengurusan sisa pepejal akan digubal bagi melicin pelaksanaan strategi dan
langkah yang terkandung dalam Pelan Strategik tersebut. Kempen dan aktiviti bagi
meningkat kesedaran akan dipergiat untuk mendidik orang awam mengenai manfaat
mengamalkan penggunaan secara mampan. Jabatan sisa pepejal akan ditubuh untuk
melaksanakan langkah tersebut dan mentadbir dasar, perancangan dan pengurusan sisa
pepejal secara holistik.
22.25 Bahan Toksik, Kimia dan Berbahaya. Keupayaan agensi berkenaan dalam mengurus
bahan toksik dan berbahaya akan diperkukuh lagi dengan mengguna pakai sistem global
yang seragam untuk pendaftaran import, pengangkutan dan pengendalian bahan kimia dan
bahan berbahaya secara selamat. Langkah juga akan diambil untuk membentuk rangka
kerja bagi memudahkan penggunaan pendekatan dan teknologi untuk merawat dan
mengubahsuai sisa toksik kepada sumber yang boleh diguna semula. Di samping itu,
langkah menangani kegunaan sembarangan bahan kimia khususnya dalam sektor pertanian
akan dipergiat.
22.26 Teknologi Bersih. Bagi mempromosi penggunaan teknologi mesra alam secara
meluas, industri akan digalakkan untuk mengguna pakai langkah swakawal dan
menggunakan Pendekatan Kitaran Hidup (LCA) dalam proses pengeluaran dan
pembangunan produk. SIRIM Berhad akan membangun Pangkalan Data Inventori Kitaran
Hidup Kebangsaan untuk industri dan aktiviti utama seperti penjanaan elektrik, bekalan air,
cari gali dan pengeluaran petroleum dan gas asli serta petrokimia. Pangkalan data tersebut
akan membantu usaha industri untuk membangun LCA dalam proses pengeluaran dan
pengilangan. Di sampingTitu, penemuan daripada projek perintis ekolabel akan diguna
untuk membangun skim pelabelan alam sekitar kebangsaan. Langkah juga akan diambil
untuk membantu dalam mengguna pakai teknologi bersih oleh enterpris kecil dan
sederhana (EKS) termasuk mengenal pasti sumber pembiayaan baru daripada Bank SME.
Pengurusan Sumber Asli
22.27 Perancangan Guna Tanah. Pelaksanaan pendekatan pembangunan spatial yang
mengintegrasikan konsep dan metodologi pembangunan mampan akan digalakkan. Strategi
yang terkandung dalam PFN akan dilaksana dengan menerapkannya dalam pelan struktur.
Kaedah dan parameter yang sesuai akan dibangun untuk mengenal pasti dan mengurus
KSAS bagi membolehkannya menjadi zon tebatan dalam pengawalan penyelerakan
pembangunan. Pengurusan sumber tanah akan ditambah baiki melalui peluasan
pelaksanaan program e-Tanah dan mewujudkan pentadbiran tanah yang kompeten melalui
latihan.
22.28 Lanskap. Dasar Lanskap Negara akan dijadikan panduan pembangunan taman
bandar pada peringkat bandar, daerah dan negeri. Rizab kawasan hijau akan diperluas serta
sungai, jalan, bangunan awam dan kemudahan awam akan dilanskap untuk menambah baik
alam sekitar. Bekas tapak lombong dan kuari yang sesuai akan dipulihara dan ditambah
baik supaya menjadi tapak warisan geologi dan tarikan ekopelancongan.
22.29 Sumber Air. Penekanan akan diberi untuk mengekal dan meningkatkan fungsi
ekosistem sungai melalui pemulihan dan penyenggaraan tadahan tanah tinggi, tanah
lembap, tebatan sungai dan zon riparian. Kesesuaian instrumen berasaskan pasaran akan
dikaji untuk mengambil kira kos alam sekitar, termasuk kekurangan, ke dalam sistem harga
air. Langkah untuk mengurangkan permintaan air akan diberi penekanan termasuk melalui
pemberian rebat cukai untuk industri yang mengitar semula air.
22.30 Biodiversiti. Usaha memelihara habitat kritikal akan dipergiat. Sehubungan ini, pelan
pengurusan sedia ada akan dikaji semula bagi memperkukuh lagi perlindungan flora dan
fauna yang terancam. Proses EIA akan dikaji semula untuk merangkumi penilaian impak
terhadap ekosistem. Kajian Strategi Pemuliharaan dan Pengurusan Tanah Tinggi di Sabah
dan Sarawak akan dilaksanakan dan Dasar Tanah Tinggi Negara akan digubal. Garis
Panduan Akses dan Perkongsian Manfaat Sumber Biologi akan disedia bagi memastikan
perkongsian saksama manfaat daripada penggunaan sumber biodiversiti dan menangani isu
biorompak. Institusi penyelidikan dan universiti akan membangun inventori biodiversiti
komprehensif untuk membantu biopenerokaan.
22.31 Sumber Hutan. Pemuliharaan dan penggunaan secara mampan produk hutan dan
kawasan tadahan air akan diberi penekanan untuk menggalakkan pengurusan hutan secara
mampan. Pembangunan sumber kekayaan yang mampan daripada produk hutan seperti
produk herba dan ubat-ubatan, aktiviti ekopelancongan dan biopenerokaan akan
digalakkan. Pusat Produk Hutan dan Bukan Hutan akan ditubuh untuk meningkatkan
keupayaan pengurusan alam sekitar dan sumber asli. Sistem MC&I akan diperkukuh untuk
memantapkan usaha pengurusan hutan secara mampan.
22.32 Sumber Mineral. Pendekatan sinergistik akan diambil untuk meneraju pembangunan
industri sumber mineral secara mampan. Penerapan amalan mesra alam akan diberi
penekanan dengan mengguna pakai Enakmen Mineral dan Peraturan Kuari oleh semua
negeri.
22.33 Sumber Marin dan Pantai. Dasar Pengurusan Bersepadu Zon Pesisir Pantai akan
diperkenalkan untuk menggalak pemuliharaan dan pengekalan sumber marin dan pesisir
pantai. Pemulihan dan pembaikpulihan pesisir pantai akan dipertingkat melalui program
penanaman dan penghijauan semula. Pelan pengurusan hutan bakau dan hutan pesisir
pantai komprehensif akan dibangun untuk menangani kadar susutan hutan bakau bagi
menjamin bekalan sumber yang berterusan serta mengurangkan kesan dari hakisan pantai
dan tsunami. Indeks Keterancaman Pesisir Pantai akan dibangun untuk memandu reka
bentuk program pengurusan zon pesisir pantai.
Inisiatif Lain
22.34 Pendekatan Ekonomi. Langkah akan diambil untuk memperluas penggunaan
instrumen ekonomi dan langkah berasaskan pasaran seperti penerapan prinsip pencemar
bayar, fi pengguna dan teknik penilaian ekonomi untuk menangani isu alam sekitar secara
berkesan dan cekap. Penggunaan mekanisme pembiayaan yang inovatif akan dikaji untuk
membantu pemuliharaan kawasan kritikal yang dilindungi. Kajian dan projek perintis akan
dijalankan untuk melaksanakan instrumen inovatif berasaskan pasaran.
22.35 Kesedaran dan Promosi Alam Sekitar. Dalam tempoh Rancangan, usaha
mempromosi dan memupuk budaya dan amalan mesra alam di kalangan rakyat Malaysia
akan dipergiat dengan penglibatan aktif sektor swasta dan NGO. Tindakan dan perubahan
yang sesuai akan diambil melalui kurikulum pendidikan di sekolah bagi menanam
kesedaran yang lebih mendalam terhadap keperluan pemeliharaan alam sekitar. Sektor
swasta akan digalak untuk menganjurkan program kesedaran penjagaan di kalangan
industri dan syarikat bagi meningkatkan tahap penjagaan yang lebih tinggi terhadap
keselamatan awam dan alam sekitar. Di samping itu, tenaga, ide dan kesungguhan NGO
alam sekitar akan digembleng bagi melengkapi usaha Kerajaan memelihara alam sekitar.
489
22.36 Petunjuk Pembangunan Mampan. Sistem petunjuk pembangunan mampan Malaysia
akan dibangun dan ditanda aras dengan inisiatif antarabangsa yang sedia ada untuk
memastikan supaya setanding. Sehubungan ini, satu kajian komprehensif akan dijalankan
untuk menilai ketepatan, kesesuaian, dan faedah mengguna kaedah penilaian seperti
perakaunan sumber asli, pengauditan alam sekitar dan model berasaskan tindak balas
terhadap keadaan tekanan untuk memantau pembangunan mampan dalam Malaysia.
22.37 Inisiatif Alam Sekitar Antarabangsa. Malaysia akan meneruskan penekanan terhadap
kerjasama serantau dan antarabangsa untuk menangani isu alam sekitar serantau dan
global. Perbincangan dan perkembangan di pelbagai fora alam sekitar akan dipantau rapi
untuk memastikan kepentingan Malaysia tidak terjejas. Tumpuan akan diberi terhadap
kajian dan langkah yang perlu bagi membantu tindakan Malaysia memenuhi komitmennya
dalam perjanjian alam sekitar pelbagai hala.
Copyright® 2005. All rights reserved. The Government of Malaysia | Mail to PM
Pada zaman sekarang, disebabkan dengan manusia yang mempunyai permintaan yang tidak
terhad telah menyebabkan ramai pembekal menjalankan aktiviti yang tidak bertanggungjawab
demi memuaskan permintaan manusia. Disebabkan aktiviti –aktiviti yang tidak
bertanggungjawab semakin berleluasa telah menyebabkan dunia yang ditinggal oleh manusia
akan menghadapi satu tragedi yang tidak dapat diramal oleh ahli sainstis dan juga kita sebagai
manusia. Dengan alasan dan juga tragedi yang diramal di atas, kerjasama antara negara telah
dicapaikan. Selain daripada itu, dasar-dasar juga dibangkit di setiap negara demi memelihara dan
memulihara alam sekitar.
Di negara kita juga tidak dikecualikan. Negara kita turut membangkitkan dasar-dasar demi
melindung alam sekitar. Antaranya termasuk dasar-dasar dan peruntukan wang di bawah
Rancangan Malaysia ke-8 dan juga ke-9.
Dalam RMK-8, penekanan diberi untuk menambah baik kualiti alam sekitar melalui pengurusan
yang lebih mantap ke atas beberapa aspek yang diberi tumpuan utama, khususnya kualiti air dan
udara, pengurusan sesi pepejal serta penggunaan teknologi bersih.
Dalam usaha mengurus kualiti udara adalah pihak berkuasa perlu memastikan kualiti udara
sentiasa di tahap baik hingga sederhana seperti yang ditunjuk oleh Indeks pencermaran Udara
(API). Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah tempat di negara kita tidak dapat
mencapai Indeks Pencermaran Udara (API), seperti negeri Pulau Pinang dan juga negeri
Selangor yang mempunyai kawasan perindustrian yang banyak dan juga bilangan penduduk
yang banyak turut menambah teruk udara di negeri tersebut. Kualiti udara tercemar selain
daripada karbon monoksida yang dibebaskan daripada kilang, ia juga termasuk pengangkutan.
Kenderaan selain daripada melepaskan karbon monoksida, ia juga mengakibatkan menambah
lagi habuk di kawasan tersebut. Habuk yang banyak akan menjadikan satu lapisan udara yang
menghalang air di permukaan bumi daripada mengewap. Keadaan ini akan menyebabkan
kawasan tersebut mengalami musim kemarau. Selain itu , karbon monoksida juga akan
menyebabkan hujan asid.
Seterusnya, kualiti air juga merupakan satu cabaran yang sengit kepada kerajaan negara kita dan
juga para sukarelawan untuk melindungi alam sekitar. Disebabkan dengan pembekal yang tidak
bertanggungjawab telah menyebabkan kualiti air di negara kita semakin serious. Dengan ingin
mencapaikan keuntungan yang tinggi telah menyebabkan pembekal enggan membina loji
penapisan sisa yang akan dialir keluar dari kilang tersebut. Tindakan ini sudah tentu akan
menambah teruk lagi kualiti air. Selain daripada, sisa-sisa yang dialir keluar dari kilang, para
petani juga perlu bertanggungjawab keatas pencermaran tersebut. Disebabkan ramai petani telah
menggunakan racun seranggan yang mengandungi bahan kimia pekat. Bahan kimia ini akan
mengalir ke dalam longkang setelah digunakan oleh para petani. Penggunaan pendekatan
pengurusan lembangan sungai bersepadu (IRBM) akan dipergiat untuk menambah baik kualiti
air sungai dan air bawah tanah. Usaha akan ditumpu ke arah mengurang bilangan sungai
tercemar. Sistem pembentungan awam akan dinaik taraf dan lebih banyak loji rawatan kumbahan
berpusat akan dibina untuk mengurangkan pelepasan air buangan yang tidak dirawat ke dalam
sistem sungai. Sumber Air. Penekanan akan diberi untuk mengekal dan meningkatkan fungsi
ekosistem sungai melalui pemulihan dan penyenggaraan tadahan tanah tinggi, tanah lembap,
tebatan sungai dan zon riparian.
Tindakan menguruskan sisa pepejal juga merupakan salah satu aspek yang tidak dapat diabaikan
oleh masyarakat. Demi mengatasi masalah ini, kerajaan negara kita telahpun menjalankan
kempen (3Rs) iaitu penggunaan semula, pengurangan dan pengitaran semula. Kerajaan telah
membina tapak perlupusan sanitari.
Seperti yang dibincangkan diatas, disebabkan permintaan manusia yang tidak terhad
menyebabkan sumber asli di dunia semakin berkurangan. Kerajaan telah menyediakan sejumlah
86 pelan rancangan tempatan dan 14 pelan rancangan struktur yang menerapkan pertimbangan
alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli telah disediakan. Selain itu, sebanyak 35 piawai dan
garis panduan pembangunan mengenai alam sekitar, perumahan, pengangkutan, guna tanah,
industri dan persekitaran perbandaran juga telah dikeluar dan dilaksana untuk menambah baik
perancangan dan pembangunan bandar.
Kaedah biodiversiti juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk
memelihara sumber asli. Majlis Biodiversiti-Bioteknologi Negara (MBBN) ditubuh untuk
menyelaras usaha pemuliharaan dan pengunaan mampan sumber biologi. Usaha memelihara
habitat kritikal akan dipergiat. Sehubungan ini, pelan pengurusan sedia ada akan dikaji semula
bagi memperkukuh lagi perlindungan flora dan fauna yang terancam.
Kebanyakan sumber asli adalah sumber-sumber yang senang didapatkan di dalam hutan atau
kawasan pendalaman. Pemuliharaan dan penggunaan secara mampan produk hutan dan kawasan
tadahan air akan diberi penekanan untuk menggalakkan pengurusan hutan secara mampan.
Pembangunan sumber kekayaan yang mampan daripada produk hutan seperti produk herba dan
ubat-ubatan, aktiviti ekopelancongan dan biopenerokaan akan digalakkan. Pusat Produk Hutan
dan Bukan Hutan akan ditubuh untuk meningkatkan keupayaan pengurusan alam sekitar dan
sumber asli. Sistem MC&I akan diperkukuh untuk memantapkan usaha pengurusan hutan secara
mampan.
Sumber asli selain boleh dapat daripada hutan ia juga boleh dapat daripada laut dalam dan juga
di tepi pantai. Dengan keadaan ini, pihak kerajaan menjalankan projek untuk melindungi
melindungi kawasan pantai daripada kemerosotan dan hakisan. . Inisiatif lain untuk memelihara
kepelbagaian marin termasuk penubuhan Taman Laut Tun Sakaran di Sabah dan penyediaan
Panduan Hala Tuju Strategik Marin untuk mempergiatkan usaha R&D marin. Dasar Pengurusan
Bersepadu Zon Pesisir Pantai akan diperkenalkan untuk menggalak pemuliharaan dan
pengekalan sumber marin dan pesisir pantai. Pemulihan dan pembaikpulihan pesisir pantai akan
dipertingkat melalui program penanaman dan penghijauan semula. Pelan pengurusan hutan
bakau dan hutan pesisir pantai komprehensif akan dibangun untuk menangani kadar susutan
hutan bakau bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan serta mengurangkan kesan dari
hakisan pantai dan tsunami.
Selain langkah-langkah yang dibincangkan di atas, teknologi bersih juga dipromosikan supaya
para pekilang menggunakan teknologi mesra alam secara meluas, industri akan digalakkan untuk
mengguna pakai langkah swakawal dan menggunakan Pendekatan Kitaran Hidup (LCA) dalam
proses pengeluaran dan pembangunan produk. SIRIM Berhad akan membangun Pangkalan Data
Inventori Kitaran Hidup Kebangsaan untuk industri dan aktiviti utama seperti penjanaan elektrik,
bekalan air, cari gali dan pengeluaran petroleum dan gas asli serta petrokimia. Pangkalan data
tersebut akan membantu usaha industri untuk membangun LCA dalam proses pengeluaran dan
pengilangan. Di sampingTitu, penemuan daripada projek perintis ekolabel akan diguna untuk
membangun skim pelabelan alam sekitar kebangsaan. Langkah juga akan diambil untuk
membantu dalam mengguna pakai teknologi bersih oleh enterpris kecil dan sederhana (EKS)
termasuk mengenal pasti sumber pembiayaan baru daripada Bank SME.
langkah-langkah kesedaran dan promosi alam sekitar, petunjuk pembangunan mampan, inisiatif
alam sekitar antarabangsa serta pendekatan ekonomi juga merupakan langkah yang berkesan
terhadap isu-isu melindungkan alam sekitar.
Ramai daripada kita masih tidak sedar bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang sepenuh di
atas melindungi alam sekitar. Selain disebabkan kita sebagai manusia yang menyebabkan
keadaan ini, kita juga merupakan penduduk di dunia ini. Jika keadaan ini masih tidak berhenti-
hentikan, maka ia akan mengakibatkan kita kehilangan tempat tinggal dan juga kita akan
mengalami tragedi yang tidak dapat diramalkan. Yang akhir sekali, kita yang sebagai penduduk
di dunia ini, kita mestilah sedar bahawa kita adalah “pinjam dunia ini daripada anak-anak atau
cucu-cicit kita, kita bertanggungjawab memulangkan dunia ini kepada mereka deng berkeadaan
baik dan juga sihat”, jangan kita biarkan dunia kita sakit dengan tanpa keinsafan untuk
mengubatinya, tetapi sebaliknya cuba menambah teruk lagi keadaannya. Biar kita kadi seorang
insan yang prihatin kepada dunia yang kita sayangi.
Sejauh Manakah Sumbangan Biodiversiti Terhadap Kehidupan Sejagat?
Ditulis oleh Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin. Posted in Artikel
Biodiversiti memberi sumbangan yang sangat besar dan tidak ternilai kepada kehidupan manusia
sejagat. Ia menjadi penyumbang kepada sejumlah besar bekalan makanan (yang diperolehi
daripada spesies flora dan fauna yang wujud) dalam kehidupan seharian kita. Malah sepanjang
sejarah, manusia sangat bergantung kepada biodiversiti bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Sebagai contoh, penangkapan ikan dunia tahunan (dengan kadar purata 100 juta tan metrik)
menggambarkan bahawa ia membekal sumber protein yang sangat penting kepada kehidupan
manusia dengan lebih daripada 20% populasi di Afrika dan Asia bergantung kepada ikan sebagai
sumber protein utama mereka. Sementara itu, haiwan daratan pula membekalkan hasil makanan
seperti telur, susu, daging dan sebagainya kepada kita melalui sektor penternakan.
Biodiversiti liar pula menyediakan pelbagai sumber bahan mentah dan makanan merangkumi
buah-buahan, kekacang, bijirin, cendawan, madu, rempah ratus, dan bahan perisa. Sumber
bekalan makanan liar ini sangat penting kepada kita terutamanya apabila bekalan makanan
daripada hasil pertanian menemui kegagalan. Dengan adanya biodiversiti liar, ia menjadi
penampung kepada kegagalan sesetengah sistem pertanian maju. Sebagai contoh, daya
pengeluaran hasil tanaman pertanian dunia membangun adalah dikekalkan melalui penyerapan
lazim gen daripada penghubung liar hasil tanaman ini. Gen liar ini memberikan ketahanan
terhadap serangga perosak dan penyakit yang mana ia dapat mengawal ancaman secara
berterusan kepada tuaian. Dengan adanya gen liar yang bertindak sebagai pembiakbaik
tumbuhan, ia membantu menghasilkan tumbuhan bermutu dan mengeluarkan hasil tinggi yang
sekaligus menjana pendapatan berjuta-juta ringgit dalam sektor pertanian global. Jika spesies
berkenaan pupus, maka kolam gen yang berpotensi bagi pertanian masa depan juga akan
musnah.
Bukan itu sahaja, malah sehingga kini tumbuhan liar masih menjadi sumber makanan berjuta-
juta penduduk pedalaman yang miskin dan juga masyarakat orang asli. Sebagai contoh,
penduduk di kawasan pedalaman Thailand menjalankan aktiviti memungut dan mengumpul
tumbuhan liar untuk dijadikan sumber makanan semasa musim hujan. Manakala bagi penduduk
di bandar Iquitos, Peru pula, buah-buahan daripada enam puluh spesies tumbuhan liar dipungut
untuk dijual di pasar-pasar. Walaupun para petani boleh membeli dan menanam biji benih yang
telah diubahsuai secara genetik (GM) menggunakan teknik molekular terkini, namun produktiviti
makanan masih lagi bergantung kepada biodiversiti tumbuhan yang harus dikekalkan oleh
amalan pertanian tradisional. Bagi biodiversiti marin di Sabah misalnya, rumpai laut dan ikan
diternak sebagai salah satu industri yang besar dan sangat menyumbang kepada ekonomi negara.
Biodiversiti juga menjadi penyumbang kepada sumber ubat-ubatan yang wujud pada hari ini baik
ubat-ubatan tradisional mahupun ubat-ubatan moden. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
menganggarkan bahawa 80% daripada penduduk dunia membangun bergantung kepada ubat-
ubatan tradisional yang diperoleh terutamanya daripada spesies tumbuh-tumbuhan. Di Asia
Tenggara misalnya, penyembuh tradisional menggunakan sejumlah 6, 500 spesies tumbuhan
berbeza untuk merawat malaria, ulser perut, siflis dan penyakit-penyakit lain. Malah, biodiversiti
juga kritikal kepada sektor kesihatan ‘rasmi' dunia membangun. Hasil tinjauan yang direkodkan
menunjukkan bahawa sebanyak 150 preskripsi dadah digunakan di United States dan 118
daripadanya adalah berasaskan sumber biodiversiti. Daripada jumlah tersebut, didapati sebanyak
74% adalah diperolehi daripada spesies tumbuh-tumbuhan. Ini sekaligus telah meningkatkan
penggunaan spesies tumbuhan dalam bidang perubatan. Kebiasaannya bahagian-bahagian yang
berguna daripada spesies tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan adalah seperti
bahagian batang, akar, pucuk, daun dan ubi. Struktur dan kandungan ubat yang dihasilkan
daripada spesies tumbuh-tumbuhan adalah bergantung kepada jenis penyakit yang hendak
diubati.
Bagi spesies-spesies daripada ekosistem marin seperti sepan, batu karang dan rumpai laut, selain
menyumbang sumber makanan, ia juga boleh digunakan dalam pelbagai jenis industri seperti
sektor perubatan dan juga bioteknologi. Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, spesies batu
karang dikatakan amat sesuai digunakan bagi menggantikan tulang berbanding dengan besi.
Selain itu, hasil kajian lain yang dijalankan oleh ahli biologi marin telah mendapati bahawa
spesies sepan mempunyai komponen anti bakteria dan sangat sesuai digunakan dalam ubatan anti
bakteria. Manakala dalam bidang bioteknologi pula, saintis telah mendapati batu karang
mempunyai kompaun yang boleh melindungi kulit daripada pancaran ultra violet
(ultralembayung) yang sangat sesuai digunakan dalam industri alat solek iaitu untuk penghasilan
krim penahan sinaran matahari.
Bagi mikrob dan sebahagian spesies haiwan pula menyumbang sebahagian daripada ubatan
termasuk Penicilin (yang dihasilkan daripada fungus Penicillium notatum) dan beberapa dadah
termasuk anesthetics yang dihasilkan daripada rembesan kulit spesies katak pokok. Sumbangan
sumber ubatan daripada komponen biodiversiti adalah mewakili pecahan yang terlalu kecil
daripada spesies bumi yang diselidiki secara langsung untuk keperluan perubatan. Proses
penyelidikan secara berterusan sentiasa menemukan sumber ubatan baru yang lebih baik.
Sebagai contoh, satu kajian ke atas spesies siput telah dapat mengenalpasti sejenis ubat penahan
sakit yang lebih berkesan daripada morfin tanpa memberi kesan ketagihan kepada pesakit.
Selain itu, biodiversiti turut menyumbang sebahagian besar sumber pendapatan kepada manusia
sejagat. Sumbangan-sumbangan yang disebutkan di atas sekaligus turut menyediakan faedah
ekonomi secara menyeluruh dalam kehidupan manusia. Ia juga sangat penting dan menjadi
penyumbang secara langsung kepada sumber pendapatan dan pembangunan ekonomi sesebuah
negara. Satu contoh yang jelas ialah ‘bioprospek' iaitu pencarian ke atas hasil biotik yang tidak
diketahui kegunaan spesifik seperti pestisid semulajadi, toksin antifungal dan enzim. Penemuan
senarai hebat sumber ‘serbaneka' yang disumbangkan oleh biodiversiti juga merangkumi
kebanyakan bahan binaan yang sangat penting daripada bahan balak dan bukan balak dalam
sektor perhutanan, gentian, bahan bakar, damar, rotan, haruman, bahan pewarna dan getah.
Walaupun hasil keluaran tersebut bernilai rendah, namun pada umumnya ia sangat berguna
kepada masyarakat dan penjanaan ekonomi sesebuah negara.
Malah bagi sesetengah negara, biodiversiti memberi sumbangan ekonomi yang besar melalui
aktiviti pelancongan dan rekreasi. Ekosistem marin misalnya boleh dijadikan kawasan tarikan
bagi aktiviti pelancongan seperti taman laut yang boleh menjana kepada pembangunan ekonomi
yang besar kepada sesebuah negara. Bagi mereka yang menghabiskan percutian sambil
menikmati alam semulajadi dianggarkan menyumbang sekurang-kurangnya 500 bilion setahun
sumber pendapatan kepada negara yang dilawati. Sebagai contoh, ekosistem terumbu karang di
Florida menjana sumber pendapatan sebanyak 1.6 billion setahun hanya melalui aktiviti
pelancongan sahaja. Bahkan biodiversiti juga turut memberi sumbangan yang besar kepada
ekonomi sesebuah negara melalui aktiviti penyelidikan, terutamanya melalui hasil penyelidikan
yang dikomersialkan dan dipasarkan ke peringkat global.
Biodiversiti juga turut memberi sumbangan terhadap nilai budaya dan agama. Adalah bukan
sesuatu yang aneh jika manusia ingin menghabiskan masa yang banyak untuk mendekati alam.
Ini kerana, manusia secara naluri memperoleh kepuasan estetik dan rohani daripada biodiversiti
dan persekitaran yang didiami. Malah ada kajian mendapati bahawa emosi yang baik dapat
ditambah apabila kita menyelami keindahan alam semulajadi. Dalam agama Islam sendiri pun
menggalakkan kita sebagai makhluk di bumi ini mencintai keindahan alam semulajadi kita.
Dengan kata lain, ia memberi sumbangan yang penting dari aspek sosial misalnya untuk
menjalankan kegiatan rekreasi luar seperti memburu, memancing, berkhemah, berkhelah,
menerokai sumber biodiversiti dan menikmati keindahan alam. Bukan itu sahaja, bahkan
hubungan yang rapat antara manusia sejagat dan biodiversiti juga turut digambarkan melalui
seni, agama dan adat resam pelbagai budaya manusia. Warisan kerohanian kita ini akan hilang
selamanya jika kita sebagai khalifah Allah di bumi ini tidak menjaganya dengan baik dan
membiarkan kemusnahan dilakukan secara berterusan ke atas biodiversiti kita.
Dengan menghayati sumbangan-sumbangan yang cukup besar yang diperolehi daripada
komponen biodiversiti, ia jelas menggambarkan bahawa manusia sangat bergantung kepada
sumber biodiversiti untuk meneruskan kelangsungan hidup dan pembangunan. Kewujudan
biodiversiti jangka panjang sangat perlu dalam memastikan pencapaian berterusan terhadap
pembangunan manusia sejagat. Justeru itu, komponen biodiversiti perlu dipelihara terutamanya
dalam mengekalkan sesuatu habitat kerana setiap satu spesies yang menghuninya mempunyai
nilai yang tersendiri terhadap kehidupan sejagat. Nasib biodiversiti kita pada masa hadapan
adalah bergantung kepada bagaimana manusia mengolah dan menggunakannya pada hari ini.
Penggunaan sumber biodiversiti secara terkawal dan disusuli dengan program pemuliharaan akan
mampu menyelamatkan khazanah biodiversiti yang kita pinjam daripada anak cucu kita. Dalam
mengekalkan kelebihan biodiversiti yang ada, aspek yang penting adalah bagaimana kita
menggalas cabaran yang melanda biodiversiti dan kehidupan kita setiap hari. Jika kita mampu
memikul tanggungjawab menjaga khazanah alam yang diamanahkan kepada kita dengan baik,
Insya Allah ia akan dapat dipelihara dan dikekalkan untuk turut dinikmati oleh generasi
seterusnya.
KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR.
Manusia menjalankan aktiviti harian dengan berinteraksi dengan alam sekitar untuk mencapai
kesejahteraan hidup. Kesan interaksi yang melampau akan memberi kesan negatif kepada alam
sekitar. Antara contoh aktiviti manusia yang menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar ialah
penggunaan racun perosak, penggunaan bahan api, kenderaan bermotor, perumahan, perkilangan
dan sebagainya
Terdapat beberapa kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar :
1) Pulau Haba
Pulau haba ialah satu fenomena dimana wujud ketidakseimbangan suhu disesuatu kawasan
akibat beberapa perkara.Pulau haba ditakrifkan sebagai peningkatan suhu sesebuah
bandarberbanding suhu di kawasan sekitar. Contohnya, suhu di Lembah Klang (Kuala Lumpur)
ialah beberapa darjah Celsius lebih tinggi daripada kawasan sekitarnya. Kawasan bandar menjadi
pulau haba.
Punca :
Faktor-faktor yang menyebabkan fenomena pulau haba :
1. Bangunan konkrit dan permukaan berturapmenyerap dan menyimpan haba lebih cepat
daripada tanah dan tumbuhan di luar bandar
2. Susunan bangunan yang rapat menghalang laluan tiupan angin
3. Binaan bangunan yang terdiri daripada cermin dan kaca juga memerangkap haba
4.Konkrit dan asfalt juga membebaskan haba secara perlahan-lahan pada waktu malam
5.Sisa haba daripada penyaman udara, kilang dan kenderaan bermotor
6. Kekurangan tumbuh-tumbuhan untuk menyerap haba matahari. Tumbuh-tumbuhan mampu
menyerap gas karbon dioksida dan menyederhanakan suhu.
Langkah mengurangkan fenomena pulau haba
1. Mewujudkan kawasan hijau dalam bandar atau program penghijauan bandar dengan menanam
pokok-pokok peneduh di kawasan rizab bandar. Pokok-pokok ini mampu mengekalkan
kelembapan udara di samping menyerdahankan suhu. Contoh gambar
2. Mengawal aktiviti perlepasan gas-gas rumah hijau secara sewenang-wenangnya dari sumber
kenderaan, industri dan pembakaran terbuka menerusi penguatkuasaan undang-undang. Contoh
gambar
3. Mengurangkan penggunaan sumber bahan api fosil yang banyak membebaskan gas rumah
hijau sebaliknya mengunakan atau memanafaatkan sumber tenaga alternatif seperti tenaga suria
dan hidro elektrik. Contoh gambar ::
4. Mengurangkan penggunaan peralatan yang banyak membebaskan CFC seperti pendingin
hawa, peti sejuk, alat-alat semburan yang jelas boleh menipiskan lapisan ozon yang kelak
mempengaruhi kemasukan bahangan matahari ke bumi tanpa halangan.Contoh gambar ::
5. Melaksanakan kempen kesedaran khususnya kepada penduduk bandar seperti kempen kongsi
kereta. menggunakan sistem pengangkutan awam yang mampu mengurangkan perlepasan gas-
gas rumah hijau di bandar.Contoh gambar ::
[klik link dibawah untuk nota dan latihan berkaitan Pulau Haba]
http://www.scribd.com/doc/16750881/fenomena-alam-sekitar-hujan-asid-penipisan-ozonpulau-
habarumah-hijau-jerebu
[klik link dibawah untuk menonton video berkaitan Pulau Haba]
2) Tanah Runtuh
Fenomena tanah runtuh bermaksud sebarang pergerakan fizikal,jisim serta bentuk asal tanah
sesuatu kawasan. Tanah runtuh juga bermaksud gelinciran tanah yang akan menyebabkan
perubahan landskap bentuk muka bumi. Aktiviti manusia seperti pembalakan hutan, pembinaan
struktur banggunan di cerun-cerun bukit akan menyebabkan kelongaran struktur tanah kerana
akar pokok berfungsi untuk mencengkam tanah agar ianya lebih stabil.
Punca :
Faktor-faktor yang menyebabkan fenomena tanah runtuh :
1. Aktiviti penebangan pokok secara tidak terkawal
2. Pembinaan perumahan dikawasan cerun bukit
3. Pembinaan jalan raya
4. Bencana Alam
5. Perlombongan dan pertanian
Langkah mengatasi tanah runtuh :
1. Membina tembok Gabion
2) Pencemaran Air
3) Penipisan Lapisan Ozon
4) Kepupusan Flora dan Fauna
5) Kesan Rumah Hijau
serta banyak lagi.
Pelupusan Flora & Fauna
Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud (Bio) keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di
sesuatu daerah atau pada sesuatu masa.
Manakala Fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu.
Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah.
Perubahan pada masa kini
Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus daripada bumi di
Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora dan fauna. Di semenanjung
Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh – tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500
daripadanya ialah spesies pokok. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80
spesies katak dan 80 spesies cicak telah disenaraikan.
Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai
kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahah air.
Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini kita lihat bagaimana orkid hutan
yang cantik telah dilapurkan hampir pupus, faktor ini mungkin disebebkan oleh keadaan bumi
dan perilaku manusia dan kian menggugat kestabilan alam. Hidupan seperti penyu dilautan juga
kian terancam, menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu melalui kajian
mereka menunjukan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu mentarut tetapi pada
tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kepupusan penyu
mentarut ini jika tidak dibendung akan menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali
speisi penyu ini.
FAKTOR – FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN
1.Masalah pembalakan haram
►Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan diantara 1986 hingga
jun 1990 , 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya
320,000 hektar sahaja.
►Pembalakan haram juga menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal.
►Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara.
►Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain
contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada
disekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatnag-binatang yang hidup dikawasan itu kehilangan
habitat dan lari dan mati.
2.PembakaranHutan
►Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka Ia akan menyebabkan spesis-spesis yang
terancam yang terdapat dikawasan tersebut akan musnah. Contohnya pembakaran hutan yang
berlaku di Kalimantan dan sumatera.
►Secara tidak langsung hidupan dan tumbuhan yang berada disekeliling hutan tersebut akan
pupus dan mati kerana kehilangan tempat tinggal kerana habitatnya telah musnah. Seperti sedia
maklum satu lagi kejadian pembakaran terbuka yang berlaku di Australia. Sudah pasti hidupan
flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan tersebut akan mati.
►Aktiviti pertanian yang dilakukan tanpa mengambil kira kepentingan alam semula jadi juga
mengakibatkan kesan yang amat buruk terhadap usaha mengekang pengecutan hutan.
►Sikap sesetengah pihak di negara membangun yang lebih gemar mengambil jalan mudah,
seperti mengamalkan "tebas dan bakar" (slash and burn) bukan saja membuatkan satu-satu
kawasan hutan lenyap sama sekali, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada kalanya
mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan yang serius dan secara tidak langsung
menyumbang kepada faktor kepupusan flora dan fauna.
3. Pembukaan Tanah Baru
►Pembukaan tanah seperti kawasan pertanian baru, pembukaan tanah - tanah rancangan oleh
Felda dan Felcra juga turut memusnahkan spesis tumbuh- tumbuhan .
►Pelbagai aktiviti manusia menyumbang kepada kemusnahan hutan seluruh dunia. Antara yang
paling kritikal (dan paling cepat menjilat hutan-hutan kita) adalah pembukaan kawasan baru
untuk penempatan manusia dan aktiviti ekonomi.
►Apabila jumlah penduduk dunia meningkat, kita memerlukan kawasan yang lebih luas untuk
membina rumah, kawasan industri, perniagaan dan pertanian, jaringan pengangkutan serta
perkhidmatan berkaitan seperti loji bekalan air dan tapak pelupusan sampah.
►Contohnya pembukaan tanah baru di Lojing Gua Musang Kelantan dimana penyerahan tanah
secara besar-besar kepada beberapa syarikat dengan yang bertujuan untuk membuka kawasan
pertanian seperti kebun sayur. Bagi tujuan itu maka banyak hutan ditebang dan dibersihkan dan
flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan itu akan mengalami kepupusan.
4. Pemburu Haram
►Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu
faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini.
►Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut
keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.
►Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintanag ini
menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa .
►Harimau Malaya meruapa satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya.
Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya
kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.
5. Peningkatan Suhu Dunia
►Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna.
►Faktor perubahan iklim ini bukalah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana
antara faktor kepupusan binatang prasejaran seperti ‘dinasaour’ adalah disebabkan perubahan
cuaca dunia.
►Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatna suhu dunia yang mendadak ini
menyebabkan ada sesetengah speisi haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan
tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan
ini.
6. Pencemaran
►Seperti mana kita maklumi bahawa keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan
kepupusan haiwan dan tumbuhan. Faaktor ini yang menyebabakan banyak hidupan akuatik kian
pupus.
►Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh (killer weil) semakin pupus disebabkan
pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak dilaut dan kegitan manusia yang
suka mengotorkan laut.
►Beruang panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara
China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga
menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan
utama habitat ini.
7. Aktiviti Perikanan
►Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di
kawasan pinggir laut, sungai dan tasik. Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh
nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam kepupusan
sumber ikan.
►Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden seperti penggunaan bot, kapal
dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik
sekaligus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.
8. Pembangunan
►Fenomena pengembangan kawasan bandar atau "urban sprawl" semakin jelas mengancam
hutan semula jadi di negara-negara maju, sementara keperluan untuk menyediakan prasarana
yang lebih sempurna di negara-negara membangun turut menjadi satu faktor.
►Hutan terpaksa dibuka untuk membina bangunan dan jalan raya; setiap tahun kawasan baru
dibuka dan semakin banyak hutan hilang dari pandangan. Kepesatan pembangunan juga
menyebabkan kemusnahan flora dan fauna.
►Di satu pihak, terdapat mereka yang ingin membuka kawasan baru, menebang hutan untuk
dibina rumah dan kilang, atau dijadikan tapak bercucuk tanam bagi aktiviti pertanian. Kadang-
kala mereka tidak hiraukan keperluan ekosistem setempat terhadap hutan semula jadi. Ratusan,
bahkan ribuan hektar hutan akhirnya lenyap dalam tempoh seminggu dua. Haiwan-haiwan yang
selama ini hidup bebas di hutan tidak dapat dilihat lagi, ada kalanya buat selama-lamanya.
Implikasi / kesan
1.Kepupusan hidupan liar dan spesis pokok
Kegiatan manusia yang tidak dirancang seperti aktiviti pembalakan boleh menyebabkan kesan
negatif ke atas keseimbangan alam. Penebangan hutan yang keterlaluan menyebabkan kepupusan
spesies pokok seperti pokok meranti, cengal dan balau. Penebangan hutan juga boleh
menyebabkan habitat haiwan liar terganggu menyebabkan kepupusan haiwan liar seperti gajah,
badak,harimau kerana kehilangan kawasan habitat dan sumber makanan. Kegiatan penebangan
hutan untuk tujuan pertanian juga membawa permukaan tanah terdedah kepada hakisan tanah
dan tanah runtuhterutama sekali apabila berlaku hujan
Sekali lagi, keseimbangan ekologi terancam dan dunia kehilangan suatu khazanah yang tidak
dapat diganti dengan kebijaksanaan manusia. Alam semula jadi telah membina semuanya selama
jutaan tahun, sementara tangan manusia mampu menghancurkannya dalam tempoh hanya
beberapa dekad.
2. Menyebabkan kepupusan hidupan akuatik
Tumpahan minyak dan sampah sarat serta pembuangan sisa toksik ke dalam laut
menyebabkan kemusnahan hidupan laut. Sesetengah bandar dan kampung mengepam
pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang
bahan beracun ke dalam sungai. Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan
air yang lain. Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh
air hujan ke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-
bagai jenis hidupan air
Pencemaran laut juga menyumbang kepada kepupusan hidupan laut. Sungai yang
tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya.Minyak
yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu
membunuh burung laut, kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.Pencemaran yang
berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk pencuci pakaian
memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti
nutrien, bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut
3.Menyebabkan hakisan Tanah
Pembalakan yang berleluasa akan menyebabkan hakisan tanah berlaku.Ini kerana k
awasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan.Pembukaan tanah baru dari
hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara
meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan
hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah,
pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang
berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air
dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah
dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan
pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar
contohnya berlaku hakisan tanah, perubahan iklim, kesan kepada rumah hijau dan
banjir.Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak terkawal akan menyebabkan
kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa perubahan suhu dunia.
4.Menyebabkan pencemaran udara dan pemanasan global
Pembakaran hutan secara terbuka akan menyebabkan berlakunya jerebu. Penggondolan
hutan dan pembalakan yang dilakukan secara meluas akan menyebabkan tiada tempat
untuk menyerap haba yang dilepaskan oleh aktiviti manusia. Kegiatan pembakaran hutan
secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi
menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada
pemanasan global.
Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon
dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan
global . Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi
banyak gas karbon dioksida.
Kesannya Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus
dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup
dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku
perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari, ia boleh menyebabkan
hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.Kekeringan
sumber air permukaan bumi dan kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai
wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan
berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas
5 .Mecacatkan pemandangan alam
Kegiatan manusia yang berterusan dan tidak terancam menyebabkan pemandangan yang
indah bertukar menjadi sebuah pemandangan yang menyakitkan mata.Pembuangan
sampah sarap ke dalam laut.
Langkah mengatasi
1.Pemuliharaan dan pemeliharaan
Pemeliharaan
Usaha yang dilakukan untuk melindungi, merancang dan mengurus alam semulajadi
supaya kekal dan berterusan.
Pemuliharaan
Usaha yang dilakukan untuk memulihkan sumber yang telah diganggu supaya kembali
pada keadaan asal.
2. Penghutanan Semula
Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik yang dijalankan oleh
Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan.penghutanan semula dilkukan di
kawasan pokok balak yang telah ditebang Tujuan Penghutanan semula,Memastikan
spesies pokok tidak pupus. Mengekalkan kualiti alam sekitar. Memulihara tanah dan
sumber air. Mengekalkan habitat fauna dan flora. . Mengekalkan warisan hutan.
3. Menguatkuasakan akta yang telah sedia ada
Pelbagai akta telah diwartakan untuk menjaga alam sekitar.Pihak kerajaan dan bukan
kerajaan seharusnya bersatu dalam menangani isu ini. Antara contoh akta yang telah
sedia ada:
Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam hutan sebelum
sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan.
Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur
hutan terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya kepupusan. (
Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan
Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau
taman negara dengan keluasan mencukupi.
Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk
mencegah pembalakan haram.,( membalak di kawasan perlindungan hutan – TAMAN
NEGARA ) pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal
seperti tumbuhan jenis orkid .
Masalah pembalakan haram – Laporan Trade Records of Fauna and Flora menyebut di
antara tahun 1986 dan Jun 1990 –500.000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi
kelulusan jumlah kawasan yang dibenarkan hanya 320.000 hekter.
Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.JumlahBancian penyu
mendarat di Rantau Abang didapati merosot di mana jumlah pada tahun 1996 sebanyak
5665 ekor merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994.
Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam
Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan
Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh Malaysia)
Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan
Akta kualiti Alam Sekitar ( EQA) 1974
Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000
Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986
4.Pendidikan alam sekitar melalui kurikulum
Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan
Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi.
Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitardan
Biologi Persekitaran.Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula
disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang
penting
ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan
dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. Melalui pendedahan ini dapat
memupuk kesedaran kepentingan alam sekitar kepada masyarakat.
5.Pendedahan Media Massa
Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara
pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu
pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah
pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang
isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat
pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan
keutamaannya
Kearahpemuliharaanbiologi
MALAYSIA merupakan satu daripada 12 buah negara mega kepelbagaian biologi dunia, iaitu
negara-negara yang secara bersama menampung antara 60 hingga 70 peratus kepelbagaian
biologi dunia. Di rantau ASEAN, Malaysia berada di tempat kedua selepas Indonesia dari segi
kekayaan biologinya.
Dianggarkan 185,000 spesies fauna yang dikenal pasti dan 15,000 spesies flora boleh ditemui di
negara ini. Namun saban hari kekayaan semula jadi ini terancam kerana aktiviti yang
memusnahkan habitat dan ekosistemnya. Mungkin juga ada yang telah pupus sebelum ia sempat
dikenal pasti.
Justeru itu, pelancaran Dasar Kepelbagaian Biologi Negara (DKKB) oleh Menteri Sains,
Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Law Hieng Ding baru-baru ini dilihat sebagai satu usaha
penting ke arah pemuliharaan alam sekitar. Kepelbagaian biologi merujuk kepada variasi
tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan berhubung mengenai genetik, spesies dan
ekosistem.
Penghasilan dasar itu sejajar dengan penglibatan aktif Malaysia dalam perundingan di peringkat
nasional dan antarabangsa berhubung isu kepelbagaian biologi atau biodiversiti, terutama selepas
Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada Jun 1992.
Draf DKKB dirangka oleh sebuah jawatankuasa saintifik yang diketuai oleh Profesor Datuk Dr.
Zakri Abdul Hamid yang kini merupakan Timbalan Naib Canselor Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) bersama 11 orang saintis tempatan. Setelah melalui beberapa proses kajian
semula, akhirnya selepas empat tahun bermula pada Ogos 1993, draf ini telah diluluskan oleh
para jemaah menteri pada 22 Oktober 1997.
Law semasa melancarkan dasar itu mengharapkan agar dasar tersebut dapat ''memberi hala tuju
kepada agensi-agensi kerajaan dalam melaksanakan strategi, pelan tindakan dan rancangan-
rancangan berkaitan dengan kepelbagaian biologi''.
Pakar bidang kepelbagaian biologi di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari), UKM
bagaimanapun menegaskan dasar itu memerlukan komitmen yang tinggi daripada pihak-pihak
terbabit untuk melaksanakan peranan masing-masing bagi memulihara sumber biologi negara.
''Dasar itu adalah sekadar garis panduan ke arah pemuliharaan biologi. Tanpa pembabitan dan
kesungguhan pihak-pihak yang berkenaan, dasar itu hanya akan tinggal dasar - cantik di atas
kertas sahaja, tetapi tidak dalam realitinya,'' kata Profesor Abdul Latiff Mohammed.
Menurut beliau - salah seorang antara mereka yang terlibat dalam merangka dasar tersebut -
penghasilan dasar itu selari dengan usaha Malaysia untuk menjadi jurucakap kepada negara-
negara membangun dan pembabitan aktif Malaysia dalam Konvensyen Kepelbagaian Biologi
sejak 1990.
Malaysia meratifikasi konvensyen ini pada 24 Jun 1994 dan merupakan negara ke-65 berbuat
demikian. Sehingga kini 157 buah negara telah meratifikasikan konvensyen tersebut yang
dilaksanakan di seluruh dunia pada 29 Disember 1994. Tarikh tersebut kini disambut sebagai
Hari Biodiversiti Antarabangsa.
Usaha menghasilkan sebuah dasar kebangsaan itu adalah sejajar dengan Artikel 6 Konvensyen
Kepelbagaian Biologi yang menggariskan dengan jelas bahawa semua rancangan dan program
perlulah dijalankan berpandukan satu dasar yang khas mengenai kepelbagaian biologi.
Konvensyen itu dibangunkan kerana walaupun manusia bergantung kepada kepelbagaian biologi
untuk kemandirian, terdapat kebimbangan masyarakat dunia akan kemerosotan kualiti alam
sekitar dan kemusnahan habitat yang membawa kepada kepupusan kepelbagaian biologi.
Ia juga menyedari dilema yang dihadapi oleh negara selatan yang kaya biodiversiti, dan
mengakui keperluan negara utara yang miskin biodiversiti tetapi kaya dari segi kewangan dan
teknologi untuk membantu selatan memulihara sumber biologi mereka tanpa menjejaskan
aspirasi mereka untuk membangun dan menikmati kemudahan yang lebih baik.
Kepelbagaian biologi terbahagi kepada tiga peringkat:
* Kepelbagaian genetik iaitu kepelbagaian dalam spesies, seperti yang diukur mengikut variasi
dalam gen setiap tanaman, haiwan dan mikroorganisma. Kepelbagaian genetik berlaku dalam
dan antara populasi sesuatu spesies.
* Kepelbagaian spesies merujuk kepada pelbagai organisma hidup di dunia.
* Kepelbagaian ekosistem merujuk pelbagai habitat, komuniti biosis dan proses ekologi dalam
persekitaran daratan, lautan dan akua yang lain.
Pemuliharaan dan penggunaan mapan adalah dua aspek penting yang ditekankan dalam
konvensyen tersebut, yang mengandungi tiga objektif utama iaitu pemuliharaan kepelbagaian
biologi, penggunaan mapan komponen-komponen kepelbagaian biologi dan perkongsian yang
adil dan saksama dari keuntungan yang wujud dari penggunaan mapan sumber genetik.
Dalam negara, kewujudan DKKB itu sekurang-kurangnya memberi garis panduan mengenai
berapa banyak kajian yang telah dijalankan dan juga berapa banyak sumber kepelbagaian biologi
kita yang telah digunakan, ujar Prof. Abdul Latiff.
''Maklumat sebenar sukar dipastikan. Kita tidak boleh menyatakan dengan tepat berapa banyak
flora dan fauna kita yang telah digunakan kerana kajian menyeluruh mengenainya atau untuk
menyenaraikan jumlahnya, tidak pernah dilakukan.
''Namun apa yang penting ialah kita mengambil langkah-langkah sewajarnya, yang betul dan
baik, untuk memastikan generasi akan datang dapat menikmatinya,'' jelasnya.
Tegas beliau, pemuliharaan bukan bermakna sesebuah kawasan itu tidak boleh digunakan untuk
tujuan pembangunan. ''Saya akui kita perlukan pembangunan, tetapi ia haruslah dilakukan secara
lestari atau dalam bahasa mudah ''Ambil secukup makan, simpan untuk hari depan'','' katanya.
Beliau berpendapat, bilangan ahli sains yang mampu menjalankan kajian dalam bidang
biodiversiti di negara ini amat kurang. Contohnya, dalam bidang flora kita mempunyai lebih
kurang 30 orang pakar sementara ahli ornitologi (kajian mengenai burung), cuma lebih kurang
11 hingga 12 orang. Bilangan itu, tambahnya, tidak mencukupi untuk membolehkan kajian yang
menyeluruh dan mencakupi semua sumber biologi dilakukan.
Keadaan sebaliknya berlaku di negara maju yang miskin biodiversiti tetapi mempunyai ramai
saintis untuk membuat kajian. Contohnya Jepun yang cuma ada satu pertiga daripada kekayaan
biodiversiti kita, tetapi saintisnya tiga juta orang - beratus kali ganda lebih banyak dari negara
kita.
''Sedangkan di negara kita tidak wujud saintis, tidak ada makmal kajian...Kita cuma ada beberapa
orang penyelidik. Kita harus bertanya berapa banyak tenaga mereka ini dapat digunakan untuk
memajukan biodiversiti...''
Menurutnya, sejak 20 tahun lalu tidak ada pengiktirafan diberi kepada mereka yang mengkaji
bidang sains tulen. Pengiktirafan hanya diberi kepada mereka dalam bidang sains gunaan seperti
IT atau teknologi. Tidak ada iltizam atau komitmen di pihak kerajaan dari peringkat tertinggi
untuk mewujudkan jawatan di universiti, institusi penyelidikan dan jabatan perhutanan,
PERHILITAN dan sebagainya untuk golongan ini.
Bagi memperbetulkan keadaan ini, beliau menggesa kerajaan mengadakan inisiatif yang lebih
menarik untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang sains tulen dan seterusnya
meningkatkan bilangan penyelidik bidang ini. Sejak beberapa tahun lalu, bidang ini tidak
mendapat sambutan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.
''Orang menganggap bidang sains tulen tidak penting dalam mengejar kemajuan dalam bidang
sains dan teknologi. Harus diingat bahawa dalam semua perkara, asas itu penting. Sebagaimana
ekonomi, yang akan kuat jika asasnya kuat, begitu jugalah dalam bidang sains. Jika kita kuat
asasnya, kita juga akan kuat dalam teknologinya,'' ujar beliau.
Masalah itu, katanya, adalah kerana kerajaan hanya melihat kekayaan kepada apa yang ada di
depan mata dan kekayaan itu perlu digunakan kesemuanya.
''Tetapi adakah kita terfikir bagaimana untuk kita gunakan biodiversiti ini untuk bioteknologi,
untuk perubatan tradisi, untuk baka baru untuk tumbuhan dan haiwan, sekiranya kita tidak ada
kemampuan untuk mengkaji.
''Orang asing tidak...penduduk negara maju di Barat seperti di Amerika dan Eropah yang sudah
tidak begitu kaya dengan biodiversiti kerana hutan mereka sudah dibersihkan untuk
pembangunan, banyak datang ke negara ini mencari khazanah sebagai penuntut dan kembali ke
negara sebagai pakar.''
Prof. Abdul Latiff berkata, kita sebenarnya berada dalam keadaan yang lebih baik daripada
mereka dan pemuliharaan sumber biologi ini dapat dilaksanakan jika kita melakukan
pembangunan secara lestari dan ''tidak tamak''.
''Sebenarnya kita mempunyai kemampuan untuk melakukannya, Apa yang diperlukan ialah
komitmen pihak terbabit untuk melakukannya, mengadakan mekanisme yang diperlukan...''
Dengan mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi, beliau yakin Malaysia mampu
menonjolkan dirinya sebagai pusat kecemerlangan biodiversiti tropika.
''Dari segi kemampuan ahli sains, teknologi, infrastruktur dan penyelidikan, kita dengan mudah
boleh mengatasi Indonesia, dan juga Filipina.
''Kalau kita mahu jadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, ia juga boleh
dilakukan dalam bidang kepelbagaian biologi tropika.''
Bagaimanapun, hakikatnya masih banyak juga pembangunan yang berlaku tanpa mengambil kira
kepentingan alam sekitar. Perkara ini berlaku kata Prof. Abdul Latiff, adalah kerana proses
(pentadbiran) kita cepat lemah dengan tekanan ekonomi (perniagaan).
Akibatnya, banyak tanah yang suatu ketika dahulu hutan yang kaya dengan sumber biologi
menjadi gersang, dan membentuk hutan sekunder yang amat rendah kepelbagaian biologinya.
''Kandungan air dalam hutan sekunder amat kurang berbanding dengan hutan primer yang
berfungsi seumpama span. Apabila hutan primer ini tiada, dah jadi hutan belukar, ia tidak lagi
dapat menyimpan air.''
Dalam keadaan sekarang, dengan pengaruh El Nino, kebakaran hutan mudah berlaku. Sejak awal
tahun ini, beberapa kawasan hutan dan belukar di Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah dan
Kalimantan telah terbakar, termasuk hutan paya gambut. ''Keadaan ini bukan hanya disebabkan
oleh perbuatan sengaja (hutan itu dibakar), tetapi realitinya hutan itu sebegitu kering sehingga ia
sendiri boleh terbakar...'' ujar Prof. Abdul Latiff.
Saiz kawasan hutan yang semakin kecil juga mengancam populasi haiwan dan tumbuhan yang
memerlukan habitat tertentu untuk hidup. Tegas beliau, melainkan kita tahu bagaimana setiap
spesies berperanan, kita tidak dapat mengelakkan kepupusan spesies, yang berbeza di antara
spesies ke spesies.
''Seekor seladang umpamanya memerlukan kawasan seluas 500 ekar (200 hektar) untuk hidup
dan membiak. Secara amnya, lebih besar sesuatu haiwan, lebih luas kawasan yang
diperlukannya. Sesuatu spesies akan hilang apabila ia tidak lagi dapat berfungsi sebagai populasi
produktif, dan keadaan ini lebih kritikal kepada haiwan.''
Menurut beliau, pemusnahan habitat yang berterusan menyebabkan sebahagian kepelbagaian
biologi negara akan hilang sebelum ia sempat didokumenkan, terutamanya dalam keadaan
kekurangan saintis untuk melakukan kerja-kerja mendokumentasinya.
Hutan dipterokarpa tanah rendah yang merupakan kawasan yang sangat kaya dengan
kepelbagaian spesies sudah semakin kurang kerana kebanyakannya telah dijadikan tanah
pertanian atau dibangunkan untuk perumahan dan perindustrian. Dalam tempoh 1970 hingga
1992, hutan semula jadi di Malaysia telah berkurangan sebanyak 19.3 peratus. Kawasan hutan
kekal adalah seluas 14.28 juta hektar di mana 3.43 juta hektar daripadanya dilindungi sebagai
kawasan tadahan air.
Sebenarnya, sumber kepelbagaian biologi ini mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, terutamanya
dalam industri farmaseutikal. Di Amerika Syarikat (AS), umpamanya, hampir suku ubat yang
dipreskripsikan berasal dari tumbuh-tumbuhan dan industri itu dianggarkan berjumlah AS$9
bilion setahun di negara itu. Manakala di kalangan negara anggota Organisasi Kerjasama dan
Pembangunan Ekonomi (OECD), jumlah nilai runcit ubat berasaskan tumbuh-tumbuhan ialah
AS$43 bilion pada 1986.
Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&s
ec=Rencana&pg=ot_06.htm#ixzz2htHK9u4K
© Utusan Melayu (M) Bhd
NIT 15 : KESAN-KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP TUMBUHAN
SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR
Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai kegiatan dilakukan untuk memenuhi
keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang untuk memperoleh sumber perhutanan, membina
petempatan membina jaringan pengankutan, menjalankan
aktiviti pertanian, penternakan dan perkilangan.
Kegiatan-kegiatan ini meninggalkan kesan terhadap tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
Dalam unit ini, kita akan meneliti kesan daripada kegiatan pembalakan, petempatan, dan pertanian.
15.1 Kesan-kesan Kegiatan Manusia terhadap Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
Kepupusan Flora dan Fauna
Penerokaan sumber hutan akan menyebabkan flora dan fauna terancam kerana kehilangan habitat
untuk membiak dan kekurangan sumber makanan. Lambat-laun beberapa spesies tumbuh-tumbuhan
dan haiwan akan pupus. Antara beberapa spesies mamalia di Maaysia yang diancam kepupusan ialah
badak sumatera, gajah, harimau, dan orang utan ( Sumber: Alert 2001, Sahabat Alam Malaysia )
Ketandusan Tanih
Apabila pokok mati, daun, ranting, dan dahannya akan reput. Keadaan cuaca yang panas dan lembab
akan mencepatkan proses pereputan. Bahan yang reput ini berbentuk humus. Humus mempunyai
nutrien yang dapat menyuburkan tanih.
Bakteria, kulat, dan serangga akan menguraikan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mati.
Bahan kimia daripada tumbuhan dan haiwan ini akan dibebaskan. Bahan ini akan terserap ke dalam
tanih dan menjadi nutrien.
Penebangan hutan menyebabkan proses pembentukan humus dan penguraian terhenti.
Seterusnya lapisan atas tanih akan terdedah kepada hakisan air larianpermukaan. Sebahagian air hujan
akan melarutkan nutrien dan minerallalu meresap ke lapisan bawah. Proses ini dikenali sebagai larut-
resap. Proses larut-resap akan meyebabkan lapisan atas tanig kurang subur. Kedua-dua proses hakisan
dan larut-resap akan meyebabkan tanih hilang kesuburannya dan menjadi tandus.
Kejadian Banjir
Penebangan hutan di kawasan cerun bukit menyebabkan kawasan tersebut menjadi gondol. Kawasan
ini akan terdedah kepada hakisan. Permukaan tanih akan terhakis dan dibawa ke sungai yang
berhampiran. Seterusnya tanih ini akan mendap di dasar sungai, terutamnya di kawasan hilir. Dasar
sungai akan menjadi cetek. Apabila hujan lebat turun, sungai akan menampung air yang banyak. Air
yang berlebihan ini akan melimpah ke kawasan sekitarnya lalu menyebabkan banjir. Contohnya ialah
kejadian banjir lumpur yang berlaku di Sungai Sungkai, Perak pada tahun 2000 dan di bandar raya Kuala
Lumpur pada bulan Oktober 2001.
Pencemaran
Pembakaran hutan untuk pertanian menyebabkan pencemaran
udara. Contohnya kejadian jerebu yang buruk yang disebabkan oleh pembakaran hutan., berlaku
secara besar-besaran di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia pada tahun 1997.
Selain itu, penebangan hutan di hulu sungai pula menyebabkan berlakunya pencemaran
sungai. Apabila hutan di tebang, air hujan akan menghakis tanah yang terdedah. Bahan yang terhakis ini
akan dibawa ke sungai lalu termendap di dasar sungai. Akhirnya, air sungai menjadi keruh dan
berkeladak.
15.2 Kesan Kegiatan Pembalakan, Pertanian, dan Petempatan terhadap Tumbuhan Semula
Jadi dan Hidupan Liar
Kesan pembalakan
Pembalakan dijalankan untuk memperoleh kayu balak khususnya untuk kegunaan dalam industri
pembinaan. Kayu balak di gunakan juga untuk membuat perabot dan kertas. Kayu balak juga menjadi
bahan eksport negara kita. Penebangan hutan untuk tujuan komersial ini telah menyebabkan kawasan
hutan yang luas ditebang.
Pokok-pokok yang ditebang tidak dapat digantikan dalam masa yang singkat. Pokok kayu
keras hutan hujan tropika mengambil masa yang lama untuk membesar. Contohnya, pokok cengal dan
merbau.
Apabila hutan dimusnahkan, hidupan liar akan kehilangan habitat dan sumber makanan.
Hidupan liar seperti orang utan, beruang matahari, buruang raja udang,dan burung ekor bercabang akan
terancamdan hampir pupus.
Hutan paya air masin berfungsi sebagaipanampan hakisan di kawasan pinggir laut. Oleh itu,
penebangan hutan paya air masin menyebabkan pinggir laut terhakis. Walau bagaimanapun, jika
dikalankan dengan terancang, penerokaan hutan paya air masin dapat juga mendatangkan faedah.
Hutan Simpan Paya Laut di Larut Matang merupakan contoh hutan paya air masin yang diurus dengan
baik. Hutan ini membekalkan sumber kayu sejak tahun 1902. Contoh lain ialah penerokaan hutan paya
air masin di Pantai Remis, Perak dan Tanjung Dawai di Merbok, Kedah yang dijadikan kawasan
penternakan udang.
Foto 15.1 Aktiviti pembalakan dapat memusnahkan pelbagai spesies flora dan fauna.
Kesan Kegiatan Pertanian
Pertanian pindah adalah kegiatan pertanian yang dilakukan oleh petani tradiional di kawasan hutan
hujan tropika. Untuk menjalankannya, hutan diteroka dan dibakar untuk dijadikan kawasan bercucuk
tanam. Apabila tanihnya sudah kurang subur, pertanian akan dijalankan di kawasan baru. Kegiatan
pertanian sebegini akan menyebabkan kemusnahan hutan yang semakin meluas.
Asap daripada pembakaran hutan akan mencemari udara. Kawasan yang ditinggalkan itu pula
akan menjadi tandus. Kawasan yang tandus akan terdedah pada hakisan oleh air hujan. Air hujan akan
menghakis tanah dan membawanya ke sungai. Sebagai akibatnya, air sungai akan tercemar.
Penerokaan hutan untuk kegiatan pertanian komersial/pertanian ladang turut menyebabkan
kemusnahan flora dan fauna. Contohnya ialah pembukaan kawasan penanaman getah dan kelapa sawit
di Pahang Tenggara dan di Johor Tenggara. Hidupan liar terutamanya gajah yang dahulunya banyak
terdapat di hutan itu kini tinggal 1008 ekor saja di seluruh Semenanjung Malaysia.
Foto 15.2 Kawasan hutan yang diusahakan menjadi kawasan penanaman kelapa sawit
Kesan Kegiatan Petempatan
Pembinaan petempatan peneroka seperti di kawasan FELDA menyebabkan sebahagian hutan telah di
tebang. Akibatnya banyak spesies flora yang musnah dan rantaian makanan hidupan liar turut terganggu.
Permintaan terhadap kawasan petempatan adalah sangat tinggi. Faktor ini menyebabkan
beberapa kawasan hutan tanah tinggi dijadikan kawasan petempatan. Contohnya ialah pembinaan
kondominium di Ampang, Uku Kelang, Selangor. Kegiatan ini menyebabkan kejadian tanah runtuh serta
pencemaran sungai.
Semua kegiatan yang dijalankan itu adalah penting dalam hidup kita. Namun demikian,
semuanya perlu dijalankan denga terancang dan terkawal agar tidak menjejaskan alam semulajadi dan
mengancam hidup kita.
15.3 Kesan Kegiatan Manusia terhadap Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar pada Masa
Depan
Punca Kepupusan Hidupan Flora Dan Fauna
Di Malaysia
SMAHADZIR
JIKA dikaji secara mendalam, punca masalah kemusnahan flora dan fauna di Malaysia adalah
manusia sendiri. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini ialah:
1. Kemusnahan Dan Perubahan Habitat
Aktiviti pemusnahan manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan kawasan baru
untuk pembangunan. Aktiviti-aktiviti ini akan memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan
dalam sesuatu jangka masa tertentu. Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau
mengecilkan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang
luas untuk aktiviti-aktiviti hidup. Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan
haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Kematian
dan pengurangan bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini.
2. Pembakaran Hutan
Pembakaran hutan secara terbuka akan menyebabkan spesies-spesies flora dan fauna terancam
yang ada di kawasan tersebut akan musnah. Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang besar dan
tidak dapat dikawal akan memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya.
3. Pemburuan Haram
Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara seperti Amerika
Syarikat, Britian dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di Malaysia.
Dianggarkan hampir 200,000 spesies primat dijual untuk tujuan penyelidikan setiap tahun sehingga
menyebabkan beberapa spesies haiwan tersebut hampir pupus kini.
4. Keperluan Barangan Berasaskan Haiwan
Pembunuhan terhadap harimau, memerang, paus, badak, dan gajah untuk tujuan mendapatkan
kulit, gading dan bahagian-bahagian lain yang dikatakan memberi kekuatan kepada manusia terus
berleluasa. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau
Malaya kini hanya tinggal jumlah yang sedikit sahaja.
5. Pencemaran Alam
Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh (killer wale) semakin pupus disebabkan
pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak dan kegiatan manusia yang suka
mengotorkan laut.
6. Perubahan Suhu Dunia
Fenomena El-Nino umpamanya menyebabkan peningkatan suhu dunia secara mendadak,
menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan terancam terutama yang tidak sesuai
dengan cuaca panas.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Proses pembangunan ekonomi
Proses pembangunan ekonomiProses pembangunan ekonomi
Proses pembangunan ekonomiUpper6
 
PENDUDUK & ALAM SEKITAR
PENDUDUK & ALAM SEKITARPENDUDUK & ALAM SEKITAR
PENDUDUK & ALAM SEKITARMeera Zaheed
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantungAsmawi Abdullah
 
PERHUTANAN GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
PERHUTANAN  GEOGRAFI STPM PENGGAL 2PERHUTANAN  GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
PERHUTANAN GEOGRAFI STPM PENGGAL 2Mohd Hafiz Wazini
 
Strategi wilayah di malaysia
Strategi wilayah di malaysiaStrategi wilayah di malaysia
Strategi wilayah di malaysiamuizzmo
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZONSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZONAsmawi Abdullah
 
Kerjasama serantau
Kerjasama serantauKerjasama serantau
Kerjasama serantauKamilah Kam
 
Bandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranBandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranAzizah Had
 
Kepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Kepentingan Sumber-Sumber di BumiKepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Kepentingan Sumber-Sumber di BumiNizxx_
 
Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutanNinie Aziz
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)Asmawi Abdullah
 
punca penyakit jantung
punca penyakit jantungpunca penyakit jantung
punca penyakit jantungnurfazilah
 
Pengajian am penggal 2
Pengajian am penggal 2Pengajian am penggal 2
Pengajian am penggal 2fazrul
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARAsmawi Abdullah
 

La actualidad más candente (20)

Proses pembangunan ekonomi
Proses pembangunan ekonomiProses pembangunan ekonomi
Proses pembangunan ekonomi
 
PENDUDUK & ALAM SEKITAR
PENDUDUK & ALAM SEKITARPENDUDUK & ALAM SEKITAR
PENDUDUK & ALAM SEKITAR
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantung
 
PERHUTANAN GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
PERHUTANAN  GEOGRAFI STPM PENGGAL 2PERHUTANAN  GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
PERHUTANAN GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
 
Strategi wilayah di malaysia
Strategi wilayah di malaysiaStrategi wilayah di malaysia
Strategi wilayah di malaysia
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZONSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON
 
Kemarau
KemarauKemarau
Kemarau
 
Kerjasama serantau
Kerjasama serantauKerjasama serantau
Kerjasama serantau
 
Bandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranBandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaran
 
Alam sekitar pidato
Alam sekitar pidatoAlam sekitar pidato
Alam sekitar pidato
 
Kepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Kepentingan Sumber-Sumber di BumiKepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Kepentingan Sumber-Sumber di Bumi
 
Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutan
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
 
Konsep proses menegak dalam kitaran hidrologi
Konsep proses menegak dalam kitaran hidrologiKonsep proses menegak dalam kitaran hidrologi
Konsep proses menegak dalam kitaran hidrologi
 
punca penyakit jantung
punca penyakit jantungpunca penyakit jantung
punca penyakit jantung
 
Ekonomi Pengajian am STPM
Ekonomi Pengajian am STPMEkonomi Pengajian am STPM
Ekonomi Pengajian am STPM
 
Deklarasi langkawi 1989
Deklarasi langkawi 1989Deklarasi langkawi 1989
Deklarasi langkawi 1989
 
Pengajian am penggal 2
Pengajian am penggal 2Pengajian am penggal 2
Pengajian am penggal 2
 
SEKTOR PERIKANAN
SEKTOR PERIKANANSEKTOR PERIKANAN
SEKTOR PERIKANAN
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
 

Destacado

Bab 3 Biodiversiti
Bab 3 BiodiversitiBab 3 Biodiversiti
Bab 3 BiodiversitiSafwan Yusuf
 
Esai PPL (Praktek Pengenalan Lapangan) 2012
Esai PPL (Praktek Pengenalan Lapangan) 2012Esai PPL (Praktek Pengenalan Lapangan) 2012
Esai PPL (Praktek Pengenalan Lapangan) 2012Hanifah Nisrina C
 
Meminimumkan sisa bahan
Meminimumkan sisa bahanMeminimumkan sisa bahan
Meminimumkan sisa bahanUTHM
 
Isi kandungan
Isi kandunganIsi kandungan
Isi kandunganRama Devi
 
Isu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikan
Isu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikanIsu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikan
Isu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikanA Ghani Awang
 
Mengelas Plat Tipis Dengan Las gas OAW
Mengelas Plat Tipis Dengan Las gas OAWMengelas Plat Tipis Dengan Las gas OAW
Mengelas Plat Tipis Dengan Las gas OAWNur Ilham
 
Nota geo-pmr-lengkap(1)
Nota geo-pmr-lengkap(1)Nota geo-pmr-lengkap(1)
Nota geo-pmr-lengkap(1)nadiafikris
 
Chapter 3 biodiversity
Chapter 3 biodiversityChapter 3 biodiversity
Chapter 3 biodiversityIzudin Hasan
 
Geografi Tingkatan 1: Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Geografi Tingkatan 1: Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarGeografi Tingkatan 1: Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Geografi Tingkatan 1: Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarRamli Rem
 
Bab 4 Saling Bersandaran antara Organisma Hidup dengan Persekitaran
Bab 4 Saling Bersandaran antara Organisma Hidup dengan PersekitaranBab 4 Saling Bersandaran antara Organisma Hidup dengan Persekitaran
Bab 4 Saling Bersandaran antara Organisma Hidup dengan PersekitaranSafwan Yusuf
 

Destacado (17)

Biodiversiti
BiodiversitiBiodiversiti
Biodiversiti
 
Slaid biodiversiti
Slaid biodiversitiSlaid biodiversiti
Slaid biodiversiti
 
Biodiversiti
BiodiversitiBiodiversiti
Biodiversiti
 
Kkp
KkpKkp
Kkp
 
Bab 3 Biodiversiti
Bab 3 BiodiversitiBab 3 Biodiversiti
Bab 3 Biodiversiti
 
Esai PPL (Praktek Pengenalan Lapangan) 2012
Esai PPL (Praktek Pengenalan Lapangan) 2012Esai PPL (Praktek Pengenalan Lapangan) 2012
Esai PPL (Praktek Pengenalan Lapangan) 2012
 
Meminimumkan sisa bahan
Meminimumkan sisa bahanMeminimumkan sisa bahan
Meminimumkan sisa bahan
 
Biodiversiti
BiodiversitiBiodiversiti
Biodiversiti
 
Isi kandungan
Isi kandunganIsi kandungan
Isi kandungan
 
Buku scrap sejarah
Buku scrap sejarahBuku scrap sejarah
Buku scrap sejarah
 
Isu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikan
Isu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikanIsu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikan
Isu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikan
 
Mengelas Plat Tipis Dengan Las gas OAW
Mengelas Plat Tipis Dengan Las gas OAWMengelas Plat Tipis Dengan Las gas OAW
Mengelas Plat Tipis Dengan Las gas OAW
 
Nota geo-pmr-lengkap(1)
Nota geo-pmr-lengkap(1)Nota geo-pmr-lengkap(1)
Nota geo-pmr-lengkap(1)
 
Chapter 3 biodiversity
Chapter 3 biodiversityChapter 3 biodiversity
Chapter 3 biodiversity
 
Geografi Tingkatan 1: Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Geografi Tingkatan 1: Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarGeografi Tingkatan 1: Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Geografi Tingkatan 1: Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
 
Bab 4 Saling Bersandaran antara Organisma Hidup dengan Persekitaran
Bab 4 Saling Bersandaran antara Organisma Hidup dengan PersekitaranBab 4 Saling Bersandaran antara Organisma Hidup dengan Persekitaran
Bab 4 Saling Bersandaran antara Organisma Hidup dengan Persekitaran
 
Contoh jawapan karangan
Contoh jawapan karanganContoh jawapan karangan
Contoh jawapan karangan
 

Similar a Biodiversiti 2

Jawapan Bahagian B Tahun 2014.pptx
Jawapan Bahagian B Tahun 2014.pptxJawapan Bahagian B Tahun 2014.pptx
Jawapan Bahagian B Tahun 2014.pptxLEONGKAELINGMoe1
 
Kuliah 15 KEBIJAKAN PERLINDUNGAN LINGKUNGAN.pptx
Kuliah 15 KEBIJAKAN PERLINDUNGAN LINGKUNGAN.pptxKuliah 15 KEBIJAKAN PERLINDUNGAN LINGKUNGAN.pptx
Kuliah 15 KEBIJAKAN PERLINDUNGAN LINGKUNGAN.pptxMuhammadMunarMukhsin1
 
Makalah pembangunan sda
Makalah pembangunan sdaMakalah pembangunan sda
Makalah pembangunan sdanovia ardelia
 
Bab x-pembangunan-sumber-daya-alam-dan-lingkunagn-hidup
Bab x-pembangunan-sumber-daya-alam-dan-lingkunagn-hidupBab x-pembangunan-sumber-daya-alam-dan-lingkunagn-hidup
Bab x-pembangunan-sumber-daya-alam-dan-lingkunagn-hidupHendra Rahman
 
Pengelolaan lingkungan berkelanjutan dalam perspektif pendidikan new
Pengelolaan lingkungan berkelanjutan dalam perspektif pendidikan newPengelolaan lingkungan berkelanjutan dalam perspektif pendidikan new
Pengelolaan lingkungan berkelanjutan dalam perspektif pendidikan newEdiSuryadi12
 
Workshop_perubahan_iklim_Bappeda_Maluku.pdf
Workshop_perubahan_iklim_Bappeda_Maluku.pdfWorkshop_perubahan_iklim_Bappeda_Maluku.pdf
Workshop_perubahan_iklim_Bappeda_Maluku.pdfIsmed Ismail
 
Pengelolaan Sumber Daya Air dalam menghadapi dampak perubahan iklim global
Pengelolaan Sumber Daya Air dalam menghadapi dampak perubahan iklim globalPengelolaan Sumber Daya Air dalam menghadapi dampak perubahan iklim global
Pengelolaan Sumber Daya Air dalam menghadapi dampak perubahan iklim globalpariatmono
 
Presentasi Penerapan Adipura di Tingkat Desa.pptx
Presentasi Penerapan Adipura di Tingkat Desa.pptxPresentasi Penerapan Adipura di Tingkat Desa.pptx
Presentasi Penerapan Adipura di Tingkat Desa.pptxachmadjonviktorhamra
 
Hukum Lingkungan
Hukum LingkunganHukum Lingkungan
Hukum Lingkunganblack511229
 
Penerapan ekoefisiensi terhadap pembangunan berkelanjutan.pptx
Penerapan ekoefisiensi terhadap pembangunan berkelanjutan.pptxPenerapan ekoefisiensi terhadap pembangunan berkelanjutan.pptx
Penerapan ekoefisiensi terhadap pembangunan berkelanjutan.pptxsri1726492
 
iczm in existing plans central java bahasa
iczm in existing plans central java bahasaiczm in existing plans central java bahasa
iczm in existing plans central java bahasaImaPuspitaSari2
 
3.kerangka pikir pengelolaan das
3.kerangka pikir pengelolaan das3.kerangka pikir pengelolaan das
3.kerangka pikir pengelolaan dasZaidil Firza
 
Penjelasan Uu/32/09
Penjelasan Uu/32/09Penjelasan Uu/32/09
Penjelasan Uu/32/09People Power
 
Bukit Tagar Sanitary Landfill
Bukit Tagar Sanitary LandfillBukit Tagar Sanitary Landfill
Bukit Tagar Sanitary LandfillAini Alwee
 
Kearifan dalam pemanfaatan sumber daya alam
Kearifan dalam pemanfaatan sumber daya alamKearifan dalam pemanfaatan sumber daya alam
Kearifan dalam pemanfaatan sumber daya alammafle kh
 
Pengelolaan Limbah Industri
Pengelolaan Limbah IndustriPengelolaan Limbah Industri
Pengelolaan Limbah Industriguest150909
 
Pengelolaan Limbah Industri
Pengelolaan Limbah IndustriPengelolaan Limbah Industri
Pengelolaan Limbah IndustriPeople Power
 

Similar a Biodiversiti 2 (20)

Jawapan Bahagian B Tahun 2014.pptx
Jawapan Bahagian B Tahun 2014.pptxJawapan Bahagian B Tahun 2014.pptx
Jawapan Bahagian B Tahun 2014.pptx
 
Kuliah 15 KEBIJAKAN PERLINDUNGAN LINGKUNGAN.pptx
Kuliah 15 KEBIJAKAN PERLINDUNGAN LINGKUNGAN.pptxKuliah 15 KEBIJAKAN PERLINDUNGAN LINGKUNGAN.pptx
Kuliah 15 KEBIJAKAN PERLINDUNGAN LINGKUNGAN.pptx
 
Makalah pembangunan sda
Makalah pembangunan sdaMakalah pembangunan sda
Makalah pembangunan sda
 
Bab x-pembangunan-sumber-daya-alam-dan-lingkunagn-hidup
Bab x-pembangunan-sumber-daya-alam-dan-lingkunagn-hidupBab x-pembangunan-sumber-daya-alam-dan-lingkunagn-hidup
Bab x-pembangunan-sumber-daya-alam-dan-lingkunagn-hidup
 
Pengelolaan lingkungan berkelanjutan dalam perspektif pendidikan new
Pengelolaan lingkungan berkelanjutan dalam perspektif pendidikan newPengelolaan lingkungan berkelanjutan dalam perspektif pendidikan new
Pengelolaan lingkungan berkelanjutan dalam perspektif pendidikan new
 
Workshop_perubahan_iklim_Bappeda_Maluku.pdf
Workshop_perubahan_iklim_Bappeda_Maluku.pdfWorkshop_perubahan_iklim_Bappeda_Maluku.pdf
Workshop_perubahan_iklim_Bappeda_Maluku.pdf
 
Ecodrain
EcodrainEcodrain
Ecodrain
 
Materi Fmsrb
Materi FmsrbMateri Fmsrb
Materi Fmsrb
 
Pengelolaan Sumber Daya Air dalam menghadapi dampak perubahan iklim global
Pengelolaan Sumber Daya Air dalam menghadapi dampak perubahan iklim globalPengelolaan Sumber Daya Air dalam menghadapi dampak perubahan iklim global
Pengelolaan Sumber Daya Air dalam menghadapi dampak perubahan iklim global
 
Presentasi Penerapan Adipura di Tingkat Desa.pptx
Presentasi Penerapan Adipura di Tingkat Desa.pptxPresentasi Penerapan Adipura di Tingkat Desa.pptx
Presentasi Penerapan Adipura di Tingkat Desa.pptx
 
Hukum Lingkungan
Hukum LingkunganHukum Lingkungan
Hukum Lingkungan
 
Penerapan ekoefisiensi terhadap pembangunan berkelanjutan.pptx
Penerapan ekoefisiensi terhadap pembangunan berkelanjutan.pptxPenerapan ekoefisiensi terhadap pembangunan berkelanjutan.pptx
Penerapan ekoefisiensi terhadap pembangunan berkelanjutan.pptx
 
iczm in existing plans central java bahasa
iczm in existing plans central java bahasaiczm in existing plans central java bahasa
iczm in existing plans central java bahasa
 
3.kerangka pikir pengelolaan das
3.kerangka pikir pengelolaan das3.kerangka pikir pengelolaan das
3.kerangka pikir pengelolaan das
 
Penjelasan Uu/32/09
Penjelasan Uu/32/09Penjelasan Uu/32/09
Penjelasan Uu/32/09
 
Bukit Tagar Sanitary Landfill
Bukit Tagar Sanitary LandfillBukit Tagar Sanitary Landfill
Bukit Tagar Sanitary Landfill
 
Kearifan dalam pemanfaatan sumber daya alam
Kearifan dalam pemanfaatan sumber daya alamKearifan dalam pemanfaatan sumber daya alam
Kearifan dalam pemanfaatan sumber daya alam
 
Pengelolaan Limbah Industri
Pengelolaan Limbah IndustriPengelolaan Limbah Industri
Pengelolaan Limbah Industri
 
Limbah industri
Limbah industriLimbah industri
Limbah industri
 
Pengelolaan Limbah Industri
Pengelolaan Limbah IndustriPengelolaan Limbah Industri
Pengelolaan Limbah Industri
 

Más de amryee

Tugasan hbls 2203 (jan 2014)
Tugasan hbls 2203 (jan 2014)Tugasan hbls 2203 (jan 2014)
Tugasan hbls 2203 (jan 2014)amryee
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 finalamryee
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 finalamryee
 
Diverse learners 2
Diverse learners 2Diverse learners 2
Diverse learners 2amryee
 
Tugasan hbsc2203 (jan 13)
Tugasan hbsc2203 (jan 13)Tugasan hbsc2203 (jan 13)
Tugasan hbsc2203 (jan 13)amryee
 
Bahasa malaysia tahun 2
Bahasa malaysia tahun 2Bahasa malaysia tahun 2
Bahasa malaysia tahun 2amryee
 
Biodiversiti 4
Biodiversiti 4Biodiversiti 4
Biodiversiti 4amryee
 

Más de amryee (7)

Tugasan hbls 2203 (jan 2014)
Tugasan hbls 2203 (jan 2014)Tugasan hbls 2203 (jan 2014)
Tugasan hbls 2203 (jan 2014)
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
Diverse learners 2
Diverse learners 2Diverse learners 2
Diverse learners 2
 
Tugasan hbsc2203 (jan 13)
Tugasan hbsc2203 (jan 13)Tugasan hbsc2203 (jan 13)
Tugasan hbsc2203 (jan 13)
 
Bahasa malaysia tahun 2
Bahasa malaysia tahun 2Bahasa malaysia tahun 2
Bahasa malaysia tahun 2
 
Biodiversiti 4
Biodiversiti 4Biodiversiti 4
Biodiversiti 4
 

Último

Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfsdn3jatiblora
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajarHafidRanggasi
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasarrenihartanti
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptAgusRahmat39
 

Último (20)

Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 

Biodiversiti 2

  • 1. RANCANGAN MALAYSIA KE SEMBILAN (2006-2010) :: BAB 22 : MENGGALAKKAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR III : PROSPEK 2006-2010 22.20 Dalam tempoh RMKe-9, Kerajaan akan terus memberi penekanan kepada langkah pencegahan untuk mengurang dan meminimumkan pencemaran serta menangani impak negatif lain kepada alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti pembangunan. Di samping itu, langkah akan diambil untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan bagi menggalak amalan pengurusan mampan sumber asli berkaitan sumber tanah, air, hutan, tenaga dan marin. Usaha ini akan meningkat perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli serta menyumbang kepada penambahbaikan kualiti hidup. Teras strategik bagi menangani isu alam sekitar dan sumber asli akan bertumpu kepada: a) menggalak persekitaran hidup yang sihat; b) mengguna sumber secara mampan dan memulihara habitat kritikal; c) memperkukuh rangka kerja institusi dan kawal selia serta mempergiat penguatkuasaan; d) memperluas penggunaan instrumen berasaskan pasaran; e) membangunkan petunjuk pembangunan mampan yang sesuai; dan f) menyemai budaya dan amalan mesra alam sekitar di semua peringkat masyarakat. Pengurusan Alam Sekitar 22.21 Kualiti Udara. Pelan Tindakan Udara Bersih akan disedia dan dilaksanakan untuk
  • 2. meningkatkan kualiti udara. Kajian terperinci akan dijalankan untuk merangka pelan tindakan bagi meningkatkan kualiti udara di kawasan bandar. Pelepasan bahan pencemar udara daripada punca tetap akan ditangani dengan menggalakkan penggunaan teknologi bersih. Kandungan sulfur dalam minyak disel akan dikurang daripada 3,000 ppm kepada 500 ppm, manakala bagi minyak petrol daripada 1,500 ppm kepada 500 ppm berdasarkan spesifikasi EURO 2M. Piawai baru pelepasan berasaskan EURO 2 untuk kenderaan disel dan EURO 3 untuk kenderaan petrol akan juga diperkenal bagi mengurangkan pelepasan bahan pencemar udara daripada punca bergerak. Di samping itu, kemampuan dan keupayaan mengawal kebakaran di tanah gambut yang merupakan punca jerebu domestik akan diperkukuh. 22.22 Kualiti Air. Penggunaan pendekatan pengurusan lembangan sungai bersepadu (IRBM) akan dipergiat untuk menambah baik kualiti air sungai dan air bawah tanah. Usaha akan ditumpu ke arah mengurang bilangan sungai tercemar. Sistem pembentungan awam akan dinaik taraf dan lebih banyak loji rawatan kumbahan berpusat akan dibina untuk mengurangkan pelepasan air buangan yang tidak dirawat ke dalam sistem sungai. Perangkap am pencemar dan kolam pemendapan akan dibina di kawasan kritikal di lembangan sungai untuk mengurangkan aliran keluar punca pencemar tak diketahui. Pengawalan pengelodakan dan hakisan akan ditangani melalui pindaan undang-undang sedia ada. Penguatkuasaan akan dipertingkat lagi untuk memastikan pelepasan efluen mematuhi piawai alam sekitar supaya kualiti alam sekitar dikekalkan. 22.23 Kualiti Air Marin. Piawai interim kualiti air marin akan dikaji semula ke arah pewujudan piawai kualiti yang komprehensif. Kajian terperinci akan dijalan untuk menetapkan metodologi serta paramater yang bersesuaian dengan mengambil kira beban bahan pencemar dan keadaan tempatan. Di samping itu, pengawasan perairan marin akan dipergiat bagi meningkatkan pematuhan dan pengawalan pelepasan bahan pencemar secara haram. 22.24 Sisa Pepejal. Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan (Pelan Srategik) akan dilaksana dengan penekanan kepada usaha menaik taraf tapak pelupusan yang tidak
  • 3. sanitari serta pembinaan tapak pelupusan sanitari baru dan stesen pemindahan dengan kemudahan bersepadu perolehan semula bahan buangan. Keutamaan akan terus diberi kepada pengurangan, penggunaan semula, perolehan semula dan pengitaran semula sisa serta peningkatan penggunaan bahan mesra alam seperti bioplastik. Undang-undang bagi menyelaras pengurusan sisa pepejal akan digubal bagi melicin pelaksanaan strategi dan langkah yang terkandung dalam Pelan Strategik tersebut. Kempen dan aktiviti bagi meningkat kesedaran akan dipergiat untuk mendidik orang awam mengenai manfaat mengamalkan penggunaan secara mampan. Jabatan sisa pepejal akan ditubuh untuk melaksanakan langkah tersebut dan mentadbir dasar, perancangan dan pengurusan sisa pepejal secara holistik. 22.25 Bahan Toksik, Kimia dan Berbahaya. Keupayaan agensi berkenaan dalam mengurus bahan toksik dan berbahaya akan diperkukuh lagi dengan mengguna pakai sistem global yang seragam untuk pendaftaran import, pengangkutan dan pengendalian bahan kimia dan bahan berbahaya secara selamat. Langkah juga akan diambil untuk membentuk rangka kerja bagi memudahkan penggunaan pendekatan dan teknologi untuk merawat dan mengubahsuai sisa toksik kepada sumber yang boleh diguna semula. Di samping itu, langkah menangani kegunaan sembarangan bahan kimia khususnya dalam sektor pertanian akan dipergiat. 22.26 Teknologi Bersih. Bagi mempromosi penggunaan teknologi mesra alam secara meluas, industri akan digalakkan untuk mengguna pakai langkah swakawal dan menggunakan Pendekatan Kitaran Hidup (LCA) dalam proses pengeluaran dan pembangunan produk. SIRIM Berhad akan membangun Pangkalan Data Inventori Kitaran Hidup Kebangsaan untuk industri dan aktiviti utama seperti penjanaan elektrik, bekalan air, cari gali dan pengeluaran petroleum dan gas asli serta petrokimia. Pangkalan data tersebut akan membantu usaha industri untuk membangun LCA dalam proses pengeluaran dan pengilangan. Di sampingTitu, penemuan daripada projek perintis ekolabel akan diguna untuk membangun skim pelabelan alam sekitar kebangsaan. Langkah juga akan diambil untuk membantu dalam mengguna pakai teknologi bersih oleh enterpris kecil dan sederhana (EKS) termasuk mengenal pasti sumber pembiayaan baru daripada Bank SME.
  • 4. Pengurusan Sumber Asli 22.27 Perancangan Guna Tanah. Pelaksanaan pendekatan pembangunan spatial yang mengintegrasikan konsep dan metodologi pembangunan mampan akan digalakkan. Strategi yang terkandung dalam PFN akan dilaksana dengan menerapkannya dalam pelan struktur. Kaedah dan parameter yang sesuai akan dibangun untuk mengenal pasti dan mengurus KSAS bagi membolehkannya menjadi zon tebatan dalam pengawalan penyelerakan pembangunan. Pengurusan sumber tanah akan ditambah baiki melalui peluasan pelaksanaan program e-Tanah dan mewujudkan pentadbiran tanah yang kompeten melalui latihan. 22.28 Lanskap. Dasar Lanskap Negara akan dijadikan panduan pembangunan taman bandar pada peringkat bandar, daerah dan negeri. Rizab kawasan hijau akan diperluas serta sungai, jalan, bangunan awam dan kemudahan awam akan dilanskap untuk menambah baik alam sekitar. Bekas tapak lombong dan kuari yang sesuai akan dipulihara dan ditambah baik supaya menjadi tapak warisan geologi dan tarikan ekopelancongan. 22.29 Sumber Air. Penekanan akan diberi untuk mengekal dan meningkatkan fungsi ekosistem sungai melalui pemulihan dan penyenggaraan tadahan tanah tinggi, tanah lembap, tebatan sungai dan zon riparian. Kesesuaian instrumen berasaskan pasaran akan dikaji untuk mengambil kira kos alam sekitar, termasuk kekurangan, ke dalam sistem harga air. Langkah untuk mengurangkan permintaan air akan diberi penekanan termasuk melalui pemberian rebat cukai untuk industri yang mengitar semula air. 22.30 Biodiversiti. Usaha memelihara habitat kritikal akan dipergiat. Sehubungan ini, pelan pengurusan sedia ada akan dikaji semula bagi memperkukuh lagi perlindungan flora dan fauna yang terancam. Proses EIA akan dikaji semula untuk merangkumi penilaian impak terhadap ekosistem. Kajian Strategi Pemuliharaan dan Pengurusan Tanah Tinggi di Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan dan Dasar Tanah Tinggi Negara akan digubal. Garis Panduan Akses dan Perkongsian Manfaat Sumber Biologi akan disedia bagi memastikan
  • 5. perkongsian saksama manfaat daripada penggunaan sumber biodiversiti dan menangani isu biorompak. Institusi penyelidikan dan universiti akan membangun inventori biodiversiti komprehensif untuk membantu biopenerokaan. 22.31 Sumber Hutan. Pemuliharaan dan penggunaan secara mampan produk hutan dan kawasan tadahan air akan diberi penekanan untuk menggalakkan pengurusan hutan secara mampan. Pembangunan sumber kekayaan yang mampan daripada produk hutan seperti produk herba dan ubat-ubatan, aktiviti ekopelancongan dan biopenerokaan akan digalakkan. Pusat Produk Hutan dan Bukan Hutan akan ditubuh untuk meningkatkan keupayaan pengurusan alam sekitar dan sumber asli. Sistem MC&I akan diperkukuh untuk memantapkan usaha pengurusan hutan secara mampan. 22.32 Sumber Mineral. Pendekatan sinergistik akan diambil untuk meneraju pembangunan industri sumber mineral secara mampan. Penerapan amalan mesra alam akan diberi penekanan dengan mengguna pakai Enakmen Mineral dan Peraturan Kuari oleh semua negeri. 22.33 Sumber Marin dan Pantai. Dasar Pengurusan Bersepadu Zon Pesisir Pantai akan diperkenalkan untuk menggalak pemuliharaan dan pengekalan sumber marin dan pesisir pantai. Pemulihan dan pembaikpulihan pesisir pantai akan dipertingkat melalui program penanaman dan penghijauan semula. Pelan pengurusan hutan bakau dan hutan pesisir pantai komprehensif akan dibangun untuk menangani kadar susutan hutan bakau bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan serta mengurangkan kesan dari hakisan pantai dan tsunami. Indeks Keterancaman Pesisir Pantai akan dibangun untuk memandu reka bentuk program pengurusan zon pesisir pantai. Inisiatif Lain 22.34 Pendekatan Ekonomi. Langkah akan diambil untuk memperluas penggunaan instrumen ekonomi dan langkah berasaskan pasaran seperti penerapan prinsip pencemar bayar, fi pengguna dan teknik penilaian ekonomi untuk menangani isu alam sekitar secara
  • 6. berkesan dan cekap. Penggunaan mekanisme pembiayaan yang inovatif akan dikaji untuk membantu pemuliharaan kawasan kritikal yang dilindungi. Kajian dan projek perintis akan dijalankan untuk melaksanakan instrumen inovatif berasaskan pasaran. 22.35 Kesedaran dan Promosi Alam Sekitar. Dalam tempoh Rancangan, usaha mempromosi dan memupuk budaya dan amalan mesra alam di kalangan rakyat Malaysia akan dipergiat dengan penglibatan aktif sektor swasta dan NGO. Tindakan dan perubahan yang sesuai akan diambil melalui kurikulum pendidikan di sekolah bagi menanam kesedaran yang lebih mendalam terhadap keperluan pemeliharaan alam sekitar. Sektor swasta akan digalak untuk menganjurkan program kesedaran penjagaan di kalangan industri dan syarikat bagi meningkatkan tahap penjagaan yang lebih tinggi terhadap keselamatan awam dan alam sekitar. Di samping itu, tenaga, ide dan kesungguhan NGO alam sekitar akan digembleng bagi melengkapi usaha Kerajaan memelihara alam sekitar. 489 22.36 Petunjuk Pembangunan Mampan. Sistem petunjuk pembangunan mampan Malaysia akan dibangun dan ditanda aras dengan inisiatif antarabangsa yang sedia ada untuk memastikan supaya setanding. Sehubungan ini, satu kajian komprehensif akan dijalankan untuk menilai ketepatan, kesesuaian, dan faedah mengguna kaedah penilaian seperti perakaunan sumber asli, pengauditan alam sekitar dan model berasaskan tindak balas terhadap keadaan tekanan untuk memantau pembangunan mampan dalam Malaysia. 22.37 Inisiatif Alam Sekitar Antarabangsa. Malaysia akan meneruskan penekanan terhadap kerjasama serantau dan antarabangsa untuk menangani isu alam sekitar serantau dan global. Perbincangan dan perkembangan di pelbagai fora alam sekitar akan dipantau rapi untuk memastikan kepentingan Malaysia tidak terjejas. Tumpuan akan diberi terhadap kajian dan langkah yang perlu bagi membantu tindakan Malaysia memenuhi komitmennya dalam perjanjian alam sekitar pelbagai hala.
  • 7. Copyright® 2005. All rights reserved. The Government of Malaysia | Mail to PM Pada zaman sekarang, disebabkan dengan manusia yang mempunyai permintaan yang tidak terhad telah menyebabkan ramai pembekal menjalankan aktiviti yang tidak bertanggungjawab demi memuaskan permintaan manusia. Disebabkan aktiviti –aktiviti yang tidak bertanggungjawab semakin berleluasa telah menyebabkan dunia yang ditinggal oleh manusia akan menghadapi satu tragedi yang tidak dapat diramal oleh ahli sainstis dan juga kita sebagai manusia. Dengan alasan dan juga tragedi yang diramal di atas, kerjasama antara negara telah dicapaikan. Selain daripada itu, dasar-dasar juga dibangkit di setiap negara demi memelihara dan memulihara alam sekitar. Di negara kita juga tidak dikecualikan. Negara kita turut membangkitkan dasar-dasar demi melindung alam sekitar. Antaranya termasuk dasar-dasar dan peruntukan wang di bawah Rancangan Malaysia ke-8 dan juga ke-9. Dalam RMK-8, penekanan diberi untuk menambah baik kualiti alam sekitar melalui pengurusan yang lebih mantap ke atas beberapa aspek yang diberi tumpuan utama, khususnya kualiti air dan udara, pengurusan sesi pepejal serta penggunaan teknologi bersih. Dalam usaha mengurus kualiti udara adalah pihak berkuasa perlu memastikan kualiti udara sentiasa di tahap baik hingga sederhana seperti yang ditunjuk oleh Indeks pencermaran Udara (API). Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah tempat di negara kita tidak dapat mencapai Indeks Pencermaran Udara (API), seperti negeri Pulau Pinang dan juga negeri Selangor yang mempunyai kawasan perindustrian yang banyak dan juga bilangan penduduk yang banyak turut menambah teruk udara di negeri tersebut. Kualiti udara tercemar selain daripada karbon monoksida yang dibebaskan daripada kilang, ia juga termasuk pengangkutan. Kenderaan selain daripada melepaskan karbon monoksida, ia juga mengakibatkan menambah lagi habuk di kawasan tersebut. Habuk yang banyak akan menjadikan satu lapisan udara yang menghalang air di permukaan bumi daripada mengewap. Keadaan ini akan menyebabkan kawasan tersebut mengalami musim kemarau. Selain itu , karbon monoksida juga akan menyebabkan hujan asid.
  • 8. Seterusnya, kualiti air juga merupakan satu cabaran yang sengit kepada kerajaan negara kita dan juga para sukarelawan untuk melindungi alam sekitar. Disebabkan dengan pembekal yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan kualiti air di negara kita semakin serious. Dengan ingin mencapaikan keuntungan yang tinggi telah menyebabkan pembekal enggan membina loji penapisan sisa yang akan dialir keluar dari kilang tersebut. Tindakan ini sudah tentu akan menambah teruk lagi kualiti air. Selain daripada, sisa-sisa yang dialir keluar dari kilang, para petani juga perlu bertanggungjawab keatas pencermaran tersebut. Disebabkan ramai petani telah menggunakan racun seranggan yang mengandungi bahan kimia pekat. Bahan kimia ini akan mengalir ke dalam longkang setelah digunakan oleh para petani. Penggunaan pendekatan pengurusan lembangan sungai bersepadu (IRBM) akan dipergiat untuk menambah baik kualiti air sungai dan air bawah tanah. Usaha akan ditumpu ke arah mengurang bilangan sungai tercemar. Sistem pembentungan awam akan dinaik taraf dan lebih banyak loji rawatan kumbahan berpusat akan dibina untuk mengurangkan pelepasan air buangan yang tidak dirawat ke dalam sistem sungai. Sumber Air. Penekanan akan diberi untuk mengekal dan meningkatkan fungsi ekosistem sungai melalui pemulihan dan penyenggaraan tadahan tanah tinggi, tanah lembap, tebatan sungai dan zon riparian. Tindakan menguruskan sisa pepejal juga merupakan salah satu aspek yang tidak dapat diabaikan oleh masyarakat. Demi mengatasi masalah ini, kerajaan negara kita telahpun menjalankan kempen (3Rs) iaitu penggunaan semula, pengurangan dan pengitaran semula. Kerajaan telah membina tapak perlupusan sanitari. Seperti yang dibincangkan diatas, disebabkan permintaan manusia yang tidak terhad menyebabkan sumber asli di dunia semakin berkurangan. Kerajaan telah menyediakan sejumlah 86 pelan rancangan tempatan dan 14 pelan rancangan struktur yang menerapkan pertimbangan alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli telah disediakan. Selain itu, sebanyak 35 piawai dan garis panduan pembangunan mengenai alam sekitar, perumahan, pengangkutan, guna tanah, industri dan persekitaran perbandaran juga telah dikeluar dan dilaksana untuk menambah baik perancangan dan pembangunan bandar. Kaedah biodiversiti juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk memelihara sumber asli. Majlis Biodiversiti-Bioteknologi Negara (MBBN) ditubuh untuk
  • 9. menyelaras usaha pemuliharaan dan pengunaan mampan sumber biologi. Usaha memelihara habitat kritikal akan dipergiat. Sehubungan ini, pelan pengurusan sedia ada akan dikaji semula bagi memperkukuh lagi perlindungan flora dan fauna yang terancam. Kebanyakan sumber asli adalah sumber-sumber yang senang didapatkan di dalam hutan atau kawasan pendalaman. Pemuliharaan dan penggunaan secara mampan produk hutan dan kawasan tadahan air akan diberi penekanan untuk menggalakkan pengurusan hutan secara mampan. Pembangunan sumber kekayaan yang mampan daripada produk hutan seperti produk herba dan ubat-ubatan, aktiviti ekopelancongan dan biopenerokaan akan digalakkan. Pusat Produk Hutan dan Bukan Hutan akan ditubuh untuk meningkatkan keupayaan pengurusan alam sekitar dan sumber asli. Sistem MC&I akan diperkukuh untuk memantapkan usaha pengurusan hutan secara mampan. Sumber asli selain boleh dapat daripada hutan ia juga boleh dapat daripada laut dalam dan juga di tepi pantai. Dengan keadaan ini, pihak kerajaan menjalankan projek untuk melindungi melindungi kawasan pantai daripada kemerosotan dan hakisan. . Inisiatif lain untuk memelihara kepelbagaian marin termasuk penubuhan Taman Laut Tun Sakaran di Sabah dan penyediaan Panduan Hala Tuju Strategik Marin untuk mempergiatkan usaha R&D marin. Dasar Pengurusan Bersepadu Zon Pesisir Pantai akan diperkenalkan untuk menggalak pemuliharaan dan pengekalan sumber marin dan pesisir pantai. Pemulihan dan pembaikpulihan pesisir pantai akan dipertingkat melalui program penanaman dan penghijauan semula. Pelan pengurusan hutan bakau dan hutan pesisir pantai komprehensif akan dibangun untuk menangani kadar susutan hutan bakau bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan serta mengurangkan kesan dari hakisan pantai dan tsunami. Selain langkah-langkah yang dibincangkan di atas, teknologi bersih juga dipromosikan supaya para pekilang menggunakan teknologi mesra alam secara meluas, industri akan digalakkan untuk mengguna pakai langkah swakawal dan menggunakan Pendekatan Kitaran Hidup (LCA) dalam proses pengeluaran dan pembangunan produk. SIRIM Berhad akan membangun Pangkalan Data Inventori Kitaran Hidup Kebangsaan untuk industri dan aktiviti utama seperti penjanaan elektrik, bekalan air, cari gali dan pengeluaran petroleum dan gas asli serta petrokimia. Pangkalan data tersebut akan membantu usaha industri untuk membangun LCA dalam proses pengeluaran dan
  • 10. pengilangan. Di sampingTitu, penemuan daripada projek perintis ekolabel akan diguna untuk membangun skim pelabelan alam sekitar kebangsaan. Langkah juga akan diambil untuk membantu dalam mengguna pakai teknologi bersih oleh enterpris kecil dan sederhana (EKS) termasuk mengenal pasti sumber pembiayaan baru daripada Bank SME. langkah-langkah kesedaran dan promosi alam sekitar, petunjuk pembangunan mampan, inisiatif alam sekitar antarabangsa serta pendekatan ekonomi juga merupakan langkah yang berkesan terhadap isu-isu melindungkan alam sekitar. Ramai daripada kita masih tidak sedar bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang sepenuh di atas melindungi alam sekitar. Selain disebabkan kita sebagai manusia yang menyebabkan keadaan ini, kita juga merupakan penduduk di dunia ini. Jika keadaan ini masih tidak berhenti- hentikan, maka ia akan mengakibatkan kita kehilangan tempat tinggal dan juga kita akan mengalami tragedi yang tidak dapat diramalkan. Yang akhir sekali, kita yang sebagai penduduk di dunia ini, kita mestilah sedar bahawa kita adalah “pinjam dunia ini daripada anak-anak atau cucu-cicit kita, kita bertanggungjawab memulangkan dunia ini kepada mereka deng berkeadaan baik dan juga sihat”, jangan kita biarkan dunia kita sakit dengan tanpa keinsafan untuk mengubatinya, tetapi sebaliknya cuba menambah teruk lagi keadaannya. Biar kita kadi seorang insan yang prihatin kepada dunia yang kita sayangi. Sejauh Manakah Sumbangan Biodiversiti Terhadap Kehidupan Sejagat? Ditulis oleh Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin. Posted in Artikel Biodiversiti memberi sumbangan yang sangat besar dan tidak ternilai kepada kehidupan manusia sejagat. Ia menjadi penyumbang kepada sejumlah besar bekalan makanan (yang diperolehi daripada spesies flora dan fauna yang wujud) dalam kehidupan seharian kita. Malah sepanjang sejarah, manusia sangat bergantung kepada biodiversiti bagi meneruskan kelangsungan hidup. Sebagai contoh, penangkapan ikan dunia tahunan (dengan kadar purata 100 juta tan metrik) menggambarkan bahawa ia membekal sumber protein yang sangat penting kepada kehidupan manusia dengan lebih daripada 20% populasi di Afrika dan Asia bergantung kepada ikan sebagai sumber protein utama mereka. Sementara itu, haiwan daratan pula membekalkan hasil makanan seperti telur, susu, daging dan sebagainya kepada kita melalui sektor penternakan.
  • 11. Biodiversiti liar pula menyediakan pelbagai sumber bahan mentah dan makanan merangkumi buah-buahan, kekacang, bijirin, cendawan, madu, rempah ratus, dan bahan perisa. Sumber bekalan makanan liar ini sangat penting kepada kita terutamanya apabila bekalan makanan daripada hasil pertanian menemui kegagalan. Dengan adanya biodiversiti liar, ia menjadi penampung kepada kegagalan sesetengah sistem pertanian maju. Sebagai contoh, daya pengeluaran hasil tanaman pertanian dunia membangun adalah dikekalkan melalui penyerapan lazim gen daripada penghubung liar hasil tanaman ini. Gen liar ini memberikan ketahanan terhadap serangga perosak dan penyakit yang mana ia dapat mengawal ancaman secara berterusan kepada tuaian. Dengan adanya gen liar yang bertindak sebagai pembiakbaik tumbuhan, ia membantu menghasilkan tumbuhan bermutu dan mengeluarkan hasil tinggi yang sekaligus menjana pendapatan berjuta-juta ringgit dalam sektor pertanian global. Jika spesies berkenaan pupus, maka kolam gen yang berpotensi bagi pertanian masa depan juga akan musnah. Bukan itu sahaja, malah sehingga kini tumbuhan liar masih menjadi sumber makanan berjuta- juta penduduk pedalaman yang miskin dan juga masyarakat orang asli. Sebagai contoh, penduduk di kawasan pedalaman Thailand menjalankan aktiviti memungut dan mengumpul tumbuhan liar untuk dijadikan sumber makanan semasa musim hujan. Manakala bagi penduduk di bandar Iquitos, Peru pula, buah-buahan daripada enam puluh spesies tumbuhan liar dipungut untuk dijual di pasar-pasar. Walaupun para petani boleh membeli dan menanam biji benih yang telah diubahsuai secara genetik (GM) menggunakan teknik molekular terkini, namun produktiviti makanan masih lagi bergantung kepada biodiversiti tumbuhan yang harus dikekalkan oleh amalan pertanian tradisional. Bagi biodiversiti marin di Sabah misalnya, rumpai laut dan ikan diternak sebagai salah satu industri yang besar dan sangat menyumbang kepada ekonomi negara. Biodiversiti juga menjadi penyumbang kepada sumber ubat-ubatan yang wujud pada hari ini baik ubat-ubatan tradisional mahupun ubat-ubatan moden. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa 80% daripada penduduk dunia membangun bergantung kepada ubat- ubatan tradisional yang diperoleh terutamanya daripada spesies tumbuh-tumbuhan. Di Asia Tenggara misalnya, penyembuh tradisional menggunakan sejumlah 6, 500 spesies tumbuhan berbeza untuk merawat malaria, ulser perut, siflis dan penyakit-penyakit lain. Malah, biodiversiti juga kritikal kepada sektor kesihatan ‘rasmi' dunia membangun. Hasil tinjauan yang direkodkan
  • 12. menunjukkan bahawa sebanyak 150 preskripsi dadah digunakan di United States dan 118 daripadanya adalah berasaskan sumber biodiversiti. Daripada jumlah tersebut, didapati sebanyak 74% adalah diperolehi daripada spesies tumbuh-tumbuhan. Ini sekaligus telah meningkatkan penggunaan spesies tumbuhan dalam bidang perubatan. Kebiasaannya bahagian-bahagian yang berguna daripada spesies tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan adalah seperti bahagian batang, akar, pucuk, daun dan ubi. Struktur dan kandungan ubat yang dihasilkan daripada spesies tumbuh-tumbuhan adalah bergantung kepada jenis penyakit yang hendak diubati. Bagi spesies-spesies daripada ekosistem marin seperti sepan, batu karang dan rumpai laut, selain menyumbang sumber makanan, ia juga boleh digunakan dalam pelbagai jenis industri seperti sektor perubatan dan juga bioteknologi. Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, spesies batu karang dikatakan amat sesuai digunakan bagi menggantikan tulang berbanding dengan besi. Selain itu, hasil kajian lain yang dijalankan oleh ahli biologi marin telah mendapati bahawa spesies sepan mempunyai komponen anti bakteria dan sangat sesuai digunakan dalam ubatan anti bakteria. Manakala dalam bidang bioteknologi pula, saintis telah mendapati batu karang mempunyai kompaun yang boleh melindungi kulit daripada pancaran ultra violet (ultralembayung) yang sangat sesuai digunakan dalam industri alat solek iaitu untuk penghasilan krim penahan sinaran matahari. Bagi mikrob dan sebahagian spesies haiwan pula menyumbang sebahagian daripada ubatan termasuk Penicilin (yang dihasilkan daripada fungus Penicillium notatum) dan beberapa dadah termasuk anesthetics yang dihasilkan daripada rembesan kulit spesies katak pokok. Sumbangan sumber ubatan daripada komponen biodiversiti adalah mewakili pecahan yang terlalu kecil daripada spesies bumi yang diselidiki secara langsung untuk keperluan perubatan. Proses penyelidikan secara berterusan sentiasa menemukan sumber ubatan baru yang lebih baik. Sebagai contoh, satu kajian ke atas spesies siput telah dapat mengenalpasti sejenis ubat penahan sakit yang lebih berkesan daripada morfin tanpa memberi kesan ketagihan kepada pesakit. Selain itu, biodiversiti turut menyumbang sebahagian besar sumber pendapatan kepada manusia sejagat. Sumbangan-sumbangan yang disebutkan di atas sekaligus turut menyediakan faedah ekonomi secara menyeluruh dalam kehidupan manusia. Ia juga sangat penting dan menjadi penyumbang secara langsung kepada sumber pendapatan dan pembangunan ekonomi sesebuah
  • 13. negara. Satu contoh yang jelas ialah ‘bioprospek' iaitu pencarian ke atas hasil biotik yang tidak diketahui kegunaan spesifik seperti pestisid semulajadi, toksin antifungal dan enzim. Penemuan senarai hebat sumber ‘serbaneka' yang disumbangkan oleh biodiversiti juga merangkumi kebanyakan bahan binaan yang sangat penting daripada bahan balak dan bukan balak dalam sektor perhutanan, gentian, bahan bakar, damar, rotan, haruman, bahan pewarna dan getah. Walaupun hasil keluaran tersebut bernilai rendah, namun pada umumnya ia sangat berguna kepada masyarakat dan penjanaan ekonomi sesebuah negara. Malah bagi sesetengah negara, biodiversiti memberi sumbangan ekonomi yang besar melalui aktiviti pelancongan dan rekreasi. Ekosistem marin misalnya boleh dijadikan kawasan tarikan bagi aktiviti pelancongan seperti taman laut yang boleh menjana kepada pembangunan ekonomi yang besar kepada sesebuah negara. Bagi mereka yang menghabiskan percutian sambil menikmati alam semulajadi dianggarkan menyumbang sekurang-kurangnya 500 bilion setahun sumber pendapatan kepada negara yang dilawati. Sebagai contoh, ekosistem terumbu karang di Florida menjana sumber pendapatan sebanyak 1.6 billion setahun hanya melalui aktiviti pelancongan sahaja. Bahkan biodiversiti juga turut memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi sesebuah negara melalui aktiviti penyelidikan, terutamanya melalui hasil penyelidikan yang dikomersialkan dan dipasarkan ke peringkat global. Biodiversiti juga turut memberi sumbangan terhadap nilai budaya dan agama. Adalah bukan sesuatu yang aneh jika manusia ingin menghabiskan masa yang banyak untuk mendekati alam. Ini kerana, manusia secara naluri memperoleh kepuasan estetik dan rohani daripada biodiversiti dan persekitaran yang didiami. Malah ada kajian mendapati bahawa emosi yang baik dapat ditambah apabila kita menyelami keindahan alam semulajadi. Dalam agama Islam sendiri pun menggalakkan kita sebagai makhluk di bumi ini mencintai keindahan alam semulajadi kita. Dengan kata lain, ia memberi sumbangan yang penting dari aspek sosial misalnya untuk menjalankan kegiatan rekreasi luar seperti memburu, memancing, berkhemah, berkhelah, menerokai sumber biodiversiti dan menikmati keindahan alam. Bukan itu sahaja, bahkan hubungan yang rapat antara manusia sejagat dan biodiversiti juga turut digambarkan melalui seni, agama dan adat resam pelbagai budaya manusia. Warisan kerohanian kita ini akan hilang selamanya jika kita sebagai khalifah Allah di bumi ini tidak menjaganya dengan baik dan membiarkan kemusnahan dilakukan secara berterusan ke atas biodiversiti kita.
  • 14. Dengan menghayati sumbangan-sumbangan yang cukup besar yang diperolehi daripada komponen biodiversiti, ia jelas menggambarkan bahawa manusia sangat bergantung kepada sumber biodiversiti untuk meneruskan kelangsungan hidup dan pembangunan. Kewujudan biodiversiti jangka panjang sangat perlu dalam memastikan pencapaian berterusan terhadap pembangunan manusia sejagat. Justeru itu, komponen biodiversiti perlu dipelihara terutamanya dalam mengekalkan sesuatu habitat kerana setiap satu spesies yang menghuninya mempunyai nilai yang tersendiri terhadap kehidupan sejagat. Nasib biodiversiti kita pada masa hadapan adalah bergantung kepada bagaimana manusia mengolah dan menggunakannya pada hari ini. Penggunaan sumber biodiversiti secara terkawal dan disusuli dengan program pemuliharaan akan mampu menyelamatkan khazanah biodiversiti yang kita pinjam daripada anak cucu kita. Dalam mengekalkan kelebihan biodiversiti yang ada, aspek yang penting adalah bagaimana kita menggalas cabaran yang melanda biodiversiti dan kehidupan kita setiap hari. Jika kita mampu memikul tanggungjawab menjaga khazanah alam yang diamanahkan kepada kita dengan baik, Insya Allah ia akan dapat dipelihara dan dikekalkan untuk turut dinikmati oleh generasi seterusnya. KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR. Manusia menjalankan aktiviti harian dengan berinteraksi dengan alam sekitar untuk mencapai kesejahteraan hidup. Kesan interaksi yang melampau akan memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Antara contoh aktiviti manusia yang menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar ialah penggunaan racun perosak, penggunaan bahan api, kenderaan bermotor, perumahan, perkilangan dan sebagainya Terdapat beberapa kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar : 1) Pulau Haba
  • 15. Pulau haba ialah satu fenomena dimana wujud ketidakseimbangan suhu disesuatu kawasan akibat beberapa perkara.Pulau haba ditakrifkan sebagai peningkatan suhu sesebuah bandarberbanding suhu di kawasan sekitar. Contohnya, suhu di Lembah Klang (Kuala Lumpur) ialah beberapa darjah Celsius lebih tinggi daripada kawasan sekitarnya. Kawasan bandar menjadi pulau haba. Punca : Faktor-faktor yang menyebabkan fenomena pulau haba : 1. Bangunan konkrit dan permukaan berturapmenyerap dan menyimpan haba lebih cepat daripada tanah dan tumbuhan di luar bandar 2. Susunan bangunan yang rapat menghalang laluan tiupan angin 3. Binaan bangunan yang terdiri daripada cermin dan kaca juga memerangkap haba 4.Konkrit dan asfalt juga membebaskan haba secara perlahan-lahan pada waktu malam 5.Sisa haba daripada penyaman udara, kilang dan kenderaan bermotor 6. Kekurangan tumbuh-tumbuhan untuk menyerap haba matahari. Tumbuh-tumbuhan mampu menyerap gas karbon dioksida dan menyederhanakan suhu. Langkah mengurangkan fenomena pulau haba
  • 16. 1. Mewujudkan kawasan hijau dalam bandar atau program penghijauan bandar dengan menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rizab bandar. Pokok-pokok ini mampu mengekalkan kelembapan udara di samping menyerdahankan suhu. Contoh gambar 2. Mengawal aktiviti perlepasan gas-gas rumah hijau secara sewenang-wenangnya dari sumber kenderaan, industri dan pembakaran terbuka menerusi penguatkuasaan undang-undang. Contoh gambar
  • 17. 3. Mengurangkan penggunaan sumber bahan api fosil yang banyak membebaskan gas rumah hijau sebaliknya mengunakan atau memanafaatkan sumber tenaga alternatif seperti tenaga suria dan hidro elektrik. Contoh gambar :: 4. Mengurangkan penggunaan peralatan yang banyak membebaskan CFC seperti pendingin hawa, peti sejuk, alat-alat semburan yang jelas boleh menipiskan lapisan ozon yang kelak mempengaruhi kemasukan bahangan matahari ke bumi tanpa halangan.Contoh gambar ::
  • 18. 5. Melaksanakan kempen kesedaran khususnya kepada penduduk bandar seperti kempen kongsi kereta. menggunakan sistem pengangkutan awam yang mampu mengurangkan perlepasan gas- gas rumah hijau di bandar.Contoh gambar :: [klik link dibawah untuk nota dan latihan berkaitan Pulau Haba]
  • 19. http://www.scribd.com/doc/16750881/fenomena-alam-sekitar-hujan-asid-penipisan-ozonpulau- habarumah-hijau-jerebu [klik link dibawah untuk menonton video berkaitan Pulau Haba] 2) Tanah Runtuh Fenomena tanah runtuh bermaksud sebarang pergerakan fizikal,jisim serta bentuk asal tanah sesuatu kawasan. Tanah runtuh juga bermaksud gelinciran tanah yang akan menyebabkan perubahan landskap bentuk muka bumi. Aktiviti manusia seperti pembalakan hutan, pembinaan struktur banggunan di cerun-cerun bukit akan menyebabkan kelongaran struktur tanah kerana akar pokok berfungsi untuk mencengkam tanah agar ianya lebih stabil.
  • 20. Punca : Faktor-faktor yang menyebabkan fenomena tanah runtuh : 1. Aktiviti penebangan pokok secara tidak terkawal 2. Pembinaan perumahan dikawasan cerun bukit 3. Pembinaan jalan raya 4. Bencana Alam 5. Perlombongan dan pertanian Langkah mengatasi tanah runtuh : 1. Membina tembok Gabion
  • 21. 2) Pencemaran Air 3) Penipisan Lapisan Ozon 4) Kepupusan Flora dan Fauna
  • 22. 5) Kesan Rumah Hijau serta banyak lagi.
  • 23. Pelupusan Flora & Fauna Pengenalan Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud (Bio) keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Manakala Fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah. Perubahan pada masa kini Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora dan fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh – tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies katak dan 80 spesies cicak telah disenaraikan. Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahah air. Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini kita lihat bagaimana orkid hutan yang cantik telah dilapurkan hampir pupus, faktor ini mungkin disebebkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia dan kian menggugat kestabilan alam. Hidupan seperti penyu dilautan juga
  • 24. kian terancam, menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu melalui kajian mereka menunjukan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu mentarut tetapi pada tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali speisi penyu ini. FAKTOR – FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN 1.Masalah pembalakan haram ►Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan diantara 1986 hingga jun 1990 , 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja. ►Pembalakan haram juga menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. ►Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara. ►Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatnag-binatang yang hidup dikawasan itu kehilangan habitat dan lari dan mati. 2.PembakaranHutan ►Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka Ia akan menyebabkan spesis-spesis yang terancam yang terdapat dikawasan tersebut akan musnah. Contohnya pembakaran hutan yang berlaku di Kalimantan dan sumatera. ►Secara tidak langsung hidupan dan tumbuhan yang berada disekeliling hutan tersebut akan pupus dan mati kerana kehilangan tempat tinggal kerana habitatnya telah musnah. Seperti sedia maklum satu lagi kejadian pembakaran terbuka yang berlaku di Australia. Sudah pasti hidupan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan tersebut akan mati. ►Aktiviti pertanian yang dilakukan tanpa mengambil kira kepentingan alam semula jadi juga mengakibatkan kesan yang amat buruk terhadap usaha mengekang pengecutan hutan. ►Sikap sesetengah pihak di negara membangun yang lebih gemar mengambil jalan mudah, seperti mengamalkan "tebas dan bakar" (slash and burn) bukan saja membuatkan satu-satu
  • 25. kawasan hutan lenyap sama sekali, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada kalanya mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan yang serius dan secara tidak langsung menyumbang kepada faktor kepupusan flora dan fauna. 3. Pembukaan Tanah Baru ►Pembukaan tanah seperti kawasan pertanian baru, pembukaan tanah - tanah rancangan oleh Felda dan Felcra juga turut memusnahkan spesis tumbuh- tumbuhan . ►Pelbagai aktiviti manusia menyumbang kepada kemusnahan hutan seluruh dunia. Antara yang paling kritikal (dan paling cepat menjilat hutan-hutan kita) adalah pembukaan kawasan baru untuk penempatan manusia dan aktiviti ekonomi. ►Apabila jumlah penduduk dunia meningkat, kita memerlukan kawasan yang lebih luas untuk membina rumah, kawasan industri, perniagaan dan pertanian, jaringan pengangkutan serta perkhidmatan berkaitan seperti loji bekalan air dan tapak pelupusan sampah. ►Contohnya pembukaan tanah baru di Lojing Gua Musang Kelantan dimana penyerahan tanah secara besar-besar kepada beberapa syarikat dengan yang bertujuan untuk membuka kawasan pertanian seperti kebun sayur. Bagi tujuan itu maka banyak hutan ditebang dan dibersihkan dan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan itu akan mengalami kepupusan. 4. Pemburu Haram ►Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini. ►Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. ►Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintanag ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa . ►Harimau Malaya meruapa satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja. 5. Peningkatan Suhu Dunia ►Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna.
  • 26. ►Faktor perubahan iklim ini bukalah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejaran seperti ‘dinasaour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia. ►Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatna suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah speisi haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini. 6. Pencemaran ►Seperti mana kita maklumi bahawa keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Faaktor ini yang menyebabakan banyak hidupan akuatik kian pupus. ►Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh (killer weil) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak dilaut dan kegitan manusia yang suka mengotorkan laut. ►Beruang panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini. 7. Aktiviti Perikanan ►Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di kawasan pinggir laut, sungai dan tasik. Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam kepupusan sumber ikan. ►Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik sekaligus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut. 8. Pembangunan ►Fenomena pengembangan kawasan bandar atau "urban sprawl" semakin jelas mengancam
  • 27. hutan semula jadi di negara-negara maju, sementara keperluan untuk menyediakan prasarana yang lebih sempurna di negara-negara membangun turut menjadi satu faktor. ►Hutan terpaksa dibuka untuk membina bangunan dan jalan raya; setiap tahun kawasan baru dibuka dan semakin banyak hutan hilang dari pandangan. Kepesatan pembangunan juga menyebabkan kemusnahan flora dan fauna. ►Di satu pihak, terdapat mereka yang ingin membuka kawasan baru, menebang hutan untuk dibina rumah dan kilang, atau dijadikan tapak bercucuk tanam bagi aktiviti pertanian. Kadang- kala mereka tidak hiraukan keperluan ekosistem setempat terhadap hutan semula jadi. Ratusan, bahkan ribuan hektar hutan akhirnya lenyap dalam tempoh seminggu dua. Haiwan-haiwan yang selama ini hidup bebas di hutan tidak dapat dilihat lagi, ada kalanya buat selama-lamanya.
  • 28. Implikasi / kesan 1.Kepupusan hidupan liar dan spesis pokok Kegiatan manusia yang tidak dirancang seperti aktiviti pembalakan boleh menyebabkan kesan negatif ke atas keseimbangan alam. Penebangan hutan yang keterlaluan menyebabkan kepupusan spesies pokok seperti pokok meranti, cengal dan balau. Penebangan hutan juga boleh menyebabkan habitat haiwan liar terganggu menyebabkan kepupusan haiwan liar seperti gajah, badak,harimau kerana kehilangan kawasan habitat dan sumber makanan. Kegiatan penebangan hutan untuk tujuan pertanian juga membawa permukaan tanah terdedah kepada hakisan tanah dan tanah runtuhterutama sekali apabila berlaku hujan Sekali lagi, keseimbangan ekologi terancam dan dunia kehilangan suatu khazanah yang tidak dapat diganti dengan kebijaksanaan manusia. Alam semula jadi telah membina semuanya selama jutaan tahun, sementara tangan manusia mampu menghancurkannya dalam tempoh hanya beberapa dekad. 2. Menyebabkan kepupusan hidupan akuatik Tumpahan minyak dan sampah sarat serta pembuangan sisa toksik ke dalam laut menyebabkan kemusnahan hidupan laut. Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai. Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain. Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai- bagai jenis hidupan air Pencemaran laut juga menyumbang kepada kepupusan hidupan laut. Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya.Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut, kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien, bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut
  • 29. 3.Menyebabkan hakisan Tanah Pembalakan yang berleluasa akan menyebabkan hakisan tanah berlaku.Ini kerana k awasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan.Pembukaan tanah baru dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah. Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlaku hakisan tanah, perubahan iklim, kesan kepada rumah hijau dan banjir.Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak terkawal akan menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa perubahan suhu dunia. 4.Menyebabkan pencemaran udara dan pemanasan global Pembakaran hutan secara terbuka akan menyebabkan berlakunya jerebu. Penggondolan hutan dan pembalakan yang dilakukan secara meluas akan menyebabkan tiada tempat untuk menyerap haba yang dilepaskan oleh aktiviti manusia. Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global. Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global . Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas karbon dioksida. Kesannya Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari, ia boleh menyebabkan
  • 30. hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.Kekeringan sumber air permukaan bumi dan kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas 5 .Mecacatkan pemandangan alam Kegiatan manusia yang berterusan dan tidak terancam menyebabkan pemandangan yang indah bertukar menjadi sebuah pemandangan yang menyakitkan mata.Pembuangan sampah sarap ke dalam laut. Langkah mengatasi 1.Pemuliharaan dan pemeliharaan Pemeliharaan Usaha yang dilakukan untuk melindungi, merancang dan mengurus alam semulajadi supaya kekal dan berterusan. Pemuliharaan Usaha yang dilakukan untuk memulihkan sumber yang telah diganggu supaya kembali pada keadaan asal. 2. Penghutanan Semula Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik yang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan.penghutanan semula dilkukan di kawasan pokok balak yang telah ditebang Tujuan Penghutanan semula,Memastikan spesies pokok tidak pupus. Mengekalkan kualiti alam sekitar. Memulihara tanah dan sumber air. Mengekalkan habitat fauna dan flora. . Mengekalkan warisan hutan. 3. Menguatkuasakan akta yang telah sedia ada Pelbagai akta telah diwartakan untuk menjaga alam sekitar.Pihak kerajaan dan bukan kerajaan seharusnya bersatu dalam menangani isu ini. Antara contoh akta yang telah sedia ada:
  • 31. Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan. Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya kepupusan. ( Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi. Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram.,( membalak di kawasan perlindungan hutan – TAMAN NEGARA ) pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal seperti tumbuhan jenis orkid . Masalah pembalakan haram – Laporan Trade Records of Fauna and Flora menyebut di antara tahun 1986 dan Jun 1990 –500.000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kelulusan jumlah kawasan yang dibenarkan hanya 320.000 hekter. Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.JumlahBancian penyu mendarat di Rantau Abang didapati merosot di mana jumlah pada tahun 1996 sebanyak 5665 ekor merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994. Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh Malaysia) Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan Akta kualiti Alam Sekitar ( EQA) 1974 Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000 Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986 4.Pendidikan alam sekitar melalui kurikulum Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitardan
  • 32. Biologi Persekitaran.Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. Melalui pendedahan ini dapat memupuk kesedaran kepentingan alam sekitar kepada masyarakat. 5.Pendedahan Media Massa Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamaannya Kearahpemuliharaanbiologi MALAYSIA merupakan satu daripada 12 buah negara mega kepelbagaian biologi dunia, iaitu negara-negara yang secara bersama menampung antara 60 hingga 70 peratus kepelbagaian biologi dunia. Di rantau ASEAN, Malaysia berada di tempat kedua selepas Indonesia dari segi kekayaan biologinya. Dianggarkan 185,000 spesies fauna yang dikenal pasti dan 15,000 spesies flora boleh ditemui di negara ini. Namun saban hari kekayaan semula jadi ini terancam kerana aktiviti yang memusnahkan habitat dan ekosistemnya. Mungkin juga ada yang telah pupus sebelum ia sempat dikenal pasti.
  • 33. Justeru itu, pelancaran Dasar Kepelbagaian Biologi Negara (DKKB) oleh Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Law Hieng Ding baru-baru ini dilihat sebagai satu usaha penting ke arah pemuliharaan alam sekitar. Kepelbagaian biologi merujuk kepada variasi tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan berhubung mengenai genetik, spesies dan ekosistem. Penghasilan dasar itu sejajar dengan penglibatan aktif Malaysia dalam perundingan di peringkat nasional dan antarabangsa berhubung isu kepelbagaian biologi atau biodiversiti, terutama selepas Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada Jun 1992. Draf DKKB dirangka oleh sebuah jawatankuasa saintifik yang diketuai oleh Profesor Datuk Dr. Zakri Abdul Hamid yang kini merupakan Timbalan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama 11 orang saintis tempatan. Setelah melalui beberapa proses kajian semula, akhirnya selepas empat tahun bermula pada Ogos 1993, draf ini telah diluluskan oleh para jemaah menteri pada 22 Oktober 1997. Law semasa melancarkan dasar itu mengharapkan agar dasar tersebut dapat ''memberi hala tuju kepada agensi-agensi kerajaan dalam melaksanakan strategi, pelan tindakan dan rancangan- rancangan berkaitan dengan kepelbagaian biologi''. Pakar bidang kepelbagaian biologi di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari), UKM bagaimanapun menegaskan dasar itu memerlukan komitmen yang tinggi daripada pihak-pihak terbabit untuk melaksanakan peranan masing-masing bagi memulihara sumber biologi negara. ''Dasar itu adalah sekadar garis panduan ke arah pemuliharaan biologi. Tanpa pembabitan dan kesungguhan pihak-pihak yang berkenaan, dasar itu hanya akan tinggal dasar - cantik di atas kertas sahaja, tetapi tidak dalam realitinya,'' kata Profesor Abdul Latiff Mohammed. Menurut beliau - salah seorang antara mereka yang terlibat dalam merangka dasar tersebut - penghasilan dasar itu selari dengan usaha Malaysia untuk menjadi jurucakap kepada negara- negara membangun dan pembabitan aktif Malaysia dalam Konvensyen Kepelbagaian Biologi sejak 1990.
  • 34. Malaysia meratifikasi konvensyen ini pada 24 Jun 1994 dan merupakan negara ke-65 berbuat demikian. Sehingga kini 157 buah negara telah meratifikasikan konvensyen tersebut yang dilaksanakan di seluruh dunia pada 29 Disember 1994. Tarikh tersebut kini disambut sebagai Hari Biodiversiti Antarabangsa. Usaha menghasilkan sebuah dasar kebangsaan itu adalah sejajar dengan Artikel 6 Konvensyen Kepelbagaian Biologi yang menggariskan dengan jelas bahawa semua rancangan dan program perlulah dijalankan berpandukan satu dasar yang khas mengenai kepelbagaian biologi. Konvensyen itu dibangunkan kerana walaupun manusia bergantung kepada kepelbagaian biologi untuk kemandirian, terdapat kebimbangan masyarakat dunia akan kemerosotan kualiti alam sekitar dan kemusnahan habitat yang membawa kepada kepupusan kepelbagaian biologi. Ia juga menyedari dilema yang dihadapi oleh negara selatan yang kaya biodiversiti, dan mengakui keperluan negara utara yang miskin biodiversiti tetapi kaya dari segi kewangan dan teknologi untuk membantu selatan memulihara sumber biologi mereka tanpa menjejaskan aspirasi mereka untuk membangun dan menikmati kemudahan yang lebih baik. Kepelbagaian biologi terbahagi kepada tiga peringkat: * Kepelbagaian genetik iaitu kepelbagaian dalam spesies, seperti yang diukur mengikut variasi dalam gen setiap tanaman, haiwan dan mikroorganisma. Kepelbagaian genetik berlaku dalam dan antara populasi sesuatu spesies. * Kepelbagaian spesies merujuk kepada pelbagai organisma hidup di dunia. * Kepelbagaian ekosistem merujuk pelbagai habitat, komuniti biosis dan proses ekologi dalam persekitaran daratan, lautan dan akua yang lain. Pemuliharaan dan penggunaan mapan adalah dua aspek penting yang ditekankan dalam konvensyen tersebut, yang mengandungi tiga objektif utama iaitu pemuliharaan kepelbagaian biologi, penggunaan mapan komponen-komponen kepelbagaian biologi dan perkongsian yang adil dan saksama dari keuntungan yang wujud dari penggunaan mapan sumber genetik.
  • 35. Dalam negara, kewujudan DKKB itu sekurang-kurangnya memberi garis panduan mengenai berapa banyak kajian yang telah dijalankan dan juga berapa banyak sumber kepelbagaian biologi kita yang telah digunakan, ujar Prof. Abdul Latiff. ''Maklumat sebenar sukar dipastikan. Kita tidak boleh menyatakan dengan tepat berapa banyak flora dan fauna kita yang telah digunakan kerana kajian menyeluruh mengenainya atau untuk menyenaraikan jumlahnya, tidak pernah dilakukan. ''Namun apa yang penting ialah kita mengambil langkah-langkah sewajarnya, yang betul dan baik, untuk memastikan generasi akan datang dapat menikmatinya,'' jelasnya. Tegas beliau, pemuliharaan bukan bermakna sesebuah kawasan itu tidak boleh digunakan untuk tujuan pembangunan. ''Saya akui kita perlukan pembangunan, tetapi ia haruslah dilakukan secara lestari atau dalam bahasa mudah ''Ambil secukup makan, simpan untuk hari depan'','' katanya. Beliau berpendapat, bilangan ahli sains yang mampu menjalankan kajian dalam bidang biodiversiti di negara ini amat kurang. Contohnya, dalam bidang flora kita mempunyai lebih kurang 30 orang pakar sementara ahli ornitologi (kajian mengenai burung), cuma lebih kurang 11 hingga 12 orang. Bilangan itu, tambahnya, tidak mencukupi untuk membolehkan kajian yang menyeluruh dan mencakupi semua sumber biologi dilakukan. Keadaan sebaliknya berlaku di negara maju yang miskin biodiversiti tetapi mempunyai ramai saintis untuk membuat kajian. Contohnya Jepun yang cuma ada satu pertiga daripada kekayaan biodiversiti kita, tetapi saintisnya tiga juta orang - beratus kali ganda lebih banyak dari negara kita. ''Sedangkan di negara kita tidak wujud saintis, tidak ada makmal kajian...Kita cuma ada beberapa orang penyelidik. Kita harus bertanya berapa banyak tenaga mereka ini dapat digunakan untuk memajukan biodiversiti...'' Menurutnya, sejak 20 tahun lalu tidak ada pengiktirafan diberi kepada mereka yang mengkaji bidang sains tulen. Pengiktirafan hanya diberi kepada mereka dalam bidang sains gunaan seperti IT atau teknologi. Tidak ada iltizam atau komitmen di pihak kerajaan dari peringkat tertinggi
  • 36. untuk mewujudkan jawatan di universiti, institusi penyelidikan dan jabatan perhutanan, PERHILITAN dan sebagainya untuk golongan ini. Bagi memperbetulkan keadaan ini, beliau menggesa kerajaan mengadakan inisiatif yang lebih menarik untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang sains tulen dan seterusnya meningkatkan bilangan penyelidik bidang ini. Sejak beberapa tahun lalu, bidang ini tidak mendapat sambutan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. ''Orang menganggap bidang sains tulen tidak penting dalam mengejar kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Harus diingat bahawa dalam semua perkara, asas itu penting. Sebagaimana ekonomi, yang akan kuat jika asasnya kuat, begitu jugalah dalam bidang sains. Jika kita kuat asasnya, kita juga akan kuat dalam teknologinya,'' ujar beliau. Masalah itu, katanya, adalah kerana kerajaan hanya melihat kekayaan kepada apa yang ada di depan mata dan kekayaan itu perlu digunakan kesemuanya. ''Tetapi adakah kita terfikir bagaimana untuk kita gunakan biodiversiti ini untuk bioteknologi, untuk perubatan tradisi, untuk baka baru untuk tumbuhan dan haiwan, sekiranya kita tidak ada kemampuan untuk mengkaji. ''Orang asing tidak...penduduk negara maju di Barat seperti di Amerika dan Eropah yang sudah tidak begitu kaya dengan biodiversiti kerana hutan mereka sudah dibersihkan untuk pembangunan, banyak datang ke negara ini mencari khazanah sebagai penuntut dan kembali ke negara sebagai pakar.'' Prof. Abdul Latiff berkata, kita sebenarnya berada dalam keadaan yang lebih baik daripada mereka dan pemuliharaan sumber biologi ini dapat dilaksanakan jika kita melakukan pembangunan secara lestari dan ''tidak tamak''. ''Sebenarnya kita mempunyai kemampuan untuk melakukannya, Apa yang diperlukan ialah komitmen pihak terbabit untuk melakukannya, mengadakan mekanisme yang diperlukan...'' Dengan mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi, beliau yakin Malaysia mampu menonjolkan dirinya sebagai pusat kecemerlangan biodiversiti tropika.
  • 37. ''Dari segi kemampuan ahli sains, teknologi, infrastruktur dan penyelidikan, kita dengan mudah boleh mengatasi Indonesia, dan juga Filipina. ''Kalau kita mahu jadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, ia juga boleh dilakukan dalam bidang kepelbagaian biologi tropika.'' Bagaimanapun, hakikatnya masih banyak juga pembangunan yang berlaku tanpa mengambil kira kepentingan alam sekitar. Perkara ini berlaku kata Prof. Abdul Latiff, adalah kerana proses (pentadbiran) kita cepat lemah dengan tekanan ekonomi (perniagaan). Akibatnya, banyak tanah yang suatu ketika dahulu hutan yang kaya dengan sumber biologi menjadi gersang, dan membentuk hutan sekunder yang amat rendah kepelbagaian biologinya. ''Kandungan air dalam hutan sekunder amat kurang berbanding dengan hutan primer yang berfungsi seumpama span. Apabila hutan primer ini tiada, dah jadi hutan belukar, ia tidak lagi dapat menyimpan air.'' Dalam keadaan sekarang, dengan pengaruh El Nino, kebakaran hutan mudah berlaku. Sejak awal tahun ini, beberapa kawasan hutan dan belukar di Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah dan Kalimantan telah terbakar, termasuk hutan paya gambut. ''Keadaan ini bukan hanya disebabkan oleh perbuatan sengaja (hutan itu dibakar), tetapi realitinya hutan itu sebegitu kering sehingga ia sendiri boleh terbakar...'' ujar Prof. Abdul Latiff. Saiz kawasan hutan yang semakin kecil juga mengancam populasi haiwan dan tumbuhan yang memerlukan habitat tertentu untuk hidup. Tegas beliau, melainkan kita tahu bagaimana setiap spesies berperanan, kita tidak dapat mengelakkan kepupusan spesies, yang berbeza di antara spesies ke spesies. ''Seekor seladang umpamanya memerlukan kawasan seluas 500 ekar (200 hektar) untuk hidup dan membiak. Secara amnya, lebih besar sesuatu haiwan, lebih luas kawasan yang diperlukannya. Sesuatu spesies akan hilang apabila ia tidak lagi dapat berfungsi sebagai populasi produktif, dan keadaan ini lebih kritikal kepada haiwan.''
  • 38. Menurut beliau, pemusnahan habitat yang berterusan menyebabkan sebahagian kepelbagaian biologi negara akan hilang sebelum ia sempat didokumenkan, terutamanya dalam keadaan kekurangan saintis untuk melakukan kerja-kerja mendokumentasinya. Hutan dipterokarpa tanah rendah yang merupakan kawasan yang sangat kaya dengan kepelbagaian spesies sudah semakin kurang kerana kebanyakannya telah dijadikan tanah pertanian atau dibangunkan untuk perumahan dan perindustrian. Dalam tempoh 1970 hingga 1992, hutan semula jadi di Malaysia telah berkurangan sebanyak 19.3 peratus. Kawasan hutan kekal adalah seluas 14.28 juta hektar di mana 3.43 juta hektar daripadanya dilindungi sebagai kawasan tadahan air. Sebenarnya, sumber kepelbagaian biologi ini mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, terutamanya dalam industri farmaseutikal. Di Amerika Syarikat (AS), umpamanya, hampir suku ubat yang dipreskripsikan berasal dari tumbuh-tumbuhan dan industri itu dianggarkan berjumlah AS$9 bilion setahun di negara itu. Manakala di kalangan negara anggota Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), jumlah nilai runcit ubat berasaskan tumbuh-tumbuhan ialah AS$43 bilion pada 1986. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&s ec=Rencana&pg=ot_06.htm#ixzz2htHK9u4K © Utusan Melayu (M) Bhd NIT 15 : KESAN-KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai kegiatan dilakukan untuk memenuhi keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang untuk memperoleh sumber perhutanan, membina petempatan membina jaringan pengankutan, menjalankan aktiviti pertanian, penternakan dan perkilangan.
  • 39. Kegiatan-kegiatan ini meninggalkan kesan terhadap tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Dalam unit ini, kita akan meneliti kesan daripada kegiatan pembalakan, petempatan, dan pertanian. 15.1 Kesan-kesan Kegiatan Manusia terhadap Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar Kepupusan Flora dan Fauna Penerokaan sumber hutan akan menyebabkan flora dan fauna terancam kerana kehilangan habitat untuk membiak dan kekurangan sumber makanan. Lambat-laun beberapa spesies tumbuh-tumbuhan dan haiwan akan pupus. Antara beberapa spesies mamalia di Maaysia yang diancam kepupusan ialah badak sumatera, gajah, harimau, dan orang utan ( Sumber: Alert 2001, Sahabat Alam Malaysia ) Ketandusan Tanih Apabila pokok mati, daun, ranting, dan dahannya akan reput. Keadaan cuaca yang panas dan lembab akan mencepatkan proses pereputan. Bahan yang reput ini berbentuk humus. Humus mempunyai nutrien yang dapat menyuburkan tanih. Bakteria, kulat, dan serangga akan menguraikan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mati. Bahan kimia daripada tumbuhan dan haiwan ini akan dibebaskan. Bahan ini akan terserap ke dalam tanih dan menjadi nutrien. Penebangan hutan menyebabkan proses pembentukan humus dan penguraian terhenti. Seterusnya lapisan atas tanih akan terdedah kepada hakisan air larianpermukaan. Sebahagian air hujan akan melarutkan nutrien dan minerallalu meresap ke lapisan bawah. Proses ini dikenali sebagai larut- resap. Proses larut-resap akan meyebabkan lapisan atas tanig kurang subur. Kedua-dua proses hakisan dan larut-resap akan meyebabkan tanih hilang kesuburannya dan menjadi tandus. Kejadian Banjir Penebangan hutan di kawasan cerun bukit menyebabkan kawasan tersebut menjadi gondol. Kawasan ini akan terdedah kepada hakisan. Permukaan tanih akan terhakis dan dibawa ke sungai yang berhampiran. Seterusnya tanih ini akan mendap di dasar sungai, terutamnya di kawasan hilir. Dasar sungai akan menjadi cetek. Apabila hujan lebat turun, sungai akan menampung air yang banyak. Air
  • 40. yang berlebihan ini akan melimpah ke kawasan sekitarnya lalu menyebabkan banjir. Contohnya ialah kejadian banjir lumpur yang berlaku di Sungai Sungkai, Perak pada tahun 2000 dan di bandar raya Kuala Lumpur pada bulan Oktober 2001. Pencemaran Pembakaran hutan untuk pertanian menyebabkan pencemaran udara. Contohnya kejadian jerebu yang buruk yang disebabkan oleh pembakaran hutan., berlaku secara besar-besaran di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia pada tahun 1997. Selain itu, penebangan hutan di hulu sungai pula menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Apabila hutan di tebang, air hujan akan menghakis tanah yang terdedah. Bahan yang terhakis ini akan dibawa ke sungai lalu termendap di dasar sungai. Akhirnya, air sungai menjadi keruh dan berkeladak. 15.2 Kesan Kegiatan Pembalakan, Pertanian, dan Petempatan terhadap Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar Kesan pembalakan Pembalakan dijalankan untuk memperoleh kayu balak khususnya untuk kegunaan dalam industri pembinaan. Kayu balak di gunakan juga untuk membuat perabot dan kertas. Kayu balak juga menjadi bahan eksport negara kita. Penebangan hutan untuk tujuan komersial ini telah menyebabkan kawasan hutan yang luas ditebang. Pokok-pokok yang ditebang tidak dapat digantikan dalam masa yang singkat. Pokok kayu keras hutan hujan tropika mengambil masa yang lama untuk membesar. Contohnya, pokok cengal dan merbau. Apabila hutan dimusnahkan, hidupan liar akan kehilangan habitat dan sumber makanan. Hidupan liar seperti orang utan, beruang matahari, buruang raja udang,dan burung ekor bercabang akan terancamdan hampir pupus. Hutan paya air masin berfungsi sebagaipanampan hakisan di kawasan pinggir laut. Oleh itu, penebangan hutan paya air masin menyebabkan pinggir laut terhakis. Walau bagaimanapun, jika dikalankan dengan terancang, penerokaan hutan paya air masin dapat juga mendatangkan faedah.
  • 41. Hutan Simpan Paya Laut di Larut Matang merupakan contoh hutan paya air masin yang diurus dengan baik. Hutan ini membekalkan sumber kayu sejak tahun 1902. Contoh lain ialah penerokaan hutan paya air masin di Pantai Remis, Perak dan Tanjung Dawai di Merbok, Kedah yang dijadikan kawasan penternakan udang. Foto 15.1 Aktiviti pembalakan dapat memusnahkan pelbagai spesies flora dan fauna. Kesan Kegiatan Pertanian Pertanian pindah adalah kegiatan pertanian yang dilakukan oleh petani tradiional di kawasan hutan hujan tropika. Untuk menjalankannya, hutan diteroka dan dibakar untuk dijadikan kawasan bercucuk tanam. Apabila tanihnya sudah kurang subur, pertanian akan dijalankan di kawasan baru. Kegiatan pertanian sebegini akan menyebabkan kemusnahan hutan yang semakin meluas. Asap daripada pembakaran hutan akan mencemari udara. Kawasan yang ditinggalkan itu pula akan menjadi tandus. Kawasan yang tandus akan terdedah pada hakisan oleh air hujan. Air hujan akan menghakis tanah dan membawanya ke sungai. Sebagai akibatnya, air sungai akan tercemar. Penerokaan hutan untuk kegiatan pertanian komersial/pertanian ladang turut menyebabkan kemusnahan flora dan fauna. Contohnya ialah pembukaan kawasan penanaman getah dan kelapa sawit di Pahang Tenggara dan di Johor Tenggara. Hidupan liar terutamanya gajah yang dahulunya banyak terdapat di hutan itu kini tinggal 1008 ekor saja di seluruh Semenanjung Malaysia.
  • 42. Foto 15.2 Kawasan hutan yang diusahakan menjadi kawasan penanaman kelapa sawit Kesan Kegiatan Petempatan Pembinaan petempatan peneroka seperti di kawasan FELDA menyebabkan sebahagian hutan telah di tebang. Akibatnya banyak spesies flora yang musnah dan rantaian makanan hidupan liar turut terganggu. Permintaan terhadap kawasan petempatan adalah sangat tinggi. Faktor ini menyebabkan beberapa kawasan hutan tanah tinggi dijadikan kawasan petempatan. Contohnya ialah pembinaan kondominium di Ampang, Uku Kelang, Selangor. Kegiatan ini menyebabkan kejadian tanah runtuh serta pencemaran sungai. Semua kegiatan yang dijalankan itu adalah penting dalam hidup kita. Namun demikian, semuanya perlu dijalankan denga terancang dan terkawal agar tidak menjejaskan alam semulajadi dan mengancam hidup kita.
  • 43. 15.3 Kesan Kegiatan Manusia terhadap Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar pada Masa Depan
  • 44.
  • 45. Punca Kepupusan Hidupan Flora Dan Fauna Di Malaysia SMAHADZIR JIKA dikaji secara mendalam, punca masalah kemusnahan flora dan fauna di Malaysia adalah manusia sendiri. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini ialah: 1. Kemusnahan Dan Perubahan Habitat Aktiviti pemusnahan manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan kawasan baru untuk pembangunan. Aktiviti-aktiviti ini akan memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan dalam sesuatu jangka masa tertentu. Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau mengecilkan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup. Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Kematian dan pengurangan bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini. 2. Pembakaran Hutan Pembakaran hutan secara terbuka akan menyebabkan spesies-spesies flora dan fauna terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah. Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal akan memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya. 3. Pemburuan Haram Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di Malaysia. Dianggarkan hampir 200,000 spesies primat dijual untuk tujuan penyelidikan setiap tahun sehingga menyebabkan beberapa spesies haiwan tersebut hampir pupus kini. 4. Keperluan Barangan Berasaskan Haiwan Pembunuhan terhadap harimau, memerang, paus, badak, dan gajah untuk tujuan mendapatkan kulit, gading dan bahagian-bahagian lain yang dikatakan memberi kekuatan kepada manusia terus berleluasa. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal jumlah yang sedikit sahaja. 5. Pencemaran Alam Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh (killer wale) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut. 6. Perubahan Suhu Dunia
  • 46. Fenomena El-Nino umpamanya menyebabkan peningkatan suhu dunia secara mendadak, menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan terancam terutama yang tidak sesuai dengan cuaca panas.